kata-kata_hikmah.pdf

Upload: ismail-ibrahim

Post on 07-Jan-2016

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 1. "Kalau hidup ini pahit, Allah lah gulanya"

    2. Tidak perlu kenal bertahun-tahun. Orang yang sudah mencintai Allah, maka akan dengan mudah ia mencintai orang yang juga mencintai Allah.

    3. Ujian yang Allah beri tu kadang-kadang hati kita rasa tak sama.Semua bergantung pada tahap iman kita.

    4. Kalau iman tengah tinggi macam gunung.. datang la ujian besar mana, kita boleh lalui dengan tenang..yela, iman tengah bertambah..

    5. Kalau iman dalam keadaan lemah longlai..berkurang.. ujian sekadar

    jentikan dari Allah kita dah rasa macam tsunami yang menimpa..walhal benda kecil je pun.

    6. Tapi apa yang Allah beri pada kita, memang betul-betul sesuai pada ukuran iman dan kemampuan diri kita untuk hadapi. Tak mampu, Allah

    takkan beri.

    7. Jangan bandingkan ujian orang lain dengan ujian kau. Setiap orang tak

    sama. Alangkan saiz kasut... saiz baju pun berbeza-beza, inikan ujian kiriman Tuhan..

    8. Merantaulah. Gapailah setinggi-tingginya impianmu. Bepergianlah. Maka ada lima keutamaan untukmu; melipur duka dan memulai penghidupan

    baru, memperkaya budi, pergaulan yang terpuji, serta meluaskan ilmu

    9. Sungguh, bukan mekap, beg tangan, baju seluar, kasut tumit, yang

    membuatkan kita cantik di mata Tuhan. Yang membuatkan kita cantik di mata Tuhan adalah kerana kita menepati

    indikator perempuan yang mukminah lagi solehah.

    10. Mengejar manusia kita akan lelah. Kejar Tuhan inshaAllah kita takkan

    rebah.

  • 11. Kerana egolah Azazil merasakan dirinya lebih baik penciptaannya dari

    Adam.

    12. Bukan mudah nak sayang seseorang kerana Allah.Tapi lagi payah nak

    membenci orang kerana Allah.

    13. Dan ketika aku menjauhi-Mu, Kau tidak berkurang apa-apa walau

    sezarah, dan bila Kau mula menjauhiku walau sekali kelip mata, aku kosong tak bermakna.

    14. untuk mengajar orang tentang ketinggian Allah dan Islam, kita mesti terlebih dahulu merendahkan hati sendiri.

    15. Maafkan semua orang sebelum tidur.Bersangka baik dengan Tuhan dan

    manusia.Tak payah simpan amarah dan dendam.Itu cuma beban yang meletihkan jiwa.Jiwa bukan sudah cukup terbeban?

    16. Memaafkan orang lain, bererti memaafkan diri sendiri. Ya Allah, jadikan kami orang yang senang meminta maaf dan memberikan maaf.

    17. "Allah itu, lebih dari cukup. Lebih dari segala-galanya. Kau ada Allah, kau ada semuanya."

    18. "Yang cantik belum tentu setia. Yang setia sudah pasti cantik. Bila ia

    tidak cantik di matamu. Setidaknya ia cantik, di mata Tuhan.."

    19. Kalau sayang, hargai.Kalau benci, maafkan.

    Kalau diterima, manfaatkan. Kalau dikhianati, doakan.

    Kita sentiasa punya pilihan untuk berbuat yang baik, jangan sekali-kali

    berlaku kejam pada orang lain

    20. Tak semua mereka yang peduli itu, mampu mengungkapkan rasa

    prihatin mereka dengan kata-kata.

  • 21. Ditanya Saidina Ali berapa jauh jarak langit dan bumi? Jawab Ali sedekat

    doa yang mustajab

    22. "Belajar untuk bezakan, menasihati ataukah menghakimi? Kerana yang

    kau nasihati itu manusia yang (masih) punya hati.."

    23. "Jangan berduka, bila berduka syaitan suka, sebab saat itu hati kita

    terluka, mudah syaitan hasut ke jalan murka, lalu mengheret kita ke neraka..."

    24. Kadangkala hati itu perlu kosong sebelum dapat diisi dengan rahmat

    Allah. Berbahagialah kepada mereka yang hati terasa kosong, kerana Allah sedang membersihkan hatimu.

    25. "Allah akan hancurkan hati orang yang ia sayang berkali kali sehingga tiada harapan untuk dunia ini. yang ada hanya harapan untuk Dia saja..bagi

    yang mencari cinta Allah bersedialah menerima hakikat ini.." -Abd Qadir Al-Jailani-

    26. terjumpa atau tidak terjumpa dua-dua pasti ada hikmah..cause Allah does not create something in vain.dan ya...dalam Islam tiada kebetulan.

    semuanya berlaku dengan kehendak Allah... hanya Allah..

    27. Dua kekasih yang tidak boleh bertemu dalam satu masa (di dalam hati)

    iaitu: Kasihkan Allah dan kasihkan maksiat.

    28. Bila Tuhan tak beri apa kau minta, bersyukurlah. Dia tahu kau tidak

    mampu menanggung keperitan bila hal itu tidak seperti yang kau sangka. Dia kenal kau, dan hati kau, lebih dari kau kenal diri kau sendiri.

    29. Cinta adalah doa. Selagi kita berdoa, selagi itu ada cinta. Bukan, bukan untuk sesama manusia saja. Pada Allah tentunya. Ada doa bermakna kita

    masih bergantung harap padaNya ; satu-satunya pemberi cinta. Moga DIA

  • mengasihi kita dengan cintaNya yang Maha Agung.

    30. Hidup dalam fitnah akhir zaman, jalan ke neraka 'lebih lurus' berbanding jalan ke syurga.

    31. Ade sahabat yang tidak di sisi kita, tapi nama kita sentiasa dalam doa dia.

    Allahurabbi. Sayangi dia.

    32. Istighfar akan mengembirakan hatimu

    33. semua yang berlaku tiada yang tiba-tiba ianya dari taqdir Allah di bawah

    kuasa keizinan dariNya Astaghfirullah,Alhamdullilah Allahuakbar!

    34. "Tapak kaki kita kalau dah keras,pijak paku dan duri pun tidak terasa

    apa sebab tumitnya sudah keras. Tetapi kalau tapak kaki yang lembut,terpijak duri sikit sahaja sudah berdarah. Demikianlah juga

    hati,kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa."~TGNA~ -Mari beristighfar(Astaghfirullahal'azim)

    35. Sesungguhnya iman dalam dada seorang itu lusuh sebagaimana lusuhnya pakaian. Maka mohonlah kepada Allah taala agar Dia

    memperbaharui "iman dalam hati kamu (Hadis Riwayat al Haisani)

    36.Kami hidup bersama Rasulullah saw dan kami lihat tanda-tanda kenabian serta mukjizatnya. Kami benar-benar melihat dan

    mendengarnya, lalu kami memeluk Islam dengan mudah. Tetapi, kamu tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu

    beriman dengan apa yang tidak kelihatan, maka ganjaranmu adalah lebih besar sekiranya kamu beriman kepada Allah dengan

    jiwamu. [ Khalid Ibn Walid ]

    ~Ayyuhan naas...sollu 3la an-Nabi..~

    37.Guru murobbi ummah, Tanpa murobbi aku tak kenal Robbi.

  • 38. Guru itu buku yang berkata-kata,Guru itu rotan yang bergerak;Guru Murobbi Ummah.

    39. Jadikan rasullullah SAW contoh guru yg terbaik. Dialah Mualim, muadib, murabbi, mursyid & mudaris sepanjang zaman..

    40. Andai saja dosa berbau aromanya,malah kekal bersama pelaku.Tidak

    nyahbau Meski berkampung bawah hujan menderu..Apa engkau masih engkau Dan aku masih aku?

    andai saja Allah menciptakan flatus itu berwarna..

    Baca Selengkapnya - Himpunan 40 Kata-Kata Hikmah Islam. | ! *

    ...... ! http://ohgadisitu.blogspot.com/2013/06/himpunan-40-kata-

    kata-hikmah-islam.html#ixzz2uovGxkfI Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

    Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook