kata ganda

20

Upload: rashidah-idris

Post on 24-May-2015

31.242 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kata Ganda
Page 2: Kata Ganda

PENGGANDAANPENGGANDAAN

KATA KATA GANDAGANDA

Page 3: Kata Ganda

1. Kata ganda ialah kata yang terhasil atau terbentuk daripada kata yang digandakan atau diulang, sama ada sebahagian atau keseluruhannya.

2. Kata ganda terbahagi kepada empat jenis ,iaitu :

a.kata ganda penuh/seluruh

b.kata ganda separa

c.kata ganda berima/bersajak

d.kata ganda berimbuhan

3. Menurut Sistem Ejaan Rumi Baru Bahasa Melayu,setiap kata ganda (kecuali kata ganda separa) mesti dieja dengan menggunakan tanda sempang (-).

Page 4: Kata Ganda

Kata Ganda Penuh/SeluruhKata Ganda Penuh/Seluruh

1. Kata ganda penuh atau seluruh ialah kata dasar yang diulang tanpa mengalami perubahan bunyi dan bentuk, sama ada berimbuhan ataupun tidak .

2. Kata ganda penuh atau seluruh boleh berlaku pada empat kata yang utama ;iaitu kata nama ,kata kerja ,kata adjektif dan kata keterangan contohnya :

Page 5: Kata Ganda

Kelas Kata Kata Dasar

Kata Ganda Penuh /Seluruh

Contoh ayat

Kata nama Murid Murid – murid Murid – murid dinasihati supaya mematuhi peraturan sekolah .

Kata kerja jalan Jalan - jalan “Kakak , marilah kita pergi jalan – jalan,”kata adik memujuk Ida .

Kata adjektif Cepat Cepat – cepat Isma cepat–cepat menyiapkan kerja sekolahnya .

Kata keteranggan

Habis Habis – habis Nenek tidak habis – habis berleter .

Page 6: Kata Ganda

Kata Ganda SeparaKata Ganda Separa

1. Kata ganda separa terbentuk apabila kata dasar diambil sebahagian sahaja , iaitu melibatkan pengulangan suku kata pertama pada kata dasar .

2. Kata ganda separa terbentuk daripada kelas kata nama sahaja .

Kelas kata

Kata dasar

Kata ganda separa

Contoh ayat

Kata nama

1.Daun

2.Bawang

1.Dedaun

2.Bebawang

1. Di halaman rumah saya penuh dengan dedaun kering .

2.Air mata Ita mengalir semasa menghiris bebawang itu .

Page 7: Kata Ganda

Kata Ganda Berima / Bersajak

1. Kata ganda berima atau bersajak ialah kata ganda yang mengalami perubahan bunyi apabila digandakan.

2. Kata ganda ini terbahagi kepada tiga ciri, iaitu;

a. Persamaan bunyi di pangkal, contohnya corat-coret, sedu-sedan, basa-basi.

b. Persamaan bunyi di hujung, contohnya karut-marut, saki-baki, cerai-berai.

c. Penyesuaian bunyi seluruhnya atau bebas, contohnya gunung-ganang, rempah-ratus, gopoh-gapah.

3. Kata ganda berima atau bersajak boleh berlaku pada empat ketogori yang utama iaitu, kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata keterangan, contohnya;

Page 8: Kata Ganda

Kelas kata Kata dasar Kata ganda berima / bersajak

Contoh ayat

Kata nama Lauk Lauk-pauk

Lauk-pauk yang disediakan yang disediakan oleh Mak Cik Devi sangat oleh Mak Cik Devi sangat sedap. sedap.

Kata kerja Mandi Mandi-manda

Ayah membawa kami sekeluarga mandi-manda di di tepi pantai.tepi pantai.

Kata adjektif Kusut Kusut-masai Rambut Mei Ling yang panjang itu kusut-masai selepas bangun dari tidur.

Kata keterangan

Desas Desas-desus

Desas-desus mengatakan mengatakan pegawai itu akan dipindahkan pegawai itu akan dipindahkan ke negeri lain.ke negeri lain.

Page 9: Kata Ganda

Kata Ganda Berimbuhan• Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang diberi

imbuhan,sama ada yang berupa awalan, akhiran, apitan, atau sisipan.

• Kata ganda berimbuhan berlaku pada empat kelas kata yang utama ; iaitu kata nama ,kata kerja ,kata adjektif dan kata keterangan .Contohnya :

Kelas kata Kata dasar Kata Ganda Berimbuhan

Contoh ayat

Kata nama tumbuhan tumbuh-tumbuhan Pada musim kemarau, tumbuh-tumbuhan banyak yang mati.banyak yang mati.

Kata kerja fitnah fitnah-menfitnah Janganlah kita fitnah-menfitnah sesama kita.sesama kita.

Page 10: Kata Ganda

Kelas kata Kata dasar

Kata Ganda Berimbuhan

Contoh ayat

Kata adjektif

mudah mudah-mudahan

Mudah-mudahan dia sudi dia sudi memaafkan sayamemaafkan saya

Kata keterangan

boleh Seboleh-bolehnya

“Seboleh-bolehnya kamu semua bawa beg sendiri,” kata Cikgu Samad.

bentuk imbuhan

Kata Ganda Berimbuhan

Awalan Berangan-angan

Kedua-dua

Melambai-lambai

Teragak-agak

bentuk imbuhan

Kata Ganda Berimbuhan

Akhiran Gali-galian

Ubat-ubatan

Mati-matian

Rupa-rupanya

4. Yang berikut ialah contoh-contohcontoh-contoh kata berimbuhan berdasarkan bentuk imbuhan yang diberi.

Page 11: Kata Ganda

Bentuk imbuhan Kata Ganda Berimbuhan

Apitan kebiru-biruan

Sehari-harian

Berlari-larian

Sisipan Jari-jemari

Cari-mencari

Kira-mengira

Page 12: Kata Ganda

Maksud dan penggunaan kata ganda

Maksud Kata ganda Contoh Penggunaan

Maksud jamak atau lebih daripada satu

Katil-katilKedai perabot itu mempamerkan katil.

Ahli-ahliAhli-ahli persatuan diminta membayar yuran bulanan dengan segera.

Buah-buahBuah-buah nanas itu dikumpulkan mengikut saiznya.

Page 13: Kata Ganda

Maksud Kata ganda Contoh Penggunaan

Maksud pelbagai jenis atau banyak jenis

Kuih-muihKuih-muih di kedai itu mahal harganya tetapi sedap

Batu-batanKerak bumi mengandungi batu batan yang berlainan rupa dan bentuk

Buah-buahanBuah-buahan tempatan bukan sahajasedap tetapi berkhasiat

Page 14: Kata Ganda

Maksud Kata ganda Contoh Penggunaan

Nama sesuatu, iaitu manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan atau benda

Anai-anai Pondok kayu itu runtuh kerana diserang oleh anai-anai.

Biri-biri Baju bulu itu diperbuat daripada benang bulu biri-biri.

Sida-sida Sida-sida di istana itu memakai pakaian serba hitam.

apit-apit Mak Timah memasang apit-apit untuk menangkap tikus.

Kanak-kanak

Beberapa orang kanak-kanak dijumpai berkeliaran di kawasan pasar raya.

Page 15: Kata Ganda

Maksud Kata ganda Contoh Penggunaan

Maksud seakan-akan rupanya atau fungsinya

Kuda-kuda/kekuda

Emak duduk di atas kekuda itu semasa menyiang ikan

Orang-orang Pak Kasim memasang orang-orang di bendangnya untuk menakutkan burung-burung

Page 16: Kata Ganda

Maksud Kata ganda Contoh Penggunaan

Maksud perbuatan berulang-ulang

Tertanya-tanyaDia tertanya-tanya sambil mencari aslan.

Lalu-lalangBanyak kenderaan lalu-lalang di situ

Page 17: Kata Ganda

Maksud Kata ganda Contoh Penggunaan

Maksud perbuatan yang berpanjangan atau berterusan

Tersenyum-senyum

Rahmat tersenyum-senyum melihat ayahnya datang.

Berdiri-diriDia berdiri-diri menunggu pegawai itu keluar.

Teroleng-oleng

Perahu kecil itu teroleng-oleng dipukul ombak.

Page 18: Kata Ganda

Maksud Kata ganda Contoh Penggunaan

Maksud melakukan perbuatan dengan sungguh-sungguh

Merayu-rayu Zahid merayu-rayu supaya ayahnya memberi kebenaran untuk mengikut kawannya ke bandar.

Bertungkus-lumus

Pasukan penyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa runtuhan bangunan itu.

Page 19: Kata Ganda

Maksud Kata ganda Contoh Penggunaan

Maksud perbuatan yang berbalas

Bersalam-salaman

Beliau bersalam-salaman dengan orang yang menyambutnya di situ

Tembak menembak

Pasukan polis dan penjenayah itu tembak-menembak di kawasan belukar itui.

Page 20: Kata Ganda

Terima kasih

daripada