www percuma tsunami melanda kebangkitan rakyat … · ‘tidak tidur malam’ kerana bimbang...

16
SURVEY SELANGOR 14 % 59 % 27 % 23-25 APRIL 2018 UTAMA ms 3 SELANGOR KINI SELANGOR MASA DEPAN MALAYSIA www.selangorkini.my EDISI KHAS No.6 7 MEI 2018 I 21 Syaaban 1439H PERCUMA Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangor selangortv.my www.selangorkini.my www PAKATAN Selangor bakal menang besar Rakyat Bukit Antarabangsa sayang Mohamed Azmin UTAMA ms 5 FOKUS DUN ms 6/7 PILIHANRAYA UMUM KE 14 PAKATAN SELANGOR Bangun negeri penyayang SELANGOR NEGERI PENYAYANG TSUNAMI MELANDA KEBANGKITAN RAKYAT MEMBARA

Upload: truongdien

Post on 05-Apr-2019

256 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: www PERCUMA TSUNAMI MELANDA KEBANGKITAN RAKYAT … · ‘tidak tidur malam’ kerana bimbang kebangkitan rakyat khususnya orang Melayu ... hadir ke ceramah gabungan itu. "Saya tidak

SURVEY SELANGOR

14%

59%27%

23-25 APRIL 2018

UTAMAms 3

SELANGOR KIN

I

SELANGOR MASA DEPAN MALAYSIA www.selangorkini.my

EDISIKHAS No.6

7 MEI 2018 I 21 Syaaban 1439H PERCUMAMedia_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

PAKATANSelangor bakal menang besar

Rakyat Bukit Antarabangsa sayang Mohamed Azmin

UTAMAms 5

FOKUS DUNms 6/7

PILIHANRAYAUMUM KE 14

PAKATANSELANGOR

Bangun negeripenyayang

SELANGOR NEGERI PENYAYANG

TSUNAMI MELANDA KEBANGKITAN RAKYAT

MEMBARA

Page 2: www PERCUMA TSUNAMI MELANDA KEBANGKITAN RAKYAT … · ‘tidak tidur malam’ kerana bimbang kebangkitan rakyat khususnya orang Melayu ... hadir ke ceramah gabungan itu. "Saya tidak

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

SELANGOR MASA DEPAN MALAYSIA

2 UTAMA PERCUMA 7 Mei 2018

21 Syaaban1439H

Mereka takut dengan

bayangan Tun Dr Mahathir sehingga memadam wajah Tun kerana mereka melakukan kesalahan dan tidak bertanggungjawab sehingga rakyat tertindas.TAN SRI MUHYIDDIN YASSINCALON PARLIMEN PAGOH

JANGAN TERMAKAN 'DEDAK'

Tekad pangkah PAKATANPengundi diminta membulatkan tekad untuk kekal mengundi Pakatan Harapan (PAKATAN) dan tidak termakan ‘dedak’ ditaburkan lawan menjelang hari pengundian, pada 9 Mei ini.

OLEH AFIX REDZUAN [email protected]

OLEH AFIX REDZUAN [email protected]

__GOMBAK

Calon Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pelbagai kemungkinan boleh berlaku demi mengalih perhatian rakyat daripada melakukan perubahan.

“Jangan hilang momentum, banyak dedak akan turun untuk mengalihkan isu. Beri tumpuan kepada kerja kuat supaya tidak terpesong.

“Pastikan undi kalian hanya untuk PAKATAN,” katanya pada himpunan Malam Semarak Tsunami Rakyat,

di Padang AU2, Keramat, di sini, pada 6 Mei lalu.

Beliau turut meminta warga Kedah di perantauan untuk pulang mengundi dan yakin PAKATAN mampu membentuk kerajaan, di negeri jelapang padi itu.

“Pada 9 Mei, Kerajaan PAKATAN akan tertubuh, di Kedah.

“Tetapi kita masih perlukan suntikan sokongan khusus warga Kedah di perantauan dan di Selangor untuk balik mengundi,” katanya.

OLEH AFIX REDZUAN [email protected]__GOMBAK

Demi masa depan negaraCalon Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Kelantan, Nik Omar Nik Aziz, menyeru pengundi memilih Pakatan Harapan (PAKATAN) pada Pilihan Raya Umum ke-14, demi masa depan negara.

Nik Omar turut mendoakan semua pengundi berada dalam

keadaan sihat dan sejahtera.“Peluang ini harus kita

guna sebaik mungkin supaya kerajaaan dan pemimpin dapat melaksanakan tugas, di bahu mereka.

“Ini peluang merubah negara Malaysia ke arah lebih baik.

“Saya merayu semua

pengundi supaya fikirkan kehidupan kita dan generasi akan datang,” katanya.

Nik Omar berkata demikian ketika berucap menerusi lintas langsung pada himpunan Malam Semarak Tsunami Rakyat, di Padang AU2, Keramat, di sini, pada 6 Mei lalu.

‘Tak tidur lena’ fikir tsunami Melayu

Calon Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, kini ‘tidak tidur malam’ kerana bimbang kebangkitan

rakyat khususnya orang Melayu yang kian menyokong Pakatan Harapan (PAKATAN).

Beliau berkata, orang Melayu sudah berubah dan tidak lagi dimomokkan dengan sentimen perkauman yang sering dimainkan Barisan Nasional (BN) demi menagih undi.

“Mereka takut dengan bayangan Tun Dr Mahathir sehingga memadam wajah Tun kerana mereka melakukan kesalahan dan tidak bertanggungjawab sehingga rakyat tertindas,” katanya pada Himpunan Malam Semarak Tsunami Rakyat, di Padang AU2, Keramat, di sini, pada 6 Mei lalu.

Katanya, kegagalan gabungan pembangkang yang ketika itu Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Persekutuan pada PRU13 walaupun mendapat undi popular 52 peratus disebabkan sentimen kononnya ‘orang Melayu akan dikuasai DAP dan Lim Kit Siang’.

“Orang Melayu sudah berubah sikap menentang BN dan menyokong PAKATAN.

"Pakatan Rakyat tidak menang kerana orang Melayu masih menyokong UMNO. Kini, satu anjakan berlaku dan orang Melayu akan berubah,” katanya.

Ambil ikut perlembangaan

Pakatan Harapan (PAKATAN) berjanji akan mengambil alih negara secara demokrasi dan berpelembagaan jika memenangi Pilihan Raya

Umum ke-14.Presiden AMANAH,

Mohamad Sabu berkata, tidak timbul huru-hara dalam peralihan kuasa kerana PAKATAN memelihara demokrasi.

"Saya ingin berpesan pada Ketua Polis Negara, Ketua

Turus Angkatan Tentera dan Pegawai Tinggi Kerajaan yang lain supaya menghormati demokrasi.

"PAKATAN akan mengambil alih mengikut demokrasi, berpelembagaan dan tidak timbul huru-hara," katanya ketika Malam Semarak Tsunami Rakyat, di Padang AU2, Keramat, di sini, pada 6 Mei lalu.

Beliau yang juga calon P.111 Kota Raja turut mendakwa, Barisan Nasional kini ibarat ais

yang semakin mencair.Katanya, ia berlaku lebih

drastik apabila Tun Daim Zainudin, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Tan Sri Rafidah Aziz menyokong kepimpinan PAKATAN.

"Kita pergi road show ke seluruh negara dan lihat tsunami rakyat berlaku, di Melaka, Negeri Sembilan serta Pahang.

"Juga di negeri lain, kita dibanjiri lautan manusia yang sangat luar biasa," katanya.

OLEH NORHAYATI UMOR [email protected]

Pada masa sama, beliau turut melaungkan keyakinan beberapa kubu kuat Umno di Johor akan tumbang.

“Tidak mungkin tembok yang kuat akan runtuh. Sebahagian besar orang Melayu di Johor dan Malaysia sudah mengetahui hak mereka,” katanya.

Sementara itu, calon KEADILAN Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menyeru supaya mengekalkan Kerajaan PAKATAN di Selangor bagi meneruskan agenda Peduli Rakyat.

Nurul Izzah berkata demikian menerusi lintas langsung dari Permatang Pauh, Pulau Pinang.

“Kita mahu kekal Kerajaan Selangor untuk teruskan agenda peduli,” katanya.

__ G

OM

BAK

__ G

OM

BAK

PEDULI

Page 3: www PERCUMA TSUNAMI MELANDA KEBANGKITAN RAKYAT … · ‘tidak tidur malam’ kerana bimbang kebangkitan rakyat khususnya orang Melayu ... hadir ke ceramah gabungan itu. "Saya tidak

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

3UTAMAPERCUMA7 Mei 2018

21 Syaaban1439H

__GOMBAK

OLEH NORHAYATI UMOR [email protected]

__GOMBAK

Tolak kerajaan rakus

Lebih 50,000 orang membanjiri Padang AU2 Keramat, di sini, bagi mendengar amanat daripada pimpinan Pakatan Harapan (PAKATAN), pada 6 Mei lalu.

Rakyat mula membanjiri padang itu seawal jam 6 petang walaupun hujan lebat membasahi bumi selama hampir dua jam, bahkan mereka tetap tidak berganjak.

Laungan hidup rakyat dan Pakatan Harapan menggamatkan kawasan terbabit. Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sambutan luar biasa itu menunjukkan kebangkitan rakyat, di seluruh negara.

"Ini baru menjelang 9 Mei, belum lagi kita rampas Putrajaya. Malam ini, kita lihat semua rakyat bersatu tidak kira Melayu, Cina, India, Sikh dan kaum lain.

Suara kebangkitan bakal tiba 9 Mei

Pengerusi Pakatan Harapan (PAKATAN), Tun Dr Mahathir Mohamad, percaya ‘Tsunami Rakyat Malaysia’ akan berlaku, pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Ketika menyampaikan amanat pada Himpunan Malam Semarak Tsunami Rakyat, di Padang AU2, Keramat, di sini, beliau kagum dengan kehadiran hampir 50,000 rakyat bagi menyatakan sokongan kepada PAKATAN.

“Saya tidak pernah melihat begitu ramai orang berdiri dalam hujan bukan untuk mendengar

OLEH AFIX REDZUAN [email protected]

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menyifatkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilakukan kerajaan merujuk kepada ‘Goverment Suka Tipu’.

Katanya,ia diakui sendiri Menteri Umno, Datuk Ahmad Maslan, yang sebelum ini menyatakan bahawa pelaksanaan GST akan menurunkan harga barang.

“Ini semua berita palsu (fake news), maka sebab itu kerajaan wujudkan Akta Berita Tidak Benar kerana mereka yang banyak sebarkan fake news,” katanya ketika Himpunan Malam Semarak Tsunami Rakyat di Padang AU2, Keramat, di sini, pada 6 Mei lalu.

Sementara itu, Bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz menyifatkan, menukar kerajaan umpama memberikan kontrak baru kepada pihak

Jangan biar GST tekan rakyat

"Kita bersatu menolak kerajaan yang rakus. Di sini, puluhan ribu rakyat Selangor. Kalau Umno teringin rampas boleh ke?

"Kita mahu bagi Selangor kepada Noh Omar? Jamal? Jangan, serahkan mandat kepada PAKATAN," katanya disambut sorakan rakyat.

Timbalan Presiden KEADILAN itu turut menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa PAKATAN tidak perlu memberi dedak untuk meminta rakyat hadir ke ceramah gabungan itu.

"Saya tidak perlu menyewa bas untuk rakyat datang. Media maklumkan kepada Najib, rakyat datang sendiri.

"Rakyat tidak diberi wang, tidak dibawa oleh bas dan tidak diberi dedah. Tetapi, kami bertekad untuk tumbangkan Umno," katanya.

syarahan tetapi menyatakan sokongan terhadap perubahan rakyat,” katanya, pada 6 Mei lalu.

Beliau berkata, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan dirinya adalah pahlawan Bugis tetapi hakikatnya takut sehingga wajahnya di poster ditutup, sepanjang tempoh berkempen.

Beliau berkata, rakyat mahu menjatuhkan Barisan Nasional kerana pentadbiran sedia ada ‘penyamun’ dan mengamalkan ‘politik wang.

“Sudah lama kita menderita, kita lihat PM cuba beli undi. Undi itu percuma, Najib tidak payah guna duit banyak, turun salam dengan orang cukup tapi dia jawab Cash Is King.

“Mereka dapat duit lupa segalanya. Duit tidak boleh beli segalanya, syurga di akhirat,” katanya.

Beliau menggesa rakyat supaya keluar mengundi dan memberikan majoriti kemenangan besar kepada PAKATAN.

kerajaan, veteran angkatan tentera, polis, pemandu teksi dan seluruh rakyat," katanya ketika Malam Semarak Tsunami Rakyat, di Padang AU2, Keramat, di sini, pada 6 Mei lalu. Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN berkata, mandat rakyat yang diberikan 10 tahun sebelum ini sudah digunakan dengan sebaiknya.

"PAKATAN sudah laksanakan tugas dengan jujur dan berintegriti, peduli rakyat, aman makmur dan kaya-raya.

"Hari ini mahu tak mahu, walaupun Umno serang tetapi mereka lupa Selangor penyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 23 peratus," katanya.

Terdahulu, sebanyak 42 Inisiatif Peduli Rakyat dilaksanakan di Selangor, sejak 2008. Pada program itu, Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad; Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Timbalan BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir.

SELANGOR NEGERI PENYAYANG

Bela nasib semua kaumPakatan Harapan (PAKATAN) bertekad untuk terus membangunkan Selangor sebagai negeri penyayang dan peduli rakyat. OLEH NORHAYATI UMOR [email protected]

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, PAKATAN juga akan terus membela nasib semua kaum dan agama.

"Kita bukan sahaja mahu

membangunkan Selangor dalam bidang industri tetapi sebagai negeri penyayang dan peduli rakyat.

"Semua pihak akan merasainya sama ada pegawai

__ G

OM

BAK

pengurusan menguruskan sebuah rumah.

Beliau berkata, Malaysia diumpamakan sebagai sebuah rumah, namun diuruskan sebuah syarikat yang mempunyai rekod ‘F’ atau gagal, dalam kad laporan pengurusan.

“Semua dalam tangan kita, PRU seperti nak buat kontrak mengurus baru untuk rumah kita (Malaysia). Begitu lama, dari zaman Perikatan hingga Barisan Nasional.

“Sejak 10 tahun ini, pengurus baru mula merosot pengurusan, rumah dah bocor, pinggan mangkuk dicuri.

“Pengurusan yang ada sekarang tidak boleh pakai. Kena tukar syarikat mengurus,” katanya.

Katanya, PAKATAN adalah ‘syarikat’ yang layak untuk menguruskan Malaysia dengan rekod pentadbiran cemerlang, sejak 10 tahun lalu.

__GOMBAK

PEDULI

Page 4: www PERCUMA TSUNAMI MELANDA KEBANGKITAN RAKYAT … · ‘tidak tidur malam’ kerana bimbang kebangkitan rakyat khususnya orang Melayu ... hadir ke ceramah gabungan itu. "Saya tidak

Juwairiya tekad selesai masalah rakyat

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

SELANGOR MASA DEPAN MALAYSIA

4 UTAMA PERCUMA 7 Mei 2018

21 Syaaban1439H

EDITORIAL Penasihat Lembaga Editorial CCSB Ketua Pengarang Cecelia Alphonsus Pengarang Nurul Farina Nazlan Penolong Pengarang Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera Wartawan Hafizan Taib [email protected] Nazli Ibrahim [email protected] Afix Redzuan [email protected] Norhayati Umor [email protected] Ermizi Muhamad [email protected] Sabirah Aziz [email protected] Sheeda Fathil [email protected] Syazwani Sufian [email protected]

Nadiah Zamlus [email protected] Haziq Ismail [email protected] Layout & Design Unit Grafik CCSB Jurugambar Asri Sapfie, Raheemie Arifin, Hafiz Othman, Fikri Yusof

SALES & MARKETING Advertising Executive Nadhrah (011-1130 0244) Shafiq (017-790 6759) Communication Corporation Sdn. Bhd. (847095-A) Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No. 1, Persiaran Akuatik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

Sidang Redaksi

P E D U L I

alon DUN Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli berkata, perkara itu dibangkitkan

penduduk kepadanya ketika beliau menjalankan aktiviti walkabout, sekitar Kuala Selangor.

“Antaranya, mereka membangkitkan isu infrastruktur dan keselamatan yang memerlukan penambahbaikan ketika saya turun bertemu penduduk.

“Mereka juga membangkitkan isu sekolah Tamil yang tidak selesai di Batu Satu dan menjadi perhatian pengundi, di Bukit Rotan,” katanya kepada SelangorKini ketika aktiviti bertemu orang ramai, di Kolam Pancing Ikan Tanjung Keramat, di sini, pada 4 Mei

JIKA DIBERI MANDAT

Calon Pakatan Harapan (PAKATAN) Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati berhasrat melaksana dan menyelesaikan isu permasalahan rakyat yang berbangkit daripada aduan penduduk di kawasan itu jika dipilih sebagai wakil rakyat. OLEH SYAZWANI SUFIAN [email protected]

C

Hampir 10 tahun bersama penduduk Ampang, calon P.099, Zuraida Kamaruddin, pastinya sukar dikalahkan Barisan Nasional (BN) juga PAS.

Setiap kali turun padang terutama ketika ceramah umumnya, penduduk akan bersorak memanggil nama Zuraida dengan penuh semangat.

Berbeza dengan calon lain, Zuraida lebih senang bersalaman dengan semua hadirin sebelum naik ke pentas menyampaikan ceramahnya dengan penuh semangat.

Ketika menghadiri Ceramah Umum Pakatan Harapan (PAKATAN) di Bukit Antarabangsa, baru-baru ini, beberapa warga emas kaum Cina bertepuk tangan apabila melihat kelibat Zuraida.

Zuraida mengakui, beliau berkempen di Bukit Antarabangsa ketika kali pertama bertanding di Ampang pada 2008 dan di sana adalah kubu kuat Umno, ketika itu.

“Pernah dikatakan, siapa mahu menjadi menteri, bertanding di Ampang,

memang akan jadi menteri. Tetapi itu dulu, sekarang orang Umno di Ampang juga sudah undi PAKATAN.

“Akibat ada yang takut melihat kekuatan di Ampang, maka persempadanan semula dilakukan . Ramai pengundi Melayu ‘dipindahkan’ ke Gombak selepas proses itu dengan majoriti di sini pengundi Cina dan India,

“BN ingat saya takut? mereka hantar pula MCA ke sini, saya tidak takut.

“Saya tahu masyarakat Ampang berpuas hati dengan kerja saya, di sini. Pada 9 Mei ini, akan menyaksikan Ampang sekali lagi milik PAKATAN,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), Zuraida menang dengan majoriti 3,676 yang sekali gus mengalahkan BN.

Kemudian, pada PRU13, Zuraida sekali lagi mengalahkan BN dengan majoriti besar iaitu 13,278 undi.

Zuraida berkata, tahun ini menyaksikan beliau sekali lagi bertanding bagi PRU14 untuk terus berkhidmat kepada masyarakat, di Parlimen itu.

Calon N.04 Sekinchan, Ng Suee Lim, adalah calon terbaik yang diletakkan

Pakatan Harapan (PAKATAN) buat pengundi, di Dewan Undangan Negeri itu.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, rekod peribadi Suee Lim tidak perlu dipertikaikan kerana sering mendapat kepercayaan

pengundi, sejak 2008.“Saya yakin pemimpin yang

boleh memartabatkan Sekinchan ialah Suee Lim. Beliau antara pemimpin yang kerap bertemu saya bagi mengadu masalah penduduk.

“Ini termasuk masalah Bagan Sekinchan iaitu penduduknya menetap di atas tanah rizab Melayu, hampir 50 tahun.

“Atas usaha yang tidak berputus asa, akhirnya masalah terbabit diselesaikan pada 2015 bukan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14,” katanya di hadapan lebih 2,000 penduduk, di sini, pada 5 Mei lalu.

Kepercayaan pengundi kian meningkat kepada beliau pada PRU13 apabila undi majoriti naik kepada 2,239.

lalu.Juwairiya berkata, isu sekolah

terbabit adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan ketika di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN), namun didakwa tiada sebarang tindakan diambil.

“Jika Ahli Dewan Negeri benar-benar serius untuk membantu penduduk dan pengundi di Bukit Rotan, maka beliau boleh menyelesaikan isu itu ketika diberikan mandat,

pada penggal lalu. Beliau sendiri adalah wakil BN, maka seharusnya lebih mudah berurusan dengan Kerajaan Persekutuan.

“Sekolah ini di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri, namun jika rakyat memberikan mandat kepada PAKATAN memerintah Malaysia bukan setakat sekolah, malahan akan lebih banyak isu dapat kita selesaikan dengan cara terbaik,” katanya.

‘Gergasi’ Ampangsukar dikalahkan

__SH

AH A

LAM

OLEH NADIAH ZAMLUS [email protected]

Ng Suee Lim pilihan terbaikOLEH NADIAH ZAMLUS [email protected]

__SE

KIN

CHAN

__KUALA SELANGOR

PEDULI

Page 5: www PERCUMA TSUNAMI MELANDA KEBANGKITAN RAKYAT … · ‘tidak tidur malam’ kerana bimbang kebangkitan rakyat khususnya orang Melayu ... hadir ke ceramah gabungan itu. "Saya tidak

SURVEY SELANGOR

14%

59%27%

23-25 APRIL 2018

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

5UTAMAPERCUMA7 Mei 2018

21 Syaaban1439H

imbalan Pengerusi IDE, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman

berkata, sokongan orang ramai terhadap PAKATAN melonjak naik daripada 49 peratus kepada 56 peratus selepas penamaan calon, pada 28 April lalu.

Katanya, sokongan besar kepada PAKATAN dipengaruhi beberapa faktor termasuk sokongan tinggi terhadap Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, yang kini mencapai tahap sokongan 65 peratus oleh rakyat Selangor.

“Pada waktu sama, berlaku ketidakmampuan Barisan Nasional (BN) menamakan calon Dato’ Menteri Besar yang berwibawa, sekali gus membolehkan PAKATAN terus kekal memerintah Selangor, selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

“Antara faktor kemenangan lain, PAKATAN juga dipengaruhi oleh jumlah keluar mengundi dan kesan persempadanan pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan kepada SelangorKini, pada 5 Mei lalu.

Mohammad Redzuan berkata, PAKATAN juga mampu menang semua baki kerusi disebabkan kerja kuat bagi meningkatkan peratusan keluar mengundi.

Katanya, sokongan rakyat Selangor terhadap program Inisiatif Peduli Rakyat yang dilaksanakan Kerajaan Negeri juga memainkan peranan dalam peningkatan keyakinan pengundi terhadap PAKATAN.

“Populariti PAKATAN juga dilihat naik berdasarkan sokongan pelbagai kaum

khususnya Melayu daripada 35 peratus kepada 43 peratus.

“Sementara sokongan kaum Cina terhadap PAKATAN di Selangor melepasi 80 peratus dan peningkatan juga berlaku kepada sokongan pengundi India yang meningkat, melebihi 60 peratus,” katanya.

Kajian itu berdasarkan Survei IDE 2018 Mood Rakyat Menjelang PRU 14 yang dijalankan, sejak Januari hingga April lalu.

Lebih 6,800 responden di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri Selangor menyertai kajian berkenaan.

Pakatan Harapan (PAKATAN) mampu menang besar di Selangor, demikian menurut kajian terbaru yang dikeluarkan Institut Darul Ehsan (IDE).

OLEH NADIAH ZAMLUS [email protected]

PILIHAN RAYA UMUM KE-14

PAKATAN Selangor mampu menang besar

__SHAH ALAM

T

OLEH NADIAH ZAMLUS [email protected]

PEDULI

Page 6: www PERCUMA TSUNAMI MELANDA KEBANGKITAN RAKYAT … · ‘tidak tidur malam’ kerana bimbang kebangkitan rakyat khususnya orang Melayu ... hadir ke ceramah gabungan itu. "Saya tidak

SELANGOR MASA DEPAN MALAYSIA

6 FOKUS DUNPERCUMA 7 Mei 2018

21 Syaaban1439H

DUN yang mempunyai 19 daerah mengundi ini mempunyai pengundi berdaftar seramai 46,620.

Pengundi Melayu adalah majoriti dengan seramai 22,323 orang atau 48 peratus berbanding pengundi Cina seramai 12,046 (26%), India 1,747 (3.75%) dan lain-lain kaum 129 (0.3 %).

Sama seperti kebanyakan DUN lain di Selangor, sebelum tsunami politik 2008 DUN Bukit Antarabangsa dikuasai Barisan Nasional (BN) menerusi calon mereka daripada Umno.

Pada PRU11 (2004), calon BN, Azman Wahid, menang dengan majoriti 7,871 undi selepas memperoleh 14,900 undi menewaskan Zahir Hassan daripada KEADILAN (7,029).

Mohamed Azmin tamatkan penguasaan BNBagaimanapun, pada PRU12 (2008) penguasaan BN di DUN Bukit Antarabangsa ditamatkan apabila Barisan Alternatif (BA)

PAKATAN SELANGOR

Bukit Antarabangsa kerusi strategik Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa (N.19) adalah salah satu daripada dua bahagian pilihan raya dalam Parlimen Am-pang (P.099) bersama DUN Lembah Jaya. OLEH Nazli Ibrahim [email protected]

merampas kerusi ini menerusi calon mereka juga daripada KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, dengan majoriti 1,381 undi.

Mohamed Azmin memperoleh 11,731 undi menewaskan Haslinda Mohd Zerain daripada BN (10,350).

Pada PRU13 (2013) Mohamed Azmin mengukuhkan cengkaman KEADILAN apabila memperoleh majoriti lebih besar iaitu 4,044 undi untuk menewaskan Mohamad Nadzim Ibrahim.

Mohamed Azmin memperoleh 16,502 undi berbanding Mohamad Nadzim (12,458).

Faktor Mohamed Azmin dalam PRU14Mohamed Azmin dijangka tidak berhadapan masalah besar untuk mempertahankan kerusi ini buat penggal ketiga berturut-turut disebabkan beberapa faktor utama.

Pertama, kedudukan Mohamed Azmin sebagai

penyandang kerusi Dato’ Menteri Besar Selangor sudah tentu memberi dorongan besar kepada masyarakat di sini untuk mempertahankan kerusi

Bukit Antarabangsa, di tangan Mohamed Azmin.

Ini kerana, sejak menduduki kerusi Dato’ Menteri Besar, beliau berjaya memperluaskan lagi peluang kepada rakyat untuk sama merasai kekayaan negeri khususnya melalui program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

Malah, tanggungjawab meneruskan legasi pembangunan adil dan peduli rakyat yang ada di Selangor hari ini terletak di bahu pengundi Bukit Antarabangsa.

Selain itu, kedudukan Mohamed Azmin sebagai Dato’ Menteri Besar sedikit sebanyak memberi tuah kepada penduduk, di Bukit Antarabangsa.

Kegagalan pengundi Bukit Antarabangsa mempertahankan kerusi ini bukan sahaja merugikan masyarakat di DUN itu tetapi juga rakyat Selangor secara amnya.

Sementara itu, bagi PAKATAN Selangor pula, kestabilan politik yang dibawa Mohamed Azmin adalah salah satu tonggak penting kepada pencapaian Kerajaan Negeri, bagi penggal ini.

Untuk rekod, kemampuan beliau mengekalkan kerjasama PAKATAN-PAS dalam memastikan kestabilan politik bagi menjamin kelancaran pentadbiran negeri boleh dianggap sebagai bukti kekuatan yang ada padanya.

Atas alasan faktor disebutkan ini, maka kerusi Bukit Antarabangsa juga dianggap kerusi penting atau strategik yang perlu dipertahankan PAKATAN Selangor bagi meneruskan kestabilan politik,

di negeri itu.Selain kedudukan Mohamed

Azmin sebagai Dato’ Menteri Besar, prestasi beliau sebagai Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Antarabangsa juga aset penting yang meyakinkan pengundi, di sini.

Bagi penduduk setempat, Mohamed Azmin turut memiliki aura tersendiri ketika menyantuni rakyat, mudah didekati dan mesra selain efisien membantu.

Walaupun sibuk dengan tugasan sebagai Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin juga kerap dilihat menghadiri program rakyat, di kawasannya itu.

Satu lagi faktor penting yang memberi kelebihan kepada Mohamed Azmin, apabila Bukit Antarabangsa juga tidak terkecuali daripada dilanda tsunami kebangkitan Melayu menolak BN.

Gelombang tsunami Melayu ini dikatakan akan bergabung dengan tsunami Cina dan India seterusnya membentuk tsunami rakyat, pada PRU14.

Gelombang ini dilihat mampu memecahkan persempadanan semula yang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memberi kelebihan kepada BN.

Ini belum lagi diambil kira faktor lain seperti kemarahan rakyat kepada BN disebabkan kos sara hidup yang semakin melambung sejak Kerajaan Persekutuan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Berdasarkan faktor di atas ini, maka jelas tiada sebab bagi pengundi di Bukit Antarabangsa

Sudah menjadi tradisi bagi pegawai tinggi Kerajaan Selangor, mereka tidak duduk dalam bilik berhawa dingin sahaja tetapi turun sendiri mendengar masalah rakyat untuk dibawa ke Shah Alam untuk dibincang dan selesaikan.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALIDATO’ MENTERI BESAR

PEDULI

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

N.19 BUKIT ANTARABANGSA

PRU-12 N.19

Page 7: www PERCUMA TSUNAMI MELANDA KEBANGKITAN RAKYAT … · ‘tidak tidur malam’ kerana bimbang kebangkitan rakyat khususnya orang Melayu ... hadir ke ceramah gabungan itu. "Saya tidak

7FOKUS DUNPERCUMA7 Mei 2018

21 Syaaban1439H

untuk menolak kepimpinan Mohamed Azmin, pada PRU kali ini.

Lawatan kerja sarat penyelesaian isu rakyatLawatan kerja Mohamed Azmin ke Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa sering mendapat sambutan luar biasa masyarakat, di daerah itu.

Mohamed Azmin berkata, amalan turun padang bersama pegawai tinggi kerajaan sudah menjadi satu tradisi pentadbiran Kerajaan Negeri.

“Sudah menjadi tradisi bagi pegawai tinggi Kerajaan Selangor, mereka tidak duduk dalam bilik berhawa dingin sahaja tetapi turun sendiri mendengar masalah rakyat untuk dibawa ke Shah Alam untuk dibincang dan selesaikan,” katanya.

Contohnya, program turun padang beliau pada 7 April lalu dimulakan dengan majlis penyampaian bantuan kewangan kepada masjid dan surau serta solat Jumaat, di Masjid Ukay Perdana.

Dalam program yang dihadiri hampir 1,000 masyarakat Islam Ukay Perdana, Mohamed Azmin turut diberikan taklimat berhubung penyelesaian isu

kesesakan trafik dan projek East Klang Valley Expressway.

Mohamed Azmin kemudiannya meluangkan masa meninjau tapak baru tanah perkuburan Islam seluas 50 ekar yang berjaya diwartakan Kerajaan Negeri.

Selain menyampaikan sumbangan kewangan kepada golongan asnaf, Mohamed Azmin turut melawat rumah golongan kurang bernasib baik di Keramat sebelum menghadiri program penyampaian sumbangan asnaf dan solat Asar, di Surau Al-Islah AU2, Keramat.

Lawatan kerja beliau diakhiri dengan Majlis Penyampaian Kad Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Jamuan Teh Bersama Penduduk di Pangsapuri Keramat Pangsa, Taman Keramat serta melawat kebun komuniti yang terletak berhampiran tapak program.

“Saya sayang suami datin” Sikap merendah diri, prihatin dan sentiasa membantu golongan memerlukan juga menyebabkan Mohamed Azmin begitu disayangi masyarakat setempat.

Penduduk Kampung Melayu Ampang, Nafesa A Ahmoo, 58, berkata perasaan sayangnya kepada pemimpin itu menyebabkan gagal menahan diri daripada berterus terang kepada isteri Dato’ Menteri Besar itu, Datin Seri Shamshida

INFOGRAFIK

Fokus DUN Bukit Antarabangsa (N.19)Keputusan PRU12Jumlah Pengundi : 30,687MOHAMED AZMIN ALI (KEADILAN) : 11,731HASLINDA BINTI MOHD ZERAIN (BN) : 10,350Peratusan Mengundi : 72.99%Undi Rosak : 224Majoriti : 1,381

Keputusan PRU13Jumlah Pengundi : 34,467MOHAMAD NADZIM BIN IBRAHIM (BN) : 12,458MOHAMED AZMIN ALI (KEADILAN) : 16,502Peratusan Mengundi : 84.90%Undi Rosak : 304Majoriti : 4,044

Jumlah Pengundi PRU14 (selepas persempadanan)

Jumlah Pengundi : 46,620Pengundi Melayu : 22,323 (48%)Pengundi Cina : 12,046 (26%)Pengundi India : 1,747 (3.75%)Pengundi lain-lain : 129 (0.3%)

Pengundi mengikut jantinaLelaki : 22,671 (49%)Perempuan : 23,950 (51%)

Pengundi mengikut pecahan umur 21 - 30 tahun : 6,598 (14.2%) 31 - 40 tahun : 6,953 (15%)41 - 50 tahun : 7,667 (16.45%)51 - 60 tahun : 8,173 (18%)61 - 70 tahun : 5,029 (10.88%)> 70 tahun : 2,510 (5.4%)

Daerah Mengundi dan Jumlah Pengundi Dato Ahmad Razali : 2,781 Bukit Antarabangsa : 4,625 Ukay Height : 919 Ampang Jaya : 2,581 Taman Perwira : 3,117 Kampung Baharu Ampang 1 : 2,732 Kampung Melayu Ampang : 2,841Pekan Ampang : 2,141 Kampung Baharu Ampang 2 : 2,749Kampung Sri Tanjung : 1,551Pinggiran Ukay : 1,118Kuala Ampang : 2,930Ukay Perdana : 2,712Kampung Baharu Ampang Pertama : 1,405Kampung Baharu Ampang Kedua : 2,764Kampung Baru Ampang Ketiga : 1,435Bandar Baru Ampang : 3,538Taman Dagang : 2,622Taman Cahaya : 1,664

Saya berharap Mohamed Azmin dikekalkan sebagai ADN Bukit Antarabangsa dan Dato’ Menteri Besar Selangor. Dia seorang yang buat kerja dan menjaga rakyat terutama penduduk, di sini.

HO HOONG CHOR, 62, KAMPUNG BARU AMPANG

Saya berharap perkhid-matan bas percuma, bas Smart Selangor di kawasan Ampang diperluaskan lagi ke laluan lain untuk kemudahan rakyat.

ROSIAH BAHARUM, 46, SURI RUMAH

Saya masih ingat kali pertama li-hat dia, ke-tika rumah penduduk rosak di-landa ribut. Pada masa itu, dia belum jadi Dato’ Men-teri Besar dan ketika tiba, ribut belum reda betul den-gan keadaan rumah kami basah dan tidak terurus. Sebelum itu, kami belum pernah rasa keadaan ADN turun membantu di saat kesusahan. Kami amat berbesar hati.

NAFESA A AHMOO, 58, KAMPUNG MELAYU AMPANG

Taharin.Mengimbau kembali kejadian

beberapa tahun lalu, Nafesa berkata, beliau berpeluang bertemu Shamshida ketika Majlis Tadabbur, di kediaman Mohamed Azmin.

“Saya berpeluang hadir ke Majlis Tadabbur bersama kumpulan wanita. Saya sempat bisik kepadanya, saya sayang suami awak kerana dia betul-betul menyayangi rakyat di bawah dan turut menangis depan beliau, sedangkan datin seri tak kenal saya pun.

“Perasaan ini timbul kerana dato’ seri bersungguh bantu rakyat susah seperti saya. Bukan saya sahaja cakap tetapi orang lain pun cakap benda sama. Memang saya sayang dialah,” katanya kepada SelangorKini yang membuat tinjauan penerimaan orang ramai terhadap ADN masing-masing.

Beliau berkata, Shamshida turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepadanya kerana memberikan sokongan terhadap kepimpinan Mohamed Azmin, selepas mendengar kata-katanya itu.

Beliau yang menyara hidup dengan wang pencen suaminya sebanyak RM200 sebulan dan elaun sebagai siak masjid berkata, mereka turut menerima bantuan Kerajaan Negeri seperti Skim Peduli Sihat serta KISS.

Sementara itu, penduduk Kampung Baru Ampang, Ho Hoong Chor, 62, pula berharap Mohamed Azmin dikekalkan sebagai ADN Bukit Antarabangsa dan Dato’

Menteri Besar Selangor.“Dia seorang yang buat

kerja dan menjaga rakyat terutama penduduk, di sini,” katanya.

Manakala, suri rumah,

Rosiah Baharum, 46, pula berkata Mohamed Azmin tetap turun di Bukit Antarabangsa walaupun mempunyai tanggungjawab berat sebagai Dato’ Menteri Besar.

PEDULI

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

N.19lDATO' SERI MOHAMED AZMIN ALI Bukit Antarabangsa

Page 8: www PERCUMA TSUNAMI MELANDA KEBANGKITAN RAKYAT … · ‘tidak tidur malam’ kerana bimbang kebangkitan rakyat khususnya orang Melayu ... hadir ke ceramah gabungan itu. "Saya tidak

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

KEJAYAAN IPR8 7 Mei 2018

21 Syaaban1439HPERCUMA

PENGUNDI DIMINTA BERATUR DI PINTU MASUK

BILIK MENGUNDI

PARLIM

ENNE

GERI

Sila masuk apabila

dibenarkan oleh polis yang

mengawal di pintu masuk.

Bergerak ke hadapan Kerani Pengundian Kedua.

Letakkan tangan di atas pad dakwat

kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.

Selepas jari ditandakan dakwat kekal dan sebelum kertas undi

dikeluarkan, Kerani Pengundian Pertama akan membuat tanda

pada nombor dan nama anda da-lam buku daftar pemilih.

Dapatkan kertas undi daripad Ke-rani Pengundian Ketiga.

Maju ke petak undi dan tandakan X

pada ruang calon dalamkertas undi anda. Pilih

satu calon sahaja.

Serahkan MyKad/Dokumen

Pengenalan dan slip semakan kepada Kerani Pengundian Pertama.

Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan tiada calitan

dakwat kekal pada jari.

Masukkan kertas undi ke dalam

peti undi masing-masing untuk Dewan

Undangan Negeri dan Parlimen.

Keluar segera

dari Tempat

Mengundi

KERANI PENGUNDIAN

SEMUA PROSES PENGUNDIANDIPERHATIKAN OLEH EJEN-EJEN

CALON YANG BERTUGAS

SEKIRANYA ADA PERTANYAAN ATAU MEMERLUKAN BANTUAN,

SILA RUKUK KEPADA KETUATEMPAT MENGUNDIKETUA

TEMPAT MENGUNDI

EJEN TEM

PAT

MENGUNDI

1

6

7

7

5

4 3 2

PEDULI

Page 9: www PERCUMA TSUNAMI MELANDA KEBANGKITAN RAKYAT … · ‘tidak tidur malam’ kerana bimbang kebangkitan rakyat khususnya orang Melayu ... hadir ke ceramah gabungan itu. "Saya tidak

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

9KLIK! MINGGUANPERCUMA7 Mei 2018

21 Syaaban1439H

Foto

: Jur

ufot

o Se

lang

or K

ini

MALAMSEMARAKTSUNAMIRAKYAT

PEDULI

Page 10: www PERCUMA TSUNAMI MELANDA KEBANGKITAN RAKYAT … · ‘tidak tidur malam’ kerana bimbang kebangkitan rakyat khususnya orang Melayu ... hadir ke ceramah gabungan itu. "Saya tidak

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

SELANGOR MASA DEPAN MALAYSIA

PERCUMA 7 Mei 2018 21 Syaaban1439H

10 PEDULI RAKYAT

Writ atau surat kuasa untuk menjalankan pilihan raya diserahkan

kepada Pegawai Pengurus apabila berlakunya pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) atau terdapat kekosongan, di luar jangka.

Pada masa sama, satu notis pilihan raya akan diwartakan dan ditampal di tempat yang mudah untuk semakan orang ramai dengan notis itu mengandungi tarikh penamaan serta tarikh pengundian yang akan dijalankan.

Pada hari penamaan calon, Pegawai Pengurus akan menerima borang penamaan daripada calon, pencadang atau

PILIHAN RAYA UMUM KE-14

Proses dan tips pengundianSECARA AMNYA, perjalanan pilihan raya di Malaysia akan melalui enam peringkat iaitu pengeluaran writ, penamaan calon, kempen pilihan raya, pengundian, penjumlahan rasmi undi dan pengumuman keputusan pilihan raya.OLEH NAZLI IBRAHIM [email protected]

penyokong atau ketiga-tiga sekali diantara jam 9 hingga 10 pagi, pada hari terbabit.

Selepas sahaja urusan penamaan calon selesai, calon atau wakilnya boleh memulakan urusan kempen yang terdiri daripada pemasangan poster, ceramah, pengedaran risalah dan kempen dari rumah ke rumah selain semua aktiviti kempen perlu dihentikan pada jam 12 tengah malam, sebelum hari mengundi.

Pada hari mengundi yang ditetapkan, pemilih yang namanya ada di dalam daftar pemilih akan keluar mengundi di pusat mengundi ditetapkan.

Pada amnya, masa mengundi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

ialah antara jam 8 pagi hingga 5 petang, di seluruh negara.

Bagaimanapun ada kawasan yang masa mengundinya dipendekkan atas alasan keselamatan dan kesukaran pengangkutan terutama, di Sabah serta Sarawak.

Setiap pusat mengundi biasanya mempunyai lebih daripada satu tempat mengundi dan diketuai seorang Ketua Tempat Mengundi dengan dibantu dua hingga empat pembantu.

Bagi pengundi tidak hadir atau kalangan yang layak mengundi secara pos, mereka boleh mengundi lebih awal dari hari mengundi ditetapkan.

Namun demikian, semua kertas undi yang sudah ditanda perlu sampai ke Pejabat Pegawai Pengurus pada jam 5 petang, hari mengundi itu.

Kategori pengundi Di negara ini, terdapat tiga jenis pengundian iaitu pengundi biasa yang mengundi pada hari

Pada amnya, masa mengundi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)ialah antara jam 8 pagi hingga 5 petang, di seluruh negara.

PEDULI

Page 11: www PERCUMA TSUNAMI MELANDA KEBANGKITAN RAKYAT … · ‘tidak tidur malam’ kerana bimbang kebangkitan rakyat khususnya orang Melayu ... hadir ke ceramah gabungan itu. "Saya tidak

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

7 Mei 2018 21 Syaaban1439H

11PEDULI RAKYATPERCUMA

PILIHAN RAYA UMUM KE-14

Proses dan tips pengundian

mengundi yang ditetapkan, pengundi awal bagi anggota tentera dan pasangan serta anggota polis juga pasangan Pasukan Gerakan Am (PGA).

Satu lagi jenis pengundi pula adalah pengundi pos membabitkan pengundi tidak hadir yang terdiri daripada anggota angkatan tentera dan pasangannya, anggota polis serta pasangan PGA yang terpaksa menjalankan tugas operasi pada hari mengundi, pelajar di luar negara dan pasangannya serta kakitangan awam yang berkhidmat di luar negara juga pasangannya.

Panduan mengundiAntara beberapa perkara asas terpenting yang pengundi perlu tahu, pastikan membawa Mykad masing-masing, pengundi dinasihatkan keluar awal untuk mengundi dan berpakaian

sopan serta tidak memakai atau membawa sebarang gambar calon, nama parti atau logo parti.

Pengundi kemudiannya perlu menunjukkan Mykad kepada Kerani Pengundi 1 untuk pengesahan identiti, dapatkan slip nombor saluran mengundi.

Selepas itu, pengundi dikehendaki menunjukkan tangan kepada Kerani Pengundi 1 untuk mengesahkan tiada kesan dakwat pada jari.

Sebaik disahkan tiada sebarang kesan dakwat, pengundi bergerak ke Kerani Pengundi 2 untuk mencelupkan jari di dalam dakwat pilihan raya dan tunggu nama dipanggil.

Selepas jari dicelup di dalam dakwat, Kerani Pengundi 1 akan menandakan nama pengundi pada buku daftar pemilih.

Kerani Pengundi 3 kemudiannya akan memberi dua kertas undi untuk pemilih

memilih Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Pengundi seterusnya perlu bergerak ke petak undi untuk memilih satu calon sahaja dengan menandakan ‘X’ dalam kotak di ruang calon, dalam kertas undi.

Kemudian, pengundi harus melipatkan kertas undi yang ditanda tadi dan memasukkannya ke dalam peti undi Parlimen serta negeri.

Secara umumnya, demikianlah langkah yang perlu diambil pengundi untuk membuang undi, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Bagaimanapun, terdapat perkara lain yang juga penting untuk pengundi perhatikan.

Titik pada kertas undi, mitos atau realiti Sejak beberapa PRU dan Pilihan Raya Kecil (PRK) kebelakangan ini, ada sesetengah pihak mendakwa wujudnya kertas undi bertanda titik di dalam kotak sebelah nama calon dan keadaan ini mampu menyebabkannya dikira sebagai undi kosong.

Menurut cerita yang tular sejak beberapa tahun kebelakangan ini, keadaan terbabit boleh menyebabkan kertas undi tadi ditolak. Namun, sejauh manakah kebenaran dakwaan itu?

Othman Ludin yang pernah terbabit sebagai Agen Pengundian dan Agen Pengiraan (PACA) kira-kira lima kali PRU di Paya Jaras berkata, beliau pernah melalui senario seperti itu.

Beliau berkata, biasanya kewujudan titik dalam kotak bersebelahan nama calon hanya diketahui ketika proses pengiraan berjalan.

“Ketika kira undi, pegawai SPR menunjukkan kertas undi bertitik ini. Kita akan sisihkan kertas undi tadi ke tepi dahulu kerana dianggap undi meragukan dan sambung mengira kertas undi lain.

“Apabila selesai mengira, baru kita semak semula kertas undi meragukan tadi dan melihat dengan lebih teliti adakah tanda itu disebabkan cetakan atau ditanda pengundi sendiri,” katanya.

Katanya, jika tanda titik itu

Carta Aliran Proses Mengundi

disebabkan masalah cetakan, maka undi terbabit dikira tetapi sekiranya ditanda pengundi sendiri, maka undi tadi dianggap sebagai undi rosak.

Jangan teragak minta kertas undi baru Katanya, pengundi perlu menyemak dengan memastikan kertas undi diberikan berada dalam keadaan bersih dan tidak

terdapat sebarang tanda bagi mengatasi hal itu.

“Pengundi perlu meminta petugas SPR memberi kertas undi lain untuk ditukar dengan kertas tadi,” katanya.

Selain tanda titik dalam kotak, pengundi juga diingatkan tidak membuat sebarang contengan walaupun di luar kotak disediakan kerana kertas itu akan dianggap sebagai undi rosak.

Pastikan membawa Mykad masing-masing, pengundi dinasihatkan keluar awal untuk mengundi dan berpakaian sopan serta tidak memakai atau membawa sebarang gambar calon, nama parti atau logo parti.

PEDULI

1

2

3

4

5

6

Pengundi dikehendaki menunjukkan Mykad kepada Kerani Pengundi 1 untuk pengesahan identiti

dan dapatkan slip nombor saluran mengundi.

Pengundi dikehendaki menunjukkan tangan kepada Kerani Pengundi 1 untuk mengesahkan

tiada kesan dakwat pada jari.

Sebaik disahkan tiada sebarang kesan dakwat, pengundi bergerak ke Kerani Pengundi 2 untuk

mencelupkan jari di dalam dakwat pilihan raya dan tunggu nama dipanggil.

Selepas jari dicelup di dalam dakwat, Kerani Pengundi 1 akan menandakan

nama pengundi pada buku daftar pemilih.

Kerani Pengundi 3 kemudiannya akan memberi dua kertas undi untuk pemilih memilih Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri

(ADUN).

Pengundi seterusnya perlu bergerak kepetak undi untuk memilih satu calon sahaja dengan

menandakan ‘X’ dalam kotak di ruang calon, dalam kertas undi.

Page 12: www PERCUMA TSUNAMI MELANDA KEBANGKITAN RAKYAT … · ‘tidak tidur malam’ kerana bimbang kebangkitan rakyat khususnya orang Melayu ... hadir ke ceramah gabungan itu. "Saya tidak

SELANGOR MASA DEPAN MALAYSIA

12 HIJRAH SelangorPERCUMA 7 Mei 2018

21 Syaaban1439H

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

HIJRAH capai matlamat

P

SEJAK MULA melalui fasa penjenamaan baru pada 2015, Program Mikrokredit Bersepadu, HIJRAH Selangor, kekal mendahului inisiatif kebajikan keusahawanan, di negara ini.OLEH ERMIZI MUHAMAD [email protected] & SYAZWANI SUFIAN [email protected]

KEKAL BANTU USAHAWAN TEMPATAN JANA PENDAPATAN MAKSIMA

rogram menggabungkan skim mikrokredit SKIMSEL, MIMBAR dan

WALA itu sudah dilaksanakan Kerajaan PAKATAN Selangor yang terus mendapat sambutan baik dalam kalangan usahawan baru, di negeri itu.

Pelaksanaannya dilihat sangat signifikan di bawah Projek Penyelidikan Tindakan (Action Research Project) dengan tujuan utama untuk melebarkan golongan kelas menengah, di Selangor.

Keperluan itu seiring dengan visi yang dinyatakan Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, untuk melaksanakan pendekatan baru dalam membantu usahawan negeri.

Saluran modal tambahan bantu peniaga Inisiatif itu tertumpu kepada pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien ke-pada peniaga kecil, di Selangor.

Justeru, bagi merealisasikan hasrat itu, Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor (YAQS) ditugaskan untuk mewujudkan satu sistem pengeluaran modal yang mudah dan cepat.

Pelaksanaannya tidak membebankan penjaja dan peniaga kecil yang didapati sering menghadapi masalah kekurangan modal serta peluang mendapatkan modal tambahan atas pelbagai faktor.

Kerajaan Negeri bertindak sebagai penganjur program dan memberi modal pusingan pelaksanaan program sejumlah RM100 juta.

Falsafah program HIJRAH berteraskan konsep Pinjaman Asas Simpanan bermaksud pinjaman yang diberi bakal digunakan sebagai modal tambahan, dalam urusan perniagaan.

Lonjak pendapatan tanpa faedah Sebagai usahawan yang berdaya maju, adalah diharap dapat menghasilkan pulangan lebih

tinggi. Lebihan pulangan ini akan ditabungkan dalam Tabung HIJRAH untuk manfaat penjaja dan peniaga kecil secara individu juga kelompok.

Sementara itu, pihak pengurusan program bertindak meneroka peluang perniagaan susulan kepentingan dan manfaat usahawan HIJRAH melalui penubuhan Koperasi HIJRAH Selangor.

Lebih komprehensif, HIJRAH satu-satunya institusi yang menawarkan tiga perkhidmatan dalam satu urusniaga mudah.

Ia berkonsepkan 'Pinjaman+Tabungan+Pelaburan' yang tidak sama sekali terikat dengan kadar faedah melambung seperti dihadapi peminjam kewangan, dari bank tempatan.

Bukan sekadar itu, HIJRAH turut menawarkan khidmat kaunseling, rundingan pengurusan perniagaan, urusan Insuran Takaful Pinjaman dan tawaran Skim HIJRAH jangka panjang.

52,000 peserta terima manfaatSehingga Mac lalu, kira-kira 52,000 peserta berjaya menerima manfaat skim mikrokredit itu sebagai penyalur modal tambahan peniaga kecil.

Realiti itu diakui Pengerusi Eksekutif Yayasan Hijrah

Selangor, Datuk Dr Mansor Othman, yang mendedahkan skim berkenaan mampu melonjakkan pendapatan golongan miskin untuk memasuki kelas

menengah.“Kita mensasarkan

56,000 peserta bagi tempoh tiga tahun, bermakna

penambahan 4,000 peserta lagi untuk mencapai sasaran.

“Sehingga kini, 52,000 peserta menerima bantuan skim ini dengan nilai RM368 juta,” katanya kepada SelangorKini.

Pada masa sama, Dr Mansor berkata, pelbagai kejayaan peserta HIJRAH dicatatkan dalam tempoh tiga tahun menerusi perkembangan perniagaan masing-masing.

Katanya, pinjaman ulangan juga semakin meningkat dalam kalangan peserta daripada permulaan hanya RM5,000 sehingga mencecah RM50,000.

“Melihat kepada kejayaan ini, saya yakin Kerajaan Negeri mampu mempertimbangkan pertambahan maksimum pinjaman kepada peserta kerana kita dapat lihat sendiri keberkesanan program ini untuk membantu usahawan,” katanya.

Sehingga kini, 52,000 peserta meneri-ma bantuan skim ini dengan nilai RM368 juta.

DATUK DR MANSOR OTHMAN PENGERUSI EKSEKUTIF YAYASAN HIJRAH SELANGOR

Dasar mesra, bantu mulakan perniagaanPada masa sama, di bawah skim terbabit, agensi itu juga turut memperkenalkan dasar baru yang terus memberi pulangan baik kepada peniaga tempatan yang baru memulakan perniagaan.

Inisiatif itu diperkenalkan di bawah pelaksanaan dasar Skim Zero To Hero yang bakal memberi peluang kepada 5,000 usahawan baru memperlebar perniagaan mereka.

Menariknya, golongan itu akan diberi pendedahan menyeluruh terhadap peluang kerjaya dan latihan keusahawanan yang boleh digunakan untuk memulakan operasi perniagaan.

Ia meliputi pelbagai kelas kemahiran perniagaan seperti jahitan, bakeri, percetakan baju, percetakan kad nama, urutan, solekan dan mobile workshop.

Usaha ini tidak hanya terhad kepada hasrat Kerajaan Negeri yang mahu membantu rakyat meningkatkan pendapatan menerusi perniagaan tetapi usahawan dilatih berkenaan ilmu perniagaan dan jaminan kelangsungan operasi perniagaan masing- masing.

Hasilnya, usahawan itu bukan sahaja mendapat pemahaman jelas berhubung selok-belok perniagaan tetapi berpeluang menambah jaringan pendapatan, pada kadar maksima.

Kejayaan demi kejayaan ini berjaya meletakkan Selangor sebagai sebuah negeri berkebajikan meliputi pelbagai aspek dan bidang.

PEDULI

Page 13: www PERCUMA TSUNAMI MELANDA KEBANGKITAN RAKYAT … · ‘tidak tidur malam’ kerana bimbang kebangkitan rakyat khususnya orang Melayu ... hadir ke ceramah gabungan itu. "Saya tidak

13HIJRAH SelangorPERCUMA7 Mei 2018

21 Syaaban1439H

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

Pengasasnya, Norisham Kadmin berkata, bermula dengan hanya menjual

cakera padat dakwah di Uptown Seksyen 24, Shah Alam, kini beliau memiliki enam jenama di bawah pengurusannya.

Beliau yang juga bekas leftenan berkata, hasrat utama menjalankan perniagaan adalah untuk membantu anak muda yang kurang daripada segi pelajaran mendapat pekerjaan tanpa perlu risau berhubung kelulusan akademik.

“Saya berniat untuk memperbetulkan mereka daripada tidak baik kepada baik. Bila kita lihat perubahan itu, mereka juga ingin mencari pendapatan halal dan bermula dari situ saya masuk pasaran, di Uptown Shah Alam, pada 2007.

“Walaupun mereka kurang daripada segi pelajaran tetapi mempunyai idea dan minat dalam pelbagai bidang, maka kita mulakan perniagaan pakaian bila ada yang minat fesyen.

HIJRAH JADI PEMANGKIN

Pendapatan usahawan cecah enam angkaBermula dengan modal RM500, seorang usahawan jenama UA Sham Sdn Bhd berjaya mengembangkan perniagaannya sehingga boleh mencapai pendapatan mencecah enam angka. OLEH SYAZWANI SUFIAN [email protected]

“Pada 2015, barulah saya lancarkan UA Sham Sdn Bhd yang dirasmikan Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari dan Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik ketika itu, Dr Yaakob Sapari.

“Hasrat saya tidak terhenti di situ apabila anak pekerja saya minat dengan gym. Saya usahakan buka satu gym di Seksyen 24 supaya anak muda di bawah penjagaan dapat membuat sesuatu yang berfaedah, di samping diberi peluang menguruskan sendiri gym itu.

“Perkara ini dilihat mendapat sokongan ahli majlis dan disitulah saya diperkenalkan dengan HIJRAH Selangor dengan pinjaman pertama saya sebanyak RM5,000,” katanya.

HIJRAH sebagai baja kembangkan perniagaanNorisham berkata, HIJRAH Selangor menawarkan pinjaman RM50,000 terus kepada beliau

selepas melihat pembayaran yang tepat pada waktu dan selesai, kurang dari setahun.

“Saya menganggap HIJRAH adalah baja yang diperlukan untuk mengembangkan lagi perniagaan ini. HIJRAH juga pemangkin dan pencetus semangat seorang peniaga kecil menaikkan taraf hidupnya sebagai usahawan,” katanya.

Beliau berkata, pinjaman itu digunakan untuk membeli stok pakaian yang lebih banyak dan secara tidak langsung boleh mengeksport barang, ke luar negara.

“Perniagaan saya mampu berkembang sehingga ke hari ini apabila ada seorang kakitangan perempuan memberi idea untuk buka kilang, maka kita buka kilang membuat pakaian sendiri.

“Kini saya sudah menjual produk seperti pakaian dan kasut ke Brunei, Singapura, serta Indonesia. Bukan itu sahaja, kita ada tiga jenama pakaian di bawah UA selain dua produk acara dan Armada iaitu fokus kepada pemasaran serta penjualan secara dalam talian,”

katanya.Norisham berkata, beliau

melihat potensi menyeluruh HIJRAH dalam membantu peniaga menjadi usahawan berjaya tetapi memerlukan pendedahan yang tepat bermula daripada peringkat awal dan secara tidak langsung dapat dijadikan contoh kepada organisasi peminjam lain.

Konsep berniaga bantu golongan mudaNorisham berkata, permulaan perniagaannya adalah untuk membantu golongan anak muda yang keciciran dan mengelakkan mereka membuat perkara tidak berfaedah.

“Anak muda adalah generasi masa depan kita, maka seharusnya mereka diberi tunjuk ajar yang betul daripada segi akhlak dan agama.

“Di bawah perniagaan saya, kami sudah mencapai 89 kakitangan yang majoritinya anak muda berumur 27 tahun ke bawah. Pendapatan yang saya peroleh banyak dilaburkan untuk pekerja.

“Sebagai contoh, mereka diwajibkan membaca al-Quran dan siapa yang mengajar, maka mereka dibayar RM10 dan yang belajar juga dibayar RM7.

“Saya juga memberi kebenaran untuk pekerja buat kerja tambahan pada bila-bila masa jika bulan itu mereka perlukan duit tambahan.

“Hal ini untuk mendidik anak muda daripada membuat sebarang pinjaman atau mencuri jika terdesak. Kini, anak didik di bawah saya ramai yang berjaya.

“Mereka yang diberi peluang

menjadi pengurus di cawangan sekitar Uptown Shah Alam memberi manfaat dan ilmu, dalam bidang perniagaan. Maka, jika ada diantara pekerja kita yang berhasrat untuk memulakan perniagaan sendiri, memang saya galakkan,” katanya.

Rancang buka one stop centrePada masa sama, Norisham turut memasang niat menubuhkan satu pusat One Stop Centre (OSC) yang boleh menjadi tarikan pelancong dan menaikkan nama Selangor.

“Ini memang sasaran saya dan kertas kerja juga sudah disiapkan, namun sebab perkara ini terlalu besar untuk dilaksanakan, maka ia masih tergantung dan memerlukan sokongan kuat daripada pelbagai pihak khususnya kerajaan.

“Melalui OSC, saya memegang kepada tiga elemen besar iaitu pembangunan masyarakat dan bangsa untuk negara serta agama.

“Saya percaya, kewujudan OSC ini mampu menarik perhatian pelancong, ke negara kita. Secara tidak langsung, ekonomi kita juga bertambah.

“Hal ini juga bakal mengurangkan isu pengangguran di negara kita dan memberi peluang pekerjaan yang besar kepada semua golongan termasuk anak muda, graduan, wanita dan ibu tunggal,” katanya.

Saya meng- anggap HIJRAH adalah baja yang

diperlukan untuk mengembangkan lagi perniagaan ini. HIJRAH juga pemangkin dan pencetus semangat seorang peniaga kecil menaikkan taraf hidupnya sebagai usahawan.

NORISHAM KADMIN,UA SHAM SDN BHD

PEDULI

Page 14: www PERCUMA TSUNAMI MELANDA KEBANGKITAN RAKYAT … · ‘tidak tidur malam’ kerana bimbang kebangkitan rakyat khususnya orang Melayu ... hadir ke ceramah gabungan itu. "Saya tidak

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

SELANGOR MASA DEPAN MALAYSIA

14 PROFIL CALON PERCUMA 7 Mei 2018

21 Syaaban1439HPEDULI

PROF DR SHAHARUDDIN N.32 Seri Setia

HANIZA TALHAN.20 Lembah Jaya

LATAR BELAKANG

l Naib Presiden Parti KEADILAN Rakyat

l Ahli Akademik (Pensyarah)

l Pengalaman lebih 30 tahun dalam pendidikan dan

pentadbiran

l Berkahwin, memiliki 6 cahaya mata

KERJAYA

l Pensyarah UiTM hampir 30 tahun

l Pernah berkhidmat di UiTM Melaka, Shah Alam,

Sarawak dan Seremban

l Timbalan Naib Canselor/Naib Presiden Hal Ehwal

Pelajar & Jaringan Komuniti Universiti Selangor

(UNISEL)

AKTIVITI SOSIAL

l Terlibat dengan misi bantuan kemanusiaan

di Acheh, Afghanistan, Padang, Bosnia, Selatan

Thailand dan Kemboja.

LATAR BELAKANGl Nama Penuh: Haniza Mohamed Talha

l Tarikh Lahir: 12 November 1962

l Tempat Lahir: Batu Gajah, Perak

l Status: Berkahwin

l Anak: 7

PENDIDIKANl Sarjana Muda Sains Sosial (Singapura)

l Sarjana Muda Pemasaran dan Jualan (UK MITD)

l Bachelor of Architecture, University of Sheffield,

United Kingdom

AKTIVITI SOSIALl Ahli Lembaga Pengarah, Institut Wanita Berdaya

(IWB)

l Ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia

PENGLIBATAN POLITIKl Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri

(2008)

l ADUN Taman Medan selama dua penggal

(2008-Mac 2018)

LATAR BELAKANGlTarikh Lahir: 18 Jun 1970

lTempat Lahir: Perak

lBangsa: Cina

PENDIDIKANlIjazah Sarjana Muda Sains Fizik, Universiti Malaya

AKTIVITI SOSIAL DAN POLITIKlPergerakan mahasiswa di universiti dan aktivis dalam

pergerakan demokrasi masyarakat

l1999: Menyertai Parti Keadilan Nasional

l2007-2010: Ketua PKR Cabang Petaling Jaya Utara

l2008: Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor Parti

Keadilan Rakyat (PKR)

l2010-2018: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan

Rakyat

l2008-2018: Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan

HEE LOY SIAN

N.25 Kajang

LATAR BELAKANGlNama Penuh: Saari Sungib

lTahun Lahir: 1957

lTempat Lahir: Dengkil, Selangor

lStatus: Berkahwin

lAnak: 7

PENDIDIKANlIjazah Sarjana Muda Mekanikal dan Bahan dengan

kepujian, University of Aston in Birmingham

lSarjana Pengurusan Perniagaan (MBA with distinction),

Unversity of Hull

PROFESIONALlJuruperunding pengurusan pembangunan organisasi

perancangan strategik dan sistem pengurusan kualiti ISO 9000.

TOKOH MASYARAKATlMerintis sistem dan institusi pendidikan Islam

bersepadu

lMenubuhkan Sekolah Rendah Islam Al-Amin

dan Sekolah Menengah Islam Al-Amin

lMenaja penubuhan pertubuhan Jamah Islam

Malaysia

lPresiden sebuah gerakan dakwah (JIM)

SAARI SUNGIB N.18 Hulu Kelang

KEADILANHARAPAN MALAYSIA

KEADILANHARAPAN MALAYSIA

KEADILANHARAPAN MALAYSIA

KEADILANHARAPAN MALAYSIA

Page 15: www PERCUMA TSUNAMI MELANDA KEBANGKITAN RAKYAT … · ‘tidak tidur malam’ kerana bimbang kebangkitan rakyat khususnya orang Melayu ... hadir ke ceramah gabungan itu. "Saya tidak

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

15PROFIL CALONPERCUMA7 Mei 2018

21 Syaaban1439H

ZURAIDA KAMARUDDINP.099 Ampang

AMIRUDIN SHARI N.16 Sungai Tua

LATAR BELAKANGl Nama penuh: Zuraida Kamaruddin

l Tarikh Lahir: 14 Mac 1958

PENDIDIKANl Sarjana Muda Sains Sosial (Singapura)

l Sarjana Muda Pemasaran dan Jualan (UK MITD)

l Program Kecemerlangan Pengurusan (Filipina)

l Program Kajian Pemasaran (Taiwan)

PENGALAMAN PROFESIONALl 1991-2001: Freelance Consultant

l 2008-Sekarang: Ahli Parlimen Malaysia

l Pengerusi Institut Wanita Berdaya (IWB)

AKTIVITI KEMANUSIAANl Acheh (WIRDA)

l China (WIRDA)

LATAR BELAKANGl Tarikh lahir: 8 Februari 1980

l Asal: Pontian, Johor

l Status: Berkahwin

l Anak: 6

PENDIDIKANl Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial, Universiti

Putra Malaysia

PENGALAMAN KERJAl Penyelaras program di Institut Kajian Dasar

l Pengerusi Lembaga Pengurus Majlis Sukan

Negeri Selangor

PENGLIBATAN POLITIKl Naib Ketua AMK Pusat

l Timbalan Ketua KEADILAN Gombak

l Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN

JAWATANl Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan,

Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan

LATAR BELAKANGlTarikh Lahir: 2 Jun 1963

lNegeri Kelahiran: Batu Pahat, Johor

lBangsa: Cina

PENDIDIKANlIjazah Sarjana Muda Undang-Undang,

University of London

PROFESIONALl1995-2008: Peguam bela dan peguam cara di

Mahkamah Tinggi Malaya

lPengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK)

Negeri Selangor l2018: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan,

Perindustrian dan Perdagangan dan Pengangkutan

PENGLIBATAN POLITIKlAhli Dewan Undangan Negeri Selangor

lKetua Pembangkang DUN Selangor bagi sesi

1995-1999 dan 2004-2008

lMac 2008: Speaker DUN Selangor

TENG CHANG KHIM N.45 Bandar Baru Klang

LATAR BELAKANGlLahir dan membesar di Ulu Yam Bharu

lBerumur 59 tahun

lBerkahwin dan memiliki 5 anak

PENDIDIKANlSarjana Muda Pentadbiran Perniagaan,

Universiti Putra Malaysia

JAWATAN PARTI TERDAHULUlTimbalan Ketua Umno Bahagian Ulu Selangor

JAWATAN PARTI TERKINIlTimbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu

Malaysia

HARUMAINI OMARN.07 Batang Kali

KEADILANHARAPAN MALAYSIA

KEADILANHARAPAN MALAYSIA

KEADILANHARAPAN MALAYSIA

KEADILANHARAPAN MALAYSIA

PEDULI

Page 16: www PERCUMA TSUNAMI MELANDA KEBANGKITAN RAKYAT … · ‘tidak tidur malam’ kerana bimbang kebangkitan rakyat khususnya orang Melayu ... hadir ke ceramah gabungan itu. "Saya tidak

SELANGORKINIPEDULI diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh Orien Group Sdn. Bhd., 15, Jalan 6/118C, Desa Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur. Tel : 03-9173 1434 Faks : 03-9173 1412

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

16 KOMENTAR SELANGOR MASA DEPAN MALAYSIA

PERCUMA 7 Mei 2018 21 Syaaban1439H

2

3

5

6

7

8

9

10

1

4

PEDULI

Beberapa pencalonan Pakatan Harapan (PAKATAN) dibatalkan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pada hari penamaan calon.

Antaranya membabitkan penyandang kerusi Parlimen Batu, Tian Chua, ekoran sabitan satu kes di mahkamah pada 2013 dan G Sivamalar kerana kegagalan mematuhi peraturan alamat tempat tinggal.

Bagaimanapun ‘baton’ perjuangan PAKATAN di kedua-dua kerusi ini diserahkan kepada calon bebas di Parlimen Batu, P Prabakaran dan calon ‘bidadari terjun’ yang juga daripada KEADILAN, Juwairiya Zulkifli, di DUN Bukit Melawati.

Antara perkara paling diperkatakan netizen

BINGKISAN

Corat-coret PRU14Pejam celik, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bakal berlangsung, dalam tempoh beberapa hari lagi. SelangorKini senaraikan 10 perkara paling menarik perhatian umum sebaik sahaja gelanggang PRU14 dibuka, pada 28 April lalu.OLEH NAZLI IBRAHIM [email protected]

Statistik PRU-14Pada PRU kali ini,

seramai 14,940,624 pengundi layak mengundi.

PRU14 juga menyaksikan seramai 2,333 calon bagi merebut 727 kerusi yang dipertandingkan.

Daripada jumlah itu, seramai 687 calon bertanding merebut 222 kerusi Parlimen dan 1,646 calon lagi bertanding, di 505 kerusi peringkat DUN.

Sebanyak 23 parti bertanding peringkat Parlimen dan 22 parti bertanding, di peringkat DUN.

PRU kali ini menyaksikan seramai 78 calon bebas bertanding dengan 24 calon di peringkat Parlimen dan 54 lagi peringkat DUN.

di media sosial dan sembang-sembang politik di warung kopi adalah penerimaan masyarakat Melayu terhadap calon juga ceramah PAKATAN yang jauh lebih baik, berbanding PRU13.

Sambutan yang diberikan dianggap sebagai petanda ter-cetusnya tsunami rakyat apabila gelombang baru ini bergabung dengan tsunami Cina dan tsuna-mi India, sekali gus meleburkan kelebihan Barisan Nasional (BN) gara-gara persempadanan baru SPR, pada PRU14.

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bu-kan sahaja memeningkan

rakyat, malahan turut menyekat perkembangan demokrasi negara.

Perkara ini dapat dilihat apa-bila pemasangan bendera dan pemidang PRU kali ini kurang

berbanding PRU13.SelangorKini difahamkan hal

ini ekoran meningkatnya kos membuat bendera kesan pelak-sanaan GST.

Bagi petugas media khususnya wartawan politik, tempoh 11 hari

berkempen adalah paling sibuk dan memenatkan dalam jangka masa lima tahun kebelakangan ini.

Selain itu, dalam tempoh 11 hari ini juga keahlian mereka dalam kumpulan whatsapp meningkat dengan mendadak apabila nombor telefon pasukan ini dimasukkan oleh ejen calon bertanding atau parti politik pelbagai peringkat.

Selepas kempen ham-pir sampai ke peng- hujung, didapati masih

terdapat sesetengah jentera parti berfikiran ke belakang apabila gagal berkempen secara matang dan tidak mempraktikkan politik idea sebagai senjata sebaliknya melancarkan serangan peribadi yang terdapat unsur fitnah, sekali gus tidak membantu pe-ngundi untuk membuat pilihan.

Netizen menganggap tinda-kan SPR melarang peng-

gunaan gambar Tun Dr Mahathir Mohamad

pada poster kempen PAKATAN sebagai satu lawak pilihan raya.

Mereka juga melihat tindakan itu sebagai tindakan terdesak untuk mempertahankan BN, pada PRU kali ini.

Perkembangan terkini, tiga lagi tokoh veteran Umno dipecat ekoran

memberikan sokongan terbuka kepada PAKATAN.

Mereka adalah Tun Daim Zai-nuddin, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Tan Sri Rafidah Aziz.

Pada saat ini, tersebar di kumpulan whatsapp bahawa Pengerusi PAKATAN, Tun Dr

Mahathir Mohamad menga-rahkan semua Parlimen di seluruh negara mengadakan lintas langsung Amanat Khas Bakal Perdana Menteri ke-7, di Langkawi.

“Tun Dr Mahathir Moha-mad, Pengerusi PAKATAN Pusat, mengarahkan semua Parlimen menganjurkan ceramah besar-besaran pada malam 8 Mei 2018, di Parli-men masing-masing.

“Tepat jam 10 malam, se-mua ceramah perlu dihentikan serta-merta untuk memberi laluan kepada siaran langsung AMANAT KHAS BAKAL PM KE-7, dari Langkawi,” kata pesanan itu.

Kajian terbaru Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati PAKATAN mampu menang besar

di Selangor apabila memper-oleh peningkatan sokongan tujuh peratus daripada 49 peratus pada tinjauan Januari lalu kepada 56 peratus pada tinjauan hujung April, selepas penamaan calon.

Berdasarkan tinjauan IDE mendapati, sokongan BN merosot empat peratus iaitu daripada 34 peratus kepada 30 peratus, manakala PAS pula didapati kekal 12 peratus sokongan, sejak Januari lalu.

Kajian ini membabitkan 52 enumerator terlatih secara bersemuka dengan lebih 6,800 responden, di 56 DUN Sela-ngor.