"139 faedah hadith"

55

Upload: kaminorsabir-kamin

Post on 30-Jun-2015

729 views

Category:

Spiritual


13 download

DESCRIPTION

Tajuk: Himpunan #2 Status Facebook : 139 Faedah Hadith Penulis: Muhammad Fathi `Ali al-Sakandary (http://ansarul-hadis.blogspot.com/) Edisi: Mei 2012M / Jamadil Akhir 1433H Jumlah Halaman: 55 halaman termasuk kulit Hak Cipta: Buku ini adalah waqaf penulis kepada seluruh umat Islam, tiada hak cipta mana-mana syarikat percetakan, dianjurkan untuk menyebarkannya dan mencetaknya dengan sebarang alat percetakan, dilarang plagiat sama sekali, dan dilarang meniagakannya tanpa izin bertulis daripada penulis terlebih dahulu. >> http://ansarul-hadis.blogspot.com/

TRANSCRIPT

Page 1: "139 Faedah Hadith"
Page 2: "139 Faedah Hadith"

2

Page 3: "139 Faedah Hadith"

Jamadil Akhir 1433H / Mei 2012

3

Jamadil Akhir 1433H / Mei 2012M

Page 4: "139 Faedah Hadith"

4

لهل دمإن الح، هرفغتسنو هينعتسنو هدمحن، ئاتيس نما وفسنور أنرش نم وذ باللهعنووأشهد أن ال إله إال الله وحده ،ومن يضلل فال هادي له ،هده الله فال مضل لهمن ي ،أعمالنا

ولهسرو هدبا عدمحأن مو له ريكال ش.

Sesungguhnya pujian itu bagi Allah. Kita memuji-Nya, kita

memohon kepada-Nya dan kita meminta ampun kepada-Nya. Kita

memohon perlindungan kepada Allah daripada kejahatan diri kita dan

keburukan amal perbuatan kita. Barangsiapa yang diberikan petunjuk

oleh Allah, maka dia tidak akan menjadi sesat. Barangsiapa yang Dia

sesatkan, maka tidak ada pemberi petunjuk untuknya. Saya bersaksi

bahawa tidak ada Tuhan selain Allah yang Maha Esa. Dan bahawa

Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya.

الله ابتك يثدالح قدإن أص، دمحم يدي هداله نسأحال ،و رشاوهثاتدحور مأم، وكل ضاللة في النار ،وكل بدعة ضاللة ،وكل محدثة بدعة

Sesungguhnya perkataan yang paling benar adalah kitabullah. Dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad SAW. Dan seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan. Dan semua yang diada-adakan adalah bid‘ah. Dan semua bid’ah adalah sesat. Dan semua kesesatan adalah di dalam neraka. - Hadith riwayat Imam Al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Solat Al-‘Idain, no. 1560.

Page 5: "139 Faedah Hadith"

5

بسم الله الرحمن الرحيم

إمساعيل حممد فتحي بن علي بن إبراهيمقال أبو

إلى أو يصيبها دنيا إلى هجرته كانت فمن نوى ما امرئ لكل وإنما بالنيات الأعمال إنماأةرا امهحكني هترا ىإل فهجم راجه هلى كمـا قال الرسول إليص الله هليع لمسو

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Berkata Abu Ismaaeel Muhammad Fathi bin `Ali bin Ibrahim,

Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa

sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa

yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau

kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka

hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu, sebagaimana sabda

Rasul SAW

Atas cadangan beberapa sahabat yang meminta saya menghimpunkan

faedah-faedah yang saya catatkan dalam status Facebook berkaitan

hadith dalam satu ruangan yang khas, maka saya himpunkan disini

tulisan saya dalam status Facebook berkaitan Mustolah Hadith dan

Ilmu berkaitan dengannya. Dan ini adalah arkib kedua, himpunan

dari 19 Ogos 2011M hingga 18 Mei 2012M. Moga bermanfaat

walau dengan manfaat yang sedikit.

Page 6: "139 Faedah Hadith"

6

1- Penilaian hadith bukanlah seperti sifir matematik : Satu perkara yang sangat penting yang perlu diketahui, tidak semua hadith periwayat yang dijarh sebagai dhaif itu ditolak, begitu juga tidak semua hadith periwayat yang dinilai thiqah itu diterima hadithnya. Penilaian hadith ni bukan seperti sifir matematik yang hanya bergantung pada zahir sanad hadith, asal sahaja perawi itu thiqah maka sahih lah hadithnya, asal sahaja perawi itu soduq maka hasan lah hadithnya, asal sahaja perawi itu dhaif maka dhaif lah haditnya, asal sahaja perawi itu kazzab maka palsu lah hadithnya. Sungguh tashih dan tad'if hadith disisi para huffaz hadith Salaf (Al-Mutaqaddimin) bukanlah begitu caranya! Sebaliknya ia bergantung kepada qarain-qarain (petunjuk-petunjuk dan bukti yang kuat). 2- Tashih al-Tirmizi, al-Daraquthni, Ibn Khuzaimah dan al-Hakim : Berkata Fadhilah al-Syaikh al-Muhaddith ‘Abdullah bin `Abdulrahman al-Sa’d:

مقدم على ابن خزمية ، و -الدارقطين -تصحيح الترمذي مقدم على تصحيح الدارقطين ، و هو قد يصحح لبعض من فيهم ضعف -الترمذي -مقدم على احلاكم ، و إن كان -ابن خزمية -هو

قابوس بن أيب ظبيان، عاصم بن عبيد اهللا ، و غريهم ، فتمسك بتصحيح :ن هذا قليل ، مثل و لك الترمذي

Terjemahan: Tashih al-Tirmizi didahulukan dari tashih al-Daraquthni, dan tashih al-Daraquthni didahulukan dari tashih Ibn Khuzaimah, dan tashih Ibn Khuzaimah didahulukan dari tashih al-Hakim, dan sesungguhnya al-Tirmizi ada mensahihkan (hadith yang rawi itu padanya terdapat) dhaif , akan tetapi ia adalah sedikit, seperti perawi: Qabus bin Abi Zabyan, ‘Asim bin Ubaidillah, dan lain-lain , maka berpeganglah dengan tashih al-Tirmizi (rujuk: Rakaman Audio kuliah Syarah Al-Mugizoh oleh syaikh ‘Abdullah al-Sa’d, siri ke-9, pada minit 18.25) 3- Al-Sahih : Ia adalah gelaran untuk kitab-kitab hadith yang menghimpunkan hadith-hadith sahih. Perlu diketahui manhaj para huffaz yang menyusun kitab-kitab ‘al-Sahih’ mereka mensyaratkan secara umum hadith-hadith sahih dalam kitab mereka, namun mereka juga tetap memasukkan beberapa hadith-hadith dhaif atas sebab-sebab tertentu. Antaranya sebagai syahid dan mutabaat saja, atau membawa hadith yang dha’if itu bagi menunjukkan bahawa hadith sebelumnya adalah sahih, atau hendak menyatakan kelemahan hadith yang dha’if itu dengan cara menyusun

Page 7: "139 Faedah Hadith"

7

ia selepas hadith-hadith sahih, atau bagi menunjukkan kesilapan perawi pada hadith yang dha'if itu, bagi menyatakan putusnya sanad, bagi menunjukkan antara yang terpelihara dan yang tidak terpelihara dan lain-lain sebab. Maka sebab itu kita akan dapati dalam kitab-kitab al-Sahih – baik kitab al-Bukhari, Muslim, Malik, Ibn Hibban, Ibn Khuzaimah, al-Nasaie (al-Sughra) – sememangnya terdapat beberapa hadith yang dhaif dengan bilangan yang amat kecil dan para penyusun kitab sendiri telah menyatakan kelemahan hadith itu samada secara tersurat atau tersirat. 4- Al-Takhrij:

Masdar daripada “kharraja / جخر” (mengeluarkan), iaitu mengeluarkan sumber atau dengan kata lain menyebutkan sumber hadith di mana ia dijumpai, tidak semestinya menyatakan darjat hukum (status) hadith itu.

5- La yus'alu `anhu (أل عنهسال ي) :

Bermaksud "Jangan dipersoal akannya" (terjemahan harfiyah) iaitu jangan dipersoal akan orang sepertinya, atau terjemahan yang lebih tepat dengan konteks ialah: "Tidak dipertikai akannya” iaitu. Apabila dinisbahkan kepada perawi hadith, ia adalah antara lafaz Ta'dil yang tertinggi. 6- Hadith yang di-rafa' Mughirah bin Ziyaad : Berkata al-Imam al-Hafiz al-Jihbiz, Syaikh al-Muhaddithin Abu Zakaria Yahya bin Ma'in: "semua hadith yang di-rafa'-kan Mughirah bin Ziyaad adalah Munkar" [rujuk: al-`Ilal wa Ma'rifatu al-Rijal `An Yahya bin Ma'in, hal. 108, Dar Ibn Hazm, 2004M] 7- Al-Jihbiz : Dengan kasrah, sebagaimana yang disebut dalam al-Qamus al-Muhit (1/424), terkadang biasa juga disebut al-Jahbaz atau al-Jihbaz. Ia adalah mu'arrab (di`arabkan / arabicized) daripada bahasa Persia, jama'nya adalah al-Jahabazah. Jika dinisbahkan kepada para Nuqqad hadith, ia secara umumnya adalah untuk mereka amat pakar dengan kedalaman ilmu hadith terutamanya al-`Ilal, terkadang dinisbahkan juga kepada Kibar al-Thiqat al-Athbat dari kalangan ahli hadith. Antara yang biasa dinisbahkan dengan gelaran ini ialah Yahya Ibn Ma'in, `Ali ibn al-Madini, Abu Hatim, Abu Zur'ah, al-Bukhari, al-Tirmizi dan lain-lain

Page 8: "139 Faedah Hadith"

8

8 - Mengenal sirah ahli hadith terdahulu dan kecintaan kita kepada hadith: Sekiranya kita lebih mengenali sirah al-Albani, al-Arnaouth, al-Tharifi dan lain-lain ulama hadith masa kini melebihi daripada kita mengenali sirah para imam hadith terdahulu umpama al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi, Abu Daud dan lain-lain. Maka kecintaan kita kepada ilmu hadith amat wajar bahkan perlu disemak semula 9 - Imam al-Bukhari berkahwin dan mempunyai anak: Para ulama berbeza pendapat samada Imam al-Bukhari berkahwin atau tidak. Yang rajihnya ialah beliau berkahwin bahkan mempunyai anak lelaki bernama Ahmad dengan kunyah Abu Hasf. Ini adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Siyar `Alam al-Nubala karya Imam al-Zahabi dan juga Sirah al-Imam al-Bukhari karya Syaikh Salahuddin ibn Ali ibn Abdul Maujud. Bahkan Imam al-Zahabi antara yang membantah keras dakwaan bahawa Imam al-Bukhari tidak berkahwin dengan membawa riwayat-riwayat sahih dalam Siyar `Alam al-Nubala 10 - Akrabnya Imamain al-Bukhari dan al-Tirmizi: Imamain al-Bukhari dan al-Tirmizi kedua mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat, hubungan unik guru dan murid. Imam al-Tirmizi adalah murid kesayangan Imam al-Bukhari. Hingga Imam al-Bukhari pernah meriwayatkan 2 hadith daripada muridnya Imam al-Tirmizi. Pertama ialah hadith Ibn `Abbas berkenaan perkataan Linah dalam surah al-Hasr ayat 5, kedua ialah hadith Abu Sa'id berkenaan perihal junub dalam masjid. Berkata Imam al-Tirmizi setelah meriwayatkan kedua hadith ini dalam kitabnya al-Jami' al-Mukhtasar: "Muhammad bin Ismail mendengar (iaitu meriwayatkan) hadith ini daripada ku.” 11 - Imam al-Tirmizi seorang yang buta: Abu `Isa Muhammad bin `Isa bin Sawrah bin Musa al-Dahhak al-Tirmizi, merupakan salah seorang daripada huffaz hadith Salaf, murid kesayangan Imam al-Bukhari, masyhur dengan Imam al-Tirmizi, penyusun al-Jami' al-Mukhtasar yang lebih dikenali dengan nama Sunan al-Tirmizi. Beliau adalah seorang yang buta pada akhir hayatnya hingga wafat, sesetengah menyebut bahawa beliau buta sejak dilahirkan. Yang rajih ialah beliau menjadi buta pada akhir hayatnya ketika usia tua setelah menjelajah menuntut ilmu dan menulis pelbagai karya. Berkata Khalil Safadi (Nukat al-Himyan Fi Nukat al-`Umyan, 1/26): "tiadalah pernah dilihat seseorang yang buta tetapi amat genius, melainkan salah seorang daripada mereka ialah al-Tirmizi al-Kabir, seorang Hafiz".

Page 9: "139 Faedah Hadith"

9

Hingga Imam al-Tirmizi juga dikenali dengan nama Abu `Isa al-Dharir (Yang Buta). 12 - Sikap amanah Imam al-Bukhari dalam bisnes : Imam al-Zahabi meriwayatkan dengan isnad yang sahih dalam Siyar `Alam al-Nubala (12/447), bahawa Bakr ibn Munir berkata bahawa beberapa barang perniagaan dihantar kepada Imam al-Bukhari - untuk urusan perniagaannya - , yang menghantarnya ialah Ahmad iaitu anak lelaki al-Bukhari sendiri. Dan datang sekumpulan pembeli kepada al-Bukhari seraya menawarkan untuk membelinya dengan harga 5000 Dirham. Dan al-Bukhari berkata kepada mereka: "pulanglah dulu ke rumah malam ini (dan beri aku masa untuk mempertimbangkan tawaran itu)". Pada keesokan harinya, datang sekumpulan pembeli lain kepada al-Bukhari dan menawarkan untuk membeli barang tersebut dengan harga 10,000 Dirham. Jawab al-Bukhari: "maaf, telah terlambat kerana aku telah berniat untuk menjualnya kepada pembeli yang datang kepadaku semalam". Kisah yang sama ini juga diriwayatkan oleh Ibn Hajar dalam muqaddimah al-Fath (504). 13 - Hadith "cintakan tanah air itu sebahagian dari iman”: Telah tersebar dalam internet akan hadith yang bermaksud: "Cintakan tanah air itu sebahagian dari iman" dan ditulis "HR al-Bukhari dan Muslim". Ketahuilah bahawa hadith ini adalah hadith palsu, bukanlah ia sabda Nabi SAW, tiadalah al-Bukhari dan Muslim meriwayatkannya, bahkan tiada padanya asal. Laknat Allah SWT kepada para pencuri hadith yang mencuri hadith ini dan menyandarkannya kepada Imamain al-Bukhari dan Muslim 14 - Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ju'fi Abul Hasan: Berkata Imam al-Bukhari tentangnya: "dia bertemu (dan meriwayatkan) dari Hammad bin Zaid, dan dengan kedua tangannya dia bersalaman dengan Ibn al-Mubarak, dan dia mendengar dari Malik bin Anas" (al-Tarikh al-Kabir, no. 1084). Berkata Abu Ismail Muhammad Fathi al-Tabib: "dan beliau adalah ayah kepada Imam al-Bukhari sendiri" 15 - Hukum menyimpan janggut: Para Salaf sepakat akan kewajipan menyimpan janggut, adapun disisi Khalaf padanya khilaf, sesetangah berpendapat sunnah muakkadah. Pegangan peribadiku selama ni, menyimpan janggut wajib asalnya buat mereka yang diberi tumbuh janggut serta mampu menyimpannya, penyecualian kepada mereka yang tidak mampu disebabkan tekanan pemerintah, tekanan kerja, maka diringankan untuk tidak menyimpan.

Page 10: "139 Faedah Hadith"

10

Pendapat yang menyatakan secra asalnya sunnah muakkadah termasuk pendapat al-Allamah Dr. Yusuf al-Qaradhawi (hafizahulLah) adalah lemah. Dan perlu diketahui bahawa janggut bukanlah keutamaan, dan bukan pengukur tahap kesarjanaan seseorang. 16 - Niat puasa ganti bersama puasa 6 Syawal : Tiada pada Salafussoleh akan amalan 2 niat dalam 1 ibadah khusus.Tidak boleh berniat puasa ganti Ramadhan bersama niat puasa 6 Syawal. Yang wujud disisi Salaf ialah mereka menyukai berpuasa ganti pada hari-hari utama seperti 10 hari awal Zulhijjah sebagaimana yang disukai Umar al-Khattab, juga pada hari `Asyura sebagaimana yang disukai al-Qasim dan Salim bin `Abdulah bin `Umar, serta `Aishah yang biasa mengganti puasanya pada bulan Sya'ban. Sesetengah fuqaha' meluaskan kepada hari Isnin dan hari-hari Putih. Niat puasanya adalah 1 iaitu puasa qadha', cuma diharapkan padanya ganjaran pada hari utama 17 - Waktu qadha’ puasa Ramadhan : Diboleh qadha' puasa Ramadhan samada sebelam puasa 6 Syawal mengikut zahir hadith, atau selepas puasa 6 Syawal seperti amalan Said bin Jubair, yang juga disukai Ahmad bin Hanbal. Bahkan zahir amalan`Aishah menunjukkan beliau mengakhirkan qadha' dan mendahulukan puasa 6 Syawal. Kedua cara diamalkan Salafussoleh. Afdhal menggantikan puasa Ramadhan pada 10 hari awal Zulhijjah, berkata Umar al-Khattab: "tiadalah hari yg lebih aku sukai utk menggantikan puasa Ramadhan melainkan pada 10 hari awal Zulhijjah", demikian juga pendapat Malik bin Anas 18 - Hadith ganjaran menuntut ilmu melebihi 1000 tawaf : Hadith yang berlegar pada sesetengah mulut pencerita-pencerita yang bermaksud: "menuntut ilmu itu lebih baik daripada mengurus 1,000 jenazah, solat malam 1,000 rakaat , dan haji (tawaf Kaabah) 1,000

kali" , ketahuilah bahawa ia adalah hadith palsu. Tidak halal menyebarkannya tanpa memberi tahu kepalsuannya. 19 - Hukum menyambut Hari Merdeka, Hari Ibu : Menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan, atau Hari Ibu , atau Hari Pekerja, adalah harus, tiadalah ia berkait agama, dan tiadalah padanya ibadah. Pendapat yang mengharamkannya adalah pendapat yang ghuluw (melampau) dalam agama bahkan sangat keliru.

Page 11: "139 Faedah Hadith"

11

20 - Hadith bersiwaknya Nabi SAW ketika puasa : Hadith `Amir bin Rabi'ah perihal Nabi bersiwak ketika berpuasa adalah Sahih, disahihkan oleh Imam Ibn Khuzaimah, bahkan Imam al-Bukhari berhujah dengannya. Sesetengah semisal al-Albani menilai ia Dhaif, hanya kerana `Asim bin UbaidilLah, namun pendapat ini tidak kuat bagiku. Allah hu'alam 21 - Amalan ucapan Taqabbalallah minna wa minka ketika `Eid : Berkata Fadhilah al-Syaikh al-Muhaddith al-Syab `Abdul `Aziz al-Tharifi :

ال :،ال يظهر أن الصحابة والتابعني يلتزموا دوما،ولذا قال مالك)تقبل اهللا منا ومنك(التهنئة بــ

حباهلم وهو أقرب األئمة معرفة. أعرفه وال أنكره Terjemahan: Mengucap tahniah `Eid dengan ucapan : (Taqabbalallah hu minna wa minka) tidaklah jelas bahawa sahabat dan tabiin mengamalkannya secara konsisten, kerana itu berkata Imam Malik: "saya tidak mengatahuinya tetapi saya tidak mengingkarinya", walhal Imam Malik ialah imam yang paling dekat pengetahuan berkenaan hal keadaan mereka (para Salafussoleh)" 22 - Bagaimanakah ucapan tahniah `Eid itu: Berkata Fadhilah al-Syaikh al-Muhaddith al-Syab `Abdul `Aziz al-Tharifi :

صيغة حسنة املعىن، وال يثبت يف احلديث صيغة،وأصح شيء نئة الصحابة نئة العيد تكون بأي

جود إسناده اإلمام أمحد. تقبل اهللا منا ومنك:لبعضهم، يقولون Terjemahan: Ucapan tahniah `Eid boleh dilakukan dengan apa juga sighah (cara sebutan) yang baik maknanya, tidak thabit dalam hadith (yang marfu') akan sighah tertentu, yang paling kuat hanya ucapan tahniah sesama sahabat, mereka berkata: Taqabbalallah hu minna wa minka, baik isnadnya mengikut Imam Ahmad" 22 - Riwayat lafaz takbir `Eid yang paling sahih : Berkata Fadhilah al-Syaikh al-Muhaddith al-Syab `Abdul `Aziz al-Tharifi :

اهللا أكرب .. كربوا اهللا : أصح صيغ التكبري يف العيد ما أخرجه عبد الرزاق عن سلمان الفارسي قال وهو صحيح اإلسناد.. اهللا أكرب اهللا أكرب كبريا

Page 12: "139 Faedah Hadith"

12

Terjemahan: Riwayat yang paling kuat berkenaan siyagh (cara sebutan) takbir `Eid ialah apa yang dikeluarkan `Abdul Razzaq dari Salman al-Farisi katanya: membesarkan Allah (dengan bertakbir) ...Allah hu Akbar Allah hu Akbar Allah hu Akbaru Kabira..dan isnadnya Sahih 23 - Menggabungkan niat puasa ganti bersama-sama puasa 6 Syawal: Berkata Fadhilah al-Syaikh al-Muhaddith `Umar `Abdullah al-Muqbil :

قضاء أو -بني نية القضاء ونية صيام الست من شوال، فالصوم الواجب -يف الصيام - ال جيوز اجلمع ال يصح أن يشاركه غريه -نذر

Terjemahan: Tidak boleh menggabungkan - dalam puasa - antara niat qadha' dan niat puasa 6 hari di bulan Syawal. Puasa wajib – iaitu puasa qadha atau nazar – itu tidak boleh digabungkan dengan (niat) lainnya 24 - Solat `Eid itu tempatnya di padang lapang : Tempat melakukan solat `Eid itu di Musolla iaitu padang lapang, dan bukannya di Masjid. Namun sebahagian fuqaha' memberi kelonggaran dibolehkan dibuat dalam Masjid. Sunnah solat `Eid ialah di padang lapang, disebabkan itu Nabi memerintahkan semua Muslimin , baik lelaki, wanita, kanak-kanak, bahkan diperintah datang walaupun wanita yang haidh, tiada masalah untuk wanita haidh untuk datang kerana ia padang, cuma wanita haidh perlu menjauhi tempat solat. Berkata Abu Ismail Fathi al-Sakandary: "dan al-Ikhwan al-Muslimun antara yang menghidupkan sunnah bersolat `Eid di padang lapang di Mesir,aku menghadiri tanah lapang `Eid mereka setiap tahun" 25 - Hukum solat `Eid : Solat `Eid adalah Syi'ar Islam, para ulama telah berbeza pendapat akan hukum solat `Eid. Sesetengah berpendapat ia Fardhu `Ain (wajib atas semua), sesetengah berpendapat ia Fardhu Kifayah (wajib atas sebahagian), sesetengah berpendapat ia Sunnah Muakkadah (sunat yang amat digalakkan). Dan yang rajih bagiku ialah pendapat pertama iaitu ia Fardhu `Ain, wajib untuk setiap Muslimin pergi Solat. Bahkan wanita haidh diperintah keluar pergi ke tempat perlaksaan solat, dengan menjauhi tempat solat

Page 13: "139 Faedah Hadith"

13

26 - Meminta maaf dipagi `Eid : Meminta maaf itu adalah sejurus selepas menyedari akan kesilapan yang dilakukan, bukannya di pagi hari `Eid. Sedang hari `Eid itu hari mengucapkan tahniah dan doa agar amalan pada bulan Ramadhan diterimaNya semuanya. Namun tidaklah salah amalan meminta maaf oleh umat Melayu, kerana itu adalah adat dan ia bukanlah satu kemestian 27 - Adat para ulama menulis buku : Ulama zaman berzaman apabila menulis bab bid'ah itu dijadikan bab terakhir,dimulakan dengan yang sunnah kemudian baru yang bid'ah. Berkata Abu Ismail Fathi al-Tabib: "aku ta'ajjub melihat sebuah buku yang ditulis seorang ustaz berkenaan berhari raya mengikut sunnah, baru lepas pendahuluan, muka surat 3 telah ditulis tajuk bid'ah-bid'ah raya. Kemudian baru dijelas bab sunnah hari raya. Adakah si penulis begitu semangat hingga bermula dengan bid'ah? bagiku ia menyalahi adat dan tidak berhemah dalam dakwah. Allah hu'alam". 28 - Cara membaca kitab al-`Ilal kara Imam al-Daraquthni : Berkata Abu Ismail : "antara kitab-kitab `Ilal, kitab `Ilal yang paling suka aku membacanya ialah `Ilal al-Daraquthni, kerana setiap kali untuk aku memahami kata-kata al-Daraquthni aku wajib membuat peta. Jika sekali baca semamangnya aku tidak akan faham. Mungkin antara kerja Muhaddith Moden ialah memudahkan kitab `Ilal al-Daraquthni ini dengan menyusun semula dalam bentuk peta agar mudah untuk difahami sebagaimana Ibn Balban menyusun semula kitab al-Anwa' wa al-Taqasim karya Ibn Hibban" 29 - Sumbangan ayah Imam Hassan al-Banna dalam hadith : Fadhilah al-Syaikh al-Muhaddith Ahmad ibn Abdul Rahman ibn Muhammad al-Banna - rahimahullah - , masyhur dengan nama al-Saati. Merupakan ahli hadith yang terkenal, anak beliau adalah pengasas yang juga Mursyidul `Aam jamaah al-Ikhwan al-Muslimun iaitu Fadhilah al-Syaikh Hassan al-Banna - rahimahullah - . Antara jasa terbesar Syaikh Ahmad al-Banna ialah beliau menyusun semula kitab Musnad Ahmad mengikut urutan bab-bab fiqh dalam karya magnum opusnya Fathul Rabbani. Siap pada tahun 1351H. 30 - Istilah: Kalimat 'Istilah' bermaksud satu lafaz yang disepakati oleh kelompok tertentu berkenaan sesuatu perkara. Contohnya: para fuqaha' telah bersepakat dalam

Page 14: "139 Faedah Hadith"

14

menggunakan lafaz 'Wajib', 'Mustahab', 'Haram' , ' Makruh' dengan maksud tertentu yang difahami oleh para fuqaha' sesama mereka. Kesemua cabang ilmu mempunyai 'Istilah' nya yang tersendiri, iaitu satu lafaz khas yang difahami oleh sesama mereka yang ahli dalam bidang tersebut. Satu istilah yang sama boleh difahami secara berbeza oleh mereka yang berlainan kelompok. Contohnya: istilah (Khabar) difahami oleh sekelompok Ahli Hadith sebagai apa-apa sahaja yang dinisbahkan kepada Nabi SAW atau selain Nabi SAW, baik dari segi perkataan atau perbuatan, ringkasnya ia merangkumi Hadith dan Athar. Namun bagi Ahli Nahu pula, istilah (Khabar) bermaksud satu bahagian daripada Jumlah Ismiyyah, iaitu Jumlah Ismiyyah bagi mereka terbahagi kepada (Mubtada') dan (Khabar). Ini jelas berbeza dengan pemahaman Ahli Hadith, walaupun istilahnya sama iaitu (Khabar). Tidak dinafikan adalah wajib bagi para penuntut ilmu mengetahui perbezaan makna istilah ini, agar tidak berlaku salah faham apabila membaca tulisan-tulisan para ulama'. 31 - Hadith ganjaran syahid memerangi Dajjal : Hadith yang tersebar dalam bahasa English berbunyi: "Those who resist and confront the cursed Dajjal, their honor,

prestige and reward will be the same as the Shaheed (martyrs) of Badr and Ohud -Abu Horayra (RA), Bokhari, Muslim". Ketahuilah bahawa ia hadith palsu, tiada hadith yang sebegini dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Adalah haram menyebarkannya. Dan semoga Allah SWT melaknat mereka yang mencipta hadith ini, yang telah berdusta kepada Nabi SAW atas nama Abu Hurairah, al-Bukhari dan Muslim. 32 - Al-Tharifi antara huffaz pada zaman kita : Fadhilah al-Syaikh al-Muhaddith Abu `Umar wa Abu Yusuf `Abdul `Aziz Marzuq al-Tharifi adalah antara para huffaz (penghafaz hadith) pada zaman kita. Setelah menghafaz al-Qur'an, Fadhilah al-Syaikh al-Muhaddith al-Syab `Abdul `Aziz al-Tharifi menghafaz hadith bermula dengan Sahih al-Bukhari, kemudian Sahih Muslim, kemudian Sunan Abu Daud kemudian baru kitab Usul al-Sittah lain. Selain itu beliau juga telah menghafaz kitab 4 biji kitab Muhammad Abdulwahhab berkaitan Aqidah, Syarah al-Zarkasyi, Bulughu Maaram dan lain-lain. Moga Allah memelihara al-Syaikh. Saya katakan lagi : pun begitu, walau bagaimana sekuat dan sehebat manapun hafazan Syaikh al-Tharifi, tidaklah ia dapat menandingi hafazan para huffaz hadith al-Mutaqaddimun, huffaz Salaf.

Page 15: "139 Faedah Hadith"

15

33 - Amalan zirah kubur di pagi `Eid : Disyariatkan ziarah kubur untuk mengambil pengajaran dan agar kita mengingat akhirat dengan berbuat kebajikan. Nabi SAW bersabda:

خريا زيارا لتذكركم فزوروها القبور زيارة عن ثالث عن يتكم كنت

Terjemahan: Dahulu aku melarang akan tiga perkara, pertamanya ialah melarang kalian menziarahi kubur, namun sekarang ziarahlah, kerana hal itu mengingatkan kalian untuk berbuat kebajikan [Dikeluarkan Ahmad, no. 23003, Sahih] Berkata Abu Ismail: "Ziarah kubur itu sunnah, mengkhususkan ziarah kubur pada pagi `Eid itu bid'ah". 34 - Waspda dalam menyebarkan hadith dari internet : Berhati-hati dalam menyebarkan hadith Nabi SAW dari internet. Semata-semata hanya kerana ditulis "HR al-Bukhari & Muslim" ia belum tentu benar, kerana telah muncul pencuri-pencuri hadith yang menggunakan nama Imamain al-Bukhari & Muslim untuk hadith-hadith palsu. Maka seseorang hendaklah menyemak dahulu apakah benar hadith itu terdapat dalam al-Sahihain, kemudian setelah pasti maka barulah menyebarkannya. 35 - Pencuri hadith pada abad ke-21 : Jika pada zaman periwayatan hadith dahulu, terdapat para pencuri-pencuri hadith yang mengaku mengambil hadith A dari syaikh A walhal dia menipu, dan mencamtumkan sanad yang sahih kepada hadith yang dhaif. Maka pada abad ke-21 muncul pencuri-pencuri baru, mereka mencipta hadith palsu kemudiannya menyandarkannya kepada al-Bukhari & Muslim, sebahagian mengambil hadith dhaif kemudian menipu dengan menyebut "HR al-Bukhari & Muslim". Moga Allah SWT melaknat para pencuri hadith ini. 36 - Hadith mencari nafkah sebagai penghapus dosa : Hadith bermaksud "Sesungguhnya ada antara dosa-dosa yang tidak dapat terhapus dengan puasa dan solat. Maka para sahabat bertanya: Apakah yang dapat menghapusnya, wahai Rasulullah? Nabi

menjawab:Bersusah payah dalam mencari rezqi (nafkah)". Hadith ini tersebar dalam internet atas nama Imamain al-Bukhari & Muslim, walhal ia dikeluarkan antaranya oleh Abu Nu'aim dalam Hilyah (6/366) dan didhaifkannya sendiri, juga didhaifkan oleh al-Iraqi, al-Haithami. Bahkan kata al-Albani: Palsu

Page 16: "139 Faedah Hadith"

16

37 - Kebiasaan al-Qadr itu pada malam ke-27: Petanda-petanda khusus sebelum dan semasa malam al-Qadr tiada yang sahih, yang sahih cuma selepas ia berlalu. Kebarangkaliannya lebih pada malam-malam ganjil, dan kata Fadhilah al-Syaikh al-Muhaddith al-Syab `Abdul `Aziz Marzuq al-Tharifi, kebiasaan dan kebanyakannya malam al-Qadr berlaku pada malam ke-27, tidak semesti malam 27 tapi kebanyakannya. Allah hu'alam 38 - Doa iftitah yang masyhur: Berkata Abu Ismail Fathi al-Tabib: "Ketahuilah bahawa doa iftitah (Subhanakallahumma wa bihamdika..) adalah tidak sahih akan marfu'nya, kata Ibn Khuzaimah dalam Mukhtasarul Mukhtasar: "khabar ini tidak thabit dari Nabi SAW disisi Ahli Hadith". Walaubagaimanapun, amalan doa ini thabit daripada amalan sebahagian sahabat seperti Umar al-Khattab, Uthman dan juga Ibn Umar". 39 - Mencari al-Qadr itu bukan dengan menilik petanda : Nabi SAW menyuruh dalam hadith agar kita "mencari" al-Qadr, bukanlah bermaksud mencarinya dengan menilik dan melihat langit, merasa suhu cuaca panas atau sejuk dan sebagainya, mencari itu adalah dengan melakukan ibadah berterusan agar tidak terlepas al-Qadr bila ia berlaku. Bukan mencari tanda-tanda al-Qadr, apabila telah berjumpa tanda barulah hendak mula beribadah! Bahkan ketahuilah bahawa tiada petunjuk yang Sahih akan sifat al-Qadr sebelum atau semasa ia berlaku, yang ada hanyalah selepas ia telah berlalu. 40 - Kesilapan nama rawi dalam internet #1 : Dalam blog-blog yang menterjemah hadith malam al-Qadr banyak ditulis nama perawi (Abi bin Ka’ab), ini silap! yang betulnya ialah (Ubay bin Ka'ab). Amatlah jauh beza antara Ubay dan Abi!!

Walaupun ejaannya sekali pandang nampak seakan sama jika tanpa baris :أىب , tapi ia beza (أىب) dan (أيب). Malangnya kesilapan ini telah tersebar dengan meluas dalam internet kerana teknologi "copy & paste". Moga kita lebih berhati-hati apabila menulis dalam internet, kerana setiap yang ditulis itu bakal disebarkan tanpa hadnya.

Page 17: "139 Faedah Hadith"

17

41 - Tanda Malam Al-Qadr : Tiada sebarang petanda khusus akan sifat malam Al-Qadr dalam hadith yang Sahih, riwayat yang datang dalam hal ini umpama malam itu bersih, bulan bersinar, sunyi, tidak terlalu panas dan tak terlalu sejuk, tiada bintang, tidak berawan, tiada hujan, tiada angin dan lain-lain semuanya lemah! Petunjuk yang Sahih cuma petunjuk selepas malam Al-Qadr itu telah berlalu iaitu Matahari terbit dengan tidak terlalu menyilau sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya. Maka mahu tidak mahu seseorang itu perlu beribadah pada kesemua 10 malam akhir Ramadhan, terutama pada malam ganjil. 42 - al-`Illah: Ialah kecacatan tersembunyi pada hadith, yang jika dilihat secara zahir seolah-olah hadith itu sahih, contohnya kesilapan seorang perawi thiqah yang meriwayatkan hadith, samada dia silap dalam matan atau isnad. Silap dalam matan seperti silap menyebut lafaz, silap dalam isnad seperti merafa'kan apa yang mursal atau putus, atau tertukar isnad hadith sahih kepada matan hadith dha'if, atau tertukar nama rawi dalam isnad dan sebagainya 43 - Belajar tanpa guru itu umpama belajar bersama Syaitan: Belajar itu mesti berguru, mereka yang belajar sendiri-sendiri tanpa guru maka pasti sesatlah dia! dan guru itu pelbagai bentuk, boleh jadi ia manusia, boleh jadi ia buku, rakaman audio atau video. Kelebihan guru manusia itu jika seseorang pelajar tidak faham maka boleh bertanya, kelemahannya pula bukan semua hal dia tahu. Maka sebaiknya belajarlah dengan semua jenis guru baik manusia, buku, audio dan video. Jangan belajar tanpa guru kerana ketika itu anda sedang belajar dengan syaitan 44 - Hadith "beramallah untuk duniamu seolah-olah kau akan hidup selamanya": Hadith yang lafaznya bermaksud "Beramal lah untuk duniamu seolah-olah kau akan hidup selamanya, dan beramal lah untuk akhiratmu seolah-olah kau akan mati esok". Ketahuilah bahawa hadith dengan lafaz ini tiada yang marfu' , yang wujud ialah mauquf kepada `Abdullh bin `Amru al-Aas , dikeluarkan Ibn Qutaibah dlm Gharib al-Hadith dengan isnad yg dha'if, munqathi' kerana tidak thabit Ubaidillah bin al-Ayzar mendengar dari `Abdullah bin `Amru. Ubaidillah bin al-Ayzar seorang yang thiqah thabit mendengar daripada beberapa tabiin, namun tak thabit mendengar dari `Abdullah bin `Amru al-Aas (sahabat).

Page 18: "139 Faedah Hadith"

18

Walaubagaimanapun, lafaz yang marfu' berbunyi : “ أصلحوا دنياكم ، واعملواكأنكم متوتون غدا، آلخرتكم - baikkan agama kamu semua, beramal utk

agama kamu semua, seolah kamu semua mati esok”, dikeluarkan oleh al-Qudhai'i (2/60) dari Abu Hurairah secara marfu' dgn isnad yang dha'if, padanya Sulaiman bin Arqam, Miqdam bin Daud yang Dha'if Jiddan dan `Isa bin Waqid yang tidak dikenal. 45 - Otak Superkomputer Imam Abu `Isa al-Tirmizi : Imam Abu `Isa al-Tirmizi adalah seorang yang diberi anugerah oleh Allah SWT dengan kekuatan ingatan yang sangat kuat bagai Superkomputer. Imam al-Zahabi meriwayatkan dengan isnad yang sahih dalam Siyar `Alam al-Nubala' (13/273), dengan isnadnya berkata Abu Sa'd al-Idrisi, bahawa Imam Abu `Isa al-Tirmizi berkata: "Pernah suatu hari aku dalam perjalanan musafir ke Makkah, dalam perjalanan itu aku menulis 2 juz' hadith-hadith milik seorang Syaikh. Kemudian aku pun bertemu beliau, maka aku meminta izin dari Syaikh itu untuk meriwayatkan hadith-hadith itu kepadaku (iaitu periwayatan guru membaca, dan murid mendengar), aku beranggapan kedua-dua juz' yang ditulis itu telah bersama aku (iaitu dalam buku cacatan yang beliau bawa berjumpa Syaikh itu). Dan Syaikh itu pun bersetuju meriwayatkan hadith-hadith itu kepadaku. Kemudian aku menyedari bahawa sebenarnya bersama aku ialah cacatan buku 2 juz' kosong, sementara Syaikh itu meneruskan membacanya dengan ingatannya. Kemudian Syaikh itu melihat tangan ku dan mendapati halaman-halaman kosong, seraya berkata: "tidakkah engkau malu akan aku - kerana membawa halaman kosong ini- ?". Maka aku menjelaskan masalah aku, dan aku berkata: "aku telah menghafaz kesemuanya". Kemudian Syaikh itu berkata: "Cuba baca semula". Maka aku pun membacanya semula kepadanya, dan beliau tidak mempercayai aku seraya berkata: "adakah kamu telah menghafaz sebelum berjumpa aku?". Maka aku katakan kepadanya: "bacakan kepadaku hadith-hadith lain milikmu", maka beliau pun membacakan hadith-hadith lain miliknya seraya berkata: "bacalah semula". Kemudian aku membacanya semula kesemuanya kepadanya dan aku tidak silap walaupun satu huruf” 46- Hadith Ancaman Menyimpan Kuku: Hadith yang tersebar dalam Facebook "Menyimpan sebatang jari kuku

yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi". Ketahuilah ianya Palsu bahkan Tiada Asal.

Page 19: "139 Faedah Hadith"

19

Tiada hadith yang Sahih berkenaan ancaman tidak memotong kuku walaupun satu. Yang ada Sahih hanyalah anjuran memotong kuku sebagai sunan fitrah iaitu sebuah hadith yang dikeluarkan Imam al-Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab al-Sahih mereka berdua, dari Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda:

سمة خطرالف– ةطرالف نم سمخ أو– قصو طاإلب فتناألظفار و يمقلتو اددحتساالان وتالخ الشارب

Terjemahan: "Fitrah ada lima iaitu: berkhitan, membersihkan bulu-bulu disekitar kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu-bulu ketiak

dan menipiskan misai". Allahu'alam 47- Antara disiplin dan adab sseorang pengkaji hadith: Seseorang pengkaji hadith perlu ikhlas dalam kajiannya, mengkaji sehabis baik dengan objektif tanpa bias. Ikhlasnya dia hingga sekiranya dia sedang mentahqiq hadith Musnad Imam Ahmad bin Hanbal, hatinya berkata: "Aku berharap apabila aku bertemu Imam Ahmad di akhirat kelak, akan aku tunjukkan kepadanya hasil kerjaku ini dan berkata "inilah yang telah aku lakukan kepada hadith dalam kitabmu", maka Imam Ahmad pun mencium dahiku antara kedua mataku tanda gembira. Dan apabila aku bertemu Nabi SAW akan aku katakan kepada Baginda "wahai Nabi Allah, inilah yang telah aku lakukan untuk hadith mu", dan Baginda SAW pun mencium dahiku antara kedua mataku seraya menjemput aku untuk meminum air dari telaga Baginda SAW tanda gembira" 48- Pujian Syaikh Mustafa al-`Adawiy kepada Musnad Ahmad tahqiqan Syaikh Ahmad Syakir: Guru kami Syaikhuna Abu Ya'qub `Abd al-`Athi Ahmad al-Syarqawi menceritakan kepada kami, suatu hari Syaikh Mustafa al-`Adawi pernah memuji tahqiqan Syaikh Ahmad Syakir atas Musnad Ahmad, katanya moga apabila Ahmad Syakir menunjukkan kerjanya ini di hadapan Imam Ahmad di akhirat kelak, Imam Ahmad akan mencium dahinya diantara kedua matanya tanda gembira 49- Sebab Munculnya Amalan Bid'ah Adalah Kerana Hadith Palsu: Antara sebab munculnya amalan-amalan bid'ah adalah apabila sesuatu amalan itu berpijak kepada hadith-hadith Palsu. Al-Syaikh Dr. `Umar Sulaiman `Abdullah al-Asqar dalam kitabnya al-Widha' Fi al-Hadith al-Nabawi (cetakan Dar al-Nafaes, Jordan, 2004M, halaman 47-52) menyebutkan beberapa contoh yang diberikan Imam al-Syaukani dalam kitabnya al-Fawaid al-Majmu'ah Fi al-Ahadith al-Maudhu'ah akan beberapa amalan bid'ah yang

Page 20: "139 Faedah Hadith"

20

tersebar dalam masyarakat kerana ia berpijak kepada hadith-hadith Palsu, iaitu antaranya: 1- Bid'ah solat malam pada nisfu Sya'ban,

2- Bid'ah solat hari `Asyura, 3- Bid'ah solat Raghaib yang dibuat pada malam awal bulan Rejab,

4- Bid'ah solat sunat khas malam `Eid,

5- Bid'ah solat Tasbih, dan lain-lain

50- Kemesraan Suami Isteri Bukan Barang Pameran: Aku sedikit hairan melihat gelagat kawan-kawan muda baru bernikah yang sering suka memasukkan dalam Facebook gambar-gambar mereka berposing, bertempelan menggambarkan kemesraan mereka bersama-sama suami atau isteri mereka. Bagi si suami, adakah kamu suka menayangkan wajah-wajah isteri kamu menjadi tatapan para lelaki-lelaki lain? menunggu para lelaki lain memberi komen "cantik lah isteri kamu ni"? jika aku lah, tidak sama sekali. Ya, memang gambar “couple” yang telah bernikah itu halal, namun ia tidak manis dipandang orang. Biarlah kemesraan suami isteri itu dikongsi sesama suami isteri saja tanpa perlu memperlihatkannya kepada orang lain 51- Contoh Hizbiyyah Yang Tercela: Jika dahulu para manusia ta'sub akan mazhab-mazhab fiqh hingga mengharamkan si fulan bermazhab A dari bersolat jamaah dengan imam bermazhab B, kini ta'sub baru yang lebih tercela berlaku apabila manusia mengharamkan si fulan dari kelab islamis A dari berkahwin dengan si fulanah dari kelab islamis B. Amat malanglah manusia-manusia yang menjadikan kelompok sebagai cara dan jalan hidup serta pengukur kebenaran mereka, hingga mereka mengharamkan apa yang halal dan menghalalkan apa yang haram. 52- Bukan Kesemua Ungkapan Baik Itu Mesti Dari Nabi SAW: Apabila kita menjelaskan bahawa sesuatu hadith itu Palsu, antara reaksi biasa yang diberi ialah: "eh, takkan lah hadith ni palsu, kan isinya baik?". Kita jawab: kata-kata yang keluar dari bibir Nabi SAW itu semuanya pasti baik, namun bukan semua kata-kata baik itu pasti keluar dari bibir Nabi SAW

Page 21: "139 Faedah Hadith"

21

53- Kriteria Ketua Negara: Firman Allah SWT maksudnya: “Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26). Sesebuah negara itu memerlukan ketua negara yang kuat, amanah, bijak serta bebas membuat keputusan sendiri demi kebaikan negara tercinta, bukannya ketua negara yang bersifat 'yes man' kepada sesuatu kelompok dan tidak berani membuat keputusan sendiri, kerana kelak dia hanya akan menjadi ketua negara boneka kepada kelompok dan bukan ketua negara yang hakiki 54- Diet Rasulullah SAW: Telah tersebar dalam internet terutamanya Facebook akan satu poster keluaran MedikTv yang menceritakan diet Rasulullah SAW, ianya tersebar dengan sangat meluas hingga jumlah mereka yang menekan butang 'share' mencecah lebih 5536! Lebih mendukacitakan lagi apabila ia turut juga disebarkan oleh para tokoh agamawan. Dalam poster itu dinyatakan kononnya Rasul SAW tidak makan susu bersama daging, tidak makan daging bersama ikan, tidak makan ikan bersama susu, tidak makan ayam bersama susu, tidak makan ikan bersama telur, tidak makan ikan bersama daun salad, tidak makan susu bersama cuka, tidak makan buah bercampur susu (koktel), jangan sesekali meninggalkan makan malam, jangan makan buah selepas makan nasi, Nabi tidur 1 jam selepas makan tengah hari. Ketahuilah bahawa kesemua ini adalah Palsu, Tiada Asalnya dari Nabi SAW. Ia adalah satu pendustaan kepada Nabi SAW yang mulia. Wajib bagi mereka yang telah menyebarkannya untuk memadamnya dan segera bertaubat memohon ampun dari Allah SWT atas keterlanjuran yang telah dilakukan. Wajib bagi setiap manusia yang ingin beramal dengan galakan menyebarkan hadith Nabi SAW agar jangan lupa ancaman berdusta kepada Baginda SAW. Pastikan dahulu sekurang-kurangnya 3 perkara: 1- benarkah ia hadith?

2- riwayat siapa? 3- sahihkah ia?.

Apabila telah terjawab kesemua 3 soalan asas ini, maka silakanlah menyebarkan hadith itu, jika tidak maka usahlah sebarkan walaupun ayatnya nampak baik dan mampu memberi suntikan jiwa. Kerana tiada lagi yang baik apabila seseorang telah berdusta kepada Baginda Nabi SAW.

Page 22: "139 Faedah Hadith"

22

55- Ciri Guru Yang Baik: Guru yang baik ialah seorang guru yang mampu melahirkan anak murid yang berani membantah gurunya sendiri apabila gurunya tersasar dari jalan kebenaran, serta berani mengutarakan dan mempertahankan hujah pendapatnya sendiri walaupun bertentangan dengan pendapat gurunya yang lemah dan tidak tepat. Sudah tentu, semuanya ini si anak murid lakukannya dengan beradab. Bukannya melahirkan anak murid yang hanya tahu mengiyakan dan mengangguk semua kata-kata gurunya walaupun hati berasa berat, apatah lagi jelas salah. 56- Hadith Barangsiapa Yang Tidak Menganbil Berat Hal Kaum Muslimin: Hadith yang berbunyi (Barangsiapa yang tidak mengambil berat akan

hal kaum muslimin, dia bukanlah dari kalangan mereka - من مل يهتم بأمر adalah antara hadith yang famous di mulut orang awam, ia (املسلمني فليس منهمdatang dengan beberapa jalan namun kesemuanya tidak sahih bahkan Dha'if Jiddan dan Munkar. Ia bukan sabda Nabi SAW, dan berdosa sesiapa yang menyandarkan kata-kata ini kepada Nabi SAW. Walaupun ia bukan sabda Nabi SAW. Namun maksud intipati kata-kata ini adalah benar kerana ia bertepatan dan semakna dengan hadith lain yang Sahih iaitu hadith Sahih al-Bukhari (6011) dan Sahih Muslim (2586): (Perumpamaan orang-orang yang beriman itu pada kasih-sayang, rasa belas dan ikatan sesama mereka adalah umpama satu jasad, sekiranya satu anggota jasad merasai kesakitan

maka yang seluruh jasad juga akan turut merasai sakit - يف ننيمؤثل الممالسهر توادهم وتراحمهم وتعاطفهم مثل الجسد إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد ب

dan juga ayat al-Qur'an semisal al-Hujurat (10): (Sesungguhnya ( والحمىorang-orang mukmin itu bersaudara- ةوون إخنمؤا الممإن). 57- Berkata Benar Walau Pahit: Konsep "berkata benar walaupun pahit" adalah satu konsep yang diperakui semua manusia secara ijma' (sepakat). Namun ia amat susah dipraktikkan oleh manusia itu sendiri. Ramai manusia yang terhalang untuk bercakap benar apabila perkara itu terkena pada diri sendiri, atau tokoh yang sangat dikaguminya, atau kelompok yang disertainya. Mereka sedaya upaya mencari dalih dan alasan untuk menidakkan apa yang benar dan mengiyakan kebatilan demi diri sendiri, tokoh, dan kelompok. Allah al-Musta'an

Page 23: "139 Faedah Hadith"

23

58- Panggilan al-Syahid Kepada Manusia: Aku tidak akan memanggil mana-mana manusia dengan gelaran al-Syahid, sedang para Nabi Allah dan para Sahabat Nabi Allah tidak pernah diberi gelaran al-Syahid, apakah patut aku memberinya kepada para manusia lain? Tidak sama sekali. Bahkan hal ini terdapat larangan yang jelas dari Baginda Nabi SAW. Imam al-Bukhari dalam kitabnya al-Sahih membuat bab khas bernama: “Bab Laa Yuqaalu Fulan Syahid - Bab Tidak Boleh Berkata Si Fulan Syahid", dan beliau memasukkan beberapa hadith yang berkaitan. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Baginda SAW bersabda maksudnya: “Allah lebih tahu siapa yang berjihad di jalanNya, Allah lebih tahu siapa yang terluka di jalanNya”. Para Ulama yang mensyarahkan hadith ini menyimpulkan tidak boleh seseorang digelarkan dengan nama al-Syahid (seseorang yang telah mati Syahid) walaupun nampak tanda-tanda kesyahidan secara zahir. Kerana syahid sangat bergantung dengan niat dan tujuan seseorang dalam amal tersebut, dan tidak ada jalan mengetahuinya dengan pasti kecuali melalui khabar wahyu. Bahkan larangan memberi gelaran al-Syahid ini terdapat Athar yang jelas dari `Umar bin Khattab katanya: "Kalian mengatakan dalam peperangan yang kalian ikuti bahwa fulan telah syahid, kalian juga mengatakan fulan meninggal sebagai syahid, padahal mungkin dia berbuat curang

ketika berjihad. Janganlah kalian mengucapkan hal itu, namun katakanlah sebagaimana sabda Rasulullah, ”Barangsiapa yang wafat

atau terbunuh ketika berjihad di jalan Allah, maka dia syahid” (Dikeluarkan Imam Ahmad dalam Musnad, no. 342, isnadnya Hasan) 59- Jamaah Kita Ialah 'Jamaah Kaum Muslimin' Seluruhnya: Sesetengah manusia yang menyertai kelab-kelab islamik (mereka memanggilnya Jamaah Islam) suka menyalahgunakan hadith Nabi SAW dalam perihal Jamaah yang menyebut bahawa sesiapa yang keluar dari al-Jamaah maka matinya adalah mati jahiliah, mereka menggunakan hadith ini sebagai ancaman buat ahli-ahli agar tidak belot dan keluar dari kelab-kelab Islamik mereka. Ketahuilah bahawa pemahaman sebegini adalah sesat dan amat tercela, mereka telah memutarbelit kefahaman hadith Nabi SAW yang mulia untuk kepentingan hawa nafsu mereka yang celaka. Yang benar ialah perkataan 'al-Jamaah' dalam hadith-hadith Nabi SAW bukanlah merujuk kepada kelab-kelab islamik, namun ia merujuk kepada seluruh kaum muslimin keseluruhannya, semua kamum muslim adalah bersaudara dan bernaung dalam jamaah yang satu iaitu Islam.

Page 24: "139 Faedah Hadith"

24

Kita katakan: sesungguhnya kami berbai'ah akan taat bulat penuh setia kami, wala' dan bara' kamidengan Jamaah Kaum Muslimin, dengan Mursyidul `Aam nya Baginda Muhammad SAW, serta muassis (pengasasnya) nya adalah Allah Tabarak wa Ta'ala. Alhamdulillah ahli Jamaah kami dianggarkan telah mencecah 2.1 billion, serta mempunyai cawangan di seluruh dunia, dengan ibu pejabat induk kami di Baitullah al-Haram, Makkah. Kami berdoa moga agar kami dapat terus kekal berbakti kepada jamaah kami, dan moga jamaah kami terus sukses. Bahkan Mursyidul Aam kami Muhammad SAW telah bersabda maksudnya: "barangsiapa yang keluar dari Al-Jamaah sejengkal saja lalu mati, ia mati dalami Jahiliah” (dikeluarkan al-Bukhari dalam Sahihnya, no.7054). 60- Jodoh, Antara Usaha Dan Taqdir: Antara ungkapan para muda-mudi masa kini terutamanya dalam Facebook yang tanpa mereka sedari mendekati aqidah Jabariah ialah apabila mereka berkata: "ramai yang gatal berusaha mencari jodoh, sedangkan ia telahpun ditentukan Allah". Perkataan sebegini menyalahi aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, bahkan ia sangat mendekati aqidah sesat Jabariah yang melampaui batas menetapkan taqdir, bagi mereka semua perkara yang berlaku adalah atas kehendak Allah semata-mata tanpa elemen usaha dipihak manusia. Bagi kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah, taqdir Allah itu berkait juga dengan usaha manusia. Meskipun Allah telah menentukan taqdir atas seluruh hambaNya, bukan bermakna hambaNya dibolehkan untuk meninggalkan usaha, kerana Allah telah memberikan qudrah (kemampuan) dan masyii-ah (keinginan) kepada hamba-hambaNya untuk mengusahakan taqdirnya. Sebagai contoh, selain jodoh, rezqi makan dan minum kita juga telah Allah tentukan sejak kita masih embryo dalam uterus ibu. Ini tidak bermakna apabila kita hendak makan atau minum, kita hanya perlu duduk berteleku menunggu makanan dan minuman itu sampai kepada kita kerana ia telahpun ditentukan Allah SWT! Sebaliknya kita perlu berusaha, jika hendak makan nasi contohnya, kita perlu berusaha kerja mencari duit, dengan duit itu pula kita perlu berusaha membeli beras, dengan beras itu pula kita perlu berusaha memasaknya dengan air atas dapur, maka barulah kita mendapat nasi untuk dimakan, dan nasi yang kita makan itu sememangnya telah ditentukan Allah sebagai rezqi makanan kita. Begitu jugalah halnya dengan jodoh. Moga Allah menetapkan kita dalam aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang sahih, dan menyelamatkan kita dari fitnah-fitnah aqidah sesat kerana kejahilan

Page 25: "139 Faedah Hadith"

25

61- Berlapang Dada Bukan Semudah Berkata Keduanya Benar: Berlapang dada dalam perkara khilaf bukan semudah berkata "aku benar dan engkau juga benar", kerana bukan semua perkara khilaf itu muktabar yang diterima, dan bukan semua permasalahan berakhir dengan dua kebenaran. 62- Kefahaman Salah Terhadap Perkara Furu' Agama: Pemahaman sesetengah pihak bahawa perkara furu' dalam agama adalah perkara yang tidak perlu diketahui sekaligus tidak perlu dipelajari adalah pemahaman songsang. Lebih songsang lagi apabila mereka menganggap perkara furu' dalam agama itu tidak penting dan remeh. Ketahuilah tiada perkara dalam agama ini yang tidak perlu diketahui umatnya dan tiada perkara dalam agama ini yang remeh, kerana agama Islam itu cara hidup. Jangan anggap ranting itu remah dan tidak penting, dari ranting itulah munculnya buah, tanpa ranting apalah guna pada batang dan akar 63- Pembahagian Hadith Kepada Mutawatir & Ahad Adalah Bid'ah Muktazilah: Pembahagian hadith kepada Mutawatir dan Ahad, dengan pemahaman teknikal melibatkan bilangan rawi bagi Mutawatir mestilah ramai hingga mustahil mereka berdusta adalah resapan Ahli Kalam, para Muktazilah dan para Jahmiyah dalam ilmu hadith. Pemahaman sebegini tidak pernah wujud disisi ulama hadith Salaf. Ia adalah bid'ah Ahli Kalam, Muktazilah dan Jahmiyah. Siapa yang mula-mula menciptanya tidak diketahui secara pasti, sesetengah menyatakan ia adalah ciptaan Bisyr al-Marisy seorang Ahli Kalam dan Jahmi yang masyhur. Mutawatir disisi Salaf hanyalah dari segi bahasa sahaja, iaitu sebuah hadith sahih yang dikenali dan diamalkan ramai, bukannya bersangkut masalah teknikal yang melibatkan jumlah perawi mestilah sekian-sekian hingga mereka mustahil berdusta. Demikian itu kata Imam Ahmad bin Hanbal apabila ditanya apakah itu hadith

Mutawatir? jawab Imam Ahmad: “ أي العلماء واحملدثون -قاه الناسما صح سنده وتل Ia adalah hadith yang sahih sanadnya dan diterima pakai oleh - بالقبول

orang ramai -iaitu para ulama dan ahli hadith-". Imam al-Syafie antara huffaz Salaf yang membantah pembahagian Mutawatir dan Ahad dengan melihat jumlah perawi sebegini rupa dalam kitabnya al-Umm, begitu juga Imam al-Darimi dalam kitabnya Al-Radd ‘Ala Bisyr al-Marisy al-’Anid.

Page 26: "139 Faedah Hadith"

26

64- Tiada Fadhilat Khusus Membaca Al-Kahfi Pada Hari Jumaat: Tiada apa-apa surah khusus yg dianjurkan baca pada hari Jumaat, tiada walaupun satu hadith sahih yg mengkhususkan surah al-Kahfi atau apa-apa surah pada hari Jumaat. Berkata Imam Ibn `Arraq (963H) dalam Tanzih al-Syari'ah (1/306):

وقد صح احلديث يف العصمة من الدجال حبفظ بعض سورة الكهف من غري تقييد بيوم اجلمعة، رواه

مسلم من حديث أيب الدرداء، فاملستنكر من احلديث ما سوى ذلك،

Terjemahan: Dan sesungguhnya telah sahih hadith dalam perihal terselematnya seseorang daripada fitnah al-Dajjal dengan memelihara (samada menghafaz, atau melazimi bacaan) sebahagian surah al-Kahfi tanpa mengkhususkannya pada hari Jumaat, diriwayatkan Muslim dari Abi Darda'. Manakala apa yang lain daripada hadith tersebut, ia adalah Munkar Berkata Fathi al-Sakandary: "alhamdulillah, saya telah melakukan kajian dan menghuraikan secara terperinci akan hadith-hadith dalam hal ini dalam buku saya (Hadith-Hadith Fadhilat Pengkhususan Surah al-Kahfi Pada Hari Jum’at: Satu Kajian Terperinci), dianjurkan menela'ahnya disini: http://ansarul-hadis.blogspot.com/2012/02/hadith-hadith-fadhilat-pengkhususan.html 65 - Taat Bulat Hanya Kepada Allah dan Rasul: Dengar dan taat membabi buta kepada kelompok bukan kelebihan tetapi ia kekurangan yang amat nyata. Dasar "aku dengar dan aku taat" hanya pada Allah dan RasulNya, bukannya kepada kelompok. Amatlah malang manusia yang menjadikan ketaatan bulatnya dan pengukur kebenarannya kepada kelompok 66 - Diamnya Ahli Ilmu: Diamnya ahli ilmu untuk sesuatu persoalan yang diajukan kepadanya bukanlah kerana sombong, tetapi ia mempunyai beberapa sebab; mungkin beliau tak tahu jawapannya atau beliau tiada masa untuk menjawabnya atau jawapan untuk soalan itu memerlukan kajian lanjut 67- Wanita Tidak Diciptakan Dari Tulang Rusuk Lelaki: Hadith yang berbunyi "wanita itu diciptakan dari tulang rusuk lelaki", sesetengah mendakwa ia hadith al-Bukhari dan Muslim. Namun ketahuilah ia adalah hadith palsu, dan ia bukan hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Page 27: "139 Faedah Hadith"

27

Hadith dalam al-Sahihain (al-Bukhari dan Muslim) tidak menyebut wanita dari tulang rusuk lelaki, tetapi hanya menyebut "wanita seperti tulang rusuk" dan "dari tulang rusuk" sahaja. Tidak dinyatakan langsung ia tulang rusuk lelaki! Para ulama berbeza pendapat akan maskud tulang rusuk dalam hadith itu, dan yang rajih bagiku ia adalah kiasan kepada sifat lembutnya wanita. Allahu'alam 68- Fadhilat Nikah Hari Jumaat: Tiada sebarang hadith yang mengkhususkan kelebihan (pahala) nikah pada hari Jumaat. Pernikahan boleh dilakukan pada apa jua hari mengikut keselesaan bakal pengantin sesama mereka dengan persetujuan wali si wanita (sekiranya wanita itu dara dan bukan janda). Namun hari Jumaat adalah hari raya kecil bagi kaum muslimin, dan pernikahan serta majlis kenduri walimah adalah hari yang dikaitkan dengan kegembiraan sebagaimana raya dikaitkan dengan kegembiraan. Tambahan pula hari Jumaat adalah hari cuti bagi kebanyakan negara kaum muslimin. Dengan itu sesetengah ahli ilmu menyanjurkan nikah dan majlis kenduri walimah itu dibuat pada hari Jumaat tanpa mengkhususkan serta tanpa menganggap ia sunnah dan tanpa beriktikad (menaruh keyakinan atau kepercayaan) akan adanya kelebihan (pahala) khusus pernikahan dan walimah pada hari Jumaat berbanding hari-hari lain 69- Hadith Fatimah Berkenaan Ancaman Tidak Menutup Rambut: Telah tersebar dalam internet terutamanya FB akan hadith berbunyi: "Wahai anakku Fatimah!. Adapun perempuan-perempuan yang akan

digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat

oleh lelaki yang bukan mahramnya". Dalam internet dan FB hadith ini didakwa sebagai hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim, namun ketahuilah bahawa hadith ini Palsu! dan ia bukanlah riwayat al-Bukhari dan Muslim! Laknat Allah kepada si pencipta hadith palsu ini, yang telah berdusta atas nama dua imam; al-Bukhari dan Muslim, sekaligus berdusta atas nama Nabi SAW. Menutup aurat sememangnya wajib, namun menggunakan hadith palsu untuk menganjurkan para manusia menutup aurat adalah perbuatan yang keji dan dilaknat Allah, niat tidak menghalalkan cara.

Page 28: "139 Faedah Hadith"

28

70- Selawat Apabila Lupa: Antara perkara bid'ah yang diamalkan ramai manusia ialah mengkhususkqn selawat apabila lupa. Apabila lupa saja mereka akan berselawat hingga mereka menganggap ia sunnah sedangkan tiada dalil yang mengkhususkan selawat apabila lupa bahkan tidak pernah diamalkan oleh para salaf. Berhati-hatilah kerana setiap yang baru dalam agama itu tempat selayaknya dalam neraka 71- Hadith Tuntut Ilmu Negeri Cina:

Hadith "Tuntutlah ilmu walau ke negeri Cina - اطلبوا العلم ولو بالصني" adalah hadith Palsu. Ia diriwayatkan antaranya oleh Imam Ibn Hibban dalam kitabnya al-Majruhin (1/489) dan kata Imam Ibn Hibban sejurus

meriwayatkannya: "Batil, La Asla Lah - باطل ال أصل له - Palsu, Tiada asalnya". Juga ditolak oleh Imam al-Uqailiy, al-Baihaqi dan lain-lain huffaz hadith zaman berzaman 72- Imam Ibn Kathir dan Tafsirnya: Imam-imam dahulu mereka menulis kitab mereka dengan tangan, murid pula salin dengan tangan, ini mereka lakukan banyak kali. Aku tergamam mendengar bahawa Imam Ibn Kathir menulis kitab tafsirnya yang masyhur itu sebanyak lebih 100 kali salinan! itu lah yang diberitahu guru kami Syaikhuna al-Ruhlah Abi Ya'qub al-`Athi. Tidak hairanlah ingatan imam-imam dulu hebat, mereka banyak khatam dan mengulang kitab. MasyaAllah 73- Imam al-Muzani & Kitab al-Umm: Semasa aku dan para sahabat mengikuti daurah cuti musim bunga tahun 2012, kami diperlihatkan beberapa contoh makhtut yang mana penulis itu bercerita akan majlis sama'nya untuk kitab itu. Guru kami Syaikhuna al-`Athi memberitahu kami bahawa Imam al-Muzani memberitahu dalam satu makhtut al-Umm bahawa dia membaca kitab al-Umm dihadapan gurunya Imam al-Syafie sebanyak 80 kali khatam! masyaAllah tabarakallah. Orang kita yang kebanyakannya mengaku mazhab al-Syafie ini bagaimana? berapa kali kitab al-Umm yang kita telah khatam? layakkah mengaku mazhab al-Syafie jika al-Umm pun tak pernah buka? tepuk dada, tanya hati, jawab sendiri.

Page 29: "139 Faedah Hadith"

29

74- Manuskrip (Makhtut): Kitab-kitab yang sampai kepada kita sekarang ini semuanya adalah hasil kegigihan para ulama zaman dahulu menuntut ilmu, kegigihan mereka merantau pergi ke majlis-majlis ilmu, kegigihan mereka menyalin sebijik-sebijik ucapan guru, kegigihan mereka menyalin nota-nota sesama mereka dan sebagainya, tanpa kegigihan mereka tiadalah kitab-kitab yang kita warisi sekarang. Makhtutat (manuskrip-manuskrip) ada yang ditulis oleh penulis buku itu sendiri, ada yang ditulis oleh murid penulis dalam majlis imla' dan sama', dan ada juga tokoh yang mempunyai tukang tulisnya sendiri yang khas, dan ada juga kitab yang ditulis di suq warraqat (satu pasar khas yang mana disana kitab-kitab disalin dengan tulisan tangan). Makhtut (manuskrip) yang sampai kepada kita dengan tulisan tangan penulis sendiri adalah yang paling tinggi nilainya terutamanya dari segi ketepatan nuskhah. Dalam daurah Ilmu Makhtutat fasa 1 semalam kami diperlihatkan sendiri oleh guru kami Syaikhuna Abi Ya'qub `Abd al-`Athi Ahmad al-Syarqawi akan beberapa makhtut yang ditulis dengan tulisan tangan para penulis kutub itu sendiri, aku melihat kitab-kitab karya al-Hafiz Ibn Hajar dengan tulisan tangannya sendiri, kitab-kitab al-Hafiz al-Zahabi dengan tulisan tangannya sendiri, kitab-kitab al-Hafiz al-Mizzi dan lain-lain makhtutat. Ada sesetengah makhtut masih belum di tahqiq dan masih belum dicetak, Syaikhuna al-`Athi memberi tahu kami masih ada makhtut Musannaf `Abdul Razzaq yang masih belum ditahqiq dan belum dicetak, Syaikhuna memberi tahu kami ada juga kitab Imam al-Bukhari seperti Birrul Walidain (Berbakti untuk kedua Ibu Bapa) yang masih belum ditahqiq dan dicetak. Makhtutat al-Qur'an juga sama, ada naskhah yang disimpan di negara kaum kuffar walaupun yang mereka miliki itu bukanlah naskhah yang lengkap. Kami melihat satu naskhah makhtut al-Qur'an yang tersimpan di muzium Armenia, sedihnya kami mendapati helaian pertama makhtut itu dihiasi dengan lukisan patung-patung manusia bogel, dan juga gambar "Malaikat" (kanak-kanak bogel dengan sayap hasil imaginasi kaum kuffar). Terdapat makhtut yang ditulis dengan dakwat hitam, dakwat warna, hinggalah dakwat emas untuk setiap helaian makhtut. Inilah turath kaum muslimin, melihatnya ada masa membuatkan kami terpegun, ada masa kami berasa sedih melihat makhtut-makhtut tersebut kerana banyaknya ia tersimpan di muzium-muzium kaum kuffar, kaum muslimin hanya mempunyai salinan berbentuk mikrofilem. Namun kata guru kami Syaikhuna Abi Ya'qub `Abd al-`Athi Ahmad al-Syarqawi : "kita tidak perlu bersedih apabila melihat makhtut yang tersimpan

Page 30: "139 Faedah Hadith"

30

di negara kuffar, kerana itu adalah ketentuan Allah dan pasti ada hikmah disebaliknya". 75- Siapakah Itu Ahli: Ahli dalam sesuatu perkara itu ialah seseorang yang mengkaji secara mendalam akan masalah tersebut, bukannya seseorang yang mempunyai sijil. Ahli itu dilihat kepada hujah dan bukannya sijil. Itulah bezanya antara "Ahli Ilmu" dan "Ahli Sijil". Seseorang itu dikatakan ahli dalam sesuatu bidang dilihat kepada hasil kerja dan tulisannya dalam bidang tersebut. Bukannya kepada sijil BA, atau MA atau PHD yang dimilikinya. Sekiranya sijil menjadi ukuran keahlian seseorang, maka Imam al-Bukhari bukanlah ahli dalam bidang hadith kerana beliau tidak punya BA, atau MA apatah lagi PHD dalam hadith. 76- Tarbiyah Bukan Hanya Usrah: Tarbiyah itu sememangnya penting, dan ia datang datang dalam pelbagai bentuk. Malangnya sesetengah manusia menyempitkan definisi tarbiyah itu hanya dan hanya kepada usrah, apakah mereka lupa bahawa ramai ulama hebat dalam dunia ini tidak pernah mengikuti usrah, namun berjaya membangkitkan umat yang nenyak tidur? Menyertai usrah itu baik, namun jangan memperkecilkan manusia yang tidak mengikuti usrah, kerana mereka mungkin lebih hebat serta lebih jitu penguasaan ilmu agama bahkan lebih kritis pemikirannya berbanding yang mengikuti usrah, dan contoh sebegini amat banyak. 77- Diskusi Ilmu Itu Bukan Debat: Islam adalah agama yang dalamnya kita beramal, dan dengan amal maka iman akan bertambah dan jiwa akan tenang. Untuk tenang maka amalan kita itu mestilah berdasarkan keyakinan yang jitu. Dan keyakinan yang jitu itu datang dari kajian dan diskusi. Perbincangan ilmiah dalam agama bukanlah debat, bahkan ia suatu yang berpahala dan di redhaiNya. Malangnya sesetengah manusia yang malas mengkaji akan menganggapnya sebagai debat. Mereka cukup dengan bertaqlid buta dan berlapik memperalat ayat al-Qur’an: "hanya dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang". Apakah mereka lupa bahawa untuk mengingati Allah itu perlu kepada amal, dan amal itu memerlukan ilmu, dan ilmu itu datang dari perbincangan dan diskusi? 78- Berzikir Dengan Biji Tasbih: Berkenaan berzikir dengan menggunakan biji tasbih, telah berkata al-Hafiz `Abdul `Aziz al-Tharifi dalam bukunya Azkar al-Sabah wa al-Masa' Riwayah wa Dirayah (hal. 36) :

Page 31: "139 Faedah Hadith"

31

وال أعلم أحدا , فال حرج فيه على الصحيح, وأما عقد التسبيح بغري اليدين كاملسابح واخلرز وغريها

واألفضل أن يكون باألصابع, من األئمة املعتربين من املتقدمني من قال ببدعيتها

Terjemahan: Dan adapun mengira tasbih dengan selain tangan seperti dengan biji tabih dan sebagainya, maka tiadaalah dilarang (tiada masalah) padanya berdasarkan pendapat yang benar, dan tidak diketahui walaupun dari seorang para imam yang muktabar dari kalangan Mutaqaddimin yang menyatakan ia sebagai bid'ah, namun sebaik-baiknya adalah mengira dengan jari-jari 79- Bermanhajlah Dengan Manhaj Salaf: Kita bermanhaj dengan manhaj para Salaf yang dibawa oleh para salafussoleh, bahkan setiap manusia wajib bermanhaj dengan manhaj ini tanpa syak dan semua yang mengikuti kitab Allah dan sunnah RasulNya adalah Salafi. Namun kita berlepas diri dari sesetengah manusia yang menggunakan nama dan cop salafi sedangkan diri mereka jauh dari tauladan Salaf, mereka inilah yang telah memburukkan manhaj yang mulia ini. Spesis seperti ini adalah spesis pelampau dan bukan hanya wujud dalam atas nama Salafi, ia juga wujud atas nama Ikhwan, Sufi dan sebagainya, dan sungguh mereka telah merosakkan apa yang asalnya baik. 80- Cinta Bukan Mesti Memiliki: Cinta itu terkadang bertepuk sebelah tangan. Terkadang rasa cinta tidak mesti berakhir dengan pernikahan, sebagaimana kisah hadith yang diriwayatkan Imam al-Bukhari dalam Sahihnya akan kandasnya cinta Mughit untuk memiliki Barirah. Imam al-Bukhari dalam kitabnya al-Sahih, meriwayatkan satu hadith yang mengisahkan seorang hamba yang juga merupakan sahabat Nabi SAW bernama Mughit yang tergilakan bekas isterinya bernama Barirah. Barirah dulunya juga hamba dan kemudian dimerdekakan oleh Aishah, dan Aishah sebagai Tuan kepada Barirah memberikan pilihan kepada Barirah samada untuk kekal dengan Mughit atau tidak, dan Barirah memilih untuk berpisah dengan Mughit, ini menyebabkan hati Mughit pilu. Mughit kemudiannya mengekori kemana saja Barirah pergi sambil memujuk Barirah hingga menangis-nangis berlinangan air mata memenuhi janggutnya agar Barirah menerima cintanya. Akhirnya berita ini sampai kepada Nabi SAW, menariknya Nabi SAW tidak marah kepada Mughit, bahkan Nabi

Page 32: "139 Faedah Hadith"

32

berjumpa Barirah dan memujuknya agar menerima Mughit, namun Barirah tetap menolak Mughit. Hadith ini menunjukkan bahwa cinta itu terkadang bertepuk sebelah tangan. Dalam kisah ini nampak sekali betapa besarnya rasa cinta Mughit kepada Barirah namun betapa besarnya Barirah membenci Mughit, cinta itu tidak semestinya bermaksud memiliki. Terkadang rasa cinta tidak harus berakhir dengan pernikahan, sebagaimana kandasnya cinta Mughit dan kenyataan pahit harus ditelan oleh Mughit iaitu tidak boleh lagi memiliki Barirah 81- al-Syaikh al-Muhaddith `Amru `Abd al-Mun'im Salim: Istilah Hasan Disisi Al-Tirmizi Bermaksud Dha'if #1: Berkata Fadhilah al-Syaikh al-Muhaddith `Amru `Abd al-Mun'im Salim (antara kibar muhaddith di Tanta, Mesir) dalam kitabnya Tahrir Ulum al-Hadith: "Istilah al-Hasan yang dijelaskan oleh al-Tirmizi dalam kitabnya "al-Jami" dan "al-Ilal (iaitu Ilal al-Saghir)" disisinya adalah dari jenis tahap hadith Dha'if, kecuali sesungguhnya ia adalah sekuat-kuat Dha'if iaitu Dhaif yang ringan kelemahannya, ia adalah jenis Dha'if yang dibuat hujah oleh ramai fuqaha' apabila tidak wujud (satu hadith pun) selainnya dalam bab itu, atau apabila kesemua yang dalam bab itu adalah dari jenis al-Wahi dan Syadid al-Dhaif"

[Rujuk; Tahrir `Ulum al-Hadith, al-Muhaddith `Amru `Abd al-Mun'im Salim, bab: Maksud Hasan disisi al-Tirmizi, halaman 30, Dar Ibn `Affan, Qaherah, Mesir, 2005M] 82- al-Syaikh al-Muhaddith `Amru `Abd al-Mun'im Salim: Istilah Hasan Disisi Al-Tirmizi Bermaksud Dha'if #2: Berkata Fadhilah al-Syaikh al-Muhaddith `Amru `Abd al-Mun'im Salim (antara kibar muhaddith di Tanta, Mesir) dalam kitabnya al-Hasan bi Majmu' al-Turuq Fi Mizan al-Ihtijaj Baina al-Mutaqaddimin wa al-Mutaakhkhirin, halaman 99: "al-Hasan sebagaimana yang dijelaskan al-Tirmizi dalam kitabnya (al-Jami') adalah salah satu jenis dari jenis hadith-hadith Dha'if". Berkata Abu Ismail Fathi: Aku telah jatuh cinta dengan Syaikh `Amru `Abd al-Mun'im Salim setelah membaca dua buah bukunya yang cukup hebat: 1- al-Hasan bi Majmu' al-Turuq Fi Mizan al-Ihtijaj Baina al-Mutaqaddimin wa al-Mutaakhkhirin dan 2 - Tahrir Ulum al-Hadith, moga ada rezqi suatu hari nanti untuk bertemu dan duduk dalam majlis hadithnya di Tanta, Mesir

Page 33: "139 Faedah Hadith"

33

83- Hakikat Diskusi Tashih & Tad'if Hadith: Kata-kata sesetengah pihak bahawa tashih dan tad'if hadith ini tidak penting dan sia-sia amat mengguris hati para ahlil hadith, tiada yang lebih mengguris hati ahlil hadith melebihi ini. Ketahuilah sahabatku, perbincangan tashih dan tad'if hadith bukanlah suatu pertelingkahan, ia bukan satu kecelaruan, dan ia juga bukan suatu yang sia-sia dan remeh, sebaliknya ia isu ilmiah dan ia adalah perkara yang mendapat pahala dan redha dariNya. Tidak kira apa jua hadith yang dibincangkan, baik isu menggerak-gerak jari dalam tasyahud solat, atau isu sedekap ketika qiam solat, hinggalah isu al-Mahdi atau isu hudud dan politik, tiada perkara yang kecil dan remah dalam Islam. Usah anggap perbincangan tashih dan tad'if itu perkara sia-sia dan remeh. Jika begitu tiada gunalah Imam al-Daraquthni membuat kritikan kepada Sahih Muslim dalam kitabnya yang khas Al-Ilzamat wa Al-Tatabbu'! Janganlah menganggap ranting itu adalah remeh kerana tanpa ranting, buah tidak akan dapat keluar untuk memberikan hasil. Tanpa ranting, apalah makna pada pokok dan akar 84- Kemutawatiran Hadith-Hadith al-Mahdi: Berkenaan kemutawatiran hadith-hadith al-Mahdi, telah berkata al-Hafiz`Abdul `Aziz al-Tharifi:

جدا بعيد بل يسلم ال وهذا بالتواتر، املهدي أحاديث على العلماء بعض حكم وقد

Terjemahan: Dan sesungguhnya telah menghukum sebahagian ulama bagi hadith-hadith al-Mahdi sebagai mutawatir, ini tidak benar (tidak selamat, tidak diterima) bahkan amat jauh dari kebenaran Berkata Abu Ismail Fathi: “akan tetapi dikalangan hadith-hadith al-Mahdi sememangnya ada yang sahih, dan berkata Dr. Mahir Yasin al-Fahl: "segala yang sahih datang dari Nabi SAW wajib untuk diimani tanpa mengira sama ada ia mutawatir, ahad, `aziz, masyhur dan sebagainya" 85 - Laisa Bi Syaie (Tidak Bernilai): Antara lafaz jarh yang dinisbahkan para nuqqad kepada para perawi, secara umumnya disisi jumhur nuqqad ia bermaksud hadith perawi itu ditulis, tetapi tidak dilihat padanya (tidak dijadikan hujah). Namun disisi Imam Yahya ibn Ma'in ia bermaksud perawi itu Dha'if Jiddan dan terkadang Ibn Ma'in gunakan lafaz ini dengan maksud rawi itu amat sedikit hadith-hadithnya. Disisi Imam al-Syafi'i pula ia bermaksud Kazzab (Pendusta).

Page 34: "139 Faedah Hadith"

34

86- Tarjih Percanggahan Keadaan Sanad Hadith: Apabila sesuatu hadith itu berlaku percanggahan dalam riwayatnya antara marfu' dan mursal, atau antara marfu' dan mauquf, untuk menghadapi masalah ini maka para ulama terbahagi kepada 3 pendapat. 1- Pertama, mentarjih riwayat yang marfu' secara mutlak, dan ini adalah pegangan jumhur fuhaqa' dan usuliyin.

2- Kedua, mentarjih riwayat yang mursal atau mauquf secara mutlak. 3- Ketiga, mentarjih berdasarkan qarain-qarain dan murajjihat-murajjihat (petunjuk-petunjuk kuat), dan ini adalah pegangan para huffaz hadith Salaf al-Mutaqaddimin semisal `Abd al-Rahman ibn Mahdi, Yahya ibn Ma'in, Yahya bin Sa'id al-Qattan, Ahmad bin Hanbal, `Ali ibn al-Madini, al-Bukhari, Abi Zur'ah, Abi Hatim, al-Nasai'i, al-Daraquthni serta lain-lain dan pendapat inilah yang benar.

Antara qarain-qarain dan murajjihat-murajjihat yang biasa dilihat ialah: 1- Pertama; dengan membandingkan kekuatan hifz perawi dalam kedua

riwayat, dan periwayatan yang mempunyai para perawi yang lebih kuat hifz (ahfaz), lebih itqan, lebih dhabit akan ditarjih sebagai mahfuz.

2- Kedua; dengan membandingkan bilangan periwayatan dalam kedua riwayat, dan periwayatan yang banyak akan ditarjih sebagai mahfuz.

3- Ketiga; dengan melihat kepada mulazamah (kerap mendampingi, kerap mengikuti sima') perawi itu dengan seseorang syaikh, sebagai contoh hadith syaikh A diriwayatkan dengan jalur marfu' dan mauquf. Maka jika didapati murid yang meriwayatkan secara mauquf itu lebih kerap mulazamahnya bersama syaikh A maka riwayat itu akan ditarjih sebagai mahfuz.

Dan contoh praktikal untuk kes percanggahan ini antaranya ialah hadith fadhilat surah al-Kahfi secara khusus pada hari jumaat dari Abi Sa'id al-Khudri, dan saya telah jelaskan secara terperinci dalam buku saya: Hadith-Hadith Fadhilat Pengkhususan Surah al-Kahfi Pada Hari Jum’at: Satu Kajian Terperinci, hadith. no. 16, halaman 43-70 87- al-Had: Istilah ini digunakan dan difahami berbeza antara ulama al-Mutaqaddimin (Salaf) dan ulama al-Mutaakhkhirin (Khalaf). Disisi ulama al-Mutaqaddimin perkataan al-Had membawa maksud yang umum iaitu segala pemisah antara yang halal dan haram, sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah (ayat 187 dan 229) dan Surah al-Talaq (ayat 1).

Page 35: "139 Faedah Hadith"

35

Manakala disisi ulama al-Mutaakhkhirin (Khalaf) mereka mengkhususkan istilah al-Had kepada hukuman-hukuman jenayah yang ditetapkan syara' seperti memotong tangan apabila thabit mencuri, merejam, merotan dan sebagainya. Ini adalah perbezaan penggunaan dari segi bahasa sahaja, dan bukanlah bermaksud hukuman al-Had (dengan maksud hukuman syara' untuk kes jenayah-jenayah) tiada disisi Salaf. Selain istilah al-Had, para ulama al-Mutaqaddmin dan al-Mutaakhkhirin juga berbeza penggunaan mereka untuk istilah lain seperti al-Qadha', al-Nasakh, al-Karahah. Allahu `Alam 88- Hanya satu sahaja status bagi sesuatu hadith Nabi SAW: Sesuatu hadith tidak boleh berkumpul padanya dua penilaian sahih dan dha'if, tetapi hanya satu, sahih atau dha'if. 89 - Simbol (ح): Apabila membaca kitab-kitab matan hadith, seseorang akan bertemu dengan

simbol huruf al-Haa' (ح). Ketahuilah bahawa simbol ini digunakan oleh para ahli hadith zaman berzaman sebagai singkatan kepada perkataan: "لوحت - tahawwala" atau "لوح - hawwala" yang bermaksud: "bertukar, berpindah, deviate from, alter". Ianya bermaksud pada sanad hadith itu berlaku perpindahan (al-intiqal) antara satu isnad kepada isnad lain apabila hadith dengan matan yang sama itu diriwayatkan dengan dua isnad atau lebih. Contohnya berkata al-Tirmizi dalam kitabnya Syamail al-Nabiyyi:

(haddathana Ibn Abi `Umar qala haddathana Ma'an (ح - haa') haddathana Qutaibah, `an Malik `an Ibn Shihab `an Urwah `an `Aishah qala, qala Nabi SAW), maksudnya hadith ini dengan matan ini ada dua jalur iaitu: 1- Ibn Abi `Umar --> Ma'an --> Malik --> Ibn Shihab --> Urwah -->`Aishah --> Nabi SAW

2- Ibn Abi `Umar --> Qutaibah --> Malik --> Ibn Shihab --> Urwah -->`Aishah --> Nabi SAW.

Ini adalah antara bahasa SMS yang diamalkan para ahli hadith dalam kitab mereka! insyaAllah dalam siir akan datang kita akan melihat bahasa SMS lain pula.

Page 36: "139 Faedah Hadith"

36

90 - Soduq Yukhti’ Kathiran: Ia adalah istilah Jarh dan Ta'dil untuk seseorang perawi, maksudnya "seorang yang benar tetapi banyak berbuat silap" iaitu walaupun dia Soduq namun dia banyak melakukan kesilapan dalam periwayatannya. Semuanya ini memberi kita kesedaran bahawa manusia itu walaubagaimana hebatnya dia, dia tetap boleh berbuat silap, kerana dia manusia, dan manusia berbuat silap 91- Athbat al-Naas Fi Hadith Fulan: Ia adalah merupakan ta’dil bagi seseorang perawi, maksudnya “beliau adalah seorang yang paling jitu periwayatannya untuk hadith-hadith si fulan berbanding orang-orang lain”. Maklumat ini penting terutamanya untuk hadith-hadith yang berlaku ikhtilaf (percanggahan) padanya baik percanggahan dalam isnad atau matan, maka periwayatan perawi yang lebih jitu periwayatnnya akan diambil kira sebagai mahfuz (terpelihara). Contohnya jika satu hadith Syaikh A itu diriwayatkan oleh 2 orang muridnya, dan Murid B meriwayatkan secara marfu' dari Syaikh A, manakala Murid C pula meriwayatkan secara mauquf dari Syaikh A. Jika Murid C adalah Athbat al-Naas Fi Hadith Syaikh A, maka periwayatan Murid C akan ditarjih sebagai riwayat yang terpelihara dari Syaikh A, manakala periwayatan Murid B itu dikira silap. Ini adalah secara umumnya, terkadang terdapat juga kes dimana perawi C boleh silap, contohnya jika perawi C ini menyalahi sejumlah ramai murid-murid Syaikh A , disini periwayatan yang ramai akan ditarjih sebagai mahfuz (terpelihara) dan Murid C dikira telah melakukan silap. Semuanya ini memberi kita kesedaran bahawa manusia itu walaubagaimana hebatnya dia, dia tetap boleh berbuat silap, kerana dia manusia, dan manusia berbuat silap 92- Sukarnya ilmu `Ilal al-Hadith: Imam Abu Zur'ah pernah ditanya akan satu hadith, beliau menjawab "ia hadith Munkar", ditanya lagi adakah beliau mengetahui akan cacatnya (illatnya)? jawab Abu Zur'ah: "tidak" [Lanjut rujuk: 'Ilal al-Hadith, no. 1462]. Begitulah susahnya ilmu `ilal hadith, ia hanya dikuasai oleh para huffaz salaf.

Page 37: "139 Faedah Hadith"

37

93- Lafaz Salam Yang Bid'ah: Antara Bid'ah Mazmumah (Bid'ah Yang Tercela) yang tersebar dengan sangat meluas tetapi dibiarkan tanpa teguran zaman ini ialah tambahan lafaz "ta'ala" dalam ucapan salam. Ucapan yang diajar Nabi SAW "Assalamu'alaikum warah matullah" ditambah menjadi "Assalamu'alaikum warah matullah hi ta'ala wa barakatuh". Tambahan lafaz "ta'ala" ini adalah bid'ah mazmumah. Lupakah manusia akan athar sahih bahawa Ibn Umar RA pernah melarang keras seorang lelaki daripada menambah ucapan salawat "Allahumma solli `ala Muhammad" ketika bertahmid membaca "Alhamdulillah" selepas bersin? Hingga al-Suyuti rahimahullah telah menegaskan bahawa penambahan ucapan salawat ketika bertahmid selepas bersin itu adalah bid’ah mazmumah. Kesnya sama sahaja dengan penambahan ucapan "ta'ala" ini, bid'ah idhafiyyah yang tercela (mazmumah)! Maka berhati-hatilah bagi mereka yang mahu berfikir. 94- Jarh wa Ta‘dil: Salah satu bidang dalam ilmu hadith, satu ilmu yang mengkaji para rijal (perawi) hadith dalam menentukan kedudukan dan status mereka dalam satu periwayatan hadith, sama ada boleh diterima atau tidak. Ilmu ini bermula sejak penghujung zaman sahabat dan terus berkembang demi membezakan antara periwayat hadith yang benar-benar diyakini kebenarannya dan ketepatannya. Ilmu ini amat amat mendalam dan berkembang dengan hebat pada zaman kegemilangan hadith iaitu sekitar kurun kedua dan ketiga Hijrah 95- Akhbarana Thiqah al-Syafie Dari al-Laits: Berkata al-Iraqi, berkenaan akhbarana 'thiqah' oleh al-Syafie dari al-Laits bin

Sa'd: ث بن سعد ، فهو حيىي بن حسانأخربنا الثقة عن اللي: وإذا قال - dan apabila (al-

Syafie) berkata: akhbarana 'al-thiqah' dari al-Laits bin Sa'd, maka - yang dimaksudkan dengan al-Thiqah disana - adalah Yahya bin Hassaan" [Rujuk: Syarah al-Tabsirah, 2/34, dinukil dari komentar Dr. Mahir Yasin al-Fahl dalam tahqiq Musnad al-Syafie, hal. 144] 96- Muttafaqun `Alaih disisi Imam Abu Nu'aim al-Asbahani (430H): Istilah (Muttafaqun `Alaih) kebiasaannya digunakan oleh para ahli hadith merujuk kepada hadith-hadith yang disepakati oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Namun perlu diketahui bahawa istilah ini digunakan oleh Imam Abu Nu'aim membawa maksud yang berbeza.

Page 38: "139 Faedah Hadith"

38

Jika diteliti dalam kitab beliau (al-Hilyah) akan semua hadith-hadith yang beliau sebutkan sebagai (Muttafaqun `Alaih), akan didapati terdapat hadith-hadith itu bukanlah yang disepakti oleh al-Bukhari dan Muslim, ada yang hanya dikeluarkan al-Bukhari sahaja, ada yang hanya dikeluarkan Muslim sahaja, bahkan ada yang tidak dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim langsung. 97 - Hadith Min Husni Islam - Fatwa Abu Ishaq al-Huweini: Syaikh Abu Ishaq al-Huweini juga mendhaifkan hadith "Min Husni Islam al-mar'e tarkuhu mala ya'nih - antara kebaikan seseorang Islam itu dia

meninggalkan apa yang tidak berkait dengannya" dalam kitabnya Tanbih al-Hajid, kata al-Syaikh ; "yang terpelihara ialah ia dhaif, tidaklah ia benar melainkan hanya mursal" 98 - Hadith Solat Dengan Isbal - Fatwa Abu Ishaq al-Huweini: Syaikh Abu Ishaq al-Huweini juga mendhaifkan hadith "sesungguhnya Allah SWT tidak menerima solat mereka yang isbal" , kata al-Huweini: "hadith munkar!" [Rujuk: Tahbih al-Hajid, al-Huweini, 2/16] 99 - Taqlid Itu Untuk Siapa? : Berkata Imam Hasan al-Banna (rahimahullah): "kata Al-Thahawi kepada Ibn Harbawaih: tiada taqlid melainkan bagi yang bertongkat (iaitu buta, tidak tahu membaca) atau yang bodoh (bebal)" [Risalah fi Ilm Al-Hadith, Hasan Al-Banna, m/s 18] 100- Asohhu Syaie Fi Hazal Bab - Hasan al-Banna : Berkata Imam Hassan al-Banna (rahimahullah): "apabila disebut: "Asohhu Syaie Fi Hazal Bab", ibarat ini ia bukanlah satu kemestian bahawa hadith itu sahih, yang dimaksudkan dengan kata-kata mereka para ahli hadith ialah: "ini adalah riwayat yang paling baik (asoh) yang datang dalam bab ini", ia boleh jadi dhaif, yang diinginkan ialah ia adalah yang paling kuat dalam sesuatu bab (namun tetap dhaif) atau dhaif yang paling ringan" [Risalah fi Ilm Al-Hadith, Hassan al-Banna, m/s 13] 101- Talfiq: Tiada dalil yang mengharamkan talfiq (bercampur mazhab fiqh), sebagaimana tiada dalil yang mewajibkan taqlid satu mazhab (mengikuti satu mazhab saja). Tiadalah yang haram dan wajib itu melainkan hanya apa yang telah diputuskan Pembuat Syariat.

Page 39: "139 Faedah Hadith"

39

102- Hadith Aishah Nabi Mencium Sebahagian Isterinya: Hadith `Aishah bahawa Nabi SAW pernah mencium isteri-isteri Baginda SAW kemudian pergi solat, ketahuilah ia adalah hadith Dha'if. Imam Ibn Hajar berkata dalam kitab Bulughu Maaram berkenaan hadith tersebut; ''hadith dikeluarkan Ahmad, dan didhaifkan oleh al-Bukhari'', dan berkata Syaikh Thariq Iwadullah dalam tahqiq Bulughu Maaram; ''selain al-Bukhari, hadith ni juga didhaifkan oleh para 'Aimmah Hadith (para huffaz hadith salaf) lainnya''. Bahkan berkata Imam al-Tirmizi; ''aku mendengar al-Bukhari mendhaifkan hadith ini, kata al-Bukhari 'Habib bin Abi Thabit tidak pernah sama sekali mendengar dari 'Urwah'', bahkan kata Imam al-Tirmizi lagi ''tidak ada yang sahih dari Nabi dalam bab ini''. Selain itu hadith ini juga didhaifkan oleh Imam Abu Hatim dan Imam Abu Zur'ah dlm al-'Ilal, Imam `Ali ibn al-Madini (guru al-Bukhari), Imam Yahya bin Sa'id al-Qattan, Imam al-Syafie dan lain-lain pakar `ilal hadith. Adapun sebahagian ulama hadith khalaf seperti Ibn Abdil Baar , termasuk juga pengkaji hadith moden khalaf seperti Syaikh al-Albani, Syaikh Ahmad Syakir dan lain-lain yang mensahihkan hadith tersebut hujah mereka amat lemah bagiku, mereka telah tersilap mensahihkan hadith tersebut, kerana mereka menilai hadith berdasarkan zahir isnad, sedangkan hadith itu mengandungi kecacatan tersembunyi dan ia telah sekian lama dikesan oleh para huffaz Salaf yang merupakan pakar-pakar `ilal hadith. Walaupun hadith `Aishah ini pendapat yang rajih (yang terkuat dari segi hujah) bagiku ia dhaif, namun dari segi fiqh aku tetap berpegang sentuh wanita ajnabi ini yang rajih (yang terkuat dari segi hujah dan dalil) tidak membatalkan wudhu' secara mutlak, kerana adanya athar sahih dari Ibn `Abbas (sahabat yang pakar tafsir) bahawa 'sentuh' dalam al-Qur'an itu bermaksud jima' dan bukannya sentuh secara zahir. Al-`Allamah Dr. Yusuf al-Qaradhawi juga antara ulama moden yang berpegang bahawa pendapat yang rajih (yang terkuat dari segi hujah dan dalil) ialah tidak membatalkan wudhu' secara mutlak, sebagaimana yang jelas dalam kitab beliau Fiqh al-Thaharah. Dhaifnya hadith `Aishah itu tidak sedikitpun melemahkan hujah bahawa tidak batalnya wudhu' secara mutlak. Yang penting, perihal batal atau tidak batalnya wudhu' apabila menyentuh wanita ajnabi ini adalah khilaf muktabar, khilaf yang diterima. Allah hu'alam

Page 40: "139 Faedah Hadith"

40

103 - Hasan al-Banna - Kewajipan Mengikut Hadith Nabi Walaupun Berbeza Dengan Imam Mazhab: Berkata Imam Hassan al-Banna (rahimahuLlah); "Apabila sahihnya sesuatu hadith, maka menjadi kewajipan untuk beramal dengan hadith itu, walaupun jika hadith yang sahih itu tiada dalam kitab Sahihain (iaitu Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim), tidaklah kewajipan beramal dengan hadith itu tertolak kerana sesuatu pendapat manusia, tidak juga taqlid imam mazhab, tidak juga kerana dakwaan serta sangkaan ijma' yang silap” 104- Ittiba’: Sesetengah manusia menganggap semua manusia itu hebat dan pandai belaka, maka mereka mengharamkan taqlid tetapi mewajibkan ijtihad bagi semua manusia. Sesetengah manusia pula menganggap semua manusia bodoh-bodoh belaka, maka mereka mewajibkan taqlid. Sesetengah manusia pula berada dipertengahan, mereka tidak mengharamkan taqlid kerana menyedari bukan semua manusia otaknya geliga sehingga dapat terus mengekstrak al-Qur'an dan al-Hadith, mereka juga tidak mewajibkan taqlid kerana sedar bukan semua manusia itu bodoh-bodoh belaka hingga tidak mampu mengkaji dan membanding-bandingkan hujah dan dalil langsung. Jadilah golongan pertengahan, serulah kepada al-Itiba' iaitu mengikut sesuatu pendapat dengan mengetahui hujah dan dalilnya, tidak juga berijtihad dan tidak juga bertaqlid buta 105- Al-Mu‘allaq: Iaitu hadith yang putus (dihilangkan rawi) pada awal sanadnya, sama ada seorang rawi atau lebih. Hadith Mu‘allaq hukumnya adalah dha‘if, ia termasuk daripada jenis Al-Munqati‘ (putus) kerana telah hilangnya syarat asas hadith sahih iaitu: bersambungnya sanad. Kecuali hadith-hadith Mu‘allaq dalam Kitab Al-Sahihayn (Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim) mempunyai perbincangan yang khusus di sisi Ahli Hadith. Hadith-hadith Mu’allaq dalam Kitab Al-Sahihayn (Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim) mempunyai perbincangan yang khusus di sisi Ahli Hadith, iaitu secara umumnya ia terbahagi kepada dua: 1- Hadith-hadith Mu‘allaq yang disebut dengan Sighah Jazam seperti:

“qala – قال“, “zakara - ذكر“, “haka – حكى“ dan lain-lain, maka hukumnya adalah Sahih.

2- Hadith-hadith Mu‘allaq yang disebut dengan Sighah Tamridh seperti:

“qila – قيل“, yuzkaru – يذكر“, “yuhka – حيكى“, “yurwa – يروى“ dan lain-lain, maka ia Dha‘if, iaitu tidak dihukumi dengan Sahih

Page 41: "139 Faedah Hadith"

41

3- 106 - Al-Waham: Dari segi bahasa ialah “ragu”, dari segi istilah bermaksud “silap”. Kata Syaikh Tariq ‘Iwadullah: “Al-Waham: huwa Al-Khata’ (waham: ialah silap)”. (rujuk: Al-Dibajah Fi ‘Ilm Al-Hadith, hal. 68) 107- Manhaj Ibn Khuzaimah dalam kitabnya Mukhtasarul Mukhtasar - Istilah Mursal: Imam Ibn Khuzaimah walaupun dari segi tarikh beliau adalah selepas kurun 3H, namun manhaj beliau dalam hadith sama seperti huffaz Salaf awal. Antaranya ialah manhaj beliau dalam istilah Mursal, dalam kitabnya Mukhtasarul Mukhtasar beliau menggunakan istilah Mursal pada beberapa tempat sebagai isyarat dhaif untuk sesuatu hadith. Perlu diketahui bahawa istilah Mursal disisi Ibn Khuzaimah bukanlah seperti yang diketahui umum dalam istilah hadith mutaakhkhirin yang popular iaitu "kata-kata al-Tabi’in tidak mengira samada Kibar al-Tabi’in atau Tabi’in Soghir yang berkata: bersabda Nabi. Dengan kata lain sanad itu jatuhnya (hilangnya) Sahabi". Akan tetapi amali Ibn Khuzaimah untuk istilah Mursal lebih luas iaitu ia bermaksud: "semua yang sanadnya putus, iaitu semua sanad yang putus dinamakan sebagai Mursal. Tidak mengira samada ia putus pada awal sanad, atau pertengahan atau di akhir. Tidak mengira samada rawi yang jatuh (hilang) itu ialah Sahabi, atau selain Sahabi". Dengan itu digunakan istilah mursal untuk al-Muallaq, al-Munqathi’, al-Mu’dhal. Kesemua sanad yang putus dinamakan sebagai Mursal. Amali Ibn Khuzaimah ini adalah popular dalam kalangan ramai Huffaz Hadith kurun yang awal seperti Ahmad, Abu Daud, Ibn Abi Hatim, dan lain-lain Ahli ilmu dari Ahli Hadith Mutaqaddimin. 108- Syarif Syarif: Ia adalah antara istilah tashih (pensahihan) hadith yang digunakan secara khusus oleh Imam Ibn Khuzaimah dalam kitabnya Mukhtasarul Mukhtasar (umum mengenalinya sebagai Sahih Ibn Khuzaimah). Imam Ibn Khuzaimah menggunakan istilah 'Syarif Syarif' ini hanya sekali

sahaja dalam kitabnya iaitu pada bab; " ذكر الدليل على أن ليلة القدر يف العشر األواخر menyatakan dalil bahawa sesungguhnya Lailatul Qadr itu ialah - من رمضانpada 10 hari akhir-akhir dari Ramadhan" selepas mengeluarkan sebuah hadith (no. 2171) yang diriwayatkan oleh Abi Sa'id al-Khudri secara marfu' bahawa Nabi SAW bersabda;

Page 42: "139 Faedah Hadith"

42

إا يف : إين اعتكفت العشر األول ألتمس هذه الليلة مث اعتكف العشر الوسط مث أتيت فقيل يل العشر األواخر فمن أحب منكم أن يعتكف فليعتكف

Terjemahan: Sesungguhnya aku pernah beri’tikaf pada sepuluh hari pertama dalam bulan Ramadhan untuk mencari Lailatul Qadr ini. Aku kemudian melakukan i’tikaf pada sepuluh hari pertengahan (kedua) dalam bulan Ramadhan. Aku lalu didatangi (malaikat) dan dia katakan kepadaku sesungguhnya Lailatul Qadr itu terjadi pada sepuluh hari yang terakhir dari bulan Ramadhan. (Maka) barangsiapa antara kalian yang mahu melakukan i’tikaf, maka hendaklah ia beri’tikaf

Kemudian berkata Ibn Khuzaimah; "هذا حديث شريف شريف - hadith ini Syarif Syarif". Istilah ini tidak pernah digunakan oleh para huffaz lain selain Imam Ibn Khuzaimah dan beliau menyendiri dalam menggunakan istilah ini. 109- Hadith Kelebihan Saf Kanan: Tidak thabit akan kelebihan saf kanan atas kiri dalam solat jamaah, tidaklah

dibezakan antara keduanya. Adapun khabar yang berbunyi: " إن اهللا ومالئكته

sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat - يصلون على ميامن الصفوف

kepada mereka yang dikanan Saf" adalah tidak mahfuz (tidak terpelihara), perawi telah silap menyebut hadith sebagaimana yang dinaskan Ibn `Adiy,

al-Baihaqi dan lain-lain. Yang mahfuz ialah lafaz: "يصلون الصفوف - menyambung Saf" dan isnadnya sahih" 110- Doa Awal & Akhir Tahun: Ketahuilah bahawa amalan membaca doa awal dan akhir tahun tiada asalnya dalam syariat Allah SWT. Tiada dalam al-Qur'an, tiada dalam hadith sahih, tiada dalam hadith dhaif, bahkan tiada dalam hadith palsu, dalam istilah hadith moden ia disebut "La asla lah - Tiada asalnya". It's a pure bid'ah.

111- Thabit:

Ia termasuk satu istilah yang kurang jelas dalam ilmu hadith, hingga para

ulama berbeza pendapat akan maksudnya. Dikalangan mutaakhkhirin

terdapat dua pendapat akan maksud istilah 'thabit'.

Pertamanya ialah pendapat Imam Qutb al-Din Abdul Karim dan Imam Fath

al-Din Ibn Sayyid al-Naas yang mengatakan bahawa istilah 'thabit' ini adalah

khusus untuk hadith sahih sahaja dan tidak termasuk hadith hasan.

Page 43: "139 Faedah Hadith"

43

Pendapat kedua dari kalangan mutaakhkhirin ialah pendapat Imam

Muhammad bin al-Hasan al-Sairafi dan Imam al-Suyuti mereka berpendapat

ia termasuk juga hadith hasan bukan semata-mata sahih sahaja.

Apabila kita melihat kepada penggunaan para huffaz Salaf (mutaqaddimin),

kita akan dapati mereka biasa menyebut sesuatu hadith dengan 'sahih thabit'

atau 'thabit sahih', atau ' isnadnya hasan thabit', atau 'hasan thabit', dan

terkadang hanya menyebut 'thabit' secara menyendiri. Yang rajih ialah istilah

'thabit' ini termasuk dalamnya hadith sahih dan hasan, dan ia bermaksud

hadith itu diterima dan digunakan untuk hujah.

Ini jelas dari amalan para huffaz Salaf sendiri iaitu mereka menyebut sesuatu

hadith itu sebagai 'thabit' sebagai hujah dalam huraian fiqh mereka,

contohnya ialah seperti apa yang biasa diamalkan oleh Imam al-Syafie dalam

al-Umm.

Satu perkara yang penting, istilah 'hasan' disisi Salaf membawa banyak

maksud, boleh jadi ia sahih dan boleh jadi ia dhaif, dan apabila mereka

menggunakan istilah 'hasan' bersama-sama 'thabit' seperti 'hasan thabit' ia

menunjukkan 'hasan' disana adalah bermaksud sahih dan bukan sebaliknya.

Allah hu'alam.

113- Syadz & Munkar:

Istilah syaz dan munkar disisi para huffaz Salaf (Mutaqaddimin) adalah kata

sinonim yang bermaksud hadith itu padanya kesilapan, iaitu hadith itu tidak

terpelihara (ghair mahfuz).

Walaupun zahir sanad perawi-perawinya adalah thiqah namun perawi yang

thiqah itu telah melakukan kesilapan. Sesetengah huffaz lebih suka

menggunakan istilah munkar, sesetengah lebih suka menggunakan istilah

syaz, namun pada hakikatnya ia sama maksud sahaja disisi mereka semua.

Bahkan mereka turut menggunakan istilah-istilah lain yang sinonim seperti:

"ghair mahfuz" , "khata' ", "glalat" dan sebagainya. Contohnya menurut Dr.

Khalid bin Mansur al-Durayyis dalam tesis PHD nya: "al-Hadith al-Hasan Li-

Zhatih wa Li-Gharih (1/462)" , Imam al-Bukhari tidak pernah sesekali

menggunakan istilah syaz, kita tidak akan sesekali menjumpai Imam al-

Bukhari menggunakan istilah syaz, sebaliknya beliau menggunakan istilah

lain seperti "La ura hazal-hadith bi mahfuz - tidaklah ku lihat hadith ini

terpelihara", "huwa ghair mahfuz - ianya tidak terpelihara", "Laisa bi Mahfuz

- tidaklah terpelihara", "khata' - silap", "ghalat - silap", "waham - silap".

Page 44: "139 Faedah Hadith"

44

114- Hadith Larangan Menyikat Rambut Di Kamar Mandi: Tersebar dalam Facebook akan hadith berbunyi (Rasulullah SAW

melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan akar rambut. Seseorang itu hendaklah duduk ketika

bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung. Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah

hutang. Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak). Ketahuilah bahawa ia hadith Palsu, Tiada Asal, Laknat Allah SWT Kepada Pencipta Hadith Ini. 115- Hadith Sejarah Rokok: Tersebar dalam Facebook akan hadith berbunyi (Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka

menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umatku, bahkan mereka adalah orang

yang celaka”

Abu Hurairah r.a yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?” Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam

dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud

kepadanya kecuali Iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir.

Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis :

Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir.

Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan

kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.” Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke

dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji". Ketahuilah bahawa ia hadith Palsu, Tiada Asal, Laknat Allah SWT Kepada Pencipta Hadith Ini.

Page 45: "139 Faedah Hadith"

45

116- Hadith Kelebihan Memberi Makan Orang Berbuka Puasa: Berkata al-Hafiz al-Syab, al-Fadhilah al-Muhaddith Dr. `Abdul `Aziz Marzuq al-Tharifi: "Memberi makanan untuk berbuka kepada orang berpuasa adalah mustahab (dianjurkan) secara kesepakatan - ulama ' - , adapun fadhilat (kelebihan) memberi makanan - untuk berbuka - kepada orang yang berpuasa tiada padanya hadith yang sahih" [Rujuk: al-Mujaz Fi Sifati Solatin Nabiy wa Siyamihi wa Qiyamihi wa `Itikafihi (Ringkasan Sifat Solat Nabi dan Puasa Baginda dan Qiam Baginda dan Iktikaf Baginda SAW) , `Abdul `Aziz Marzuq al-Tharifi , halaman 17 , Dar al-Manhaj (Arab Saudi), tahun 1432H / 2011M] 117- Berhati-hati dalam menyebarkan hadith Nabi SAW dari internet:

Dalam internet kini, semata-semata hanya kerana ditulis "HR al-Bukhari &

Muslim" ia belum tentu benar, kerana telah muncul pencuri-pencuri hadith

yang menggunakan nama Imamain al-Bukhari & Muslim untuk hadith-hadith

palsu.

Maka seseorang hendaklah menyemak dahulu apakah benar hadith itu

terdapat dalam al-Sahihain, kemudian setelah pasti maka barulah

menyebarkannya.

Jika pada zaman periwayatan hadith dahulu,terdapat para pencuri-pencuri

hadith yang mengaku mengambil hadith A dari syaikh A walhal dia menipu,

dan mencamtumkan sanad yang sahih kepada hadith yang dhaif.

Maka pada abad ke-21 muncul pencuri-pencuri baru,mereka mencipta hadith

palsu kemudiannya menyandarkannya kepada al-Bukhari & Muslim,

sebahagian mengambil hadith dhaif kemudian menipu dengan menyebut "HR

al-Bukhari & Muslim". Moga Allah SWT melaknat para pencuri hadith ini

118- Nama-nama surah al-Qur’an:

Penamaan surah dalam al-Qur'an dengan nama yang khusus tidaklah ia

warid (datang) dalam nas untuk semua surah dalam al-Qur'an. Ia hanya

warid untuk beberapa surah semisal al-Fatihah, al-Baqarah, Aal `Imran dan

sebagainya.

Bukanlah semua nama surah itu warid dari Nabi SAW, malah terdapat nama

yang dinamakan Sahabat sendiri. Antara surah yang banyak namanya ialah

(al-Fatihah) disebut juga (Ummul Qur'an) atau (Ummul Kitab) atau (surah al-

Hamd), juga surah (al-Isra') disebut juga dengan (surah Bani Israil).

Dan thabit dalam hadith Sahih al-Bukhari bahawa Sa'id bin Jubair berkata

kepada Ibn `Abbas: "surah al-Hasyr?" maka kata Ibn `Abbas: "sebut - ia

dengan nama - surah al-Nadhir", pengingkaran Ibn `Abbas untuk nama

Page 46: "139 Faedah Hadith"

46

(al-Hasyr) menunjukkan bahawa penamaan surah dalam al-Qur'an bukan

tauqifi kepada Sahabat dari Nabi SAW, ini berbeza dengan susunan ayat-ayat

dalam setiap surah yang mana ia adalah tauqifi (iaitu ditentukan Nabi SAW

secara khusus).

Penjelasan lanjut dianjurkan untuk merujuk kitab: al-Muqaddimat al-Asasiah

fi `Ulum al-Qur'an, karya `Abdullah bin Yusuf al-Juday', halaman 136-138,

terbitan Muassasah al-Rayyan, 2001M, Beirut

119- Susunan ayat-ayat al-Qur’an:

Tertib penyusunan ayat-ayat dalam setiap surah al-Qur'an adalah tauqifi

secara ijma', iaitu para Sahabat menyusunnya berdasarkan apa yang telah

diperintah Nabi SAW. Tiadalah walaupun seorang daripada para Sahabat itu

menyusun ayat-ayat dalam setiap surah dengan akal fikiran mereka sendiri

melainkan mereka mendengarnya dari Baginda SAW.

Adapun tertib susunan surah dalam mushaf, maka para `ulama telah

berbeza kepada 2 pendapat: 1- tauqifi , 2 - ijtihadi. Yang rajih ialah ia

ijtihadi, dan para Sahabat menyusun surah-surah dalam mushaf itu

berdasarkan ijtihad mereka masing-masing.

Pendapat kedua ini dalilnya kuat, telah thabit dalam riwayat-riwayat yang

sahih dalam Sahihain bahawa susunan surah dalam mushaf para Sahabat itu

berbeza, seperti mushaf `Aishah, mushaf `Uthman, mushaf Ibn Mas'ud dan

lainnya. Sehinggalah `Uthman menghapuskan cara susunan lainnya dan

menjadikan satu susunan sahaja.

Penjelasan lanjut dianjurkan untuk merujuk kitab: al-Muqaddimat al-Asasiah

fi `Ulum al-Qur'an, karya `Abdullah bin Yusuf al-Juday', halaman 123-136,

terbitan Muassasah al-Rayyan, 2001M, Beirut

120 - Ungkapan al-Syafie Ketika Sakit Mendekati Wafatnya:

Dari Imam al-Muzani, bahawa Imam Nasirussunnah, Muhammad bin Idris al-

Syafi'i (204H) pernah menyebut ketika sakit hampir wafat:

"Ku persembahkan kepada Mu wahai Tuhan sekelian makhluk, sekalipun aku

seorang yang berdosa wahai Yang Maha Pemberi & Maha Pemurah. Tatkala

keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku,

Ku jadikan rayuan dari ku sebagai jalan keluar mengharap keampunan dari

Mu. Engkau lah Maha Pengampun menghapuskan dosa berterusan, memberi

kurnia dan mengampuni dengan rahmat Mu dan kemuliaan Mu"

Page 47: "139 Faedah Hadith"

47

[Sahih, berkata Imam al-Zahabi : "isnadnya thabit (sahih) kepada Imam al-

Syafie", rujuk: Siyar `Alam al-Nubala', 10/76, al-Zahabi (748H), tahqiq:

Syu'aib al-Arnaut & Dr. Basyar `Awwad Ma'ruf, Muassasah al-Risalah, 1982,

Beirut]

121- Larangan Memukul Wajah:

Telah bersabda baginda Nabi SAW: "إذا قاتل أحدكم أخاه ، فليتجنب الوجه - apabila seseorang kamu memerangi saudaranya, maka jauhilah wajahnya"

[Dikeluarkan oleh al-Bukhari (2559), dan Muslim (6817)].

Dalam lafaz yang lain dengan isnad yang sama menyebut: " كمدأح برإذا ض - apabila seseorang kamu memukul ..." menggantikan lafaz "قاتل - memerangi" [Dikeluarkan oleh Muslim (6818)].

Dan berkata Imam al-Nawawi: " هجب الورض ني عهريح بالنصذا ته- ini adalah larangan jelas - akan perbuatan - memukul wajah" [Syarah Sahih Muslim,

16/165].

Manakala kata Imam al-San'aniy: " تأديب أو غريه وهذا النهي عام لكل ضرب ولطم من -

dan ini adalah larangan umum - dari Nabi SAW - untuk semua jenis pukulan

tidak mengira samada pukulan untuk mendidik atau sebagainya" [Subul al-

Salam, 1/236]

122- La ilaha ilAllah - Istilah ini apabila digunakan kepada seseorang

rawi:

Berkata Nu'aim bin Hammad; "aku bertanya Ibn al-Mubarak berkenaan Nuh

bin Abi Maryam", maka jawab Ibn al-Mubarak: "La ilaha ilAllah (tiada Tuhan

selain Allah)" [Rujuk: Tahzib al-Kamal, al-Mizzi, no. 7210].

Berkata Abu Ismail Fathi: "apabila seseorang nuqqad berkata "La ilaha

ilAllah" kepada seseorang rawi , maka ketahuilah bahawa ia adalah antara

jarh tertinggi, dan Nuh bin Abi Maryam adalah seorang yang matruk,

pendusta hadith, tidak ditulis hadithnya, bahkan kata al-Khaliliy (Tahzib al-

Tahzib, Ibn Hajar, 10/488): "telah ijma' akan dhaifnya".

Page 48: "139 Faedah Hadith"

48

123- Mursal Al-Sahabi:

Iaitu hadith itu diriwayatkan oleh Sahabat pertama daripada Sahabat kedua

daripada Nabi kemudian sanadnya putus pada Sahabat kedua (bukan putus

pada Al-Tabi‘in), perlu diketahui bahawa penamaan Mursal Sahabi ini asalnya

adalah ta‘rif daripada Fuqaha’ dan Usuliyyin bukan daripada Ahli Hadith

Salaf, kerana Salaf tidak menganggap ia sebagai Mursal.

Kata Ibn Al-Solah (Muqaddimah Ibn Al-Solah, hal. 26): “Apa yang dinamakan

oleh Usul Fiqh dengan Mursal Sahabi contohnya apa yang diriwayatkan oleh

Ibn ‘Abbas dan lain-lain daripada hadith-hadith para sahabat daripada

Rasul…”, dan Ibn Al-Mulaqqin menyebut dalam kitabnya Al-Muqni’, hal. 95:

“Sesungguhnya penamaan Mursal Sahabi ini ialah penamaan Usuliyyah”.

124- Disahihkan al-Hakim & Dipersetujui al-Zahabi:

Apabila terdapat sesuatu hadith yang disahihkan oleh Al-Hakim dalam

kitabnya Al-Mustadrak dan Al-Zahabi diam iaitu tidak memberi apa-apa

komen dalam Talkhisnya ke atas Al-Mustadrak, kita sering mendengar

ungkapan daripada sesetengah pengkaji hadith Muta’akhkhirin berbunyi

-disahihkan oleh Al-Hakim dan dipersetujui Al -صححه احلاكم ووافقه الذهيب"Zahabi” dalam takhrij-takhrij mereka.

Adakah tepat penggunaan sebegini? Adakah benar Al-Zahabi melakukan

tahqiq (semakan) ke atas Al-Mustadrak atau hanya meringkaskannya

sahaja? Jika kita meneliti kitab-kitab takhrij hadith yang terdahulu selepas

zaman Al-Zahabi, kita tidak akan menemui ungkapan "صححه احلاكم ووافقه disahihkan oleh Al-Hakim dan dipersetujui Al-Zahabi” ini, bahkan - الذهيبsehingga kurun ke-11 Hijrah pun ungkapan seperti ini tidak wujud, tidak

pada zaman Al-Munawi atau ‘Ali Al-Qari. Sebaliknya ia hanya muncul sedikit

ketika zaman Al-Laknawi dan Al-Mubarakfuri, seterusnya ia hanya menjadi

popular pada sesetengah pentahqiq-pentahqiq moden termasuk Al-Albani,

Al-Arna’ut dan lain-lain.

Ketahuilah bahawa penggunaan ungkapan sebegini adalah satu kesilapan

yang memerlukan kepada penjelasan dan penjernihan, kerana Al-Zahabi

tidak mentahqiq Al-Mustadrak tetapi hanya meringkaskannya sahaja,.

Bahkan jika kita meneliti kitab-kitab Al-Zahabi kita akan menjumpai hadith-

hadith yang didiamkan Al-Zahabi dalam Talkhis tetapi didha‘ifkannya dalam

kitab-kitab lain.

Page 49: "139 Faedah Hadith"

49

Maka kaedah yang tepat ialah dengan menulis "صححه احلاكم ومل يتعقبه الذهيب -disahihkan oleh Al-Hakim dan tidak dikomentar oleh Al-Zahabi” sebagaimana

yang diamalkan oleh Syaikh Mahir Yasin dalam tahqiqannya dan juga para

pentahqiq lain yang mengambil berat akan hal ini.

125- Jami' al-Mukhtasar Antara Sumber Ilmu `Ilal Hadith: Menurut guru kami syaikhuna Abu Muhammad Shihatah al-Alfy al-Sakandary (ketika mensyarahkan kitab al-Jami' di Masjid Imam al-Bukhari), ilmu `ilal adalah ilmu yang tertinggi dalam kajian hadith, tidaklah yang dapat menguasainya secara rinci melainkan imam-imam besar para huffaz salaf (Mutaqaddimin), dan bagi mereka yang meminati akan ilmu ini antara kitab yang boleh kita jumpai padanya ilmu-ilmu `ilal ialah al-Jami' karya Imam al-Tirmizi" 126- Imam al-Bukhari dan Imam `Ali ibn al-Madini:

Berkata al-Bukhari: "ما استصغرت نفسي عند أحد إال عند علي بن املديين - tidaklah pernah aku merasai diriku ini kecil dibandingkan (dihadapan) sesiapapun, melainkan diriku dihadapan `Ali ibn al-Madini" [Rujuk: Siyar `Alam al-Nubala, 12/420] 127- Hadith Talaq Dibenci Allah:

Hadith bermaksud: "Perkara halal yang dibenci Allah Ta'ala ialah

talaq", diriwayatkan secara Mausul(bersambung) dan Mursal (putus pada

tabiin), yang terpelihara ialah jalan yang Mursal iaitu dari Ahmad bin Yunus

dari Mu'arrif dari Muharib,sebagaimana yang dijazamkan oleh Abu Hatim,al-

Daraquthni, al-Baihaqi dan lain-lain. Dan Mursal adalah daripada jenis Dhaif.

128- Hormatnya Imam Muslim kepada Imam al-Bukhari: Pernah suatu hari Imam Muslim bin al-Hajjaj datang bertemu Imam al-Bukhari, mencium diantara kedua mata (cium dahi) Imam al-Bukhari seraya

berkata: " ك يا أستاذ االستاذين، وسيد احملدثني، وطبيب احلديث يف عللهدعين أقبل رجلي - izinkan aku untuk mencium kaki mu wahai guru dari kalangan guru-guru, wahai ketua dari kalangan para ahli hadith, wahai doktor dalam mengenal penyakit akan hadith -baik penyakit yang tersurat mahupun tersirat-" [Rujuk: al-Zahabi, Siyar `Alam al-Nubala, 12/432,436]

Page 50: "139 Faedah Hadith"

50

129- Sambutan Kepada al-Bukhari: Berkata Imam Muslim al-Hajjaj: "Tidak pernah aku melihat penduduk Naisabur menyambut ketibaan seseorang , tidak pemerintah, tidak ulama , sebagaimana mereka menyambut ketibaan Muhammad ibn Ismail al-Bukhari. Deretan manusia yang datang menyambutnya mencecah kira-kira 2 hingga 3 marhalah (iaitu kira-kira 90 hingga 135 Kilometer lebih)” 130- Imam Abu Zur'ah dan Imam al-Bukhari:

Berkata Ibrahim al-Khawwas: " ،رأيت أبا زرعة كالصيب جالسا بني يدي حممد بن إمساعيل Pernah- aku melihat Abu Hatim -yang beliau sendiri - يسأله عن علل احلديث

merupakan pakar `ilal (kecacatan tersembunyi) hadith- duduk bagai anak

kecil dihadapan Muhammad bin Ismail -al-Bukhari- sambil bertanya akan

`ilal al-hadith (kecacatan tersembunyi bagi hadith) kepada al-Bukhari"

[Rujuk: Siyar `Alam al-Nubala, 12/407]

131- Ingatan al-Bukhari:

Berkata Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari: " كتبت عن ألف شيخ وأكثر، عنحديث إال أذكر إسنادهكل واحد منهم عشرة آالف وأكثر ، ما عندي - aku menulis hadith

dari 1000 orang guru bahkan lebih, dan untuk setiap seorang daripada

mereka pula 10,000 hadith bahkan lebih, - dan - tiadalah disisiku akan - satu

- hadith melainkan aku ingat akan isnadnya" [Rujuk: Siyar `Alam al-Nubala

(12/407)]

132- Al-Mu'tamid `Ala Allah:

Beliau ialah Al-Mu'tamid `Ala Allah,Abu al-`Abbas,Ahmad ibn al-

Mutawakkil,wafat pada tahun 279H. Merupakan salah satu Khalifah pada

zaman dinasti Bani al-`Abbas,mengambil takhta selepas kewafatan al-

Muhtadi Billah (wafat 256H). Pada zaman pemerintahan beliaulah wafatnya

imam-imam hadith penyusun Kutub al-Sittah, kecuali al-Nasaie: mereka

ialah al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah kesemuanya wafat

pada zaman pemerintahan al-Mu'tamid `Ala Allah.

Page 51: "139 Faedah Hadith"

51

133- Kota kediaman Imam `Abu `Isa al-Tirmizi:

Menurut al-Sam'ani ia adalah satu kota lama sepanjang sungai Balkh yang

dinamakan Jayhun, juga dikenali sebagai Amu Darya. Manusia berbeza

pendapat akan cara sebutan namanya, sesetengah menyebutnya sebagai

Tarmiz, sesetengah menyebut Turmiz, dan sesetengah menyebut Tirmiz.

Imam al-Tirmizi dilahirkan, dibesarkan, dan wafat di kota ini.

134- Nasihat al-Bukhari:

Berkata Imam Abu `Abdillah Muhammad bin Ismail al-Bukhari : "Hargailah

masa lapang kamu, kerana mati kamu mungkin datang tanpa diduga. Ramai

manusia sihat yang aku lihat bebas daripada penyakit, tetapi nyawa mereka

terpisah daripada badan tanpa diduga" [Sirah al-Imam al-Bukhari, karya

Salahuddin `Ali `Abdul Maujud]

135- Hadith kucup kedua ibu jari setelah azan :

Hadith yang tersebar dengan meluas dalam Facebook berkenaan amalan

selepas azan agar mengucup kedua ibu jari kemudian meletakkan kedua ibu

jari pada mata, seraya berdoa dengan doa yang tertentu maka matanya

akan menjadi cerah serta akan mendapat syafaat dari Nabi SAW pada hari

Qiyamah. Ketahuilah bahawa hadith ini adalah hadith Palsu, bahkan tiada

asalnya dari sunnah.

136- Kurma Nabi? :

Tiada istilah kurma Nabi SAW atau tamar Nabi SAW, Nabi SAW makan apa

yang biasa kaum arab makan dan tamar atau kurma itu termasuk salah satu

daripadanya. Makanan kesukaan Nabi SAW bukanlah syariat, tapi ia adalah

sifat biasa seorang manusia yang padanya nafsu untuk menyukai apa sahaja

jenis makanan yang ingin disukainya. Nabi SAW juga makan roti, dan

kambing, namun seperti tamar tiada juga istilah roti Nabi SAW atau kambing

Nabi SAW.

Page 52: "139 Faedah Hadith"

52

137- Syarah qawaid hadithiah (kaedah hadith) Dr. Mahir al-Fahl #1:

Telah berkata Syaikhuna al-Muhaddith Abul Harith Dr. Mahir Yasin al-Fahl:

حديث يف اخلطأ معرفة يف احلال هو كما كبري وجهد دقة إىل حيتاج الضعيف حديث يف اخلطأ معرفة الثقة

Terjemahan: Untuk mengenal kesilapan dalam hadith yang diriwayatkan oleh perawi Dhaif memerlukan penelitian mendalam dan jihad yang besar, begitu juga halnya dalam mengenal kesilapan dalam hadith yang diriwayatkan oleh perawi Thiqah [150 Qawaid Hadithiah lil Dr. Mahir al-Fahl, Qawaid no. 1].

Syarah Fathi al-Sakandary: Bahkan untuk mengenal kesilapan perawi Thiqah memerlukan jihad yang lebih besar dari mengenal kesilapan perawi Dha'if. Dan daripada sesuatu yang telah sedia diketahui dalam ilmu hadith itu adalah hadith yang diriwayatkan oleh rawi yang thiqah bukanlah semuanya sahih, sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh rawi yang dha`if bukanlah semuanya dha`if. Dan untuk mengenal perkara ini memerlukan penelitian mendalam dan jihad yang besar terhadap riwayat-riwayat, dan ini dibuat dengan sabar.

Maka hukuman samada hasan atau sahih utk sesuatu hadith itu oleh Nuqqad (iaitu para huffaz al-Mutaqaddimin) bergantung pada qarinah-qarinah (iaitu bukti dan petunjuk kuat) yang tersirat, bukan semata-semata kerana perawi itu adalah seorang yang soduq atau kerana perawi itu seorang yang thiqah. Dan begitu uga sebaliknya dalam mendhaifkan hadith untuk perawi yang thiqah, seseorang Nuqqad (itu para huffaz al-Mutaqaddimin) mendha`ifkan sesuatu hadith yang bersendirian yang diriwayatkan oleh beberapa orang yang thiqah kerana silapnya dia dalam riwayat itu, maka menjadilah hadith itu hadith yang Munkar dan Dha'if.

138- Syarah qawaid hadithiah (kaedah hadith) Dr. Mahir al-Fahl #2:

Telah berkata Syaikhuna al-Muhaddith Abul Harith Dr. Mahir Yasin al-Fahl:

ويبني ، العلة على الضوء ويلقي العلة أسباب من سببا أحيانا يكون وإمنا ، علة ليس ذاته حبد التفرد ووهم خطأ من الرواية أعماق يف يكمن ما

Terjemahan: Tafarrud (apabila seorang perawi menyendiri dalam riwayat hadith) semata-mata bukanlah suatu 'Illah atau kecacatan, sebaliknya ia kadang-kadang merupakan salah satu penyebab 'Illah, dan ia boleh

Page 53: "139 Faedah Hadith"

53

menunjukkan potensi adanya 'Illah. Tafarrud juga boleh menjelaskan sebab adanya sebarang kesalahan atau keraguan di dalam riwayat. [150 Qawaid Hadithiah lil Dr. Mahir al-Fahl, Qawaid no. 2].

Syarah Abu Ismail Fathi al-Sakandary: Terkadang para huffaz menggunakan istilah al-Gharib ke atas al-Tafarrud yang telah dikenalpasti terdapat Khata' (kesilapan). Para para huffaz biasa menggunakan istilah al-Gharib atau al-Tafarrud dengan maksud `illah atau kecacatan pada hadith itu. Antara qarain serta murajjihat (petunjuk-petunjuk) yang menunjukkan Tafarrud itu padanya `illah ialah:

1- Tafarrud itu adalah dari perawi al-Tabaqat al-Nazilah (tabaqat bawah), iaitu mereka yang berada dibawah al-Tabi'in.

2- Tafarrud itu adalah dari mereka-mereka yang bukan dari kalangan Huffaz.

3- Tafarrud itu adalah dari perawi yang sedikit hadithnya

4- Tafarrud itu berlaku terhadap hadith-hadith seorang Hafiz yang mempunyai banyak hadith dan mempunyai ramai murid yang banyak berdamping dengan beliau.

5- Tafarrud itu berlaku pada hadith yang dikenal pasti padanya kesilapan pada isnad atau matannya, atau keduanya.

6- Tafarrud itu berlaku pada hadith yang mempunyai banyak ikhtilaf, baik ikhtilaf pada isnad atau pada matannya

7- Tafarrud itu dari perawi yang tertuduh dusta, matruk, fasiq.

8- Tafarrud itu dari perawi yang dikenal biasa berbuat silap

139- Syarah qawaid hadithiah (kaedah hadith) Dr. Mahir al-Fahl #3:

Telah berkata Syaikhuna al-Muhaddith Abul Harith Dr. Mahir Yasin al-Fahl:

احلديث قلة مبعىن أحيانا تكون)) بشيء ليس(( : الراوي يف معني ابن قول

Terjemahan: Kata-kata Imam Ibn Ma'in terhadap seseorang rawi tertentu

dengan (Laisa Bi Syaie - Tiada Nilai) terkadang memberi

Page 54: "139 Faedah Hadith"

54

maksud perawi itu hadith yang diriwayatkannya sedikit [150 Qawaid

Hadithiah lil Dr. Mahir al-Fahl, Qawaid no. 8].

Syarah Abu Ismail Fathi al-Sakandary: Disisi jumhur Ahli Hadith, istilah

Laisa Bi Syaie (Tiada Nilai) ini termasuk dalam martabat ke-4 dalam Jarh,

iaitu perawi itu Dha'if Jiddan dimana perawi itu tidak ditulis hadithnya dan

tidak dilihat padanya.

Sedangkan disisi Imam Ibn Ma'in ia boleh memberi 2 maksud iaitu:

1- Sama dengan maksud jumhur iaitu Dha'if Jiddan,

2- Terkadang ia memberi erti perawi itu hadithnya sangat sedikit,

Ini sebagaimana yang dinukilkan Imam Ibn al-Qattan al-Faasi dan Ibn Hajar

dalam Hadyi al-Sariy. Manakala disisi Imam al-Syafie pula beliau biasa

menggunakan kata-kata Laisa Bi Syaie dengan makna perawi itu Kazzab

(Pendusta).

Page 55: "139 Faedah Hadith"

55

Sekian, moga bermanfaat walau dengan manfaat yang sedikit

insyaAllah.

على خفيفتان الرحمن إلى حبيبتان كلمتان: وسلم عليه الله صلى النبي وقالاناللس انيلتي ثقف انيزان المحبس الله هدمبحان وحبس يم اللهظالع

Bersabda Nabi SAW : Dua kalimah yang disukai oleh Allah Yang Maha

Pengasih, ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, iaitu:

SubhanalLahi wa Bihamdih dan SubhanalLah hil `Azhim

Abu Ismaaeel Muhammad Fathi `Ali alAbu Ismaaeel Muhammad Fathi `Ali alAbu Ismaaeel Muhammad Fathi `Ali alAbu Ismaaeel Muhammad Fathi `Ali al----Tabib alTabib alTabib alTabib al----SakandarySakandarySakandarySakandary

20 20 20 20 Mei 201Mei 201Mei 201Mei 2012 / 2 / 2 / 2 / 28 Jamadil Akhir28 Jamadil Akhir28 Jamadil Akhir28 Jamadil Akhir 1431431431433333HHHH

Iskandariah, MesirIskandariah, MesirIskandariah, MesirIskandariah, Mesir