aditif makanan dan ubat

Upload: mc-cruzt-kristofer

Post on 11-Oct-2015

149 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

aditif

TRANSCRIPT

ADITIF MAKANAN DAN UBAT-UBATAN

Pernakah anda membaca label isi kandungan makanan ringan yang anda beli? Adakah anda mengambil berat tentang senarai komponen bahan-bahan yang tercatit di kotak, botol atau tiub ubat-ubatan yang anda gunakan? Jika diperhatikan betul-betul, anda pasti sedar yang selain komponen utama makanan atau ubat-ubatan yang anda beli sering mengandungi pelbagai bahan campuran lain. Contohnya, bahan-bahan campuran yang diberi nama huruf awal "E", seperti E101 (Riboflavin), E123 (Amaranth), E211 (Natrium Benzoate), E249 (Kalium Nitrit), E322 (Lesitin) dan sebagainya. Bahan-bahan campuran ini diberi nama aditif.

Pewarna makananApakah AditifAditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran sediaan-sediaaan tersebut. Penggunaan aditif sebenarnya bermula sejak ribuan tahun lalu. Nenek moyang kita telah menggunakan garam untuk mengawet daging dan ikan, rempah ratus untuk melazatkan makanan, dan cuka serta gula untuk menyimpan buah-buahan dalam bentuk jeruk. Aditif yang bertindak sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna kuning kepada mentega sejak kurun ke-14 lagi. Penduduk Asia pula didapati telah menggunakan sejenis sup pekat berasaskan agen perasa terkenal, mononatrium glutamat atau MSG, sejak 2,000 tahun lalu.

Pelbagai warna mengundang bahayaApakah Jenis-Jenis Aditif Dan Mengapa Aditif Perlu Dicampurkan Ke Dalam Makanan dan Ubat-ubatan?Aditif boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tujuan penggunaannya. Agen emulsi seperti gam Arab dan lesitin ialah aditif yang membolehkan makanan yang bahan asasnya terdiri daripada lemak dan air diadun. Campuran ini kemudiannya boleh wujud dalam keadaan yang serasi. Contohnya, agen emulsi mampu mengadunkan sediaan vitamin yang berasakan lemak seperti minyak ikan dengan air untuk membentuk emulsi. Sediaan ini tinggi kekonsistenannya dan lebih sedap dimakan. Agen-agen penstabil dan pemekat seperti garam alginat dan gliserin pula memberi makanan dan ubat-ubatan tekstur yang rata dan lembut. Agen penghalang kerak memastikan makanan yang berbutir seperti garam dan gula sentiasa berberai. Aditif juga bertindak mengekalkan dan meningkatkan nilai nutrisi makanan. Contohnya, vitamin dan bahan galian dicampurkan ringan seperti susu. tepung, bijirin dan marjerin bagi mewujudkan sumber makanan yang seimbang. Aditif yang tergolong ke dalam kumpulan bahan pengawet digunakan bagi tujuan pengawetan mengekalkan makanan dalam keadaan baik dan selamat. Bahan pengawet seperti garam nitrat dan nitrit seumpamanya, amat penting bagi melindungi makanan berasaskan daging daripada dijangkiti kulat dan bakteria clostridium, botulidium iaitu mikroorganisma penyebab botulisme atau keracunan makanan. Agen antioksidan seperti vitamin C dan vitmain E pula mampu mengelak lemak dan minyak di dalam sediaan makanan daripada menjadi masam atau tengik. Agen ini juga digunakan untuk mengekalkan warna isi buah-buahan yang siap dipotong. Tanpa agen antioksidan, warna isi buah epal dengan mudah bertukar menjadi perang. Aditif juga digunakan untuk menaikkan bahan makanan yang dimasak seperti kek dan roti. Agen daripada kumpulan ini membebaskan asid apabila dipanaskan. Asid yang terbebas mampu bertindak balas dengan soda penaik untuk memantapkan rupa bentuk kek, roti dan biskut yang dibakar. Agen penyedap seperti rempah ratus (halia dan bunga cengkih) dan bahan kimia sintetik (monosodium glutamat; MSG) digunakan dengan meluas untuk melazatkan makanan dan ubat-ubatan. Bahan pewarna juga sering dicampurkan ke dalam makanan, terutamanya kuih- muih dan ubat-ubatan untuk menambahkan daya tarikan sediaan tersebut. Contoh bahan pewarna ialah FD&C Yellow No.6 yang digunakan di dalam bijirin, makanan ringan dan roti. Agen peluntur dingunakan untuk memutihkan makanan seperti agar-agar dan ubat-ubatan yang mudah bertukar warna terutama ketika di dalam penyimpanan.Bagaimana Penggunaan Aditif Dikawal?Oleh kerana aditif digunakan di dalam makanan dan ubat-ubatan dengan meluas, maka kawalan ketat terhadap penggunaannya amat penting sekali. Akta Makanan 1983 (Undang-undang Malaysia Akta 281) jelas menyatakan keperluan memastikan bahawa hanya bahan-bahan yang selamat dan sesuai sahaja boleh digunakan di dalam sediaan makanan dan minuman. Penggunaan aditif dalam ubat-ubatan pula dikawal oleh garis panduan yang terkandung di dalam amalan pengilangan baik atau GMP, peraturan-peraturan penyediaan yang terdapat di dalam farmakopia British (BP) dan farmakopia Amerika Syarikat (USP) dan keperluan pendaftaran yang diperincikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bagaimanakah Kegunaan Aditif Diluluskan Pihak Berkuasa?Pertama sekali, aditif mestilah mampu memberi kesan seperti yang diharapkan terhadap makanan dan ubat-ubatan. Kajian-kajian menggunakan haiwan perlu dilakukan bagi memastikan bahawa pengambilan aditif, sama ada bagi jangka masa pendek atau panjang, tidak menjejaskan kesihatan atau mencetuskan penyakit. Walaupun kepastian mutlak bahawa sesuatu bahan aditif adalah selamat tidak mungkin diperolehi, namun maklumat daripada kajian terhadap haiwan boleh menjadi asas yang kuat bagi mendapatkan kelulusan penggunaanya.Dalam pada itu, permonitoran atau kawalan semasa terhadap bahan-bahan aditif yang diluluskan sentiasa dilakukan dengan meninjau sebarang laporan tentang kesan mudarat atau kesan sampingan berkaitan bahan tersebut. Bukti kukuh tentang kesan bahaya sesuatu bahan akan dijadikan asas pengharaman penggunaannya.

Contohnya, baru-baru ini kerajaan telah mengharamakan penggunaan nitrofuran sebagai salah satu aditif yang digunakan dalam industri penternakan, terutamanya ayam. Banyak laporan dari beberapa buah negara maju yang menunjukkan bahawa penggunaan bahan ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna.Aditif sulfit pula yang pada suatu masa dahulu digunakan untuk mengawet buah- buahan kering dan sayur-sayuran, telah didapati boleh membahayakan sesetengah pengguna yang alah terhadap bahan ini. Kes-kes kejutan yang membawa maut dan serangan lelah teruk membuktikan betapa bahaya bahan ini. Justeru itu, sulfit diharamkan penggunaanya untuk tujuan di atas. Demikian juga dengan penggunaan asid benzoik di dalam cili boh. Kandungan asid yang berlebihan di dalam sediaan cili boh telah mengganggu kesihatan ramai pengguna. Dengan itu, kerajaan telah mengarahkan supaya bahan ini digunakan secara berhati-hati.

Adakah Aditif Semula Jadi Lebih Selamat Daripada Aditif Sintetik?

Aditif semula jadi diperolehi daripada sumber-sumber asli, contohnya lesitin daripada kacang soya dan jagung atau serbuk pewarna bit daripada lobak bit. Aditif sintetik pula dihasilkan melalui tindak balas kimia. Ketulenan aditif sintetik mudah dikawal semasa pembuatan atau pengilangannya. Sebenarnya aditif sama ada semula jadi atau sintetik adalah bahan kimia. Vitamin C atau asid askobik semula jadi di dalam sebiji buah oren, umpamanya sama sahaja dengan Vitamin C yang dihasilkan di dalam makmal kimia. Jadi aditif semula jadi tidak semestinya lebih selamat daripada aditif sintetik.Apakah Aditif Yang Dikaitkan Dengan Kesan-kesan Sampingan Yang Kurang Menyenangkan Dan Adakah Kesan-kesan Ini Mampu Menjejaskan Kesihatan?Antara aditif yang dikaitkan dengan kesan sampingan yang kurang selesa ialah pewarna FD&C Yellow No.5 atau tartazin. Tartazin (E102)dilaporkan menyebabkan gatal-gatal kulit yang amat sangat (urticaria) serta pembengkakkan sesetengah tisu lembut seperti kelopak mata, bibir, lidah dan tangan.Namun demikian, didapati hanya segelintir populasi yang alah terhadapnya iaitu kurang daripada 0.01 peratus. Oleh sebab itu, penggunaan tartazin masih dibenarkan. Namun demikian, kewujudan tartazin dalam makanan atau ubat-ubatan mestilah disenarikan pada label sediaan-sediaan tersebut, agar mereka yang alah terhadapnya dapat mengelak daripada memakannya.Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat kepada pengguna. Tetapi permonitoran berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperolehi bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja.Pengaruh kesan hiperaktif bahan-bahan tersebut terhadap pengguna belum dapat dibuktikan sepenuhnya setakat ini. Malah sebuah panel perkembangan kanak-kanak Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat melaporkan bahawa tiada kaitan pengambilan aditif dengan kes-kes hiperaktif remaja.Aditif yang sering mendapat perhatian ramai ialah serbuk perasa monotorium glutamat (MSG). Pada asalnya, bahan ini diasingkan daripada sejenis rumpai laut. Sekarang MSG diperolehi daripada kanji, gula, jagung, tebu datau lobak bit. Kesan sampingan yang sering dikaitkan dengan MSG adalah pelbagai.Kesan- kesan ini digolongkan ke dalam Sindrom Restoran Cina. Ini kerana MSG kerap kali digunakan di dalam masakan dan hidangan kaum Cina. Tanda-tanda sindrom ini termasuk panas badan dan rasa menggelenyar di bahagian tengkuk dan belakang tubuh, serta perasaan tertekan di bahagian dada dan muka. Walaupun demikian, kajian saintifik gagal membuktikan bahawa kesemua gangguan Sindrom Restoran Cina disebabkan secara langsung oleh MSG. Sebaliknya kajian tersebut mendapati kesan sampingan buruk hanya dialami segelintir pengguna yang alah terhadap MSG. Justeru itu MSG tetap dianggap selamat dan sesuai digunakan sebagai aditif makanan.

Sebagai kesimpulan, pada zaman teknologi makanan dan farmasi yang canggih sekarang, penggunaan aditif dalam makanan dan ubat-ubatan bukan sahaja menjadi satu kebiasaan, malah kemestian bagi memastikan sediaan-sediaan tersebut tahan lama, menarik dan juga berperisa. Sehingga hari ini dianggarkan terdapat lebih kurang 15,000 bahan kimia yang dibenarkan digunakan sebagai bahan aditif yang dicampurkan ke dalam sediaan makanan dan ubat-ubatan bermula daripada tahap pengeluaran, pemprosesan, rawatan, penyediaan, pembungkusan, pengangkutan dan penyimpanan bahan-bahan tersebut..Walaupun jumlah bahan kimia yang diberi kelulusan untuk digunakan sebagai bahan aditif makanan dan ubat-ubatan adalah agak besar, namun ahli sains, ahli farmasi dan ahli teknologi makanan berpendapat bahawa secara umumnya, bahan-bahan ini tidak mendatangkan kesan sampingan buruk atau mencetuskan penyakit merbahaya seperti barah kepada pengguna.Hanya segelintir pengguna yang alah terhadap sesetengah bahan aditif terdedah kepada bahaya penggunaannya. Pengguna yang alah dinasihatkan berbincang dengan pakar perubatan tentang aditif-aditif yang perlu mereka hindari. Justeru itu, kes-kes alahan teruk yang dicetuskan oleh aditif dapat dielakkan sekiranya sediaan-sediaan makanan dan ubat-ubatan dilabel dengan jelas dan sempurna.Sumber : Dr. Abu Bakar Abdul Majeedwww.prn2.usm.my

Makanan dan Pemakanan - Tip Bahan Bahaya Dalam Makanan

TIP BAHAN BAHAYA DALAM MAKANANDalam makanan yang dimakan setiap hari, terdapat pelbagai jenis bahan tambahan makanan seperti pewarna, perisa, pengawet dan sebagainya. Biasanya bahan tambahan makanan ini tidak dinyatakan dalam label bungkusan makanan. Hanya yang dicatatkan ialah pewarna atau perisa makanan yang dibenarkan.Keadaan ini akan menimbulkan masalah kepada pengguna, khususnya yang menghidap sesuatu jenis penyakit atau alahan yang tidak boleh memakan bahan tambahan makanan yang tertentu.

Berikut adalah beberapa jenis bahan yang terdapat dalam makanan yang perlu diberikan perhatian. Sekiranya ada yang menghidap penyakit tertentu, elakkan daripada mengambil makanan yang mengandungi bahan tambahan makanan tersebut.

TIP 1 : Kandungan Dalam MakananKandungan yang terdapat dalam label bukan merupakan kandungan sebenar yang terdapat dalam sesuatu makanan. Terdapat banyak bahan kimia yang boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti scrylamides. Ia wujud dalam makanan yang melalui pemprosesan suhu yang tinggi(high heat). Namun tiada keperluan mengenainya untuk disenaraikan dalam label makanan. Terdapat juga bahan makanan yang berkemungkinan turut mengandungi racun serangga dan bahan-bahan kimia yang lain, tetapi tidak disenaraikan.

TIP 2 : Monosodium Glutamat (MSG)MSG merupakan bahan tambahan makanan di dalam ribuan produk makanan dan runcit dengan pelbagai nama. Bahan ini boleh menyebabkan berlakunya masalah ketidakseimbangan terhadap sistem fungsi badan, kegagalan keseimbangan pemakanan dan juga menyebabkan pengguna memakan lebih banyak makanan. Selain daripada itu, ia juga boleh menyumbang kepada masalah kegemukan. Kandungan MSG Yang Disembunyikan

Kewujudan MSG dalam sesuatu produk makanan disembunyikan dalam kandungan makanan melalui ekstrak yis, yis troula, hydrolyzed vegetable protein dan yis terautolsis. Terdapat beribu-ribu produk yang mengandungi satu atau lebih bahan kimia yang boleh meningkatkan rasa makanan tersebut. Symptom Attention - Deficit / Hyperactivity Disorder (ADHA)

Simpton ini terdapat pada kanak-kanak dan disebabkan oleh kandungan makanan terproses yang mengandungi pewarna tiruan berlebihan. Ia juga disebabkan oleh pemprosesan makanan yang tinggi refined carbohydrates. 80 peratus daripada kanak-kanak yang dirawat dengan menghindarkan pengambilan makanan terproses boleh sembuh daripada ADHD dalam masa dua minggu.

TIP 3 : AspartameBahan pemanis tiruan ini apabila didedahkan kepada cuaca panas untuk beberapa jam boleh membentuk bahan kimia yang dikenali sebagai formaldehid dan asid formik. Asid formik boleh menyebabkan kerosakan pada mata, otak dan keseluruhan sistem saraf. Selain daripada itu, aspartame juga sering dikaitkan dengan sakit kepala(migraine), penglihatan kabur dan pelbagai masalah sistem saraf yang lain.

TIP 4 : PlastikPembungkus plastik makanan mempunyai kesan yang membahayakan kesihatan. Ia boleh menyebabkan bahan kimia bisphenol A terserap ke dalam makanan. Amalan memasak dalam bekas plastik meningkatkan pendedahan tersebut. Bisphenol A boleh menyebabkan tumor payu dara bagi lelaki dan mengakibatkan ketidakseimbangan hormon bagi wanita. Selain itu, ia turut menyebabkan kanser yang berkaitan hormon seperti kanser prostat dan kanser payu dara.

TIP 5 : SusuSusu yang dikeluarkan di beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat dihasilkan oleh lembu yang telah disuntik hormon sintetik yang diharamkan di kebanyakan negara lain. Penggunaan hormon itu dikatakan antara penyebab remaja wanita di Amerika Syarikat mempunyai pembesaran buah dada pada usia yang muda dan turut meningkatkan kanser yang berkaitan dengan hormon seperti kanser prostat.

ememangnya tidak dapat dinafikan bahawa semua bahan atau benda di sekeliling kita akan kelihatan menarik jika mempunyai warna. Baik bahan makanan, minuman mahupun alat solek. Tidak hairanlah jika seorang kanak-kanak akan tertarik apabila melihat makanan atau minuman ringan yang dijual di pasaraya atau kedai runcit disediakan dalam pelbagai warna. Malah orang dewasa pun mudah terpesona apabila terpandang barangan yang bewarna-warni meskipun ia adalah pewarna tiruan.Hal ini disedari oleh ibu bapa khususnya yang mempunyai anak kecil. Setiap kali mereka membawa anak kecil mengunjungi pasaraya atau singgah di stesen minyak, makanan atau minuman ringan yang dijual dalam pelbagai warna menjadi daya penarik yang membuatkan kanak-kanak tidak mahu berganjak dari tempat yang menjualnya atau memperagakannya.Puan Amira (bukan nama sebenar) dan suaminya merupakan antara ibu bapa yang mengalami masalah itu. Walaupun mereka faham yang anak kecil mereka masih mentah dan tidak memahami bahaya pengambilan makanan atau minuman ringan yang mengandungi pewarna tiruan, mereka terpaksa akur dengan kehendak anak kecil itu.Sekali-sekala, takpa agaknya, fikir mereka setiap kali berhadapan dengan kedegilan anak kecil mereka itu.Sebenarnya ibu bapa mengelak anak-anak mereka mengambil makanan, gula-gula atau minuman mengandungi bahan campuran yang boleh menyebabkan anak kecil mengalami masalah kelakuan termasuk panas baran dan kurang daya tumpuan.Akhbar Daily Mail melaporkan, kajian yang dibiayai Agensi Piawaian Makanan Britain (FSA) turut mengaitkan bahan campuran itu sebagai punca reaksi alahan dan menyebabkan lelah dan ruam.Kajian sekumpulan penyelidik Universiti Southampton itu hanya mengesahkan lagi kajian awal yang mendakwa bahan campuran itu boleh menyebabkan alahan.Selain mengkaji kesan penggunaan warna tiruan dalam makanan, penyelidik juga melihat kesan bahan pengawet natrium benzoate (E211) yang lazim digunakan dalam minuman ringan.Profesor Vyvyan Howard dari Universiti Ulster dan penasihat FSA menggesa ibu bapa dan pengeluar makanan supaya melindungi generasi muda.Ia sepatutnya tidak digunakan kerana bahan itu sememangnya tidak mempunyai sebarang nilai dari segi khasiat. Jadi, mengapakah ia perlu digunakan?Peraturan ketat yang mengharamkan penggunaan bahan itu bagi kanak-kanak bawah usia setahun sememangnya wujud. Ini disebabkan otak dan sistem saraf penting sedang terbentuk ketika usia setahun, katanya.Beberapa syarikat pengeluar makanan utama sudahpun memberi reaksi berikutan banyak bukti menunjukkan kesan penggunaan bahan kimia tiruan bertujuan memastikan produk mereka lebih menarik.Kebanyakkan firma peruncit di Britain dilaporkan mengkaji semula dasar mereka mengenai kehadiran pewarna dalam makanan berikutan tekanan penduduk. (Sumber: Berita Harian, 10 Mei 2007).Kementerian kesihatan telah mengharamkan penggunaan pewarna Red 2G dalam makanan. Pewarna beracun ini digunakan untuk mewarnakan daging dalam burger.Menurut pihak Kementerian berkenaan, makanan yang mengandungi pewarna tersebut yang telah berada di pasaran, masih boleh dijual. Penjual atau pengedar dinasihatkan agar menarik daripada pasaran makanan yang mengandungi Red 2G secara sukarela, makanan dengan tarikh luput bleh dijual sehingga tamat tempohnya dan tempoh tiga bulan diberikan untuk menarik makanan dari tarikh luput.Kerajaan Malaysia mengharamkan pewarna makanan itu selepas ia diharamkan oleh Kesatuan Eropah (EU) pada 27 Julai 2007.Pewarna Red 2G boleh memetabolisme kepada aniline dan hasil uji kaji mendapati ia boleh merosakkan bahan genetik dalam sel-sel lalu membentuk kanser.Tindakan mengharamkan pewarna Red 2G sebenarnya diambil agak leawat kerana ia telah lama diharamkan di Negara-negara seperti Australia, Austria, Belgium, Denmark, Jepun, Switzerland, New Zealand dan Amerika.Terdapat beberapa pewarna makanan yang diisytiharkan tidak selamat dan diharamkan di tempat lain tetapi dibenarkan di Malaysia. Antaranya:Allura Red- Dilarang diseluruh Komuniti Eropah.Amaranth- Diharamkan di Austia, Jepun, Norway, Rusia, Sweeden dan Amerika.Briliant Blue- Diharamkan di Austria, Belgium, Perancis, Jerman, Norway, Switzerland, Sweeden dan Amerika.Brown HT- Diharamkan di Austria, Belgium, Denmark, Perancis, Jerman, Norway, Switzerland, Sweeden dan Amerika.Carmoisine- Diharamkan di Austria, Jepun, Norway, Sweeden dan Amerika.Erythrosine- Diharamkan di Norway.Green S Diharamkan di Kanada, Norway Sweeden dan Amerika.Indigo Carmine- diharamkan di NorwayPonceau 4R- Diharamkan di Kanada, Norway dan Amerika.Quinoline Yellow- Diharamkan di Jepun, Norway dan AmerikaSunset Yellow- Diharamkan di Findland, Norway dan United Kigdom.Tarrazine- Diharamkam di Austria, Findland dan Norway.Kenapa ia digunakanPewarna digunakan dalam makanan atau minuman untuk tujuan berikut:Mengimbangi warna yang hilangMemperbetulkan variasi warna asliMempertingkatkan warna asliMemberi Identiti beraneka warnaMemberi impak beraneka warnaDalam satu tinjauan yang dijalankan tahun lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)Mendapati pelbagai bahan pewarna dan jenama berbeza, untuk pewarna makanan diletakkan di rak kedai runcit. Pewarna ini terdapat dalam botol kaca kecil atau tiub plastik dan dilabelkan dengan cara di mana pengguna biasa tidak dapat membezakan pewarna untuk makanan (pewarna yang digredkan untuk makanan) daripada bahan pewarna jenis lain.Di sebuah kedai, CAP mendapati bahan pewarna untuk makanan dan bukan untuk untuk makanan diletakkan berdekatan antara satu sama lain. Kedua-dua jenis pewarna itu dikeluarkan oleh kilang yang sama. Produk ini menggunakan label yang hampir sama. Tulisan Pewarna untuk makanan dan juga Tidak boleh dimakan dalam saiz kecil menyebabkan ia tanda amaran ini terlepas perhatian daripada pembeli.Dalam kes tertentu, label pada bekas tidak memberikan sebarang petunjuk bagi warna atau tujuan warna itu digunakan. Sesetengah pewarna yang dibungkus dalam tiub plastik tidak mempunyai sebarang label atau tanda. Apabila ditanya kepada penjual, mereka hanya mengatakan bahan pewarna ini adalah untuk mewarnakan jeli.Menurut peraturan di bawah Akta Makanan 1983, setiap bungkusan mengandungi sebarang bahan pewarna sintetik yang diimport, dikeluarkan atau diiklankan untuk jualan, atau dijual atau untuk digunakan bagi mewarnkan makanan mestilah dilabel dengan nombor indeks warna. Dalam kes campuran atau sediaan pewarna, nama biasa bagi warna dan jumlah peratus bahagian warna yang terdapat dalam sediaan itu perlu dinyatakan pada label.CAP juga mendapati pelbagai makanan yang diproses untuk kanak-kanak dalam warna yang amat terang dan dengan bungkusan yang menarik perhatian pengguna. Beberapa pewarna, walaupun pada masa ini dibenarkan oleh undang-undang, telahpun menunjukkan menjadi punca kepada kesan sampingan kesihatan. Penggunaan bahan ini oleh kanak-kanak menjejaskan mereka.Ibu bapa mungkin tidak menyedari potensi bahaya beberapa bahan penambah ini terhadap anak-anak mereka. Masalah ini diburukkan lagi oleh hakikat bahawa pengeluar makanan tidak dikehendki oleh undang-undang untuk menyenaraikan nama biasa pewarna atau untuk perkara itu nama biasa bagi banyak bahan penambah lain yang digunakan. Mereka dengan mudah menggunakan ayat seperti Pewarna makanan yang dibenarkan.Banyak jenama daun teh juga diketahui mengandungi bahan pewarna, amalan yang tidak dibenarkan oleh undang-undang. Satu daripada pengeluar teh yang dihubungi mengakui mereka menambah pewarna dan menyalahkan pengguna kerana lebih sukakan warna itu.Satu-satunya pewarna makanan digunakan dalam makanan yang diproses ialah untuk menjadikannya lebih menarik kepada pelanggan. Pewarna tidak menyumbang apa-apa kepada nilai pemakanan bagi sebarang makanan. Bahan kimia ini adalah bahan bukan makanan yang dimasukkan kedalam makanan. Kebanyakkan daripadanya boleh menjejaskan kesihatan dan ini termasuk bahan penambah kimia yang diluluskan oleh pihak yang berkuasa. Contohnya tartrazine (pewarna kuning-jingga) berkemungkinan agen penyebab kanser dan boleh meningkatkan hiperaktif dikalangan kanak-kanak. Ia juga dikaitkan dengan alergi, ruam, bengkak, hidung berair dan mata merah.Sunset Yellow FCF (pewarna merah jingga) berkemugkinan agen karsinogenik serta dikaitkan dengan hiperaktif dala kalangan kanak-kanak. Ia juga mampu menyebabkan kerosakan gigi kromosom dan tindak balas arlegi.Ponceau 4R (Pewarna merah terang hingga merah gelap) diketahui menyebabka kanser, bengkak tisu, arlegi dan asama. Ia juga boleh merendahkan bilangan sel darah merah dan kepekatan hemoglobin. Bahan pewarna ini telahpun diharamkan di amerika Syarikat dan banyak Negara Eropah.ANTARA BAHAN ASLI UNTUK PEWARNABunga telangDaun pandanUbi bitKunyitSumber : Majalah Aniqah (Zarinah Othman)

Karsinogenik racun seranggaHampir kesemua jenis racun serangga berpotensi mengubah sistem ekologi dan kebanyakannya boleh menjejaskan kesihatan manusia. Apakah nasib mereka yang terdedah kepada karsinogen ini?

LELAKI ini menyediakan makanan sementara melibatkan diri dalam bantahan besar-besaran.

RACUN serangga perosak banyak digunakan baik dalam bidang pertanian, perubatan, industri mahupun domestik.Penggunaan racun serangga perosak dipercayai antara faktor terbesar dalam peningkatan produktiviti pertanian pada abad ke-20.Namun, apa yang menyedihkan, hampir kesemua jenis racun serangga berpotensi mengubah sistem ekologi dan kebanyakannya pula beracun terhadap kesihatan manusia. Biarpun penggunaan racun serangga mungkin memanfaatkan sektor pertanian, isu alam sekitar dan aspek kesihatan manusia patut diseimbangkan.Bahana penggunaan racun serangga bukan sahaja dirasai oleh ribuan pekerja ladang pisang di beberapa kawasan di dunia malah menyebabkan mereka mandul dan tidak terdaya.Seorang pekerja ladang, Norma Caballero, 54, mendakwa kesihatannya terjejas sepanjang tahun 1970-an, menunjukkan kesan toksik racun serangga, Nemagon di kakinya. Dia tinggal di kota Chinadega.Nemagon merupakan nama komersial bagidibromo chloropropane(DBCP). Ia telah dihasilkan dan dibangunkan oleh sesetengah syarikat pengeluaran bahan kimia multinasional.

NORMA Caballero menunjukkan kesan kudis pada kakinya yang didakwa berpunca daripada Nemagon.

Racun serangga perosak ini mula digunakan di ladang-ladang pisang bagi mengatasi serangan nematode yang menyerang pokok-pokok pisang pada penghujung tahun 1960-an biarpun telah diberi amaran tentang kesan toksiknya.Ujian yang dijalankan ke atas tikus-tikus makmal mendapati, bahan kimia tersebut menyebabkan kerencatan pertumbuhan selain mengurangkan saiz buah zakar dan mengakibatkan luka-luka besar di paru-paru dan buah pinggang.Pada tahun 1969, sebuah syarikat, Standard Fruit mula menggunakannya di ladang-ladang pisang di Amerika Tengah. Penggunaan racun serangga pada ketika itu tidak disertakan dengan amaran tentang toksik pestisid dan justeru itu, pekerja-pekerja ladang tidak menggunakan sebarang alat pelindungan diri.Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, ribuan liter Nemagon telah digunakan di ladang-ladang tanaman di Nicaragua, Costa Rica, Panama, Ecuador, Burkina Faso, Guatemala, Republik Dominica, Santa Lucia, Saint Vincent, Ivory Coast dan Filipina.Pada tahun 1975, Agensi Pelindungan Alam Sekitar di Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa DBCP bersifat karsinogen iaitu mampu menyebabkan kanser.Dua tahun kemudian, 35 orang pekerja daripada sejumlah 114 yang bertugas di bahagian pembuatan produk tersebut di sebuah kilang di AS telah disahkan mandul. Pada tahun itu juga, penggunaan racun serangga itu di AS telah dihentikan dan sekali gus menjejaskan penghantaran produk itu sementara.Menjelang tahun 1979, DBCP telah diharamkan di Costa Rica dan Standard Fruit terpaksa memindahkan stok-stoknya ke negara jiran, Nicaragua.Memasuki milenium baru, DBCP masih digunakan di Panama meskipun selepas dua dekad penggunaannya diharamkan di AS.Satu laporan media menyatakan, kira-kira 65,000 orang di seluruh dunia terjejas akibat Nemagon di seluruh dunia. Sementara itu, sekitar 67 peratus pekerja ladang pisang di Nicaragua mandul atau menderita sesetengah penyakit yang berkait rapat dengan penggunaan DBCP.

SEORANG bapa dan anaknya turut serta dalam bantahan yang mendakwa Nemagon menjejaskan kehidupan mereka.

Selain itu, 33 peratus wanita yang bekerja di ladang-ladang pisang didiagnosis menghidap kanser uterus atau kanser payu dara.DBCP kini dikenali sebagai salah satu produk penyebab kanser paling hebat biarpun pada dos yang rendah. Bahagian tubuh lain boleh terjejas akibat penggunaan DBCP ini termasuklah buah zakar, perut, buah pinggang dan pangkalan usus.Lain-lain impak negatif yang diakibatkan oleh DBCP termasuk kecacatan mental, ketidaksempurnaan genetik, keguguran, kecacatan tulang, tulang rapuh, hilang penglihatan, diabetes, keguguran rambut dan gangguan hormon.Di samping itu, terdapat juga laporan yang menyalahkan DBCP sebagai penyebab berlakunya masalah cirit-birit, keradangan limpa, hati, insomnia dan perubahan pada kitaran haid.Dari aspek psikologi dan sosial pula, ramai yang mengalami hilang harga diri, ketidaksuburan, depresi tahap serius, kekeliruan dan kesedihan yang sekali gus menjurus kepada masalah bunuh diri, hilang pekerjaan dan terlibat dengan ketagihan minuman keras.

PARA pesakit menunggu giliran mendapatkan rawatan.

Ramai lelaki turut ditinggalkan isteri kerana gagal memberi mereka zuriat manakala sesetengah lelaki pula merayu kepada lelaki lain supaya dapat menghamilkan isteri mereka. Semua ini menyumbang kepada ketidakseimbangan rumahtangga dan perpisahan.Aspek sejarah perundangan yang melibatkan racun serangga perosak di negara-negara seperti Nicaragua, Costa Rica dan Honduras bermula pada awal tahun 1980-an.Pada tahun 1977, 20,000 pekerja yang terjejas telah mendapat jaminan daripada peguam dan sesetengah ahli politik bahawa mereka bakal menerima pampasan bernilai RM100.Kini, hanya mereka yang tidak 'terperangkap' dengan 'habuan' itu boleh meminta pampasan yang lebih tinggi. Biarpun begitu, syarikat-syarikat yang disaman bagaimanapun belum mempunyai keputusan akhir kerana aspek perundangan yang lemah di negara-negara seperti ini membuatkan kes berkenaan sukar dihakimi.

Racun

Kesan pengawet dalam makanan

Oleh:Dr. Rahmat Awang

Sumber:Utusan Malaysia, Sabtu, 9 November, 1996

Pengawet adalah salah satu daripada bahan tambahan yang dimasukkan ke dalam makanan. Bahan-bahan tambahan lain termasuklah pewarna, perasa, ejen pengemulsi dan ejen penstabil.

Semua bahan ini digunakan untuk tujuan membuat makanan tahan lama di samping lebih menarik dan enak rasanya.

Perbincangan hari ini ialah mengenai penggunaan dua bahan pengawet asid benzoik serta nitrat dan nitrit kepada manusia.

Tujuan penggunaan bahan pengawet adalah untuk mengurangkan atau mencegah pertumbuhan mikroorganisma seperti bakteria, kulat dan ragi.

Pengawet berupaya mencegah pertumbuhan mikroorganisma yang mengakibatkan makanan berbau busuk dan basi.

Namun demikian penggunaan bahan pengawet ini tidak selalunya selamat terutama sekali jika digunakan dalam kuantiti yang berlebihan.

Ini berlaku seperti mana yang dilaporkan baru-baru ini apabila bahan penggunaan itu digunakan berlebihan dalam cili boh dan sos cili.

Pengawet asid benzoik:Asid benzoik boleh didapati secara semula jadi, tetapi biasanya disediakan secara sintetik. Ia digunakan sebagai pengawet dalam beberapa sediaan makanan yang tidak tahan lama seperti jam, sos dan cili boh.

Ini adalah kerana asid benzoik mempunyai keupayaan untuk bertindak sebagai ejen antibakteria dan antikulat.

Asid benzoik juga didapati dalam pelbagai bentuk seperti natrium benzoat, kalium benzoat atau kalsium benzoat, atau bentuk benzoat yang lain seperti para- hidroksibenzoat.

Garam-garam ini juga digunakan sebagai pengawet dan penggunaannya sepatutnya tercatat pada label dibekas bahan-bahan makanan.

Misalnya, garam natrium benzoat digunakan dalam marjerin, minuman ringan, kicap dan sos daging panggang.

Kerengsaan

Apabila digunakan secara berlebihan, pengawet seperti asid benzoik boleh menyebabkan kerengsaan perut.

Ada juga laporan yang menujukkan bahawa ia boleh menjejaskan sistem saraf.

Bagi mereka yang mengalami lelah atau pun yang mempunyai penyakit ruam kulit (seperti jenis urtikaria dan ekzema) bahan pengawet seumpama ini boleh memburukkan lagi keadaan.

Para-hidroksi benzoat boleh menyebabkan rasa kebas di mulut.

Bagi seseorang yang alah kepada pewarna-pewarna tiruan yang umumnya disebut sebagai pewarna jenis azo (seperti tartazin), kemungkinan besar ia akan mengalami alahan terhadap pengawet kumpulan benzoat.

Begitu juga bagi mereka yang alah kepada ubat aspirin, memandangkan ketiga-tiga bahan ini berkaitan dari segi struktur kimianya.

Pengawet nitrat dan nitrit:Satu lagi jenis pengawet yang boleh menimbulkan masalah adalah daripada kumpulan nitrat dan nitrit ataupun bentuk garamnya (garam kalium dan natrium).

Pengawet jenis ini sering kali digunakan untuk hasilan makanan yang diperbuat daripada daging.

Tujuan pengawet ini digunakan adalah untuk mencegah pertumbuhan mikroorganisma seperti bakteria.

Clostridium botulinum boleh menyebabkan keracunan yang dipanggil botulisme yang membawa kematian.

Namun demikian, pengawet nitrit boleh mengakibatkan beberapa kesan yang tidak diingini seperti rasa mual, muntah-muntah, pening kepala dan tekanan darah menjadi rendah.

Di dalam perut terdapat sebahagian kecil nitrit, ia boleh membentuk nitrosamina yang diketahui menyebabkan kanser pada haiwan ujian.

Bagi bahan pengawet nitrat pula, kesakitan pada bahagian perut boleh berlaku di samping muntah-muntah, lemah otot serta kadar nadi tidak menentu.

Pengawet nitrat boleh bertukar menjadi nitrit apabila makanan ini basi ataupun oleh bakteria di dalam perut yang kemudiannya boleh menghasilkan nitosamina.

Awas Semasa Membeli Makanan: Jika boleh dapatkan bahan makanan segar. Kerana ia tidak mengandungi bahan tambahan atau pengawet. Apabila membeli produk yang diproses, pastikan kandungan bahan tambahan yang terdapat di dalamnya. Sedapat mungkin pastikan bahan tersebut adalah dalam sukatan yang dibenarkan. Pastikan tarikh luput makanan. Ikut cara penyimpanan makanan yang betul.

Racun

Bahaya Racun Karbamat

Oleh:Wan Zainal Azman Wan Abdullah

Sumber:Utusan Malaysia, Sabtu, 16 September,1995

RENCANA minggu ini merupakan susulan rencana yang lalu iaitu berkaitan dengan racun serangga pertanian.

Selepas membincangkan tentang keracunan racun organofosfat, perbincangan kali ini ialah tentang keracunan racun karbamat.

Racun karbamat merupakan racun serangga yang diterbitkan daripada asid karbamik. Kesan toksisitinya lebih rendah berbanding dengan racun organofosfat.

Selain digunakan sebagai racun serangga pertanian, ia juga digunakan dalam bidang veterinar sebagai racun kutu haiwan ternakan dan sebagai racun serangga di rumah.

Racun karbamat bertindak sebagai racun saraf seperti racun organofosfat dengan merencatkan aktiviti enzim acetyl cholinesterase.

Bahan-bahan aktif dalam kumpulan racun ini lebih cepat diurai dan dinyahkan daripada dalam tubuh serta tidak terkumpul dalam tisu lemak.

Oleh itu kesan toksisitinya tidak bertahan lama dan hanya boleh menyebabkan kemudaratan yang ringan sahaja.

Walaupun demikian dari laporan yang diperolehi terdapat 7 kes keracunan melibatkan racun karbamat pada tahun 1991.

Kejadian ini berlaku disebabkan oleh kecuaian dan kelalaian pengguna tanpa mengambil berat tentang aspek-aspek keselamatan diri semasa menggunakan racun tersebut.

Tidak dinafikan juga ada kes keracunan disebabkan oleh penyalahgunaan misalnya untuk tujuan bunuh diri.

Oleh itu berwaspada dan jangan disalahgunakan. Racun karbamat boleh memasuki dalam badan menerusi saluran pernafasan, mulut dan melalui kulit.

Bagaimanapun, kebanyakan bahan aktif racun karbamat lambat diserap melalui kulit dibandingkan dengan racun organofosfat.

Apabila racun karbamat memasuki ke dalam badan ia boleh merosak dan mengganggu fungsi organ-organ dalaman.

Racun karbamat boleh menyebabkan denyutan jantung tidak menentu, kesukaran bernafas akibat paru-paru menjadi bengkak, radang saluran pernafasan, gangguan kepada sistem saraf pusat boleh menyebabkan kesesakan nafas, gangguan mental, pendarahan otak dan sawan.

Sawan lebih mudah berlaku pada kanak-kanak jika dibandingkan dengan orang dewasa akibat keracunan yang serius. Ada laporan menyatakan kesan keracunan terhadap sistem saraf pusat hanyalah sedikit ataupun tiada langsung akibat terdedah kepada racun karbamat.

Keracunan akut (mendadak) boleh berlaku bergantung kepada kadar penyerapan bahan aktif racun karbamat.

Penyerapan secara mendadak walaupun racun yang kurang toksik boleh menyebabkan kesan keracunan yang teruk.

Tanda-tanda keracunan akibat terdedah kepada racun karbamat biasanya berlaku selama 30 minit sehingga 2 jam dan ini dapat diperhatikan dalam masa 1 hingga 2 jam selepas terdedah kepada racun tersebut.

Tanda-tanda keracunan ini akan reda dengan sendirinya dalam masa 24 jam tanpa rawatan perubatan. Walaupun demikian rawatan perubatan perlu bagi keracunan yang teruk mahupun ringan untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Kebanyakan tanda-tanda keracunannya adalah lebih kurang sama dengan keracunan racun organofosfat antaranya keluar air liur yang banyak, sakit kepala, lemah anggota badan, pening, mual, muntah, berpeluh dengan banyak, sakit perut, pandangan menjadi kabur, pengsan, sukar bernafas dan cirit birit.

Sawan

Sekiranya berlaku keracunan melalui mulut iaitu jika terminum atau termakan, jangan sekali-kali ikhtiarkan mangsa muntah kerana dikhuatiri berlakunya sawan, kesesakan nafas atau koma secara mendadak semasa usaha untuk memuntahkan bahan racun dalam perut.

Tiada langkah-langkah kecemasan yang boleh dilakukan apabila berlaku kes keracunan ini. Oleh itu cara terbaik ialah dengan membawa mangsa terus ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut.

Pendedahan secara terhidu racun semasa aktiviti penyemburan merupakan salah satu cara racun memasuki ke dalam badan. Ia boleh menyebabkan batuk, kesesakan nafas, dan akhirnya boleh memudaratkan kesihatan. Di antara penyakit yang biasanya terjadi ialah radang saluran pernafasan, radang tenggorok dan radang paru-paru.

Langkah-langkah kecemasan apabila berlaku keracunan ini ialah dengan membawa segera mangsa ke tempat lapang dan memberi bantuan pernafasan.

Apabila terdedah dan terkena mata secara tak sengaja boleh menyebabkan penglihatan menjadi kabur, radang, bengkak, photophobia, terasa pedih dan sakit.

Mata yang terkena racun hendaklah dengan segera dibasuh dengan air bersih yang banyak selama 15 minit. Jika tanda-tanda keracunan tersebut tidak reda hendaklah segera jumpa doktor untuk mendapat rawatan lanjut.

Begitu juga apabila terkena pada kulit hendaklah dicuci dengan air bersih yang banyak bersama cucian sabun termasuk pada celah kuku dan rambut.

Pakaian yang terkena racun hendaklah ditanggalkan dan dicuci sebelum dipakai semula. Biasanya apabila terkena kulit boleh menyebabkan badan mengeluarkan peluh dengan banyaknya.

Apa beza kesan racun rumpai dan serangga

Soalan:SELAIN daripada kegunaannya sebagai racun serangga, saya dapati racun karbamat digunakan juga sebagai racun rumpai.

Oleh itu, saya ingin mengetahui adalah kesan sampingan akibat terdedah kepada racun rumpai karbamat sama dengan racun serangga karbamat?

Jawapan

KESAN sampingan akibat terdedah kepada racun rumpai dan racun serangga karbamat mempunyai sedikit perbezaan. Ini adalah disebabkan oleh cara tindakkannya ke atas organisme sasaran adalah berbeza. Pada serangga ia merencatkan aktiviti enzim acetylcholinesterase menyebabkan kesesakan bernafas.

Manakala pada tumbuhan, ia menganggu proses mitosis dan seterusnya merencatkan aktiviti sel meristem lalu menyebabkan kecacatan akar, tunas dan pucuk.

Racun rumpai karbamat mengandungi bahan pelarut hidrokarbon dan boleh menyebabkan keracunan. Di antara tanda-tanda keracunan racun rumpai karbamat ialah sakit kepala, lemah anggota badan, mual, muntah, berpeluh dengan banyak, kebas dan cirit-birit.

Racun rumpai karbamat boleh menyebabkan denyutan jantung menjadi cepat, tekanan darah jadi rendah, darah mengalir cepat, kerosakan buah pinggang, kesukaran bernafas akibat paru-paru menjadi bengkak, radang saluran pernafasan, radang paru-paru, gangguan kepada sistem saraf pusat boleh menyebabkan kesesakan nafas dan sawan.