karangan sukan

5
PENDAHULUAN Sejak peristiwa kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam semua perlawanan pada Kejohanan Piala Asia (AFC) dan tumbangnya jagoan badminton negara dalam Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. Hal ini belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras lain seperti hoki, olahraga, renang, dan sebagainya. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupun antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat sukan di negara ini. Apakah atlet-atlet kita hanya gah ketika bertanding sesama sendiri sehingga mewajarkan gelaran jaguh kampung? Ataupun atlet kita kurang bermotivasi apabila bersaing pada peringkat antarabangsa? Walau apapun pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara, agar kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara- negara lain dalam bidang sukan. Kemerosotan mutu sukan negara amat ketara dalam sukan permainan dan juga olahraga. Hal ini dapat dilihat apabila pasukan bola sepak Malaysia kecundang dalam pusingan kelayakan Olimpik baru-baru ini. Terdapat pelbagai faktor yang telah menyebabkan mutu sukan negara ini semakin merosot. FAKTOR-FAKTOR Mutu sukan negara kita memang tidak begitu konsisten baik dalam sukan bola sepak, hoki dan badminton. Situasi ini menyebabkan pelbagai pihak memberikan pendapat mereka tentang kelemahan ini. Jelaslah, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan mutu sukan negara kita terus merosot. Alasan utama yang menyebabkan mutu sukan negara kita merosot ialah para pemain kurang memiliki semangat cinta akan negara. Ketika bermain, ahli sukan negara tidak bermain dengan bersungguh-sungguh kecuali mereka ditawarkan pelbagai imbuhan sebelum ini. Maka, mutu sukan kita terus merudum kerana ketiadaan rasa patriotik dalam jiwa pemain negara. Tambahan pula, kebanyakan ahli sukan negara menganggap bidang sukan yang mereka ceburi itu sebagai kerjaya sampingan sahaja. Persepsi sebegini menyebabkan mereka tidak memberikan tumpuan penuh ketika menjalani latihan atau ingin meninggikan kualiti permainan mereka itu. Sesungguhnya, konsep sukan aktiviti sampingan menjejaskan minat seseorang untuk meninggikan mutu permainan mereka. Bukan sahaja ketiadaan semangat cinta akan negara dan menganggap sukan satu aktiviti sampingan sahaja tetapi mutu sukan negara kita merosot kerana kurangnya sekolah-sekolah sukan di negara ini. Ketiadaan sekolah-sekolah sukan menyebabkan negara ini tidak mampu mencungkil bakat- bakat baru atau mencari pelapis untuk ahli sukan veteran negara lalu menjejaskan kualiti mutu sukan pada jangka masa panjang pula. Justeru, mutu

Upload: liza83tintabahasa

Post on 31-Dec-2015

306 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

KARANGAN FORMAT SPM

TRANSCRIPT

Page 1: KARANGAN SUKAN

PENDAHULUAN

Sejak peristiwa kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam semua perlawanan pada Kejohanan

Piala Asia (AFC) dan tumbangnya jagoan badminton negara dalam Kejohanan Badminton Dunia baru-

baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. Hal ini belum lagi

mengambil kira prestasi sukan-sukan teras lain seperti hoki, olahraga, renang, dan sebagainya.

Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau

mahupun antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat sukan

di negara ini. Apakah atlet-atlet kita hanya gah ketika bertanding sesama sendiri sehingga mewajarkan

gelaran “jaguh kampung?” Ataupun atlet kita kurang bermotivasi apabila bersaing pada peringkat

antarabangsa? Walau apapun pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu

diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara, agar kita dapat “duduk sama rendah dan berdiri sama

tinggi” dengan negara-negara lain dalam bidang sukan. Kemerosotan mutu sukan negara amat ketara

dalam sukan permainan dan juga olahraga. Hal ini dapat dilihat apabila pasukan bola sepak Malaysia

kecundang dalam pusingan kelayakan Olimpik baru-baru ini. Terdapat pelbagai faktor yang telah

menyebabkan mutu sukan negara ini semakin merosot.

FAKTOR-FAKTOR

Mutu sukan negara kita memang tidak begitu konsisten baik dalam sukan bola sepak, hoki dan

badminton. Situasi ini menyebabkan pelbagai pihak memberikan pendapat mereka tentang kelemahan

ini. Jelaslah, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan mutu sukan negara kita terus merosot. Alasan

utama yang menyebabkan mutu sukan negara kita merosot ialah para pemain kurang memiliki

semangat cinta akan negara. Ketika bermain, ahli sukan negara tidak bermain dengan bersungguh-

sungguh kecuali mereka ditawarkan pelbagai imbuhan sebelum ini. Maka, mutu sukan kita terus

merudum kerana ketiadaan rasa patriotik dalam jiwa pemain negara. 

Tambahan pula, kebanyakan ahli sukan negara menganggap bidang sukan yang mereka ceburi itu

sebagai kerjaya sampingan sahaja. Persepsi sebegini menyebabkan mereka tidak memberikan tumpuan

penuh ketika menjalani latihan atau ingin meninggikan kualiti permainan mereka itu. Sesungguhnya,

konsep sukan aktiviti sampingan menjejaskan minat seseorang untuk meninggikan mutu permainan

mereka. Bukan sahaja ketiadaan semangat cinta akan negara dan menganggap sukan satu aktiviti

sampingan sahaja tetapi mutu sukan negara kita merosot kerana kurangnya sekolah-sekolah sukan di

negara ini. Ketiadaan sekolah-sekolah sukan menyebabkan negara ini tidak mampu mencungkil bakat-

bakat baru atau mencari pelapis untuk ahli sukan veteran negara lalu menjejaskan kualiti mutu sukan

pada jangka masa panjang pula. Justeru, mutu sukan kita merosot kerana negara ini tidak memiliki

sekolah-sekolah sukan yang baik.

Page 2: KARANGAN SUKAN

Malah, negara ini juga kekurangan kemudahan sukan berbanding dengan negara-negara yang maju

industri sukannya. Kita tidak membina banyak kawasan sukan seperti gelanggan tenis, badminton, bola

keranjang, dan stadium bola sepak yang boleh digunakan untuk menganjurkan kejohanan bertaraf dunia

juga. Sesungguhnya, kekurangan kemudahan sukan menyebabkan rakyat negara ini tidak berpeluang

untuk bermain permainan tertentu pula.Untuk rekod, Malaysia pernah mengecapi kejayaan yang

membanggakan pada era keemasan 1960-an dan 70-an dan ramai daripada jaguh yang pernah

mengharumkan nama negara suatu ketika dulu kini masih memegang jawatan penting dalam

pentadbiran sukan di Malaysia.

Dalam bidang olahraga, peserta Olimpik sebanyak tiga kali, Datuk Dr Mani Jegathesan (Rome 1960,

Tokyo 1964 dan Mexico 1968), yang juga dikenali sebagai "Flying Doctor", dan atlet lompat pagar

Istiaq Mubarak (Mexico 1968, Munich 1972, Montreal 1976), terus menjadi penanda aras bagi

kebanyakan atlet muda yang bercita-cita mahu mencatat kehebatan dalam acara trek dan padang.Dua

jaguh tersebut masing-masing telah mengambil bahagian dalam tiga sukan Olimpik berturut-turut,

manakala kehebatan Dr Jega diingati hingga hari ini kerana kejayaannya melayakkan diri ke peringkat

separuh akhir acara 200m (di Tokyo dan Mexico). Beliau juga masih memegang rekod kebangsaan bagi

acara itu (20.92 saat yang dicatatnya di Mexico

pada 1968).

Dalam acara bola sepak, Malaysia pernah digeruni di rantau Asia dengan kehadiran Arthur Koh, Soh

Chin Aun, Mokhtar Dahari, Ghani Minhat, V. Arumugam dan M.Chandran.Bagaimanapun hari ini, kita

bukan saja tidak diendahkan oleh Myanmar, Vietnam atau Laos, malah gagal memenangi pingat emas

pada Sukan SEA sejak 1989 apabila Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kejohanan.

Pasukan hoki Malaysia yang pernah menduduki tangga keempat pada kejohanan Piala Dunia 1975,

dengan barisan nama-nama hebat seperti Sri Shanmuganathan, Ho Koh Chye dan M. Mahendran, kini

hampir luput daripada sebutan peminat sukan itu. Kita gagal melayakkan diri bagi menyertai kejohanan

Piala Dunia tahun ini setelah menduduki tangga kesembilan dalam pusingan kelayakan di Guangzhou,

China dan yang menyedihkan ialah Malaysia menduduki tempat tercorot daripada lapan pasukan yang

menyertai kejohanan bagi merebut Trofi Sultan Azlan Shah baru-baru ini. Mungkin tidak keterlaluan

jika dikatakan bahawa berbilion-bilion ringgit yang dibelanjakan bagi memajukan bidang sukan selama

ini hanya merupakan pembaziran semata-mata. Satu-satunya peningkatan yang dapat dilihat ialah

jumlah pegawai yang dibayar gaji kerana terlibat dalam bidang sukan.

Ketika pencapaian negara dalam bidang sukan semakin merosot, rakyat Malaysia menyaksikan

kemunculan infrastruktur dan kemudahan sukan bertaraf dunia di merata-rata tempat serta pengaliran

dana yang tidak putus-putus dalam sektor itu selain penubuhan jawatankuasa Kabinet berkaitan sukan

yang membuktikan kesunguhan kerajaan dalam memajukan bidang berkenaan. Di samping itu, lapan

sukan teras dikenal pasti - hoki, bola sepak, olahraga, skuasy, gimnastik, akuatik, badminton dan boling

Page 3: KARANGAN SUKAN

yang menerima peruntukan berjumlah RM193 juta daripada kerajaan bagi meningkatkan pencapaian

pesertanya.

Dalam keghairahan melaksanakan usaha itu, beberapa masalah lama mungkin terlepas pandang,

antaranya kekurangan padang permainan atau kemudahan untuk orang ramai bersukan, ketiadaan

program pembangunan di peringkat akar umbi, set minda yang tidak betul, tiada kekuatan mental dan

sebagainya. Sebagai contoh, satu dekad lepas, terdapat kira-kira 10 padang permainan di sekitar

Bangsar yang menjadi tempat bagi anak muda dan orang lama bermain bola sepak dan permainan lain.

Padang Timur di Petaling Jaya pula pernah menjadi tumpuan bagi pelbagai jenis sukan termasuk bola

sepak, bola jaring, tenis dan olahraga. Tetapi, hari ini, ia sepi daripada kegiatan sukan kerana dikawal

ketat oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Padang Pejabat Pos di Jalan Imbi sudah tiada, begitu juga

padang Kelab Rekreasi China Selangor yang dulunya terletak bersebelahan terminal bas Puduraya. Dua

padang di bekas tapak Kelab KTM di Brickfields juga telah dikorek untuk memberi laluan kepada

projek pembangunan. Ketiadaan pertandingan sukan di peringkat daerah dan antara daerah bagi sekolah

dan orang ramai seperti yang wujud suatu ketika dulu bagi mencungkil bakat baru dalam bidang sukan,

turut menyumbang kepada kemerosotan pencapaian negara dalam bidang berkenaan hari ini.

Sepatutnya, perkara yang disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

semasa menghadiri majlis penyampaian Anugerah Olahragawan dan Olaharagawati Malaysia anjuran

Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) pada 26 Jun lepas perlu dijadikan ingatan oleh semua pihak

di negara ini. Kata beliau: "Bagi membolehkan sukan di Malaysia kembali maju, perubahan set minda

perlu dilakukan." Beliau berkata tanggungjawab melahirkan ahli sukan yang berkualiti tidak terletak di

bahu persatuan, Majlis Olimpik Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan atau Majlis Sukan Kebangsaan

sahaja."Kanak-kanak mesti digalakkan menyertai bidang sukan oleh ibu bapa atau guru mereka sejak

kecil lagi," katanya.Najib yang mengetuai jawatankuasa Kabinet mengenai Sukan turut membuat

perbandingan tentang pencapaian Malaysia dan Ghana, yang turut mengecapi kemerdekaan pada 1957.

"Kita jauh lebih maju daripada Ghana dalam setiap aspek pembangunan, kecuali sukan, kerana Ghana

telah melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia," kata Najib. Untuk berlaku adil kepada Persatuan

Bolasepak Malaysia (FAM), punca kemerosotan pencapaian negara dalam sukan itu tidak sepatutnya

diletakkan pada bahunya semata-mata kerana jentera yang diberi tanggungjawab bagi melahirkan

pemain berkaliber telah berhenti daripada beroperasi.

Ketiadaan proses untuk mengenal pasti pemain berkebolehan melalui pertandingan di peringkat daerah

dan negeri serta penutupan beberapa akademi bola sepak yang diusahakan oleh negeri, banyak

menyumbang kepada kekurangan pemain handalan yang dapat mewakili negeri masing-masing atau

mengambil alih tempat yang dikosongkan oleh pemain kebangsaan pada masa akan datang. Kesatuan

Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pernah mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran

Page 4: KARANGAN SUKAN

supaya menubuhkan bank tanah bagi membina sekolah baru yang lengkap dengan padang permainan

memandangkan ada sekolah yang tidak lagi mempunyai padang. Bekas setiausaha agung NUTP Datuk

N. Siva Subramaniam berkata padang permainan di sekolah, terutama di bandar raya, semakin lenyap

akibat pembangunan, yang sekaligus menyebabkan kanak-kanak tidak dapat melakukan aktiviti

kokurikulum di luar bilik darjah. Beliau berkata banyak aduan diterima daripada ibu bapa dan guru

bahawa anak mereka tidak dapat menyertai aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah termasuk menyertai

acara sukan sepanjang tahun. Menurutnya Kementerian Pelajaran wajar membeli tanah semasa pasaran

hartanah murah dan menyimpannya untuk pembangunan sekolah pada masa akan datang. Beliau

berkata sekolah tidak wajar "menguburkan" aktiviti sukan dan kesatuan itu memandang serius

mengenai kurangnya sokongan guru besar dan pengetua sekolah dalam menggalakkan para pelajar

menyertai aktiviti sukan sepanjang tahun. "Ada sekolah yang menumpukan aktiviti kokurikulum hanya

untuk tempoh tiga bulan pertama persekolahan bagi memberi tumpuan pada persediaan pelajar untuk

menghadapi peperiksaan manakala ada guru besar dan pengetua yang "membunuh" aktiviti sukan

dengan menggantikan waktu mata pelajar pendidikan jasmani dengan mata pelajaran lain.

PENUTUP

Konklusinya, semua faktor yang dinyatakan tadi telah menyebabkan kualiti sukan negara ini terus tidak

konsisten. Semua pihak terutama kerajaan perlulah memberikan kerjasama yang jitu untuk mengatasi

kelemahan dalam program sukan negara itu. Sesungguhnya kemerosotan mutu sukan negara tidak

seharusnya dibiarkan terus berlanjutan kerana sedikit banyak berkaitan dengan maruah kita pada

peringkat antarabangsa. Sejajar dengan usia kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima

puluh tahun, seharusnya ia telah mematangkan pencapaian kita dalam bidang sukan. Mungkin tiada

salahnya untuk kita belajar dengan negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun Kenya yang

telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu

melahirkan atlet olahraga bertaraf dunia. Hanya dengan kerjasama erat semua pihak, misi untuk melihat

kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 akan

menjadi kenyataan bak kata peribahasa “pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di tangan”,

terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat Malaysia. “Majulah sukan untuk

negara!”