96127558 belanjawan awam

Download 96127558 Belanjawan Awam

Post on 27-Dec-2015

43 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

GMGF2014 - EKONOMI & PEMBANGUNAN

TRANSCRIPT

Belanjawan awam

1.0 PengenalanMalaysia mengamalkan sistem ekonomi campuran di mana kerajaan dan pasaran secara bersama memainkan peranan masing-masing dalam perlaksanaan asas ekonomi seperti apa, berapa banyak perlu dikeluarkan, bagaimana ia dikeluarkan dan untuk siapa ia dikeluarkan. Dalam kertas karangan ini akan membincangkan tentang definisi belanjawan, tujuan atau objektif belanjawan. Komponen yang terdapat dalam belanjawan, dan juga sistem-sistem belanjawan yang ada di Malaysia.2.0Definisi BelanjawanBelanjawan merupakan satu pernyataan hasil dan perbelanjaan bagi masa hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusansumber-sumber ekonomi negara untuk memenuhi keperluan rakyat. Belanjawan negara merupakan anggaran perbelanjaan dan hasil untuk satu-satu tahun kewangan tertentu. Dalam konteks Malaysia, Belanjawan Negara dibentangka di Parlimen pada bulan Oktober atau November setiap tahun oleh Menteri Kewangan (Ahmad Atory, 1983).

Khoo Boon, Cheng Hin & Che Ros Zainal (2006) menyatakan bahawa belanjawan negara ialah satu penyata anggaran kerajaan tentang perbelanjaan dan hasilnya untuk satu tahun kewangan yang akan datang. Dalam belanjawan negara, kerajaan akan mengumumkan perubahan dalam kadar cukai yang memperkenalkan cukai baru dan memansuhkan cukai yang lama. Dalam belanjawan negara ini juga, kerajaan juga mengumumkan rancangan perbelanjaan kerajaan seperti jumlah peruntukan perbelanjaan mengurus dan jumlah peruntukan pembangunan.Selain itu, Robert W. Smith dan Thomas D. Lynch menghuraikan belanjawan awam melalui empat perspektif iaitu dari perspektif ahli politik, ahli ekonomi, akauntan dan juga dari perspektif pengurusan awam. Bagi ahli politik, ia yang melihat proses bajet sebagai "peristiwa politik yang dijalankan dalam arena politik bagi tujuan politik". Manakala bagi ahli ekonomi menganggap bajet sebagai sesuatu perkara yang memperuntukkan sumber dari segi kos dan peluang di mana memperuntukkan sumber kepada satu pengguna dengan mengambil sumber dari pengguna lain.

Dari perspektif akauntan pula memberi tumpuan kepada nilai akauntabiliti dalam belanjawan yang menganalisis jumlah belanjawan untuk perbelanjaan sebenar dengan itu menerangkan "kebijaksanaan polisi asal". Manakala dari segi perspektif pengurus awam pula, Smith dan Lynch mendefinisikan belanjawan merupakan satu alat dasar untuk menerangkan pelaksanaan dasar awam. Di samping itu, mereka membangunkan definisi operasi:A "budget" is a plan for the accomplishment of programs related to objectives and goals within a definite time period, including an estimate of resources required, together with an estimate of resources available, usually compared with one or more past periods and showing future requirements.

Sementara itu, mengikut Robert D. L, Ronald W. J, Philip G. J (2008), belanjawan bertujuan sebagai satu mekanisme untuk menetapkan matlamat dan objektif, untuk memperuntukkan sumber yang diperlukan kearah objektif untuk mengukur kemajuan ke arah objektif, untuk mengenal pasti kelemahan atau kekurangan dalam organisasi, dan untuk mengawal dan mengintegrasikan pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh subunit banyak dalam tempoh yang besarbirokrasi, awam dan swasta.

Selain itu, Kementerian kewangan Malaysia telah mendefinisikan konsep bajet belanjawan merupakan satu perancangan yang menggariskan I. Dasar, matlamat dan strategi kerajaan yang akan dilaksanakan dalam tahun bajet,II. Program, aktiviti dan projek yang akan dilaksanakan bagi mencapai strategi dan matlamat yang ditetapkan,III. Pengagihan sumber kewangan mengikut program, aktiviti dan projek.IV. Bagaimana dan berapa banyak hasil yang dikutip untuk membiayai program, akitiviti dan projek yang dirancang,V. Jumlah pembiayaan dari sumber pinjaman VI. Sasaran prestasi output dan impak

Oleh itu, belanjawan boleh dedifinisikan sebagai merupakan satu perancangan tahunan yang mempunyai kepentingan tersendiri untuk mewujudkan pertumbuhan ekonomi dan agihan pendapatan yang adil dalam rangka kewangan yang mantap. Ia mengandungi perancangan ekonomi, kewangan dan sosial untuk pertumbuhan berterusan serta menjamin agihan kekayaan negara dengan adil. Dalam bahagian seterusnya akan membincangkan tentang tujuan membuat belanjawan dan rasionalnya.

3.0Tujuan membuat belanjawan

Kementerian Kewangan Malaysia turut menyatakan rasional keperluan bajet belanjawan iaitu untuk mengurus sumber kewangan yang terhad bagi memenuhi keperluan dan kehendak yang tidak terhad. Antara tujuan belanjawan adalah untuk memberi arah kepada tindakan kerajaan untuk memaksimumkan faedah dari penggunaan sumber yang terhad. Bajet menentukan keutamaan kerajaan dalam perbelanjaaan, bajet belanjawan sebagai alat yang mempengaruhi kegiatan ekonomi negara dan alat pengagihan kekayaan bagi menjamin keadilan sosial.Selain itu, Dr. Jamal Ali (2009), telah menyatakan beberapa objektif dan kepentingan belanjawan kepada negara. Antara objektif dan kepentingan Dasar Belanjawan adalah untuk:I. Ke arah pengurusan ekonomi yang cekapPengurusan ekonomi yang cekap bertujuan untuk mencapai matlamat pembangunan. Ia memainkan peranan penting dalam menjamin kedudukan kewangan dan imbangan pembayaran yang kukuh. Oleh itu, bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik, pihak swasta dan persendirian perlu memainkan peranannya sebagai jentera pertumbuhan manakala pihak kerajaan adalah penyokongnya. Sebagai contoh, untuk menggalakkan perkembangan ekonomi, keperluan infrastruktur yang baik diperlukan. Oleh yang demikian pada pembentangan belanjawan peruntukan tertentu diberikan untuk pembangunan infrastruktur seperti pembinaan jalanraya, landasan keretapi dan pelabuhan.II. Pertumbuhan ekonomiKerajaan perlu menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi yang dicapai melalui aktiviti-aktiviti dalam sektor pertama, kedua dan ketiga akan memberikan pendapatan dan pekerjaan kepada penduduk. Untuk membiayai pelaburan dalam ekonomi, tabungan diperlukan. Oleh yang demikian usaha menggalakkan tabungan persendirian dikalangan penduduk perlu diberi perhatian. Dari segi dasar belanjawan pula, dibuat perbelanjaan ke atas kemudahan awam, perdagangan dan perindustrian, pengangkutan, perhubungan komunikasi dan pentadbiran awam. Bagi menggalakkan kemasukan pelabur asing ke Malaysia, insentif pengecualian cukai boleh diberikan kepada pelabur baru.

III. Mencapai kestabilan hargaKestabilan harga dan kawalan inflasi turut diberi penekanan. Hasil daripada kekukuhan ekonomi, peningkatan pendapatan berlaku. Akibatnya permintaan dalam negeri meningkat dan jika ia tidak diikuti dengan tambahan penawaran barangan, harga barangan akan meningkat (ditunjukkan oleh angka indeks harga pengguna yang meningkat). Ini memberikan satu kesan yang tidak baik terhadap ekonomi sesebuah negara.

IV. Sebagai mekanisme pengagihan yang lebih setaraDisebabkan manusia mempunyai kebolehan, kemahiran, kecekapan, kesihatan, kekuatan semangat dan sebagainya yang berbeza-beza, sudah tentu pendapatan yang diterima oleh mereka juga berbeza-beza. Untuk mengurangkan perbezaan agihan pendapatan tersebut, kerajaan perlu membuat dasar belanjawan yang sesuai untuk mengagihkan semula pendapatan dari golongan yang kaya kepada golongan yang miskin. Contoh dasar yang boleh dibuat ialah mengenakan cukai dan menggunakan hasil cukai tersebut untuk memberi biasiswa kepada anak-anak orang miskin, menyediakan rumah yang bersesuaian dan mengujudkan peluang-peluang perniagaan.

4.0Komponen Belanjawan

PembiayaanHasil

Kumpulan Wang Disatukan

Bajet / Belanjawan

Perbelanjaan

Rajah 1.1 : Komponen Belanjawan

Rajah 1.1 di atas menunjukan komponen-komponen belanjawan awam dalam membuat sesuatu perbelanjaaan awam. Jumlah hasil dan pembiayaan akan disatukan dan membentuk kumpulan wang disatukan. Belanjawan memainkan peranan untuk menentukan penggunaan sumber yang diperolehi terhadap perkara atau bidang mengikut keutamaan dan seterusnya menentukan perbelanjaan . Bahagian seterusnya akan membincangkan tentang sumber- sumber hasil negara.

5.0Sumber hasil negara.Bagi menampung kos perbelanjaan, sektor awam mengutip hasilnya melalui hasil cukai, hasil bukan cukai, serta pinjaman dan penggunaan harta kerajaan. Sepintas lalu, hasil Kerajaan Persekutuan terus meningkat dari tahun ke tahun. Ini bersesuaian dengan pertumbuhan ekonomi negara yang meningkat dengan kadar lapan peratus setahun pada masa kini.

5.1Hasil cukaiHasil cukai terdiri daripada cukai langsung dan cukai tak langsung, yang dikenakan di bawah pelbagai undang-undang seperti Akta Cukai Pendapatan 1947 dan Akta Kastam 1967 dan lain-lain.a) Cukai Langsung - terdiri daripada cukai pendapatan korporat, cukai pendapatan petroleum, cukai pendapatan individu, cukai harta pusaka, cukai spekulasi tanah dan cukai atas keuntungan harta benda.b) Cukai Tak Langsung - terdiri daripada duti eksport, duti import, duti eksais, cukai jualan, cukai perolehan, cukai perkhidmatan, cukai perjudian dan lesen-lesen selain daripada pengangkutan jalanraya.

5.2 Hasil Bukan Cukai dan Penerimaana) Hasil Bukan Cukai - mencakupi bayaran lesen kenderaan bermotor, faedah dan perolehan pelaburan (dari Kumpulan Wang Matawang Lebihan dan keuntungan Bank Negara Malaysia) dan royalti ke atas petroleum.b) Penerimaan - terdiri daripada bayaran balik bagi perbelanjaan, kredit antara jabatan, pulangan balik bayaran lebihan atau bayaran tersilap dalam tahun fiskal yang lepas, penerimaan daripada agensi kerajaan yang lain dan hasil daripada Wilayah Persekutuan dan Labuan.

6.0Pusingan Belanjawan (budget cycle)Pusingan belanjawan budget cycle ialah satu proses atau kitaran aktiviti-aktiviti yang berhubung dengan perbelanjaan. Di Malaysia, ianya mengandungi lima aktiviti utama iaitu penyediaan, pemeriksaan, kelulusan, pelaksanaan dan pengauditan belanjawan. Banyak agensi yang terlibat dalam setiap peringkat yang biasanya mengambil masa me