kawalan belanjawan

2
KAWALAN BELANJAWAN STPM KERTAS 2 1. Penting bagi sesebuah perniagaan untuk membuat perancangan dan meningkatkan prestasi di masa-masa akan datang. 2. Definisi :- satu penyata kuantitatif dan kewangan yang disediakan untuk tempoh akan datang dan polisinya diikuti sepanjang tempoh itu yang bertujuan untuk mencapai sesuatu objektif. 3. Objektif sistem kawalan belanjawan :- (a) Perancangan – merancang aktiviti supaya objektif boleh tercapai. (b) Koordinasi – menggabungkan semua aktiviti terhadap pencapaian objektif. (c ) Motivasi –menggalakkan kerjasama diantara semua pihak bagi menjayakan sesuatu perancangan. (d) Penilaian – menilaikan prestasi dari masa ke semasa dengan membandingkan prestasi sebenar dengan yang dirancangkan. (e) Perlaksanaan – tindakan yang sewajarnya diambil untuk memulihkan keadaan apabila prestasi tidak memuaskan. 4. Jenis-jenis belanjawan. A : Belanjawan Jualan * Disediakan oleh pengurus jualan * Tujuannya untuk merancang volum yang patut dijual * Ramalan berdasarkan berdasarkan kepada:- i – Pengalaman dan pengetahuan tentang pasaran dan pesaing ii – Laporan daripada jurujual tentang pasaran dan citarasa pelanggan iii – laporan kajian dan penyelidikan iv – Analisis daripada data-data statistik yang terkumpul B : Belanjawan Pengeluaran * Disediakan oleh pengurus pengeluaran. * Tujuannya untuk merancang volum yang patut dikeluarkan * Anggaran pengeluaran bergantung kepada:- i – Anggaran jualan ii – Pegangan stok bagi sesuatu tempoh Pengeluaran diperlukan = Anggaran Jualan + Stok Akhir – Stok Awal C : Belanjawan Penggunaan Bahan * Disediakan oleh pengurus pengeluaran * Amaun yang diperlukan bergantung kepada :- i – Bahan yang digunakan untuk setiap unit barang siap ii – Peruntukan tentang pembaziran dan kerosakan D : Belanjawan Belian Bahan

Upload: nurul-natasha

Post on 02-Sep-2015

228 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Merangkumi silibus perakaunan STPM

TRANSCRIPT

KAWALAN BELANJAWANSTPM KERTAS 21. Penting bagi sesebuah perniagaan untuk membuat perancangan dan meningkatkan prestasi di masa-masa akan datang.

2. Definisi :- satu penyata kuantitatif dan kewangan yang disediakan untuk tempoh akan datang dan polisinya diikuti sepanjang tempoh itu yang bertujuan untuk mencapai sesuatu objektif.

3. Objektif sistem kawalan belanjawan :-(a) Perancangan merancang aktiviti supaya objektif boleh tercapai.(b) Koordinasi menggabungkan semua aktiviti terhadap pencapaian objektif.(c ) Motivasi menggalakkan kerjasama diantara semua pihak bagi menjayakan sesuatu perancangan.(d) Penilaian menilaikan prestasi dari masa ke semasa dengan membandingkan prestasi sebenar dengan yang dirancangkan.(e) Perlaksanaan tindakan yang sewajarnya diambil untuk memulihkan keadaan apabila prestasi tidak memuaskan.

4. Jenis-jenis belanjawan.A : Belanjawan Jualan * Disediakan oleh pengurus jualan * Tujuannya untuk merancang volum yang patut dijual * Ramalan berdasarkan berdasarkan kepada:- i Pengalaman dan pengetahuan tentang pasaran dan pesaing ii Laporan daripada jurujual tentang pasaran dan citarasa pelanggan iii laporan kajian dan penyelidikan iv Analisis daripada data-data statistik yang terkumpul

B : Belanjawan Pengeluaran * Disediakan oleh pengurus pengeluaran. * Tujuannya untuk merancang volum yang patut dikeluarkan * Anggaran pengeluaran bergantung kepada:- i Anggaran jualan ii Pegangan stok bagi sesuatu tempoh

Pengeluaran diperlukan = Anggaran Jualan + Stok Akhir Stok Awal

C : Belanjawan Penggunaan Bahan * Disediakan oleh pengurus pengeluaran * Amaun yang diperlukan bergantung kepada :- i Bahan yang digunakan untuk setiap unit barang siap ii Peruntukan tentang pembaziran dan kerosakan

D : Belanjawan Belian Bahan * Diuruskan oleh pengurus belian * Amaunnya bergantung kepada :- i Amaun bahan yang akan digunakan ii Anggaran pegangan stok Anggaran Belian = Anggaran Penggunaan + Stok Akhir Stok Awal

E : Belanjawan Buruh Langsung * Disediakan oleh pengurus kakitangan * Merancang penggunaan tenaga buruh bagi mengeluarkan produk yang dirancangkan * Jumlah jam kerja bergantung kepada:- i Masa yang diperlukan untuk mengeluarkan barang siap ii Peruntukan masa terbiar dan kerosakan mesin

F : Belanjawan Overhed Kilang * Disediakan oleh pengurus kilang * Tujuannya menganggarkan jumlah overhed yang dijangka akan berlaku. * Amaun overhed bergantung kepada tabiat overhed sama ada tetap atau berubah.

G : Belanjawan Tunai * Disediakan oleh ketua akauntant * Tujuannya melihat penerimaan dan pembayaran bagi sesuatu tempoh * Kekurangan akan dibiayai oleh pinjaman

H : Penyata Pendapatan Pro-forma * Anggaran hasil dan belanja bagi sesuatu tempoh untuk menentukan keuntungan

I : Kunci Kira-kira Pro-Forma * Anggaran baki-baki bagi akaun yang terlibat.