cara menggunakan masa dengan · pdf filelabels: karangan fakta faedah menabung menabung...

15
CARA MENGGUNAKAN MASA DENGAN BERFAEDAH.TULIS SEBUAH KARANGAN MENGENAI TAJUK TERSEBUT. RANGKA KARANGAN Pendahuluan - DEFINISI -MAKSUD - Ayat al-quran yang pertama- Demi masa masa itu emas / masa tidak menunggu kita. isi 1 - perenggan 2 hobi / aktiviti yang bermanafaat - baik contoh dan huraian Contoh : Bersukan - badminton -badan sihat- cergas -otak cerdas Huraian : isi 2 - penanda wacana. Berjumpa-ziarah- saudara mara-pergi ke perpustakaan contoh -hurai - ayat majmuk. isi 3 - penanda wacana-membaca- penutup : kesimpulannya, sebagai kesimpulan

Upload: doanphuc

Post on 07-Feb-2018

345 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

CARA MENGGUNAKAN MASA DENGAN BERFAEDAH.TULIS SEBUAH KARANGAN MENGENAI TAJUK

TERSEBUT.

RANGKA KARANGAN

Pendahuluan - DEFINISI -MAKSUD - Ayat al-quran yang pertama- Demi masa

masa itu emas / masa tidak menunggu kita.

isi 1 - perenggan 2

hobi / aktiviti yang bermanafaat - baik contoh dan huraian

Contoh : Bersukan - badminton -badan sihat- cergas -otak cerdas

Huraian :

isi 2 - penanda wacana. Berjumpa-ziarah- saudara mara-pergi ke perpustakaan

contoh -hurai - ayat majmuk.

isi 3 - penanda wacana-membaca-

penutup : kesimpulannya, sebagai kesimpulan

Pelbagai istilah tentang masa yang kita dengar atau lihat. Antaranya ialah "Masa itu Emas", "Masa ialah Kehidupan"

dan sebagainya. Ini menunjukkan masa sangat penting dalam kehidupan kita kerana masa yang berlalu tidak dapat

diganti. Oleh itu, kita harus bijak mengurus masa supaya tidak membazir begitu sahaja.

Masa dapat digunakan dengan berfaedah apabila kita memenuhinya dengan melakukan hobi yang bermanfaat.

Contohnya, bersukan, melancong, berekreasi, mengumpul setem dan sebagainya. Jika kita gunakan masa dengan

hobi yang bermanfaat akan dapat memberikan kepuasan kepada kita.

Selain itu, kita dapat gunakan masa yang terluang dengan menziarahi sanak saudara, datuk dan nenek serta

teman-teman. Selain dapat bersiar-siar, kita akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.

Aktiviti yang paling bermanfaat untuk mengisi masa lapang ialah membaca. Pelbagai bahan bacaan dapat

dibaca seperti buku rujukan, surat khabar, novel, majalah, jurnal dan sebagainya. Kita dapat mencedok ilmu dan

maklumat sebanyak mungkin daripada bahan bacaan ini.

Di samping itu, kita dapat menggunakan masa yang terluang dengan membantu ibu bapa membuat kerja-kerja

rumah. Kita perlu faham situasi ibu bapa kita yang seharian penat bekerja. Oleh itu, jika kita membantu mereka

mengemas rumah, menyapu sampah dan sebagainya, kita secara tidak langsung dapat meringankan beban mereka.

Kita juga akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Kesimpulannya, kita sebagai manusia sewajarnya mendisiplinkan diri supaya tidak membuang masa begitu

sahaja kerana masa sangat berharga. Oleh itu, uruslah masa dengan bijak.

Anda mungkin juga meminati:

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2009

LAPORAN AKTIVITI PEND AGAMA ISLAM

LinkWithin

Faedah Aktiviti Lawatan

Jauh berjalan luas pandangan ialah ungkapan yang mengambarkan seseorang akan memperolehi

banyak pengalaman jika banyak berjalan atau mengikuti lawatan.

Justru itu, lawatan merupakan satu aktiviti yang sangat berfaedah kepada para pelajar. Dengan

menyertai aktiviti tersebut seseorang pelajar akan memperolehi banyak maklumat. Contonya jika

melawat ke Melaka, kita akan dapat melihat banyak tempat-tempat bersejarah.

Selain itu, semangat patriotisma lebih mudah disemai sekiranya kita melawat ke tempat-tempat

bersejarah. Contohnya jika melawat Memorial Tun Abdul Razak, kita dapat mengetahui

perjuanagan bekas Perdana Menteri Malaysia.

Setelah penat belajar, melancong merupakan cara terbaik bagi seseorang untuk merehatkan

fikiran dan tubuh badan. Fikiran akan lebih tenang dengan menyertai aktiviti lawatan. Kita akan

lebih bertenaga dan bersemangat.

Industri pelancongan, di negara kita memerlukan sokongan daripada orang ramai terutamanya

rakyat tempatan. Dengan pelbagai aktiviti lawatan akan mendorong lebih banyak lagi hotel-hotel

dan rumah rehat dibina. Dengan itu akan dapat meningkatkan industri pelancongan dan ekonomi

negara.

Kesimpulan daripada pernyataan di atas jelaslah kepada kita bahawa lawatan sememangnya

banyak mendatangkan faedah. Sama ada kepada diri sendiri atau kepada negara. Janganlah kita

jadi seperti katak di bawah tempurung.

Anda mungkin juga meminati:

Pendaftaran Tahun 1 dan Pembelian Buku 2010

Bersama-sama Menuju Puncak Kejayaan

PERASMIAN 'KABIN' SURAU

LinkWithin

Fakta : Cara-cara Memupuk Semangat Kejiranan

Jiran ialah orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah kita. Jiran memberi kesan baik atau

buruk kepada kita dan keluarga. Ini kerana jiran yang baik akan mengembirakan kita, manakala

jiran yang sebaliknya akan menyebabkan kita sengsara seperti pergaduhan dan sebagainya. Oleh

itu, sewajarnyalah kita sentiasa memupuk semangat kejiranan.

Antara cara memupuk semangat kejiranan adalah dengan saling tegur-menegur dan kunjung-

mengunjungi sesama jiran. Aktiviti ini boleh dilakukan semasa perayaan, jiran sakit, kelahiran

anak, kenduri dan lain-lain lagi. Ini akan mengeratkan hubungan kejiranan kerana kita saling

mengambil berat antara satu sama lain.

Selain itu, semangat kejiranan dapat dipupuk dengan kegiatan gotong-royong. Melalui aktiviti

ini, kita dapat berkenalan, bertanya khabar berbual-bual dan sebagainya. Justeru, kita dapat

mengenali jiran dengan lebih rapat lalu mengeratkan hubungan sesama jiran.

Di samping itu, kita mestilah mempunyai sikap perihatin terhadap masalah jiran. Apabila jiran

kita mengalami kesusahan seperti kereta rosak dan sebagainya, kita mestilah bersedia

menghulurkan bantuan sekadar mampu jika diperlukan. Dengan itu, lahirlah sikap hormat-

menghormati dan kasih sayang sesama jiran.

Kesimpulannya, kita mestilah berbuat baik kepada jiran tetangga. Pelbagai cara boleh kita

lakukan untuk mengeratkan kejiranan seperti mengada aktiviti hari keluarga sesama jiran

terdekat. Pupuklah semangat kejiranan agar hubungan kita dengan jiran tetangga sentiasa aman

dan harmoni.

Fakta: Faedah memanfaatkan Perpustakaan

Perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Di perpustakaan terdapat banyak buku-buku yang

boleh dibaca seperti seperti buku cerita, novel, majalah, buku rencana dan lain-lain lagi. Dengan

membaca, pengetahuan murid-murid semakin bertambah dan ini tentu membantu murid-murid

dalam pelajaran.

Murid-murid dapat mengisi masa lapang dengan memanfaatkan perpustakaan. Mereka yang

selalu ke perpustakaan akan terhindar daripada gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok

dan lain-lain lagi. Dengan itu, murid-murid akan berjaya dalam pelajaran dan masa depan

mereka akan lebih cerah. Sebaliknya, gejala yang tidak sihat akan mengelapkan masa depan

mereka.

Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri. Perpustakaan mempunyai

peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi seperti larangan membuat bising, memulangkan buku

mengikut tarikh, menyusun semula buku di raknya dan seumpamanya lagi. Justeru, murid-murid

dapat berlatih mendisplinkan diri di perpustakaan dan ini diharap akan menjadi amalan dalam

kehidupan mereka.

Perpustakaan juga dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-murid. Murid-murid tidak perlu

membeli semua buku kerana sesetengah buku boleh dipinjam di perpustakaan. Ini tentu dapat

menjimatkan wang ibu bapa murid-murid.

Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, menfaatkanlah

perpustakaan yang disediakan demi kemajuan kita dalam pelajaran. Tambahan pula, murid-

murid juga dapat menghilangkan rasa bosan setelah penat belajar dengan membaca buku-buku

tertentu di perpustakaan.

Labels: KARANGAN FAKTA

Karangan Jenis Fakta : Kebaikan Buah-buahan Tempatan

Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang terdapat di negara kita Malaysia. Antara contoh

buah-buahan tempatan ialah durian, rambutan, langsat dan lain-lain lagi.

Rakyat Malaysia digalakkan mengambil buah-buahan tempatan kerana buah-buahan tempatan

masih segar. Oleh itu, buah-buahan ini tentu lebih berkhasiat kerana kandungan berbagai-bagai

jenis zat dan vitaminnya masih terpelihara dan ini tentunya lebih baik untuk kesihatan kita.

Buah-buahan tempatan juga mudah didapati terutama pada musim buah-buahan. Pokok buah-

buahan ini seperti pisang dan betik boleh kita tanam sendiri di sekeliling rumah, apatah lagi

sekiranya kita tinggal di kampung. Ini akan akan memudah kita mendapatkan buah-buahan ini

tanpa perlu pergi ke kedai dan sebagainya.

Buah-buahan tempatan juga dapat membantu meningkatkan ekonomi negara. Apabila kita lebih

gemar memilih buah-buahan tempatan, ini akan meningkatkan pendapatan petani dan seterusnya

dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan. Secara tidak langsung kita telah membantu

negara dalam menyediakan peluang pekerjaan dan meningkat ekonomi negara.

Kesimpulannya, kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana banyak

kebaikannya. Tambahan pula buah-buahan tempatan didapati lebih murah daripada buah-buahan

import. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia dapat menikmati buah-buahan ini tanpa mengira kaya

atau miskin.

Labels: KARANGAN FAKTA

Faedah Menabung

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka menabung

perlu dipupuk sejak kecil. Menabung memberi banyak faedah kepada kita.

Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh sebab

itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan

makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi ibubapa dapat disimpan ke dalam tabung.

Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh

digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

Selain itu, wang simpanan juga membantu kita membeli barang-barang keperluan diri kita

sendiri. Ibu bapa pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang pandai berjimat cermat dan

berdikari itu.

Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit wang itu

juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan

jika ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan. Justeru kita tidak perlu meminta-minta

kepada orang lain.

Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan wang di

dalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan atau faedah bank. Wang ini boleh

digunakan untuk menampung kehidupan masa hadapan. Justeru kita dapat hidup dengan selesa

dan tidak menyusahkan orang lain.

Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Bak kata pepatah, 'ingat

sebelum kena, jimat sementara belum habis'. Oleh itu , mulalah menabung dari sekarang kerana

'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Labels: KARANGAN FAKTA

KEBURUKAN MAKANAN RINGAN KEPADA KANAK-KANAK

Makanan ringan sangat mudah didapati di kedai runcit. Makanan ringan seperti kentang goreng,

keropok, dan biskut bersalut coklat sangat digemari oleh kanak-kanak. Terdapat banyak

keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak.

Makanan ringan tidak baik untuk kesihatan. Makanan ini banyak mengandungi bahan

pengawet, pewarna, dan perasa tiruan. Bahan-bahan ini tidak mempunyai zat untuk membantu

pembesaran kanak-kanak. Kanak-kanak tidak mengetahuinya kerana tidak dinyatakan pada label

pembungkus makanan tersebut.

Makanan ringan juga boleh merosakkan gigi kanak-kanak. Pewarna makanan ringan ini

melekat pada gigi dan lidah kanak-kanak. Lebihan gula dalam makanan ini juga berbahaya

kepada gigi. Kelalaian memberus gigi memburukkan lagi masalah ini kepada kanak-kanak.

Kanak-kanak hari ini lebih terdedah kepada pelbagai jenis penyakit yang dihadapi oleh

orang dewasa. Kanak-kanak mudah diserang penyakit darah tinggi dan kencing manis.Ada juga

yang menghadapi masalah obesiti atau kegemukan. Hal ini kerana,pengambilan makana ringan

yang berlebihan tanpa mengira masa dan tempat.

Makanan ringan berjaya mempengaruhi berjimat cermat kanak-kanak. Meraka sering

menghabiskan duit saku untuk membeli makanan ringan. Hal ini kerana, mereka terpengaruh

dengan iklan makanan ringan di televisyen. Baki duit saku sekolah yang sepatutnha disimpan,

digunakan untuk membeli makanan ringan.

Sesungguhnya, makanan ringan ringan banyak keburukannya. Ibu bapa perlu memantau

tabiat makan anak-anak agar meraka tidak ketagihan makanan ringan. Sebaik-baiknya, galakkan

anak-anak memakan buah-buahan daripada makanan ringan.

Kepentingan Memelihara Alam Sekitar

Alam sekitar adalah alam di sekeliling kita seperti sungai,tumbuh-tumbuhan,dan

bukit-bukau.Kita perlu memelihara keseimbangan alam sekitar.Alam sekitar yang

bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan kepada kita.Alam sekitar yang terpelihara

akan dapat mendamaikan jiwa kita.Persekitaran bersih dan indah sesuai dijadikan

tempat tinggal.Selain itu,alam sekitar yang tidak tercemar akan dapat menarik

kedatangan ramai pelancong.

Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana ia menjadi unsur penting dalam

keseimbangan alam.Tumbuh-tumbuhan mengeluar kan gas oksigen.Gas oksigen ini

diperlukan oleh manusia untuk pernafasan.Haiwan juga memerlukan tumbuh-

tumbuhan untuk dijadikan suber makanan.

Selain itu,bukit-bukau dan gunung-ganang juga perlu dipelihara.Hutan tebal yang

menghijau dijadikan sebagai kawasan tadahan hujan.Kawasan hutan menjadi habitat

pelbagai jenis haiwan seperti harimau,singa dan gajah.Aktiviti pembalakan dan

pertanian perlu dikawalkan agar tidak menjejaskan keseimbangan alam sekitar.

Sungai dan lautan juga adalah sebahagian daripada alam sekitar yang perlu

dipelihara.Sungai yang bersih merupakan sumber air kepada kita.Lautan yang

terbertang luas menjadi tempat nelayan menangkap pelbagai jenis ikan.Kita perlu

memelihara sungai dan lautan agar tidak tercemar supaya pelbagai jenis ikan dapat

terus membiak.

Sesungguhnya,kita perlu memelihara alam sekitar daripada pencemaran.Alam

sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.Alam sekitar yang

terpelihara merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada generasi akan datang

Rencana: Kepentingan Disiplin Diri Kepada Murid-murid

Murid-murid perlu mematuhi peraturan sekolah. Apabila murid-murid mematuhi peraturan

sekolah ini bermakna mereka telah berdisiplin. Antara peraturan sekolah yang mesti dipatuhi

ialah menepati masa, memakai lencana ,berambut pendek dan lain-lain lagi.

Murid-murid yang mematuhi peraturan sekolah akan dapat belajar dengan selesa. Murid-murid

ini tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak baik seperti berbuat bising di dalam kelas,

bergaduh, menghisap rokok, bersikap samseng dan seumpamanya. Ini dapat mengelakkan

mereka daripada menerima masalah yang boleh menganggu pelajaran mereka seperti di denda

oleh guru, tidak dipercayai, ketinggalan dalam pelajaran dan sebagainya.

Apabila murid-murid mematuhi peraturan sekolah pula, mereka akan cemerlang dalam pelajaran.

Ini kerana mereka dapat memberikan tumpuan kepada pelajaran. Murid-murid akan lebih selesa

belajar dalam suasana disiplin mereka terkawal. Keadaan ini akan mendorong mereka belajar

dengan bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Justeru, ini akan

mencerahkan masa depan mereka.

Murid-murid yang mematuhi peraturan sekolah akan disukai dan disayangi oleh guru-guru serta

rakan-rakan. Oleh itu, murid-murid ini akan dipilih sebagai pemimpin seperti pengawas, ketua

darjah, pengawas perpustakaan dan lain-lain lagi. Ini sangat berguna kepada mereka sebagai

pemimpin di masa hadapan.

Kesimpulannya, mematuhi peraturan sekolah amat penting kepada murid-murid. Murid yang

berdisiplin akan cemerlang manakala murid yang tidak berdisiplin akan merugikan diri sendiri.

Oleh itu, amalkan disiplin diri untuk kebaikan diri dan menjaga nama baik sekolah .

Rencana: Kebaikan-kebaikan Perpustakaan

Perpustakaan Negara

Perpustakaan ialah suatu tempat terkumpulnya bahan-bahan bacaan. Ramai orang mengunjungi

perpustakaan kerana mereka boleh membaca bahan-bahan bacaan seperti buku rujukan, majalah,

surat khabar dan lain-lain lagi secara percuma. Oleh itu sudah tentulah perpustakaan memberi

banyak kebaikannya kepada kita semua.

Di perpustakaan, kita akan dapat menambah ilmu pegatahuan. Apabila kita membaca di situ,

sudah tentu pengetahuan kita akan bertambah. Contohnya apabila kita membaca surat khabar,

kita akan mengetahui peristiwa yang berlaku di dalam dan di luar negara.

Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang lebih berfaedah dengan

mengunjungi perpustakaan. Ini mengelakkan kita daripada membuang masa secara sia-sia atau

dapat menghindarkan diri daripada terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti

melepak dan sebagainya.

Perpustakaan juga dapat membentuk disiplin para pelajar. Ini kerana di perpustakaan terdapat

pelbagai peraturan. Antara peraturanya ialah mesti senyap, memulangkan buku dalam

tempohnya dan menjaga kebersihan perpustakaan. Peraturan ini akan mendisiplinkan diri kita

kerana jika ingkar, mungkin kita akan didenda.

Di samping itu, perpustakaan dapat menambah pembedaharaan kata kita. Apabila kita membaca

buku-buku rujukan, kita akan terjumpa perkataan-perkataan baharu. Ini akan membantu kita

menulis karangan dengan lebih baik.

Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak kebaikannya. Oleh itu, tanamkan sikap suka

mengunjungi ke perpustakaan supaya kebaikan-kebaikannya itu dapat kita perolehi.

Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum

Kokurikulum ialah aktiviti luar darjah yang bermanfaat dan begitu berkesan untuk membentuk pelajar kretif, progresif, dinamis, berdaya saing dan berwawasan. Kegaiatan yang merangkumi persatuan,Unit Uniform serta sukan dan permainaan untuk murid tahun tiga hingga tahun enam ini dijalakan selama dua jam seminggu. Tidak dapat kita nafikan bahawa penyertaan dalam kegiatan kokurikulum ini banyak feadahnya.Aktiviti kokurikulum menekankan amalan bekerja secara berpasukan.Hasilnya setiap agenda yang diusaha menjimatkan masa,tenaga dan material. Ditinjau daripada aspek pembentukan sahsiah,selain membolehkan pelajar memartabatkan ilmu dan mendominasikan kemahiran mekanikal, keaktifan dalam kegiatan kokurikulum juga akan melahirkan individu yang tegas,beretika dan cekal dalam menangani kemelut seharia. Penglibatan dalam aktiviti ini juga membolehkan masa kita terisi dengan tugasan yang memanfaat,lantas menghindari kita daripada sebarang pengaruh yang begitu negatif. Malahan,kegiatan kokurikulum juga berpaksikan semangat berdikari dan jati diri,yang memungkinkan seseorang pelajar bertindak secara solo. Menyedari hakikatnya tersenarai, jelaslah bahawa selain menjana idea dan kemahiran kretif,penglibatan dalam aktiviti kokurikulum mampu membentuk personaliti dan sahsiah setiap pelajar untuk mengharungi pelbagai oral kehidupan.

Faedah Belajar Secara Berkumpulan

Setiap pelajar mempunyai kaedah belajar tersendiri.setiap murid perlu memilih kaedah dan teknik belajar yang paling berkesan dan mudah. Pelajar-pelajar mudah mendapati pelajaran secara berkumpulan .Pelajar yang lebih lemah boleh meminta bantuan daripada rakan yang lebih bijak.mereka juga dapat mengetahui maklumat dengan lebih cepat. Selain itu,belajar secara berkumpulan juga dapat mungurangkan kos membeli bahan bacaan dan latihan.Pelajar boleh berkongsi buku rujukan bersama-sama. Seterusnya, belajar secara berkumpulan juga boleh mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Semua pelajar dapat berbincang tentang pelajaran dalam suasana yang menyeronokkan. Belajar secara berkumpulan dapat menilai tahap pencapaian diri sendiri.ini dapat mewujudkan persaingan yang lebih sihat dalam kalangan murid. ia dapat meningkatkan motivasi untuk belajar bagi murid-murid.

Akhirnya, aktiviti belajar secara berkumpulan perlu dilaksanakan dengan terancang dan teratur. Murid -murid perlu berdisiplin dan berusaha dengan gigih untuk mencapai tujuan belajar.

Contoh-contoh Karangan Jenis Fakta / Rencana

Soalan

Tuliskan sebuah karangan tentang ’Penggunaan Komputer“.

Komputer merupakan salah satu alat komunikasi rekaan sainss. Penggunaannya begitu meluas

dewasa ini. Komputer digunakan dalam pelbagai bidang. Komputer sering digunakan di pejabat-

pejabat kerajaan atau swasta. Ia berfungsi sebagai alat untuk menyimpan data-data. Dengan

penggunaan komputer , kakitangan pejabat dapat menjalankan tugas dengan cepat dan tepat.

Pusat-pusat perubatan juga menggunakan komputer bagi mengesan sesuatu penyakit. Dengan

penggunaan komputer juga , ia dapat mengatasi kekurangan tenaga pekarja. Komputer dapat

membantu menyelesaikan kes-kes atau pembedahan yang rumit.

Komputer turut digunakan dalam bidang pelajaran. Kebanya kan sekolah menggunakan

komputer untuk mengajar mata pelajran Matematik , Sains , Fizik dan sebagainya. Pendek kata

penggunaan komputer banyak mendatangkan keuntungan. Ia dapat menjimatkan masa dan wang

serta membantu menyelesaikan masalah yang sukar di selesaikan oleh akal manusia.

Tajuk : Banjir

Banjir adalah bencana alam yang sering melanda negara kita terutamanya negeri -negeri Pantai

Timur. Bajir berlaku setelah hujan lebat tidak berhenti -henti selama beberapa hari. Biasanya

banjir melanda kawasan-kawasan yang rendah dan berhampiran sungai.

Apabila banjir melanda, banyak harta benda akan musnah. Binatang ternakan dan tanaman akan

mati. Para petani akan mengalami kerugian besar.

Banjir juga mengancam manusia. Kita tidak boleh bermain dengan air banjir kerana alirannya

yang deras dan dalam akan menghanyutkan kita. Jika tidak tahu berenang , kita akan mati lemas.

Oleh itu, apabila tiba musim hujan kita mestilah berhati -hati. Adalah lebih baik jika kita

berpindah ke tempat yang lebih selamat sebelum air naik.

Tajuk : ” Kepentingan Kenderaan …

Setiap hari kita dapat melihat pelbagai jenis kenderaan. Ada kenderaan yang bergerak di air. Ada

pula yang dapat bergerak di udara dan ada yang bergerak di darat. Kenderaan ini di gerakkan

oleh enjin yang direka khas. Kenderaan amat penting dalam kehidupan manusia.

Sejak zaman dulu lagi manusia menggunakan kenderaan untuk tujuan pengangku tan . Ini

termasuklah mengangkut barang-barang dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kenderaan

yang digunakan bagi tujuan pengangkutan ini termasuklah kenderaan darat seperti lori, van,

keretapi, motorsikal dan kereta. Kapal laut, feri perahu dan sebagainya adalah contoh

pengangkutan air. Kapal terbang dan helikopter pula adalah pengangkutan jenis udara.

Kenderaan mambolehkan kita pergi ke mana-mana destinasi yang kita sukai. Kita tidak perlu

memikirkan cara mana untuk sampai ke satu-satu tempat. Kenderaan yang ada membolehkan

ianya membawa penumpang. Contohnya, dengan hanya membayar sejumlah wang yang tertentu,

kita boleh pergi ke mana-mana destinasi yang ingin ditujui.

Perniagaan pada hari ini amat memerlukan kenderaan. Syarikat -syarikat perniagaan amat

bergantung sepenuhnya kepada kenderaan untuk memasarkan barangan keluaran mereka.

Dengan adanya kenderaan ini hasil-hasil pertanian dan barang-barang perindusrian dapat

diproses. Oleh itu, kegiatan ekonomi akan berjalan dengan lancar dan kesannya wuju dlah

pembangunan.

Untuk sampai ke satu-satu tempat yang jauh memerlukan jarak masa yang sangat lama. Dengan

menaiki kenderaan, masa yang panjang dapat dikurangkan. Contohnya apabila kita menaiki

kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Masa yang diambil untuk sampai ke sana

hanyalah empat puluh lima minit. Ini amat menjimatkan masa serta tenaga.

Jadi jelaslah bahawa kenderaan adalah agen pengangkutan yang amat penting. Dengan adanya

kenderaan semua kerja dapat dilakukan dengan mudah, cepat tepat dan cepat.

Tip :

Isi karangan berbentuk fakta adalah senang dicari secara peta minda.

Sumbangan Sains dan Teknologi Dalam Kehidupan Manusia

Sumbangan Sains dan Teknologi Dalam Kehidupan Manusia. Bincangkan Kehidupan manusia memang banyak dipengaruhi oleh sains dan teknologi. Lihat sahaja ciptaan

seperti kereta, rumah dan komputer yang begitu lumrah dalam kehidupan manusia kini. Jadi,

memang banyak sumbangan yang wujud.

Kewujudan teknologi dan sains telah menyebabkan banyak kerja manusia menjadi lebih mudah

untuk dilaksanakan. Bayangkan kerja mengemas rumah tanpa alat pembersih habuk atau mesin

pembasuh pakaian yang menyenangkan kerja membasuh baju kita. Kerja mengemas yang mudah

ini menjadikan kehidupan manusia lebih produktif.

Selain itu, teknologi dan sains juga mampu menjimatkan masa perjalanan seseorang dengan

terciptalah system pengangkutan moden. Manusia boleh bergerak ke satu tempat yang lain

dengan mudah melalui kereta, kapal terbang dan kapal laut serta kereta api. Kalau dahulu

perjalanan memakan masa sebulan atau setahun kini perjalanan itu hanya memerlukan beberapa

jam atau minit sahaja.

Malahan, manusia juga memperoleh banyak ilmu pengetahuan menerusi teknologi dan sains ini.

Kini sudah wujud buku secara elektronik dan internet pula memudahkan manusia untuk

memperoleh pelbagai informasi dengan hanya menekan papan kekunci komputer mereka sahaja.

Manusia menjadi semakin mengetahui keadaan sekeliling mereka dengan kemunculan teknologi

dan sains ini.

Sebenarnya, semua hasil ciptaan sains dan teknologi menjadikan kehidupan manusia lebih

selesa. Kalau dahulu manusia terpaksa bekerja keras untuk melakukan sesuatu kini sudah

berubah. Hasil teknologi dan sains menjadikan wujudnya pelbagai peralatan yang menjadikan

manusia lebih baik kehidupannya.

Kesimpulannya, teknologi dan sains memang memberi sumbangan yang ketara terhadap

kehidupan kita semua. Mungkin ada hasil ciptaan itu membawa keburukan tetapi semua kesan

buruk itu ditimbulkan oleh sikap manusia sendiri. Oleh itu, kita harus menghargai semua ciptaan

sains dan teknologi ini.

Faedah Bergotong-royong

Tulis sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah Bergoyong-royong:.

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi

bijaksana, Guru Besar, guru-guru, dan para hadirin. Ada pagi yang mulia ini, saya akan

menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah Bergotong-royong”.

Hadirin sekalian,

Menurut Kamus Dewan 2009, konsep gotong-royong membawa maksud mengerjakan atau

mengusahakan sesuatu secara bersama-sama. Berdasarkan makna ini, sebarang aktiviti kerja

yang dilaksanakan secara bersama-sama bolehlah dianggap sebagai bergotong-royong.

Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan cepat, mudah

dan menjimatkan kos serta meriah. Sebagai contoh, majlis perkahwinan menjadi lebih mudah

untuk dilaksanakan jika semua ahli masyarakat bekerjasama melaksanakannya selain

menjimatkan kos untuk mengupah orang datang memasak atau membina pelamin buat pasangan

pengantin. Ringkasnya, sikap mementingkan diri dapat dihindarkan menerusi amalan yang murni

ini.

Di kampung-kampung, amalan ini masih lagi boleh dilihat dan berlaku sehingga hari ini. Dengan

amalan ini, kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa tetapi mengeratkan perpaduan

sesama ahli masyarakat setempat kerana berlakunya interaksi ketika amaln bergotong-royong ini

dilakukan.

Oleh itu, amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan. Kita sebagai rakyat di

negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengekalkan amalan murni ini supaya satu

masyarakat yang bersatu-padu mampu dihasilkan dengan mudah. Perpaduan yang selama ini

wujud banyak bergantung kepada kekerapan aktiviti bergotong-royong ini dilakukan.

Memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk terus berkata-kata, biarlah saya

mengundurkan diri dahulu.

Faedah Membaca

Semua orang tanpa mengira usia perlulah menyemai minat membaca dalam sanubari mereka.

Amalan membaca memberikan banyak faedah kepada seseorang itu sepanjang hidupnya sama

ada disedari atau tidak oleh diri individu tersebut.

Manfaat yang jelas diberikan oleh sikap membaca ialah ilmu pengetahuan seseorang itu dalam

pelbagai bidang akan bertambah. Pemilikan pengetahuan ini memudahkan seseorang itu untuk

menyesuaiakan diri dalam kehidupan era moden yang penuh cabaran ini.

Tambahan pula, sikap membaca boleh menjadi satu cara yang paling mudah dan murah untuk

menghabiskan masa lapang. Seseorang itu hanya perlu membeli majalah, akhbar atau buku dan

duduk membaca di mana-mana yang sesuai buat mereka berjam-jam lamanya tanpa sebarang

gangguan.

Bahan bacaan juga boleh menjadi satu cara untuk menghiburkan seseorang itu terutama ketika

keseorangan. Ada banyak bahan bacaan yang mampu memberikan pelbagai bentuk hiburan

seperti novel, cerpen dan puisi kepada pembacanya dengan mudah.

Malah, membaca juga boleh membantu seseorang itu terutama pelajar untuk lulus dengan baik

dalam peperiksaannya. Semakin banyak buku yang dibaca semakin besarlah peluang pelajar itu

untuk lulus dengan cemerlang kerana semua soalan peperiksaan berdasarkan bahan bacaan yang

diberikan oleh pihak sekolah.

Konklusinya, tabiat suka membaca perlu dipupuk sejak kecil. Minat ini kemudiannya akan

berkembang apabila mereka menjadi dewasa lalu amalan ini akan terus wujud dalam diri

seseorang itu.