kebaikan permainan tradisional

8
Kepentingan permaianan Tradisonal Pada zaman pasca kemerdekaan ini, arus modenisasi dan globalisasi yang pesat berkembang menyebabkan permainan tradisional sudah semakin dipandang enteng dan disisihkan oleh masyarakat kita daripada arus perdana. Permainan tradisional adalah merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesebuah masyarakat untuk satu tempoh yang tertentu sebagai pengisi masa lapang. Negara kita kaya dengan pelbagai jenis permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Antara jenis permainan tradisional tersebut termasuklah congkak, wau, gasing, galah panjang, batu seremban, teng-teng, guli, sepak raga, konda-kondi dan sebagainya. Kebanyakan daripada permainan tersebut kurang diketahui oleh generasi muda. Hal ini membayangkan bahawa permainan tradisional berkenaan akan lenyap ditelan zaman jika tiada usaha diambil untuk mengetengahkannya dalam kalangan khalayak ramai khususnya generasi masa ini. Persoalannya, apakah peranan yang seharusnya saya mainkan dalam usaha memartabatkan permainan tradisional di negara kita? Usaha pertama yang saya lakukan untuk memartabatkan permainan tradisional adalah dengan memupuk minat diri sendiri terhadap permainan tradisional. Remaja pada masa ini banyak terdedah dengan pelbagai pengaruh modenisasi dan perubahan. Mereka sering menganggap permainan tradisional telah lapuk dan ketinggalan zaman. Oleh itu, sebagai generasi muda,

Upload: izardiismail

Post on 17-Aug-2015

146 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kebaikan permainan tradisional

Kepentingan permaianan Tradisonal

Pada zaman pasca kemerdekaan ini, arus modenisasi dan globalisasi yang pesat

berkembang menyebabkan permainan tradisional sudah semakin dipandang enteng dan

disisihkan oleh masyarakat kita daripada arus perdana. Permainan tradisional adalah merujuk

kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesebuah masyarakat untuk satu tempoh

yang tertentu sebagai pengisi masa lapang. Negara kita kaya dengan pelbagai jenis permainan

tradisional yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Antara jenis permainan

tradisional tersebut termasuklah congkak, wau, gasing, galah panjang, batu seremban, teng-teng,

guli, sepak raga, konda-kondi dan sebagainya. Kebanyakan daripada permainan tersebut kurang

diketahui oleh generasi muda.  Hal ini membayangkan bahawa permainan tradisional  berkenaan

akan lenyap ditelan zaman jika tiada usaha diambil untuk mengetengahkannya dalam kalangan

khalayak ramai khususnya generasi masa ini. Persoalannya, apakah peranan yang seharusnya

saya mainkan dalam usaha memartabatkan permainan tradisional di negara kita?

          Usaha pertama yang saya lakukan untuk memartabatkan permainan tradisional

adalah dengan memupuk minat diri sendiri terhadap  permainan tradisional. Remaja pada masa

ini  banyak terdedah dengan pelbagai pengaruh modenisasi dan perubahan. Mereka sering

menganggap permainan tradisional telah lapuk dan ketinggalan zaman. Oleh itu, sebagai

generasi muda, saya harus sedar bahawa saya  berperanan  memartabatkan permainan tradisional.

Hal ini boleh dilakukan atas kesedaran diri sendiri untuk mencari pelbagai informasi berkaitan

dengan permainan tradisional. Saya akan mengakses maklumat tentang permainan tradisional

agar dapat memahami dengan lebih jelas setiap permainan tradisional yang ada di negara kita.

Terdapat banyak laman web yang memberikan pelbagai maklumat berkenan pelbagai permainan

tradisional berserta gambarnya sekali. Secara tidak langsung, wujud kesedaran dalam diri sendiri

untuk memartabatkan  permainan tradisional di negara ini bagi menyaingi permainan moden

yang semakin popular dalam kalangan remaja.

          Selain itu, usaha yang boleh saya lakukan  adalah dengan menjadikan permainan

tradisional sebagai pengisi masa lapang. Hal ini boleh dilakukan dengan rakan-rakan sebaya

pada waktu petang atau pada masa cuti sekolah bagi menggantikan permainan moden. Saya

Page 2: Kebaikan permainan tradisional

boleh meminta tunjuk ajar daripada golongan yang lebih tua tentang cara-cara  permainan

tradisional tersebut bagi membolehkan saya dan rakan-rakan memainkannya bersama rakan-

rakan. Inisiatif ini bukan sahaja dapat memartabatkan permainan tradisional malah dapat

memupuk semangat setia kawan dan kerjasama sesama rakan. Hal ini juga boleh mengelakkan

diri saya sebagai remaja daripada terjebak dengan pelbagai gejala negatif akibat daripada

pengaruh rakan-rakan dan persekitaran yang tidak baik. Bagi diri saya  lebih baik mengisi masa

dengan bermain permainan tradisional daripada melakukan perkara-perkara yang tidak

berfaedah. Jelaslah permainan tradisional mendatangkan banyak  kebaikan kepada generasi

muda masa ini.

          Di samping itu, bagi memartabatkan permainan tradisional,  saya sebagai pelajar

sekolah haruslah berani mengesyorkan kepada guru-guru di sekolah agar permainan tradisional

menjadi salah satu aktiviti semasa perjumpaan kokurikulum. Saya akan menulis surat kepada

pihak sekolah menerusi persatuan agar memasukkan permainan tradisional menjadi sebahagian

daripada aktiviti kokurikulum di sekolah.  Hal ini secara tidak langsung akan memperkenalkan

permainan tradisional kepada semua pelajar. Saya  juga akan  menyertai permainan tradisional

yang dipertandingkan di peringkat sekolah semasa aktiviti kokurikulum dan juga persatuan

akademik. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah pertandingan membuat wau, pertandingan

bermain congkaka dan demonstrasi permainan daripada golongan tua yang lebih berpengalaman

bagi menarik minat pelajar. Dengan cara tersebut, minat remaja terhadap permainan tradisional

dapat dipupuk agar kepelbagaian permainan tradisional dapat dipelihara. Ibarat kata pepatah, tak

kenal maka tak cinta amat bertepatan kerana jika pelajar telah mula diperkenalkan dengan

pelbagai permainan tradisional, sudah pastilah minat terhadapnya akan tertanam secara semula

jadi. Maka para pelajar perlu berani membuat perubahan ke arah memartabatkan permainan

tradisional.

          Usaha yang seterusnya ialah saya sebagai remaja perlu menanamkan semangat

cinta akan budaya terutama permainan tradisional.  Hal ini adalah  kerana, permainan tradisional

merupakan budaya masyarakat Malaysia sejak dahulu dan perlu diteruskan dan dipelihara agar

dikenali oleh generasi akan datang. Sesuatu yang baik itu perlu dipupuk dan ditanam dalam diri

sejak kecil sesuai dengan peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika asasnya telah

Page 3: Kebaikan permainan tradisional

kukuh maka secara langsung remaja masa ini tidak akan segan silu mempertahankan dan

memartabatkan permainan tradisional. Alah bisa tegal biasa kerana sesuatu yang sukar pada

awalnya akan menjadi mudah dan biasa jika selalu dilakukan dan diamalkan. Begitulah juga

yang diharapkan terhadap permainan tradisional. Jika remaja seperti saya telah mula

menanamkan sikap sayang dan cinta akan budaya masyarakat ini, maka sudah pasti permainan

tradisional terpelihara megah dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sesungguhnya kecintaan

terhadap permainan tradisional akan memupuk juga rasa cinta terhadap negara

          Kesimpulannya, remaja hendaklah berusaha mempopularkan permainan tradisional

agar permainan tersebut terus terpelihara dan mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia

umumnya dan generasi muda khususnya. Maka golongan muda perlu berganding bahu dan

meminta bantuan golongan yang lebih tua agar permainan tradisional terus dimartabatkan dan

diketengahkan dalam pelbagai situasi dan aktiviti. Kedua-dua golongan boleh saling bekerjasama

sebelum nasi menjadi bubur. Khazanah ini perlu dipelihara dan dikekalkan di negara ini dengan

menggunakan pelbagai pendekatan sesuai dengan peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada

jalan

Kebaikan Permainan Tradisional

Bermain permainan tradisoinal sememangnya aktiviti riadah yang menyeronokkan.

Permainan tradisional telah diwarisi sejak zaman-berzaman. Namun, permainan tradisional

semakin dilupakan kerana kewujudan permainan yang canggih seperti permainan video dan

komputer.Permainan tradisional banyak kebaikannya. Antaranya,kita dapat mengisi masa lapang

dengan bermain permainan tradisional. Selalunya, kita bermain permainan tradisional padawaktu

petang. Jadi, kita dapat berhibur selepas waktupersekolahan dengan bermain permainan

ini.Seterusnya, permainan tradisional dapa menegeratkanperhubungan antara satu sama lain. Kita

boleh bermainpermainan tradisional dengan pelbagai lapisan masyarakat.Bermain permainan

tradisional juga menerapkan semangatberpasukan dalam kalangan para pemainnya.Bermain

permainan tradisional merupakan hiburan yangmenarik. Kita tidak memerlukan peralatan yang

mahal ataukawasan yang luas untuk bermain permainan ini. Jadi,permainan tradisional

memberikan kita keseronokan tanpa perluberbelanja besar. Akhir sekali, permainan tradisional

Page 4: Kebaikan permainan tradisional

dapat memupuk nilaitradisi dalam kalangan generasi masa kini. Kita hendaklahmenghargai

warisan budaya ini kerana permainan tradisionaldapat membentuk generasi yang berpekerti

mulia.Kesimpulannya, permainan tradisional perlu diterapkandalam kalangan murid-murid.

Pihak sekolah perlu menjadikanpermainan tradisional ini salah satu daripada kegiatan yangperlu

diajar di sekolah

Cara-Cara Untuk Mengembangkan Permainan Tradisional Di Negara Kita

Dasawarsa ini, negara kita sedang menempuh arus globalisasi dan modenisasi sehingga

mengalami pembangunan yang pesat sekali. Sehubungan dengan itu, permainan tradisional turut

dipandang enteng dan dikesisikan oleh masyarakat kita daripada arus perdana. Hal ini berkait

rapat dengan perkembangan permainan komputer dan permainan siber yang popular dalam

kalangan remaja dan belia kita. Adakah kita sanggup membiarkan khazanah kebudayaan kita

ditelan dalam pengedaran zaman dan lenyap dalam bumi kita? Tepuk dada tanya selera. Sebelum

nasi menjadi bubur, kita perlu mencari pendekatan yang efisien untuk membangkit permainan

tradisional di negara kita semula, seperti peribahasa, “di mana batang terguling, di situ cendawan

tumbuh.”

   

     Sesungguhnya, Kempen Cintai Permainan Tradisional merupakan salah satu alternatif

yang ampuh untuk mengembang permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu

dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara besar-besaran dengan

kerjasama pihak media massa, terutamanya media cetak dan media elektronik, iaitu surat khabar

dan pihak televisyen. Pihak berkenaan perlu menyiarkan dokumentari dan rencana untuk

memperkenalkan permainan tradisional di negara kita, seperti wau, gasing, congkak dan lain-

lain. Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu menyedarkan orang

ramai tentang kepentingan permainan tradisional terhadap masyarakat dan negara. Pelbagai

aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan karang-mengarang,

pameran, dan peraduan poster dan sebagainya, bak kata peribahasa, “ tak kenal maka tak cinta.”

Lantarannya golongan muda pasti terpengaruh oleh kempen tersebut dan berminat terhadap

permainan tradisional kita.

        Selain itu, pihak sekolah perlu menjadikan permainan tradisional sebagai kegiatan

kokurikulum di sekolah. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah harus digalakkan supaya

Page 5: Kebaikan permainan tradisional

menubuhkan kelab atau persatuan permainan tradisional. Berpaksikan kelab permainan

tradisional, pelajar boleh diajar tentang cara membuat alat permainan, cara bermain dan lain-lain

lagi. Setelah disuntik ilmu itu, pelajar akan berminat untuk melibati permainan tradisional

tersebut. Generasi muda merupakan tunjang yang bakal mewarisi pucuk kepimpinan dan

mewarnai masyarakat kita kelak. Nescaya pelibatan pelajar secara langsung dalam permainan

tradisional dapat memajukan permainan tersebut di tanah air kita daripada membiarkan seni

budaya kita terus lenyap dan pupus begitu sahaja. Bak kata peribahasa, “di mana ada kemahuan,

di situ ada jalan”, atas komitmen pihak sekolah, putera-puteri yang sedang berjuang dalam

medan ilmu pengetahuan dapat bergiat aktif dalam permainan tradisional untuk melegakan

tekanan sebagai kegiatan riadah.

        Sementelahan pula, pertandingan merupakan inisiatif yang dominan untuk

membangkit permainan tradisional dalam masyarakat kita. Hal ini demikian kerana sebagai

fitrah, manusia memang suka bertanding dan berlaga. Lantarannya, pihak Kementerian

Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jabatan Pelancongan Malaysia dan agensi kerajaan boleh

bergabung dengan korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis untuk menganjurkan pertandingan

permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hingga antarabangsa. Salah

satu contoh yang terbaik ialah Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor.

Pertandingan layang-layang itu berjaya menarik peminat-peminat permainan tersebut dari

seluruh dunia untuk mengambil bahagian. Hal ini berjaya mempromosikan pelancongan dan

permainan tradisional kepada pelancong asing, selaras dengan peribahasa, “menyelam sambil

minum air”.

        Secara intihanya, permainan tradisional harus dilestarikan supaya tidak lapuk dek

hujan dan tidak lekang dek panas. Jika semua pihak bersikap acuh tak acuh dan

hanyamelepaskan batuk di tangga, khazanah budaya kita pasti akan lenyap di bumi kita. Ingatlah

peribahasa, “