kavitha teacher assignment.docx

Upload: gouri-vediappan

Post on 06-Jan-2016

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

hbpe 4403 biomekanik

Olahraga merupakan aktiviti fizikal yang terdiri daripada beberapa acara yang melibatkan fizikal seseorang. Aktiviti aktiviti yang dapat dikategorikan dalam olahraga adalah lebih berasaskan kepada pergerakan semulajadi. Contoh contoh aktiviti pergerakan semulajadi adalah seperti larian, lompatan dan balingan. Olahraga merupakan lebih mengandungi nilai pendidikan, dan memberi peningkatan kepada fizikal seseorang. Secara tidak langsungnya, ia juga memberi keperluan asas yang optimum kepada beberapa sukan yang lain. Dalam pada ini, acara lontar peluru adalah salah satu acara olahraga. Ia dikategorikan dalam acara padang yang melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu logam besi yang berat sejauh yang boleh dari satu tempat yang statik.Pada abad ke 19, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandikan bermula. Tambahan pula, kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara ini telah diperkenalkan ke negara negara lain seperti Greek. Akhirnya, acara ini juga telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896. Sebenarnya, dalam acara lontar peluru ini perkara perkara yang harus dipertimbangkan adalah peralatan dan kelengkapan, kaedah pegangan peluru, teknik lontaran, undang undang dan peraturan. Seseorang atlit bagi acara lontar peluru ini perlu menguasai semua aspek sepertimana tertera di atas. Dengan ini, atlit itu dapat mencapai kemahiran dengan tahap maksimum dalam acara olahraga ini. Terdapat beberapa atlit yang menceburi dalam acara olahraga ini. Pada tahun 1950, seorang atlit yang bernama Perry OBrien dari Amerika Syarikat menonjal dalam acara ini dan mencipta satu teknik lontaran baru iaitu lontaran OBrien. Pada tahun 1994 lahir pula seorang atlit yang bernama Jackson juga dikenali sebagai Jacko Gill iaitu atlit bagi acara lontar peluru dari New Zealand. Beliau mendapat pingat emas dalam Kejuaraan Dunia Junior di Olahraga pada tahun 2010 dan 2012.Dalam menganalisis sebuah video yang dikeluarkan oleh Didier Poppe yang menunjukkan contoh lontar peluru sedang beraksi didapati kemahiran yang perlu digunakan untuk melontar peluru dengan cara yang betul dan tepat. Dalam video tersebut lebih ditekankan teknik yang terlibat dalam melaksanakan lontar peluru, dan biomekanik yang terlibat dalam acara lontar peluru. Sebelum kita melangkah jauh, apakah peralatan dan kelengkapan yang digunakan dalam acara lontar peluru ini? Sebenarnya, acara lontar peluru tidak memerlukan peralatan yang banyak tetapi peluru dan gelanggang merupakan peralatan dan kelengkapan. Tambahan pula, berat peluru ini bergantung kepada jantina. Bagi lelaki peluru 7.2kg digunakan manakala bagi peserta perempuan pula, 4kg digunakan. Bagi mengukur jarak lontaran pita pengukur digunakan supaya bacaan diambil dengan tepat. Dalam sesuatu lontaran perkara yang paling asas dalam biomekanik yang diambil kira adalah daya, jisim dan pecutan. Sebenarnya, purata kepecutan sama dengan perubahan kelajuan bagi masa iaitu F = maSeterusnya, terdapat beberapa teknik dalam lontaran peluru iaitu teknik berdiri, lontaran sisi, teknik O Brien dan teknik membelakangi kawasan lontaran iaitu disebut sebagai step back. Teknik berdiri dapat memastikan pergerakan tangan dan bahu yang betul dalam acara ini. Dalam video Didier Poppe yang menunjukkan contoh lontar peluru yang sedang beraksi oleh Jacko Gill kita dapat lihat bahawa beliau telah menggunakan teknik OBrien. Teknik OBrien ini merupakan teknik yang biasanya digunakan oleh atlit atlit peringkat tinggi yang mempunyai kemahiran lontaran yang tinggi dan juga pengalaman yang luas dalam acara ini. Dalam teknik Perry OBrien ini terdapat empat fasa yang utama iaitu fasa lakuan sedia, lungsuran, kilasan badan, lontaran ikut lajak dan pulihan. Dalam lakuan sedia pelontar berdiri membelakangkan arah lontaran. Manakala, kakinya pula bebas diangkat ke atas. Tambahan pula, bahagian badan dibongkokkan ke hadanpan sehingga selari dengan tanah. Seterusnya, pada fasa lungsuran badan dicondong ke hadapan dan berat badan dirasa ke atas kaki kanan, dalam pada ini pergerakan melungsur dilakukan. Lungsuran ini sebenarnya, dibuat dengaan kaki kanan dijengketkan dan lutut dibiarkan bengkok ke belakang. Pada masa serentak dengan pergerakan ini, kaki kiri ditendang ke bahagian hadapan bulatan. Badan pelontar juga masih dalam keadaan condong.Seterunya, pada akhir pergerakan lungsuran dan apabila kaki bebas, didapati kaki kiri telah pun betapak di belakang papan penahan, badan pun akan mula mengilas ke atas dan ke hadapan. Lungsuran dan kilasan sebenarnya perlu dilakukan sebagaii satu pergerakan yang terus menerus supaya tidak menjejaskan pengumpulan daya untuk membuat lontaran. Dalam teknik ini, fasa terakhir yang terlibat adalah fasa lontaran, ikut lajak dan pulihan. Gaya ini sebenarnya, boleh dirujuk kepada lontaran dan pulihan dalam gaya melungsur selangkah. . Dalam menganalisis video ini didapati, dalam lingkungan masa 1 minit 84 saat lontaran dilakukan Jacko Gill. Pada permulaan beliau telah berdiri dengan membelakangi arah lontaran dan kaki kanan pula bersentuh dengan garisan belakang. Badannyajuga dibongkokkan dan mengangkat kaki serta merapatkan dengan kaki kanan. Seterusnya pula, langkahnya dimulakan dengan kaki kanan pada saat yang ke 5. Lutut kanan pula dibengkokkan manakala tangan kiri dikeluarkan. Dalam dua saat tangan kiri diayunkan dan dikeluarkan dengan 90 darjah pada saat yang ke 7. Seterusnya pula, dalam lingkungan 2 saat tangan kiri didepakan ke arah tempat lontaran. Pada 1minit 2 saat dimulakan langkah kaki kanan dengan 90 darjah. Pada 1 minit 44 saat pula, kaki kiri pula dalam keadaan melayang manakala pada 1 minit 48 saat pula kaki kanan diturunkan. Dalam lingkungan 4 saat Jacko Gill berada kearah melontar peluru. Seterusnya pula, bola dilontarkan ke arah lontaran. Sebenarnya, bagi beliau hanya 16 saat sahaja diambil untuk kaki diturunkan dan lontaran peluru dilakukan. Terdapat 8 fasa dalam melontarkan peluru ini dan hanya atlit yang mahir sahaja boleh digunakan sepertimana yang dilakukan oleh Jacko Gill.Jika dikaji dari sudut yang lain, dalam video ini ditunjukkan dua jenis lontaran Jacko Gill. Dalam melontar peluru ini beliau telah mendapati bacaan yang berbeza. Pada kali pertama bacaannya dintar sejauh 19.98m manakan pada lontaran kedua pula bacaannya adalah dikira iaitu 20.01m. sebenarnya, terdapat biomekanik yang terlibat dalam melaksanakan acara lontar peluru ini. Dalam acara lontar peluru biasanya semasa permulaan perlu dikenakan satu daya yang lebih besar daripada berat badan untuk menggerakannya untuk memecutkan peluru tersebut. Hukum pecutan dikatakan bahawa apabila sesuatu objek dikenakan sesuatu daya, ia akan bergerak ke arah yang sama dengan daya yang berkenaan. Tambahan pula pecutan juga berkadar terus dengan daya yang dikenakan dan berkadar songsang dengan saiz dan jisim objek.Bagi acara lontar peluru ini, alatan tidak boleh diubah kerana terikat dengan undang undang pertandingan. Oleh itu, atlit Jacko Gill ini menggunakan impuls untuk mendapatkan jarak lontaran yang jauh. Dalam video ini kedudukan lengan pelontar lurus telah menghasilkan impuls yang tinggi pada daya yang ditarik pada sebelah tubuh supaya pemecutan yang tinggi berlaku ke atas peluru. Sepertimana diketahui semua, setiap aksi yang dilakukan mesti terdapat reaksinya. Tindak balas yang sama magnitud dari arah yang bertentangan. Maka boleh memaksimumkan daya yang diaplikasikan ke atas objek melalui daya tindak balas dari tanah. Tambahan pula, demi mengekalkan kestabilan semasa tindakan daya yang maksimum ini, beliau mengarahkan posisi badan ke arah pergerakan yang telah ditentukan. Tolakan kaki pada papan penghadang di tanah akan menghasilkan daya yang bertentangan yang sama dengan tolakan peluru. Dalam video ini didapati sudut pelepasan yang digunakan adalah di antara 35 hingga 42 darjah. Sebenarnya, ketinggian atlit juga dikatakan memaikan peranan penting dalam melontar jarak yang lebih jauh. Dalam video ini kita dapati, dalam melontar peluru, pusat graviti bagi atlit bermula dari penghujung tapak sokongan dan berakhir di hadapan sokongan pelontar. Dalam acara lontar peluru ini dua daya yang penting terlibat iaitu daya yang menarik masuk yang disebut sebagai daya Centrepetal. Bagi daya yang menarik keluar dari pusat pula dipanggil Daya Centrefugal.Seterunya, dalam mengkaji video Jacko Gill ini didapati bahawa semasa melontar peluru ini pada 1 minit 40 saat iaitu fasa permulaan iaitu fasa lakuan sedia didapati bahawa kakiya dibengkok sebanyak 114.5 darjah manakala badannya pula pada sudut 38.6 darjah. Semasa fasa berhadapan melontar didapati kaki kirinya dibengkokkan sebanyak 123.0 darjah dan badannya pula pada sudut 47.3 darjah. Manakala dalam fasa memusing didapati badannya pula direndahkan lagi dengan kaki kirinya 103.6 darjah dan badannya pula pada sudut 45.3 darjah. Seterunya kaki kanan dipusing 90 darjah dan pada kedudukan itu badannya dibengkokkan 49.1 darjah dan kaki kirinya pula pada 104.7 darjah. Pada fasa melontar selepas satu pusingan didapati kaki kanan dibengkokkan 108.4 darjah manakala badannya pula 45.6 darjah. Kedudukan kedua dua kaki semasa melontar peluru ini adalah 0.83m jaraknya. Semasa melepaskan peluru didapati tangan yang melepaskan pada kedudukan 34.5 darjah. Kakinya pula melonjak sebanyak 0.6 m dari tapak gelanggang. Ketinggian dalam melepaskan peluru adalah pada 2.05m. Dengan ini didapati Jacko Gill melontar peluru tersebut pada jarak 19.98m. Jika ditinjau dari perspektif yang lain, pada jarak lontaran 20.01m, pada fasa permulaan Jacko berdiri membelakangi arah lontaran dan kaki kanan juga bersentuh dengan garisan belakang. Jarak antara kedua dua kakinya adalah 0.71m. Seterusnya beliau memusing pada arah lawan jam dengan mengeluarkan tangan kirinya pada 90 darjah lurus. Kaki kanan tidak menyentuh gelanggang manakala kaki kiri pula memusing pada 135.1 darjah. Lutut juga dibengkokkan dan ayunan tangan kiri keluar. Jacko pusing ke hadapan pada sudut 20.5 darjah. Seterusnya kaki kanannya pula diayunkan dan badan dipusingkan. Pada masa itu kuasa yang dikeluarkan adalah 43.5 darjah pada ketinggian 1.20m. seterusnya kaki kiri menyentuh tapak pada sudut 105.1 darjah. Bahu dipusingkan dan pinggang dan tolak serta peluru dilepaskan dengan kuat. Pada masa kedudukan ini, jarak antara kedua dua kaki adalah 0.40m. lajakan ayunan telah dilakukan dengan memindahkan berat badan ke hadapan dan diimbangkan dengan tangan kiri. pada jarak lontaran 20.01m cara melontar digunakan adalah teknik yang sama manakala kuasa untuk melontarkan peluru itu berbeza menyebabkan bacaan yang lebih jauh dibandingkan dengan lontaran yang pertama olehnya. Masa lontaran juga agak berbeza bagi kedua dua lontaran tersebut yang menyebabkan jarak lontaran yang berbeza.Jika dikaji dari sudut yang lain, isu isu kejurulatihan lontar peluru adalah pertamanya atlit mempunyai kurang berkemahiran. Atlit atlit ini tidak dapat menguasai teknik teknik sepertimana atlit Jacko Gill. Masalah kekurangan tenaga jurulatih juga merupakan isu isu yang sering timbul dalam acara sukan ini. Biasanya, acara seperti ini kurangnya orang yang menceburi manakala jurulatih pun tidaklah berkaliber. Seterunya pula, isu isu pergaduhan dan pertelingkahan yang berlaku dalam acara seperti ini sering menjadi isu yang tidak dapat dinafikan. Sebenarnya, isu ini timbul antara atlit dengan jurulatih, jurulatih dengan pengadil akibat ketidakpuashatian dalam keputusan. Tambahan pula, ketidakadilan dalam membuat keputusan dan isu isu perebutan jawatan antara jurulatih juga tidak dapat dinafikan. Kekurangan peruntukan untuk infrastruktur dan kemudahan kekurangan peruntukan juga isu yang hangat diperkatakan. Infrastruktur yang kurang seperti alat dan kelengkapan akan menyebabkan tidak dapat mewujudkan atlit yang mahir. Kekurangan peruntukan juga akan menyebabkan infrastruktur tidak dapat dibaik pulih dan diubahsuai. Dengan ini, aktiviti sukan dan rekreasi tidak dapat dijalankan dengan lancar. Ketidakadilan dalam membuat keputusan juga akan menyebabkan beberapa pihak tidak puas hati. Perkara ini akan menyebabkan perselisihan dan persaingan yang tidak sihat antara setiap pihak. Oleh sebab itu, pemimpin badan sukan haruslah bersifat adil dan saksama di samping menilai keputusan dengan pemikiran yang wajar.Langkah langkah keselamatan adalah faktor yang paling penting bagi seseorang peserta lontar peluru. Acara ini boleh membahayakan diri sendiri semasa lompatan dan boleh juga membahayakan orang lain di sekeliling kawasan lontaran atau orang lain yang berdiri berdekatan dengan peserta. Oleh sebab itu, langkah langkah keselamatan perlu diberi perhatian supaya acara dijalankan dengan selamat. Perkara pertama yang perlu diambil kira adalah selalu memastikan kawasan peluru mendarat sesuai dan bebas dari gangguan. Pastikan juga orang yang berada di sekeliling peserta memerhatikan apa yang sedang dilakukan dan akan dilakukan oleh peserta. Apabila lontaran dibuat dalam kumpulan, peluru mestilah dilontar serentak dan apabila memungut peluru yang dilotar perlu juga dilakukan secara serentak. Seterusnya, pelontar dan jurulatih juga perlu memastikan atlit mengetahui cara memegang dan membawa peluru dengan cara yang betul. Dalam acara ini juga atlit perlu memastikan lontaran dibuat mesti ke satu arah sahaja. Tidak ke arah orang di sekeliling. Atlit juga mestilah diletakkan sepanjang satu aris lurus dan sekurang kurangnya berjarak 5 meter antara satu sama lain. Jurulatih juga perlu memastikan tidak ada orang lain yang melintas garisan lontaran selagi lontaran belum lagi dibuat atau peluru mendarat. Pelontar juga perlu memastikan perkara ini sebelum melontar peluru supaya tidak membawa bahaya kepada orang lain. Jurulatih juga perlu memastikan atlit yang melontar dengan tangan kiri mestilah diletakkan dalam satu kumpulan dan diberi latihan mengikut cara yang betul. Blok kayu juga haruslah tidak bergigi atau tajam. Jika, peluru lembab atau basah, peluru tersebut perlu sapu dengan kain supaya tidak tercicir dari tangan. Langkah keselamatan yang paling penting bagi seseorang atlit adalah arahan daripada jurulatih mestilah terang, jelas dan juga tegas supaya atlit tersebut dapat melontar dengan tepat dan betul.Seorang jurulatih juga perlu memberi pertimbangan dalam beberapa perkara dalam acara lontar peluru ini. Kawasan sekitar lontaran perlu diberi perhatian supaya tidak ada sebarang perkara yang membahayakan pelontar ataupun orang di sekeliling. Gelanggang acara lontar peluru ini perlu dibersihkan, bebas dari rumput, kotoran dan bahan buangan yang lain. Jurulatih juga harus memastikan kawasan kuning disekat supaya orang lain tidak bersiar siar ke dalam kawasan melontar peluru. Kawasan pendaratan juga perlulah memastikan supaya peluru tidak akan membuat lantunan atau pantulan peluru. Tegasnya, jurulatih juga perlu mengadakan pertemuan dengan ibu bapa atlit untuk menjelaskan prosedur keselamatan. Selain itu, amalan pemanasan badan dengan menggunakan alatan iaitu peluru tidak boleh bermula seingga jurulatih itu hadir ke tapak acara lontar peluru. Jurulatih yang perlu memainkan peranan supaya siapa yang boleh memasuki kawasan gelanggang dan sekitar acara semasa acara dijalankan. Selepas acara tamat, semua alat alat perlu diletak ditempat yang sesuai seperti stor sukan. Latihan bagi lontara peluru ini perlu dijalankan di kawasan lontar peluru sahaja jurulatih perlu memastikannya dan tidak boleh membenarkan atlit berlatih di mana mana tempat sahaja.

Selain itu, pelatih juga perlu diperhatikan oleh seseorang jurulatih supaya segala masalah yang dihadapi oleh seseorang atlit acara lontar peluru dapat ditangani dengan cara yang betul. Seorang jurulatih perlu mengetahui pegawai yang berurusan supaya keadaan berbahaya yang dihadapi oleh atlit tersebut dibawa perhatian kepada pegawai tersebut. Selain itu, sepanjang pertandingan dijalankan apabila didapati seseorang atlit dalam keadaan bahaya ataupun menipa kecederaan perlu dilaporkan kepada ketua pengadil.

Tambahan pula, seseorang jurulatih perlu mengambil tahu kegunaan gelanggang dan menetapkan masa membuat senaman sebelum acara dimulakan ataupun semasa latihan dijalankan. Kon perlu diletakkan di tengah tengah untuk menujukkan bahawa bulatan tidak bersedia untuk memanaskan badan dan perlu juga memastikan keadaan gelanggang yang selamat dari segi kebersihan serta bebas daripada sampah sarap. Jika ingin bersihkan kawasan gelanggang lakukannya pada akhir pusingan ataupun atas permintaan atlit. Selain daripada ini, jurulatih juga harus meminta pengurusan untuk melakukan penyelenggaraan gelanggang seperti memotong rumput sekurang kurangnya dua hari lebih awal dari pertandingan.

Kesimpulannya bahawa acara lontar peluru ini sebenarnya memerlukan kemahiran yang tertentu jika seseorang individu itu ingin melibatkan diri dalam acara olahraga ini. Sebagai acara pertandingan, lontar peluru biasanya lebih sesuai bagi pelajar sekolah menengah kerana risikonya tinggi. Walau bagaimanapun, asas melontar peluru seperti acara acara olahraga yang lain, boleh juga diperkenalkan kepada pelajar sekolah rendah. Sebenarnya, cara pengajaran dan latihan hendaklah disesuaikan dengan kemampuan murid sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Jurulatih perlulah mahir dalam setiap perkara yang ditekankan dalam acara ini supaya seseorang atlit mahir dalam acara ini.

Lontar peluru ini merupakan acara yang dikatakan paling mudah dilakukan dibandingkan dengan acara acara olahraga yang lain. Walaupun, untuk memenangi acara ini seseorang atlit itu perlu kuat dari segi fizikal dan mental. Pelontar juga harus mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan juga gaya lontaran yang baik diperolehi melalui latihan bersistem di bawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara lontar peluru ini. Selai daripada mengetahui praktikal sesuatu acara atlit juga perlu mahir dalam teori acara tersebut. Seseorang pelontar harus mengetahui biomekanik yang terlibat dalam acara mereka supaya setiap aksi ataupun fasa yang dilakukan dengan cepat dan tepat. Oleh sebab itu, untuk mendapat kejayaan dalam acara lontar peluru ini, atlit acara ini haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasikan teknik dan gaya lontaran yang baik yang deperolehi melalui latihan bersistem di bawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara lontar peluru ini.

September 20148