keberkesanan p&p pi

Upload: akocuba2

Post on 30-May-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Keberkesanan P&P PI

    1/10

    PENDAHULUAN

    Mengikut Prof Madya Dr.Abdul Halim El-Muhammady,Pendidikan Islam didefinisikan

    sebagai ; proses mendidik dan melatih akal,jasmani,rohani dan emosi manusia berasaskan

    sumber wahyu iaitu al-Quran dan sunnah,pengalaman Salaf as-Salih serta ilmuan mutabar

    untuk melahirkan insan salih yang mampu memikul tanggungjawab khalifah yang

    dipertanggungjawabkan oleh Allah S.W.T ke atas manusia supaya mengimarahkan alam ini

    untuk kebahagiaan hidupnya di dunia dan akhirat (Khailani Abd.Jalil,Ishak Ali Shah (1993)

    Falsafah Pendidikan Islam

    Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu,kemahiran dan

    penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah bagi membentuk

    sikap,kemahiran,keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai

    tanggungjawab untuk membangun diri,masyarakat,alam sekitar dan negara kearah mencapai

    kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. (Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam

    dan Moral,2006)

    MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM

    Matlamat Pendidikan Islam ialah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman,

    berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah

    supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah

    mempertingkat tamadun bangsa dan negara.

    OBJEKTIF

    Terdapat lapan perkara utama yang disasarkan sebagai objektif dalam perlaksaaan

    Pendidikan Islam.Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah,adalah di

    harapkan murid dapat :

    1. Membaca surah-surah terpilih daripada juzu amma

    PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

    http://www.pdffactory.com/http://www.pdffactory.com/http://www.pdffactory.com/
  • 8/14/2019 Keberkesanan P&P PI

    2/10

    dengan betul dan fasih, untuk memupuk minat membaca al-Quran dan menjadi amalan.

    2. Menghafaz ayat-ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian.

    3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya ke arah

    meyakini al-Quran sebagai rujukan petunjuk Allah.

    4. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng

    keagamaan.

    5. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam Fardu Ain serta memahami Fardu Kifayah

    sebagai tuntutan kewajipan umat Islam.

    6. Memahami dan mengambil iktibar dengan sirah Rasulullah s.a.w sebagai asas

    perkembangan tamadun manusia.

    7. Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian.

    8. Membaca dan menulis Jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.

    KEPENTINGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

    YANG BERKESAN

    Pendidikan adalah satu saluran yang terpenting untuk pembangunan dan perubahan sesuatu

    umat .Malah sebarang perubahan yang ingin dibuat adalah bertitik tolak dari proses

    pendidikan . Oleh itu,pengajaran yang berkesan adalah amat diperlukan bagi memastikan

    matlamat proses pendidikan sebagai ejen penggerak perubahan tercapai.

    Ciri-ciri Pembelajan Berkesan

    Terdapat beberapa elemen penting yang menyumbang kearah keberkesanan pengajaran,iaitu;

    1- Guru yang berkesan

    Perbincangan tentang guru yang berkesan memang banyak dibuat dengan pelbagai

    pendapat.Walaubagaimana pun secara jelasnya,guru yang berkesan haruslah mempunyai ciri-

    ciri berikut

    1- mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam tentang bidang yang

    diajar.

    2- Mengetahui kaedah yang pelbagai dan disesuaikan dengan kehendak

    pembelajaran semasa

    3- Sentiasa memikirkan bagaimana hendak melibatkan pelajar dalam pengajarannya.

    PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

    http://www.pdffactory.com/http://www.pdffactory.com/http://www.pdffactory.com/
  • 8/14/2019 Keberkesanan P&P PI

    3/10

    4- Sentiasa bersemangat dan mempamerkan keyakinan dalam perkara yang hendak

    diajar.

    5- Mempunyai objektif yang jelas dan tersusun dalam penyampaian isi

    pembelajaran.

    2- Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran

    Guru yang baik tidak mampu memaksimakan kebolehan tanpa bekalan prinsip-prinsip

    pengajaran dan pembelajaran yang memberi panduan kepada mereka.Untuk itu,guru perlu

    dibekalkan dengan prinsip-prisip pengajaran dan pembelajaran yang memberi panduan

    kepada mereka untuk menjalankan pengajaran dengan berkesan.

    3- Kurikulum dan Pelaksanaannya

    Kurikulum yang digunakan di sekolah rendah ialah Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

    (KBSR).Ia dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun 1980an bagi menggantikan

    kurikulum sedia ada.Di sekolah menengah pula dilaksanakan KBSM bermula tahun 1988 di

    tingkatan satu dan kelas peralihan.Kesemua kurikulum tersebut digarap sebegitu rupa bagi

    dijadikan landasan dalam menterjemah kehendak negara membentuk generasi pewaris.

    Perubahan demi perubahan dilakukan bagi menjamin keberkesanan dalam pelaksanaannya

    diperingkat akhir.

    4- Persediaan Mengajar

    Persediaan mengajar merupakan satu dokumen yang mengandungi butiran tentang

    perancangan harian yang disediakan oleh guru untuk satu waktu pengajaran.Ia mengandungi

    maklumat tentang pelajar,matlamat yang ingin dicapai,isi kandungan yang akan disampaikan

    dan penentuan pencapaian matlamat.Dokumen ini merupakan rancangan tindakan yang

    disediakan guru yang akan digunakan semasa berhadapan dengan murid di dalam

    kelas.Persediaan yang baik akan memberikan keyakinan kepada guru,membantu guru

    merancang media pengajaran dan memastikan semua maklumat yang ingin disampaikan

    dimasukkan dalam persediaan mengajar.

    PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

    http://www.pdffactory.com/http://www.pdffactory.com/http://www.pdffactory.com/
  • 8/14/2019 Keberkesanan P&P PI

    4/10

    Kesan Pengajaran Berkesan

    Pendidikan Islam yang berkesan akan mencorakkan masyarakat Natijah terakhir yangdiharap dari pengajaran pendidikan islam ialah untuk menghasilkan muslim yang berilmu,

    beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-

    Sunnah, menyumbang ke arah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.Kesyumulan

    Islam,terjelma dalam sistem atau manhaj pendidikan. Pendidikan atau tarbiyah Islam

    dilaksanakan untuk mengembangkan tasawwur (konsep) dan kefahaman terhadap kehidupan

    berlandaskan al-Quran di dalam jiwa anak-anak. Asas dan teras sistem pendidikan ini adalah

    hakikat tauhid kepada Allah.

    Berdasarkan Surah Al-Ashr, kita dapati ada tiga bentuk pendidikan untuk membolehkan

    manusia selamat daripada kehinaan dan kerugian samada di dunia mahupun di akhirat. Ini

    telah dijelaskan oleh Dr Abdul Rahman an-Nawawi, di dalam bukunya Pendidikan Islam:

    Di Rumah, Di Sekolah dan Masyarakat. Beliau menulis:

    ..keselamatan manusia daripada kerugian dan azab dapat dicapai melalui tiga bentuk

    pendidikan berikut: Pertama, pendidikan individu yang membawa manusia kepada keimanan

    dan ketundukan kepada syariat Allah SWT, serta beriman kepada yang ghaib; kedua,

    pendidikan diri yang membawa manusia kepada amal saleh dalam menjalani kehidupanseharian; dan ketiga, pendidikan masyarakat yang membawa manusia kepada sikap saling

    berpesan dalam kebenaran dan saling memberi kekuatan ketika menghadapi kesulitan yang

    pada intinya, semuanya ditujukan untuk beribadah kepada Allah SWT.

    (http://aferiza.wordpress.com/9.2.2009) .

    Lima kaedah / teknik pengajaran Rasulullah S.A.W.

    Rasulullah S.A.W telah berpesan melalui hadisnya yang bermaksud Telah ku tinggalkan

    kepada umatku dua perkara, mereka tidak akan tersesat selamanya selagi tetap berpegang

    kepada keduanya iaitu al-Quran dan sunnah ku.Dalam dunia pendidikan, Baginda telah

    menitipkan uslub yang terbaik untuk diikuti oleh para pendidik melalui contoh-contoh

    kaedah pengajaran yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah semasa mengembangkan dakwah

    PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

    http://aferiza.wordpress.com/9.2.2009)http://www.pdffactory.com/http://www.pdffactory.com/http://www.pdffactory.com/http://aferiza.wordpress.com/9.2.2009)
  • 8/14/2019 Keberkesanan P&P PI

    5/10

    islamiah,semuanya mempunyai kekuatan yang tersendiri.Antara kaedah pengajaran yang

    dilaksanakan oleh Rasulullah ialah;

    1- Kaedah Hafazan

    Kaedah hafazan adalah kaedah dimana seorang murid perlu mengingati setiap isi

    pembelajaran secara satu persatu (harfiah).Kaedah ini diaplikasikan terutamanya dalam

    pengajaran al-Quran dan Hadis.Di zaman Rasulullah,hafazan menjadi kaedah yang

    penting dalam proses pemindahan dan perkembangan ilmu kerana sebahagian besar dari

    masyarakat waktu itu tidak boleh menulis dan membaca.Baginda sendiri mengamalkan

    kaedah ini semasa menerima wahyu dari Allah.Kaedah ini masih diamalkan dan terus

    releven untuk diguna pakai.Lebih-lebih lagi di zaman perkembangan sains dan teknologi

    kini yang menyaksikan lahirnya berbagai formula penting.

    Kaedah hafazan mampu menjadi wadah untuk mengasah ketajaman fikiran terumanya

    golongan kanak-kanak dan remaja.Dengan menghafaz juga warisan sesuatu ilmu mampu

    diselamatkan dari terus berkubur.Sebagai contoh,banyak ilmu berkaitan perubatan

    melayu yang telah hilang bersama hilangnya tokoh-tokoh yang mempelopori bidang

    tersebut.Puncanya, tidak ada golongan pelapis yang berminat untuk menghafaz kalimah-

    kalimah ajaib yang digunakan atau mungkin juga kerana golongan itu sendiri yang

    enggan menurunkan ilmu mereka kepada orang lain untuk di hafaz.

    2.-Kaedah Soal Jawab.

    Pembelajaran melalui kaedah bersoal jawab telah lama diamalkan dalam islam.Al-Quran

    sendiri mengandungi begitu banyak ayat yang menggambarkan berlakunya kaedah ini

    dalam proses pemindahan ilmu. Sebagai contohnya,Firman Allah pada ayat kedua dalam

    surah al-Ankabut Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan

    hanya berkata Kami beriman,sedang mereka tidak diuji (dengan sebarang

    ujian)?.Lantas Allah mendatangkan penjelasan dalam ayat yang berikutnya.Baginda

    Rasulullah pernah bersoal jawab dengan Muaz bin Jabal ketika mengutuskannya ke

    Yaman.Tujuannya untuk menguji tahap keyakinan ilmu yang dimilki oleh Muaz.

    PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

    http://www.pdffactory.com/http://www.pdffactory.com/http://www.pdffactory.com/
  • 8/14/2019 Keberkesanan P&P PI

    6/10

    Melalui teknik soal jawab,guru akan mencipta soalan yang mencabar minda pelajar

    untuk menguji kebolehan berfikir, daya ingatan dan tahap pemahaman mereka terhadap

    topik yang berkaitan.Selain soalan dari guru,teknik penyoalan dari murid kepada

    murid,murid kepada guru juga boleh dilakukan.Walau bagaimana pun,semasa

    meggunakan manhaj ini guru terlebih dahulu membuat persediaan rapi bagi memastikan

    proses soal jawab tidak tersasar dari matlamat yang diinginkan.

    3- Kaedah Perbincangan

    Kaedah ini mempunyai kesinambungan dengan kaedah soal jawab.Ini kerana,satu

    perbincangan yang berkesan tidak dapat lari dari berlakunya proses soal jawab.Nabi

    S.A.W pernah bermusyawarah/melakukan perbincangan dengan para sahabat untuk

    mencari kaedah penyelesaian terbaik. Contohnya semasa menghadapi ancaman serangan

    musuh dari tentera bersekutu Quraish di dalam perang Khandak.Dalam perbincangan

    ini,keputusan menggali parit besar buah fikiran dari Salman al-Farisi telah diterima

    sebulat suara dan hasilnya terbukti dapat menyelamatkan Madinah dari menjadi tawanan

    musuh.

    Untuk mencapai pengajaran terbaik,pembentukan kaedah ini memakan masa,praktis dan

    maklum balas.Melalui kaedah ini,seorang guru biasanya bertindak sebagai pemudah cara

    terhadap perbincangan yang berbentuk perbualan di kalangan pelajar.Oleh itu, sebelum

    melakukan perbincangan guru harus bersedia dengan beberapa perancangan seperti

    menetukan isu utama perbincangan,memastikan bahawa peluang penyertaan di beri

    kepada semua pelajar dan bersedia membuat penilaian serta rumusan serta merta

    terhadap idea-idea yang lahir dari perbincangan.

    Kekuatan yang dapat di pupuk dalam pelaksanaan kaedah ini ialah keberanian

    melahirkan idea,membentuk fikiran kritis,puitis dan sifat persefahaman di kalangan

    pelajar.

    PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

    http://www.pdffactory.com/http://www.pdffactory.com/http://www.pdffactory.com/
  • 8/14/2019 Keberkesanan P&P PI

    7/10

    4- Kaedah Tunjuk Cara

    Kaedah tunjuk cara merupakan satu teknik pengajaran yang melibatkan kemahiran

    amali.Dalam pengajaran Pendidikan Islam, mata pelajaran ibadat amat sesuai diajar

    menggunakan kaedah ini.Baginda S.A.W sendiri pernah bersabda kepada sahabatnya

    Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu lihat aku sembahyang.

    Melalui pelaksaan kaedah ini, kemahiran yang dimiliki guru amat penting dan menjadi

    faktor utama keberkesanannya.Kemahiran murid dapat dibentuk melalui contoh yang

    jelas ditunjukkan oleh guru yang disusuli dengan latihan amali .Ini memberi peluang

    kepada pelajar berinteraksi secara terus dengan isi pengajaran dan pembelajaran.

    5-Kaedah permaianan

    Kaedah ini amat digemari oleh pelajar,terutama pelajar sekolah rendah kerana bagi

    mereka bermain itu adalah belajar.Sesetengah penyelidik tidak begitu bersetuju dengan

    kaedah ini kerana memerlukan banyak masa, sedangkan okjektif yang dapat dicapai

    adalah sedikit.Kenyataan tersebut memang ada benarnya.Sungguh pun begitu, kekangan

    masa kadang kala tidak boleh dijadikan alasan mengatasi matlamat yang ingin

    dicapai.Kepada pelajar yang berusia antara 7-10 tahun,menikmati permainan sambil

    belajar merupakan satu keperluan dalam membentuk keterampilan diri.Sesuai dengan

    peringkat perkembangan mereka yang memerlukan suasana ceria dan tidak tertekan.Islam

    sendiri menyarankan metod pendidikan yang tidak memaksa di adaptasikan kepada

    golongan kanak-kanak seperti diatas. Saidina Ali pernah berkata didiklah anak kamu

    menunaikan solat semenjak berusia 7 tahun dan pukullah dia (jika engkar) apabila berusia

    10 tahun.Ini membuktikan bahawa proses penyampaian ilmu terhadap kanak-kanak

    dalam lingkungan usia tersebut lebih berbentuk galakan,bertoleransi,dan mengikut

    kesesuaian masa serta keadaan.

    Kesimpulan

    Matlamat KBSR ialah untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh,

    seimbang dan bersepadu dari aspek JERI ;jasmani,emosi ,rohani , intelek. Pendidikan Islam

    sekolah rendah wajib dipelajari oleh setiap murid Islam dari tahun 1 hingga tahun 6 kerana

    PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

    http://www.pdffactory.com/http://www.pdffactory.com/http://www.pdffactory.com/
  • 8/14/2019 Keberkesanan P&P PI

    8/10

    peranannya yang penting dari aspek pendidikan rohani dan emosi dalam elemen falsafah

    Pendidikan Negara.Tumpuan khusus mata pelajaran ini ialah pendidikan asas tilawah al-

    Quran,pembentukan akidah dan bimbingan Asas Fardu Ain,pemupukan amalan Fardu Ain

    dan Fardu Kifayah yang dituntut oleh Syariat Islam dan penerapan adab yang berteraskan

    Akhlak Islamiah ke dalam diri murid. Keempat-empat bidang ini hendaklah disampaikan

    dengan berkesan. Penggunaan kaedah dan metod yang sesuai akan membantu para pendidik

    memastikan setiap murid menguasai ilmu,amalan dan kemahiran yang telah ditetapkan

    supaya mata pelajaran Pendidikan Islam ini dapat menyumbang ke arah pembentukan

    muslim mukmin yang berilmu, beriman, beradab, berakhlak mulia, berketerampilan,

    bertanggungjawab, beramal soleh, dan bertakwa selaras dengan Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.

    PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

    http://www.pdffactory.com/http://www.pdffactory.com/http://www.pdffactory.com/
  • 8/14/2019 Keberkesanan P&P PI

    9/10

    Rujukan :

    Atan Long (1982),Pedagogi Kaedah Am Mengajar,

    Petaling Jaya :Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Dr.Ismail Abas,Fadzilah Mustafa,Abu Hisham Yusof ( 2007). Pengenalan Pendidikan

    Islam , Seri Kembangan : Meteor Doc.Sdn.Bhd.

    Hanapiah Sudin (1982),Pengajaran Pembelajaran Lisan,

    Kuala Lumpur : Utusan Publications

    Khailani Abd.Jalil,Ishak Ali Shah (1993).Pendidikan Islam Era 2020.Kajang.Tekno Edar

    Mat Nor Hussin & Ab.Rahman Ab.Rashid (1990). Alat Bantu Mengajar

    Dalam Pengajaran Bahasa, Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn. Bhd.

    Noraziah Abd.Hamid (1981), Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa,

    Kertas Kerja Seminar Perguruan pada 28-30 disember,1981 di Universiti Malaya.

    Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral,2006/

    Buku Panduan Kursus Peningkatan Kurikulum pendidikan Islam

    Berasaskan Pendekatan Islam Hadhari 2006.

    (http://aferiza.wordpress.com/9.2.2009 ).

    PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

    http://aferiza.wordpress.com/9.2.2009http://www.pdffactory.com/http://www.pdffactory.com/http://www.pdffactory.com/http://aferiza.wordpress.com/9.2.2009
  • 8/14/2019 Keberkesanan P&P PI

    10/10

    http://www.pdffactory.com/