soalan kbkk pendidikan moral.pptx

57
Soalan KBKK Pendidikan Moral

Upload: aslee888

Post on 01-Jan-2016

1.580 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Soalan popular dalam pendidikan moral SPM..

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Soalan KBKK Pendidikan Moral

Page 2: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Bidang Perkembangan Diri dan Gejala Sosial

Page 3: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Terangkan dua kesan buruk yang akan dialami oleh mereka yang mencuri kabel elektrik. (4M)

Ditangkap / dipenjarakan/ didenda . Contohnya, merosakkan harta benda awam adalah salah di sisi undang-undang./ menyusahkan masyarakat.

Kena kejutan elektrik. Contohnya, bahaya akan menunggu sekiranya berlaku kebocoran kabel.

Mendatangkan kecederaan atau maut. Contohnya, kecederaan dan maut menunggu sekira berlakunya kejutan elektrik.

Page 4: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Terangkan dua cara pemandu teksi dapat membantu usaha menaikkan imej Negara kita di

mata pelancong asing. (4M)

Melayan penumpang dengan mesra. Contohnya, bertutur dengan sopan/ sentiasa senyum/

Mengenakan kadar tambang yang berpatutan. Contohnya, mengenakan bayaran ikut meter.

Memperkenalkan destinasi pelancongan kepada penumpang. Contohnya, menceritakan keunikan/ keseronokan/ keindahan destinasi pelancongan kepada pelancong.

Page 5: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Terangkan dua kesan buruk penggunaan telefon bimbit terhadap pelajar sekolah.

 Membazirkan wang. Contohnya membayar bil/ kad prabayar untuk menggunakan telefon bimbit.

Membazirkan masa. Contohnya, pelajaran mereka akan

diabaikan kerana asyik menggunakan telefon bombit.   Menjejaskan kesihatan. Contohnya, sinaran yang

dipancarkan oleh telefon bombit akan mendatangkan pelbagai penyakit.

  Meningkatkan gejala sosial. Contohnya, pelajar-pelajar

mudah terdedah dengan bahan-bahan lucah dan negarif.

Page 6: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Terangkan dua faedah menguruskan masa. (4M)

Elakkan pembaziran masa. Contohnya, semua kerja dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

  Dapat menjalankan aktiviti yang dirancangkan

dengan teratur. Contohnya, hal ni dapat mengelakkan kerja tertangguh.

  Dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti

berfaedah. Contohnya, aktiviti sukan, kelas tambahan.

Page 7: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Terangkan dua faktor yang menyebabkan golongan remaja terlibat dalam kes-kes

Pengaruh rakan sebaya. Contohnya, menerima ajakan kawan untuk mencuri kenderaan.

Hubungan keluarga yang renggang. Contohnya, ibu bapa tidak mengambil berat tentang anak-anak sehingga mereka melakukan kecurian motosikal.

Faktor kemiskinan. Contohnya, remaja ingin memiliki kenderaan seperti rakan-rakan lain.

Menjual komponen-komponen motosikal untuk mendapat duit.

Page 8: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Terangkan dua kebaikan mencontohi amalan pekerja Jepun. (4M)

Peningkatan produktiviti. Contohnya, pekerja sentiasa berusaha meningkatkan mutu kerja yang akan meningkatkan produktiviti.

  Kerja tidak tertangguh. Contohnya, semua

kerja selesai dalam tempoh yang ditetapkan.  Tidak berlaku pembaziran masa. Contohnya,

masa digunakan dengan sebaik mungkin.

Page 9: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Sebagai seorang pengguna, terangkan dua cara anda mengamalkan perbelanjaan secara

berhemah.

Menentukan keutamaan semasa berbelanja. Contohnya, membeli barang yang benar-benar perlu sahaja.

Merancang perbelanjaan. Contohnya, menyenaraikan barang yang ingin dibeli.

Menyediakan tabungan. Contohnya, ini dapat dilakaukan dengan amalan berjimat cermat.

Page 10: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Nyatakan dua faedah aktiviti ko-kurikulum kepada pelajar.

Menjalin hubungan baik/ memupuk semangat tolong-menolong. Contohnya, hal ini amat penting bagi Negara kita yang berbilang kaum.

Meningkatkan disiplin diri. Contohnya, ini amat penting dalam kejayaan diri pada masa kelak.

Menambah kemahiran. Contohnya, kemahiran yang dipelajari amat berguna pada masa depan.

Page 11: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

 Nyatakan dua contoh amalan budi bahasa ketika

memandu di jalan raya. (4M)

Memberi laluan kepada kenderaan lain. Contohnya, memberi laluan kepada ambulan dan bomba.

  Mematuhi undang-undang jalan raya.

Contohnya, tidak berlumba-lumba/ merempit/ memtuhi lampu isyarat.

  Tabah semasa menghadapi kesesakan lalu

lintas. Contohnya, jangan bunyi hon dengan kuat.  

Page 12: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Berikan dua tindakan yang boleh diambil oleh Ali untuk memastikan beliau berjaya dalam mata

pelajaran yang dipilihnya. (4M)

Belajar dengan bersungguh-sungguh. Contohnya, dengan mengikut kelas tambahan/ berbincang dengan rakan-rakan atau guru-guru yang berkenaan.

Menguruskan masa dengan baik. Contohnya, membuat jadual waktu dan mematuhi/ mengikuti jadual waktu tersebut.

Page 13: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

 Terangkan dua faedah budaya membaca dalam

kalangan pelajar. (4M)

Mendapatkan ilmu pengetahuan. Contohnya, pelajar dapat mengetahui pelbagai bentuk ilmu / fakta.

  Meningkatkan kemahiran berbahasa. Contohnya,

memperluaskan kosa kata melalui pembacaan.   Memupuk budaya membaca. Contohnya, menjadikan

membaca sebagai amalan hidup.   Mengisi masa lapang dengan cara berfaedah.

Contohnya,, hal ini dapat mengelakkan diri daripada kegiatan negatif.

Page 14: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Jelaskan dua tindakan yang dapat diambil oleh pihak sekolah untuk mengelakkan pelajar-pelajar

melakukan vandalisme. (4M)

Menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah. Contohnya, mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pelaku.

Memberi ceramah/ kempen kesedaran. Contohnya, mendidik dan menyedarkan kepentingan kemudahan awam.

Mempelbagaikan aktiviti ko-kurikulum. Contohnya, hal ini dapat membantu pelajar menggunakan masa dengan cara yang berfaedah.

Page 15: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Jelaskan dua kebaikan jika seseorang pelajar membuat jadual untuk mengisi aktiviti hariannya.

(4M)

Dapat melaksanakan tugas secara sistematik. Contohnya, hal ini kerana semua keja dapat dilaksanakan mengikut jadual.

  Dapat menguruskan masa dengan berkesan.

Contohnya, hal ini membolehkan semua kerja dapat dilaksanakan dengan sempurna.

  Dapat menjimatkan masa. Contohnya, masa yang

dijimatkan dapat digunakan untuk aktiviti lain yang berfaedah.

Page 16: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Terangkan dua faktor yang mendorong golongan pelajar merokok. (4M)

Pengaruh rakan sebaya. Contohnya, pelajar mendapat ajakan daripada kawan yang mempunyai tabiat merokok.

  Sikap ingin mencuba. Contohnya, sikap ini mendorong

pelajar mencuba untuk merokok.   Kurangnya didikan agama. Contohnya, hal ini

menyebabkan golongan pelajar mudah melibatkan diri dalam amalan merokok.

  Kurangnya perhatian ibu bapa. Contohnya, ibu bapa

kesuntukan masa untuk mengawal tingkah laku kerana sibuk bekerja.

Page 17: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Jelaskan dua cara kita boleh menjimatkan penggunaan air. (4M)

Kurangkan masa mandian. Contohnya, tutupkan air sementara menggunakan sabun.

Gunakan air tadahan hujan. Contohnya, air ini dapat digunakan untuk aktiviti seperti mencuci lantai dan lain-lain lagi.

Pastikan paip ditutup dengan ketat. Contohnya, ini dapat mengelakkan air terus menitis untuk mengurangkan pembaziran air.

Maklumkan sebarang kerosakan kepada pihak berkuasa. Contohnya, ini dapat mengelakkan pembaziran air.

Menggunakan semula air yang digunakan. Contohnya, air cuci sayur-sayuran boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga.

Page 18: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Bidang Kekeluargaan

Page 19: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Jelaskan kepentingan mengadakan sambutan hari ibu kepada Keluarga

Keluarga Mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Contohnya,

hubungan erat ini dapat membantu menangkis gejala negatif dalam kelaurga

Mewujudkan semangat perpaduan dalam keluarga. Contohnya, membantu dalam mewujudkan keluarga penyayang.

Negara   Mewujudkan masyarakat yang berakhlak. Contohnya, dapat

mengurangkan gejala sosial.   Meningkatkan imej negara. Contohnya, hal ini keranan Negara

memberi pengiktirafan kepada aset Negara yang berkualiti.

Page 20: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Terangkan dua cara ibu bapa memberi dorongan kepada anak-anak untuk berjaya dalam pelajaran.

(4M)

Menghantar anak ke kelas tuisyen. Contohnya, ini dapat membantu mengukuhkan pembelajaran anak-anak. ( sebagai pengukuhan pembelajaran).

  Memberikan hadiah apabila berjaya. Contohnya, ini

dapat mendorong anak terus berusaha sehingga berjaya.   Membelikan buku-buku rujukan. Contohnya, ini dapat

menambahkan pengetahuan anak-anak.   Menamani anak semasa mereka buat ulang kaji.

Contohnya, ini dapat memastikan anak-anak membuat ulang kaji dengan betul.

Page 21: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Terangkan dua cara untuk meneruskan amalan tradisi kekeluargaan. (4M)

Mengamalkan tradisi dalam keluarga. Contohnya, mengamalkan dalam setiap sambutan perayaan seperti contoh perayaan Tahun Baru Cina/ Hari Raya Puasa/ Deepavali.

Memberi pendidikan / memberi pendedahan kepada anak-anak. Contohnya, mengamalkan adat perkahwinan kaum masing-masing.

Mengadakan promosi. Contohnya, mengadakan sambutan bulan Citra Warna.

Mendokumentasikan/ membukukan/ melalui siaran media massa. Contohnya, menerbitkan buku yang berkaitan dengan amalan tradisi kaum-kaum di Malaysia.

Page 22: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Jelaskan dua kebaikan memiliki keluarga bahagia. (4M)

Menjamin keharmonian keluarga. Contohnya, keluarga bahagia dapat diwujudkan.

  Emosi ahli keluarga stabil. Contohnya, ahli

keluarga akan dapat ketenangan fikiran dan jiwa.   Eratkan hubungan kekeluargaan. Contohnya,

hal ini dapat mengelakkan salah faham dalam keluarga.

Page 23: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Bidang Alam Sekitar

Page 24: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Jelaskan dua kesan kepada manusia jika masalah pencemaran sungai berterusan. (4M)

Menjejaskan kesihatan. Contohnya, pelbagai jenis penyakit akan muncul.

Menjejaskan bekalan air. Contohnya, pencemaran sungai akan menjejaskan bekalan air minuman .

Sumber protein manusia terjejas. Contohnya, hidupan akuatik akan mati akibat pencemaran sungai.

Menjejaskan pendapatan nelayan. Contohnya, hasil tangkapan akan berkurangan dan pendapatan nelayan terjejas.

Page 25: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Jelaskan dua kebaikan kempen Hari Tanpa Beg Plastik kepada alam sekitar. (4M)

Mengatasi masalah pencemaran. Contohnya, beg plastic merupakan antara penyumbang utama sampah.

  Mengekalkan keseimbangan ekosistem. Contohnya,

plastik boleh membawa kesan buruk kepada bumi.   Mengurangkan bahan toksik dalam bumi. Contohnya,

plastik tidak mudah reput   Mengurankan ancaman terhadap haiwan/ hidupan

akuatik. Contohnya, haiwan termakan plastik. Terperangkap dan mati dalam beg plastik. / Hidupan akuatik termakan beg plastik.

 

Page 26: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Terangkan dua cara anda mengamalkan penjagaan alam sekitar dalam kehidupan harian. (4M)

Menjalankan aktiviti-aktiviti kitar semula. Contohnya, hal ini dapat menjimatkan penggunaan sumber.

  Menggunakan kedua-dua muka surat untuk

menulis. Contohnya, hal ini dapat mengelakkan penebangan pokok yang berlebihan.

  Tidak membuang sampah sarap di merata-

rata tempat. Contohnya, hal ini dapat menjamin kebersihan alam sekitar.

Page 27: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Terangkan dua sebab mengapakah sungai-sungai mengalami pencemaran yang teruk.

Pembuangan sampah-sarap di merata-rata. Contohnya, hal ini timbul disebabkan sikap malas dan tidak bertanggungjawab masyarakat.

  Pelepasan sisa toksik/ sisa kilang. Contohnya, hal ini

disebabkan pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab melepaskan toksik ke dalam sungai.

Penggunaan racun serangga/ rumpai yang berlebihan. Contohnya, racun ini meresap ke dalam air bawah tanah dan mengalir ke dalam sungai.

Hakisan tanah dari tapak pembinaan. Contohnya, air hujan membawa tanah hakisan ke dalam sungai dan mencemarkan sungai.

Page 28: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Terangkan dua kepentingan mengadakan kem kesedaran alam sekitar kepada pelajar sekolah. (4M)

Memupuk semangat cintakan alam sekitar. Contohnya, remaja akan lebih menghargai khazanah alam sekitar.

  Memberi kesedaran kepada golongan pelajar.

Contohnya, menyedarkan golongan pelajar tentang kepentingan menghargai alam sekitar.

Memberi pendidikan/ pendedahan kepada golongan pelajar. Contohnya, agar pelajar dapat mengetahu cara-cara memelihara dan memuliharakan alam sekitar.

Page 29: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Hak Asasi Manusia

Page 30: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Terangkan dua tujuan penyertaan atlet Negara dalam suka paralimpik. (4M)

Mengharumkan nama baik negara. Contohnya, kejayaan yang dicapai dapat menaikkan nama Negara di persada dunia.

Berbakti kepada negara. Contohnya, membuktikan bahawa orang kurang berupaya juga dapat menyumbang kepada pembangunan Negara.

Meningkatkan semangat patriotik seseorang. Contohnya, atlit akan berusaha mendapat kejayaan dalam kejohanan sukan untuk menjaga nama baik keluarga di peringkat antarabangsa.

Page 31: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Cadangkan dua aktiviti yang boleh dilakukan sempena menyambut Hari Bumi. (4M)

Gotong-royong membersihkan kawasan seperti sungai, pantai atau tempat rekreasi. Contohnya, agar keindahan dan kebersihan terpelihara.

  Menanam pokok-pokok di kawasan sekolah/ di rumah.

Contohnya, agar dapat menambah kawasan hijau / menyeimbangkan ekosistem/ elakkan peningkatan suhu bumi.

  Menjalankan kempen 3R. Contohnya, ini dapat dilakukan

dengan memberi pendidikan/ kesedaran kepada masyarakat untuk mengelakkan pencemaran dan kepupusan sumber.

Page 32: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Jelaskan dua langkah yang harus diambil oleh anggota masyarakat bagi membantu kanak-kanak

yang didera. (4M)

Lapor kepada pihak berkuasa. Contohnya, menelefon polis atau Jabatan kebajikan untuk mendapatkan bantuan.

  Membantu keluarga yang berkenaan. Contohnya,

memberi nasihat atau sesi kaunseling kepada mereka agar kejadian tersebut dapat dielakkan.

  Prihatin terhadap kejadian penderaan kanak-kanak.

Contohnya, mengambl berat/ mengambil tahu kejadian penderaan yang berlaku di sekitar kita.

Page 33: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Jelaskan dua sumbangan kaum wanita dalam dalam pembangunan Negara. (4M)

Terlibat sebagai pembuat dasar pembangunan Negara. Contohnya, ada kaum wanita yang memegang jawatan menteri seperti …..

  Meningkatkan ekonomi negara. Contohnya, ada wanita

yang berjaya dalam bidang perniagaan, pelancongan, bidang telekomunikasi dan lain-lain.

  Mengharumkan nama negara. Contohnya, ada wanita

yang berjaya dalam bidang sukan/ dunia perfileman seperti Dato Nicole David dan Dato Michelle Yeo.

Page 34: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Terangkan dua cara kerajaan dapat menyedarkan pengguna tentang hak-hak mereka.

Mengadakan pameran. Contohnya, menyedarkan orang ramai tentang fungsi dan peranan pengguna.

  Mengadakan ceramah/ seminar/ motivasi.

Contohnya, menyampaikan maklumat secara terus kepada pengguna.

  Menggerakkan aktiviti kepenggunaan.

Contohnya, ini dapat dilakukan melalui Kelab Pengguna di sekolah.

Page 35: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Konsep 1 Malaysia

Page 36: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Nyatakan dua cara rakyat dapat menjayakan konsep 1 Malaysia. (4M)

Memberi sokongan kepada aktiviti-aktiviti satu Malaysia. Contohnya, mengadakan rumah terbuka dalam setiap perayaan di Malaysia.

Mengadakan aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum. Contohnya, aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan perumahan./ kampung.

Page 37: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Jelaskan dua program yang dapat dijalankan oleh pihak sekolah untuk merealisasikan gagasan 1

Malaysia. (4M)

Program Sekolah Penyayang. Contohnya, program ini dapat membantu memupuk semangat gotong royong dan saling membantu dalam warga sekolah.

  Program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk

Perpaduan). Contohnya, program yang merupakan aktiviti sukan dan permainan yang diadakan untuk tujuan memupuk perpaduan pelajar sekolah.

  Kempen 1 Malaysia. Contohnya, program ini dapat

dijalankan melalui ceramah / pameran agar maklumat dapat disampaikan secara terus kepada pelaajr sekolah.

Page 38: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Kejayaan Individu

Kejayaan Individu

Page 39: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Terangkan dua kebaikan anak Malaysia menyertai aktiviti yang mencabar.

Mengharumkan nama negara. Contohnya, negara akan menjadi terkenal di persada dunia.

  Memberi dorongan kepada atlik Negara yang lain.

Contohnya, lebih ramai akan menyertai aktiviti mencabar dengan semangat Malaysia Boleh.

  Menghasilkan masyarakat Malaysia yang

bersemangat waja. Contohnya, masyarakat dapat berbakti kepada Negara.

Page 40: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Terangkan dua usaha yang harus dilakukan oleh pelajar untuk berjaya dalam pertandingan Forum Remaja.

Mencari bahan bermutu. Contohnya, membuat rujukan/ mencari idea dengan melayari internet/ mengunjungi perpustakaan /kedai buku.

Mengamalkan sikap berpasukan/ kerja berpasukan. Contohnya, berlatih secara berkumpulan

Bantu-membantu dalam pelaksanaan forum. Contohnya, mendapat bantuan guru-guru pakar yang berkaitan.

Page 41: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Hubungan antara negara

Hubungan Antara Negara

Page 42: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Terangkan dua bidang kerjasama antara Malaysia dengan Negara luar. (4M)

Bidang sosial. Contohnya, kebudayaan, bencana alam, sukan.

  Bidang pendidikan. Contohnya, program pertukaran

pelajar.   Bidang ekonomi. Contohnya, perdagangan dua hala,

pertukaran teknologi, R & D.   Bidang politik. Contohnya, lawatan diplomatik.

Page 43: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Jelaskan dua kebaikan Negara kita membantu Negara lain dalam pelbagai bidang.

Merapatkan hubungan diplomatik. Contohnya, mewujudkan perdagangan antarabangsa.

Mendapat tempat di mata dunia. Contohnya, imej dan nama baik negara akan meningkat.

  Pertukaran kepakaran akan berlaku. Contohnya,

mendapatkan kemahiran teknologi / perubatan/ pendidikan.   Mendapat bantuan Negara lain. Contohnya, Negara lain

akan membantu jika Negara dilanda masalah. / Contohnya, Negara mudah mendapat bantuan apabila dilanda masalah.

Page 44: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Jelaskan dua kepentingan menjalin hubungan baik dengan Negara lain. (4M)

Menjaga keselamatan bersama. Contohnya, membantu dalam menangani masalah lanun.

Perkongsian pelbagai teknologi dan kemahiran. Contohnya, pertukaran teknologi dan kemahiran yang membantu dalam pembangunan Negara.

Meningkatkan industri pelancongan. Contohnya, Negara makan menjadi destinasi pelancongan.

Meningkatkan ekonomi. Contohnya, hal ini demikian kerana kadar impot dan eksport meningkat. Perdagangan dua hala bertambah.

Mendapat bantuan kemanusiaan. Contohnya, mendapat bantuan semasa Negara dilanda bencana alam.

Page 45: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Patriotisme

Page 46: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Terangkan dua cara kerajaan dan pihak swasta mengamalkan nilai kebebasan beragama.

Memberi cuti sambutan perayaan. Contohnya, agar para penganut dapat membuat persiapan menyambut perayaan./ atau meluangkan masa bersama ahli keluarga.

  Waktu rehat tengah hari Jumaat dipanjangkan.

Contohnya, agar umat Islam dapat bersembahyang di surau atau masjid.

  Pihak majikan dapat memberi wang pendahuluan

perayaan. Contohnya, agar dapat meringankan beban para pekerja membeli keperluan sambutan perayaan.

  Menyediakan surau/ bilik solat. Contohnya agar umat

Islam dapat menunaikan solat.  

Page 47: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Terangkan dua cara lain rakyat dapat menunjukkan kesetiaan kepada Negara. (4M)

Menyokong dasar negara. Contohnya, menyertai Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia.

Tidak terpengaruh dengan berita media luar negara. Contohnya, berita yang memburuk-burukkan nama baik Negara.

Mengekalkan keamanan yang dikecapi sekarang. Contohnya, tidak menyentuh perkara-perkara sensitif yang akan mengancam keselamatan negara.

Page 48: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Terangkan dua sebab rakyat perlu mengamalkan Rukun Negara. (4M)

Mempunyai semangat sayang akan negara. Contohnya, ini merupakan salah satu prinsip dalam rukun Negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara.

  Membentuk masyarakat beradab sopan. Contohnya, ini

menepati prinsip Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan.

  Membentuk manusia yang mempunyai pegangan

hidup. Contohnya, hal ini selaras dengan prinsip Rukun Negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan.

Page 49: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Jelaskan dua sebab rakyat perlu memberi sokongan kepada barangan buatan Malaysia. (4M)

Meningkatkan ekonomi negara. Contohnya, beli barangan buatan tempatan dapat menjana pertumbuhan ekonomi Negara.

Membangunkan industri tempatan. Contohnya, permintaan yang banyak akan meningkatkan pengeluaran.

Menambahkan peluang pekerjaan. Contohnya, ini dapat membantu mengurangkan kadar pengagangguran.

Page 50: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Terangkan dua faedah melalui pelaksanaan hak memilih dan mengamalkan agama masing-masing.

Menjaga keharmonian hidup masyarakat pelbagai kaum di Negara. Contohnya, hal ini membolehkan rakyat hidup dalam aman dan damai / tiada prasangka.

Dapat menyatupadukan rakyat yang berlainan agama. Contohnya, saling memahami amalan agama masing-masing.

Meningkatkan bilangan pelancongan. Contohnya, hal ini dapat meningkatkan ekonomi Negara.

Menaikkan imej negara. Contohnya, hal ini demikian kerana Negara menjadi destinasi pelancongan asing.

  Berpeluang meraikan sambutan agama. Contohnya,

mengeratkan hubungan antara kaum yang berlainan agama.

Page 51: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Mematuhi Peraturan dan Undang-Undang

Page 52: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Terangkan kesan buruk skim cepat kaya seperti pelaburan emas kepada pihak berikut:

Pelabur Menghadapi kerugian. Contohnya, pelabur tidak

mendapat keuntungan kerana melabur ke dalam syarikat pelaburan yang tidak sah.

Negara Ekonomi Negara terjejas. Contohnya, pelabur-

pelabur asing tidak akan melabur ke negara tersebut kerana hilang keyakinan terhadap sesebuah negara.

Page 53: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Huraikan dua kepentingan mematuhi undang-undang di Negara kita. (4M)

Mengekalkan keamanan Negara. Contohnya, kes jenayah dapat dikurangkan.

Memberi perlindungan/ pembelaan kepada masyarakat. Contohnya, menghukum pesalah-pesalah dan memberi perlindungan kepada yang teraniaya.

Page 54: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Terangkan dua langkah kerajaan untuk membanteras masalah perbuatan bermain mercun.

Mengadakan kempen kesedaran. Contohnya, hal ini dapat menyedarkan masyarakat tentang kesan buruk bermain mercun.

  Menguatkuasakan undang-undang.

Contohnya, mengadakan denda/ saman maksimum.

  Megadakan larangan penjualan. Contohnya,

hal ini menyebabkan ketiadaan bekalan mercun dalam pasaran.

Page 55: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Terangkan dua kesan pendatang asing tanpa izin kepada Negara. (4M)

Meningkatkan kes jenayah. Contohnya, kes merompak, mencuri dan lain-lain.

  Mengurangkan peluang pekerjaan orang

tempatan. Contohnya, penduduk tempatan akan menganggur.

  Pengaliran wang keluar negara. Contohnya,

hal ini akan menjejaskan ekonomi negara.  

Page 56: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Penglibatan diri dalam pembangunan negara

Page 57: Soalan KBKK Pendidikan Moral.pptx

Jelaskan dua kepentingan aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Lions dalam pembangunan Negara. (4M)

Dapat menyediakan kemudahan infrastruktur kepada rakyat. Contohnya, membina perhentian bas untuk kebajikan masyarakt.

  Dapat membantu golongan kurang berupaya.

Contohnya, menyediakan kemudahan/ peeralatan khas untuk membantu mereka.

  Dapat meningkatkan pengetahuan masyarakat.

Contohnya, menambahkan bahan-bahan bacaan dalam perpustakaan sekolah atau awam.

  Dapat meningkatkan taraf hidup rakyat. Contohnya,

masyarakat dapat menikmati kemudahan yang disediakan.