keberkesanan pakej pembelajaran multimedia interaktif dalam konteks pengajaran dan pembelajaran

Upload: nur-faseeha-sabiran

Post on 02-Mar-2016

334 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

pakej pembelajaran

TRANSCRIPT

KEBERKESANAN PAKEJ PEMBELAJARAN MULTIMEDIA INTERAKTIF DALAM KONTEKS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANKini dunia teknologi semakin pesat membangun, kita telah didedahkan dengan pelbagai perisian-perisian baharu yang boleh memudahkan kita untuk melakukan aktiviti seharian. Bagi seorang guru, pengenalan perisian-perisian ini dapat membantu dalam proses menyampaikan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dalam konteks pengaplikasianya, guru haruslah master dalam mengendalikan perisian ini agar produk yang dihasilkan dapat memberikan satu pengalaman berguna kepada murid.

Multimedia adalah suatu bentuk media yang sangat komplek yang menggabungkan beberapa unsur media yang melibatkan teks, grafik, gambar, foto, audio, video dan animasi secara integrasi. Antara contoh bentuk multimedia yang boleh digunakan seperti Program Flash, Program Adobe Photoshop, Program Animasi Power Point dan banyak lagi. Melalui program multimedia pembelajaran interaktif (MPI) ini, ianya dapat membantu guru untuk membentuk pembelajaran secara kreatif dan berkesan. Antara kelebihan pakej yang telah disediakan untuk diaplikasikan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran ialah :-1. Faktor kesediaan bahan interaktif dihasilkan daripada segi kos, masa dan tenagaUmum mengetahui, pembinaan multimedia interaktif hanya melibatkan perisisan dan komputer sahaja. Bagi pelaksanaan pakej multimedia ini, guru menggunakan perisisan power point dengan menyelitkan unsur animasi, video dan bunyi. Melalui pelaksanaan pakej ini, guru tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak untuk membeli bahan bantu mengajar bagi memberikan pembelajaran bermakna kepada murid. Selain itu, guru dapat menjimatkan masa dan tenaga. Penyediaan pakej multimedia interaktif ini hanya memerlukan guru untuk master dalam penggunaan perisian power point. Guru hanya menggunakan sumber-sumber yang ada dalam internet dan menggunakan kreativiti tersendiri untuk membentuk satu bahan bantu mengajar yang produktif dan berkesan. Tempoh masa yang singkat dalam pembentukan bahan multimedia juga memudahkan guru.

2. Faktor kesediaan pelajar menerima pembelajaran interaktif berbanding pembelajaran konvensionalRemaja pada masa kini lebih dikenali sebagai remaja zaman millenium. Mereka begitu arif dengan gajet-gajet dan bahan-bahan IT yang terdapat di pasaran. Sebagai seorang guru, kita haruslah peka dengan keadaan ini. Murid pada zaman sekarang tidak lagi mahu belajar cara lama atau pembelajaran konvensional seperti chalk and talk, mereka mendambakan sesuatu yang baru yang mampu mencabar tahap kognitif mereka. Dengan menggunakan kaedah pembelajaran multimedia interaktif, sesi pembelajaran akan lebih bermakna. Mereka dapat mencuba sesuatu yang baru dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Apabila guru menggunakan kaedah ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, pastinya murid-murid tidak akan lari daripada arus kemajuan dunia dan sentiasa bersedia dengan perkembangan-perkembangan baru dunia millenium.3. Faktor peruntukan bajet pendidikan dan kesediaan mendapat peralatan dengan segera dan mengikut peredaran semasa

Bajet pendidikan diperuntukkan kepada setiap sekolah bagi menyediakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian bagi subjek-subjek tertentu. Guru boleh menggunakan bajet yang diberikan dengan memberli perisian-perisian yang diperlukan untuk membuat pakej pembelajaran multimedia interaktif. Selain itu, guru juga boleh mendapatkan perisian-perisian e-pembelajaran yang sedia ada. Melalui cara ini, secara tidak langsung guru dapat menjimatkan peruntukan yang diberikan kerana perisian atau e-pembelajaran ini boleh bertahan lama dan mengikuta peredaran semasa.

4. Faktor baik pulih/pemuliharaan Pada kebiasaannya, bahan bantu mengajar yang selalu digunakan oleh guru seperti carta, bahan maujud, gambar, big book dan pelbagai jenis lagi. Setiap bahan ini tidak mampu untuk bertahan lama. Jika dibiarkan tanpa digunakan dengan konsisten, bahan-bahan ini akan mula pudar dan berkarat. Hal ini, memerlukan guru untuk membeli bahan bantu mengajar yang lain bagi menggantikan bahan yang telah rosak. Jika hal ini berlaku, kerugian akan berlaku dari segi wang ringgit, masa dan tenaga. Dengan menggunakan multimedia interaktif, guru tidak perlu sentiasa membuat proses baik pulih. Pakej multimedia atau e-pembelajaran ini boleh digunaka pada bila-bila masa tanpa perlu memikirkan kerosakan perisian. Guru hanya perlu membuat pemuliharaan dari segi alatan-alatan sampingan seperti komputer, LCD dan bahan-bahan yang berkaitan untuk penggunaannya.5. Penyimpanan/penstoran

Penyimpanan atau penstoran merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada keberkesanan pengaplikasiaan multimedia interaktif. Proses penyimpanan perisian tidak memerlukan tempat yang luas atau bilik-bilik khas. Perisian ini boleh disimpan di dalam komputer, pendrive atau tempat penstoran lain yang sesuai. Selain itu perisian ini juga mudah untuk dibawa ke mana sahaja apabila diperlukan. 6. Tahap interaktif yang tinggiDengan komputer, perisian multimedia boleh diprogramkan supaya murid-murid dilibatkan secara aktif dengan cara memilih pelbagai menu yang disediakan atau menjawab soalan-soalan tertentu. komputer akan bertindakbalas dengan memaparkan maklumat yang tertentu berdasarkan apa yang dipilih atau ditaipkan oleh murid tersebut. Ini bersesuaian dengan pakej yang disediakan dalam aktiviti menjawab kuiz, di mana murid kehadapan dan memilih jawapan yang betul pada teks soalan. Jawapan yang diberikan akan bertindak balas dengan bunyi sama ada betul ataupu salah. Aspek ini dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk mencuba sesuatu yang baru.

Dunia pendidikan sangat mengharapkan kehadiran media pembelajaran yang bermutu tinggi untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Penggunaan komputer di sekolah pada tahun 70-an dan 80-an tidak begitu berjaya kerana anggapan bahawa sebuah komputer mampu membawa keajaiban di dalam bilik darjah tidak berasas. Namun begitu, minat terhadap integrasi multimedia dan pendidikan tidak lenyap. Tumpuan kepada multimedia interaktif terus berkembang. Kehadiran teknologi multimedia memberi harapan baru dalam era pendidikan kerana dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Kajian lepas juga membuktikan bahawa pelajaran akan tersimpan diingatan lebih lama apabila lebih daripada satu deria dilibatkan semasa pengajaran berlaku.