karangan memanfaatkan perpustakaan

Upload: ros-man

Post on 01-Mar-2018

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Karangan memanfaatkan perpustakaan

    1/1

    Karangan memanfaatkan perpustakaan

    Perpustakan adalah gedung ilmu.Di perpustakaan terdapat banyak buku yang boleh

    dibaca seperti seperti buku cerita, novel, majalah, jurnal, dan lain-lain lagi. Di negara kita,

    perpustakaan awam terdapat di mana-mana sahaja untuk kemudahan orang ramai membaca.

    Ini kerana dengan membaca, pengetahuan murid-murid semakin bertambah dan ini tentu

    membantu murid-murid dalam pelajaran. Perpustakaan banyak memberi faedah kepada kita.

    ebagai murid, kita dapat mengisi masa lapang dengan memanfaatkan perpustakaan.

    !ereka yang selalu ke perpustakaan akan dapat mengelakkan diri daripada bergaul dengan

    kacang hantu. Ini secara tidak langsung akan terhindar daripada terjebak dengan gejala yang

    tidak sihat seperti melepak, merokok dan lain-lain lagi. Dengan itu, murid-murid akan berjaya

    dalam pelajaran dan masa depan mereka akan lebih cerah.

    elain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri. Perpustakaan

    mempunyai peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi seperti larangan membuat bising,

    memulangkan buku mengikut tarikh, menyusun semula buku di raknya dan seumpamanya lagi.

    "usteru, murid-murid dapat berlatih mendisplinkan diri di perpustakaan dan ini diharap akan

    menjadi amalan dalam kehidupan mereka.

    Di samping itu, sekiranya kita memanfaatkan perpustakaan, kita juga dapat menjimatkan

    wang ibu bapa murid-murid. !urid-murid tidak perlu membeli semua buku kerana sesetengah

    buku boleh dipinjam di perpustakaan. #leh itu, wang yang mahu digunakan untuk membeli

    buku-buku tersebut bolehlah disimpan di dalam tabung. atau membeli barang keperluan yang

    lain.

    Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. #leh itu, kita perlu

    memanfaatkna perpustakaan yang disediakan demi kemajuan kita dalam pelajaran. $ambahan

    pula, murid-murid juga dapat menghilangkan rasa bosan setelah penat belajar dengan

    membaca buku-buku tertentu di perpustakaan seperti komik, majalah dan sebagainya.