buletin rasmi krim - untuk ahli sahaja h diari krimdiari …d i dalam satu hadis rasulullah,...

6
Sidang Editor Penaung: Ust Abdullah Zaik Abd Rahman, Ketua Editor: Ust Wan Hisham Wan Embong, Editor: Mohd Nor Azib Asmangi, Shahrir Rizal Kasjoo, Yudi Kurniawan Budi, Ust Mohd Azrin Samsudin, Grafik: Shahrir Rizal Kasjoo http://remajaisma.wordpress.com/ Kelab Remaja ISMA (KRIM) No 25-1-1 & 27-1-1, Jalan Medan Pusat Bandar 1A, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor [email protected] DIARI KRIM DIARI KRIM DIARI KRIM DIARI KRIM 3 Januari 2008 Sesi Persekolahan bermula 10 Januari 2008 Sambutan Maal Hijrah (1429H) 2 - 3 Februari 2008 “Training of Trainer” (TOT) untuk Penggerak KRIM Tempat akan dimaklumkan kemudian 12 Tahun 1 / Bil. 3 Disember 2007 http://remajaisma.wordpress.com http://remajaisma.wordpress.com http://remajaisma.wordpress.com http://remajaisma.wordpress.com Buletin Rasmi KRIM - Untuk Ahli Sahaja EID MUBARAK. Selamat Hari Raya Eidul Adha TaqabbalLahu minna wa minkum. Kullu am wa antum bi khair. Marilah kita bersama-sama menyambut kedatangan 10 Zulhijjah dengan seruan takbir dan tahmid sebagai tanda kesyu- kuran dan kemenangan. Marilah kita mengingat kembali pengorbanan yang telah di lakukan oleh Rasulullah saw dan para sahabat dan juga Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail di dalam memperjuangkan Ad Deen Islam yang suci ini. Seorang musafir yang menunaikan ibadah haji telah berkorban dengan harta, masa dan mening- galkan keluarga tercinta untuk menyahut panggi- lan Allah dengan laungan talbiah - Labbaik Alla- huma Labbaik"Ya Allah, aku sambut panggilan- Mu. Sesungguhnya tah- mid dan nikmat dan dipanjatkan kepada Eng- kau. Begitu pula kera- jaan. Tiada sekutu bagi Mu, ya Allah". Perjalanan menunaikan ibadah Haji meru- pakan kenikmatan yang tiada tandingnya kerana rasanya begitu dekat dengan Allah swt dan berjaya menempuh satu ujian, dengan penuh rasa kesabaran dan ketaatan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. Walaupun kita tidak bersama para jemaah Haji ke tanah suci, tetapi kita perlu terus melaksanakan pengorbanan ini. Ingatlah akan tanggungjawab kita untuk terus bing- kas bangkit dan berjihad untuk bersama- sama mempertahankan ummah. Ummah sedang menanti Gerakan Islam untuk menerajui perjuangan ini, perjuangan para Anbiya dan Rasul saw. Semoga akan memberi pencetus kebangkitan ummah dan sudah tentunya Gerakan Islam sebagai penunjuk kepada jalan kemenan- gan. Marilah kita sama-sama mengucapkan EID MUBA- RAK semoga semangat jihad dan pengorbanan akan sentiasa segar di dalam jiwa kita. Z U L H I J J A H 1 4 2 8 SALAM EIDUL ADHA Menarik Di Dalam Muka 2: Tip Mencari Sahabat Muka 3: Cerpen - “Bisikan” Muka 4 - 5: Kisah Pejuang Palestin Muka 8 - 9: Petua Belajar Pintar Muka 10 - 11: Berita KRIM Muka 12: Diari KRIM 1

Upload: others

Post on 09-Oct-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin Rasmi KRIM - Untuk Ahli Sahaja H DIARI KRIMDIARI …D i dalam satu hadis Rasulullah, dari-pada Umar bin Khattab r.a., bahawa-sanya Rasulullah s.a.w. telah ber-sabda; "Sesungguhnya

Sidang Editor

Penaung: Ust Abdullah Zaik Abd Rahman, Ketua Editor: Ust Wan Hisham Wan Embong, Editor: Mohd Nor Azib

Asmangi, Shahrir Rizal Kasjoo, Yudi Kurniawan Budi, Ust Mohd Azrin Samsudin, Grafik: Shahrir Rizal Kasjoo

http://remajaisma.wordpress.com/

Kelab Remaja ISMA (KRIM)

No 25-1-1 & 27-1-1, Jalan Medan Pusat Bandar 1A,

Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

[email protected]

DIARI KRIMDIARI KRIMDIARI KRIMDIARI KRIM 3 Januari 2008

Sesi Persekolahan bermula

10 Januari 2008

Sambutan Maal Hijrah (1429H)

2 - 3 Februari 2008

“Training of Trainer” (TOT) untuk Penggerak KRIM

Tempat akan dimaklumkan kemudian

12

Tahun 1 / Bil. 3 Disember 2007

h t t p : / / r e m a j a i s m a . w o r d p r e s s . c o mh t t p : / / r e m a j a i s m a . w o r d p r e s s . c o mh t t p : / / r e m a j a i s m a . w o r d p r e s s . c o mh t t p : / / r e m a j a i s m a . w o r d p r e s s . c o m

Buletin Rasmi KRIM - Untuk Ahli Sahaja

EID MUBARAK. Selamat Hari Raya Eidul Adha TaqabbalLahu minna wa minkum. Kullu am wa antum bi khair. Marilah kita bersama-sama menyambut kedatangan 10 Zulhijjah dengan seruan takbir dan tahmid sebagai tanda kesyu-kuran dan kemenangan. Marilah kita mengingat kembali pengorbanan yang telah di lakukan oleh Rasulullah saw dan para sahabat dan juga Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail di dalam memperjuangkan Ad Deen Islam yang suci ini. Seorang musafir yang menunaikan ibadah haji telah berkorban dengan harta, masa dan mening-galkan keluarga tercinta untuk menyahut panggi-lan Allah dengan laungan talbiah - Labbaik Alla-huma Labbaik"Ya Allah, aku sambut panggilan-Mu. Sesungguhnya tah-mid dan nikmat dan dipanjatkan kepada Eng-kau. Begitu pula kera-jaan. Tiada sekutu bagi Mu, ya Allah".

Perjalanan menunaikan ibadah Haji meru-pakan kenikmatan yang tiada tandingnya kerana rasanya begitu dekat dengan Allah swt dan berjaya menempuh satu ujian, dengan penuh rasa kesabaran dan ketaatan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. Walaupun kita tidak bersama para jemaah Haji ke tanah suci, tetapi kita perlu terus melaksanakan pengorbanan ini. Ingatlah akan tanggungjawab kita untuk terus bing-kas bangkit dan berjihad untuk bersama-sama mempertahankan ummah. Ummah sedang menanti Gerakan Islam untuk

menerajui perjuangan ini, perjuangan para Anbiya dan Rasul saw. Semoga akan memberi pencetus kebangkitan ummah dan sudah tentunya Gerakan Islam sebagai penunjuk kepada jalan kemenan-gan. Marilah kita sama-sama mengucapkan EID MUBA-RAK semoga semangat jihad dan pengorbanan akan sentiasa segar di dalam jiwa kita.

Z

U

L

H

I

J

J

A

H

1

4

2

8

SALAM EIDUL ADHA

Menarik Di Dalam

Muka 2: Tip Mencari Sahabat Muka 3: Cerpen - “Bisikan”

Muka 4 - 5: Kisah Pejuang Palestin Muka 8 - 9: Petua Belajar Pintar Muka 10 - 11: Berita KRIM Muka 12: Diari KRIM 1

Page 2: Buletin Rasmi KRIM - Untuk Ahli Sahaja H DIARI KRIMDIARI …D i dalam satu hadis Rasulullah, dari-pada Umar bin Khattab r.a., bahawa-sanya Rasulullah s.a.w. telah ber-sabda; "Sesungguhnya

D i dalam satu hadis Rasulullah, dari-pada Umar bin Khattab r.a., bahawa-sanya Rasulullah s.a.w. telah ber-sabda;

"Sesungguhnya sebahagian dari hamba Allah terda-pat sekelompok manusia. Mereka itu bukan dari golongan Nabi dan tidak pula dari golongan syuha-da, akan tetapi para Nabi dan syuhada merasa iri atas kedudukan mereka di sisi Allah Ta'ala. Mereka berkata: 'Hai Rasulullah, tolong beritahu siapakah mereka itu?', kemudian jawab Baginda (s.a.w): 'Mereka adalah suatu kaum yang saling mencintai kerana Allah Taala bukan atas dasar hubungan keturunan di antara mereka, dan juga bukan kera-na wang yang mereka berikan. Maka demi Allah Ta'ala, sesungguhnya wajah mereka memancarkan cahaya, cahaya yang sangat terang. Mereka tidak merasakan takut ketika orang lain merasa takut, dan mereka tidak merasa khuatir ketika orang lain dilanda kekhuatiran". Sahabat merupakan satu anasir yang setiap insan pasti tidak boleh hidup tanpa mereka. Lihatlah betapa Allah Taala memuliakan sebuah persaha-batan sehingga menjadi suatu yang diirikan oleh golongan para Nabi a.s. dan para syuhada. Syaratn-ya apa? Syaratnya, persahabatan yang terjalin hendaklah di atas landasan iman. Kasih sayang antara mereka adalah untuk masing-masing me-lihat pembentukan diri yang dihalatujukan untuk memperoleh keredhaan Yang Maha Esa. Isu mencari sahabat terutamanya bagi golongan remaja sangatlah relevan dan perlu diberikan perhatian. Pada zaman serba moden ini, bejana minda kita banyak dipenuhi oleh pengaruh-pengaruh barat yang melalaikan. Kita dihidangkan dengan visual-visual dan fahaman-fahaman yang tiada lain selain berobjektifkan kepuasan hawa

nafsu dan materialistik. Renungilah kembali apa yang dikhuatiri oleh malai-kat ketika mana Allah s.w.t. memerintahkan beliau menjenguk api neraka dan syurga. Beliau sangat khuatir banyak manusia akan terperangkap dengan kenikmatan dunia yang mengalpakan yang diletak-kan di sekeliling api neraka. Dalam pada itu, ke-sengsaraan dan penderitaan dalam perjuangan menaikkan Islam yang memagari syurga membuat-kan hanya sedikit sahaja antara kita yang mampu dan sanggup menempuhnya. Pernah Rasulullah s.a.w. ditanya oleh para sahabat, "Apakah ciri-ciri seorang manusia yang boleh dijadi-kan sebagai teman yang baik? Baginda s.a.w. menjawab (dengan maksud), "Dia adalah teman yang bersama-sama membantu kita ketika mana kita mengingati Allah s.w.t. dan dia jugalah yang memberi peringatan kepada kita ketika mana kita alpa dan lalai dalam mengingati-Nya". Sahabat bertanya lagi, "Apakah pula ciri-ciri sahabat yang tidak baik?" Baginda s.a.w. membalas (dengan maksud), "Dia adalah teman yang bukan sahaja tidak membantu kita semasa kita mengingati Allah s.w.t. malahan dia juga tidak menegur semasa kita alpa dalam dosa dan maksiat." Di dalam hadis lain yang biasa kita dengar (dengan maksud), "Dekatilah orang yang menjual minyak wangi. Sesungguhnya bau wangiannya itu akan turut mewangikan kita. Jangan dekati tukang buat besi kerana bau busuk yang ada padanya akan melekat kepada diri kita." Renungilah dan hayatilah bagaimana Rasulullah s.a.w. mengajar kita mencari seorang sahabat yang sejati. Teman yang baik adalah teman yang sering mengajak kita untuk melakukan amal kebajikan. Teman yang baik juga saling tegur-menegur bukan kerana untuk menunjuk kepandaiannya tetapi bimbang akan sahabatnya daripada terjerumus kepada dosa dan kemurkaan Allah Ta'ala. Perkara ini turut diajar oleh Allah Taala di dalam kitabNya. Allah Taala berfirman dalam Surah Al-Kahfi ayat ke-28 yang bermaksud, Sambungan ke muka 3 ...

TIP MENCARI SAHABAT

2

Jaulah RABBANI 1 KRIM NS Jaulah RABBANI 1 KRIM NS Jaulah RABBANI 1 KRIM NS Jaulah RABBANI 1 KRIM NS ---- Penuh Manfaat Penuh Manfaat Penuh Manfaat Penuh Manfaat SEREMBAN, 16SEREMBAN, 16SEREMBAN, 16SEREMBAN, 16––––19 Nov 19 Nov 19 Nov 19 Nov - Program Jaulah Rabbani 1, 2007 telah berjaya mengumpulkan 32 orang ahli Kelab Remaja ISMA (KRIM) Negeri Sembilan dari pelbagai sekolah dan daerah. Jaulah Rabbani 1 dimulakan seawal jam 6.00 petang Jumaat, 16 November. Pejabat ISMA NS di Tasik Jaya, Seremban menjadi tempat penginapan para peserta sepanjang program ini. Malam pertama program menghi-dangkan pengisian menarik bertajuk, “Bidak-bidak di Papan Catur” yang disampaikan oleh Ustaz Hazmi Bin Kadi. Setelah tidur dan qiyam bersama pada malamnya, seawal jam 7.45 pagi, 17 November para peserta menaiki bas menuju ke Kuala Lumpur untuk memulakan Jaulah Rabbani. Destinasi utama pada pagi tersebut adalah Pusat Sains Negara di Bukit Kiara. Keseluruhan peserta dan pengiring yang kebanyakannya pertama kali menjejakkan kaki ke sini berpuas hati dengan tempat lawatan yang menarik dan mempunyai pelbagai pameran sains itu. Para peserta juga berpeluang mencuba sendiri peralatan sains yang dibenarkan. Selain pendedahan tentang perkembangan kemajuan sains hari ini, para peserta Jaulah Rabbani diminta berfikir tentang kecanggihan ciptaan manusia berbanding ciptaan Allah S.W.T. untuk dimanfaatkan dalam kehidupan. Destinasi seterusnya adalah di Masjid UNITEN, Bangi. Sebelum tiba di sana, kami berkesempatan makan tengahari di Taman Tasik Titiwangsa sambil melihat Eye Of Malaysia. Sekitar jam 2.00 petang, kami tiba di perkarangan Masjid UNITEN. Kehadiran kami memang telah dinantikan oleh tuan rumah, KRIM Daerah Hulu Langat. Pertemuan dua mata antara KRIM NS dan DHL meninggal kenangan yang sukar dilupakan kepada semua penggerak KRIM dam ahli-ahli KRIM sendiri. Kesempatan yang ada membolehkan kedua-dua pihak bertukar pandangan dan idea. KRIM NS sempat membentangkan aktiviti-aktiviti KRIM Banat 2007 untuk dikongsi bersama. Selain makanan yang enak-enak dihidangkan oleh tuan rumah, pelbagai pengisian turut diberikan kepada para tetamu undangan. Antaranya termasuklah “Palestin Hari Ini”, “Cinta Remaja” dan "La ila Ha Illa Allah : Manhaj Kehidupan”. Tidak lupa juga pertukaran cenderahati tanda kenangan antara dua negeri. Terima Kasih daun keladi buat KRIM DHL. Kira-kira jam 10.45 malam kami tiba di Seremban. Seawal 7.30 pagi keesokan harinya, 18 November, peserta Jaulah Rabbani meneruskan perjalanan. Kali ini dengan menaiki beberapa buah van menuju ke City Park, Seremban Dua. Di sana aktiviti riadhah dilakukan untuk merapatkan ukhuwwah antara peserta. Suasana di kawasan tersebut juga mampu menceriakan para peserta yang kepenatan. Sebelah petangnya aktiviti Jaulah Rabbani diteruskan. Destinasi kali ini lebih mencabar. Sebelum bertolak para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan amanat. Berbekalkan 100 helaian 'flyers' para peserta ke destinasi seterusnya, Terminal One, salah sebuah pusat memberli belah utama di Seremban. Di sana para peserta dikehendaki mengedarkan flyers tersebut kepada pasangan muda-mudi yang berdua-duaan di Terminal One. Aktiviti ini merupakan aktiviti paling mencabar buat para peserta dan menimbulkan kesan serta pelbagai kenangan manis buat mereka. Dengan mendedahkan tentang fenomena remaja hari ini, ianya memberi kesedaran untuk tidak terlibat sama malah berusaha membimbing rakan-rakan mereka. Sebelah malamnya pula bengkel dan malam seni diadakan untuk melengkapkan lagi program Jaulah Rabbani 1 ini. Sebelum berangkat pulang, pada 19 November para peserta dibekalkan dengan pengisian "Wajib Shabab Muslim Al-Youm" oleh Ustaz Hazizee Hassan. Setelah upacara penutup dan penyampaian cenderahati, para peserta sempat menjamah hidangan tengah hari. Sebelum berangkat pulang kira-kira jam 12.30 tengahari, peserta bergambar dengan senyuman tanda berpuashati dengan program ini. Semoga ianya mendatangkan kesedaran yang mendalam kepada peserta dan menjadi titik tolak untuk mereka terus mengamalkan Islam dalam kehidupan.

BERITA KRIMBERITA KRIMBERITA KRIMBERITA KRIM

11

Bergambar bersama KRIM Hulu Langat Memerhati ciptaan Allah di Pusat Sains Negara

Page 3: Buletin Rasmi KRIM - Untuk Ahli Sahaja H DIARI KRIMDIARI …D i dalam satu hadis Rasulullah, dari-pada Umar bin Khattab r.a., bahawa-sanya Rasulullah s.a.w. telah ber-sabda; "Sesungguhnya

KERIS Zon Tengah KERIS Zon Tengah KERIS Zon Tengah KERIS Zon Tengah ---- Sambutan Remaja Menggalakkan Sambutan Remaja Menggalakkan Sambutan Remaja Menggalakkan Sambutan Remaja Menggalakkan Gombak, 8Gombak, 8Gombak, 8Gombak, 8----10 Dis. 10 Dis. 10 Dis. 10 Dis. - Kem Remaja ISMA (KERIS) 2007 yang telah diada-kan di Kem Rebutia , Gombak telah menarik minat seramai 132 orang peserta remaja di sekitar Hulu langat, Petaling Jaya, Gombak, Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain. Program perkhemahan yang bertemakan “Remaja Aset Negara Di Hari Muka” ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam, sam-bil mendedahkan para peserta remaja kepada aspek-aspek peman-tapan jatidiri seperti disiplin, kerjasama berpasukan, iltizam dan moti-vasi remaja. Program ini telah dirasmikan oleh saudara Mohd Noor Azib Asmangi selaku pengarah KRIM Pusat. Para perserta telah dibahagikan kepada beberapa kem-kem kecil dan diletakkan di kawasan yang telah ditetapkan. Setiap kem-kem kecil mempunyai ketua kem (kapten) yang dilantik di kalangan pasukan remaja sendiri. Ini secara tidak langsung melatih remaja-remaja terbabit akan aspek kepimpinan dan memberi arahan kepada platun-platun kecil di-bawahnya sambil diselia oleh abang-abang dan kakak-kakak fasilitator. Kem komandan bagi putera dan puteri juga telah dilantik untuk mengawal keseluruhan kem-kem. Aktiviti-aktiviti ‘obstacle games’, kawad dan aktiviti-aktiviti luar yang lain seperti ‘jungle trekking’ dan ‘war games’ (bagi putera) telah disusun agar dapat mendedahkan para remaja daripada segi aspek kekuatan fizikal, mental dan disiplin yang tinggi. KERIS 2007 juga menekankan aspek ilmu dan motivasi melalui slot-slot ceramah, tazkirah dan motivasi bagi memberi input kepada remaja agar lebih menjadi remaja yang bersemangat dan berwawasan. Tenaga penting bagi menjalankan program ini terdiri daripada para urusetia dan ajk yang tidak mengenal erti penat dan lelah. Daripada urusetia memasak (Aziz, Hafiz, Farid, Soleh & Hakim) urusetia program ( Fizhi – Kem Komandan Putera, Aizat, Ihsan, Khairudin, Idris, Firdaus & Yudi) urusetia puteri dan ramai lagi yang turun mem-bantu. Semoga ALLAH SWT membalas sumbangan wang dan masa yang telah mereka korbankan dan semoga program ini diberkati ALLAH SWT. Majlis penutup program KERIS 2007, KERIS Zon Tengah, telah disempurnakan oleh saudara Mohd Noor Azib Asmangi.

KERIS Pantai Timur KERIS Pantai Timur KERIS Pantai Timur KERIS Pantai Timur ---- Membangun Potensi Kepimpinan Remaja Mukmin Membangun Potensi Kepimpinan Remaja Mukmin Membangun Potensi Kepimpinan Remaja Mukmin Membangun Potensi Kepimpinan Remaja Mukmin Merang, 6Merang, 6Merang, 6Merang, 6----8 Dis 8 Dis 8 Dis 8 Dis - Kem Remaja ISMA (KRIS) Zon Pantai Timur telah berjaya diadakan dengan jayanya di Kembara Resor Merang, Setiu. Kem ini telah dihadiri oleh 36 orang perserta lelaki dan 16 orang peserta perempuan yang hadir dari seluruh negeri Terengganu dan Kelantan. Antara objektif utama program ini adalah untuk memu-puk dan mewujudkan satu bi’ah (persekitaran) yang soleh di samping mengisi masa cuti persekolahan dengan aktiviti yang mampu mening-katkan lagi potensi diri di kalangan remaja. Penglibatan peserta dari 2 buah negeri Pantai Timur juga diharap dapat menjalin ukhuwah islami-yah di antara peserta mahu pun pihak penganjur. Pelbagai aktiviti telah dijalankan selaras dengan tema kem remaja pada tahun ini iaitu “Membangun Potensi Kepimpinan Remaja Mukmin”. Para peserta telah dilibatkan dengan pelbagai aktiviti indoor dan outdoor yang dilakukan secara berkumpulan di samping beberapa pembentangan yang diharap dapat mem-beri kesan secara langsung dan tidak lansung kepada para peserta. Antara aspek lain yang turut ditekankan juga dalam program ini tahap disiplin baik yang cuba diterapkan di kalangan peserta remaja. Secara keseluruhannya sebahagian besar peserta berpuas hati dengan perjalanan keseluruhan program remaja ISMA pada tahun ini. Pihak penganjur juga mengharapkan agar para peserta dapat memanfaat-kan sepenuhnya segala bentuk perkongsian dan input-input berguna yang telah dilalui sepanjang program. Dari Pihak KRIM Terengganu, kami berharap peserta dapat mengikuti segala program yang akan diatur di masa hada-pan. Untuk tempoh masa yang terdekat ini, kami telah merancang untuk mengadakan Seminar Lepas SPM yang akan memeberi input dan informasi yamg berguna buat pelajar-pelajar lepasan SPM untuk ke IPT kelak.

BERITA KRIMBERITA KRIMBERITA KRIMBERITA KRIM

10

KKKK esejukan dan kedinginan mula menguasai

diriku. Hujan yang mula turun mencurah-

curah sejak tengah malam tadi masih

belum reda. Aku tersedar apabila tem-

pias hujan menimpa diriku. Aku bingkas bangun dan

menutup tingkap disisiku. Jam di tangan menunjukkan

pukul 4:00 pagi. Setelah itu aku tidur semula dan

menarik selimut hingga menutupi kepala. Aku juga

mengenakan ‘wind breaker’ Antioniku.

Allahuakbar! Allahuakbar! Laungan azan Subuh meme-

cah suasana sunyi dan dingin. Aku terjaga sekali lagi

dan sedikit masalah timbul dalam diriku kerana waktu

Subuh sudah masuk. Aku cepat-cepat menekup kepalaku

dengan bantal dan memejamkan kembali mataku dengan

niat untuk menyambung tidurku.

Tiba-tiba terdengar suara yang mendayu-dayu lembut

menerjah ke telingaku.

“Is! Is... tidurlah... tariklah selimutmu. Masih awal lagi

ini. Lagipun sekarang ni sejuk. Tidurlah…”. Suara itu

benar-benar membuatkan fikiranku menerewang jauh

sehinggalah muncul seorang gadis yang amat harum

baunya di hadapan mataku dengan berpakaian yang

terlalu…

“Hei, manusia! Sudah lupakah kamu dengan seruan

bersembahyang itu?” Aku tersentak seketika apabila

terdengar satu suara yang entah dari mana melaung

memanggil namaku. Dalam pada itu juga gadis yang

cantik itu ghaib dari pandanganku.

Aku membuka mataku kembali. Arggghh... gelap lagi.

Aku memejamkan kembali mataku.

“Sambutlah tidurmu…”. Muncul suara lembut itu semula.

“Jangan! Ada baiknya kamu bangun kerjakan perintah

Allah!” Muncul semula suara yang garau dan kasar itu.

“Tidurlah...”

“Bangun!”

“Tidurlah...”

“Bangun!”

“Tidurlah...”

“Bangunnnn! Jangan jadikan dirimu golongan orang yang

rugi.”

Lailahaillallahhhh!!! Buk! Aku terhentak di atas lantai.

Allahuakbar! Allahuakbar! Lailahaillallah! Aku terkedu

sendirian mengenang peristiwa tadi. Alhamdulillah… aku

berjaya juga menentang bisikan nafsu amarah tadi. Aku

segera menggerakkan ahli ‘dorm’ku dan bergegas ke

bilik air…

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Adakah kau ketahui orang yang mendustakan agama? Demikian itu ialah orang yang mengusir anak yatim. Dan tiada memberi makan kepada orang miskin. Maka ce-lakalah (azab) bagi orang yang bersembahyang, yang mereka itu lalai dalam sembahyangnya, lagi mereka itu riak. Dan enggan membayar zakat.” (Surah Al-Maa’uun: 1 - 7)

BISIKANBISIKANBISIKANBISIKAN

3

... Sambungan dari muka 2

"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran." Sekarang cuba kita cerminkan kembali kepada diri kita. Adakah insan yang rapat dan hampir dengan kita memiliki ciri-ciri sepertimana yang diajar oleh Allah Ta'ala dan rasul-Nya? Atau adakah diri kita sendiri yang merupakan sahabat kepada orang lain turut memiliki ciri-ciri ini. Renungi diri kita, adakah selama kita berkawan dengan mereka, pembinaan diri kita dari segi ilmu, akhlak dan segenap aspek kehidupan kita hanya ditujukan untuk mendapat keredhaan-Nya atau adakah seba-liknya?

Page 4: Buletin Rasmi KRIM - Untuk Ahli Sahaja H DIARI KRIMDIARI …D i dalam satu hadis Rasulullah, dari-pada Umar bin Khattab r.a., bahawa-sanya Rasulullah s.a.w. telah ber-sabda; "Sesungguhnya

N ama lengkap beliau adalah MUHAMMAD IZZUDDIN ABDUL QADIR AL QASSAM. Dilahirkan pada tahun 1882

M di Jabalah, Syria. Datang dari keluarga yang kuat berpegang kepada Islam. Bapanya seorang guru Quran yang mengajar anak-anak di kam-pung mereka membaca dan menghafal al-Quran. Dia pernah belajar di Universiti Al-Azhar di Mesir ketika berumur seawal 14 tahun dan di sana dia belajar daripada tokoh terkenal, Sheikh Muham-mad Abduh. Semasa di zaman menuntut lagi beliau telah pun gigih melakukan usaha dakwah.

Sheikh Al Qassam adalah seorang imam, guru dan juga sheikh Tareekat Ash-Shazaliyah di Jilah Al-Adhamiyah, sebuah wilayah di bahagian utara Syria. Beliau menggunakan ilmu dan kedudu-kannya untuk menerangkan kepada umat baha-wa tugasnya bukan sekadar asas-asas agama Islam semata-mata tetapi juga menerangkan setiap isu yang menyentuh kepentingan umat dan negara dari sudut pandangan Islam. Kepim-pinannya telah menyedarkan masyarakat untuk kembali kepada Islam. Pentarbiyahan beliau telah berjaya merubah pemikiran masyarakat.

Semasa perang dunia pertama, dia mengambil bahagian secara aktif dalam Revolusi Syria me-merangi penjajahan Perancis. Revolusi tersebut berakhir dengan berlakunya pertempuran Mel-son pada tahun 1920.

Perjuangan di Syria menjadi semakin rumit apa-bila penjajah Perancis menjatuhkan hukuman mati kepadanya. Beliau yang hanya mempunyai dua pilihan iaitu hukuman mati atau tunduk dengan kehinaan telah membuat keputusan untuk berhijrah ke Haifa di Palestin. Tujuan lain perpindahannya ke kota Haifa adalah kerana kewujudan pendatang haram Yahudi yang sema-kin bertambah besar di bumi Palestin.

Izzudin Al Qassam datang ke Palestin sebagai mujahid kerana dia benar-benar memahami rancangan jahat Yahudi yang mengerikan yang telah dibuat oleh Organisasi Zionis Antarabangsa di Basel, Switzerland pada 29-30hb Ogos 1896. Mereka telah membuat resolusi untuk mendiri-kan sebuah negara nasional untuk orang Yahudi di Palestin. Beliau juga melihat pakatan sulit antarabangsa yang mendapat sokongan kaum penjajah umumnya dan British khususnya. Sheikh Izzudin juga melihat penghijrahan orang Yahudi secara besar-besaran ke bumi Palestin dan para pemuda Yahudi bersenjata datang dari pelbagai penjuru dunia untuk merebut tanah

dengan kekerasan mahupun dengan pujuk-rayu.

Di Haifa dia tinggal di rumah Haji Amin Nuruddin dan bergiat dengan aktiviti mengajar dan berce-ramah di Masjid An Nasr. Beliau kemudiannya bertugas di Masjid Al Istiqlal iaitu masjid terbesar di Haifa pada masa itu. Pada tahun 1927 dia mendirikan pejabat cawangan Jam’iyah Asy-Syubban Al-Muslimin (Persatuan pemuda Mus-lim) di Kota Haifa dan beliau sendiri bertindak sebagai pemimpinnya.

Beliau mengajak para warga Arab Palestin ber-bincang mengenai ancaman Yahudi ini walaupun ada sebahagian daripada mereka yang mempun-yai pendapat yang aneh. Ada di antara mereka yang bepandangan bahawa cukup untuk meng-hadapi mereka dengan demonstrasi dan sebaha-giannya mengatakan cukup dengan perundingan sahaja. Bahkan ada yang pergi ke Britain untuk mencari jalan penyelesaian permasalahan ini.

Selama tujuh tahun digunakan oleh beliau untuk mengadakan hubungan dengan orang ramai, mengenali identiti mereka, mengadakan pembi-naan, latihan organisasi dan mempersiapkan mereka untuk berhadapan dengan saat yang bakal menentukan masa depan mereka. Dalam tempoh tersebut beliau menjalankan pelbagai tugasan; guru di sekolah, pembimbing rohani di masjid, pekerja di Pejabat Syariah dan ketua pergerakan. Hubungan dengan berbagai kalan-gan masyarakat juga mengizinkan beliau memili-ki dana kewangan.

Perjuangannya sangat menitikberatkan kepada tiga perkara utama:-

1. Kewaspadaan terhadap ancaman Yahudi secara berterusan.

2. Ajakan untuk berjihad.

3. Memilih orang-orang yang berkualiti dan dibekalkan dengan pemikirian yang benar serta kemahiran ketenteraan.

Mempersiapkan generasi pendokong kebenaran menurut Izzudin memerlukan:- 1. Mengadakan hubungan baik dengan setiap orang, baik yang mempunyai komitmen pada agama mahupun tidak. Jika orang ini berubah, maka ia akan menjadi pejuang yang hebat dan dapat menjalankan tugas-tugasnya untuk meme-lihara hubungan yang luas

KISAH PEJUANG PALESTIN

4

lajar Pintar

9

Tiada minat belajar Masalah ini sering dijadikan alasan oleh ramai pela-jar. Sebelum saya pergi lebih jauh cuba fikirkan se-jenak antara MINAT dengan BELAJAR manakah yang wujud terlebih dahulu? Minat tidak tercetus dengan sendirinya dalam diri anda. Ia sesuatu yang wujud disebabkan pengaruh-pengaruh tertentu seperti guru yang baik, penguasaan pelajaran yang sempurna, markah yang tinggi dan sebagainya. Pernahkah anda dengar adanya pelajar yang dapat markah 90% dalam sejarah berkata yang dia tak minat sejarah? Tidakkk! Oleh itu minat timbulnya apabila anda lihat dalam diri anda ada potensi untuk pergi lebih jauh. Minat mula timbul apabila anda dapat rasa-kan yang anda mula menguasai sesuatu mata pela-jaran. Oleh itu yang perlu anda perbaiki ialah cara belajar anda dan kegigihan anda sendiri. Anda pelu mempun-yai kemahiran belajar yang tinggi agar mudah men-guasai setiap perkara baru yang dipelajari. Berikut adalah beberapa saranan apabila anda mem-baca buku-buku pelajaran: Lihat seimbas kesemua muka surat yang anda akan baca. Dapatkan rangka kasar tentang teks yang bakal anda baca. Dapatkan satu gambaran yang menyelu-ruh terlebih dahulu. Perhatikan perkara-perkara yang berikut:

• Tajuk-tajuk kecil - dapatkan perkaitan antara satu

tajuk dengan tajuk yang lain.

• Rajah-rajah.

• Jadual.

• Carta.

• Peta.

• Baca perenggan bahagian pendahuluannya.

• Baca perenggan bahagian penutup atau kesim-

pulannya. Yang terakhir barulah baca ayat demi ayat dan per-enggan demi perenggan secara terperinci.

Membaca hanya satu hala Ramai pelajar yang membaca dan mengharap-kan 'input' semata-mata. Mereka mengharapkan melalui pembacaan setiap maklumat disuap dari buku ke dalam minda. Proses membaca begini ialah proses sehala dan ia cukup menjemu dan membosankan. Anda perlu berinteraksi secara interaktif antara anda dan buku yang diba-ca. Untuk menjadikan proses membaca lebih bersifat dua hala anda perlu lakukan perkara yang berikut:

• Dapatkan 10 - 20 soalan berkaitan tajuk

yang mahu anda baca sebelum anda membaca teksnya. Fahami kehendak soalan ini. Apabila anda membaca kelak anda pasti menemui jawa-pan kepada soalan dan ini pasti meningkatkan tumpuan dan minat anda.

• Sentiasa tanya diri anda sebarang soalan

yang bermula dengan Apa? Siapa? Bila? Di-mana? Berapa? Kenapa? dan Bagaimana? Ini membuatkan anda sentiasa mencari maklumat bukan sekadar mengharapkan maklumat itu tersedia untuk anda. Selepas satu perenggan atau satu muka surat.... berhenti sejenak. Tanyakan diri anda sekali lagi tentang apa yang telah anda ketahui sebentar tadi. Cuba lakar-lakarkan pada sehelai kertas rajah atau fakta-fakta penting yang anda keta-hui. CUba ceritakan semula pada diri anda apa yang telah anda baca. Ceritakan dalam suara yang boleh didengar oleh telinga anda sendiri. Dengan cara ini anda menggunakan bahagian

otak yang lain untuk memproses maklumat.

Buat nota ringkas Jangan sekadar membaca sahaja. Cuba kenal pasti kata kunci (lihat artikel terdahulu) dan ringkaskan setiap fakta penting ke dalam bentuk nota ringkas. Dengan melibatkan lebih banyak deria dalam satu-satu proses membaca mem-buatkan anda rasa seronok. Dengan membuat nota ringkas anda sebenarnya menggunakan bahagian kinestatik diri anda. Kalau sekadar membaca sahaja tanpa sebarang penghasilan nota anda cuma gunakan bahagian visual dan auditori semata-mata. Penglibatan bahagian kinestatik penting kerana ia mengukuhkan lagi ingatan anda terhadap apa yang anda pelajari.

Page 5: Buletin Rasmi KRIM - Untuk Ahli Sahaja H DIARI KRIMDIARI …D i dalam satu hadis Rasulullah, dari-pada Umar bin Khattab r.a., bahawa-sanya Rasulullah s.a.w. telah ber-sabda; "Sesungguhnya

Petua Be

8

R amai pelajar yang apabila mahu belajar terasa mengantuk. Ada pula yang tak sampai 10 minit berada depan buku mata terasa berat. Tidak tahu apa yang dibaca dan ini merugikan diri pelajar itu sendiri. Kali ini saya mahu membincangkan faktor-faktor menyebabkan mengan-

tuk ketika belajar dan bagaimana cara untuk mengatasinya.

Tidak cukup tidur Ini memanglah punca utama ramai pelajar mengantuk ketika guru mengajar diseko-lah. Ada sesetengah pelajar yang tidur lewat malam sehingga pukul 1.00 pagi. Sedangkan esok hari persekolahan dan terpaksa bangun awal. Ada yang tidur lewat kerana menelaah pelajaran. Ada pula pelajar yang tidur lewat kerana membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti mendengar radio dan ber-IRC (chit chat) di internet sehingga pagi. Kalaulah ini masalah anda maka nyatalah yang anda belum menetapkan matlamat dalam hidup anda. Pelajar yang bermat-lamat tidak buang masa dengan urusan yang sia-sia. Kalau anda tidur lewat kerana mengulangkaji pelajaran maka anda juga perlu ubah tabiat buruk ini. Ingat pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang 'study smart' bukan semata-mata 'study hard'.

Tidur yang berlebih-lebihan Tidur yang terlalu lama dan kerap juga menjadikan anda mengantuk. Tidur yang mencukupi ialah sebanyak 6-8 jam se-hari. Pastikan anda tidak tidur lebih dari tempoh waktu ini.

Makan terlalu banyak Ini juga merupakan satu tabiat buruk. Apa-bila anda kuat makan maka perut anda terpaksa bekerja kuat memproses makanan tersebut. Proses ini memerlukan banyak oksigen dan mengerah banyak tenaga. Ini membuatkan anda mudah mengantuk waktu dalam kelas & ketika mengulangkaji.

Badan terlalu letih Ada ketikanya anda mengantuk disebabkan badan anda terlalu letih dengan aktiviti sepan-jang hari. Kalau anda ada masalah mengantuk cuba senaraikan semua aktiviti luar anda. Ada ketikanya andabersukan atau beriadah secara keterlaluan. Bermain bola diwaktu petang se-cara berlebih-lebihan. Berbasikal keliling kam-pung berjam-jam. Semua aktiviti ini memerah keringat dan membuatkan anda keletihan. Beriadah dan senaman memang baik untuk kesihatan tetapi tujuannya kena betul. Perbaiki matlamat anda beriadah. Anda beriadah untuk membolehkan anda segar pada waktu malam-nya bagi menelaah pelajaran. 20 - 30 minit se-hari adalah mencukupi. Ada pula sesetengak pelajar keletihan disebab-kan aktiviti ko-kurikulum yang berlebih-lebihan. Anda tidak perlu terlalu aktif dalam kegiatan ko-kurikulum hinggakan tiada masa untuk mengulangkaji dan sehingga memenatkan badan. Terlibat secara ala kadar. Pilih aktiviti yang paling anda minati. Tidak ada gunanya kegiatan ko-kurikulum anda cemerlang sedang-kan SPM anda kecundang. Tidak ada gunanya menjadi olahragawan/olahragawati sekolah tapi akhirnya bekerja hanya sebagai budak kilang. Oleh itu pastikan kegiatan harian anda seimbang antara pencapaian akademik dan penglibatan ko-kurikulum. Pastikan anda tidak kesuntukan masa. Pastikan anda tetap segar dan tidak mengantuk dimalamnya.

2. Menanamkan rasa cinta di antara sesama manusia kerana penjajah dan Yahudi telah banyak menyebarkan bibit-bibit perpecahan di kalangan masyarakat. 3. Mengajak orang yang dianggap baik dengan berkunjung ke rumahnya. Sheikh Izzudin saling membina suasana keakraban dan persauda-raan sehingga mencapai tahap berterus-terang untuk menyatakan tujuan perjuangan iaitu menyelamatkan Palestin. 4. Izzudin berkeyakinan bahawa Palestin tidak akan dapat diselamatkan kecuali jika rakyatnya dibangkitkan rasa tanggungjawabnya samada lelaki, perempuan, orang awam ataupun ulama mesti meyakininya dan bangun berjuang. Pada tahun 1931, pasukan yang beliau bentuk telah menyerang perkampungan Yahudi di Yagur. Dalam penyerangan tersebut tiga orang tentera Yahudi telah terbunuh. Pasukan Izzud-din Al-Qassam meneruskan penyerangannya dan menyebarkannya ke seluruh wilayah pergu-nungan. Setelah pasukan Inggeris yang bekerjasama erat dengan Zionis bertindak mempersempit-kan ruang geraknya di Haifa, maka Sheikh Al Qassam bersama enam sahabat rapatnya berpindah ke daerah pergunungan pada tahun 1935. Pasukan ketenteraan yang beliau bentuk mencapai jumlah seramai 200 orang. Dari jumlah tersebut dia membahagikannya kepada beberapa kelompok. Setiap kelompok terdiri daripada lima orang dan salah seorang daripa-da mereka akan diangkat sebagai pemimpin dan pemberi arahan. Dalam tempoh yang agak singkat, pasukannya bertambah banyak dan mencapai keanggotaan seramai 800 pejuang. Setiap unit yang asalnya terdiri daripada lima orang membesar menjadi sembilan orang. Rancangan berjalan sebagaimana yang diha-rapkan. Pada tahun 1935, Izzudin Al Qassam dalam usianya yang telah mencapai enam puluh tahun keluar pada satu malam dengan mengenakan pakaian pejuang setelah mening-galkan pakaian tokoh agama. Dia mengumpul-kan anggota keluarganya untuk memberitahu-kan niatnya dan menjanjikan keazaman untuk berjumpa dengan mereka di syurga kelak. Pasukan Inggeris dengan senjata yang lengkap dan dibantu dengan pesawat tempur telah menyerang pasukan Izzuddin Al-Qassam di Ya’bad. Dalam pertempuran tersebut Izzuddin Al-Qassam gugur sebagai syahid bersama dua orang pejuang lainnya pada 20hb November

1935. Orang-orang Palestin di seluruh negara melaku-kan solat jenazah ghaib untuk beliau. Jenazah as Syahid Izzudin al Qassam dengan bajunya yang berlumuran darah dibawa oleh ribuan orang ke makam di kampungnya. Kesyahidan tiga pejuang tersebut telah mencetuskan lebih banyak penentangan, pergolakan dan permo-gokan terhadap penjajahan Inggeris dan Zionis terhadap bumi Palestin. Jasa Sheikh Izzuddin Al Qassam sentiasa dike-nangi oleh orang-orang Islam terutamanya di Palestin malahan sebuah sayap ketenteraan HAMAS (Harakah Muqawamah Islamiyah), mengabadikan namanya dalam unit dan ben-dera mereka. Berbicara mengenai tradisi pergerakan Islam moden dan sejarahnya, nama Izzudin Al Qas-sam tidak dapat dipisahkan; beliau memiliki cara yang tersendiri dalam pembinaan generasi Islam dengan menggunakan pendekatan pendi-dikan, kesiap-sagaan, organisasi dan jihad. Jika diamati lagi, dalam aliran pergerakan Islam terdapat seorang tokoh besar yang mempunyai kaedah pergerakan yang pelbagai dan dia adalah salah seorang tokohnya. MU-

HAMMAD IZZUDDIN ABDUL QADIR AL QASSAM

KISAH PEJUANG PALESTIN

5

Page 6: Buletin Rasmi KRIM - Untuk Ahli Sahaja H DIARI KRIMDIARI …D i dalam satu hadis Rasulullah, dari-pada Umar bin Khattab r.a., bahawa-sanya Rasulullah s.a.w. telah ber-sabda; "Sesungguhnya