karangan upsr faedah hadiri sesi motivasi

4
Faedah-faedah Menghadiri Sesi Motivasi Motivasi merupakan satu kaedah untuk menyuntik semangat seseorang supaya menjadi manusia yang lebih berjaya. Bagi seseorang murid pula, setiap aktiviti motivasi yang disertai akan memberikan banyak faedah yang berguna untuk kehidupannya. Kebiasaannya program-program motivasi akan menyentuh perkara- perkara yang berkaitan dengan akhlak dan tingkah-laku, pembelajaran, matlamat hidup, kepercayaan agama, kasih sayang terutama kepada ibu bapa dan juga muhasabah atau keinsafan diri. Setiap sesi motivasi mempunyai cara dan matlamat tersendiri. Walau apapun tujuannya, aktitviti motivasi banyak memberikan faedah kepada setiap peserta yang menyertainya terutama bagi kalangan murid-murid sekolah. Bagi golongan murid, faedah yang paling besar setiap kali menghadiri sesi motivasi adalah dapat mempelajari teknik-teknik dan kaedah belajar secara berkesan. Dengan mengetahui cara belajar berkesan, murid-murid akan lebih seronok untuk mengulangkaji pelajaran. Malahan murid juga akan dapat mencapai kejayaan lebih cemerlang dalam ujian-ujian yang diduduki. Para penceramah motivasi biasanya akan memberikan tunjuk ajar secara intensif kaedah-kaedah belajar yang boleh dipraktikkan oleh setiap murid. Oleh itu, sangatlah rugi sekiranya murid-murid tidak dapat mengikuti sesi motivasi yang dianjurkan. Selain itu, dengan menghadiri sesi motivasi, murid bukan sahaja dapat mempelajari kaedah belajar berkesan tetapi murid juga akan didedahkan dengan tip-tip untuk menjawab soalan peperiksaan. Murid-murid yang bakal menduduki Ujian Prestasi Sekolah Rendah (UPSR) contohnya akan dapat mempelajari teknik menjawab soalan dengan betul. Bahkan, calon-calon UPSR ini juga akan diingatkan tentang persediaan awal menghadapi peperiksaan sebenar. Melalui ceramah-ceramah motivasi, murid akan sentiasa diberi peringatan akan kepentingan memberikan tumpuan lebih kepada pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Faedah lain yang boleh diperoleh melalui sesi motivasi ialah kita akan diberi suntikan semangat untuk merubah cara hidup kita agar lebih positif. Contohnya bagi seseorang yang kurang berkeyakinan untuk bercakap di hadapan khalayak akan diyakinkan tentang keupayaan dan kebolehan diri. Bagi mereka yang mudah terpengaruh dengan budaya negatif seperti melepak dan merempit pula akan diingatkan tentang masa depan dan pembaziran usia yang berlaku sekiranya terlibat dengan perilaku-perilaku ini. Begitu juga bagi murid-murid yang malas belajar akan dinasihati supaya sedar betapa pentingnya ilmu dan pelajaran untuk masa hadapan. Semua ini bertujuan untuk menerapkan elemen-elemen positif dan membuang unsur-unsur negatif dalam diri setiap murid. Melalui sesi motivasi juga, murid dapat menimba pengalaman baru. Bahkan murid juga akan dapat mengenali rakan-rakan lain dengan lebih rapat. Antara pengalaman yang boleh ditimba daripada slot-slot motivasi yang dijalankan

Upload: salahhuddin-salleh

Post on 26-Jul-2015

3.704 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan Upsr Faedah Hadiri Sesi Motivasi

Faedah-faedah Menghadiri Sesi Motivasi

Motivasi merupakan satu kaedah untuk menyuntik semangat seseorang supaya menjadi manusia yang lebih berjaya. Bagi seseorang murid pula, setiap aktiviti motivasi yang disertai akan memberikan banyak faedah yang berguna untuk kehidupannya. Kebiasaannya program-program motivasi akan menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan akhlak dan tingkah-laku, pembelajaran, matlamat hidup, kepercayaan agama, kasih sayang terutama kepada ibu bapa dan juga muhasabah atau keinsafan diri. Setiap sesi motivasi mempunyai cara dan matlamat tersendiri. Walau apapun tujuannya, aktitviti motivasi banyak memberikan faedah kepada setiap peserta yang menyertainya terutama bagi kalangan murid-murid sekolah.

Bagi golongan murid, faedah yang paling besar setiap kali menghadiri sesi motivasi adalah dapat mempelajari teknik-teknik dan kaedah belajar secara berkesan. Dengan mengetahui cara belajar berkesan, murid-murid akan lebih seronok untuk mengulangkaji pelajaran. Malahan murid juga akan dapat mencapai kejayaan lebih cemerlang dalam ujian-ujian yang diduduki. Para penceramah motivasi biasanya akan memberikan tunjuk ajar secara intensif kaedah-kaedah belajar yang boleh dipraktikkan oleh setiap murid. Oleh itu, sangatlah rugi sekiranya murid-murid tidak dapat mengikuti sesi motivasi yang dianjurkan.

Selain itu, dengan menghadiri sesi motivasi, murid bukan sahaja dapat mempelajari kaedah belajar berkesan tetapi murid juga akan didedahkan dengan tip-tip untuk menjawab soalan peperiksaan. Murid-murid yang bakal menduduki Ujian Prestasi Sekolah Rendah (UPSR) contohnya akan dapat mempelajari teknik menjawab soalan dengan betul. Bahkan, calon-calon UPSR ini juga akan diingatkan tentang persediaan awal menghadapi peperiksaan sebenar. Melalui ceramah-ceramah motivasi, murid akan sentiasa diberi peringatan akan kepentingan memberikan tumpuan lebih kepada pelajaran untuk mencapai kecemerlangan.

Faedah lain yang boleh diperoleh melalui sesi motivasi ialah kita akan diberi suntikan semangat untuk merubah cara hidup kita agar lebih positif. Contohnya bagi seseorang yang kurang berkeyakinan untuk bercakap di hadapan khalayak akan diyakinkan tentang keupayaan dan kebolehan diri. Bagi mereka yang mudah terpengaruh dengan budaya negatif seperti melepak dan merempit pula akan diingatkan tentang masa depan dan pembaziran usia yang berlaku sekiranya terlibat dengan perilaku-perilaku ini. Begitu juga bagi murid-murid yang malas belajar akan dinasihati supaya sedar betapa pentingnya ilmu dan pelajaran untuk masa hadapan. Semua ini bertujuan untuk menerapkan elemen-elemen positif dan membuang unsur-unsur negatif dalam diri setiap murid.

Melalui sesi motivasi juga, murid dapat menimba pengalaman baru. Bahkan murid juga akan dapat mengenali rakan-rakan lain dengan lebih rapat. Antara pengalaman yang boleh ditimba daripada slot-slot motivasi yang dijalankan ialah aktiviti muhasabah diri. Aktiviti ini akan menyedarkan murid-murid akan kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukan. Murid-murid harus sedar dan mengaku akan kesalahan-kesalahan ini lalu menginsafinya dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan-kesilapan itu. Sepanjang sesi muhasabah ini kita akan dapat melihat satu situasi yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Murid-murid yang menangis kerana menginsafi kesalahan lalu menjadi pengalaman yang sangat istimewa dan memberi pengajaran. Malah, murid-murid juga akan diterapkan kepentingan menyayangi ibu bapa dan keluarga.

Terlalu banyak faedah yang boleh didapati dengan menghadiri sesi motivasi. Faedah-faedah ini memberi kesan yang sangat besar kepada kehidupan kita. Seperti kata-kata pakar motivasi bahawa siapa kita akan datang bergantung kepada siapa kita hari ini. Jika hari ini kita malas dan cuai, maka masa hadapan pasti biasa dan suram. Namun jika hari ini kita sedar dan rajin berusaha, maka sudah tentu masa hadapan kita akan berjaya dan hidup gembira. Oleh itu, sesi motivasi bolehlah dianggap sebagai sebagai pencetus kejayaan dan penangkis kealpaan dan kegagalan hidup. Justeru, sekiranya terdapat mana-mana program motivasi yang diadakan, sertailah untuk hidup yang lebih gemilang.

Page 2: Karangan Upsr Faedah Hadiri Sesi Motivasi

Jawab soalan-soalan berikut.

1. Rumuskan karangan di atas menjadi sebuah rangka karangan dengan mengisi tempat-tempat kosong di bawah.

Pendahuluan:……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Isi pertama:………………………………………………………………………………………………………………………………………………..………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Isi kedua:……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Isi ketiga:……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Isi keempat:……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Penutup:……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

2. Jawab soalan pemahaman di bawah.

a) Apakah tujuan sesi motivasi yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu?………………………………………………………………………………………………………………………………………..………………………………………………………………………………………………………………………………………..………………………………………………………………………………………………………………………………………..

a) Apakah kejayaan paling utama jika menghadiri motivasi bagi seseorang murid?………………………………………………………………………………………………………………………………………..………………………………………………………………………………………………………………………………………..………………………………………………………………………………………………………………………………………..

a) Bagaimanakah murid-murid boleh berjaya dalam peperiksaan dengan mengikuti sesi motivasi?………………………………………………………………………………………………………………………………………..………………………………………………………………………………………………………………………………………..………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Page 3: Karangan Upsr Faedah Hadiri Sesi Motivasi

a) Adakah sesi motivasi membantu perubahan sikap seseorang? Nyatakan pendapat anda.………………………………………………………………………………………………………………………………………..………………………………………………………………………………………………………………………………………..………………………………………………………………………………………………………………………………………..………………………………………………………………………………………………………………………………………..

a) Jelaskan pengalaman lain yang boleh ditimba dengan menghadiri sesi motivasi berbanding kursus-kursus yang lain.………………………………………………………………………………………………………………………………………..………………………………………………………………………………………………………………………………………...……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

a) Apakah yang akan terjadi pada masa hadapan sekiranya kita leka dan cuai pada hari ini?………………………………………………………………………………………………………………………………………..………………………………………………………………………………………………………………………………………..………………………………………………………………………………………………………………………………………..………………………………………………………………………………………………………………………………………..

3. Sila kemukakan lima nilai murni yang boleh diperolehi daripada penulisan di atas.

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________