kata adjektif.doc

3
KATA ADJEKTIF 1. Kata Adjektif ialah kata yang menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama atau frasa nama. 2. Kata Adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif yang bertugas sebagai predikat sesuatu ayat. 3. Kata Adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat. 4. Kata Adjektif terbahagi kepada sembilan jenis iaitu : Jenis Kata Adjektif Contoh Ayat KATA ADJEKTIF KEADAAN Ia menerangkan sifat atau keadaan 1. Dia budak pandai 2. Gadis cantik itu kekasihnya KATA ADJEKTIF WARNA Ia menerangkan warna. 1. Daun pisang berwarna hijau. 2. Bajunya berwarna merah KATA ADJEKTIF UKURAN Ia menerangkan ukuran 1. Dia telah habis membaca buku yang tebal itu. 2. Adiknya lebih tinggi daripada abangnya. KATA ADJEKTIF BENTUK Ia menerangkan bentuk atau rupa 1. Mereka bermesyuarat di meja bulat . 2. Telur ayam berbentuk lonjong KATA ADJEKTIF WAKTU Ia menerangkan konsep masa 1. Saya baru menelefonnya semalam 2. Perjalanan dengan kereta api sangat lambat KATA ADJEKTIF JARAK Ia menerangkan konsep ruang antara dua benda atau keadaan 1. Rumah tunangnya jauh di pedalaman 2. Polis itu nyaris terbunuh dalam rompakan malam tadi. KATA ADJEKTIF CARA Ia menerangkan keadaan kelakuan atau ragam. 1. Orang muda bergerak lebih pantas daripada orang tua. 2. Saya tidak tahu butir percakapannya kerana suaranya perlahan. KATA ADJEKTIF PERASAAN Ia menerangkan konsep perasaan. 1. Farid pemalu untuk mengajak gadis itu keluar bersama-sama dengannya. 2. Saya masih ragu-ragu akan penjelasannya. KATA ADJEKTIF PANCAINDERA 1. Air kopi ini terlalu manis

Upload: seluang1

Post on 30-Sep-2015

15 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Hampehs! What The Hell Is It?

KATA ADJEKTIF

1. Kata Adjektif ialah kata yang menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama atau frasa nama.

2. Kata Adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif yang bertugas sebagai predikat sesuatu ayat.

3. Kata Adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat.4. Kata Adjektif terbahagi kepada sembilan jenis iaitu :

Jenis Kata AdjektifContoh Ayat

KATA ADJEKTIF KEADAAN

Ia menerangkan sifat atau keadaan1. Dia budak pandai2. Gadis cantik itu kekasihnya

KATA ADJEKTIF WARNA

Ia menerangkan warna.1. Daun pisang berwarna hijau.2. Bajunya berwarna merah

KATA ADJEKTIF UKURAN

Ia menerangkan ukuran1. Dia telah habis membaca buku yang tebal itu.

2. Adiknya lebih tinggi daripada abangnya.

KATA ADJEKTIF BENTUK

Ia menerangkan bentuk atau rupa1. Mereka bermesyuarat di meja bulat.

2. Telur ayam berbentuk lonjong

KATA ADJEKTIF WAKTU

Ia menerangkan konsep masa1. Saya baru menelefonnya semalam

2. Perjalanan dengan kereta api sangat lambat

KATA ADJEKTIF JARAK

Ia menerangkan konsep ruang antara dua benda atau keadaan1. Rumah tunangnya jauh di pedalaman

2. Polis itu nyaris terbunuh dalam rompakan malam tadi.

KATA ADJEKTIF CARA

Ia menerangkan keadaan kelakuan atau ragam.1. Orang muda bergerak lebih pantas daripada orang tua.

2. Saya tidak tahu butir percakapannya kerana suaranya perlahan.

KATA ADJEKTIF PERASAAN

Ia menerangkan konsep perasaan.1. Farid pemalu untuk mengajak gadis itu keluar bersama-sama dengannya.

2. Saya masih ragu-ragu akan penjelasannya.

KATA ADJEKTIF PANCAINDERA

Ia menerangkan konsep rasa, pandang, dengar, bau dan sentuh atau gabungan kelima-lima indera ini.1. Air kopi ini terlalu manis2. Bunga ros memang harum baunya.

3. Adunan roti canai ini perlu diuli sehingga lembut.

1. PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIF

(a) Proses pembentukan Kata Adjektif Kata Adjektif menghasilkan :

(b) Kata Adjektif Tunggal

(c) Kata Adjektif Terbitan

(d) Kata Adjektif Majmuk

1. Kata Adjektif Tunggal.

2. Ia hanya terdiri daripada satu bentuk perkataan atau kata tunggal sahaja.

3. Ia terhasil daripada bentuk kata dasar, yakni tidak berimbuhan dan tidak mengalami proses-proses seperti penggandaan.

4. Ia dapat digunakan dengan mudahnya untuk menerangkan kata nama dengan atau tanpa kata penguat dan kata bantu.

Contoh :

Kata AdjektifContoh Ayat1. 2. merdu

3. nyenyak

4. jingga

5. terang

1. besar2. Suara Anita Sarawak merdu.3. Adik sedang tidur nyenyak di dalam buaian.

4. Mary suka memakai baju yang bewarna jingga5. Sungguh terang cahaya bulan pada malam ini.

6. Rumahnya besar.

1. Kata Adjektif Terbitan

2. Ia terhasil daripada satu kata dasar yang menerima imbuhan seperti awalan dan apitan.

Contoh :

Kata Adjektif TerbitanContoh Ayata) b) Awalan ter, se

Contoh :

Termashyur, terpanjang,

1. Secantik, setinggi.2. Jambatan Pulau Pinang ialah jambatan terpanjang di Malaysia.

3. Ramlah tidak secantik adiknya Hasnah.c) d) Apitan ke..an

Contoh :

1. Kemelayuan, kebaratan.2. Walaupun Karim seorang melayu tetapi cara hidupnya sungguh kebaratan.

1. Kata Adjektif Majmuk

2. Kata Adjektif Majmuk dibentuk dengan merangkaikan dua atau lebih kata dasar yang mempunyai maksud tertentu.

3. Kata Adjektif Majmuk dieja terpisah tetapi bertindak sebagai satu unit.

Contoh :

Kata Adjektif MajmukContoh Ayat

Merah jambu

Kuning langsat

1. Muda remaja2. Baju yang berwarna merah jambu itu sangat mahal.

3. Isterinya mempunyai kulit kuning langsat.

4. Fesyen pakaian penyanyi itu menjadi ikutan kaum muda remaja.5.