kdk topik 5

Upload: wan-suhaimi-wan-setapa

Post on 05-Nov-2015

31 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Proses Reproduktif Manusia

TRANSCRIPT

  • X PENGENALANCuba anda bayangkan jika proses reproduktif manusia terhenti. Bagaimanakah keadaan kependudukan sesebuah negara yang proses reproduktif manusia dikawal? Kita telah mendengar kisah negara yang penduduknya terdiri daripada lebih ramai penduduk dewasa dan warga tua tetapi kurang warga muda. Jika dikaitkan dengan model piramid, negara tersebut akan memiliki model piramid yang terbalik!

    Proses reproduktif manusia akan memastikan penghasilan zuriat yang berterusan. Institusi perkahwinan adalah satu episod yang amat penting dalam perkembangan kehidupan seseorang manusia di mana mereka akan mula melahirkan zuriat sendiri. Zuriat kita adalah pewaris kita.

    Memahami proses reproduktif akan membantu kita dalam merancang sesebuah keluarga. Di samping itu, seseorang akan lebih bersedia untuk menempuh masa kehamilan dan saat melahirkan zuriat.

    TTooppiikk55XProsesReproduktifManusia

    HASIL PEMBELAJARANDi akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menerangkan proses persenyawaan;

    2. Menjelaskan proses kehamilan;

    3. Menerangkan peringkat-peringkat dalam proses kehamilan; dan

    4. Menghuraikan penjagaan asas semasa kehamilan.

  • X TOPIK 5 PROSES REPRODUKTIF MANUSIA 52

    PERSENYAWAAN

    Proses persenyawaan merupakan proses yang awal berlaku dalam sistem reproduktif manusia. Ianya terbahagi kepada tiga proses, iaitu:

    Rajah 5.1: Proses persenyawaan

    5.1.1 Pergerakan Sperma

    Sperma dikeluarkan daripada dua testis lelaki. Sperma mempunyai bentuk seperti berudu yang amat halus. Ianya dilepaskan ke dalam faraj melalui saluran urethra. Berjuta-juta sperma akan bergerak ke arah uterus. Namun hanya satu sperma sahaja yang mungkin berjaya menembusi dan bercantum dengan ovum di saluran Fallopian. Bukankah ini sesuatu yang menakjubkan? Ini menunjukkan betapa bertuahnya kita. Dalam berjuta-juta sperma yang berlumba hanya kita seorang yang berjaya dihasilkan!

    5.1

    AKTIVITI 5.1Bincangkan kepentingan memahami proses reproduktif dalam kumpulan masing-masing.

  • TOPIK 5 PROSES REPRODUKTIF MANUSIA W 53

    Rajah 5.2: Pergerakan sperma dalam uterus Sumber: www.sdfertility.com/images/sperm_retrieval.jpg

    5.1.2 Pergerakan Persenyawaan

    Sperma dan ovum yang telah bercantum akan bergerak daripada saluran Fallopian menuju ke uterus. Ia akan melekat pada dinding uterus yang subur. Pada ketika ini proses pembentukan embrio bermula. Embrio berkembang menjadi janin dan berada di dalam uterus selama 40 minggu.

    Rajah 5.3: Sperma-sperma pada dinding ovum Sumber: www.fotosearch.it/thumb/LIF/LIF145/PDB01003.jpg

    5.1.3 Pembahagian Sel

    Mari kita lihat apakah yang berlaku kepada ovum dan sperma apabila bertemu. Apabila sperma bertemu dengan ovum. Salah satu sperma yang mengelilingi ovum akan menembusi ovum.

  • X TOPIK 5 PROSES REPRODUKTIF MANUSIA 54

    Percantuman kedua-duanya akan membentuk zzigot. Kromosom akan terbentuk menjadi 223 pasang. Setengah datang daripada sperma dan setengah lagi daripada ovum. Sel ovum pula akan bersedia untuk pembahagian secara mitosis. Pembahagian akan bermula dengan dua sel. Proses pembahagian sel zigot ini akan berterusan berkali-kali.

    Sel yang mengalami proses pembahagian ini tertanam pada dinding uterus. Proses pembahagian sel juga akan membentuk rongga tembuni. Proses pembentukan tisu-tisu yang berbeza turut berlaku.

    Anda boleh mendapat gambaran proses ini dalam Rajah 5.4 berikut:

    Rajah 5.4: Keratan rentas uterus-proses awal reproduktif manusia Sumber: Facts At Your Fingertips, First Edition, 2002

    SEMAK KENDIRI 5.1

    Persenyawaan adalah satu proses yang unik. Terangkan proses- proses utama persenyawaan.

  • TOPIK 5 PROSES REPRODUKTIF MANUSIA W 55

    KEHAMILAN

    Kehamilan merupakan fasa dalam hidup seseorang individu yang cukup menakjubkan. Berikut adalah perkembangan fetus daripada 8 minggu sehinggalah 40 minggu dalam Rajah 5.5 berikut:

    Rajah 5.5: Perkembangan fetus daripada minggu ke-8 sehingga minggu ke-40 Sumber: www.marthajefferson.org/modules/pregnancy/images/develop.gif

    5.2.1 Peringkat dalam proses kehamilan

    Anda mungkin sedia maklum bahawa, peringkat dalam kehamilan terbahagi kepada tiga, iaitu:

    Rajah 5.6: Peringkat perkembangan fetus

    5.2

  • X TOPIK 5 PROSES REPRODUKTIF MANUSIA 56

    Berikut adalah peringkat kehamilan:

    (a) PPeringkat Awal Peringkat awal atau first trimester kehamilan bermula daripada

    terbentuknya embrio sehinggalah kehamilan mencecah tiga bulan. Plasenta yang berupa gumpalan salur darah yang melekat pada lapik uterus membawa masuk oksigen dan zat makanan. Hasil buangan akan dikeluarkan melalui tali pusat.

    Menjelang minggu kelima, embrio telah menunjukkan tunas anggota tubuh seperti kaki serta lengan dan bonjolan untuk jantung. Apabila janin telah mencapai usia dua bulan, organ dalaman telah terbentuk. Memasuki bulan ketiga fetus telah terbentuk dengan sempurna dan mula membesar dengan cepat.

    (b) PPeringkat Pertengahan Peringkat pertengahan kehamilan disebut second trimester. Tempoh ini

    bermula apabila kehamilan memasuki bulan keempat sehingga bulan keenam.

    Pada bulan keempat, degupan jantung bayi boleh dikesan menerusi alat stethoscope. Beratnya kira-kira 300 gm. Memasuki bulan kelima (28 minggu) mata bayi sudah boleh dibuka. Bayi juga telah boleh bergerak dengan aktif. Kadang-kadang si ibu akan mengesan tendangan atau pergerakan bayinya.

    (c) PPeringkat Akhir Peringkat akhir kehamilan atau third trimester bermula apabila kehamilan

    memasuki bulan ketujuh sehinggalah bulan kesembilan. Berat bayi kian bertambah dan pergerakan semakin aktif.

    Memasuki minggu ke-38, kepala bayi berada pada kedudukan bawah dan bersedia untuk dilahirkan. Memasuki bulan kesembilan (40 minggu) bayi akan turun lebih ke bawah abdomen bagi tujuan kelahiran. Namun, tidak semua kehamilan berakhir pada minggu ke-40. Terdapat bayi yang dilahirkan lebih awal.

  • TOPIK 5 PROSES REPRODUKTIF MANUSIA W 57

    Anda boleh mendapat gambaran tentang perkembangan janin dalam Rajah 5.6 berikut.

    Rajah 5.6: Perkembangan fetus dalam kandungan mengikut minggu

    5.2.2 Perubahan Fizikal Ibu

    Semasa proses kehamilan, bukan sahaja embrio yang melalui proses perubahan. Si ibu turut mengalami perubahan fizikal. Oleh itu, dengan memahami perubahan ini adalah penting bagi ahli keluarga yang akan menjaga kesihatan

  • X TOPIK 5 PROSES REPRODUKTIF MANUSIA 58

    dan keselesaan ibu sepanjang kehamilan. Berikut adalah beberapa perubahan fizikal yang berlaku kepada ibu hamil.

    Jadual 5.1: Perubahan fizikal semasa hamil

    Perubahan Keterangan

    Perubahan buah dada Pada bulan keempat kehamilan, buah dada akan membesar. Bahagian puting dan sekeliling puting (aerola) akan bertukar menjadi gelap. Ibu perlu menggunakan baju dalam yang bersesuaian untuk menampung saiz buah dada yang telah berubah.

    Pening dan mabuk Mabuk atau morning sickness boleh berlaku di sekitar bulan ketiga kehamilan. Ia berlaku bukan sahaja pada waktu pagi tetapi tidak mengira waktu. Mabuk yang melampau akan menyebabkan si ibu muntah.

    Kerap kencing Masalah ini berlaku apabila kandungan semakin membesar. Ini kerana kandungan menekan pada pundi kencing.

    Bengkak kaki Kaki membengkak biasa berlaku pada peringkat pertengahan kehamilan. Berat ibu yang betambah akan menjejaskan kaki dan pergelangan kaki.

    PENJAGAAN ASAS KEHAMILAN

    Tempoh kehamilan selama sembilan bulan adalah tempoh yang mungkin mencabar bagi sebilangan wanita yang bergelar ibu. Di sinilah pentingnya sokongan daripada semua pihak iaitu suami, anak, ayah dan emak mertua serta ahli keluarga yang lain. Penjagaan asas kehamilan wajib dilakukan oleh ibu demi kesihatan dan bayi dalam kandungannya.

    5.3.1 Pemeriksaan Kesihatan Berkala

    Setiap ibu yang hamil perlu mendapat pemeriksaan berkala di klinik kesihatan kerajaan atau swasta. Tujuannya ialah untuk mmemantau tahap kesihatan ibu serta menilai perkembangan bayi dalam kandungan dari semasa ke semasa.

    5.3

    SEMAK KENDIRI 5.2

    Persenyawaan adalah satu proses yang unik. Terangkan proses- proses utama persenyawaan.

  • TOPIK 5 PROSES REPRODUKTIF MANUSIA W 59

    Semasa pemeriksaan kesihatan berkala ini perkara-perkara berikut akan dipantau

    Rajah 5.7: Pemeriksaan kesihatan ibu hamil

    Selain daripada itu, si ibu juga akan diberi suntikan tetanus untuk mengelak jangkitan penyakit tersebut semasa proses kelahiran.

    Apakah kepentingan pemeriksaan kesihatan ini? Melalui pemeriksaan berkala seumpama ini, kehadiran penyakit tertentu dapat dikesan dan rawatan pencegahan boleh dimulakan dengan segera. Misalnya, jika ibu mempunyai tahap hemoglobin darah rendah, ibu akan dibekalkan dengan tablet zat besi. Jika ibu mengalami kurang selera makan dan berat badan tidak bertambah, ibu akan dibekalkan dengan vitamin B dan bantuan susu.

    Penyakit bahaya lain yang memerlukan penjagaan rapi ialah ttekanan darah tinggi semasa mengandung (eklamasia) dan kkencing manis.Penyakit kencing manis bukan sahaja menjejaskan kesihatan ibu tetapi pertumbuhan bayi dalam kandungan. Jika ibu mengalami kencing manis dan tidak dikawal, ada kemungkinan saiz bayi akan besar dan berlaku masalah melahirkan bayi kelak.

    Di samping itu, semua ibu hamil dinasihatkan untuk menjalani ujian HIV. Ibu hamil yang dijangkiti HIV boleh menjangkiti bayi sebelum, semasa dan selepas kelahiran. Sebelum ujian HIV dibuat, mereka akan diberi kaunseling di klinik atau hospital yang berhampiran.

  • X TOPIK 5 PROSES REPRODUKTIF MANUSIA 60

    Jadual 5.2: Kekerapan pemeriksaan kehamilan di klinik kesihatan kerajaan

    Kekerapan Lawatan Bulan Kehamilan Lawatan pertama Wajib dibuat pada atau sebelum 12 minggu

    (3 bulan) kehamilan Sebulan sekali 1 hingga 7 bulan Dua minggu sekali 7 hingga 9 bulan Setiap minggu 9 bulan hingga lahir

    5.3.2 Amalan Senaman dan Makanan Seimbang

    (a) SSenaman Ibu Hamil Walaupun ibu sedang hamil, ibu masih perlu bersenam. Doktor atau

    jururawat akan menasihatkan si ibu tentang jenis senaman yang sesuai dengan setiap tahap kehamilannya.

    Senaman akan membantu menyediakan fizikal ibu semasa proses kelahiran. Ini kerana senaman yang kerap akan menguatkan otot dan membuat sendi, tulang dan otot menjadi lebih fleksibel. Senaman terbaik bagi ibu hamil apabila kehamilannya semakin membesar ialah dengan berjalan kaki.

    (b) MMakanan Seimbang Semasa kehamilan ibu makan untuk dua orang untuk diri sendiri dan

    bayi dalam kandungan. Ibu memerlukan protein, karbohidrat, vitamin, asid folik, zat besi dan kalsium yang secukupnya untuk keperluan sendiri dan zat untuk pertumbuhan bayi.

    Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna ibu boleh makan mengikut selera dan nafsu. Untuk kesihatan yang baik panduan piramid makanan masih diperlukan. Ibu hanya memerlukan lebih komponen tertentu untuk pertumbuhan bayi dan mengelakkan sesuatu penyakit. Misalnya, memerlukan lebih zat besi dan kalsium.

    Semasa hamil, ibu memerlukan sesetengah zat atau komponen makanan dengan lebih untuk membantu tumbesaran bayi dalam kandungan dengan normal. Berikut adalah zat-zat yang sangat penting bagi ibu mengandung:

  • TOPIK 5 PROSES REPRODUKTIF MANUSIA W 61

    (i) PProtein Protein membantu pertumbuhan sel-sel. Ibu memerlukan lebih

    kurang 80 gm protein setiap hari. Protein boleh didapati daripada daging, ikan, telur, kekacang, keju dan susu.

    (ii) AAsid Folik Asid folik dibekalkan kepada ibu semasa pemeriksaan di klinik. Asid

    folik membantu pembentukan sistem saraf bayi dan sel darah merah dalam tulang bayi. Makanan yang dapat membekalkan asid folik ialah hati, buah pinggang dan sayur-sayuran hijau.

    (iii) ZZat besi Ibu juga memerlukan zat besi untuk penghasilkan hemoglobin dan

    sel darah merah. Ibu biasanya akan dibekalkan dengan pil zat besi semasa pemeriksaan di klinik. Sumber makanan yang kaya dengan zat besi ialah hati, buah pinggang, daging lembu, sayuran hijau, telur dan kekacang.

    (iv) KKalsium Kalsium membantu bayi membina gigi dan tulang yang kuat. Ibu

    memerlukan bekalan mineral ini daripada susu, hasil tenusu, telur, keju, udang, kacang dan ikan bilis.

    Mungkin terdapat dalam kalangan kita yang terlalu mengikut amalan pantang- larang berkaitan dengan amalan pemakanan semasa kehamilan. Terlalu percaya kepada amalan pantang larang boleh menjejaskan kesihatan seseorang ibu yang hamil. Berikut adalah salah faham mengenai pemakanan semasa hamil:

    5.3.3 Rehat, Istirahat dan Sokongan Emosi

    (a) RRehat/Istirahat Mengapa kita memerlukan masa rehat? Tubuh badan kita bukannya mesin.

    Jika kita keletihan dan fikiran kita kurang tumpuan, ini bermakna tubuh kita telah memberi isyarat supaya berehat. Bayangkan seorang wanita yang

    x Terlalu memilih makanan tertentu dan mengabaikan makanan tertentu.

    x Tidak memakan vitamin kerana bimbang bayi yang dilahirkan akan menjadi besar

    x Menggandakan makanan untuk dua orang bagi setiap kali pengambilan makanan.

  • X TOPIK 5 PROSES REPRODUKTIF MANUSIA 62

    sedang sarat mengandung, memikul tanggungjawab sebagai pekerja di antara jam sembilan hingga lima petang. Apabila balik rumah beliau akan melakukan tugasan di rumah dan menjaga anak-anak. Sememangnya ia adalah amat memenatkan! Oleh itu amat penting si suami memberi sokongan moral dan emosi kepada mereka. Membantu si isteri melakukan tugasan di rumah secara tidak langsung meringankan bebanan mereka.

    Semasa kehamilan, ibu tepaksa menanggung berat yang berlebihan terutama apabila kandungan memasuki peringkat ketiga kehamilan. Berat yang berlebihan akan menekan tulang belakang dan kaki. Kita tidak dapat berdiri atau berjalan dengan selesa dalam tempoh yang lama. Rehat adalah satu-satunya tempoh masa yang dapat memulihkan semula tenaga dan tahap keselesaan semasa hamil. Di samping itu, ibu yang hamil perlu juga mendapat jumlah waktu tidur yang cukup.

    Teknik yang sesuai semasa melakukan tugasan seharian semasa hamil juga amat penting. Ia dapat membantu mengurangkan tekanan kepada otot dan tulang, lantas dapat mengurangkan risiko kecederaan semasa kehamilan. Otot dan tulang dapat direhat semasa bekerja dengan kedudukan posisi tubuh yang sesuai. Sebagai contoh, seseorang ibu yang hamil harus mengelak berdiri terlalu lama kerana berat badan yang berlebihan akan menekan tulang belakang dan kaki. Di samping itu, duduk dengan berlunjur kaki semasa melakukan kerja rumah seperti melipat kain dapat mengurangkan tekanan berat.

    (b) SSokongan Emosi Ibu hamil memerlukan sokongan emosi dan mental yang konsisten supaya

    mereka dapat menempuhi masa kehamilan dengan tenang. Sokongan emosi, mental dan motivasi amat diperlukan dari suami, ahli keluarga dan kawan-kawan.

    Semasa hamil, ibu akan mengalami perubahan perasaan terutama pada peringkat awal kehamilan. Antara perubahan-perubahan perasaan tersebut ialah cepat marah. Sokongan emosi dapat membantu menenangkan ibu. Suami atau ahli keluarga perlu peka terhadap tahap keupayaan seseorang ibu semasa hamil.

  • TOPIK 5 PROSES REPRODUKTIF MANUSIA W 63

    Perubahan fizikal yang membatasi pergerakan mereka menyebabkan ibu hamil perlu dibantu dalam menguruskan kerja rumah. Bantuan suami atau ahli keluarga sedikit sebanyak akan mengurangkan beban fizikal dan membantu mengurangkan tekanan emosi ibu hamil.

    Jika mempunyai masalah perasaan atau emosi, ibu perlu berkongsi dengan ahli keluarga atau kawan. Masalah peribadi atau perasaan yang disimpan berkemungkinan besar boleh menjejaskan kesihatan mental seseorang. Masalah atau perasaan ini perlu diluah dan dikongsi bersama dengan orang yang kita percayai. Jika ahli keluarga atau rakan tidak dapat membantu, dapatkan bantuan pakar kaunseling atau anggota kesihatan semasa si ibu membuat pemeriksaan berkala di klinik.

    Topik ini telah memberi penjelasan kepada anda tentang perkara seperti berikut:

    Memahami proses reproduktif adalah penting bagi membantu seseorang untuk lebih bersedia untuk menempuh masa kehamilan dan saat melahirkan zuriat.

    Proses persenyawaan terdiri daripada tiga proses iaitu: pergerakan sperma, pergerakan persenyawaan dan pembahagian sel.

    Peringkat kehamilan dibahagikan kepada tiga iaitu peringkat awal (first trimester), peringkat pertengahan (second trimester) dan peringkat akhir (third trimester).

    Semasa proses kehamilan, ibu mengandung mengalami perubahan fizikal yang mendadak seperti perubahan saiz buah dada, pening dan mabuk, kerap kencing dan bengkak kaki.

    Penjagaan asas kehamilan merangkumi pemeriksaan kesihatan berkala, senaman ibu hamil, memakan makanan seimbang.

    Ibu hamil perlu berehat secukupnya. Selain itu, sokongan emosi dan mental daripada keluarga juga amat penting.

    (a) Mengapa pemeriksaan kesihatan berkala penting untuk ibu hamil?

    (b) Senaraikan beberapa jenis makanan atau mineral khusus yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Apakah fungsi makanan atau mineral ini?

    SEMAK KENDIRI 5.3

  • X TOPIK 5 PROSES REPRODUKTIF MANUSIA 64

    x Masood. (1990). Anatomi dan fisiologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

    x Readers Digest. (2002). Facts at your fingertips. Readers Digest.

    Persenyawaan Blastocyst Saluran Falopian Janin Ovum atau telur Pemeriksaan kesihatan berkala Sperma Rehat dan Istirahat Zigot Sokongan emosi Pembahagian sel Makanan seimbang Kehamilan