aplikasi & kebaikan pembungkus makanan dan minuman

13
APLIKASI Pengguna sekarang lebih bijak menilai hasil produk yang dipasarkan oleh peniaga. Selain mahukan rasa yang sedap, kualiti makanan dan kebersihan, pengguna juga memberi tumpuan pada reka bentuk yang dipersembahkan oleh pengeluar. Ini membuatkan peniaga berfikir tentang kombinasi pembungkusan dan pelabelan yang menarik untuk memastikan produk yang dihasilkan akan mendapat tempat yang lebih jauh dan lebih luas di pasaran, terutamanya di pasaran global. Dalam pemasaran, aspek pembungkusan produk merupakan salah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian. Pembungkusan adalah satu proses atau operasi membalut, membungkus atau memasukkan produk ke dalam satu unit bentuk atau bekas bertujuan melindungi produk dari sebarang kerosakan atau keadaan yang boleh mengubah atau merosakkan produk sama ada kerosakan fizikal atau biologikal. Ringkasnya, pembungkusan merupakan satu seni yang menggunakan kaedah sains dan teknologi dalam melindungi, memelihara dan mempersembahkan produk dengan lebih berkesan untuk kepuasan pengguna, memaksimumkan keuntungan serta meminimumkan kerosakan. Fungsi utama pembungkusan adalah untuk mengekalkan kualiti, kesegaran dan melindungi produk dari kerosakan. Pembungkusan berfungsi untuk melindungi dan memelihara produk daripada kerosakan disebabkan faktor-faktor luaran dan dalaman, menyukat, memperaga dan memasarkan produk, memaklumkan, merangsang jualan untuk menarik pengguna, memudah serta melindungi produk semasa proses pengangkutan dan

Upload: mohamad-irfan

Post on 22-Oct-2015

171 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Aplikasi & Kebaikan Pembungkus Makanan Dan Minuman

APLIKASI

Pengguna sekarang lebih bijak menilai hasil produk yang dipasarkan oleh

peniaga. Selain mahukan rasa yang sedap, kualiti makanan dan kebersihan,

pengguna juga memberi tumpuan pada reka bentuk yang dipersembahkan oleh

pengeluar. Ini membuatkan peniaga berfikir tentang kombinasi pembungkusan dan

pelabelan yang menarik untuk memastikan produk yang dihasilkan akan mendapat

tempat yang lebih jauh dan lebih luas di pasaran, terutamanya di pasaran global.

Dalam pemasaran, aspek pembungkusan produk merupakan salah satu

perkara penting yang perlu diberi perhatian. Pembungkusan adalah satu proses atau

operasi membalut, membungkus atau memasukkan produk ke dalam satu unit

bentuk atau bekas bertujuan melindungi produk dari sebarang kerosakan atau

keadaan yang boleh mengubah atau merosakkan produk sama ada kerosakan

fizikal atau biologikal. Ringkasnya, pembungkusan merupakan satu seni yang

menggunakan kaedah sains dan teknologi dalam melindungi, memelihara dan

mempersembahkan produk dengan lebih berkesan untuk kepuasan pengguna,

memaksimumkan keuntungan serta meminimumkan kerosakan.

Fungsi utama pembungkusan adalah untuk mengekalkan kualiti, kesegaran

dan melindungi produk dari kerosakan. Pembungkusan berfungsi untuk melindungi

dan memelihara produk daripada kerosakan disebabkan faktor-faktor luaran dan

dalaman, menyukat, memperaga dan memasarkan produk, memaklumkan,

merangsang jualan untuk menarik pengguna, memudah serta melindungi produk

semasa proses pengangkutan dan seterusnya memanjangkan jangka hayat produk.

Fungsi pembungkusan boleh diringkaskan seperti berikut :

Pembalut dan pembungkus.

Memudahkan proses pengangkutan.

Memanjangkan hayat produk.

Pemasaran dan penjualan.

Page 2: Aplikasi & Kebaikan Pembungkus Makanan Dan Minuman

Pembungkus Makanan

Pandangan hadapan pandangan belakang

Berdasarkan The Institute of Colour Research di Amerika Syarikat, pengguna

secara tidak langsung membuat penilaian di luar sedar pada persekitaran adalah

berdasarkan pada warna. Kepentingan warna dapat diperhatikan dalam kehidupan

seharian manusia. Misalnya warna digunakan di dalam seni bina bagi meningkatkan

kesan ruang. Kami telah meletakkan warna hitam sebagai warna asas pembungkus

makanan. Manakala bahagian belakang pula diletakkan warna hijau. Kombinasi

warna yang sesuai sebenarnya amat penting dalam menarik minat para pembeli.

Bentuk merupakan elemen grafik yang penting dan digunakan oleh pereka

bentuk untuk menghasilkan reka bentuk pembungkusan. Menurut Sonsino (1990)

bentuk boleh digubah dengan pelbagai cara iaitu pada label reka bentuk

pembungkusan, bentuk pada ciri-ciri tertentu pada pembungkusan dan bentuk

pembungkusan itu sendiri. Kami telah memilih bentuk segiempat tepat untuk

pembungkus makanan. Hal ini kerana ia amat bersesuaian dengan produk makanan

yang dihasilkan, iaitu stik coklat. Saiz yang kecil pula amat sesuai kerana mudah

untuk dibawa kemana-mana.

Pemilihan bahan amat penting dalam reka bentuk pembungkusan kerana

dapat membina persepsi awal pengguna dan membuat penilaian terhadap produk.

Bahan yang digunakan untuk tujuan pembungkusan mesti mampu menghadapi

keadaan persekitaran. Hal ini termasuklah perubahan suhu, perpindahan atau

Page 3: Aplikasi & Kebaikan Pembungkus Makanan Dan Minuman

pergerakan dan sebarang bahaya yang boleh merosakkan bungkusan. Bahan yang

digunakan juga perlu mampu menghalang pencemaran atau tindak balas kimia yang

datang dari persekitaran. Bahan asas bagi produk kami ialah kertas. Manakala di

sebelah dalam kami telah menggunakan kertas yang diselaputi plastik. Ia bertujuan

untuk memberi lebih ketahanan terhadap makanan yang mahu dipasarkan. Kami

juga tidak mengguna langsung bahan-bahan seperti polimer, PVC dan logam. Hal ini

menjadikan produk kami lebih ringan dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja.

Tipografi merupakan media utama dalam reka bentuk pembungkusan untuk

berkomunikasi tentang nama produk, fungsi, dan maklumat kepada audien

pengguna. Tipografi memberikan satu kelebihan kepada produk bagi mencipta

jenama yang unik dan diingati. Penggunaan muka taip membolehkan pengguna

mengenal, menjelaskan dan mengaitkan jenama dengan kualiti dan fungsi. Pada

muka hadapan pembungkus makanan kami, diletakkan jenama produk iaitu ‘Glokal’.

Dengan ini para pembeli lebih mudah untuk mengenali produk yang dijual. Di

bahagian belakang pembungkus makanan, kami paparkan maklumat berkenaan

bahan-bahan untuk membuat makanan. Selain itu maklumat pemakanan juga

diletakkan sekali. Ia bertujuan untuk memudahkan para pembeli menilai bahan dan

nutrisi yang terdapat dalam produk.

Imej merupakan elemen yang paling efektif dalam menyampaikan maklumat

tentang produk. Pembungkusan dalam pasaran perlu menyampaikan maklumat

dengan segera tanpa perlu mengambil masa untuk membacanya. Imej samada

fotografi atau illustrasi boleh menyampaikan maklumat yang kompleks dengan

segera berbanding teks. Imej fotografi atau illustrasi merupakan satu pengenalan

bagi produk, menjelaskan cara penggunaan dan menjadikan produk lebih diinginkan.

Bagi produk kami, pada hadapan pembungkus makanan kami letakkan gambar

coklat. Ia bertujuan menarik perhatian pembeli untuk membeli barangan. Logo halal

juga diletakkan di bahagian belakang pembungkus bertujuan meyakinkan pembeli

berkenaan status halal makanan.

Page 4: Aplikasi & Kebaikan Pembungkus Makanan Dan Minuman

Pembungkus Minuman

Dari segi penggunaan warna, kami telah memilih dua warna asas pada label

botol minuman. Warna tersebut ialah warna kuning dan kelabu. Warna kuning dipilih

kerana ia bersesuaian dengan warna buah nenas, bertepatan dengan perisa produk

minuman. Untuk maklumat pemakanan pula kami telah menggunakan warna putih

sebagai warna asas. Warna untuk botol minuman pula ialah jernih.

Pembungkus minuman tersebut berbentuk segiempat tepat. Dari aspek saiz,

kami menggunakan 9 cm lebar dan 20 cm panjang, mengikut kesesuaian botol

minuman bersaiz 500 ml. Kami telah menggunakan botol berbentuk silinder yang

runcing di hujung.

Untuk bahan pembungkus, kami telah menggunakan plastic jenis PETE or

PET (polyethylene terephthalate) dalam pembuatan botol. Ia mempunyai ciri-ciri

yang sesuai dengan produk jualan yang ingin dijual yang tahan lasak. Untuk

pembalut botol pula kami menggunakan plastic jenis polypropylene (PP). Plastic

jenis ini banyak digunakan dalam industri pembuatan kulit makanan seperti kerepek

dan sebagainya.

Pada pembalut botol, diletakkan nama produk iaitu ‘minuman nenas’. Dengan

ini para pembeli lebih mudah untuk mengenali produk yang dijual. Kami juga turut

paparkan maklumat berkenaan bahan-bahan untuk membuat minuman. Selain itu

maklumat pemakanan juga diletakkan sekali. Ia bertujuan untuk memudahkan para

pembeli menilai bahan dan nutrisi yang terdapat dalam produk minuman.

Kami juga meletakkan gambar buah nenas pada label botol. Ia bertujuan

untuk menarik perhatian pembeli membeli minuman. Sudah pasti rasa nenas yang

menggiurkan akan memikat hati sesiapa yang melihatnya. Kami juga meletakkan

logo halal.

Page 5: Aplikasi & Kebaikan Pembungkus Makanan Dan Minuman

KEBAIKAN

Pembungkus Makanan

Pembungkus makanan kami menggunakan warna hitam sebagai warna asas.

Sesuai dengan isi di dalam yang berunsur coklat. Warna hitam lebih mudah menarik

minat pencinta makanan berasaskan coklat. Hal ini kerana warna hitam dan coklat

merupakan warna yang hampir sama. Warna hitam juga menunjukkan ciri-ciri elegen

dan gaya. Bahagian belakang pembungkus makanan yang berwarna hijau pula

melambangkan kesegaran, sesuai dengan produk makanan yang segar dan

bermutu. Warna hijau yang agak kontra dengan warna hitam sebenarnya memberi

sedikit kelainan dalam menarik perhatian pembeli.

Bentuk pembungkus makanan yang berbentuk segi empat tepat sebenarnya

memberi banyak faedah kepada penjual dan pembeli. Untuk penjual, mereka lebih

mudah menyusun produk makanan kerana bentuk segiempat boleh menjimatkan

ruang. Dengan ini, banyak ruang dapat dimanfaatkan. Bagi pembeli pula, bentuk

seperti ini memudahkan mereka memegang mahupun menyimpan seperti di dalam

laci. Saiznya yang agak kecil pula mampu dimuatkan di dalam beg tangan wanita.

Kesimpulannya, saiz dan bentuk pembungkus makanan ini amat mesra pengguna.

Seterusnya dari segi penggunaan bahan dalam pembuatan pembungkus

kami menggunakan 100% kertas dan kertas yang dibaluti plastik. Sebenarnya,

banyak kebaikan kertas yang beleh kita peroleh. Antaranya ialah, kos pengeluaran

yang murah dan mampu menjimatkan kos sesuatu produk. Selain itu ia juga ringan

dan boleh dibuat dalam pelbagai bentuk. Sifat kertas yang nipis dan mudah dibentuk

menjadikan ia sebagai bahan yang mudah dicetak. Kami tidak menggunakan bahan

logam seperti tin dan aluminium. Hal ini bertujuan menjimatkan kos pengeluaran dan

lebih mudah untuk dibawa ke mana sahaja.

Pada muka hadapan pembungkus makanan kami, diletakkan nama produk

iaitu ‘Stik Coklat bersama Vanila’. Dengan ini para pembeli lebih tertarik untuk

melihat dengan lebih dekat. Dengan adanya nama komersial seperti ini, sudah tentu

para pembeli mudah kenal dan ingat produk makanan yang dihasilkan. Di bahagian

belakang pembungkus makanan, kami paparkan maklumat berkenaan bahan-bahan

untuk membuat makanan. Dengan ini pembeli lebih mudah untuk mengetahui bahan

Page 6: Aplikasi & Kebaikan Pembungkus Makanan Dan Minuman

yang digunakan. Selain itu maklumat pemakanan juga diletakkan sekali. Ia bertujuan

untuk memudahkan para pembeli menilai bahan dan nutrisi yang terdapat dalam

produk. Cara sebegini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memudahkan para

pembeli sekali gus menarik minat mereka membeli produk.

Imej fotografi atau illustrasi merupakan satu pengenalan bagi produk,

menjelaskan cara penggunaan dan menjadikan produk lebih diinginkan. Bagi produk

kami, di hadapan pembungkus makanan kami letakkan gambar coklat. Ia bertujuan

menarik perhatian pembeli untuk membeli barangan. Logo halal juga diletakkan di

bahagian belakang pembungkus bertujuan meyakinkan pembeli berkenaan status

halal makanan.

Anggaran kos

Pembungkus makanan

Bahan Harga 1 unit (RM)Kertas 0.20

Cetakan 0.10Reben 0.10

Tali 0.10Tag 0.10

Jumlah 0.60Harga jualan 0.80

Pembungkus minuman

Bahan Harga 1 unit (RM)Botol plastik 0.30Platik label 0.10

Cetakan 0.10Tag 0.10Tali 0.10

Jumlah 0.70Harga jualan 0.90

Page 7: Aplikasi & Kebaikan Pembungkus Makanan Dan Minuman

Pembungkus Minuman

Dari segi penggunaan warna, kami telah memilih dua warna asas menghiasi

label botol minuman. Warna tersebut ialah warna kuning dan kelabu. Warna kuning

dipilih kerana ia bersesuaian dengan warna buah nenas, bertepatan dengan perisa

produk minuman syarikat tuan. Warna kuning merupakan warna yang terang dan

jelas. Pembeli boleh melihat bungkusan ini walaupun dari jauh. Selain itu ia

bertujuan menarik minat pembeli untuk membeli minuman ini. Untuk maklumat

pemakanan pula kami telah menggunakan warna putih sebagai warna asas.

Pemilihan warna putih adalah disebabkan ia agak kontra jika dibandingkan dengan

warna kuning dan kelabu. Putih juga melambangkan kebersihan sesuai dengan

produk syarikat yang mengutamakan kebersihan. Botol minuman pula berwarna

jernih. Tujuannya adalah untuk menonjolkan warna sebenar air minuman yang

dijual. Sudah tentu membuatkan siapa sahaja yang memandangnya tertawan.

Pembungkus minuman tersebut berbentuk segiempat tepat. Bentuk segi

empat sebenarnya memudahkan dari aspek pelabelan yang mana akan

mempercepatkan lagi proses penghasilan botol minuman. Dari aspek saiz, kami

menggunakan 9 cm lebar dan 20 cm panjang, mengikut kesesuaian botol minuman

bersaiz 500 ml. Saiznya yang tidak terlalu besar memudahkan pengguna

membawanya ke merata-rata tempat. Bentuk botol pula ialah silinder, tetapi runcing

di hujung. Bentuk sebegini membolehkan pembeli memegangnya di tengah-tengah

botol. Seandainya botol berbentuk segiempat sudah tentu menyusahkan pengguna

untuk membawanya.

Untuk bahan pembungkus, kami telah menggunakan plastic jenis PETE or

PET (polyethylene terephthalate) dalam pembuatan botol. Ia mempunyai ciri-ciri

yang sesuai dengan produk jualan yang berkehendakkan tahan lasak. Bahan plastik

jenis ini juga tahan haba. Oleh itu ia amat sesuai dibawa ke tempat yang panas

seperti dalam kejohanan marathon. Botol jenis ini juga boleh digunapakai berulang

kali, berbanding dengan botol air mineral (PVC) yang sesuai dipakai sekali sahaja.

Untuk pembalut botol pula kami menggunakan plastic jenis polypropylene (PP).

Plastik jenis ini banyak digunakan dalam industri pembuatan kulit makanan seperti

kerepek dan sebagainya. Ia mudah untuk dicetak dan kos penghasilannya juga tidak

begitu tinggi.

Page 8: Aplikasi & Kebaikan Pembungkus Makanan Dan Minuman

Pada pembalut botol, diletakkan nama produk iaitu ‘minuman nenas’. Dengan

ini para pembeli lebih mudah untuk mengenali produk yang dijual. Kami juga turut

paparkan maklumat berkenaan bahan-bahan untuk membuat minuman. Paparan

maklumat penting untuk pengetahuan pengguna. Selain itu maklumat pemakanan

juga diletakkan sekali. Ia bertujuan untuk memudahkan para pembeli menilai bahan

dan nutrisi yang terdapat dalam produk minuman.

Kami juga meletakkan gambar buah nenas pada label botol. Ia bertujuan

untuk menarik perhatian pembeli membeli minuman. Sudah pasti rasa nenas yang

menggiurkan akan memikat hati sesiapa yang melihatnya. Kami juga meletakkan

logo halal untuk memastikan pembeli yakin dengan status halal produk minuman.

Kesimpulannya, segala penambahbaikan yang kami lakukan adalah untuk

memudahkan pengguna di samping melariskan produk syarikat.

Page 9: Aplikasi & Kebaikan Pembungkus Makanan Dan Minuman

Rumusan

Pembeli akan berfikir dan mengambil masa sebelum menentukan pilihan

yang betul-betul menguntungkan dan menjimatkan sebelum membeli. Pada waktu

itu, faktor luaran, iaitu reka bentuk pembungkusan akan menjadi faktor galakan

kepada pemilihan pengguna. Bentuk warna, saiz, harga, cita rasa selain dari

pembangunan jenama akan juga menjadi tumpuan.

Pembungkusan adalah perantara antara pembekal dan pengguna sesuatu

produk. Menghasilkan pembungkusan yang baik dengan strategi yang bersesuaian,

akan mengalih kecenderungan pengguna ke arah pengenalan dan keserasian

pengguna, terhadap kedudukan jenama dalam pemikiran pengguna.

Dengan sebab faktor inilah pihak kami telah menghasilkan sebuah inovasi

yang menaiktaraf ciri-ciri pembungkusan makanan dan minuman. Terbukti bahawa

dengan memberi sedikit sentuhan dari segi pewarnaan, bentuk dan saiz, tipografi

imej serta bahan pembungkusan, produk makanan atau minuman lebih laris di

pasaran. Di kesempatan ini, kami berharap pihak tuan akan mempertimbangkan

permohonan kami. Hal ini kerana pihak kami amat menitikberatkan daya tarikan

terhadap produk makanan di samping menekankan kemudahan dan keselesaan

kepada pembeli.

Dalam era globalisasi, pembungkusan yang dinamik dan menarik, dilihat

sebagai faktor penentu kepada keberkesanan penjualan sesuatu barangan, selain

dari kualiti produk itu sendiri. Daya penarik, harga yang kompetitif, daya ketahanan,

mudah dibawa dan sebagainya, akan mendorong keserasian pengguna terhadap

produk yang dipasarkan. Produk yang cemerlang tanpa jenama yang kuat, lambat

laun disisihkan. Berbeza dengan produk yang kurang cemerlang tetapi mempunyai

strategi pembangunan jenama yang kuat lebih menonjol di pasaran.