karangan laporan

12

Upload: az-lynn

Post on 10-Jul-2016

203 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: KARANGAN LAPORAN
Page 2: KARANGAN LAPORAN

MUDAH DAN

TEPAT IKUT

URUTAN PERISTIWA

PERISTIWA

PELAPOR -SETIAUSAHA

BAHASA RINGKAS

DAN PADAT

MUNASABAH DAN LOJIK

LAPORAN

Page 3: KARANGAN LAPORAN

• Tajuk Laporan : Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris atau ditulis dengan huruf besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis ditengah-tengah. Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk terlalu panjang.

• Isi Laporan : Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.

• Pengakuan pelapor : Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir.

• Tarikh : Ditulis di sebelah kanan laporan,setentang dengan pengakuan pelapor.

• Tandatangan pelapor : Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor.

• Nama Pelapor : Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas tandatangan.

• Jawatan Pelapor : Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma di hujungnya. Seterusnya ditulis nama persatuan yang diwakili

Page 4: KARANGAN LAPORAN

TAJUK

PENDAHULUAN

ISI

ISI

ISI

ISI

PENUTUP

Disediakan olehTARIKH

TANDATANGAN PELAPOR(NAMA PELAPOR)JAWATAN PELAPOR

Page 5: KARANGAN LAPORAN

Anda merupakan setiausaha Persatuan Bahasa Melayu di Sekolah. Anda dikehendaki untuk menyediakan laporan tahunan persatuan itu. Tulis laporan itu dengan lengkap.

Jawapan:•Tajuk - Aktiviti Persatuan Bahasa Melayu•Kunci - 5W1H•Format - Laporan •Isi:- 1. What (apakah aktiviti yang dijalankan)

2. When (Bilakah aktiviti itu dijalankan)3. Where (Di manakah aktiviti itu dijalankan)4. Who (Siapakah yang terlibat dalam aktiviti itu)5. Why (Mengapakah aktiviti itu diadakan)6. How (Bagaimanakah aktiviti itu dijalankan)

Page 6: KARANGAN LAPORAN

Laporan Tahunan Persatuan Bahasa Melayu SMK Bukit Bandaraya 2007

(Apa) Persatuan Bahasa Melayu SMK Bukit Bandaraya 2007 mempunyai (Siapa) ahli sejumlah 70 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. (Siapa) Guru Penasihat persatuan ialah Encik Kamaluddin, Puan Zaleha dan Cik Laila. (Bila) Perjumpaan diadakan pada setiap minggu, iaitu pada setiap Selasa dari pukul 2.30 petang hingga 4.00 petang. (Di mana) Perjumpaan ini biasanya diadakan di Bilik Bahasa. (Mengapa) Tujuan aktiviti ini diadakan untuk memberikan peluang kepada semua ahli untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti. (Bagaimana) Aktiviti yang dijalankan melibatkan pelbagai perkara seperti menceriakan taman, membuat persembahan dan sebagainya.

Page 7: KARANGAN LAPORAN

(Apa) Pada sepanjang tahun 2007, banyak aktiviti yang telah dijalankan oleh Persatuan Bahasa Melayu. (Di mana) Semua aktiviti dijalankan di dewan sekolah dan pusat sumber. Salah satu daripada aktiviti yang diadakan ialah (Apa) Minggu Bahasa Melayu (Bila) pada bulan Mac 2007. Sepanjang minggu ini, banyak aktiviti yang telah dijalankan. (Apa) Antaranya temasuklah pertandingan bahas ala parlimen, pertandingan pidato, pertandingan pantun dan drama. (Mengapa) Tujuan mingghu bahasa dijalankan adalah untuk memberikan peluang kepada (siapa) pelajar untuk menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan, di samping untuk mencungkil bakat pelajar dalam pelbagai bidang. (bagaimana) Minggu Bahasa ini telah berjalan dengan lancar dan hadiah telah disampaikan kepada pemenang pada Majlis Penutupan yang disempurnakan oleh (siapa) pengetua sekolah.

Page 8: KARANGAN LAPORAN

(Apa) Aktiviti kedua yang diadakan ialah lawatan sambil belajar (di mana) ke Universiti Malaya (bila) pada 23 April 2007. (mengapa) Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengetahui universiti itu dengan lebih dekat kerana Universiti Malaya merupakan universiti tertua di negara kita. (Mengapa) Selain itu, melalui lawatan ini, semua ahli akan mengetahui cara-cara mahasiswa mengikuti pelajaran di universiti. (mengapa) Seterusnya, aktiviti ini akan mendorong semua ahli, terutamanya murid tingkatan 5 untuk memilih kerjaya pada masa hadapan. (siapa) Seramai 30 pelajar tingkatan 5 bersama-sama dengan seorang guru penasihat telah mengikuti lawatan ini. (Bagaimana) Lawatan ini telah memberikan manfaat kepada pelajar.

Page 9: KARANGAN LAPORAN

Selain itu, (apa) aktiviti lain yang telah diadakan ialah ceramah teknik menjawab Bahasa Melayu PMR dan SPM 2007 yang diadakan (di mana) di Dewan Nusa (bila) pada 4 April 2007. (Mengapa) Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk mendedahkan teknik menjawab soalan Bahasa Melayu yang berkesan kepada pelajar oleh penceramah yang terkenal di negara kita, iaitu (siapa) Encik Abdul Ghalib bin Yunus, dari SMK Seksyen 3, Bandar kinrara, Puchong, Selangor. (Mengapa) Melalui ceramah ini, pelajar dan guru Bahasa Melayu sekolah ini telah memperoleh maklumat yang penting sebagai bekalan pelajar dalam peperiksaan PMR dan SPM.

Page 10: KARANGAN LAPORAN

(Apa) Aktiviti yang seterusnya ialah kelas bimbingan Bahasa Melayu PMR dan SPM. (Mengapa) Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberikan bimbingan tambahan kepada (siapa) pelajar yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, khasnya pelajar yang berada di kelas sederhana dan lemah. (Bila) Kelas ini dijalankan pada setiap hari Khamis dari pukul 2.30 petang hingga pukul 4.00 petang (di mana) di Bilik Wawasan. (Bagaimana) Kelas bimbingan ini telah berjaya membantu pelajar yang lemah untuk meningkatkan pencapaiannya.

Page 11: KARANGAN LAPORAN

(Bagaimana) Semua aktiviti yang telah dianjurkan oleh persatuan ini telah berjaya mencapai matlamatnya dan berjalan dengan lancar. (mengapa) Kami berharap agar semua aktiviti yang dijalankan pada tahun 2007 ini telah menambahkan pengetahuan yang berguna kepada semua ahli.

Disediakan oleh 15 OKTOBER 2007

(Syazila binti Hamzah)SetiausahaPersatuan Bahasa Melayu, SMK Bukit Bandaraya.

Page 12: KARANGAN LAPORAN

• PELAJAR DIBAHAGIKAN KEPADA 6 KUMPULAN • SETIAP KUMPULAN PERLU BINCANGKAN ISI DAN

BINA AYAT DALAM SATU PERENGGAN BERPANDUKAN 5W1H

• MASA – 20 MINIT• SEORANG PEMBENTANG SAHAJA

• SOALAN :KELAB