karangan pmr 2012(combined)

23
KARANGAN PMR 2012....CIRI-CIRI SEKOLAH SELAMAT? Berita tentang keselamatan sekolah telah menjadi bahan perbualan masyarakat. Huraikan ciri-ciri sekolah selamat. Sekolah yang selamat bermaksud tidak berlakunya kejadian yang boleh menjejaskan keselamatan pelajar dan guru di situ. Antara kejadian yang pernah berlaku di kawasan sekolah ialah kejadian pergaduhan, kecurian, dan perkosaan. Oleh itu, wujud pelbagai ciri yang menjadikan sesebuah sekolah itu selamat pada mata masyarakat umum. Ciri yang paling mudah ialah pihak sekolah menempatkan pengawal keselamatan di pintu masuk sekolah itu. Pengawal ini juga boleh meronda kawasan sekolah mengikut masa tertentu sebagai usaha memastikan keselamatan sekolah terjaga. Jadi, tindakan menggaji pengawal keselamatan menjadi langkah mudah untuk memastikan sekolah selamat. Selain itu, setiap bilik di sekolah itu perlulah dilengkapi dengan alat pemadam api yang mudah untuk diperoleh. Maknanya, pelajar bukan sahaja diberi latihan menggunakannya tetapi hendaklah diletakkan di tempat yang paling strategik untuk keberkesanan penggunaannya kelak. Jelaslah, alat pemadam api boleh

Upload: kate-isabelle

Post on 11-Aug-2015

224 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

this is not my original essay....i just take from everywhere and combined it together.....

TRANSCRIPT

Page 1: KARANGAN PMR 2012(combined)

KARANGAN PMR 2012....CIRI-CIRI SEKOLAH SELAMAT?

Berita tentang keselamatan sekolah telah menjadi bahan perbualan masyarakat.Huraikan ciri-ciri sekolah selamat.

Sekolah yang selamat bermaksud tidak berlakunya kejadian yang boleh menjejaskan keselamatan pelajar dan guru di situ. Antara kejadian yang pernah berlaku di kawasan sekolah ialah kejadian pergaduhan, kecurian, dan perkosaan. Oleh itu, wujud pelbagai ciri yang menjadikan sesebuah sekolah itu selamat pada mata masyarakat umum.

Ciri yang paling mudah ialah pihak sekolah menempatkan pengawal keselamatan di pintu masuk sekolah itu. Pengawal ini juga boleh meronda kawasan sekolah mengikut masa tertentu sebagai usaha memastikan keselamatan sekolah terjaga. Jadi, tindakan menggaji pengawal keselamatan menjadi langkah mudah untuk memastikan sekolah selamat.

Selain itu, setiap bilik di sekolah itu perlulah dilengkapi dengan alat pemadam api yang mudah untuk diperoleh. Maknanya, pelajar bukan sahaja diberi latihan menggunakannya tetapi hendaklah diletakkan di tempat yang paling strategik untuk keberkesanan penggunaannya kelak. Jelaslah, alat pemadam api boleh memastikan kebakaran yang berlaku dikawal sebelum ketibaan pihak bomba.

Tambahan pula, sebuah sekolah yang selamat turut memiliki pelan arah keselamatan apabila berlakunya sebarang kejadian seperti kebakaran, banjir, dan sebagainya. Pelan ini memudahkan pelajar mengetahui tindakan yang harus diambil oleh mereka dan arah yang dituju ketika perkara kecemasan berlaku. Sebenarnya, kewujudan pelan sebegini memastikan

Page 2: KARANGAN PMR 2012(combined)

pelajar dapat menyelamatkan diri dalam keadaan tenang dan teratur apabila berlaku sesuatu perkara buruk.

Kewujudan pengawal lalu lintas terutama di kawasan sekolah yang berhampiran jalan utama lalu lintas turut penting dalam menjamin keselamatan penghuni sekolah. Pengawal ini akan memastikan pelajar melintas jalan dengan selamat dan memerhatikan persekitaran ketika pelajar sedang menunggu kedatangan ibu bapa mereka itu. Sesungguhnya, pengawal lalu lintas menjadikan pelajar lebih selamat ketika keluar dari kawasan sekolah.

Kesimpulannya, setiap sekolah hendaklah memberi penekanan terhadap aspek keselamatan pelajar mereka. Jika pihak sekolah masih berdolak-dalih dalam hal ini sudah pasti sesuatu tragedi hanya menanti masa sahaja untuk berlaku. Mungkin sudah sampai masanya pihak sekolah melihat keselamatan pelajar melebihi segala-galanya sebelum nasi menjadi bubur.

Faktor kejayaan pelajar dalam kokurikulum dan akademik

Kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum melayakkan seseorang murid itu dinobatkan sebagai murid cemerlang.

Bincangkan faktor-faktor kejayaan murid cemerlang.

Kejayaan pelajar sering dikaitkan dengan kemampuan diri seseorang itu memperoleh sesuatu yang membanggakan diri dan keluarga dalam pelajaran serta kokurikulum. Antaranya kejayaan pelajar memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan mewakili sekolah atau negara dalam acara

Page 3: KARANGAN PMR 2012(combined)

sukan. Jadi, apakah yang membawa seseorang pelajar itu berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum itu.

Sudah pasti sebab utama melibatkan galakan ibu bapa pelajar itu sendiri. Golongan tua ini perlulah memberikan galakan kepada anak dengan menyediakan ruang untuk belajar dan membeli keperluan kokurikulum anak seperti pakaian seni pertahanan diri itu. Jelaslah, pelajar akan lebih berusaha dalam akademik dan kokurikulum jika mereka melihat kesungguhan ibu bapa dalam memberikan sokongan itu.

Selain itu, kejayaan pelajar juga banyak bergantung pada kemampuan diri sendiri. Maknanya, pelajar hanya menyedari betapa pentingnya kejayaan dalam akademik dan kokurikulum akan berusaha untuk mencapainya walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Ringkasnya, pelajar yang berjaya itu mempunyai naluri ini melakukan sesuatu dengan sebaik mungkin tanpa mengira masalah yang bakal berlaku.

Malah, pengaruh rakan sebaya juga amat penting dalam membawa kejayaan kehidupan pelajar itu. Rakan yang baik bukan sahaja memberikan galakan tetapi juga satu persaingan positif yang membawa pelajar memberikan usaha terbaik mereka dalam akademik dan kokurikulum. Jelaslah, rakan yang tepat akan memberikan satu kelebihan kepada pelajar untuk berjaya dalam kehidupannya.

Tambahan pula, kejayaan pelajar turut ditentukan oleh pihak sekolah. Sudah banyak pihak sekolah yang menganjurkan pelbagai kelas tambahan dan bengkel motivasi serta latihan kokurikulum tertentu kepada pelajarnya. Sesungguhnya, usaha murni lagi gigih daripada pihak pengurusan sekolah itu sendiri membawa kejayaan dalam diri pelajar mereka.

Kesimpulannya, semua faktor tadi membuktikan bahawa kejayaan pelajar dalam aspek akademik dan kokurikulum boleh diperoleh dengan baiknya. Pelajar harus menyedari semua

Page 4: KARANGAN PMR 2012(combined)

penyebab ini lalu berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupan itu. Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyungnya manakan dapat sagunya yang membuktikan kejayaan memerlukan usaha gigih yang tinggi sahaja.

Langkah atasi pencemaran sungai negara

Kebersihan sungai adalah tanggungjawab kita bersama. Namun, masyarakat kini masih tidak mengambil peduli tentang pencemaran sungai yang semakin serius.

Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang patut diambil bagi mengatasi pencemaran sungai.

Sungai merupakan kejadian alam sekitar yang semakin terpinggir dalam kehidupan manusia moden ini. Pihak media massa sering menjadikan pencemaran sungai sebagai satu bahan utama berita mereka kerana berita ini mudah menjadi sensasi. Maka, ada pelbagai tindakan yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk menyelamatkan sungai ini.

Langkah awal yang boleh diambil ialah masyarakat tidak lagi membuang sampah ke dalam sungai tanpa rasa bersalah. Kebanyakan sungai di negara ini tercemar kerana terlalu banyak sampah yang dibuang ke dalamnnya dengan anggapan sungai boleh membersihkan diri sendiri. Oleh itu, isu ini akan dapat diatasi jika orang ramai tidak lagi membuang sampah sesuak hati.

Page 5: KARANGAN PMR 2012(combined)

Malah, pihak kerajaan boleh menggubal satu peruntukan perundangan baru yang mampu menghukum individu yang mencemarkan sungai dengan hukuman yang berat. Masyarakat akan berasa gerun untuk melakukan sesuatu yang boleh mencemarkan sungai apabila mengetahui betapa beratnya hukuman yang bakal menanti mereka. Jelaslah, hukuman yang berat akan menghalang masyarakat daripada terus mencemarkan sungai kita itu.

Malahan, kempen kesedaran boleh dilancarkan oleh pihak berkuasa menerusi penggunaan media massa. Dalam kempen ini diterangkan sebab-sebab sungai tercemar dan kesan tindakan itu supaya masyarakat memahami kepentingan sungai dalam kehidupan harian manusia. Sesungguhnya, sungai tidak akan tercemar lagi setelah manusia menyedari keperluan sungai yang jernih dalam kehidupan manusia.

Selain itu, usaha mengindahkan kawasan sungai hendak ditingkatkan oleh kerajaan. Kawasan tebing sungai perlulah dikukuhkan dengan konkrit dan kedalaman sungai dikawal dengan melakukan aktiviti mengorek mengikut jadual supaya aliran sungai tidak terganggu. Jelaslah, sungai harus diselenggarakan dengan baik supaya tidak mudah tercemar dengan kotoran dan hakisan tanah tebingnya.

Kesimpulannya, huraian tadi telah membuktikan bahawa banyak kaedah yang boleh diambil untuk menangani pencemaran sungai kita. Semua pihak hendaklah bersedia untuk bertindak tegas kepada individu yang mencemarkan sungai itu. Slogan, cintailah sungai kita harus tersemat dalam jiwa masyarakat agar isu ini boleh diselesaikan dengan baiknya.

Page 6: KARANGAN PMR 2012(combined)

Peranan Ibu bapa Menyemai Amalan Membaca Anak?

Menyemaikan tabiat suka membaca dalam kalangan anak-anak.Huraikan pernyataan di atas.

Ibu bapa mempunyai peranan utama dalam menyemai sikap suka membaca dalam jiwa anak-anak. Mereka merupakan individu yang penting dalam kehidupan anak-anak itu. Jadi, ibu bapa boleh melakukan pelbagai tindakan yang positif untuk memastikan minat membaca dalam diri anak-anak mereka wujud.

Pertama, ibu bapa boleh menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Maknanya, ibu bapa sendiri hendaklah mempunyai minat membaca terutama ketika berada di rumah pula. Tindakan ibu bapa membaca di rumah boleh menjadi ikutan bagi anak-anak kerana mereka melihat ibu bapa sebagai orang yang penting dalam hidup.

Malah, ibu bapa boleh menasihati anak-anak mereka tentang kepentingan membaca itu dalam kehidupan manusia. Membaca boleh dijelaskan sebagai satu tindakan yang memudahkan seseorang itu untuk memperoleh ilmu. Ibu bapa juga boleh menerangkan bahawa kebanyakan orang yang berjaya ialah orang yang rajin membaca.

Ibu bapa juga boleh menanam sikap suka membaca dengan membelikan anak-anak mereka pelbagai bahan bacaan. Ketika

Page 7: KARANGAN PMR 2012(combined)

sambutan hari lahir anak, hadiah bahan bacaan boleh menjadi hadiah pilihan ibu bapa juga. Bahan bacaan yang dipilih itu mestilah bersesuaian dengan tahap umur anak agar mereka tidak terlalu bosan pula.

Konklusinya, amalan membaca amat penting dipupuk dalam jiwa anak-anak di Malaysia. Dalam usaha pemupukan ini ibu bapa memainkan peranan awal yang penting juga. Kejayaan ibu bapa mendidik anak agar meminati amalan membaca akan membawa kemunculan satu generasi yang suka membaca di Malaysia pada masa hadapan.

Sebab remaja terpengaruh budaya negatif?

Remaja pada masa sekarang mudah terpengaruh dengan budaya negatif.Huraikan sebab-sebab berlakunya perkara tersebut.

Remaja merujuk golongan yang berumur belasan tahun dan belum bekerja atau masih bersekolah. Antara budaya negatif yang sering menghantui remaja kita meliputi penagihan dadah, jenayah, dan menyertai kumpulan samseng. Sebenarnya, ada pelbagai faktor yang membawa remaja kita mudah terpengaruh dalam aktiviti sedemikian itu.

Faktor kurangnya pegangan agama menjadi teras

Page 8: KARANGAN PMR 2012(combined)

menularnya masalah ini terutama dalam kalangan remaja di kawasan bandar. Ketiadaan kefahaman agama yang kukuh telah membawa remaja kita begitu mudah untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak baik itu. Maka, tanpa pegangan agama kehidupan remaja kita menjadi begitu mudah untuk terjebak dalam aktiviti budaya songsang ini.

Selain itu, remaja kita melihat budaya luar terutama dari Barat itu sebagai sesuatu yang moden dan mengikut peredaran zaman. Mereka begitu taksub untuk meniru budaya kuning itu kerana menyedari itulah norma yang harus dicontohi oleh mereka tanpa sebarang cubaan untuk menilainya sebagai objektif pula. Jadi, persepsi mengenai budaya luar itu sebagai budaya yang mulia telah menjerumuskan remaja kita ke lembah yang hina itu.

Malah, ibu bapa zaman globalisasi ini begitu sibuk dengan urusan pejabat lalu melupakan tugas mendidik anak itu. Ketiadaan perhatian dan didikan ibu bapa telah memudahkan anak remaja kita untuk terpesong daripada budaya tempatan yang penuh kesopanan tersebut. Jelaslah, ibu bapa yang terlalu mementingkan kerjaya sendirilah yang menghancurkan masa depan remaja itu.

Namun, kita juga tidak boleh menolak penularan gejala sosial dalam kalangan remaja kita disebabkan oleh rakan sebaya. Remaja lebih banyak menghabiskan masa dengan rakan sebaya berbanding masa bersama-sama ibu bapa dan pihak sekolah. Lantaran itu, remaja lebih mempercayai kata-kata dan penerangan rakan sebaya yang sengaja membawa remaja itu ke arah kemudaratan semata-mata.

Kesimpulannya, semua faktor yang dihuraikan tadi memang telah membawa remaja kita terlibat dalam pelbagai aktiviti

Page 9: KARANGAN PMR 2012(combined)

yang bercorak negatif itu. Semua pihak terutama ibu bapa hendaklah menyedari kemelut ini lalu segera mengambil langkah mencegahnya. Bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, yang membuktikan betapa pentingnya golongan remaja ini kepada masyarakat dan negara kita.

LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK

Dewasa ini, golongan remaja dikatakan kurang mempunyai semangat patriotik.(IU) Maka, prakarsa yang pragmatik perlu diambil demi memastikan api semangat patriotik dalam kalangan remaja tidak terpadam dan lenyap begitu sahaja sebelum nasi menjadi bubur.(KS)

Antara langkah dominan bagi menyuburkan semangat patriotik adalah dengan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dianjurkan oleh kerajaan.(AI) Program yang telah dilaksanakan sejak dua tahun lalu ini sememangnya mempunyai pelbagai maslahat yang amat berguna. Hal ini demikian kerana tentatif program tersebut dipenuhi dengan aktiviti memupuk semangat patriotik seperti latihan kawat kaki, kursus menembak, dan aktiviti berkumpulan.(H/C) Melalui aktiviti – aktiviti ini, pelatih-pelatih yang terdiri daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, bekerjasama, dan hormat menghormati. Hal ini dapat memupuk perpaduan yang merupakan elemen penting dalam semangat patriotik, bak kata pepatah,

Page 10: KARANGAN PMR 2012(combined)

’bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’.(H/F)

Di samping itu, tokoh-tokoh yang berjasa dan telah banyak menabur bakti kepada negara sewajarnya dikenali dan dihargai.(AI) Tokoh-tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tok Janggut, Mat Kilau, dan Abdul Rahman Limbong dapat menjadi inspirasi dan idola para remaja.(H/C) Semangat tokoh-tokoh tersebut berjuang bermati-matian demi mempertahankan tanah tumpah darah mereka perlulah mengalir dalam darah para remaja dan ’tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas’ agar tidak menjadi lipatan sejarah semata-mata.(H) Para remaja perlulah mengimplementasikan semangat patriotik ke arah yang positif seperti belajar bersungguh-sungguh, bekerja keras memajukan negara, dan memartabatkan nama negara sehingga Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain.(H)

Sebagai kesimpulannya, semangat patriotik amat penting demi kelangsungan negara kita pada masa hadapan.(KI) Tanpanya negara hanya gah pada pandangan zahir tetapi pada hakikatnya kosong dan rapuh. Para remaja digalakkan menyertai PLKN dan membaca kehidupan tokoh-tokoh pejuang bangsa bagi menyuburkan kecintaan kepada negara.(RI) Pendek kata, ”Negara Kita Tanggungjawab Kita” tema hari kemerdekaan akan direalisasikan oleh warga yang patriotik. Ayuh para remaja, hidup suburkanlah semangat patriotik ke dalam diri kita semua !(H)(69 patah kata)

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI GEJALA VANDALISME

Page 11: KARANGAN PMR 2012(combined)

Saban hari, kita sering mendengar isu remaja yang tidak pernah habis diperkatakan. Tidak kurang juga berita-berita mengenai salah laku oleh remaja yang tidak pernah lekang di dada-dada akhbar tempatan hampir pada setiap hari. Remaja sebenarnya bolehlah dianalogikan sebagai batu permata yang bakal mencorakkan masa depan negara. Namun, mereka tidak sedar akan hakikat tersebut. Mereka sering melakukan kesalahan yang melibatkan kemusnahan harta benda awam yang boleh diringkaskan dengan perkataan ‘vandalisme’. Menyedari tentang hal ini, tiadakah usaha-usaha dari pihak tertentu untuk menangani masalah ini? (82 patah perkataan)

Dalam konteks ini, ibu bapalah yang perlu memainkan peranan penting. Didikan agama dan nilai moral yang sempurna haruslah ditanam dalam jiwa anak-anak mereka. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka supaya menghargai harta benda awam yang terdapat baik di kawasan tempat tinggal mereka mahupun di tempat lain. Selain itu, mereka harus memantau aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan oleh anak-anak mereka dan mengetahui latar belakang rakan-rakan bagi anak-anak mereka. Sekiranya mereka mendapati anak-anak mereka terlibat dalam gejala vandalisme ini, tindakan sewajarnya harus dilakukan. Hal ini termasuklah dengan memberi amaran tegas kepada anak-anak mereka. Tindakan ini memang sesuai dengan kata orang-orang tua,“Sayangkan anak, tangan-tangankan”. (100 patah perkataan)

Di samping itu, masyarakat tidak harus berpeluk tubuh apabila gejala vandalisme ‘menjalar’ dengan berleluasa di kawasan perumahan mereka. Perbuatan seperti menconteng dinding bangunan, merosakkan telefon awam, buaian di taman permainan dan tong sampah awam wajar diambil perhatian. Masyarakat di sesebuah kawasan itu

Page 12: KARANGAN PMR 2012(combined)

perlu mengadakan mesyuarat dengan para ibu bapa tentang gejala itu dan mengenakan tindakan seperti denda berupa bayaran kepada ibu bapa yang didapati anaknya terlibat dalam salah laku ini. Kesannya, ibu bapa akan menjadi lebih peka terhadap tindak-tanduk anak-anak mereka. (81 patah perkataan)

Selain itu, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen untuk memerangi gejala vandalisme. Pihak kerajaan boleh menyebarkan idea tersebut melalui stesen televisyen dan radio tempatan untuk menangani gejala yang semakin ‘membarahi’ negara ini. Kerajaan juga perlu mengenakan bayaran kompaun yang setimpal kepada sesiapa yang didapati melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan kerosakan harta benda awam. Individu yang didapati bersalah melakukan perbuatan laku musnah ini perlulah melakukan kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat seperti menyapu sampah dan membersihkan tandas awam dan taman-taman permainan.

Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah keringat untuk bersama-sama memerangi gejala vandalisme ini. Walaupun isu ini dilihat tidaklah terlalu teruk, tetapi ingatlah bahawa ia dapat memberi impak yang besar kepada negara. Sekiranya semua kemuahan awam kita tidak boleh digunakan atau diconteng, maka di manakah kita hendak meletakkan air muka kita. Imej negara yang bersih hanya akan tinggal kenangan sahaja. Ayuhlah kita bertindak segera untuk ‘memerangi’ gejala ini dan ingatlah , ‘jangan sudah terhantuk barulah nak terngadah’.(78 patah perkataan)

Dewasa ini, semakin hari, hubungan baik antara ahli keluarga semakin terhakis ditelan arus pemodenan negara. Keluarga bahagia menjadi impian

Page 13: KARANGAN PMR 2012(combined)

segenap masyarakat dan ini dapat dibentuk melalui perasaan kasih sayang dan hormat-menghormati sesama ahli keluarga. Ibu bapa mempunyai peranan besar dalam membentuk keluarga bahagia.

Pertamanya, ibu bapa sewajarnya mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak. Sebuah keluarga yang diselubungi oleh perasaan sayang akan lebih bahagia dan seterusnya melatih sikap penyayang dalam diri mereka sendiri bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’. Misalannya, sokongan moral dan dorongan amat penting terutamanaya ketika ahli keluarga melalui saat- kekecewaan atau kegagalan. Siapalah yang akan memahami sikap dan kekecewaan anak-anak jika bukan ibu bapa sendiri. Tegasnya, ibu bapa harus sedia melapangkan waktu untuk mencurahkan kasih sayang kepada anak.

Selain itu, seseorang anak yang telah diterapkan dengan didikan agama pastinya lebih patuh dan akan menjadi seorang individu yang mulia. Oleh itu, ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka mendalami ilmu agama dan mendekatkan diri kepada Tuhan. Sembahyang tepat pada waktu, didikan baik-buruk sesuatu tindakan, amalan berzikir dan mematuhi perintah Tuhan dapat melembutkan hati dan seterusnya menjadikan suasana kelurga itu lebih aman dan harmoni. Jelaslah, didikan agama yang secukupnya amat penting dalam melahirkan individu penyayang.

Di samping itu, peribahasa ‘bagaimana acuan begitulah kuihnya’ menarangkan anak-anak akan mencontohi dan melakukan apa yang dipelajari daripada ibu bapa. Lantaran itu, ibu bapa juga haruslah menunjukkan nilai-nilai yang baik kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian menunjukkan anak-anak mencerminkan perwatakan orang tua mereka. Banyak nilai baik yang boleh ditunjukkan kepada anak-anak. Contohnya, semangat  hormat menghormati dan kepentingan amalan bertolak ansur dan bantu-membantu.

Konklusinya, ibu bapa berperanan besar dalam mewujugkan keluarga bahagia. Oleh itu, ibu bapa harus memainkan peranan mereka iaitu memberikan kasih saying, didikan agama yang secukupnya, menunjukkan nilai yang baik dan sebagainya kepada anak-anak untuk melahirkan individu yang penyayang yang akan mewujudkan masyarakat yang sejahtera.

Ibu     bapa berperanan menentukan kejayaan anak-anak dalam peperiksaan. Bincangkan     usaha-usaha ibu bapa untuk membantu anak-anak membuat persiapan menghadapi           peperiksaan .

Cadangan isi :

Page 14: KARANGAN PMR 2012(combined)

       membelikan buku-buku rujukan       menyediakan jadual ulang kaji       menyediakan kelengkapan alat tulis       menyediakan makanan yang berkhasiat       memberi kata-kata perangsang/ motivasi kepada anak-anak.

CONTOH JAWAPAN

Ibu bapa merupakan orang yang paling berpengaruh dalam kehidupan anak-anak. Segala peranan yang dimainkan oleh ibu bapa memberikan impak yang besar terhadap masa depan anak-anak. Kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan utama seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM amat dinanti nantikan oleh ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa harus memainkan peranan penting dalam membantu anak-anak membuat persediaan dalam peperiksaan.

Anak-anak perlu membuat persediaan awal bak kata pepatah ‘Sediakan payung sebelum hujan’.Ibu bapa pula dapat membantu dengan menyediakan segala prasarana seperti bahan bacaan untuk rujukan, alat tulis dan menyediakan kawasan persekitaran yang kondusif untuk mereka mengulang kaji. Suasana yang harmoni di rumah juga penting agar anak-anak dapat belajar dalam suasana yang tenang.

Selain itu, anak-anak mesti bijak membahagikan masa terutamanya apabila menghadapi peperiksaan utama dalam kehidupan mereka. Penyediaan jadual ulangkaji yang sempurna amat penting kerana ‘masa itu emas’. Ibu bapa dapat membantu anak-anak menyediakan jadual waktu ini menggunakan beberapa konsep seperti SWOT. Tambahan pula, mereka boleh memantau segala aktiviti anak-anak agar tidak menganggu proses persiapan anak-anak mereka mennghadapi peperiksaan.

Pemakanan makanan seimbang seperti sayur-sayuran, susu, kekacang dan buah-buahan serta pengambilan vitamin untuk kesihatan diri dan kecergasan juga penting kerana otak yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas dan sihat. Pengambilan makanan yang berkhasiat dapat mempersiapkan diri anak-anak dari segi mental dan emosi. Sokongan sebegini oleh ibu bapa sekali gus akan membantu mengeratkan hubungan kasih sayang dalam diri anak-anak terhadap ibu bapa.

Di samping itu, ibu bapa harus memastikan emosi anak-anak tidak terganggu. Mereka harus berperanan sebagai tempat anak-anak berkongsi

Page 15: KARANGAN PMR 2012(combined)

masalah dan perasaan. Anak-anak juga harus dilatih memperbanyak doa dan sembahyang dalam tempoh masa terdekat sebelum peperiksaan. Semangat dan dorongan oleh ibu bapa dapat menenangkan dan melahirkan keyakinan dalam diri anak-anak.

Tuntasnya, orang yang terdekat dengan anak-anak ialah ibu bapa, peranan ibu bapa sewaktu anak-anak menghadapi peperiksaan amat penting dan akan memberi sumbangan yang besar dalam keputusan peperiksaan anak-anak. Sehubungan itu, ibu bapa harus meluangkan masa dan tenaga dalam menyediakan cahaya mata mereka menghadapi peperiksaan.

Esei: Peranan ibu bapa dalam membantu anak-anak menghadapi peperiksaan…?

PENDAHULUAN:-

Ibu bapa merupakan orang yang paling berpengaruh dalam kehidupan anak-

anak.

Segala peranan yang dimainkan oleh ibu bapa memberikan impak yang

besar terhadap masa depan anak-anak.

Ibu bapa yang semestinya mahu melihat kejayaan anak-anak suatu masa

nanti sewajarnya memainkan peranan penting membantu mereka

menghadapi peperiksaan besar seperti peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM

dan lain-lain.

ISI-ISI: ( Peranan ibu bapa )

A. Sebelum Peperiksaan

Menyediakan segala prasarana seperti bahan bacaan untuk rujukan, alat

tulis, komputer dll.

Mempersiapkan diri anak-anak dari segi mental – tuisyen, bimbingan di

rumah, mengambil berat tentang pelajaran.

Sering berhubung dengan guru dan pihak sekolah untuk mengetahui

perkembangan anak-anak.

Memantau segala aktiviti anak-anak agar tidak mengganggu proses

persiapan menghadapi peperiksaan.

Page 16: KARANGAN PMR 2012(combined)

Mempersiapkan diri anak-anak dari segi fizikal – pemakanan makanan

seimbang, ubat dan vitamin, sumber halal dll.

Mempersiapkan diri anak-anak dari segi rohani – mendekatkan diri dengan

Allah, solat, bacaan al-Quran dll.

B. Semasa Peperiksaan

Sentiasa memastikan anak-anak tenang, yakin dan bersedia sebelum masuk

ke dalam dewan peperiksaan.

Memberikan semangat dan dorongan kepada anak-anak – mengambil cuti

untuk bersama dengan anak.

Menjadi tempat rujukan anak.

Memastikan kesihatan anak dalam keadaan yang baik.

Membantu anak-anak ketika membuat ulang kaji.

Memastikan emosi anak-anak tidak terganggu.

C. Selepas Peperiksaan

Menggalakkan anak memperbanyak berdoa dan sembahyang hajat.

Sentiasa memberikan dorongan yang positif.

Mengurangkan bebanan anak-anak – melancong, makan angin dll.

Menggalakkan anak-anak melakukan aktiviti yang berfaedah semasa

menunggu keputusan peperiksaan.

SOALAN RAMALAN PMR 2012Soalan Percubaan PMR 2012KELANTAN-kebaikan internet kepada pelajarKEDAH - kebaikan internetJOHOR - Peranan ibu bapa mengawal penggunaan internet dalam kalangan anak-anak NEGERI SEMBILAN - Kebaikan internet kepada masyarakat

Kebaikan dan keburukan internet

            Penggunaan internet telah menjadi satu kemestian atau keperluan dalam kehidupan masyarakat. Internet merupakan sistem komunikasi yang menyalurkan maklumat dan menghubungkan manusia seluruh dunia. Penggunaan Internet semakin mendapat sambutan

Page 17: KARANGAN PMR 2012(combined)

memandangkan sistem komunikasi canggih ini boleh digunakan melalui komputer riba dan telefon. Internet mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri bergantung kepada penggunanya.

                Kebaikan yang jelas ialah kita dapat menerima maklumat dengan cepat dan mudah melalui penggunaan internet. Kita boleh mendapatkan maklumat hanya dengan satu sentuhan jari. Sebelum era internet sebarang maklumat sukar didapati dan melibatkan kos dan masa yang keterlaluan tetapi kini semua maklumat tersedia. Lantaran itu, bergantung kepada kita sebagai pengguna samada mahu menggunakan atau tidak.

                Selain itu, kebaikan internet yang utama ialah kegunaan asasnya, iaitu perkongsian. Internet membolehkan maklumat dikirim dan diterima dengan cepat. Fungsi ini memudahkan kehidupan harian manusia apabila hendak berkongsi maklumat dari segi data, imej atau video.  Contohnya, perkongsian data melalui facebook, twitter, e-mail, chat. 

Kebaikan internet juga menyumbang kepada pembangunan positif dalam perniagaan. Manfaat ini dirasai oleh semua orang. Internet dijadikan pentas baru bagi peniaga-peniaga untuk menemui pasaran baru mereka. Perniagaan online kian mendapat sambut baik akibat pengguna internet mula mahir membuat pembelian belakangan tahun ini. Hal ini kerana galakan dan dorongan kerajaan juga, memandangkan bisnes global ini menguntungkan ekonomi negara.

Sebaliknya, tidak dapat dinafikan bahawa internet walaupun memberikan banyak maklumat kepada kita, tetapi ada sesetengah maklumat yang diperolehi tidak tepat. Lebih menyedihkan jika maklumat tersebut adalah tentang manusia, agama atau bangsa. Maklumat yang tidak benar sebegini boleh kadang-kala menyebabkan pelbagai masalah. Misalnya, maklumat yang salah tentang seseorang individu boleh menyebabkan individu tersebut menanggung malu. Jelaslah, pengguna harus bijak menapis maklumat yang diperoleh.

Page 18: KARANGAN PMR 2012(combined)

Internet juga terdedah kepada pelbagai jenis virus seperti Trojan, Melware, Worm dan sebagainya, Virus-virus ini boleh memberi berbagai-bagai kesan negatif kepada perisisan komputer dan data di dalamnya. Oleh itu, kita mesti menyediakan perisian anti virus dan berhati-hati apabila memuat turun sebarang maklumat.

Keburukan internet yang paling membahayakan adalah keran mengandungi bahan-bahan yang tidak bermoral. Contoh yang paling nyata adalah gambar-gambar dan video-video yang tidak bermoral untuk ditonton oleh budak-budak dan remaja. Sedikit sebanyak bahan-bahan tidak bermoral ini akan mempengaruhi remaja untuk melakukan perkara yang sama.

Konklusinya, walaupun terdapat kebaikan dan keburukan, internet menjadi keperluan seharian. Oleh itu, kita sebagai pengguna, kita haruslah bijak menggunakanya. Ibu bapa juga harus memantau penggunaan internet oleh anak-anak dari masa ke semasa.