karangan umum

10
KARANGAN UMUM Surat Kiriman Tidak Rasmi

Upload: darena

Post on 23-Feb-2016

161 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KARANGAN UMUM. Surat Kiriman Tidak Rasmi. SOALAN. Seorang kenalan lama anda berminat untuk mengetahui cara-cara anda belajar sehingga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang lalu . Tulis cara-cara pembelajaran yang berkesan kepada kenalan anda itu . - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: KARANGAN UMUM

KARANGAN UMUM

Surat Kiriman Tidak Rasmi

Page 2: KARANGAN UMUM

SOALAN

Seorang kenalan lama anda berminat untuk mengetahui cara-cara anda belajar sehingga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang lalu. Tulis cara-cara pembelajaran yang berkesan kepada kenalan anda itu.

Page 3: KARANGAN UMUM

Pendahuluan/Pembuka kata

Menemui saudara/saudari _____ yang berada di ________, semoga sihat sejahtera di samping keluarga tercinta.

Page 4: KARANGAN UMUM

Isi Karangan

Saudara/Saudari ______,Surat saudara/saudari selamat saya terima pada

________. Saya memohon maaf kerana terlambat membalasnya. Hal ini disebabkan saya amat sibuk membuat persiapan Ujian Kecil bagi setiap subjek. Dalam surat saudara/saudari tempoh hari, saudara/saudari berminat untuk mengetahui cara-cara pembelajaran saya yang berkesan sehingga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang lalu. Janganlah risau. Saya akan memberikan saudara/saudari langkah-langkah tersebut supaya kita sama-sama berjaya dalam pelajaran kita.

Page 5: KARANGAN UMUM

Isi Karangan

• Isi 1:Menyediakan jadual waktu belajar sendiriMembantu kita menguruskan masa dengan sebaik

mungkin.Mengelakkan kita daripada membuang masa dan

mencegah kita daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Pepatah Melayu iaitu “masa itu emas”.Contoh : merujuk kepada pencapaian kita, sama ada

subjek itu lemah, sederhana atau bagus.Maka, jelaslah bahawa…..

Page 6: KARANGAN UMUM

Isi Karangan

• Isi 2: Mengulang kaji pelajaranMembantu kita untuk mengingat kembali topik

yang diajarkan oleh guru pada hari ituDapat mengenal pasti topik yang kurang atau

tidak difahami semasa guru mengajar dalam kelas

Contoh: merujuk jadual kelas untuk membuat ulang kaji setiap hari

Maka, terbuktilah bahawa……

Page 7: KARANGAN UMUM

Isi Karangan• Isi 3: Membuat latihan dan nota ringkas. Dengan membuat latih tubi, saya akan lebih yakin dan mengetahui bentuk

soalan serta kaedah menjawab soalan. Membantu saya untuk lebih menguasai sesuatu topik dan secara tidak

langsung saya akan biasa dengan jenis-jenis soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan.

Dengan membuat nota ringkas, saya lebih mudah memahami sesuatu topik - menyarankan saudara/saudari membuat nota menggunakan peta minda (mind map).

Amat sesuai dengan pepatah Inggeris iaitu “practice makes perfect” yang bermaksud “praktis asas kecemerlangan”.

Contoh : Saya membuat ulang kaji secara berterusan untuk memastikan saya tidak akan ketinggalan dalam pelajaran.

Maka, jelaslah bahawa….

Page 8: KARANGAN UMUM

Isi Karangan• Isi 4: Bertanya kepada guru atau rakan jika tidak faham Dapat membantu kita daripada ketinggalan dalam mana-mana topik

yang telah diajarkan.

Setelah membuat ulang kaji, kita akan mengetahui apakah topik yang tidak difahami semasa guru mengajar di dalam kelas.

Pepatah Arab ada menyatakan iaitu “bertangguh itu pencuri masa”.

Contoh: Meluangkan masa dengan rakan dan guru pada waktu rehat atau waktu selepas tamat sesi persekolahan pada hari itu.

Maka, jelaslah bahawa …..

Page 9: KARANGAN UMUM

Isi Karangan • Isi 5: Memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di

kelas. Apabila saya memberi perhatian ketika seseorang guru sedang mengajar

sudah tentulah sesuatu pembelajaran tersebut akan cepat diserap masuk ke dalam minda saya.

Menunjukkan minat yang mendalam - memperbetulkan posisi saya dan menceriakan wajah saya ketika guru sedang mengajar.

Pepatah Melayu ada menyatakan iaitu “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.

Contoh : Saya melibatkan diri secara aktif ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan agar dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang ceria - saya tidak akan berasa bosan dan secara tidak langsung saya akan dapat mengingati apa-apa yang disoal atau ditanya oleh guru.

Maka, jelaslah bahawa….

Page 10: KARANGAN UMUM

Penutup

Sekian sahaja untuk kali ini. Saya amat berharap agar saudara/saudari dapat memanfaatkan cara-cara saya belajar dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan datang. Sampaikan juga salam saya untuk keluarga saudara/saudari. Sekian, terima kasih.