topik 5 kerja lukisan teknik iii

24
PENGENALAN Dalam Topik 4 yang lepas, anda telah mempelajari tentang pembinaan lukisan pengorakan dan lukisan persilangan. Dalam topik ini, anda akan diperkenalkan kepada tiga jenis lagi lukisan bergambar iaitu lukisan perspektif, lukisan keratan dan lukisan tercerai. Ketiga-tiga jenis lukisan bergambar ini sering digunakan dalam lukisan teknik untuk mempersembahkan hasil binaan sesuatu objek. Lukisan perspektif ialah sejenis lukisan bergambar yang selalu digunakan dalam bidang seni bina. Lukisan keratan lazimnya digunakan dalam bidang mekanikal mesin. Selain daripada itu, anda juga diperkenalkan tentang lukisan pemasangan dan tercerai yang juga amat penting dan sering digunakan dalam bidang pembuatan. LUKISAN PERSPEKTIF Lukisan perspektif merupakan satu jenis lukisan bergambar seperti isometri dan oblik. Lukisan perspektif dapat menunjukkan hampir kesemua garisan objek sebagaimana mata kita melihat objek itu dari suatu lokasi tertentu. Dengan kata 5.1 Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti tiga jenis unjuran perspektif; 2. Mengenal pasti kesan garisan ufuk terhadap lukisan perspektif; 3. Mengenal pasti konsep lukisan keratan; 4. Mengenal pasti dan membezakan lima jenis lukisan keratan; dan 5. Mengetahui jenis lukisan tercerai. HASIL PEMBELAJARAN T T o o p p i i k k 5 5 Kerja Lukisan Teknik III

Upload: adamskbd

Post on 31-Dec-2015

269 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 5 Kerja Lukisan Teknik III

� PENGENALAN

Dalam Topik 4 yang lepas, anda telah mempelajari tentang pembinaan lukisan pengorakan dan lukisan persilangan. Dalam topik ini, anda akan diperkenalkan kepada tiga jenis lagi lukisan bergambar iaitu lukisan perspektif, lukisan keratan dan lukisan tercerai. Ketiga-tiga jenis lukisan bergambar ini sering digunakan dalam lukisan teknik untuk mempersembahkan hasil binaan sesuatu objek. Lukisan perspektif ialah sejenis lukisan bergambar yang selalu digunakan dalam bidang seni bina. Lukisan keratan lazimnya digunakan dalam bidang mekanikal mesin. Selain daripada itu, anda juga diperkenalkan tentang lukisan pemasangan dan tercerai yang juga amat penting dan sering digunakan dalam bidang pembuatan.

LUKISAN PERSPEKTIF

Lukisan perspektif merupakan satu jenis lukisan bergambar seperti isometri dan oblik. Lukisan perspektif dapat menunjukkan hampir kesemua garisan objek sebagaimana mata kita melihat objek itu dari suatu lokasi tertentu. Dengan kata

5.1

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti tiga jenis unjuran perspektif;

2. Mengenal pasti kesan garisan ufuk terhadap lukisan perspektif;

3. Mengenal pasti konsep lukisan keratan;

4. Mengenal pasti dan membezakan lima jenis lukisan keratan; dan

5. Mengetahui jenis lukisan tercerai.

HASIL PEMBELAJARAN

TTooppiikk

55 � Kerja Lukisan

Teknik III

Page 2: Topik 5 Kerja Lukisan Teknik III

� TOPIK 5 KERJA LUKISAN TEKNIK III" " "90

lain, lukisan perspektif adalah seperti sebuah gambar foto. Rajah 5.1 menunjukkan lukisan perspektif untuk bahagian luaran dan dalaman sebuah bangunan.

Rajah 5.1: Lukisan perspektif

5.1.1 Elemen-elemen Lukisan Perspektif

Anda perlu memahami semua elemen dalam lukisan perspektif sebelum anda mula membina lukisan perspektif. Rajah 5.2 menunjukkan elemen-elemen dalam lukisan perspektif.

Rajah 5.2: Istilah-istilah lukisan perspektif

Page 3: Topik 5 Kerja Lukisan Teknik III

TOPIK 5 KERJA LUKISAN TEKNIK III �

91

Berikut ialah maksud setiap elemen tersebut: (a) TTitik Stesen (TS)

Titik stesen mewakili kedudukan mata pelukis. Dari TS, garis penglihatan diunjurkan ke titik-titik atau penjuru tertentu pada objek. Pelukis boleh menetapkan kedudukan TS yang sesuai untuk mendapatkan kesan perspektif yang dikehendaki.

(b) GGaris Penglihatan (GP) Garis penglihatan ialah garis unjuran dari titik stesen ke titik tertentu pada objek. Ia mewakili sinar penglihatan dari objek ke mata pelukis.

(c) SSatah Gambar (SG) Satah gambar merupakan satu satah lut sinar khayalan yang terletak di antara titik stesen dan objek. Sebenarnya satah gambar ialah satah unjuran.

(d) GGaris Ufuk (GU) Garis ufuk ialah garis khayalan mendatar yang terletak pada satah gambar. Garis ini terletak pada aras mata pelukis.

(e) TTitik Lenyap (TL) Titik lenyap ialah titik terletak dalam garis ufuk. Dari TL, garisan-garisan lain diunjurkan mendapatkan hasil lukisan perspektif.

(f) GGaris Bumi (GB) Garis bumi ialah garisan yang mewakili pandangan pinggir satah bumi dan digunakan sebagai rujukan dimensi ketinggian dalam lukisan perspektif. GB adalah selari dengan garis ufuk.

(g) GGaris Tinggi (GT) Garis tinggi ialah garis rujukan tegak yang digunakan untuk menentukan ketinggian perspektif objek dalam proses membina lukisan perspektif.

1. Apakah perbezaan antara lukisan oblik dengan lukisan perspektif?

2. Apakah perbezaan antara titik stesen dengan titik lenyap?

AKTIVITI 5.1

Page 4: Topik 5 Kerja Lukisan Teknik III

� TOPIK 5 KERJA LUKISAN TEKNIK III" " "92

5.1.2 Kesan Kedudukan Garis Ufuk terhadap Lukisan Perspektif

Rajah 5.3(a), (b) dan (c) menunjukkan hasil daripada lukisan perspektif apabila berlakunya perubahan kedudukan bagi garis ufuk (GU).

Rajah 5.3: Kesan kedudukan garis ufuk terhadap lukisan perspektif

Rajah 5.3(a): GU yang hampir dengan satah gambar (SG) akan memperlihatkan permukaan lukisan perspektif yang lebih jelas. Rajah 5.3(b): GU berada jauh dari SG dan menghampiri garis bumi (GB) akan memperlihatkan permukaan atas lukisan perspektif yang lebih kecil atau permukaan atas tidak kelihatan. Rajah 5.3(c): GU berada di bawah GB akan memperlihatkan permukaan bawah lukisan perspektif.

5.1.3 Jenis-jenis Lukisan Perspektif

Lukisan perspektif dikelaskan mengikut bilangan titik lenyap yang digunakan untuk menghasilkan lukisan tersebut. Terdapat tiga jenis lukisan perspektif iaitu: (a) Perspektif satu titik;

(b) Perspektif dua titik; dan

(c) Perspektif tiga titik.

Page 5: Topik 5 Kerja Lukisan Teknik III

TOPIK 5 KERJA LUKISAN TEKNIK III �

93

Rajah 5.4 menunjukkan ketiga-tiga jenis lukisan perspektif. Anda boleh menggunakan perspektif satu titik untuk menggambarkan ruang dalaman bangunan dan pemandangan jalan. Manakala, perspektif dua titik digunakan untuk menggambarkan sebuah bangunan, kenderaan, perabot dan sebagainya. Perspektif tiga titik lazimnya digunakan untuk menggambarkan pandangan udara khususnya bagi bangunan bertingkat.

Rajah 5.4: Jenis-jenis perspektif

Page 6: Topik 5 Kerja Lukisan Teknik III

� TOPIK 5 KERJA LUKISAN TEKNIK III" " "94

5.1.4 Pembinaan Lukisan Perspektif

Anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut untuk membina ketiga-tiga jenis lukisan perspektif. (a) MMembina Lukisan Perspektif Satu Titik (Rujuk Rajah 5.5)

Berpandukan Rajah 5.5, berikut adalah langkah-langkah untuk membina lukisan perspektif satu titik: (i) Diberi unjuran ortografik dan unjuran isometri seperti dalam Rajah

5.5(a). Kedudukan TS, SG, GU dan GB telah diberikan. Tentukan TL.

(ii) Binakan GP dari TS kepada titik 1, 2 dan 3 untuk mendapatkan titik 1Ê, 2Ê dan 3Ê seperti dalam Rajah 5.5(b).

(iii) Unjurkan garisan lurus dari titik 1Ê, 2Ê dan 3Ê ke pandangan hadapan untuk mendapatkan titik persilangan seperti dalam Rajah 5.5(c). Lengkapkan pandangan perspektif itu.

Rajah 5.5: Membina lukisan perspektif satu titik

Page 7: Topik 5 Kerja Lukisan Teknik III

TOPIK 5 KERJA LUKISAN TEKNIK III �

95

Contoh kaedah binaan lukisan perspektif satu titik boleh dilihat dalam Rajah 5.6 seperti berikut.

Rajah 5.6: Kaedah binaan lukisan perspektif satu titik

Page 8: Topik 5 Kerja Lukisan Teknik III

� TOPIK 5 KERJA LUKISAN TEKNIK III" " "96

(b) MMembina Lukisan Perspektif Dua Titik Berpandukan Rajah 5.7, berikut adalah langkah-langkah untuk membina lukisan perspektif dua titik: (i) Diberi unjuran ortografik seperti dalam Rajah 5.7(a).

(ii) Dari tepi pelan, binakan garisan mengukur 900 ke GB seperti dalam Rajah 5.7(b).

(iii) Dari TS, bina garisan yang selari dengan dua tepi pandangan atas. Tentukan TL1 dan TL2 seperti dalam Rajah 5.7(c).

(iv) Unjurkan garis tinggi (GT) dan mula membina kotak perspektif seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.7(d).

(v) Lengkapkan pandangan perspektif itu.

Page 9: Topik 5 Kerja Lukisan Teknik III

TOPIK 5 KERJA LUKISAN TEKNIK III �

97

Rajah 5.7: Membina lukisan perspektif dua titik

Page 10: Topik 5 Kerja Lukisan Teknik III

� TOPIK 5 KERJA LUKISAN TEKNIK III" " "98

Contoh kaedah binaan lukisan perspektif dua titik boleh dilihat dalam Rajah 5.8.

Rajah 5.8: Kaedah binaan lukisan perspektif dua titik

Page 11: Topik 5 Kerja Lukisan Teknik III

TOPIK 5 KERJA LUKISAN TEKNIK III �

99

(c) MMembina Lukisan Perspektif Tiga Titik Berpandukan Rajah 5.9, berikut adalah langkah-langkah untuk membina lukisan perspektif tiga titik: (i) Diberi unjuran ortografik seperti dalam Rajah 6.9(a).

(ii) Ikut langkah-langkah seperti melukis perspektif dua titik. Kemudian unjurkan garis untuk mendapatkan titik 1Ê, 2Ê, 3Ê, 4Ê, 5Ê dan 6Ê seperti dalam Rajah 5.9(b).

(iii) Dari TL1 dan TL2, lukiskan garisan a dan b di sebelah atas SG. Garis a dan b adalah garisan yang diunjur ke GB dari TS. Untuk menentukan TL3, lukiskan garisan selari dari TL2 dengan garisan bÊ seperti dalam Rajah 5.9(c).

(iv) Sambung titik 1Ê, 2Ê, 3Ê, 4Ê, 5Ê, dan 6Ê dengan TL3 seperti dalam Rajah 5.9(d).

(v) Lengkapkan pandangan perspektif itu seperti dalam Rajah 5.9(e).

Page 12: Topik 5 Kerja Lukisan Teknik III

� TOPIK 5 KERJA LUKISAN TEKNIK III" " "100

Rajah 5.9: Membina lukisan perspektif tiga titik

Page 13: Topik 5 Kerja Lukisan Teknik III

TOPIK 5 KERJA LUKISAN TEKNIK III �

101

1. Rajah 5.10 menunjukkan sebuah objek dengan diberi pelan dan pandangan sisi. SG, GB, GU dan TS telah pun ditentukan. Lukiskan unjuran perspektif dua titik untuk objek tersebut.

Rajah 5.10

2. Lukis lukisan perspektif bagi Rajah 5.11 berikut.

Rajah 5.11

SEMAK KENDIRI 5.1

Page 14: Topik 5 Kerja Lukisan Teknik III

� TOPIK 5 KERJA LUKISAN TEKNIK III" " "102

LUKISAN KERATAN

Lukisan keratan ialah pandangan yang terhasil apabila sesuatu objek dipotong pada bahagian tertentu mengikut satah yang tertentu. Lukisan keratan digunakan bila pandangan terlindung. Objek hendak digambarkan dengan lebih jelas. Lukisan ortografik sering digunakan dalam lukisan keratan. Rajah 5.12 menunjukkan konsep lukisan keratan.

Rajah 5.12: Konsep lukisan keratan

5.2.1 Garisan Keratan

Muka keratan merupakan satah yang baru terhasil daripada pemotongan sesuatu objek. Dalam lukisan keratan, muka terpotong itu perlu dilorek dengan garisan keratan yang akan membezakannya daripada permukaan yang tidak dipotong. Rajah 5.13 menunjukkan lorekan garisan keratan yang betul dan beberapa contoh lorekan garisan keratan yang salah sebagai panduan.

Rajah 5.13: Kaedah garisan keratan

5.2

Page 15: Topik 5 Kerja Lukisan Teknik III

TOPIK 5 KERJA LUKISAN TEKNIK III �

103

Beberapa panduan membina garisan keratan adalah seperti berikut: (a) Garisan keratan mestilah garisan halus yang sama tebal.

(b) Garisan selari.

(c) Jarak di antara garisan ialah antara 1mm dan 3mm mengikut kesesuaian permukaan keratan.

(d) Sudut kecondongan ialah 450 kecuali terdapat lebih daripada satu bahan yang dipotong dalam satu lukisan.

(e) Hujung garisan keratan mestilah menyentuh sempadan objek.

(f) Semua garisan terlindung tidak perlu dilukis dalam lukisan keratan. Kedudukan pandangan keratan bergantung pada sudut pandangan lukisan unjuran ortografik yang digunakan. Jika sesuatu objek dilukis dari unjuran sudut pertama, maka kedudukan anak panah garisan keratan menunjukkan arah pandangan yang dikehendaki. Ini bererti kedudukan gambar rajah pandangan keratan itu mestilah berada di bahagian hadapan arah panah garisan keratan. Bagi objek yang dilukis secara unjuran sudut ketiga pula [Rajah 5.14(a)], kedudukan pandangan keratan berada pada tempat yang berlawanan dengan kedudukan objek di pandangan sudut pertama [Rajah 5.14(b)], iaitu pandangan keratan itu dilukis belakang anak panah garisan keratan.

Rajah 5.14: Lukisan keratan dari unjuran sudut pertama dan ketiga

Page 16: Topik 5 Kerja Lukisan Teknik III

� TOPIK 5 KERJA LUKISAN TEKNIK III" " "104

5.2.2 Jenis-jenis Keratan

Terdapat beberapa jenis lukisan keratan, antaranya adalah seperti berikut: (a) KKeratan Penuh (Full Section)

Keratan penuh bererti objek itu dipotong dua sama sepenuhnya dan pandangan pada yang bahagian yang dikerat itulah yang dilukis garisan keratan. Keratan penuh digunakan untuk melihat seluruh bahagian dalam objek pada satu rataan keratan objek sahaja. Arah anak panah garisan keratan akan menentukan pandangan objek yang hendak dilihat. Jika unjuran ortografik pandangan yang dipotong dengan garisan pemotong, pandangan keratan objek itu boleh dilukis pada pandangan hadapan. Sebaliknya, jika pandangan hadapan yang dipotong oleh garisan pemotong, pandangan keratan boleh dilukis pada pandangan atas. Jika pandangan hadapan yang dipotong dengan garisan pemotong secara menegak, pandangan keratan yang hendak dilukis itu dilukis pada pandangan sisi pula. Rajah 5.15 menunjukkan secara jelas konsep pembinaan jenis keratan penuh.

Rajah 5.15: Keratan penuh

(b) KKeratan Separuh (Half Section)

Sesuatu objek yang sama bentuknya seperti bulat, bersegi dan sebagainya tidak perlu dikerat sepenuhnya kerana ia dapat dijelaskan dengan hanya mengerat separuh (daripada pandangan lukisan) daripada objek itu disamping dapat menjimatkan masa melukis. Walaupun lukisan keratan separuh ini mudah dilukis, ia jarang-jarang digunakan pada lukisan yang memerlukan penjelasan secara mendalam kerana proses mendimensi

Page 17: Topik 5 Kerja Lukisan Teknik III

TOPIK 5 KERJA LUKISAN TEKNIK III �

105

dalam lukisan jenis ini adalah sangat sukar. Kegunaan utama lukisan ini hanyalah dalam lukisan pemasangan peralatan kerana objek itu mempunyai bentuk yang sama. Rajah 5.16 dan 5.17 menunjukkan secara jelas konsep pembinaan jenis keratan separuh.

Rajah 5.16: Keratan separuh - contoh 1

Rajah 5.17: Keratan separuh - contoh 2

(c) KKeratan Ofset/Melencong (Offset Section)

Keratan ini sebenarnya sama juga dengan keratan penuh, bezanya cuma dari segi rataan garisan pemotongan diunjur mengikut pandangan yang hendak dilihat. Tujuan melencongkan garisan pemotong ialah untuk memotong bahagian-bahagian yang tidak dapat dipotong oleh garisan pemotongan yang lurus, seperti dalam keratan penuh. Dengan perlencongan ini, bahagian-bahagian penting yang berada jauh dari garisan

Page 18: Topik 5 Kerja Lukisan Teknik III

� TOPIK 5 KERJA LUKISAN TEKNIK III" " "106

pemotongan lurus dapat ditunjukkan secara bersama dengan menggunakan keratan ofset. Lukisan keratan ofset (Rajah 5.18) sesuai digunakan untuk menunjukkan bahagian-bahagian tersembunyi yang berada pada rataan berbeza.

Rajah 5.18: Keratan ofset

Sumber: http://www.engineeringessentials.com/ege/sec/half_section.png

(d) KKeratan Terputar (Revolved Section) Keratan jenis ini digunakan untuk menunjukkan pandangan keratan melintang bagi sesuatu objek yang berbentuk batang atau bendul supaya setiap bentuk melintang objek tersebut dapat diketahui. Keratan ini tidak dilukis berasingan daripada objek, keratan ini boleh dilukis terus pada pandangan atas, hadapan, tepi atau berhampiran semua pandangan mengikut kesesuaian. Rajah 5.19 menunjukkan konsep keratan terputar.

Rajah 5.19: Keratan terputar

Page 19: Topik 5 Kerja Lukisan Teknik III

TOPIK 5 KERJA LUKISAN TEKNIK III �

107

(e) KKeratan Terjajar (Aligned Section) Objek-objek yang mempunyai sudut yang dilihat pada satu rataan keratan akan kelihatan lebih kecil daripada ukuran sebenarnya. Oleh itu, garisan pemotongan sudut objek yang seumpama itu perlu dibawa ke satah mendatar/melintang. Jika tidak, bentuk sebenar objek yang akan dikerat itu akan hilang. Terdapat juga objek yang jika dilukis dengan keratan penuh, bahagian bersudutnya tidak akan kelihatan. Oleh itu, keratan terjajar digunakan untuk memperlihatkan bahagian tersebut secara jelas dan bersaiz penuh. Rajah 5.20 dan 5.21 menunjukkan konsep keratan terjajar.

Rajah 5.20: Keratan terjajar - contoh 1

Rajah 5.21: Keratan terjajar - contoh 2

Page 20: Topik 5 Kerja Lukisan Teknik III

� TOPIK 5 KERJA LUKISAN TEKNIK III" " "108

1. Lengkapkan pandangan keratan mengikut Arah A-A dan Arah B-B pada Rajah 5.22.

Rajah 5.22

2. Lengkapkan pandangan keratan mengikut Arah X-X pada Rajah

5.23.

Rajah 5.23

AKTIVITI 5.2

Page 21: Topik 5 Kerja Lukisan Teknik III

TOPIK 5 KERJA LUKISAN TEKNIK III �

109

LUKISAN TERCERAI

Lukisan tercerai digunakan bagi menunjukkan pemasangan sesuatu komponen. Lukisan tercerai biasanya dilukis dalam unjuran isometri. Lazimnya, lukisan ini membantu juruteknik mengetahui cara sesuatu komponen mesin itu dipasangkan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.24.

Rajah 5.24: Lukisan tercerai isometri

Sebelum melukis lukisan tercerai dalam unjuran isometri, anda memerlukan maklumat daripada lukisan butiran yang dilukis dalam unjuran ortografik seperti dalam Rajah 5.25.

5.3

Page 22: Topik 5 Kerja Lukisan Teknik III

� TOPIK 5 KERJA LUKISAN TEKNIK III" " "110

Rajah 5.25: Lukisan butiran

Lukisan tercerai yang lengkap adalah seperti dalam Rajah 5.26.

Rajah 5.26: Lukisan tercerai yang lengkap

Page 23: Topik 5 Kerja Lukisan Teknik III

TOPIK 5 KERJA LUKISAN TEKNIK III �

111

� Tiga jenis lukisan bergambar ialah lukisan perspektif, lukisan keratan dan lukisan tercerai.

� Lukisan perspektif ialah sejenis lukisan bergambar seperti isometrik.

� Terdapat tujuh elemen dalam lukisan perspektif, iaitu titik stesen (TS), garis penglihatan (GP), satah gambar (SG), garis ufuk (GU), titik lenyap (TL), garis bumi (GB) dan garis tinggi (GT).

� Terdapat tiga jenis lukisan perspektif yang sering digunakan untuk mempersembahkan suatu objek dalam lukisan, iaitu lukisan perspektif satu titik, lukisan perspektif dua titik dan lukisan perspektif tiga titik.

� Lukisan perspektif satu titik digunakan untuk menggambarkan ruang dalaman bangunan dan pemandangan jalan.

� Lukisan perspektif dua titik digunakan untuk menggambarkan sebuah bangunan, kenderaan, perabot dan sebagainya.

� Lukisan perspektif tiga titik digunakan untuk menggambarkan pandangan udara, khususnya bagi bangunan bertingkat.

� Lukisan keratan digunakan untuk menunjukkan dengan jelas bahagian dalam sesuatu objek.

� Terdapat lima jenis lukisan keratan yang biasa digunakan iaitu keratan penuh, separuh, ofset, terputar dan terjajar.

� Lukisan tercerai digunakan bagi menunjukkan pemasangan sesuatu komponen yang biasanya dilukis dalam unjuran isometri.

Page 24: Topik 5 Kerja Lukisan Teknik III

� TOPIK 5 KERJA LUKISAN TEKNIK III" " "112

Keratan ofset/melencong

Keratan penuh

Keratan separuh

Keratan terjajar

Keratan terputar

Perspektif dua titik

Perspektif satu titik

Perspektif tiga titik

Satah gambar

Titik lenyap

Abbott, W. (1972). Practical geometry and engineering graphics. London: Blackie & Son Ltd.

Giesecke, F., et., al. (2003). Technical drawing (12th ed.). U.S.A.: Pearson Education, Inc.

Goetsch, D. L., Nelson, J. A., & Chalk, W. S. (1989). Technical drawing: Fundamental, CAD & design. New York: Delmar Publishers, Inc.

Greer, A., & Howell W. H. (1982). Mechanical engineering craft studies part 1. London: ELBS.

Gupta, R. B. (1967). Engineering drawing. New Delhi: Khanna Publishers.

Hart, K. R. (1979). Engineering drawing with problem & solutions (2nd ed.). London: ELBS.

Jackson, E. (1975). Advanced technical drawing. London: Longman.