perkara asas dalam agenda kebangkitan ummah · pdf filememulihkan sistem pendidikan 244 ......

331
PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH 1 Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah ع ا أ ا ا( ا ا ا ةا ) Dr Abdul Hamid Al-Ghazali ا ا ا ا

Upload: dinhhuong

Post on 05-Feb-2018

283 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

1

Perkara Asas

Dalam Agenda

Kebangkitan

Ummah

أ��� �� ا����ع ���

ا��� ���� ا����� �� ا���� ا�� � ��� ا��� ) � �� ( �ا�ة

Dr Abdul Hamid Al-Ghazali

ا��$�� #�� ا�� � ا"!ا�

Page 2: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

2

KANDUNGAN

PRAKATA 10

MUKADIMAH 13

Bahagian I: Mengapa tajuk ini ditulis semula? 14

Bahagian II: Method kajian 21

BAB 1: METHODOLOGI SEBUAH AGENDA KEBANGKITAN

Fasal 1: Asas Methodologi Agenda Kebangkitan 24

Mukadimah: Sekitar asas-asas rangka kerja dalam agenda

kebangkitan 25

Bahagian I: Mengenalpasti cabaran yang dihadapi ummah 27

Bahagian II: Kajian terhadap sejarah dan situasi semasa 29

Bahagian III: Rumusan kajian 30

Bahagian IV: Tindakan susulan daripada hasil kajian 31

Fasal 2: Kajian Sejarah 32

Mukadimah: Kepentingan kajian sejarah 33

Bahagian I: Kajian sejarah Islam 34

Fasa I: Pengisytiharan kelahiran dakwah yang bersifat

sejagat 37

Fasa II: Pembentukan negara Islam pertama 38

Fasa III: Permulaan kejatuhan negara Islam 39

Fasa IV: Pertembungan dan ancaman kepada aspek politik 41

Fasa V: Pertembungan dan ancaman kepada aspek sosial 43

Fasa VI: Kejayaan agenda Barat dan penguasaan terhadap

tamadun Islam 47

Fasa VII: Fasa kesedaran dan kebangkitan Islam serta

lahirnya seruan untuk bangkit dan menyelamat 48

Bahagian II: Kajian sejarah kebangkitan sesebuah negara 50

Bahagian III: Kajian sejarah terhadap gerakan kebangkitan

dan perubahan 51

Fasal 3: Kajian Realiti Semasa 53

Mukadimah: Keperluan kajian realiti semasa 54

Bahagian I: Analisa deskriptif 55

Page 3: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

3

Bahagian II: Analisa statistik 58

Fasal 4: Keupayaan untuk Bangkit Semula 60

Mukadimah: Bersedia untuk bangkit 61

Bahagian I: Keupayaan untuk bangkit semula 62

Bahagian II: Tanda-tanda kebangkitan 64

Fasal 5: Pengalaman Sejarah 69

Bahagian I: Teori kebangkitan 70

1. Gagasan yang satu 71

2. Teori kuasa pendorong 71

3. Teori perubahan dalaman 76

4. Teori titik permulaan 77

5. Teori kejayaan minda 78

6. Teori penjanaan rijal 78

7. Teori tuntutan kebangkitan 79

8. Teori ukuran kerja dakwah 80

9. Teori pertembungan manusia 81

10. Teori menanti dan merebut peluang 82

11. Teori pertukaran tamadun 83

12. Teori tujuh tunjang kebangkitan 85

Bahagian II: Kaedah berinteraksi dengan teori-teori ini 92

BAB 2: SERUAN UNTUK MEREALISASIKAN AGENDA KEBANGKITAN

Mukadimah: Mengembalikan Usaha Menjana dan Menyelamat 95

Fasal 6: Asas dan Ciri Dakwah 97

Bahagian I: Asas dakwah (Islam) 98

Bahagian II: Ciri-ciri dakwah 101

Bahagian III: Kesahihan berlandaskan sejarah 109

Fasal I: Jalan dakwah yang pertama 109

Fasal II: Mengembalikan gagasan Islam 109

Bahagian IV: Kesinambungan tamadun 113

Fasal I: Tamadun warisan 113

Fasal II: Melahirkan tamadun 114

Fasal 7: Sumber Rujukan Agenda Kebangkitan 117

Mukadimah 118

Page 4: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

4

Rujukan dan neraca 118

Asas-asas kefahaman 119

Bahagian I: Asas aqidah (asas memahami aqidah) 121

1. Asas mengenai kesyumulan Islam 121

2. Asas dalam memahami ayat sifat 121

3. Asas mengenai larangan mengkafir 121

4. Asas mengenai amalan tawassul dan berdoa 122

5. Asas mengenai tilikan dan berita ghaib 122

6. Asas mengenai bid’ah yang tidak berasas 122

7. Asas mengenai amalan bid’ah di kubur dan

jenazah 122

8. Asas mengenai wali, karamah dan aqidah yang

betul 123

Bahagian II: Asas pengkaedahan (asas memahami usul fiqh) 124

1. Asas mengenai sumber 124

2. Asas mengenai menolak kekebalan pendapat

ulama 124

3. Asas mengenai dalil yang tidak diiktiraf 125

4. Asas mengenai ijtihad dan taklid 125

Bahagian III: Asas perundangan (asas memahami fiqh) 126

1. Asas mengenai perbezaan darjat amalan 126

2. Asas mengenai perlaksanaan pendapat pemerintah 126

3. Asas mengenai larangan menimbulkan perpecahan

agama 126

4. Asas mengenai larangan membabitkan diri dalam

perkara yang tidak berfaedah 127

5. Asas mengenai bid’ah yang tiada bersumber 127

Bahagian IV: Asas am 128

1. Asas mengenai adat yang salah dan permainan

bahasa 128

2. Asas mengenai hubungan antara teori syarak dan

teori akal 128

3. Asas mengenai sempadan kemampuan akal 128

Fasal 8: Matlamat Dakwah 132

Bahagian I: Matlamat utama dakwah 133

Bahagian II: Wawasan dakwah 136

1. Membebaskan ummah daripada sebarang sekatan

politik dan membangun semula ummah 136

2. Menegakkan kuasa Islam yang bersepadu 136

3. Berhadapan dengan cabaran kebendaan 137

4. Memimpin dan membimbing seluruh manusia 137

Page 5: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

5

Bahagian III: Objektif dakwah 139

1. Matlamat jangka pendek: memberi sumbangan

untuk kebaikan umum dan khidmat masyarakat 140

2. Matlamat jangka panjang: pemulihan yang

bersepadu dan merubah keadaan yang sedia ada 141

Fasal 9: Elemen Dakwah 149

Bahagian I: Fasa dakwah 150

1. Fasa dakwah dan pengenalan 152

2. Fasa penyediaan dan pembentukan 152

3. Fasa bekerja dan melaksanakan 153

4. Fasa negara atau rantau 153

5. Fasa awal ke arah pembentukan khilafah (sebuah

masyarakat Islam yang satu) 153

6. Fasa mengembalikan kewujudan sebuah negara

yang satu di peringkat antarabangsa ataupun

dinamakan sebagai khilafah 154

7. Fasa sebagai pemimpin dunia dengan kejayaan

mengemukakan suatu contoh masyarakat manusia

yang mempraktikkan sistem nilai ummah ini 154

Bahagian II: Wasilah 156

1. Wasilah atau wahana menurut pandangan Ustaz

al-Banna 156

2. Wahana (wasilah) haraki 156

Bahagian III: Polisi 165

1. Maksud polisi 165

2. Faktor penentu polisi 165

3. Polisi am dalam dakwah 166

Fasal 10: Pembinaan melalui Tarbiyah dalam Dakwah 169

Mukadimah 170

Bahagian I: Cabaran 171

1. Cabaran yang dijangka 171

2. Pengalaman dan ujian 171

3. Sepuluh langkah ketika berhadapan dengan ujian

dan cabaran 172

Bahagian II: Pembinaan melalui tarbiyah 174

1. Pra-tarbiyah 175

2. Proses tarbiyah 176

3. Produk tarbiyah 178

Page 6: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

6

BAB 3: PEMBENTUKAN NEGARA CONTOH

Mukadimah: Asas Pembentukan Sebuah Negara dan Pelan Tindakan 185

Fasal 11: Pemikiran Politik 189

Mukadimah 190

Takrif politik 190

Takrif negara 190

Bahagian I: Landasan 191

1. Kesyumulan Islam bererti gerak kerja politik

adalah wajib 191

2. Negara adalah simbol suatu gagasan 192

3. Seseorang Muslim tidak boleh mengabaikan aspek

pelaksanaan 192

4. Ummah bertanggungjawab menuntut pemerintah

memenuhi hak-hak mereka yang diberikan

oleh Islam 192

5. Memberi kefahaman, menyebarkan dakwah dan

perjuangan berlandaskan perlembagaan adalah

cara yang paling selamat untuk masyarakat 193

6. Kerajaan adalah salah satu rukun Islam 193

Bahagian II: Konsep 198

1. Arab 198

2. Patriotik 199

3. Nasionalisme 201

4. Kesejagatan 205

Fasal 12: Gerakerja Politik 208

Bahagian I: Sasaran politik dalam dakwah 209

1. Membebaskan bumi Islam 209

2. Penyatuan bumi Islam 209

3. Pembentukan sebuah negara Islam 209

4. Mewujudkan penyatuan Arab 210

5. Mewujudkan penyatuan bangsa Islam 210

Bahagian II: Kaedah penglibatan politik 212

Bahagian III: Fasa penglibatan politik 213

1. Fasa penerangan (takrif) 213

2. Fasa pembentukan (takwin) 213

3. Fasa pelaksanaan (tanfiz) 213

Bahagian IV: Pendirian politik dalam dakwah 215

Page 7: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

7

1. Pemerintahan 215

2. Perlembagaan 218

3. Undang-undang 219

4. Parti politik 222

5. Minoriti dan bangsa asing 226

6. Penglibatan wanita dalam kegiatan politik 229

7. Demokrasi 231

8. Perpaduan 233

9. Hak asasi manusia 236

Fasal 13: Program Politik 238

Mukadimah: Takrif program 239

Bahagian I: Pemulihan aspek sosial 240

1. Mewujudkan sifat ketuhanan dan keagamaan dalam

masyarakat 240

2. Memelihara tatasusila masyarakat dan

mengukuhkan institusi masyarakat 240

3. Pemeliharaan institusi keluarga (wanita, pemuda

dan kanak-kanak) 242

4. Menghapuskan jenayah dan penyelewengan 243

5. Mewujudkan sistem pemantauan (hisbah) 244

6. Mewujudkan keadilan sosial serta menyediakan

peluang kerja 244

7. Memulihkan sistem pendidikan 244

8. Menjaga kesihatan masyarakat 246

9. Mengawal pihak media dan kegiatan seni 247

10. Memantau kegiatan pelancongan 248

Bahagian II: Pemulihan aspek ekonomi 249

1. Meletakkan harta yang baik sebagai tunjang

kehidupan. Harta ini perlu diusahakan 250

2. Mewajibkan mereka yang berkemampuan supaya

bekerja dan mencari rezeki 251

3. Meneroka dan memanfaatkan sumber semulajadi 251

4. Mengharamkan sumber pendapatan yang tidak

bersih 252

5. Merapatkan jurang antara lapisan masyarakat

sehingga tidak wujud golongan yang terlalu kaya

dan golongan yang terlalu miskin 252

6. Mengiktiraf hak milik peribadi 252

7. Mengatur urusan kewangan dan mewujudkan

kawalan matawang yang ketat 253

8. Bantuan sosial 253

Page 8: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

8

9. Meletakkan negara sebagai pihak yang

bertanggungjawab memelihara sistem ekonomi ini 254

10. Menghalang penyalahgunaan kuasa… Di mana anda

perolehi harta ini? 254

Polisi dan pengurusan ekonomi 255

Bahagian III: Program pemulihan politik 257

1. Teras sistem politik 258

2. Kuasa-kuasa utama dalam negara 258

3. Pemulihan pentadbiran jabatan kerajaan 260

4. Pertahanan dan keselamatan 260

Fasal 14: Polisi Negara 262

Mukadimah: Negara menurut Islam 263

1. Kedudukan negara 263

2. Kepentingan sebuah negara (menjaga gagasan) 263

3. Struktur negara 264

4. Ciri, tanggungjawab dan hak negara 265

Bahagian I: Dasar dalam negara 267

1. Definisi dasar dalam negara 267

2. Struktur sistem politik 267

3. Struktur sistem ekonomi 273

4. Struktur sistem sosial 275

5. Struktur sistem jihad 276

Bahagian II: Dasar luar 279

Fasal 15: Nilai Peradaban Sebuah Negara 292

Mukadimah: Definisi peradaban 293

Bahagian IA: Mengembalikan penampilan umat Islam di persada

dunia (kewujudan khalifah) 297

1. Syarat-syarat 297

2. Definisi khalifah 297

3. Proses ke arah mengembalikan khalifah 298

Bahagian IB: Orde baru dunia 299

1. Gagasan dunia merupakan kemuncak agenda 299

2. Sembilan perkara asas yang merujuk kepada nilai

sedunia atau orde dunia 299

3. Fahaman Barat tentang konsep sejagat dan orde

baru dunia 305

4. Kita mahukan orde baru dunia berteraskan

keadilan 305

Bahagian II: Merealisasikan ketuanan dan anjakan peradaban 307

Page 9: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

9

1. Mewujudkan ketuanan dunia 307

2. Persediaan untuk melakukan anjakan tamadun 308

PENUTUP

Ucapan Imam Syahid Hassan al-Banna 313

Menyorot Kembali Dakwah Pertama 314

Jauhnya Kita dari Ajaran Islam 315

Gelombang Budaya Barat 316

Peranan Kita 318

Persiapan Kita 322

Antara Khayalan dan Realiti 325

Apakah yang Berlaku Seterusnya? 326

Jika Kerajaan Milik Kita 328

Ciri Gagasan Pemikiran Kita 329

Page 10: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

10

PRAKATA

Kajian ini merupakan titik tolak untuk mendalami beberapa perkara asas yang

menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan

Imam asy-Syahid Hasan al-Banna (Imam al-Banna). Dengan sebab itu kajian ini diberi

tajuk, Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah.

Walaupun usaha ini bertujuan mengetengahkan gambaran menyeluruh tentang

perkara asas dalam agenda ini, namun pastinya gambaran yang benar-benar lengkap

mengenai wawasan Imam asy-Syahid berhubung agenda kebangkitan ini hanya akan

dapat diperolehi dengan cara menyelidik, mengkaji dan menganalisa secara mendalam

dan menyeluruh keseluruhan teks ucapan dan tulisan Imam al-Banna yang telah

menyentuh segala isu yang dihadapinya secara komprehensif dan jelas, melalui tulisan,

catatan, pengajian, pendirian dan tindakannya.

Kajian ini akan diperkukuhkan lagi dengan mengambil kira segala senario yang

ditangani oleh Imam al-Banna ketika itu, seperti tokoh, isu dan latar belakangnya.

Semua langkah ini bertujuan mengenal pasti, membuat garis panduan, dan memahami

istilah, fahaman dan cara fikir yang membabitkan kerangka agenda ini. Termasuklah

juga aspek-aspek lain seperti objektif, pendekatan, dasar, pelaksanaan, dakwah,

proses yang digunakan untuk menganalisa, memantau dan menilai. Langkah ini

seterusnya akan mampu memberikan nafas baru kepada kelangsungan dan

kesinambungan usaha serta mengenepikan segala halangan dalam rangka mengejar

kebangkitan yang dicitakan.

Kajian ini akan dilakukan dengan hanya berdasarkan fakta yang ringkas dan

padat. Ia boleh dikatakan sebagai kajian yang mendalam terhadap beberapa tulisan

Imam al-Banna, khususnya risalah; Antara Semalam dan Hari Ini, Ucapan Dasar

Muktamar Kelima, Ucapan Dasar Mukdamar Keenam dan Menuju Sinar Cahaya. Risalah-

risalah ini mengupas secara mendalam dan menyeluruh minda Imam al-Banna mengenai

proses kebangkitan. Sementara risalah lain seperti Dakwah Kita, Halatuju Dakwah

Kita, Ikhwan Di Bawah Naungan al-Quran dan Risalah Ta’alim pula mengemukakan

kerangka utama dalam proses kebangkitan ini. Risalah seperti Adakah Kita Golongan

yang Bekerja dan Masalah Kita Menurut Perspektif Islam membentangkan pula contoh

praktikal ke arah kebangkitan semula.

Gagasan Imam al-Banna dalam agenda kebangkitan ummah ini telah dikemukakan

secara terbuka dan dengan bahasa yang mudah. Ia juga disertakan dengan dalil syarak.

Secara umumnya tumpuan diberikan kepada pembinaan rijal (mereka yang bercirikan

kelelakian). Keutamaan diberikan kepada aspek praktikal, berperingkat dalam aspek

pelaksanaan, tidak melibatkan diri dalam perkara yang menjadi pertikaian, keyakinan

yang tinggi bahawa Islam memiliki segala elemen perubah untuk sepanjang zaman.

Meyakini bahawa Islam adalah gagasan dan akidah, sistem dan manhaj. Islam tidak

Page 11: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

11

pernah terhad hanya untuk kawasan atau bangsa tertentu. Islam tidak pernah

dibataskan dengan sempadan geografi. Malah proses ini akan hanya berakhir setelah

Allah mengambil semula bumi dan segala isinya. Inilah sistem yang ditetapkan oleh

Allah dan inilah pendekatan yang digunakan oleh utusan Allah.

Kajian mengenai gagasan Imam al-Banna ini turut menggariskan matlamat yang

ingin dicapai berserta method yang diguna pakai dalam kajian ini. Ia akan diikuti

dengan tiga tajuk utama serta penutup yang akan menggariskan secara mendalam

perkara asas dalam agenda kebangkitan ummah ini. Tajuk pertama akan

membentangkan halatuju kebangkitan ummah. Tajuk kedua pula akan menggariskan

elemen utama dalam dakwah yang mendokong agenda kebangkitan ummah. Tajuk ketiga

dan terakhir akan memberikan tumpuan soal pembinaan sebuah negara unggul menurut

perspektif agenda kebangkitan ummah ini. Sebagai penutup, saya merasakan risalah

Ikhwan Al-Muslimin Di Bawah Naungan Al-Quran amat sesuai untuk diketengahkan di

sini. Ia membuktikan kepada masyarakat bahawa undang-undang al-Quran adalah

undang-undang yang paling adil.

sπ tóö7Ϲ «!$# ( ôtΒ uρ ß|¡ ôm r& š∅ÏΒ «!$# Zπtó ö7 Ϲ (

“(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah?...” Al-Baqarah: 138

Ia turut membuktikan bahawa seluruh dunia amat memerlukan dakwah ini.

Segala isi dunia ini akan memberikan laluan kepada kehadirannya. Keagungan sistem al-

Quran telah dikukuhkan lagi dengan dalil-dalil nas dan fakta sejarah. Namun apa yang

penting ialah pengiktirafan Allah Taala:

4 $ uΖø9 ¨“ tΡuρ š�ø‹n=tã |=≈tGÅ3 ø9 $# $ YΖ≈u‹ö;Ï? Èe≅ ä3 Ïj9 &óx« “ Y‰ èδuρ Zπyϑ ôm u‘uρ 3“u�ô³ç0 uρ tÏϑÎ=ó¡ ßϑù=Ï9 ∩∇∪

“…dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.” An-Nahl: 89

Sudah tentu firman Allah itu benar.

Kajian ini akan memetik secara langsung gagasan Imam al-Banna. Petikan ini pula

akan disusun mengikut kerangka yang terkandung dalam agenda kebangkitan ummah.

Tiada sebarang ulasan, analisa atau tokok tambah akan dilakukan kecuali sedikit

komentar sekadar menggabungjalinkan pandangan yang ada dan melengkapkan

Page 12: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

12

kerangka agenda ini. Langkah ini diharapkan mampu memberikan gambaran yang

lengkap dan menyeluruh tentang perkara asas dalam agenda kebangkitan ummah

menurut pemikiran Imam al-Banna. Seterusnya mampu mengemukakan pemahaman yang

lengkap dan bernas ke arah memahami dengan lebih jelas agenda ini. Ia juga

diharapkan dapat membuka jalan ke arah tindakan yang proaktif dan bersepadu bagi

mencapai kebangkitan semula ummah. Segala usaha ini hanyalah untuk Allah Taala.

Hanya Dia sahaja yang memberikan bimbingan ke arah jalan yang benar.

Abdul Hamid al-Ghazali

Zamalek, Kaherah.

1420H - 1999M

Page 13: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

13

Bahagian I: Mengapa tajuk ini ditulis semula?

Bahagian II: Method kajian

MUKADIMAH

Page 14: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

14

Bahagian I MENGAPA TAJUK INI DITULIS SEMULA?

Faktor yang mendorong penulisan semula topik ini adalah untuk mencapai empat

matlamat berikut:

Matlamat I: Memberikan gambaran menyeluruh dan lengkap mengenai gagasan

Imam al-Banna dalam agenda kebangkitan ummah.

Matlamat II: Menjelaskan aspek-aspek yang perlu diperbaharu, diperkembang

dan diperlengkap dalam agenda kebangkitan ummah.

Matlamat III: Mengemukakan bahan ilmiah untuk mereka yang mengkaji dan

membicarakan tentang agenda Imam al-Banna.

Matlamat IV: Memantapkan lagi kefahaman tentang konsep agenda ini di

kalangan orang-orang yang meyakini kebangkitan semula ummah.

Matlamat I: Memberikan Gambaran Menyeluruh dan Lengkap Mengenai

Gagasan Imam al-Banna dalam Agenda Kebangkitan Ummah

Masa memainkan peranan yang penting dalam semua gerakan dakwah. Gerakan

dan pendokong dakwah ini juga tidak terkecuali daripada terkesan dengan peredaran

masa. Kesan yang paling membimbangkan ialah lenyapnya keseluruhan gambaran atau

neraca tentang agenda kebangkitan ummah daripada fikiran sebahagian besar mereka

yang meyakini fikrah ini. Sebaliknya fahaman mereka hanya tertumpu kepada beberapa

aspek dan elemen yang tiada kaitan dan tidak diselaraskan secara sistematik. Keadaan

ini hanya akan menimbulkan pelbagai ijtihad. Ia seterusnya menjadi ancaman kepada

semua yang bekerja ke arah kebangkitan ummah kerana ia menghancurkan asas-asas

penyatuan dan kerjasama antara mereka. Keadaan ini pasti akan berlaku sekiranya

tiada usaha yang bersungguh-sungguh untuk mengembalikan semula gambaran

menyeluruh tentang agenda kebangkitan ummah dalam fahaman mereka. Ustaz al-

Banna pernah menyentuh mengenai masalah ini, katanya: “Dakwah ini hanya layak untuk

orang yang menguasai keseluruhan aspeknya.” Penguasaan mengenai dakwah ini serta

wujudnya suatu tasawur yang menyeluruh dalam fikiran penggiat dakwah merupakan

suatu keperluan bagi menjamin kejayaan agenda ini. Dalam memperkatakan perkara ini,

kami sedar bahawa gerakan dakwah ini mewakili sebahagian besar para pendokong

agenda kebangkitan semula ummah. Desakan supaya dakwah ini kembali kepada

pendekatan sederhana yang menjadi landasan dalam fikiran pengasasnya inilah yang

membawa kepada usaha mewujudkan budaya saling tegur-menegur di kalangan mereka

yang peka dengan agenda kebangkitan sesuai dengan sifat Islam yang bertoleransi.

Ketiadaan budaya tegur-menegur merupakan suatu ancaman besar. Hakikat ini pernah

Page 15: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

15

disentuh oleh Ustaz al-Banna ketika merumuskan pengalaman yang pernah dilalui oleh

pelbagai gerakan kebangkitan:

“Pembentukan dan pembinaan sebuah bangsa, merealisasikan sebuah impian dan

memperjuangkan sebuah prinsip memerlukan seluruh bangsa atau sekurang-

kurangnya sekumpulan manusia yang mahu mencapai cita-cita ini memiliki jiwa

yang benar-benar kental yang dapat dilihat melalui beberapa aspek iaitu:

i. Kemahuan tinggi yang tidak mampu digugat oleh sebarang kelemahan.

(Kemahuan)

ii. Kesetiaan sejati yang tidak mengenal erti kompromi dan pembelotan.

(Kesetiaan)

iii. Pengorbanan agung yang tidak mengenal erti tamak dan kedekut. (Pengorbanan)

iv. Memahami prinsip, meyakininya dan menghormatinya dengan: (Memahami)

a. Tidak melakukan kesilapan.

b. Tidak terseleweng.

c. Tidak berkompromi.

d. Tidak terpengaruh dengan prinsip lain.

“Hanya dengan memiliki kesemua asas yang berbentuk rohani serta kekuatan

rohani yang agung inilah akan tertegak sebuah prinsip. Terbentuklah sebuah

bangsa yang mampu bangkit; bangsa yang bersemangat waja. Dengan ini akan

bermulalah kembali suatu kehidupan bagi mereka yang telah sekian lama tidak

merasainya.

“Mana-mana bangsa yang kehilangan keempat-empat sifat ini (Kemahuan tinggi,

Kesetiaan sejati, Pengorbanan agung dan Memahami prinsip) ataupun pemimpin

dan pendokong pembaharuannya kehilangan sifat-sifat ini, bangsa ini adalah

bangsa yang tidak berharga dan malang. Bangsa ini tidak akan mampu mencapai

sebarang kejayaan. Mereka tidak akan dapat merealisasikan sebarang impian.

Mereka hanya hidup dalam dunia sangkaan; khayalan dan impian.

¨β Î) £©à9 $# Ÿω Í_øó ムzÏΒ Èd,pt ø:$# $ º↔ ø‹x© 4

“…(padahal) Sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad)…” Yunus: 36

Page 16: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

16

“Ini adalah undang-undang dan sunnah yang telah Allah tetapkan untuk alam ini

dan tiada apa yang dapat mengubah sunnah ini.

�χÎ) ©! $# Ÿω ç�Éi!tó ム$tΒ BΘ öθ s)Î/ 4®Lym (#ρç� Éi!tó ム$tΒ öΝÍκŦ à�Ρr' Î/ 3

“…Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri…” Ar-Ra’d: 11

(RISALAH HALA TUJU DAKWAH KITA)

Memahami sesuatu prinsip secara menyeluruh dan bersepadu adalah amat

penting dan asas. Kefahaman yang betul akan menghalang berlakunya pertelagahan

ketika berada di persimpangan jalan atau ketika wujud pelbagai ijtihad yang

bercanggah dengan pendekatan sebenar. Kefahaman ini juga akan menghalang

berlakunya masalah kemurungan, kekeliruan dan masalah mudah terpengaruh dengan

setiap cadangan baru. Masalah akan timbul sekiranya tidak wujud neraca yang tepat

yang boleh digunakan oleh para pendokong kebangkitan ini untuk menilai segala

gerakan yang ada. Ustaz al-Banna menegaskan bahawa perkara ini amat-amat penting.

Jelas beliau, tanpa fahaman yang mendalam mengenai agenda ini bermakna kegagalan

adalah suatu yang pasti. Oleh itu saya yakin segala usaha yang saya lakukan untuk

menjelaskan gambaran sebenar mengenai agenda ini kepada mereka yang citakan

kebangkitan semula adalah suatu keperluan asas. Ia bukan keperluan biasa dan bukan

sekadar pelengkap. Atas dorongan inilah timbulnya usaha yang kerdil ini untuk

mengetengahkan semula kefahaman menyeluruh mengenai agenda yang dilontarkan

oleh Ustaz al-Banna melalui tulisan dan risalah beliau. Walau bagaimanapun saya tidak

mendakwa apa yang dikemukakan di sini telah sempurna. Namun saya berharap ia

mampu menjadi noktah penting untuk memahami dengan lebih mendalam agenda

raksasa ini.

Merujuk kepada perkara yang sama, Ustaz al-Banna pernah mengingatkan

betapa pentingnya proses semak semula yang berterusan dan menyeluruh dijalankan.

Proses ini diikuti pula dengan proses pembentangan semula gambaran tentang agenda

ini. Peringatan ini pernah dinyatakan di awal ucapan beliau ketika di Muktamar Ikhwan

aI-Muslimin Kelima:

“Wahai Ikhwan, Saya sentiasa berharap supaya kita sentiasa bekerja dan tidak

perlu bercakap. Kita serahkan tindakan kita sahaja sebagai jurucakap yang

menceritakan siapakah Ikhwan dan apakah strategi Ikhwan. Saya suka jika

langkah-langkah kamu yang mendatang berkesinambungan dengan langkah-

langkah kamu yang lalu dengan penuh tenang dan lancar, tanpa memerlukan

program seperti ini; Program yang akan membentangkan jihad sepanjang 10

Page 17: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

17

tahun yang lalu untuk kita mulakan suatu era baru jihad yang berterusan dalam

usaha merealisasikan gagasan kita yang mulia ini.

“Namun saudara mahukan program seperti ini. Saudara mahu saya merasa

gembira dengan adanya perhimpunan agung ini. Terima kasih kepada saudara

sekalian. Tidak salah untuk mengambil kesempatan yang berharga ini untuk:

1. Kita bentangkan segala program kita.

2. Kita semak semula segala tindakan kita yang telah lalu.

3. Kita perkemaskan setiap fasa jalan kita.

4. Kita tetapkan matlamat dan gerak kerja kita.

5. Dengan itu kita memahami mana-mana fahaman yang masih kabur.

6. Kita perbetulkan mana-mana teori yang silap.

7. Kita kaji mana-mana strategi yang masih tidak kita kenal pasti.

8. Kita tambah mana-mana aspek yang masih tercicir.

9. Masyarakat mengenali dakwah Ikhwan al-Muslimin dengan betul tanpa ada

aspek yang meragukan dan mengelirukan.

“Tidak salah dengan apa yang kita lakukan ini. Tidak salah jika ada sesiapa yang

telah menerima dakwah ini atau pernah mendengar atau membaca mengenai

dakwah ini untuk mengemukakan apa jua pandangannya tentang matlamat kita,

cara kerja kita dan strategi kita. Mudah-mudahan kita dapat ambil mana-mana

pandangannya yang baik. Mudah-mudahan kita tetap berada di landasan yang

benar hasil pandangannya. Sesungguhnya agama ini adalah nasihat demi Allah,

rasul-Nya, kitab-Nya dan untuk para pemimpin dan umat Islam amnya.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Matlamat II: Menjelaskan Aspek-aspek yang Perlu Diperbaharu,

Diperkembang dan Diperlengkap dalam Agenda Kebangkitan

Memperbaharui istilah dan pemahaman

Ustaz al-Banna pernah menegaskan betapa pentingnya teknik-teknik dakwah

diperbaharui sesuai dengan cara fikir dan gaya hidup masyarakat. Teknik ini perlu

Page 18: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

18

diperbaharui supaya sesuai dengan keperluan persekitaran dan memungkinkan

matlamat dakwah dicapai dengan cara yang praktikal. Beliau pernah menyebut:

“Setiap zaman ada kaedah penulisan sendiri yang sesuai dengan tahap

kefahaman dan cara mereka mengkaji. Perubahan ini pasti berlaku mengikut

sejauhmana perubahan tahap pemikiran manusia dan perubahan yang berlaku

pada kaedah pengkajian, pemikiran dan penilaian mereka… Bagi menjelaskan

tentang kaedah perubahan bukan cukup dengan hanya bergantung kepada:

1. Cakap-cakap kosong.

2. Pidato yang membangkitkan semangat.

3. Atau ungkapan yang merangsang emosi.

4. Sebaliknya para pendokong dakwah perlu berkemampuan mengemukakan

suatu gambaran yang jelas dan rasional.

5. Berpandukan suatu kajian ilmiah.

6. Di samping mampu mengemukakan suatu pelan tindakan yang efisien dirangka

khusus untuk mencapai apa yang dicitakan.

7. Serta mampu mengatasi segala rintangan yang pasti akan dihadapi di

sepanjang jalan ini.”

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

Berkembang dan berkesinambungan

Ustaz al-Banna turut menegaskan betapa pentingnya manhaj dan matlamat

digariskan dengan sejelas-jelasnya. Demikian juga betapa pentingnya, apa yang ada

ditambah dan apa yang sedang berjalan diteruskan. Langkah ini perlu bagi mengelak

timbulnya masalah berulangnya perkara yang sama atau mensia-siakan keupayaan yang

ada. Beliau berkata:

“Anda pasti akan dapati setiap mereka yang menjadi pendokong sebuah

kebangkitan yang berjaya pasti mempunyai:

a. Pendekatan tertentu yang mereka laksanakan.

b. Matlamat tertentu yang mereka sasarkan.

Page 19: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

19

c. Pendekatan dan matlamat ini disusun oleh penggerak kebangkitan ini. Mereka

berusaha mencapainya…

d. Usaha mereka ini akan disambung pula oleh generasi seterusnya.

i. Generasi baru ini akan menyambung agenda mereka.

ii. Generasi baru ini akan bermula di mana generasi awal mereka

berhenti.

iii. Mereka tidak menghentikan apa yang telah dicapai. Mereka tidak akan

meruntuhkan apa yang telah dibina.

iv. Mereka tidak akan memusnahkan apa yang telah diasaskan. Mereka

memperkukuh bukannya meruntuhkan apa yang telah dibangunkan.

v. Apa yang mereka lakukan ialah sama ada memperbaiki apa yang telah

dilakukan oleh generasi awal.

vi. Atau memantapkan lagi kesannya.

vii. Ataupun meneruskan jejak langkah generasi awal mereka.

viii. Dengan ini mereka melangkah setapak lagi dan mereka membawa

bangsa mereka selangkah ke arah matlamat.”

(ADAKAH KITA GOLONGAN YANG BEKERJA)

Ini bermakna, menyambung usaha memperkembangkan agenda kebangkitan dan

mengorak langkah ke hadapan merupakan suatu yang amat-amat penting untuk

menjamin kejayaan umat ini tiba ke matlamat. Langkah ini wajib dilaksanakan oleh

mereka yang peka dengan kebangkitan umat. Malahan ia wajib dilakukan oleh setiap

individu.

Matlamat III: Mengemukakan Bahan Ilmiah untuk Mereka yang Mengkaji dan

Membicarakan tentang Agenda Imam al-Banna

Matlamat ini juga penting. Usaha ini sebenarnya mengetengahkan bahan ilmiah

yang menggariskan gagasan Ustaz al-Banna tentang agenda kebangkitan. Dalam

mengorak langkah mendekati berjuta-juta manusia, dakwah ini menerima sambutan

yang semakin meningkat daripada mereka yang mahu mengkaji mahupun mengkritiknya.

Kebanyakan mereka sukar untuk memahami saranan-saranan Ustaz al-Banna. Namun

mungkin ada sebahagian mereka yang diberikan petunjuk oleh Allah mampu

Page 20: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

20

memberikan nasihat berguna yang diperlukan oleh agenda raksasa ini. Ustaz al-Banna

menyebut:

“Tidak salah jika ada sesiapa yang telah menerima dakwah ini atau pernah

mendengar atau membaca mengenai dakwah ini untuk mengemukakan apa jua

pandangannya tentang matlamat kita, cara kerja kita dan strategi kita. Mudah-

mudahan kita dapat ambil mana-mana pandangannya yang baik. Mudah-mudahan

kita tetap berada di landasan yang benar hasil pandangannya. Sesungguhnya

agama ini adalah nasihat demi Allah, rasul-Nya, kitab-Nya dan untuk para

pemimpin dan umat Islam amnya.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Atas dasar ini, para pendokong agenda kebangkitan perlu peka untuk

mengemukakan pelan kebangkitan mereka. Mereka perlu menyediakan bahan ilmiah

berdasarkan bahan-bahan rujukan Islam yang dapat menggambarkan agenda masakini

kebangkitan semula ummah. Agenda ini mestilah merangkumi isu-isu semasa yang paling

kritikal dan sensasi yang menjadi tumpuan semua lapisan masyarakat. Contohnya, isu

kebebasan hak asasi manusia, masyarakat madani, syura atau demokrasi, rangka

pentadbiran sebuah negara Islam, kaedah praktikal sistem syura, isu etnik minoriti

dan pelbagai lagi isu yang membabitkan soal politik, ekonomi dan sosial yang menyentuh

kepentingan masyarakat. Faktor inilah yang mendorong usaha yang kerdil ini. Usaha ini

cuba meletakkan fokus keseluruhan tertumpu kepada pemikiran Ustaz al-Banna.

Harapan saya semoga Allah menjadikan segala usaha ini ke arah membangun dan

melangkah ke peringkat seterusnya yang lebih teratur, terkini dan bersepadu.

Matlamat IV: Memantapkan lagi Kefahaman tentang Konsep Agenda ini di

Kalangan Mereka yang Meyakini Kebangkitan Semula Ummah

Setelah memiliki segala potensi yang mampu menjana sebuah kebangkitan iaitu

manusia, sumber, masa dan akidah yang hidup, maka tugas terpenting bagi pendakwah

ialah mewujudkan gambaran menyeluruh tentang agenda kebangkitan yang mendatang

serta kaedah penjanaannya. Dengan wujudnya gambaran inilah segala elemen yang ada

iaitu manusia, sumber dan masa akan dapat digembleng. Setelah itu akidah akan dapat

memainkan peranan bagi menganjak segala potensi ini ke tahap maksimum. Pengetahuan

tentang agenda ini perlu dimiliki oleh semua individu dalam ummah ini. Apatah lagi para

aktivis dalam arena dakwah kerana mereka adalah pemimpin dan peneraju gelombang

ini.

Page 21: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

21

Bahagian II METHOD KAJIAN

1. Kandungan Kajian

Kajian ini bersifat deskripsi tertumpu kepada agenda yang dikemukakan oleh

Ustaz al-Banna ke arah kebangkitan semula ummah. Kajian ini berdasarkan rangkuman

beberapa saranan dan ucapan beliau tentang beberapa isu yang disentuh dalam tulisan,

kenyataan, pengajaran serta tindakan beliau.

2. Objektif Kajian

Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam mukadimah, kajian ini cuba mencapai

objektif berikut:

i. Memberikan gambaran yang menyeluruh dan bersepadu mengenai gagasan Imam

al-Banna dalam agenda kebangkitan ummah.

ii. Menjelaskan aspek-aspek yang perlu diperbaharu, diperkembang dan

diperlengkap dalam agenda kebangkitan ummah.

iii. Mengemukakan bahan ilmiah untuk mereka yang mengkaji dan membicarakan

tentang agenda Imam al-Banna.

iv. Memantapkan lagi kefahaman tentang konsep agenda ini di kalangan mereka

yang meyakini kebangkitan semula ummah.

3. Skop Kajian

Kajian ini tertumpu kepada subjek yang dikemukakan oleh Ustaz al-Banna

sahaja, berdasarkan saranan beliau yang berbentuk buah fikiran, harakah dan siasah

tanpa merujuk kepada mana-mana tafsiran pihak kedua. Namun demikian kajian ini juga

menyelitkan beberapa pendirian Ikhwan dalam beberapa isu semasa. Ia bertujuan

menghubung kaitkan dan menjelaskan berhubung beberapa perkara tertentu.

4. Bahan Kajian

Kajian ini bergantung sepenuhnya kepada tulisan-tulisan serta temu bual dengan

beberapa individu yang sezaman dengan Ustaz al-Banna. Termasuk beberapa

pemerhatian dan pengajaran yang diambil sepanjang perjalanan dakwah.

5. Kajian Literasi

Page 22: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

22

Kajian ini hanya berpandukan hasil tulisan Ustaz al-Banna semata-mata. Namun

bagi tujuan memahami tulisan-tulisan yang begitu padat ini, sudah tentu ia perlu

merujuk kepada kajian-kajian lain membabitkan ilmu syarak, sejarah, politik, ekonomi,

pentadbiran, pendidikan, undang-undang, psikologi, sosiologi dan falsafah. Kebanyakan

tulisan-tulisan ini perlu difahami berdasarkan latar belakang pelbagai ilmu sosiologi

kerana mengkaji pemikiran Ustaz al-Banna r.h. membawa kita

berhadapan dengan suatu pemikiran yang komprehensif.

6. Rangka Kajian

Kajian ini mengandungi mukadimah, tiga tajuk utama dan penutup. Bab pertama

membincangkan kaedah yang digunakan oleh Ustaz al-Banna dalam menggariskan

agenda kebangkitan ataupun ruang lingkup kebangkitan ini. Bab kedua pula

membincangkan tentang gerakan dakwah baru yang menjadi asas kepada agenda

tersebut iaitu “dakwah penjana dan penyelamat” dari segi teori dan praktikal,

sepertimana yang dinyatakan oleh tulisan-tulisan Ustaz al-Banna. Bab ketiga pula

membentangkan bentuk negara atau ‘kiyan siasi’ sebagai jelmaan kepada gagasan ini atau dengan kata lain sampel sebuah negara menurut perspektif agenda ini. Kajian ini

diakhiri dengan menggariskan elemen-elemen yang diperlukan dalam agenda ke arah

kebangkitan ummah menurut Ustaz al-Banna seperti yang dinyatakan oleh risalah

Ikhwan Di Bawah Naungan Al-Quran.

Page 23: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

23

METHODOLOGI SEBUAH AGENDA KEBANGKITAN

Fasal 1: Asas Methodologi Agenda Kebangkitan

Fasal 2: Kajian Sejarah

Fasal 3: Kajian Realiti Semasa

Fasal 4: Keupayaan untuk Bangkit Semula

Fasal 5: Pengalaman Sejarah

Bab 1

Page 24: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

24

Fasal 1

ASAS METHODOLOGI AGENDA KEBANGKITAN

Bahagian I: Mengenalpasti Cabaran yang Dihadapi Ummah

Bahagian II: Kajian Terhadap Sejarah dan Situasi Semasa

Bahagian III: Rumusan Kajian

Bahagian IV: Tindakan Susulan daripada Hasil Kajian

Page 25: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

25

Mukadimah SEKITAR ASAS-ASAS RANGKA KERJA DALAM AGENDA KEBANGKITAN

Setiap aktivis di medan dakwah, setiap orang yang mencari peluang untuk

menyumbang secara aktif ke arah membina dan melaksana agenda kebangkitan, setiap

individu yang mendokong inspirasi ummah, mereka yang benar-benar berusaha untuk

mengembalikan semula cara hidup Islam, semua mereka ini kini amat perlu memahami

landasan yang menjadi asas kepada agenda kebangkitan yang digambarkan oleh Ustaz

al-Banna, Mereka perlu menurut jejak yang telah digunakan oleh beliau dalam

merangka wawasan dakwah untuk menjayakan agenda ini. Mereka juga perlu memahami

sejauhmana keberkesanan cara ini untuk menjana dan menggerak ke arah memenuhi

syarat-syarat yang menjayakan agenda ini. Seterusnya mereka perlu bekerja

menyambung usaha yang telah dijalankan oleh Imam al-Syahid, meletakkan agenda ini

ke tahap pelaksanaan dengan memindahkan agenda ini daripada alam imaginasi ke alam

nyata.

Dengan memahami landasan ini, perkara-perkara berikut akan dapat dicapai:

1. Memahami cara berfikir secara ilmiah yang diperlukan oleh agenda kebangkitan

ini.

2. Mengenalpasti sejauhmana kelemahan aspek teori yang wujud dalam kerja-kerja

tarbiyah.

3. Mengawal gerakan agenda kebangkitan ini supaya selari dengan rumusan yang

telah dicapai oleh Ustaz al-Banna.

4. Menghubungkan fikrah dengan sumber asli seterusnya menghalang penyusupan

aliran pemikiran asing.

5. Memantapkan keyakinan terhadap rangka agenda kebangkitan ini dan

memastikan keserasiannya dari aspek pelaksanaan.

6. Meningkatkan tahap kesetiaan terhadap agenda kebangkitan ini daripada

kesetiaan dalam bentuk emosi kepada kesetiaan dalam bentuk keyakinan dan

kemestiannya menurut syarak.

7. Membina landasan bersama untuk semua individu yang peka dengan gerak kerja

ke arah merealisasikan agenda ini dan menjadi landasan untuk menyatukan

segala keputusan mereka dalam apa jua lapangan.

Page 26: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

26

Secara ringkasnya, rangka kerja Ustaz al-Banna dalam agenda kebangkitan ini

boleh digariskan seperti berikut:

Bahagian I: Mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh ummah.

Bahagian II: Kajian terhadap sejarah silam dan moden.

Bahagian III: Rumusan kajian.

Bahagian IV: Tindakan susulan daripada hasil kajian.

Page 27: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

27

Bahagian I MENGENALPASTI CABARAN YANG DIHADAPI UMMAH

Ustaz al-Banna dapat merasakan wujudnya cabaran besar yang sedang dihadapi

oleh umat Islam daripada luar. Keadaan ini mendorong beliau berfikir secara mendalam

dan memberikan tindak balas. Dalam usaha mencari jawapan dan mengkaji penawar

yang sesuai untuk menyelesaikan segala krisis ini, beliau ungkapkan:

“Pelbagai peristiwa yang berlaku di Mesir dan beberapa negara Islam lain amat

menyedihkan dan menyayatkan hati saya. Saya menyedari perlunya ada

kesungguhan dan tindakan. Saya perlu mengorak langkah daripada hanya

memberi kesedaran kepada membina, daripada hanya mengajar kepada

mengasaskan sesuatu…

“Saya mula mengorak langkah dengan bertemu ramai pemimpin masyarakat. Saya

kemukakan kepada mereka betapa perlunya kita bangkit, berusaha dan

mengorak langkah seeara bersungguh dan efektif. Saya mendapat pelbagai

sambutan; ada yang keberatan, ada yang memberangsangkan dan ada yang

meminta masa. Malangnya saya tidak temui apa yang saya inginkan iaitu

keinginan untuk menggabungkan segala tenaga secara berkesan.

“Selepas itu saya alihkan pandangan saya kepada teman-teman dan sahabat yang

bersama-sama saya ketika menuntut serta berkongsi perasaan kasih sayang dan

semangat untuk memikul tanggungjawab ini. Saya menerima sambutan yang

baik…

“Kami telah berjanji dan berikrar supaya setiap kami berusaha mencapai

matlamat ini. Sehingga budaya ummah ini berubah ke arah budaya Islam yang

baik.

“Hanya Allah sahaja yang tahu berapa malam kami telah habiskan untuk meneliti

nasib dan ancaman yang menimpa ummah ini dalam segenap aspek kehidupan

mereka. Kami analisa setiap punca dan penyakitnya. Kami fikirkan cara untuk

mengenalpasti dan merawat penyakitnya. Hasil yang kami perolehi menyebabkan

kami menangis…

“Kami amat terkejut dengan sikap mereka ini dan sikap kebanyakan golongan

cendiakawan. Sedangkan mereka adalah orang yang lebih layak memikul

tanggungjawab ini. Ketika itu salah seorang di antara kami berkata: Bukankah ini

salah satu penyakit umat ini. Malah ia mungkin penyakit yang paling merbahaya,

iaitu apabila manusia tidak berfikir tentang penyakitnya sendiri dan tidak

berusaha merawat dirinya sendiri.

Page 28: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

28

“Didorong oleh masalah ini dan masalah-masalah yang seumpama inilah kami mula

mengorak langkah berusaha. Demi memperbetulkan segala kepincangan ini kami

telah wakafkan diri kami. Kami bersabar dan kami bersyukur kepada Allah

kerana menjadikan kami orang-orang yang mengajak manusia ke arah-Nya dan

bekerja demi agama-Nya.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Situasi yang sedang dihadapi oleh ummah ini sebagaimana yang digambarkan

oleh Ustaz al-Banna memerlukan kepada tindakan seperti berikut:

i. Kerja keras untuk mengenal pasti situasi umat Islam secara menyeluruh dari

segala aspek.

ii. Mengenal pasti punca.

iii. Mengenal pasti jalan penyelesaian.

Page 29: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

29

Bahagian II KAJIAN TERHADAP SEJARAH DAN SITUASI SEMASA

Sejarah manusia dahulu dan sekarang merupakan faktor kedua yang perlu dikaji

oleh mereka yang terlibat mengkaji faktor sebuah kebangkitan. Atas dasar ini, Ustaz

al-Banna mengatur langkah untuk mengkaji khazanah sejarah manusia. Sejarah manusia

merupakan suatu khazanah yang menyimpan segala pengalaman yang pernah dilalui oleh

manusia yang berjaya dan juga gagal. Oleh itu, sesiapa sahaja yang merancang untuk

melakukan perubahan dalam sistem masyarakat perlu mengetahui sejarah manusia

supaya mereka tidak menempuh jalan mati. Sejarah merupakan institusi pertama untuk

mempelajari ilmu kemanusiaan. Dari sinilah para pemikir membentuk teori dan fahaman

mereka tentang perjalanan hidup manusia. Dari rentetan sejarah inilah mereka

mengambil pengajaran. Atas dasar ini, Ustaz al-Banna memberikan perhatian serius

untuk mengkaji secara mendalam aspek sejarah. Hakikat ini telah dinyatakan oleh

beliau dalam banyak tulisan beliau. Saya akan khususkan perbincangan mengenai

perkara ini dalam Bab 2.

Secara ringkasnya di sini saya kemukakan suatu analisis sejarah yang menarik

yang pernah dikupas oleh Ustaz al-Banna dalam risalahnya, Halatuju Dakwah Kita:

“Kebangkitan mana-mana bangsa bermula dalam keadaan yang lemah hingga ia

dilihat mustahil akan berlaku. Walaupun kelihatan mustahil namun sejarah

membuktikan kesabaran, ketabahan, kebijaksanaan dan ketekunan akan

membawa kebangkitan ini yang bermula dalam keadaan begitu lemah dan tidak

berkeupayaan ke puncak kejayaan yang diidam oleh para pendokongnya. Siapa

sangka Semenanjung Tanah Arab yang hanya dikelilingi padang pasir yang kering

kontang akan melahirkan cahaya dan ilmu pengetahuan seterusnya dengan kuasa

rohani dan politik, penduduknya mampu menguasai kebanyakan negara di dunia.

Siapa sangka Abu Bakar seorang yang berhati lembut, malah semua manusia

menentangnya dan semua penolongnya kebingungan masih mampu mengerah

sebelas angkatan tentera dalam masa sehari bagi menghapuskan para

penderhaka, memperbaiki segala kepincangan, mengenakan tindakan terhadap

pelampau dan golongan murtad serta mengembalikan hak Allah daripada mereka

yang enggan membayar zakat…”

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Page 30: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

30

Bahagian III RUMUSAN KAJIAN

Perbincangan tentang rumusan sejarah berdasarkan pemikiran dan tulisan Ustaz

al-Banna merupakan suatu yang perlu dibincangkan dalam tajuk yang khusus. Namun

fokus saya di sini hanyalah dari aspek methodologi. Cukup saya nyatakan di sini bahawa

Ustaz al-Banna membaca sejarah menurut kaca mata seorang pemimpin yang sedang

mencari sesuatu yang boleh membantu menjayakan agendanya. Saya akan kemukakan

beberapa analisa Ustaz al-Banna mengenai perkara ini. Namun rasanya cukup saya

nyatakan di sini secara ringkas ucapan beliau yang mengupas tentang perjalanan

sebuah agenda kebangkitan. Beliau ungkapkan pandangan beliau ini setelah

mengemukakan beberapa analisa sejarah yang dicatat dalam risalah beliau, Adakah Kita Golongan Yang Bekerja:

“Saudara yang dihormati, saya yakin setiap revolusi yang berlaku dalam sejarah

manusia semuanya menurut teori ini. Termasuklah kebangkitan agama yang

dipimpin oleh para nabi dan para rasul, selawat Allah untuk mereka…

“Dalam membincangkan perkara ini saya merasakan para pembaca terbahagi

kepada dua kumpulan. Satu kumpulan telah mengkaji sejarah manusi dan zaman-

zaman kebangkitan mereka. Kumpulan ini pasti yakin dengan apa yang

dibincangkan ini. Satu kumpulan lagi belum berpeluang lagi untuk mengkaji.

Terserahlah, anda boleh mengkaji supaya anda tahu apa yang saya katakan ini

semuanya benar ataupun anda boleh percaya pada saya sepenuhnya. Tujuan saya

hanya mahu membawa kebaikan sekadar kemampuan saya.

“Itulah yang berlaku dalam sebuah kebangkitan yang berjaya. Adakah

kebangkitan kita akan berjalan selari dengan teori alam dan teori sosial ini?…

(ADAKAH KITA GOLONGAN YANG BEKERJA)

Kajian sejarah, gagasan kebangkitan dan undang-undang alam, inilah kata

kunci yang dicatatkan oleh Ustaz al-Banna untuk fasa ini.

Page 31: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

31

Bahagian IV TINDAKAN SUSULAN DARIPADA HASIL KAJIAN

Syarat pertama berinteraksi bersama undang-undang Ilahi dan undang-undang

alam ialah cuba memahaminya. Malah kita perlu menghayati seluruh undang-undang

atau ilmu ini sepenuhnya dengan penuh matang. Bagaimanakah kita boleh bekerja dalam

ruang lingkup undang-undang Ilahi atau apa yang kita namakan sebagai ‘teori hukum

alam’ atau fiqhus sunan? Berbekalkan pengetahuan kita tentang teori inilah kita lahirkan teori-teori kemasyarakatan dan ketamadunan. Ustaz al-Banna ada menyentuh

mengenai perkara ini dalam ucapan Muktamar Kelima:

“Janganlah kamu melawan hukum alam kerana hukum alam ini begitu berkuasa.

Namun kuasailah ia, gunakanlah ia, alihkanlah haluannya dan gabungkan segala

elemen yang ada. Selepas itu, nantikanlah detik kemenangan yang akan kamu

perolehi tidak lama lagi.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Atas landasan inilah lahirnya agenda kebangkitan Ustaz al-Banna. Dengan

berpandukan kajian terhadap keadaan ummah, sejarah ummah, sejarah dunia, kajian

terhadap teori setiap gerakan sepanjang sejarah, dengan berpandukan pendirian yang

dicipta untuk berinteraksi dengan segala teori ini, maka lahirlah gerakan kebangkitan

masakini.

Secara ringkasnya boleh dinyatakan bahawa sesuatu cabaran yang lahir akibat

sebuah ‘kemunduran’ secara langsung akan melahirkan suatu ‘tindak balas’. Tindak balas

ini dijelmakan dalam bentuk agenda kebangkitan dan pelan tindakan yang akan menjadi

satu-satunya jalan keluar daripada kemunduran yang sedang dialami oleh ummah.

Page 32: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

32

Fasal 2

KAJIAN SEJARAH

Bahagian I: Kajian Sejarah Islam

Bahagian II: Kajian Sejarah Kebangkitan Sesebuah Bangsa

Bahagian III: Kajian Sejarah Gerakan Kebangkitan dan Perubahan

Page 33: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

33

Mukadimah KEPENTINGAN KAJIAN SEJARAH

Sejarah manusia adalah khazanah yang menyimpan pengalaman manusia yang

berjaya dan yang gagal. Oleh itu, sesiapa sahaja yang merancang untuk melakukan

perubahan dalam sistem masyarakat perlu mengetahui sejarah manusia supaya mereka

tidak menempuh jalan mati. Sejarah merupakan institusi pertama untuk mempelajari

ilmu kemanusiaan. Dari sinilah para pemikir membentuk teori dan gambaran mereka

tentang perjalanan hidup manusia. Dari rentetan sejarah inilah mereka mengambil

pengajaran. Atas dasar ini, Ustaz al-Banna memberikan perhatian yang serius untuk

mengkaji secara mendalam aspek sejarah. Hakikat ini telah dinyatakan dalam banyak

tulisan beliau. Sebagai contohnya, beliau pernah berkata:

“Jika anda mengkaji sejarah kebangkitan sesebuah bangsa baik di timur

mahupun di barat, pada zaman silam mahupun pada zaman moden, anda pasti

akan dapati setiap mereka yang menjadi pendokong sebuah kebangkitan yang

berjaya pasti mempunyai pendekatan tertentu yang mereka laksanakan…

“Sila kaji sejarah perkembangan semua organisasi dan bangsa. Anda pasti akan

setuju bahawa apa yang saya katakan ini benar. Faktor kejayaan bagi semua

kebangkitan…

“Jika anda ingat kembali sejarah puak-puak Islam dan zaman sebelum dan

semasa pembentukan negara Abbasiah di timur kemudian kebangkitan negara-

negara baru di Eropah seperti Perancis, Itali, Rusia dan Turki sama ada pada

zaman awal iaitu zaman penyatuan dan pembentukan kerajaan atau pada zaman

ini iaitu zaman pembentukan prinsip dan ideologi, anda akan lihat semua

perubahan ini mengikut suatu pendekatan atau manhaj yang tersusun yang akan

membawa hasil yang dicitakan oleh sesebuah bangsa.”

(ADAKAH KITA GOLONGAN YANG BEKERJA)

Dengan ini bahagian ini akan membincangkan tiga tajuk berikut:

1. Kajian sejarah Islam

2. Kajian sejarah kebangkitan sesebuah bangsa

3. Kajian sejarah gerakan kebangkitan dan perubahan

Page 34: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

34

Bahagian I KAJIAN SEJARAH ISLAM

Dalam risalah Antara Semalam dan Hari Ini, Ustaz al-Banna menghuraikan perkembangan sejarah dan matlamat gagasan Islam. Tulisan ini ditulis sebelum

tercetusnya Perang Dunia II. Dalam buku ini, beliau gariskan secara terperinci fasa-

fasa yang telah dilalui oleh umat Islam. Semenjak dari perutusan Rasulullah s.a.w. al-

Amin hinggalah kepada kejatuhan terakhir kuasa politik umat Islam dengan jatuhnya

kerajaan Othmaniyah. Kajian terhadap sejarah umat Islam ini yang disertakan dengan

kajian tentang pertembungan dengan agenda Barat serta faktor kemenangan agenda

Barat, tidak mungkin sekadar menjadi catatan sejarah umat Islam begitu sahaja.

Malah sebaliknya sesiapa sahaja yang memahami latar belakang di sebalik penulisan

risalah ini akan memahami bahawa risalah ini secara tidak langsung mengandungi

pesanan Ustaz al-Banna. Dengan memaparkan segala peristiwa bersejarah dengan

berlatar belakangkan dakwah kebangkitan ini, beliau mahukan supaya para aktivis

dakwah dapat melihat sejarah ini secara menyeluruh. Langkah ini penting untuk

memperolehi gambaran yang sebenar tentang fasa yang bakal dilalui oleh dakwah.

Termasuklah ancaman yang boleh menyebabkan dakwah menyimpang daripada landasan

sebenar akibat tiadanya gambaran yang betul dalam proses mencapai matlamat.

Kajian secara mendalam terhadap risalah, Antara Semalam dan Hari Ini akan membolehkan kita memahami secara menyeluruh segala elemen utama dalam agenda

yang dikemukakan oleh Ustaz al-Banna ke arah membangunkan semula umat Islam. Di

samping itu kita dapat memahami secara mendalam nilai-nilai sejarah yang telah

membentuk sesuatu teori dan tindakan. Secara ringkasnya risalah ini memaparkan

beberapa fakta penting yang boleh dirumuskan seperti berikut:

1. Paparan secara jelas tentang peristiwa bersejarah dan fasa yang dilalui oleh

umat Islam.

2. Bentuk pertembungan dakwah Islam dengan agenda asing.

3. Rumusan penting tentang agenda Islam.

4. Ciri-ciri penting sebuah negara Islam termasuk sistem social dan ekonominya.

5. Peranan yang perlu dimainkan oleh gerakan dakwah berdasarkan paparan

sejarah.

6. Mengenal pasti aspek kekuatan dan kelemahan, ancaman dan peluang, kejayaan

dan kegagalan.

Page 35: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

35

Dakwah atau saya sebutkan sebagai “gagasan Islam” ini menurut gambaran

Ustaz al-Banna telah melalui tujuh fasa seperti berikut:

Fasa I: Perisytiharan kelahiran dakwah yang bersifat sejagat.

Fasa II: Pembentukan negara Islam pertama.

Fasa III: Permulaan kejatuhan negara Islam.

Fasa IV: Pertembungan dan ancaman kepada aspek politik.

Fasa V: Pertembungan dan ancaman kepada aspek sosial.

Fasa VI: Kejayaan agenda Barat dan penguasaan terhadap tamadun Islam.

Fasa VII: Fasa kesedaran dan kebangkitan Islam serta lahirnya seruan untuk

bangkit dan menyelamat

Gambarajah di bawah menjelaskan secara ringkas fasa-fasa tersebut:

Page 36: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

36

Dak

wah

seja

gat

Pem

ben

tukan

neg

ara

Kej

atu

han

kuas

a K

eja

yaan

agen

da

Bar

at

Dak

wah

pen

jana

dan

pen

yela

mat

Per

tem

bu

ng

an

sosi

al

Pert

emb

un

gan

po

liti

k

En

am f

asa

per

tem

bu

-

ng

an p

oli

tik

Asa

s

pem

bin

aan

mas

yar

akat

Lap

an f

akto

r

kej

atu

han

neg

ara

Kes

edar

an

dan

keb

an

gk

itan

mo

den

Tig

a fa

sa

per

tem

bu

-

ng

an s

osi

al

Isy

tih

ar

keh

ad

iran

bar

u

Pen

aklu

kan

,

pen

jaja

han

dan

pen

gep

un

gan

Page 37: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

37

Fasa I: Pengisytiharan Kelahiran Dakwah yang Bersifat Sejagat (dakwah)

“Semenjak 1370 tahun yang lalu, Muhammad bin Abdullah seorang nabi yang

buta huruf berseru di tengah kota Mekah di puncak bukit Safa:

ö≅è% $ y㕃 r'≈tƒ ÚZ$ ¨Ζ9$# ’ ÎoΤ Î) ãΑθß™ u‘ «! $# öΝà6 ö‹s9 Î) $ ·èŠÏΗsd “Ï% ©!$# … çµ s9 Û� ù=ãΒ ÏN≡ uθ≈yϑ ¡¡9 $# ÇÚ ö‘ F{$# uρ ( Iω tµ≈s9 Î) �ωÎ)

uθ èδ Ç‘ós ムàM‹Ïϑムuρ ( (#θ ãΨÏΒ$t↔ sù «!$$ Î/ Ï&Î!θ ß™u‘uρ ÄcÉ<Ψ9 $# Çc’ÍhΓ W{$# ”Ï%©!$# Ú∅ ÏΒ÷σム«!$$ Î/ ϵÏG≈yϑ Î=Ÿ2 uρ çνθãèÎ7? $#uρ

öΝà6 ¯=yè s9 šχρ߉ tGôγ s? ∩⊇∈∇∪

“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (diutus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk.” Al-A’raf: 158

“Seruan yang begitu padu ini adalah garis pemisah untuk seluruh alam ini; antara

zaman silam yang gelap gelita dengan masa hadapan yang cerah bersinar,

masakini yang harmoni dan bahagia. Satu pengisytiharan yang dengan jelas

mengemukakan suatu sistem baru yang digubal oleh Allah, Tuhan yang Maha

Mengetahui. UtusanNya ialah Muhammad seorang manusia pembawa peringatan.

KitabNya ialah al-Quran sebagai penunjuk dan penyuluh. Tentera-Nya ialah

generasi awal Muhajirin dan Ansar serta generasi berikutnya yang mengikut

jejak mereka dengan baik. Sistem ini bukan rekaan manusia tetapi adalah hasil

ciptaan Allah. Apakah ada ciptaan manusia yang lebih baik daripada ciptaan

Allah?

4 $tΒ |MΖä. “Í‘ ô‰s? $ tΒ Ü=≈tG Å3 ø9 $# Ÿω uρ ß≈yϑƒM} $# Å3≈s9 uρ çµ≈oΨ ù= yèy_ #Y‘θ çΡ “ω öκΞ ÏµÎ/ tΒ â !$ t±®Σ ôÏΒ $ tΡÏŠ$ t6 Ïã 4 y7ΡÎ)uρ

ü“ω öκtJs9 4’n<Î) :Þ≡u�ÅÀ 5ΟŠÉ) tG ó¡ •Β ∩∈⊄∪ ÅÞ≡u�ÅÀ «! $# “ Ï%©!$# …çµ s9 $ tΒ ’Îû ÏN≡ uθ≈yϑ ¡¡9 $# $ tΒ uρ ’ Îû ÇÚö‘ F{$# 3 Iω r& ’ n< Î) «!$#

ç�!ÅÁs? â‘θãΒW{$# ∩∈⊂∪

“…Engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke

Page 38: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

38

jalan yang lurus,” “Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan.” Ash-Shura: 52-53

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Secara ringkasnya, fasa ini melalui proses berikut:

1. Pengisytiharan sebuah kelahiran dakwah sejagat yang bakal meletakkan

sempadan pemisah untuk seluruh alam ini.

2. Pengisytiharan terbuka mengenai suatu orde baru dunia yang bakal memiliki

neraca dan identiti yang tersendiri.

3. Pembentukan garis panduan dalam bentuk teori dan praktikal ke arah

pengislahan dan perubahan masyarakat secara bersepadu.

Fasa II: Pembentukan negara Islam pertama (negara)

“Berdasarkan prinsip-prinsip sistem kemasyarakatan al-Quran yang mulia ini,

tertegaklah sebuah negara Islam pertama yang mengimani Islam yang sebenar,

melaksanakan Islam seeara menyeluruh dan menyebarkan Islam ke seluruh

alam…

“Segala elemen perpaduan dan penghayatannya wujud dalam diri ummah yang

baru lahir ini. Perpaduan masyarakat begitu menyeluruh kerana semuanya

disatukan di bawah sistem al-Quran dan bahasa al-Quran. Perpaduan politik pula

wujud kerana semuanya disatukan di bawah naungan Amirul Mukminin, di bawah

panji khalifah yang berada di ibu kota. Perpaduan ini tidak akan dapat dihalang

walaupun wujud desentralisasi dalam ketenteraan, urusan kewangan Baitul Mal

dan tindakan para gabenor. Ini kerana semua pihak bekerja dengan satu akidah

dan satu arahan.

“Prinsip al-Quran ini telah berjaya menyingkir amalan penyembahan berhala…

menyingkir bangsa yahudi yang jelek… mencabar agama Kristian. Dengan

perubahan ini kuasa rohani dan politik negara Islam mula mengambil alih dua

benua terbesar tersebut.

“Prinsip ini seterusnya mengorak langkah untuk menembusi benua ketiga dan

menyerang Kota Constantinople dari arah timur seterusnya mengepung kota

tersebut sehingga mereka terpaksa menanggung kesengsaraan akibat kepungan

tersebut. Eropah juga diserang dari arah barat, apabila Andalus berjaya

ditembusi dan tentera Islam yang gagah perkasa berjaya mara sehingga ke

Page 39: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

39

tengah Perancis serta di bahagian utara dan selatan Itali. Di sebelah barat

Eropah, berdiri megah sebuah negara yang tersergam indah dengan

kegemilangan cahaya ilmu. Akhirnya Kota Constantinople jatuh dan Kristian kini

dipinggirkan ke suatu ceruk di tengah Eropah. Armada Islam membelah

gelombang dua lautan; Laut Merah dan Laut Putih (Laut Mediterranean) yang

kini disenaraikan sebagai lautan Islam. Dengan ini juga bermakna angkatan

tentera negara Islam berjaya menguasai pintu laut timur dan barat serta

menguasai sepenuhnya lautan dan daratan.

“Bangsa-bangsa Islam mula berhubung dengan bangsa-bangsa lain dan berjaya

mengaut pelbagai teknologi. Walaupun demikian kekuatan iman dan keutuhan

system Islam tetap berjaya menguasai bangsa-bangsa ini hingga mampu

mengubah bangsa-bangsa ini menjadi bangsa Arab atau hampir menjadi Arab.

Bangsa-bangsa ini berjaya dicorak dan dikuasai oleh bahasa Arab dan agama

Islam yang indah, bertenaga dan menarik ini. Malah umat Islam bebas mencedok

elemen yang baik dalam teknologi ini tanpa sedikitpun memberi kesan kepada

perpaduan masyarakat dan politik mereka.”

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Ini bermakna, fasa ini akan melalui proses berikut:

1. Pembentukan sebuah negara yang berlandaskan sistem sosial yang berteraskan

al-Quran.

2. Pembinaan perpaduan masyarakat yang mantap di bawah naungan pemerintahan

Islam.

3. Pembinaan perpaduan politik yang mantap di bawah naungan khalifah Islam.

4. Pengusiran sebarang ancaman kuasa musuh seperti penyembah berhala, Yahudi

dan Kristian.

5. Pengutusan angkatan tentera Islam ke timur, barat, utara dan selatan.

6. Penguasaan ke atas seluruh aspek hidup manusia di darat dan lautan.

7. Pertemuan antara tamadun bangsa manusia dan perpindahan teknologi yang

berguna.

Fasa III: Permulaan kejatuhan negara Islam (kejatuhan)

Page 40: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

40

“Walaupun memiliki kekuatan yang kukuh dan kuasa yang luas namun beberapa

faktor perosak mula menyusup masuk ke dalam struktur umat al-Quran ini. Faktor-

faktor ini semakin bertapak kukuh dan merebak sedikit demi sedikit hingga berjaya

merobek dan menggoncang pusat negara Islam pada kurun ke-6 Hijrah ketika diserang

oleh Tartar dan sekali lagi pada kurun ke-14 Hijrah. Melalui kedua-dua serangan ini

umat Islam mula bertaburan dan berpecah kepada negara-negara kecil yang tercari-

cari langkah untuk bersatu dan bangkit semula.

“Faktor-faktor perosak yang utama ialah:

a. Percakaran politik dan sikap fanatik

selain perebutan kuasa dan pangkat .

“Dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah.” Al-Anfal: 46

b. Perselisihan dalam soal asas agama dan

mazhab serta salah faham yang timbul

tentang agama.

“Sesebuah bangsa tidak akan sesat setelah mereka menerima hidayah yang mereka amalkan melainkan apabila mereka mula berdebat.” Hadis

c. Tenggelam dalam pelbagai bentuk

kesenangan dan kemewahan.

“Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri; Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat).” Al-Israa: 16

d. Kepimpinan yang bersikap buruk dan

kuasa diberikan kepada mereka yang tidak

mampu.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai)” Ali Imran: 118

e. Mengabaikan ilmu-ilmu yang berbentuk

praktikal dan ilmu-ilmu dunia.

“Katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi…” Yunus: 101

f. Kelekaan para pemerintah dengan kuasa

yang dimiliki, terpedaya dengan kuasa

yang ada serta lupa melihat perkembangan

masyarakat lain.

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia.” Al-A’raf: 179

g. Tertipu dengan helah musuh yang bijak

membujuk. Terpesona dengan hasil-hasil

pihak musuh.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.” Ali Imran: 100

h. Kelemahan faktor akidah yang “Wahai orang-orang yang beriman! Jika

Page 41: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

41

membawa kepada kepincangan akhlak yang

teruk.

kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuan, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi.” Ali Imran: 149

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Setiap satu fakta ini memerlukan kepada kajian yang lebih terperinci. Namun

rasanya cukup sekadar saya nyatakan di sini sejauhmana pentingnya semua faktor ini

dalam menggugat kebangkitan umat Islam. Sehingga kini faktor-faktor ini masih

memberi kesan sama ada secara umum atau khusus.

Fasa IV: Pertembungan dan Ancaman kepada Aspek Politik

Sepanjang beberapa kurun, pertembungan dan ancaman ini wujud dalam

beberapa peringkat, seperti berikut:

Peringkat pertama: Usaha menghapuskan umat Islam

1. Serangan Tartar dan kejatuhan kerajaan Bani Abbasiah di Baghdad pada tahun

656 Hijrah.

2. Sembilan siri Perang Salib dan kejayaan mewujudkan negara Salib di Baitul

Maqdis.

Peringkat kedua: Kemenangan berturut-turut oleh umat Islam

1. Penaklukan semula Baitul Maqdis dalam Perang Hittin.

2. Pengusiran tentera Tartar daripada Mesir dalam Perang Ain Jalut.

3. Kelahiran semula Khilafah Islam di bawah kuasa Dinasti Othman (Negara Turki

Othmaniyah).

4. Penaklukan Konstantinopal dan peluasan kuasa ke tengah Eropah.

Peringkat ketiga: Kebangkitan kuasa Eropah

1. Eropah mula membentuk kekuatan dan perpaduan di bawah pengaruh bangsa

Frank di Portugal.

2. Pembentukan negara Sepanyol setelah kejatuhan kerajaan Andalus.

Page 42: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

42

3. Penekanan kepada proses pembelajaran, penerokaan ilmu dan penjelajahan

seperti penerokaan Amerika dan laluan Laut Hindi.

4. Kemunculan gerakan reformasi, semangat perkauman dan negara baru yang kuat.

5. Kewujudan perjanjian suci di kalangan negara-negara Eropah yang baru untuk

menghancurkan Empayar Islam.

Peringkat keempat: Serangan baru Eropah terhadap negara-negara Islam

1. Pembentukan beberapa perencanaan untuk menghancurkan negara Islam.

2. Pengagihan warisan orang sakit (kerajaan Othmaniyah) dan menggembar-

gemburkan krisis di Timur.

3. Memencilkan beberapa rantau daripada pengaruh khilafah Islam dan

mencengkam rantau ini di bawah kuasa Eropah.

4. Kekalahan Turki dan sekutu dalam Perang Dunia I (1914-1918).

5. Pengagihan warisan negara Othmaniyah menggunakan nama penjajahan,

penaklukan dan menjaga kepentingan.

6. Kejayaan Eropah dalam pertembungan politik serta kejayaannya menghancurkan

empayar Islam dan menghapuskan kuasa politiknya.

Peringkat kelima: Pembentukan kuasa baru dan kemunculan gerakan

kemerdekaan

1. Kejayaan beberapa buah negara Islam memperolehi semula hak dan

kemerdekaan mereka.

2. Kelahiran semangat nasionalisme sempit di setiap negara dan rantau Islam.

3. Tindakan pendokong kebangkitan ini yang sengaja mengenepikan nilai perpaduan.

Peringkat keenam: Perang dunia II dan perjanjian berat sebelah

1. Tercetusnya Perang Dunia II dan kesannya.

2. Peningkatan budaya tindas-menindas di kalangan Eropah.

Page 43: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

43

3. Kemunculan fahaman baru dan fahaman fasis sebagai tanda pertembungan baru

dan peperangan yang bakal tercetus.

4. Peluang terbuka untuk bangsa Islam bersatu padu dan mengembalikan semula

negara dan kesatuan mereka.

Ini adalah kronologi sejarah yang dikenal pasti oleh Ustaz al-Banna. Ini juga

bermakna kita perlu sambungkan kronologi ini ke peringkat seterusnya untuk kita

memahami sejauhmana perkembangan yang berlaku antara Perang Dunia II sehingga

kini. Namun usaha ini memerlukan suatu kajian khusus. Dalam kesempatan ini saya akan

hanya bentangkan kaedah yang digunakan oleh Ustaz al-Banna.

Fasa V: Pertembungan dan Ancaman kepada Aspek Sosial

Pertembungan dan ancaman ini wujud dalam peringkat sepanjang beberapa

kurun, seperti berikut:

Peringkat pertama: Kelahiran tamadun baru

“Bangsa-bangsa Eropah yang berpeluang menjalinkan hubungan dengan Islam dan

bangsa Islam; di Timur melalui peperangan salib dan di Barat melalui pergaulan

dengan Arab Andalus, bukan sahaja berjaya memperolehi semangat yang tinggi

atau kesatuan politik malah lebih daripada itu. Mereka juga berpeluang

memperolehi kesedaran fikiran dan mental yang tinggi, di samping berpeluang

memperolehi ilmu yang luas.”

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Fenomena utama peringkat ini telah digariskan oleh Ustaz al-Banna iaitu:

1. Kemunculan pembaharuan di sudut budaya dan ilmu yang menyeluruh di Eropah.

2. Wujud pertembungan sengit antara gerakan pembaharuan ini dengan pihak

gereja yang berakhir dengan kemenangan golongan pembaharuan.

3. Muncul revolusi industri sebagai kesan langsung pembaharuan ilmu moden.

4. Perluasan pengaruh Eropah di kebanyakan negara dan rantau di dunia.

5. Muncul budaya dan tamadun Eropah yang berteraskan teori memisahkan agama

daripada negara, mahkamah dan sekolah.

Page 44: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

44

6. Dominasi teori kebendaan hingga menjadi kayu ukur dalam semua perkara.

Demikian juga tersebarnya fahaman baru seperti fahaman menolak kewujudan

tuhan, hidup bebas, individualistik dan amalan riba.

Peringkat kedua: Serangan terhadap negara Islam dan penyebaran faham

kebendaan

“Eropah giat berusaha mengembangkan arus materialisme ini bersama budaya

dan kuman perosaknya ke seluruh negara Islam yang berada dalam genggaman

mereka dan setiap bumi Islam yang jatuh ke dalam kuasa mereka. Dalam masa

yang sama mereka berusaha memastikan segala elemen kuasa seperti ilmu

pengetahuan, kepakaran dan sistem yang baik disekat daripada umat Islam.

Mereka merencana segala serangan sosial ini dengan amat bijak menggunakan

segala kelicikan politik dan kuasa ketenteraan mereka. Sehingga mereka

berjaya mencapai apa yang mereka inginkan.”

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Fenomena utama peringkat ini telah digariskan oleh Ustaz al-Banna iaitu:

1. Menguasai golongan pemerintah dengan memberi mereka hutang dan berurus

niaga bersama mereka.

2. Mendapatkan hak campurtangan ekonomi. Melambakkan ekonomi negara Islam

dengan modal, bank dan syarikat mereka. Mentadbir urusan ekonomi menurut

kehendak mereka.

3. Mengubah dasar pemerintahan, pengadilan dan pembelajaran. Menentukan corak

pentadbiran dan perundangan.

4. Merangsang wanita, arak, pentas, tempat tarian, hiburan, sastera dan budaya

yang tidak senonoh.

5. Menghalalkan beberapa jenayah dan mewujudkan budaya hidup berfoya-foya.

6. Mewujudkan sekolah, institusi pengajian Barat di negara Islam bertujuan

menimbulkan salah faham dan menyemai budaya Barat.

7. Mendidik umat Islam supaya menghina agama dan negara mereka sendiri

sebaliknya memuja segala produk Barat.

8. Kajian dilakukan secara berterusan untuk melengkapkan proses serangan

pemikiran dan sosial yang terancang.

Page 45: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

45

Peringkat ketiga: Usaha memperdaya sarjana Islam

“Namun demikian arus ini begitu cepat tersebar hingga akhirnya berjaya

mempengaruhi semua lapisan masyarakat dan budaya, Musuh-musuh Islam telah

Berjaya memperdaya para cendikiawan Islam serta mengaburi pandangan umat

Islam yang lain. Mereka menggambarkan seolah-olah Islam hanyalah

membabitkan beberapa amalan akidah, ibadat dan akhlak. Selain itu Islam

digambarkan hanya merupakan beberapa upacara, amalan karut dan penampilan

yang kosong. Muslihat mereka ini dibantu oleh kejahilan umat Islam yang tidak

memahami agama mereka yang sebenar. Fenomena ini menyebabkan sebahagian

besar umat Islam merasa selesa dan setuju dengan gambaran seperti ini.

Seterusnya apabila masa berlalu, agak sukar untuk kita menerangkan kepada

mereka bahawa Islam adalah suatu sistem sosial yang lengkap mencakupi

seluruh aspek hidup manusia.”

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Gambarajah di bawah menjelaskan rancangan serangan tersebut:

Page 46: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

46

Strategi Perang

Penjajahan Kuasa

Ketenteraan

Kepintaran

Politik

Kepincangan

Akhlak

Pendidikan

Barat

Korupsi

Politik

Penguasaan

Ekonomi

Tatasusila Sekolah Polisi Hutang

Kesenian Penghantar-

an Pelajar

Sistem Baru Hak

Campurta-

ngan

Teater Universiti Dasar

Perundang-

an

Monopoli

Tarian Kurikulum Perlembaga

-an Dan

Akta

Manipulasi

Krisis

Krisis

Ekonomi

Krisis Politik

(Penguasaan

Dan

Eksploitasi)

Krisis Identiti,

Minda Dan

Teladan

Page 47: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

47

Fasa VI: Kejayaan Agenda Barat dan Penguasaan Terhadap Tamadun Islam

“Dengan ini, kita terpaksa akui bahawa tamadun Barat yang bertunjangkan

fahaman materialisme telah berjaya menguasai pertembungan sosial ini

menentang tamadun Islam yang bertunjangkan fahaman yang menggabungkan

antara roh dan jasad. Mereka telah berjaya di bumi Islam sendiri. Mereka

berjaya dalam pertembungan di lapangan yang sebenar iaitu jiwa, rohani, akidah

dan akal manusia. Mereka juga telah berjaya di lapangan politik dan

ketenteraan. Semua ini tidak menghairankan kerana hidup ini sebenarnya satu;

sesuatu kekuatan tetap berperanan sebagai suatu kekuatan dalam semua aspek

hidup, dan suatu kelemahan tetap berperanan sebagai suatu kelemahan dalam

semua aspek hidup.

4 y7 ù=Ï? uρ ãΠ$ −ƒ F{$# $yγ ä9 Íρ#y‰çΡ t ÷t/ Ĩ$ ¨Ψ9 $#

“…dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkan dia antara sesama manusia…” Ali Imran: 140

“Walaubagaimanapun dasar dan ajaran Islam masih tetap kukuh sebagaimana

asalnya, masih segar dan bernyawa, masih mampu menarik perhatian melalui

kehebatan dan keindahannya. Islam tetap segar kerana Islam adalah agama yang

benar. Malah hayat insan tidak akan sempurna tanpa Islam. Juga adalah kerana

Islam adalah ciptaan Allah dan dijaga oleh-Nya.

$ ¯ΡÎ) ßøt wΥ $uΖø9 ¨“tΡ t2ø. Ïe%!$# $Ρ Î)uρ … çµ s9 tβθ ÝàÏ�≈ ptm: ∩∪

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” Al-Hijr: 9

†p1ù' tƒ uρ ª!$# Hω Î) βr& ¢ΟÏF ム… çν u‘θ çΡ öθ s9 uρ oνÌ2Ÿ2 šχρã2Ï�≈s3 ø9 $# ∩⊂⊄∪

“…Sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” At-Taubah: 32

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Atas dasar ini, Ustaz al-Banna tegaskan bahawa dalam fasa ini tamadun Barat

telah berjaya menguasai jiwa umat Islam setelah menguasai sudut politik dan

ketenteraan. Namun dalam masa yang sama beliau tegaskan bahawa Islam mempunyai

Page 48: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

48

kekuatan dari segi prinsip dan ajarannya yang mampu membekalkan kehidupan yang

lengkap dan mulia kepada seluruh manusia.

Fasa VII: Fasa Kesedaran dan Kebangkitan Islam serta Lahirnya Seruan untuk

Bangkit dan Menyelamat

“Sepertimana ancaman politik mampu membangkitkan sentiment perkauman,

ancaman sosial juga telah menghidupkan semula gagasan Islam. Hasilnya,

pelbagai suara bangkit menuntut supaya umat Islam kembali kepada Islam;

Kembali kepada memahami dan melaksanakan hukum serta sistem Islam. Sudah

pasti tidak lama lagi akan tiba masanya tamadun materialisme ini jatuh

tersembam di atas batu jemala pendokong dan penganutnya. Ketika itu mereka

merasa betapa hati dan rohani mereka begitu dahaga. Namun di sana hanya ada

satu sumber sahaja yang mampu memberikan santapan dan rawatan umtuk

mereka iaitu Kitab Allah:

$ pκš‰r' ¯≈tƒ â¨$ ¨Ζ9$# ô‰ s% Ν ä3ø? u !$ y_ ×π sàÏã öθΒ ÏiΒ öΝà6 În/ §‘ Ö !$ x� Ï©uρ $ yϑÏj9 ’Îû Í‘ρ߉ =Á9$# “Y‰ èδuρ ×πuΗ÷qu‘uρ tÏΨÏΒ ÷σ ßϑ ù=Ïj9 ∩∈∠∪

ö≅è% È≅ôÒ x�Î/ «!$# ϵ ÏFuΗ÷qt2Î/uρ y7 Ï9≡x‹ Î7sù (#θãmt2ø� u‹ù=sù uθèδ ×�ö!yz $£ϑ ÏiΒ tβθãè yϑ øg s† ∩∈∇∪

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.” “Katakanlah (wahai Muhammad): Kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal).” Yunus: 57-58

“…Wahai Ikhwan, Allah mahu kita mewarisi tanggungjawab yang besar ini. Allah

mahu supaya sinar dakwah kamu terpancar menerangi seluruh kegelapan ini.

Allah melahirkan kamu untuk memartabatkan kalimah-Nya, mendokong syariat-

Nya dan menegakkan semula negara-Nya.

�χ u�ÝÇΖuŠ s9 uρ ª! $# tΒ ÿ…çν ç�ÝÇΨtƒ 3 �χ Î) ©!$# :”Èθ s)s9 ̓ tã ∩⊆⊃∪

“…dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya (agama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa;” Al-Hajj: 40

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Page 49: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

49

Di sini Ustaz al-Banna tegaskan betapa perlunya umat Islam kembali berpegang

kepada kebenaran dan mencari cahaya baru. Kembali prihatin dengan Islam yang agung

dan kitab Allah yang suci.

Walaupun kronologi sejarah ini dinyatakan oleh Ustaz al-Banna dengan ringkas

namun jika dikaji secara serius ia telah menggariskan beberapa noktah penting yang

boleh diperolehi hasil kajian secara mendalam dalam aspek ini, seperti:

1. Identiti dan suri teladan.

2. Dasar pengislahan masyarakat menurut perspektif Islam.

3. Gambaran ringkas tentang bentuk negara Islam pertama dalam sejarah.

4. Faktor kelemahan umat Islam dan kaedah mengatasinya.

5. Kajian strategi perjalanan sejarah sepanjang kurun ke-12 hingga ke-15.

6. Kajian yang sama di Eropah serta kajian terhadap faktor kebangkitan dan

kekuatan.

7. Kajian terhadap zaman kebangkitan di Eropah secara analitikal.

8. Kajian strategi terhadap gerakan kemerdekaan.

9. Kajian terhadap asas teori Barat dan pergaruhnya kepada sistem politik moden.

10. Kajian terhadap kaedah penjajahan dan pelaksanaan masakini.

Tanpa kajian yang serius terhadap kronologi yang kompleks ini serta dilakukan

oleh mereka yang memiliki pengetahuan ilmu syarak dan perkembangan semasa,

disertakan pula dengan kepekaan ilmu dan tindakan, ditambah dengan keupayaan

merumuskan isi-isi penting selain kemahiran mengarang, bagi saya tanpa semua

kemahiran ini ia pasti menjadikan ilmu yang kita perlukan untuk mendokong

kebangkitan ini akan hanya berhadapan dengan masalah antara teori dan praktikal.

Akhirnya semua teori ini tidak akan dapat digunakan untuk mengatasi segala

permasalahan semasa.

Page 50: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

50

Bahagian II KAJIAN SEJARAH KEBANGKITAN SESEBUAH BANGSA

Kajian Ustaz al-Banna turut merangkumi seluruh pengalaman yang dilalui oleh

sebuah kebangkitan. Ini kerana beliau meyakini sepenuhnya bahawa mana-mana

gerakan yang nekad untuk membawa perubahan dan mendokong kebangkitan semula

perlu melakukan kajian secara mendalam terhadap sejarah bangsa-bangsa sebelumnya.

Oleh itu menurut beliau:

“Jika anda ingat kembali sejarah puak-puak Islam dan zaman sebelum dan

semasa pembentukan negara Abbasiah di timur kemudian kebangkitan negara-

negara baru di Eropah seperti Perancis, Itali, Rusia dan Turki sama ada pada

zaman awal iaitu zaman penyatuan dan pembentukan kerajaan atau pada zaman

ini iaitu zaman pembentukan prinsip dan ideologi, anda akan lihat semua

perubahan ini mengikut suatu pendekatan atau manhaj yang tersusun yang akan

membawa hasil yang dicitakan oleh sesebuah bangsa.”

(ADAKAH KITA GOLONGAN YANG BEKERJA)

Sila perhatikan betul-betul ungkapan beliau:

“Kebangkitan negara-negara baru di Eropah” … “Suatu pendekatan atau manhaj

yang tersusun”

Kajian secara mendalam terhadap semua gerakan pembaharuan moden serta

fatwa yang dilalui sehingga ke tahap boleh merumuskan suatu teori tentang sebuah

kebangkitan dan gerakan merupakan suatu kajian yang amat penting. Namun persoalan

yang penting di sini ialah sejauhmanakah kajian seperti ini telah dilakukan dan

pengetahuannya telah dimiliki oleh para aktivis yang mendokong agenda kebangkitan

Islam? Sudah pasti tumpuan dalam aspek ini sangat penting dan relevan dengan

masakini dan masa depan agenda ini.

Page 51: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

51

Bahagian III KAJIAN SEJARAH TERHADAP GERAKAN KEBANGKITAN DAN PERUBAHAN

Suatu tindakan yang perlu dilakukan oleh gerakan kebangkitan kini ialah

mengkaji, menganalisa dan mengkritik pengalaman gerakan-gerakan kebangkitan silam

dan masakini. Semua pengalaman ini sudah tentu akan memberikan pengajaran yang

tersendiri. Atas dasar inilah Allah Taala sering mengingatkan di dalam al-Quran

betapa pentingnya budaya merenung dan berfikir tentang nasib bangsa-bangsa silam.

Bagaimana Allah memberikan mereka kemenangan atau kekalahan? Faktor inilah yang

ditekankan oleh Ustaz al-Banna apabila beliau berkata:

“Kebangkitan mana-mana bangsa bermula dalam keadaan yang lemah hingga ia

dilihat mustahil akan berlaku. Walaupun kelihatan mustahil namun sejarah

membuktikan kesabaran, ketabahan, kebijaksanaan dan ketekunan akan

membawa kebangkitan ini yang bermula dalam keadaan begitu lemah dan tidak

berkeupayaan ke puncak kejayaan yang diidam oleh para pendokongnya. Siapa

sangka Semenanjung Tanah Arab yang hanya dikelilingi padang pasir yang kering

kontang akan melahirkan cahaya dan ilmu pengetahuan seterusnya dengan kuasa

rohani dan politik, penduduknya mampu menguasai kebanyakan negara di dunia.”

(HALATUJU DAKWAH KITA)

� Khilafah al-Rashidah

“Siapa sangka Abu Bakar seorang yang berhati lembut, malah semua manusia

menentangnya dan semua penolongnya kebingungan namun masih mampu

mengerah 11 angkatan tentera dalam masa sehari bagi menghapuskan para

penderhaka, memperbaiki segala kepincangan, mengenakan tindakan terhadap

pelampau dan golongan murtad serta mengembalikan hak Allah daripada mereka

yang enggan membayar zakat.”

(HALATUJU DAKWAH KITA)

� Kerajaan Abbasiyah

“Siapa sangka sekumpuan Bani Ali dan Abbas yang kecil serta berselindung

mampu menumbangkan kerajaan yang begitu kuat dan luas. Sedangkan sepanjang

masa mereka sentiasa terdedah kepada pembunuhan, penindasan, pengusiran

dan ugutan.”

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Page 52: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

52

� Kerajaan Ayubiyah

“Siapa sangka Solahuddin al-Ayubi walaupun terpaksa mengharungi tempoh yang

lama namun akhimya berjaya mengusir raja-raja Eropah yang mempunyai

angkatan tentera dan kekuatan yang besar. Malah 25 raja ternama mereka

bergabung menentangnya.”

(HALATUJU DAKWAH KITA)

� Kerajaan Su’udiyah

“Itu contoh sejarah silam. Sejarah moden juga memberikan contoh yang amat

menarik. Siapa sangka Raja Abdul Aziz Al-Said yang telah diusir dan hartanya

dirampas mampu mengembalikan semula kuasanya dengan bantuan tidak sampai

30 orang.”

(HALATUJU DAKWAH KITA)

� Kerajaan Jerman

“Siapa sangka seorang agen Jerman, Hitler berjaya memperolehi kuasa dan

mencapai matlamatnya.”

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Walau betapa penting sekalipun kajian secara mendalam terhadap sejarah ini

namun ia tidak sepatutnya terhenti setakat itu sahaja. Sebaliknya kajian yang

menyeluruh perlu dilakukan. Atas dasar ini, contoh-contoh sejarah dari dahulu hingga

sekarang merupakan skop kajian yang perlu diletakkan dalam pertimbangan. Tindakan

paling bahaya yang boleh nnenyempitkan fikiran kita ialah menghadkan kajian sejarah

hanya pada sejarah umat Islam dengan membelakangkan pengajaran daripada

pengalaman manusia seluruhnya.

Page 53: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

53

Fasal 3

KAJIAN REALITI SEMASA

Bahagian I: Analisa Deskriptif

Bahagian II: Analisa Statistik

Page 54: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

54

Mukadimah KEPERLUAN KAJIAN REALITI SEMASA

Mereka yang mahu mengetengahkan isu masyarakat dan bangsa, serta cuba

membina sebuah masyarakat yang mendokong nilai-nilai keadilan, kesaksamaan,

persaudaraan manusia yang sejati, sesiapa sahaja yang mahu memainkan peranan

sedemikian perlu mengkaji realiti dan persekitaran tempatan, rantau dan

antarabangsa. Kajian ini perlu dilakukan secara mendalam bagi mengenal pasti apa jua

bentuk kekuatan dan kelemahan yang ada. Selain itu ia perlu bagi mengenal pasti

sejauhmana ancaman dan cabaran yang dihadapi dari dalam dan luar. Segala peluang

yang mendatang perlu sentiasa dikenal pasti. Segala faktor kejayaan dan kegagalan

perlu dikenal pasti. Secara ringkasnya, boleh dikatakan mereka perlu memahami

sepenuhnya persekitaran mereka. Inilah yang saya sebutkan sebagai fiqhul waqie atau

ilmu memahami persekitaran. Perlu ditegaskan di sini bahawa para aktivis gerakan yang

memperjuangkan kebangkitan semula perlu memahami dengan jelas hakikat ini. Perkara

ini perlu diterapkan ke dalam program pentarbiyahan dan strategi masa depan mereka.

Ini dapat dilakukan melalui program-program yang tersusun dan bersepadu dengan

berpandukan analisa dan kajian ilmiah..

Topik ini akan dibincangkan menurut perspektif berikut:

1. Analisa deskriptif

2. Analisa statistik

Page 55: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

55

Bahagian I ANALISA DESKRIPTIF

Isu Penting yang Bakal Dihadapi Arus Kebangkitan

Ustaz al-Banna secara terperinci telah menggariskan krisis umat Islam.

Menurut beliau:

“Pengalaman dan sejarah telah mengajar kita bahawa penyakit bangsa Timur ini

wujud dalam pelbagai keadaan dan telah menular ke setiap sudut hayat mereka.

i. Dalam sudut politik, bangsa ini telah dijajah oleh musuhnya. Dalam masa yang sama masyarakatnya pula hidup dalam keadaan berpuak, bermusuh dan

berpecah.

ii. Dalam sudut ekonomi, amalan riba berleluasa di semua lapisan dan syarikat asing

menguasai sumber kekayaan mereka.

iii. Dalam sudut pemikiran, timbul kekeliruan, kemurtadan dan amalan menolak

tuhan yang boleh menggugat akidah mereka dan menghancurkan nilai-nilai baik

dalam diri masyarakat mereka.

iv. Dalam sudut sosial pula, wujud budaya pergaulan bebas dan keruntuhan akhlak serta tidak mahu terikat dengan mana-mana budaya baik yang mereka warisi

daripada generasi lama. Sifat terikut-ikut dengan budaya barat juga menular

dalam kehidupan harian mereka ibarat bisa ular yang meracuni darah dan

mencemar kesucian hidup mereka.

v. Begitu juga dengan undang-undang ciptaan manusia yang tidak mampu

menakutkan penjenayah dan tidak mampu mendidik serta tidak mampu

mengembalikan hak daripada orang yang zalim. Mereka mengamalkan undang-

undang yang tidak mampu menandingi undang-undang langit yang sudah digubal

oleh Tuhan yang mencipta manusia, Raja segala-galanya dan Pemilik jiwa

manusia.

vi. Begitu juga wujud kepincangan dalam dasar pelajaran dan polisi pendidikan hingga menghalang generasi baru; bakal pemimpin dan pendokong kebangkitan

masa depan daripada menerima bimbingan yang betul.

vii. Dalam sudut kejiwaan, bangsa ini ditimpa sifat-sifat lemah semangat, malas,

pengecut, rendah diri, bacul, tamak dan pentingkan diri sendiri yang

menyebabkan mereka tidak rela untuk berkorban. Mereka hanya berdiam diri

Page 56: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

56

tanpa mampu memberikan sebarang pengorbanan. Akhirnya bangsa ini terpinggir

daripada semangat kepahlawanan mereka kepada hanya mahu berseronok dan

berhibur.

Apakah yang boleh diharapkan daripada sebuah bangsa yang memilih segala

faktor kelemahan ini malah mereka berada di tahap maksimum:

1. Dijajah dan berpuak.

2. Mengamalkan riba dan dikuasai syarikat asing.

3. Anti agama.

4. Berfoya-foya.

5. Kepincangan sistem pendidikan.

6. Kepincangan perundangan.

7. Tidak bersemangat, tamak, bacul dan pengecut.

8. Kagum dengan musuh sendiri hingga bersedia mengikut apa sahaja yang

dilakukan oleh musuh.

Mana-mana satu daripada penyakit ini sudah cukup untuk membunuh sebuah

bangsa. Apatah lagi jika semua penyakit ini ada pada mereka. Jika tidak kerana

kekebalan, keutuhan dan kekuatan yang dimiliki oleh bangsa Timur yang diheret

oleh musuh dan semenjak sekian lama cuba disuntik dengan kuman wabak hingga

kuman-kuman ini membiak, jika tidak kerana kekebalan ini sudah tentu bangsa

ini tidak lagi wujud. Namun Allah dan orang-orang yang beriman tidak akan

merelakannya.

Saudara, ini adalah penyakit ummah yang telah dikenal pasti oleh Ikhwan. Inilah

yang sedang diusahakan oleh mereka iaitu untuk menyembuh dan mengembalikan

semula kesihatan dan semangat mudanya yang telah hilang.”

(DAKWAH KITA)

Dengan ini bermakna terdapat di sana:

� Isu penjajah.

� Isu ekonomi dan monopoli bangsa asing.

Page 57: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

57

� Isu masyarakat.

� Isu pendidikan.

� Isu perundangan.

� Isu psikologi.

Semua ini perlu menjadi fokus utama gerakan dakwah masakini yang prihatin

dengan agenda kebangkitan.

Page 58: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

58

Bahagian II ANALISA STATISTIK

Ustaz al-Banna turut menggunakan kaedah analisa statistik ataupun apa yang

dinamakan sebagai analisis kuantitatif dalam mengkaji realiti umat Islam sebagai satu

lagi kaedah yang digunakan untuk mengkaji aspek persekitaran. Ini kerana tindakan ini

memberikan kesan yang besar kepada strategi, dasar dan pendirian sebuah gerakan.

Dengan ini, para pendokong arus kebangkitan perlu menerapkan kaedah ini dalam

kaedah pentarbiyahan dan pembelajaran mereka. Mereka perlu mewujudkan pusat-

pusat kajian dan penyelidikan yang boleh membekalkan mereka maklumat supaya

mereka dapat memahami kedudukan mereka. Perkara ini pernah disentuh oleh Ustaz

al-Banna:

“Wahai Ikhwan, sedarlah bahawa 60% rakyat Mesir hidup lebih rendah daripada

taraf haiwan. Mereka terpaksa bersusah payah untuk mendapat sesuap nasi.

Mesir juga diancam kebuluran dan berhadapan dengan pelbagai kegawatan

ekonomi yang hanya Allah sahaja tahu kesudahannya. Di Mesir juga terdapat

320 buah syarikat asing yang memonopoli kesemua kemudahan dan kepentingan

awam di seluruh pelusuk Mesir. Aliran urusniaga, industri dan sektor ekonomi

semuanya berada di tangan orang asing yang mengamalkan riba. Hartanah

berpindah dengan begitu pantas daripada rakyat tempatan kepada rakyat asing.

Mesir merupakan negara moden di dunia yang paling teruk dilanda wabak dan

penyakit. Lebih 90% rakyat Mesir dijangka berhadapan dengan ketidak upayaan

fizikal, kecacatan pancaindera serta pelbagai kecacatan dan penyakit. Mesir

sehingga kini masih dibelenggu kejahilan apabila tidak sampai 1/5 (satu per lima)

sahaja yang mendapat pendidikan. Dengan jumlah itu hanya seratus ribu orang

sahaja yang mendapat pendidikan melebihi tahap sekolah rendah. Kejadian

jenayah bertambah berlipat ganda.”

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

“Saudara, di sini ada beberapa statistik yang menunjukkan ancaman sosial yang

amat hebat yang sedang kita hadapi. Jika tidak kerana rahmat Allah sudah

tentu kesannya terlalu berat untuk kita terima.

“Petani…

“Buruh…

“Syarikat monopoli…

“Klinik kerajaan…

Page 59: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

59

“Buta huruf…

“Jenayah…1

Saudara sekalian, inilah yang dinyatakan oleh statistic. Apa yang ditunjukkan ini

hanya sedikit daripada segala gejala buruk yang melanda Mesir. Apakah punca

semua fenomena ini? Siapakah yang bertanggungjawab? Bagaimana kita boleh

selesaikan semua masalah ini? Apakah cara penyelesaiaannya?

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)

Dengan statistik yang ada ini kita mampu membuat perbandingan yang sesuai

dengan program ke arah kebangkitan. Ini juga bermakna kita perlu kumpulkan semua

statistik yang dapat memberikan kita maklumat tentang taraf hidup masyarakat Islam

hari ini. Dengan itu kita dapat membuat penilaian, rumusan dan analisa. Dengan

maklumat ini juga kita dapat gariskan kaedah yang praktikal untuk mengatasi segala

isu kemiskinan dan kemelaratan. Kitajuga dapat gariskan langkah yang sesuai untuk

membangunkan sebuah agenda ke arah kebangkitan semula ini serta program

pembangunan yang berkesinambungan.

1 Dalam risalah ucapan dasar muktamar keenam tahun 1941, Imam Hasan al-Banna mengemukakan statistik yang jelas

tidak dipertikaikan lagi. Sememangnya apa yang berlaku pada hari inl jauh lebih buruk daripada apa yang dinyatakan

oleh statistik tersebut.

Page 60: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

60

Fasal 4

KEUPAYAAN UNTUK BANGKIT SEMULA

Bahagian I: Keupayaan untuk Bangkit Semula

Bahagian II: Tanda-tanda Kebangkitan

Page 61: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

61

Mukadimah BERSEDIA UNTUK BANGKIT

Setelah melakukan kajian sejarah dan realiti semasa secara mendalam dan

terperinci serta mengenal pasti penyakit yang wujud, tindakan seterusnya ialah

bekerja untuk menghadapi realiti ini. Usaha perlu dilakukan untuk menyelamatkan

ummah yang dilanda krisis ini serta mengenal pasti penawar yang mujarab. Faktor

inilah yang menyebabkan Ustaz al-Banna berkeyakinan bahawa perlu wujud persediaan

untuk membawa ummah kembali bangkit semula. Dengarlah apa yang beliau katakan:

“Begitulah kita ditakdirkan untuk berhadapan dengan semua situasi ini. Ia

meminta kita supaya berusaha menyelamatkan bangsa ini yang sedang diancam

bahaya.

“Sebuah bangsa yang sedang dilanda masalah seperti masalah kita ini, sebuah

bangsa yang sedang bangkit melaksanakan tugas seperti tugas kita ini, sebuah

bangsa yang sedang memikul tanggungjawab seperti tanggungjawab kita ini,

bangsa ini tidak boleh sama sekali mengubat hatinya dengan ubat pelali atau

bergantung hanya kepada impian dan angan-angan. Sebaliknya mereka perlu

rnempersiapkan diri untuk mengharungi perjuangan yang panjang dan sengit.

Pertembungan yang hebat antara hak dan batil, antara yang berguna dan yang

tidak, antara pemilik dan perampas, antara orang yang mengikut arus dan yang

menongkah arus, antara orang yang ikhlas dan orang yang khianat. Bangsa ini

perlu mernahami bahawa jihad bererti bersusah payah, dan bersusah bererti

berpenat lelah. Jihad bererti berakhir masa untuk berehat kecuali setelah

selesai perjuangan ini. Pada pagi esoknya barulah mereka boleh bergembira.”

(ADAKAH KITA GOLONGAN YANG BEKERJA)

Kenyataan yang berlaku dalam dunia Islam telahpun diterangkan melalui isu-isu

serta statistik yang disebutkan sebelum ini. Namun terdapat beberapa perkara

penting yang akan dibincangkan secara ringkas di sini:

1. Keupayaan untuk bangkit semula.

2. Tanda-tanda kebangkitan.

Page 62: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

62

Bahagian I KEUPAYAAN UNTUK BANGKIT SEMULA

Dengan penuh rasa yakin dan bangga sebagai seorang Muslim dan mukmin, Ustaz

al-Banna menyentuh perkara ini:

“Peranan kita ialah memimpin dan membimbing dunia serta manusia agar

semuanya tunduk di bawah sistem dan ajaran Islam yang menjadi satu-satunya

jalan yang boleh membawa manusia ke arah kebahagiaan.”

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Beliau sekali lagi menegaskan hakikat ini apabila berkata:

“Dunia ketika ini sedang kebingungan dan kehilangan arah. Apa sahaja sistem

yang ada di dunia ini kini telah gagal menyelesaikan masalahnya dan hanya satu

sahaja ubat yang masih ada iaitu Islam. Oleh itu, marilah dengan nama Allah

untuk menyelamatkan dunia ini. Seluruh manusia sedang menanti-nanti orang

yang bakal menyelamatkan mereka. Hanya risalah Islam sahaja sebagai

penyelamat dan kamulah pemegang obornya.”

(BUAT PEMUDA)

Ustaz al-Banna menjelaskan bagaimana era peralihan yang berlaku dalam hayat

sebuah bangsa daripada keadaan lemah dan tidak bermaya kepada keadaan kuat dan

mampu bangkit semula. Beliau berkata:

“Era terpenting bag:i sesebuah bangsa jika dilihat secara mendalam ialah zaman

peralihannya dari satu zaman ke satu zaman. Ketika inilah segala program diatur

bagi berhadapan dengan era baru. Segala perancangan dan polisi disusun bagi

menjadi landasan kepada pembinaan sebuah bangsa dan akan menjadi pegangan

kepada bangsa itu. Jika semua perancangan, polisi dan program ini tersusun

dengan kemas dan baik, ia adalah petanda hayat bangsa ini akan kekal lama dan

bakal mencapai kegemilangannya. Semua ini juga menjadi petanda pemimpinnya

bakal beroleh kejayaan dan kemenangan. Pemimpin ini akan memperolehi

ganjaran besar, disanjungi selamanya, dikenang dalam sejarah dan dipuji.”

(MENUJU SINAR CAHAYA)

Akhirnya Ustaz al-Banna menekankan keupayaan ummah untuk bangkit dan

menjelaskan jalan yang betul ke arah kebangkitan ini. Beliau berkata:

Page 63: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

63

“Saya mengajak bangsa saya supaya mereka membuat pilihan. Ataupun dalam

perkataan yang lebih tepat ialah supaya mereka menunaikan ikrar mereka

dengan Allah dan dengan diri mereka sendiri. Mereka perlu melentur seluruh

sudut kehidupan masyarakat menurut landasan Islam yang suci. Dengan ini,

masyarakat akan terselamat daripada sebarang kekacauan, ketidak stabilan dan

perpecahan yang kini wujud dalam setiap aspek. Keadaan ini menghalang kita

untuk terus mara. Keadaan ini menghalang kita untuk memahami jalan

penyelesaian sebenar yang dapat menyelesaikan segala krisis yang melanda kita

di dalam dan di luar. Di sini saya tegaskan bahawa tiada jalan lain yang dapat

menyelamatkan kita melainkan kita perlu melalui jalan ini dengan penuh yakin.

Kita perlu lakukan apa sahaja yang kita mampu. Kita perlu lakukan dengan tekun

dan pantas.”

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF SISTEM ISLAM)

Page 64: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

64

Bahagian II TANDA-TANDA KEBANGKITAN

Ustaz al-Banna pernah mengemukakan empat petanda kebangkitan sebuah

bangsa iaitu:

Tanda Pertama: Aspek Sosial

Tanda kebangkitan ini telah diungkapkan oleh Ustaz al-Banna:

“Para pakar sosiologi berkata, kenyataan hari ini adalah impian semalam dan

impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Teori ini disokong oleh realiti dan

dikuatkan oleh bukti. Adalah ia menjadi asas kepada kemajuan manusia dan

proses menuju kesejahteraan. Siapa sangka terdapat ahli sains yang telah

menemui hasil ciptaannya beberapa tahun sebelum ia benar-benar dicipta. Malah

pakar sains sendiri menolaknya pada peringkat awal sehinggalah ia dibuktikan

oleh realiti dan disokong oleh bukti. Terdapat banyak contoh yang berlaku

namun perkara ini sudahpun jelas dan nyata, tidak perlu saya bincangkan secara

lebih mendalam.”

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Tanda Kedua: Aspek Sejarah

Aspek ini disentuh oleh Ustaz al-Banna:

“Kebangkitan mana-mana bangsa bermula dalam keadaan yang lemah hingga ia

dilihat mustahil akan berlaku. Walaupun kelihatan mustahil namun sejarah

membuktikan kesabaran, ketabahan, kebijaksanaan dan ketekunan akan

membawa kebangkitan ini yang bermula dalam keadaan begitu lemah dan tidak

berkeupayaan ke puncak kejayaan yang diidam oleh para pendokongnya. Siapa

sangka Semenanjung Tanah Arab yang hanya dikelilingi padang pasir yang kering

kontang akan melahirkan cahaya dan ilmu pengetahuan. Seterusnya dengan

kuasa rohani dan politik, penduduknya mampu menguasai kebanyakan negara di

dunia. Siapa sangka Abu Bakar seorang yang berhati lembut, malah semua

manusia menentangnya dan semua penolongnya kebingungan masih mampu

mengerah 11 angkatan tentera dalam masa sehari bagi menghapuskan para

penderhaka, memperbaiki segala kepincangan, mengenakan tindakan terhadap

pelampau dan golongan murtad serta mengembalikan hak Allah daripada mereka

yang enggan membayar zakat. Siapa sangka Solahuddin al-Ayubi walaupun

terpaksa mengharungi tempoh yang lama namun akhirnya berjaya mengusir raja-

Page 65: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

65

raja Eropah yang mempunyai angkatan tentera dan kekuatan yang besar. Malah

25 raja ternama mereka bergabung menentangnya.

Itu contoh sejarah silam. Sejarah moden juga memberikan contoh yang amat

menarik. Siapa sangka Raja Abdul Aziz Al-Saud yang telah diusir dan hartanya

dirampas mampu mengembalikan semula kuasanya dengan bantuan tidak sampai

30 orang. Malah kemudiannya menjadi harapan dunia Islam untuk mengembalikan

keagungan dunia Islam. Siapa sangka seorang agen Jerman, Hitler berjaya

memperolehi kuasa dan mencapai matlamatnya.”

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Semua ini boleh dibandingkan dengan kebangkitan Jepun, China, India dan

semua bentuk kebangkitan moden yang menjadi bukti kepada suatu kenyataan yang

mudah ini.

Tanda Ketiga: Aspek Rasional

Tanda ini diutarakan oleh Ustaz al-Banna dengan jelas:

“Selain perspektif tadi, wujud perspektif daripada sudut yang lain tetapi turut

membawa hasil yang sama dan memberikan dorongan yang kuat kepada hati

supaya bersemangat untuk bekerja.

“Pertama: Walaupun jalan ini jauh namun tiada di sana jalan lain untuk membina

suatu kebangkitan sebenar. Sejarah dan pengalaman membuktikan perspektif ini

betul.

“Kedua: Pendokong perlu berusaha melaksanakan tanggungjawab mereka

terlebih dahulu, diikuti keinginan memperolehi ganjaran akhirat dan ketiga

barulah untuk memperolehi hasilnya di dunia. Dengan beramal, sudah cukup

untuk melaksanakan kewajipannya dan tidak syak lagi akan memperolehi

ganjaran Allah, dengan syarat dia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Seterusnya soal keuntungan dunia terserah kepada Allah untuk

menganugerahkannya. Adakalanya tanpa disangka-sangka usaha yang

diusahakannya memberikan hasil yang jauh lebih diberkati sedangkan jika dia

tidak berusaha dia terpaksa menanggung dosa kecuaiannya. Malah dia kehilangan

ganjaran jihad dan sudah tentu tidak memperolehi apa-apa keuntungan. Jadi

siapakah yang lebih beruntung? Al-Quran al-Karim dengan jelas menyentuh

perkara ini dalam ayat:

Page 66: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

66

zΝÏ9 tβθÝàÏè s? $ ·Β öθs%   ª!$# öΝßγä3 Î=ôγ ãΒ ÷ρr& öΝåκ æ5Éj‹yè ãΒ $ \/#x‹tã #Y‰ƒÏ‰ x© ( (#θ ä9$ s% ¸ο u‘ É‹ ÷ètΒ 4’ n<Î) óΟä3 În/ u‘ óΟ ßγ= yè s9uρ tβθ à)−Gtƒ ∩⊇∉⊆∪

$£ϑ n=sù (#θ Ý¡ nΣ $ tΒ (#ρã2Åe2 èŒ ÿϵÎ/ $ uΖ øŠpgΥr& tÏ%©!$# šχöθ pκ ÷]tƒ Çtã Ï þθ E¡9 $# $tΡ õ‹ s{r&uρ šÏ%©!$# (#θ ßϑ n=sß ¥># x‹yè Î/ ¤§Š Ï↔ t/

$yϑ Î/ (#θ çΡ%x. šχθà)Ý¡ ø�tƒ ∩⊇∉∈∪

“…Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat? Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: (Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa.” “Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka).” Al-A’raf: 164-165

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Tanda Keempat: Aspek Agama

Segala nas, janji dan jaminan al-Quran memadamkan segala keraguan terhadap

keupayaan untuk bangkit semula. Ustaz al-Banna telah mengemukakan banyak contoh.

Di sini saya akan kemukakan sebahagian contoh ini yang diungkapkan melalui kisah Nabi

Musa a.s.. Paparan yang dilakukan oleh Ustaz al-Banna ketika mengemukakan kisah al-

Quran ini menampakkan kebolehan beliau mengetengahkan hakikat ini dengan begitu

mudah. Beliau menyentuh tentang fasa-fasa pertembungan:

1. Fasa lemah dan dipandang rendah:

Kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) sebahagian dari kisah Nabi Musa dan Firaun dengan keterangan yang benar bagi orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan. Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu… Al-Qasas: 3-6

2. Fasa penonjolan pemimpin yang berwibawa:

Page 67: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

67

Maka pergilah kamu kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam. Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami. Firaun menjawab: Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak-kanak yang baru lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu? Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (jenayah) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dari orang-orang yang tidak mengenang budi? Nabi Musa berkata: Aku melakukan perbuatan yang demikian sedang aku ketika itu dari orang-orang yang belum mendapat petunjuk. Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan agama, dan menjadikan daku seorang Rasul-Nya. Ash-Shu’ara: 16-21

3. Fasa pertembungan:

Dan berkatalah pula Ketua-ketua dari kaum Firaun: Adakah engkau (wahai Firaun) hendak membiarkan Musa dan kaumnya melahukan kerosakan di bumi (Mesir) dan meninggalkanmu serta apa-apa yang dipuja olehmu? Firaun menjawab: Kita akan bunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup anak-anak perempuan mereka, dan kita tetap menguasai (menundukkan) mereka. (Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata hepada kaumnya: Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskan-Nya kepada sesiapa yang dikehendahi-Nya dari hamba-hamba-Nya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. Al-A'raf: 127-128

4. Fasa menampilkan keyakinan dan cabaran:

Oleh itu, hukumkanlah apa sahaja yang engkau hendak hukumkan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah dapat menghukum dalam hehidupan dunia ini sahaja. Sesungguhnya kami telah beriman kepada Tuhan kami, supaya diampunkan-Nya kesalahan-hesalahan hami, dan dosa-dosa sihir yang engkau paksakan kami melakukannya. Dan Allah jualah yang lebih baik dan lebih kekal balasan pahala-Nya. Taha: 72-73

5. Fasa mengecap kemenangan dan kejayaan:

Setelah kita melihat semua fasa di atas sudah tentu kita akan dapat lihat

hasilnya di fasa kelima. Apakah kesudahannya? Kemenangan, kejayaan, kemenangan

mula dikecapi oleh yang lemah, impian mula tercapai dan suara kebenaran mula

berkumandang di ufuk langit:

Page 68: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

68

Wahai Bani lsrail! Sesungguhnya Kami telah selamathan kamu dari musuh kamu. Taha: 80

Atas dasar ini:

Tanda-tanda sosial, sejarah, rasional dan agama menyokong keupayaan manusia

untuk bangkit semula.

Persoalan yang timbul selepas ini ialah sekiranya kebangkitan ini boleh dilakukan,

apakah hukum atau dasar yang merealisasikan kebangkitan ini? Inilah persoalan yang

akan dibincangkan selepas ini.

Page 69: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

69

Fasal 5

PENGALAMAN SEJARAH

Bahagian I: Teori Kebangkitan

Bahagian II: Kaedah Berinteraksi dengan Teori Ini

Page 70: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

70

Bahagian I TEORI KEBANGKITAN

Pelbagai tanda dan bukti berdasarkan aspek sosiologi, sejarah yang sentiasa

berulang, aspek rasional dan nas al-Quran telah membuktikan bahawa kebangkitan

semula boleh dilakukan. Di sini kita perlu ketengahkan apakah hukum yang menentukan

proses kebangkitan ini.

Setelah menyelami gagasan Ustaz al-Banna ini, jelas bahawa beliau yang telah

mengkaji secara mendalam perjalanan sejarah, memahami sepenuhnya perkembangan

semasa dan memiliki wawasan masa depan, di tambah pula dengan pengetahuan beliau

yang tinggi dalam ilmu syarak dan kemanusiaan, semua pengetahuan ini membolehkan

beliau menggariskan beberapa hukum alam serta ilmu sejarah dan sosiologi yang

berfungsi mengikut hukum Allah. Berdasarkan penelitian saya kepada pemikiran beliau,

saya dapati di sana wujud beberapa hukum alam yang tidak boleh diabaikan sama sekali

dalam usaha kita untuk bangkit semula bersama ummah ini. Hukum-hukum tersebut

adalah seperti berikut:

1. Gagasan yang satu.

2. Teori kuasa pendorong.

3. Teori perubahan dalaman.

4. Teori titik permulaan.

5. Teori kejayaan minda.

6. Teori penjanaan rijal (mereka yang bercirikan kelelakian).

7. Teori tuntutan kebangkitan.

8. Teori ukuran kerja dakwah.

9. Teori pertembungan manusia.

10. Teori menanti dan merebut peluang.

11. Teori pertukaran tamadun.

12. Teori tujuh tunjang kebangkitan.

Page 71: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

71

Kita akan bincangkan kesemua teori ini secara mendalam berdasarkan pemikiran

Ustaz al-Banna.

1. Gagasan yang Satu (berpusat)

Ustaz al-Banna menyebut:

“Ikhwan al-Muslimin meyakini ketika Alah Taala menurunkan al-Quran dan

memerintahkan hamba-Nya mengikut jejak Muhammad s.a.w:, ketika Allah redha

Islam sebagai agama, Allah telah gariskan segala asas yang perlu untuk

kehidupan, kebangkitan dan kesejahteraan sesebuah bangsa. Ini bertepatan

dengan firman Allah:

tÏ% ©!$# šχθãè Î7 −Ftƒ tΑθ ß™§29$# ¢É<Ζ9 $# ¥_ÍhΓ W{$# “ Ï%©!$# …çµ tΡρ߉ Åg s† $ ¹/θ çGõ3tΒ öΝèδy‰Ψ Ïã ’Îû Ïπ1u‘ öθ −G9$# È≅‹ÅgΥM} $#uρ

Νèδ ã2ãΒ ù' tƒ Å∃ρã2÷è yϑ ø9$$ Î/ öΝßγ8 pκ ÷]tƒ uρ Çtã Ì2x6Ψ ßϑ ø9 $# ‘≅ Ïtä† uρ ÞΟßγs9 ÏM≈t6 Íh‹©Ü9 $# ãΠ Ìh2pt ä† uρ ÞΟÎγøŠ n=tæ y] Í×≈t6 y‚ø9 $# ßìŸÒ tƒ uρ öΝßγ÷Ζ tã

öΝèδ u�ñÀ Î) Ÿ≅≈n=øñ F{$# uρ ÉL ©9 $# ôMtΡ% x. óΟ ÎγøŠ n=tæ 4

“Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka…” Al-A’raf: 157

(HALATUJU DAKWAH KITA)

2. Teori Kuasa Pendorong (tenaga dalaman)

Perkara ini ditegaskan oleh Ustaz al-Banna:

“Pada kebiasaannya manusia akan melihat hanya kepada penampilan kerja dan

gaya sesuatu aliran. Mereka biasanya mengabaikan aspek dorongan psikologi dan

rohani yang sebenarnya menjadi sumber dan penjana aliran tersebut. Kedua-dua

aspek inilah sebenarnya yang menentukan pertumbuhan dan kejayaan aliran

tersebut. Hakikat ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa. Hanya mereka yang

tidak mengkaji dan mengenali selok-belok aliran-aliran ini akan menafikannya.

Sebenarnya di sebalik segala penampilan semua aliran ini ada roh yang menjana

dan ada kekuatan dalaman yang menggerakkan dan menguasainya. Mustahil suatu

Page 72: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

72

bangsa akan bangkit jika mereka tidak memiliki kesedaran ini dalam jiwa, roh

dan sentimen mereka.

�χÎ) ©! $# Ÿω ç�Éi!tó ム$tΒ BΘ öθ s)Î/ 4®Lym (#ρç� Éi!tó ム$tΒ öΝÍκŦ à�Ρr' Î/ 3

“…Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri…” Ar-Ra’d: 11

“Jadi di sini dapat saya katakan: Perkara pertama yang perlu kita tumpu dalam

dakwah kita, perkara paling utama yang perlu kita berikan perhatian sepanjang

pertumbuhan, penonjolan dan perkembangannya ialah kesedaran rohani yang

spontan. Kesedaran rohani pertama yang kita inginkan ialah hati yang hidup,

kebangkitan perasaan dan sentimen yang sebenar. Tumpuan kita dalam

membicarakan tentang sudut praktikal dalam melakukan perubahan dengan

dakwah kita ini tidak setinggi tumpuan kita dalam menerapkan fikrah ini ke

dalam jiwa manusia.

“Kita mahukan jiwa yang hidup, kuat dan bertenaga. Kita mahukan hati baru yang

menyala. Kita mahukan perasaan yang bergejolak membara. Kita mahukan roh

yang bercita-cita tinggi. Kita mahukan jiwa yang dapat membayangkan betapa

tingginya impian dan matlamat ini supaya ia dapat mengejar dan mencapainya.

Memang benar matlamat dan impian ini perlu dijelaskan. Segala perasaan dan

sentimen ini perlu dikawal. Perlu adanya tumpuan supaya akidah ini tidak lagi

dipertikaikan dan tidak lagi diragui. Tanpa kejelasan dan tumpuan ini

kebangkitan ini ibarat obor yang tidak bernyala di tengah kegelapan malam. Ia

tidak dapat menyuluh dan tidak dapat memberikan kehangatan. Apakah

kemuncak matlamat-matlamat ini?”

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

Mungkin kita perlu merenung sejenak bersama guru yang pertama, pemimpin

para pendidik dan para rasul yang membawa hidayah iaitu Rasulullah s.a.w. supaya kita

dapat mengutip pedoman daripada Baginda dalam era membawa perubalaan ini. Mudah-

mudahan kita boleh pelajari semula beberapa kaedah dakwah. Nabi s.a.w. telah

menyemai jiwa para sahabatnya dengan tiga nilai penting yang berjaya menonjolkan

mereka. Ketiga-tiga nilai ini ialah:

Pertama: Menyakini kemuliaan risalah yang dibawa

Nabi s.a.w. melimpahkan ke dalam hati mereka bahawa apa yang Baginda bawa

adalah benar dan selainnya adalala salah. Baginda tanamkan bahawa risalah Baginda

adalah risalah terbaik. Pendekatan Baginda adalah pendekatan terbaik. Syariat

Page 73: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

73

Baginda adalah syariat yang paling lengkap yang mampu membawa kebahagiaan kepada

seluruh manusia. Baginda bacakan pula kepada mereka ayat al-Quran yang

memperkuatkan lagi hakikat ini dalam jiwa mereka.

ô7Å¡ôϑ tG ó™ $$sù ü“ Ï% ©!$$ Î/ z Çrρé& y7 ø‹s9 Î) ( y7Ρ Î) 4’ n? tã :Þ≡ u�ÅÀ 5ΟŠ É) tGó¡ •Β ∩⊆⊂∪ …çµ ¯Ρ Î)uρ Ö2ø.Ï% s! y7©9 y7ÏΒ öθ s)Ï9uρ ( t∃ôθ y™uρ

tβθ è=t↔ ó¡ è? ∩⊆⊆∪

“Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.” “Dan sesungguhnya Al-Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan).” Az-Zukhruf: 43-44

ö≅©. uθtG sù ’ n?tã «! $# ( š� ¨Ρ Î) ’n? tã Èd, ysø9 $# ÈÎ7 ßϑø9 $# ∩∠∪

“Oleh itu, berserahlah kepada Allah, sesungguhnya engkau berada di atas kebenaran yang jelas nyata.” An-Naml: 79

Firman Allah lagi yang bermaksud:

Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar). Al-Jathiyah: 18

Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. An-Nisa: 65

Kedua: Perasaan berbangga kerana menganutinya

Nabi s.a.w. melimpahkan dalam hati mereka bahawa selagimana mereka di pihak

yang benar dan selagimana mereka adalah pendokong risalah cahaya ini dan yang lain

tenggelam dalam kegelapan, selagimana di hadapan mereka masih ada hidayah langit

untuk memimpin bumi ini, selagi itulah mereka perlu menjadi guru kepada seluruh

manusia dan mendidik orang lain umpama seorang guru mendidik anak muridnya.

Seorang guru akan menyayangi anak muridnya dan akan membimbing, memperbetul dan

memimpin mereka ke arah kebaikan dan jalan yang betul.

Page 74: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

74

Al-Quran turut menyokong nilai ini dan memperjelaskannya lagi. Dengan ini para

sahabat telah menerima wahyu langit daripada nabi mereka.

öΝçGΖä. u�ö!yz >πΒ é& ôM y_Ì2÷zé& Ĩ$ ¨Ψ=Ï9 tβρâI ß∆ù's? Å∃ρã2÷è yϑ ø9 $$Î/ šχöθ yγ ÷Ψ s?uρ Çtã Ì2x6Ζ ßϑ ø9 $# tβθ ãΖ ÏΒ÷σ è? uρ «!$$ Î/ 3 ö

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)…” Ali Imran: 110

Firman Allah lagi yang bermaksud:

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. Al-Baqarah: 143

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agama-Nya); dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama. Al-Hajj: 78

Ketiga: Perasaan mengharap bantuan Allah

Nabi melimpahkan dalam hati mereka bahawa selagimana mereka mengimani

kebenaran ini dan merasa bangga kerana turut bersamanya, Allah sentiasa bersama

mereka untuk membantu, membimbing, menolong, menyokong dan menghulurkan segala

pertolongan ketika orang lain menjauhkan diri daripada mereka. Allah akan

menyelamatkan mereka di kala mereka amat-amat memerlukan pertolongan. Allah

bersama mereka di mana jua mereka berada. Jika Allah tidak utuskan bantuan tentera

dari bumi nescaya Allah akan turunkan tentera dari langit. Para sahabat sering

membaca nilai-nilai ini dengan jelas dalam Kitab Allah.

�χÎ) uÚ ö‘ F{$# ¬! $yγ èOÍ‘θ ムtΒ â !$ t± o„ ôÏΒ ÍνÏŠ$t6 Ïã ( èπ t7 É)≈yè ø9$#uρ šÉ) −Fßϑ ù=Ï9 ∩⊇⊄∇∪

“…Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” Al-A’raf: 128

Page 75: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

75

ô‰ s)s9 uρ $oΨ ö;tF Ÿ2 ’Îû Í‘θç/ ¨“9$# .ÏΒ Ï‰÷è t/ Ì2ø. Ïe%!$# �χ r& uÚö‘ F{$# $ yγèO Ì2tƒ y“ ÏŠ$t6 Ïã šχθßs Î=≈¢Á9$# ∩⊇⊃∈∪

“Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh.” Al-Anbiya: 105

�χ u�ÝÇΖuŠ s9 uρ ª! $# tΒ ÿ…çν ç�ÝÇΨtƒ 3 �χ Î) ©!$# :”Èθ s)s9 ̓ tã ∩⊆⊃∪

“…dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya (agama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa;” Al-Hajj: 40

Firman Allah lagi yang bermaksud:

Allah telah menetapkan: Sesungguhnya Aku dan Rasul-rasul-Ku tetap mengalahkan (golongan yang menentang). Al-Mujadilah: 21

Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkan-Nya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Yusuf: 21

(Ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman. Al-Anfal: 12

Dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman. Ar-Rum: 47

Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu. Al-Qasas: 5

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

Penjajaran sistem dalaman dan mewujudkan nilai sensitiviti merupakan suatu

elemen strategi. Kita perlu bertanya bagaimana sejak 10 kurun yang lalu Barat Berjaya

membina sistem ini dalam diri bangsa mereka yang lemah?

Bagaimana bangsa Jepun, Jerman dan India berjaya melakukannya. Bagaimana

sistem dalaman bangsa kita terhakis sedangkan pernah mendahului bangsa-bangsa lain

sehingga pertengahan abad ke-16? Segala persoalan ini penting untuk diketengahkan.

Saya kemukakan persoalan ini untuk difikirkan oleh mereka yang peka dengan proses

kebangkitan ini dan mereka yang terpedaya dengan Barat hari ini.

Page 76: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

76

Walau bagaimanapun saya ulangi semula dan tegaskan sekali lagi bahawa syarat

atau hukum (peraturan) yang terpenting untuk melahirkan sebuah kebangkitan yang

berkekalan sudah tentu bergantung kepada kekuatan pendorong atau sistem dalaman

yang telah digariskan dengan jelas oleh Ustaz al-Banna.

3. Teori Perubahan Dalaman

Sesungguhnya Allah tidah mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga

mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (maksud Ar-Ra’d: 11). Faktor

ini telah dikemukakan oleh Ustaz al-Banna:

“Ini adalah undang-undang dan sunnah yang telah Allah tetapkan untuk alam ini

dan tiada apa yang dapat mengubah sunnah ini.

�χÎ) ©! $# Ÿω ç�Éi!tó ム$tΒ BΘ öθ s)Î/ 4®Lym (#ρç� Éi!tó ム$tΒ öΝÍκŦ à�Ρr' Î/ 3

“…Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri…” Ar-Ra’d: 11

“Undang-undang ini juga telah disentuh oleh Nabi s.a.w. dalam sepotong hadis

yang diriwayatkan oleh Abu Daud:

Hampir-hampir bangsa-bangsa lain mengerumuni kamu sepertimana manusia mengerumuni makanan mereka. Seorang sahabat bertanya: Apakah kerana kami sedikit waktu itu? Baginda menjawab: Tidak, sebaliknya kamu ramai tetapi kamu umpama buih seperti buih banjir. Allah akan mencabut perasaan gerun pihak musuh terhadap kamu dan Allah akan mencampakkan al-Wahn ke dalam hati kamu. Bertanya seseorang: Wahai Rasulullah, apakah al-Wahn itu? Baginda menjawab: Cintakan dunia dan bencikan mati.

“Anda dapat saksikan bagaimana Nabi s.a.w. menjelaskan punca kelemahan dan

kehinaan sesebuah bangsa. Ia berlaku apabila jiwa mereka lemah, hati mereka

tidak berdaya, dan sanubari mereka tidak memiliki akhlak mulia dan sifat

kejantanan sebenar. Walaupun jumlah mereka ramai dan kekayaan mereka

melimpah ruah.

“Bangsa yang tenggelam dengan kesenangan, leka dengan kemewahan, hanyut

dengan keseronokan benda, asyik dengan kehidupan dunia, lupa untuk

menanggung kesusahan, tidak mahu berdepan dengan masalah dan berjuang demi

kebenaran, katakanlah selamat jalan kepada harga diri dan impian bangsa ini.”

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Page 77: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

77

Apa yang diperlukan ialah wujudnya perubahan positif dalam sudut pemikiran,

nilai, sistem dan perhubungan dalam jiwa manusia supaya berlaku perubahan di alam

nyata. Inilah kenyataan yang ketiga.

4. Teori Titik Permulaan

Ustaz al-Banna telah menggariskan beberapa keperluan yang perlu dipenuhi bagi

mencapai agenda yang mendokong sebuah kebangkitan. Beliau menyebut:

“Pembentukan dan pembinaan sebuah bangsa, merealisasikan sebuah impian dan

memperjuangkan sebuah prinsip memerlukan seluruh bangsa atau sekurang-

kurangnya sekumpulan manusia yang mahu mencapai cita-cita ini memiliki jiwa

yang benar-benar kental yang dapat dilihat melalui beberapa aspek iaitu:

i. Kemahuan tinggi yang tidak marnpu digugat oleh kelemahan.

ii. Kesetiaan sejati yang tidak mengenal erti kompromi dan pembelotan.

iii. Pengorbanan agung yang tidak mengenal erti tamak dan kedekut.

iv. Memahami prinsip, meyakininya, menghormatinya, tidak melakukan kesilapan,

tidak terseleweng, tidak berkompromi dan tidak terpengaruh dengan prinsip

lain.

“Dengan hanya memiliki kesemua asas yang berbentuk rohani ini dan dengan

memiliki kekuatan rohani yang agung akan tertegak sebuah prinsip dan akan

mampu membentuk sebuah bangsa yang mampu bangkit, membentuk jiwa bangsa

yang bersemangat waja dan akan bermula kembali suatu kehidupan bagi mereka

yang telah sekian lama tidak merasainya.

“Mana-mana bangsa yang kehilangan keempat-empat sifat ini ataupun pemimpin

dan pendokong pembaharuannya kehilangan sifat-sifat ini, bangsa ini adalah

bangsa yang tidak berharga dan malang. Bangsa ini tidak akan mampu mencapai

kejayaan dan tidak akan dapat merealisasikan impian mereka. Mereka akan

hanya hidup dalam dunia sangkaan, khayalan dan impian. “Sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).” (Maksud Yunus: 36).”

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Di sinilah bermulanya titik permulaan yang betul berlandaskan tahap psikologi

yang sebenar. Mana-mana bangsa yang telah kalah dari sudut psikologi, sebenarnya

Page 78: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

78

telah menempah kehinaan dan hilang harga diri. Usaha kita yang utama mestilah

ditumpukan kepada membangkitkan sudut psikologi dan nilai diri. Mana-mana bangsa

yang yakin dengan diri sendiri dan keupayaan mereka serta mengetahui jalan ke arah

kejayaan sudah tentu kejayaan mereka tidak akan disangkal oleh hukum Allah yang

adil.

5. Teori Kejayaan Minda (pemuda)

Demi mencapai kejayaan, Ustaz al-Banna benar-benar memberikan tumpuannya

kepada tulang belakang yang mampu mendokong kebangkitan ini iaitu para pemuda.

Beliau menekankan empat ciri penting yang wujud dalam diri pemuda dan berpotensi

untuk melahirkan suatu kebangkitan yang ampuh. Beliau menyebut:

“Sesuatu gagasan akan berjaya jika wujud keyakinan yang kuat dengan gagasan

yang didokong, wujudnya keikhlasan dalam mendokongnya, semangat yang

sentiasa membara bersamanya serta sedia berkorban dan berusaha untuk

merealisasikannya. Keempat-empat asas ini iaitu keimanan, keikhlasan, semangat

dan usaha adalah sifat-sifat istimewa para pemuda. Sebabnya, asas keimanan

ialah hati yang bersih, asas keikhlasan ialah jiwa yang suci, asas semangat ialah

keinginan yang kuat, asas usaha ialah keazaman yang membara. Semua sifat ini

hanya ada pada pemuda. Atas dasar ini dalam mana-mana bangsa, para pemuda

menjadi tonggak kepada kebangkitan mereka. Setiap kebangkitan ada rahsia

kekuatannya yang tersendiri. Setiap gagasan ada pendokong panjinya.

öΝåκ ¨ΞÎ) îπu‹÷FÏù (#θãΖ tΒ#u óΟÎγ În/ t2Î/ óΟßγ≈tΡ ÷ŠÎ— uρ “ W‰ èδ ∩⊇⊂∪

“…Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.” Al-Kahfi: 13

(BUAT PEMUDA)

Atas dasar ini, sebuah bangsa yang mahu bangkit mestilah memberikan tumpuan

mereka ke arah menyemai gagasan untuk bangkit di dalam jiwa para pemuda. Para

pemuda adalah kelompok utama dalam masyarakat yang memiliki kesemua sifat ini.

6. Teori Penjanaan Rijal (mereka yang bercirikan kelelakian)

Bangsa yang sedang berjuang amat memerlukan kepada pembinaan jiwa,

pembentukan akhlak dan penjanaan sifat kelelakian (ketokohan) yang betul dalam diri

anak bangsa. Supaya mereka boleh mengharungi segala halangan dan mengatasi segala

rintangan.

Page 79: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

79

Ustaz al-Banna menyebut tentang ukuran sebenar sebuah kebangkitan dan

petunjuk utama bagi menilai kekuatan sesebuah bangsa:

“Kelelakian (rijal) adalah rahsia hidup sesebuah bangsa dan menjadi faktor

utama yang menentukan kebangkitan mereka. Sejarah manusia sebenarnya

adalah sejarah kelahiran lelaki-lelaki berkelelakian (rijal) yang berketrampilan

dan memiliki jiwa serta kemahuan yang tinggi. Kekuatan atau kelemahan

sesebuah bangsa diukur sejauhmana bangsa ini mampu melahirkan lelaki-lelaki

yang memiliki sifat-sifat kelelakian yang sebenar.”

(ADAKAH KITA GOLONGAN YANG BEKERJA)

Ini bermakna persoalan tarbiyah menjadi teras dalam proses kebangkitan ini. Ia

kini bukan sahaja bersifat sampingan malah menjadi penentu kepada kewujudan

masyarakat dan ummah.

7. Teori Tuntutan Kebangkitan

Ustaz al-Banna menyebut:

“Jika anda mengkaji sejarah kebangkitan sesebuah bangsa baik di timur

mahupun di barat, pada zaman silam mahupun pada zaman moden, anda pasti

akan dapati setiap mereka yang menjadi pendokong sebuah kebangkitan yang

berjaya pasti mempunyai pendekatan tertentu yang mereka laksanakan dan

matlamat tertentu yang mereka sasarkan. Pendekatan dan matlamat ini disusun

oleh penggerak kebangkitan ini. Mereka berusaha mencapainya selagi mereka

hidup dan selagi mereka boleh bekerja. Apabila usaha mereka terhalang,

ataupun tiba ajal mereka yang telah ditentukan dalam hidup ini, usaha mereka

ini akan disambung pula oleh generasi seterusnya yang akan menyambung agenda

mereka. Generasi baru ini akan bermula di mana generasi awal mereka berhenti.

Mereka tidak menghentikan apa yang telah dicapai. Mereka tidak akan

meruntuhkan apa yang telah dibina. Mereka tidak akan memusnahkan apa yang

telah diasaskan. Mereka memperkukuh bukannya meruntuhkan apa yang telah

dibangunkan. Apa yang mereka lakukan ialah sama ada memperbaiki apa yang

telah dilakukan oleh generasi awal ataupun meneruskan jejak langkah generasi

awal mereka. Dengan ini mereka melangkah setapak lagi dan mereka membawa

bangsa mereka melangkah ke arah matlamat. Mungkin suatu ketika nanti mereka

akan tiba ke destinasi atau mungkin mereka terpaksa berundur atau terpaksa

menyerahkan tugas ini kepada generasi berikutnya pula. Beginilah proses ini

berjalan sehingga apa yang mereka cita dan impikan tercapai. Akhirnya

kebangkitan ini mencapai kejayaan dan perjuangan mereka membuahkan hasil.

Bangsa ini akhirnya berjaya mencapai apa yang mereka sasar dan usahakan.

Page 80: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

80

yϑ sù ö≅ yϑ ÷è tƒ tΑ$ s) ÷WÏΒ >ο §‘sŒ #\2ø‹yz … çν t2tƒ ∩∠∪

“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” Az-Zalzalah: 7

(ADAKAH KITA GOLONGAN YANG BEKERJA)

Ini bermakna, tuntutan sebuah kebangkitan ialah:

i. Matlamat yang satu.

ii. Pendekatan yang satu untuk mencapai matlamat yang dirangka.

iii. Penggerak yang berusaha melaksanakan pendekatan tadi.

iv. Penyokong yang bekerja mengikut pendekatan tadi dan meneruskan usaha

pembinaan.

Dari sini, Ustaz al-Banna memberikan tumpuan kepada isu utama yang perlu

difahami dengan betul ketika melangkah melaksanakan agenda kebangkitan ini dan

dihayati sepanjang proses pelaksanaan. Isu tersebut ialah matlamat, pendekatan dan

menggabungkan tenaga para penggerak yang mendokong kebangkitan ini. Seterusnya

proses ini disambung pula oleh generasi seterusnya. Ia adalah proses penerusan dan

bukan bermula pada titik sifar setiap kali berlakunya kebangkitan. Kerana ia hanya

akan membuang tenaga dan potensi serta menambah beban untuk menjayakan agenda

ini.

8. Teori Ukuran Kerja Dakwah

Ustaz al-Banna telah merumuskan suatu teori yang dapat menjadi ukuran dan

petunjuk yang baik sejauhmana hasil usaha dan kerja yang dicurahkan oleh penggerak

arus kebangkitan ini:

“Matlamat akhir atau hasil keseluruhan hanya akan dapat dirasai apabila:

i. Penerangan telah cukup meluas (pandangan umum).

ii. Pendokong telah bertambah ramai (rangkaian hubungan).

iii. Pembinaan telah mantap (pembentukan institusi).”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Page 81: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

81

Ini bermakna, arus kebangkitan memerlukan seluruh lapisan ummah untuk turut

serta dalam agenda yang menentukan hidup dan matinya ini. Ia bergantung sepenuhnya

kepada sejauhmana penyebaran dakwah ini, kewujudan rangkaian dan pembinaan

institusi.

9. Teori Pertembungan Manusia

Ÿω öθ s9 uρ ßì øùyŠ «!$# } $ ¨Ζ9$# Νåκ |Õ ÷è t/ <Ù÷è t7 Î/ ôMtΒ Ïd‰çλ °; ßì ÏΒ≡ uθ|¹ Óì u‹Î/uρ ÔN≡ uθ n=|¹ uρ ߉ Éf≈|¡ tΒuρ ã2Ÿ2õ‹ ム$pκYÏù ãΝó™$# «! $#

#Z�!ÏVŸ2 3

“…dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya…” Al-Hajj: 40

3 Ÿω öθ s9uρ ßì øù yŠ «! $# } $Ψ9 $# Ο ßγŸÒ ÷è t/ <Ù÷è t7Î/ ÏNy‰ |¡ x� ©9 Ù⇓ ö‘ F{$#

“…dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini;…” Al-Baqarah: 251

Firman Allah lagi yang bermaksud:

Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Al-Ra’d: 17

Dan sememangnya Allah tetap menghapuskan perkara yang salah serta Dia menetapkan yang benar dengan kalimah-kalimah wahyu-Nya dan keputusan-Nya. AshShura: 24

Bahawa Kami sentiasa mengarahkan yang benar menentang yang salah, lalu ia menghancurkannya, maka dengan serta-merta hilang lenyaplah ia. Al-Anbiya: 18

Ustaz al-Banna menyebut:

Page 82: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

82

“Kita ditakdirkan lahir dalam generasi yang sedang menjadi habuan pelbagai

bangsa lain. Generasi yang sedang berjuang bermati-matian untuk hidup.

Kemenangan pasti akan memihak kepada pihak yang kuat dan terkehadapan.

“Suasana yang ada juga memaksa kita menghadapi peninggalan masa silam yang

sangat getir dan kita merasai kepahitannya. Kitalah yang bertanggungjawab

memecahkan belenggu dan halangan serta menyelamatkan diri kita dan anak-

anak kita. Di samping itu kita perlu mengembalikan kemuliaan dan kegemilangan

kita serta menghidupkan semula tamadun dan ajaran agama kita.

“Begitulah kita ditakdirkan untuk berhadapan dengan semua situasi ini. Ia

meminta kita supaya berusaha menyelamatkan bangsa ini yang sedang diancam

bahaya.

“Sebuah bangsa yang sedang dilanda masalah seperti masalah kita ini, sebuah

bangsa yang sedang bangkit melaksanakan tugas seperti tugas kita ini, sebuah

bangsa yang sedang memikul tanggungjawab seperti tanggungjawab kita ini,

bangsa ini tidak boleh sama sekali mengubat hatinya dengan ubat pelali atau

bergantung hanya kepada impian dan angan-angan. Sebaliknya mereka perlu

mempersiapkan diri untuk mengharungi perjuangan yang panjang dan sengit.

Pertembungan yang hebat antara hak dan batil, antara yang berguna dan yang

tidak, antara pemilik dan perampas, antara orang yang mengikut arus dan yang

menongkah arus, antara orang yang ikhlas dan orang yang khianat. Bangsa ini

perlu memahami bahawa jihad bererti bersusah payah dan bersusah bererti

berpenat lelah. Jihad bererti berakhirnya masa untuk berehat kecuali setelah

selesai perjuangan ini. Pada pagi esoknya barulah mereka boleh bergembira.”

(ADAKAH KITA GOLONGAN YANG BEKERJA)

Tiada satupun perubahan atau kebangkitan yang tidak memerlukan sebarang

tindakan atau berhadapan dengan tentangan, pertembungan dan perjuangan serta

jihad. Kenyataan ini telah disokong oleh sejarah silam dan moden. Apabila sesebuah

bangsa mengambil keputusan untuk bangkit, mereka tiada pilihan lain selain

menggabungkan segala kekuatan yang dimiliki untuk menghadapi pertembungan. Inilah

hakikat kedua yang diketengahkan oleh Ustaz al-Banna.

10. Teori Menanti dan Merebut Peluang

Ustaz al-Banna mengungkapkan:

“Masa mencipta pelbagai peristiwa penting. Peluang akan tiba untuk melakukan

sesuatu yang besar. Dunia sedang menanti dakwah kamu iaitu dakwah yang

memimpin, membawa kejayaan dan kesejahteraan untuk membebaskan mereka

Page 83: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

83

daripada segala kepahitan yang mereka alami selama ini. Kini tiba giliran kamu

untuk memimpin bangsa manusia.

Itulah hari-hari yang Kami silih gantikan antara manusia. (Maksud al-Quran).

Kamu mengharapkan Allah dan mereka tidak. (Maksud al-Quran).

“Bersedialah dan mulalah beramal hari ini kerana mungkin esok kamu tidak lagi

berupaya.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Inilah teori yang menentukan proses sesebuah kebangkitan menurut pemikiran

Ustaz al-Banna. Dengan bantuan dan petunjuk Allah, ia menggariskan ciri-ciri kejayaan

sesebuah agenda kebangkitan. Seterusnya ia akan membawa kepada pembentukan

sebuah masyarakat membangun yang mengecapi kehidupan yang sejahtera dan mulia.

Sebuah masyarakat yang menikmati kemajuan dan pembangunan yang berpanjangan.

11. Teori Pertukaran Tamadun Menurut Ustaz al-Banna:

“Ketahuilah dan kajilah bahawa kekuatan atau kelemahan, tua atau muda, sihat

atau sakit sesebuah bangsa tidak ubah seperti seorang manusia… Jalan

penyelesaiannya hanya melalui tiga cara; mengetahui punca penyakit, sabar

menerima rawatan dan wujudnya seorang doktor pakar yang menjalankan

rawatan ini.”

(DAKWAH KITA)

Hakikat ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) hukum-hukum alam yang ditetapkan oleh Allah; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul). (Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini

Page 84: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

84

dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati syahid. Dan (ingatlah), Allah tidah suka kepada orang-orang yang zalim. Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir. Ali Imran: 137-141

Saya tegaskan di sini bahawa hukum pertukaran ini berlaku kepada semua

bangsa. Sesiapa yang ketinggalan tren hari ini perlu bersiap sedia untuk menaiki tren

esok hari kerana ia pasti akan tiba. Semua ini bergantung kepada persediaan dan usaha

manusia, kemudian memanfaatkan segala faktor, seterusnya berserah kepada Allah

Taala.

Al-Quran al-Karim telah mengungkapkan lipatan sejarah ini dengan pedoman

yang penuh bermakna. Perkataan yang digunakan melambangkan pokok persoalan

sebenar seperti sunan (hukum alam yang ditetapkan oleh Allah), penggiliran dan

pembersihan. Ia adalah kaedah asasi dalam membentuk pendirian al-Quran terhadap

sesebuah negara, pengalaman manusia dan peradaban. Sejak mula lagi al-Quran

tegaskan bahawa keadaan ini tidak akan kekal termasuklah kedudukan Islam dan umat

Islam. Dalam ayat di atas Allah menyebut, “antara sesama manusia” yang bermaksud

hukum dan sunnah ini merangkumi semua bangsa manusia tanpa ada yang terkecuali.

Semuanya berjalan mengikut sebab dan faktor yang berkaitan dengan usaha dan

tindak tanduk manusia sendiri. Penggiliran ini menggambarkan wujudnya gerakan yang

berterusan, arus pembaharuan dan impian manusia yang tidak kenal jemu. Ia sentiasa

ingin ke hadapan melakukan tindakan yang positif ke arah mengembalikan tamadunnya.

Islam mengakui wujud fenomena kejatuhan sesebuah negara atau peradaban

apabila terlalu banyak penyakit yang disebabkan oleh kemajuan. Perkara ini diungkap

oleh al-Quran sebagai, penggantian atau perlantikan. Kenyataan ini bertepatan dengan

firman Allah Taala:

4 χ Î)uρ (#öθ ©9 uθtG s? öΑωö7tF ó¡ o„ $ ·Β öθ s% öΝä. u�ö!xî ¢ΟèO Ÿω (#þθ çΡθ ä3tƒ / ä3n=≈sVøΒ r& ∩⊂∇∪

“…dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.” Muhammad: 38

§ΝèO öΝä3≈oΨ ù=yè y_ y# Í×≈ n=yz ’Îû ÇÚö‘ F{$# .ÏΒ öΝÏδω ÷èt/ t2ÝàΖ oΨ Ï9 y#ø‹x. tβθ è=yϑ ÷è s? ∩⊇⊆∪

Page 85: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

85

“Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan.” Yunus: 14

Ummah ini sedang berada di persimpangan, sekiranya mereka peka dengan

hukum ini, apa yang perlu dilakukan hanyalah membuat persiapan dan menyusun segala

dokumen untuk mereka menerima giliran mereka.

12. Teori Tujuh Tunjang Kebangkitan

Ustaz al-Banna menyebut:

“Tiada satu sistem pun di dunia ini yang mampu membekalkan segala sistem,

dasar, emosi dan sentimen seperti yang mampu dilakukan oleh Islam. Al-Quran

al-Karim sarat dengan ayat yang khusus menggambarkan aspek ini. Al-Quran

juga memaparkan beberapa contoh yang adakalanya secara ringkas dan

adakalanya secara terperinci. Islam menyelesaikan semua aspek hingga ke akar

umbi dan memimpin sesebuah bangsa hingga mereka mencapai apa yang mereka

ingini.”

(MENUJU SINAR CAHAYA)

Islam sudah cukup untuk menjadi bekalan buat sebuah bangsa yang ingin

membangun, inilah yang dirumuskan oleh Ustaz al-Banna tetapi mestilah dicapai dengan

elemen kekuatan seperti berikut:

i. Cita-cita yang tinggi.

ii. Bangga dengan keagungan bangsa dan sejarah sendiri.

iii. Kekuatan, persediaan dan kesatriaan.

iv. Ilmu yang tinggi (ilmu dunia dan agama).

v. Akhlak mulia yang mantap dan sebati serta jiwa yang bersemangat waja.

vi. Harta dan ekonomi.

vii. Memiliki sistem yang mengatur individu, keluarga, masyarakat, bangsa, kerajaan

dan antarabangsa.

Ustaz al-Banna telah menghuraikan kesemua elemen ini secara mendalam dalam

risalah, Menuju Sinar Cahaya. Saya kemukakan di sini secara ringkas:

Page 86: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

86

i. Cita-cita yang tinggi (cita-cita).

Menurut Ustaz al-Banna, sebuah bangsa yang ingin bangkit mestilah memiliki

cita-cita yang tinggi. Al-Quran sendiri telah membekalkan cita-cita ini kepada

bangsanya (bangsa yang diturunkan al-Quran) sehingga mampu mengubah bangsa

tersebut yang mati kepada kembali bernyawa, bersemangat, bercita-cita dan

mempunyai tekad. Malah al-Quran meletakkan perasaan putus asa sebagai sifat orang

kafir dan sebagai tanda kesesatan. Silalah perhatikan firman Allah Taala:

߉ƒÌ2çΡ uρ β r& £ßϑ ¯Ρ ’ n? tã šÏ%©!$# (#θ à�Ïè ôÒçG ó™$# † Îû ÇÚ ö‘ F{$# öΝßγ n=yè øg wΥuρ Zπ£ϑ Í← r& ãΝßγ n=yè ôftΡ uρ šÏO Í‘≡ uθø9$# ∩∈∪

zÅj3yϑçΡ uρ öΝçλ m; ’Îû ÇÚ ö‘ F{$#

“Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya).” “Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu…” Al-Qasas: 5-6

Firman Allah lagi yang bermaksud:

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) berirnan. Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan ia antara sesama manusia. Ali Imran:139-140

Dialah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab – dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azab-Nya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkan-Nya perasaan cemas takut ke dalam hati rnereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang

Page 87: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

87

mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambillah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya. Al-Hasyr: 2

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). Al-Baqarah: 214

ii. Bangga dengan keagungan bangsa dan sejarah sendiri (kebanggaan).

Ustaz al-Banna menegaskan bahawa sesebuah bangsa yang ingin bangkit

mestilah merasa bangga dengan bangsa mereka sendiri sebagai sebuah bangsa agung

yang memiliki keistimewaan dan sejarah yang gemilang. Malah perasaan ini perlu

tersemat dalam diri anak bangsa hingga melahirkan rasa bangga dengan diri sendiri.

Perasaan ini akan melahirkan kesediaan untuk bekerja demi kepentingan dan

kesejahteraan tanahair mereka. Sila hayati firman Allah Taala:

öΝçGΖ ä. u�ö!yz >πΒé& ôMy_ Ì2÷z é& Ĩ$Ψ=Ï9

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia…” Ali Imran: 110

y7 Ï9≡ x‹ x. uρ öΝä3≈oΨ ù=yè y_ ZπΒ é& $ VÜ y™uρ (#θ çΡθ à6tG Ïj9 u !#y‰ pκ à− ’ n?tã Ĩ$ ¨Ψ9$# tβθ ä3tƒ uρ ãΑθ ß™§29 $# öΝä3 ø‹n=tæ #Y‰‹Îγ x© 3

“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu…” Al-Baqarah: 143

Firman Allah lagi yang bermaksud:

Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasul-Nya serta bagi orang-orang yang beriman. Al-Munafiqun: 8

iii. Kekuatan, persediaan dan kesatriaan (kekuatan)

Page 88: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

88

Ustaz al-Banna menekankan betapa perlunya sebuah bangsa yang ingin bangkit

memiliki kekuatan. Di mana anak bangsa disemai dengan budaya ketenteraan. Apatah

lagi pada zaman ini, keamanan hanya dapat dijamin dengan kesediaan untuk berperang.

Sehingga seluruh anak bangsa berpegang kepada slogan: “Kekuatan adalah cara terbaik

untuk menegakkan kebenaran”.

Perhatikan firman Allah Taala:

(#ρ‘‰ Ïãr& uρ Νßγ s9 $ ¨Β ΟçF ÷è sÜtG ó™$# ÏiΒ ;ο §θ è% ∅ÏΒ uρ ÅÞ$t/ Íh‘ È≅ø‹y⇐ø9 $# šχθ ç7 Ïδö2è? ϵÎ/ ¨ρ߉ tã «!$# öΝà2ρ߉ tãuρ

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu…” Al-Anfal: 60

|= ÏGä. ãΝà6 ø‹n= tæ ãΑ$ tFÉ) ø9 $# uθ èδ uρ ×ν ö2ä. öΝä3©9 ( #|¤tã uρ β r& (#θ èδ t2õ3s? $ \↔ ø‹x© uθ èδuρ ×� ö!yz öΝà6 ©9 ( #|¤ tã uρ β r& (#θ™6 Åsè?

$ \↔ ø‹x© uθ èδ uρ @� Ÿ° öΝä3 ©9 3

“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu…” Al-Baqarah: 216

Firman Allah lagi yang bermaksud:

Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan ahhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). An-Nisa: 74

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. As-Saff: 4

iv. Ilmu yang tinggi (ilmu dunia dan agama)

Ustaz al-Banna amat meyakini bahawa sejauhmana sesebuah bangsa memerlukan

kepada kekuatan maka sejauh itu jugalah ia memerlukan kepada ilmu. Agar dengan itu

kekuatan dapat diimbang dan diarahkan kepada jalan yang terbaik. Malah ilmu ini akan

Page 89: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

89

membekalkan segala hasil rekaan dan ciptaan yang diperlukan oleh kekuatan ini.

Perhatikanlah firman Allah Taala:

ù& t2ø% $# ÉΟó™$$ Î/ y7În/ u‘ “ Ï% ©!$# t, n=y{ ∩⊇∪ t, n=y{ z≈ |¡ΣM} $# ôÏΒ @,n=tã ∩⊄∪ ù& t2ø% $# y7 š/ u‘uρ ãΠt2ø. F{$# ∩⊂∪ “ Ï% ©!$# zΟ=tæ

ÉΟ n=s)ø9 $$Î/ ∩⊆∪ zΟ ¯=tæ z≈ |¡ΣM} $# $tΒ óΟs9 ÷Λ s>÷è tƒ ∩∈∪

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),” “Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;” “Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,” “Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,” “Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Al-Alaq: 1-5

Firman Allah lagi yang bermaksud:

Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. Az-Zumar: 9

Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit. Lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya. Dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam. Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu. Faatir: 27-28

v. Akhlak mulia yang mantap dan sebati serta jiwa yang bersemangat waja

(akhlak)

Ustaz al-Banna tegaskan suatu hakikat, bahawa sesebuah bangsa yang ingin

bangkit mestilah memiliki akhlak yang mulia dan mantap serta jiwa yang bersemangat

waja. Ini kerana bangsa ini akan berhadapan dengan tuntutan era baru iaitu era

kebangkitan. Kebangkitan ini hanya akan dapat dicapai apabila mereka memiliki akhlak

yang mantap dan jujur yang lahir daripada keyakinan yang mendalam, kecekalan yang

teguh, pengorbanan yang besar dan keupayaan memikul beban yang berat.

Perhatikanlah firman Allah Taala:

ô‰ s% yxn=øù r& tΒ $ yγ8 ©. y— ∩∪ ô‰s% uρ z>%s{ tΒ $ yγ9¢™yŠ ∩⊇⊃∪

Page 90: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

90

“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),” “Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).” Ash-Shams: 9-10

Firman Allah lagi yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Ar-Ra’d: 11

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun, (Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka. Al-Ahzab: 23-24

vi. Harta dan ekonomi (harta)

Ustaz al-Banna turut mengetengahkan betapa pentingnya aspek harta dan

ekonomi dalam proses kebangkitan sesebuah bangsa. Menurut beliau, bangsa yang ingin

bangkit amat memerlukan pengurusan ekonomi yang tersusun rapi. Aspek ini adalah

elemen yang terpenting pada zaman ini. Perhatikanlah firman Allah Taala:

Ÿω uρ (#θ è? ÷σ è? u !$ yγx� E¡9$# ãΝä3s9≡ uθøΒ r& ÉL©9$# Ÿ≅ yè y_ ª!$# ö/ ä3s9 $Vϑ≈uŠ Ï%

“Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu;…” An-Nisa: 5

Hayatilah sabda Rasulullah s.a.w. ini:

�)� ا��� ا&�% �'� ا&�%

Alangkah baiknya harta yang baik berada di tangan lelaki yang baik. [Hadis]

vii. Memiliki sistem yang mengatur individu, keluarga, masyarakat, bangsa,

kerajaan dan antarabangsa (sistem)

Page 91: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

91

Akhir sekali, Ustaz al-Banna menekankan bahawa di samping memiliki segala

elemen yang diperlukan dalam proses kebangkitan sesebuah bangsa Islam seperti yang

disebutkan di atas, beliau turut menegaskan kepentingan sistem yang sesuai dengan

semua lapisan individu hingga ke peringkat antarabangsa untuk membina sebuah

masyarakat yang harmoni dan maju, Ustaz al-Banna menyebut:

“Apa yang disebutkan di atas hanyalah salah satu sudut yang menarik daripada

sebahagian sistem yang wujud dalam Islam, iaitu sistem yang ada kaitan secara

langsung dengan pembangunan ummah. Dengan andaian kita sedang berada di era

kebangkitan ummah. Bagi membincangkan aspek yang menarik dalam keseluruhan

sistem Islam, ia memerlukan perbincangan yang panjang lebar dan perlu

menyentuh seluruh aspek. Namun secara ringkas ingin saya nyatakan di sini,

sistem Islan yang berhubung dengan individu atau keluarga atau bangsa, baik

yang berhubung dengan kerajaan mahupun rakyat, atau yang berhubung dengan

bangsa lain, sistem Islam dalam aspek ini cukup luas, sangat terperinci dan

sentiasa mengutamakan kepentingan manusia, sistem ini adalah yang terlengkap

dan terbaik yang pernah dikenali oleh manusia semenjak dahulu hingga ke hari

ini. Kenyataan ini disokong oleh fakta sejarah dan kajian yang mendalam

terhadap perkembangan sesebuah bangsa.”

(MENUJU SINAR CAHAYA)

Setiap satu kata kunci ini memerlukan kepada kajian dan analisa yang mendalam.

Ustaz al-Banna telah meletakkan tiga elemen asasi iaitu akhlak yang mulia, ilmu yang

tinggi dan kekuatan yang ampuh sebagai tunggak kepada kesemua tujuh elemen dan

menjadi penjana utama dalam proses kebangkitan. Setiap pendokong arus kebangkitan

mestilah benar-benar memahami apa yang ingin dimaksudkan dengan akhlak yang mulia,

ilmu yang tinggi dan apa yang dimaksudkan dengan kekuatan yang ampuh, tidak kira di

mana mereka berada baik di peringkat kumpulan kecil atau pertubuhan yang besar atau

di peringkat masyarakat atau ummah.

Page 92: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

92

Bahagian II KAEDAH BERINTERAKSI DENGAN TEORI- TEORI INI

Syarat pertama untuk berinteraksi mengikut cara yang betul dengan sunnah

Ilahi atau hukum alam yang telah diatur untuk bangsa manusia ialah kita benar-benar

memahami secara menyeluruh dan sedar seluruh hukum alam ini.

Bagaimana anda akan berinteraksi dalam lingkungan sunnah Ilahi atau apa yang

saya ungkapkan sebagai fiqhus sunnah? Bagaimana kita rumuskan beberapa teori

kemasyarakatan dan peradaban berdasarkan kefahaman kita tadi?

Ustaz al-Banna pernah menyentuh mengenai kaedah berinteraksi dengan sunnah

Ilahi:

“Janganlah kamu melawan hukum alam kerana hukum alam ini begitu berkuasa.

Namun kuasailah ia, gunakanlah, alihkanlah haluannya dan gabungkan segala

elemen yang ada. Selepas itu, nantikanlah detik kemenangan yang akan kamu

perolehi tidak lama lagi.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Ini bermakna, Ustaz aI-Banna merasakan bahawa kaedah berinteraksi dengan

sunnah Ilahi memerlukan kepada beberapa perkara seperti berikut:

1. Mengelak pertembungan.

2. Mengatasinya.

3. Memperguna.

4. Mengalih arah.

5. Memanfaatkan kesemuanya.

6. Menanti saat kemenangan.

Setelah membentangkan kajian sejarah, kajian semasa dan pelbagai panduan

yang berguna serta persiapan yang perlu untuk membawa ummah ini bangkit semula,

Ustaz al-Banna menegaskan bahawa semua pengetahuan dan kajian ini bukan untuk

dijadikan khazanah ilmu. Sebaliknya ia perlu menjadi penjana dan penggerak untuk

melancarkan agenda kebangkitan yang dicitakan. Perhatikanlah apa yang dikatakan oleh

beliau:

Page 93: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

93

“Jadikanlah segala asas yang kukuh ini sebagai landasan kebangkitan kamu,

perbaiki diri kamu, pusatkan dakwah kamu dan pimpinlah umat ini ke arah

kebaikan. Allah akan bersama kamu dan Allah tidak akan mensia-siakan amalan

kamu.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Atas dasar ini, usaha untuk menyelamat ummah memerlukan agar agenda ini

dihidupkan semula supaya setanding dengan kapasiti krisis silam yang pernah dilaluinya.

Malah setaraf dengan tugas agung yang telah diperintahkan oleh Allah untuk

dilaksanakan kerana kedudukan mereka sebagai ummah yang terbaik apabila mereka

memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, ummah yang dijadikan sebagai pendokong

risalah terakhir, ummah yang dijanjikan ketuanan bumi, ummah yang dijanjikan

kekuasaan, ummah yang dipertanggungjawabkan untuk memakmurkan muka bumi Allah

ini, ummah yang bertanggungjawab sebagai saksi untuk mendakwa manusia.

Menurut pandangan saya, agenda ini bertunjangkan dua perkara asas iaitu:

1. Dakwah (penyusunan tenaga penggerak).

2. Negara (kewujudan politik).

Perkara ini akan dibincangkan secara mendalam dalam tajuk berikut dengan izin

Allah.

Page 94: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

94

SERUAN UNTUK MEREALISASIKAN AGENDA KEBANGKITAN

Mukadimah: Mengembalikan Usaha Menjana dan Menyelamat

Fasal 6: Asas dan Ciri Dakwah

Fasal 7: Sumber Rujukan Agenda Kebangkitan

Fasal 8: Matlamat Dakwah

Fasal 9: Elemen-elemen Dakwah

Fasal 10: Pembinaan Berunsur Tarbiyah dalam Dakwah

Bab 2

Page 95: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

95

Mukadimah MENGEMBALIKAN USAHA MENJANA DAN MENYELAMAT

Dalam tulisan beliau, Antara Semalam Dan Hari Ini, ketika mengupas perjalanan

dakwah yang menyeru ke arah kebangkitan semula, Ustaz al-Banna menyebut:

“Dengan ini, kita terpaksa akui bahawa tamadun Barat yang bertunjangkan

fahaman materialisme telah berjaya menguasai pertembungan sosial ini

menentang tamadun Islam yang bertunjangkan fahaman yang menggabungkan

antara roh dan jasad. Mereka telah berjaya di bumi Islam sendiri. Mereka

berjaya dalam pertembungan di lapangan yang sebenar iaitu jiwa, rohani, akidah

dan akal manusia. Mereka juga telah berjaya di lapangan politik dan

ketenteraan. Semua ini tidak menghairankan kerana hidup ini sebenarnya satu;

sesuatu kekuatan tetap berperanan sebagai suatu kekuatan dalam semua aspek

hidup, dan suatu kelemahan tetap berperanan sebagai suatu kelemahan dalam

semua aspek hidup.

y7ù= Ï?uρ ãΠ$−ƒ F{$# $ yγä9 Íρ#y‰ çΡ t÷t/ Ĩ$Ψ9 $#

“…dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkan dia antara sesama manusia…” Ali Imran: 140

“Sepertimana ancaman politik yang mampu membangkitkan sentimen perkauman,

ancaman sosial juga telah menghidupkan semula gagasan Islam. Hasilnya,

pelbagai suara bangkit menuntut supaya umat Islam kembali kepada Islam;

Kembali kepada memahami dan melaksanakan hukum serta sistem Islam. Sudah

pasti tidak lama lagi akan tiba masanya tamadun materialisme ini jatuh

tersembam di atas batu jemala pendokong dan penganutnya. Ketika itu mereka

merasa betapa hati dan roh mereka begitu dahaga. Namun di sana hanya ada

satu suara sahaja yang mampu memberikan santapan dan rawatan untuk mereka

iaitu Kitab Allah:

$ pκš‰r' ¯≈tƒ â¨$ ¨Ζ9$# ô‰ s% Ν ä3ø? u !$ y_ ×π sàÏã öθΒ ÏiΒ öΝà6 În/ §‘ Ö !$ x� Ï©uρ $ yϑÏj9 ’Îû Í‘ρ߉ =Á9$# “Y‰ èδuρ ×πuΗ÷qu‘uρ tÏΨÏΒ ÷σ ßϑ ù=Ïj9 ∩∈∠∪

ö≅è% È≅ôÒ x�Î/ «!$# ϵ ÏFuΗ÷qt2Î/uρ y7 Ï9≡x‹ Î7sù (#θãmt2ø� u‹ù=sù uθèδ ×�ö!yz $£ϑ ÏiΒ tβθãè yϑ øg s† ∩∈∇∪

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah

Page 96: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

96

petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.” “Katakanlah (wahai Muhammad): Kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal).” Yunus: 57-58

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Berdasarkan pengalaman pahit yang menimpa ummah ini, ustaz al-Banna telah

mengemukakan dalam kaedah beliau dalam usaha untuk mengetengahkan agenda

kebangkitan Islam. Usaha ini dilakukan untuk memimpin dan menyelamatkan ummah ini

supaya keluar dari krisis yang dialami. Berdasarkan kepada pengalaman sejarah, beliau

amat memahami semenjak awal lagi betapa sukarnya tugas ini dan sejauhmana

pentingnya tugas ini. Oleh kerana itu beliau menyeru anggota Ikhwan supaya tabah

dalam memikul apa yang diyakini sebagai peranan yang dipikul oleh gerakan Ikhwan:

“Wahai Ikhwan, Allah mahu kita mewarisi tanggungjawab yang besar ini. Allah

mahu supaya sinar dakwah kamu terpancar menerangi seluruh kegelapan ini.

Allah melahirkan kamu untuk memartabatkan kalimah-Nya, mendokong syariat-

Nya dan menegakkan semula negara-Nya.

t�χ u�ÝÇΖuŠ s9 uρ ª! $# tΒ ÿ…çν ç�ÝÇΨtƒ 3 �χ Î) ©!$# :”Èθ s)s9 ̓ tã ∩⊆⊃∪

“…dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya (agama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa;” Al-Hajj: 40

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Page 97: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

97

Fasal 6

ASAS DAN CIRI DAKWAH

Bahagian I: Asas Dakwah

Bahagian II: Ciri-ciri Dakwah

Bahagian III: Kesahihan Berlandaskan Sejarah

Bahagian IV: Kesinambungan Tamadun

Page 98: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

98

Bahagian I ASAS DAKWAH (ISLAM)

Semenjak hari pertama lagi Ustaz al-Banna telah menegaskan bahawa sumber

utama kepada dakwah beliau ialah Islam:

“Wahai Ikhwan, di samping semua rintangan yang ada ini, kita perlu ingat kita

kini sedang membawa dakwah Allah, dakwah yang paling mulia. Kita kini sedang

melaungkan gagasan Islam, gagasan yang paling ampuh. Kita kini sedang

mengemukakan kepada manusia undang-undang al-Quran, undang-undang yang

paling adil.

sπ tóö7Ϲ «!$# ( ôtΒ uρ ß|¡ ôm r& š∅ÏΒ «!$# Zπtó ö7 Ϲ (

“(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah?...” Al-Baqarah: 138

“Dunia sebenarnya menaruh harapan pada dakwah ini malah segala usaha ke arah

ini.”

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Jelas beliau lagi:

“Kita mempunyai keimanan dan keyakinan yang tidak baleh dipertikai dan

disangsi. Kita juga mempunyai akidah yang begitu kukuh lebih kukuh daripada

gunung-ganang dan lebih mendalam daripada rahsia hati. Kita imani dan kita

yakini bahawa di sana hanya ada satu gagasan yang dapat menyelamatkan dunia

yang sedang sengsara ini, memimpin manusia yang sedang kebingungan dan

membimbing mereka ke arah jalan yang sebenar. Gagasan inilah yang sepatutnya

diperjuangkan dan dijadikan harapan. Manusia perlu dipimpin supaya tunduk di

bawah naungannya dengan mengorbankan jiwa dan harta serta segala yang

dimilikinya. Gagasan yang dimaksudkan ini ialah Islam yang suci, agama yang

tiada cacat cela, tiada keburukan dan tidak akan menyesatkan siapa sahaja yang

menganutnya.

Page 99: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

99

y‰Îγ x© ª! $# … çµ ¯Ρr& Iω tµ≈s9 Î) �ω Î) uθ èδ èπs3 Í×≈ n=yϑø9 $#uρ (#θ ä9'ρ é& uρ ÉΟ ù=Ïè ø9$# $ JϑÍ← !$ s% ÅÝó¡É) ø9 $$Î/ 4 Iω tµ≈ s9Î) �ωÎ) uθ èδ Ⓝ͖yêø9 $#

ÞΟŠÅ6 y⇔ø9 $# ∩⊇∇∪

“Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Ali Imran: 18

34 tΠ öθ u‹ø9 $# àMù=yϑø. r& öΝä3s9 öΝä3oΨƒÏŠ àMôϑ oÿ øCr& uρ öΝä3 ø‹n= tæ ÉLyϑ ÷è ÏΡ àMŠ ÅÊu‘uρ ãΝä3s9 zΝ≈n= ó™M} $# $YΨƒ ÏŠ 4

“…pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu…” Al-Maidah: 3

“Jadi dengan ini gagasan kita adalah gagasan Islam. Gagasan ini membangun atas

landasan Islam. Gagasan ini menjadikan Islam sebagai satu-satunya rujukan.

Gagasan ini berjuang demi untuk Islam. Gagasan ini bekerja demi

memartabatkan kalimah Islam. Gagasan ini tidak akan menggantikan Islam

dengan sistem lain. Gagasan ini akan hanya menerima Islam sebagai pemimpin

dan tidak akan tunduk kepada mana-mana hukum selain hukum Islam.

tΒ uρ Æ[ tG ö;tƒ u� ö!xî ÄΝ≈ n=ó™M} $# $YΨƒ ÏŠ n=sù Ÿ≅ t6ø) ムçµ÷Ψ ÏΒ

“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya…” Ali Imran: 85

(BUAT PEMUDA)

Ustaz al-Banna menekankan suatu hakikat keimanan bahawa setiap perkara asas

yang diperlukan oleh kehidupan, kebangkitan dan kebahagiaan manusia telahpun

digariskan oleh Allah Taala di dalam agama ini. Perhatikanlah kata-kata beliau:

“Ikhwan al-Muslimin meyakini ketika Allah Taala menurunkan al-Quran dan

memerintahkan hamba-Nya mengikut jejak Muhammad s.a.w., dan ketika Allah

redha Islam sebagai agama, Allah telah gariskan segala asas yang perlu untuk

kehidupan, kebangkitan dan kesejahteraan sesebuah bangsa. Ini bertepatan

dengan firman Allah Taala:

Page 100: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

100

tÏ% ©!$# šχθãè Î7 −Ftƒ tΑθ ß™§29$# ¢É<Ζ9 $# ¥_ÍhΓ W{$# “ Ï%©!$# …çµ tΡρ߉ Åg s† $ ¹/θ çGõ3tΒ öΝèδy‰Ψ Ïã ’Îû Ïπ1u‘ öθ −G9$# È≅‹ÅgΥM} $#uρ

Νèδ ã2ãΒ ù' tƒ Å∃ρã2÷è yϑ ø9$$ Î/ öΝßγ8 pκ ÷]tƒ uρ Çtã Ì2x6Ψ ßϑ ø9 $# ‘≅ Ïtä† uρ ÞΟßγs9 ÏM≈t6 Íh‹©Ü9 $# ãΠ Ìh2pt ä† uρ ÞΟÎγøŠ n=tæ y] Í×≈t6 y‚ø9 $# ßìŸÒ tƒ uρ öΝßγ÷Ζ tã

öΝèδ u�ñÀ Î) Ÿ≅≈n=øñ F{$# uρ ÉL ©9 $# ôMtΡ% x. óΟ ÎγøŠ n=tæ 4

“Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka…” Al-A’raf: 157

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Page 101: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

101

Bahagian II CIRI-CIRI DAKWAH

Dakwah ini mengandungi beberapa ciri yang telah membezakannya dengan

gerakan yang lain. Ciri-ciri ini bukan sekadar hiasan, sebaliknya merupakan teras yang

menjadi asas kepada agenda yang mendokong kebangkitan semula ummah. Oleh itu,

setiap ciri ini memainkan peranan yang tersendiri dalam segenap lapangan hidup

masyarakat baik politik, ekonomi, sosial, budaya dan sebagainya. Terdapat sembilan

ciri yang telah dikemukakan oleh Ustaz al-Banna dalam risalah-risalah beliau. Saya

ringkaskan seperti carta di bawah:

Kita akan bincangkan semua ciri ini berpandukan risalah-risalah Ustaz al-Banna:

1. Rabbani (ketuhanan)

Mengenai perkara ini Ustaz al-Banna menyebut:

“Dakwah ini bersifat rabbani kerana asas yang menjadi fokus keseluruhan

matlamat kita ialah mengajak manusia supaya mengenali tuhan mereka. Agar

melalui hubungan ini mereka memperolehi nilai kerohanian murni yang akan

Ciri

Dakwah

Kita

Tersendiri

Syumul Praktikal

Rasional

Berilmu Berkecuali

Rabbani

Sejagat Sederhana

Page 102: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

102

memartabatkan jiwa mereka daripada kekangan materialistik kepada jiwa

seorang manusia yang suci dan murni. Dalam lubuk hati kita para Ikhwan al-

Muslimin, kita sentiasa laungkan, “Allah matlamat kami”. Jadi matlamat pertama

dakwah ini ialah mengajak manusia mengingati semula hubungan mereka dengan

Allah Taala. Sekiranya mereka melupakan hubungan ini, Allah akan menjadikan

mereka melupakan diri mereka sendiri:

$ pκš‰r' ¯≈tƒ â¨$ ¨Ψ9$# (#ρ߉ç6 ôã $# ãΝä3 −/ u‘ “Ï% ©!$# öΝä3s)n=s{ tÏ% ©!$#uρ ÏΒ öΝä3 Î=ö6 s% öΝä3ª= yès9 tβθ à)−Gs? ∩⊄⊇∪

“Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.” Al-Baqarah: 21

“Pada hakikatnya, inilah kunci kepada seluruh masalah manusia yang sekian lama

dikongkong oleh sifat jumud dan materialistik. Manusia tidak akan mampu

menyelesaikan seluruh masalah ini dan tidak akan mampu membawa perubahan

tanpa terlebih dahulu memiliki kunci ini.”

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

2. Sejagat

Ciri ini telah disentuh oleh Ustaz al-Banna:

“Dakwah ini bersifat sejagat kerana dakwah ini ditujukan kepada seluruh

manusia atas dasar semua manusia adalah saudara. Mereka berasal dari asal-

usul yang sama, bapa mereka sama dan keturunan mereka sama. Kemuliaan

mereka hanya berdasarkan kepada ketakwaan serta amal kebajikan yang mereka

sumbangkan kepada bangsa manusia.

$ pκš‰r' ¯≈tƒ â¨$Ζ9$# (#θà)®? $# ãΝä3 −/u‘ “Ï% ©!$# / ä3s)n=s{ ÏiΒ <§ ø�Ρ ;ο y‰ Ïn≡uρ t,n= yzuρ $ pκ ÷]ÏΒ $ yγy_ ÷ρy— £] t/ uρ $uΚ åκ ÷]ÏΒ Zω%y Í‘ #Z�!ÏWx.

[ !$ |¡ÎΣ uρ 4 (#θ à)? $#uρ ©!$# “ Ï%©!$# tβθä9 u!$ |¡ s? ϵ Î/ tΠ%tnö‘ F{$#uρ 4 ¨β Î) ©! $# tβ%x. öΝä3 ø‹n=tæ $ Y6Š Ï%u‘ ∩⊇∪

“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” An-Nisa: 1

Page 103: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

103

“Kita tidak menerima semangat perkauman dan kita juga tidak akan meniupkan

semangat perkauman berteraskan kaum dan warna kulit. Sebaliknya kita akan

mengajak manusia ke arah semangat persaudaraan yang sejati sesama seluruh

bangsa manusia.”

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

3. Tersendiri

Dalam ucapan dasar beliau di Muktamar kelima, Ustaz al-Banna telah

mengemukakan ciri ini:

“Tuan-tuan, izinkan saya menggunakan istilah ini (Islam Ikhwan al-Muslimin).

Saya tidak bermaksud Ikhwan al-Muslimin mempunyai Islam baru bukan Islam

yang dibawa oleh junjungan kita, Muhammad s.a.w. daripada tuhannya. Apa yang

saya maksudkan ialah kebanyakan umat Islam di sepanjang sejarah telah

meletakkan pelbagai ciri, sifat, sempadan dan gambaran sendiri tentang Islam.

Mereka menggunakan keanjalan dan keterbukaan Islam dengan cara yang salah.

Sedangkan segala keanjalan dan keterbukaan ini sebenarnya untuk suatu tujuan

yang murni. Mereka tidak pernah sependapat tentang makna Islam. Akibatnya

Islam dilihat dengan pelbagai cara oleh umat Islam sendiri. Ada yang hampir,

ada yang jauh dan ada yang bertepatan dengan Islam pertama yang dibawa oleh

Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.

“Demikianlah bagaimana hubungan Ikhwan dengan Kitab Allah. Bagi mereka al-

Quran adalah sumber inspirasi dan bimbingan. Dengan itu mereka yakin bahawa

Islam sebenarnya mencakupi seluruh elemen ini. Islam sudah pasti menyentuh

seluruh aspek hidup malah mencorak seluruh aspek ini. Islam juga meletakkan

seluruh aspek ini di bawah landasan hukumnya, selari dengan dasar dan

ajarannya. Seluruh aspek hidup umat mestilah bersumberkan ajaran Islam jika

umat ini mahu menjadi umat Islam yang berpegang kepada Islam yang sebenar.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

4. Syumul

Ustaz al-Banna telah menjelaskan maksud ciri ini dengan berkata:

“Kesan daripada kefahaman yang lengkap dan menyeluruh tentang Islam ini

menyebabkan gagasan Ikhwan al-Muslimin mencakupi seluruh sudut perubahan

yang diperlukan oleh umat Islam. Segala elemen perubahan yang wujud pada

yang lain juga wujud pada Ikhwan. Dengan ini setiap orang yang mahukan

Page 104: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

104

perubahan, ikhlas dan bersemangat tinggi pasti akan mendapat apa yang

diharapkannya di sini. Bersama Ikhwan, semua pencinta perubahan yang

mengenal dan memahami matlamat Ikhwan akan menemui apa yang diimpikan.

Tidak salah jika anda katakan bahawa Ikhwan al-Muslimin adalah dakwah salafi,

tarikat sunni, hakikat sufi, parti politik, pasukan sukan, ikatan intelektual,

syarikat ekonomi dan agensi sosial.

“Demikianlah bagaimana kita melihat kesyumulan Islam. Kenyataan ini

menjadikan fikrah atau gagasan kita menyeluruh merangkumi semua sudut

perubahan. Kesyumulan ini mengarah aktiviti Ikhwan ke seluruh sudut ini. Pada

ketika orang lain hanya tertumpu kepada sesuatu sudut, Ikhwan memberikan

tumpuannya ke arah semua sudut. Mereka sedar Islam menuntut mereka supaya

memberikan tumpuan kepada semua sudut ini.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Ustaz al-Banna rumuskan ciri ini seperti berikut:

“Islam adalah satu sistern yang bersepadu mencakupi seluruh aspeh kehidupan.

Islam adalah negara dan tanahair atau kerajaan dan rakyat. Islam adalah akhlak

dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Islam adalah pengetahuan dan undang-

undang atau ilmu dan kehakiman. Islam adalah benda dan harta atau pendapatan

dan kekayaan. lslam adalah jihad dan dakwah atau tentera dan gagasan. Selain

itu Islam juga adalah akidah yang sejahtera dan ibadah yang sahih.”

(RISALAH TAALIM)

Untuk menekankan lagi ciri ini dalam bentuk teori dan praktikal kepada seluruh

manusia sehingga tiba masanya Allah mewarisi bumi dan segala isinya ini, beliau

menyebut:

“Namun wahai sekalian manusia, kami adalah satu fahaman dan satu akidah, satu

sistem dan satu manhaj. Kami tidak terbatas pada tempat tertentu atau bangsa

tertentu atau sempadan geografi tertentu. Kami tidak akan terhenti pada batas

tertentu kecuali setelah bumi dan segala isinya kembali kepada Allah kerana

sistem ini adalah sistem Tuhan sekalian alam dan manhaj rasul-Nya al-amin.”

(IKHWAN AL-MUSLIMIN DI BAWAH NAUNGAN AL-QURAN)

5. Berilmu

Untuk menekankan kepentingan ilmu dalam proses kebangkitan, Ustaz al-Banna

menyebut:

Page 105: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

105

“Bangsa yang membangun selain memerlukan kekuatan, ia juga memerlukan ilmu

yang akan memperkukuh kekuatan tadi dan mampu memandu kekuatan yang ada

secara maksimum. Ilmu akan menyediakan segala rekaan dan penerokaan yang

diperlukan oleh sesebuah bangsa. Islam tidak pernah menolak ilmu malah Islam

meletakkan ilmu sebagai suatu tuntutan sama seperti kekuatan…

“Allah menilai dakwat pena para ulamak sama dengan darah para syuhada’. Malah

al-Quran menghubung kaitkan ilmu dan kekuatan dalam dua ayat.

* $ tΒuρ šχ% x. tβθ ãΖÏΒ÷σ ßϑ ø9$# (#ρã2Ï�Ψ uŠ Ï9 Zπ©ù!$ Ÿ2 4 Ÿω öθ n=sù t2x� tΡ ÏΒ Èe≅ ä. 7π s%ö2Ïù öΝåκ÷] ÏiΒ ×πx� Í←!$ sÛ (#θßγ¤) x�tG uŠ Ïj9 ’ Îû ǃ Ïe$!$#

(#ρâ‘ É‹Ψ㊠Ï9 uρ óΟßγ tΒ öθ s% #sŒ Î) (#þθ ãè y_u‘ öΝÍκ öYs9 Î) óΟßγ ¯=yè s9 šχρâ‘x‹ øt s† ∩⊇⊄⊄∪ $ pκš‰r' ¯≈tƒ tÏ% ©!$# (#θãΖ tΒ#u (#θè=ÏG≈s% šÏ% ©!$#

Νä3tΡθ è=tƒ š∅ÏiΒ Í‘$¤�à6 ø9 $# (#ρ߉Éf u‹ø9 uρ öΝä3Š Ïù Zπ sàù=Ïñ 4 (#þθ ßϑ n=÷æ $#uρ ¨βr& ©! $# yì tΒ šÉ)−G ßϑø9 $# ∩⊇⊄⊂∪

“Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).” “Wahai orang-orang yang beriman! Perangilah orang-orang kafir musyrik yang berdekatan dengan kamu; dan biarlah mereka merasai sikap kekerasan (serta ketabahan hati) yang ada pada kamu; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa (dengan memberikan pertolonganNya).” At-Taubah: 122-123

“Al-Quran tidak pernah membezakan antara ilmu dunia dengan ilmu agama.

Malah Islam mewajibkan kedua-dua ilmu ini dipelajari. Al-Quran menggabungkan

semua ilmu alam ini dalam satu rangkaikata ayat. Al-Quran menggalakkan supaya

ilmu-ilmu ini dipelajari dan meletakkan ilmu sebagai perantaraan untuk merasa

takut dan mengenali Allah. Ini dinyatakan oleh firman Allah Taala:

óΟ s9 r& t2s? ¨βr& ©!$# tΑt“Ρ r& zÏΒ Ï !$ yϑ¡¡9$# [ !$tΒ $ oΨ ô_t2÷zr' sù ϵÎ/ ;N≡ t2yϑrO $� Î=tF øƒ’Χ $ pκçΞ≡ uθ ø9r& 4 zÏΒ uρ ÉΑ$t6Éf ø9$# 7Š y‰ ã` ÖÙ‹Î/

Ö2ôϑãm uρ ì#Î=tF øƒ’Χ $ pκçΞ≡ uθ ø9 r& Ü=ŠÎ/#{ xî uρ ׊θ ß™ ∩⊄∠∪ š∅ ÏΒ uρ Ĩ$ ¨Ζ9$# Å_U!#uρ¤$!$#uρ ÉΟ≈yè ÷ΡF{$#uρ ì#Î=tF øƒèΧ …çµ çΡ≡ uθ ø9r&

š� Ï9≡x‹ x. 3 $ yϑΡ Î) y øƒs† ©!$# ôÏΒ Íν ÏŠ$ t6 Ïã (#àσ ¯≈yϑ n=ãè ø9$#

Page 106: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

106

“Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam;” “Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu…” Fatir: 27-28

(MENUJU SINAR CAHAYA)

6. Rasional

Ciri ini telah disentuh oleh Ustaz al-Banna:

“Jalinkan sentuhan emosi dengan pandangan akal. Sinari pancaran akal dengan

kehangatan emosi. Iringi imaginasi dengan realiti. Terokailah realiti dengan

bertemankan khayalan yang indah. Janganlah kamu cenderung kepada sesuatu

secara melampau-lampau, sehingga kamu menjadikan yang lain seperti barang

yang tergantung di awang-awangan. Janganlah kamu melawan hukum alam kerana

hukum alam ini begitu berkuasa. Namun kuasailah ia, gunakanlah ia, alihkanlah

haluannya dan gabungkan segala elemen yang ada. Selepas itu, nantikanlah detik

kemenangan yang akan kamu perolehi tidak lama lagi.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

7. Berkecuali

Ustaz al-Banna telah menegaskan bahawa apa yang dimaksudkan dengan ciri ini

ialah:

“Dakwah ini tidak menerima kompromi kerana dakwah ini adalah satu. Orang

yang menerima dakwah ini akan hidup bersama dakwah dan dakwah ini akan

hidup bersamanya. Orang yang tidak bersedia menanggung tanggungjawab ini

akan kehilangan ganjaran para mujahid dan berada sebaris di barisan orang-

orang yang tercicir bersama orang yang berpeluk tubuh. Justeru Allah akan

menggantikan mereka dengan orang lain yang akan mendokong dakwah ini.

A' ©!ÏŒ r& ’ n? tã tÏΖ ÏΒ÷σ ßϑ ø9 $# >ο“ Ïãr& ’n? tã tÍ2Ï�≈ s3 ø9$# šχρ ߉Îγ≈pgä† ’ Îû È≅‹Î6y™ «!$# Ÿω uρ tβθ èù$sƒs† sπ tΒöθ s9 5ΟÍ←Iω 4 y7Ï9≡ sŒ

ã≅ôÒsù «!$# ϵŠÏ? ÷σ ムtΒ â !$ t± o„ 4 ª!$#uρ ìì Å™≡uρ íΟŠÎ= tæ ∩∈⊆∪

Page 107: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

107

“…mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya;…” Al-Maidah: 54

(DAKWAH KITA)

8. Praktikal

Sebab utama ciri ini telah dinyatakan oleh Ustaz al-Banna:

“Ikhwan memilih untuk mengutamakan aspek praktikal berbanding aspek diayah

dan propaganda. Ikhwan meletakkan keutamaan ini dalam pendekatan mereka

kerana beberapa perkara:

- Antaranya ialah kerana mengambil kira saranan Islam dalam aspek ini di samping

rasa bimbang apabila segala amalan dicemari sifat riak. Sifat riak ini akan

menyebabkan segala-galanya menjadi sia-sia. Dasar ini juga bagi mengambil jalan

tengah antara sikap menunjuk-nunjuk (riak) dengan saranan Islam sendiri yang

menggalakkan usaha menghebohkan amalan yang baik, menyuruh manusia

melakukannya dan segera menzahirkan kebaikan supaya dirasai oleh orang lain.

Kesemua aspek ini pada zahirnya tidak jauh berbeza. Jarang sekali yang berjaya

membezakannya kecuali dengan taufik Allah.

- Antara sebabnya lagi ialah Ikhwan pada dasarnya tidak mahu manusia

bergantung hanya kepada propaganda palsu dan provokasi yang tidak diiringi

dengan amalan. Semua cara ini sebenarnya hanya menimbulkan pelbagai

keburukan, penyelewengan dan kepincangan yang besar kepada umat ini.

- Antaranya lagi ialah Ikhwan bimbang cara ini akan menyebabkan dakwah

terpaksa berhadapan dengan tindakan keras musuh atau muslihat sahabat.

Kedua-dua ancaman ini boleh menghalang atau membantutkan segala usaha ke

arah mencapai matlamat.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

9. Sederhana

Ustaz al-Banna telah menyentuh kepentingan ciri ini dalam proses kebangkitan:

Page 108: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

108

“Islam ini memiliki nilai-nilai yang sederhana dan adil… Umat Islam amat

memerlukan ciri ini kerana ia membolehkan mereka mengetengahkan fahaman

dan agenda Islam sebagai sebuah tamadun alternatif kepada seluruh manusia

yang akan menjadi saksi kepada tamadun ini. Ini bertepatan dengan firman

Allah:

y7 Ï9≡ x‹x. uρ öΝä3≈ oΨù= yèy_ ZπΒ é& $ VÜy™uρ (#θ çΡθ à6tG Ïj9 u !#y‰ pκà− ’ n?tã Ĩ$Ψ9 $# tβθ ä3tƒuρ ãΑθ ß™§29 $# öΝä3 ø‹n= tæ #Y‰‹Îγx© 3

“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu…” Al-Baqarah: 143

(MENUJU SINAR CAHAYA)

Berdasarkan perbincangan ringkas mengenai asas dakwah dan kandungan

pemikirannya, jelas kepada kita bahawa asas kepada dakwah kita secara amnya, atau

agenda kebangkitan kita secara khususnya serta kandungan pemikiran yang menjadi

landasannya, keseluruhannya sebagaimana menurut pemikiran Ustaz al-Banna adalah

Islam itu sendiri sebagai satu agama dan suatu sistem hidup yang lengkap dan

menyeluruh.

Page 109: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

109

Bahagian III KESAHIHAN BERLANDASKAN SEJARAH

Perkara ini saya akan bincangkan dalam dua fasal:

Fasal I: Jalan Dakwah yang Pertama

Kesahihan agenda kebangkitan ini adalah berdasarkan ajaran dan dasar Islam.

Kesahihannya juga berpandukan pengalaman dakwah pertama. Ini bermakna, agenda

kebangkitan merupakan kesinambungan kepada kebangkitan generasi pertama. Ia perlu

mengambil panduan daripada pimpinan dan sejarahnya. Segala pengajaran daripada

pengalaman dan jejak yang telah dilaluinya perlu diambil kira. Perkara ini telah

disentuh oleh Ustaz al-Banna:

“Kita mahu memastikan dakwah kita ini menurut landasan dakwah yang pertama.

Kita akan berusaha supaya dakwah yang baru ini akan menjadi penyambung

kepada dakwah terdahulu yang dilaungkan oleh Rasulullah s.a.w. di lembah Mekah

1,300 tahun yang lalu. Memang sepatutnya kita bawa fikiran kita menyelusuri

zaman yang penuh gemilang dengan cahaya nubuwwah ini. Zaman yang disinari

wahyu yang agung. Agar kita dapat bersama tuan guru yang pertama iaitu

pemimpin para pembimbing dan kebanggaan para rasul yang membawa petunjuk.

Ini dilakukan agar kita dapat mempelajari semula agen perubahan dan kita dapat

pelajari semula langkah-langkah yang perlu dilalui sepanjang dakwah ini.”

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

Ustaz al-Banna menyorot secara mendalam dakwah pertama:

“Seruan yang begitu padu ini adalah garis pemisah untuk seluruh alam ini; antara

zaman silam yang gelap gelita dengan masa hadapan yang cerah bersinar,

masakini yang harmoni dan bahagia. Suatu pengisytiharan yang dengan jelas

mengemukakan sistem-sistem baru yang digubal oleh Allah, Tuhan yang Maha

Mengetahui. UtusanNya ialah Muhammad seorang manusia pembawa peringatan.

KitabNya ialah al-Quran sebagai penunjuk dan penyuluh. Tentera-Nya ialah

generasi awal Muhajirin dan Ansar serta generasi berikutnya yang mengikut

jejak mereka dengan baik. Sistem ini bukan rekaan manusia tetapi adalah hasil

ciptaan Allah. Apakah ada ciptaan manusia yang lebih baik daripada ciptaan

Allah?”

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Fasa II: Mengembalikan Gagasan Islam

Page 110: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

110

Walaupun perkara ini telahpun kita bincangkan secara terperinci dalam Bab I,

namun elok juga jika saya kemukakan semula di sini fasa sejarah yang pernah dilalui

oleh umat Islam (secara ringkas) supaya perjalanan sejarah yang dilalui oleh dakwah

ini dapat dilihat dengan jelas dan kita dapat memahami asal-usul dan juga kronologinya.

Fasa-fasa tersebut adalah seperti berikut:

Fasa I: Pengisytiharan kelahiran dakwah yang bersifat sejagat (dakwah).

Fasa II: Pembentukan negara Islam pertama (negara).

Fasa III: Permulaan kelemahan negara Islam (kelemahan).

Fasa IV: Pertembungan dan ancaman kepada aspek politik (ancaman politik).

Fasa V: Pertembungan dan ancaman kepada aspek sosial (ancaman sosial).

Fasa VI: Kejayaan agenda Barat dan penguasaan terhadap tamadun Islam

(penguasaan Barat).

Fasa VII: Kemunculan semula gerakan penjana dan penyelamat (kebangkitan semula).

Ustaz al-Banna telah menggariskan fasa kebangkitan semula gagasan Islam

selepas umat Islam melalui serangan politik. Beliau berkata:

“Sepertimana ancaman politik yang mampu membangkitkan sentimen perkauman,

ancaman sosial juga telah menghidupkan semula gagasan Islam. Hasilnya,

pelbagai suara bangkit menuntut supaya umat Islam kembali kepada Islam;

Kembali kepada memahami dan melaksanakan hukum serta sistem Islam. Sudah

pasti tidak lama lagi akan tiba masanya tamadun materialistik ini jatuh

tersembam di atas batu jemala pendokong dan penganutnya. Ketika itu mereka

merasa betapa hati dan rohani mereka begitu dahaga. Namun di sana hanya ada

satu sumber sahaja yang mampu memberikan santapan dan rawatan untuk

mereka iaitu Kitab Allah:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kami, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayang-Nya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang

Page 111: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

111

lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal. (Maksud Yunus: 57-58)

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Beliau menjelaskan bahawa amanat yang diwarisi oleh Ikhwan amat berat.

Menurut beliau:

“Wahai Ikhwan, Allah mahu kita mewarisi tanggungjawab yang besar ini. Allah

mahu supaya sinar dakwah kamu terpancar menerangi seluruh kegelapan ini.

Allah melahirkan kamu untuk memartabatkan kalimah-Nya, mendokong syariat-

Nya dan menegakkan semula negara-Nya.

“Dan sesungguhnya Allah akan menolong siapa yang menolong agama-Nya (agama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (maksud Al-Hajj: 40)”

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Akhirnya, Ustaz al-Banna mengungkapkan dengan jelas ciri dakwah baru ini yang

bertindak membawa keamanan dan keselamatan. Beliau juga mengingatkan rijal

(mereka yang bercirikan kelelakian) yang ingin membantu dakwah ini. Beliau menyebut:

“Saya mahu kamu memahami dengan jelas kedudukan kamu di celah-celah

masyarakat dunia hari ini. Apakah perbezaan dakwah kamu dengan dakwah yang

lain? Apakah jamaah kamu ini? Apakah tujuan Allah menggabungkan kamu dan

menyatukan hati kamu? Kenapa Allah mengenengahkan gagasan kamu di saat

dunia begitu mengharapkan keamanan dan kesejahteraan.

“Saudara, ingatlah baik-baik! Kamu adalah orang asing yang mengajak ke arah

kebaikan ketika nilai kemanusiaan sedang hancur luluh. Kamu adalah pemikiran

baru. Allah mahu dengan kewujudan kamu ini, kamu akan dapat memisahkan

manusia kepada dua pihak; pihak yang benar dan pihak yang salah. Ketika ini

manusia sedang bergelumang dengan kebenaran dan kepalsuan. Kamu mengajak

manusia ke arah Islam, kamu mendokong al-Quran, kamu menghubungkan bumi

dengan langit, kamu adalah pewaris Muhammad s.a.w. dan kamu adalah pengganti

para sahabat selepas ketiadaan Baginda. Dengan ini, dakwah kamu lebih mulia

berbanding gerakan yang lain. Matlamat kamu lebih tinggi berbanding gerakan

yang lain. Kamu bersandar kepada landasan yang kukuh. Kamu berpegang kepada

tali yang kukuh dan tidak akan terputus. Kamu dilimpahi cahaya yang terang

benderang tatkala seluruh manusia sedang tersasar daripada jalan yang

sebenar.

Page 112: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

112

“Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya. (maksud Yusuf: 21)”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)

Atas dasar ini, sebagai gerakan yang bertindak sebagai pembangkit dan

penyelamat setelah umat Islam dilanda serangan politik, dakwah baru yang mengajak

kepada kebangkitan semula ini perlu mempelajari jalan dakwah pertama. Walau betapa

besar sekalipun tanggungjawab dan beban yang dipikul akibat sekian lama berada pada

zaman kemunduran, dakwah yang baru tetap berperanan membawa semula ummah ini

keluar dari zaman kegelapan yang dialami akibat membelakangkan Islam kepada zaman

sinar cahaya dengan menampilkan dan melaksanakan syariat Allah di tangan rijal yang

mahu membantu dakwah ini; Mereka yang mahu bekerja untuk dakwah ini. Mereka yang

hanya bergantung harapan kepada Allah. Mereka yang hanya mengharapkan bantuan

daripada Allah. Mereka yang hanya mengharapkan ganjaran dan keredhaan Allah.

Page 113: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

113

Bahagian IV KESINAMBUNGAN TAMADUN

Ciri ini terkandung dalam dua fasal berikut:

Fasal I: Tamadun Warisan

Masalah sebenar ummah hari ini bukan terletak di atas muka bumi kerana

masalah di bumi sentiasa datang dan pergi. Sebaliknya ia adalah soal tamadun,

kewujudan dan ketrampilan. Aspek ekonomi, sosial atau politik mungkin adakalanya

terlalu menonjol namun punca pertembungan sebenar ialah kewujudan sebuah bangsa

yang bertamadun. Atas dasar inilah Ustaz al-Banna menekankan betapa pentingnya

manusia melihat sesuatu pertembungan menurut kaca tamadun. Ummah ini telah

mencapai tahap kegemilangannya. Semenjak berkurun lamanya ummah ini menjadi

cahaya yang menyinari hidup manusia. Ummah ini telah menganugerahkan kepada

bangsa manusia contoh-contoh teragung dalam sudut keadilan, kesaksamaan,

kebebasan, penjagaan hak-hak asasi manusia di sudut berfikir, politik, sosial dan

ekonomi. Ummah ini telah mengangkat darjat ilmu dan ilmuwan serta meletakkan

mereka sebaris dengan para nabi. Ummah ini telah mengangkat darjat wanita dan

meletakkan mereka sebagai ratu yang dihormati dalam keluarganya. Ummah ini telah

memberikan sumbangan yang amat besar kepada bidang seni bina dan pembangunan

bandar yang termaju dari sudut perancangan, pemeliharaan dan pembinaan. Hakikat ini

dinyatakan oleh Ustaz al-Banna dalam tulisan-tulisan beliau:

Kita adalah pewaris tamadun yang gilang gemilang

“Kita adalah sebuah ummah agung dan gemilang yang pernah mendokong sebuah

mercu tanda yang terhebat dan terulung dalam sejarah manusia.

“Kita telahpun mewarisi Islam yang suci ini dan kita telah membina diri kita

menurut acuannya dengan begitu mantap dan kukuh. Islam telah meresap masuk

ke dalam jiwa dan perasaan kita dan tersemai kukuh di dalam sanubari kita…

Islam dalam bentuk akidah, sistem, bahasa dan tamadun menjadi warisan yang

amat berharga buat Mesir… Jiwa kita juga begitu peka dengan apa yang berlaku

kepada Islam atau apa sahaja yang ada kaitan dengan Islam. Ini adalah

kenyataan. Namun malangnya tamadun Barat telah melancarkan serangan hebat

mereka menggunakan segala ilmu dan wang, kuasa politik dan kekayaan,

kesenangan, keseronokan serta pelbagai cara hidup yang mempesonakan,

melalaikan dan mengasyikkan yang tidak pernah kita alami sebelum ini.”

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

Page 114: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

114

Kita adalah orang bertamadun yang berpegang kepada prinsip yang mulia

dan akhlak yang penuh rahmat dan keadilan

“Dengan ketiga-tiga nilai ini iaitu keimanan dan keyakinan yang tinggi dengan

risalah Islam ini, rasa bangga kerana memilikinya, dan harapan yang tinggi untuk

menerima bantuan Allah, dengan izin Allah ketiga-tiga nilai ini telah berjaya

ditanam oleh pemimpin pertama iaitu Nabi s.a.w. ke dalam hati para sahabat

yang beriman. Baginda menggariskan matlamat hidup mereka. Oleh itu mereka

mengorak langkah membawa bersama risalah mereka yang tersimpan di dalam

dada dan juga di lembaran mereka, bertapak teguh bersama akhlak dan amalan

mereka, mengharapkan limpah kurnia Allah dan yakin Allah akan membantu dan

menolong mereka. Dengan semangat ini seluruh bumi tunduk kepada mereka.

Mereka berjaya menegakkan sebuah tamadun yang penuh dengan prinsip mulia

serta peradaban akhlak yang berlandaskan semangat kasih sayang dan adil di

dunia ini. Mereka mengubah hidup di dunia ini yang penuh dengan nilai kebendaan

pasif yang keji kepada nilai rabbani dinamik yang terpuji. Allah tidak akan redha

kecuali setelah cahayanya sempurna.”

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

Fasal II: Melahirkan Tamadun

Di sini Ustaz al-Banna menegaskan suatu hakikat bahawa kita berada di tempat

kelahiran segala tamadun dan Timur Islam adalah tempat kemunculan segala rasul.

Menurut beliau:

Kita adalah tempat kelahiran tamadun

“Dari sudut lain, Timur yang diletakkan sebagai perosak ini sebenarnya adalah

sumber kepada segala tamadun dan tempat turunnya para rasul. Timur inilah

yang melimpahkan segala tamadun kepada Barat. Hakikat ini tidak mungkin

dapat dinafikan kecuali oleh orang yang benar-benar angkuh. Segala dakwaan

yang tidak benar seperti ini sebenarnya hasil daripada jiwa manusia yang

tertipu. Jiwa seperti ini tidak mungkin mampu menjadi asas kepada apa jua

pembangunan atau peradaban. Selagimana manusia mempunyai perasaan seperti

ini terhadap saudara semanusianya, selagi itulah tidak akan wujud keimanan,

keharmonian dan ketenteraman. Kecuali apabila manusia kembali ke alam

persaudaraan dan berteduh di bawah naungannya yang rendang dan

mententeramkan. Hanya ada satu sahaja jalan yang baleh membawa manusia ke

arah itu iaitu jalan Islam seperti yang dinyatakan oleh kitab sucinya:

Page 115: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

115

$ pκš‰r' ¯≈tƒ â¨$ ¨Ζ9$# $Ρ Î) / ä3≈oΨ ø)n=yz ÏiΒ 92x.sŒ 4 s\Ρ é&uρ öΝä3≈oΨ ù=yè y_uρ $ \/θãèä© Ÿ≅Í← !$ t7s% uρ (# þθèù u‘$ yè tGÏ9 4 ¨βÎ) ö/ä3tΒt2ò2r& y‰ΨÏã «! $#

öΝä39s) ø? r& 4

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)…” Al-Hujurat: 13

Nabi s.a.w. juga pernah bersabda:

“Bukan dari kalangan kita orang yang menyeru ke arah asobiyyah. Bukan dari kalangan kita orang yang mati di dalam asobiyyah.”

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

Kelahiran semula tamadun Islam adalah wajib dan suatu keperluan

“Kita ditakdirkan lahir dalam generasi yang sedang menjadi habuan pelbagai

bangsa lain. Generasi yang sedang berjuang bermati-matian untuk hidup.

Kemenangan pasti akan memihak kepada pihak yang kuat dan terkehadapan.

“Suasana yang ada juga memaksa kita menghadapi peninggalan masa silam yang

sangat getir dan kita merasai kepahitannya. Kitalah yang bertanggungjawab

memecahkan belenggu dan halangan serta menyelamatkan diri kita dan anak-

anak kita. Di samping itu kita perlu mengembalikan kemuliaan dan kegemilangan

kita serta menghidupkan semula tamadun dan ajaran agama kita.”

(ADAKAH KITA GOLONGAN YANG BEKERJA)

Arus tamadun tidak akan terhenti

“Pada suatu ketika dahulu kepimpinan dunia ini berada di tangan bangsa Timur.

Selepas itu kuasa ini beralih pula ke Yunani dan Rom di Barat. Selepas itu,

risalah Musa, Isa dan Muhammad memindahkan kuasa ini ke Timur semula.

Namun sekali lagi, Timur terlena dan Barat kembali bangkit. Inilah undang-

undang Allah yang pasti tidak akan luput. Barat kembali menguasai pentas

kepimpinan dunia. Namun lihatlah Barat kini bertindak kejam, zalim, menindas,

hilang pedoman dan goyah. Dunia menanti huluran tangan bangsa Timur yang

dinaungi lembayung Allah dan mengibarkan panji al-Quran melalui tentera iman

Page 116: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

116

yang kuat dan teguh. Seluruh dunia gembira menyambutnya dan seluruh manusia

bersorak:

߉ôϑ pt ø: $# ¬! “ Ï% ©!$# $uΖ1y‰ yδ #x‹≈yγÏ9 $ tΒuρ $Ζ ä. y“ ωtF öκ s] Ï9 Iω öθ s9 ÷βr& $ uΖ1y‰ yδ ª! $# (

“…Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya);…” Al-A’raf: 43

“Ini bukanlah suatu khayalan kerana ia telah dibuktikan oleh sejarah. Jika tidak

tercapai…

“Maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. (Maksud

Al-Maidah: 54)

Namun sudah tentu kita sentiasa berusaha supaya kita diberi peluang menerima

keistimewaan ini dan dicatat dalam senarai penerima anugerah ini.

š�š/ u‘uρ ß, è= øƒs† $ tΒ â !$t± o„ â‘$tF øƒs† uρ 3

“Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya, dan Dialah juga yang memilih (satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan);…” Al-Qasas: 68

(MENUJU SINAR CAHAYA)

Atas dasar ini kita perlu berusaha sedaya upaya dengan berpandukan

perlembagaan kita iaitu al-Quran dan pedoman kita iaitu sunnah serta contoh

pelaksanaan yang betul iaitu amalan salafussoleh, untuk mengembalikan semula

tamadun Islam dan meneruskan arus ketamadunan Islam.

Page 117: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

117

Fasal 7

SUMBER RUJUKAN AGENDA KEBANGKITAN

Bahagian I: Asas Aqidah

Bahagian II: Asas Pengkaedahan

Bahagian III: Asas Perundangan

Bahagian IV: Asas Am

Page 118: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

118

MUKADIMAH

Pintu Islam ini terbuka luas. Semenjak dahulu hingga kini ia mampu menerima

pelbagai lapisan manusia untuk bernaung di bawah nama Islam. Para ulamak dan

cendiakawan Islam begitu biasa mengucapkan ungkapan-ungkapan seperti kesemua

kelompok umat ini sependapat tentang… Walaupun kelompok ini mungkin sependapat

dan mungkin berbeza pendapat. Mereka mungkin betul dan mungkin silap. Namun Islam

tetap mampu menaungi mereka.

Walau bagaimanapun dalam beberapa isu, perbezaan pendapat di kalangan umat

ini telah membawa penyakit dalam pemikiran mereka dan menimbulkan fahaman yang

mengelirukan sehingga menggoncang perpaduan mereka. Malah keadaan ini mengancam

keupayaan untuk menjana tamadun dan bangkit semula daripada kemunduran yang

telah sekian lama ini.

Ustaz al-Banna sudah tentu tidak boleh mengenepikan hakikat ini atau

mengabaikan isu penting ini pada awal kebangkitan atau pada ketika memulakan

langkahnya. Oleh kerana itu Ustaz al-Banna telah mengemukakan agenda besar ini

kepada al-Azhar ash-Sharif. Beliau menyentuh isu-isu syarak yang membabitkan

pelbagai lapisan dalam masyarakat Islam. Langkah ini beliau lakukan dalam usaha

mewujudkan tapak yang sesuai untuk melancarkan agenda kebangkitan Islam yang akan

menyambung kejayaan masa silam dengan kegemilangan masa depan yang dicitakan.

Rujukan dan Neraca

Di sini saya kemukakan perkara yang telah dicapai dalam beberapa perbincangan

ketika membahaskan tentang rujukan utama agenda kebangkitan. Ustaz al-Banna

menegaskan bahawa rujukan ini mestilah dipersetujui oleh semua pihak dan sudah

tentu apa yang dimaksudkan dengan rujukan yang dipersetujui di sini ialah Islam itu

sendiri serta al-Quran kitab suci yang abadi. Menentukan rujukan yang akan diterima

pakai adalah perlu. Ia bertindak sebagai sumber yang akan dirujuk untuk mengupas

sesuatu hukum, pendapat, pendirian dan prinsip. Sumber ini akan menjadi neraca.

Dengan ini semua pihak akan memulakan langkah dengan fahaman dan pandangan yang

sama. Skopnya ialah sempadan atau ajaran Islam yang menjadi landasan gerakan

dakwah ini. Ustaz al-Banna menegaskan bahawa neraca yang menjadi kayu ukur ialah

al-Quran al-Karim. Beliau menyebut:

“Saya ingin gariskan ukuran yang saya gunakan dalam menentukan kejelasan ini.

Saya akan cuba memastikan bahasa saya cukup mudah dan ringkas sehingga

tiada sebab untuk anda tidak memahaminya, jika sidang pembaca benar-benar

ingin memanfaatkannya. Saya yakin tiada siapapun di kalangan umat Islam yang

akan menolak apabila saya letakkan ukuran tersebut ialah Kitab Allah. Kita

Page 119: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

119

cedok dan kita garap limpahan lautannya yang luas serta kita rujuk segala

hukumnya.”

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Untuk memperjelaskan lagi kefahaman tentang sumber rujukan dan neraca

kepada dakwah ini, Ustaz al-Banna telah menggariskan dua puluh asas.

Asas-asas Kefahaman

Melalui apa yang disebut sebagai “Dua puluh perkara asas (Usul Isyriin)” Ustaz al-Banna mengajak masyarakat Islam supaya mempunyai satu pegangan yang

berlandaskan asas-asas ini. Asas-asas ini sehingga kini telah berjaya mewujudkan

tapak ke arah kebangkitan Islam.

Dalam buku beliau, Memahami al-Quran al-Karim yang merupakan tulisan

pertama menyentuh perkara asas ini, Ustaz al-Banna menyebut:

“Saudara, saya telah berfikir panjang mengenai perselisihan pendapat ini yang

boleh kita katakan sebagai perbezaan pendapat berbentuk ilmiah di kalangan

gerakan Islam di Mesir khasnya dan di seluruh dunia Islam amnya. Saya telah

berusaha sekian lama untuk mempertautkan hati-hati mereka di bawah suatu

matlamat yang lebih besar di mana jiwa-jiwa yang beriman ini akan bersatu dan

bekerja untuk mencapainya. Mudah-mudahan dengan ini terbinalah sebuah

kebangkitan yang kita idamkan…

“Sememangnya saya ingin kemukakan seluruh doktrin ini untuk ditatapi oleh

seluruh pemikir Islam yang mana saya yakin ia mampu merapatkan jurang

perbezaan pendapat semua pihak… Malah dengan izin Allah ia amat bertepatan

dengan kebenaran. Mudah-mudahan mereka akan merenung sedalam-dalamnya

apabila mereka merasakan ia sesuai untuk menyatukan jiwa manusia kita akan

jadikan ia sebagai asas…”

Ini bermakna, dua puluh perkara asas telah dikemukakan secara jelas dengan

disokong fakta yang jitu. Malah tidak dapat dinafikan ia berjaya meletakkan batu asas

ke arah mewujudkan kerjasama rantau Islam.

Menurut Ustaz al-Banna:

1. Asas ini merapatkan jurang perbezaan.

2. Dari aspek praktikal, asas ini bertepatan dengan realiti.

Page 120: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

120

Ustaz al-Banna seterusnya meminta agar para cendikiawan mengkaji asas ini dan

menjadikan asas ini sebagai suatu rangka ke arah menyatukan fahaman umat Islam.

Malah beliau juga mewajibkan para pengikut dan anak muridnya supaya menjadikan

asas ini sebagai ikrar mereka dengan beliau. Mereka perlu berusaha untuk memahami

segala asas ini sebaik-baiknya dan mengajak seluruh umat Islam supaya memahaminya.

Saya akan cuba bincangkan kesemua asas ini mengikut beberapa kategori supaya

lebih mudah difahami:

i. Asas aqidah (asas memahami akidah).

ii. Asas pengkaedahan (asas memahami usul fikah).

iii. Asas perundangan (asas memahami fikah).

iv. Asas am (asas memahami perkara-perkara lain).

Page 121: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

121

Bahagian I ASAS AQIDAH

(ASAS MEMAHAMI AKIDAH)

1. Asas mengenai Kesyumulan Islam

“Islam adalah satu sistem yang bersepadu mencakupi seluruh aspek kehidupan.

Islam adalah negara dan tanahair atau kerajaan dan rakyat. Islam adalah akhlak

dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Islam adalah pengetahuan dan undang-

undang atau ilmu dan kehakiman. Islam adalah benda dan harta atau pendapatan

dan kekayaan. Islam adalah jihad dan dakwah atau tentera dan gagasan. Selain

itu Islam juga adalah akidah yang sejahtera dan ibadah yang sahih.”

(ASAS PERTAMA; RISALAH TAALIM)

2. Asas dalam Memahami Ayat-ayat Sifat

“Mengenali, mengesakan dan mensucikan Allah Taala adalah akidah Islam yang

paling suci. Semua ayat dan hadis sahih yang menyebut tentang sifat Allah dan

apa sahaja yang berkenaan dengannya kita yakini seperti mana yang disebutkan

itu tanpa kita tafsirkan mengikut kehendak kita atau kita tolak sama sekali. Kita

tidak akan libatkan diri kita dalam perselisihan pendapat di kalangan ulama. Kita

sepatutnya meniru sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para

sahabat Baginda.

3 tβθ ã‚Å™≡§29 $#uρ ’ Îû ÉΟ ù=Ïè ø9$# tβθä9θà) tƒ $Ζ tΒ#u ϵÎ/ @≅ ä. ôÏiΒ Ï‰Ζ Ïã $uΖ În/u‘ 3

“…dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata: Kami beriman kepadaNya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami…” Ali Imran: 7

(ASAS KESEPULUH; RISALAH TAALIM)

3. Asas mengenai Larangan Mengkafir

“Kita tidak mengkafirkan seorang muslim yang mengucap dua kalimah syahadah

dan masih mengamalkan tuntutannya serta menunaikan amalan fardhu - Kita

tidak mengkufurkannya disebabkan pendapatnya atau maksiat yang dilakukan -

Kecuali jika dia mengeluarkan ucapan kufur dan mengakuinya, atau mengingkari

perkara-perkara agama yang sememangnya diketahui atau tidak mempercayai

kenyataan al-Quran yang jelas, atau mentafsir al-Quran menurut cara yang

Page 122: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

122

tidak bertepatan sama sekali dengan gaya bahasa Arab, atau melakukan sesuatu

yang tidak boleh diandaikan kecuali sebagai kufur.”

(ASAS KEDUA PULUH; RISALAH TAALIM)

4. Asas mengenai Amalan Tawassul dan Berdoa

“Doa yang dikaitkan dengan tawasul kepada Allah menggunakan perantaraan

salah satu makhluk-Nya adalah perkara yang melibatkan perselisihan pendapat

yang bersifat cabang. Masalah ini lebih kepada masalah dalam kaedah berdoa

dan bukan masalah akidah.”

(ASAS KELIMA BELAS; RISALAH TAALIM)

5. Asas mengenai Tilikan dan Berita Ghaib

“Tangkal, jampi, kulit kerang yang dijadikan pendinding, menilik dengan cara

melukis di pasir, tenung nasib, sihir dan dakwaan mengaku mengetahui perkara

ghaib, semua ini adalah amalan sesat yang wajib diperangi, kecuali jampi yang

menggunakan ayat al-Quran atau hadis yang ma’thur.”

(ASAS KEEMPAT; RISALAH TAALIM)

6. Asas mengenai Bid’ah yang Tidak Berasas

“Setiap amalan bid’ah yang dimasukkan ke dalam agama Allah dan tidak ada asas

(diamalkan oleh manusia kerana mengikut selera mereka sama ada mereka

menokok tambah atau mengabaikannya) adalah sesat dan perlu diperangi serta

dihapuskan dengan cara yang terbaik dan tidak membawa kepada keadaan yang

lebih buruk.”

(ASAS KESEBELAS; RISALAH TAALIM)

7. Asas Mengenai Amalan Bid’ah di Kubur dan Jenazah

“Menziarahi kubur adalah sunnah dan disyaratkan dengan cara yang dinyatakan

oleh sunmh. Walau bagaimanapun meminta bantuan ahli kubur walau siapapun

mereka atau menyeru nama mereka atau meminta sesuatu hajat daripada

mereka dari dekat atau jauh, atau bernazar untuk mereka atau membuat binaan

atas kubur atau menyelimutkan kubur atau memasang lampu di kubur atau

menyentuh dan mengucup kubur itu atau bersumpah dengan nama yang lain

daripada nama Allah atau apa sahaja bid’ah yang berkenaan dengannya adalah

Page 123: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

123

dosa besar yang perlu diperangi. Kita tidak akan bertolak ansur dengan semua

amalan ini agar tidak timbul perkara yang lebih buruk.”

(ASAS KEEMPAT BELAS; RISALAH TAALIM)

8. Asas mengenai Wali, Karamah dan Akidah yang Betul

“Mengasihi, menghormati dan memuji orang-orang yang soleh kerana amalan baik

yang mereka lakukan adalah suatu amalan mendekatkan diri dengan Allah Taala.

Apa yang dimaksudkan dengan wali ialah mereka yang disebutkan oleh firman

Allah:

šÏ% ©!$# (#θãΖ tΒ#u (#θ çΡ%Ÿ2uρ šχθà)−G tƒ ∩∉⊂∪

“(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.” Yunus: 63

Karamah berlaku pada mereka dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh

syarak. Namun perlu diyakini mereka yang diredhai oleh Allah ini tidak mampu

mendatangkan kemudaratan dan kemanfaatan untuk diri mereka sendiri ketika

hayat mereka dan juga setelah kematian mereka, apatah lagi untuk

melakukannya kepada orang lain.”

(ASAS KETIGA BELAS; RISALAH TAALIM)

Page 124: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

124

Bahagian II ASAS PENGKAEDAHAN

(ASAS MEMAHAMI USUL FIKAH)

Terdapat beberapa masalah yang dilalui oleh ummah untuk berinteraksi dengan

pengkaedahan fikah. Masalah ini perlu diberikan perhatian. Di samping itu perkara-

perkara yang boleh menggugat dan mewujudkan suasana yang tidak harmoni untuk

kebangkitan semula ummah ini perlu turut dikenal pasti. Ilmu usul fikah adalah ilmu

yang khusus membincangkan tentang kaedah menerbitkan hukum syarak.

Takrif usul di sini ialah sejumlah dasar dan hasil kajian yang digunakan untuk

menerbitkan hukum-hukum syarak yang berbentuk tindakan (hukum fikah). Para ulama

membahagikan sumber rujukan untuk asas ini kepada:

i. Sumber yang diiktiraf iaitu al-Quran, sunnah, ijmak dan qias. Termasuk juga

sumber yang tidak disepakati seperti pendapat sahabat, syariat sebelum syariat

Muhammad s.a.w., amalan penduduk Madinah, adat, istishab, istihsan dan

sebagainya.

ii. Sumber yang tidak diiktiraf iaitu sumber yang digunakan oleh ahli tasauf

seperti kasyaf, mimpi, ilham dan bisikan hati.

1. Asas mengenai Sumber

“Al-Quran al-Karim dan sunnah yang suci adalah rujukan setiap muslim untuk

memahami hukum-hakam Islam. Al-Quran perlu difahami menurut kaedah

bahasa Arab tanpa mengada-adakan atau keterlaluan. Sementara sunnah pula

perlu difahami melalui ahli hadis yang dipercayai.”

(ASAS KEDUA; RISALAH TAALIM)

2. Asas mengenai Menolak Kekebalan Pendapat Ulama

“Kata-kata manusia boleh diterima dan boleh ditolak kecuali kata-kata manusia

yang maksum iaitu Nabi s.a.w.. Segala yang datang daripada generasi silam yang

diredhai Allah jika bertepatan dengan kitab dan sunnah, kita akan terima. Jika

tidak, kitab Allah dan sunnah rasul-Nya lebih utama untuk diikut. Walau

bagaimanapun kita tidak akan mengecam atau mengkritik mana-mana individu

yang tidak sependapat. Kita serahkan kepada niat mereka. Mereka telahpun

menyampaikan apa yang telah mereka kemukakan.”

(ASAS KEENAM; RISALAH TAALIM)

Page 125: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

125

3. Asas mengenai Dalil yang Tidak Diiktiraf

“Iman yang benar, ibadat yang sahih dan mujahadah mengandungi cahaya dan

kemanisan yang diberikan Allah ke dalam hati hambaNya yang dikehendaki.

Namun ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah dalil hukum syarak dan

tidak diambil kira kecuali jika tidak bercanggah dengan hukum-hukum dan nas-

nas agama.”

(ASAS KETIGA; RISALAH TAALIM)

4. Asas mengenai Ijtihad dan Taklid

“Setiap orang Islam yang masih belum mencapai tahap ahli nadzar, iaitu dapat

mengkaji dalil-dalil hukum dalam masalah furu’ hendaklah mengikut salah satu

imam dalam agama ini. Namun demikian adalah lebih baik selain mengikut, dia

berusaha sedaya upaya untuk memahami dalil-dalil tersebut. Dia juga perlu

menerima segala tunjuk ajar yang disertakan dengan dalil setelah dipastikan

orang yang menunjuk ajar itu adalah orang yang berkebolehan dan berkelayakan.

Jika dia memang ahli ilmu, dia hendaklah mengatasi kelemahannya dalam bidang

ilmu supaya mampu mencapai tahap yang membolehkan dia mengkaji.”

(ASAS KETUJUH; RISALAH TAALIM)

Page 126: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

126

Bahagian III ASAS PERUNDANGAN

(ASAS MEMAHAMI FIKAH)

Kefahaman Islam kita dalam aspek ini merupakan yang terpenting dan banyak

mempengaruhi setiap langkab kita ke arah kebangkitan semula. Ustaz al-Banna

telahpun membentangkan beberapa asas penting yang perlu diambil kira dalam soal

fikah. Langkah ini perlu supaya fikah mampu berperanan memberikan kemudahan,

membawa rahmat dan menyatukan ummah. Bukan sebaliknya iaitu bersengketa dan

berpecah. Fikah ialah ilmu yang menghimpunkan hukum-hukum syarak. Sepertimana

yang sedia maklum, terdapat dua aliran fikah yang timbul kesan peristiwa sembahyang

di Bani Quraizah iaitu aliran nas/suratan (apa yang diucapkan) dan aliran maqasid (sebab/siratan) (kenapa ia diucapkan).

1. Asas mengenai Perbezaan Darjat Amalan

“Akidah adalah landasan kepada amalan. Amalan hati lebih penting daripada

amalan anggota badan. Melakukan yang terbaik dalam kedua-dua amalan ini

adalah tuntutan syarak walaupun wujud perbezaan pada sejauhmana ia dituntut.”

(ASAS KETUJUH BELAS; RISALAH TAALIM)”

2. Asas mengenai Pelaksanaan Pendapat Pemerintah

“Pendapat imam atau wakilnya dalam perkara yang tiada nas ataupun nas

tersebut mempunyai pelbagai maksud dan dalam soal masalih mursalah

(kepentingan umum) boleh dilaksanakan selagi tidak bertentangan dengan asas

syarak. Pendapat ini mungkin berubah mengikut keadaan, budaya dan adat.

“Asas dalam soal ibadat ialah pengabdian (ta’abbud) tanpa perlu melihat kepada

maksud. Sementara dalam soal yang lain ia perlu melihat kepada sebab, hikmah

dan maksud.”

(ASAS KELIMA; RISALAH TAALIM)

3. Asas mengenai Larangan Menimbulkan Perpecahan Agama

“Perbezaan pendapat fikah dalam soal yang kecil tidak sepatutnya menjadi

sebab untuk berpecah. Perbezaan pendapat ini tidak sepatutnya menimbulkan

permusuhan dan persengketaan kerana setiap mujtahid akan mendapat

pahalanya. Namun tidak salah untuk membuat kajian ilmiah dalam masalah-

masalah yang dipertikaikan selagimana ia dilakukan dalam suasana penuh

Page 127: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

127

kemesraan dan saling bekerjasama untuk meneari kebenaran. Dengan syarat ia

tidak menimbulkan perselisihan yang tidak diingini dan budaya taksub.”

(ASAS KELAPAN; RISALAH TAALIM)

4. Asas mengenai Larangan Membabitkan Diri dalam Perkara yang Tidak

Berfaedah

“Setiap masalah yang tidak membuahkan amalan tidak perlu dibincangkan secara

mendalam kerana tindakan itu dianggap membebankan diri yang dilarang oleh

syarak. Ini termasuklah tindakan menambah hukum-hakam yang masih belum

berlaku, mengkaji maksud ayat-ayat al-Quran yang masih belum dicapai oleh

sains, berbincang mengenai kemuliaan seorang sahabat berbanding sahabat yang

lain dan persengketaan yang berlaku di kalangan mereka. Setiap sahabat ada

kelebihan mereka sebagai seorang sahabat nabi dan mereka akan mendapat

pahala bergantung kepada niat mereka. Begitu juga dengan takwil yang

dibenarkan.”

(ASAS KESEMBILAN; RISALAH TAALIM)

5. Asas mengenai Bid’ah yang Tiada Bersumber

“Bid’ah yang dilakukan dengan cara menambah ataupun meninggalkan atau

beriltizam dalam mengamalkan sesuatu ibadat merupakan masalah perbezaan

pendapat dari sudut fikah. Masing-masing mempunyai pendapat yang tersendiri.

Namun tidak salah untuk mencari kebenaran dengan berpandukan dalil dan

bukti.”

(ASAS KEDUA BELAS; RISALAH TAALIM)

Page 128: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

128

Bahagian IV ASAS AM

Terdapat beberapa asas yang tertakluk kepada asas-asas sebelum ini terutama

asas pengkaedahan. Namun demikian asas-asas ini turut dilihat meliputi asas-asas yang

lain. Oleh itu saya letakkan asas-asas ini sebagai asas-asas am.

6. Asas mengenai Adat yang Salah dan Permainan Bahasa

“Adat sumbang yang diamalkan tidak boleh mengubah hakikat lafaz-lafaz

syarak. Malah apa yang dimaksudkan oleh istilah syarak ini perlu dikenal pasti

ruang lingkupnya dan dilaksanakan mcnurut erti istilah tersebut. Di samping itu

budaya mempermainkan istilah perlu dielak dalam seluruh aspek dunia dan

agama. Perkara yang diambil kira bukannya nama, sebaliknya apa yang

dimaksudkan oleh nama tersebut.”

(ASAS KEENAM BELAS; RISALAH TAALIM)

7. Asas mengenai Hubungan antara Teori Syarak dan Teori Akal

“Ada pandangan syarak yang tidak bertepatan dengan pandangan akal namun

akal dan syarak tidak akan bertembung dalam soal yang pasti. Penemuan sains

yang sah tidak akan bertembung dengan kaedah syarak yang tetap. Bagi perkara

yang tidak dipastikan oleh akal atau oleh syarak, ia perlu disesuaikan supaya

bertepatan dengan apa yang pasti. Bagi perkara yang tidak dapat dipastikan

oleh syarak dan oleh akal, pandangan syarak perlu diutamakan sehingga akal

dapat membuktikan kebenarannya atau sebaliknya.”

(ASAS KESEMBILAN BELAS; RISALAH TAALIM)

8. Asas mengenai Sempadan Kemampuan Akal

“Islam membebaskan akal dan menggalakkan manusia memerhatikan alam

semesta. Islam mengangkat darjat ilmu dan ulama. Islam juga mengalu-alukan

segala perkara yang baik dan bermanfaat.

“Hikmah adalah hak orang mukmin yang telah hilang. Oleh itu di mana sahaja dia

menemuinya, dia adalah orang yang paling berhak memilikinya.”

(ASAS KELAPAN BELAS; RISALAH TAALIM)

Page 129: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

129

Terdapat beberapa kata-kata Ustaz al-Banna dalam beberapa tulisan beliau

yang menghuraikan asas yang terakhir ini. Ada eloknya, huraian ini dibentangkan di sini

supaya boleh dimanfaatkan dengan izin Allah.

i. Akal adalah faktor yang menentukan tanggungjawab

“Asas bagi semua akidah Islam (sama seperti hukum-hukum syarak) ialah Kitab

Allah Taala dan sunnah rasul-Nya. Namun anda juga perlu tahu bahawa semua

keyakinan ini turut disokong oleh akal dan dikuatkan oleh fikiran yang sahih.

Oleh kerana itu Allah mengajukan setiap perintah-Nya kepada akal sebagai

suatu penghormatan dan Allah menjadikan akal sebagai asas pertanggung

jawaban. Allah menggalakkan akal supaya mengkaji, merenung dan memikir.

Malah Allah meminta supaya pihak lawan mengemukakan dalil dan bukti walaupun

dalam perkara yang telah jelas salah. Semua ini kerana menghormati dan

mengutamakan amalan pembuktian dan penghujahan. Dengan ini kita menyedari

Islam tidak pernah menghalang manusia berfikir atau mengongkong fikiran.

Cuma Islam membimbing akal ini supaya beriltizam dengan sempadannya,

mengajarnya akan kecetekan ilmunya dan menggalakkan ia supaya sentiasa

menambah pengetahuannya.

ii. Kepelbagaian cara berfikir untuk mendalami ilmu

Budaya ilmu Islam telah menimbulkan budaya perbahasan ilmu. Di mana

perbahasan melibatkan perkara seperti sumber, asal-usulnya, hubungannya dengan akal

dan hubungannya dengan perkara ghaib. Namun semua pengetahuan ini diletakkan di

bawah suatu garis panduan yang tersendiri dan saling berkaitan. Garis panduan ini

telah menyelesaikan kecelaruan yang berlaku pada fikiran manusia. Malah garis

panduan ini telah menggariskan kaedah berfikir yang betul. Ustaz al-Banna menyentuh

mengenai perkara ini:

“Semenjak manusia wujud di atas muka bumi ini hinggalah ke hari ini, pemikiran

manusia telah berkembang (secara keseluruhannya kecuali yang menerima

hidayah Allah) dalam tiga zaman yang berbeza atau boleh kita katakan ia

terbahagi kepada tiga aliran pemikiran.

1. Zaman yang penuh khurafat, tertutup dan tunduk sepenuhnya kepada alam ghaib

dan kuasa yang tidak dapat dilihat dan dirasa.

2. Zaman pasif, materialistik, menafikan alam ghaib dan menolak kuasa yang tidak

dapat dirasa serta apa juga yang berkaitan dengannya.

3. Gabungan di antara pemikiran alam ghaib dan pemikiran sains.

Page 130: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

130

Aliran pemikiran yang pertama dan kedua jelas silap dan keterlaluan, ia

menunjukkan kejahilan manusia sendiri tentang perkara yang ada dalam

persekitaran mereka. Islam yang suci ini telah menjelaskan masalah ini dengan

begitu mendalam dan betul. Islam mengakui kewujudan alam roh. Islam

menjelaskan hubungan antara manusia dengan Allah, Tuhan kepada segala

hidupan. Islam juga menjelaskan tentang kehidupan di hari akhirat selepas

kehidupan di dunia ini. Islam meletakkan keyakinan kepada Allah adalah asas

kepada baik buruk jiwa manusia yang merupakan sebahagian alam roh. Hanya

keyakinan ini sahaja satu-satunya jalan untuk memperbaiki jiwa manusia. Islam

menggambarkan alam ghaib tersebut sehingga ia mudah diterima oleh fikiran

manusia dan tidak bercanggah dengan rasional akal. Namun demikian Islam tetap

mengakui kelebihan alam material ini dan mengakui ia mampu membawa kepada

kesejahteraan hidup manusia jika dibangunkan dengan cara yang betul dan

digunakan dengan cara yang baik. Islam turut mengajak manusia melihat langit

dan bumi dengan cara yang betul. Malah Islam meletakkan pemerhatian ini boleh

membawa manusia mengenali Allah Taala.”

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

Apabila seorang akh muslim memahami agamanya melalui asas-asas ini, barulah

dia memahami apa yang dimaksudkan setiap kali dia melaungkan:

Allah matlamat kami,

Al-Quran perlembagaan kami,

Rasul pimpinan kami.

Saya akhiri tajuk ini dengan mengemukakan kata-kata Ustaz al-Banna yang

ditujukan kepada mereka yang bekerja bersamanya. Beliau menegaskan nikmat kerana

memahami Islam yang betul. Beliau menyebut:

“Saudara, ingatlah baik-baik! Kerana nikmat Allah, kamu telah memahami Islam

ini dengan fahaman yang sebenar dan sejati. Kamu memahami bahawa Islam itu

mudah, menyeluruh dan lengkap. Islam seiringan dengan zaman dan mampu

memenuhi kehendak seluruh manusia, seterusnya mampu memberikan

kebahagiaan kepada manusia. Islam tidak jumud seperti yang dimahukan oleh

golongan yang jumud namun Islam itu tidaklah terlalu bebas seperti golongan

yang terlalu bebas. Islam tidaklah rumit seperti yang difahami oleh ahli

falsafah. Islam bersifat sederhana; tidak terlalu ketat dan tidak terlalu

longgar. Ia bersumberkan kitab Allah, sunnah rasul-Nya dan cara hidup para

generasi silam yang soleh. Kamu kutip sumber ini dengan penuh rasional dan

sedar, dengan hati yang yakin dan percaya, dengan akal yang cerdas dan tajam.

Page 131: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

131

Kamu mengenali Islam yang sebenar iaitu Islam yang mencakupi akidah dan

ibadah, negara dan bangsa, akhlak dan material, toleransi dan kuasa, ilmu dan

undang-undang. Kamu yakini Islam dengan ertikata yang sebenar iaitu Islam

yang mencakupi agama dan negara, kerajaan dan rakyat, mushaf dan pedang.

Kamu yakin Allah telah melantik umat Islam sebagai khalifah kepada seluruh

manusia di muka bumi ini.

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (maksud Al-

Baqarah: 143)”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)

Page 132: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

132

Fasal 8

MATLAMAT DAKWAH

Bahagian I: Matlamat Utama Dakwah

Bahagian II: Wawasan Dakwah

Bahagian III: Objektif Dakwah

Page 133: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

133

Bahagian I MATLAMAT UTAMA DAKWAH

Matlamat bermaksud sasaran iaitu tuntutan asasi manusia dan tiada tuntutan

lain yang lebih besar daripada itu. Matlamat hidup manusia ialah mencapai tujuan

ciptaannya. Tujuan ciptaan manusia ialah pengabdian iaitu pengabdian kepada Pencipta

yang Maha Suci bersesuaian dengan firman Allah Taala:

$ tΒ uρ àMø)n=yz £Åg ø:$# }§Ρ M} $#uρ �ω Î) Èβρ߉ ç7÷è u‹Ï9 ∩∈∉∪

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” Az-Zariyat: 56

Di sini Ustaz al-Banna menyebut:

“Al-Quran telah menetapkan matlamat dan sasaran hidup manusia. Al-Quran

juga menjelaskan bahawa ada manusia yang tumpuan hidup mereka:

1. Makan dan berseronok. Allah berfirman:

tÏ% ©!$#uρ (#ρã2x� x. tβθ ãè−Fyϑ tF tƒ tβθ è=ä. ù' tƒ uρ $yϑ x. ã≅ä. ù' s? ãΝ≈yè ÷ΡF{$# â‘$ ¨Ψ9$#uρ “ Yθ÷WtΒ öΝçλ°; ∩⊇⊄∪

“…dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.” Muhammad: 12

2. Hiasan dan kesenangan hidup yang akan fana’. Allah berfirman:

zÎiƒ 㗠Ĩ$ ¨Ζ=Ï9 E=ãm ÏN≡ uθyγ ¤±9 $# š∅ÏΒ Ï !$|¡ ÏiΨ9 $# tÏΖ t6ø9 $#uρ Î�!ÏÜ≈ oΨ s)ø9 $#uρ Íοt2sÜΖ s) ßϑø9 $# š∅ ÏΒ É= yδ ©%!$# Ïπ�ÒÏ� ø9 $#uρ

È≅ø‹y‚ ø9$# uρ ÏπtΒ §θ |¡ ßϑ ø9 $# ÉΟ≈yè ÷ΡF{$#uρ Ï ö2ysø9 $#uρ 3 š� Ï9≡sŒ ßì≈ tFtΒ Íο 4θ u‹ys ø9$# $ u‹÷Ρ ‘‰9 $# ( ª!$#uρ …çν y‰ΨÏã Ú∅ó¡ãm É>$ t↔ yϑ ø9$#

∩⊇⊆∪

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun

Page 134: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

134

tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga).” Ali Imran: 14

3. Mewujudkan huru-hara, mencetus suasana yang tidak selamat dan tidak aman.

Mereka ini disebutkan oleh Allah dalam firman-Nya:

zÏΒ uρ Ĩ$ ¨Ψ9 $# tΒ y7ç6 Éf÷è ム… ã&è!öθ s% ’Îû Íο4θ uŠ ys ø9$# $ u‹÷Ρ‘‰9$# ߉Îγ ô± ムuρ ©!$# 4’n? tã $tΒ ’ Îû ϵ Î6ù= s% uθ èδ uρ ‘$ s!r& ÏΘ$|ÁÏ‚ø9 $# ∩⊄⊃⊆∪

#sŒÎ) uρ 4’ ¯<uθ s? 4tëy™ ’ Îû ÇÚö‘ F{$# y‰Å¡ ø� ã‹Ï9 $ yγŠ Ïù y7 Î=ôγムuρ y ö2ys ø9$# Ÿ≅ó¡ ¨Ψ9 $#uρ 3 ª!$#uρ Ÿω E= Ïtä† yŠ$|¡ x� ø9 $# ∩⊄⊃∈∪

“Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu).” “Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.” Al-Baqarah: 204-205

Inilah antara matlamat manusia dalam hidup ini. Semoga Allah menjauhkan orang

yang beriman daripada matlamat seperti ini dan menyerahkan kepada mereka

peranan yang lebih besar. Sememangnya Allah telah serahkan di bahu mereka

tanggungjawab yang jauh lebih mulia:

4. Memimpin manusia ke arah jalan yang benar, membimbing manusia ke arah jalan

yang baik dan melancarkan cahaya Islam ke seluruh dunia. Ini dinyatakan oleh

firman Allah:

$ y㕃 r'≈tƒ šÏ% ©!$# (#θ ãΖ tΒ#u (#θ ãè Ÿ2ö‘$# (#ρ߉ àfó™$#uρ (#ρ߉ ç6 ôã $#uρ öΝä3 −/ u‘ (#θ è=yè øù$#uρ u�ö!y‚ ø9 $# öΝà6=yè s9 šχθßs Î=ø�è? ) ∩∠∠∪ (#ρ߉ Îγ≈ y_uρ ’Îû «! $# ¨, ym Íν ÏŠ$yγ Å_ 4 uθ èδ öΝä38 u;tFô_ $# $tΒ uρ Ÿ≅ yèy_ ö/ ä3ø‹n=tæ ’ Îû ÈÏd‰9$# ôÏΒ 8l t2ym 4 s' ©# ÏiΒ öΝä3‹Î/ r&

zΟŠ Ïδ≡t2ö/ Î) 4 uθ èδ ãΝä39£ϑ y™ tÏϑ Î=ó¡ ßϑ ø9$# ÏΒ ã≅ ö6 s% ’ Îûuρ #x‹≈yδ tβθä3u‹Ï9 ãΑθ ß™§29 $# #‰‹Îγx© ö/ä3 ø‹n= tæ (#θçΡθ ä3s? uρ u !#y‰pκ à−

’ n?tã Ĩ$Ζ9$# 4 (#θ ßϑŠ Ï% r'sù nο4θ n= ¢Á9$# (#θ è?#u uρ nο 4θ x. ¨“9$# (#θ ßϑÅÁ tGôã $#uρ «! $$Î/ uθ èδ óΟä39s9 öθ tΒ ( zΝ÷èÏΨ sù 4’ n< öθ yϑø9 $# zΟ÷è ÏΡuρ ç�!ÅÁ ¨Ζ9$#

∩∠∇∪

“Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di

Page 135: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

135

akhirat).” “Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamaNya); dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatnya) Dialah sahaja sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik pemberi pertolongan.” Al-Hajj: 77-78

“Demi Allah! wahai saudaraku yang dihormati, adakah umat Islam hari ini

memahami pengertian ini daripada kitab Tuhan rnereka? Dengan itu jiwa dan

roh mereka merdeka daripada kehambaan dunia. Bersih daripada segala

kongkongan syahwat dan hawa nafsu. Tidak terlibat dengan soal yang remeh-

temeh dan matlamat yang terlalu remeh. Mereka kerahkan seluruh jiwa mereka

untuk Allah yang telah mencipta langit dan bumi dengan penuh ikhlas serta mahu

memartabatkan kalimah Allah dan berjuang di jalan-Nya. Mereka berusaha

mengembangkan agama-Nya dan mempertahankan syariat-Nya. Ataupun pada

hakikatnya mereka adalah tawanan dan hamba kepada syahwat dan hawa nafsu

mereka sendiri. Apa yang menjadi tumpuan mereka hanyalah sesuap nasi,

kenderaan, hiasan, tidur yang nyenyak, wanita yang cantik, imej yang palsu dan

gelaran yang kosong.

Penyair menyebut:

“Mereka leka dengan impian lantas mempertaruhkan nasib mereka. Mereka

dakwa telah harungi lautan gelora namun sebenarnya mereka belum diuji.”

Benarlah sabda Rasulullah s.a.w.:

“Celakalah hamba dinar; hamba dirham, hamba qatifah.”

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Dengan ini juga bermakna matlamat ini menjadi matlamat utama dakwah kita.

Inilah matlamat utama agenda kebangkitan kita. Matlamat kita ialah mengabdikan diri

kepada Pencipta yang Maha Suci dengan membimbing manusia ke jalan yang benar, ke

arah kebaikan manusia dan menyinari dunia dengan cahaya Islam.

Page 136: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

136

Bahagian II WAWASAN DAKWAH

Wawasan ialah suatu watikah yang menjelaskan prospek masa depan sesebuah

jamaah. Wawasan menjelaskan peranan yang bakal dimainkan bagi merealisasikan

prospek ini melalui beberapa lapangan atau pelan tindakan tertentu, mengambil kira

sempadan dan tempoh tertentu serta sasaran yang dimaksudkan. Wawasan

menjelaskan matlamat utama sesebuah jamaah. Peranan atau wawasan dakwah ini boleh

disimpulkan kepada empat doktrin yang dinyatakan oleh Ustaz al-Banna seperti

berikut:

i. Membebaskan ummah daripada sebarang sekatan politik dan membangun semula

ummah.

ii. Menegakkan kuasa Islam yang bersepadu.

iii. Berhadapan dengan cabaran kebendaan.

iv. Memimpin dan membimbing seluruh manusia.

Kita akan bincangkan setiap doktrin ini secara mendalam berdasarkan gagasan

Ustaz al-Banna.

1. Membebaskan Ummah daripada Sebarang Sekatan Politik dan Membangun

Semula Ummah

Ustaz al-Banna menyebut:

“Di sana ada tanggungjawab serampang dua mata:

1. Membebaskan bangsa ini daripada kongkongan politik supaya bangsa ini

memperolehi kemerdekaannya dan kembali menikmati kemerdekaan serta

kedaulatannya yang telah hilang.

2. Membina semula bangsa ini supaya mampu berjalan seiringan dengan bangsa-

bangsa lain. Malah mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain menikmati taraf

hidup yang sempurna.”

(MENUJU SINAR CAHAYA)

2. Menegakkan Kuasa Islam yang Bersepadu

Page 137: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

137

Ustaz al-Banna menggariskan doktrin ini dengan menyebut:

“Namun untuk huraian lebih terperinci, tugas ini bermula:

Sistem politik…

Sistem hubungan antarabangsa…

Pelaksanaan sistem kehakiman…

Sistem ekonomi…

Sistem pendidikan dan pelajaran…

Sistem keluarga dan rumah tangga…

Sistem yang berhubung dengan tingkah laku individu…

Malah semua budaya yang diamalkan oleh individu dalam negara sama ada oleh

pemerintah atau rakyat…”

(IKHWAN MUSLIMIN DI BAWAH NAUNGAN AL-QURAN)

3. Berhadapan dengan Cabaran Kebendaan

Ketika menjelaskan doktrin ini Ustaz al-Banna menyebut:

“Peranan kita secara ringkasnya: Kita perlu sekat arus deras yang berupa

tamadun kebendaan dan peradaban yang penuh dengan hiburan dan pesona ini

yang kini sedang melanda umat Islam. Arus ini menyebabkan umat Islam hanyut

terpinggir daripada pimpinan Nabi s.a.w. dan petunjuk al-Quran.”

(IKHWAN MUSLIMIN DI BAWAH NAUNGAN AL-QURAN)

4. Memimpin dan Membimbing Seluruh Manusia

Di sini Ustaz al-Banna menjelaskan bahawa wawasan Islam ini dipetik daripada

Islam itu sendiri yang menjadi pembimbing dan cahaya kepada seluruh bangsa manusia.

Beliau berkata:

“Inilah mesej yang ingin disampaikan oleh lkhwan al-Muslimin kepada seluruh

manusia supaya umat Islam benar-benar memahaminya. Malah supaya mereka

bersedia melaksanakannya dengan penuh keazaman dan ketabahan. Mesej ini

bukanlah ciptaan Ikhwan al-Muslimin dan bukan rekaan mereka. Sebaliknya

mesej ini lelas dinyatakan oleh ayat-ayat al-Quran al-Karim. Mesej ini dengan

jelas dinyatakan oleh hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang mulia. Malah turut

ditampilkan dengan jelas melalui amalan generasi pertama yang merupakan

contoh teladan terbaik dalam memahami dan melaksanakan ajaran Islam. Jika

umat Islam mahu menerima mesej ini, ia menjadi tanda keimanan dan keislaman

mereka yang sebenar. Jika mereka keberatan atau masih sangsi, di hadapan kita

ada Kitab Allah. Hukumnya adil dan keputusannya muktamad. Ia akan menjadi

Page 138: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

138

hakim antara kita dan saudara-saudara kita ini. Kitab Allah yang menentukan

sama ada kita di pihak yang benar atau salah.

4 $ uΖ−/ u‘ ôxtF øù$# $ uΖ oΨ÷d t/ t÷t/ uρ $ uΖÏΒ öθ s% Èd, ysø9$$ Î/ |MΡr&uρ ç�ö!yz tÅsÏG≈x� ø9$# ∩∇∪

“Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana engkau jualah sebaik-baik hakim.” Al-A’raf: 89

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Page 139: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

139

Bahagian III OBJEKTIF DAKWAH

Ustaz al-Banna telah menyentuh mengenai objektif dakwah dalam pelbagai

tulisan beliau dengan menggunakan beberapa istilah seperti matlamat kita atau apakah

yang kita mahukan atau sasaran kita. Saya akan cuba kemukakan kerangka objektif ini

mengikut kacamata Ustaz al-Banna.

Untuk memahami objektif yang ditetapkan oleh Ustaz al-Banna kita perlu

menyorot semula peranan seorang muslim menurut pandangan al-Banna. Beliau

menyebut:

“Tanggungjawab muslim yang sebenar telah digariskan oleh Allah Taala dalam

sepotong ayat dan kemudian diulangi beberapa kali pada ayat-ayat yang lain

dalam al-Quran. Ayat yang menggariskan peranan umat Islam dalam kehidupan

ini ialah firman Allah Taala:

“Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).” “Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamaNya); dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatnya) Dialah sahaja sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik pemberi pertolongan.” (maksud Al-Hajj:

77-78)

“Ungkapan yang cukup jelas, tiada kekeliruan dan tiada kekaburan.

i. Allah memerintahkan umat Islam mendirikan sembahyang yang merupakan induk

ibadah, tiang agama Islam dan imej Islam yang paling ketara. Allah

memerintahkan mereka agar menyembah Allah dan tidak menyekutukan Allah

dengan yang lain. Dan mereka hendaklah melakukan kebaikan menurut

kemampuan mereka… Inilah tanggungjawab individu bagi segenap muslim yang

perlu dilakukannya.

Page 140: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

140

ii. Setelah itu Allah perintahkan mereka supaya berjuang di jalan Allah dengan

bersungguh-sungguh demi mengembangkan dakwah ini kepada seluruh manusia

dengan hujah yang mantap.”

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Ustaz al-Banna seterusnya menggariskan tugas seorang muslim dengan berkata:

“Wahai umat Islam, mengabdikan diri kepada tuhan kamu dan berjihad demi

memartabatkan agama dan syariat kamu adalah tanggungjawab kamu dalam

hidup ini.”

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Dengan ini wujud dua tugas besar seorang muslim iaitu:

i. Pengabdian dan melakukan perkara yang baik.

ii. Jihad demi memantapkan syariat.

Sebelum saya gariskan objektif ini dengan lebih tersusun, marilah kita sama-

sama lihat bagaimana Ustaz al-Banna membahagikan objektif ini dalam ucapannya di

Muktamar Keenam. Beliau bahagikan objektif ini kepada matlamat jangka pendek dan

matlamat jangka panjang. Ustaz al-Banna menyebut:

“Ikhwan al-Muslimin bekerja bagi mencapai dua matlamat. Pertama, matlamat

jangka pendek yang boleh difahami dan dirasai kesannya pada hari pertama

seseorang itu terlibat dalam jamaah ini ataupun matlamat ini boleh dilihat

melalui kerja-kerja yang dilakukan oleh beberapa orang Ikhwan di lapangan

umum. Kedua, matlamat jangka panjang yang memerlukan Ikhwan menanti

peluang, menunggu masa yang sesuai, melakukan persediaan yang baik dan

melalui pembinaan insan.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)

1. Matlamat Jangka Pendek: Memberi Sumbangan Untuk Kebaikan Umum dan

Khidmat Masyarakat

“Matlamat yang pertama ialah melibatkan diri dengan kerja-kerja kebajikan

umum walau apapun bentuknya dan memberikan khidmat kemasyarakatan apabila

peluang tersedia. Apabila seorang saudara berhubung dengan Ikhwan, dia

dituntut:

Page 141: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

141

a. Membersihkan jiwanya, memperbaiki akhlaknya, mempersiapkan roh, akal dan

jasmaninya untuk mengharungi jihad yang lama yang akan ditempuhinya suatu

masa nanti.

b. Setelah itu dia diminta pula untuk mengembangkan semangat itu kepada ahli

keluarganya, sahabat-sahabatnya dan orang-orang di sekelilingnya. Seorang akh

akan hanya menjadi seorang muslim yang sebenar jika dia melaksanakan hukum

dan akhlak Islam. Dia juga perlu berpegang kuat dengan segala perintah dan

larangan yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. daripada Tuhannya.

<§ø� tΡ uρ $ tΒuρ $ yγ1 §θy™ ∩∠∪ $ yγyϑ oλù; r' sù $ yδ u‘θ ègéf $ yγ1uθ ø)s? uρ ∩∇∪ ô‰s% yxn=øù r& tΒ $yγ8 ©.y— ∩∪ ô‰s%uρ z>%s{ tΒ

$ yγ9¢™yŠ ∩⊇⊃∪

“Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);” “Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa;” “Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),” “Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).” Ash-Shams: 7-10

“Adakah ini sahaja yang Ikhwan al-Muslimin mahukan dan adakah kerana ini

mereka membuat persiapan diri?

“Tidak saudara, bukan ini sahaja yang kita inginkan. Ini hanyalah sebahagian

kecil yang kita lakukan kerana rnencari keredhaan Allah. Ini adalah matlamat

jangka pendek kita. Kita memenuhi masa dengan melakukan amalan-amalan

kebajikan sehingga tiba masa dan suasana yang sesuai untuk kita melakukan

perubahan yang menyeluruh seperti yang kita impikan.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

2. Matlamat Jangka Panjang: Pemulihan yang Bersepadu dan Merubah Keadaan

yang Sedia Ada

“Tentang matlamat utama lkhwan… Tentang matlamat agung Ikhwan… Tentang

perubahan yang diinginkan oleh Ikhwan. Di mana mereka membuat persediaan

untuk perubahan ini… Perubahan yang Ikhwan mahukan ialah perubahan yang

menyeluruh dan bersepadu yang dibantu oleh seluruh potensi ummah yang

melangkah ke satu arah mengganti dan menukar keadaan yang sedia ada.”

Page 142: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

142

“Ikhwan al-Muslimin bekerja supaya sistem ini disokong oleh pemerintah, supaya

sebuah negara Islam yang baru akan muncul, supaya segala hukum-hakam Islam

ini dilaksanakan sepenuhnya, supaya muncul sebuah kerajaan Islam di tengah

masyarakat yang akan didokong oleh umat Islam; kehidupan masyarakat ini akan

diatur menurut syariat Islam sepertimana perintah Allah yang disampaikan

kepada Nabi s.a.w. di dalam kitab-Nya. Firman Allah:

¢ΟèO y7≈oΨù= yè y_ 4’n? tã 7π yèƒÎ�Ÿ° zÏiΒ Ì2øΒF{$# $ yγ÷èÎ7? $$ sù Ÿω uρ ôìÎ7 ®Ks? u !#uθ ÷δ r& tÏ% ©!$# Ÿω tβθ ßϑ n=ôè tƒ ∩⊇∇∪ öΝåκΞÎ) s9 (#θ ãΖøóãƒ

š�Ζtã zÏΒ «! $# $\↔ ø‹x© 4 ¨β Î)uρ tÏϑ Î=≈ ©à9 $# öΝåκ ÝÕ÷è t/ â !$uŠ Ï9÷ρ r& <Ù÷è t/ ( ª! $#uρ =’Í< uρ šÉ)−G ßϑ ø9 $# ∩⊇∪

“Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).” “Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikitpun dari (azab) Allah (kalau engkau menurut mereka); dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu setengahnya menjadi penolong dan penyokong bagi setengahnya yang lain (dalam perkara yang salah); dan (sebaliknya) Allah menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa (yang engkaulah pemimpinnya).” Al-Jathiyah: 18-19

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)

Setelah Ustaz al-Banna menjelaskan matlamat jangka pendeknya dan keadaan

yang akan dilalui untuk mencapainya, kemudian beliau menjelaskan pula matlamat

jangka panjang yang menjadi landasan kepada gerakan kebangkitan ini, beliau telah

menggariskan pendekatan Ikhwan al-Muslimin dan jalan yang perlu dilalui oleh ummah

ini, sila perhatikan ucapan beliau kepada para pemuda:

“Manhaj Ikhwan al-Muslimin mengandungi beberapa peringkat dan langkah

dengan teratur dan jelas. Kami amat-amat memahami apa yang kami mahukan

dan kami tahu cara untuk merealisasikan segala kemahuan ini.

1. Pertama-tamanya kami mahukan lelaki yang Islam…

2. Selepas itu kami mahukan keluarga yang Islam…

3. Selepas itu kami mahukan sebuah masyarakat yang Islam…

4. Selepas itu kami mahukan sebuah kerajaan Islam…

Page 143: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

143

5. Selepas itu kami mahu satukan semua negara-negara Islam…

6. Selepas itu kami mahu panji Allah kembali berkibar megah di kawasan itu…

7. Selepas itu malah serentak dengan itu kami mahu mengisytiharkan dakwah kami

ke seluruh dunia dan kami sampaikan dakwah ini kepada seluruh manusia. Kami

akan kemukakan dakwah ini ke segenap pelusuk bumi.”

(BUAT PEMUDA)

Dalam tulisan terakhir beliau, Antara semalam Dan Hari ini yang ditulis ketika

beliau merasakan akan wujud halangan yang dikenakan terhadap beliau dan jamaah

yang diasaskannya, beliau telah menulis objektif penting yang perlu diberikan

perhatian dengan jelas oleh jamaah ini. Beliau berkata:

“Namun ingatlah sentiasa bahawa kamu mempunyai dua matlamat besar:

1. Membebaskan dunia Islam daripada semua cengkaman kuasa asing…

2. Menegakkan sebuah negara Islam yang bebas di bumi ini…

Kita mahu kedua-dua matlamat ini tercapai di lembah Nil ini, di negara-negara

Arab dan di seluruh muka bumi yang Allah berikan anugerah untuk mengencapi

nikmat Islam sebagai suatu agama, suatu identiti, dan suatu akidah…”

(ANTAR SEMALAM DAN HARI INI)

Melalui penyusunan semula setiap ucapan Ustaz al-Banna yang menyentuh

objektif dakwah dan hubung kait setiap objektif yang dinyatakan dalam beberapa

tulisan beliau terutama dalam Risalah at-Taalim; sebuah tulisan terbaik yang pernah

dihasilkan oleh Ustaz al-Banna rha.a., yang menjelaskan rukun bai’ah yang ketiga iaitu

amal dan peringkat amal yang perlu dilakukan. Melalui penyusunan tersebut saya dapat

simpulkan bahawa dua matlamat yang dinyatakan sebelum ini turut mengandungi

objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang. Objektif ini boleh dikemukakan

seperti berikut:

• Bahagian pertama: Melaksanakan pengabdian dan melakukan perkara yang baik

Matlamat jangka pendek ialah:

1. Memulihkan individu.

2. Membina keluarga.

Page 144: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

144

3. Membimbing masyarakat.

• Bahagian kedua: Jihad demi memantapkan syariat

Matlamat jangka panjang ialah:

1. Memulihkan kerajaan.

2. Mengembalikan khilafah.

3. Membina kekuasaan.

4. Kuasa dunia (ustaziah).

Secara lebih mendalam semua objektif menurut pemikiran Ustaz al-Banna ini

boleh dijelaskan seperti berikut:

Matlamat Jangka Pendek

1. Memulihkan individu (Pembentukan rijal). Bagi menjelaskan objektif ini, Ustaz al-Banna menyebut:

“Namun suatu bangsa yang sedang berjuang ke arah kebangkitan semula dan

berhadapan landasan yang mantap; Masa depan yang menjamin kesejahteraan

dan keselesaan buat generasi baru. Bangsa yang mahu menuntut hak dan harga

diri mereka yang telah dirampas, bangsa ini sebenarnya memerlukan

pembangunan yang berbeza.

“Bangsa ini sebenarnya rnemerlukan pembangunan jiwa dan pemurnian akhlak.

Anak bangsanya perlu dididik agar memiliki sifat kelelakian yang sebenar. Agar

mereka mampu menghadapi segala rintangan di sepanjang jalan serta sedia

menanggung segala kesulitan.

“Lelaki adalah rahsia hidup sesebuah bangsa dan menjadi faktor utama yang

menentukan kebangkitan mereka. Sejarah manusia sebenarnya adalah sejarah

kelahiran lelaki-lelaki yang berketrampilan dan memiliki jiwa serta kemahuan

yang tinggi. Kekuatan atau kelemahan sesebuah bangsa diukur sejauhmana

bangsa ini mampu melahirkan lelaki-lelaki yang memiliki sifat-sifat kelelakian

yang sebenar. Saya yakin dan sejarah membuktikan bahawa seorang lelaki

mampu membina sebuah bangsa jika dia memiliki sifat kelelakian yang

sebenarnya. Dalam masa yang sama dia juga mampu menghancurkan bangsa ini

Page 145: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

145

jika sifat kelelakiannya dihalakan ke arah kehancuran bukan ke arah

pembangunan bangsanya.”

(ADAKAH KITA GOLONGAN YANG BEKERJA)

Ustaz al-Banna juga telah menggariskan ciri-ciri seorang anggota Ikhwan yang

sebenar:

“Memperbaiki diri sendiri sehingga dia memiliki tubuh yang kuat, akhlak yang

mantap, berilmu, mampu berdikari, akidah yang sejahtera, ibadah yang betul,

bermujahadah melawan diri, menjaga masa, segala urusannya tersusun dan

berguna kepada orang lain. Semua itu wajib bagi saudara semua.”

(RISALAH TAALIM)

2. Membina keluarga. Ustaz al-Banna seterusnya menjelaskan pula peringkat membina keluarga Islam, beliau berkata:

“Pembinaan keluarga muslim. Mendidik ahli keluarganya supaya menghormati

gagasannya. Memelihara setiap adab Islam dalam setiap sudut hidup

berumahtangga. Teliti ketika memilih isteri. Didik isteri tentang hak dan

tanggungjawabnya. Didik anak dan pengasuh dengan baik dan besarkan mereka

berdasarkan prinsip Islam. Ia juga wajib bagi saudara semua.”

(RISALAH TAALIM)

3. Membimbing masyarakat. Setelah itu beliau menggariskan pula objektif untuk meningkatkan tahap masyarakat, beliau berkata:

“Membimbing masyarakat dengan cara mengembangkan aspek yang baik dalam

masyarakat. Menghapuskan segala amalan yang tidak baik di samping

menggalakkan amalan yang baik. Menyuruh masyarakat melakukan perkara yang

baik. Bertindak segera melakukan kebajikan. Menagih sokongan masyarakat

supaya berpihak kepada gagasan Islam. Sentiasa berusaha menyemai budaya

masyarakat menurut budaya Islam. Semua ini wajib dilakukan oleh saudara

semua dan oleh jamaah sebagai badan pelaksana.”

(RISALAH TAALIM)

Matlamat Jangka Panjang

Page 146: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

146

4. Mememulihkan kerajaan. Berkenaan dengan matlamat jangka panjang, Ustaz al-

Banna telah membincangkan objektif ini secara mendalam berdasarkan tahap

serantau. Beliau berkata:

“Memulihkan kerajaan supaya benar-benar bercirikan Islam. Dengan itu

kerajaan ini akan menjadikan peranannya sebagai khadam kepada rakyat atau

orang upahan rakyat dan bekerja demi kepentingan rakyat. Kerajaan Islam ialah

kerajaan yang dianggotai oleh orang Islam dan melaksanakan segala fardhu

Islam dengan tidak berterus terang melanggar perintah Islam. Kerajaan ini

sebagai pelaksana hukum dan ajaran Islam.

“Sifat-sifat kerajaan ini ialah peka dengan tanggungjawab, prihatin dengan

nasib rakyat, bertindak adil kepada semua, menjaga harta negara dan berjimat

ketika menggunakannya.

“Tanggungjawab kerajaan ini ialah menjaga keamanan, melaksanakan undang-

undang, memberikan pendidikan kepada rakyat, membina kekuatan negara,

menjaga mutu kesihatan, memelihara kepentingan rakyat, membangunkan

sumber negara, menjaga keselamatan sumber negara, memantapkan akhlak

rakyat dan mengembangkan dakwah.

“Hak kerajaan (setelah menunaikan tanggungjawabnya) ini ialah rakyat perlu

memberikan kesetiaan dan ketaatan. Kerajaan ini perlu dibantu dengan nyawa

dan harta.

“Jika kerajaan ini cuai, ia perlu dinasihati dan ditunjuk ajar. Jika tidak, ia perlu

dipecat dan disingkir. Tidak dibenarkan mentaati makhluk untuk menderhakai

Allah.”

(RISALAH TAALIM)

5. Mengembalikan khilafah (simbol perpaduan umat Islam). Di peringkat ummah Ustaz al-Banna menekankan aspek perpaduan. Beliau berkata:

“Mewujudkan kembali sebuah negara untuk umat lslam dengan cara

memerdekakan semua tanahair umat Islam, menghidupkan semula sejarah

kegemilangan mereka, merapatkan jurang budaya mereka dan menyatukan suara

mereka sehinggalah muncul kembali khilafah Islam yang telah lama lenyap dan

lahir semula perpaduan umat Islam yang dicitakan… Menjadi tonggak dunia

(ustaziatul ‘alam) dengan cara menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia.

† p1ù' tƒuρ ª! $# Hω Î) βr& ¢ΟÏFム… çν u‘θ çΡ

Page 147: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

147

“…sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya…” At-Taubah: 32

(RISALAH TAALIM)

Ustaz al-Banna menjelaskan lagi objektif utama ini:

“Ikhwan meyakini bahawa khilafah adalah simbol perpaduan lslam dan lambang

wujudnya ikatan antara semua bangsa Islam. Khilafah adalah syiar Islam yang

perlu difikir dan ditekankan oleh umat Islam. Khilafah menjadi penentu kepada

pelaksanaan banyak hukum dalam agama Allah. Oleh itu para sahabat yang

diredhai Allah menekankan aspek ini lebih daripada persiapan dan pengebumian

jenazah Nabi s.a.w.. Mereka memastikan masalah ini selesai terlebih dahulu.

“Atas dasar ini Ikhwan al-Muslimin meletakkan khilafah dan usaha ke arah

mengembalikan khilafah sebagai agenda utama mereka. Namun demikian Ikhwan

yakin semua itu memerlukan kepada pelbagai langkah awal.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

6. Membina kekuasaan. Bagi mencapai objektif ini Ustaz al-Banna menekankan keperluan kepada kemerdekaan umat Islam. Beliau menyebut:

“Namun ingatlah sentiasa bahawa kamu mempunyai dua matlamat besar:

1. Membebaskan Dunia Islam daripada semua cengkaman kuasa asing…

2. Menegakkan sebuah negara Islam yang bebas di bumi ini.

Kita mahu kedua-dua matlamat ini tercapai di lembah Nil ini, di negara-negara

Arab dan di seluruh muka bumi yang Allah berikan anugerah untuk mengecapi

nikmat Islam sebagai suatu agama, suatu identiti, dan suatu akidah…”

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

7. Kuasa Dunia (ustaziah). Menyentuh mengenai penyebaran sinar Islam dan

membimbing manusia ke arah jalan yang benar dan bermanfaat, Ustaz al-Banna

menyebut:

“Menjadi tonggak dunia (ustaziatul ‘alam) dengan cara menyebarkan Islam ke

seluruh pelusuk dunia.

Page 148: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

148

† p1ù' tƒuρ ª! $# Hω Î) βr& ¢ΟÏFム… çν u‘θ çΡ

“…sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya…” At-Taubah: 32

(RISALAH TAALIM)

Dengan segala penjelasan ini Ustaz al-Banna telah berjaya menggariskan

objektif yang menyeluruh untuk dakwah ini. Setiap individu dan seluruh umat Islam

perlu bekerja untuk mencapai matlamat ini bagi memenuhi matlamat pengabdian

kepada Maha Pencipta dan bagi merealisasikan agenda kebangkitan.

Page 149: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

149

Fasal 9

ELEMEN DAKWAH

Bahagian I: Fasa Dakwah

Bahagian II: Wasilah

Bahagian III: Polisi

Page 150: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

150

Bahagian I FASA DAKWAH

Dakwah ini bermula dalam bentuk bisikan hati atau usaha individu yang mahu

menyelamatkan manusia. Sila perhatikan ungkapan Ustaz al-Banna mengenai perkara

ini:

1. Fasa bisikan hati di mana Ustaz al-Banna menyebut:

“Semua wawasan ini sentiasa menjadi monolog dan munajat dalam diri saya.

Malah saya turut luahkan buah fikiran ini kepada kebanyakan mereka yang ada

di sekeliling saya. Mungkin secara individu atau ketika ceramah dan pengajian di

masjid. Saya akan kemukakan idea ini setiap kali ada peluang. Adakalanya saya

merangsang beberapa rakan saya di kalangan ulamak supaya mereka mengorak

langkah dan menggandakan usaha menyelamatkan manusia dan membimbing

masyarakat agar menikmati keindahan Islam.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

2. Fasa berhimpun di bawah satu gagasan dan kemudian berorganisasi. Bermula

dengan fasa bisikan hati dan usaha individu ia beralih kepada fasa

menghimpunkan tenaga yang mempunyai satu gagasan dan kemudian beralih

kepada fasa berorganisasi. Fasa ini dijelaskan oleh Ustaz al-Banna:

“Saya mula mengorak langkah dengan bertemu ramai pemimpin masyarakat. Saya

kemukakan kepada mereka betapa perlunya kita bangkit, berusaha dan

mengorak langkah secara bersungguh dan efektif. Saya mendapat pelbagai

sambutan; ada yang keberatan, ada yang memberangsangkan dan ada yang

meminta masa. Malangnya saya tidak temui apa yang saya inginkan iaitu

keinginan untuk menggabungkan segala tenaga secara berkesan…

“Saudara, di Ismailiyah saya telah meletakkan batu asas pertama untuk fikrah

atau gagasan ini. Inilah kali pertama lahirnya sebuah pertubuhan yang kecil di

mana kami akan bekerja dan kami akan dokong panjinya. Kami berjanji dengan

Allah untuk menjadi tentera sepenuhnya di jalan Allah di bawah nama al-Ikhwan

al-Muslimun.” Peristiwa ini berlaku pada bulan Zul Kaedah, 1347 Hijrah.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

3. Berperingkat… Fasa-fasa. Gagasan ini seterusnya berkembang kepada beberapa fasa secara berperingkat, sama ada serentak atau seiring mengikut peredaran

masa. Beliau menyebut:

Page 151: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

151

“Berperingkat, menekankan aspek tarbiyah, di samping memahami dengan jelas

setiap langkah yang dilalui oleh Ikhwan al-Muslimin. Semua ini diambil kerana

Ikhwan meyakini bahawa mana-mana gerakan perlu melalui tiga fasa (marhalah)

iaitu fasa penerangan, menyebarkan fikrah dan menyampaikannya kepada

segenap lapisan masyarakat. Fasa seterusnya adalah fasa pembinaan, memilih pendokong, membentuk kader dan menggabungkan mereka yang diseru tadi.

Fasa berikutnya adalah fasa pelaksanaan, beramal dan mengeluarkan hasil. Pada kebiasaannya ketiga-tiga fasa ini berjalan serentak bergantung kepada

keutuhan dakwah dan kekuatan hubungan sesama pendokong dakwah. Ini

bermakna seorang pendakwah akan berdakwah, dalam masa yang sama dia akan

memilih dan mendidik, dalam masa yang sama juga dia akan bekerja dan

melaksana.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Dengan ini bermakna menurut Ustaz al-Banna dari segi teori, fasa dakwah ini

berperingkat. Namun dari segi praktikal, kesemua fasa ini berjalan seiringan dan

serentak. Namun demikian tumpuan kepada sesuatu peringkat kerana berdasarkan

perkembangan sesuatu amal boleh digunakan untuk menetapkan status sesuatu

peringkat. Namun ia tidak menafikan perjalanan peringkat yang lain. Ia hanya menjadi

petunjuk kepada peratus tumpuan yang diberikan.

Secara Ringkas Pandangan Ustaz al-Banna tentang Fasa Dakwah

Berdasarkan pemikiran Ustaz al-Banna kita boleh gariskan fasa yang dilalui oleh

dakwah selepas melalui fasa bisikan hati dan berhimpun seperti berikut:

1. Fasa dakwah dan pengenalan.

2. Fasa penyediaan dan pembentukan.

3. Fasa bekerja dan melaksanakan.

4. Fasa negara atau rantau (negara-negara yang mempunyai sumber dan sistem

nilai yang sama).

5. Fasa awal ke arah pembentukan khilafah.

6. Fasa mengembalikan kewujudan di peringkat antarabangsa.

7. Fasa sebagai pemimpin dunia.

Page 152: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

152

Ustaz al-Banna telah menjelaskan pandangan beliau berkenaan kesemua fasa ini

dalam tulisan beliau:

1. Fasa dakwah dan pengenalan

Ustaz al-Banna telah menghuraikan skop, ciri dan pendekatan di peringkat ini:

“Fasa ini dilaksanakan dengan menyebarkan fikrah Islam kepada masyarakat.

Dalam fasa ini dakwah disusun melalui pertubuhan. Peranannya ialah bekerja

untuk kebajikan masyarakat. Wahana atau wasilah yang digunakan adakalanya

dalam bentuk nasihat dan tunjuk ajar, adakalanya dalam bentuk membina

prasarana yang berguna untuk masyarakat dan pelbagai lagi wasilah yang

praktikal. Semua cawangan Ikhwan yang wujud pada hari ini berada dalam fasa

dakwah ini. Semuanya disusun oleh satu undang-undang asas yang dihuraikan

oleh risalah-risalah dan akhbar-akhbar Ikhwan. Dakwah dalam fasa ini bersifat

umum.

Dalam fasa ini, sesiapa sahaja yang mahu mengambil bahagian dalam kerja-kerja

jamaah serta bersedia berjanji memelihara dasar-dasar jamaah boleh

berhubung dengan jamaah.”

(RISALAH TAALIM)

Dengan ini kita dapat gariskan ciri-ciri fasa ini seperti berikut:

i. Sistem mengikut organisasi-organisasi yang tersusun.

ii. Memainkan peranan untuk kebajikan umum.

iii. Wahana yang digunakan ialah nasihat dan bimbingan.

iv. Mewujudkan prasarana awam yang berguna.

v. Seruan untuk semua.

vi. Sesiapa yang terlibat mestilah menghormati prinsip dan turut sama memberi

sumbangan.

2. Fasa penyediaan dan pembentukan

Fasa ini merupakan fasa memilih penyokong, menyediakan rekrut dan

membentuk pasukan.. Aspek terpenting dalam fasa ini ialah soal pemilihan anasir yang

sesuai. Ini dinyatakan dengan jelas oleh Ustaz al-Banna:

Page 153: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

153

“Memilih individu-individu yang sesuai”

Menurut pandangan Ustaz al-Banna, fasa ini dilakukan melalui tiga cara.

Pertama, pembentukan katibah untuk mengukuh anggota melalui suai kenal. Kedua, penubuhan pasukan-pasukan penjelajah, pengembara dan sukan untuk memantapkan

anggota dari segi fizikal dan melatih aspek ketaatan, berdisiplin dan ciri-ciri

kecergasan yang baik. Ketiga, pengajian melalui katibah atau pusat Ikhwan al-Muslimin

untuk memantapkan pengetahuan anggota dengan mempelajari ilmu-ilmu agama dan

dunia yang perlu diketahui oleh setiap anggota.

3. Fasa bekerja dan melaksanakan

Menurut Ustaz al-Banna fasa ini merupakan peringkat praktikal di mana hasil

kerja dakwah dapat dilihat. Beliau berkata:

“Dakwah dalam fasa ini adalah jihad tanpa kompromi, kerja yang berterusan ke

arah mencapai matlamat, ujian dan cubaan yang akan hanya ditempuh dengan

sabar oleh mereka yang jujur.”

(RISALAH TAALIM)

4. Fasa negara atau rantau

Menurut Ustaz al-Banna negara Islam merupakan tiang asas dalam agenda

kebangkitan ini.

Negara adalah suatu asas yang amat penting dalam agenda ini. Ini dapat dilihat

dengan jelas apabila tajuk ini dibincangkan secara lebih mendalam dalam Bab 3. Apa

yang ingin saya sentuh di sini ialah berdasarkan tulisan-tulisan Ustaz al-Banna jelas

beliau tidak terlalu mementingkan soal istilah. Sebaliknya tumpuan yang diberikan

adalah soal kandungannya. Menurut Ustaz al-Banna, sebuah negara mestilah dinilai

berdasarkan sumber rujukannya. Bagi negara Islam, sumber rujukannya ialah Islam. Di

peringkat ini beliau tegaskan soal menterjemah nilai-nilai Islam ke alam realiti. Tidak

mungkin peralihan seterusnya ke fasa awal pembentukan sebuah khilafah akan berjaya

melainkan setelah wujudnya segugus negara-negara Islam yang mempunyai sistem nilai

yang sama serta doktrin yang hampir sama.

5. Fasa awal ke arah pembentukan khilafah (sebuah masyarakat Islam yang

satu)

Page 154: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

154

Menurut Ustaz al-Banna, mengembalikan kewujudan khilafah perlu dimulakan

dengan proses memerdekakan negara-negara Islam, merapatkan jurang budaya dan

mewujudkan perpaduan. Perkara ini disentuh oleh beliau:

“Perlu wujud persefahaman penuh dalam soal ilmu pengetahuan, sosial dan

ekonomi di kalangan seluruh bangsa Islam. Ini diikuti dengan wujudnya

perjanjian-perjanjian, perjumpaaan-perjumpaan dan persidangan-persidangan

antara kesemua negara Islam. Persidangan parlimen Islam berhubung isu

Palestin dan kehadiran wakil-wakil kerajaan Islam ke London untuk menuntut

hak-hak orang Arab di tanah suci Palestin merupakan dua contoh dan langkah

yang baik serta berkesan ke arah ini. Langkah ini diikuti pula dengan

pembentukan sebuah Pertubuhan Bangsa-bangsa Islam. Apabila ini berlaku umat

Islam akan dapat melahirkan seorang pemerintah (imam) yang akan menjadi

perantara kepada ikatan tersebut, penyatu kepada segala kekuatan, penghubung

hati dan naungan Allah di muka bumi.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

6. Fasa mengembalikan kewujudan sebuah negara yang satu di peringkat

antarabangsa ataupun dinamakan sebagai khilafah

Dengan tercapainya fasa tadi maka wujudlah khilafah Islam. Ini dinyatakan oleh

Ustaz al-Banna:

“Mewujudkan kembali sebuah negara untuk umat Islam dengan cara

memerdekakan semua tanahair umat Islam, menghidupkan semula sejarah

kegemilangan mereka, merapatkan jurang budaya mereka dan menyatukan suara

mereka sehinggalah muncul kembali khilafah Islam yang telah lama lenyap dan

lahir semula perpaduan umat Islam yang dicitakan.”

(RISALAH TAALIM)

7. Fasa sebagai pemimpin dunia dengan kejayaan mengemukakan suatu contoh

masyarakat manusia yang mempraktikkan sistem nilai ummah ini.

Dalam peringkat ini Ustaz al-Banna menekankan Islam sebagai sebuah model

lengkap yang bakal menjadi asas kepada kebangkitan sebenar. Malah menjadi landasan

untuk mengembangkan kebenaran dan kesejahteraan ke seluruh pelusuk bumi.

Menurut beliau:

“Menjadi tonggak dunia (ustaziatul ‘alam) dengan cara menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia.”

Page 155: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

155

(RISALAH TAALIM)

Demikianlah tujuh fasa dalam gerakerja dakwah yang telah digariskan oleh

Ustaz al-Banna dengan jelas dan mendalam. Semua ini akan merealisasikan matlamat

agenda kebangkitan yang dirangka iaitu dengan terbentuknya sebuah negara Islam

hakiki. Sementara kuasa dunia atau ustaziatul ‘alam pula bertindak sebagai pelancar untuk menyebarkan kebenaran dan kesejahteraan ke seluruh pelusuk dunia.

Page 156: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

156

Bahagian II WASILAH

1. Wasilah atau Wahana Menurut Pandangan Ustaz al-Banna

Wasilah utama: Ustaz al-Banna telah menggariskan tiga wasilah utama iaitu:

“Berkenaan wasilah yang telah saya janjikan tadi untuk saya bincangkan, ada

tiga asas yang menjadi landasan kepada fikrah atau gagasan Ikhwan.

1. Manhaj yang sahih (pendekatan yang betul)…

2. Beramal dan beriman…

3. Pimpinan yang mantap dan diyakini…”

(DAKWAH KITA)

Menurut beliau lagi:

“Selain itu kekuatan persenjataan juga bukanlah pendekatan yang digunakan

kerana gerakan yang benar akan berinteraksi dengan jiwa manusia dan akan

membuka pintu hati manusia. Gerakan ini tidak mungkin akan bertapak kukuh

dengan menggunakan cemeti atau mata pedang. Namun pendekatan yang

digunakan dalam merintis dan memantapkan sesebuah gerakan boleh diketahui

dan difahami oleh sesiapa sahaja yang meneliti sejarah sesebuah gerakan.

Pendekatan yang digunakan ini secara ringkasnya boleh diringkaskan dalam dua

elemen iaitu iman dan amal, kasih sayang dan persaudaraan.”

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

Beliau seterusnya merumuskan:

“Wahana (wasilah) yang perlu digunakan oleh semua gerakan ini tidak lain dan

tidak bukan adalah tiga perkara berikut:

1. Iman yang mantap.

2. Pembentukan yang kemas.

3. Usaha yang berterusan.

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

2. Wahana (wasilah) Haraki

Page 157: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

157

Berdasarkan pelbagai tulisan Ustaz al-Banna tentang wasilah, di samping melihat

sejarah dan latarbelakang yang dilalui oleh gerakan Islam pada zaman beliau serta

pengetahuan beliau dalam bidang syarak, kemasyarakatan dan politik dengan

mengambil kira wasilah utama yang disebutkan tadi, kita dapat rumuskan wasilah yang

beliau gunakan. Mungkin sumber terbaik yang menggariskan wasilah Ustaz al-Banna

ialah teks ucapan beliau dalam Muktamar Keenam:

“Wasilah atau wahana yang kita gunakan ialah, meyakinkan orang ramai,

sebarkan dakwah dengan apa cara sekalipun supaya seluruh masyarakat

memahami dan menegakkannya dengan penuh keyakinan dan keimanan. Selepas

itu, kita saring anasir-anasir yang baik untuk dijadikan tonggak yang kukuh bagi

mendokong gagasan perubahan ini. Seterusnya kita melangkah ke medan

perjuangan mengikut lunas undang-undang dengan tujuan dakwah ini dapat

diketengahkan ke institusi-institusi rasmi. Dengan ini dakwah akan dibantu dan

didokong oleh kuasa yang efektif. Atas dasar ini, apabila tiba masa yang sesuai,

calon-calon Ikhwan al-Muslimin akan tampil ke hadapan menjadi wakil kepada

rakyat di badan-badan perwakilan rakyat. Kami amat yakin Allah akan membantu

kami memperoleh kejayaan jika apa yang kami lakukan ini hanya demi keredhaan

Allah.

t�χ u�ÝÇΖuŠ s9 uρ ª! $# tΒ ÿ…çν ç�ÝÇΨtƒ 3 �χ Î) ©!$# :”Èθ s)s9 ̓ tã ∩⊆⊃∪

“…dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya (agama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa;” Al-Hajj: 40

Cara lain selain yang dikemukakan ini akan hanya kita guna jika terpaksa. Kita

tidak akan guna cara-cara lain kecuali jika terdesak. Ketika itu kita akan tampil

ke hadapan dengan penuh yakin. Kita akan nyatakan pendirian kita dengan tegas,

tanpa berselindung dan bermuka-muka. Ketika itu kita bersedia menanggung

walau apa sekalipun akibat tindakan kita. Kita tidak akan menunding jari ke arah

orang lain dan kita tidak akan mencari kesalahan orang lain. Kita memahami

bahawa apa yang ada pada Allah lebih baik dan lebih kekal abadi. Berkorban

demi menegakkan kebenaran adalah jalan menuju hidup yang abadi. Dakwah

menuntut perjuangan dan perjuangan bererti terdedah kepada penyeksaan. Pada

ketika itu, saat kemenangan sudah hampir tiba. Itulah saat kejayaan.

Terlaksanalah firman Allah yang pasti benar:

#Lym #sŒ Î) }§t↔ ø‹tF ó™$# ã≅ß™”29 $# (#þθ‘Ζ sß uρ öΝåκΞr& ô‰ s% (#θ ç/É‹ à2 ôΜ èδu!$ y_ $tΡ ç�óÇ tΡ zÉdfãΖsù tΒ â !$ t± ®Σ ( Ÿω uρ –Š t2ム$uΖ ß™ù' t/

Çtã ÏΘöθ s)ø9 $# tÏΒ Ì2ôf ßϑø9 $# ∩⊇⊇⊃∪

Page 158: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

158

“(orang-orang yang mendustakan agama Allah itu telah diberi tempoh yang lanjut sebelum ditimpakan dengan azab) hingga apabila Rasul-rasul berputus asa terhadap kaumnya yang ingkar dan menyangka bahawa mereka telah disifatkan oleh kaumnya sebagai orang-orang yang berdusta, datanglah pertolongan Kami kepada mereka, lalu diselamatkanlah sesiapa yang Kami kehendaki. dan (ingatlah bahawa) azab Kami tidak akan dapat ditolak oleh sesiapapun daripada menimpa kaum yang berdosa.” Yusuf: 110

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)

Berdasarkan teks ini wasilah yang digunakan oleh gerakan Islam boleh disusun

menurut gambarajah berikut:

Page 159: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

159

Wasilah

Dakwah dan

penerangan

Pendidikan

Perjuangan

melalui

undang-

undang

Jihad

Demi

menegakkan

hujah

Demi

memulihkan

kerajaan

Demi

membina

masyarakat

Demi

memerdeka-

kan negara

Matlamat Dan Sasaran

Page 160: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

160

Huraian lebih mendalam mengenai wasilah turut dijelaskan oleh Ustaz al-Banna

seperti berikut:

Wasilah 1: Dakwah dan penerangan (Nasihat dan bimbingan)

Dakwah adalah kaedah utama yang digunakan oleh para nabi dan rasul. Wasilah

ini akan terus digunakan hingga ke hari kiamat. Al-Quran al-Karim dan sunnah

menggalakkan kita menggunakannya. Kaedah ini wajib dilaksanakan oleh setiap orang

muslim. Ustaz al-Banna menggambarkan wasilah seperti berikut:

“Melibatkan diri dengan kerja-kerja kebajikan umum walau apapun bentuknya

dan memberikan khidmat kemasyarakatan apabila peluang tersedia… kemudian

mengorak langkah mendidik orang-orang yang buta huruf dan mengajar orang

ramai hukum-hukum agama. Jamaah ini menyampaikan nasihat dan bimbingan,

meleraikan perkelahian, memberikan bantuan kepada yang memerlukan,

mendirikan infrastruktur yang diperlukan seperti sekolah, institusi, hospital dan

masjid menurut keupayaan dan keperluan semasa…”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)

Secara lebih jelas, pendekatan yang digunakan dalam wasilah dakwah ini boleh

digariskan seperti berikut:

1. Memberi sumbangan kepada kebajikan awam dan khidmat sosial.

2. Mengajar golongan buta huruf dan memberi didikan agama kepada masyarakat.

3. Nasihat dan bimbingan.

4. Mendamaikan pihak yang bertelagah dan memberi sedekah kepada pihak yang

memerlukan.

5. Membina prasarana awam yang diperlukan.

6. Membentuk pandangan umum dan memperbetulkan fahaman orang Islam tentang

agama Islam.

7. Menggunakan sebaran, penerangan, persidangan dan perutusan untuk

menyampaikan dakwah.

8. Mengemukakan program berbentuk amali yang sesuai untuk meningkatkan

kehidupan masyarakat.

Page 161: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

161

9. Menghapuskan kejahilan, penyakit, kemiskinan dan kemelaratan.

Wasilah 2: Tarbiyah (Latihan dan pembentukan)

Ustaz al-Banna mengambil berat wasilah ini kerana ia merupakan kilang

pengeluaran rijal. Beliau berkata:

“Oleh itu, siapkanlah diri kamu, pupuklah jiwa kamu dengan tarbiyah yang betul,

latihan yang ketat dan ujilah diri kamu beramal dengan kerja-kerja yang keras,

tidak disukai dan menyukarkan. Kekanglah segala kehendak dan adat

kebiasaannya.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Bagi menekankan lagi wasilah ini, Ustaz al-Banna menegaskan:

“…Matlamat utama Ikhwan al-Muslimin ialah mendidik keperibadian, memulihkan

rohani, memantapkan akhlak dan membina sifat kelelakian yang sebenar dalam

diri umat Islam. Ikhwan meyakini bahawa ini adalah asas utama yang menjadi

landasan kepada kemajuan sesebuah bangsa.”

(ADAKAH KITA GOLONGAN YANG BEKERJA)

Ustaz al-Banna telah menjelaskan dalam beberapa tulisan beliau tentang wasilah

yang digunakan untuk melatih, membentuk dan melengkapkan para pendokong dakwah.

Beliau menyebut:

“Oleh itu, siapkanlah diri kamu, pupuklah jiwa kamu dengan tarbiyah yang betul,

latihan yang ketat dan ujilah diri kamu beramal dengan kerja-kerja yang keras,

tidak disukai dan menyukarkan. Kekanglah segala kehendak dan adat

kebiasaannya.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Berdasarkan pandangan Ustaz al-Banna pendekatan tarbiyah seperti melatih,

memilih, membentuk dan melengkapkan boleh dirumuskan seperti berikut:

i. Usrah (pusat membina hubungan persaudaraan)

ii. Katibah (pusat latihan kerohanian)

iii. Rehlah (pusat membina hubungan kemasyarakatan)

Page 162: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

162

iv. Daurah atau kursus (pusat membina kemahiran)

v. Mukhayyam atau perkhemahan (pusat latihan fizikal)

vi. Muktamar atau persidangan (pusat latihan teori dan praktikal)

Wasilah 3: Gerakan politik (perjuangan berlandaskan perlembagaan)

Usaha awal ke arah membina sebuah negara Islam mestilah melalui gerakan

politik. Gerakan ini akan melalui pelbagai situasi secara berperingkat. Setiap peringkat

akan menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut senario politik. Aktiviti politik

itu sendiri memainkan peranan sebagai dakwah untuk menarik orang ramai kepada

jamaah. Ia juga berperanan melatih kemahiran individu dan membantu memberi

kesedaran kepada masyarakat dengan membangun kesedaran Islam dan menampilkan

kesyumulan Islam. Pelbagai pendekatan boleh digunakan selagimana ia bertepatan

dengan syarak dan tidak bercanggah dengan dad syariah. Dalam hal ini Ustaz al-Banna

menyebut:

“Wasilah atau wahana yang kita gunakan ialah, meyakinkan orang ramai,

sebarkan dakwah dengan apa cara sekalipun supaya seluruh masyarakat

memahami dan menegakkannya dengan penuh keyakinan dan keimanan. Selepas

itu, kita saring anasir-anasir yang baik untuk dijadikan tonggak yang kukuh bagi

mendokong gagasan perubahan ini. Seterusnya kita melangkah ke medan

perjuangan mengikut lunas undang-undang dengan tujuan dakwah ini dapat

diketengahkan ke institusi-institusi rasmi. Dengan ini dakwah akan dibantu dan

didokong oleh kuasa yang efektif. Atas dasar ini, apabila tiba masa yang sesuai,

calon-calon Ikhwan al-Muslimin akan tampil ke hadapan menjadi wakil kepada

rakyat di badan-badan perwakilan rakyat. Kami amat yakin Allah akan membantu

kami memperoleh kejayaan jika apa yang kami lakukan ini hanya demi keredhaan

Allah.

t�χ u�ÝÇΖuŠ s9 uρ ª! $# tΒ ÿ…çν ç�ÝÇΨtƒ 3 �χ Î) ©!$# :”Èθ s)s9 ̓ tã ∩⊆⊃∪

“…dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya (agama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa;” Al-Hajj: 40

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)

Wasilah 4: Jihad (difardhukan selamanya)

Page 163: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

163

Jihad dengan kepelbagaian pelaksanaannya merupakan suatu wasilah utama yang

digunakan (sila rujuk tulisan Adakah Kami Golongan Yang Bekerja fasal Jihad Kebanggaan Kami). Perkara ini disentuh oleh Ustaz al-Banna:

“Jihad yang saya maksudkan ialah satu kefardhuan yang akan terus diwajibkan

sehingga hari kiamat. Selain itu jihad juga ialah apa yang dimaksudkan oleh

sabda Rasulullah s.a.w.:

“Orang yang mati tetapi tidak pernah berperang atau tidak pernah berniat untuk berperang, dia mati dalam keadaan jahiliyah.”

“Tahap pertama jihad ialah mengengkari dengan hati dan tahap yang paling

tinggi ialah perang di jalan Allah. Di antara dua tahap tadi ialah jihad dengan

lidah, pena, tangan dan menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang

kejam. Dakwah ini tidak akan bererti tanpa jihad. Sehebat mana dan seluas

mana dakwah ini, sehebat itulah juga jihad yang diperlukan dan sebesar itu

jugalah pengorbanan yang diperlukan untuk menyokong dakwah ini. Namun

ganjarannya juga besar untuk mereka yang terusaha.

(#ρ߉Îγ≈y_uρ ’ Îû «! $# ¨,ym ÍνÏŠ$ yγÅ_ 4

“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya…” Al-Hajj: 78

Dengan ini barulah anda faham apakah yang dimaksudkan setiap kali anda

melaungkan: “Jihad adalah jalan kami.”

(RISALAH TAALIM)

Ustaz al-Banna telah menjelaskan tentang senario jihad, aspek siapsiaga serta

kaedah penggunaan kekerasan. Beliau telah mengemukakan konsep ini berpandukan al-

Quran dan sunnah.

Beliau kemudiannya menggariskan pula kaedah penggunaannya seperti berikut:

i. Islam dan konsep siapsiaga

Firman Allah Taala:

(#ρ‘‰ Ïãr& uρ Νßγ s9 $ ¨Β ΟçF ÷è sÜtG ó™$# ÏiΒ ;ο §θ è% ∅ÏΒ uρ ÅÞ$t/ Íh‘ È≅ø‹y⇐ø9 $# šχθ ç7 Ïδö2è? ϵÎ/ ¨ρ߉ tã «!$# öΝà2ρ߉ tãuρ

Page 164: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

164

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu…” Al-Anfal: 60

Sabda Nabi s.a.w.:

“Orang mukmin yang kuat lebih baik dari mukmin yang lemah.”

ii. Masa siapsiaga

Ustaz al-Banna mengingatkan agar kekerasan tidak digunakan sekiranya tidak

memenuhi syarat-syarat tertentu. Menurut beliau:

“…Peringkat pertama kekuatan ialah kekuatan akidah dan iman. Diikuti dengan

kekuatan perpaduan kemudian kekuatan tangan dan senjata. Sesebuah jamaah

akan hanya dianggap kuat apabila memiliki segala elemen ini. Jika sebuah jamaah

menggunakan kekuatan tangan dan senjata, sedangkan akar umbinya goyah dan

rangkaiannya tidak stabil atau akidahnya lemah dan imannya tidak membara,

jamaah ini akan diakhiri dengan porak peranda.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

iii. Kaedah dan syarat

Beliau turut mengemukakan syarat penggunaan kekerasan ini. Beliau berkata:

“Namun Ikhwan al-Muslimin berfikiran lebih luas dan lebih jauh daripada

sekadar bertindak atau berfikiran singkat. Ikhwan akan menyelami segala

perkara hingga ke dasarnya, menimbangkan segala kesan serta yang tersirat di

sebalik segala perkara…

“Walaupun kekuatan menjadi simbol Islam namun adakah Islam memerintahkan

agar umat Islam menggunakan kekuatan dalam semua keadaan? Ataupun

sebaliknya Islam telah menggariskan panduan, meletakkan syarat-syarat

tertentu dan memerintahkan agar kekuatan diarahkan kepada tujuan tertentu?

“Perkara ketiga, adakah kekuatan menjadi jalan penyelesaian pertama ataupun

jalan penyelesaian terakhir? Adakah manusia wajib mempertimbangkan antara

kesan baik dan kesan buruk penggunaan kekuatan serta kesan-kesan

sampingannya. Ataupun manusia wajib menggunakan kekuatan tanpa

mempedulikan apa sahaja yang akan berlaku seterusnya?”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)

Page 165: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

165

Bahagian III POLISI

1. Maksud Polisi

Polisi ialah prinsip yang diamalkan ketika bekerja serta kaedah yang berkaitan

untuk menghuraikan setiap saranan dan arahan kepada ungkapan yang boleh dijadikan

panduan mengarah gerakan ke arah matlamat yang ditetapkan. Polisi ini begitu penting

kerana ia menjadi kayu ukur kepada pelaksanaan dan kejayaannya. Polisi ini juga

menjadi panduan kepada pelaksana dalam menentukan sesuatu keutamaan, matlamat

yang ingin dicapai, sumber yang boleh diperolehi, keistimewaan yang diberikan dan

keperluan yang perlu ditunaikan. Polisi juga menjadi panduan untuk membuat sesuatu

keputusan dan penilaian, memberi tindak balas, membuat hubungan, menjadi panduan

untuk bekerja dan kaedah untuk menentukan tindakan yang perlu untuk mencapai

matlamat yang ditetapkan.

2. Faktor Penentu Polisi

Kajian yang dilakukan terhadap ucapan Ustaz al-Banna yang membabitkan aspek

polisi mendapati beliau telah menyentuh aspek ini di kebanyakan tulisan beliau dalam

pelbagai tajuk. Beliau telah menentukan sesuatu polisi setelah mengkaji secara

mendalam latar belakang masyarakat pada zamannya. Dengan ini, semua polisi ini

bersesuaian dengan agenda kebangkitan yang diajukannya kepada umat Islam.

Inilah yang dinyatakan oleh beliau ketika menyebut tentang faktor-faktor yang

diambil kira dalam menentukan polisi beliau:

“Barangkali Allah telah takdirkan dakwah Ikhwan ini tumbuh di Ismailiah. Ia

muncul akibat perselisihan fikah antara dua kumpulan penduduk. Mereka

berpecah selama bertahun-tahun kerana beberapa masalah kecil. Malangnya

perpecahan ini dihangatkan lagi oleh mereka yang berkepentingan. Secara

kebetulan juga dakwah Ikhwan muncul pada zaman berlakunya pertembungan

sengit antara bangsa asing yang ekstrimis dengan pejuang patriotik. Segala

keadaan ini menyebabkan dakwah ini memiliki beberapa ciri yang tidak dimiliki

oleh gerakan-gerakan lain yang sezaman dengannya.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Ijtihad Ustaz al-Banna dilihat sesuai dengan latar belakang masyarakat ini.

Perkara ini akan dapat kita lihat secara lebih jelas apabila kita bincangkan polisi am

gerakan Islam pada zaman beliau.

Page 166: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

166

3. Polisi Am dalam Dakwah

Dengan mengambil kira latar belakang pada zaman beliau, Ustaz al-Banna telah

berijtihad menentukan polisi dakwah seperti berikut:

i. Mengelak perselisihan masalah fikah.

ii. Mengelak pengaruh golongan pembesar dan tokoh.

iii. Mengelak hubungan dengan pertubuhan dan parti politik ada peringkat awal.

iv. Berperingkat dalam setiap tindakan dan mengambil kira perkembangan semasa.

v. Lebih mengutamakan tindakan daripada propaganda.

vi. Tumpuan kepada pemuda kerana mereka adalah tonggak kebangkitan manusia.

vii. Memberikan perhatian yang sama kepada masyarakat kampung dan bandar.

viii. Keseimbangan antara rasional dan emosional, antara kenyataan dan khayalan.

ix. Tidak mensia-siakan usaha sebaliknya mengutamakan usaha yang bermanfaat

dan produktif.

x. Tidak memburukkan pertubuhan dan individu (mengelak tindakan memburukkan

peribadi)

xi. Tidak terlibat dengan pertelingkahan kecil sama ada yang membabitkan syarak

atau parti.

xii. Berpegang kepada dasar kesatuan kefahaman (Dua puluh perkara asas – usul isyrin)

Ada baiknya kita gariskan kesemua elemen penting ini dengan berpandukan

kepada ungkapan Ustaz al-Banna sendiri:

i. Mengelak perselisihan masalah fikah

a. Perselisihan dalam masalah yang kecil adalah suatu perkara yang pasti berlaku.

b. Kesilapan adalah pada sikap taksub serta membelakangkan rasional dan

pandangan orang lain.

Page 167: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

167

ii. Mengelak pengaruh golongan pembesar dan tokoh

a. Bertujuan mengambil langkah berwaspada dan mengelak sangka buruk

masyarakat (sad az-zari’ah).

b. Agar tindakan ini tidak mencemar kesucian dakwah (tersendiri).

c. Agar tiada sesiapa yang mengambil kesempatan atau cuba mempengaruhi

(bebas).

iii. Mengelak hubungan dengan pertubuhan dan parti politik pada peringkat awal

a. Pengasingan diri dilakukan pada peringkat awal dan ketika lemah.

b. Berpuak dan bertelagah tidak bertepatan dengan semangat persaudaraan Islam.

c. Lebih baik menghindarkan diri dan bersabar menghadapi kekurangan.

d. Berbincang ketika sokongan pendokong kukuh.

iv. Berperingkat dalam setiap tindakan dan mengambil kira perkembangan

semasa

a. Sebaran yang meluas.

b. Pendokong bertambah ramai.

c. Kemantapan pembinaan anggota.

v. Mengutamakan tindakan daripada propaganda

a. Bimbang amalan dicemari unsur riak.

b. Keseimbangan antara kebimbangan di atas dengan nas yang menggalakkan

membuat kebajikan.

c. Ikhwan tidak mahu mempengaruhi masyarakat menggunakan propaganda palsu.

d. Ikhwan bimbang dakwah terpaksa berhadapan dengan permusuhan sengit atau

persahabatan yang palsu.

vi. Tumpuan kepada pemuda kerana mereka adalah tonggak kebangkitan

manusia

Page 168: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

168

a. Pemuda adalah tanah yang subur untuk semua gerakan.

b. Melipat gandakan usaha untuk menarik sokongan dan tenaga pemuda kepada

dakwah Ikhwan.

vii. Kesimbangan antara rasional dan emosional, antara kenyataan dan khayalan

a. Keseimbangan antara akal dan emosi.

b. Keseimbangan antara kenyataan dan khayalan.

c. Keserasian dengan hukum alam.

d. Menguasai, mengguna dan menyesuaikan diri dengan sunnah Ilahi.

e. Menanti saat kemenangan.

Inilah polisi utama yang digariskan oleh Ustaz al-Banna untuk gerakan Ikhwan.

Inilah seruan beliau dalam usaha mencapai agenda kebangkitan dan menegakkan negara

contoh.

Page 169: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

169

Fasal 10

PEMBINAAN MELALUI TARBIYAH DALAM DAKWAH

Bahagian I: Cabaran dalam Jalan Dakwah

Bahagian II: Pembinaan melalui Tarbiyah dalam Dakwah

Page 170: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

170

MUKADIMAH

Suatu perkara yang sering dilalui oleh semua gerakan ialah masalah dan cabaran.

Semakin hebat dakwah, semakin suci matlamatnya dan semakin ia cuba menepati

syarak, semakin hebatlah masalah dan cabarannya. Atas dasar itulah penting wujudnya

pembinaan insan melalui tarbiyah yang melahirkan lelaki akidah, lelaki yang mampu

menanggung cubaan dan lelaki yang bersedia berkorban demi Allah. Dengan ini tajuk ini

akan membincangkan dua perkara berikut iaitu:

1. Cabaran.

2. Pembinaan melalui tarbiyah.

Page 171: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

171

Bahagian I CABARAN

1. Cabaran yang Dijangka

Dengan kebijakan, kemahiran dan pengetahuan yang tinggi, Ustaz al-Banna telah

menjelaskan tentang senario, punca segala cabaran yang dijangka serta pendirian

Ikhwan mengenainya. Menurut beliau:

“Saya ingin jelaskan kepada kamu bahawa dakwah kamu ini masih belum dikenali

ramai. Apabila tiba masanya ketika mereka mengenali dan memahami tujuan dan

matlamat dakwah ini, dakwah ini akan ditentang dan dimusuhi dengan hebat.

Kami akan berhadapan dengan pelbagai kesukaran. Pelbagai rintangan akan

menghalang jalan kamu. Pada ketika itu barulah kamu melalui jalan para

pendokong dakwah. Kini kamu masih belum dikenali. Kamu baru melangkah ke

arah dakwah. Kamu masih mempersiapkan diri untuk sedia berjuang dan

berjihad.”

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Dalam risalah yang sama, Ustaz al-Banna menyenaraikan beberapa cabaran

utama:

i. Kejahilan masyarakat.

ii. Penyisihan oleh ahli agama dan ulama tradisi.

iii. Kejahatan golongan pembesar, pemimpin dan pihak berkuasa.

iv. Kekangan oleh kerajaan terhadap aktiviti kamu.

v. Tindakan oleh pihak yang berkepentingan bagi menghalang kegiatan dan dakwah

kamu.

šχρ߉ƒÌ2ムβr& (#θä↔ Ï�ôÜ ãƒ u‘θçΡ «! $# óΟÎγ Ïδ≡uθ øù r'Î/ † p1 ù'tƒ uρ ª!$# HωÎ) β r& ¢Ο ÏFム… çνu‘θ çΡ öθ s9uρ oν Ì2Ÿ2 šχρã2Ï�≈s3 ø9$# ∩⊂⊄∪

“Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” At-Taubah: 32

2. Pengalaman dan Ujian (risiko perjuangan melalui perlembagaan)

Page 172: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

172

Dalam risalah yang sama, beliau secara terbuka menjelaskan ujian yang bakal

dilalui oleh Ikhwan.

i. Kamu akan dipenjara dan ditangkap.

ii. Kamu akan dihalau dan diusir.

iii. Segala harta kamu akan dirampas dan kamu akan dipecat.

iv. Rumah kamu akan digeledah. Mungkin ujian ini akan berlaku dalam tempoh yang

lama.

|= Å¡ym r& â¨$Ζ9 $# β r& (# þθä. u�øI ムβ r& (#þθ ä9θà) tƒ $ΨtΒ#u öΝèδ uρ Ÿω tβθ ãΖ tFø� ム∩⊄∪

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” Al-Ankabut: 2

3. Sepuluh Langkah Ketika Berhadapan dengan Ujian dan Cabaran

Akhirnya Ustaz al-Banna menggariskan kewajipan ataupun faktor kejayaan

untuk mengatasi segala ujian dan cabaran ini:

i. Beriman dengan Allah, berbangga kerana mengenali-Nya serta pasrah kepada-

Nya.

ii. Hanya takutkan Allah Taala.

iii. Tunaikan kewajipan dan jauhi larangan.

iv. Berakhlak mulia dan berpegang dengan nilai yang tinggi.

v. Menatap dan mengkaji al-Quran dan sirah.

vi. Tumpuan kepada aspek praktikal dan jauhi amalan berdebat.

vii. Berusaha mempertautkan ikatan persaudaraan.

viii. Berpegang kepada prinsip.

ix. Dengar dan taat kepada pemimpin.

Page 173: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

173

x. Menanti bantuan serta pertolongan Allah.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?” “Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” “(dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga Adn. Itulah kemenangan yang besar.” “Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.” “Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (agama) Allah! (setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.” (maksud As-Saff: 10-14)

“Semoga Allah memberi taufik kepada saya dan saudara sekalian supaya kita

dapat melakukan apa yang disukai dan diredai-Nya. Semoga Allah memimpin saya

dan saudara sekalian ke arah jalan orang-orang yang baik dan mendapat

petunjuk. Semoga Allah anugerahkan kita hidup yang mulia dan bahagia. Semoga

Allah menggolongkan kita sebagai seorang pejuang dan syahid. Sesungguhnya

Allah adalah Pelindung dan Penolong yang terbaik.”

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Page 174: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

174

Bahagian II PEMBINAAN MELALUI TARBIYAH

Secara amnya, prosedur tarbiyah boleh dirumuskan (dengan sedikit ubahsuai)

seperti carta berikut:

Falsafah Tarbiyah

Insan yang soleh

(mengikut sumber rujukan)

Pemilihan yang berkesan dalam organisasi

(mengikut tahap didikan)

Tahap Teori

Tahap Praktikal

Budaya Dan

Masyarakat

Manusia/Sumber

Cara

Pendekatan

Spesifikasi

Pengurusan

Individu yang baik dan

membawa kebaikan

Input

Perosedur

Output

Page 175: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

175

1. Pra-Tarbiyah

Ustaz al-Banna telah membahagikan beberapa kumpulan manusia yang wujud di

dalam persekitaran dakwah. Beliau juga telah rnenjelaskan pendirian beliau terhadap

mereka:

i. Kumpulan manusia

Ustaz al-Banna membahagikan manusia menurut perspektif dakwah kepada

empat kumpulan:

“Apa yang kita harapkan, di hadapan kita manusia terbahagi kepada empat

golongan berikut:

1. Orang yang yakin: (Orang ini akan kita ajak supaya bersama kita dan bekerja

bersama kita)

2. Orang yang sangsi: (Orang ini akan kira biarkan bersama kesangsiannya. Namun

kita nasihatkan agar dia terus berhubung dengan kita)

3. Orang yang berkepentingan: (Adalah sebenarnya tidak memerlukan orang yang tidak memberikan keutamaan kepada Allah dalam dirinya sendiri, hartanya)

4. Orang yang berprasangka: (Kita akan tetap mengasihi orang ini. Kita berharap

semoga suatu masa nanti dia akan bersama kita serta yakin dengan dakwah

kita)”

(DAKWAH KITA)

ii. Kaedah penyaringan dan pemilihan:

Seterusnya Ustaz al-Banna menggariskan sifat orang yang layak untuk bersama

dakwah, beliau berkata:

“Di sini ingin saya tegaskan kepada sesiapa sahaja di kalangan umat Islam yang

bersemangat tinggi, mana-mana jamaah Islam pada zaman ini amat-amat

memerlukan individu-individu yang mahu bekerja dan berfikir… Mereka

memerlukan orang-orang yang berani dan produktif. Oleh itu, diharamkan

kepada sesiapa sahaja yang memahami hakikat ini untuk melewatkan diri

menyahut seruan ini walaupun sesaat.”

(ADAKAH KITA GOLONGAN YANG BEKERJA)

Page 176: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

176

i. Cergas: Seorang yang giat bekerja dan cergas.

ii. Pemikir: Seorang yang bijak menggunakan akal fikirannya.

iii. Berani: Seorang yang berketrampilan, berani dan sedia berkorban.

iv. Produktif: Seorang yang mampu mencapai kejayaan.

2. Proses Tarbiyah

i. Pendidik yang aktif (pendakwah)

Ustaz al-Banna menegaskan peranan penting yang dimainkan oleh para pendidik

dalam proses pentarbiyahan dengan menekankan beberapa sifat asas yang perlu

dimiliki oleh mereka. Menurut beliau:

“Pendokong ideologi hari ini tidak sama seperti pendokong dahulu kerana mereka

hari ini berpendidikan, terlatih dan berkepakaran (terutama di negara Barat).

Kini setiap ideologi mempunyai pasukan terlatih yang mampu menghurai segala

kerumitan. Masing-masing mampu menonjolkan kelebihan ideologi masing-masing

dengan bantuan pelbagai kaedah penyiaran dan propaganda. Dengan ini mereka

mampu mempengaruhi masyarakat dengan cara yang paling mudah dan paling

meyakinkan.”

(DAKWAH KITA)

Ustaz al-Banna juga menggariskan sifat-sifat yang perlu ada pada pendidik,

beliau berkata:

“Dakwah ini hanya untuk orang yang melaksanakan segala aspek dakwah ini.

Orang yang menyerahkan segala kemampuan yang dimilikinya termasuk jiwa,

harta, masa dan tenaganya.

ö≅è% β Î) tβ% x. öΝä. äτ !$t/#u öΝà2äτ !$oΨ ö/ r& uρ öΝä3çΡ≡ uθ ÷zÎ) uρ ö/ä3 ã_≡uρ ø— r&uρ óΟä3 è? u�!ϱ tãuρ îΑ≡ uθøΒr& uρ $yδθßϑ çGøù u�tIø% $# ×ο t2≈ pg ÏBuρ tβöθ t± øƒrB

$yδ yŠ$|¡ x. ßÅ3≈|¡ tΒ uρ !$ yγtΡ öθ |Êö2s? ¡=ym r& Νà6ø‹s9 Î) š∅ ÏiΒ «! $# Ï& Î!θ ß™u‘uρ 7Š$yγ Å_uρ ’Îû Ï&Î#‹Î7y™ (#θ ÝÁ −/u�tI sù 4®Lym

š†ÎA ù'tƒ ª! $# ÍνÍI ö∆ r'Î/ 3 ª!$#uρ Ÿω “ω öκ u‰ tΠ öθ s)ø9 $# šÉ)Å¡≈ x�ø9 $# ∩⊄⊆∪

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu

Page 177: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

177

bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” At-Taubah: 24

Dakwah ini tidak menerima kompromi kerana dakwah ini adalah satu. Orang yang

menerima dakwah ini akan hidup bersama dakwah dan dakwah ini akan hidup

bersamanya.”

(DAKWAH KITA)

Berdasarkan kenyataan di atas, kita boleh simpulkan beberapa sifat asas yang

perlu dimiliki oleh para pendidik (da’ie) menurut pandangan Ustaz al-Banna:

i. Berpengetahuan tinggi (ilmu syarak, kemanusiaan dan organisasi)

ii. Bersedia (dari segi kejiwaan, mental dan fizikal)

iii. Terlatih (terlatih dengan kemahiran hidup dan menggunakan kemahiran dengan

baik)

iv. Profesional (Ikhtisas dalam bidang tertentu)

ii. Wasilah tarbiyah

Ustaz al-Banna telah membicarakan tentang cara yang digunakannya untuk

mentarbiyah, membentuk dan melengkapkan para pendokong dalam beberapa tulisan

beliau. Dalam Muktamar Kelima, beliau telah menggariskan cara yang digunakan ini:

“Kita telah kemukakan dakwah ini kepada umat Islam melalui pelbagai siri

pengajian, melalui lawatan-lawatan dari semasa ke semasa, melalui pelbagai

bahan cetakan, melalui keramaian terbuka mahupun tertutup, melalui akhbar

Ikhwan al-Muslimin yang pertama kemudian diikuti dengan majalah mingguan al-

Nazir… Pada tahap ini, saya merasakan kita telah tiba ke satu tahap di mana

kita merasa yakin bahawa kita telah melakukan segala-galanya. Hasilnya setiap

orang yang beriltizam dengan tanggungjawab yang telah kita gariskan kini boleh

melangkah ke fasa kedua iaitu fasa memilih, membina dan mengerah tenaga.

Kita melangkah ke fasa kedua melalui beberapa cara:

i. Usrah (pusat pembentukan hubungan persaudaraan)

ii. Katibah (pusat pembentukan rohani)

Page 178: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

178

iii. Rehlah (pusat pembentukan hubungan kemasyarakatan)

iv. Seminar (pusat latihan kemahiran)

v. Perkhemahan (pusat pendidikan fizikal)

vi. Persidangan (pusat latihan ilmu dan intelektual)

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

3. Produk tarbiyah

Matlamat utama pentarbiyahan ialah membentuk, melengkap dan menyediakan

individu lelaki yang mampu mendokong tanggungjawab menyebar dan mengembangkan

sesebuah gagasan. Di samping itu ia juga bertujuan memantapkan agenda kebangkitan

ummah ini supaya kehidupan baru yang gemilang dapat dibina di atas landasan Islam.

Hasil tarbiyah yang terpenting dan kita harapkan ialah lahirnya individu yang mampu

menampilkan nilai-nilai yang dihayati dan diperjuangkan. Berdasarkan tulisan Ustaz al-

Banna, beliau telah menjelaskan sistem nilai yang merangkumi beberapa ciri penting

yang perlu dimiliki oleh manusia pada diri dan jamaah mereka. Gambarajah di bawah

menjelaskan sistem nilai tersebut.

Page 179: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

179

Sistem Nilai

Rukun Baiah

Ikhlas

Amal

Jihad

Berkorban

Taat

Tabah

Tajarrud

Bersaudara

Percaya

Faham

Page 180: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

180

Jadual berikut pula menjelaskan tahap yang perlu dicapai oleh individu pada diri

dan jamaahnya. Termasuklah beberapa cara atau amalan yang perlu dilakukan untuk

mencapai tahap tersebut, dengan berpandukan sistem nilai yang dinyatakan tadi.

Jadual Pemulihan Peribadi

Matlamat Kaedah (Kewajipan)

i. Pemeriksaan kesihatan, rawatan dan

pencegahan fizikal.

ii. Menjauhi pil perangsang dan rokok.

iii. Menjaga kebersihan.

iv. Menjauhi arak, minuman memabukkan

dan pil khayal.

1. Tubuh yang kuat (Menunaikan

tanggungjawab menjaga kesihatan diri)

v. Bersukan dan berlatih.

i. Bercakap benar dan tidak pernah

berbohong.

ii. Jujur dengan ikrar, kata-kata dan janji.

iii. Berani menuntut kebenaran dan

mengakui kesalahan.

iv. Bersopan, tekun dan bergurau secara

berpada.

v. Malu, peka dan merendah diri.

vi. Bersifat adil, sederhana dan menahan

marah.

vii. Mengutamakan khidmat masyarakat.

2. Akhlak yang mantap (Menjaga

tanggungjawab membentuk akhlak)

viii. Bersifat belas, hormat, bertoleransi

dan simpati.

i. Wirid harian, membaca, tadabbur serta

mendengar al-Quran.

ii. Mempelajari sirah dan sejarah generasi

silam.

iii. Meneliti hadis dan menghafal hadis 40

an-Nawawi.

iv. Mempelajari buku-buku akidah dan

masalah fikah.

3. Berilmu (Menunaikan tanggungjawab

ilmu)

v. Membina perpustakaan peribadi yang

membantu anda menguasai pengetahuan

am.

i. Mempunyai pekerjaan tetap.

ii. Tidak mengharapkan jawatan di sektor

kerajaan.

4. Mampu berdikari (Menunaikan

tanggungjawab bekerja dan mencari

pendapatan)

iii. Bekerja dengan tekun dan tidak

Page 181: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

181

menipu.

iv. Bekerja dengan baik dan tunaikan

tanggungjawab orang lain.

v. Menjauhi pendapatan yang haram.

vi. Menjauhi amalan riba dalam segala

urusan.

vii. Gunakan kekayaan umat dan bangunkan

ekonomi negara.

viii. Menyumbang harta peribadi untuk

dakwah.

ix. Membuat simpanan untuk kecemasan

dan menjauhi kemewahan.

i. Memahami Islam sebagai agama yang

meliputi seluruh aspek hidup.

ii. Meyakini ayat-ayat tentang sifat Allah

dan menjauhi perbuatan mentakwil dan

menafikannya.

iii. Tidak mengkafirkan orang Islam yang

mengucapkan dua kalimah syahadah.

iv. Cara memanjatkan doa kepada Allah

bukan masalah akidah.

v. Menolak dan menghapuskan amalan

menilik perkara ghaib.

vi. Ziarah kubur adalah sunnah yang telah

dinyatakan kaedahnya.

vii. Mengasihi orang soleh dan wali Allah

adalah mendekatkan diri dengan Allah.

5. Akidah yang sejahtera (Menunaikan

tanggungjawab akidah)

viii. Menghapuskan bid’ah yang tidak

berlandaskan agama Allah.

i. Sentiasa mendekati Allah Taala.

ii. Bersuci dan berwuduk dengan baik.

iii. Menunaikan sembahyang tepat pada

masanya.

iv. Puasa di bulan Ramadan dan menunaikan

haji.

v. Sentiasa berazam untuk berjihad.

vi. Mengulangi taubah dan memohon

keampunan.

6. Ibadah yang betul (Menunaikan

tanggungjawab ibadah)

vii. Melawan hawa nafsu dan keinginan.

i. Mendekati Allah dengan mentaatiNya.

ii. Menjauhi dosa.

7. Bermujahadah melawan diri

iii. Melakukan perkara- perkara yang baik

Page 182: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

182

sebagai balasan kepada perkara tidak baik

yang dilakukan.

iv. Banyak melakukan amalan baik dan amal

kebajikan.

i. Menggunakan masa untuk perkara yang

membawa kebaikan.

ii. Memahami konsep keutamaan.

8. Menjaga masa (Menunaikan

tanggungjawab penggunaan masa)

iii. Mahir menguruskan masa.

i. Menyusun kerja, tempat bekerja dan

dokumen dengan baik.

ii. Mengatur hubungan sesama ahli

keluarga dan masyarakat.

9. Segala urusannya tersusun (Menunaikan

tanggungjawab pengurusan)

iii. Menyusun pertemuan dan

tanggungjawab dengan baik.

i. Melaksanakan hak-hak saudara seperti

kasih sayang, hormat menghormati, bantu-

membantu dan mengutamakan orang lain.

ii. Memberi sumbangan kepada

pembangunan ekonomi Islam dengan

memberi galakan kepada kegiatan ekonomi

Islam.

10. Berguna kepada orang lain

(Menunaikan tanggungjawab kebajikan)

iii. Melatih diri memberi khidmat kepada

orang lain.

Di akhir matlamat dan kewajipan ini Ustaz al-Banna menyebut:

“Inilah dakwah anda secara ringkas. Inilah penjelasan ringkas tentang gagasan

anda. Anda boleh simpulkan keseluruhan asas ini di dalam lima ayat:

Allah adalah matlamat kami.

Rasul adalah ikutan kami.

Al-Quran adalah panduan kami.

Jihad adalah jalan kami.

Mati syahid adalah cita-cita kami.

Anda juga mungkin boleh gabungkan gagasan ini dalam lima perkataan berikut:

Sederhana, membaca, sembahyang, ketenteraan dan akhlak.

“Didiklah semua nilai-nilai ini ke dalam diri anda dengan bersungguh-sungguh.

Jika tidak, ruang untuk berpeluk tubuh bagi orang yang malas dan tidak

berpendirian sentiasa terbuka luas.

Page 183: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

183

“Saya yakin jika anda amalkan semua nilai ini dan anda jadikan nilai ini sebagai

impian serta matlamat hidup, anda pasti akan beroleh kegemilangan di dunia dan

kesenangan serta keredhaan di akhirat.”

(RISALAH TAALIM)

Page 184: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

184

PEMBENTUKAN NEGARA CONTOH

Mukadimah: Asas Pembentukan Sebuah Negara dan Pelan Tindakan

Fasal 11: Pemikiran Politik

Fasal 12: Gerakerja Politik

Fasal 13: Program Politik

Fasal 14: Polisi Sebuah Negara

Fasal 15: Nilai Peradaban Sebuah Negara

Bab 3

Page 185: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

185

Mukadimah ASAS PEMBENTUKAN SEBUAH NEGARA DAN PELAN TINDAKAN

Dalam mengemukakan landasan kepada pembinaan sebuah negara menurut

agenda Ustaz al-Banna, beliau telah menggariskan beberapa asas dalam pembinaan

sebuah negara Islam dan juga teras kepada pemulihan masyarakat yang bersepadu

berlandaskan al-Quran dan sunnah. Beliau turut menjelaskan tanggungjawab yang perlu

dipikul oleh individu dan masyarakat Islam untuk melaksana dan mengukuhkan asas ini

secara lebih berkesan. Di sini saya akan kemukakan secara terperinci pandangan Ustaz

al-Banna tentang dua elemen yang perlu untuk pembinaan sebuah negara Islam.

1. Asas Pembinaan

Ustaz al-Banna menegaskan suatu hakikat bahawa al-Quran merupakan garis

panduan lengkap yang menggariskan seluruh asas ke arah pemulihan masyarakat.

Dengan itu sudah tentu, al-Quran menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara

Islam. Beliau menjelaskan asas ini dengan menegaskan bahawa asas ini boleh

dirumuskan seperti berikut:

a. Ketuhanan (rabbani).

b. Mengangkat martabat manusia.

c. Mengesahkan wujudnya hari pembalasan.

d. Melaungkan ikatan persaudaraan seluruh manusia.

e. Mengajak kaum lelaki dan wanita supaya bangkit bersama. Mengisytiharkan

kerjasama dan kesaksamaan antara lelaki dan wanita serta menggariskan

peranan masing-masing secara terperinci.

f. Menjamin kestabilan masyarakat dengan cara memperakui hak untuk hidup,

hak memiliki harta, hak bekerja, hak kesihatan tubuh badan, hak kebebasan,

hak berilmu, hak keselamatan setiap individu dan hak menentukan sumber

pendapatan.

g. Mengawal dua naluri manusia iaitu naluri menjaga keselamatan nyawa dan

naluri menjaga kesinambungan zuriat, di samping mengatur keperluan mulut

dan seks.

h. Tegas dalam memerangi jenayah yang sebenar.

Page 186: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

186

i. Memelihara perpaduan umat Islam dan menghapuskan segala bentuk dan

punca yang membawa perpecahan.

j. Mewajibkan umat Islam melaksanakan jihad demi menegakkan prinsip

kebenaran yang diketengahkan oleh sistem ini.

k. Meletakkan negara sebagai wakil kepada gagasan (fikrah) ini dan bertindak

sebagai penjaga gagasan ini. Negara ini juga bertanggungjawab mencapai

matlamat gagasan ini dalam sebuah masyarakat dan kemudian menyampaikan

gagasan ini kepada seluruh manusia.

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

2. Rangka Tindakan

Di sini, Ustaz al-Banna menjelaskan tanggungjawab yang dipikul oleh individu

dan masyarakat dalam usaha melaksana dan mengukuhkan asas yang perlu dalam

pembinaan sebuah negara Islam. Menurut beliau:

“Sistem al-Quran berbeza dengan sistem-sistem ciptaan manusia atau falsafah

teoritikal yang lain kerana segala prinsip dan ajaran al-Quran yang berbentuk

teori bukan hanya bertempat dalam jiwa atau sekadar pandangan yang tertera

dalam buku atau ungkapan yang diucap di mulut atau bibir sahaja. Sebaliknya

demi memantap, mengukuh dan merealisasikan kesan serta hasilnya, Islam

meletakkan beberapa bentuk tindakan. Islam juga mewajibkan umat yang

mengimani dan menganutinya supaya berusaha bersungguh-sungguh

mengamalkannya. Malah meletakkan amalan-amalan ini sebagai suatu kewajipan

yang tidak boleh dipandang ringan atau diabaikan. Islam juga memberi ganjaran

kepada mereka yang mengamalkannya dan menghukum sesiapa yang cuai hingga

ke tahap menyingkirkannya daripada masyarakat ini dan mencampakkannya ke

tempat yang menyeksakan.”

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Ustaz al-Banna turut menggariskan beberapa tanggungjawab atau kewajipan

yang dijadikan oleh sistem Islam sebagai teras kepada prinsipnya:

a. Sembahyang, zikir, taubat, istighfar dan sebagainya.

b. Puasa, bersederhana dan berwaspada dengan kemewahan.

c. Zakat, sedekah dan memberi sumbangan untuk kebajikan.

Page 187: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

187

d. Haji, pelancongan, lawatan, penerokaan dan melihat alam ciptaan Allah.

e. Mencari rezeki, bekerja dan mengharamkan amalan mengemis.

f. Jihad, berperang, mempersiapkan angkatan tentera, menjaga keluarga para

pejuang dan kepentingan mereka semasa ketiadaan mereka.

g. Menyuruh perkara yang baik dan memberikan nasihat.

h. Mencegah perkara yang tidak baik serta memulaukan tempat dan pelakunya.

i. Membekalkan setiap lelaki dan wanita Islam dengan ilmu dan pelbagai kemahiran

hidup yang sesuai dengan fitrah masing-masing.

j. Bergaul dengan baik dan memiliki sepenuhnya akhlak yang baik.

k. Menjaga kesihatan badan dan pancaindera.

l. Tanggungjawab sosial antara pemerintah dan rakyat, iaitu antara tanggungjawab

memelihara rakyat dan kewajipan mentaati pemerintah.

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Ustaz al-Banna menegaskan betapa pentingnya segala kewajipan ini

dilaksanakan, menurut beliau:

“Setiap orang Islam dituntut melaksanakan segala kewajipan ini dan memastikan

perlaksanaannya sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Mereka juga tidak

boleh mengabaikan mana-mana kewajipan ini. Semua kewajipan ini telah

dinyatakan dalam al-Quran al-Karim. Malah telah dijelaskan dengan cukup

terperinci melalui amalan Nabi s.a.w., para sahabat dan generasi berikutnya

dengan cara yang amat mudah dan jelas. Setiap satu atau beberapa amalan

tersebut di atas berperanan bagi memantap dan mengukuhkan satu-satu prinsip

atau beberapa prinsip yang telah dinyatakan oleh teori sebelum ini yang hendak

dicapai oleh Islam dan membolehkan manusia merasai hasil serta kesannya.”

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Asas kepada pembinaan sebuah negara Islam dan tindakan yang wajib dilakukan

bagi menyokong pembinaan ini boleh dirumuskan dalam gambarajah berikut:

Page 188: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

188

Asas Pembinaan

Negara Islam

Pelan tindakan ke arah pembinaan sebuah negara

1. Ibadah.

2. Harga diri dan menjaga panca indera.

3. Berkorban dan menyumbang demi kebaikan.

4. Haji, melancong dan meneroka.

5. Berusaha dan bekerja.

6. Jihad dan menjaga kepentingan para mujahid.

7. Menggalakkan kebaikan dan mencegah kejahatan.

8. Mengembang ilmu pengetahuan.

9. Hubungan yang baik.

10. Perpaduan masyarakat antara pemerintah dan

rakyat.

1. Kekuatan dalaman (Akidah Islam)

2. Persediaan mental (Mempertingkatkan diri dan mengawal

naluri)

3. Menghapuskan fanatik

perkauman (Persaudaraan,

kerjasama, persamaan lelaki

dan wanita)

4. Persediaan individu (Nilai, ilmu dan

kemahiran)

5. Menghormati hak-hak manusia

(Fizikal dan emosi)

6. Menjaga perpaduan negara (Menyekat perpecahan dan tegas

menghapuskan jenayah)

7. Mengawal sempadan negara

(Tanggungjawab jihad)

8. Tanggungjawab masakini (Mengembangkan prinsip-prinsip

keadilan yang dipelopor Islam)

Page 189: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

189

Fasal 11

PEMIKIRAN POLITIK

Bahagian I: Landasan

Bahagian II: Konsep

Page 190: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

190

MUKADIMAH

Terlebih dahulu sebelum saya menjelaskan pemikiran politik yang akan

menentukan halatuju agenda kebangkitan dan proses pembinaan sebuah negara

berdasarkan pandangan Ustaz al-Banna, elok saya kemukakan di sini apa yang

dimaksudkan dengan politik dan juga negara secara ringkas.

Takrif Politik

Politik mengandungi beberapa maksud antaranya, kaedah untuk memerintah dan

mentadbir sebuah negara. Politik juga ialah kuasa atau keupayaan untuk memperolehi

apa yang dikehendaki. Politik juga merujuk kepada kaedah berdiplomasi dan mencapai

kata sepakat.

Dalam buku al-Siyasah al-Hakimah, Ibnu Qayyim mentakrifkan politik sebagai

tindakan yang membawa manusia lebih hampir kepada kebaikan dan jauh daripada

kebinasaan, walaupun tindakan tersebut tidak dinyatakan oleh rasul dan tidak disebut

oleh wahyu. Apa sahaja cara yang boleh mewujudkan keadilan, ia termasuk dalam

agama ini.

Takrif Negara

Negara adalah pihak yang memiliki kedaulatan untuk menggunakan kekerasan

atau kuasa. Negara juga ialah suatu badan politik yang bebas untuk mentadbir

kehidupan manusia dalam sebuah kawasan tertentu melalui beberapa institusi yang

kekal. Pemerintah pula ialah kuasa yang sah.

Seterusnya, dalam dua tajuk berikut saya akan kemukakan secara ringkas

beberapa landasan dan konsep menurut pemikiran politik Ustaz al-Banna yang

memberikan gambaran menyeluruh tentang agenda kebangkitan ummah dan pembinaan

sebuah negara.

Page 191: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

191

Bahagian I LANDASAN

Ustaz al-Banna telah menggariskan beberapa landasan yang membentuk

pemikiran politik dalam agenda kebangkitan ummah ini. Contohnya beliau menegaskan

bahawa seorang muslim mestilah berpolitik berlandaskan Islam yang menjadi

anutannya. Menurut beliau:

“Seorang muslim tidak akan memilih Islam yang sempurna kecuali apabila dia

menjadi seorang ahli politik; apabila dia meninjau segala masalah umatnya;

apabila dia mengambil berat tentang nasib mereka dan peka dengan segala

masalah mereka. Saya juga ingin jelaskan di sini bahawa segala batasan dan

pemisahan yang wujud ini adalah suatu yang tidak dapat diterima oleh Islam.

Setiap pertubuhan Islam perlu meletakkan aspek politik umat Islam sebagai

agenda utama mereka. Jika tidak mereka perlu menilai semula fahaman mereka

tentang Islam.”

(BUAT MAHASISWA)

1. Kesyumulan Islam Bererti Gerakerja Politik adalah Wajib.

Bagi menegaskan hakikat ini, beliau menekankan bahawa kesyumulan Islam yang

merangkumi agama dan sistem hidup sudah tentu merangkumi aspek politik. Beliau

menyebut:

“Kesan daripada kefahaman yang lengkap dan menyeluruh tentang Islam ini

menyebabkan gagasan Ikhwan al-Muslimin mencakupi seluruh sudut perubahan

yang diperlukan oleh umat Islam. Segala elemen perubahan yang wujud pada

yang lain juga wujud pada Ikhwan. Dengan ini setiap orang yang mahukan

perubahan, ikhlas dan bersemangat tinggi pasti akan mendapat apa yang

diharapkannya di sini. Bersama Ikhwan, semua pencinta perubahan yang

mengenali dan memahami matlamat Ikhwan akan menemui apa yang diimpikan.

Tidak salah jika anda katakan bahawa Ikhwan al-Muslimin ialah:

“Parti politik, kerana mereka menuntut supaya wujudnya pengislahan kepada

sistem pemerintahan negara. Mereka turut menuntut supaya dikaji semula

hubungan antara umat Islam dengan bangsa-bangsa lain di luar negara Islam.

Mereka menuntut supaya masyarakat Islam dididik agar memiliki harga diri dan

memelihara semangat perkauman Islam semaksimum mungkin.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Page 192: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

192

2. Negara adalah Simbol Suatu Gagasan.

Beliau menegaskan bahawa melaksanakan Islam sebagai suatu cara hidup yang

bersepadu akan hanya dapat dicapai melalui sebuah negara Islam. Beliau berkata:

“Meletakkan negara sebagai wakil kepada gagasan (fikrah) ini dan bertindak

sebagai penjaga gagasan ini. Negara ini juga bertanggungjawab mencapai

matlamat gagasan ini dalam sebuah masyarakat dan kemudian menyampaikan

gagasan ini ke seluruh manusia…

“Menegakkan sebuah negara Islam yang bebas di bumi ini. Negara yang mampu

melaksanakan hukum-hukum dan sistem sosial Islam. Sebuah negara yang dapat

menampilkan ajaran Islam yang sebenar dan dapat menyebarkannya secara

bijaksana kepada semua manusia…

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

3. Seseorang Muslim Tidak Boleh Mengabaikan Aspek Pelaksanaan.

Di bawah tajuk “Kami dan politik”, Ustaz al-Banna menegaskan politik harakah

adalah seperti memahami Islam yang sahih, melaksanakan ajaran Islam, memulihkan

aspek pelaksanaan dan membina negara Islam. Menurut beliau:

“Jika kami dikatakan sebagai pertubuhan politik atas dasar kami mengambil

berat soal umat Islam ini, atau kerana kami berfahaman bahawa kuasa eksekutif

dan maruah bangsa adalah sebahagian rukun atau fardhu Islam, atau kerana

kami bekerja dengan penuh gigih untuk memperolehi kemerdekaan mutlak dan

memulihkan badan pentadbiran, maka memang benar itulah kami.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)

4. Ummah Bertanggungjawab Menuntut Pemerintah Memenuhi Hak-hak mereka

yang Diberikan oleh Islam

Ustaz al-Banna menggalakkan umat Islam supaya menuntut hak-hak mereka yang

diberikan oleh Islam termasuklah hak berpolitik. Beliau berkata:

“Suatu perkara yang perlu saya katakan di sini ialah Ikhwan al-Muslimin tidak

pernah merasakan mana-mana kerajaan yang ada pada zaman ini baik kerajaan

yang sedia ada atau kerajaan sebelumnya atau mana-mana kerajaan sekalipun,

telah memikul tanggungjawab ini atau menunjukkan kesediaan yang sebenar

untuk mendokong gagasan Islam. Semoga umat Islam menyedari hakikat ini.

Page 193: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

193

Semoga mereka menuntut supaya kerajaan mereka melaksanakan hak-hak Islam.

Dalam pada itu Ikhwan akan terus berusaha dan bekerja.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

5. Memberi Kefahaman, Menyebarkan Dakwah dan Perjuangan Berlandaskan

Perlembagaan adalah Cara yang Paling Selamat untuk Masyarakat.

Ustaz al-Banna telah menetapkan bahawa matlamat ini boleh dicapai dengan

menyebarkan dakwah dengan cara yang terbaik dan nasihat yang berguna serta

mengambil peranan yang proaktif dalam lapangan politik. Menurut beliau:

“Wasilah atau wahana yang kita gunakan ialah, meyakinkan orang ramai,

sebarkan dakwah dengan apa cara sekalipun… Seterusnya kita melangkah ke

medan perjuangan mengikut lunas undang-undang dengan tujuan dakwah ini

dapat diketengahkan ke institusi-institusi rasmi. Dengan ini dakwah akan

dibantu dan didokong oleh kuasa yang efektif. Atas dasar ini, apabila tiba masa

yang sesuai, calon-calon Ikhwan al-Muslimin akan tampil ke hadapan menjadi

wakil kepada rakyat di badan-badan perwakilan rakyat. Kami amat yakin Allah

akan membantu kami memperoleh kejayaan jika apa yang kami lakukan ini hanya

demi keredhaan Allah.

�χ u�ÝÇΖuŠ s9 uρ ª! $# tΒ ÿ…çν ç�ÝÇΨtƒ 3 �χ Î) ©!$# :”Èθ s)s9 ̓ tã ∩⊆⊃∪

“…Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya (agama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa;” Al-Hajj: 40

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)

6. Kerajaan adalah Salah Satu Rukun Islam.

Akhir sekali, Ustaz al-Banna secara tegas menyatakan pendirian Ikhwan tentang

kerajaan. Menurut beliau kerajaan adalah salah satu rukun dalam struktur sistem

Islam. Beliau berkata:

“Islam yang diimani oleh Ikhwan al-Muslimin ini ialah Islam yang meletakkan

kerajaan sebagai salah satu rukunnya. Islam yang bergantung kepada

pelaksanaan sama seperti ia bergantung kepada pendidikan. Suatu ketika dahulu

khalifah ketiga pernah berkata:

“Allah akan menghalang dengan kuasa apa yang tidak boleh dihalang dengan al-

Quran.”

Page 194: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

194

“Nabi s.a.w. meletakkan pemerintahan sebagai salah satu rangkaian Islam. Dalam

buku-buku fikah kita, pemerintahan disenaraikan dalam masalah akidah dan

asas, bukan dalam masalah fikah dan sampingan. Islam adalah pemerintahan dan

pelaksanaan…”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Ustaz al-Banna menegaskan bahawa semua hakikat ini lahir dari prinsip iaitu

politik tidak boleh dipisahkan dengan Islam dan sistem sosial dalam Islam. Hakikat ini

dapat dilihat dengan jelas dalam tulisan-tulisan beliau. Contohnya seperti berikut:

Islam telah meletakkan suasana politik yang dapat memberikan kebahagiaan di

dunia dan keuntungan di akhirat. Ustaz al-Banna telah menjelaskan matlamat politik

dalam Islam. Menurut beliau:

“Wahai bangsa kami, janganlah istilah-istilah ini menutup mata kamu daripada

menilai kenyataan. Janganlah nama-nama yang digunakan ini menutup semua

kebenaran. Janganlah luaran itu menutup segala kebenaran. Islam sememangnya

mempunyai dasar politik untuk membawa kebahagiaan di dunia dan kejayaan di

akhirat. Inilah politik kami dan kami tidak ada pilihan lain. Oleh itu

ketengahkanlah politik ini dan ajaklah orang lain berlandaskan politik ini nescaya

kamu akan beroleh kemuliaan di akhirat. Kamu pasti akan memahaminya apabila

sampai masanya.”

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Islam tidak memisahkan agama dengan politik. Ustaz al-Banna juga menegaskan

salah satu nilai Islam yang tidak akan berubah ialah tidak memisahkan agama dengan

politik. Beliau menyebut:

“Jarang sekali anda bertemu dengan seseorang yang tidak memisahkan antara

politik dan Islam apabila dia memperkatakannya. Kedua-dua perkara akan

diletakkan di tempat yang berasingan. Bagi sesetengah masyarakat, kedua-dua

perkara ini tidak boleh bersama. Oleh kerana itu dinamakan sesebuah

pertubuhan sebagai pertubuhan Islam dan bukannya pertubuhan politik atau

perhimpunan ini satu perhimpunan agama bukannya perhimpunan politik. Anda

juga boleh lihat perlembagaan pertubuhan-pertubuhan Islam ada mencatatkan:

“Pertubuhan ini tidak terlibat dengan soal politik.”

“Saudara, katakan kepada saya, jika Islam ini bukan politik, bukan sosial, bukan

ekonomi dan bukan ilmu pengetahuan, jadi Islam ini apa? Adakah Islam ini hanya

Page 195: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

195

rakaat-rakaat yang dilakukan dengan hati yang kosong atau hanya sekadar lafaz

umpama kata-kata Rabi’ah al-Adawiyah: “Istighfar yang memerlukan kepada

istighfar.” Saudara adakah hanya kerana ini al-Quran perlu turun membawa

suatu sistem yang lengkap.

|$YΖ≈u‹ö;Ï? Èe≅ä3 Ïj9 & óx« “ Y‰èδ uρ Zπ yϑ ômu‘uρ 3“u�ô³ç0 uρ tÏϑ Î=ó¡ ßϑ ù=Ï9 ∩∇∪

“…menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita Yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.” An-Nahl: 89

(BUAT MAHASISWA)

Politik dan pemerintahan adalah di antara perkara khusus dalam syariat Islam

dan tidak akan terpisah daripada asas yang lain. Ustaz al-Banna menjelaskan

kedudukan politik sebagai sebahagian daripada perkara asas dalam syariat:

“Islam yang suci ini meletakkan kerajaan sebagai salah satu elemen sistem

sosial Islam kerana Islam tidak dapat menerima suasana yang tidak stabil. Islam

juga tidak membenarkan masyarakat Islam hidup tanpa pemimpin…

Èβr& uρ Νä3 ôm $# ΝæηuΖ ÷d t/ !$ yϑÎ/ tΑt“Ρr& ª! $# Ÿω uρ ôìÎ7 ®Ks? öΝèδu !#uθ ÷δr& öΝèδ ö‘x‹÷n $#uρ β r& š‚θ ãΖÏF ø�tƒ .tã ÇÙ÷è t/ !$ tΒ tΑt“Ρr& ª!$#

y7 ø‹s9 Î) (

“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu…” Al-Maidah: 49

“Sesiapa yang mendakwa agama ini (atau lebih tepat Islam) tidak menyentuh

aspek politik atau politik tidak termasuk dalam bidang Islam, dia sebenarnya

telah menzalimi diri sendiri atau menzalimi ilmunya. Saya tidak katakan dia

menzalimi Islam kerana Islam adalah syariat Allah yang tiada sedikitpun salah

silap dan cacat celanya.

“Negara Islam mestilah dibina di atas asas dakwah supaya Negara ini mempunyai

wawasan tersendiri, bukan sekadar sebuah jentera pentadbiran dan kerajaan

yang beku dan kaku tanpa sebarang roh. Demikian juga dakwah mestilah

diletakkan di bawah penjaga yang akan menjaga, menyebar, menyampai dan

memantapkannya.”

(KRISIS DALAMAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM POLITIK)

Page 196: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

196

Mengabaikan aspek pemerintahan adalah jenayah sementara menuntut

kewujudannya adalah wajib dalam Islam. Seterusnya Ustaz al-Banna mengingatkan

tentang jenayah akibat mengabaikan pelaksanaan syariat Allah. Beliau menggesa para

penggerak Islam agar berusaha mencapai matlamat ini:

“Islam yang diimani oleh Ikwan al-Muslimin ini ialah Islam yang meletakkan

kerajaan sebagai salah satu rukunnya. Islam yang bergantung kepada

pelaksanaan sama seperti ia bergantung kepada pendidikan. Suatu ketika dahulu

khalifah ketiga pernah berkata:

“Allah akan menghalang dengan kuasa apa yang tidak boleh dihalang dengan al-

Quran.”

Nabi s.a.w. meletakkan pemerintahan sebagai salah satu rangkaian Islam. Dalam

buku-buku fikah kita, pemerintahan disenaraikan dalam masalah akidah dan

asas, bukan dalam masalah fikah dan sampingan. Islam adalah pemerintahan dan

pelaksanaan…

Mungkin kita boleh faham jika para reformis Islam merasa selesa dengan hanya

berperanan sebagai penasihat dan pembimbing ketika mereka mendapati ada

ahli politik dan pemerintah yang patuh kepada perintah Allah dan melaksanakan

segala hukum-Nya, menyampaikan segala ayat-ayat dan hadis-hadis Nabi s.a.w.

Namun hakikatnya seperti yang kita lihat, perlembagaan Islam berada di suatu

tempat dan perlembagaan yang diguna pakai berada di tempat yang lain. Sikap

para reformis Islam yang berpeluk tubuh tidak mahu menuntut supaya hukum

Islam dijalankan merupakan suatu jenayah menurut Islam; Jenayah yang tidak

akan dimaafkan kecuali dengan cara bangkit dan mengambil semula kuasa

eksekutif daripada genggaman pihak yang tidak meyakini undang-undang Islam

yang suci.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Kesederhanaan dan rasional ketika berhadapan dengan masalah pemerintahan.

Akhirnya, secara terbuka beliau menjelaskan bahawa matlamat Ikhwan al-Muslimin

bukanlah untuk mendapat kuasa pemerintahan sebaliknya matlamat mereka ialah

melaksanakan syariat Allah. Tegas beliau:

“Atas dasar ini, Ikhwan al-Muslimin tidak pernah menuntut kuasa untuk

kepentingan diri sendiri. Jika Ikhwan merasakan ada di kalangan umat ini yang

bersedia memikul tanggungjawab dan amanah ini serta bersedia memimpin

masyarakat berlandaskan ajaran Islam dan al-Quran maka Ikhwan akan menjadi

jentera, pembantu dan pendokongnya. Jika tiada maka kuasa pemerintahan

Page 197: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

197

adalah sebahagian pendekatan Ikhwan. Mereka akan berusaha mengambil semula

kuasa daripada genggaman setiap kerajaan yang tidak melaksanakan perintah

Allah.

“Atas dasar ini juga, Ikhwan amat waras dan amat berhati-hati untuk tidak

menerima tanggungjawab kuasa ini dalam keadaan jiwa umat Islam di tahap

sekarang ini. Perlu ada suatu tempoh yang diperuntukkan untuk menyebar dan

mengetengahkan dasar-dasar Ikhwan. Dalam tempoh ini masyarakat dididik

bagaimana untuk mengutamakan kepentingan umum daripada kepentingan

peribadi.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Dengan landasan yang jelas dan nyata ini Ustaz al-Banna telah mengemukakan

suatu pemikiran politik yang berlandaskan fahaman yang tepat tentang Islam. Agama

yang merupakan panduan hidup yang lengkap dan bersepadu. Ia sekaligus menggariskan

dasar dalam gerakan Ikhwan al-Muslimin. Dasar ini seterusnya mencorak agenda

kebangkitan ummah dan proses pembinaan sebuah negara Islam yang unggul.

Page 198: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

198

Bahagian II KONSEP

Ustaz al-Banna telah mengemukakan beberapa konsep asas yang menjadi teras

kepada agenda kebangkitan ummah. Konsep-konsep tersebut adalah seperti berikut:

1. Arab

i. Maksud Arab

Ustaz al-Banna menjelaskan maksud ini apabila berkata:

“Ikhwan al-Muslimin mentakrif Arab mengikut takrif Nabi s.a.w. yang

dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Kathir daripada Muaz bin

Jabal r.a.:

“Ketahuilah Arab itu adalah lisan, ketahuilah Arab itu adalah lisan (bahasa).”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

ii. Kedudukan Arab

“Arab adalah bangsa Islam yang pertama dan menjadi bangsa pilihan. Tepat

sekali sabda Rasul s.a.w.:

“Apabila Arab lemah Islam juga akan lemah.”

Islam tidak akan mampu bangkit jika bangsa Arab tidak mampu disatukan dan

dibangunkan. Setiap inci bumi Arab ini kita anggap sama seperti bumi dan

tanahair kita sendiri. Sempadan geografi dan pecahan politik yang ada kini tidak

mampu memisahkan kita selama-lamanya dengan kesatuan Arab Islam…

Islam yang suci ini lahir dalam budaya Arab dan sampai ke bangsa-bangsa lain

melalui orang Arab. Kitab suci Islam juga berbahasa Arab. Seluruh bangsa

bersatu di bawah nama Islam…”

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

Dengan ini, konsep ini mengandungi beberapa elemen berikut:

i. Sesiapa sahaja yang berbahasa Arab dia adalah orang Arab.

Page 199: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

199

ii. Apabila lemah Arab lemahlah Islam.

iii. Arab adalah bangsa Islam yang awal dan bangsa yang terpilih.

iv. Kebanggaan dengan Arab bukan bertitik tolak daripada semangat taksub,

takbur dan memusuhi bangsa lain.

2. Patriotik

i. Maksud patriotik.

Bagi menjelaskan maksud ini Ustaz al-Banna membentangkannya mengikut

beberapa sudut:

a. Cintakan negara

“Jika patriotisme yang dimaksudkan oleh para pejuang patriotisme ialah

cintakan tanahair, rasa kasih dan rasa rindu atau seumpamanya, perasaan ini

sememangnya sedia tertanam dalam fitrah rnanusia dan bertepatan dengan

perintah Islam.”

(DAKWAH KITA)

b. Negara yang merdeka dan bermaruah

“Jika apa yang mereka maksudkan ialah kewajipan berusaha sedaya upaya untuk

membebaskan negara daripada penjajahan kolonialisme atau melakukan sesuatu

ke arah mencapai kemerdekaan negara atau menanamkan harga diri dan

semangat kemerdekaan dalam jiwa anak bangsa, jika ini yang mereka maksudkan

ia bermakna kita turut sama bersama mereka.”

(DAKWAH KITA)

c. Masyarakat yang bersatu

“Jika apa yang mereka maksudkan dengan patriotisme ialah mengukuhkan

hubungan antara masyarakat dalam rantau yang sama dan memimpin mereka

menggunakan hubungan ini untuk kepentingan mereka, jika ini yang mereka

maksudkan kita turut bersetuju dengan mereka.”

(DAKWAH KITA)

ii. Landasan patriotisme kita.

Page 200: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

200

Seterusnya Ustaz al-Banna menggariskan asas kepada semangat patriotik:

“Mereka yang menyangka Ikhwan al-Muslimin membelakangkan negara dan tidak

bersemangat patriotik sebenarnya silap. Orang Islam adalah orang yang paling

setia dengan negara mereka. Mereka sedia berkorban demi negara dan mereka

menghormati orang yang setia berjuang demi negara. Anda sendiri dapat lihat

sejauhmana semangat patriotisme umat Islam dan sejauhmana mereka

perjuangkan maruah bangsa mereka. Namun umat Islam berbeza dengan para

pejuang patriotik tulen kerana landasan patriotisme umat Islam ialah akidah

lslam.

“Sedarlah, semangat patriotisme yang ada pada Ikhwan al-Muslimin

menyebabkan mereka amat-amat meyakini bahawa mengabaikan mana-mana bumi

yang didiami oleh seorang Muslim adalah suatu jenayah yang tidak dapat

diampunkan kecuali jika mereka mengembalikannya semula atau mereka

terkorban dalam usaha untuk mengembalikannya. Mereka tidak akan selamat

daripada kemurkaan Allah kecuali mereka perlu berusaha melakukannya.”

(BUAT PEMUDA)

iii. Sempadan patriotisme kita.

Ustaz al-Banna turut menjelaskan sempadan semangat patriotik dalam Islam.

Beliau berkata:

“Apa yang membezakan kita dengan mereka ialah kita melelakkan sempadan

patriotisme kita ialah akidah. Sementara mereka meletakkan sempadan

patriotisme mereka ialah sempadan geografi… Ini berbeza dengan pejuang

patriotisme. Mereka hanya mengambil perhatian kepada sebidang tanah yang

kecil dan sempit. Perbezaan ini lebih ketara apabila mereka berusaha

memperkukuhkan kekuatan mereka dengan menindas bangsa lain. Kita tidak rela

melakukannya jika ia menyebabkan penindasan kepada mana-mana bumi Islam.

Kita hanya menuntut perkara yang membawa kekuatan kepada semua. Bagi

pejuang patriotisme, mereka tidak melihat ini sebagai suatu masalah. Oleh itu

berlakulah keretakan dalam hubungan antara negara Islam, kekuatan negara

Islam semakin lemah dan peperangan tercetus sesama sendiri akibat percaturan

pihak musuh.”

(DAKWAH KITA)

iv. Matlamat patriotik kita.

Page 201: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

201

Akhir sekali, Ustaz al-Banna menjelaskan matlamat patriotisme dalam Islam.

“Mana-mana pejuang patriotisme sudah tentu meletakkan kemerdekaan negara

mereka sebagai matlamat utama mereka. Malangnya apabila mereka berusaha

memajukan negara ini, mereka arahkan tumpuan mereka hanya kepada aspek

kebendaan sama seperti yang dilakukan oleh masyarakat Eropah sekarang.

Berbeza dengan kita kerana kita meyakini sebagai seorang muslim kita memikul

suatu amanah dan untuk itu kita perlu mengorbankan nyawa, darah dan harta

dalam usaha melaksanakan amanah itu. Iaitu memimpin manusia dengan cahaya

Islam dan mengibarkan panji Islam ke seluruh pelusuk bumi.”

(DAKWAH KITA)

Dengan ini menurut pandangan Ustaz al-Banna konsep patriotisme ini

mengandungi beberapa elemen seperti berikut:

i. Kecintaan kepada negara lahir daripada fitrah dan agama.

ii. Membebaskan negara dan memelihara kemerdekaannya adalah wajib dalam

Islam.

iii. Ikatan patriotik antara anggota masyarakat merupakan suatu prinsip Islam.

iv. Asas semangat patriotisme kita adalah akidah Islam.

v. Sempadan semangat patriotisme kita adalah akidah dan bukan sempadan

geografi.

vi. Semangat patriotisme kita mengandungi mesej untuk seluruh dunia.

3. Nasionalisme

i. Maksud nasionalisme.

Bagi menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan nasionalisme Ustaz al-Banna

telah mengemukakan nilai-nilai berikut:

a. Nasionalisme dan kegemilangan silam

“Jika nasionalisme yang dimaksudkan oleh mereka yang berbangga dengan

semangat nasionalisme ialah generasi mutakhir perlu menurut jejak generasi

Page 202: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

202

silam dalam membina hidup gemilang… ia adalah suatu tujuan yang baik. Kami

sokong dan kami galakkan…

“Manusia ini seperti logam, orang yang terbaik pada zaman jahiliyyah adalah orang yang terbaik pada zaman Islam, jika mereka memahami.” (maksud hadis)

(DAKWAH KITA)

b. Nasionalisme dan ummah

“Jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah keluarga dan ummah adalah orang

yang paling utama untuk menerima layanan baik dan orang yang paling utama

dilimpahkan segala sumbangan dan jihad, maksud ini adalah benar… Jika

nasionalisme yang dimaksudkan ialah kita semua dituntut supaya berusaha dan

berjihad, maka menjadi kewajipan setiap pihak untuk berusaha mencapai

matlamat ini sehingga dengan izin Allah masing-masing mencapai kejayaan. Inilah

pengagihan tugas yang terbaik… Semua nilai nasionalisme ini dan yang

seumpamanya adalah nilai yang baik, disanjungi dan tidak dilarang oleh Islam.

Nilai ini menjadi ukuran kita dan kita bukan sahaja menerima dengan senang hati

semua nilai ini malah kita sokong.”

(DAKWAH KITA)

c. Nasionalisme jahiliyyah

“Jika apa yang dimaksudkan dengan nasionalisme ialah menghidupkan kembali

budaya Jahiliyyah yang telah pupus. Mewujudkan semula sejarah yang telah

lenyap dengan mengenepikan tamadun baik yang telah bertapak kukuh.

Membuang semua yang ada kaitan dengan Islam semata-mata kerana semangat

nasionalisme dan semangat kebangsaan… maka nasionalisme seperti ini tidak

betul dan membawa kesan yang amat buruk…

“Allah telah membersihkan kamu daripada nilai jahiliyyah dan budaya berbangga

dengan nenek moyang. Seluruh manusia berasal dari Adam dan Adam daripada

tanah. Tiada kemuliaan bagi orang Arab berbanding bukan Arab kecuali dengan

ketakwaan.” (maksud hadis)

(DAKWAH KITA)

ii. Teras Semangat Nasionalisme Kita.

Akhir sekali Ustaz al-Banna menjelaskan teras kepada semangat nasionalisme

dalam Islam. Beliau berkata:

Page 203: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

203

“Teras kepada semangat nasionalisme kita ialah kepatuhan kepada Allah, rasul

dan orang-orang beriman: Marilah saudara, marilah kita dengar firman Allah

Taala:

ª!$# =’ Í<uρ šÏ%©!$# (#θ ãΖtΒ#u Οßγ ã_Ì2÷‚ムzÏiΒ ÏM≈yϑ è=—à9$# ’ n<Î) Í‘θ–Ψ9$# (

“Allah pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman)…” Al-Baqarah: 257

È≅ t/ ª!$# öΝà68s9 öθ tΒ ( uθ èδ uρ ç�ö!yz zƒ Î�ÅÇ≈Ζ9$# ∩⊇∈⊃∪

“(janganlah kamu taatkan mereka!) bahkan (taatlah kepada) Allah pelindung kamu, dan Dialah sebaik-baik penolong.” Ali Imran: 150

$ uΚΡÎ) ãΝä3–Š Ï9 uρ ª!$# …ã& è!θ ß™u‘uρ tÏ% ©!$#uρ (#θ ãΖtΒ#u t Ï%©!$# tβθ ßϑ‹É) ムnο4θ n=¢Á9$# tβθ è?÷σ ムuρ nο 4θ x.“9$# öΝèδuρ tβθãèÏ.≡ u‘ ∩∈∈∪

“Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).” Al-Maidah: 55

Firman Allah lagi yang bermaksud:

“Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran), dan Dialah jua yang menolong dan memelihara orang-orang yang berbuat kebaikan.” (maksud Al-A’raf: 196)

“Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kamui. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.” (maksud At- Taubah: 51)

“Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dan sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.” (maksud surah Yunus: 62-63)

“Balasan yang demikian, kerana sesungguhnya Allah menjadi pelindung orang-orang yang beriman, dan sesungguhnya orang-orang yang kafir tiada sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan kepada mereka.” (maksud Muhammad: 11)

Page 204: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

204

“Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasul-Nya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (maksud Al-Munafiqun: 8)

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis Qudsi:

“Allah Taala berfirman pada hari kiamat: Wahai anak-anak Adam, Aku tetapkan satu nasab dan kamu tetapkan nasab kamu sendiri. Dengan itu kamu berkata fulan anak fulan dan Aku pula berfirman: Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah lebih taqwanya di antara kamu. Pada hari ini Aku angkat nasab-Ku dan Aku ketepikan nasab kamu.” (maksud hadis Qudsi)

“Saudara yang dihormati, manusia berbangga dengan nasab keturunan apabila

mereka mahu berkongsi keagungan dan kehebatan datuk nenek, atau kerana

mahu meniupkan semangat dan maruah diri pada generasi anak-anak mereka.

Namun kedua-dua tujuan ini sebenarnya tidak membawa apa-apa erti.

Sebaliknya tidakkah anda rasakan hubungan anda dengan Allah lebih

memberikan anda kehebatan dan kemuliaan.

¨βÎ* sù nο“ Ïèø9 $# ¬! $ YèŠ ÏΗsd ∩⊇⊂∪

“…kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).” An-Nisaa: 139

Hubungan ini akan lebih membawa anda ke martabat yang tinggi. Hubungan ini

akan meniupkan semangat kepada mereka yang beramal untuk bangkit. Apakah

ada yang lebih besar dan lebih mulia apabila anda melihat diri anda ada

hubungan dengan Allah. Anda dihubungkan dengan Allah kerana sesuatu sebab,

Allah berfirman:

Å3≈s9 uρ (#θçΡθ ä. z↵ÍhŠ ÏΨ≈−/ u‘ $yϑ Î/ óΟçFΖä. tβθ ßϑ Ïk=yè è? |=≈tGÅ3 ø9 $# $ yϑÎ/ uρ óΟ çFΖ ä. tβθ ߙ①ô‰ s? ∩∠∪

“…Tetapi (sepatutnya ia berkata): Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.” Ali Imran: 79

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Dengan ini, nilai nasionalisme menurut pandangan Islam dari kacamata Ustaz al-

Banna boleh dirumuskan seperti berikut:

Page 205: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

205

i. Rasa bangga dengan bangsa dan warisan sejarah, serta hubungan antara

generasi baru dan lama.

ii. Keutamaan kepada bangsa dan hak mereka mendapat layanan yang baik.

iii. Tidak mengiktiraf rasa bangga dengan keturunan dan tradisi jahiliyah.

iv. Teras semangat nasionalisme kita ialah kepatuhan mutlak kepada Allah, rasul

dan orang-orang beriman.

4. Kesejagatan

i. Maksud kesejagatan

Konsep ini dijelaskan oleh Ustaz al-Banna:

“Dakwah ini bersifat sejagat kerana dakwah ini ditujukan kepada seluruh

rnanusia atas dasar semua manusia adalah saudara. Mereka berasal daripada

asal-usul yang sama, bapa mereka sama dan keturunan mereka sama. Kemuliaan

mereka hanya berdasarkan kepada ketakwaan serta amal kebajikan yang mereka

sumbangkan kepada bangsa manusia.

“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah

menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan

daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan

dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan

bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut

nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana

sesunggahnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” (maksud An-Nisaa:

1)

“Kita tidak menerima semangat perkauman dan kita juga tidak akan meniupkan

semangat perkauman berteraskan kaum dan warna kulit. Sebaliknya kita akan

mengajak manusia ke arah semangat persaudaraan yang sejati sesama seluruh

bangsa manusia.

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki

dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kama berbagai bangsa dan bersaku

puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan

yang lain). Sesunggahnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih

taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). (maksud

Al-Hujarat: 13)

Page 206: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

206

“Nabi s.a.w. juga pernah bersabda:

“Bukan dari kalangan kita orang yang menyeru ke arah asobiyyah. Bukan dari kalangan kita orang yang mati dalam asobiyyah.” (maksud hadis)

Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad daripada Jabir bin Mut’im r.a.”

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

ii. Fasa sejagat adalah fasa terakhir dalam agenda kita.

Ustaz al-Banna menjelaskan bahawa matlamat akhir kita ialah kuasa dunia.

“Semangat sejagat atau kemanusiaan pula adalah matlamat kita yang paling

utama dan menjadi kemuncak usaha pengislahan ini. Tidal syak lagi, dunia kini

sedang menuju ke arah ini. Penyatuan pelbagai bangsa, permuafakatan antara

pelbagai ras dan bangsa, bangsa-bangsa yang lemah bersatu untuk mewujudkan

kuasa baru, bangsa-bangsa yang selama ini berpecah mula bersatu untuk

mengecapi nikmat perpaduan, semua ini membuka langkah untuk idea

kesejagatan ini bertapak malah bakal mengambil alih fahaman kebangsaan dan

perkauman yang dianuti oleh masyarakat manusia sebelum ini. Memang tidak

dinafikan mereka perlu menganut fahaman perkauman ini supaya unit-unit kecil

ini dapat bersatu, kemudian mereka perlu mengenepikannya supaya mereka

boleh membentuk kelompok yang lebih besar. Dengan ini barulah mereka dapat

membina perpaduan mutlak. Walaupun pelaksanaannya agak lambat namun segala

perubahan ini pasti akan berlaku. Oleh itu kita perlu jadikan perubahan ini

sebagai suatu matlamat dan fokus utama kita. Kita akan turut sama menyumbang

batu-bata bagi membina binaan kemanusiaan ini. Walau bagaimanapun tidak

semesinya kita yang akan sempurnakan binaan ini kecuali setiap orang telah

ditetapkan ajalnya.”

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

Dengan ini, konsep kesejagatan menurut pandangan Ustaz al-Banna boleh

dirumuskan kepada beberapa elemen seperti berikut:

i. Seruan untuk mewujudkan persaudaraan seluruh manusia dan perpaduan

sejagat.

ii. Menghapuskan sikap fanatik berteraskan bangsa dan puak.

iii. Seruan untuk mewujudkan sistem baru dunia yang berteraskan keadilan.

Page 207: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

207

iv. Hormat kepada undang-undang antarabangsa dengan syarat ia dilaksanakan

dengan adil dan saksama.

v. Yakin dengan hasil tamadun dan menerima tamadun yang baik daripada bangsa

lain.

Akhirnya, dengan penuh keyakinan kita boleh katakan di sini bahawa konsep asas

yang menjadi teras kepada agenda kebangkitan ummah seperti patriotisrne, semangat

Arab, nasionalisme dan semangat sejagat tidak terhad kepada sempadan geografi.

Sebaliknya semua konsep ini berlandaskan nilai akidah. Ia menolak fahaman fanatik

sebaliknya menyeru manusia kepada Allah. Dengan ini bermakna matlamat tertinggi

konsep-konsep ini ialah dunia dan seluruh manusia. Ia bermaksud membimbing seluruh

manusia berpandukan cahaya Islam.

Page 208: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

208

Fasal 12

GERAKERJA POLITIK

Bahagian I: Sasaran Politik dalam Dakwah

Bahagian II: Kaedah Penglibatan Politik.

Bahagian III: Fasa Penglibatan Politik.

Bahagian IV: Pendirian Politik dalam Dakwah.

Page 209: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

209

Bahagian I SASARAN POLITIK DALAM DAKWAH

1. Membebaskan Bumi Islam

Sudah tentu matlamat pertama dakwah ini ialah membebaskan bumi Islam.

Perkara ini disentuh oleh Ustaz al-Banna:

“Membebaskan dunia Islam daripada semua cengkaman kuasa asing yang

sememangnya merupakan hak semulajadi semua manusia. Hanya orang yang

bersikap kejam dan diktator sahaja yang akan menafikannya.”

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

2. Penyatuan Bumi Islam

Ustaz al-Banna turut menegaskan perlunya bumi Islam disatukan. Beliau

berkata:

“Selepas itu kami mahu satukan semua negara-negara Islam yang telah

dipisahkan oleh dasar Barat dan mengembalikan semula perpaduan negara-

negara ini yang telah dimamah oleh kerakusan Eropah. Ini bermakna kami tidak

akan mengiktiraf pemisahan politik. Kami tidak akan tunduk kepada perjanjian

antarabangsa yang telah dimeterai yang hanya menyebabkan negara Islam

bertukar menjadi negara-negara kecil yang lemah dan berpecah hingga mudah

ditelan oleh kolonialisme. Kami tidak akan berdiam diri terhadap segala

pencabulan yang dilakukan terhadap kemerdekaan bangsa-hangsa ini. Demikian

juga dengan manipulasi bangsa lain terhadap bangsa-bangsa ini. Mesir, Syria,

Iraq, Hijaz, Yaman, Tripoli, Tunisia, Algeria, Maghribi dan setiap inci muka bumi

yang ada mengucap kalimah syahadah, “Tiada tuhan melainkan Allah”, setiap

muka bumi ini adalah negara kami yang akan kami bebaskan dan selamatkan.

Seterusnya kami akan satukan kesemua negara ini.”

(BUAT PEMUDA)

3. Pembentukan Sebuah Negara Islam

Setelah dibebaskan dan disatukan, matlamat ketiga ialah membentuk sebuah

negara Islam. Hakikat ini disebut oleh beliau:

“Menegakkan sebuah negara Islam yang bebas di bumi ini. Negara yang mampu

melaksanakan hukum-hukum dan sistem sosial Islam. Sebuah negara yang dapat

Page 210: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

210

menampilkan ajaran Islam yang sebenar dan dapat menyebarkannya secara

bijaksana kepada semua manusia. Selagi negara ini tidak wujud, selagi itulah

seluruh umat Islam berdosa. Umat Islam akan dipertanggjawabkan di hadapan

Allah kerana mereka dianggap cuai dan tidak berusaha mewujudkannya. Adalah

suatu pencabulan kepada hak-hak kemanusiaan terutama dalam keadaan yang

tidak menentu ini apabila wujudnya sebuah Negara yang melaungkan dasar-dasar

yang kejam dan menyebarkan fahaman-fahaman yang sesat. Namun tidak wujud

sesiapapun yang berusaha menegakkan sebuah negara yang berpegang kepada

kebenaran, keadilan dan keharmonian.”

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

4. Mewujudkan Penyatuan Arab

Ustaz al-Banna menekankan penyatuan bangsa Arab sebagai asas kepada

penyatuan bangsa Islam.

“Dengan ini penyatuan bangsa Arab adalah perlu bagi mengembalikan

kegemilangan Islam, bagi menegakkan negara Islam dan mengukuhkan kuasa

Islam. Dengan ini juga setiap orang Islam perlu berusaha mengembalikan

perpaduan Arab, berusaha membantu serta menyokong perpaduan ini. Ini adalah

pendirian Ikhwan al-Muslimin berhubung perpaduan Arab.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

5. Mewujudkan Penyatuan Bangsa Islam

Seterusnya, beliau mengemukakan matlamat akhir iaitu penyatuan seluruh umat

Islam. Tegasnya:

“Dengan hakikat ini, Islam tidak menerima persempadanan geografi dan tidak

menerima diskriminasi berasaskan bangsa dan keturunan. Islam beranggapan

seluruh umat Islam sebagai satu bangsa dan bumi Islam sebagai satu negara,

walau sejauhmana sekalipun kedudukan dan sempadannya. Ikhwan al-Muslimin

menghormati perpaduan ini dan mengimani penyatuan ini. Ikhwan akan sentiasa

bekerja untuk menyatukan umat Islam dan memantapkan persaudaraan Islam.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Akhirnya Ustaz al-Banna merumuskan seluruh matlamat tadi. Menurut beliau,

matlamat politik yang paling utama dalam agenda kebangkitan ummah ialah:

Page 211: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

211

“Mewujudkan kembali sebuah negara untuk umat Islam dengan cara

memerdekakan semua tanahair umat Islam, menghidupkan semula sejarah

kegemilangan mereka, merapatkan jurang budaya mereka dan menyatukan suara

mereka sehinggalah muncul kembali khilafah Islam yang telah lama lenyap dan

lahir semula perpaduan umat Islam yang dicitakan.”

(RISALAH TAALIM)

Page 212: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

212

Bahagian II KAEDAH PENGLIBATAN POLITIK

Ustaz al-Banna melihat langkah awal ke arah pembentukan sebuah negara Islam

akan hanya dapat dicapai dengan penglibatan politik. Penglibatan ini sudah tentu boleh

dilakukan dengan pelbagai cara melalui pelbagai peringkat. Setiap peringkat

memerlukan kaedah yang berbeza untuk mewujudkan aktiviti politik. Apa sahaja cara

boleh digunakan selagimana ia bertepatan dengan syarak dan tidak bercanggah dengan

asas yang ditetapkan oleh syarak serta mampu memberikan kebaikan yang pasti.

Dakwah ini secara praktikalnya telah menggunakan beberapa kaedah, sebagai contoh:

1. Aktiviti penerangan yang giat.

2. Mengutus memorandum kepada pihak berkuasa.

3. Mewujudkan badan yang mengkaji perlembagaan dan mengemukakan beberapa

usul.

4. Menyediakan beberapa saranan pemulihan yang disalurkan kepada pihak yang

bertanggungjawab.

5. Mengeluarkan kenyataan politik yang menyatakan pendirian jamaah.

6. Menyertai Majlis Perwakilan Rakyat, mewujudkan atau menyertai parti politik.

7. Menyatakan tuntutan politik secara terus-terang.

8. Mengadakan persefahaman politik.

Page 213: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

213

Bahagian III FASA PENGLIBATAN POLITIK

Dalam ucapan di Muktamar Kelima, Ustaz al-Banna berpandangan bahawa

berdasarkan kajian tentang semua gerakan sepanjang sejarah, beliau meletakkan kita

dalam tiga fasa utama yang perlu dilalui oleh dakwah:

1. Fasa Penerangan (takrif)

Fasa ini memberikan penerangan tentang kandungan gagasan ini kepada

masyarakat. Ciri-ciri fasa ini telah dinyatakan oleh Ustaz al-Banna:

i. Menjelaskan pemikiran yang betul kepada masyarakat.

ii. Penerangan yang giat berkenaan dengan jamaah.

iii. Merangsang peranan ulama dalam politik.

iv. Meletakkan beberapa polisi yang mengawal segala kegiatan dalam fasa ini.

2. Fasa Pembentukan (takwin)

Dalam fasa ini berlaku proses pemilihan anggota yang aktif dan penubuhan

beberapa institusi. Ciri-ciri fasa ini menurut pandangan Ustaz al-Banna ialah:

i. Menubuhkan unit-unit yang memberi tumpuan kepada aspek perlembagaan.

ii. Menubuhkan unit-unit yang memberi tumpuan kepada aspek undang-undang.

iii. Menyediakan program-program pemulihan (pengislahan) yang bersepadu.

iv. Mengemukakan kritikan yang bernas kepada isu semasa.

3. Fasa Pelaksanaan (tanfiz)

Fasa ini ialah di mana dakwah berjuang untuk meletakkan agendanya dalam

bentuk pelaksanaan. Ciri-ciri fasa ini menurut pandangan Ustaz al-Banna ialah:

i. Penglibatan dalam Majlis Perwakilan Rakyat.

ii. Gerakan massa.

Page 214: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

214

iii. Desakan dipertingkat.

Page 215: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

215

Bahagian IV PENDIRIAN POLITIK DALAM DAKWAH

Berdasarkan matiamat, kaedah dan fasa dalam penglibatan politik, Ustaz al-

Banna telah menggariskan pendiriannya dengan jelas. Boleh dikatakan pendirian ini

adalah pendirian politik dakwah ini. Pendirian ini menyentuh pelbagai aspek dalam

agenda kebangkitan ummah seperti:

1. Pemerintahan.

2. Perlembagaan.

3. Undang-undang.

4. Parti politik.

5. Minoriti dan bangsa asing.

6. Penglibatan wanita dalam kegiatan politik.

7. Demokrasi.

8. Perpaduan.

9. Hak asasi manusia.

1. Pemerintahan

i. Pemerintahan menjadi sebahagian daripada pendekatan

Ustaz al-Banna melihat pemerintahan adalah sebahagian daripada proses agenda

kebangkitan ummah. Beliau menyebut:

“Segolongan lain pula bertanya: Adakah termasuk dalam pendekatan Ikhwan al-

Muslimin untuk membentuk sebuah kerajaan dan memerintah? Apakah cara

mereka untuk mencapai tujuan itu?

“Saya tidak akan membiarkan mereka yang bertanya dalam kebingungan. Saya

dengan penuh berbesar hati akan menjawab:

“…Islam yang diimani oleh Ikhwan al-Musliminin ialah Islam yang meletakkan

kerajaan sebagai salah satu rukunnya. Islam yang bergantung kepada

Page 216: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

216

pelaksanaan sama seperti ia bergantung kepada pendidikan. Suatu ketika dahulu

khalifah ketiga pernah berkata:

“Allah akan menghalang dengan kuasa apa yang tidak boleh dihalang dengan al-

Quran.”

“Nabi s.a.w. meletakkan pemerintahan sebagai salah satu rangkaian Islam. Dalam

buku-buku fikah kita, pemerintahan disenaraikan dalam masalah akidah dan

asas, bukan dalam masalah fikah dan sampingan. Islam adalah pemerintahan dan

pelaksanaan selain sebagai perlembagaan dan pendidikan, selain sebagai undang-

undang dan kehakiman…”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

ii. Seorang muslim tidak boleh mengiktiraf sistem yang tidak

berlandaskan Islam

Corak pemerintahan yang kita inginkan telah dinyatakan dengan jelas oleh Ustaz

al-Banna:

“Kami tidak akan mengiktiraf mana-mana kerajaan yang tidak berlandaskan

Islam. Kami juga tidak akan mengiktiraf mana-mana parti politik dan apa juga

tradisi yang dipaksa oleh pihak kafir dan musuh Islam untuk kami amalkan. Kami

akan bekerja untuk menghidupkan kembali segala aspek sistem pemerintahan

Islam. Kita juga akan membentuk sebuah kerajaan Islam berlandaskan sistem

ini.”

(BUAT PEMUDA)

iii. Usaha mendaulatkan syariat Islam adalah wajib dan berdiam diri

adalah dosa

Beliau seterusnya menegaskan perlunya usaha mendaulatkan syariat Islam:

“Sikap para reformis Islam yang berpeluk tubuh tidak mahu menuntut supaya

hukum Islam dijalankan merupakan suatu jenayah menurut Islam; Jenayah yang

tidak akan dimaafkan kecuali dengan cara bangkit dan mengambil semula kuasa

eksekutif daripada genggaman pihak yang tidak meyakini undang-undang Islam

yang suci.

“…Ikhwan al-Muslimin tidak pernah menuntut kuasa untuk kepentingan diri

sendiri. Jika Ikhwan merasakan ada di kalangan umat ini yang bersedia memikul

tanggungjawab dan amanah ini serta bersedia memimpin masyarakat

Page 217: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

217

berlandaskan ajaran Islam dan al-Quran, maka Ikhwan akan menjadi jentera,

pembantu dan pendokongnya. Jika tiada, maka kuasa pemerintahan adalah

sebahagian pendekatan Ikhwan. Mereka akan berusaha mengambil semula kuasa

daripada genggaman setiap kerajaan yang tidak melaksanakan perintah Allah.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

iv. Matlamat Ikhwan ialah mendaulatkan syariat bukan memperolehi

kuasa

Berdasarkan pandangan Ustaz al-Banna, Ikhwan telah menggariskan matlamat

sebenar mereka:

“Ikhwan al-Muslimin meletakkan diri mereka para du’at yang mengajak manusia

kepada Allah dengan cara yang penuh bijaksana dan nasihat yang baik. Dakwah

yang mereka lakukan bertujuan melaksanakan syariat Allah sepertimana yang

telah diperintahkan oleh Allah. Matlamat ini akan dicapai melalui cara-cara yang

boleh dilakukan secara aman dan melalui institusi-institusi yang sah dari segi

undang-undang. Ikhwan tidak akan menuntut atau mengharapkan kuasa

sepertimana yang sering dilakukan pada hari ini. Namun demikian sekiranya

wujud peluang melalui peti-peti undi yang bebas dan bersih mereka tidak akan

mengenepikannya berasaskan dasar bahawa mereka memiliki agenda perubahan

yang berteraskan Islam.”

(IKHWAN DAN ISU SEMASA)

v. Perjuangan melalui perlembagaan adalah alternatif terbaik

Ustaz al-Banna telah menjelaskan kaedah yang digunakan untuk mencapai

matlamat ini:

“Wasilah atau wahana yang kita gunakan ialah… Seterusnya kita melangkah ke

medan perjuangan mengikut lunas undang-undang dengan tujuan dakwah ini

dapat diketengahkan ke institusi-institusi rasmi. Dengan ini dakwah akan

dibantu dan didokong oleh kuasa yang efektif. Atas dasar ini, apabila tiba masa

yang sesuai, calon-calon Ikhwan al-Muslimin akan tampil ke hadapan menjadi

wakil kepada rakyat di badan-badan perwakilan rakyat. Kami amat yakin Allah

akan membantu kami memperoleh kejayaan jika apa yang kami lakukan ini hanya

demi keredhaan Allah.

“Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya (agama

Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa;” (maksud al-Hajj: 40)

Page 218: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

218

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)

vi. Perlu wujud landasan yang menunjangi kuasa politik Islam

Ustaz al-Banna menjelaskan tentang kepentingan proses pendidikan yang betul

untuk mencapai matlamat Ikhwan melaksanakan syariat Allah:

“Atas dasar ini juga, Ikhwan amat waras dan amat berhati-hati untuk tidak

menerima tanggungjawab kuasa ini dalam keadaan jiwa umat Islam di tahap

sekarang ini. Perlu ada suatu tempoh yang diperuntukkan untuk menyebar dan

mengetengahkan dasar-dasar Ikhwan. Dalam tempoh ini masyarakat dididik

bagaimana untuk mengutamakan kepentingan umum daripada kepentingan

peribadi.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

2. Perlembagaan

i. Perbezaan antara perlembagaan dan undang-undang

Ustaz al-Banna memisahkan antara perlembagaan dengan undang-undang,

menurut beliau:

“Dalam pada itu ada sesetengah pihak yang bertanya, apakah sikap Ikhwan al-

Muslimin terhadap perlembagaan…?

“Namun sebelum itu saya ingin jelaskan perbezaan antara perlembagaan dengan

undang-undang. Perlembagaan ialah sistem pemerintahan am yang mengatur

bidang kuasa dan tanggungjawab pemerintah serta sejauhmana hubungan

mereka dengan rakyat. Sementara undang-undang pula ialah sistem yang

mengatur hubungan antara individu, memelihara hak-hak emosi dan fizikal

mereka serta hukuman yang dikenakan ke atas setiap tingkah laku mereka.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

ii. Prinsip pemerintahan menurut perlembagaan

Bagi menjelaskan pendiriannya tentang pemerintahan berdasarkan

perlembagaan, Ustaz al-Banna menyebut:

“Wahai Ikhwan, bagi orang yang mengkaji perkara ini, prinsip pemerintahan

berperlembagaan yang mengandungi prinsip-prinsip memelihara segala bentuk

kebebasan individu, prinsip syura dan kuasa rakyat iaitu prinsip pemerintah

Page 219: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

219

bertanggungjawab kepada rakyat dan rakyat boleh mengadili setiap tindakan

mereka, menggariskan kuasa setiap pemerintah, kesemua prinsip ini bagi sesiapa

sahaja yang mengkaji jelas menunjukkan ia bertepatan dengan ajaran serta

sistem dan dasar Islam dalam aspek pcmerintahan.

“Dengan ini Ikhwan al-Muslimin meyakini sistem pemerintahan berperlembagaan

adalah sistem pemerintahan sedia ada yang paling hampir dengan Islam. Oleh itu

Ikhwan tidak akan mengubah sistem ini kepada sistem yang lain.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

iii. Perkara asas dalam perlembagaan

Berdasarkan pandangan Ustaz al-Banna, Ikhwan telah rnenggariskan beberapa

aspek yang perlu terkandung dalam perlembagaan ummah:

“Walaupun kita menerima hukum-hakam al-Quran al-Karim dan sunnah

mutahharah merupakan perlembagaan tertinggi (Mana-mana undang-undang yang

bercanggah dengannya tidak boleh diterima pakai), namun ummah ini perlu

mempunyai sebuah perlembagaan bertulis yang bersumberkan nas-nas syariat.

Demikian juga dengan maksud, objektif dan dasar-dasar amnya. Perlembagaan

ini juga berhak mengatur soal-soal yang dibenarkan. Perlembagaan ini mestilah

menyelaras pelbagai badan yang mentadbir hal-ehwal negara. Langkah ini

bertujuan menghalang mana-mana badan daripada melampaui bidang kuasa atau

bertindak sesuka hati.

“Perlembagaan ini juga mestilah rnengandungi dasar-dasar atau undang-undang

yang memelihara hak-hak kebebasan am dan khusus rakyat sama ada Islam atau

bukan Islam. Perlembagaan ini akan meletakkan pemerintahan berlandaskan

mesyuarat (syura) yang mengambil kira pandangan rakyat. Perlembagaan ini juga

menggariskan tanggungiawab pemerintah terhadap rakyat, kaedah menegur dan

memperbetul sebarang penyelewengan mereka dengan cara yang baik dan

berkesan sekiranya mereka cuai atau menggugurkan mereka sekiranya tindakan

tersebut perlu. Perkara ini diputuskan oleh sebuah majlis perwakilan yang

memiliki kuasa menggubal undang-undang dan kuasa pemantauan yang berkesan.

Kehendak rakyat akan diwakili melalui pilihanraya yang bebas dan bersih. Di

mana segala keputusannya adalah wajib dipatuhi.”

(INILAH DAKWAH KITA)

3. Undang-undang

Page 220: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

220

i. Islam mengemukakan asas perundangan dan undang-undang secara

terperinci

Ustaz al-Banna menegaskan bahawa Islam telah mengemukakan asas-asas

perundangan:

“Islam datang bersama undang-undang. Malah Islam telah menghuraikan

kebanyakan dasar-dasar perundangan dan undang-undang secara terperinci;

Sama ada undang-undang yang berkaitan dengan benda atau jenayah atau

urusniaga atau hal ehwal antarabangsa. Al-Quran dan hadis mengandungi

kesemua elemen ini. Buku-buku fikah juga cukup kaya dengan segala aspek ini.

Malah bangsa asing juga turut mengakui hakikat ini dan mengesahkannya di

hadapan Konvensyen Antarabangsa di The Hague di hadapan pakar-pakar

undang-undang seluruh dunia.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

ii. Kita menolak undang-undang yang bercanggah dengan Islam

Beliau seterusnya menegaskan bahawa agenda kebangkitan ummah tidak boleh

menerima mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan Islam:

“Tidak mungkin dan tidak logik jika undang-undang yang diamalkan di kalangan

umat Islam bercanggah sama sekali dengan ajaran agama mereka, hukum-hakam

al-Quran dan sunnah nabi mereka; bertentangan sama sekali dengan ajaran yang

dibawa oleh Allah dan rasul-Nya. Allah sendiri pernah mengingatkan nabi-Nya

mengenai perkara ini. Firman Allah Taala:

Èβr& uρ Νä3 ôm $# ΝæηuΖ ÷d t/ !$ yϑÎ/ tΑt“Ρr& ª! $# Ÿω uρ ôìÎ7 ®Ks? öΝèδu !#uθ ÷δr& öΝèδ ö‘x‹÷n $#uρ β r& š‚θ ãΖÏF ø�tƒ .tã ÇÙ÷è t/ !$ tΒ tΑt“Ρr& ª!$#

y7 ø‹s9 Î) ( βÎ* sù (#öθ ©9 uθ s? öΝn=÷æ $$sù $ uΚ ¯Ρr& ߉ƒÌ2ムª!$# βr& Νåκ z:d ÅÁ ムÇÙ÷èt7 Î/ öΝÍκ Í5θçΡ èŒ 3 ¨βÎ)uρ #Z�!ÏWx. zÏiΒ Ä¨$ ¨Ζ9$# tβθ à) Å¡≈x� s9 ∩⊆∪

zΝõ3 ßssù r& ÏπŠ Î=Îγ≈yf ø9$# tβθäóö7tƒ 4 ôtΒ uρ ß|¡ ôm r& zÏΒ «! $# $Vϑõ3 ãm 5Θöθ s)Ïj9 tβθ ãΖ Ï%θム∩∈⊃∪

“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.” “Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum

Page 221: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

221

jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.” Al-Maidah:

49-50

“Ayat ini dinyatakan setelah Allah mengingatkan:

tΒuρ óΟ©9 Οä3 øt s† !$ yϑ Î/ tΑt“Ρr& ª!$# y7 Í×≈s9 'ρé' sù ãΝèδ tβρã2Ï�≈s3 ø9 $# ∩⊆⊆∪

“…Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.” Al-Maidah: 44

tΒuρ óΟ©9 Νà6øt s† !$ yϑ Î/ tΑ t“Ρ r& ª! $# y7Í×≈ s9 'ρé' sù ãΝèδ tβθßϑÎ=≈©à9$# ∩⊆∈∪

“…Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” Al-Maidah: 45

4 tΒ uρ óΟ©9 Νà6 øts† !$ yϑ Î/ tΑ t“Ρ r& ª! $# y7 Í×≈ s9'ρ é' sù ãΝèδ šχθà)Å¡≈ x�ø9 $# ∩⊆∠∪

“…Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” Al-Maidah: 47

“Bagaimana agaknya sikap seorang muslim yang beriman dengan Allah serta

kalimah-Nya apabila mendengar ayat-ayat dan hadis-hadis ini kemudian

menyedari dia dihukum berdasarkan undang-undang yang bercanggah dengan

kenyataan ini. Apabila dia menuntut perubahan, mereka menjawab, bangsa asing

tidak dapat menerima perubahan ini dan tidak akan mempersetujuinya. Namun

dalam masa yang sama mereka boleh mengatakan rakyat Mesir adalah rakyat

yang merdeka sedangkan mereka sendiri belum mempunyai hak menentukan

kebebasan beragama. Bukankah kebebasan agama adalah hak kebebasan yang

paling suci?

“Tambahan pula selain bercanggah dengan agama, undang-undang ciptaan

manusia ini juga bercanggah dengan perlembagaan ciptaan manusia itu sendiri

yang mengakui bahawa agama negara adalah agama Islam. Jadi bagaimana kita

dapat gabungkan kedua-dua hakikat ini, wahai orang-orang yang bijaksana?

“Allah dan rasul-Nya telah mengharamkan zina, menghalang riba, menyekat arak

dan memerangi judi. Namun undang-undang manusia melindungi penzina,

mewajibkan riba, membolehkan arak dan menyusun aktiviti perjudian. Bagaimana

sikap seorang Islam dalam masalah ini? Adakah dia akan mentaati Allah dan

Page 222: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

222

rasul-Nya sedangkan itu bermakna dia menderhakai kerajaan dan undang-undang

kerajaan? Allah lebih baik dan lebih kekal. Ataupun dia akan menderhakai Allah

dan rasul-Nya, serta mentaati kerajaan sedangkan itu bermakna dia akan

menerima padahnya di akhirat dan di dunia?”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

iii. Undang-undang mestilah dipinda supaya bertepatan dengan syariat Islam

“Ikhwan al-Muslimin tidak pernah bersetuju dengan undang-undang ini. Mereka

akan berusaha supaya undang-undang ini digantikan dengan undang-undang Islam

yang adil dan mulia. Walau bagaimanapun saya tidak berhasrat menjawab semua

kekeliruan atau halangan yang timbul dalam masalah ini. Dalam kesempatan ini

kita hanya mahu jelaskan pendirian yang kita ambil dan yang akan kita usahakan.

Kita akan tempuh segala rintangan untuk mencapai hasrat ini. Kita alan jelaskan

segala kekeliruan. Mudah-mudahan tidak timbul lagi sebarang masalah dan

segala ketundukan hanya kepada Allah.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAT KELIMA)

4. Parti politik

i. Politik kepartian dari segi prinsip

Beliau mempunyai pandangan tersendiri mengenai politik kepartian, tegas beliau:

“Saya ada pandangan tersendiri berhubung politik kepartian ini. Saya tidak suka

memaksa sesiapa menerimanya kerana ini adalah pandangan saya semata-mata.

Walau bagaimanapun saya tidak mahu sembunyikan pandangan saya ini daripada

orang ramai… Sebaliknya saya akan sentuh secara dasar dan saya akan

kemukakan kesan kewujudan parti-parti ini. Kemudian saya serahkan segala-

galanya kepada sejarah dan pandangan umum untuk menilai parti-parti ini.

“Saya yakin walaupun politik kepartian sesuai untuk sesetengah keadaan dan di

sesetengah negara namun amalan ini tidak semestinya sesuai dalam semua

keadaan… Kita sedang membina sebuah masyarakat baru yang utuh dan

memerlukan penggemblengan semua tenaga, kekuatan dan kebolehan. Pada

zaman kita perlukan kestabilan dan tumpuan sepenuhnya ke arah pemulihan,

terlalu banyak kerja yang perlu kita lakukan untuk proses pemulihan dalaman ini.

Untuk itu kita perlu tumpukan segala tenaga kita ke arah merealisasikannya bagi

menyelamatkan bangsa… Bangsa ini hanya ketiadaan kepimpinan yang baik dan

betul…”

Page 223: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

223

(BUAT MAHASISWA)

ii. Kepartian tidak boleh diterima

Oleh kerana wujud budaya yang negatif dalam politik kepartian pada zaman

beliau, Ustaz al-Banna menegaskan:

“Islam sebagai agama yang menganjurkan perpaduan dalanm segala keadaan,

agama yang berlandaskan keterbukaan, hati yang tulus, persaudaraan dalam

ertikata sebenar, kerjasama yang jujur antara semua manusia apatah lagi antara

ummah yang sama dan bangsa yang sama, sudah tentu agama ini tidak menerima

dan bersetuju dengan amalan kepartian. Al-Quran al-Karim menyebut:

(#θßϑ ÅÁ tGôã $#uρ È≅ ö7pt ¿2 «!$# $ Yè‹Ïϑ y_ Ÿω uρ (#θ è%§2x� s? 4

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai;…” Ali Imran: 103

Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda:

****ms: 173

“Adakah kamu mahu saya tunjukkan amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada sembahyang dan puasa? Para sahabat menjawab: Sudah tentu, wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Pelbaiki hubungan yang retak kerana hubungan yang retak itu ibarat pencukur. Saya tidak katakana ia mencukur rambut tetapi ia mencukur agama.”

(BUAT MAHASISWA)

iii. Perkembangan dan objektif parti politik

Beliau menganalisa pengalaman parti politik pada zamannya:

“Ikhwan al-Muslimin berpendapat kesemua parti-parti politik di Mesir ini muncul

kerana sebab-sebab tertentu dan kerana faktor-faktor yang kebanyakannya

didorong oleh matlamat peribadi bukan untuk kepentingan umum…

Mereka juga bersetuju dengan satu perkara lagi iaitu bermati-matian untuk

memperolehi kuasa dengan menggunakan segala bentuk propaganda parti dan

segala cara yang berakhlak atau tidak berakhlak untuk mencapai tujuan mereka.

Mereka akan memburuk-burukkan mana-mana musuh politik yang cuba

menghalang agenda mereka.”

Page 224: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

224

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

iv. Kesan negatif amalan kepartian

Ustaz al-Banna turut menyenaraikan kesan negatif amalan kepartian pada zaman

tersebut:

“Ikhwan juga meyakini bahawa amalan kepartian ini telah merosakkan semua

aspek hidup masyarakat. Malah telah mencemarkan nilai-nilai murni yang ada

pada mereka, akhlak mereka dan memecah belahkan hubungan sesama

masyarakat. Amalan kepartian ini mempunyai kesan yang amat buruk kepada

budaya individu dan juga masyarakat.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

v. Sistem berdasarkan perwakilan dan sistem berdasarkan parti politik

Beliau seterusnya berpendapat majlis perwakilan ataupun parlimen tidak

memerlukan kepada parti-parti politik sebagaimana yang wujud pada zaman tersebut:

“Ikhwan juga meyakini sistem perwakilan rakyat malah sistem parlimen itu

sendiri sebenarnya tidak semestinya berlandaskan amalan kepelbagaian parti

seperti yang diamalkan di Mesir hari ini. Jika tidak kenapa wujud kerajaan hasil

gabungan pelbagai parti dalam sebuah negara demokrasi. Alasan yang

mengatakan sistem parlimen hanya wujud apabila adanya pelbagai parti

sebenarnya adalah alasan yang tidak kukuh. Banyak negara yang mengamalkan

sistem parlimen berperlembagaan mengamalkan sistem satu parti. Ini bermakna

ia boleh dilakukan.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

vi. Perbezaan amalan kepartian dengan kebebasan bersuara

Beliau membezakan antara amalan kepartian dengan kebebasan bersuara,

menurut beliau:

“Saudara, bezakan antara amalan kepartian yang budayanya ialah berpecah dan

berbeza pendapat dalam semua keadaan dengan kebebasan bersuara yang bukan

sahaja dibenarkan malah digalakkan oleh Islam. Bezakan amalan kepartian ini

dengan amalan mengkaji sesuatu perkara dan berbeza pendapat untuk mencari

kebenaran. Apabila jelas kebenaran dan keputusan dibuat, semua pihak akur

dengan keputusan tersebut. Keputusan dibuat sama ada secara majoriti ataupun

Page 225: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

225

sebulat suara. Dengan ini umat ini akan dilihat sentiasa bersatu dan para

pemimpin akan dilihat sentiasa sependapat.”

(BUAT MAHASISWA)

vii. Pakatan parti-parti politik

Beliau juga berpendapat pakatan antara parti politik tidak diperlukan pada

zaman tersebut:

“Ikhwan al-Muslimin yakin idea persefahaman antara parti-parti tidak

mendatangkan apa-apa kebaikan. Ikhwan yakin cara ini hanyalah bersifat

sementara bukannya penyelesai masalah yang sebenar. Lambat laun parti-parti

yang menjalin persefahaman ini akan berpecah semula. Malah persengketaan

mereka akan bertambah sengit lebih buruk daripada sebelum persefahaman

diwujudkan. Penyelesaian yang sebenar ialah dengan membubarkan kesemua

parti ini dengan cara yang baik kerana peranan mereka sudah tamat dan situasi

sekarang sudah berbeza. Seperti kata orang: “Setiap zaman ada negara dan

tokoh-tokohnya yang tersendiri”.

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

viii. Amalan kepartian yang boleh diterima

Walaupun pada peringkat awal beliau menolak teori kepelbagaian parti kerana

pandangan peribadinya. Namun beliau akhirnya menerima teori ini tetapi dengan syarat

setelah wujudnya proses pemantapan dan pentarbiyahan:

“Mungkin boleh diterima jika ada beberapa negara yang telah menerima

kemerdekaan sepenuhnya dan sudah lengkap membina negara mereka, mereka

kini berselisih dan berpuak dalam beberapa isu. Namun bagi negara yang masih

baru, perpecahan seperti itu tidak sepatutnya berlaku. Perhatikan, krisis dunia

yang berlaku hari ini menyebabkan semua negara di dunia mengenepikan amalan

kepartian mereka sama sekali atau mereka hanya mengekalkan amalan kepartian

tradisi pada zahir sahaja tetapi pada hakikatnya mereka bersatu dalam semua

perkara.”

(BUAT MAHASISWA)

ix. Amalan kepartian yang bersih

Mengenai keyakinan Ustaz al-Banna dengan kepelbagaian parti dan amalan

kepartian yang betul, beliau berkata:

Page 226: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

226

“Kita adalah seruan al-Quran yang benar, syumul dan bersepadu: tarikat sufi

yang suci…, badan kebajikan yang efisien…, agensi sosial yang giat…, parti politik

yang bersih, mampu menyatukan masyarakat, tidak berkepentingan, mempunyai

objektif yang teratur, mampu memimpin dan membimbing dengan baik.”

(UCAPAN KEPADA PEMIMPIN KAWASAN DAN MARKAS JIHAD)

x. Ijtihad ibu pejabat Ikhwan (Maktab al-Irshad)

Mengambil kira perubahan senario masyarakat dengan wujudnya sistem satu

kuasa yang menghakis kebebasan dan mewujudkan pemerintahan diktator, selain

wujudnya kesedaran politik pada tahap yang baik setelah sekian lama mengecapi

kemerdekaan, Ibu Pejabat berpendapat, “menerima amalan kepelbagaian parti sebagai

suatu langkah perlu untuk menghalang amalan kediktatoran”.

5. Minoriti dan Bangsa Asing

i. Dasar mengenai isu minoriti

Ustaz al-Banna telah mengemukakan pendirian Islam dalam isu minoriti.

Menurut beliau:

“Ramai yang menyangka dengan berpegang teguh kepada Islam dan meletakkan

Islam sebagai landasan sistem hidup akan menafikan hak golongan minoriti

bukan Islam dalam ummah ini. Islam juga akan menolak perpaduan yang wujud

antara kaum-kaum yang ada sedangkan perpaduan merupakan asas penting dalam

pembangunan zaman ini. Namun itu bukanlah hakikat sebenar kerana Islam yang

dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui segala yang

berlaku pada sesebuah bangsa semenjak dahulu, hari ini dan akan datang,

telahpun rnenyelesaikan segala masalah ini. Perlembagaan agama ini yang lengkap

telah merangkumi hak-hak asasi golongan minoriti ini melalui nas yang cukup

jelas dan terang. Adakah mereka memerlukan nas yang lebih jelas daripada nas

berikut:

�ω â/ä38 yγ÷Ψ tƒ ª!$# Çtã tÏ% ©!$# öΝs9 öΝä.θè=ÏG≈s)ム’ Îû È Ïd‰9$# óΟ s9uρ /ä.θã_ Ì2øƒ ä† ÏiΒ öΝä.Ì2≈ tƒÏŠ βr& óΟèδρ•�y9s? (#þθ äÜÅ¡ ø)è? uρ öΝÍκ öYs9 Î)

4 ¨β Î) ©!$# E=Ït ä† tÏÜÅ¡ ø) ßϑø9 $# ∩∇∪

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak

Page 227: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

227

mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” Al-Mumtahanah: 8

(MENUJU SINAR CAHAYA)

ii. Menyanjung tinggi perpaduan seluruh manusia dan perpaduan agama

Ustaz al-Banna mengutuk secara terbuka sikap taksub dan perpecahan.

Sebaliknya beliau menggesa supaya diwujudkan perpaduan seluruh manusia dan

perpaduan agama. Tegas beliau:

“Islam amat menghormati perpaduan seluruh manusia. Ini dinyatakan oleh

firman Allah Taala:

$pκ š‰r' ¯≈tƒ â¨$ ¨Ζ9$# $ ¯Ρ Î) / ä3≈ oΨ ø)n=yz ÏiΒ 92x. sŒ 4 s\Ρ é&uρ öΝä3≈oΨ ù=yè y_uρ $ \/θãèä© Ÿ≅Í← !$ t7s% uρ (#þθ èù u‘$ yètG Ï9 4

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)…” Al-Hujurat: 13

Islam juga menyanjung tinggi perpaduan berlandaskan agama secara umum.

Kerana itu Islam menolak sikap taksub dan mewajibkan penganutnya agar

menerima seluruh risalah langit. Ini dinyatakan dalam firman Allah:

“Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu – Yahudi dan Nasrani – membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata. Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulnya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu); oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka; dan Dialah jua Yang Maha Mendengar; lagi Maha Mengetahui. (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah); celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan

Page 228: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

228

kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah?” (maksud Al-Baqarah: 136-138

“Islam yang memiliki nilai-nilai yang sederhana dan adil tidak mungkin akan

menyebabkan penganutnya menjadi punca kepada perpecahan. Sebaliknya Islam

telah berjaya meletakkan perpaduan ini sebagai suatu yang dianggap suci bukan

sekadar termaktub dalam perlembagaan sahaja.

“Islam telah menyenaraikan secara terperinci orang-orang yang boleh disingkir

dan dipulau. Ini dinyatakan oleh firman Allah selepas ayat yang dinyatakan

sebelum ini:

$ yϑ ¯Ρ Î) ãΝä39pκ ÷]tƒ ª! $# Çtã tÏ%©!$# öΝä.θ è=tG≈s% ’ Îû ÈÏd‰9$# Οà2θã_t2÷z r& uρ ÏiΒ öΝä.Ì2≈tƒ ÏŠ (#ρã2yγ≈ sß uρ #’ n? tã öΝä3 Å_#t2÷zÎ) βr&

öΝèδ öθ©9 uθ s? 4 tΒ uρ öΝçλ°; uθ tFtƒ š� Í×≈s9 'ρé' sù ãΝèδ tβθ ßϑÎ=≈©à9$# ∩∪

“Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” Al-Mumtahanah: 9

(MENUJU SINAR CAHAYA)

iii. Pendirian terhadap Kristian

Berpandukan pandangan Ustaz al-Banna, Ikhwan telah menjelaskan pendirian

Islam terhadap penganut Kristian:

“Pendirian kita terhadap saudara kita yang beragama Kristian di dunia Arab

adalah jelas dan telah sedia maklum. Mereka mempunyai hak sama seperti kita

dan mempunyai tanggungjawab sama seperti kita. Mereka berkongsi satu negara

dan saudara kita dalam mempertahankan negara sejak sekian lama. Mereka

mempunyai segala hak sebagai warganegara, sama ada dalam bentuk fizikal atau

sentimental, sosial atau politik. Melayan mereka dengan baik dan bekerjasama

dengan mereka untuk tujuan kebaikan adalah diwajibkan oleh Islam. Seorang

Muslim tidak boleh mengabaikannya atau cuai melaksanakan tanggungjawab ini.

Apa sahaja pandangan yang lain selain daripada pandangan ini atau tindakan yang

lain selain daripada tindakan ini, ia bukanlah pandangan atau tindakan kita.”

(RISALAH YANG DITERBITKAN KEPADA ORANG RAMAI)

Page 229: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

229

iv. Pendirian terhadap bangsa asing

Ustaz al-Banna turut menjelaskan pendiriannya terhadap bangsa asing:

“Islam juga berpendirian, rakyat asing perlu dilayan dengan baik selagi mereka

berkelakuan baik dan jujur. Namun apabila mereka mempunyai niat jahat dan

sering melakukan jenayah, al-Quran telahpun menentukan pendirian kita

terhadap mereka:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi ‘orang dalam’ (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan) mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu.” (maksud Ali Imran: 118-119)

(MENUJU SINAR CAHAYA)

v. Pendapat kita tentang kewarganegaraan

Akhir sekali, Ikhwan menerangkan secara jelas apa yang dimaksudkan dengan

kewarganegaraan berdasarkan pandangan Ustaz al-Banna:

“Ikhwan berpendapat penganugerahan taraf kewarganegaraan yang diberikan

oleh negara kepada rakyat menepati maksud ‘ahl zimmah’. Status

kewarganegaraan ini pada dasarnya ialah perkongsian dan persamaan dari segi

hak dan tanggungjawab. Namun demikian soal-soal kekeluargaan seperti

perkahwinan, perceraian dan pusaka masih mengikut agama yang dianuti oleh

rakyat. Berdasarkan status warganegara ini selain supaya negara tidak

mengenepikan kemampuan individu, Ikhwan berpendapat selain jawatan ketua

negara, rakyat yang menganut Kristian berhak dilantik ke semua jawatan lain

seperti senator, pegawai dan menteri. Rakyat yang beragama Kristian dan Islam

merupakan suatu jalinan sosial, budaya dan tamadun yang satu. Kesemuanya

saling bertemu dan bersatu.”

(IKHWAN DAN ISU SEMASA)

6. Penglibatan Wanita dalam Kegiatan Politik

Prinsip am

Page 230: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

230

a. Fikah Islam, menunjukkan bahawa persamaan yang wujud antara lelaki dan

wanita adalah berdasarkan kepada hakikat mereka berasal daripada asal-usul

yang satu.

b. Satu hakikat lagi yang diakui ialah wanita dicipta untuk memainkan peranan

khusus yang tidak boleh dilakukan oleh lelaki.

Atas dasar ini, Ustaz al-Banna berpendapat:

Perbezaan persediaan menunjukkan perbezaan peranan. Dengan ini bermakna

wanita wajib menyediakan asas untuk menunaikan peranan mereka dalam

menjaga keluarga dan mendidik anak-anak. Kerja-kerja di luar rumah hanya

boleh dilakukan sekiranya terdesak. Pendapatnya ini dapat disimpulkan melalui

kata-katanya:

“Hakikat ini tidak boleh dipertikaikan lagi. Islam telah mengangkat darjat

wanita dan meletakkan wanita sebagai saudara dan rakan kongsi dalam hidup

lelaki. Wanita bergantung pada lelaki dan lelaki bergantung pada wanita

(Sesetengah kamu adalah daripada sesetengah yang lain - maksud al-Quran).

“Islam mengiktiraf sepenuhnya hak-hak asasi wanita, hak-hak mereka dalam

aspek kemasyarakatan dan politik. Islam melayan wanita sebagai manusia yang

sempurna, manusia yang mempunyai hak dan tanggungjawab. Jika tanggungjawab

ini ditunaikan mereka akan diberikan penghargaan sekaligus mereka berhak

menerima hak mereka. Banyak nas al-Quran dan hadis yang menyokong dan

menjelaskan nilai ini.”

(WANITA ISLAMI)

Ijtihad Maktab Irshad (lbu Pejabat)

Hak wanita untuk terlibat dalam kegiatan politik dan mendidik mereka supaya

turut serta dalam kegiatan masyarakat adalah wajib selagimana ia memelihara

peraturan syarak yang sah. Secara ringkasnya, fatwa Ibu Pejabat Ikhwan adalah

seperti berikut:

“Pada dasarnya taraf wanita bukanlah lebih rendah daripada kaum lelaki. Kami

telah kemukakan dalil-dalil yang menunjukkan pendapat fikah yang kami pilih di

mana wanita sama seperti lelaki berhak menyertai pilihanraya parlimen,

peringkat negeri dan juga persatuan. Wanita juga berhak dilantik sebagai

anggota majlis tersebut dan juga dilantik di peringkat pimpinan kecuali

Page 231: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

231

kedudukan sebagai pemerintah tertinggi dan yang berkenaan dengannya.

Berkenaan dengan kedudukan sebagai hakim, pintu ijtihad masih terbuka.”

(SEBARAN: INILAH DAKWAH KITA)

7. Demokrasi

i. Beriltizam dengan asas-asas demokrasi

Kerana yakin dengan sistem syura, Ikhwan telah menjelmakan iltizam mereka

dengan konsep demokrasi mengikut pandangan Ustaz al-Banna, menurut Ikhwan:

“Ikhwan al-Muslimin berpendapat perubahan melalui politik merupakan jalan

penyelesaian sebenar dan utama berbanding semua bentuk perubahan yang lain.

Pendeknya perubahan ini bermakna perlunya pilihanraya yang sah dijalankan

secara bebas dan bersih. Proses pilihanraya ini mestilah dipantau oleh badan

kehakiman sepenuhnya. Bermula dengan menyediakan senarai pengundi yang

baru. Seterusnya setiap pengundi menandatangani borang undi. Akhir sekali

terlibat dalam proses mengira dan mengisytiharkan pemenang. Ikhwan telah

bersedia dan mengisytiharkan kesediaan untuk patuh kepada asas-asas

demokrasi. Walaupun tiada halangan dari segi perlembagaan dan undang-undang

untuk Ikhwan menubuhkan parti politik atau mengetengahkan kewujudan mereka

melalui perlembagaan dan undang-undang, namun pihak lain termasuk pemerintah

masih tidak mahu membuka ruang kepada Ikhwan untuk menjejakkan kaki ke

dalam kancah demokrasi.”

(IKHWAN DAN ISU SEMASA)

ii. Prinsip demokrasi kita

Ikhwan telah menjelaskan prinsip demokrasi yang menjadi pegangan mereka

dengan berpandukan pemikiran Ustaz al-Banna, menurut mereka:

“Ikhwan al-Muslimin telah menggariskan beberapa prinsip demokrasi yang dipatuhinya

dan meminta agar parti-parti dan kuasa politik yang lain menyokong prinsip ini sebagai

suatu ikrar negara. Prinsip-prinsip ini dirumuskan dalam 15 prinsip berikut:

i. Berikrar bahawa rakyat adalah sumber kepada semua kuasa. Ini bermakna tiada

individu atau parti atau kumpulan atau badan boleh mendakwa berhak menduduki

kuasa pemerintahan atau memegang kuasa ini secara berterusan. Tindakan

tersebut adalah bercanggah dengan kehendak rakyat yang bebas dan sah.

Page 232: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

232

ii. Patuh dan hormat kepada prinsip peralihan kuasa melalui pilihanraya umum yang

bebas dan bersih.

iii. Menjamin hak individu untuk memilih agama.

iv. Menjamin hak untuk mengadakan upacara agama kepada semua agama langit

yang diiktiraf.

v. Menjamin hak bersuara dan kempen yang dilakukan secara aman untuk menuntut

hak tersebut dengan mematuhi undang-undang, tatasusila dan etika masyarakat.

Mengiktiraf bahawa hak memiliki dan menggunakan pelbagai media massa

merupakan langkah perlu untuk memenuhi hak ini.

vi. Menjamin hak menubuhkan parti-parti politik dan tidak ada pihak yang berhak

campur tangan bagi tujuan menghalang atau menyekat hak ini. Kuasa kehakiman

yang bebas mestilah menjadi tempat rujukan sebarang perselisihan yang timbul

dalam menentukan undang-undang, tatasusila atau etika masyarakat, atau dalam

menentukan tindakan yang bertentangan dengan aspek keamanan, tidak

menggunakan kekerasan atau mengugut untuk menggunakan kekerasan.

vii. Menjamin hak berhimpun, mengadakan kempen untuk perhimpunan dan turut

serta dalam perhimpunan selagimana ia menjaga aspek keamanan masyarakat

dan tidak mengganggu keselamatan rakyat, atau menggunakan atau mengancam

untuk menggunakan keganasan atau membawa senjata.

viii. Menjamin hak untuk menunjuk perasaan secara aman.

ix. Menjamin hak mewakili rakyat di majlis perwakilan rakyat yang dilantik melalui

pilihanraya bebas untuk tempoh tertentu sehingga pilihanraya berikutnya. Di

samping itu akta pilihanraya yang digubal mestilah mengandungi jaminan bahawa

ia akan dilakukan secara bebas dan bersih. Dan pihak yang mengendalikan proses

pilihanraya tersebut juga mestilah berkecuali.

x. Menjamin hak semua rakyat untuk terlibat dalam proses pilihanraya selagimana

mereka memenuhi syarat-syarat yang diperuntukkan oleh undang-undang.

xi. Menjamin hak setiap lelaki dan wanita untuk menganggotai majlis parlimen

sekiranya memenuhi syarat-syarat yang diperuntukkan oleh undang-undang.

xii. Menjamin kebebasan badan kehakiman di semua peringkat dan proses. Syarat-

syarat perlu diletakkan bagi memastikan badan ini jauh daripada pengaruh dan

kepentingan pihak tertentu. Setiap individu mestilah diadili oleh hakim melalui

proses biasa. Segala bentuk mahkamah darurat mestilah dimansuhkan.

Page 233: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

233

Mahkamah tentera mestilah dihadkan hanya mengendalikan kes-kes yang

melibatkan anggota tentera sahaja.

xiii. Jabatan pendakwaraya dan Jabatan penyiasatan mestilah dipisahkan. Badan

kehakiman mestilah bebas dan bukan diletakkan di bawah kuasa kementerian

kehakiman. Individu yang ditahan tanpa bicara berhak mengemukakan bantahan

di mahkamah.

xiv. Pihak tentera mestilah dipisahkan daripada politik dan hanya terlibat dalam

mempertahankan keselamatan negara daripada ancaman luar. Pihak pemerintah

tidak dibenarkan meminta bantuan pihak tentera sama ada secara langsung atau

tidak langsung bagi tujuan mengukuhkan kehendak dan kuasanya, atau bagi

tujuan ugutan kepada kebebasan rakyat. Menteri pertahanan mestilah terdiri

daripada kalangan rakyat biasa dan ahli politik sepertimana menteri-menteri

yang lain.

xv. Pihak polis dan agensi keselamatan dalam negara mestilah memikul tugas

menjaga keselamatan rakyat sebagaimana yang dinyatakan oleh perlembagaan.

Peranan mereka mestilah dinyatakan dengan jelas bagi menjaga keselamatan

negara dan seluruh rakyat. Mereka tidak dibenarkan sama sekali diperguna

untuk menjaga kepentingan kerajaan yang memerintah atau bagi tujuan

menindas pihak pembangkang. Suatu akta perlu digubal bagi mengawal peranan

mereka serta peranan pegawai-pegawal atasan. Lebih tepat lagi, akta ini perlu

menghalang mereka campur tangan dalam hal ehwal rakyat dan pilihanraya

umum.

(SEBARAN: INILAH DAKWAH KITA)

8. Perpaduan

Wujud beberapa persoalan tentang nilai perpaduan. Ustaz al-Banna telah

mengemukakan beberapa persoalan tentang nilai-nilai perpaduan ini. Menurut beliau:

“Biasanya pemikiran masyarakat akan berlegar sekitar ketiga-tiga aspek ini iaitu

perpaduan negara, perpaduan Arab dan perpaduan umat Islam. Ada juga yang

menambah satu lagi aspek iaitu perpaduan timur. Masyarakat kemudiannya akan

berbicara dan berfikir untuk mempertimbangkannya; Sama ada kesemua aspek

ini boleh dicapai atau sukar dicapai, atau sejauhmana positif dan negatifnya,

atau mungkin mereka hanya mahu memikirkan satu aspek sahaja.

“Apakah pendirian Ikhwan al-Muslimin berhubung segala aspek dan idea ini?

Tambahan pula ramai yang mencurigai semangat patriotik Ikhwan al-Muslimin.

Page 234: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

234

Ramai yang merasakan pegangan Ikhwan kepada gagasan Islam akan menghalang

mereka untuk bersikap jujur dan setia kepada nilai patriotik.

“Jawapan bagi perkara ini ialah kita tidak akan beralih daripada kaedah yang

kita jadikan sebagai landasan kepada gagasan pemikiran kita iaitu mengorak

langkah menurut hidayah Islam dan ajaran Islam yang agung. Apakah

sebenarnya pendirian Islam berhubung segala aspek ini?”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

i. Perpaduan negara

Beliau telah menerangkan dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan perpaduan

negara:

“Islam telah menggariskan perkara-perkara yang wajib dilaksanakan. Setiap

manusia perlu bertindak demi kebaikan tanahairnya dan bersedia berkorban

untuk tujuan itu. Manusia perlu mencurahkan sebaik mungkin apa yang boleh

untuk bangsa yang mendiami negara itu. Manusia perlu mengutamakan orang

yang paling hampir dengannya sama ada dari segi hubungan darah dan hubungan

kejiranan. Hingga ke tahap kutipan zakat tidak boleh dipindahkan ke kawasan

yang melebihi jarak qasar sembahyang (kecuali jika terdesak) semata-mata

kerana mengutamakan apa yang baik untuk orang yang paling dekat. Setiap orang

Islam perlu menjaga keselamatan kawasannya dan bersedia berkhidmat untuk

negara tanah tumpah darahnya. Ini bermakna orang Islam adalah orang yang

paling patriotik. Orang Islam adalah orang yang paling berjasa kepada tanahair

mereka kerana ia adalah kewajipan yang ditetapkan oleh Tuhan sekalian alam.

“Oleh itu Ikhwan adalah orang yang paling gigih berusaha demi kebaikan negara

mereka dan sedia berkorban demi bangsa mereka. Mereka sentiasa mendoakan

kegemilangan dan keagungan serta kemajuan negara yang mulia ini. Mereka

sentiasa mendoakan kejayaan negara ini…

“Ikhwan al-Muslimin mencintai tanahair mereka. Dengan semangat yang sama

mereka akan menjaga keutuhan bangsa mereka. Bagi mereka tidak salah untuk

meletakkan kesetiaan mereka kepada tanahair mereka dan berkorban demi

kesejahteraan bangsa mereka. Tidak salah untuk melihat tanahairnya mencapai

kegemilangan dan keagungan. Hakikat ini hanya merujuk kepada perpaduan

bangsa dan negara yang didiami.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

ii. Perpaduan Arab

Page 235: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

235

Seterusnya beliau mengemukakan alasan sebenar di sebalik perlunya perpaduan

Arab. Beliau menyebut:

“Dengan ini penyatuan bangsa Arab adalab perlu bagi mengembalikan

kegemilangan Islam, bagi menegakkan negara Islam dan mengukuhkan kuasa

Islam. Dengan ini juga setiap orang Islam perlu berusaha untuk mengembalikan

perpaduan Arab, berusaha membantu serta menyokong perpaduan ini. Ini adalah

pendirian Ikhwan al-Muslimin berhubung perpaduan Arab.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

iii. Perpaduan negara-negara Islam

Beliau turut menjelaskan konsep kenegaraan atau perpaduan Islam. Tegas

beliau:

“Pada hakikatnya selain sebagai suatu akidah, Islam juga menghapuskan jurang

keturunan sesama manusia. Allah Taala berfirman:

$ yϑ ¯ΡÎ) tβθ ãΖÏΒ ÷σ ßϑ ø9$# ×ο uθ÷z Î)

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara…” Al-Hujurat: 10

“Nabi s.a.w. juga pernah bersabda:

“Seorang muslim adalah saudara kepada seorang muslim yang lain.”

“Orang-orang Islam akan sentiasa memelihara darah umat Islam yang lain. Umat Islam akan sentiasa menjaga keselamatan umat Islam yang lain. Mereka akan sentiasa saling bantu-membantu.”

“Dengan hakikat ini, Islam tidak menerima persempadanan geografi dan tidak

menerima diskriminasi berasaskan bangsa dan keturunan. Islam beranggapan

seluruh umat Islam sebagai satu bangsa dan bumi Islam sebagai satu negara,

walau sejauhmana sekalipun kedudukan dan sempadannya. Ikhwan al-Muslimin

menghormati perpaduan ini dan mengimani penyatuan ini. Ikhwan akan sentiasa

bekerja untuk menyatukan umat Islam dan memantapkan persaudaraan Islam.

Ikhwan al-Muslimin melaungkan bahawa negara mereka adalah setiap inci muka

bumi ini yang ada seorang muslim yang mengucapkan, “tiada tuhan melainkan

Allah dan Muhammad adalah utusan Allah.” Alangkah indahnya ungkapan yang

diilhamkan oleh seorang penyair Ikhwan:

Page 236: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

236

Setahuku hanya Islamlah tanahairku Syam dan lembah Nil adalah satu

Setiap kali nama Allah disebut

Akan kukira negeri itu sebahagian tanahairku

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

iv. Perpaduan sedunia

Akhir sekali, Ustaz al-Banna menjelaskan bahawa Islam adalah cahaya dan

pembimbing untuk seluruh manusia.

“Boleh saya katakan di sini bahawa Ikhwan mahukan kebaikan untuk seluruh

manusia. Ikhwan menyeru kepada perpaduan seluruh dunia kerana itu adalah

objektif dan matlamat Islam. Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah

Taala:

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (maksud al-Anbiya: 107)

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

9. Hak Asasi Manusia

i. Hak asasi manusia adalah kewajipan agama

Berdasarkan pandangan Ustaz al-Banna, Ikhwan berpendapat dalam Islam hak-

hak asasi manusia merupakan suatu kewajipan agama. Menurut Ikhwan:

“Islam sememangnya dan selamanya akan menjadi satu-satunya contoh sebuah

agama yang enghormati manusia dan nilai kemanusiaan secara teori dan

praktikalnya. Penghormatan yang diberikan ini mampu mengatasi segala

perbalahan disebabkan bahasa dan bangsa. Semenjak awal kemunculannya lagi,

Islam telah berjaya menghentikan pertumpahan darah, pencabulan hak, harta

dan kehormatan. Malah Islam menjadikan segala hak ini sebagai suatu yang

perlu dihormati. Memelihara hak ini diletakkan sebagai tanggungjawab agama

dan juga syiar Islam. Tiada seorang pun orang Islam yang berhak mencabul hak

ini walaupun orang lain mengabaikannya. Firman Allah Taala:

( Ÿω uρ öΝà6 ¨ΖtΒ Ì2ôftƒ ãβ$ t↔oΨ x© BΘ öθ s% #’n? tã �ω r& (#θ ä9 ω÷è s? 4 (#θä9 ωôã $# uθ èδ Ü> t2ø% r& 3“uθ ø) −G=Ï9 ( (

Page 237: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

237

“…Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa…” Al-Maidah: 8

(SEBARAN: INILAH PENJELASAN KEPADA UMUM)

ii. Menghormati hak asasi manusia dituntut oleh seluruh manusia

Ikhwan turut menggesa hak-hak ini dihormati.

“Kami adalah golongan yang terkehadapan dalam menuntut agar hak-hak manusia

dihormati dan menjamin hak-hak ini dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Kami juga menuntut agar kebebasan ini boleh dipraktik dengan mudah

selagimana ia bertepatan dengan etika akhlak dan undang-undang. Ini kerana

kami yakin bahawa kebebasan akan membawa kepada kebaikan, kemajuan dan

membina kreativiti.

Kezaliman paling dahsyat yang pernah berlaku pada zaman ini sebenarnya

dilakukan terhadap umat Islam dan bukan dilakukan oleh orang Islam. Dengan ini

golongan cerdik pandai dan umat Islam perlu bersuara menuntut agar wujud hak

yang sama rata dalam menikmati kebebasan dan hak-hak manusia yang lain.

Kesaksamaan ini merupakan jalan sebenar ke arah wujudnya keharmonian hidup

masyarakat tempatan dan antarabangsa. Seterusnya mewujudkan orde dunia

baru yang menentang segala kezaliman dan penindasan.”

(SEBARAN: INILAH PENJELASAN KEPADA UMUM)

Dengan penjelasan ini, pendirian Ikhwan dalam agenda kebangkitan ummah boleh

dilihat daripada pelbagai perspektif. Semuanya bertepatan dengan matlamat, kaedah

dan fasa kegiatan politik dalam dakwah berdasarkan pandangan Ustaz al-Banna.

Page 238: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

238

Fasal 13

PROGRAM POLITIK

Mukadimah: Takrif Program

Bahagian I: Pemulihan Aspek Sosial

Bahagian II: Pemulihan Aspek Ekonomi

Bahagian III: Pemulihan Aspek Politik

Page 239: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

239

Mukadimah TAKRIF PROGRAM

Program amali merupakan cermin kepada nilai budaya yang dibawa oleh sesebuah

jamaah, landasan yang menjadi sumber rujukannya, penampilan sebenar kepada

peranan yang dimainkannya, pelaksanaan sebenar kepada manhaj yang diguna pakai.

Oleh itu, dalam tajuk ini saya akan cuba kemukakan analisa program pengislahan yang

dikemukakan oleh Ustaz al-Banna untuk umat Islam. Program ini telah dikemukakan

melalui pelbagai medium seperti tulisan dan ucapan, sama ada ia ditujukan kepada

pemerintah, rakyat atau kepada parti politik yang memerintah, anggota jamaah atau

dalam kempen pilihanraya ketika cuba menyertai parlimen dalam rangka meneruskan

perjuangan melalui perlembagaan atas nama jamaah. Saya dapati dalam usaha untuk

membentangkan agenda kebangkitan ummah menurut Ustaz al-Banna ini, saya perlu

kemukakan ciri-ciri penting agenda ini supaya: pertama ia boleh menjadi panduan, dan

kedua untuk membina, melengkap dan memperbaharui yang mana perlu. Petikan

seterusnya adalah rumusan apa yang dimaksudkan oleh Ustaz al-Banna rha. yang ditulis

dalam surat beliau, risalah Menuju Sinar Cahaya.

“Selepas saya bentangkan aspek kerohanian yang perlu dimiliki oleh bangsa kita

untuk bangkit di era baru ini, di sini ingin saya bentangkan pula beberapa hasil

atau kesan dalam bentuk praktikal yang sepatutnya lahir daripada aspek

kerohanian ini. Saya akan sebutkan beberapa isi penting sahaja di sini kerana

saya tahu semua isi ini memerlukan perbincangan yang mendalam dan

penggemblengan tenaga pakar dalam bidang ini. Saya juga menyedari saya tidak

menggariskan semua perkara yang diperlukan oleh ummah ini. Saya juga

meyakini semua ini tidak dapat dicapai dengan mudah dan singkat. Malah saya

juga menyedari kebanyakan aspek ini mempunyai pelbagai halangan yang perlu

ditempuh dengan penuh kesabaran, kebijaksanaan dan keazaman yang tinggi.

Semua ini saya sedari dan saya akui. Namun saya juga sedar jika niat kita betul

jalan akan terbentang luas. Sebuah bangsa yang mempunyai kemahuan yang kuat

ketika ia mula melangkah akan sampai ke destinasi yang dikehendakinya dengan

izin Allah. Oleh itu, maralah ke hadapan nescaya Allah akan bersama kamu.”

(MENUJU SINAR CAHAYA)

Tajuk ini saya kemukakan dengan memberi tumpuan kepada beberapa contoh.

Tujuannya ialah sebagai penjelasan dan pengenalan. Namun banyak lagi program-

program yang boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian suasana negara dan masyarakat.

Berikut adalah cadangan al-Banna pada zaman beliau.

Page 240: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

240

Bahagian I PEMULIHAN ASPEK SOSIAL

Program pemulihan masyarakat menurut Islam berdasarkan pandangan Ustaz al-

Banna adalah berlandaskan 10 asas berikut:

1. Mewujudkan sifat ketuhanan dan keagamaan dalam masyarakat.

2. Memelihara tatasusila masyarakat dan mengukuhkan institusi masyarakat.

3. Pemeliharaan institusi keluarga (wanita, pemuda dan kanak-kanak).

4. Menghapuskan jenayah dan penyelewengan.

5. Mewujudkan sistem pemantauan (hisbah).

6. Mewujudkan keadilan sosial serta menyediakan peluang pekerjaan.

7. Memulihkan sistem pendidikan.

8. Menjaga kesihatan masyarakat.

9. Mengawal pihak media dan kegiatan seni.

10. Memantau kegiatan pelancongan.

Kesemua asas ini akan dibincangkan secara lebih mendalam, berdasarkan

pandangan Ustaz al-Banna.

1. Mewujudkan Sifat Ketuhanan dan Keagamaan dalam Masyarakat

Menurut Ustaz al-Banna, asas ini merangkumi:

a. Memelihara semua kegiatan yang membangun nilai kemanusiaan.

b. Mengukuhkan ciri masyarakat bertamadun.

2. Memelihara Tatasusila Masyarakat dan Mengukuhkan Institusi Masyarakat

Asas ini telah disentuh oleh Ustaz al-Banna, beliau berkata:

Page 241: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

241

“Bangsa yang sedang membangun amat perlu memiliki akhlak; akhlak yang murni,

teguh dan sehati serta perlu berjiwa besar dan bersemangat tinggi. Sebabnya,

mereka perlu berhadapan dengan tuntutan zaman moden yang tidak akan mampu

ditempuh oleh kecuali jika mereka mempunyai akhlak yang mantap, jujur dan

lahir daripada keimanan yang mendalam, kecekalan yang tinggi, kesediaan

berkorban segala-galanya dan mampu menanggung segala cabaran. Pada

hakikatnya hanya Islam sahaja yang dapat membentuk jiwa seperti ini. Allah

telah menetapkan kemurniaan dan kesucian jiwa sebagai faktor kejayaan.

Firman Allah:

ô‰ s% yxn=øù r& tΒ $ yγ8 ©. y— ∩∪ ô‰s% uρ z>%s{ tΒ $ yγ9¢™yŠ ∩⊇⊃∪

“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),” “Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).” Ash-Shams: 9-10

“Islam meletakkan perubahan keadaan sesuatu bangsa bergantung kepada

perubahan pada akhlak dan kemurnian jiwa mereka. Firman Allah:

3 �χ Î) ©!$# Ÿω ç� Éi!tó ム$tΒ BΘöθ s)Î/ 4®Lym (#ρç�Éi!tó ム$ tΒ öΝÍκŦ à�Ρr' Î/ 3

“…Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri…” Ar-Ra’d: 11

“Tiada satupun sistem yang dapat menandingi Islam yang mempunyai segala

faktor yang dapat menyentuh hati, menghidupkan jiwa dan mewujudkan

pengawal dalaman yang merupakan pengawal terbaik. Tidak ada satupun undang-

undang selain Islam yang dapat mengatur hidup manusia hingga ke sudut yang

dianggap rahsia dan sulit.”

(MENUJU SINAR CAHAYA)

Berdasarkan beberapa tulisan Ustaz al-Banna, merealisasikan asas ini

memerlukan kepada beberapa tindakan:

a. Mendidik masyarakat supaya menghormati tatasusila.

b. Banteras semua tradisi yang memudaratkan ekonomi, akhlak dan sebagainya.

Ubah kebiasaan masyarakat kepada amalan yang bermanfaat atau didik mereka

dengan perkara yang membawa kebaikan seperti adat majlis perkahwinan,

Page 242: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

242

kematian, menyambut kelahiran, kunjungan, sempena, perayaan dan sebagainya.

Kerajaan perlu menjadi contoh yang baik untuk tujuan ini.

c. Hapuskan pengaruh asing yang meresap ke dalam masyarakat seperti bahasa,

adat, cara berpakaian, pengasuh, jururawat dan sebagainya. Pulihkan semula

semua budaya ini terutama di kalangan masyarakat kelas atasan.

d. Meletakkan negara sebagai wakil kepada gagasan (fikrah) ini dan bertindak

sebagai penjaga gagasan ini. Negara juga bertanggungjawab mencapai matlamat

gagasan dalam sebuah masyarakat dan kemudian menyampaikan gagasan ini ke

seluruh manusia.

e. Memelihara perpaduan umat Islam dan menghapuskan segala bentuk dan punca

yang membawa perpecahan.

f. Melaungkan ikatan persaudaraan seluruh manusia.

g. Bergaul dengan baik dan memiliki sepenuhnya akhlak yang baik.

h. Mewujud, memelihara dan merangsang institusi-institusi atau agensi-agensi

sosial yang membantu mengukuhkan perpaduan masyarakat serta semangat

tolong-menolong. Membantu agar institusi ini beroperasi dengan baik dan lancar.

Menghimpunkan anggota institusi ini yang boleh berhadapan dengan segala

ancaman dan melaksanakan tugas mereka dengan baik.

3. Pemeliharaan Institusi Keluarga (wanita, pemuda dan kanak-kanak)

Berdasarkan pandangan Ustaz al-Banna, bagi merealisasikan asas ini beberapa

tindakan perlu dilakukan:

a. Kendalikan isu wanita dengan cara yang dapat memajukan mereka di samping

dapat memelihara mereka berlandaskan ajaran Islam. Agar dengan ini isu wanita

yang dianggap isu sosial terpenting tidak diambil kesempatan oleh mereka yang

berniat jahat. Di samping tidak terikut-ikut dengan pandangan sumbang yang

dilahirkan oleh mereka yang terlalu ketat atau terlalu longgar.

b. Galakkan perkahwinan dan kelahiran dengan apa sahaja cara yang boleh

mencapainya. Gubal undang-undang bagi melindungi institusi keluarga,

menggalakkan kewujudan keluarga dan menyelesaikan masalah rumahtangga.

c. Mengajak kaum lelaki dan wanita supaya bangkit bersama. Mengisytiharkan

kerjasama dan kesaksamaan antara lelaki dan wanita serta menggariskan

peranan masing-masing secara terperinci.

Page 243: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

243

d. Memantau para pemuda, menyediakan program yang tertumpu kepada menjaga

dan memenuhi keperluan asasi mereka. Membimbing mereka untuk berkhidmat

kepada masyarakat dan menyumbang ke arah program pembangunan bersepadu.

e. Memberi tumpuan kepada kanak-kanak, menjaga hal ehwal mereka dan

membesarkan mereka dengan baik. Memelihara kaum ibu dan mewujudkan

suasana keibuan yang sebenar.

4. Menghapuskan Jenayah dan Penyelewengan

Perkara ini disebut oleh Ustaz al-Banna:

“Setiap bangsa mempunyai budaya yang dikawal oleh kerajaan, diatur oleh

undang-undang dan dipelihara oleh pihak berkuasa. Setiap bangsa Timur Islam

perlu berusaha supaya budaya ini bertepatan dengan adab yang digariskan oleh

agama dan selari dengan undang-undang Islam… Menghapuskan segala kegiatan

pelacuran… Kedai-kedai arak…

“Budaya bebas yang sungguh mengasyikkan, keseronokan yang mempesona dan

hiburan yang terdapat di mana-mana, di jalanan, di majlis, di kawasan percutian

dan di kebun bunga…

“Umat Islam perlu berusaha menghapuskan segala budaya ini atau apa sahaja

yang seumpama dengannya menggunakan segala kuasa dan peruntukan undang-

undang yang ada. Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.”

(HALATUJU DAKWAH KITA)

Bagi merealisasikan asas ini beberapa tindakan perlu dilakukan:

a. Hapuskan pelacuran.

b. Hapuskan segala bentuk judi.

c. Perangi arak sama seperti dadah.

d. Banteras gejala bersolek dan mendedah aurat. Di samping itu kaum wanita perlu

dididik supaya berkelakuan sopan.

e. Mengawal dua naluri manusia iaitu naluri menjaga keselamatan nyawa dan naluri

menjaga kesinambungan zuriat, di samping mengatur keperluan mulut dan seks.

Page 244: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

244

f. Tegas dalam memerangi jenayah yang sebenar dan menjamin keselamatan awam.

5. Mewujudkan Sistem Pemantauan (hisbah)

Bagi mencapai asas ini, menurut Ustaz al-Banna beberapa perkara perlu

dilakukan:

a. Kemaskini usaha penguatkuasaan syarak dan hukum orang yang sabit melakukan

sesuatu yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti tidak berpuasa di bulan

Ramadan, tidak sembahyang dengan sengaja atau menghina agama atau

seumpamanya.

b. Menyuruh perkara yang baik dan memberikan nasihat.

c. Mencegah perkara yang tidak baik serta memulaukan tempat dan pelakunya.

6. Mewujudkan Keadilan Sosial serta Menyediakan Peluang Kerja

Berdasarkan pandangan Ustaz al-Banna, beberapa tindakan perlu dilakukan bagi

merealisasikan asas ini:

a. Mencari rezeki, bekerja dan mengharamkan amalan mengemis.

b. Menjamin kestabilan masyarakat dengan cara memperakui hak untuk hidup, hak

memiliki harta, hak bekerja dan hak menentukan sumber pendapatan.

c. Menjamin kehidupan yang selesa dan memperbetulkan salah faham tentang

zuhud.

d. Selesaikan masalah kewangan, kemiskinan dan agihan kekayaan.

e. Hapuskan sistem kasta dan cengkaman kapitalis yang kejam.

f. Tanggungjawab sosial antara pemerintah dan rakyat, iaitu antara tanggungjawab

memelihara rakyat dan kewajipan mentaati pemerintah.

g. Menanam dan menyuburkan sikap prihatin di kalangan rakyat dan meletakkan

sikap ini sebagai tanggungjawab bersama antara individu, masyarakat dan

negara.

7. Memulihkan Sistem Pendidikan

Asas ini telah disebut oleh Ustaz al-Banna:

Page 245: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

245

“Bangsa yang membangun selain memerlukan kekuatan, ia juga memerlukan ilmu

yang akan memperkukuh kekuatan tadi dan mampu memandu kekuatan yang ada

secara maksimum. Ilmu akan menyediakan segala rekaan dan penerokaan yang

diperlukan oleh sesebuah bangsa. Islam tidak pernah menolak ilmu malah Islam

meletakkan ilmu sebagai suatu tuntutan sama seperti kekuatan. Perhatikan, ayat

pertama yang turun dalam Kitab Allah:

ù& t2ø% $# ÉΟó™$$ Î/ y7În/ u‘ “ Ï% ©!$# t, n=y{ ∩⊇∪ t, n=y{ z≈ |¡ΣM} $# ôÏΒ @,n=tã ∩⊄∪ ù& t2ø% $# y7 š/ u‘uρ ãΠt2ø. F{$# ∩⊂∪ “ Ï% ©!$# zΟ=tæ

ÉΟ n=s)ø9 $$Î/ ∩⊆∪ zΟ ¯=tæ z≈ |¡ΣM} $# $tΒ óΟs9 ÷Λ s>÷è tƒ ∩∈∪

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),” “Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;” “Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah,” “Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,” Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Al-Alaq: 1-5

(MENUJU SINAR CAHAYA)

Berdasarkan pandangan Ustaz al-Banna, merealisasikan asas ini memerlukan

tindakan-tindakan berikut:

a. Gariskan dasar pendidikan yang bersepadu. Dasar ini akan membangun dan

meningkatkan taraf pendidikan, menggabungkan berbagai aliran tetapi masih

mempunyai tujuan dan sasaran yang satu. Rapatkan jurang antara pelbagai

budaya dalam masyarakat. Jadikan peringkat awal pendidikan sebagai proses

untuk menyemai semangat patriotik yang luhur dan akhlak yang baik.

b. Galakkan hafalan al-Quran di semua pusat pengajian.

c. Tekankan bahasa Arab dalam semua peringkat persekolahan. Jadikan bahasa

Arab sebagai satu-satunya bahasa yang dipelajari di peringkat awal

persekolahan.

d. Tekankan aspek sejarah Islam, sejarah negara, aspek pendidikan kenegaraan

dan sejarah tamadun Islam.

e. Wajibkan pelajaran agama sebagai mata pelajaran utama di semua sekolah tanpa

mengira alirannya bergantung kepada keperluan termasuk di universiti.

f. Gabungkan sekolah-sekolah wajib di kampung dan di masjid. Letakkan sekolah-

sekolah ini dalam senarai yang perlukan peningkatan termasuk aspek

Page 246: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

246

pentadbiran, kebersihan dan penjagaan. Dengan ini diharapkan anak-anak kecil

dapat dididik dengan sembahyang dan orang-orang dewasa dapat dididik dengan

ilmu.

g. Tingkatkan bidang pendidikan dalam pelbagai aspek seperti pengurusan

pendidikan, sukatan, kelayakan guru, pendidikan seni kemahiran, menghapuskan

buta huruf, pendidikan dewasa, pendidikan universiti dan pengajian tinggi serta

kajian sains dalam pelbagai bidang.

8. Menjaga Kesihatan Masyarakat

Bagi mencapai asas ini, Ustaz al-Banna menyebut:

“Bangsa yang membangun sememangnya memerlukan etika ketenteraan yang

murni ini. Namun keperluan asas tentera ini ialah kesihatan badan dan tubuh

yang kuat. Al-Quran menyentuh aspek ini ketika menceritakan kisah sebuah

bangsa yang berjuang melalui jerit perih perjuangan demi mencapai

kemerdekaan dan demi membentuk sebuah bangsa. Allah melantik seorang ketua

yang mempunyai fikiran yang tajam dan tubuh yang gagah perkasa. Allah telah

meletakkan syarat untuk dia mampu memikul bebanan ini iaitu kekuatan

tubuhnya. Ini dinyatakan oleh al-Quran ketika menceritakan kisah Bani Israel

sebagai suatu pengiktirafan kepada ketua mereka, Talut. Firman Allah Taala:

¨βÎ) ©!$# çµ8 x�sÜô¹$# öΝà6 ø‹n=tæ …çν yŠ# y— uρ ZπsÜ ó¡ o0 ’Îû ÉΟù= Ïè ø9$# ÉΟó¡ Éfø9 $#uρ (

“…Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan…” Al-Baqarah: 247

(MENUJU SINAR CAHAYA)

Ustaz al-Banna telah mengemukakan kepentingan menjaga kesihatan dan

kekuatan badan menurut hadis dan tindakan Rasulullah s.a.w.:

- “Orang beriman yang kuat lebih baik daripada orang beriman yang lemah.”

- “Tubuhmu ada hak yang perlu engkau tunaikan.”

- “Kita adalah orang yang tidak makan kecuali ketika lapar dan apabila makan kita tidak akan kenyang.”

- Baginda juga melarang kencing dan membuang air besar di tempat air bertakung.

Page 247: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

247

- Baginda juga pernah mengisytiharkan kuarantin ke atas kawasan dan penduduk yang

dijangkiti wabak taun. Penduduk di situ tidak boleh meninggalkan kawasan tersebut

dan tiada siapa dibenarkan datang ke situ.

- Baginda juga pernah memberi amaran tentang jangkitan penyakit dan Baginda pernah

meminta supaya umat Islam menjauhi orang yang menghidap sakit kusta.

- “Sesiapa yang mengetahui cara memanah atau melontar kemudian melupakannya dia bukan di kalangan kami.”

- Baginda s.a.w. melarang keras amalan membujang, bertapa, menyeksa dan

melemahkan diri semata-mata untuk mendekatkan diri dengan Allah.

- Baginda membimbing supaya umat Baginda bersikap sederhana dalam semua aspek.

Berdasarkan pandangan Ustaz al-Banna, beberapa tindakan pedu dilakukan bagi

merealisasikan asas ini:

a. Prihatin soal kesihatan masyarakat dengan cara menyebarkan maklumat-

maklumat kesihatan menggunakan semua cara. Bina lebih banyak hospital,

tambah doktor, klinik bergerak dan baiki kaedah rawatan.

b. Prihatin aspek pentadbiran, kebersihan, rawatan dan kebersihan air di kampung-

kampung.

c. Menjaga kesihatan badan dan pancaindera.

9. Mengawal Pihak Media dan Kegiatan Seni

Menyentuh mengenai perkara ini, Ustaz al-Banna berpendapat pengawalan ini

bertujuan:

Memantap dan merangsang nilai positif selain mewujudkan budaya yang menolak

dan memerangi nilai-nilai yang tidak baik dan rosak. Beliau menegaskan:

“Islam ialah cara yang mulia dan bermaruah, cara yang benar dan kuat, cara

yang diberkati dan istiqamah, cara yang teguh, baik dan terhormat. Laluilah

cara ini bersama ummah nescaya Allah akan memberi petunjuk…”

(MENUJU SINAR CAHAYA)

Page 248: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

248

Berdasarkan kepada pandangan Ustaz al-Banna, merealisasikan asas ini

memerlukan tindakan-tindakan berikut:

a. Tutup dewan dan tempat tarian bogel. Haramkan tarian dan apa juga yang

berkaitan dengannya.

b. Kawal pawagam dan filem. Ketatkan penapisan filem.

c. Tapis, pilih dan kawal semua lagu-lagu. Ketatkan penguatkuasaannya.

d. Tapis ceramah, lagu dan perbincangan yang disiarkan kepada ummah. Gunakan

stesen radio sebagai alat pendidikan Negara yang berakhlak mulia.

e. Haramkan novel-novel lucah, buku-buku yang membawa fahaman salah dan

akhbar yang cuba menyemai nilai-nilai tidak baik serta cuba menyebarkan

maksiat.

f. Bimbing akhbar ke arah yang betul dan galakkan golongan penulis supaya menulis

menurut etika Islam.

10. Memantau Kegiatan Pelancongan

Bagi mencapai perkara ini, Ustaz al-Banna berpendapat tindakan-tindakan

seperti berikut perlu dilaksanakan:

a. Kendali tempat-tempat peranginan supaya dapat menghapuskan salah laku dan

budaya bebas yang mencemar matlamat utama tempat-tempat peranginan ini.

b. Tetapkan masa buka dan tutup kedai kopi. Awasi apa yang dilakukan oleh

pengunjung di samping didik mereka supaya menyedari apa yang baik untuk

mereka. Jangan benarkan tempat-tempat ini dibuka dalam tempoh yang lama.

c. Gunakan kedai-kedai kopi sebagai tempat mengajar membaca dan menulis untuk

mereka yang buta huruf. Gunakan khidmat anak-anak muda di kalangan pelajar

dan mahasiswa yang bersemangat.

Page 249: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

249

Bahagian II PEMULIHAN ASPEK EKONOMI

“Sepertimana yang sedia maklum, harta adalah tunjang hidup ini sementara

ekonomi merupakan sebahagian elemen utama bagi sebuah negara. Amat sukar

untuk sektor ekonomi memainkan peranannya secara berkesan dalam proses

kebangkitan dan pembangunan yang bersepadu sekiranya teori-teori ekonomi

yang dipraktikkan begitu asing dengan identiti dan budaya masyarakat. Dengan

ini bermakna, segala program ekonomi mestilah berlandaskan prinsip dan nilai-

nilai Islam, mampu mengerah keupayaan rohani dan sosial ummah, malah mampu

membentuk dasar-dasar ekonomi yang tepat dan berani sesuai dengan realiti

semasa. Keadaan ini akan membawa kepada keseimbangan antara produktiviti

dan penggunaan, antara pelaburan dan simpanan, antara ekspot dan impot,

dengan mengambil kira perkembangan yang berlaku dalam sudut sosial dan

ekonomi. Demikian juga dengan segala peluang yang wujud bagi melakukan

perubahan yang dicitakan, keharmonian masyarakat, kekayaan dan kestabilan

politik.”

(IKHWAN DAN ISU SEMASA)

Setelah menjelaskan tentang beberapa sistem ekonomi ciptaan manusia seperti

kapitalisme dan sosialisme, Ustaz al-Banna menegaskan tentang betapa pentingnya

sistem ekonomi Islam dipraktikkan. Menurut beliau:

“Namun demikian saya amat-amat yakin, tiada satupun di antara teori-teori

tersebut yang mampu membawa kebaikan kepada kita. Setiap teori tersebut ada

kelemahan yang ketara dan kelebihan yang tersendiri. Semua teori ini lahir

bukan dalam Negara kita. Ia lahir untuk budaya asing yang berbeza dengan

budaya kita. Apatah lagi kita sendiri sebenarnya telahpun memiliki sistem yang

lengkap dan mampu membuat perubahan yang menyeluruh iaitu sistem Islam.

Islam telah menggariskan beberapa asas ekonomi yang menyeluruh dan asasi.

Jika asas-asas ini kita pelajari dan kita laksanakan dengan betul, segala masalah

kita akan selesai. Malah lebih dari itu kita mampu menggarap pula segala

kelebihan yang ada dalam teori lain. Di samping itu kita juga dapat mengelak

segala kelemahan yang ada dalam teori-teori tersebut. Seterusnya kita akan

dapat mengetahui bagaimana cara meningkatkan taraf hidup rakyat. Kita juga

akan mampu memperbaiki keadaan hidup setiap lapisan masyarakat. Tidak syak

lagi kita akan menemui cara yang terbaik untuk memperolehi kehidupan yang

selesa.”

(KRISIS DALAMAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM EKONOMI)

Page 250: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

250

Menurut pandangan Ustaz al-Banna, sistem ekonomi Islam berteraskan sepuluh

perkara asas berikut:

1. Meletakkan harta yang baik sebagai tunjang kehidupan. Harta ini perlu

diusahakan.

2. Mewajibkan mereka yang berkemampuan supaya bekerja dan mencari rezeki.

3. Meneroka dan memanfaatkan sumber semulajadi.

4. Mengharamkan sumber pendapatan yang tidak bersih.

5. Merapatkan jurang antara lapisan masyarakat sehingga tidak wujud golongan

yang terlalu kaya dan golongan yang terlalu miskin.

6. Mengiktiraf hak milik peribadi.

7. Mengatur urusan kewangan dan mewujudkan kawalan matawang yang ketat.

8. Bantuan sosial.

9. Meletakkan negara sebagai pihak yang bertanggungjawab memelihara sistem

ekonomi ini.

10. Menghalang penyalahgunaan kuasa… Di mana anda memperolehi harta ini?

Setiap perkara ini akan dibincangkan dengan berpandukan pandangan Ustaz al-

Banna:

1. Meletakkan Harta yang Baik Sebagai Tunjang Kehidupan. Harta ini Perlu

Diusahakan.

Dalil yang menyentuh perkara ini banyak dan sedia dimaklumi:

- “Alangkah eloknya, harta yang baik yang dimiliki oleh lelaki yang baik.” (maksud

hadis)

- “Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu.” (maksud An-Nisa: 5)

Page 251: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

251

- “Allah melarang kamu kata mengata, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.” (maksud hadis)

- “Orang yang mati kerana mempertahankan maruahnya adalah syahid dan orang yang mati kerana mempertahankan hartanya adalah syahid…” (maksud hadis)

2. Mewajibkan Mereka yang Berkemampuan supaya Bekerja dan Mencari

Rezeki

Dalil-dalil yang menyentuh mengenai perkara ini, banyak dan diketahui umum:

- “Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.” (maksud At-Taubah:

105)

- “Makanan yang paling baik dimakan ialah makanan yang dimakan daripada usaha tangan sendiri.” (maksud hadis)

- “Seorang lelaki yang selalu meminta-minta daripada manusia akan datang pada hari kiamat nanti dalam keadaan mukanya tiada berdaging.” (maksud hadis)

- “Jangan berhenti mencari rezeki kemudian kamu berdoa pula: Ya Allah, berilah aku rezeki. Kamupun tahu langit tidak menurunkan emas dan perak.” (kata-kata Umar r.a.)

3. Meneroka dan Memanfaatkan Sumber Semulajadi

Dalil-dalil mengenai perkara ini ialah:

- “Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan yang batin?” (maksud Luqman: 20)

- “Dan Dia memudahkan untuh (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripada-Nya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaan-Nya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.” (maksud Al-Jathiyah: 13)

Page 252: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

252

4. Mengharamkan Sumber Pendapatan yang Tidak Bersih

Menyentuh mengenai perkara ini, Ustaz al-Banna menyebut:

“Salah satu perkara yang wujud dalam ajaran Islam ini ialah mengharamkan

sumber pendapatan yang tidak bersih. Sumber pendapatan yang tidak bersih

ialah pendapatan yang diperolehi tanpa sebarang usaha seperti riba, judi, loteri

dan sebagainya. Ataupun pendapatan yang diperolehi dengan cara yang tidak

betul seperti merompak, mencuri, menipu dan sebagainya. Termasuklah

pendapatan yang diperolehi daripada hasil yang tidak baik seperti hasil jualan

arak, khinzir, dadah dan sebagainya. Semua hasil pendapatan ini tidak

dibenarkan dan tidak diiktiraf oleh Islam.”

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM EKONOMI)

5. Merapatkan Jurang antara Lapisan Masyarakat sehingga Tidak Wujud

Golongan yang Terlalu Kaya dan Golongan yang Terlalu Miskin

Perkara ini telah disentuh oleh Ustaz al-Banna:

“Islam telah berusaha merapatkan jurang antara semua lapisan masyarakat

dengan cara mengharamkan tindakan mengumpulkan harta simpanan dan orang

kaya tidak dibenarkan menunjuk-nunjukkan kemewahan mereka. Islam

menggalakkan supaya taraf hidup orang miskin ditingkatkan. Islam juga

menetapkan hak fakir miskin dalam harta negara dan harta golongan kaya. Islam

juga telah menggariskan langkah-langkah praktikal bagi mencapai tujuan itu.

Islam sentiasa menggalakkan supaya manusia memberi sumbangan untuk tujuan

kebajikan. Dalam masa yang sama Islam mengecam sikap bakhil, riak dan

mengungkit-ungkit. Islam mewujudkan hubungan tolong-menolong dan budaya

memberi pinjaman sebagai cara untuk memperolehi keredhaan Allah dan

mengharapkan ganjaran-Nya.

(#θ çΡ uρ$ yè s?uρ ’ n? tã Îh� É9ø9 $# 3“uθ ø) −G9 $#uρ ( Ÿωuρ (#θ çΡ uρ$ yè s? ’ n? tã ÉΟøO M} $# Èβ≡ uρô‰ ãèø9 $#uρ 4

“…Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.” Al-Maidah: 2

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM EKONOMI)

6. Mengiktiraf Hak Milik Peribadi

Page 253: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

253

Mengenai perkara ini Ustaz al-Banna menyebut:

“Islam menjamin keselamatan harta dan menghormati hak milik peribadi

selagimana tidak bercanggah dengan kepentingan awam.”

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF: SISTEM EKONOMI)

Dalil-dalil yang menunjukkan harta awam dan peribadi perlu dihormati begitu

banyak dan diketahui umum, contohnya:

- “Darah, maruah dan harta setiap muslim adalah diharamkan ke atas muslim lain.” (maksud hadis)

- “Tidak boleh mendatangkan mudarat dan tiada pemudaratan.” (maksud hadis)

7. Mengatur Urusan Kewangan dan Mewujudkan Kawalan Matawang yang Ketat

Ustaz al-Banna telah menyentuh perkara ini:

“Islam mentadbir urusan kewangan dengan mengambil kira beberapa perkara

iaitu memelihara kepentingan individu dan masyarakat, menghormati perjanjian

dan peraturan serta mengawal ketat soal kewangan. Malah perundangan Islam

mengkhususkan masalah ini dalam beberapa bab dan mengharamkan amalan

spekulasi matawang seperti yang boleh berlaku dalam masalah tukaran

matawang dan sebagainya. Di sini jelas wujudnya hikmah di sebalik pengharaman

penggunaan emas dan perak kerana kedua-duanya adalah aset matawang dunia.”

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM EKONOMI)

Di sini Ustaz al-Banna menjelaskan perbezaan teknikal di antara penggunaan

kedua-dua logam iaitu sebagai barangan jualan yang telah diharamkan dan

penggunaannya sebagai matawang yang diwajibkan. Cara penggunaan yang pertama

diharamkan bertujuan memudahkan cara penggunaan yang kedua. Dengan langkah ini,

urusniaga akan berjalan dengan lancar dan wujud kestabilan dalam kegiatan ekonomi.

8. Bantuan Sosial

Mengenai perkara ini, Ustaz al-Banna menyebut:

“Islam mewujudkan bantuan sosial dan menjamin keselesaan setiap rakyat

selagimana mereka melaksanakan tangungjawab mereka atau apabila mereka

tidak berupaya untuk menunaikan tanggungjawab kerana sebab-sebab yang di

Page 254: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

254

luar kemampuan mereka. Suatu ketika Umar ra, terserempak dengan seorang

Yahudi yang sedang meminta-minta bantuan orang ramai, lalu Umar menegurnya

dan bertanya sebab dia meminta-minta sedekah, apabila diketahui

ketidakupayaan Yahudi ini mencari rezeki, Umar mengkritik dirinya sendiri dan

berkata kepada Yahudi tadi: Alangkah tidak adil kami kepada engkau. Kami ambil

jizyah ketika engkau kuat dan kami abaikan engkau ketika lemah, berikanlah

kepadanya sumbangan Baitul Mal secukupnya.”

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM EKONOMI)

Peristiwa ini berlaku ketika masih wujud suasana kemesraan dan keharmonian di

kalangan anggota masyarakat.

9. Meletakkan Negara Sebagai Pihak yang Bertanggungjawab Memelihara

Sistem Ekonomi ini

Bagi mencapai maksud ini, Ustaz menegaskan sistem Islam:

“Islam menegaskan bahawa negara perlu bertanggungjawab memelihara sistem

ini dan cermat membelanjakan harta rakyat. Negara perlu mengambil harta ini

dengan betul dan membelanjakannya dengan betul. Pengagihan hendaklah

dilakukan dengan adil. Umar r.a. pernah berkata: “Harta ini adalah harta Allah

dan kamu adalah hamba-hamba-Nya. Seorang penggembala yang berhak

menerima harta ini pasti akan menerima bahagiannya walaupun dia sedang

mengembala kambing di hujung dunia. Sesiapa yang menyeleweng dia akan

dibakar di dalam neraka kelak.”

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM EKONOMI)

10. Menghalang Penyalahgunaan Kuasa… Di mana anda perolehi harta ini?

Perkara ini pernah disebut oleh Ustaz al-Banna:

“Selain mengharamkan penyalahgunaan kuasa, Islam juga mengecam pemberi,

penerima dan orang yang terlibat dengan rasuah, Islam mengharamkan

pemberian hadiah kepada mana-mana pemerintah dan pegawai kerajaan. Pada

zaman Umar dahulu, beliau akan menyoal siasat mana-mana pegawainya yang

memiliki harta yang berlebihan. Beliau akan berkata kepada mereka: “Dari mana

kamu perolehi semua ini? Adakah kamu mahu menghimpunkan bala dan

melakukan perkara yang memalukan?” Pemerintah pula hanya berhak

memperolehi peruntukan yang mencukupi untuk sara hidupnya.”

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM EKONOMI)

Page 255: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

255

Setelah membentangkan kesemua perkara ini, Ustaz al-Banna mengakhiri tulisan

beliau yang amat bermakna ini dengan berkata:

“Itulah nilai yang ada dalam sistem ekonomi Islam. Asas-asas sistem ini telah

saya bentangkan secara ringkas. Setiap satu asas ini memerlukan huraian yang

panjang. Jika kita benar-benar menggunakan panduan ini, sudah tentu kita akan

perolehi pelbagai manfaat.”

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM EKONOMI)

POLISI DAN PENGURUSAN EKONOMI

Bagi melaksanakan kesemua asas ini, Ustaz al-Banna telah mengemukakan

beberapa tindakan seperti berikut:

1. Matawang yang bebas. Matawang ini mestilah berdasarkan aset yang kukuh

dalam simpanan kita sendiri bukan bergantung kepada Bank Antarabangsa.

2. Memiliknegara syarikat-syarikat asing serta menukar modal asing kepada modal

tempatan jika boleh. Di samping itu, usaha perlu dijalankan bagi mengambil alih

prasarana awam (keperluan asasi rakyat) daripada bangsa asing. Projek ekonomi

perlu dirangsang dan diperbanyakkan. Rakyat yang menganggur mestilah

disediakan pekerjaan. Aset milik rakyat asing mestilah dikembalikan kepada

negara sepenuhnya. Rakyat perlu dipelihara daripada cengkaman monopoli

syarikat asing. Syarikat ini perlu dikawal dan dimanfaatkan untuk kepentingan

rakyat.

3. Memanfaatkan hasil kekayaan semulajadi dengan pantas dan produktif serta

memelihara projek mega nasional.

4. Beralih kepada negara industri.

5. Membuat nilaian semula tentang sistem hak milik. Kita kurangkan hak milik

mana-mana individu yang memiliki harta yang banyak dengan memberikan

mereka pampasan yang setimpal dengan hak mereka. Dalam masa yang sama kita

galakkan pemilikan harta secara kecil-kecilan bagi menambah jumlah pemilik dan

seterusnya menambah nilai kesetiaan kepada negara.

6. Mengemas kini sistem cukai sosial dengan berdasarkan sistem percukaian

progresif iaitu berdasarkan kepada seluruh pendapatan bukan berdasarkan

keuntungan sahaja. Sudah tentu sistem ini tidak dikenakan kepada fakir miskin,

Page 256: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

256

terutamanya sistem zakat. Memerangi amalan menimbun harta dan menghalang

harta daripada mengalir. Harta ini perlu digunakan untuk membantu projek

ekonomi dan juga program kebajikan yang perlu seperti menyediakan

perlindungan untuk golongan yang lemah dan miskin, anak yatim serta

mengukuhkan aspek ketenteraan.

7. Mengharam dan menghapuskan semua urusniaga yang berlandaskan riba. Bank-

bank perlu dikemaskini untuk mencapai hasrat ini. Contoh yang perlu dilakukan

oleh kerajaan ialah dengan menghapuskan faedah dalam semua projeknya.

8. Menggalakkan perusahaan kraftangan di rumah. Langkah ini merupakan peralihan

kepada budaya industri.

9. Rakyat perlu dididik supaya tidak terlalu bermewah sebaliknya mereka perlu

hidup berpada. Golongan dewasa perlu menjadi contoh kepada golongan muda

dalam mengamalkan budaya ini. Pelaksanaan projek yang bermanfaat diberikan

keutamaan berbanding projek mewah.

10. Membantu golongan pekerja bawahan dengan cara menaikkan gaji dan elaun

mereka sementara gaji golongan pekerja atasan perlu dikurangkan.

11. Mengurangkan jawatan terutama yang terlalu banyak dan hanya mewujudkan

jawatan yang perlu sahaja. Pengagihan tugas perlu dijalankan secara adil dan

dilakukan dengan rapi.

12. Menjaga kebajikan pekerja-pekerja teknikal dan sosial. Taraf hidup mereka

perlu ditingkatkan di semua sudut.

13. Meningkatkan sektor pertanian dan perindustrian. Tumpuan perlu diberikan

untuk meningkatkan hasil pengeluaran peladang dan pengusaha.

Di akhir tulisan beliau mengenai program politik dalam agenda kebangkitan

ummah ini, Ustaz al-Banna menegaskan perlunya usaha yang bersungguh-sungguh untuk

mengatasi segala kepincangan secara menyeluruh dan pantas. Menurut beliau:

“Perkara ini serius dan tidak boleh dipandang ringan. Masalah ini telah sampai ke

kemuncak. Ia perlu diatasi dengan tegas dan pantas. Seperti yang saya katakan

tadi, penyelesai kepada masalah ini hanyalah Islam.”

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM EKONOMI)

Page 257: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

257

Bahagian III PROGRAM PEMULIHAN POLITIK

Firman Allah Taala:

Èβr& uρ Νä3 ôm $# ΝæηuΖ ÷d t/ !$ yϑÎ/ tΑt“Ρr& ª! $# Ÿω uρ ôìÎ7 ®Ks? öΝèδu !#uθ ÷δr& öΝèδ ö‘x‹÷n $#uρ β r& š‚θ ãΖÏF ø�tƒ .tã ÇÙ÷è t/ !$ tΒ tΑt“Ρr& ª!$#

y7 ø‹s9 Î) (

“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu…” Al-Maidah: 49

Imam al-Ghazali r.a. pernah berkata:

“Ketahuilah bahawa syariat itu adalah teras, kerajaan itu adalah penjaga.

Sesuatu yang tidak mempunyai teras pasti akan binasa. Sesuatu yang tidak mempunyai

penjaga pasti akan hilang.”

Menurut Ustaz al-Banna:

“Negara Islam mestilah dibina berlandaskan dakwah supaya negara ini

mempunyai wawasan tersendiri bukan sekadar sebuah jentera pentadbiran.

Kerajaan bukanlah suatu struktur yang beku dan kaku tanpa sebarang roh.

Demikian juga dakwah mestilah diletakkan di bawah suatu pengawasan yang akan

menjaga, menyebar, menyampai dan memantapkannya.”

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM POLITIK)

Berpandukan pandangan Ustaz al-Banna, sasaran Ikhwan dalam pemulihan politik

ialah:

“Mewujudkan sistem politik yang mampu melaksanakan prinsip, menghormati hak

manusia yang diberikan oleh Allah. Di samping menjaga hak dan kebebasan

manusia. Memusatkan segala usaha untuk membangunkan institusi-institusi

kerajaan yang membolehkan kerajaan bertindak secara betul dan berkesan.

Menjamin wujudnya kebebasan tanpa penipuan dalam proses pilihanraya. Pihak

kerajaan juga perlu diawasi sepanjang tempoh pemerintahan mereka supaya

selaras dengan perlembagaan. Mengawal dasar kerajaan, memastikan tiada

penyelewengan, memantapkan pentadbiran, memastikan perubahan dan peralihan

kuasa berjalan dengan baik.”

Page 258: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

258

(IKHWAN DAN ISU SEMASA)

Perbincangan ini mengandungi perkara-perkara berikut:

1. Teras sistem politik.

2. Kuasa-kuasa utama dalam negara.

3. Pentadbiran jabatan kerajaan.

4. Pertahanan dan keselamatan.

5. Dasar luar.

Di sini saya akan bincangkan empat perkara pertama dan perkara kelima akan

dibincangkan di tajuk seterusnya.

1. Teras Sistem Politik

Bagi mengukuhkan lagi pandangan Ustaz al-Banna, Ikhwan berpandangan

perlunya tiga kuasa utama dalam Negara dipisahkan. Analisa mereka dinyatakan

seperti berikut:

“Menggabung dan menumpukan seluruh kuasa negara kepada seseorang atau satu

pihak akan mengundang bahaya dan membuka peluang lebih besar kepada

kediktatoran yang mampu menggugat seterusnya melemahkan kekuatan dan

teras negara dan juga masyarakat. Oleh itu langkah memisahkan kuasa negara

kepada tiga pihak iaitu perundangan, eksekutif dan kehakiman adalah perlu bagi

membentuk sistem pemerintahan yang baik serta menghalang kediktatoran dan

mewujudkan keadilan.”

(IKHWAN DAN ISU SEMASA)

2. Kuasa-kuasa Utama dalam Negara

Ustaz al-Banna telah menjelaskan kuasa-kuasa dalam negara ini secara

mendalam seperti berikut:

i. Kuasa Perundangan (perlembagaan)

Ustaz al-Banna berpendapat kuasa perundangan mestilah melaksanakan

tanggungjawab seperti berikut:

Page 259: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

259

i. Pilihanraya berkala yang bebas dan memulihkan keseluruhan akta pilihanraya.

ii. Melaksanakan tanggungjawab menyelia dan mewujudkan undang-undang.

iii. Menilai perjalanan pentadbiran kerajaan.

iv. Mewujudkan agensi yang menguruskan aspek teknikal, pentadbiran dan

maklumat yang boleh dipercayai.

v. Mewujudkan hubungan yang rapat antara wakil rakyat dan rakyat.

vi. Memantapkan pelaksanaan sistem demokrasi syura.

vii. Meneruskan pewartaan undang-undang syariah.

ii. Kuasa Eksekutif (pentadbiran, kementerian atau kerajaan)

Ustaz al-Banna berpendapat kuasa eksekutif mestilah melaksanakan

tanggungjawab mereka seperti berikut:

a. Memilih ketua negara mengikut kriteria tertentu.

b. Menggariskan hubungan antara ketiga-tiga kuasa.

c. Membentuk kerajaan mengikut asas perlembagaan.

d. Mengawal penggunaan harta kerajaan.

e. Menyusun struktur pentadbiran yang kemas.

iii. Kuasa Kehakiman (undang-undang)

Ustaz al-Banna berpendapat kuasa kehakiman mestilah melaksanakan

tanggungjawab berikut:

a. Menanam prinsip kebebasan jabatan kehakiman.

b. Kebebasan kuasa kehakiman.

c. Menyusun prosedur melantik ketua majlis kehakiman, ketua mahkamah tinggi

dan ketua hakim.

Page 260: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

260

d. Meluaskan kuasa hakim.

e. Menyusun agensi penguatkuasaan.

f. Menjauhkan proses kehakiman daripada pengaruh parti politik.

g. Mewujudkan mahkamah agung.

h. Mewujudkan mahkamah-mahkamah rendah.

i. Pemilihan hakim berdasarkan keupayaan dan kelayakan.

j. Menjamin keselamatan hakim.

3. Pemulihan Pentadbiran Jabatan Kerajaan

Ustaz al-Banna berpendapat bagi memulihkan jabatan kerajaan beberapa prinsip

berikut perlu diterapkan:

a. Bangkitkan semangat Islam di jabatan-jabatan kerajaan supaya setiap pegawai

kerajaan merasakan mereka mempunyai tanggungjawab melaksanakan ajaran

Islam.

b. Kemaskini waktu bekerja di jabatan kerajaan mengikut musim sejuk dan panas

supaya memudahkan mereka menunaikan amalan fardhu dan menghentikan

amalan berjaga hingga larut malam.

c. Hapuskan rasuah dan sogokan serta tanamkan sikap hanya berpada dan

menerima apa yang dibenarkan oleh undang-undang sahaja.

d. Nilai semua urusan kerajaan menurut hukum dan ajaran Islam. Dengan ini semua

dasar berkenaan keraian, jemputan, majlis rasmi, penjara dan hospital tidak

bercanggah dengan ajaran Islam. Dengan ini juga jadual waktu bekerja tidak

bertembung dengan waktu sembahyang.

(MENUJU SINAR CAHAYA)

4. Pertahanan dan Keselamatan

“Langkah untuk menjaga kestabilan negara, keharmonian individu dan

masyarakat, menjaga jabatan kerajaan, memantapkan proses syura demokrasi,

memelihara proses peralihan kuasa yang aman, menjaga kuasa negara dan

mengekalkan nilai masyarakat madani merupakan langkah-langkah yang perlu

Page 261: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

261

untuk mencapai pembangunan yang bersepadu dan agenda pembangunan Islam.

Namun demikian semua ini tidak mungkin tercapai atau diterapkan ke alam

realiti selagimana sektor ketenteraan dan keselamatan tidak dibangunkan atas

semangat keimanan dan patriotik yang akan memelihara sektor ini daripada

dicemar kelemahan peribadi dan faham perkauman yang sempit.”

(IKHWAN DAN ISU SEMASA)

Mengenai aspek pertahanan dan keselamatan, Ustaz al-Banna telah kemukakan

kenyataan yang jelas dan bernas menjelaskan keperihatinannya kepada sektor ini.

“Tiada satu sistem pun sejak dahulu hingga sekarang, baik berbentuk agama

mahupun sosial yang memberi perhatian penuh kepada soal jihad, ketenteraan,

kerahan rakyat dan menyatukan seluruh kekuatan rakyat untuk

mempertahankan kebenaran sebagaimana yang ada dalam agama dan ajaran

Islam. Ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang agung

mengandungi segala nilai yang mulia ini. Nilai ini dinyatakan dengan jelas dan

terang ke arah mengajak manusia berjihad, berperang, menerapkan nilai

ketenteraan, memperkukuh teknologi pertahanan dan peperangan dalam semua

cabang, darat dan laut serta dalam semua keadaan.

“Wahai Ikhwan, umat yang dapat mencipta kematiannya dengan baik, dan

mereka memahami bagaimana untuk mati dengan cara yang terhormat, Allah

akan kurniakan mereka kehidupan yang mulia di dunia dan nikmat yang abadi di

akhirat. Krisis yang melanda kita ini tidak lain hanya kerana kita cintakan dunia

dan takutkan mati.”

(BINGKISAN JIHAD)

Seperti yang saya nyatakan tadi, kita akan bincangkan tajuk hubungan

antarabangsa dalam tajuk selepas ini.

Page 262: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

262

Fasal 14

POLISI NEGARA

Mukadimah: Negara Menurut Islam

Bahagian I: Dasar dalam Negara (pentadbiran hal ehwal negara)

Bahagian II: Dasar Luar (hubungan luar negara)

Page 263: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

263

Mukadimah NEGARA MENURUT ISLAM

1. Kedudukan Negara

Bagi menjelaskan kedudukan sebuah negara, Ustaz al-Banna menyebut:

“Islam yang suci ini meletakkan kerajaan sebagai salah satu elemen sistem

sosial Islam kerana Islam tidak dapat menerima suasana yang tidak stabil. Islam

juga tidak membenarkan masyarakat Islam hidup tanpa pemimpin. Rasulullah

s.a.w. pernah bersabda kepada beberapa orang sahabatnya:

“Apabila kamu tiba di sebuah negeri yang tiada pemimpin hendaklah kamu beredar meninggalkannya.”

Ketika yang lain Baginda bersabda kepada beberapa orang sahabatnya:

“Jika kamu bertiga, hendaklah kamu melantik seorang mengetuai kamu.”

…Aangkah indah sekali kata-kata Imam al-Ghazali r.a.: “Sedarlah! Syariat itu

adalah dasar dan kuasa itu adalah penjaganya. Perkara yang tiada dasar akan

roboh dan perkara yang tiada penjaga akan lenyap.”

Negara Islam mestilah dibina berlandaskan dakwah supaya negara ini mempunyai

wawasan tersendiri bukan sekadar sebuah jentera pentadbiran. Kerajaan

bukanlah suatu struktur yang beku dan kaku tanpa sebarang roh. Demikian juga

dakwah mestilah diletakkan di bawah suatu pengawasan yang akan menjaga,

menyebar, menyampai dan memantapkannya.”

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM POLITIK)

2. Kepentingan Sebuah Negara (menjaga gagasan)

Ustaz al-Banna melihat sistem Islam bukan sahaja memberikan kesejahteraan

kepada umat Islam sahaja, malah kepada seluruh manusia. Menurut beliau:

“Jika kita memiliki sebuah kerajaan Islam yang berpegang dengan Islam yang

sebenar, keimanan yang tulen, mempunyai kebebasan dalam merencana dan

melaksana, benar-benar memahami khazanah agung yang dimilikinya, memahami

kehebatan sistem Islam yang diwarisinya, meyakini Islam sebagai penawar buat

bangsanya dan petunjuk untuk seluruh manusia… Nescaya kita akan menuntut

supaya kerajaan ini menerajui dunia ini dengan nama Islam. Kita mahu supaya

Page 264: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

264

kerajaan ini menuntut supaya kerajaan-kerajaan lain mengkaji dan meneliti

Islam ini. Kita mahu kerajaan ini membimbing kerajaan-kerajaan lain dengan

cara dakwah yang berterusan, meyakinkan, bukti yang kukuh serta penghantaran

wakil yang berkala atau gunakan apa sahaja cara untuk berdakwah dan

menyampaikan. Kita mahu supaya kerajaan ini menjadi pusat kerohanian, politik

dan amali di kalangan kerajaan-kerajaan lain. Kita mahu kerajaan ini mampu

memberi nafas baru untuk bangsa ini. Meneraju bangsa ini ke arah kegemilangan

dan sinar cahaya. Mampu merangsang bangsa ini supaya bersemangat, gigih

berusaha dan bekerja.

“Agak hairan, bagaimana ideologi komunis mempunyai sebuah negara yang

melaungkan slogan komunis… Demikian juga dengan fahaman Fasis dan Nazi yang

memiliki pendokong tersendiri yang mengagungkannya… Seluruh aliran

masyarakat dan politik menjadi pendokong kuat fahaman ini. Mereka

menyerahkan segala jiwa, fikiran, tulisan, harta, akhbar dan tenaga mereka.

Malah mereka sedia hidup dan mati untuk fahaman ini.

“Malangnya dalam masa yang sama kita tidak pula jumpa mana-mana kerajaan

Islam yang bersedia mengambil tanggungjawab mengembangkan Islam.

Sedangkan Islam adalah agama yang menggabungkan segala elemen positif yang

ada dalam semua fahaman tadi ialah Islam menapis semua elemen negatif yang

ada dalam kesemua fahaman tadi. Kita tidak temui sebuah kerajaan yang dapat

mengenengahkan Islam ini kepada bangsa-bangsa lain sebagai sebuah sistem

yang bersifat global dan mampu mengemukakan penyelesaian yang betul, tepat

dan memuaskan untuk semua masalah manusia. Sedangkan Islam telah

meletakkan usaha dakwah ini sebagai fardhu dan perlu dilakukan. Dakwah ini

telah diwajibkan ke atas semua umat Islam sama ada sebagai sebuah bangsa

atau sebagai sebuah kumpulan, sebelum semua fahaman tadi tercipta dan

sebelum wujudnya semua propaganda tadi.

ä3tF ø9 uρ öΝä3ΨÏiΒ ×πΒ é& tβθãã ô‰tƒ ’ n<Î) Î�ö!sƒ ø: $# tβρã2ãΒ ù' tƒ uρ Å∃ρã2÷èpRùQ $$Î/ tβ öθyγ ÷Ζtƒ uρ Çtã Ì2s3Ψ ßϑ ø9$# 4 y7Í×≈s9 'ρé& uρ ãΝèδ

šχθßsÎ= ø�ßϑ ø9 $# ∩⊇⊃⊆∪

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” Ali Imran: 104

(IKHWAN AL-MUSLIMIN DI BAWAH NAUNGAN AL-QURAN)

3. Struktur Negara

Page 265: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

265

Perkara ini telah disentuh oleh Ustaz al-Banna:

“Sistem Islam tidak mementingkan struktur atau istilah selagi mana dasar-

dasar utama yang perlu bagi mewujudkan politik yang baik ini wujud; Selagimana

ia dilaksanakan secara seimbang tidak hanya mementingkan satu-satu sudut

sahaja. Namun sudah tentu keseimbangan ini tidak dapat dipertahankan tanpa

wujudnya penghayatan sebenar kepada kesucian ajaran Islam ini. Apabila dasar-

dasar ini mampu dipertahankan, ia akan membawa kepada kejayaan di dunia dan

akhirat. Dalam dunia moden hari ini perkara ini disebut sebagai “kesedaran

nasional” atau “kematangan politik” atau “pendidikan patriotik” atau sebagainya.

Namun sebenarnya kesemua istilah ini hanya merujuk kepada satu maksud

sahaja iaitu keyakinan kepada keberkesanan sistem yang ada dan merasakan

sistem ini perlu dipertahankan. Sebabnya, teks sahaja tidak akan mampu

membangkitkan sebuah bangsa. Tidak ubah seperti undang-undang kerana

undang-undang tidak akan berguna jika tidak dilaksanakan oleh hakim yang adil

dan bersih.”

(KRISIS DALAMAN MENURUT PERSPEKTIF SISTEM ISLAM: SISTEM POLITIK)

4. Ciri, Tanggungjawab dan Hak Negara

Berdasarkan pandangan Ustaz al-Banna, ciri, tanggungjawab dan hak negara

boleh digariskan seperti berikut:

Ciri

i. Bertanggungjawab.

ii. Ehsan kepada rakyat.

iii. Adil kepada semua manusia.

iv. Menjaga harta kerajaan.

v. Berjimat.

Tanggungjawab

i. Menjaga keselamatan.

ii. Melaksanakan undang-undang.

Page 266: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

266

iii. Memberikan pendidikan.

iv. Mengukuhkan kekuatan.

v. Menjaga kesihatan.

vi. Menjaga kepentingan awam.

vii. Membangun dan memelihara sumber kekayaan.

viii. Memantapkan akhlak dan menyebar dakwah.

Hak

i. Kesetiaan dan ketaatan.

ii. Dibantu dengan nyawa dan harta.

Page 267: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

267

Bahagian I DASAR DALAM NEGARA

(PENTADBIRAN HAL EHWAL NEGARA)

1. Definisi Dasar dalam Negara

Ustaz al-Banna telah menjelaskan definisi dasar dalam negara, menurut beliau:

“Saudara, izinkan saya huraikan dengan lebih lanjut berkenaan perkara ini. Pada

saya, jika yang dimaksudkan dengan politik ialah mengendalikan urusan kerajaan,

memperjelaskan peranan, hak dan tanggungjawab kerajaan, memerhatikan

setiap tindakan pemerintah agar apabila mereka melakukan yang baik mereka

boleh ditaati dan apabila mereka melakukan kesilapan mereka boleh dikritik,

maka Islam memberi tumpuan kepada perkara ini dan Islam telah menggariskan

beberapa dasar dan asas dalam masalah ini. Islam menjelaskan hak-hak

pemerintah dan rakyat. Islam menjelaskan kedudukan orang yang zalim dan yang

dizalimi. Islam menggariskan sempadan untuk setiap perkara agar ia tidak

dicerobohi.

“Perlembagaan, undang-undang sivil, undang-undang jenayah dan segala perkara

yang telah disentuh oleh Islam. Islam adalah sumber rujukan utama dan unggul

dalam perkara ini. Islam bertindak menggariskan asas, kaedah am dan objektif

kepada undang-undang ini. Seterusnya Islam mewajibkan manusia supaya

melaksanakannya. Namun Islam telah menyerahkan segala aspek perincian dan

huraian undang-undang ini kepada manusia supaya mereka dapat melaksana-

kannya menurut kesesuaian zaman dan keadaan mereka. Mereka boleh

berijtihad menentukan apa yang baik menurut ijtihad mereka.

“…Oleh itu, ajaran al-Quran tidak dapat dipisahkan dengan kuasa. Atas dasar ini

juga politik dan kerajaan adalah sebahagian daripada agama. Orang Islam

diwajibkan memberikan tumpuan kepada aspek kerajaan sama seperti tumpuan

yang diberikan kepada aspek rohani.

“Inilah pendirian Islam tentang politik dalam negara.”

(BUAT MAHASISWA)

2. Struktur Sistem Politik

Bagi menjelaskan maksud sistem politik, Ustaz al-Banna menyebut:

Page 268: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

268

“Kerajaan dalam Islam tertegak berlandaskan asas-asas yang telah diketahui

dan diakui umum. Kerajaan adalah elemen utama kepada sistem politik Islam.

Kerajaan ini mestilah berlandaskan kepada asas-asas iaitu tanggungjawab

pemerintah, perpaduan umat dan menghormati aspirasi rakyat. Tanpa mengira

walau apapun istilah atau struktur yang digunakan.”

(KRISIS DALAMAN MENURUT PERSPEKTIF SISTEM ISLAM: SISTEM POLITIK)

Dengan ini bermakna sistem politik Islam mestilah berlandaskan tiga asas

berikut:

i. Tanggungjawab Pemerintah.

ii. Perpaduan umat.

iii. Hormati aspirasi rakyat.

Di sini dibincangkan secara ringkas ketiga-tiga asas ini mengikut pandangan

Ustaz al-Banna:

i. Tanggungjawab pemerintah (kontrak sosial)

Menurut Ustaz al-Banna:

“Pemerintah adalah orang yang bertanggungjawab di hadapan Allah dan rakyat.

Pemerintah adalah orang suruhan dan khadam kepada rakyat. Rasulullah sendiri

pernah bersabda:

“Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanya tentang pimpinan kamu.”

Ketika Abu Bakar r.a. ditabalkan sebagai khalifah dan naik ke mimbar, beliau

berucap: “Wahai sekalian manusia, dahulu saya bekerja untuk keluarga saya dan

saya mencari makan minum mereka. Namun sekarang saya bekerja untuk kamu

maka tetapkanlah bahagian saya daripada perbendaharaan kamu.”

“Melalui ucapan ini, beliau telah mengemukakan tafsiran yang terbaik dan adil

berhubung teori kontrak sosial. Malah beliau adalah orang pertama yang

meletakkan batu asasnya. Kontrak ini ialah perjanjian antara rakyat dan

pemerintah bertujuan memelihara kepentingan umum. Jika pemerintah

melakukannya dengan baik, dia akan mendapat ganjarannya dan jika tidak dia

akan menerima akibatnya.”

Page 269: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

269

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM POLITIK)

Ustaz al-Banna menjelaskan lagi tentang tanggungjawab pemerintah dengan

menyebut:

“Berhubung dengan pemerintah yang bertanggungjawab, perkara yang menjadi

asas dalam sistem Islam ialah orang yang bertanggungjawab ialah ketua negara

itu sendiri. Ketua negara ini boleh bertindak tetapi perlu mengemukakan segala

tindakannya kepada rakyat. Jika baik, rakyat akan membantunya dan jika tidak,

rakyat akan membetulkannya. Dalam Islam tidak salah jika ketua negara

melantik seorang wakil untuk menjalankan kuasa ini atau memikul tanggungjawab

sesuatu tugas. Pada zaman Islam perkara ini dikenali sebagai “wizarah tafwid”.

Para ulamak Islam membenarkan perkara ini selagimana ada keperluan. Perkara

seumpama ini berlandaskan konsep “memelihara kepentingan umum”. Menurut al-

Mawardi dalam bukunya, al-Ahkam al-Sultaniyyah: “Wizarah (kementerian)

terbahagi kepada dua iaitu wizarah tafwid dan wizarah tanjiz.”

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM POLITIK)

Prinsip yang menjadi landasan dalam tanggungjawab pemerintah boleh

dirumuskan seperti berikut:

a. Pemerintah adalah khadam rakyat berdasarkan hak dan tanggungjawab yang

diberikan oleh perlembagaan dan undang-undang.

b. Kerajaan ialah suatu kontrak sosial antara rakyat dan pemerintah untuk

menjaga kepentingan rakyat.

c. Kesetiaan antara rakyat dan kerajaan bersifat sementara.

d. Kerajaan mestilah melaksanakan konsep memisahkan tiga cabang kuasa.

e. Pemerintah berhak memilih kaedah yang sesuai untuk melaksanakan

tanggungjawabnya. Sama ada secara wakil atau secara langsung atau mengikut

apa yang dinyatakan oleh perlembagaan.

f. Pemerintah mestilah melaksanakan kuasa dan tanggungjawabnya mengikut

undang-undang.

ii. Perpaduan umat (perpaduan negara)

Mengenai asas ini Ustaz al-Banna menyebut:

Page 270: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

270

“Umat Islam adalah umat yang satu. Kerana persaudaraan yang menyatukan

hati-hati manusia atas nama Islam adalah salah satu asas iman. Iman ini tidak

lengkap tanpa persaudaraan dan persaudaraan tidak akan dicapai tanpa

kewujudan iman. Namun ini tidak bermakna tidak wujudnya kebebasan bersuara

atau memberi nasihat daripada pihak bawahan kepada pihak atasan atau

daripada pihak atasan kepada pihak bawahan. Inilah yang dikenali dalam budaya

Islam sebagai memberi nasihat dan amar makruf nahi mungkar.

“Tidak wujud perpecahan di kalangan umat Islam dalam soal-soal asasi kerana

sistem sosial yang diamalkan oleh umat ini hanya satu iaitu Islam. Islam

diiktiraf oleh semua anggota umat ini. Tiada masalah jika wujud perbezaan

pendapat dalam soal-soal kecil. Perbezaan pendapat tidak semestinya

menimbulkan ketegangan atau permusuhan atau amalan berpuak selagimana ia

hanya membabitkan masalah cabang. Sebaliknya masalah ini boleh dibahas,

dikaji dan dibincang dalam budaya nasihat menasihati.”

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM POLITIK)

iii. Menghormati aspirasi rakyat

Mengenai asas ini, Ustaz al-Banna melihat wujud keserasian pada dasarnya

antara sistem Islam dengan sistem parlimen. Kita boleh lihat dalam tajuk Krisis

Dalaman Menurut Perspektif Islam:

“Para ahli perlembagaan menyebut bahawa sistem parlimen mestilah

berlandaskan kepada asas pemerintah yang bertanggungjawab, kuasa rakyat dan

hormat kepada aspirasi rakyat. Jadi tidak sepatutnya wujud dalam sistem ini

perkara yang boleh menghalang perpaduan rakyat. Perpecahan dan

persengketaan sebenarnya bukan syarat sistem ini. Atas dasar ini tidak wujud

sebarang perkara dalam sistem parlimen yang bercanggah dengan dasar yang

ditetapkan oleh Islam untuk sistem politik. Ini bermakna sistem parlimen tidak

jauh berbeza dengan sistem Islam.”

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM POLITIK)

Dengan ini, langkah terbaik untuk menghormati inspirasi ummah ialah dengan

memantapkan institusi parlimen. Institusi parlimen ini mestilah berlandaskan kepada

lima prinsip berikut:

a. Prinsip keluhuran undang-undang.

b. Prinsip syura.

Page 271: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

271

c. Prinsip pilihanraya bebas.

d. Prinsip permuafakatan.

e. Prinsip peralihan kuasa secara aman.

Kita akan bincangkan prinsip ini secara lebih mendalam.

a. Prinsip keluhuran undang-undang

Prinsip ini telah disentuh oleh Ustaz al-Banna:

“Undang-undang adalah hasil ijtihad yang anjal bagi tujuan rnengawal tingkah

laku undang-undang ini akan hanya dihormati dan disanjung sekiranya

kandungannya bertepatan dengan dasar atau kaedah yang tertera dalam

undang-undang tertinggi dalam masyarakat iaitu perlembagaan. Dengan ini

undang-undang ini selaras dan secocok dengan jiwa dan perasaan rakyat.”

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM POLITIK)

b. Prinsip syura

“Salah satu hak rakyat ialah mengawasi setiap tingkah laku pemerintah. Rakyat

perlu memberi pandangan kepada pemerintah jika ada sesuatu yang baik.

Pemerintah pula perlu meminta pandangan rakyat dan menghormati kehendak

mereka. Pemerintah perlu menerima pandangan yang baik yang diutarakan oleh

rakyat. Malah Allah telah memerintahkan agar pemerintah menjadikan perkara

ini sebagai amalannya:

ööΝèδ ö‘ Íρ$ x©uρ ’ Îû ÍIö∆ F{$# (

“…Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu…” Ali Imran: 159

Allah turut memuji orang-orang beriman kerana amalan baik mereka ini:

öΝ èδã2øΒ r& uρ 3“u‘θ ä© öΝæη uΖ÷d t/

“…Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka;…” Ash-

Shura: 38

Page 272: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

272

Amalan ini tercatat dalam sunnah Rasulullah s.a.w. dan amalan para khalifah al-

rashidin selepas Baginda. Apabila berlaku sesuatu perkara, mereka akan

menghimpunkan para cendikiawan di kalangan umat Islam. Mereka akan

bermesyuarat dan akur dengan pendapat yang betul. Malah mereka akan

melantik atau menggalakkan mereka untuk turut serta dalam mesyuarat

tersebut. Abu Bakar r.a. pernah berkata: “Jika kamu lihat saya di pihak yang

benar, bantulah saya dan jika kamu lihat saya di pihak yang salah,

perbetulkanlah saya.”

Umar bin al-Khattab pernah berkata: “Sesiapa yang melihat ada kepincangan

pada diri saya, perbetulkanlah saya.”

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM POLITIK)

c. Prinsip pilihanraya yang bebas

Mengenai prinsip ini, Ustaz al-Banna telah meletakkan syarat kejayaan bagi

sebuah pilihanraya yang bebas. Menurut beliau:

“Sistem parlimen hari ini telah menggariskan kaedah untuk memilih ahl al-hal wa

al-aqd. Ia dilakukan melalui pilihanraya atau pelbagai cara yang digariskan oleh

para pakar perlembagaan. Islam tidak menolak kaedah ini selagimana kaedah ini

membantu pemilihan ahl al-hal wa al-aqd. Malah ia boleh dilakukan jika wujud

dalam sesebuah sistem itu ciri-ciri ahl al-hal wa al-aqd yang ditetapkan. Hanya

mereka yang memenuhi ciri-ciri ini sahaja yang dibenarkan untuk mewakili

rakyat.”

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM POLITIK)

Dengan ini bagi membolehkan pilihanraya dijalankan dengan bebas beberapa

perkara perlu diwujudkan:

i. Garis panduan bagi memilih calon-calon yang layak bertanding dalam pllihanraya.

ii. Garis panduan bagi kempen pilihanraya.

iii. Proses pilihanraya perlu dibaiki.

iv. Hukuman yang berat kepada apa jua bentuk penipuan termasuk amalan rasuah.

v. Bebaskan wakil rakyat daripada tekanan pengundi dan kepentingan umum lebih

diutamakan daripada kepentingan peribadi.

Page 273: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

273

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM POLITIK)

d. Prinsip permuafakatan bersama

Bagi menjejaskan sifat ahl al-hal wa al-aqd, Ustaz al-Banna menyebut:

“Berhubung soal menghormati aspirasi rakyat di samping perlunya perkongsian

kuasa dengan cara yang betul bersama rakyat, Islam tidak mewajibkan

pandangan setiap rakyat diambil dalam semua perkara. Dalam istilah moden

masalah ini dinamakan pungutan suara. Bagi sesuatu situasi yang biasa, memadai

dengan mengambil kira pandangan ahl al-hal wa al-aqd. Namun tidak pula

ditentukan siapa nama atau bagaimana peribadi mereka. Berpandukan kepada

pendapat ulamak dan sifat-sifat yang diberikan, sifat yang dinyatakan itu wujud

pada tiga golongan:

1. Para ulamak mujtahid yang mana fatwa dan terbitan hukum mereka diguna pakai.

2. Golongan yang pakar dalam pelbagai bidang.

3. Golongan yang memiliki kuasa sebagai pemimpin atau ketua seperti ketua rumah,

ketua keluarga, ketua kabilah dan ketua kumpulan.

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM POLITIK)

e. Prinsip peralihan kuasa secara aman.

Akhir sekali berdasarkan pemikiran Ustaz al-Banna, Ikhwan berpandangan:

“Peralihan kuasa secara aman merupakan teras kepada syura dan demokrasi.

Malah ia adalah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah perebutan

kuasa di pelbagai peringkat. Sistem politik masih tidak memenuhi kehendak

syura dan demokrasi selagimana ia tidak memiliki sistem yang membolehkan

pihak yang mendapat sokongan majoriti rakyat untuk memerintah melaksanakan

program-program yang dirancang. Ia boleh dilakukan melalui undi secara

berkala. Dengan ini rakyat yang akan menentukan sesuatu halatuju.”

(IKHWAN DAN ISU SEMASA)

3. Struktur Sistem Ekonomi

Mengenai aspek ini yang menjadi sebahagian struktur negara dalam agenda

kebangkitan ummah, Ustaz al-Banna menyebut:

Page 274: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

274

“Kali ini saya ingin menyentuh aspek ekonomi kita. Saya berharap tulisan yang

ikhlas ini akan mendapat perhatian, menyentuh hati, memberi kesedaran dan

seterusnya berbuat sesuatu untuk mengatasinya; Sebelum penyakit ini merebak

dan tidak lagi dapat dirawat; Sebelum jurang ini semakin meluas. Tiada perkara

yang menyentuh hati dan perasaan selain masalah ekonomi. Masalah ini akan

menjerut masyarakat sehingga mereka tidak lagi mampu memperolehi keperluan

hidup. Apatah lagi untuk memperolehi lebih daripada itu. Ketika itu tidak ada

krisis yang lebih besar daripada krisis roti. Tiada kesengsaraan yang lebih

dahsyat danpada sengsara kebuluran. Tiada keperluan yang lebih penting

daripada keperluan mendapatkan makanan asasi. “Orang yang mencari sesuap

makanan tidak akan dipersalahkan”. Seorang hamba wanita menemui Muhammad

bin al-Hasan asy-Syaibani, sahabat Abu Hanifah seraya berkata: Tuan, tepung

sudah habis. Muhammad membalas: Kamu ni! Kamu telah menghilangkan 40

masalah agama dalam kepalaku.

“Ada beberapa fakta yang tidak dapat dinafikan atau ditolak oleh sesiapa, iaitu:

Kekayaan hasil bumi, monopoli asing, jurang antara kekayaan dan kemiskinan,

ketidak tentuan ekonomi… antara teori-teori ekonomi.

“Namun demikian saya amat-amat yakin, tiada satupun di antara teori-teori

tersebut yang mampu membawa kebaikan kepada kita. Setiap teori tersebut ada

kelemahan yang ketara dan kelebihan yang tersendiri. Semua teori ini lahir

bukan dalam negara kita. Ia lahir untuk budaya asing yang berbeza dengan

budaya kita. Apatah lagi kita sendiri sebenarnya telahpun memiliki sistem yang

lengkap dan mampu membuat perubahan yang menyeluruh iaitu sistem Islam.

Islam telah menggariskan beberapa asas ekonomi yang menyeluruh dan asasi.

Jika asas-asas ini kita pelajari dan kita laksanakan dengan betul, segala masalah

kita akan selesai. Malah lebih dari itu kita mampu menggarap pula segala

kelebihan yang ada dalam teori lain. Di samping itu kita juga dapat mengelak

segala kelemahan yang ada dalam teori-teori tersebut. Seterusnya kita akan

dapat mengetahui bagaimana cara meningkatkan taraf hidup rakyat. Kita juga

akan mampu memperbaiki keadaan hidup setiap lapisan masyarakat. Tidak syak

lagi kita akan menemui cara yang terbaik untuk memperolehi kehidupan yang

selesa.”

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SISTEM EKONOMI)

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, sistem ekonomi Islam mestilah

berlandaskan 10 perkara asas berikut:

1. Meletakkan harta yang baik sebagai tunjang kehidupan. Harta ini perlu

diusahakan.

Page 275: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

275

2. Mewajibkan mereka yang berkemampuan supaya bekerja dan mencari rezeki.

3. Meneroka dan memanfaatkan sumber semulajadi.

4. Mengharamkan sumber pendapatan yang tidak bersih.

5. Merapatkan jurang antara lapisan masyarakat sehingga tidak wujud golongan

yang terlalu kaya dan golongan yang terlalu miskin.

6. Mengiktiraf hak milik peribadi.

7. Mengatur urusan kewangan dan mewujudkan kawalan matawang yang ketat.

8. Bantuan sosial.

9. Meletakkan negara sebagai pihak yang bertanggungjawab memelihara sistem

ekonomi.

10. Menghalang penyalahgunaan kuasa… Di mana anda memperolehi harta ini?

Semua perkara ini telahpun dibincangkan secara mendalam ketika membicarakan

tentang program politik negara dalam agenda kebangkitan ummah.

4. Struktur Sistem Sosial

Ustaz al-Banna telah menyentuh mengenai aspek penting ini dalam struktur

negara, menurut beliau:

“Al-Quran mengandungi segala kaedah ke arah perubahan masyarakat yang

menyeluruh. Al-Quran telah turun sedikit demi sedikit kepada Nabi s.a.w. dan

dibentangkan kepada orang-orang yang beriman dari semasa ke semasa

mengikut keperluan, keadaan dan peristiwa tertentu.

4 y7Ï9≡ x‹ Ÿ2 |MÎm7s[ãΖ Ï9 ϵÎ/ x8yŠ#xσ èù ( çµ≈oΨ ù= ¨?u‘uρ Wξ‹Ï? ö2s? ∩⊂⊄∪ Ÿω uρ y7 tΡθ è?ù' tƒ @≅ sVyϑ Î/ �ω Î) y7≈oΨ ÷∞ Å_ Èd,ys ø9 $$Î/ z|¡ ôm r&uρ

#·�!Å¡ ø�s? ∩⊂⊂∪

“...Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.” “Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan

Page 276: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

276

kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis segala yang mereka katakan itu).” Al-Furqan: 32-33

Akhirnya sempurnalah penurunan wahyu dan kini ia terpelihara dalam dada dan

lembaran dalam tempoh lebih 22 tahun. Dalam kitab ini Allah muatkan segala

keterangan yang diperlukan untuk umat ini.

(ANTARA SEMALAM DAN HARI INI)

Dengan ini, menurut Islam program pemulihan masyarakat seperti yang

dinyatakan sebelum ini mestilah berlandaskan 10 perkara asas berikut:

1. Mewujudkan sifat ketuhanan dan keagamaan dalam masyarakat.

2. Memelihara tatasusila masyarakat dan mengukuhkan institusi dalam sistem

masyarakat.

3. Pemeliharaan institusi keluarga (wanita, pemuda dan kanak-kanak).

4. Menghapuskan jenayah dan penyelewengan.

5. Mewujudkan sistem pemantauan (hisbah).

6. Mewujudkan keadilan sosial serta menyediakan peluang kerja.

7. Memulihkan sistem pendidikan.

8. Menjaga kesihatan masyarakat.

9. Mengawal pihak media dan kegiatan seni.

10. Memantau kegiatan pelancongan.

Semua perkara asas ini telah dibincangkan secara mendalam tetika kita

membicarakan tentang program politik dalam negara nenurut agenda kebangkitan

ummah.

5. Struktur Sistem Jihad

Ustaz al-Banna telah mengariskan elemen penting ini dalam struktur negara,

menurut beliau:

Page 277: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

277

“Tiada satu sistem pun sejak dahulu hingga sekarang, baik berbentuk agama

mahupun sosial yang memberi perhatian penuh kepada soal jihad, ketenteraan,

kerahan rakyat dan menyatukan seluruh kekuatan rakyat untuk

mempertahankan kebenaran sebagaimana yang ada dalam agama dan ajaran

Islam. Ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang agung

mengandungi segala nilai yang mulia ini. Nilai ini dinyatakan dengan jelas dan

terang ke arah mengajak manusia berjihad, berperang, menerapkan nilai

ketenteraan, memperkukuh teknologi pertahanan dan peperangan dalam semua

cabang; darat, laut dan lain-lain dalam semua keadaan.

“Wahai Ikhwan, umat yang dapat mencipta kematiannya dengan baik dan

memahami bagaimana untuk mati dengan cara yang terhormat, Allah akan

kurniakan mereka kehidupan yang mulia di dunia dan nikmat yang abadi di

akhirat. Krisis yang melanda kita ini tidak lain hanya kerana kita cintakan dunia

dan takutkan mati. Persiapkanlah diri kamu untuk tugas yang besar dan bercita-

citalah untuk mati nescaya kamu akan diberikan kehidupan.

“Sedarlah bahawa mati pasti akan tiba dan ia hanya sekali. Jika kamu jadikan

kematian kamu di jalan Allah, kamu akan beroleh keuntungan di dunia dan pahala

di akhirat. Segala yang berlaku pada kamu telah ditentukan oleh Allah.

Perhatikan baik-baik firman Allah yang bermaksud:

“Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepadu kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar; seperti sangkaan orang-orang jahiliyah. Mereka berkata: Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari potongan kemenangan yang dijanjikan itu? Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dialah sahaja yang berkuasa melakukannya menurut peraturan yang ditetapkan-Nya). Mereka sembunyikan dalam hati mereka apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu. Mereka berkata (sesama sendiri): Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari potongan yang dijanjikan itu, tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini? Katakanlah (wahai Muhammad): Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing. Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” (maksud Ali Imran: 154)

Page 278: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

278

“Sedarlah jika kamu mati dengan cara yang terhormat kamu akan beroleh

kebahagiaan mutlak. Semoga Allah mengurniakan kita semua penghormatan

untuk mati syahid di jalan-Nya.”

(BINGKISAN JIHAD)

Dengan ini menurut Ustaz al-Banna dasar dalam sebuah negara mestilah

merangkumi sistem politik, ekonomi, sosial dan jihad sebagai sistem utama yang

membentuk struktur sebuah negara yang unggul, sesuai dengan agenda kebangkitan

ummah.

Page 279: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

279

Bahagian II DASAR LUAR (HUBUNGAN LUAR NEGARA)

1. Definisi Dasar Luar

Selari dengan pandangan Ustaz al-Banna, Ikhwan berpendapat:

“Hubungan dua hala di peringkat antarabangsa mendapat tumpuan penting pada

zaman ini. Pada hari ini tidak mungkin mana-mana bangsa dapat hidup dengan

meminggirkan diri daripada negara jirannya. Zaman ini adalah zaman

perdagangan dua hala antarabangsa menjadi keperluan hidup. Malah hubungan ini

banyak mencorak sudut budaya, ekonomi, politik dan ilmu. Pihak Jamaah

merasakan negara-negara Arab dan Islam perlu berusaha lebih keras untuk

meningkatkan lagi tahap persefahaman dan kerjasama yang jujur melalui

hubungan politik, ekonomi, budaya dan sosial demi memacu kestabilan,

pembangunan dan memelihara kepentingan bersama. Langkah ini juga demi

menyahut kehendak dan inspirasi masyarakat Arab dan Islam dengan mengambil

pengajaran yang pernah dilalui oleh rantau lain di dunia.

Nilai-nilai kemakmuran akan lahir dalam dunia yang diliputi suasana kerjasama

antara negara-negara di dunia yang seterusnya akan menjadi landasan kepada

wujudnya suasana kasih-sayang dan harmoni. Keadaan ini akan membina sebuah

masyarakat antarabangsa yang bertoleransi dan menghayati nilai-nilai

persaudaraan sejagat, saling tolong-menolong, bekerjasama dan sayang-

menyayangi antara satu sama lain. Hubungan antarabangsa akan wujud

berlandaskan semangat keadilan, memelihara kepentingan bersama,

menghormati perbezaan tamadun dan budaya, dan jujur dengan perjanjian

peringkat antarabangsa.”

(IKHWAN DAN ISU SEMASA)

Bagi menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan dasar luar, Ustaz al-Banna

menyebut:

“Jika apa yang dimaksudkan dengan politik luar negara ialah menjaga

kemerdekaan dan kebebasan rakyat, menanamkan rasa harga diri, mengorak

langkah ke arah mencapai matlamat agung yang akan menempatkan rakyat

negara ini setanding dengan bangsa-bangsa lain atau negara-negara lain,

membebaskan rakyat daripada penjajahan dan campur tangan asing, menentukan

hubungan negara ini dengan negara lain serta hak-hak yang dimiliki oleh mereka,

membawa negara-negara di dunia ke arah kesejahteraan sejagat yang mereka

namakan sebagai undang-undang antarabangsa, maka semua ini telah diberikan

Page 280: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

280

perhatian sepenuhnya oleh Islam dan semuanya telah dihuraikan dengan sejelas-

jelasnya oleh Islam. Islam mewajibkan umat Islam supaya berpegang dengan

segala hukum-hakam yang ada hubungan dengan keamanan dan peperangan.

Mereka yang cuai dan mengabaikannya adalah orang yang jahil tentang Islam

atau terkeluar daripada Islam.”

(BUAT MAHASISWA)

Jelas Ustaz al-Banna lagi:

“Islam menegaskan kedudukan umat Islam sebagai pemimpin dan tonggak kepada

manusia dalam pelbagai ayat dalam al-Quran. Antaranya firman Allah Taala:

öΝçGΖ ä. u�ö!yz >πΒ é& ôM y_Ì2÷zé& Ĩ$ ¨Ψ= Ï9 tβρâIß∆ ù's? Å∃ρã2÷è yϑ ø9$$ Î/ šχöθ yγ÷Ψ s? uρ Çtã Ì2x6Ζ ßϑ ø9 $# tβθ ãΖÏΒ÷σ è? uρ «! $$Î/ 3

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)…” Ali Imran: 110

y7 Ï9≡ x‹x. uρ öΝä3≈oΨ ù=yè y_ ZπΒ é& $ VÜy™uρ (#θçΡθ à6tG Ïj9 u !#y‰ pκà− ’ n?tã Ĩ$ ¨Ψ9 $# 3

“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah)…” Al-Baqarah: 143

Firman Allah lagi yang bermaksud:

“Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi rasul-Nya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (maksud Al-Munafiqun: 8)

“Al-Quran juga menegaskan kewibawaan umat ini dan menunjuk ajar mereka

cara memelihara umat ini agar mereka sentiasa berwaspada dengan ancaman

campur tangan asing dalam hal ehwal mereka. Firman Allah:

Page 281: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

281

$ pκš‰r' ¯≈tƒ tÏ% ©!$# (#θ ãΨ tΒ#u Ÿω (#ρ ä‹Ï‚ −Gs? ZπtΡ$ sÜÎ/ ÏiΒ öΝä3 ÏΡρߊ Ÿω öΝä3tΡθ ä9ù' tƒ Zω$t6yz (#ρ–Šuρ $ tΒ ÷Λ —ÏΨ tã ô‰s% ÏNy‰ t/ â !$ŸÒøó t7ø9 $#

ôÏΒ öΝÎγÏδ≡ uθ øùr& $ tΒuρ ‘Ï� ÷‚è? öΝèδ â‘ρ߉ ß¹ ç�t9ø. r& 4 ô‰ s% $ ¨Ψ ¨dt/ ãΝä3s9 ÏM≈ tƒFψ $# ( βÎ) ÷Λ äΖ ä. tβθè=É) ÷è s? ∩⊇⊇∇∪ öΝçFΡr'≈yδ Ï Iω'ρ é&

öΝ åκtΞθ ™7Ït éB Ÿω uρ öΝä3tΡθ ™6 Ït ä†

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi ‘orang dalam’ (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.” “Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka), sedang mereka tidak suka kepada kamu…” Ali Imran: 118-119

Al-Quran juga mengingatkan keburukan penjajahan dan kesan buruk terhadap

rakyat yang dijajah. Firman Allah Taala:

ô ¨β Î) x8θ è=ßϑ ø9$# #sŒ Î) (#θ è= yzyŠ ºπtƒ ö2s% $yδρ߉ |¡ øùr& (# þθè= yè y_uρ nο¢• Ïã r& !$ yγÎ=÷δ r& \' ©!ÏŒ r& ( y7Ï9≡ x‹ x. uρ šχθè=yè ø� tƒ ∩⊂⊆∪

“…Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan.” An-Naml: 34

(BUAT MAHASISWA)

Beliau menegaskan perlunya ketuanan ummah ini dipelihara dan menggariskan

syarat yang perlu dipenuhi:

“Islam mewajibkan umat ini menjaga kepimpinan umat. Islam memerintahkan

mereka membuat persiapan dan melengkapkan kekuatan agar kebenaran dapat

dipelihara dengan kuasa, bukan hanya dengan cahaya hidayah.

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan…” Al-Anfal: 60

Di samping itu, Islam juga tidak lupa untuk mengingatkan umatnya seperti yang

dinyatakan oleh surah an-Nasr dan sikap bongkak yang akan menyebabkan

Page 282: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

282

mereka mengenepikan keadilan dan hak-hak manusia. Oleh itu Islam

mengingatkan umatnya supaya tidak melakukan apa jua pencabulan, firman Allah:

Ÿω uρ öΝà6 ¨ΖtΒ Ì2ôftƒ ãβ$ t↔oΨ x© BΘ öθ s% #’n? tã �ω r& (#θ ä9 ω÷è s? 4 (#θä9 ωôã $# uθ èδ Ü> t2ø% r& 3“uθ ø) −G=Ï9 (

“…Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa…” Al-Maidah: 8

Dan juga mengingatkan mereka dengan firman Allah:

tÏ% ©!$# β Î) öΝßγ≈Ψ ©3 ¨Β ’ Îû ÇÚö‘ F{$# (#θãΒ$ s%r& nο 4θ n=¢Á9$# (# âθs?#u uρ nο 4θŸ2“9$# (#ρã2tΒr& uρ Å∃ρã2÷è yϑø9 $$ Î/ (#öθ yγ tΡuρ Çtã Ì2s3Ζ ßϑ ø9 $# 3 ¬! uρ èπt6É)≈tã Í‘θãΒW{$# ∩⊆⊇∪

“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.” Al-Hajj: 41

(BUAT MAHASISWA)

Seterusnya beliau menjelaskan haluan jihad dan syarat-syarat yang perlu

dimiliki oleh para pejuang. Menurut beliau:

“Saudara, atas dasar ini kita dapat lihat generasi silam yang diredhai Allah sama

ada ahli-ahli masjid dan ibadat, penghafal kitab Allah malah ahli-ahli ribat dan

sufi tidak hanya berpada dengan kemerdekaan negara mereka atau kemegahan

bangsa mereka, sebaliknya mereka bertebaran ke seluruh muka bumi menakluk

negara dan menyebarkan ajaran Islam. Mereka akan memerdekakan bangsa-

bangsa lain supaya bangsa-bangsa ini juga merdeka seperti mereka. Mereka

memimpin bangsa-bangsa ini ke arah cahaya Allah yang telah memimpin mereka

selama ini. Mereka membawa bangsa-bangsa ini ke arah kesejahteraan di dunia

dan akhirat. Mereka tidak bertindak kejam atau khianat. Mereka tidak bersikap

biadap dan tidak memperhambakan manusia. Kerana sebagai manusia, mereka

dilahirkan oleh ibu mereka sebagai orang yang merdeka.”

(BUAT MAHASISWA)

Page 283: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

283

Akhir sekali beliau memaparkan suatu contoh daripada seorang pejuang silam

yang gemilang:

“Atas dasar ini, kita dapat lihat Uqbah bin Nafi’ yang mencecah lautan Atlantik

dengan kaki kudanya, berkata: “Ya Allah, jikalau saya tahu di sebalik lautan ini

wujud daratan lain, saya akan ke sana untuk berjuang di jalan-Mu.”

Ketika yang sama kita lihat anak-anak al-Abbas, anak pertama dikebumikan di

Taif berdekatan dengan Mekah, anak kedua dikebumikan di bumi Turki di Timur

Jauh, anak ketiga dikebumikan di Afrika di Barat Jauh. Semuanya berjihad di

jalan Allah mencari keredhaan-Nya. Inilah yang difahami oleh para sahabat dan

tabi’in, bahawa politik luar negara adalah sebahagian daripada ajaran Islam

sebenar.”

(BUAT MAHASISWA)

Dengan ini, dasar luar dakwah (hubungan luar) mestilah berpandukan kepada

prinsip-prinsip berikut:

i. Memelihara kemerdekaan dan ketuanan ummah.

ii. Mengembalikan kedudukan ummah di tengah masyarakat dunia.

iii. Membebaskan ummah daripada cengkaman dan campurtangan asing.

iv. Menggariskan hubungan ummah dengan bangsa lain dengan menjelaskan hak-hak

ummah.

v. Memelihara hak-hak bukan Islam, sama ada di peringkat antarabangsa mahupun

hak-hak dalam negara bagi minority bukan Islam.

(BUAT MAHASISWA DAN MENUJU SINAR CAHAYA)

2. Hubungan Luar

Kita akan bincangkan tajuk ini melalui tiga fasa berikut:

i. Hubungan antara negara-negara Arab (kesatuan Arab)

a. Asas hubungan

Ustaz al-Banna telah menjelaskan asas hubungan kita dengan pihak lain:

Page 284: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

284

“Setelah anda memahami hakikat ini (moga anda diberikan kekuatan oleh Allah),

Ikhwan al-Muslimin melihat manusia terbahagi kepada dua golongan. Satu

golongan ialah golongan yang mempunyai keyakinan yang sama seperti mereka

iaitu meyakini agama Allah, kitab Allah dan meyakini utusan-Nya serta risalah

yang dibawa. Golongan ini mempunyai ikatan yang amat suci dengan kita iaitu

ikatan akidah yang kita anggap sebagai ikatan yang lebih suci daripada ikatan

darah dan bumi. Mereka adalah bangsa kita dan orang yang paling dekat dengan

kita. Kita merasa simpati dengan nasib mereka. Kita bekerja untuk kepentingan

mereka. Kita pertahankan mereka. Kita korbankan nyawa dan harta kita untuk

mereka walau di mana sahaja mereka berada dan apa sahaja asal-usul mereka.

Satu golongan lagi berbeza sama sekali. Kita tiada ikatan seperti ikatan ini

dengan mereka. Kita berdamai dengan mereka jika mereka berdamai dengan

kita. Kita juga berbaik dengan mereka jika mereka tidak bermusuh dengan kita.

Kita yakin hubungan di antara kita dengan mereka ialah hubungan dakwah.

Menjadi tanggungjawab kita menyeru mereka supaya bersama kita kerana apa

yang kita miliki ini adalah baik untuk seluruh bangsa manusia…

$yϑ ¯Ρ Î) tβθ ãΖÏΒ ÷σ ßϑø9 $# ×οuθ ÷zÎ) (#θßs Î=ô¹ r' sù t÷t/ ö/ä3 ÷ƒ uθ yzr& 4

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu;…” Al-Hujurat: 10

�ω â/ä38 yγ÷Ψ tƒ ª!$# Çtã tÏ% ©!$# öΝs9 öΝä.θè=ÏG≈s)ム’ Îû È Ïd‰9$# óΟ s9uρ /ä.θã_ Ì2øƒ ä† ÏiΒ öΝä.Ì2≈ tƒÏŠ βr& óΟèδρ•�y9s? (#þθ äÜÅ¡ ø)è? uρ öΝÍκ öYs9 Î)

4 ¨β Î) ©! $# E= Ïtä† tÏÜ Å¡ ø)ßϑ ø9 $# ∩∇∪ $ yϑΡ Î) ãΝä39pκ ÷] tƒ ª!$# Çtã tÏ% ©!$# öΝä.θ è=tG≈s% ’ Îû ÈÏd‰9$# Οà2θã_ t2÷z r& uρ ÏiΒ

öΝä.Ì2≈tƒ ÏŠ (#ρã2yγ≈ sß uρ #’ n? tã öΝä3 Å_#t2÷z Î) βr& öΝèδöθ ©9 uθ s? 4

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” “Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu…” Al-Mumtahanah: 8-9

(DAKWAH KITA)

b. Kesatuan Arab

Page 285: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

285

Seterusnya beliau menjelaskan fasa pertama dalam hubungan kita iaitu fasa

negara-negara Arab.

“Di sini saya ingin ingatkan bahawa Ikhwan al-Muslimin mentakrif Arab

mengikut takrif Nabi s.a.w. yang dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh

Ibnu Kathir daripada Muaz bin Jabal r.a.:

“Ketahuilah Arab itu adalah lisan, ketahuilah Arab itu adalah lisan (bahasa).”

Dengan ini penyatuan bangsa Arab adalah perlu bagi mengembalikan

kegemilangan Islam, bagi menegakkan negara Islam dan mengukuhkan kuasa

Islam. Dengan ini juga setiap orang Islam perlu berusaha untuk mengembalikan

perpaduan Arab, berusaha membantu serta menyokong perpaduan ini. Ini adalah

pendirian Ikhwan al-Muslimin berhubung perpaduan Arab.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Beliau menjelaskan tentang kelebihan Arab dalam dakwah ini:

“Nasionalisme Arab atau Liga Arab, istilah ini juga ada hubungan yang amat

ketara dengan dakwah kita. Arab adalah bangsa Islam yang pertama dan

menjadi bangsa pilihan. Tepat sekali sabda Nabi s.a.w.:

“Apabila Arab lemah Islam juga akan lemah.”

Islam tidak akan mampu bangkit jika bangsa Arab tidak mampu disatukan dan

dibangunkan.”

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

ii. Hubungan antara negara-negara Islam (kesatuan Islam)

Ustaz al-Banna ketika menjelaskan hubungan antara negara-negara Islam

menyebut:

“Kini saya perlu jelaskan pula pendirian kita tentang perpaduan umat Islam. Pada

hakikatnya selain sebagai suatu akidah, Islam juga menghapuskan jurang

keturunan sesama manusia. Allah Taala berfirman:

$yϑ ¯Ρ Î) tβθ ãΖÏΒ ÷σ ßϑø9 $# ×οuθ ÷zÎ) (#θßs Î=ô¹ r' sù t÷t/ ö/ä3 ÷ƒ uθ yzr& 4

Page 286: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

286

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara…” Al-Hujurat: 10

“Nabi s.a.w. juga pernah bersabda:

“Seorang muslim adalah saudara kepada seorang muslim yang lain.”

“Orang-orang Islam akan sentiasa memelihara darah umat Islam yang lain. Umat Islam akan sentiasa menjaga keselamatan umat Islam yang lain. Mereka akan sentiasa saling bantu-membantu.”

Dengan hakikat ini, Islam tidak menerima persempadanan geografi dan tidak

menerima diskriminasi berasaskan bangsa dan keturunan. Islam beranggapan

seluruh umat Islam sebagai satu bangsa dan bumi Islam sebagai satu negara,

walau sejauhmana sekalipun kedudukan dan sempadannya. Ikhwan al-Muslimin

menghormati perpaduan ini dan mengimani penyatuan ini. Ikhwan akan sentiasa

bekerja untuk menyatukan umat Islam dan memantapkan persaudaraan Islam.

Ikhwan al-Muslimin melaungkan bahawa negara mereka adalah setiap inci muka

bumi ini yang ada seorang muslim yang mengucapkan, “tiada tuhan melainkan

Allah dan Muhammad adalah utusan Allah.”

“Ada sesetengah pihak yang berkata fahaman ini bertentangan dengan arus

perdana dunia kini iaitu fahaman fanatik perkauman dan warna kulit. Dunia hari

ini dilanda arus perkauman. Bagaimana kamu akan melawan arus ini? Bagaimana

kamu akan menolak perkara yang telah diiktiraf oleh semua manusia ini?

“Jawapannya, masyarakat dunia membuat kesilapan dan kesan kesilapan ini dapat

dirasakan apabila keharmonian bangsa manusia tergugat dan jiwa manusia

terseksa. Hakikat ini tidak perlu dinafikan lagi. Tugas doktor bukanlah melayan

pesakit tetapi sebaliknya merawat dan menunjukkan jalan yang betul. Inilah

tugas Islam dan tugas orang yang menghubungkan dakwah mereka dengan Islam.

“Ada pula pihak yang berkata perkara ini mustahil. Segala usaha ke arah itu

adalah sia-sia dan tidak berhasil. Bagi mereka ini yang mahu bekerja untuk

perpaduan seluruh manusia, adalah lebih baik mereka bekerja untuk kepentingan

bangsanya dan berkhidmat untuk negaranya sahaja.

“Jawapannya, kata-kata seperti ini adalah kata-kata orang yang lemah dan putus asa. Kesemua bangsa ini sebelum ini memang ketinggalan dalam semua perkara;

dalam soal agama, bahasa, perasaan, harapan dan dukacita. Lalu Islam

menyatukan kesemua mereka. Islam menyatukan hati-hati manusia di bawah

satu kalimah. Kini Islam ini masih dalam keadaan asalnya, masih menurut garis

sempadannya. Jika ada di kalangan penganut Islam ini yang bangkit memikul

tanggungjawab dakwah ini dan menghidupkan Islam di dalam jiwa umat ini, sudah

Page 287: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

287

tentu dia akan dapat menyatukan semula seluruh bangsa ini sepertimana yang

berlaku suatu ketika dahulu. Mengembalikan sesuatu lebih mudah daripada

memulakannya. Sejarah menjadi bukti paling kukuh menyokong hakikat ini.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Berdasarkan ucapan al-Banna ini jelas menggambarkan sejauhmana keyakinan

dan kepercayaan beliau terhadap gagasan penyatuan negara-negara Islam. Apatah lagi

penyatuan ini lebih mudah dicapai pada zaman ini berbanding pada zaman silam.

iii. Hubungan antarabangsa (kesatuan sedunia)

Di sini, Ustaz al-Banna menegaskan suatu hakikat iaitu hubungan antarabangsa

adalah matlamat teragung dakwah ini.

“Semangat sejagat atau kemanusiaan pula adalah matlamat kita yang paling

utama dan menjadi kemuncak usaha pengislahan ini. Tidak syak lagi, dunia kini

sedang menuju ke arah ini. Penyatuan pelbagai bangsa, permuafakatan antara

pelagai ras dan bangsa, bangsa-bangsa yang lemah bersatu untuk mewujudkan

kuasa baru, bangsa-bangsa yang selama ini berpecah mula bersatu untuk

mengecapi nikmat perpaduan, semua ini membuka langkah untuk idea

kesejagatan ini bertapak malah bakal mengambil alih fahaman kebangsaan dan

perkauman yang dianuti oleh masyarakat manusia sebelum ini. Memang tidak

dinafikan mereka perlu menganut fahaman perkauman ini supaya unit-unit kecil

ini dapat bersatu, kemudian mereka perlu mengenepikannya supaya rnereka

boleh membentuk kelompok yang lebih besar. Dengan ini barulah mereka dapat

membina perpaduan mutlak.

Walaupun pelaksanaannya agak lambat namun segala perubahan ini pasti akan

berlaku. Oleh itu kita perlu jadikan perubahan ini sebagai matlamat dan fokus

utama kita. Kita akan turut sama menyumbang bata-bata bagi membina binaan

kemanusiaan ini. Walau bagaimanapun tidak semestinya kita yang akan

sempurnakan binaan ini kerana setiap orang telah ditetapkan ajalnya.”

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

Beliau seterusnya menjelaskan pula kesan negatif akibat wujudnya fahaman

perkauman. Fahaman ini cuba dirawat oleh Islam dengan menggantikannya dengan

semangat kerjasama dan persaudaraan.

“Walaupun hari ini dunia dipenuhi dengan pelbagai aliran dan sistem;

kebanyakannya berasaskan semangat fanatik perkauman yang sememangnya

mampu menarik perhatian dan simpati manusia. Namun pengalaman perit yang

Page 288: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

288

telah dilalui oleh dunia akibat kuasa fanatik ini sudah cukup untuk membawa

manusia kembali ke pangkal jalan; kembali kepada semangat kerjasama dan

persaudaraan.

“Islam telahpun menggariskan langkah-langkah ke arah ini untuk masyarakat

dunia ini. Oleh itu pada peringkat awal, Islam menyatukan akidah kemudian

menyatukan sistem dan tanggungjawab selepas itu. Islam menggemburkan

semangat yang suci dan menakjubkan ini dalam semua sudut kehidupan.”

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

Akhir sekali, beliau menjelaskan perkara yang menjadi asas dalam membina

semangat kerjasama dan persaudaraan Islam di kalangan masyarakat sedunia.

“Tuhan manusia ini satu, sumber agama ini satu, semua para nabi dianggap suci

dan dihormati, semua kitab langit dating daripada Allah, dan matlamat sebenar

ialah untuk menyatukan hati-hatu manusia.

* tíu�Ÿ° Ν ä3s9 zÏiΒ ÈÏe$!$# $ tΒ 4œ» uρ ϵÎ/ % [nθçΡ ü“Ï% ©!$#uρ !$ uΖøŠ ym ÷ρr& y7ø‹s9 Î) $ tΒ uρ $ uΖøŠ ¢¹ uρ ÿϵÎ/ tΛÏδ≡t2ö/ Î) 4y›θ ãΒuρ

# |¤Š Ïã uρ ( ÷β r& (#θ ãΚŠ Ï% r& t Ïe$!$# Ÿωuρ (#θ è%§2x� tG s? ϵŠ Ïù 4

“Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara agama yang ia tetapkan hukumNya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya…” Ash-Shura: 13

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

iv. Orde baru dunia

Ustaz al-Banna telah memetik pandangan beberapa pemimpin dunia pada zaman

beliau yang mengemukakan orde baru:

“Para pemimpin dunia hari ini sering mengungkapkan istilah “Orde Baru”. Hitler

mahu membawa masyarakat dunia ke arah Orde Baru. Churchill pernah berkata

bahawa Britain akan memimpin masyarakat dunia berdasarkan Orde Baru.

Roosevelt pernah membayangkan dan mengalu-alukan Orde Baru ini. Semua

pihak bersetuju Orde Baru ini akan menyusun semula Eropah dan akan

Page 289: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

289

mengembalikan semula keamanan dan kesejahteraan Eropah. Namun apakah

nasib Timur dan umat Islam dalam Orde Baru ini?”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Semua pandangan ini tidak memberikan perspektif baru kerana idea sebenar

yang tersirat ialah penjajahan. Oleh kerana itulah semuanya menemui jalan buntu.

Hakikat ini dinyatakan oleh Ustaz al-Banna:

“Kita mahu menarik perhatian para pemimpin Barat hakikat bahawa idea

penjajahan yang pernah gagal pada suatu ketika dahulu pasti akan menemui

kegagalan lebih besar pada masa akan datang. Jiwa dan sentimen masyarakat

dunia hari ini amat peka. Dasar memaksa dan menindas semenjak dahulu lagi

hanya membawa kesan negatif. Dasar ini telah gagal menguasai hati masyarakat

dunia hari ini apatah lagi pada masa hadapan.”

“Kaedah menipu, putar belit, muslihat politik walaupun adakalanya mampu

menenangkan keadaan namun ia tidak akan mampu bertahan selamanya. Jelas

kaedah ini membawa banyak keburukan, masalag dan krisis. Sudah tentu kaedah

yang sama tidak akan dapat merealisasikan segala impian pada masa akan

datang.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Ustaz al-Banna seterusnya mengemukakan cadangan yang rasional iaitu perlunya

wujud dasar baru yang efisien untuk menerajui dunia dan membawa kemakmuran.

Menurut beliau:

“Jadi kita memerlukan dasar baru iaitu dasar bekerjasama dan berganding bahu

secara jujur berlandaskan semangat persaudaraan, berkongsi kepentingan

material dan moral sebagai satu keluarga antara Timur dan Barat, bukan hanya

sesama negara-negara Eropah sahaja. Hanya dengan mengamalkan dasar ini

sahaja akan dapat menjamin kestabilan Orde Baru Dunia dan akan rnewujudkan

keamanan dan kesejahteraan di seluruh dunia.

Dasar kuku besi dan diktator sudah ketinggalan zaman… Kita kemukakan teori

ini untuk perhatian para pimpinan British, Perancis dan negara-negara penjajah

lain sebagai nasihat yang lebih baik untuk kebaikan mereka daripada kebaikan

kita sendiri. Terserahlah jika mereka hendak menerimanya atau tidak. Kita

telahpun bertekad untuk hidup sebagai orang yang merdeka atau mati sebagai

orang yang bermaruah.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Page 290: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

290

Ustaz al-Banna menegaskan bahawa dasar baru ini mampu mewujudkan semangat

kerjasama dan kemakmuran yang sebenar. Beliau tegaskan sekali lagi bahawa usaha

Barat pasti akan gagal:

“Semoga dengan asas-asas yang adil ini dunia akan menikmati kerjasama yang

murni dan kesejahteraan yang berpanjangan. Irama demokrasi dan diktator

akan diubah kepada irama baru selepas peperangan ini. Selepas segala musibah

ini, demokrasi tidak akan wujud lagi di dunia ini sepertimana sekarang. Demikian

juga dengan sistem diktator yang pernah dikenali oleh manusia. Tidak akan

wujud lagi fahaman fasis atau komunis selepas ini. Sebaliknya akan muncul pula

sistem pemerintahan dan tatacara sosial baru yang akan diwujudkan oleh perang

ini dan oleh pemimpin dunia. Mereka sekali lagi akan mencuba sistem tersebut.

Begitulah ketentuan Allah dan sistem masyarakat manusia.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Akhirnya, beliau menganjurkan Islam sebagai penyelesaian yang membebaskan

manusia daripada kesengsaraan yang pernah dilalui

“Alangkah baiknya, jika para pemimpin ini dapat menikmati pimpinan Allah.

Semoga tirai fanatik yang ada dalam hati, telinga dan mata mereka tersingkap.

Semoga mereka menerima Islam yang suci ini; agama yang meletakkan asas yang

terbaik sebagai landasan kepada segala dasar politik dan sosialnya. Semoga

dengan ini seluruh hati manusia bersatu dan kesatuan ini akan hanya dapat

dicapai melalui semangat tolak ansur atau toleransi yang dianjurkan oleh Islam.

ô‰s% Νà2u !%y š∅ ÏiΒ «! $# Ö‘θçΡ Ò=≈tG Å2uρ ÑÎ7•Β ∩⊇∈∪ “ ω ôγ tƒ ϵ Î/ ª!$# Ç∅tΒ yì t7 ©?$# … çµ tΡ≡ uθôÊ Í‘ Ÿ≅ç7ß™

ÉΟ≈n= ¡¡9 $# Νßγ ã_Ì2÷‚ムuρ zÏiΒ ÏM≈yϑè= —à9 $# † n<Î) Í‘θ–Ψ9 $# ϵ ÏΡøŒ Î* Î/ óΟÎγƒ Ï‰ôγ tƒ uρ 4’ n< Î) :Þ≡ u�ÅÀ 5ΟŠ É)tG ó¡ •Β ∩⊇∉∪

“…Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.” “Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.” Al-Maidah: 15-16

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Page 291: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

291

Dengan ini Ustaz al-Banna menekankan bahawa hubungan antarabangsa yang

mampu meneraju manusia dan membawa manusia ke arah hidup yang gemilang akan

hanya dapat dicapai dengan meletakkan Islam sebagai landasan kepada sistem politik,

sosial dan ekonomi di semua peringkat… rantau Arab, Islam mahupun antarabangsa.

Page 292: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

292

Fasal 15

NILAI PERADABAN SEBUAH NEGARA

Mukadimah: Definisi Peradaban

Bahagian I: Mengembalikan Penampilan Umat Islam di Persada Dunia

Bahagian II: Merealisasikan Ketuanan dan Anjakan Peradaban

Page 293: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

293

Mukadimah DEFINISI PERADABAN

Definisi Bahasa

Menurut kamus Lisan al-Arab, perkataan hadhara membawa makna hadir iaitu

kata lawan kepada ghaib. Hadharah pula bermakna kehadiran. Dengan berpandukan

asal-usul bahasa di mana hadhara bermakna hadir iaitu lawan kepada ghaib, saya cuba

mencari maksud perkataan ini menurut al-Quran. Saya dapati perkataan hadhara dalam

al-Quran membawa maksud hadir seperti:

#sŒ Î) u�|Ø ym ãΝä. y‰ tnr& ßNöθ yϑ ø9$#

“…apabila seseorang dari kamu hampir mati…” Al-Baqarah: 180

#sŒÎ) uρ u�|Ø ym sπyϑ ó¡ É) ø9$# (#θ ä9'ρ é& 4’ n1ö2à)ø9 $# 4’ yϑ≈tGuŠ ø9 $#uρ ßÅ6≈|¡ yϑ ø9 $#uρ

“Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka), dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu…” An-Nisa: 8

4 yϑ sù y‰ Íκ y− ãΝä3Ψ ÏΒ t2öκ ¤¶9 $# ç

“…Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya)…” Al-Baqarah: 185

Kesemua ayat ini membawa maksud hadir.

Pengertian Menurut Syarak

Perkataan “syahadah” dalam al-Quran membawa empat maksud yang saling

berkaitan dan merujuk kepada maksud peradaban atau syahadah dalam pengertian

Islam. Semua pengertian ini adalah saling berkaitan dan tidak boleh dipisahkan kerana

jika dipisahkan ia akan mencacatkan apa yang ingin dimaksudkan. Setiap satu

pengertian ini menjadi sebahagian daripada apa yang dimaksudkan dengan peradaban.

Dengan ini, tidak tepat untuk mengatakan setiap satu pengertian sudah cukup untuk

menggambarkan maksud sebuah peradaban. Malah semua pengertian ini perlu

dikemukakan serentak untuk membawa maksud yang satu. Pengertian tersebut ialah:

1. Syahadah bermakna pengesaan dan pengakuan tentang pengabdian kepada Allah.

Page 294: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

294

2. Syahadah bermakna melahirkan ucapan yang benar dan melalui jalan yang betul.

3. Syahadah bermakna pengorbanan dan menebus nyawa untuk Allah.

4. Syahadah bermakna tugas umat ini:

“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.” (maksud Al-Baqarah: 143)

Umat Islam pada zaman awal telah memahami bahawa penampilan di hadapan

manusia bermakna umat ini mestilah memiliki kekuatan bertaraf dunia yang mampu

membebaskan manusia, memerintah dengan adil dan memelihara hak manusia untuk

memilih dan menentukan kehendak mereka membina sebuah masyarakat baru. Sebuah

masyarakat yang akan membebaskan manusia daripada menyembah manusia kepada

hanya menyembah Allah sahaja. Membebaskan manusia daripada kekejaman agama-

agama lain kepada keadilan Islam. Membebaskan manusia daripada kesempitan hidup di

dunia kepada kesenangan di dunia dan akhirat.

Definisi Menurut Istilah

Berpandukan kepada keempat-empat pengertian tadi, peradaban membawa

maksud kehadiran atau penampilan menyeluruh yang akan melahirkan manusia contoh

seterusnya menerap dan meneraju menurut nilai keesaan dan ketuhanan Allah. Ibarat

dimensi tersembunyi yang tertakluk kepada keesaan pencipta, penggubal undang-

undang dan penentu perjalanan alam ini. Dengan ini bermakna manusia merupakan wakil

Pencipta alam untuk memakmurkan bumi, memudahkan kehidupan manusia, mewujudkan

penguasaan mutlak, memanfaatkan kekayaan bumi, menjalin hubungan baik antara

elemen-elemen yang mempengaruhi perjalanan alam ini.

Manusia Contoh (tonggak peradaban)

Kini kita memahami bahawa intipati kepada peradaban dalam Islam ialah

kehadiran dan penampilan. Sudah tentu apa yang dimaksudkan dengan peradaban di sini

ialah kehadiran Islam di alam ini. Namun ini tidak bermakna ia suatu contoh yang

menampilkan keseluruhan pengalaman dan aliran pemikiran lain. Malahan setiap

pengalaman dan aliran ini mempunyai penampilan tersendiri, yang berbeza hanyalah

dekat atau jauhnya dengan penampilan Islam. Berdasarkan konteks ini peradaban

bermaksud penampilan mutlak iaitu tabiat atau bentuk penampilan apa jua pengalaman

Page 295: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

295

manusia yang berjaya melahirkan manusia contoh yang melengkapi segala aspek. Ia

adalah suatu contoh yang diketengahkan untuk diikuti oleh manusia lain dan bergerak

mengikut sistem atas dasar ia adalah manusia contoh yang paling layak diteladani.

Ini bermakna peringkat penampilan merupakan suatu peringkat ke hadapan bagi

sesebuah masyarakat. Ini kerana kebanyakan masyarakat manusia merasa selesa

sekadar kewujudan mereka dirasai walaupun tanpa penampilan (demikian menurut Malik

bin Nabi). Sesebuah masyarakat (apa jua masyarakat) sudah semestinya memiliki

sistem nilai, kepercayaan, cara fikir dan tatasusila tersendiri (psikologi). Demikian

juga dengan hasil rekaan, perkakasan, institusi, seni bina, seni kemahiran, kaedah

produktiviti dan cara hidup yang tersendiri (material). Kedua-dua identiti ini bermakna

masyarakat tersebut telah mencapai suatu tahap pembangunan iaitu memakmurkan

bumi dan membina manusia contoh. Namun itu tidak bermakna ia memiliki sebuah

peradaban. Dengan hanya memiliki pembangunan, ia sekadar menunjukkan kewujudan

mereka sepertimana yang berlaku pada tamadun China. Ini kerana penampilan

memerlukan lebih sekadar pembangunan, sebaliknya ia merupakan keupayaan

mengemukakan suatu contoh sebagai ikutan kepada bangsa manusia. Dengan kata lain,

ia membina hubungan dengan seluruh bangsa manusia dan alam ciptaan Allah. Ia

merupakan suatu generasi contoh yang akan menjadi ikutan ataupun harapan tanpa

perlu melihat kepada isinya.

Aspek Politik Sebuah Peradaban

Tanpa mengenepikan nilai-nilai baik yamg ada dalam konsep peradaban,

peradaban mungkin dalam ertikata ini membawa implikasi yang tidak baik, memusnah

atau tidak selari dengan kehidupan manusia. Namun demikian tidak salah untuk

meletakkan istilah peradaban untuk tujuan tersebut selagimana ia memiliki kesemua

aspek berikut:

i. Wujud jalinan akidah yang menggariskan bentuk hubungan dengan alam ghaib

dan konsep ketuhanan sama ada positif atau negatif.

ii. Wujud etika akhlak dalam masyarakat yang menjadi kayu ukur kepada nilai-nilai

akhlak dan budaya.

iii. Wujud keupayaan material seperti rekaan, teknologi, institusi, sistem,

infrastruktur, seni dan segala aspek material yang lain.

iv. Wujud garis panduan tentang hubungan dengan alam semesta.

v. Wujud garis panduan, dasar dan kaedah berinteraksi dalam hubungan sesama

bangsa manusia, iaitu komuniti manusia yang lain. Di samping wujud kaedah yang

Page 296: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

296

digunakan untuk menampilkan sesuatu contoh dan matlamat penampilan

tersebut.

Dengan ini kita dapat mengenalpasti dan menilai sesuatu pengalaman manusia

berdasarkan sejauhmana ia memenuhi konsep peradaban. Dengan kata lain sejauhmana

ia melangkah melebihi tahap kewujudan kepada tahap penampilan. Bagi mengenalpasti

dan menilai peradaban Barat, kita mestilah mengkaji peradaban itu berpandukan

kesemua aspek tadi. Dengan itu barulah kita dapat kenalpasti sejauhmana contoh yang

telah dikemukakan oleh peradaban ini kepada bangsa manusia. Adakah ia layak untuk

menjadi ikutan atau tidak? Aspek ini juga boleh digunakan bagi menilai pengalaman

manusia yang lain. Dengan ini juga jelas kepada kita bahawa pada dasarnya tidak

mungkin wujud sebuah peradaban yang dapat memberikan pelbagai sumbangan

melainkan ia merupakan sebuah peradaban yang terbaik. Dengan itu bangsa-bangsa lain

sedia mengenepikan segala warisan dan imej mereka, sebaliknya mengambil sepenuhnya

peradaban ini. Di samping itu persaingan atau pertembungan antara peradaban

merupakan suatu yang rasional kesan kewujudan manusia itu sendiri kerana

pertembungan adalah sunnah Allah.

ôÏΒ uρ ϵ ÏG≈tƒ#u ß,ù=yz ÏN≡ uθ≈yϑ ¡¡9 $# ÇÚ ö‘ F{$#uρ ß#≈n=ÏG ÷z$#uρ öΝà6 ÏG oΨÅ¡ ø9r& ö/ä3 ÏΡ≡ uθ ø9r& uρ 4

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu…” Ar-Rum: 22

Dalam masa yang sama kita juga tidak boleh menetapkan bahawa semua

peradaban ini telah merangkumi segala contoh yang agung untuk manusia. Istilah

peradaban sebenarnya bukan mencerminkan baik atau buruk sesuatu perkara.

Sebaliknya istilah ini bergantung mengikut bentuk penampilan yang dikemukakan.

Page 297: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

297

Bahagian I A. MENGEMBALIKAN PENAMPILAN UMAT ISLAM DI PERSADA DUNIA

(KEWUJUDAN KHALIFAH)

1. Syarat-syarat

Sebagai sebahagian daripada proses pembinaan sebuah negara contoh, Ustaz al-

Banna menegaskan ia akan hanya dicapai setelah negara-negara Islam dibebaskan:

“Mewujudkan kembali sebuah negara untuk umat Islam dengan cara

memerdekakan semua tanahair umat Islam, menghidupkan semula sejarah

kegemilangan mereka, merapatkan jurang budaya mereka dan menyatukan suara

mereka sehinggalah muncul kembali khilafah Islam yang telah lama lenyap dan

lahir semula perpaduan umat Islam yang dicitakan.

Menjadi tonggak dunia (ustaziatul ‘alam) dengan cara menyebarkan Islam ke

seluruh pelusuk dunia.

ö 4®Lym Ÿω šχθä3s? ×πuΖ ÷GÏù tβθ à6tƒ uρ ߃Ïe$!$# …ã& —#à2 ¬! 4

“…Sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata…” Al-Anfal: 39

š† p1ù' tƒuρ ª! $# Hω Î) βr& ¢ΟÏFム… çν u‘θ çΡ

“…Sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya…” At-Taubah: 32

(RISALAH TAALIM)

2. Definisi Khalifah

Bagi menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan khalifah dalam Islam, Ustaz al-

Banna menyebut:

“Ikhwan meyakini bahawa khilafah adalah simbol perpaduan Islam dan lambang

wujudnya ikatan antara semua bangsa Islam. Khilafah adalah syiar Islam yang

perlu difikir dan ditekankan oleh umat Islam. Khilafah menjadi penentu kepada

pelaksanaan banyak hukum dalam agama Allah. Oleh itu para sahabat yang

diredhai Allah menekankan aspek ini lebih daripada persiapan dan pengebumian

jenazah Nabi s.a.w.. Mereka memastikan masalah ini selesai terlebih dahulu…

Page 298: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

298

Atas dasar ini Ikhwan al-Muslimin meletakkan khilafah dan usaha ke arah

mengembalikan khilafah sebagai agenda utama mereka. Namun demikian Ikhwan

yakin semua itu memerlukan kepada pelbagai langkah awal…”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Dengan ini bermakna khalifah menurut Ustaz al-Banna merujuk kepada maksud

berikut:

i. Khalifah adalah simbol perpaduan umat Islam.

ii. Khalifah merupakan perantara antara sesama umat Islam.

iii. Khalifah adalah syiar Islam yang perlu diberikan perhatian.

iv. Khalifah merupakan syarat pelaksanaan pelbagai hukum dalam agama Islam.

3. Proses Ke arah Mengembalikan Khalifah

Ustaz al-Banna melihat beberapa syarat perlu dipenuhi untuk mengembalikan

khalifah:

“Perlu wujud persefahaman penuh dalam soal ilmu pengetahuan, sosial dan

ekonomi di kalangan seluruh bangsa Islam. Ini diikuti dengan wujudnya

perjanjian-perjanjian, perjumpaaan-perjumpaan dan persidangan-persidangan

antara kesemua Negara Islam. Persidangan parlimen Islam berhubung isu

Palestin dan kehadiran wakil-wakil kerajaan Islam ke London untuk menuntut

hak-hak orang Arab di tanah suci Palestin merupakan dua contoh dan langkah

yang baik serta berkesan ke arah ini. Langkah ini diikuti pula dengan

pembentukan sebuah Pertubuhan Bangsa-bangsa Islam. Apabila ini berlaku umat

Islam akan dapat melahirkan seorang pemerintah (imam) yang akan menjadi

perantara kepada ikatan tersebut, penyatu kepada segala kekuatan, penghubung

hati dan naungan Allah di muka bumi.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KELIMA)

Dengan ini bermakna menurut pandangan Ustaz al-Banna langkah awal ke arah

mewujudkan khalifah ialah:

i. Kerjasama ilmu.

ii. Kerjasama sosial.

Page 299: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

299

iii. Kerjasama ekonomi.

iv. Perjanjian dan persefahaman.

v. Perhimpunan dan persidangan.

vi. Persidangan parlimen negara-negara Islam.

vii. Pilihanraya memilih khalifah.

B. ORDE BARU DUNIA

1. Gagasan Dunia Merupakan Kemuncak Agenda

Ustaz al-Banna menjelaskan bahawa dunia atau seluruh manusia merupakan

matlamat akhir bagi mencapai perpaduan mutlak:

“Semangat sejagat atau kemanusiaan pula adalah matlamat kita yang paling

utama dan menjadi kemuncak usaha pengislahan ini. Tidak syak lagi, dunia kini

sedang menuju ke arah ini. Penyatuan pelbagai bangsa, permuafakatan antara

pelbagai ras dan bangsa, bangsa-bangsa yang lemah bersatu untuk mewujudkan

kuasa baru, bangsa-bangsa yang selama ini berpecah mula bersatu untuk

mengecapi nikmat perpaduan, semua ini membuka langkah untuk idea

kesejagatan ini bertapak malah bakal mengambil alih fahaman kebangsaan dan

perkauman yang dianuti oleh masyarakat manusia sebelum ini. Memang tidak

dinafikan mereka perlu menganut fahaman perkauman ini supaya unit-unit kecil

ini dapat bersatu, kemudian mereka perlu mengenepikannya supaya mereka

boleh membentuk kelompok yang lebih besar. Dengan ini barulah mereka dapat

membina perpaduan mutlak. Walaupun pelaksanaannya agak lambat, namun

segala perubahan ini pasti akan berlaku. Oleh itu kita perlu jadikan perubahan

ini sebagai suatu matlamat dan fokus utama kita. Kita akan turut sama

menyumbang batu-bata bagi membina binaan kemanusiaan ini. Walau

bagaimanapun tidak semestinya kita yang akan sempurnakan binaan ini kerana

setiap orang telah ditetapkan ajalnya.”

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

2. Sembilan Perkara Asas yang Merujuk kepada Nilai Sedunia atau Orde Dunia

i. Ciri utama dakwah ialah ia bersifat sejagat.

Page 300: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

300

ii. Mewujudkan semangat persaudaraan sejagat.

iii. Memberi sumbangan terhadap keamanan dunia dan pembentukan semangat

persaudaraan sejagat.

iv. Menghormati undang-undang dunia ketika aman dan perang.

v. Perjanjian bagi menjaga hak-hak antarabangsa (piagam antarabangsa)

vi. Setia dengan perjanjian dan menunaikan tanggungjawab.

vii. Memberi layanan yang baik kepada semua warganegara walaupun berbeza

akidah.

viii. Mengharamkan diskriminasi perkauman dan fanatik kepuakan.

ix. Menjadikan dasar bekerjasama dan persefahaman yang jujur sebagai

landasan.

Saya akan bincangkan setiap asas ini berpandukan pandangan Ustaz al-Banna:

i. Ciri utama dakwah ialah ia bersifat sejagat

Ustaz al-Banna telah menegaskan asas ini, menurut beliau:

“Dakwah ini bersifat sejagat kerana dakwah ini ditujukan kepada seluruh

manusia atas dasar semua manusia adalah saudara. Mereka berasal daripada

asal-usul yang sama, bapa mereka sama dan keturunan mereka sama. Kemuliaan

mereka hanya berdasarkan kepada ketakwaan serta amal kebajikan yang mereka

sumbangkan kepada bangsa manusia.

$ pκš‰r' ¯≈tƒ â¨$Ζ9$# (#θà)®? $# ãΝä3 −/u‘ “Ï% ©!$# / ä3s)n=s{ ÏiΒ <§ ø�Ρ ;ο y‰ Ïn≡uρ t,n= yzuρ $ pκ ÷]ÏΒ $ yγy_ ÷ρy— £] t/ uρ $uΚ åκ ÷]ÏΒ Zω%y Í‘ #Z�!ÏWx.

[ !$ |¡ÎΣ uρ 4 (#θ à)? $#uρ ©!$# “ Ï%©!$# tβθä9 u!$ |¡ s? ϵ Î/ tΠ%tnö‘ F{$#uρ 4 ¨β Î) ©! $# tβ%x. öΝä3 ø‹n=tæ $ Y6Š Ï%u‘ ∩⊇∪

“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut

Page 301: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

301

namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” An-Nisa: 1

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

ii. Mewujudkan semangat persaudaraan sejagat

Ustaz al-Banna menjelaskan perkara ini:

“Islam muncul dengan mengemukakan kepada seluruh dunia prinsip-prinsip yang

paling adil, undang-undang tuhan yang paling tepat, mengangkat darjat manusia,

mengagungkan konsep persaudaraan manusia sejagat.”

(RISALAH KAWASAN)

iii. Memberi sumbangan terhadap keamanan dunia dan pembentukan semangat

persaudaraan sejagat

Beliau menjelaskan matlamat dakwah di peringkat dunia:

“Ikhwan yang dikasihi, menjadi sebahagian sifat gerakan kamu ialah memberi

sumbangan kepada kesejahteraan dunia, membina sebuah kehidupan baru yang

menonjolkan keindahan agama kamu, keagungan prinsip dan ajaran Islam kepada

manusia. Kamu hulurkan kepada mereka setelah kepahitan yang mereka lalui

akibat hidup di dalam dunia materialistik dan teknologi yang kaku ini.”

(RISALAH KAWASAN)

iv. Menghormati undang-undang dunia ketika aman dan perang

Perkara ini telah disentuh oleh Ustaz al-Banna:

“Politik luar negara… membawa negara-negara di dunia ke arah kesejahteraan

sejagat yang mereka namakan sebagai undang-undang antarabangsa… semua ini

telah diberikan perhatian sepenuhnya oleh Islam dan semuanya telah dihuraikan

dengan sejelas-jelasnya oleh Islam. Islam mewajibkan umat Islam supaya

berpegang dengan segala hukum-hakam yang ada hubungan dengan keamanan dan

peperangan. Mereka yang cuai dan mengabaikannya adalah orang yang jahil

tentang Islam atau terkeluar daripada Islam.”

(BUAT MAHASISWA)

v. Perjanjian bagi menjaga hak-hak antarabangsa (piagam antarabangsa)

Page 302: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

302

Mengenai hak-hak manusia, Ustaz al-Banna menyebut:

“Politik Islam, dalam dan luar negara menjamin sepenuhnya hak-hak bukan

Islam, baik hak-hak antarabangsa mahupun hak-hak dalam negara seperti hak-

hak minoriti bukan Islam. Ini kerana kejujuran Islam di peringkat hubungan

antarabangsa tidak dapat ditandingi di sepanjang sejarah. Firman Allah:

$ ¨ΒÎ)uρ  ∅ sù$sƒrB ÏΒ BΘ öθ s% ZπtΡ$ uŠ Åz õ‹ Î7/Ρ $$ sù óΟÎγø‹s9Î) 4’ n? tã > !#uθ y™ 4 ¨β Î) ©!$# Ÿω E=Ït ä† tÏΨ Í← !$sƒ ø:$# ∩∈∇∪

“Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat.” Al-Anfal: 58

�ω Î) šÏ%©!$# Ν›?‰ yγ≈tã zÏiΒ tÏ. Î�ô³ßϑ ø9$# §ΝèO öΝs9 öΝä.θÝÁ à)Ζ tƒ $\↔ ø‹x© öΝs9uρ (#ρã2Îγ≈sàムöΝä3 ø‹n=tæ #Y‰ tn r& (# þθ‘ϑ Ï? r' sù öΝÎγøŠ s9 Î)

óΟèδ y‰ ôγtã 4’n<Î) öΝÍκ ÌE£‰ãΒ 4 ¨βÎ) ©!$# E= Ïtä† tÉ) −G ßϑ ø9$# ∩⊆∪

“Kecuali mereka yang kamu mengikat perjanjian setia (dengannya) dari orang-orang musyrik, kemudian mereka tidak mencabuli perjanjian kamu itu sedikitpun, dan mereka tidak menolong seorangpun yang memusuhi kamu, maka sempurnakanlah kepada mereka perjanjian mereka sehingga (habis) tempohnya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.” At-Taubah: 4

* βÎ)uρ (#θ ßsuΖ y_ ÄΝù=¡¡= Ï9 ôxuΖô_$$ sù $ oλm; ö≅©. uθs? uρ ’n? tã «!$# 4 …çµ ¯Ρ Î) uθ èδ ßìŠ Ïϑ ¡¡9 $# ãΛÎ=yè ø9 $# ∩∉⊇∪

“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” Al-Anfal: 61

(BUAT MAHASISWA)

vi. Setia dengan perjanjian dan menunaikan tanggungjawab

Menurut Ustaz al-Banna:

“Jadi para pemimpin negara tersebut perlu memahami bahawa penghormatan

Islam kepada masyarakat antarabangsa adalah yang paling suci dalam sejarah

manusia. Dasar-dasar antarabangsa yang telah diletakkan oleh Islam bagi

memelihara kehormatan ini merupakan dasar-dasar yang paling mantap. Islam

Page 303: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

303

sendiri menegaskan pentingnya soal memelihara perjanjian dan melaksanakan

segala kehendak perjanjian.

(#θ èù ÷ρr& uρ ωôγ yè ø9$$ Î/ ( ¨β Î) y‰ôγ yè ø9$# šχ%x. Zωθ ä↔ ó¡ tΒ ∩⊂⊆∪

“…Dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.” Al-Israa: 34

ω Î) šÏ%©!$# Ν›?‰ yγ≈tã zÏiΒ tÏ. Î�ô³ßϑ ø9$# §ΝèO öΝs9 öΝä.θÝÁ à)Ζ tƒ $\↔ ø‹x© öΝs9uρ (#ρã2Îγ≈sàムöΝä3 ø‹n=tæ #Y‰ tn r& (# þθ‘ϑ Ï? r' sù öΝÎγøŠ s9 Î)

óΟèδ y‰ ôγtã 4’n<Î) öΝÍκ ÌE£‰ãΒ 4 ¨βÎ) ©!$# E= Ïtä† tÉ) −G ßϑ ø9$# ∩⊆∪

“Kecuali mereka yang kamu mengikat perjanjian setia (dengannya) dari orang-orang musyrik, kemudian mereka tidak mencabuli perjanjian kamu itu sedikitpun, dan mereka tidak menolong seorangpun yang memusuhi kamu, maka sempurnakanlah kepada mereka perjanjian mereka sehingga (habis) tempohnya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.” At-Taubah: 4

$ yϑ sù (#θ ßϑ≈s) tFó™ $# öΝä3s9 (#θ ßϑŠ É)tGó™ $$sù öΝçλm; 4

“…Maka selagi mereka berlaku lurus terhadap kamu, hendaklah kamu berlaku lurus pula terhadap mereka;…” At-Taubah: 7

“Islam juga menegaskan perlunya memberikan layanan baik kepada pelarian yang

mencari perlindungan.

÷β Î)uρ Ó‰ tnr& zÏiΒ šÏ. Î�ô³ßϑ ø9 $# x8u‘$ yf tFó™$# çν ö2Å_ r'sù 4®Lym yì yϑ ó¡ o„ zΝ≈n=x. «! $# ¢ΟèO çµ øóÎ= ö/r& …çµ uΖ tΒù' tΒ 4

“Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman…” At-Taubah: 6

(MENUJU SINAR CAHAYA)

vii. Memberi layanan yang baik kepada semua warganegara walaupun berbeza

akidah

Ustaz al-Banna menyebut:

Page 304: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

304

“Mereka yang menyangka Ikhwan al-Muslimin membawa kepada perpecahan

etnik sebenarnya silap. Kami memahami Islam amat mengambil berat soal

menghormati hubungan sesama manusia. Ini dinyatakan dalam firman Allah:

$pκ š‰r' ¯≈tƒ â¨$ ¨Ζ9$# $ ¯Ρ Î) / ä3≈ oΨ ø)n=yz ÏiΒ 92x. sŒ 4 s\Ρ é&uρ öΝä3≈oΨ ù=yè y_uρ $ \/θãèä© Ÿ≅Í← !$ t7s% uρ (#þθ èù u‘$ yètG Ï9 4

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)…” Al-Hujurat: 13

Islam mengharamkan sebarang bentuk pencabulan walaupun dalam keadaan

marah dan ketika bertelingkah. Firman Allah:

Ÿω uρ öΝà6 ¨ΖtΒ Ì2ôftƒ ãβ$ t↔oΨ x© BΘ öθ s% #’n? tã �ω r& (#θ ä9 ω÷è s? 4 (#θä9 ωôã $# uθ èδ Ü> t2ø% r& 3“uθ ø) −G=Ï9 (

“…Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa…” Al-Maidah: 8

Islam mewajibkan wujudnya hubungan baik dan ehsan antara sesama masyarakat

walaupun mereka berlainan akidah dan agama.

�ω â/ä38yγ ÷Ψ tƒ ª!$# Çtã tÏ%©!$# öΝs9 öΝä.θ è=ÏG≈s)ム’ Îû ÈÏd‰9$# óΟ s9 uρ / ä.θ ã_ Ì2øƒä† ÏiΒ öΝä. Ì2≈tƒ ÏŠ β r& óΟ èδρ •�y9s? (#þθ äÜÅ¡ ø) è?uρ öΝÍκ öYs9 Î)

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu;…” Al-Mumtahanah: 8

(BUAT PEMUDA)

viii. Mengharamkan diskriminasi perkauman dan fanatik kepuakan

Kata Ustaz al-Banna:

“Kita tidak menerima semangat perkauman dan kita juga tidak akan meniupkan

semangat perkauman berteraskan kaum dan warna kulit. Sebaliknya kita akan

mengajak manusia ke arah semangat persaudaraan yang sejati sesama seluruh

bangsa manusia.”

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

Page 305: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

305

ix. Menjadikan dasar bekerjasama dan persefahaman yang jujur sebagai

landasan

Kata Ustaz al-Banna:

“Jadi kita memerlukan dasar baru iaitu dasar bekerjasama dan berganding bahu

secara jujur berlandaskan semangat persaudaraan…”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)

3. Fahaman Barat tentang Konsep Sejagat dan Orde Baru Dunia

Ustaz al-Banna pernah menjelaskan apa yang selalu diutarakan oleh pemimpin

pada zaman beliau mengenai orde baru.

Menurut beliau:

“Para pemimpin dunia hari ini sering mengungkapkan istilah “Orde Baru”. Hitler

mahu membawa masyarakat dunia ke arah Orde Baru. Churchill pernah berkata

bahawa Britain akan memimpin masyarakat dunia berdasarkan Orde Baru.

Roosevelt pernah membayangkan dan mengalu-alukan Orde Baru ini. Semua

pihak bersetuju Orde Baru ini akan menyusun semula Eropah dan akan

mengembalikan semula keamanan dan kesejahteraan Eropah. Namun apakah

nasib Timur dan umat Islam dalam Orde Baru ini?

Kita mahu menarik perhatian para pemimpin Barat hakikat bahawa idea

penjajahan yang pernah gagal pada suatu ketika dahulu pasti akan menemui

kegagalan lebih besar pada masa akan datang. Jiwa dan sentimen masyarakat

dunia hari ini amat peka. Dasar memaksa dan menindas semenjak dahulu lagi

hanya membawa kesan negatif. Dasar ini telah gagal menguasai hati masyarakat

dunia hari ini apatah lagi pada masa hadapan.

Kaedah menipu, putar belit, muslihat politik walaupun adakalanya mampu

menenangkan keadaan, namun ia tidak akan mampu bertahan selamanya. Jelas

kaedah ini membawa banyak keburukan, masalah dan krisis. Sudah tentu kaedah

yang sama tidak akan dapat merealisasikan segala impian pada masa akan

datang.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)

4. Kita Mahukan Orde Baru Dunia Berteraskan Keadilan

Page 306: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

306

Akhir sekali beliau menjelaskan perkara asas bagi menjadikan orde baru dunia

ini bersifat adil. Beliau berkata:

“Jadi kita memerlukan dasar baru iaitu dasar bekerjasama dan berganding bahu

secara jujur berlandaskan semangat persaudaraan, berkongsi kepentingan

material dan moral sebagai satu keluarga antara Timur dan Barat, bukan hanya

sesama negara-negara Eropah sahaja. Hanya dengan mengamalkan dasar ini

sahaja akan dapat menjamin kestabilan Orde Baru Dunia dan akan mewujudkan

keamanan dan kesejahteraan di seluruh dunia.”

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)

Page 307: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

307

Bahagian II MEREALISASIKAN KETUANAN DAN ANJAKAN PERADABAN

1. Mewujudkan Ketuanan Dunia

i. Ketuanan adalah sebahagian agenda kita

Ustaz al-Banna telah menjelaskan bahawa ketuanan merupakan sebahagian

daripada agenda kita:

“Dalam masa yang sama Islam meletakkan umat Islam sebagai pemegang amanah

risalah Allah di muka bumi ini. Di dunia ini, umat Islam berada pada tahap

ustaziah atau pemimpin (saya tidak katakan sebagai ketua) kerana amanah yang

diberikan ini. Kedudukan ini tidak membenarkan mereka menghina sesiapa atau

memperhambakan sesiapa atau menundukkan diri kepada perampas dan

penceroboh.”

(MASALAH KITA MENURUT PERSPEKTIF SISTEM ISLAMI)

ii. Membina peradaban dan memelihara identiti

Menyentuh mengenai perlunya menghidupkan semula peradaban, Ustaz al-Banna

menyebut:

“Kita ditakdirkan lahir dalam generasi yang sedang menjadi habuan pelbagai

bangsa lain. Generasi yang sedang berjuang bermati-matian untuk hidup.

Kemenangan pasti akan memihak kepada pihak yang kuat dan terkehadapan.”

Suasana yang ada juga memaksa kita menghadapi peninggalan masa silam yang

sangat getir dan kita merasai kepahitannya. Kitalah yang bertanggungjawab

memecahkan belenggu dan halangan serta menyelamatkan diri kita dan anak-

anak kita. Di samping itu kita perlu mengembalikan kemuliaan dan kegemilangan

kita serta menghidupkan semula tamadun dan ajaran agama kita.”

(ADAKAH KITA GOLONGAN YANG BEKERJA)

Bagi menegaskan hakikat ini Ustaz al-Banna menyifatkan pendokong dakwah

sebagai orang asing:

“Saya mahu kamu memahami dengan jelas kedudukan kamu di celah-celah

masyarakat dunia hari ini. Apakah perbezaan dakwah kamu dengan dakwah yang

lain? Apakah jamaah kamu ini? Apakah tujuan Allah menggabungkan kamu dan

Page 308: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

308

menyatukan hati kamu? Kenapa Allah mengenengahkan gagasan kamu di saat

dunia begitu mengharapkan keamanan dan kesejahteraan.

“Saudara, ingatlah baik-baik! Kamu adalah orang asing yang mengajak ke arah

kebaikan ketika nilai kemanusiaan sedang hancur luluh. Kamu adalah pemikiran

baru. Allah mahu dengan kewujudan kamu ini, kamu akan dapat rnemisahkan

manusia kepada dua pihak; pihak yang benar dan pihak yang salah…

“Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkan-Nya.” (maksud Yusuf: 21)

(UCAPAN DASAR MUKTAMAR KEENAM)

Mengenai kedudukan Timur sebagai tempat lahirnya tamadun dan para rasul,

Ustaz al-Banna menyebut:

“Timur yang diletakkan sebagai perosak ini sebenarnya adalah sumber kepada

segala tamadun dan tempat turunnya para rasul. Timur inilah yang melimpahkan

segala tamadun kepada Barat. Hakikat ini tidak mungkin dapat dinafikan kecuali

oleh orang yang benar-benar angkuh. Segala dakwaan yang tidak benar seperti

ini sebenarnya hasil daripada jiwa manusia yang tertipu dan jiwa seperti ini

tidak mungkin mampu menjadi asas kepada apa jua pembangunan atau

peradaban.”

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

Dengan ini Ustaz al-Banna tegaskan bahawa konsep ketuanan umat Islam adalah

berasas. Malah konsep ini berlandaskan Islam yang agung. Dengan ini para penganutnya

secara langsung merupakan pendokong pemikiran baru yang Allah mahu jadikan sebagai

pemisah antara kebenaran dan kepalsuan.

2. Persediaan untuk Melakukan Anjakan Tamadun

i. Anjakan sebagai sunnah alam

Allah berfirman:

3 Ÿω öθ s9uρ ßì øù yŠ «! $# } $Ψ9 $# Ο ßγŸÒ ÷è t/ <Ù÷è t7Î/ ÏNy‰ |¡ x� ©9 Ù⇓ ö‘ F{$#

“…Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini;…” Al-Baqarah: 251

Page 309: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

309

Pertembungan antara pihak yang benar dan salah bermakna terhapusnya salah

satu pihak secara kekerasan ketika perlu. Firman Allah Taala:

Ÿω öθ s9 uρ ßì øù yŠ «!$# } $ ¨Ζ9$# Νåκ |Õ ÷è t/ <Ù÷è t7 Î/ ôMtΒÏd‰ çλ°; ßì ÏΒ≡ uθ|¹ Óì u‹Î/uρ ÔN≡ uθ n=|¹ uρ ߉ Éf≈|¡ tΒuρ ã2Ÿ2 õ‹ãƒ $ pκYÏù ãΝó™$# «!$#

#Z�!ÏVŸ2

“…Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya…” Al-Haj: 40

4 y7 Ï9≡x‹ x. Ü>Î� ôØ o„ ª! $# ¨, ysø9 $# Ÿ≅ÏÜ≈t7 ø9$# uρ 4 $Β r'sù ߉t/ ¨“9$# Ü=yδõ‹ uŠ sù [ !$x�ã_ ( $Βr& uρ $tΒ ßìx�Ζtƒ } $ ¨Ζ9$# ß] ä3 ôϑ u‹sù ’ Îû

ÇÚ ö‘ F{$# 4

“…Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi…” Ar-Ra’d: 17

Firman Allah lagi yang bermaksud:

“Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka mampu.” (Al-Baqarah: 217)

“Dan sememangnya Allah tetap menghapuskan perkara yang salah serta Dia menetapkan yang benar dengan kalimah-kalimah wahyu-Nya dan keputusan-Nya.” (Ash-Shura: 24)

“Bahkan Kami sentiasa mengarahkan yang benar menentang yang salah, lalu ia menghancurkannya, maka dengan serta-merta hilang lenyaplah dia.” (Al-Anbiya: 18)

Perlu dinyatakan di sini bahawa pertarungan, pertembungan, persilihan atau

pertukaran tamadun merupakan sunnah alam yang telah ditetapkan oleh Allah dan

tidak akan berubah. Malahan ia juga adalah sunnah manusia. Sebagai manusia, tiada

siapa yang terlepas daripada pertarungan dan pertembungan dalaman untuk memilih

Page 310: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

310

antara kebaikan dan kejahatan. Oleh itu pertarungan dan pertembungan adalah norma

hidup, ia merupakan petanda berlakunya pertumbuhan dan pertambahan, petanda

wujudnya kehidupan dan kelangsungan. Bermula daripada satu sel sehingga lahirnya

suatu kehidupan. Fenomena ini adalah penjana hidup dan penghubung sejarah manusia.

Ia berlaku dalam pelbagai bentuk seperti dialog, bertukar fikiran, bertukar ilmu,

berdebat, berperang, berhadapan, bersaing, berlumba, berlawan. Semua ini adalah

fenomena dan semua ini adalah pertarungan. Ia mungkin dilakukan dengan cara yang

dibenarkan dan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang bukan ciptaan manusia.

Ia juga mungkin dilakukan dengan cara yang tidak dibenarkan. Semua ini termasuk

dalam ertikata pertembungan tamadun. Pertarungan antara kebaikan dan kejahatan,

keadilan dan kezaliman, kasih dan hasad, kemaafan dan dendam, sifat pemurah dan

sifat tamak, hak dan batil. Dalam ertikata lain, pertarungan antara kebenaran dan

kejahatan akan hanya berakhir apabila berakhirnya hayat manusia.

Manusia yang memahami budaya pertembungan dan pertarungan dari segala

sudut, dari segi ruang lingkup, senjata dan perjalanannya akan mampu menggunakannya

dengan baik, mampu memahami kesannya serta mampu campur tangan dan memperguna

sesuatu sunnah untuk mengatasi sunnah yang lain, memperguna sesuatu takdir untuk

mengatasi takdir yang lain. Manusia ini akan memiliki keupayaan untuk bergerak dalam

semua keadaan dan mewujud serta mengembangkan segala lapangan.

ii. Kesediaan untuk berjuang dan bertarung

Di sini Ustaz al-Banna menegaskan soal pertembungan ini:

“Sebuah bangsa yang sedang dilanda masalah seperti masalah kita ini, sebuah

bangsa yang sedang bangkit melaksanakan tugas seperti tugas kita ini, sebuah

bangsa yang sedang memikul tanggungjawab seperti tanggungjawab kita ini,

bangsa ini tidak boleh sama sekali mengubat hatinya dengan ubat pelali atau

bergantung hanya kepada impian dan angan-angan. Sebaliknya mereka perlu

mempersiapkan diri untuk mengharungi perjuangan yang panjang dan sengit.

Pertembungan yang hebat antara hak dan batil.”

(ADAKAH KITA GOLONGAN YANG BEKERJA)

iii. Kesan pertembungan

Seterusnya Ustaz al-Banna mengutarakan suatu hakikat Islam dan suatu natijah

iman:

“Nabi melimpahkan dalam hati mereka bahawa selagimana mereka mengimani

kebenaran ini dan merasa bangga kerana turut bersamanya, Allah sentiasa

bersama mereka untuk membantu, membimbing, menolong, menyokong dan

Page 311: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

311

menghulurkan segala pertolongan ketika orang lain menjauhkan diri daripada

mereka. Allah akan menyelamatkan mereka di kala mereka amat-amat

memerlukan pertolongan. Allah bersama mereka di mana jua mereka berada.

Jika Allah tidak utuskan bantuan tentera dari bumi nescaya Allah akan turunkan

tentera dari langit. Para sahabat sering membaca nilai-nilai ini dengan jelas

dalam Kitab Allah.

( �χ Î) uÚ ö‘ F{$# ¬! $yγ èOÍ‘θ ムtΒ â !$t± o„ ôÏΒ ÍνÏŠ$t6 Ïã ( èπ t7 É)≈yèø9 $#uρ šÉ)−F ßϑ ù=Ï9 ∩⊇⊄∇∪

“…Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” Al-A’raf: 128

�χ r& uÚ ö‘ F{$# $yγèO Ì2tƒ y“ÏŠ$ t6 Ïã šχθßsÎ=≈ ¢Á9$# ∩⊇⊃∈∪

“…Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh.” Al-Anbiya: 105

�χ u�ÝÇΖuŠ s9 uρ ª! $# tΒ ÿ…çν ç�ÝÇΨtƒ 3 �χ Î) ©!$# :”Èθ s)s9 ̓ tã ∩⊆⊃∪

“…Dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya (agama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa;” Al-Haj: 40

Firman Allah lagi yang bermaksud:

“Allah telah menetapkan: Sesungguhnya Aku dan Rasul-rasul-Ku tetap mengalahkan (golongan yang menentang).” (Al-Mujadalah: 21)

“Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Yusuf: 21)

“(Ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: Sesungguhnya Aku menyertai kamu (membeli pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman.” (Al-Anfal: 12)

“Dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.” (Ar-Rum: 47)

“Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu.” (Al-Qasas: 5)

Page 312: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

312

(DAKWAH KITA DI ERA BARU)

Ustaz al-Banna menegaskan di sini bahawa di sana wujud budaya pertembungan

tamadun dan kemenangan akhirnya akan berpihak kepada pihak yang benar. Allah

menguasai segala urusannya tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Page 313: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

313

PENUTUP

Sebagai penutup kepada usaha awal ini yang cuba untuk menyelami pemikiran

Ustaz al-Banna berhubung perkara asas yang perlu ada dalam agenda kebangkitan

ummah, walaupun tidak menyeluruh dan terhad kepada beberapa petikan, saya

merasakan adalah lebih baik dan lebih lengkap jika saya muatkan di sini risalah,

“Ikhwan Al-Muslimin Di Bawah Naungan Al-Quran”.

Ucapan Imam Syahid Hasan al-Banna

Bingkisan silam yang utuh dan membara buat masakini yang muda dan keliru…

Persediaan masakini yang marak untuk masa depan yang gemilang…

Wahai pemuda… wahai pencari sinar kehidupan…

Mereka yang rindu untuk membantu agama Allah…

Wahai mereka yang menyerahkan jiwa raganya di hadapan Allah…

Di sinilah jalan hidayah dan petunjuk…

Di sinilah jalan hikmah dan betul…

Di sinilah tempat untuk merasai lazatnya sebuah pengorbanan dan jihad…

Segeralah bersama angkatan tentera yang melangkah senyap…

Marilah beramal di bawah panji pemimpin para nabi…

Bergabunglah bersama angkatan Ikhwan al-Muslimin…

“Sehingga tidak ada lagi fitnah, dan menjadilah agama itu seluruhnya bagi Allah

semata-mata.”

Al-Ikhwan al-Muslimin

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam untuk pemimpin kita, Muhammad, kaum

keluarganya serta para sahabatnya. Saya ucapkan ucapan Islam yang berkat dan suci

iaitu Assalamualaikum Wa RahmatulLahi Wa Barakatuh.

Page 314: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

314

Wahai Ikhwan al-Muslimin, Wahai seluruh manusia,

Di tengah riuh rendah dengan diselubungi pelbagai peristiwa yang menyedihkan

pada zaman yang gelap gelita ini, di tengah arus deras yang dibawa oleh pelbagai

ideologi yang berkumandang di seluruh alam, membawa gelombang yang

menenggelamkan seluruh alam, diulit dengan segala impian, janji dan gaya yang

mempesona dan mengasyikkan,

Kami Ikhwan al-Muslimin mengemukakan dakwah kami dengan…

Tenang, tetapi amat kencang lebih kencang daripada angina taufan…

Merendah diri, tetapi teguh lebih teguh daripada gunung…

Terbatas, tetapi luas lebih luas daripada sempadan bumi ini…

Tidak berselindung di sebalik imej dan gaya yang palsu sebaliknya diserikan dengan

nada kebenaran, keindahan wahyu dan peliharaan Allah.

Tidak dicemari oleh kerakusan, ketamakan, kepentingan dan impian peribadi.

Sebaliknya dakwah ini menjanjikan orang-orang yang mengimaninya dan jujur beramal

bahawa mereka akan beroleh kekuasaan di dunia ini dan syurga di akhirat kelak.

Menyorot Kembali Dakwah Pertama

Wahai Ikhwan al-Muslimin, Wahai seluruh manusia,

Dengarlah gema suara yang pernah dikumandangkan oleh pendakwah pertama

suatu ketika dahulu dan masih terdengar sehingga hari ini:

Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya! (Al-Muddaththir: 1-3)

Bersama mengungkapkan suatu formula:

Page 315: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

315

Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu. (Al-Hijr: 94)

Laungan ini ditujukan untuk seluruh manusia:

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (diutus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya; Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimah-Nya (Kitab-kitab-Nya), dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk. (Al-A’raf: 158)

Jauhnya Kita dari Ajaran Islam

Wahai Ikhwan al-Muslimin, Wahai seluruh manusia,

Allah telah mengutuskan untuk kamu seorang pemimpin dan Dia gubalkan suatu

sistem untuk kamu. Dia gariskan segala undang-undang dan Dia turunkan sebuah kitab.

Dia halalkan yang halal dan Dia haramkan yang haram. Dia bimbing kamu ke arah yang

baik untuk kamu dan kebahagiaan kamu. Dia pimpin kamu ke arah jalan yang betul.

Namun adakah kamu mengikut pemimpin yang dilantik oleh-Nya? Adakah kamu hormati

sistemNya? Adakah kamu laksanakan undang-undang-Nya? Adakah kamu sanjungi

kitab-Nya? Adakah kamu halalkan apa yang dihalalkan-Nya dan kamu haramkan apa

yang diharamkan-Nya?

Jawablah dengan terus terang dan kamu akan lihat kenyataannya di hadapan

mata kamu. Semua sistem yang kamu guna pakai dalam seluruh urusan hidup kamu

adalah sistem yang diikut secara membuta tuli tanpa ada kaitan langsung dengan Islam.

Tidak bersumberkan Islam dan tidak berpandukan ajaran Islam.

Sistem politik dalam negara.

Sistem hubungan antarabangsa.

Sistem kehakiman.

Sistem pertahanan dan ketenteraan.

Sistem kewangan dan ekonomi yang dilaksanakan oleh negara dan individu.

Page 316: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

316

Sistem pendidikan dan kebudayaan.

Malah sistem keluarga dan rumah tangga.

Termasuklah sistem yang berkaitan dengan tingkah laku individu.

Keseluruhan budaya yang diamalkan oleh pemerintah dan rakyat hari ini malah

seluruh aspek kehidupan, keseluruhannya menyimpang jauh daripada Islam dan ajaran

Islam.

Apakah yang masih ada?

Apa yang ada hanyalah masjid yang tersergam indah dihuni para fakir miskin dan

yang kurang upaya. Walaupun mereka mendirikan sembahyang namun sembahyang

mereka kontang tanpa sebarang nilai rohani dan rasa takut kepada Allah, kecuali hanya

segelintir di kalangan mereka yang mendapat hidayah Allah.

Hari-hari di mana mereka berpuasa dalam setahun bertukar menjadi musim

untuk bersantai dan berehat, musim untuk makan dan minum, jarang sekali hari-hari ini

dimanfaatkan untuk memperbaharui diri atau membersihkan jiwa…

Kecuali orang-orang yang beriman dan berarnal soleh; sedang mereka amatlah sedikit. (Sad: 24)

Segala penampilan yang sungguh mempesona dengan tasbih, cara berpakaian,

janggut, istiadat, upacara, istilah dan ungkapan yang digunakan…

Inikah Islam yang Allah jadikan sebagai rahmat-Nya yang teragung, anugerah-

Nya yang terhebat untuk seluruh alam?

Inikah ajaran Muhammad s.a.w. yang diajar bagi memimpin manusia keluar

daripada zaman kegelapan kepada zaman kegemilangan?

Inikah undang-undang al-Quran yang digunakan bagi menyelesaikan segala

masalah dan krisis manusia, malah disusun dengan begitu terperinci dan mantap bagi

membawa perubahan?

Gelombang Budaya Barat

Wahai Ikhwan al-Muslimin, Wahai seluruh manusia,

Page 317: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

317

Suatu hakikat yang perlu kita akui, hari ini wujud arus yang begitu kuat melanda

umat Islam. Kini wujud gelombang besar yang sedang menenggelamkan fikiran dan akal

kita kerana kealpaan kita, kerana umat Islam terlena, juga kerana sebahagian umat

Islam tenggelam dalam kemewahan dan kesenangan… Akibatnya lahirlah pelbagai

ideologi dan dakyah, berkembanglah pelbagai sistem dan falsafah. Tumbuhlah pelbagai

tamadun dan peradaban. Semua ini menggugat ajaran Islam yang ada pada umat Islam.

Malah umat Islam diserang sehingga ke akar umbi dari segenap arah.

Fahaman ini menyerang dari segenap sudut. Fahaman ini menyusup masuk hingga

ke daerah, rumah dan tempat tidur mereka. Malah berjaya menguasai hati, fikiran dan

perasaan mereka. Pintu terbuka untuk mereka memperdaya, mempesona dan menguasai

umat Islam sedangkan semua ini tidak mampu dilakukan oleh orang lain sebelum ini.

Seluruh umat Islam dilanda fahaman ini. Negara-negara yang selama ini menjadi teras

kepada negara Islam yang lain juga turut terpedaya. Apatah lagi negara-negara Islam

lain, mereka begitu terpengaruh dengan fahaman ini. Akibatnya lahirlah generasi yang

kehilangan identiti dan lebih cenderung kepada yang lain daripada Islam. Merekalah

seterusnya yang menentukan hala tuju umat ini. Mereka menerajui aspek pemikiran,

kerohanian, politik dan pelaksanaan dasar.

Dengan ini mereka meneraju rakyat yang terlena ke arah yang mereka

kehendaki malah ke arah budaya mereka. Malangnya rakyat sendiri tidak tahu apa

sebenarnya yang mereka kehendaki dan ke mana hala tuju mereka. Lantas suara

pendokongpendokong ideologi sesat ini semakin lantang bersuara, kata mereka:

“Bebaskan kami daripada saki-baki Islam dan warisan Islam yang masih ada. Marilah

bersama kami dengan penuh rela hati untuk menikmati semua keperluan hidup,

tanggungjawab, fikiran dan budaya dalam hidup ini. Ketepikan semua fikiran kolot.

Jangan kamu menipu, hipokrit dan berdegil; kamu bertindak seperti orang Barat dan

bercakap seperti orang Islam.”

Kita perlu sedar bahawa kita sebenarnya telah begitu jauh daripada ajaran

Islam, jauh daripada asas dan landasan Islam. Islam tidak melarang kita mencedok apa

yang baik atau menerima sesuatu ilmu walau dari mana sekalipun. Apa yang dilarang

keras oleh Islam ialah kita meniru bulat-bulat mereka yang tidak berpegang sedikitpun

kepada agama Allah. Apatah lagi apabila kita menolak ke tepi akidah, kewajipan dan

undang-undang Islam, hanya semata-mata untuk mengikut jejak langkah mereka yang

terpesona dengan dunia dan diperdaya oleh syaitan.

Memang benar ilmu, pengetahuan, dan cara pemikiran semakin maju, harta

semakin bertambah, dunia semakin canggih, kehidupan di bumi semakin indah dan

menarik. Manusia semakin mewah dan senang. Namun apakah semua ini membawa

kebahagiaan kepada manusia? Apakah hidup mereka semakin aman atau jiwa mereka

semakin tenang dan tenteram?

Page 318: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

318

Adakah tubuh ini dapat merasa tenang berlabuh di atas pembaringan?

Adakah mata ini tidak lagi berlinangan air mata?

Adakah jenayah telah berjaya dihapuskan dan masyarakat terselamat daripada

angkara penjenayah?

Adakah fakir miskin terbela dan berjuta-juta perut yang kebuluran kini

kekenyangan?

Adakah semua tempat hiburan dan menyeronokkan yang tumbuh ibarat

cendawan ini dapat menghilangkan kesedihan?

Adakah semua bangsa dapat menikmati kesejahteraan dan keharmonian serta

selamat daripada ancaman musuh atau mereka yang zalim?

Tidak, tiada apa yang dapat dicapai. Jadi apakah kelebihan tamadun ini

berbanding tamadun yang lain?

Malah bukan setakat itu sahaja.

Kita sendiri dapat lihat bagaimana segala sistem, ajaran dan falsafah termasuk

dari segi sains dan statistik, semuanya saling bercanggah. Akhirnya mereka terpaksa

melihat ke belakang dan menilai semula segala hasil yang sekian lama diusahakan serta

segala pengorbanan yang telah dicurahkan dan terpaksa merasai keperitan akibat

sebuah kegagalan.

Peranan Kita

Jadi, Apakah Peranan Kita, Ikhwan Al-Muslimin?

Secara ringkasnya

Kita perlu sekat arus deras yang berupa tamadun kebendaan dan peradaban

yang penuh dengan hiburan dan pesona ini yang kini sedang melanda umat Islam. Arus

ini menyebabkan umat Islam hanyut terpinggir daripada pimpinan Nabi s.a.w. dan

petunjuk al-Quran. Arus ini menyebabkan dunia ini tersisih daripada cahaya hidayah.

Arus ini juga menyebabkan dunia ini mundur beratus tahun ke belakang. Kita akan

sekat arus ini sehinggalah semua arus ini dapat dijauhkan daripada bumi kita dan

bangsa kita dapat diselamatkan daripada segala bencana ini. Malah kita tidak akan

berhenti setakat itu sahaja kerana kita akan jejaki arus ini hingga ke puncanya dan

kita akan gempur hingga ke lubuknya. Sehingga seluruh alam ini mengumandangkan

Page 319: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

319

nama Nabi s.a.w, dan seluruh dunia ini yakin dengan ajaran al-Quran serta dinaungi

oleh bayangan Islam. Ketika itu, barulah segala yang dicitakan oleh seorang muslim

akan tercapai. Ketika itu, tiada lagi sebarang ancaman dan agama seluruhnya milik

Allah.

3 ¬! ã2øΒ F{$# ÏΒ ã≅ö6s% .ÏΒuρ ߉÷è t/ 4 7‹ Í≥tΒ öθ tƒ uρ ßyt2ø� tƒ šχθãΖÏΒ ÷σ ßϑ ø9$# ∩⊆∪ Î� óÇuΖÎ/ «!$# 4 ç�ÝÇΖtƒ ∅ tΒ â!$t± o„ ( uθ èδuρ

Ⓝ͓ yè ø9 $# ÞΟŠ Ïm§29 $# ∩∈∪

“…Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira.” “Dengan kemenangan yang diberi Allah. Dia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.” Ar-Rum: 4-5

Secara lebih terperinci

Demikianlah secara ringkas tugas kita sebagai Ikhwan al-Muslimin. Namun untuk

huraian lebih terperinci, tugas ini bermula di Mesir berdasarkan Mesir antara negara

Islam yang pertama, begitu juga rakyatnya. Kemudian diikuti oleh negara-negara lain.

Peranan dan usaha ini akan membabitkan beberapa aspek seperti:

Sistem politik yang akan merealisasikan firman Allah Taala:

Èβr& uρ Νä3 ôm $# ΝæηuΖ ÷d t/ !$ yϑÎ/ tΑt“Ρr& ª! $# Ÿω uρ ôìÎ7 ®Ks? öΝèδu !#uθ ÷δr& öΝèδ ö‘x‹÷n $#uρ β r& š‚θ ãΖÏF ø�tƒ .tã ÇÙ÷è t/ !$ tΒ tΑt“Ρr& ª!$#

y7 ø‹s9 Î) (

“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu…” Al-Maidah: 49

Sistem hubungan antarabangsa yang akan merealisasikan firman Allah Taala:

y7 Ï9≡ x‹x. uρ öΝä3≈oΨ ù=yè y_ ZπΒé& $VÜ y™uρ (#θ çΡθ à6tG Ïj9 u !#y‰ pκà− ’ n?tã Ĩ$ ¨Ψ9 $# tβθ ä3tƒ uρ ãΑθ ß™§29$# öΝä3ø‹n=tæ #Y‰‹Îγ x©

“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat

Page 320: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

320

manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu…” Al-Baqarah: 143

Pelaksanaan sistem kehakiman yang berlandaskan ayat al-Quran:

Ÿξsù y7În/ u‘uρ Ÿω šχθãΨ ÏΒ÷σ ム4®L ym x8θ ßϑÅj3ysム$ yϑŠ Ïù t2yf x© óΟßγoΨ ÷d t/ §ΝèO Ÿω (#ρ߉ Åg s† þ’ Îû öΝÎηÅ¡ à�Ρr& % [` t2ym $£ϑ ÏiΒ

|M øŠ ŸÒs% (#θßϑ Ïk=|¡ ç„ uρ $VϑŠ Î=ó¡ n@ ∩∉∈∪

“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.” An-Nisa: 65

Sistem pertahanan dan ketenteraan yang merealisasikan matlamat sebenar

kerahan am tentera:

(#ρã2Ï�Ρ $# $ ]ù$x� Åz Zω$ s)ÏO uρ (#ρ߉ Îγ≈y_uρ öΝà6Ï9≡ uθ øΒr'Î/ öΝä3 Å¡ à�Ρ r& uρ ’Îû È≅‹Î6 y™ «!$# š

“Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada engan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam)…” At-Taubah: 41

Sistem ekonomi yang bercorak bebas dalam segala aspek yang membabitkan soal

kekayaan, kewangan, negara dan individu berasaskan firman Allah Taala:

Ÿω uρ (#θ è? ÷σ è? u !$ yγx� E¡9$# ãΝä3s9≡ uθøΒ r& ÉL©9$# Ÿ≅ yè y_ ª!$# ö/ ä3s9 $Vϑ≈uŠ Ï%

“Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu…” An-Nisaa: 5

Sistem pendidikan dan pelajaran yang dapat menghapuskan kejahilan dan

merealisasikan wahyu pertama:

ù& t2ø%$# ÉΟ ó™$$Î/ y7 În/ u‘ “Ï% ©!$# t,n=y{ ∩⊇∪

Page 321: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

321

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),” Al-Alaq: 1

Sistem keluarga dan rumah tangga yang mampu membesarkan anak-anak, pemudi

serta pemuda Islam dengan merealisasikan firman Allah Taala:

$ pκš‰r' ¯≈tƒ tÏ% ©!$# (#θ ãΖtΒ#u (#þθ è% ö/ä3|¡ à�Ρr& ö/ä3‹Î=÷δ r& uρ # Y‘$tΡ $yδ ߊθ è% uρ â¨$Ζ9$# äο u‘$ yfÏt ø:$#uρ

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala)…” At-Tahrim:

6

Sistem yang berhubung dengan tingkah laku individu yang dapat membawa ke

arah kejayaan seperti yang dinyatakan oleh firman Allah Taala:

ô‰ s% yxn=øù r& tΒ $yγ8 ©. y— ∩∪

“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),” Ash-Shams: 9

Malah semua budaya yang diamalkan oleh individu dalam negara sama ada oleh

pemerintah atau rakyat, semuanya berlandaskan firman Allah Taala:

Æ[tG ö/$# uρ !$ yϑ‹Ïù š�9t?#u ª! $# u‘#¤$!$# nοt2Åz Fψ$# ( Ÿω uρ š[Ψ s? y7t7Š ÅÁ tΡ š∅ ÏΒ $u‹÷Ρ ‘‰9 $# ( Å¡ ômr& uρ !$ yϑ Ÿ2 z|¡ ôm r&

ª! $# š�ø‹s9 Î) ( Ÿωuρ Æ[ ö7s? yŠ$ |¡x� ø9 $# ’ Îû ÇÚ ö‘ F{$# (

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi…” Al-Qasas: 77

Kita mahukan:

Individu Islam…

Rumah tangga Islam…

Page 322: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

322

Masyarakat Islam…

Kerajaan Islam…

Kita juga mahu sebuah negara yang menerajui kesemua negara-negara Islam,

sebuah negara yang mampu menyatu padukan semua umat Islam serta dapat

mengembalikan kegemilangan umat Islam. Sebuah negara yang dapat mengembalikan

semula semua bumi yang telah dirampas. Seterusnya menjulang panji jihad dan dakwah

Allah sehingga seluruh manusia dapat menikmati ajaran Islam.

Persiapan Kita

Wahai Seluruh Manusia, itulah matlamat dan pendekatan kita

Apakah persiapan kita untuk merealisasikan pendekatan ini?

Persiapan kita sama seperti persiapan generasi silam. Senjata kita adalah

senjata yang sama pernah digunakan oleh pemimpin dan ikutan kita, Muhammad s.a.w.,

utusan Allah bersama para sahabat baginda ketika menggempur dunia ini. Walaupun

kekurangan dari segi bilangan dan sumber serta terpaksa bekerja keras namun senjata

itulah yang akan kita guna untuk menggempur dunia ini sekali lagi. Keyakinan mereka

dengan Allah, dengan janji dan bantuan Allah begitu mendalam, begitu teguh, begitu

suci dan begitu tulus.

β Î) ãΝä. ÷�ÝÇΖtƒ ª! $# Ÿξsù |=Ï9$ xî öΝä3s9 ( t

“Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu;…” Ali Imran: 160

Mereka juga berkeyakinan dengan kepimpinan, dengan kejujuran dan ketokohan

baginda:

ô‰s) ©9 tβ%x. öΝä3s9 ’ Îû ÉΑθß™ u‘ «! $# îο uθ ó™é& ×πuΖ|¡ ym

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik…” Al-Ahzab: 21

Mereka yakin dengan sumber (manhaj) yang digunakan. Mereka yakin dengan

keistimewaan dan keserasian manhaj ini:

Page 323: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

323

4 ô‰ s% Νà2u !% y š∅ÏiΒ «!$# Ö‘θ çΡ Ò=≈tG Å2uρ ÑÎ7 •Β ∩⊇∈∪ “ω ôγtƒ ϵÎ/ ª! $# Ç∅ tΒ yìt7 ©? $# … çµ tΡ≡ uθ ôÊÍ‘ Ÿ≅ ç7ß™

ÉΟ≈n= ¡¡9 $#

“…Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.” “Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan…” Al-Maidah:

15-16

Mereka yakin dengan persaudaraan Islam. Mereka yakin dengan hak dan

kesucian hubungan ini:

$ yϑ ¯ΡÎ) tβθ ãΖÏΒ ÷σ ßϑ ø9$# ×ο uθ÷z Î)

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara…” Al-Hujurat: 10

Mereka yakin dengan ganjaran yang bakal diperolehi. Mereka yakin dengan

keagungan Allah:

š�Ï9≡ sŒ óΟßγ ¯Ρr' Î/ Ÿω óΟßγç6d ÅÁ ムØ' yϑsß Ÿω uρ Ò= |ÁtΡ Ÿω uρ ×π |Á yϑ øƒxΧ ’Îû È≅‹Î6 y™ «! $# Ÿωuρ šχθ ä↔ sÜtƒ $Y∞ ÏÛ öθ tΒ àá‹Éó tƒ

u‘$ ¤� à6ø9 $# Ÿωuρ šχθä9$ uΖtƒ ôÏΒ 5iρ߉ tã ¸ξø‹Ρ �ω Î) |=ÏGä. Οßγ s9 ϵÎ/ ×≅ yϑtã ìxÎ=≈|¹ 4 �χÎ) ©! $# Ÿω ßì‹ÅÒ ãƒ t2ô_ r&

tÏΖ Å¡ ósßϑ ø9 $# ∩⊇⊄⊃∪

“…Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah; dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir; dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh - melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka: (pahala) amal yang soleh. Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” At-Taubah: 120

Mereka juga yakin dengan diri mereka sendiri. Mereka adalah sekumpulan

manusia yang telah dipilih oleh Allah untuk menyelamatkan seluruh manusia. Mereka

telah ditakdirkan untuk menerima keistimewaan ini. Mereka merupakan generasi

terbaik yang dilahirkan untuk manusia ini.

Mereka telah terdengar suara yang menyeru supaya mereka beriman lantas

rnereka beriman. Kita bermohon agar Allah menjadikan keyakinan ini suatu yang kita

Page 324: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

324

kasihi dan kita semat dalam hati kita sama seperti mereka mengasihinya dan mereka

semat keyakinan ini dalam hati mereka.

Keimanan adalah persiapan pertama kita

Mereka amat memahami bahawa dakwah mereka tidak akan berjaya tanpa jihad,

tanpa pergorbanan, tanpa sumbangan jiwa dan harta. Justeru mereka serahkan segala

jiwa dan nyawa mereka. Mereka berjuang demi Allah dengan bersungguh-sungguh.

Mereka dengar seruan Allah al-Rahman yang ditujukan kepada mereka:

ö≅è% β Î) tβ% x. öΝä. äτ !$t/#u öΝà2äτ !$oΨ ö/ r& uρ öΝä3çΡ≡ uθ ÷zÎ) uρ ö/ä3 ã_≡uρ ø— r&uρ óΟä3 è? u�!ϱ tãuρ îΑ≡ uθøΒr& uρ $yδθßϑ çGøù u�tIø% $# ×ο t2≈ pg ÏBuρ tβöθ t± øƒrB

$yδ yŠ$|¡ x. ßÅ3≈|¡ tΒ uρ !$ yγtΡ öθ |Êö2s? ¡=ym r& Νà6ø‹s9 Î) š∅ ÏiΒ «! $# Ï& Î!θ ß™u‘uρ 7Š$yγ Å_uρ ’Îû Ï&Î#‹Î7y™ (#θ ÝÁ −/u�tI sù 4®Lym

š†ÎA ù'tƒ ª! $# ÍνÍI ö∆ r'Î/ 3

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya);…” At-Taubah: 24

Lantas mereka sahut seruan itu. Mereka ketepikan segala-galanya dengan penuh

kerelaan hati. Mereka yakin dengan jual beli yang mereka lakukan dengan Allah.

Ada di antara mereka yang bergelut dengan kematian sambil bersuara: “Aku

memacu kudaku kepada Allah tanpa sebarang bekalan.”

Seorang lagi menyumbangkan seluruh hartanya sambil berkata: “Aku serahkan

nasib keluargaku kepada Allah dan rasul-Nya.”

Seorang lagi berbisik ketika mata pedang dihunus di tengkuknya: Aku tidak peduli selagi aku dibunuh sebagai seorang muslim. Walaupun dalam keadaan apa sekalipun, kematianku ini adalah kerana Allah.

Begitulah sikap mereka, jujur ketika berjihad, bersedia berkorban dan

memberikan sumbangan yang besar. Dan demikianlah apa yang akan kita lakukan.

Begitu juga jihad, di antara persiapan kita

Page 325: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

325

Dalam pada itu, kita tetap yakin dengan bantuan Allah.

�χ u�ÝÇΖuŠ s9 uρ ª!$# tΒ ÿ… çνç�ÝÇΨtƒ 3 �χ Î) ©! $# :”Èθs) s9 ̓tã ∩⊆⊃∪ tÏ% ©!$# β Î) öΝßγ≈Ψ ©3 ¨Β ’Îû ÇÚö‘ F{$# (#θãΒ$ s% r&

nο4θ n=¢Á9$# (#âθs?#u uρ nο4θ Ÿ2“9$# (#ρã2tΒ r& uρ Å∃ρ ã2÷è yϑ ø9$$ Î/ (#öθ yγtΡ uρ Çtã Ì2s3Ζ ßϑ ø9 $# 3 ¬!uρ èπ t6 É)≈tã Í‘θ ãΒW{$# ∩⊆⊇∪

“…Dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya (agama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa;” “Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.” Al-Hajj: 40-41

Antara Khayalan dan Realiti

Mereka yang mendengar semua ini akan berkata: Ini hanyalah khayalan dan

imaginasi serta kata-kata kosong sahaja. Bagaimana mereka ini yang hanya memiliki

iman dan semangat jihad mampu berhadapan dengan seluruh kekuatan dan pelbagai

jenis senjata musuh. Bagaimana mereka dapat menegakkan hak mereka sedangkan

mereka berada di mulut singa.

Ramai yang akan berkata sedemikian. Mungkin mereka ada alasan tersendiri dan

mungkin mereka telah berputus asa. Mereka tidak lagi menaruh harapan pada

hubungan mereka dengan Allah yang Maha Berkuasa. Namun bagi kita, kita akan

katakan semua ini adalah suatu kenyataan yang kita yakini dan suatu yang kita akan

laksanakan. Kita sentiasa menatap firman Allah Taala:

Ÿω uρ (#θ ãΖ Îγs? ’ Îû Ï !$ tó ÏGö/ $# ÏΘ öθ s)ø9 $# ( βÎ) (#θ çΡθ ä3s? tβθßϑs9 ù' s? óΟßγ ¯Ρ Î*sù šχθßϑs9 ù' tƒ $ yϑ x. šχθßϑ s9 ù' s? ( tβθ ã_ ö2s? uρ zÏΒ «!$#

$ tΒ Ÿω šχθ ã_ö2tƒ 3

“Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak)…” An-Nisaa: 104

Mereka yang pernah suatu ketika dahulu menakluk seluruh rantau di dunia ini

dan pernah dianugerahkan kuasa di atas muka bumi ini bukanlah memiliki jumlah yang

jauh lebih ramai daripada kita atau mempunyai kelengkapan yang lebih hebat daripada

Page 326: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

326

kita. Namun mereka adalah orang-orang yang beriman dan berjuang. Kita pada hari ini

akan memperlengkapkan diri kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

ketika baginda bersabda:

“Bergembiralah Khubaib, agama ini akan menang hingga suatu masa nanti seorang penunggang daripada Eden ke Oman akan berjalan tanpa rasa takut kecuali hanya kepada Allah dan takut kambingnya dimakan serigala.”

Sedangkan ketika baginda ungkapkan kata-kata ini mereka masih lagi

berselindung.

Pada ketika baginda berjanji untuk memberikan gelang raja Kisra kepada

Suraqah bin Malik, baginda sedang berhijrah bersama agamanya tanpa bertemankan

sesiapa kecuali Allah dan sahabatnya, Abu Bakar r.a.

Pada suatu ketika baginda berteriak kerana ternampak istana-istana putih Rom,

sedangkan pada ketika itu Madinah sedang dikepung tentera-tentera musyrikin dari

segenap arah.

Suasana ketika itu disifatkan oleh Allah;

øŒ Î)uρ ÏM xî#y— ã2≈ |Áö/ F{$# ÏMtó n=t/ uρ ÛUθè= à)ø9 $# t2Å_$ oΨ ysø9 $# tβθ ‘Ζ Ýàs? uρ «! $$Î/ O$ tΡθ ãΖ —à9$# ∩⊇⊃∪

“…Dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.” Al-Ahzab: 10

Apakah Yang Berlaku Seterusnya?

Zaman berubah apabila seluruh manusia memasang telinga mendengar dakwah

Rasulullah s.a.w.. Seluruh manusia mula menuturkan ayat-ayat al-Quran. Sinar hidayah

yang terpancar daripada hati nurani para sahabat dan pengikut baginda menerangi

segenap pelusuk. Seluruh alam bermandi cahaya. Berkibar panji keamanan ke seluruh

dunia. Manusia mula mengecapi kehidupan yang bahagia dan pemerintahan yang adil.

Rakyat mula merasa aman damai di bawah pimpinan generasi awal ini; generasi anak-

anak murid Muhammad s.a.w.. Istana-istana Rom berjaya ditakluki. Kota-kota Parsi

rebah ke bumi. Seluruh dunia mengalu-alukan kebadiran mereka. Seluruh dunia

mendakap mereka. Seluruh dunia menjulang mereka. Dengan penuh rela manusia akur

menerima hidayah yang telah menyelamatkan mereka sambil dibelai semangat

nubuwwah dan diadun semangat wahyu yang qudus. Dibelai rahmat Allah dari semua

arah.

Page 327: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

327

¨Š u‘uρ ª! $# t Ï%©!$# (#ρ ã2x� x. öΝÎγÏàø‹tó Î/ óΟs9 (#θ ä9$ uΖtƒ #Z�ö!yz 4 ’ s∀x. uρ ª! $# tÏΖ ÏΒ ÷σ ßϑ ø9$# tΑ$tFÉ) ø9 $# 4 šχ%x.uρ ª!$# $‡ƒÈθ s% #Y“ƒÍ• tã

∩⊄∈∪ tΑ t“Ρr& uρ tÏ% ©!$# Οèδρã2yγ≈ sß ôÏiΒ È≅÷δr& É=≈tGÅ3 ø9 $# ÏΒ öΝÎγŠ Ï¹$uŠ |¹ t∃x‹ s%uρ ’ Îû ãΝÎγ Î/θ è= è% |= ôã”29 $# $Z)ƒÌ2sù

šχθè=çG ø)s? šχρç�Å ù' s? uρ $ Z)ƒÌ2sù ∩⊄∉∪ öΝä3rO u‘ ÷ρr& uρ öΝåκ yÎ ö‘r& öΝèδ t2≈tƒ ÏŠuρ öΝ çλm;≡uθ øΒ r& uρ $ ZÊ ö‘r&uρ öΝ©9 $yδθ ä↔ sÜs? 4 šχ%x. uρ

ª! $# 4’ n?tã Èe≅à2 & óx« # \2ƒ ω s% ∩⊄∠∪

“Dan Allah telah menghalau kembali (angkatan tentera) orang-orang yang kafir itu (ke tempat masing-masing) dengan keadaan mereka geram marah (kerana gagal dan hampa), mereka tidak mendapat sebarang keuntungan. Dan Allah selamatkan orang-orang yang beriman dari bencana menghadapi peperangan itu. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” “Dan Dia menurunkan golongan ahli Kitab (kaum Yahudi) yang membantu tentera musuh itu, dari benteng-benteng mereka (menyerah diri), setelah diisikanNya hati mereka dengan perasaan gerun. (Lalu mereka diadili dan dijatuhkan (hukuman); sebahagian di antaranya kamu bunuh, dan sebahagian lagi kamu tawan.” “Dan Dia menjadikan kamu mewarisi tanah-tanah dan rumah-rumah serta harta benda mereka, dan juga tanah-tanah (di negeri-negeri lain) yang belum kamu menjejaknya. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” Al-Ahzab: 25-27

Wahai sekalian manusia, kita akan lengkapkan diri kita dengan persediaan ini.

Kita pasti akan beroleh kemenangan sebagaimana yang diperoleh oleh generasi silam

tidak lama dahulu. Kemenangan adalah anugerah Allah yang Maha Perkasa dan Maha

Bijaksana. Janji Allah pasti akan terlaksana.

߉ƒÌ2çΡ uρ β r& £ßϑ ¯Ρ ’n? tã šÏ% ©!$# (#θà�Ïè ôÒçG ó™$# † Îû ÇÚ ö‘ F{$# öΝßγ n=yè øg wΥuρ Zπ £ϑ Í← r& ãΝßγ n=yè ôftΡ uρ šÏO Í‘≡ uθ ø9 $# ∩∈∪

zÅj3yϑ çΡ uρ öΝçλm; ’ Îû ÇÚ ö‘ F{$# y

“Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya).” “Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu…” Al-Qasas: 5-6

÷� É9ô¹ $$ sù ¨β Î) y‰ ôã uρ «! $# ?Y ym ( Ÿω uρ š� ¨Ζ¤�Ï‚ tGó¡ o„ tÏ% ©!$# Ÿω šχθãΨ Ï%θム∩∉⊃∪

Page 328: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

328

“Oleh itu, bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah itu benar; dan janganlah orang-orang yang tidak meyakini apa yang engkau sampaikan itu menjadikan engkau resah gelisah.” Ar-Rum: 60

Jika Kerajaan Milik Kita

Jika kita memiliki sebuah kerajaan Islam yang berpegang dengan Islam yang

sebenar, keimanan yang tulen, mempunyai kebebasan dalam merencana dan melaksana,

benar-benar memahami khazanah agung yang dimilikinya, memahami kehebatan sistem

Islam yang diwarisinya, meyakini Islam sebagai penawar buat bangsanya dan petunjuk

untuk seluruh manusia… Nescaya kita akan menuntut supaya kerajaan ini menerajui

dunia ini dengan nama Islam. Kita mahu supaya kerajaan ini menuntut supaya kerajaan-

kerajaan lain mengkaji dan meneliti Islam ini. Kita mahu kerajaan ini membimbing

kerajaan-kerajaan lain dengan cara dakwah yang berterusan, meyakinkan, bukti yang

kukuh serta penghantaran wakil yang berkala atau gunakan apa sahaja cara untuk

berdakwah dan menyampaikan. Kita mahu supaya kerajaan ini menjadi pusat

kerohanian, politik dan amali di kalangan kerajaan-kerajaan lain. Kita mahu kerajaan ini

mampu memberi nafas baru untuk bangsa ini. Meneraju bangsa ini ke arah

kegemilangan dan sinar cahaya. Mampu merangsang bangsa ini supaya bersemangat,

gigih berusaha dan bekerja.

Agak hairan, bagaimana ideologi komunis mempunyai sebuah negara yang

melaungkan slogan komunis, berkempen untuk komunis, memberi sumbangan untuk

komunis dan mengerah masyarakat mengamalkannya. Demikian juga dengan fahaman

Fasis dan Nazi yang memiliki pendokong tersendiri yang mengagungkannya, sedia

berjuang untuk fahaman ini, rasa bangga kerana menjadi pengikut fahaman ini,

meletakkan seluruh sistem hidup di bawah ajaran fahaman ini. Seluruh aliran

masyarakat dan politik menjadi pendokong kuat fahaman ini. Mereka menyerahkan

segala jiwa, fikiran, tulisan, harta, akhbar dan tenaga mereka. Malah mereka sedia

hidup dan mati untuk fahaman ini.

Malangnya dalam masa yang sama kita tidak pula jumpa mana-mana kerajaan

Islam yang bersedia mengambil tanggungjawab mengembangkan Islam. Sedangkan

Islam adalah agama yang menggabungkan segala elemen positif yang ada dalam semua

fahaman tadi. Malah Islam menapis semua elemen negatif yang ada dalam kesemua

fahaman tadi. Kita tidak temui sebuah kerajaan yang dapat mengenengahkan Islam ini

kepada bangsa-bangsa lain sebagai sebuah sistem yang bersifat global dan mampu

mengemukakan penyelesaian yang betul, tepat dan memuaskan untuk semua masalah

manusia. Sedangkan Islam telah meletakkan usaha dakwah ini sebagai fardhu dan perlu

dilakukan. Dakwah ini telah diwajibkan ke atas semua umat Islam sama ada sebagai

sebuah bangsa atau sebagai sebuah kumpulan, sebelum semua fahaman tadi tercipta

dan sebelum wujudnya semua propaganda tadi.

Page 329: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

329

ä3tF ø9 uρ öΝä3ΨÏiΒ ×πΒ é& tβθãã ô‰tƒ ’ n<Î) Î�ö!sƒ ø: $# tβρã2ãΒ ù' tƒ uρ Å∃ρã2÷èpRùQ $$Î/ tβ öθyγ ÷Ζtƒ uρ Çtã Ì2s3Ψ ßϑ ø9$# 4 y7Í×≈s9 'ρé& uρ ãΝèδ

šχθßsÎ= ø�ßϑ ø9 $# ∩⊇⊃⊆∪

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” Ali Imran: 104

Malangnya, bagaimana dengan kerajaan kita. Mereka telah terdidik di bawah

asuhan orang asing. Mereka akur dengan fahaman orang asing. Mereka berlumba-lumba

mengikut jejak orang asing. Mereka bersaing untuk mendapatkan keredhaan orang

asing. Rasanya, tidak keterlaluan jika kita katakan semangat untuk bebas dalam

menentukan semua urusan tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka. Apatah lagi

untuk dimasukkan dalam rangka kerja mereka.

Kita telah kerapkali kemukakan harapan ini kepada kerajaan di Mesir dan sudah

tentu segala harapan ini tidak menampakkan sebarang hasil. Bangsa yang hilang nilai

Islam dalam jiwa, rumahtangga dan dalam segala urusan mereka sudah tentu tidak

akan mampu melimpahkannya pula kepada bangsa lain apatah lagi untuk mengajak

bangsa lain kepada Islam. Orang yang tidak memiliki apa-apa pasti tidak akan dapat

memberikan apa-apa.

Wahai Ikhwan, ini bukanlah peranan mereka. Pengalaman telah membuktikan

mereka sama sekali tidak mampu menunaikan tanggungjawab ini. Peranan ini adalah

peranan generasi baru ini. Oleh itu, sampaikan dakwah ini kepada mereka dengan cara

yang baik. Usahalah dengan gigih untuk membentuk mereka. Ajarkan mereka erti

kemerdekaan jiwa dan hati, kemerdekaan fikiran dan akal, kemerdekaan jihad dan

amal. Isilah jiwa mereka yang bergelora itu dengan kehebatan Islam dan keagungan al-

Quran. Rekrutkan mereka di bawah panji Muhammad. Sudah pasti tidak lama lagi kamu

akan berpeluang melihat seorang pemimpin Islam yang bersedia mengorbankan dirinya

dan sentiasa mengutamakan kebahagiaan orang lain.

Ciri Gagasan Pemikiran Kita

Wahai Ikhwan al-Muslimin, Wahai seluruh manusia,

Kita bukan parti politik walaupun politik yang berlandaskan Islam adalah teras

gagasan kita…

Page 330: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

330

Kita bukan pertubuhan kebajikan walaupun amal kebajikan adalah objektif

utama kita…

Kita bukan pasukan sukan walaupun senaman badan dan rohani menjadi antara

kaedah terpenting kita…

Kita tidak sama seperti pertubuhan sedemikian kerana semua pertubuhan ini

hanya untuk tujuan tertentu, untuk tempoh tertentu. Mungkin pertubuhan ini lahir

hanya atas dasar mahu mewujudkan sebuah pertubuhan atau sekadar mahu meletakkan

nama rasmi bagi pertubuhan tersebut.

Namun wahai sekalian manusia, kami adalah satu fahaman dan satu akidah, satu

sistem dan satu manhaj. Kami tidak terbatas pada tempat tertentu atau bangsa

tertentu atau sempadan geografi tertentu. Kami tidak akan terhenti pada batas

tertentu kecuali setelah bumi dan segala isinya kembali kepada Allah kerana sistem ini

adalah sistem tuhan sekalian alam dan manhaj rasul-Nya al-amin.

Wahai sekalian manusia, kami (tanpa membanggakan diri) adalah seperti para

sahabat Rasulullah s.a.w. dan pendokong panji baginda selepas ketiadaan baginda. Kami

adalah penegak panji baginda sepertimana para sahabat baginda menegakkannya. Kami

adalah pengibar panji baginda sepertimana para sahabat baginda mengibarkannya.

Kami adalah penjaga al-Quran sepertimana para sahabat menjaganya. Kami

mengembangkan dakwah baginda sepertimana para sahabat mengembangkannya. Kami

adalah rahmat yang Allah turunkan untuk sekalian alam.

£ßϑn= ÷è tG s9 uρ …çν r't7tΡ y‰ ÷èt/ ¥Ïm ∩∇∇∪

“Dan demi sesungguhnya, kamu akan mengetahui kabenaran perkara-perkara yang diterangkannya, tidak lama lagi.” Sad: 88

Wahai Ikhwan al-Muslimin,

Inilah status kamu. Janganlah kamu perkecilkan diri kamu menyebabkan kamu

merasakan kamu sama seperti orang lain atau kamu menyampaikan dakwah kamu

menggunakan cara yang tidak bertepatan dengan kedudukan kamu sebagai orang-orang

yang beriman. Ataupun kamu menyamakan dakwah kamu yang berbekalkan nur Ilahi dan

bersumberkan sunnah Rasulullah s.a.w. dengan dakyah lain yang hanya lahir kerana

kepentingan tertentu kemudian hilang di telan zaman. Kamu telah berdakwah dan

berjihad. Kamu telah saksikan sendiri bagaimana dengan hasil usaha yang agung ini

lahirlah suara-suara yang meminta kepimpinan Rasulullah s.a.w. dan penguasaan sistem

al-Quran. Lahir rasa perlunya mereka bangkit berusaha, membulatkan tekad untuk

Allah. Darah pemuda yang suci mengalir demi kerana Allah semata-semata; kerana

Page 331: Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah · PDF fileMemulihkan sistem pendidikan 244 ... menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam berdasarkan gagasan ... isu

PERKARA ASAS DALAM AGENDA KEBANGKITAN UMMAH

331

mahukan kedudukan syahid di jalan Allah. Ini adalah suatu kejayaan yang jauh daripada

apa yang kamu jangkakan. Oleh itu teruskan usaha kamu. Beramallah dan Allah akan

bersama kamu. Allah tidak akan mensia-siakan amalan kamu.

Sesiapa yang bersama kita hari ini akan beroleh kelebihan berada di tempat

awal. Sementara mereka yang ikhlas tetapi masih belum bersama kita, pasti esok akan

bersama kita. Siapa yang menjauhkan diri daripada dakwah kita ini kerana tidak

merasakan ia perlu atau kerana memandang rendah atau memperkecilkannya atau tidak

yakin dengan kejayaannya, hari yang mendatang akan membuktikan kesilapan mereka.

Allah akan membawa kebenaran kita untuk mengalah dan menghancurkan kebatilan,

maka dengan serta-merta hilang lenyaplah segala kebatilan.

Wahai orang yang beriman, yang beramal, yang berjuang dan yang ikhlas,

marilah bersama kami kerana inilah jalan yang sebenar dan jalan yang lurus. Janganlah

kamu biarkan tenaga dan usaha kamu berselerakan.

¨βr& uρ #x‹≈yδ ‘ÏÛ≡u�ÅÀ $VϑŠ É) tGó¡ ãΒ çνθãè Î7? $$ sù ( Ÿωuρ (#θ ãè Î7−F s? Ÿ≅ ç6E¡9 $# s−§2x� tGsù öΝä3 Î/ tã Ï&Î#‹Î7y™ 4 öΝä3 Ï9≡sŒ Νä38¢¹ uρ

ϵÎ/ öΝà6 ¯= yès9 tβθ à) −Gs? ∩⊇∈⊂∪

“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.” Al-An’am: 153

Hasan al-Banna

Semoga Allah merahmati beliau.