kbat 3 latihans

3
Petikan 1 Selasa, 13 Mac 2014 Bertolak pada pukul 8.30 malam dari stesen bas di Jalan Abu Bakar menuju ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas Ekspress Mutiara. Aku dan dua belas orang rakan berserta 3 orang guru pengiring berasa amat gembira kerana impian kami tercapai. Hampir lapan jam dalam perjalanan, akhirnya kami tiba di Hentian Putra. Sebuah kenderaan khas menjemput kami lalu dibawa ke sebuah hotel tempat penginapan. Rabu, 14 Mac 2014 Selepas sarapan pagi, kami mula bersiap-siap untuk mengadakan latihan. Cikgu Normah selaku jurulatih mengingatkan kami supaya mematuhi setiap arahan dan nasihat yang diberikan. Maklumlah setiap peserta yang berjaya memasuki peringkat akhir hebat-hebat belaka. Khamis, 15 Mac 2014 Semua peserta berkumpul. Pertandingan Nasyid Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada pukul 9.00 pagi di Auditorium Besar Angkasapuri. Kami akan cuba sedaya upaya memberi persembahan terbaik. Akhirnya, keresahanku berakhir. Pasukan dari Johor diisytihar sebagai juara. Kami menitiskan air mata tanda gembira, sekaligus dapat menunaikan harapan Encik Hamdan, guru besar kami. Jumaat, 16 Mac 2014 Bersiap-siap untuk pulang. Sebelum itu, kami dibawa bersiar-siar di sekitar Bandar Raya Kuala Lumpur. Aku membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang. Pada

Upload: saravanakumar-perumal

Post on 05-Sep-2015

226 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

s

TRANSCRIPT

Petikan 1

Selasa, 13 Mac 2014

Bertolak pada pukul 8.30 malam dari stesen bas di Jalan Abu Bakar menuju ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas Ekspress Mutiara. Aku dan dua belas orang rakan berserta 3 orang guru pengiring berasa amat gembira kerana impian kami tercapai. Hampir lapan jam dalam perjalanan, akhirnya kami tiba di Hentian Putra. Sebuah kenderaan khas menjemput kami lalu dibawa ke sebuah hotel tempat penginapan.

Rabu, 14 Mac 2014

Selepas sarapan pagi, kami mula bersiap-siap untuk mengadakan latihan. Cikgu Normah selaku jurulatih mengingatkan kami supaya mematuhi setiap arahan dan nasihat yang diberikan. Maklumlah setiap peserta yang berjaya memasuki peringkat akhir hebat-hebat belaka.

Khamis, 15 Mac 2014

Semua peserta berkumpul. Pertandingan Nasyid Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada pukul 9.00 pagi di Auditorium Besar Angkasapuri. Kami akan cuba sedaya upaya memberi persembahan terbaik. Akhirnya, keresahanku berakhir. Pasukan dari Johor diisytihar sebagai juara. Kami menitiskan air mata tanda gembira, sekaligus dapat menunaikan harapan Encik Hamdan, guru besar kami.

Jumaat, 16 Mac 2014

Bersiap-siap untuk pulang. Sebelum itu, kami dibawa bersiar-siar di sekitar Bandar Raya Kuala Lumpur. Aku membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang. Pada malam ini kami akan meninggalkan Kuala Lumpur. Kami pulang dengan seribu kenangan manis yang tidakmungkin kami lupakan.

Petikan 2

Akibat terlalu penat setelah sepanjang hari bekerja di dewan bedahnya, Doktor Rahmat, pakar saraf yang terkenal di negara ini telah tertidur di atas kerusinya. Tidak seperti hari-hari sebelumnya, cuaca pada malam itu amat dingin dan hujan turun dengan lebat di seluruh Bandar Raya Kuala Lumpur.

Tiba-tiba, Doktor Rahmat terjaga daripada tidurnya apabila loceng pintu biliknya berbunyi. Ketika pintu dibuka, didapati berdiri tegak seorang kanak-kanak perempuan yang agak sebaya dengan anak sulungnya yang bakal menduduki UPSR pada tahun hadapan. Keadaannya basah kuyup dan menggigil kesejukan.

"Saya minta maaf kerana mengganggu doktor pada malam-malam begini," kata kanak-kanak itu. "Tetapi saya terpaksa kerana ibu saya sedang sakit tenat. Saya harap doktor dapat membantu ibu saya," tambahnya lagi.

Doktor Rahmat segera mangambil kelengkapannya dan mengekori kanak-kanak itu sehingga sampai ke sebuah rumah usang. Doktor Rahmat terus dibawa ke bilik untuk menemui ibu kanak-kanak berkenaan. Setelah diamati, Doktor Rahmat mendapati ibu kanak-kanak itu merupakan bekas orang gajinya.

Beliau merawat dan memberikan ubat kepada wanita itu. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada wanita itu kerana mempunyai seorang anak yang bertanggungjawab."Anak!" kata wanita itu. Dia kehairanan dan memandang tepat ke arah Doktor Rahmat. "Anak tunggal saya telah meninggal dunia sebulan yang lalu. Kasut dan pakaiannya ada disimpan di dalam almari buruk itu."

Doktor Rahmat meluru ke arah almari tersebut dan terus membukanya. Didapati kasut dan pakaian itu sama dengan yang dipakai oleh kanak-kanak tadi. Doktor Rahmat cuba mencari kanak-kanak itu, namun hinggaakhir hayatnya beliau gagal menemuinya.