integriti presentation

19
INTEGRITI

Upload: heap-ke-xin

Post on 05-Oct-2015

259 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

,,,,,,,,,

TRANSCRIPT

Matlamat agenda integriti boleh dicapai dengan mengatur strategi pelaksanaan untuk pelbagai institusi masyarakat dan negara.Jelaskan strategi-strategi yang dilaksanakan dalam Pelan Integriti Nasional(PIN) dan faktor-faktor yang menjejaskan integriti.

INTEGRITI

Matlamat agenda integriti boleh dicapai dengan mengatur strategi pelaksanaan untuk pelbagai institusi masyarakat dan negara.Jelaskan strategi-strategi yang dilaksanakan dalam Pelan Integriti Nasional(PIN) dan faktor-faktor yang menjejaskan integriti.

PENDAHULUANIntegriti merujuk kepada kejujuran dan objektiviti,tahap tatasusila yang tinggi,dan penuh tanggungjawab dalam pengawasan dana dan sumber awam serta pengurusan hal ehwal agensi.Persoalannya,apakah strategi-strategi yang dilaksanakan dalam Pelan Integriti Nasional(PIN) dan faktor-faktor yang menjejaskan integriti?

Strategi-Strategi yang dilaksanakan dalam Pelan Integriti Nasional(PIN)

STRATEGI 1:PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI KELUARGA Pembangunan keluarga dan insan yang berintegriti melalui pembinaan keluarga bahagia. Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan jasmani dan rohani. Pemantapan nilai-nilai murni sebagai asas pembentukan identiti.

STRATEGI 2: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK KOMUNITI Pengukuhan nilai-nilai murni kejiranan dan komuniti.Pemantapan pertubuhan dan institusi asas dalam komuniti.Pengukuhan semangat patriotisme dan perpaduan antara kaum serta kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar.

STRATEGI 3: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK MASYARAKAT SIVILPeningkatan integriti masyarakat sivil badan bukan kerajaan (NGO);Peningkatan sumbangan NGO kepada usaha pemantapan integriti; danPengukuhan kerjasama antara NGO, kerajaan dan swasta untuk pemantapan integriti.

STRATEGI 4: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI SOSIOBUDAYAPembinaan insan yang berintegriti dalam persekitaran sosiobudaya yang berintegriti;Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan, jasmani dan rohani; danPemantapan nilai-nilai murni, perpaduan dan pembentukan identiti warganegara.

STRATEGI 5: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI AGAMAPeningkatan kerjasama, persefahaman dan saling menghormati antara penganut pelbagai agama;Penghayatan dan pengalaman nilai-nilai murni ajaran agama; danPeningkatan penghayatan dan pengamalan ajaran agama Islam sebagai agama kemajuan.

STRATEGI 6: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI EKONOMIPemantapan integriti sektor korporat;Peningkatan komitmen sektor korporat terhadap pertanggungjawaban sosial;Pengembangan dan pengukuhan budaya niaga yang beretika;Pengukuhan perpaduan antara perpaduan antara kumpulan etnik dan antara wilayah melalui aktiviti ekonomi.

STRATEGI 7: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI POLITIKPengekalan keluhuran Perlembagaan dan sistem politik negara;Pengekalan kedeaulatan dan peningkatan keutuhan institusi parlimen sebagai institusi penggubal undang-undang yang luhur;Pengalaman politik yang berintegriti serta pengembangan budaya politik yang sihat, beretika, matang dan demokratik mengikut acuan sendiri; danPemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan tadbir urus terbaik.

STRATEGI 8: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI PENTADBIRANPemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan tadbir urus terbaik; Peningkatan integriti jentera pentadbiran awam.

Faktor-faktor yang Menjejaskan Integriti

INDIVIDUKemerosotan integriti disebabkan diri sendiri. Individu yang lemah didikan agama dan penghayatan nilai-nilai murni, lemah disiplin diri dan etika kerja, serta tamak dan mementingkan diri akan menyebabkan integritinya semakin merosot.Tekanan hidup juga boleh menyebabkan individu terlibat dalam kegiatan jenayah.

KEPIMPINAN Kepimpinan sangat penting dalam mencorakkan budaya organisasi dan masyarakat serta tahap integriti. Kepimpinan pelbagai peringkat perlu mempunyai azam dan iltizam yang teguh untuk memberikan pedoman dan tunjuk ajar serta melakukan perubahan untuk kebaikan.Iltizam yang lemah akan merosotkan integriti.Pemimpin perlu mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.Sekiranya,pemimpin mengeluarkan arahan yang bercanggah dengan peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan akan menjejaskan integriti.

SISTEM DAN PROSEDUR Kurang ketelusan dalam urusan yang melibatkan kepentingan awam, misalnya dalam urusan tender;Kelemahan sistem, prosedur dan garis panduan bagi menjalankan tugas.Penguatkuasaan yang tidak berkesan.Kurang pemantauan dan penilaian tentang keberkesanan sesuatu strategi atau program;Keupayaan sumber yang terhad sama ada sumber manusia ataupun material sehingga menjejaskan keupayaan penguatkuasaan;Kerangka undang-undang yang tidak kemaskini, lapuk dan kurang jelas.

STRUKTUR DAN INSTITUSI Struktur dan institusi ialah komponen penting dalam menjamin kelancaran pentadbiran Kerajaan, swasta dan masyarakat umum. Institusi yang mempunyai matlamat/kepentingan yang bertentangan antara satu sama lain akan memjejaskan intergriti.Pertentangan secara berterusan boleh menyebabkan kecelaruan dan krisis nilai.Skop,tugas dan tanggungjawab antara institusi perlu diperincikan dan dikoordinasikan dengan baik.

BUDAYA Persekitaran amat penting dalam mempengaruhi individu dari segi pembentukan nilai dan tingkah lakunya. Budaya dipengaruhi oleh sejarah dan perkembangan semasa. Budaya yang menjunjung tinggi integriti akan memberi persekitaran yang sesuai untuk individu tidak menyimpang dalam tingkah lakunya.Budaya yang sebaliknya akan mempengaruhi mereka untuk tidak ambil peduli dan melepaskan tanggungjawab kepada orang lain

KESIMPULANAkhir kalam,marilah kita berganding bahu supaya matlamat agenda integriti boleh dicapai.