kebaikan aditif makanan final.doc

2
Adakah aditif makanan memberi kebaikan kepada manusia? Bahan kimia yang ditambah atau aditif makanan perlu dinilai mengikut kebaikan dan keburukan secara lebih rasional dan dilihat dari perspektif yang lebih luas kepada manusia sejagat. Antara kebaikan aditif makanan kepada manusia ialah : a) Menjadikan bahan makanan lebih tahan lama Sama ada disedari atau tidak, banyak bahan kimia atau aditif makanan seperti garam, telah digunakan oleh nenek moyang kita sejak berabad lamanya. Aditif makanan mula digunakan secara meluas pada awal abad kesembilan belas. Ini berpunca daripada revolusi perindustrian yang mencetuskan penghijrahan pesat penduduk ke bandar. Pada peringkat awal ini, makanan yang dihantar ke bandar berkeadaan sangat buruk, tidak selamat dan banyak yang rosak. Untuk memastikan bekalan makanan adalah cukup, berkualiti dan selamat, masyarakat moden dengan bantuan sains dan teknologi telah menemui aditif makanan untuk mengatasi masalah ini. b) Mengawal harga makanan di pasaran Jika kita pergi ke kedai runcit atau pasar raya, kita akan mendapati pelbagai jenis makanan dengan kuantiti yang banyak dari seluruh pelosok dunia dengan harga yang berpatutan dan selamat untuk dimakan. Kepelbagaian jenis makanan dari seluruh pelosok dunia hanya dapat dilakukan dengan adanya aditif makanan. Tanpa aditif makanan, harga makanan akan menjadi terlalu mahal dan bekalannya sedikit kerana banyak makanan mudah rosak atau terbuang semasa pemprosesan.

Upload: masturah-hj-md-ali

Post on 09-Nov-2015

21 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Adakah aditif makanan memberi kebaikan kepada manusia?Bahan kimia yang ditambah atau aditif makanan perlu dinilai mengikut kebaikan dan keburukan secara lebih rasional dan dilihat dari perspektif yang lebih luas kepada manusia sejagat. Antara kebaikan aditif makanan kepada manusia ialah :a) Menjadikan bahan makanan lebih tahan lamaSama ada disedari atau tidak, banyak bahan kimia atau aditif makanan seperti garam, telah digunakan oleh nenek moyang kita sejak berabad lamanya. Aditif makanan mula digunakan secara meluas pada awal abad kesembilan belas. Ini berpunca daripada revolusi perindustrian yang mencetuskan penghijrahan pesat penduduk ke bandar. Pada peringkat awal ini, makanan yang dihantar ke bandar berkeadaan sangat buruk, tidak selamat dan banyak yang rosak. Untuk memastikan bekalan makanan adalah cukup, berkualiti dan selamat, masyarakat moden dengan bantuan sains dan teknologi telah menemui aditif makanan untuk mengatasi masalah ini. b) Mengawal harga makanan di pasaranJika kita pergi ke kedai runcit atau pasar raya, kita akan mendapati pelbagai jenis makanan dengan kuantiti yang banyak dari seluruh pelosok dunia dengan harga yang berpatutan dan selamat untuk dimakan. Kepelbagaian jenis makanan dari seluruh pelosok dunia hanya dapat dilakukan dengan adanya aditif makanan. Tanpa aditif makanan, harga makanan akan menjadi terlalu mahal dan bekalannya sedikit kerana banyak makanan mudah rosak atau terbuang semasa pemprosesan. c) Menambah cita rasa makananPada zaman yang serba canggih ini manusia memerlukan makanan yang mudah disediakan dan mempunyai beraneka cita rasa. Aditif makanan membuka ruang ahli teknologi makanan mencipta berbagai-bagai jenis makanan baru dan mudah disediakan bagi melayan cita rasa pengguna. d) Memastikan bahan makanan mencukupiAditif makanan amat diperlukan dalam sistem makanan dunia. Tanpa aditif makanan yang ada pada masa kini sudah tentu dunia akan mengalami krisis makanan yang teruk kerana makanan akan mudah rosak dan berlaku pembaziran. Aditif makanan membantu perkembangan tamadun manusia dalam memastikan bekalan bahan makanan mencukupi, selamat dan berkhasiat. Berbagai-bagai jenis makanan termasuk makanan yang baru diperkenalkan dari semua tempat dapat dinikmati kerana pengeluarannya secara besar-besaran menjamin kosnya yang murah. Jamal Khair Hashim, Noraini Dato Mohd Othman (1997). Bahan Kimia Dalam Makanan Kita. Kuala Lumpur : Dewan Bhasa dan Pustaka.