wim pi 1031_k.penerangan

Upload: basith

Post on 27-Feb-2018

382 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    1/118

    KERTA

    S

    PENERAN

    GAN

    TERHAD

    TERHAD

    PENDIDIKAN ISLAM 1

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    2/118

    Cetakan Kedua Mac 2011

    Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia

    http ://www.jtm.gov.my/kurikulum

    Hak Cipta Terpelihara. Dokumen ini diklasifikasikan sebagai TERHAD. Tidak dibenarkan

    mengeluar mana-mana bahagian dalam kandungan Bahan Pembelajaran Bertulis (WIM)

    dalam apa jua bentuk tanpa keizinan daripada Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

    Bahan Pembelajaran SEMESTER SATU ini dibangunkan bagi kursus sepenuh masa di

    Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) oleh Ahli Jawatankuasa

    Pembangunan WIM dan disemak serta diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu

    Kurikulum untuk tujuan gunapakai bagi semua ILJTM yang terlibat.

    Kod Pengesahan WIM : WIM/PI1031/12011/S01/PI

    Kod Pengesahan Silibus : SFB/PI1031/12009/P1

    Tarikh Pengesahan WIM : 11 Mac 2011

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    3/118

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    4/118

    KANDUNGAN

    SENARAI AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN WIM ..................................... i

    SENARAI SINGKATAN ........................................................................................... ii

    KERTAS TUGASAN MODUL .................................................................................1

    PI 1031 PENDIDIKAN ISLAM 1 .....................................................................................1

    GROUP CLUSTERING 2

    LE1

    MENGAMALKAN ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP DAN FITRAH.............4

    LE2

    MEMANTAPKAN AQIDAH ISLAM SERTA MENJAUHI PERKARA-PERKARA YANG MEMBATAL AQIDAH .................................................22

    LE3 KONSEP IBADAH DALAM ISLAM .........................................................35

    LE4

    PRAKTIKAL IBADAH KHUSUS DALAM ISLAM ......................................42

    LE5

    JELAS PENGERTIAN, PEMBAHAGIAN DAN KONSEP PENCEGAHANJENAYAH................................................................................................89

    LE6 BENTUK AKHLAK DAN HINDARI PERMASALAHAN AKHLAK ..............97

    LE7

    JELAS PERANAN PENGANUT ISLAM DAN PENYEBARAN DAKWAHISLAMIAH ............................................................................................. 105

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    5/118

    i

    SENARAI AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN WIM

    KLUSTER SUBJEK UMUM - PENDIDIKAN ISLAM 1

    Ahli Jawatankuasa:

    1. Pn. Ainin Binti Ahmad Asnawi(Pengerusi Kluster Subjek Umum)

    ADTEC Shah Alam

    2. En. Nikmat Bin Mohamad(Penolong Pengerusi Kluster)

    ADTEC Kulim

    3. En. Abd Rahim Bin Yaacob(Ketua Penyelaras)

    ADTEC Batu Pahat

    4. En. Sukri Bin Yaakub ILP Kota Kinabalu

    5. Cik Roszalina Binti Arshad ILP Labuan

    6. En. Azhar Bin Mamat ILP Ipoh

    8. En. Mohd Zulkefli Sazali Bin Abd Razak ILP Kepala Batas

    Urusetia:

    1. Pn. Norpisah Binti Jumin BKT, Ibu Pejabat

    2. En. Ismail Bin Mohd Taha BKT, Ibu Pejabat

    Tarikh dibangunkan : 06 09 Julai 2010

    Tempat : ADTEC Taiping, Perak.

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    6/118

    ii

    SENARAI SINGKATAN

    IS INFORMATION SHEET

    WS WORK SHEET

    AS ASSIGNMENT SHEET

    KOD KURSUS

    SEMESTER

    NO. MODUL

    KREDIT

    NO. LE

    JENIS WIM

    PI 1 03 1-LE1-IS

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    7/118

    [

    KERTASPENERANGAN

    MODUL 1PI 1031 PENDIDIKAN ISLAM 1

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    8/118

    [ MUKASURAT 2

    GROUP CLUSTERING

    PI 1031-LE1 KONSEP ISLAM SEBAGAI AD-DIN

    1.1 Pengertian Islam & Keistimewaan Islam

    1.2 Islam Agama Fitrah

    1.3 Petunjuk Kalimah Ad-din

    1.4 Mafhum Kalimah Ad-din

    PI 1031-LE2 KONSEP AQIDAH ISLAM

    2.1 Pengertian Aqidah

    2.2 Kedudukan Aqidah Dalam Islam

    2.3 Asas-asas Aqidah

    2.4 Kesan Aqidah Dalam Kehidupan Manusia

    2.5 Perkara Perkara Yang Membatalkan Aqidah

    2.6 Pembinaan Aqidah

    PI 1031-LE3 KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

    3.1 Pengertian Ibadah & Skop Ibadah

    3.2 Pembahagian Ibadah

    3.3 Syarat Ibadah

    3.4 Kesan Ibadah Dalam Kehidupan

    PI 1031-LE4 PRAKTIKAL IBADAH KHUSUS DALAM ISLAM

    4.1 Thaharah ( Najis ,Hadas Kecil & Hadas Besar )

    4.2 Praktikal Wudhu, Tayammum & Solah

    4.3 Kepentingan dan Kelebihan Solah Berjemaah

    4.4 Solah Jama' dan Qasar

    4.5 Solah Jumaat ( Rukun & Syarat - Syarat )

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    9/118

    [ MUKASURAT 3

    4.6 Solah Jenazah

    4.7 Bacaan Wajib Dalam Sembahyang

    4.8 Puasa ( Rukun & Syarat - Syarat Puasa )

    4.9 Zakat

    PI 1031-LE5 UNDANG-UNDANG JENAYAH DALAM ISLAM

    5.1 Pengertian Jenayah

    5.2 Pembahagian Jenayah

    5.2.1 Hudud

    5.2.2 Qisas

    5.2.3 Ta'zir

    PI 1031-LE6 AKHLAK DALAM ISLAM

    6.1 Pengertian Akhlak

    6.2 Skop Akhlak

    6.3 Pembentukkan Akhlak Islam

    6.4 Permasalahan Akhlak Masa Kini

    6.5 Kepentingan dan Kewajipan

    PI 1031-LE7 KONSEP DAKWAH

    7.1 Dakwah Kepada Orang Islam

    7.2 Dakwah Kepada Orang Bukan Islam

    7.3 Keruntuhan Umat Islam & Jalan Penyelesaiannya

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    10/118

    PI 1031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 4

    INSTITUSI LATIHANJABATAN TENAGA MANUSIA

    KEMENTERIAN SUMBER MANUSIAMALAYSIA

    KERTAS PENERANGAN

    KOD DAN NAMAKURSUS

    PI-1031 PENDIDIKAN ISLAM TAHAP 1 (SEMESTER 1)

    KOD DAN NAMAMODUL

    PI -1031 MEMAHAMI KESELURUHAN KONSEP ISLAM

    PENGALAMANPEMBELAJARAN

    LE1. MENGAMALKAN ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP DANFITRAH.

    NO. TUGASANBERKAITAN

    1.1 PENGERTIAN ISLAM DAN KEISTIMEWAAN ISLAM

    1.2 ISLAM AGAMA FITRAH

    1.3 PETUNJUK KALIMAH AD-DIN

    1.4 MAFHUM KALIMAH AD-DIN

    OBJEKTIFPRESTASIAKHIRAN (TPO)

    JELASKAN KONSEP ISLAM SEBAGAI AD-DIN DENGANMENGGUNAKAN KAEDAH PERBINCANGAN SUPAYA PELAJARDAPAT:

    1. MEMAHAMI KONSEP ISLAM SECARA MENYELURUH.

    2. MEMAHAMI KEPADA PELAJAR TENTANG KEISTIMEWAANDINUL ISLAM

    OBJEKTIFMEMBOLEH (EO)

    DIAKHIR PEMBELAJARAN PELAJAR MESTI BOLEH :-

    DAPAT MENGETAHUI KONSEP AQIDAH ISLAM SEBAGAI AD-DINSERTA MEMAHAMI ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP.

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    11/118

    PI 1031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 5

    1.1 PENGERTIAN ISLAM DAN KEISTIMEWAAN ISLAM

    Islam adalah agama yang bersifat global dan syumul yang mana ruang lingkupajarannya terlalu luas. Oleh itu dalam memahami konsep ajaran yang sebenarnya iamemerlukan kepada pemahaman yang mendalam dari berbagai aspek.

    Dalam Al Quran Allah S.W.T telah memberikan banyak takrifan kepada Islam, demikianjuga Rasulullah s.a.w dalam hadis-hadis baginda dan para ulamak. Nama Islam tidakdisandarkan pada individu tertentu. Tidak sama seperti agama Kristian yang dikaitkan denganJesus Christ, Buddha disandarkan kepada Gautama Buddha. Demikian juga agamaZoroasterianism dimasyhurkan oleh Zoroaster. Islam juga tidak dikaitkan kepada mana-manakabilah seperti agama Yahudi yang dikenali daripada kabilah Yahuda. Begitu juga denganHinduism yang dinisbahkan kepada nama tempat iaitu indus kemudian bertukar kepada Hindu.

    Tetapi Islam adalah dari Allah s.w.t dan bukan dicipta oleh mana-mana individuberdasarkan falsafah dan pemikiran manusia yang dangkal. Ia tidak dikhaskan bagi umattertentu melainkan seluruh bangsa-bangsa dan puak yang ada di atas muka bumi Allah s.w.t. Iamempunyai matlamat untuk menghiasi seluruh penduduk bumi ini dengan sifat Islam.

    Islam berasal dari bahasa arab iaitu aslama. Dari segi bahasa ia bermaksud taat,patuh, berserah diri, selamat dan sejahtera. Dari segi istilah syarak pula Islam beerti tunduk danpatuh serta menyerah diri kepada Allah s.w.t dengan beriman kepadaNya dan mengamalkansegala ajaran yang dibawa oleh Rasulnya. Islam mengajar kepatuhan kepada Allah dan tundukkepada perintahNya tanpa bantahan.

    Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

    Apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah padahal kepadaNyamenyerah diri segala apa yang ada di langit dan di bumi, baik dengan suka mahupunterpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan.

    Terdapat juga para ulamak mendefinasikan Islam sebagai nidzam(peraturan),perundangan yamg lengkap bagi mengatur hidup manusia. Mengandungi peraturan-peraturan berbentuk akidah, akhlak, muamalat dan segala berita yang terkandung di dalamAl Quran dan As Sunnah.Tidak ketinggalan juga, ulama menyebut bahawa Islam itu sebagaipedoman hidup yang sebenar, petunjuk dalam semua aspek kehidupan, merupakan ubatyang mujarab untuk mengatasi dan memperbaiki masyarakat ke arah membawa manusia kejalan yang sebenar.

    Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

    Islam itu dibina di atas lima asas iaitu syahadat atau naik saksi bahawasesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawasesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah. Kedua ialah mendirikansembahyang fardhu lima waktu. Ketiga ialah berpuasa sebulan bulan ramadhan.Keempat ialah membayar zakat dan kelima ialah menunaikan haji ke mekah bagiyang berkuasa .

    Hadis tersebut merupakan suatu hadis yang amat penting yang membicarakantentang Rukun Islam yang lima yang wajib diketahui dan dipatuhi serta diamalkan oleh setiaporang yang mengaku dirinya seorang Islam. Pengakuan hidup seorang muslim terhadaptuhannya mestilah diikrar dengan lidah yang terkandung di dalam kalimah Laa Ilaha Ilallah.

    Pengakuan ikrar ini mengesahkan dirinya adalah seorang Islam yang beriman kepada Allah,kerana dia telah mengembalikan hakikat kehidupannya itu ke pangkuan Allah, dia merasa

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    12/118

    PI 1031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 6

    yakin dan percaya terhadap keesaan Allah dan kekuasaanNya menjadikan segala makhlukyang ada di alam ini. Pengakuan ini tidak akan terhenti begitu sahaja.Keimanan dankeislaman seseorang itu tidak cukup hanya diucapkan dengan lidah yang tak bertulangtanpa disusuli dengan tindakan selanjutnya atau amalan-amalan yang telah ditetapkan olehAllah. Iman itu mestilah diucap dengan lidah, diikrar dalam hati dan seterusnya diamaldengan anggota.

    Oleh sebab itu, pengakuan hidup seseorang muslim terhadap Allah mestilahditerjemahkan dalam bentuk amalan, iaitu menunaikan segala tugas dan tanggungjawabyang telah difardhukan, melaksanakan segala suruhan dan kewajipan yang telah diturunkandan menjauhi segala apa jua larangan-larangan yang telah ditetapkan. Pengakuan ikrar itupasti akan terlaksana apabila Laa Ilaha llallah itu dapat diserapkan secara menyeluruhmenjadi amalan hidup. Setelah pengakuan ketuhanan itu dibuat, seseorang muslim mestilahmembuat pengakuan kedua pula iaitu, Muhammadur Rasulullah sebagai syarat untukmenyempurnakan lagi keimanan yang ada pada diri seseorang muslim.

    Kekuatan Islam dan ajarannya serta umatnya itu terletak di bahu para pengikutnyasendiri, kalaulah mereka beramal dengan amalan yang telah ditetapkan dan beristiqamah

    pula untuk terus berada di jalan Allah, nescaya Islam dan ajarannya akan terus hidup subursehingga ke akhir zaman. Secara tidak langsung umatnya pula akan menjadi umat yangdihormati sepanjang zaman. Tetapi jika perkara sebaliknya berlaku, maka Islam danajarannya itu akan lenyap ditelan zaman dan akan menjadi memori ingatan untuk dijadikanbahan sejarah silam. Maka dengan sebab itu, umat Islam mesti menerima ketetapan Allahdengan hati yang terbuka.

    Di antara konsep-konsep ketuhanan yang dilarang dan ditegah di dalam ajaranIslam ialah :

    i. Islam Menolak Konsep Penyembahan

    Konsep penyembahan ini membawa pengertian bahawa apa yang disembah ituberada di hadapan orang yang menyembah dan ianya boleh dilihatdengan matasecara jelas sepeti orang-orang Buddha yang mengukir patung Budha laludisembah mereka patung tersebut.

    ii Islam Menolak Konsep Pendewaan

    Islam juga tidak mengiktiraf konsep pendewaan yang diada-adakan dan direka ciptauntuk dijadikan suatu konsep kepercayaan dalam kehidupan manusia sebagaimanayang dibawa di dalam ajaran Hindu yang percaya dengan wujudnya dewa-dewauntuk memberi kebahagiaan dan sakti kepada kehidupan

    iii Islam Menolak Konsep Pemujaan

    Islam juga tidak pernah mewujudkan konsep pemujaan yang biasa dilakukan dandiamalkan oleh para nujum atau bomoh atau dukun-dukun terhadap hantu syaitan didalam jampi-serapah mereka untuk mendapat rahsia, kuasa, kekuatan dan ramalanyang tepat.

    iv Islam menolak Konsep Penyekutuan

    Islam juga menolak konsep penyekutuan sebagaimana yang terdapat di dalam

    ajaran Kristian. Ini dengan jelas dapat dibuktikan dengan

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    13/118

    PI 1031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 7

    firman Allah s.w.t yang bermaksud :

    Sekiranya di langit dan di bumi terdapat tuhan-tuhan selain dari Allah, sudah tentukeduanya akan binasa, Maha Suci Tuhan yang mempunyai arash terhadap apayang mereka sifatkan.

    1.1.1 KEISTIMEWAAN ISLAM

    Antara perkara-perkara yang telah diterima pakai oleh ahli feqah dan undang-undangialah setiap sistem yang ada samada yang berasal daripada Allah s.w.t ataupun ciptaanmanusia mestilah mempunyai kelebihan dan ciri-cirinya yang tersendiri. Oleh itu kita perlumemahami dan mengetahui dengan sebenar-benarnya ciri-ciri undang-undang Islam untukmelihat keistemewaannya berbanding dengan undang-undang ciptaan manusia

    a. Agama Islam dari Allah dan bersi fat Ketuhanan ( Rabbaniyah)

    Sumber ajaran Islam dan peraturannya adalah daripada Allah s.w.t melalui wahyuyang disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. Oleh itu agama Islam bukan lahir daripemikiran dan falsafah karut yang ditaja oleh manusia yang serba kelemahan.Rabbaniyah di sini bermaksud bahawa semua hukum-hukum syariah dan sistem-sistemnya bukan merupakan ciptaan manusia yang diliputi oleh sifat-sifat kelemahandan keterbatasan. Ia juga tidak terpengaruh dengan faktor-faktor tempat, masa danbudaya serta faktor warisan iaitu watak atau hawa nafsu. Allah s.w.t adalahpengubahnya serta pemilik makhluk dan pentadbir alam ini. Dialah Rabb seluruh isialam yang telah menjadikan segala sesuatu dengan sebaik-baiknya.

    b. Ajaran Islam adalah lengkap

    Tidak ada ajaran yang lebih lengkap selain daripada ajaran Islam. Sifat inilah yangmenjadi ciri khas prinsip dan peraturan islam sehingga berbeza dengan peraturan-peraturan yang diperbuat oleh manusia, yang hanya mengatur sebahagian aspektertentu sahaja yang tidak melengkapi aspek-aspek yang lain.

    Apa yang dimaksudkan dengan menyeluruh ialah syariat islam yang tinggi sifatnya inimencakupi sistem dan perundangan yang meliputi seluruh aspek kemasyarakatan dankehidupan samada yang berkaitan dengan akidah, ibadah dan akhlak atau yangberhubung dengan undang-undang umum seperti masalah-masalah sivil, jenayah,keluarga, sosial antarabangsa, pemerintahan, ekonomi dan lain-lain.

    Semuanya itu terkandung dalam prinsip-prinsip yamg terperinci lagi bijaksana danundang-undang rabbani yang abadi. Ini adalah kerana segala sistem tersebut ituadalah wahyu daripada yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji.

    c. Islam adalah agama Universal

    Islam dengan sifatnya yang universal (global) diturunkan untuk seluruh manusiadengan tidak membezakan warna kulit, bahasa, geografi dan sejarah. Ia bukanterbatas ubntuk waktu tertentu dan generasi tertentu tetapi berlaku untuk sepanjangmasa dan tempat. Syariat Islam dalam semua hukum, sistem dan prinsipnyamempunyai corak kemanusiaan dan bersifat global.

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    14/118

    PI 1031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 8

    Syariat Islam merupakan rahmat bagi seluruh alam, petunjuk dan pedoman kepadasemua manusia dan jalan hidup bagi semua manusia. Hukum syariat diturunkan bukanuntuk kawasan atau puak tertentu tetapi adalah untuk manusia seluruhnya tanpamemandangkan warna kulit, jenis bangsa atau tempat.

    Oleh itu tidak ada perkauman dalam dakwah Islam, tidak ada assabiyah dalam hukumIslam, dan tidak ada kasta dalam hukum Islam. Semua manusia adalah sama, tidakada kelebihan bagi mereka yang berbangsa arab ke atas bangsa lain kecuali dengantakwa.

    d. Ajaran progresif dan dinamik

    Ajarannya yang sesuai sepanjang masa dan keadaan, telah dapat memenuhi hajatmanusia sehingga manusia tidak merasa sempit menghadapi cabaran hidup di duniaini. Kemajuan dan rekaan yang ditemui oleh manusia, tidak dipandang sebagai perkarayang luar dari ajaran Islam. Malah Islam sangat menyukai kepada orang yang

    mencipta kemajuan yang selari dengan kemaslahatan manusia bukannya membawakerosakan di atas muka bumi ini.

    Semua peraturan dan prinsip Islam adalah dinamik dan progresif iaitu sentiasa sesuaidilaksanakan pada setiap masa dan tempat. Beberapa penemuan baru selagi tidakbercanggah dengan prinsip Islam adalah diterima dan tidak dianggap sebagai perkarayang ditentang dalam Islam.

    e. Ajarannya senang tidak susah

    Semua ajarannya adalah senang dan sesuai dengan fitrah kejadian manusia yang

    suka kepada perkara yang baik dan senang. Sebagai contoh Allah memberirukhsah(kemudahan) dalam ibadat solat dan puasa bagi orang yang musafir dan uzur.Dalam konteks menutup aurat, Islam tidak menetapkan bentuk pakaian yang sesuaitetapi cukuplah pakaian tersebut dapat menutup aurat dan tidak menghalangpergerakan manusia dalam pekerjaan harian.

    f. Tidak ada paksaan

    Islam tidak memaksa sesiapapun menganut ajarannya sekalipun orang yang kafir yangberada di bawah pemerintahan Islam. Keadaan ini berbeza dengan agama lain yangmenggunakan pelbagai tipuhelah dan kekerasan untuk memaksa orang lain menukaragama. Walau bagaimana pun, mereka yang telah menganut Islam tidak boleh dengansewenang-wenangnya untuk keluar daripada ajaran Islam atau tidak mahu mengikutajaran Islam.

    g. Islam melindingi hak semua golongan

    i. Wanita dan kanak-kanak

    Di antara dalilnya hadith daripada ibnu Umar RA katanya :

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    15/118

    PI 1031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 9

    Sesungguhnya seorang wanita didapati terbunuh dalam satu peperangan yangdisertai Nabi SAW maka baginda pun melarang membunuh wanita dan kanak-kanak.

    ( HR. Bukhari dan Muslim )

    Imam AS Syafie berkata Tidak diharuskan sesiapapun di kalangan Muslimin

    untuk sengaja membunuh wanita dan kanak-kanak(dalam peperangan) keranaRasulullah s.a.w melarang membunuh mereka.

    ii. Orang tua dan orang uzur

    Hadith daripada Anas bin Malik, sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

    Pergilah kamu ke medan perang dengan nama Allah, dengan Allah dan di atasagama Rasulullah s.a.w. Jangan kamu membunuh orang tua yang lemah, kanak-kanak dan wanita. Jangan kamu mengkhianati harta rampasan, himpunkanharta peperangan kamu, buatlah yang elok dan baik, sesungguhnya Allahsukakan mereka yang berbuat baik.

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    16/118

    PI 1031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 10

    1.2 ISLAM AGAMA FITRAH DAN KEBEBASAN

    Kedatangan Islam adalah selari dengan kelapangan tabiat orang-orang arab. Ia jugasesuai dengan persekitaran, kerinduan kepada kebebasan dan keinginan untuk berpindahrandah dari satu tempat ke satu tempat yang lain di muka bumi tanpa sebarang ikatan,sempadan dan batasan yang dimiliki oleh orang-orang. Islam tidak membawa kesukaran dan

    penyelewengan kepada manusia. Sebaliknya sifat dan manhajnya di dalam kehidupanadalah jelas dan terang. Tabiatnya ialah menjauhkan diri seseorang dari kehinaan danperhambaan kepada sesuatu yang lain daripada Allah.

    Islam tegak di atas dasar tauhid yang selari dengan fitrah manusia. Ia adalah agamafitrah. Fitrah tegak di atas asas tauhid. Manusia berdasarkan perasaan semulajadi yangdiciptakan Allah, dapat menanggapi tiada tuhan yang berhak disembah sebenar-benarnyamelainkan Allah.

    Islam menanam ke dalam jiwa manusia rasa mulia dengan diri sendiri yangberasaskan kepada sifat tawaduk kepada Allah.

    Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

    Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasulnya serta bagiorang-orang yang beriman, akan tetapi golongan munafik itu tiada mengetahui.( Al munafiqun ayat 8 )

    Allah s.w.t memerintahkan Rasulullah s.a.w supaya membetulkan hala tujunya danterus menerus berpegang dengan agama Hanif yang toleransi, yang disyariatkanNya untukbaginda. Agama Hanif adalah agama Nabi Allah Ibrahim yang telah diberi petunjuk olehAllah. Allah s.w.t juga memerintahkan supaya baginda sentiasa bersama dengan fitrahsemulajadinya yang sihat yang mana ia telah ciptakan makhluk di atas fitrah tersebut. Antara

    hikmah Allah s.w.t menciptakan makhluk ialah untuk mengenalNya dan beribadatkepadaNya. Dan supaya makhluk itu hanya mengiktiraf Allah sahaja sebagai Tuhannya dantidak mengiktiraf Tuhan selainNya.

    Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

    Setelah jelas kesesatan syirik itu maka hadapkanlah dirimu(engkau dan pengikut-pengikutmu) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan, turutilah terus agama Allahiaitu agama yang Allah ciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dan semulajadi)untuk menerimanya: Tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu.Itulah ugama Allah yang betul lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.(Ar Rum ayat 30)

    Maksud tidak ada perubahan pada ciptaan Allah ialah tidak ada perubahan kepadaagama Allah, agama orang-orang terdahulu, agama fitrah, Islam dan tauhid. Umat Islam jugatidak boleh berubah, bahkan mereka mesti tetap berada di atas manhaj dan tabiat agamanabi mereka. Dalam ayat yang lain Allah s.w.t menjelaskan tentang kewajipan nabi danmanusia berpegang dengan fitrah ciptaanNya.

    FirmanNya yang bermaksud :

    Dan ingatlah wahai Muhammad ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anakAdam turun temurun dari tulang belakang mereka dan ia jadikan mereka saksi ke

    atas diri mereka sambil Ia bertanya dengan firmanNya : Bukankah Aku Tuhan kamu?Mereka semua menjawab : Benar Engkaulah Tuhan kami, Kami menjadi saksi. Yang

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    17/118

    PI 1031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 11

    demikian itu supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kamiadalah lalai tidak diberi peringatan tentang hakikat tauhid.( Al Araf ayat 172)

    Banyak hadith-hadith nabi yang menguatkan lagi penjelasan Al Quran di atas.Antaranya ialah sebuah hadith sahih :

    Sesungguhnya Aku menciptakan hamba-hambaku dalam keadaan bersih suci, tiba-tiba mereka telah diselewengkan oleh syaitan dari agama-agama mereka .

    Antaranya juga hadith yang telah diriwayatkan oleh Al Bukhari dan MuslimdaripadaAbu Hurairah katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda :

    Tidak ada seorang bayi yang dilahirkan melainkan ia dilahirkan atas fitrah. Kedua ibubapanyalah yang menYahudikannya atau meNasranikannya atau meMajusikannyasebagaimana binatang melahirkan seekor binatang yang sihat, adakah anda dapatipadanya sebarang kecacatan iaitu sebagaimana binatang melahirkan binatang yangsihat segala anggota badannya tidak terpotong telinga atau hidung misalnya.

    Kebebasan yang teratur, yang tidak bertembung dengan adat-adat yang sihat dansistem-sistem yang baik adalah selari dengan fitrah dan dapat berjalan di bawah gerombolanfitrah itu sendiri. Islam yang memperjuangkan kebebasan dalam ertikata sebenarnya,sentiasa menyeru setiap individu supaya menguatkan perlaksanaan kebebasan berfikir danberagama. Islam berusaha membebaskan golongan yang lemah dari penindasan golonganmustakbirin dan kedurjanaan golongan taghut yang sombong takabur, yang mahukan rakyatmeraba-meraba di bawah kefahaman dan tradisi-tradisi lapok, yang diwarisi zaman-berzaman. Ini bertujuan supaya mereka terus-menerus berkhidmat kepada taghut itu dansupaya pengaruh golongan taghut itu tetap utuh. Golongan taghut ini sentiasa menentangkebangkitan pemikiran, ilmu dan juga pengetahuan.

    Matlamat utama Islam dalam melakukan dialog dengan penganut agama-agama lainialah tuntutan fitrah dan titik pertemuannya pula ialah pada akidah yang asal, sebagaimana

    Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

    Katakanlah wahai Muhammad ; Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yangbersamaan antara kami dengan kamu iaitu kita semua tidak menyembah melainkanAllah dan kita tidak sekutu denganya sesuatu juapun dan janganlah pula sebahagiandari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yangdipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah. Kemudian jika mereka ahli kitab ituberpaling, maka katakanlah kepada mereka. Saksikanlah kamu bahawasesungguhnya kami adalah orang-orang Islam.

    ( Al Imran ayat 64 )

    Islam menolak fikrah mengajak orang kepada agama secara paksa. Islam jugamenolak melakukan perubahan ke atas akidah pegangan seseorang tanpa memberikepuasan terlebih dahulu kepada fikiran, hati dan pertimbangan akal yang waras, yang tidakdipengaruhi oleh sebarang tekanan dan ugutan. Sebaliknya Islam memberi ruang kepadaseseorang membuat keputusan dengan mengemukakan hujjah dan bukti dan melihat sendirikebenaran dakwah kepada tauhid, beribadah kepada Allah., ketaatan kepada perintahNyadan penghormatan terhadap syariat dan sistemnya.

    Sehubungan dengan itu, keimanan kepada akidah Islam berkait rapat dengan pilihan

    dan kehendak yang bebas dari sebarang.tekanan. Jika keimanan berlaku dengan sebabtekanan, ia merupakan keimanan yang tidak dikira, bahkan akidah yang menjadi pegangan

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    18/118

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    19/118

    PI 1031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 13

    1.3 PETUNJUK KALIMAH AD DIN

    Risalah-risalah yang diturunkan oleh Allah s.w.t ke bumi telah ditutup dengan Islam.Satu-satunya agama yang ada ialah agama Allah dan syariatNya. Apa saja agama yangdiredhai oleh Allah, wajib kepada umat Islam mengikutinya. Apa saja yang dihapuskan olehAllah kerana tarikh kesesuaiannya telah luput dan peranannya telahpun habis, wajib kepada

    umat islam meninggalkannya. Ini tidak kira samada risalah yang diturunkan terdahulu itumasih kekal dalam bentuknya yang asal ataupun telah ditukar ganti sesetengah isikandungannya oleh para pengikut mereka atau risalah itu sendiri telah luput dan hilangbegitu sahaja.

    Allah SWT berfirman yang bermaksud:

    Sesungguhnya ugama yang hanya diterima di sisi Allah itu ialah ugama Islam( Al Imran ayat 19 )

    Al Quran menafikan kesesuaian agama selain dari Islam untuk menjadi syariat dan agama disisi Allah.

    Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

    Barangsiapa yang mencari ugama selain dari ugama Islam, sekali-kali tidak akanditerima darinya dan dia pada hari Akhirat kelak termasuk ke dalam golongan orang-orang yang rugi. ( Al Imran ayat 85 )

    Keistimewaan Islam yang merupakan satu-satunya agama yang diterima oleh Allah dankewajipan ia disebarkan ke seluruh pelusuk dunia melibatkan tiga aspek iaitu :

    a) Islam adalah agama terakhir. Islam adalah syariat Ilahi yang terakhirditurunkan. Rasulullah s.a.w. adalah penutup para nabi. Tidak ada selepas

    Islam sebarang syariat yang boleh menasakhkannya dan tidak ada jugasebarang rasul baru yang muncul selepas nabi Muhammad.

    Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

    Bukanlah nabi Muhammad itu dengan sebab ada anak angkatnya menjadi bapasebenar bagi seseorang lelaki kamu tetapi ia adalah Rasulullah dan kesudahansegala nabi-nabi. Dan ingatlah Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

    Alangkah cantiknya gambaran yan diutarakan oleh nabi s.a.w. di dalam hadithbaginda berhubung dengan kedudukan baginda sebagai nabi yang membawa risalahyang terakhir. Al Imam Ahmad dan Al Tarmizi meriwayatkan daripada ubai bin kaabr.a daripada Nabi s.a.w. sabda baginda :

    Perumpamaan aku di kalangan para nabi tak ubah seperti seorang lelaki yangmembina sebuah bangunan, lalu dielokkan dan disempurnakan binaan tersebut,namun sayangnya ia tertinggal untuk meletakkan satu batu-bata pada bangunan itu.Orang ramai mula mengelilingi bangunan itu dan begitu takjub dengan cara binaanbangunan itu dan mereka berkata kenapa tidak diletakkan batu-bata di tempat yangkosong ini? Sesungguhnya akulah orangnya di tempat batu-bata itu dikalangan paranabi.

    b) Kekal abadi di mana dakwah Islamiah bukanlah dakwah yang terikat dengan

    waktu yang akan datang yang terbatas, di mana apabila tiba masa ini, dakwahtidak diwajibkan lagi dan manusia boleh meninggalkan tugas dakwah, dengan

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    20/118

    PI 1031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 14

    meneruskan sistem kehidupan mereka sendiri, tanpa dibebani dengankewajipan mengikuti syariat Islam dan melaksanakannya dalam kehidupanmereka. Islam sebenarnya tegak di atas suasana yang berbeza dengan yangdialami oleh agama-agama lain.

    c) Sistem undang-undang yang syumul yang bersumberkan Syariat Islam di

    mana hukum-hukum syariat dan kaedah-kaedahnya yang membentuk sistemundang-undang dalam Islam adalah merangkumi seluruh peristiwa yangberlaku atau dalam jangkauan peristiwa yang mungkin berlaku. Ia dapatmenyahut keperluan-keperluan perundangan di setiap zaman dan tempat.

    Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

    Tiada Kami tinggalkan sesuatupun di dalam kitab Al Quran ini( Al An am ayat 38 )

    Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

    Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telahcukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah reda Islam itu sebagaiagama kamu.

    ( Al Maidah ayat 3 )

    Risalah Islam adalah risalah umum untuk seluruh umat manusia. Manusia semuanyadituntut supaya menerima pengajaran-pengajaran dan hukum-hukumnya. Ia menyeru kearah membetulkan aqidah yang selari dengan fitrah manusia yang sihat, membersihkan jiwadan hati, mengilap akal dan fikiran, mengislahkan kehidupan dari berbagai-bagai aspek danmenyokong tamadun dan kemajuan.Perkara ini dapat disimpulkan dengan keterangandaripada Allah tentang diri RasulNya Muhammad s.a.w di dalam firmanNya yang bermaksud:

    Dan tidaklah kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan sebagai rahmatkepada sekalian alam.

    ( Al Anbia ayat 107 )

    Rahmat ini terserlah di seluruh bahagian agama Islam baik dari aspek duniawimahupun dari aspek ukhrawi. Ia merupakan jaket keselamatan kepada individu danjemaah dari perpecahan dan kebinasaan dan manhaj untuk menyampaikan manusiakepada darjat dan kesempurnaan akhlak yang paling tinggi dan kepada tamadunyang paling cemerlang.

    Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

    Katakanlah (wahai Muhammad ) : Wahai sekalian manusia, sesungguhnya akuadalah pesuruh Allah kepada kamu semuanya yang diutuskan oleh Allah yangmenguasai langit dan bumi. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia.Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Oleh itu berimanlah kamu kepada Allahdan RasulNya, nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kalimah-kalimahNyadan ikutilah dia supaya kamu beroleh hidayah petunjuk.

    ( Al Araf ayat 158 )

    Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    21/118

    PI 1031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 15

    Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al Furqan kepada hambaNya(Muhammad )untuk menjadi peringatan dan amaran kepada seluruh penduduk alam.

    ( Al Furqan ayat 1 )

    Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

    Al Quran tidak lain hanyalah peringatan untuk penduduk seluruh alam.( Shad ayat 87 )

    Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

    Dan tiadalah Kami mengutuskanmu ( wahai Muhammad ) melainkan untuk umatmanusia seluruhnya, sebagai rasul pembawa berita gembira kepada orang-orangyang beriman dan pemberi amaran kepada orang-orang yang ingkar, akan tetapikebanyakan manusia tidak mengetahui hakikat itu.

    (Saba ayat 28 )

    Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas r.a sebelum Rasulullah s.a.w wafatbaginda pernah mengutus surat kepada kisra, Qaisar, Najasyi dan setiap raja yangsombong dan angkuh, menyeru mereka kepada agama Allah. Persoalan yangdisentuh oleh surat-surat baginda ini hanya satu sahaja iaitu mengajak raja-rajatersebut supaya menerima Islam sebagaimana dapat dilihat kepada surat di bawah :

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

    Daripada Muhammad Bin Abdillah kepada Hercules pemerintah agung Rum. Salamsejahtera kepada orang yang mengikuti petunjuk. Sesungguhnya aku menyeru tuankepada dakwah Islam. Islamlah tuan, nescaya tuan akan selamat. Islamlah tuan,

    nescaya tuan akan mendapat dua kali pahala. Jika tuan enggan menerima Islam,maka tuan akan menanggung seluruh dosa rakyat jelata tuan. Wahai Ahli Kitabmarilah sama-sama ke arah menegakkan kalimah yang sama antara kami dengankamu iaitu kita tidak mengabdikan diri melainkan kepada Allah dan tidakmensyirikkanNya dengan sesuatu. Jangan hendaknya sebahagian dari kitamengambil sebahagian yang lain sebagai tuhannya selain daripada Allah. Jika AhliKitab itu enggan menerima seruan ini maka katakanlah kepada mereka : Kamibersaksi bahawa kami adalah orang-orang Islam( orang-orang yang menyerah diribulat-bulat kepada Allah )

    Al Quran adalah kitab hidayah dan dakwah, sebelum ia menjadi kitab hukum-hukumdan syariat. Dakwah Islam adalah dakwah untuk menyelamatkan seluruh manusia. Ia jugamerupakan risalah untuk membetulkan kefahaman manusia. Ia menyeru dunia ke arahtauhid, kebenaran, kebaikan, kasih sayang, kemuliaan dan menghormati manusia. Ia jugamerupakan sistem reformasi ke atas akidah, ibadat sosial, ekonomi, politik, muamalah sivildan lain-lain kerana masyarakat yang tegak di atas asas keimanan kepada Allah semata-mata, kasih sayang , kebenaran, keadilan, kebaikan, akhlak yang mulia, hati yang hidup,sifat suka jamin menjamin, memberi kerjasama yang positif dan beramal salih untukmengimarahkan dunia dan akhirat adalah merupakan sebuah masyarakat yang maju yangmantap yang hidup dalam suasana selamat, aman dan tenang. Sebaliknya masyarakat yangmengingkari prinsip-prinsip ini adalah merupakan masyarakat yang sakit,yang bila-bnilamasa sahaja akan hilang lenyap dan terhapus terus dari muka bumi walaupun ia berjayaberada di mercu kemewahan di dalam satu-satu zaman.

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    22/118

    PI 1031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 16

    Seorang Islam adalah seorang yang sukakan kebaikan kepada orang lain samada didunia ini mahupun di akhirat kelak. Seorang Islam tidak pernah jemu untuk menyerumanusia ke jalan yang dapat menyelamat dan membaiki fenomena yang mereka hadapi. Iasentiasa melihat dunia ini, berada dalam suasana penuh hikmat, keluasan hidup danselamat sejahtera.

    Dalil tentang kisah kasih sayang dan sifat-sifat ini boleh dilihat kepada kisah yangdiceritakan oleh Al Quran sendiri tentang seorang mukmin yang berada di sebuah bandaryang didatangi oleh para nabi untuk menyeru mereka kepada kebenaran Islam, lantaspenduduk kampung itu mendustakan mereka. Seorang lelaki datang dari hujung bandar,menyeru mereka supaya beriman kepada Allah dan beliau sendiri mengistiharkan dirinyaberiman kepada Allah di hadapan mereka, lantas mereka semua membunuhnya. Walaupunsetelah ianya dibunuh, lelaki itu masih bercita-cita dengan sepenuh hatinya agar pendudukbandar itu beriman kepada Allah. Ini sikap setiap orang yang beriman kepada Allah. Kisah inidisebutkan di dalam surah Yasin.

    Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

    Dan semasa rasul-rasul itu diancam, datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itudengan berlari. Lalu memberi nasihat dengan menyatakan : Wahai kaumku turutilahrasul-rasul itu. Turutilah orang-orang yang tidak meminta kepada kamu sesuatubalasan, sedang mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk. Dan apabiladitanya : Sudahkah engkau menerima agama mereka? Maka jawabnya : Mengapaaku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan aku dan kepadaNyalah aku dankamu semua akan dikembalikan? Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yanglain dari Allah? Sudah tentu tidak patut, kerana jika Allah Yang Maha Pemurahhendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak memberikansebarang syafaat kepadaku dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan aku.Sesungguhnya aku kalau melakukan syirik tentulah pada ketika itu berada dalam

    keadaan kesesatan yang nyata. Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhankamu, maka denngarlah nasihatku. Setelah ia mati lalu dikatakan kepadanya :Masuklah ke dalam syurga. Lalu ia berkata : alangkah baiknya kalau kaumkumengetahui tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh tuhankuserta dijadikan daku dari kalangan orang-orang yang dimuliakan. Dan kami tidakmenurunkan kepada kaumnya sesudah ia mati sebarang pasukan tentera dari langituntuk membinasakan mereka dan tidak perlu kami menurunkannya. Kebinasaanmereka hanyalah dilakukan dengan satu pekikan yang dahsyat, maka dengan serta-merta mereka semua senyap sepi tidak hidup lagi.

    ( Yasin ayat 20-29 )

    Islam agama indah yang datang daripada Allah s.w.t. Islam menyeru manusiamengenali Allah, Tuhan Yang Maha Perkasa. Islam mengajak manusia beribadahkepadaNya, membesar, memuji dan mengagungkanNya kerana Dialah yang mentadbirhidup manusia dan Sifat kasih sayang ini juga telah ditunjukan nabi ketika baginda ke Taifuntuk berdakwah di mana baginda telah mendapat penyiksaan yang hebat daripadagolongan quraish di situ namun baginda dengan senyum mengatakan : Ya Allah Ya Tuhankuampunilah kesalahan kaumku dan berilah petunjuk kepada mereka kerana sesungguhnyamereka adalah golongan yang tidak mengetahui.

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    23/118

    PI 1031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 17

    Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

    Tidak beriman mana-mana di kalangan kamu sehingga ia kasihkan saudaranyasendiri sebagaimana ia kasihkan dirinya sendiri.

    Hadith ini menurut Imam Nawawi dan lain-lain pentafsir hadith, membawa maksud

    tidak akan sempurna iman seorang mukmin itu melainkan ia suka kalau saudaraseIslam dengannya memperoleh kebaikan, hidayah dan kejayaan dan ia suka kalauorang yang bukan Islam beriman, menerima petunjuk dan memeluk Islam danseterusnya membebaskan diri dari belenggu berhala kekufuran dan kesyirikan.

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    24/118

    PI 1031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 18

    1.4 MAFHUM KALIMAH AD DIN

    Sebaik-baik nikmat kurniaan Allah s.w.t kepada umat manusia ialah Islam. Islammerupakan agama yang mulia dan amat sesuai dengan fitrah semulajadi manusia bagimenjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Islam adalah agama yang diredhaiAllah s.w.t dan ia adalah agama yang memandu hidup manusia ke arah kesejahteraan dan

    keredhaan hidup di dunia dan kenikmatan hidup di akhirat. Dalam pada itu, Allah telahmenegaskan bahawa agama-agama lain yang wujud di dunia ini selain daripada Islam tidakakan mendapat tempat di sisi Allah. Sesiapa yang menganut atau mempercayai agamaselain Islam maka dia adalah tergolong dalam orang-orang yang rugi di akhirat nanti danakan mendapat balasan yang amat buruk iaitu neraka jahanam. Agama-agama lain tidakditerima oleh Allah kerana jika diterima, sia-sialah Allah mengutuskan para rasul untukmengajar manusia tentang Islam. Begitu juga, tiadalah ertinya Allah menjadikan syurga danneraka serta tidak bergunalah Al Quran dan Al Hadith.

    Islam merupakan agama yang selari dengan fitrah semulajadi manusia di manasetiap insan yang dilahirkan di muka bumi ini telah mengakui Allah sebagai Tuhan yangberhak disembah. Ini selari dengan sabda baginda yang bermaksud :

    Setiap anak yang dilahirkan adalah suci iaitu dalam keadaan Islam ( menyerah dirikepada Allah ). Maka kedua ibu-bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atauNasrani atau Majusi. ( HR. Muttafaq Alaih )

    Dialah jua yang meredhai Islam sebagai agama umat manusia. Perlu diingatkanbahawa Islam bukan sahaja dibawa oleh Nabi Muhammad sa.w., bahkan semua nabi danrasul sejak Nabi Adam a.s. hinggalah Nabi Muhammad s.a.w. Para rasul mengajak manusiakepada Islam, menerangkan kepada manusia akidah yang betul, meletakkan syariat islamdan mengajar manusia berakhlak mulia dalam kehidupan. Sehubungan dengan itu, setiapmanusia yang mengaku beragama Islam wajib mempunyai akidah yang betul iaitu akidahIslam di mana kita yakin dan percaya Allah adalah Tuhan yang wajib disembah. Allah Tuhan

    yang mentadbir alam, memberi rezeki kepada manusia dan mempunyai sifat-sifat wajibbagiNya. Kemudian Islam menyuruh manusia dengan suruhan yang wajib supaya beramaldengan segala peraturan Islam dan berakhlak dengan akhlak Islam. Ini adalah bagimeletakkan manusia itu berada dalam rahmat dan hidayah Allah s.w.t.

    Allah s.w.t telah memberi pengakuan bahawa Islam adalah agama yang diredhaiNyadan amat sesuai dijadikan panduan dan ikutan kepada manusia. Islam adalah agama yangberbeza daripada agama-agama lain. Islam merupakan Ad-Din iaitu suatu cara hidupmanusia. Apabila Islam dinobatkan sebagai suatu cara hidup, ini bermakna Islammeletakkan beberapa garis panduan dan peraturan dalam memandu kehidupan manusia.Jadi manusia hendaklah mengikuti budaya hidup Islam. Mana-mana budaya atau cara carahidup yang tidak diakui oleh Islam adalah batil dan tidak boleh menjamin kesejahteraanmanusia di dunia dan di akhirat. Begitu juga dengan adat-adat yang diguna pakai olehsebilangan masyarakat hari ini. Jika adat-adat yang diamalkan sejak nenek moyang kita itumenyeleweng dari landasan Islam, maka adat-adat tersebut tidak boleh dipakai dan dilarangoleh Islam.

    Kita sudah nampak mana-mana masyarakat yang ada di dunia hari ini yang tidakmeletakkan Islam sebagai cara hidup pastinya akan kucar-kacir, porak-peranda, terjerumusdalam kehancuran dan gagal meletakkan manusia dalam kesejahteraan.Oleh yang demikiansebagai muslim, sewajarlah kita menerima cara hidup Islam dalam mengatur corakkehidupan manusia. Sehubungan dengan itu, cara kita menguruskan diri, anak-anak,masyarakat dan sebagainya mestilah berjalan sejajar dengan prinsip hidup Islam. Dalam

    hubungan sosial kita, Islam meletakkan asas-asas yang kukuh dalam pergaulan hidup

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    25/118

    PI 1031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 19

    manusia seharian. Batas pergaulan antara lelaki dan perempuan telah digariskan oleh Islamagar manusia tidak melakukan dosa dan melanggar syariat hukum Allah s.w.t.

    Jelaslah kepada kita, sekiranya pergaulan hidup dipengaruhi oleh budaya dan carahidup yang bertentangan dengan Islam, contohnya cara hidup barat yang sesat, pastimasyarakat yang mengikutinya menjadi seperti mereka yang diikuti samada dari cara

    berpakaian, bercakap, adab dan tingkahlaku, muamalah, sosial dan seumpamanya. Inilahyang terjadi kepada generasi kita hari ini, yang terpengaruh dengan cara hidup barat yangliar dan tidak diharuskan oleh Islam. Masalah gejala sosial seperti zina, bohsia, budayalepak, anak luar nikah, dadah, arak, judi dan sebagainya adalah berpunca daripada sikaptidak menjadikan Islam sebagi cara hidup serta tiada bimbingan hidup Islam.

    Apa sahaja yang disyariatkan oleh Islam adalah untuk kesejahteraan hidup manusiadan kita hendaklah sentiasa berdoa siang malam untuk kesejahteraan hidup di dunia dan diakhirat. Cara hidup yang dianjurkan oleh Islam adalah yang terbaik dan terindah serta tiadatolak bandingnya dengan ajaran-ajaran agama lain. Semasa zaman jahiliyah, kita dapatimasyarakat hidup tanpa nilai murni, kesejahteraan dan jaminan untuk mengecapkebahgiaan. Mereka hidup dalam ketakutan,huru-hara, maksiat berleluasa dan sebagainya.

    Kita dapati yang kaya berkuasa, yang miskin dijadikan hamba, yang kuat menindas yanglemah, yang berkuasa terlepas apabila melakukan kejahatan berbeza dengan orang miskinyang dikenakan hukuman. Ini berlaku kerana tiada panduan hidup yang hakiki dan setiappuak ada undang-undang tersendiri yang boleh dipinda mengikut hawa nafsu mereka.Apabila datang agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w, Islam mengubah corakhidup manusia kepada cara hidup berasaskan agama yang meletakkan asas akidah kepadaAllah dan akhlak sebagai pakaian hidup. Islam mengatur hidup manusia dengan penuhbijaksana dan keadilan, mengajar manusia nilai-nilai mulia, mengharamkan penindasan,maksiat dan syirik, menggesa hidup bersatu padu, tolong-menolong dan mewujudkanmasyarakat madani yang murni serta mendapat hidayah Allah s.w.t.

    Setelah kita mengetahui mengenai Islam dan peranannya terhadap corak kehidupan

    manusia, maka dapat kita simpulkan bahawa Islam adalah agama yamg paling indah danmulia di sisi Allah s.w.t kerana :

    i. Islam Mengatur Hubungan Manusia

    Islam adalah agama yang mempunyai pertalian di antara Pencipta denganmakhluk dan juga pertalian sesama makhluk. Islam yang dibawa oleh Rasulullahs.a.w adalah agama Allah yang mencipta manusia dan makhluk yang lain. Olehyang demikian, ajaran Islam mengajak manusia kepada Pencipta alam, Penciptaagama Islam dan Pencipta manusia itu sendiri iaitu Allah s.w.t Ini bermaknaIslam mengajak manusia beribadah kepada Allah. Hanya Allah Tuhan yangberhak disembah. Islam menyeru kepada manusia mengenali Tuhan Yang MahaPerkasa, Maha Esa, Maha Bijaksana dan mengabdikan seluruh jiwa dan aspekkehidupan manusia kepada Allah.

    Dalam pada itu, selain hubungan manusia dengan Allah, Islam jugamenggariskan peraturan hidup sesama manusia dalam rumahtangga,masyarakat, sosial dan negara. Islam bukan agama individu atau sekumpulanmanusia bahkan Islam adalah agama untuk semua.

    ii. Islam Membawa Rahmat Kepada Manusia

    Antara rahmat dan kasih sayang Allah yang begitu indah dalam Islam dandiberikan kepada manusia ialah :

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    26/118

    PI 1031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 20

    a. Rahmat Iman dan Islam

    Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w memandu manusia supayaberiman kepada Allah Tuhan Yang Maha Agung dan yang berhakdisembah. Islam mengeluarkan manusia daripada kejahilan dan kegelapan

    kepada nur iman dan cahaya kebenaran hakiki dalam kehidupan.

    b. Rahmat Akhlak

    Islam datang untuk membetulkan keadaan akhlak manusia, menyerumanusia membuang segala sifat kemungkaran yang berpunca daripadanafsu jahat dan godaan syaitan kepada sifat dan akhlak yang terpuji sertadipandang mulia oleh Allah. Adalah menjadi matlamat utama islam agarmanusia berakhlak mulia dengan akhlak mahmudah dan meninggalkansifat-sifat mazmumah.

    c. Rahmat Ilmu

    Untuk mengenali Allah Tuhan yang berhak disembah, Islam mengajarmanusia ilmu dan menyeru manusia agar berilmu pengetahuan yang dapatmenjadi pelita hidup untuk memilih jalan yang baik dan meninggalakn jalanyang sesat. Bagi orang yang berilmu, Islam memberi kelebihan darjatistimewa di dunia mahupun di akhirat. Islam juga mengangkat martabatkedudukan orang yang berilmu kepada kedudukan yang tinggi di sisi Allahdan dihormati masyarakat.

    iii. Islam Mengajar Cara Ibadah Yang Betul

    Sebelum kedatangan Islam, masyarakat meraba-raba mencari Tuhan. Ada yang

    menyembah berhala, pokok, matahari, sungai, manusia dan sebagainya. Adajuga manusia yang mengaku menjadi Tuhan seperti Firaun dan Namrud.

    iv. Islam Mengeratkan Persaudaraan Sesama Manusia

    Islam itu indah kerana ia membawa kasih sayang kepada pemeluknya dan Islamtelah menggariskan panduan bahawa umatnya adalah bersaudara dan jugamengajar manusia bersatu padu pada setiap masa dan memperbetulkan setiapkesalahan.

    v. Islam Membina Tamadun Manusia

    Kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w telah mengubah corakhidup manusia daripada kesesatan kepada hidup bertamadun dan kebenaranhakiki. Islam mengajar manusia membina tamadun berasakan syariat.Kecemerlangan tamadun manusia bukan sekadar pencapaian fizikal malah iajuga berdasarkan pembangunan rohani manusia itu sendiri yang menjadi tunjangpenting kepada pembangunan tamadun manusia.

    Setiap tamadun yang ingin dibina oleh manusia hendaklah mendatangkankebaikan dan kesenangan kepada mereka. Inilah yang dianjurkan oleh Islam.Islam menekankan aspek kesejahteraan yang sebenar agar kehidupan manusiatidak dibelenggu oleh unsur-unsur jahat. Dalam membangunkan corak hidup dan

    tamadun manusia, Islam telah meletakkan beberapa peraturan yang perlu diikuti

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    27/118

    PI 1031-LE1-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 21

    oleh manusia. Antaranya pembangunan itu hendaklah berteraskan iman dantakwa kepada Allah serta menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran.

    vi. Islam Menegak Kebenaran Dan Mencegah Kemungkaran

    Islam yang dibawa oleh Rasullullah s.a.w bertujuan membawa manusia berimankepada Allah serta menyeru mereka membuat kebaikan dan mencegah darimelakukan kejahatan. Seandainya masyarakat tidak diajak membuat kebaikansudah pasti keburukan dan kepincangan akan berlaku dalam masyarakat dan juadi dalam segala aspek kehidupan manusia. Bagi tujuan itu, Islam mengajakumatnya sentiasa membuat kebaikan, walau di mana sahaja mereka beradaseperti bantu-membantu, bekerjasama, toleransi, mengeluarkan zakat, sedekahdan menjauhkan manusia dari perkara mungkar seperti berjudi, zina, arak,fitnah, hasad dengki, bunuh-membunuh dan sebagainya.

    vii. Islam Menjamin Hak Asasi

    Islam begitu indah kerana ia memberi kebebasan beragama. Ia tidak memaksaseseorang itu memasuki Islam. Islam menghormati kebebasan beragama, Cumaia sentiasa mengajak manusia memilih agama Islam yang diredhai Allah sebagaicara hidup dan menjamin kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Islam jugamemberi kebebasan bersuara. Setiap manusia dibenar untuk memberi pendapatdan pandangan masing-masing. Islam membenarkan manusia mencari danmemiliki harta kerana manusia memang suka kepada harta. Harta yang dicarihendaklah halal dan tidak merampas hak orang lain.

    SOALAN:

    1 Apakah pengertian islam?

    2. Apakah keistimewaan agama islam daripada agama lain?

    3. Nyatakan Rukun Islam?

    4. Sebut konsep ketuhanan yang dilarang ?

    RUJUKAN :

    1. Mohd Nor Daud (1994) konsep ilmu,dewan bahasa dan pustaka, kuala Lumpur.2. Mohd sulaiman Haji Yasin (1998) pengantar aqidah, dewan bahasa dan pustaka,

    kuala Lumpur3. Muhammad Al Ghazali (1997)Aqidah Muslim, Thinkers Library Sdn.Bhd. Batu caves4. Maududi S.A (1976)Asas-Asas Islam. Dewan Pustaka Fajar ,Shah Alam.5. Al-Quran dan terjemahannya.

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    28/118

    PI 1031-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 22

    INSTITUSI LATIHANJABATAN TENAGA MANUSIA

    KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

    MALAYSIA

    KERTAS PENERANGAN

    KOD DAN NAMAKURSUS

    PI-1031 PENDIDIKAN ISLAM TAHAP 1 (SEMESTER 1)

    KOD DAN NAMAMODUL

    PI 1031 MEMAHAMI KESELURUHAN KONSEP ISLAM

    PENGALAMAN

    PEMBELAJARAN

    LE2. MEMANTAPKAN AQIDAH ISLAM SERTA MENJAUHI

    PERKARA-PERKARA YANG MEMBATAL AQIDAH

    NO. TUGASANBERKAITAN

    2.1 PENGERTIAN AQIDAH.2.2 KEDUDUKAN AQIDAH DALAM ISLAM.2.3 ASAS-ASAS AQIDAH.2.4 KESAN AQIDAH DALAM KEHIDUPAN MANUSIA2.5 PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN AQIDAH2.6 PEMBINAAN AQIDAH.

    OBJEKTIFPRESTASIAKHIRAN (TPO)

    JELASKAN KONSEP AQIDAH ISLAM DENGAN MENGGUNAKAN

    KAEDAH PENERANGAN DAN SOAL JAWAB SERTA PERBINCANGANSUPAYA PELAJAR DAPAT:

    1.MENGHARGAI BETAPA PENTINGNYA AQIDAH ISLAM

    2.MENGENAL PERKARA- PERKARA YANG MEROSAKKAN AQIDAH

    3.SENTIASA MEMBINA AQIDAH DALAM DIRI.

    OBJEKTIF

    MEMBOLEH (EO)

    DIAKHIR PEMBELAJARAN PELAJAR MESTI BOLEH :-

    1.MEMAHAMI PENGERTIAN AQIDAH YANG SEBENAR2.KEPENTINGAN AQIDAH YANG MANTAP DALAM KEHIDUPAN3.MENGHINDARI PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKANAQIDAH

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    29/118

    PI 1031-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 23

    2.1. PENGERTIAN AQIDAH

    Aqidah dari segi bahasa :Kepercayaan yang kukuh dalam hati

    Dari segi istilah :

    Kepercayaan dan keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah SWT serta sifatkesempurnaan berdasarkan dalil naqli dan aqli.

    Keyakinan terhadap aqidah yang sempurna lahir dari kepercayaan dan keyakinan yangteguh dan disertai dengan uacapan dua kalimah syahadah, dan dibuktikan denganmelaksanakan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan segala laranganNya

    2.2 KEDUDUKAN AQIDAH DALAM ISLAM

    a. Dalam Islam, iman yang berlandaskan aqidah adalah menjadi asas sesuatuamalan. Amalan sesorang tidak akan diterima oleh Allah kecuali amalan-amalan

    yang dilakukan oleh orang yang beriman yang berlandaskan aqidah.

    b. Membentuk diri manusia di dunia dan akhirat,Di bawah aqidah itu iman dan Islam. Iman membentuk diri manusia dalamperkara-perkara batin, iaitu mempercayai Allah, malaikatNya, KitabNya,rasulNya, hari Akhirat, takdir baik dan jahat. Islam juga membentuk diri manusiadalam perkara-perkara zahir iaitu mengucap dua kalimah syahadah, solat fardulima waktu , berpuasa di bulan Ramadhan, berzakat dan mengerjakan haji. Olehitu dalam aqidah Islam, iman dan Islam tidak boleh dipisahkan.

    c. Hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia

    Hubungan manusia dengan Allah SWT diikat oleh aqidah melalui kalimah tauhidyang yang mengaku tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkanAllah yang Maha Esa.

    Firman Allah s.w.t. Maksudnya :

    Maka tetapkanlah pengtahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad)bahawa sesungguhnya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkanAllah.(Muhammad :19)

    Oleh itu aqidah dan tauhid adalah menjadi asas agama, dan Allah menjadikanmanusia adalah untuk menyembah dan beribadat kepadaNya dan menghubungkan antaramanusia denganNya Aqidah dan tauhid menghubungkan manusia sesama manusia denganikrar yang sama iaitu dua kalimah syahadah. Mereka yang berhubung sesama manusiadalam Islam telah diberi hidayah oleh Allah ke jalan yang benar.

    Firman Allah s.w. maksudnya

    Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya dia telahberoleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus)

    (Al-Imran : 10)

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    30/118

    PI 1031-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 24

    Hubungan manusia sesama manusia dalam agama Islam yang telah diikat oleh aqidahdan tuahid akan menimbulkan semangat kerjasama memperjuangkan hak agamanya dankesuciannya dengan mengorbankan harta bendd dan jiwa mereka kerana didorong olehkeimanan kepada Allah dan rasulNya

    d. Mengukuhkan keyakinan manusia kepada beragama

    Fitrah manusia yang hidupnya perlu beragama, aqidah menjadi asas utamauntuk mengukuhkan keyakinan manusia kepada agama. Islam agama yangsesuai dengan fitrah manusia perlu di pandu oleh aqidah, agar manusia benar-benar menjadi insane yang kamil yang berasaskan aqidah kerana aqidahlahseseorang manusia tadi mejadi orang yang beriman dan Islam.Oleh yangdemikian adalah fardu ain (wajib) bagi setiap orang Islam mempelajari ilmuaqidah untuk menjaga danmengelak diri mereka dari iktikad yang batal danboleh merosakkan aqidah.

    2.3 ASAS-ASAS DALAM AQIDAH

    Syeikh Muhammad Salih al-Uthimin dalam kitabnya Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaahmenyatakan dan menggambarkan asas aqidah Islam adalah :

    Aqidah kita (Ahli Sunnah wal Jamaah) ialah beriman kepada Allah, beriman kepadamalaikatNya, beriman kepada kitabNya, beriman kepada rasulNya, beriman kepada hariakhirat dan beriman kepada qadar baik dan qadar jahatnya.Oleh itu yang menjadi asaskepada aqidah Islam ialah Rukun Iman:

    Rukun-rukun iman ialah:

    a. Beriman kepada Allah swtb. Beriman kepada malaikatc. Beriman kedapa kitab-kitab Allahd. Beriman kepada para rasule. Beriman kepada hari kiamatf. Beriman kepada Qada dan Qadar

    Keimanan bukanlah ucapan yang keluar dari bibir semata-mata ,tetapi keimanan yangsebenar adalah merupakan suatu aqidah atau kepercayaan yang memenuhi seluruh isi hati.

    Dari situ akan muncullah kesan-kesannya ,antaranya :

    Allah dan rasulu lebih dicintai dari segala sesuatu yang ada (lihat surah At- taubah:24)

    Merasa takut dan malu terhadap Allah jika melakukan laragannya (Al-Fathir:28)

    Menjadi asas semua amalan yang soleh dan pendinding dari maksiat sertakederhakaan

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    31/118

    PI 1031-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 25

    2.3.1 HURAIAN RUKUN IMAN.

    Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh muslim dari ibni al-khattab RA bahawa didalampertemuan malaikat jibril dengan rasulullah SAW didalam sebuah majlis yang dihadiri olehramai dari sahabat -sahabat rasulullah SAW, maka jibril telah mengemukakan pertanyaankepada rasulullah yang bermaksud:

    jibril telah berkata kepada rasulullah : kamu terangkan kepadaku mengenai iman, makajawab rasulullah SAW:iman itu ialah bahawa kamu beriman kepada Allah ,kepadamalaikat,kepada kitab-kitab,kepada rasul-rasul,kepada hari kemudian dan beriman kepadaqada dan qadar semua daripada Allah .maka jibril pun berkata: kamu telah berkata benar.

    Jadi dari ayat alquran dan hadis diatas dapatlah disimpulkan bahawa rukun iman ialahenam perkara :

    a. Percaya kepada ALLAHb. Percaya kepada MALAIKAT

    c. Percaya kepada KITAB-KITABd. Percaya kepada RASUL-RASULe. Percaya kepada HARI KIAMATf. Percaya kepada QADA dan QADAR.

    Alam ini sebagai bukti kebesaran ALLAH

    a. Percaya kepada ALLAH

    Percaya kepada ALLAH adalah perkara asas dalam akidah islam dan syariatnya.Ertinya beriman kepada allah taala itu ialah mengetahui ,percaya dan beriktikad

    dengan perkara-perkara yang wajib , perkara-perkara mustahil dan perkara-perkarayang harus bagi ALLAH taala.

    Beriman kepada Allah juga bermaksud:

    Membenar dengan yakin akan adanya Allah

    Membenarkan dengan yakin akan keesaan allah baik dalam perbuatannya,menjadikan alam dan makhluk seluruhnya maupun dalam menerima ibadatsetiap makhluk.

    Membenarkan dengan yakin bahawa allah bersifat dengan segala sifatkesempurnaan, mahasuci dari segala sifat kekurangan .

    Apabila manusia itu mengenali tuhan yang maha esa yang menjadikannya danberhubung dengannya maka dia tahu bahawa dia adalah milik tuhannya sahaja dandengan itu bebaslah ia dari segala kuasa selain dari kuasa ALLAH SWT.

    Firman Allah Taala yang bermaksud:wahai sekalian manusia!! Beribadatlah kepada tuhan kamu yang telah

    menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu,supaya( kamumenjadi orang-orang yang) bertaqwa albaqarah :21

    Ertinya bahawa Allah itu adalah pencipta setiap benda yang ada dialam ini termasukbumi,langit dan planet-palnet lain, yang dapat dilihat atau tidak,semuanya adalah

    kepuyaan Allah.

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    32/118

    PI 1031-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 26

    Dengan demikian semua manusia yang ada dimuka bumi ini walau apa bangsasekalipun dan dinegara mana sekalipun adalah tertakluk kepada perintah Allah .mereka di khendaki menganut agama allah dan agama yang terakhir sekali iaituagama islam.Percaya kepada Allah adalah pokok kepada kepercayaan atau rukun-rukun iman yang lain,kerana dengan adanya Allah maka adanya yang lain-lain itu.

    b. Percaya Kepada MALAIKAT

    Ertinya ialah bahawa Allah telah menjadikan sejenis makhluk halus yang keadaanasalnya tidak boleh dilihat , bukan lelaki dan bukan perempuan .bilangannya tidakdiketahui .hidup mereka sentiasa taat kepada perintah Allah tanpa sekali-kalimenderhakainya.malaikat dijadikan oleh Allah daripada cahaya , sabda rasulullahsaw yang bermaksud:

    malaikat itu dijadikan daripada cahaya , jin itu dijadikan daripada api yang berasapdan dijadikan nabi adam sebagaimana yang diterangkan iaitu daripada tanah

    (Hadis riwayat muslim)

    Diantara nama-nama malaikat dan tugas-tugasnya ialah:

    i. Jibril: menyampaikan wahyudan perintah Allah kepada nabi-nabi dan rasul-rasulnya untuk disampaikan kepada manusia

    ii. Mikail : mengawal cakerawala termasuk matahari,bulan bintang-bintangkeadaan hujan dan panas dan lain mengikut yang dikehendaki oleh Allah.

    iii. Izrail : Mengambil nyawa seluruh makhluk yang bernyawa apabila sudahsampai waktu yang dikhendaki oleh Allah.

    iv. Izrail : Meniup sangkakala apabila tiba masanya.v. Raqib: Mencatit amalan baik yang dilakukan oleh manusiavi. At id : Mencatit amalan jahat yang dilakukan oleh manusia

    vii. Mungkar dan nakir: Menyoal manusia didalam kubur.viii. Ridwan: Menjaga syurgaix. Malik: Menjaga neraka.

    Hikmah beriman kepada malaikat

    Antara lain dapatlah dirumuskan :

    Apabila seseorang itu menyedari bahawa dia sentiasa diawasi oleh malaikatmaka dia akan sentiasa menjaga tingkah lakunya,sentiasa berkelakuanbaik,menjaga tutur katanya walaupun dimana dia berada.

    Jika dia terlanjur melakukan sesuatu kesalahan dan kesilapan ,dia akansegera insaf dan kembali bertaubat ,tidak akan mengulangi lagi kesalahantersebut , kerana menyedari setiap tutur katanya gerak lakunya samadaburuk atau baik tetap tidak terlepas daripada catitan malaikat raqib dan atid.

    Apabila seseorang muslim itu mengetahui apabila dia mati ,dia akan ditanyadan diseksa oleh malaikat didalam kuburnya maka semasa hidup didunia inidia akan mengerjakan apa yang disuruh dan menghindarkan apa yangdilarang Allah. Jadi apabila menyedari keadaan ini tentu dia akan sentiasaberhati-hati dan berjaga-jaga supaya suruhan allah akan sentiasa dipatuhi dandia akan selamat dialam kubur nanti.

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    33/118

    PI 1031-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 27

    c. Percaya Kepada KITAB

    Orang-orang Islam wajib percaya bahawa Allah swt telah menurunkan beberapabuah kitab kepada rasul rasulNya. Isi pengajaran kitab kitab itu adalahmengandungi ajaran ajaran mengenai amal ibadah untuk akhirat dan jugapetunjuk untuk mempebaiki kehidupan manusia di dunia.

    Kitab kitab yanag diturunkan oleh Allah yang wajib diketahui oleh setiap orangislam itu ialah :

    i. Zabur : Nabi Daud ( dalam bahasa Qibti)ii. Taurat : Nabi Musa ( dalam bahasa Ibrani )iii. Injil : Nabi Isa ( dalam bahasa Suryani )iv. Al Quran : Nabi Muhammad SAW ( dalam bahasa Arab)

    Setiap rasul yang diutuskan oelh allah kepada manusia dilengkapi dengan kitabyang menjadi pedoman pembimbing dan undang undang kepada manusia yangdipimpinnya.

    Firman Allah bermaksud

    Pada mulanya manusia itu adalah umat yang satu ( menurut agama Allah yangsatu tetapi akhirnya mereka telah berselisih faham ) Maka Allah telah mengutuskannabi nabi sebagai pemberi khabar gembira ( kepada orang orang yang berimandengan balasan syurga ) dan pemberi amaran ( kepada yang ingkar denganbalasan azab neraka ) dan Allah menurunkan bersama sama nabi nabi itu kitab kitab yang mempunyai keterangan keterangan benar untuk menjalankanhukuman di antara manusia mengenai apa yang mereka pertikaikan

    ( Al-Baqarah : 213 )

    Al quran merupakan kitab terakhir sekali diturunkan oleh Allah dan penutupkepada segala kitab kitab yang terdahulu.

    Firman Allah SWT :

    Allah tiada tuhan ( yang berhak disembah ) melainkan dia yang tetap hidup yangkekal selamanya mentadbiran ( sekelian makhluk ) ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad ) kitab suci Al Quran dengan mengandungi kebenaran yangmengesahkan isi kitab kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan iajuga yang menurunkan kitab kitab Taurat dan Injil, sebelum Al-Quran diturunkan,menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan ia juga menurunkan Al Furqan ( yangmembezakan antara yang benar dan yang salah)

    . ( Al Imran : 2 4 )

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    34/118

    PI 1031-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 28

    d. Percaya Kepada RASUL

    Seseorang islam diwajibkan beriman bahawa Allah telah mengutuskan beberapa orangrasul yang dipilihNya daripada jenis manusia ang cukup sempurna. Mereka menerimawahyu yang mengandungi hukum hukum syarak untuk mengajar dan membimbingmanusia kepada kehidupan membawa kebahagian di dunia dan di akhirat.

    Sifat yang wajib bagi rasul ada empat iaitu :

    i. Siddiq Benar pada segala percakapan, perkhabaran dan perbuatan.ii. Amanah Jujur dan tidak membuat kesalahan.iii. Tabligh menyampaiakn semua perintah Allah kepada manusia.iv. Fathonah Bijaksana

    Erti rasul dari segi bahasa ialah : Utusan yang menyampaikan sesuatu perutusanseseorang kepada orang lain. Manakala dari segi istilah : Rasul ialah lelaki utusanAllah yang menerima wahyu allh untuk dirinya dan wajib disampaikan kepada umatmanusia agar mereka dapat melalui jalan yang lurus dan diredhai Allah.

    Terdapat 25 orang rasul yang wajib diketahui iaitu : Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh,Ibrahim, Lut, Ismail, Ishak, Yaakub, Yusuf, Ayub, Shuib, Musa, Harun, Zulkifli, Daud,Sulaiaman, IIyas, IIiasa, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa dan Muhammad SAW.

    Semua rasul rsul diutuskan oleh Allah kepada kaum masing masing kecualiNabi Muhammad SAW diutus kepada seluruh umat manusia.

    Firman Allah Taala :

    Tidaklah kami ( Alalh utuskan engkau ( Muhammad) kecuali untuk umat manusiaseluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan juga berita menakutkan tetapi

    kebanyakkan manusia tidak mengetahui hakikatnya ( As Saba : 28 )

    Firman Allah Taala lagi :

    Bahawa Nabi Muhammad itu bukanlah bapa kepada seorang lelaki daripada kamuZaid bin Harisah ( anak angkat Rasulullah ) malah adalah rasul Allah dan penyudahsegala nabi ( yang terdahulu ) dan adalah Allah itu mengetahui segalanya

    ( Al Ahzab : 40 )

    e. Percaya Kepada HARI KIAMAT

    Beriman kepada hari akhirat merupakan masalah yang paling berat dari segalamacam akidah dan kepercayaan manusia. Sejak zaman sebelum islam sampailahsekarang manusia telah memperkatakan masalah ini. Para ahli fakir selalumenempatkan persoalan ini sebagai inti penyelidikannya, sebab beriman kepadahari akhirat akan membawa manusia kepada keyakinan adanya satu kehidupanduniawi dan penciptaan manusia. Demikianlah pentingnya masalah in himggaturunnya ayat ayat Allah menerangkan kedudukan hari akhirat ini..

    Pola beriman kepada hari akhirat itu terbahagi kepada lima fasa:

    i. Tahap kehancuran segala makhluk yang ada dimuka bumi ini. Dalam proseskehancuran ini akan terjadilah gempa bumi dimana gunung gunung menjadi

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    35/118

    PI 1031-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 29

    debu berterbangan, air laut mendidih meluap luap, bintang bintangberguguran, langit bergulungan, sedang manusia semua manusia mabuk danpitam. Kemudian musnahlah segala makhluk samada yang bernyawa maupuntidak hanya Alalh tetap kekal.

    Firman Allah SWT:

    Semua yang ada di alam ini binasa, hanya zat tuhan yang memilikikebesaran dan kemuliaan tetap kekal ( Ar Rahman : 26 : 27 )

    ii. Hari kebangkitan dimana manusia akan dibangkitkan dari kubur dandikumpulkan di padang Mahsyar.

    iii. Diperlihatkan seluruh amal perbuatan di dunia dahulu tidak ada yangtersembunyi samada yang jahat atau yang baik. Sekalipun sebesar zarah( atom).

    Firman Allah SWT :

    Pada hari itu, manusia keluar dari kubur dalam bermacam macam, supayadiperlihatkan kepada mereka ( balasan ) pekerjaan mereka. Barangsiapayang mengerjakan seberat timbangan zarah kebaikan, tentu akan dilihatnya.Dan barangsiapa yang mnegerjakan seberat timbangan zarah kejahatannescaya akan dilihatnya pula ( Al- Zalzalah : 6-8 )

    iv. Hari menghisab di depan mahkamah keadilan Allah dimana manusia akanmemperolehi keputusan yang paling adil tanpa ada penganiayaan.

    v. Hari keputusan dimana manusia akan menerima ganjaran yang setimpaldengan amalannya. Di sini saat yang di janjikan akan dipenuhi sebagai tujuanpenciptaan manusia. Mereka yang banyak amal kebajikan akan ditempatkan

    di syurga dan yang banyak amalan kejahatan akan ditempatkan di nerakayang penuh azab sengsara.

    Dari fasa fasa di atas, fasa kelima mempunyai nilai yang paling tinggi bagikehidupan manusia. Ia menunjukkan kehidupan di dunia ada ertinya, bukan hidupbukan sekadar makan dan minum sahajatanpa ada kelanjutan dari segala usahayang dilakukan di dunia ini. Apa yang kita kerjakan sekarang merupakan bentukkeinginan untuk kehidupan yang mendatang. Jelas didapati bahawa berbagai corakkehidupan yang dialami manusia seluruhnya, sedangkan akhirat tempat kekal dariamalan yang pernah dilakukan di dunia.

    Beriman pada hari akhirat membawa kesan positif kepada manusia kerana iamengajar manusia beramal soleh. Manusia soleh akan banyak membeti manfaatsesama insan, kebaikan yang dibuat bukan untuk mencari populariti diri dan bukanmengharapkan balasan material , malah mencari keredhaan Allah semata mata.Maka akan lahirlah manusia bertakwa dan sanggup menghadapi segala rintanghidup sebagai ujian Allah kepada mereka.

    Jika dalam menegakkan kalimah Allah mereka sanggup mengadaikan harta dannyawa, maka sesungguhnya mereka adalah mereka adalah benar benar berimankepada Allah dan hari akhirat. Sikap optimis yang mereka miliki, dengan pandanganyang tajam dan merupakan hasil dari keyakinan mereka kepada hari akhirat dimanadi sanalah mereka akan diberi kemenangan abadi..Kesan dari keimanan kepada

    hari akhirat wujudlah manusia yang benar benar cintakan Allah hingga segalaamal perbuatan dalam kehidupannya adalah untuk Alalh. Jika sikap yang demikian

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    36/118

    PI 1031-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 30

    itu dipunyai oleh setiap muslim, maka sudah tentu ancaman dari luar yang inginmenghancurkan islam dapat dihapuskan, malah insyaallah kesucian dapatdipertahankan dan menjadi ikutan dan anutan manusia

    2.4. KESAN AQIDAH DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

    a. Pasti akan mentauhidkan Allah

    Orang yang beriman mempunyai pandangan yang luas kerana beriman denganpencipta langit dan bumi, pemilik alam timur dan barat. Baginya tiada suatukeganjilan pun di alam ini setelah ia beriman. Ia terangkum di bawah kekuasaanAllah yang Esa yang mempunyai kuasa mutlak untuk melaksanakam sesuatu.Hal ini berbeza bagi mereka yang megatakan tuhan itu berbilang ataumempunyai sifat-sifat makhluk.

    b. Memberi ketenangan jiwa

    Mereka yang beriman meyakini dengan sebenarnya tiada yang dapt memberimudarat dan manfaat melainkan Allah dan tiada yang dapat menghidupkan danmematikan melainkan Allah jua. Keyakinan yang tinggi ini akan menghilangkanperasaan takut daripada Allah (s.w.t.) seterusnya akan melahirkan ketenagnajiwa kepada mereka yang benar-benar dapar merasai kelazatan iman.

    c. Tawadhuk (merendah diri)

    Muslim yang beraqidah akan sentiasa merendah diri dan menjauhi sifat-sofatangkuh dan takabbur. Muslim tersebut akan merasa kebesaran Allah dan akanmerasai kelemahan diri sebagai seorang hamba. Kemulian dari sudut keilmuan,

    kekayaan yang dimiliki pula hanyalah amanah dan ujian dari Allah. Jawatan dankedudukan yang dimiliki pula hanyalah amanah dan ujina buat hamba yangberiman

    d. Membersihkan dir i dan beramal soleh

    Muslim yang beraqidah juga akan sentiasa melaksanakan kebajikan dan amalsoleh. Mereka yakin dan percaya dengan sebenar-benarnya bahawa jalanmenuju kejayaan dan kemenangan hanyalah dengan membersihkan diri danberamal soleh.Kekuatan iman akan menggerakkan ke arah mentaati segalaperintah Allah s.w.t. dan menjuahi segala laranganNya. Seterusnya hamba yangberamal soleh akan dapat juga mendekatkan dirinya kepada Allah.

    e.Tidak berputus asa dan bertawakal kepada Allah

    Muslim yang beraqidah sentiasa menggingati Allah s.w.t., sekalipun diuji denganpenghinaan, terputus punca rezeki dan pelbagai musibah yang lain, tetapi terusberusaha dan menyerah diri kepada Allah s.w.t. memohon pertolonganNya.

    f. Berani mempertahankan kebenaran

    Orang yang beriman dengan aqidah Islam, mereka sanggup untukmempertahankan keimanan mereka kepada Allah s.w.t. tanpa boleh diganggugugat oleh mana-mana kuasa manusia. Ketakutan kepada hukum hakam Allah

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    37/118

    PI 1031-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 31

    s.w.t. melahirkan diri insan yang taat dan patuh segala ketetapan syarak.Hasilnya mereka sedar dan insaf bahawa keredhaan Allah s.w.t. adalah melebihikeredhaan manusia.

    g. Memelihara undang-undang Allah

    Keimanan kepada Allah s.w.t. mengikat seseorang itu kepada undang-undangAllah. Apabila iman tetap didalam diri, ia akan mengikut hukum Allah s.w.t.,berdiri pada sempadanNya danmeninggalkan laranganNya.

    2.5. PERKARA YANG MEMBATALKAN AQIDAH

    Perkara yang menyebabkan rosaknya iman dan Islam itu terbahagi kepada bahagian:

    Pertama: Iktiqad, kepercayaan yang bertentangan dengan dasar islam iaitu contohnya:

    i. Iktikad bahawa alam ini qadim,tidak ada pencipta atau alam ini kekal selama-

    lamanya.ii. Iktikad bahawa pencipta alam ini baru , atau menyerupai mana-mana jenis

    makhluk atau bersifat dengan sifat-sifat baru ataupun mempunyai anak isteriatau berbilang-bilang atau menerima mati.

    iii. Iktikad menafikan kebenaran apa yang disampaikan oleh rasulullah S.A.Wsebenar ialah yang disebutkan sebagai Muhammad batin ,bukan Muhammadzahir atau iktikad bahawa kerasulan nabi Muhammad S.A.W hanya untukorang-orang arab sahaja, atau iktikad bahawa hukum- hukum islam yangdibawa oleh nabi Muhammad S.A.W ialah Hukum-hukum yang lapuk dantidak praktikal untuk digunakan pada zaman moden.

    Kedua : Perkataan . iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci ,menghina,merendah-

    rendah,mengejek dan mempermain-mainkan nama Allah ,sifatNya,malaikat-malaikatNya,rasul-rasulNya,kitab-kitabNya dan hokum-hukumNya serta hokum-hukum yangditerangkan oleh rasulNya. Juga perkataan yang menolak ,menafi dan mengingkari segalaperkata yang sekata alim ulama mengistinbatkan atau menafikannya serta diketahui olehorang ramai bahawa perkara itu dari agama.

    Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum islam:i. Hukum apa ini?ii. Hukum ini sudah lapuk.iii. Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana menghalangi kemajuan.

    Ketiga: Perbuatan, iaitu:i. Tiap-taip perbuatan dilakukan untuk menghormati mengangungkan mana-

    mana makhluk dengan cara yang ditentukan hanya untuk membesar danmengagungkan Allah,seperti sujud kepada makhluk walaupun tidak denganniat menghormatinyasama seperti tuhan atau tunduk kepada mana-manamakhluk sehingga sampai kepada had sekuruang-kurangnya rukuksembahyang dengan tujuan menghormatinya seperti menghormati Allah.

    ii. Melakukan upacara ibadat terhadap sesuatu makhluk yang disembah olehorang-orang kafir menurut upacara yang mereka lakukan.

    iii. Melakukan mana-mana upacara ibadat terhadap yang lain dari Allah.

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    38/118

    PI 1031-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 32

    2.6. PEMBINAAN AQIDAH:

    Pembinaan akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Iamerupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang yang tidak memiliki akidahmenyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah swt. Ayat-ayat yang

    terawal yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw di Makkah menjuruskepada pembinaan akidah. Dengan asas pendidikan dan penghayatan akidah yang kuat danjelas maka Nabi Muhammad saw telah berjaya melahirkan sahabat-sahabat yangmempunyai daya tahan yang kental dalam mempertahan dan mengembangkan Islam keseluruh dunia. Bilal bin Rabah tidak berganjak imannya walaupun diseksa dan ditindihdengan batu besar di tengah padang pasir yang panas terik. Demikian juga keluarga Amarbin Yasir tetap teguh iman mereka walau berhadapan dengan ancaman maut. Dari sini kitanampak dengan jelas bahawa pendidikan akidah amat penting dalam jiwa setiap insanmuslim agar mereka dapat mempertahan iman dan agama Islam lebih-lebih lagi di zamanglobalisasi yang penuh dengan cabaran dalam segenap penjuru terutamanya internet danteknologi maklumat yang berkembang dengan begitu pesat sekali

    a. Mengakui keesaan Allah swt

    Matlamat utama pembinaan akidah Islam ialah mendidik manusia supaya mengakuikeesaan dan keesaan Allah swt sebagai tuhan yang wajib disembah. Tiada sekutu bagiNya.Ini dijelaskan oleh Allah swt dalam firmanNya yang bermaksud :

    "Katakanlah (wahai Muhammad) Dia ialah Allah Yang Maha Esa. Allah menjadi tumpuansekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak dan tidak diperanakkan.Dan tidak ada sesiapa yang setara denganNya" (al-Ikhlas : 1-4)

    Ayat di atas mendidik manusia supaya mengaku keesaan dan kekuasaan Allah swt.Ayat ini diturunkan di Makkah di awal perkembangan Islam. Oleh kerana akidah merupakanasas kepada kekuatan dan pembinaan Islam sebagai al-Din maka wahyu-wahyu yangterawal yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw menjurus kepada pendidikan Akidahbagi menanam keyakinan yang teguh dalam jiwa manusiatentang keesaan Allah swt.

    b. Melahirkan manusia yang patuh dan tunduk kepada Allah swt .Pendidikan akidah jugapenting untuk mendidik manusia supaya patuh dan tunduk kepada kebesaran dankeagongan Allah swt.

    c. Membentuk keperibadian insan

    Sebagaimana acuan dapat membentuk dan mencorakkan air kandungannya makademikianlah akidah dapat membentuk dan mendidik orang yang mengambilnya menepatidengan hakikat dan tabiat kemanusiaan yang tulen dan asli seperti yang dikehendaki olehpenciptanya. Pendidikan akidah dapat membentuk sifat-sifat nalurinya, akal fikirannya,

    iradahnya dan perasaannya. Ringkasnya pendidikan akidah bermatlamat untuk

    membentuk nilai akhlak dan keperibadian seseorang insan yang akan mencorakkan suluk

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    39/118

    PI 1031-LE2-IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 33

    amali atau gerak laku amal perbuatan selaras dengan peranan dan tanggungjawab manusiasebagai khalifah Allah swt di muka bumi ini. Menurut Mohd Sulaiman Yasin (1987), AkidahIslam ialah akidah yang bersumberkan ketuhanan (akidah Rabbaniyyah) yang tetap, syumul,menyeluruh dan fitrah. Tabiat akidah yang demikian ialah akidah yang kukuh dan teguh.Hanya akidah yang teguh sahaja dapat membentuk manusia yang teguh dan kukuh.Kekukuhan dan keteguhan akidah ialah kerana kekukuhan dan keteguhan ciri-ciri yang

    menjadi kandungan akidah itu, yang merangkumi segala hakikat iaitu hakikat ketuhanan,hakikat alma semesta dan hakikat kemanusiaan serta nilai-nilai kebenaran, kebaikan dankeindahan. Kekukuhan akidah inilah yang akhirnya menjadi sumber kekuatan Islam. Itulahhakikat kekuatan umat Islam, kekuatan jiwa dan rohani serta peribadinya yang menjadi asaskepada kekuatan jasmaninya. Di dalam sejarah kegemilangan umat Islam yang silam kitamendapati bahawa umat Islam di masa itu telah dibentuk dan dididik oleh akidah yangakhirnya melahirkan kekuatan yang sungguh kental dan luar biasa. Kita lihat sahaja kepadaBilal, bahawa akidah telah memberikan kekuatan kepadanya. Abdul Rahman bin Auf danOsman bin Affan sanggup membelanjakan hartanya kerana mempertahankan Islamsehingga tiada apa lagi yang dimiliki melainkan Allah swt dan Rasul. Ali bin Abi Talibsanggup mempertaruhkan nyawanya kerana Rasulullah saw dan banyak lagi contoh-contohyang ditunjukkan oleh para sahabat Rasulullah saw hasil dari pendidikan akidah yang

    mantap.

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    40/118

    PI 1031 PENDIDIKAN ISLAM

    PI 1031-01-01 LE2- IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 34

    SOALAN:

    1. Sebutkan pengertian aqidah

    2. Berapa perkarakah rukun iman, dan sebutkan?

    3. Sebutkan 4 sifat nabi?

    4. Apakah kesan aqidah dalam kehidupan?

    5. Sebutkan perkara-perkara yang membatalkan aqidah?

    6. Bagaimanakah untuk meningkatkan pembinaan akidah?

    7. Sebutkan 3 rukun iman dan jelaskan?

    8. Sebutkan 5 malaikat yang wajid diketahui?

    RUJUKAN :

    1. Mohd Nor Daud (1994) konsep Ilmu,dewan bahasa dan pustaka, Kuala Lumpur.

    2. Mohd sulaiman Haji Yasin (1998) pengantar aqidah, dewan bahasa dan pustaka, Kuala

    Lumpur

    3. Muhammad Al Ghazali (1997)Aqidah Muslim, Thinkers Library Sdn.Bhd. Batu caves

    4. Maududi S.A (1976)Asas-Asas Islam. Dewan Pustaka Fajar ,Shah Alam.5. Al-Quran dan terjemahannya.

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    41/118

    PI 1031 PENDIDIKAN ISLAM

    PI 1031-LE3- IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 35

    INSTITUSI LATIHAN

    JABATAN TENAGA MANUSIAKEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

    MALAYSIA

    KERTAS PENERANGAN

    NAMA KLUSTER SUBJEK UMUM PENDIDIKAN ISLAM 1

    KOD DAN NAMA

    MODUL

    PI 1031 MEMAHAMI KESELURUHAN KONSEP ISLAM

    PENGALAMAN

    PEMBELAJARANLE3 KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

    NO. TUGASAN

    BERKAITAN

    3.1 PENGERTIAN DAN SKOP IBADAH

    3.2 PEMBAHAGIAN IBADAH

    3.3 SYARAT IBADAH

    3.4 KESAN IBADAH DALAM KEHIDUPAN

    OBJEKTIF

    PRESTASI

    AKHIRAN (TPO)

    JELASKAN KONSEP IBADAH ISLAM DENGAN MENGGUNAKAN

    KAEDAH PENERANGAN DAN PERBINCANGAN SUPAYA PELAJAR

    BOLEH :

    1. MENYATAKAN SYARAT-SYARAT PENERIMAAN IBADAH

    DALAM ISLAM

    2. MEMBEZAKAN DI ANTARA IBADAH UMUM DAN IBADAH

    KHUSUS.

    3. MENERANGKAN KESAN IBADAH DALAM KEHIDUPAN.

    BERDASARKAN FAKTA KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

    OBJEKTIF

    MEMBOLEH (EO)

    DIAKHIR PEMBELAJARAN PELAJAR MESTI BOLEH :-

    MENGETAHUI KONSEP DAN SYARAT-SYARAT IBADAH DALAM

    ISLAM SERTA MENGHAYATI NILAI-NILAI IBADAH ITU SENDIRI.

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    42/118

    PI 1031 PENDIDIKAN ISLAM

    PI 1031-LE3- IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 36

    3.1 PENGERTIAN DAN SKOP IBADAH .

    Ibadat merupakan tugas dan kewajipan menusia terhadp Allah s.w.t, Tuhan yang

    menciptakan dan juga mencipta alam semesta ini. Ia juga merupakan matlamat

    utama mengapa Allah menjadikan manusia.

    Ibadah memberi peluang kepada hamba untuk mendekatkan diri kepada

    penciptanya.

    Ibadat merangkumi satu bidang yang luas.

    Ianya merupakan satu ketundukan dan pengabdian kepada Allah swt dalam

    segala aspek kehidupan. Dalam erti kata yang lain di kira sebagai segala

    pekerjaan dan amalan yang dilakukan semata-mata keran Allah swt sahaja.

    Oleh kerana itu segala perbuatan yang dilakukan yang BUKANkerana Allahswt maka ia tidak dikira sebagai ibadah dan ianya tidak dikurniakan apa-apa

    ganjaran oleh Allah swt.

    3.1.1 PENGERTIAN IBADAH.

    Aspek Bahasa:

    Berasal dari perkataan "Abada" iaitu bererti patuh, taat, setia, tunduk, sembah,

    menghambakan diri dan seumpamanya.

    Aspek Ist ilah:

    Bermaksud tindakan tunduk dan menurut segala perkara yang telah

    disyariatkan Allah swt atau tindakan memperhambakan diri dengan mematuhi

    segala ajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw .

    Kesimpulan:

    Pengertian ibadah ini luas.

    Mana-mana amalan yang dilakukan untuk mencari keredhaan Allah swtmaka ia tergolong dalam pengertian Ibadah.

    Orang yang beribadah ialah orang yang melengkapkan dirinya dengan

    perasaan cinta, tunduk dan takut.

    Perbuatan atau pengabdian yang dilakukan hendaklah ikhlas dan

    memenuhi kehendak syarak. Inilah yang dimaksudkan dengan tujuan

    manusia ini dijadikan oleh Allah swt sebagaimana Firman Allah SWT:

    TidakKu jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan

    (beribadat) diri kepada Ku (Az-Dzariyat : 56)

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    43/118

    PI 1031 PENDIDIKAN ISLAM

    PI 1031-LE3- IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 37

    3.1.2 SKOP IBADAH ( Menurut Ibn Taimiyah)

    i) Ibadah adalah semua perkara yang disukai dan diredhai oleh Allah s.w.t sama

    ada perkataan, zahir dan batin.

    Oleh itu, sembahyang, puasa, zakat, haji, bercakap benar, menunaikan

    amanah, berbakti kepada orang tua,menghubungkan silaturahim,

    menyuruh yang maaruf, mencegah yang mungkar, berdoa, berzikir,

    membaca al-Quran dan seumpamanya adalah termasuk dalam ibadah.

    ii) Ibadah adalah kepatuhan atau ketundukan yang terbit dari hati yang mencintai

    allah kerana tiada yang lebih layak dicintai melainkan Allah s.w.t.

    Oleh itu, kasih kepada Allah dan RasulNya, takut kepadanya, taubat,

    ikhlas, sabar terhadap ketentuan Allah, bersyukur terhadap nikmatnya,

    redha kepada qadha' dan qadar, bertawakkal kepadanya dan takut

    terhadap azab Allah juga termasuk dalam skop ibadah.

    Tegasnya skop ibadah dalam Islam amat luas iaitu merangkumi seluruh aktiviti

    kehidupan. Demikian juga tidur anda, percakapan anda, perbuatan anda dan

    sebagainya.

    Kesimpulan

    Daripada huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa ibadah dalam

    Islam bukan hanya sekadar melakukan solat, puasa, zakat, haji dan

    sebagainya tetapi meliputi seluruh urusan hidup manusia.

    Iaitu ibadat dalam pengertian umum adalah menjalani kehidupan untuk

    memperolehi keredhaan Allah swt dengan mentaati syariatnya dan

    semua perbuatan yang diizinkan oleh Allah swt, maka itulah yang

    dikatakan ibadat.

    3.2 PEMBAHAGIAN IBADAH

    Ulama telah membahagikan ibadah kepada dua bahagian iaitu :

    a. Ibadah 'Ammah (Umum)

    b. Ibadah Khassah (Khusus)

    a. Ibadah Umum

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    44/118

    PI 1031 PENDIDIKAN ISLAM

    PI 1031-LE3- IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 38

    Ibadah umum ialah pengabdian diri secara tidak langsung (indirect) kepada

    Al lah menerusi semua urusan kehidupan duniawi yang mengikat hubungan

    sesama manusia dan makhluk lain yang berlandaskan aqidah dan syariat Islam.

    Iaitu ibadat yang meliputi segala aspek kehidupan manusia

    Antara urusan tersebut termasuklah aktiviti atau amaln manusia di ladang,

    kilang, pejabat, rumah atau di mana saja ia berada dan pada bila-bila masa

    tanpa terikat dengan satu-satu jangkamasa dan tempat-tempat tertentu dan

    kegiatan kehidupan seharian tetapi mempunyai syarat-syarat tertentu.

    Contohnya menuntut ilmu, berbuat baik pada jiran tetangga dan lain-lain

    amalan.

    b. Ibadah Khusus.

    Ibadah khusus ialah suatu bentuk pengabdian diri seorang hamba kepada

    Tuhannyasecara langsung (direct)untuk mendapatkan keredhaanNya.

    Ibadat tertentu yang telah ditentukan oleh Allah swt samada wajib atau sunat

    dilaksanakan

    iaitu ibadah yang mana struktur, sistem dan peraturannya telah ditetapkan

    oleh Syariat Islamiyyah secara lengkap dan terperinci dan mesti dilaksanakan

    dengan sempurna.

    Dalam ibadah jenis ini, kita hanya melaksanakan sahaja sesuai dengan apa

    yang ditetapkan tanpa boleh meminda, merubah, menambah atau

    menguranginya.

    Contohnyasembahyang, puasa, zakat dan mengerjakan haji.

    Dengan erti kata lain mesti ditunaikan oleh setiap individu yang mencakupi

    syarat-syarat dan digelar sebagai ibadah 'Fardhu Ain'.

    Syarat-syarat Ibadah KhususIbadah khusus hanya akan diterima sekiranya ibadah tersebut mengandungi dua

    perkara iaitu :

    a) Niat yang ikhlas kerana Allah swt.

    b) Melakukannya dalam bentuk yang ditentukan untuk ibadah tersebut. Iaitu

    mengikut tatacara yang ditentukan oleh syarak.

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    45/118

    PI 1031 PENDIDIKAN ISLAM

    PI 1031-LE3- IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 39

    3.3 SYARAT-SYARAT IBADAH

    Pada dasarnya, amalan seseorang itu akan dikira ibadah diberi ganjaran pahala jika

    ianya memenuhi syarat-syarat berikut :

    i. Beragama Islam.

    Orang yang melakukannya adalah orang yang beragama Islam.

    Orang yang tidak beriman segala amalannya tidak mempunyai nilai di sisi

    Allah swt.

    ii. Niat yang baik, bersih dan ikhlas, jauh daripada niat yang buruk.

    Iaitu untuk memenuhi tuntutan agama dan mencari keredhaan Allah swt.

    iii. Amalan yang dilakukan tidak becanggah dengan hukum syarak

    Segala pekerjaan yang dilakukan mestilah pekerjaan yang diharuskan dan

    diterima oleh syariat Islam serta tidak bercanggah dengan hukum-hukum

    tersebut.

    Contohnya kerja atau amalan yang haram seperti bekerja di kedai minuman

    keras, kelab malam, berjudi dan sebagainya tidak dianggap ibadah

    walaupun niatnya baik kerana Allah swt.

    iv. Semua amalan mesti mengikut peraturan yang ditentukan.

    Amalan ibadah tidak sah sekiranya tidak mengikut peraturan dan tatacara

    yang telah ditentukan oleh syarak.

    Contohnya solat zuhur empat rakaat, tawaf haji tujuh kali tidak boleh diubah.

    Sekiranya ini berlaku maka amalan tersebut tidah sah.

    v. Ibadah Khususnya tidak diabaikan.

    Pekerjaan yang dilakukan itu tidak melalaikan atau menghalang seseorang

    daripada melaksanakan tanggungjawab yang wajib/fardu seperti solat,puasa, zakat dan sebagainya.

    3.4 KESAN-KESAN IBADAH DALAM KEHIDUPAN

    3.4.1 Peranan Ibadah Dalam Pembentukan Individu Islam

    Ibadah mendekatkan dir i kepada Allah dandengan itu memuliakan

    manusia daripada makhluk-makhluk lainnya.

  • 7/25/2019 Wim Pi 1031_k.penerangan

    46/118

    PI 1031 PENDIDIKAN ISLAM

    PI 1031-LE3- IS PINDAAN : 1 MUKASURAT 40

    Melahirkan perasaan bebas daripada sebarang perhambaan

    kepada selain Allah iaitu dapat mengembalikan manusia kepada

    fitrahnya sebagai hamba Allah swt.

    Ibadah menguji kesabaran, keimanan dan ketaatan manusia

    terhadap Allah swt.

    Membentuk akhlak dan me