pembangunan modul multimedia interaktif ... - … · 1.8.1 modul 9 1.8.2 multimedia 9 1.8.3...

23
PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN SENARIO BAGI TAJUK PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM FARIDAH BINTI MOHAMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: dobao

Post on 21-Mar-2019

296 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF ... - … · 1.8.1 Modul 9 1.8.2 Multimedia 9 1.8.3 Pengajaran 10 1.8.4 Pembelajaran 10 1.8.5 Interaktif 10 1.8.6 CD-ROM 11 1.9 Penutup 12

PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF MENGGUNAKAN

PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN SENARIO BAGI TAJUK

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM

FARIDAH BINTI MOHAMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF ... - … · 1.8.1 Modul 9 1.8.2 Multimedia 9 1.8.3 Pengajaran 10 1.8.4 Pembelajaran 10 1.8.5 Interaktif 10 1.8.6 CD-ROM 11 1.9 Penutup 12

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL :

PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN SENARIO BAGI TAJUK PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM

SESI PENGAJIAN : 2007 / 2008

Saya : FARIDAH BINTI MOHAMAD

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan

dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis

daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar

yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan

pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : PUAN NORASYKIN BT MOHD ZAID

(NAMA PENYELIA) 2669 JALAN TELAGABATU SEBERANG MARANG 21600, MARANG TERENGGANU

Tarikh : 02 MEI 2008 Tarikh : 02 MEI 2008

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Page 3: PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF ... - … · 1.8.1 Modul 9 1.8.2 Multimedia 9 1.8.3 Pengajaran 10 1.8.4 Pembelajaran 10 1.8.5 Interaktif 10 1.8.6 CD-ROM 11 1.9 Penutup 12

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)”.

Tandatangan : _____________________________

Nama Penyelia : PN. NORASYKIN BT MOHD ZAID

Tarikh : 02 MEI 2008

Page 4: PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF ... - … · 1.8.1 Modul 9 1.8.2 Multimedia 9 1.8.3 Pengajaran 10 1.8.4 Pembelajaran 10 1.8.5 Interaktif 10 1.8.6 CD-ROM 11 1.9 Penutup 12

i

PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF

MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN

SENARIO BAGI TAJUK PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA

BERASASKAN CD-ROM.

FARIDAH BINTI MOHAMAD

Tesis ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2008

Page 5: PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF ... - … · 1.8.1 Modul 9 1.8.2 Multimedia 9 1.8.3 Pengajaran 10 1.8.4 Pembelajaran 10 1.8.5 Interaktif 10 1.8.6 CD-ROM 11 1.9 Penutup 12

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : _______________________________

Nama Penulis : FARIDAH BINTI MOHAMAD

Tarikh : 02 MEI 2008

Page 6: PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF ... - … · 1.8.1 Modul 9 1.8.2 Multimedia 9 1.8.3 Pengajaran 10 1.8.4 Pembelajaran 10 1.8.5 Interaktif 10 1.8.6 CD-ROM 11 1.9 Penutup 12

iii

Buat yang teristimewa,

Ayahanda yang dikasihi Mohamad bin Embong

Bonda yang disayangi Yahana bt Othman

Abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik yang diingati Roslan, Suhaimi, Marlina,

Liza, Asiah, Muhammad Yusof dan Muhammad Amirul

Anak saudara yang disayangi Ahmad Asyraf, Ariesya Saffiyah, Ammar Aqashah,

Afiq Aqashah dan Irfan Mukhriz

Yang banyak membantu Mohd Rashidi Ahmad dan rakan-rakan seperjuangan

Segala pengorbanan kalian sumber inspirasi bagiku untuk meneruskan perjuangan.

Kejayaan ini adalah hadiah buat kalian.

Sekian, terima kasih.

Page 7: PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF ... - … · 1.8.1 Modul 9 1.8.2 Multimedia 9 1.8.3 Pengajaran 10 1.8.4 Pembelajaran 10 1.8.5 Interaktif 10 1.8.6 CD-ROM 11 1.9 Penutup 12

iv

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya

projek yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang telah

ditetapkan. Di kesempatan ini, pembangun ingin merakamkan sejuta penghargaan

ikhlas buat penyelia projek, Pn. Norasykin binti Mohd Zaid yang telah banyak

membantu dengan penuh komited dalam membimbing, menasihat, memberi

dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di sepanjang tempoh pembangunan ini

dijalankan.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa tersayang dan juga adik beradik yang

sentiasa memberi sokongan dan semangat bagi membangunkan Projek Sarjan Muda

ini.

Akhir sekali, pembangun ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dalam menyiapkan projek ini dengan

jayanya.

Semoga Allah memberkati semua.

Sekian, terima kasih.

Page 8: PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF ... - … · 1.8.1 Modul 9 1.8.2 Multimedia 9 1.8.3 Pengajaran 10 1.8.4 Pembelajaran 10 1.8.5 Interaktif 10 1.8.6 CD-ROM 11 1.9 Penutup 12

v

ABSTRAK

Penggunaan teknologi multimedia pada masa kini telah menjadi suatu

keperluan dalam usaha membangun dan memperkembangkan bidang pendidikan.

Sehubungan itu, pembangunan modul multimedia interaktif bagi kursus

Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-ROM dihasilkan dengan

kombinasi beberapa eleman multimedia seperti penggunaan teks, grafik, audio dan

animasi. Selain itu, pembangunan modul pembelajaran ini dapat membantu dan

memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Model rekabentuk pengajaran

ADDIE telah digunakan sebagai panduan dalam merekabentuk modul pembelajaran

ini. Modul ini mengaplikasikan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Senario

(Scenario Based Learning) dan menggunakan teori konstriktivisme bagi menjana

pemahaman serta pemikiran pelajar dalam tajuk tersebut. Modul ini dibangunkan

menggunakan perisian Macromedia Authoware 7.0 sebagai platform pembangunan,

di samping penggunaan perisian Macromedia Flash MX 2004, Adobe Photoshop CS

dan Sound Forge 7.0, sebagai perisian sokongan bagi menghasilkan modul

pembelajaran yang lebih menarik. Dengan terhasilnya modul multimedia interaktif

ini dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar dan secara tidak langsung

menambahkan koleksi bahan rujukan yang diterbitkan oleh Fakulti

Page 9: PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF ... - … · 1.8.1 Modul 9 1.8.2 Multimedia 9 1.8.3 Pengajaran 10 1.8.4 Pembelajaran 10 1.8.5 Interaktif 10 1.8.6 CD-ROM 11 1.9 Penutup 12

vi

ABSTRACT

The use of multimedia technology nowadays has become an essential with

the aim to develop and expand our education field. In conjunction with that, the

development of an interactive multimedia module for Pembangunan Perisian

Multimedia Berasaskan CD-ROM course was done with the combination of

interactive multimedia elements such as text, graphic, audio and animation. This

interactive module can assist and ease the teaching and learning process. Apart from

that, ADDIE instructional design model has been used as a guideline in constructing

this interactive learning module. This module also implements Scenario Based

Learning approach and constructivism theory in order to generate a fine

comprehension and clear thoughts among students in the topic. This interactive

module has been developed using Macromedia Authorware 7.0 as a development

platform, together with the usage of other supporting software namely Macromedia

Flash MX 2004, Adobe Photoshop CS and Sound Forge 7.0 in order to produce an

attractive module. This module will be beneficial for both students and faculty. For

instance, it would be help in increasing student’s achievement n provide

supplementary learning materials.

Page 10: PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF ... - … · 1.8.1 Modul 9 1.8.2 Multimedia 9 1.8.3 Pengajaran 10 1.8.4 Pembelajaran 10 1.8.5 Interaktif 10 1.8.6 CD-ROM 11 1.9 Penutup 12

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN

xiv

SENARAI LAMPIRAN 80

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Projek 5

1.5 Rasional Pemilihan Tajuk 6

1.6 Kepentingan Projek 7

1.6.1 Pelajar 7

1.6.2 Pensyarah 7

Page 11: PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF ... - … · 1.8.1 Modul 9 1.8.2 Multimedia 9 1.8.3 Pengajaran 10 1.8.4 Pembelajaran 10 1.8.5 Interaktif 10 1.8.6 CD-ROM 11 1.9 Penutup 12

viii

1.6.3 Fakulti 8

1.7 Skop Projek 8

1.8 Definisi Istilah 8

1.8.1 Modul 9

1.8.2 Multimedia 9

1.8.3 Pengajaran 10

1.8.4 Pembelajaran 10

1.8.5 Interaktif 10

1.8.6 CD-ROM 11

1.9 Penutup 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Modul 14

2.2.1 Prinsip-Prinsip Modul 16

2.3 Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer 16

2.4 Keberkesanan PBK Dalam Pendidikan 18

2.5 Strategi Pengajaran dalam Perisian Multimedia 19

2.5.1 Latih Tubi 19

2.5.2 Tutorial 20

2.5.3 Simulasi 20

2.5.4 Permainan 20

2.5.5 Penyelesaian Masalah 21

2.6 Teori Pembelajaran 21

2.6.1 Teori Konstruktivisme 22

2.6.2 Implikasi Teori Konstruktivisme dalam P&P 23

2.7 Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Senario 26

2.8 Multimedia 29

2.8.1 Teks 30

2.8.2 Grafik 30

2.8.3 Video 30

2.8.4 Audio 31

Page 12: PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF ... - … · 1.8.1 Modul 9 1.8.2 Multimedia 9 1.8.3 Pengajaran 10 1.8.4 Pembelajaran 10 1.8.5 Interaktif 10 1.8.6 CD-ROM 11 1.9 Penutup 12

ix

2.8.5 Animasi 31

2.8.6 Hypermedia 31

2.9 Penggunan Multimedia dalam Pendidikan 32

2.10 Kelebihan Multimedia Dalam Pendidikan 32

2.11 Proses Pembangunan Modul Interaktif 33

2.12 Penutup 36

BAB 3 REKABENTUK PERISIAN

3.1 Pengenalan 37

3.2 Model ADDIE 38

3.2.1 Fasa Analisis 38

3.2.1.1 Analisis Terhadap Pengguna 39

3.2.1.2 Pemilihan Skop dan Tajuk 39

3.2.1.3 Analisis Terhadap Persekitaran

Pembelajaran 39

3.2.2 Fasa Rekabentuk 40

3.2.2.1 Objektif Pengajaran 40

3.2.2.2 Pemilihan Strategi Pengajaran 41

3.2.3 Fasa Pembangunan 41

3.2.4 Fasa Perlaksanaan 42

3.2.5 Fasa Penilaian 43

3.3 Pemilihan Perisian 43

3.3.1 Perisian Pengarangan 43

3.3.2 Perisian Sokongan 44

3.3.2.1 Adobe Photoshop CS 45

3.3.2.2 Sound Forge 7.0 45

3.3.2.3 Macromedia Flash MX 2004 45

3.4 Carta Alir Perisian 46

3.5 Penutup 48

Page 13: PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF ... - … · 1.8.1 Modul 9 1.8.2 Multimedia 9 1.8.3 Pengajaran 10 1.8.4 Pembelajaran 10 1.8.5 Interaktif 10 1.8.6 CD-ROM 11 1.9 Penutup 12

x

BAB 4 HASIL REKABENTUK PERISIAN

4.1 Pengenalan 49

4.2 Pakej dan Cara Penggunaan Modul Multimedia 49

4.3 Struktur Asas dan Kandungan Modul Multimedia 50

4.4 Ikon Permulaan 51

4.5 Permulaan Modul Multimedia 51

4.6 Menu Utama (menu) 53

4.6.1 Sepintas Lalu 54

4.6.2 Model Rekabentuk Instruksi (senario 1) 55

4.6.3 Pengurusan Projek Multimedia (senario 2) 59

4.6.4 Glosari 61

4.6.5 Latihan 62

4.6.6 Bantuan 63

4.6.7 Kredit 64

4.6.8 Keluar 66

4.7 Ciri-ciri multimedia Dalam Modul Multimedia 66

4.7.1 Teks 67

4.7.2 Warna 67

4.7.3 Grafik 67

4.7.4 Animasi 68

4.7.5 Audio 68

4.8 Penutup 69

Page 14: PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF ... - … · 1.8.1 Modul 9 1.8.2 Multimedia 9 1.8.3 Pengajaran 10 1.8.4 Pembelajaran 10 1.8.5 Interaktif 10 1.8.6 CD-ROM 11 1.9 Penutup 12

xi

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 70

5.2 Rumusan Perisian 70

5.3 Masalah-Masalah yang Dihadapi Semasa Proses

Pembangunan Perisian 71

5.3.1 Pemilihan Strategi 72

5.3.2 Menghasilkan Rekabentuk Yang Sesuai 72

5.3.3 Mengintergrasikan Elemen Multimedia

Dengan Lebih Efektif 72

5.4 Kelebihan Perisian 73

5.5 Kelemahan Perisian 74

5.6 Cadangan 74

5.7 Kesimpulan 75

5.8 Penutup 76

RUJUKAN 77

Page 15: PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF ... - … · 1.8.1 Modul 9 1.8.2 Multimedia 9 1.8.3 Pengajaran 10 1.8.4 Pembelajaran 10 1.8.5 Interaktif 10 1.8.6 CD-ROM 11 1.9 Penutup 12

xii

SENARAI RAJAH

No. Rajah Tajuk Muka

Surat

2.1 Aliran kerja berdasarkan Model ADDIE 34

3.1 Carta Alir Perisian – Menu Utama 47

4.1 Antaramuka Montaj Intro (i) 52

4.2 Antaramuka Montaj Intro (ii) 53

4.3 Antaramuka Antaramuka Paparan Menu Utama 54

4.4 Antaramuka Antaramuka Paparan Sepintas Lalu 55

4.5 Antaramuka Paparan Senario 1

(Model Rekabentuk Instruksi) 56

4.6 Antaramuka Senario 1- Perpustakaan 56

4.7 Antaramuka Senario 1 – E-learning 57

4.8 Antaramuka Senario 1 – Internet 57

4.9 Antaramuka Senario 1- Pensyarah 58

4.10 Antaramuka Senario 1- Kawan 58

4.11 Antaramuka Paparan Senario 2 59

4.12 Antaramuka Senario 2-Paparan Dialog 60

4.13 Antaramuka Senario 2-Paparan Dialog

- Paparan Konsep Projek 60

4.14 Antaramuka Paparan Glosari 61

4.15 Antaramuka Paparan Latihan 62

4.16 Antaramuka Paparan Latihan – Soalan 1 63

4.17 Antaramuka Paparan Bantuan 64

4.18 Antaramuka Paparan Kredit (i) 65

4.19 Antaramuka Paparan Kredit (ii) 65

Page 16: PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF ... - … · 1.8.1 Modul 9 1.8.2 Multimedia 9 1.8.3 Pengajaran 10 1.8.4 Pembelajaran 10 1.8.5 Interaktif 10 1.8.6 CD-ROM 11 1.9 Penutup 12

xiii

4.20 Antaramuka Paparan Keluar 66

Page 17: PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF ... - … · 1.8.1 Modul 9 1.8.2 Multimedia 9 1.8.3 Pengajaran 10 1.8.4 Pembelajaran 10 1.8.5 Interaktif 10 1.8.6 CD-ROM 11 1.9 Penutup 12

xiv

SENARAI SINGKATAN

ABM Alat bantu mengajar

CD Cakera padat (Compact Disc)

CD-ROM Compact Dics-Read Only Memory

FP Fakulti Pendidikan

IT Information Technology

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

MSC Multimedia Super Coridor

PBK Pengajaran Berbantukan Komputer

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

SBL Scenario Based Learning

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF ... - … · 1.8.1 Modul 9 1.8.2 Multimedia 9 1.8.3 Pengajaran 10 1.8.4 Pembelajaran 10 1.8.5 Interaktif 10 1.8.6 CD-ROM 11 1.9 Penutup 12

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan di negara kita merupakan satu bidang yang sangat dititik beratkan

oleh kerajaan. Mengikut Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010,

kementerian telah memperuntukkan sejumlah wang bagi program pendidikan untuk

menjayakan beberapa teras pembaharuan dalam sistem pendidikan Malaysia iaitu

salah satunya membangunkan modal insan negara. Modal insan yang berkualiti

merupakan elemen kritikal bagi mencapai misi nasional negara serta melahirkan

warganegara yang produktif, mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dan

bertanggungjawab selaras dengan wawasan negara. Pembangunan modal insan akan

dilaksanakan secara menyeluruh merangkumi pemerolehan pengetahuan dan

kemahiran atau modal intelek serta memiliki sikap, nilai dan etika positif melalui

pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.

Proses pengajaran dan pembelajaran telah bermula sejak kita lahir tanpa kita

sedari. Proses tersebut sentiasa berjalan secara formal atau tidak formal di mana

sahaja. Falsafah pendidikan kebangsaan menyatakan:

’pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis

Page 19: PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF ... - … · 1.8.1 Modul 9 1.8.2 Multimedia 9 1.8.3 Pengajaran 10 1.8.4 Pembelajaran 10 1.8.5 Interaktif 10 1.8.6 CD-ROM 11 1.9 Penutup 12

2

dari segi intelek, rohani, emosi jasmani dan sahsiah berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan’.

(Falsafah Pendidikan)

Ini adalah bertujuan melahirkan generasi bijak pandai yang akan menerajui negara

merentas dunia global dan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara yang

teguh, maju dan bersatu padu walaupun terdapat pelbagai cabaran dan dugaan yang

harus dihadapi.

Bagi merealisasikan pernyataan tersebut, semua pihak harus bekerjasama

menyumbang tenaga bagi menghasilkan produktiviti yang cemerlang. Usaha

menjamin kualiti pendidikan di negara kita bukan semata-mata merupakan tugas

individu atau jabatan tertentu, tetapi ia merupakan tugas ahli masyarakat. Ini selaras

dengan teras keenam di dalam pelan induk pembangunan pendidikan iaitu

meningkatkan kecemerlangan institusi pendidikan negara. Salah satu usaha yang

dilakukan ialah dengan menyediakan bahan pembelajaran yang bermutu dan

berkesan. Bahan pembelajaran yang bermutu akan memberi kesan yang besar dalam

sistem pendidikan negara. Ini kerana, ia mampu menarik minat pelajar untuk terus

belajar serta meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif semasa proses pengajaran

dan pembelajaran berjalan.

Salah satu bahan pembelajaran yang dianggap bermutu dan berkesan ialah

modul interaktif berasaskan multimedia. Modul telah diterima pakai oleh masyarakat

sejak dahulu lagi. Menurut Sidek Mohd Naoh et al. (2005), modul ialah satu unit

pengajaran dan pembelajaran yang membincangkan sesuatu tajuk tertentu secara

sistematik dan berturutan bagi memudahkan pelajar belajar secara bersendirian bagi

menguasai sesuatu unit pembelajaran dengan mudah dan tepat. Namun ia sering

mendapat saingan dari media elektronik selaras dengan ledakan teknologi maklumat

masa kini.

Oleh itu, jika modul dihasilkan berasaskan multimedia, ia mungkin akan

memberi impak yang positif kepada pelajar dan pengguna. Multimedia merupakan

Page 20: PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF ... - … · 1.8.1 Modul 9 1.8.2 Multimedia 9 1.8.3 Pengajaran 10 1.8.4 Pembelajaran 10 1.8.5 Interaktif 10 1.8.6 CD-ROM 11 1.9 Penutup 12

3

sesuatu yang dinamik maka apabila ianya diserap ke dalam bidang pendidikan maka

lahirlah satu konsep yang dinamakan edutaiment (education + entertainment)

(Jamalludin, 2000). Maka lahirlah banyak aplikasi multimedia yang bercorak

edutainment terutamanya bagi pelajar-pelajar muda dan remaja.

Pendekatan pembelajaran berasaskan multimedia mampu memindahkan

sesuatu maklumat daripada buku teks yang statik kepada suatu corak pembelajaran

baru yang lebih menarik (Jamalludin, 2000). Para pelajar boleh belajar mengikut

kesesuaian masa serta dapat menikmati keseronokan menerokai pembelajaran dan

memperkembangkan pengetahuan sedia ada. Di samping meningkatkan minat

terhadap kemahiran, ia juga mampu mencungkil daya kreativiti dan inovasi mereka

dengan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari untuk menghasilkan teknologi

baru bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Setiap program di bawah kendalian Jabatan Multimedia dan Jabatan Sains

Sosial perlu mendaftar kursus Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-

ROM dengan kod SPM 4332. Kursus ini adalah bertujuan memberi pengalaman

kepada pelajar membangunkan perisian multimedia pendidikan bagi satu tajuk dalam

mana-mana mata pelajaran di sekolah. Pembangunan tersebut adalah berasaskan

kepada gabungan teori dan kemahiran yang telah dikembangkan dalam kursus-kursus

terdahulu. Namun, kursus ini masih tidak mempunyai modul khusus untuk dijadikan

modul P&P dan bahan rujukan elektronik. Keadaan ini mendatangkan banyak

masalah kepada pelajar.

Terdapat banyak bahan rujukan yang berkaitan dijual dipasaran hari ini.

Namun yang menjadi masalah para pelajar ialah buku rujukan tersebut tidak

disekelompokkan mengikut kursus SPM 4332 yang digariskan oleh Jabatan

Multimedia Fakulti Pendidikan. Keadaan ini mengakibatkan pelajar terpaksa

merujuk kepada bilangan rujukan yang banyak dan kadang kala tidak mendapat

Page 21: PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF ... - … · 1.8.1 Modul 9 1.8.2 Multimedia 9 1.8.3 Pengajaran 10 1.8.4 Pembelajaran 10 1.8.5 Interaktif 10 1.8.6 CD-ROM 11 1.9 Penutup 12

4

sumber rujukan yang bertepatan. Secara tidak langsung, pelajar juga menjadi tidak

yakin apabila hendak membuat tugasan dan terutama sekali apabila hendak membuat

persediaan mengulangkaji bagi peperiksaan. Dengan terhasilnya modul multimedia

interaktif bagi matapelajaran Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-

ROM dapat memberikan pelajar bahan rujukan yang berkualiti serta kandungan yang

menepati silibus.

Kebanyakan bahan rujukan yang terdapat di pasaran tidak mempunyai

kepelbagaian bentuk dan hanya berunsurkan teks semata-mata, namun pelajar

mempunyai pelbagai cara untuk belajar. Oleh kerana bahan rujukan dalam bentuk

CD-ROM kurang atau tidak terdapat di pasaran, pelajar perlu membawa bahan

rujukan yang agak berat tersebut apabila menghadiri kuliah atau membuat tugasan

berkumpulan. Penghasilan modul multimedia interaktif ini secara tidak langsung

dapat membantu pelajar kerana ia merupakan bahan rujukan yang sangat fleksibel.

Selain itu, bahan rujukan tersebut kurang menarik kerana menyampaikan isi

pembelajaran secara teks linear. Ini secara tidak langsung mengakibatkan

pembelajaran menjadi tidak menarik dan tidak menyeronokkan. Pembelajaran juga

lebih berpusat kepada peperiksaan bukannya untuk pembelajaran sepanjang hayat.

Oleh itu, bahan pembelajaran yang menerapkan unsur atau elemen multimedia perlu

bagi menarik minat pelajar. Menurut Mohd Bilal Ali et al. (2002), kebanyakan

penyelidikan telah membuktikan bahawa pengajaran berbantukan komputer yang

dirancang dengan teliti mampu mempertingkatkan pengetahuan dan mengubah sikap

pelajar.

Bagi mengatasi masalah-masalah tersebut, pembangun ingin membangunkan

satu modul multimedia interaktif bagi kursus ini dalam bentuk CD-ROM. Modul ini

mengandungi elemen multimedia bagi menarik minat pelajar untuk belajar secara

seronok dan berkesan. Selain menjanjikan keseronokan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, multimedia juga memudahkan banyak proses penyaluran ilmu

(Jamalludin, 2000). Ini terutamanya bagi program-program pendidikan jarak jauh

atau separuh masa yang mana pelajar dan pendidik tidak dapat bertemu secara

bersemuka sepanjang masa.

Page 22: PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF ... - … · 1.8.1 Modul 9 1.8.2 Multimedia 9 1.8.3 Pengajaran 10 1.8.4 Pembelajaran 10 1.8.5 Interaktif 10 1.8.6 CD-ROM 11 1.9 Penutup 12

5

1.3 Pernyataan Masalah

Memandangkan masih tidak terdapat modul khusus untuk kursus SPM 4332,

maka wajar bagi saya menyediakan sebuah modul khusus bagi kursus ini. Tajuk yang

dipilih untuk penghasilan modul ini ialah Modul Multimedia Interaktif

Menggunakan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan senario Bagi Tajuk

Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan . Penghasilan modul multimedia ini

adalah bertujuan untuk beberapa mengatasi masalah berikut :

i. ketiadaan modul khusus untuk kursus SPM 4332

ii. tiada kepelbagaian dalam penyediaan bahan rujukan sedangkan pelajar

mempunyai pelbagai cara untuk belajar

Masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar sedikit sebanyak mengganggu

proses pengajaran dan pembelajaran para pelajar yang mengambil kursus SPM 4332.

Gangguan-gangguan tersebut boleh mengakibatkan proses P&P menjadi tidak

berkesan. Dengan terhasilnya Modul Multimedia Interaktif Pembangunan Perisian

Multimedia Berasaskan CD-ROM boleh mengurangkan beberapa masalah yang

dihadapi oleh para pelajar yang mendaftar matapelajaran ini. Maklumat seperti isi

pelajaran mudah disampaikan dan difahami kerana modul ini mengikut silibus yang

ditetapkan oleh Fakulti Pendidikan. Proses pengajaran dan pembelajaran juga

menjadi lebih menarik dan efektif kerana modul pembelajaran yang dihasilkan

adalah lebih menarik berbanding buku rujukan bercetak yang berbentuk teks linear.

1.4 Objektif Projek

Pembangunan projek ini adalah bertujuan untuk membangunkan sebuah

modul pembelajaran interaktif berasaskan multimedia untuk kegunaan para pelajar

dan pensyarah bagi kursus Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-ROM

(SPM 4332). Objektif projek ini ialah:

Page 23: PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF ... - … · 1.8.1 Modul 9 1.8.2 Multimedia 9 1.8.3 Pengajaran 10 1.8.4 Pembelajaran 10 1.8.5 Interaktif 10 1.8.6 CD-ROM 11 1.9 Penutup 12

6

i. membangunkan modul multimedia interaktif berdasarkan pendekatan

Scenario Based Learning.

ii. menghasilkan modul pengajaran dan pembelajaran dengan

menggabungkan elemen-elemen multimedia mengikut huraian sukatan

pelajaran Jabatan Multimedia, Fakulti Pendidikan, UTM.

1.5 Rasional Pemilihan Tajuk

Pembangun memilih 3 tajuk pertama bagi kursus pembangunan berasaskan

CD-ROM kerana ia merupakan subtajuk yang penting. Pelajar yang mendaftar

kursus ini perlu memahami 3 subtajuk pertama sebelum melangkah ke subtajuk

seterusnya. Subtajuk ini merupakan pendahuluan atau pengenalan kepada sesuatu

pembangunan perisian multimedia berasaskan CD-ROM.

PBK memudahkan para pelajar belajar di mana sahaja serta dapat

memudahkan proses pembelajaran para pelajar. Perisian multimedia yang berasaskan

pendekatan SBL merupakan sesuatu yang positif dalam perkembangan pendidikan

terkini di negara kita. Hal ini menunjukkan bahawa pendekatan SBL ini merupakan

satu kaedah pembelajaran yang efektif dan berkesan untuk dipraktikkan, bukan

sahaja di peringkat sekolah, malahan di peringkat yang lebih tinggi. Selain itu,

perisian multimedia yang mengandungi gambar, grafik, animasi, audio dan video

turut membantu pelajar memahami dan mengingati apa yang dipelajari dengan lebih

baik. Modul pembelajaran ini juga membantu pelajar dari segi membuat persediaan

awal atau pra bacaan sebelum mengikuti waktu kuliah yang sebenar. Ini

membolehkan pelajar belajar dengan lebih mudah dengan adanya sumber bacaan

awal.