kawasan berlakunya kebangkitan di pahang pada tahun 1890

13
Kawasan berlakunya kebangkitan di Pahang pada tahun 1890-an. 17. Walaupun perjuangan Dato' Bahaman dan pengikutnya gagal, tetapi semangat perjuangan yang ditunjukkan itu turut menggugat kedudukan British di Pahang. 18. Kesan peperangan di Pahang : (a)British menanggung hutang yang banyak. (b)Sultan Ahmad dipaksa membayar 7 200 dolar setahun kepada British. Mat Salleh Menyanggah SBUB 1.Latar belakang Mat Salleh (a)Dilahirkan di Inanam. (b)Berketurunan Bajau dan Suluk. (c)Pemerintah di Sungai Sugut. 2.Sifat keberanian dan kepahlawanan Mat Salleh dapat dilihat semasa kebangkitannya menentang Syarikat Borneo Utara British di Sabah. 3.Antara faktor yang membawa keapda penentangan Mat Salleh terhadap SBUB ialah: (a) Perjuangan jihad (i)Mat Salleh terpengaruh dengan semangat perjuangan jihat orang Sulu

Upload: dwi-rafika-retno

Post on 04-Jul-2015

691 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kawasan Berlakunya Kebangkitan Di Pahang Pada Tahun 1890

Kawasan berlakunya kebangkitan di Pahang pada tahun 1890-an.

17. Walaupun perjuangan Dato' Bahaman dan pengikutnya gagal, tetapi semangat

perjuangan

yang ditunjukkan itu turut menggugat kedudukan British di Pahang.18. Kesan peperangan di Pahang :

(a)British menanggung hutang yang banyak.(b)Sultan Ahmad dipaksa membayar 7 200 dolar setahun kepada British.

Mat Salleh Menyanggah SBUB1.Latar belakang Mat Salleh

(a)Dilahirkan di Inanam.(b)Berketurunan Bajau dan Suluk.(c)Pemerintah di Sungai Sugut.

2.Sifat keberanian dan kepahlawanan Mat Salleh dapat dilihat semasa

kebangkitannya

menentang Syarikat Borneo Utara British di Sabah.

3.Antara faktor yang membawa keapda penentangan Mat Salleh terhadap SBUB

ialah:

(a) Perjuangan jihad

(i)Mat Salleh terpengaruh dengan semangat perjuangan jihat orang Sulu

menentang

Sepanyol di sekitar Filipina.

(b)Pengenalan peraturan yang membebankan.

Page 2: Kawasan Berlakunya Kebangkitan Di Pahang Pada Tahun 1890

(i)Peraturan baru yang diperkenalkan oleh British termasuklah amalan buruh

paksa, cukai beras dan lesen perahu.

(ii)Peraturan ini membebankan rakyat Sabah.

(c)Percubaan rundingan gagal (Ogos 1895)

(i)Mat Salleh dan pembesar tempatan pergi ke SAndakan untuk menemui Gabenor

Beaufort iaitu C.V. Creagh.

(ii)Beliau ingin mengadu tentan gmasalah cukai dan kekejaman pegawai SBUB

terhadap penduduk tempatan.

(iii)Namun Mat Salleh tidak dilayan biarpun menunggu selama sepuluh hari.

(d)Perkampungan Mat Salleh dibakar.

(i)Tindakan membakar dan memusnahkan perkampungan Mat Salleh diambil

Kerana Gabenor Beaufort menganggap Mat Salleh telah mengancam

kepentingan SBUB.

(ii)Hadiah sebanyak 500 dolar ditawarkan kepada sesiapa yang berjaya menangkap

Mat Salleh.

4.Pada bulan Julai 1897, Mat Salleh telah mendirikan kubu di Ranau dan membakar

Pulau Gaya.

5.Mat Salleh meneruskan perjuangannya dengan bertindak membakar Ambong

pada bulan November 1897.

6.Pengarah Urusan SBUB iaitu William Cowie menawarkan perdamaian dan

Pengampunan kepda Mat Salleh kerana tidak berupaya untuk menewakan Mat

Salleh.

7.Satu rundingan telah diadakan antara Mat Salleh dan Cowie di Menggatal pada

bulan April 1898.

Page 3: Kawasan Berlakunya Kebangkitan Di Pahang Pada Tahun 1890

Kawasan kebangkitan Mat Salleh8.SBUB tidak menepati janji kerana telah mengambil alih semua pentadbiran Tambunanpadatahun 1899.9.Mat Salleh meneruskan semula penentangannya terhadap SBUB dengan membina kubudiKampung Teboh, Tambunan.10. Kubu Mat Salleh diserang secara besar-besaran oleh SBUB dan pada bulan Januari 1900,pihak SBUB berjaya mengalahkan perjuangan Mat Salleh.11. Mat Salleh telah terkorban dalam pertempuran tersebut.Namun perjuangannya masihditeruskan oleh pengikutnya iaitu Mat Sator dan Kamunta.12. Kebangkitan perjuangan Mat Salleh dapat ditamatkan sepenuhnya pada bulan Julai1902Antanom Pahlawan Anak Rimba Berjiwa Besar

Page 4: Kawasan Berlakunya Kebangkitan Di Pahang Pada Tahun 1890

1.Latar belakang Antanom :(a)Nama sebenarnya ialah Ontoros anak lelaki Antanom.(b)Dilahirkan pada tahun 2875.(c)Merupakan ketua kaum Murut di Rundum.

2.Antanom telah memimpin orang Murut menentang SBUB yang dikatakan menindaskaumnya.3.Antara tindakan SBUB yang menyebabkan penentangan ialah:

(a)Orang Murut dilarang membuka tanah baru.(i)Hak orang Murut diceroboh apabila SBUB melarang mereka membuka tanahbaru.(ii)Kesannya ialah mereka kekurangan beras.

(b)SBUB mengenakan cukai yang membebankan orang Murut.

(c)Orang Murut dijadikan buruh paksa.(i)Mereka dikerah oleh SBUB untuk membina jalan di pedalaman dan memasangkawat telegraf antara Tenom dengan Rundum.

(d)SBUB bertindak zalim ke atas suami isteri kaum Murut.(i)Mereka dipaksa tinggal secara berasingan di sebelah-menyebelah tebing sungai.(ii)Setiap kunjungan akan dikenakan bayaran satu dolar.(iii)Sekiranya orang Murut mempunyai dua orang anak, SBUB akan mengambil

Page 5: Kawasan Berlakunya Kebangkitan Di Pahang Pada Tahun 1890

salahseorang anak itu untuk dijadikan buruh paksa.

(e)SBUB telah menceroboh kawasan hutan.(i)Kawasan hutan diceroboh untuk pembinaan jalan.(ii)Tindakan itu ditentang oleh kaum Murut kerana percaya pencerobohan hutanakan mengganggu roh nenek moyang mereka.Kawasan kebangkitan Antanom4.Pada bulan Februari 1915, Antanom telah menyatukan orang Murut untuk menyerangPensiangan dan membakar bangunan kerajaan.5.Pada bulan Mac 1915, Antanom bersama 600 orang pengikutnya telah menyerangRundum.6.Pejabat kerajaan SBUB di Rundum berjaya dimuanahkan dan bilangan pengikutAntanommeningkat kepada 900 orang.7.Untuk mengukuhkan kedudukannya, Antanom telah membina kubu pertahanan diSungaiSelangit yang mengandungi tujuh buah rumah bawah tanah.8.Pada bulan April 1915, SBUB telah menghantar 400 orang tentera untuk menyerang kubuAntanom.

Page 6: Kawasan Berlakunya Kebangkitan Di Pahang Pada Tahun 1890

9.Pertempuran yang sengit berlangsung selama enam minggu.10.Kesan penentangan:

(a)Antanom dan 400 orang Murut terkorban.(b)Lapan orang kanan Antanom dibuang daerah ke Kudat.(c)Orang Murut dipaksa menjadi buruh paksa untuk memasang kawat telegraf dariKimanis hingga ke Keningau.(d)Orang Murut dipaksa bersumpah untuk taat setia kepada SBUB.11. Namun kaum Murut enggan tunduk kepada perintah SBUB lalu mengambil keputusanberpindah ke pedalaman Kalimantan.Tok Janggut Pejuang Jihad1.Haji Mat Hassan bin Munas atau Tok Janggut dilahirkan pada tahun 1853 di Kampung,Jeram, Pasir Puteh, Kelantan.2.Dikenali sebagai Tok Janggut kerana menyimpan janggut hingga ke paras dada. Beliaujuga pakar dalam ilmu persilatan.3.Faktor-faktor penentangan Tok Janggut:(a)Peraturan tanah(i)Peraturan cukai yang mewajibkan petani membayar cukai ditentang oleh TokJanggut.(b)Pengenalan cukai yang membebankan(i)Cukai pokok kelapa, pokok pisang, sirih, kerbau dan lembu perlu dibayar olehpetani.(c)Perasaan anti-British

(i)Selepas kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang oleh British pada Perang DuniaPertama, umat Islam telah diseru agar berjihad menentang Barat oleh kerajaanTurki.(ii)Seruan tersebut telah disahut oleh Tok Janggut di Pasir Puteh

(d)Pembayaran cukai yang menyusahkan

(i)Pejabat bayaran cukai yang terletak jauh ke bandar telah membebankan

penduduk

tempatan untuk membayar cukai.

(ii)Pegawai British pula akan menangkap dan mendenda sesiapa yang gagal

membayar cukai.Hal ini telah menimbulkan kemarahan rakyat tempatan.

4.Kronologi ringkas tentang penentangan Tok Janggut di Pasir Puteh :

(a)28 April 1915

(i)Tok Janggut telah ditangkap oleh Sarjan Che Wan yang dihantar oleh Encik

Page 7: Kawasan Berlakunya Kebangkitan Di Pahang Pada Tahun 1890

Abdul

Latif , Pegawai Daerah Pasir PUteh kerana gagal membayar cukai.

(ii)Sarjan Che Wan telah ditikam oleh Tok Janggut setelah perbalahan berlaku di

antara mereka.

(b)29 April 1915

(i)Satu serangan ke atas Pasir Puteh telah dilancarkan oleh sebuah angkatan

tentera

yang diketuai Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che

Sahak

Merbol.

(ii)Pasir Puteh telah diisytiharkan sebagai kawasan bebas daripada anasir British

dan

mereka telah menduduki kawasan tersebutselama tiga.

(iii) Tok Janggut telah dilantik sebagai Perdana Menteri manakala Ungku Besar

Jeram,

Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh.

(c)9 Mei 1915

(i)Hadiah sebanyak 500 dolar telah ditawarkan oleh British kepada sesiapa yang

berjaya menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya.

(d)23 Mei 1915

(i)Keengganan Tok Janggut dan pengikutnya menyerah diri telah menyebabkan

rumah beliau dibakar oleh British.

(ii)Kemudian, sekali lagi Pasir Puteh telah diserang oleh Tok Janggut.

(e)24 Mei 1915

(i)Dalam pertempuran di antara British dengan Tok Janggut yang berkubu di

Kampung Dalam Pupuh, Saring, Tok Janggut telah terkorban.

(ii)Mayat beliau telah diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu dan digantung

Songsang di Padang Balai Besar, Kota Bharu selama empat jam.

(iii) Mayat Tok Janggut kemudiannya dibawa ke Pasir Pekan untuk dikebumikan

Page 8: Kawasan Berlakunya Kebangkitan Di Pahang Pada Tahun 1890

Kawasan kebangkitan Tok Janggut menentang Britishdi KelantanHaji Abdul Rahman Limbong Pejuang Tani1.Nama sebenar beliau ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid.Digelar HajiAbdulRahman Limbong kerana selalu melawat Limbong, Kemaman untukmengajar agama.2.Perjuangan beliau dikenali sebagai Kebangkitan Tani kerana membela nasib petani yang

Page 9: Kawasan Berlakunya Kebangkitan Di Pahang Pada Tahun 1890

ditindas di Terengganu.3.Antara faktor Kebangkitan Tani ialah :(a)Penguatkuasaan undang-undang binatang buas(i)Penduduk dilarang memburu binatang liar setelah Undang-Undang KawalanBinatang Buas dibuat pada tahun 1923.(ii)Denda sebanyak 500 dolar akan dikenakan dan senapang akan dirampas jikalauperaturan tersebut diingkar.(b)Peraturan tanah baru(i)Penduduk diwajibkan untuk mendaftar tanah mereka dengan bayaran

sebanyak2.50 ringgit setiap seorang berikutan peraturan tanah yang dibuat pada tahun1924.

(c)Pas kebenaran yang membebankan(i)Petani handaklah mendapatkan pas terlebih dahulu sebelum membuka tanahdanbercucuk tanam seperti yang telah dinyatakan di dalam peraturan tanahyangdibuat pada thun 1921.(d)Pengaruh pemimpin agama(i)Tanah merupakan hak Allah dan rakyat bebas untuk mengerjakannya tanpaperlumembayar sebarang cukai merupakan penegasan yang ditekankanbanyak kalioleh Haji Abdul Rahman Limbong.4.Kebangkitan Tani dan tindak balas British terhadap kebangkitan tersebut:(a)Tahun 1922(i)Penentangan telah dilakukan oleh petani di Kuala Telemong denganmembersihkan tanah tanpa mendapatkan pas kebenaran.Tindak balas British(i)Seramai 43 orang petani telah ditangkap oleh British untuk didakwa di

mahkamah.(ii)Hujah beliau sebagai peguam sukar dipatahkan oleh pihak British.(iii) Petani-petani tersebut telah berjaya dibebaskan.(b)Tahun 1925

(i)Setelah mengetahui tindakan British yang ingin memberi konsesi tanah kepadaorang Cina, maka satu perhimpunan petani telah diadakan di Kuala Telemong.(ii)Tanah yang dimiliki oleh Tengku Nik Maimunah dan 400 ekar tanah kerajaan

telahdikerjakan oleh petani tersebut.Tindak balas British(i)Sultan Sulaiman telah didesak oleh British untuk bertindak terhadap Haji AbdulRahman Limbong.(ii)Beliau telah menjelaskan kepada sultan bahawa pentadbiran British di KualaBerang telah melampaui batas.(c)Tahun 1928(i)Sikap British yang ingin mengambil tindakan terhadap petani yang engganmembayar cukai telah menyebabkan seramai 1000 orang petani berkumpul di

Page 10: Kawasan Berlakunya Kebangkitan Di Pahang Pada Tahun 1890

Marang, Kuala Telemong dan Kuala Berang.(ii)Balai Polis dan bangunan kerajaan Kuala Berang telah berjaya diduduki olehparapetani dan mereka telah mengisytiharkan perang terhadap British.Kawasan yang terlibat dengan kebangkitanTerengganu 1922-1928Tindak balas British(i)British telah cuba mendapatkan bantuan daripada Negeri-Negeri MelayuBersekutu.

(ii)Seramai 12 orang petani telah terkorban dalam pertempuran yang berlaku di

Padang Kacong dan semua pemimpin petani serta Haji Abdul Rahman Limbong

telah berjaya ditangkap.(iii) Haji Abdul Rahman Limbong telah dijatuhi hukuman buang negeri ke Makkah.

Page 11: Kawasan Berlakunya Kebangkitan Di Pahang Pada Tahun 1890

KESIMPULAN1.Zaman penjajahan yang berlaku di negara kita menyebabkan penduduk hidup dalampenderitaan kerana ditinda oleh penjajah.2.Keperitan hidup ini telah membangkitkan semangat para pejuang tanah air untukmengembalikan maruah bangsa dan negara.3.Walaupun perjuangan penduduk tempatan dapat dipatahkan oleh British, namunsemangatdan sikap keberanian mereka amat dikagumi dan menjadi sumber inspirasikepadapejuang seterusnya.