karangan cara2

13
Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan,guru-guru dan rakan sekalian.Saya sebagai wakil murid,ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini. Hadirin sekalian, Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu marilah kita menghargai jasa guru. Rakan-rakan sekalian, Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf ,membaca dan mengira. Guru juga adalah ibu bapa kita di sekolah.Oleh itu,kita mestilah menghormati guru.Segala nasihat guru mestilah kita dengar dan patuhi.Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat mereka. Rakan sekalian, Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar.Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita tidak fahami dalam pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah. 1

Upload: sofyan-shah

Post on 09-Dec-2015

26 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: karangan cara2

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar,Guru

Penolong Kanan,guru-guru dan rakan sekalian.Saya sebagai wakil

murid,ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada

semua guru  di sekolah ini.

Hadirin  sekalian,

     Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari

ini merupakan hari  yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan

bagi mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu marilah kita

menghargai jasa guru.

 Rakan-rakan  sekalian,

     Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita

hingga kita dapat mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita

amatlah besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak

pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf ,membaca

dan mengira. 

     Guru juga adalah  ibu bapa kita di sekolah.Oleh itu,kita mestilah

menghormati guru.Segala nasihat  guru mestilah kita dengar dan

patuhi.Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat mereka. 

Rakan sekalian,

    Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita

untuk rajin belajar.Mereka sedia  mendengar  segala masalah yang kita

tidak fahami dalam pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat

berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah.

     Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin

yang membakar diri untuk menerangi orang lain.Wahai para guru yang

kami sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu

mendidik kami dengan sabar . 

1

Page 2: karangan cara2

 Sekian , terima kasih.

Cara-cara Menjadi Murid yang Cemerlang dalam Pelajaran 

Setiap orang mahukan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Namun demikian, kecemerlangan tersebut tidak dating dengan

sendirinya, sebaliknya, perlu disusuli dengan usaha yang bersungguh-

sungguh.

Bagi mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, seseorang

murid perlulah tekun belajar. Contohnya ketika di dalam kelas, kita perlu

menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh.

Dengan ini, kita dapat memahami dan mengingati pelajaran yang

disampaikan oleh guru.

Selain itu, kita juga perlu mengulang kaji pelajaran. Contohnya, apabila di

rumah, kita perlu membaca nota pelajaran yang diberikan oleh guru. Oleh

itu, sesuatu topic itu akan kekal dalam ingatan dan minda kita.

Seterusnya, kita juga boleh mengikuti kelas tambahan yang dianjurkan

oleh pihak sekolah. Ini kerana melalui kelas tambahan, guru-guru akan

member penekanan pada topic-topik yang sukar. Kesannya, pemahaman

terhadap sesuatu pelajaran itu akan meningkat.

Di samping itu, kita juga perlu banyak membuat latihan. Contohnya,

latihan-latihan berbentuk soalan peperiksaan perlu kita lakukan berulang

kali. Ini akan memudahkan kita menjawab soalan-soalan peperiksaan

kerana sudah biasa dengan pola-pola soalan tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi

murid yang cemerlang dalam pelajaran. Kejayaan kita pasti akan

menggembirakan ibu bapa dan guru-guru.  

2

Page 3: karangan cara2

Cara-cara membalas jasa ibu bapa.

Soalan: Ibu bapa merupakan insan yang banyak berjasa kepada kita.Tuliskan sebuah karangan tentang cara-cara membalas jasa ibu bapa.

Sejak dilahirkan lagi, kita dijaga oleh ibu bapa dengan penuh kasih sayang, bagai menatang minyak yang penuh. Oleh yang demikian, sebagai anak, kita sewajarnya membalas jasa kedua-dua ibu bapa kita. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk membalas jasa mereka.

Antaranya, kita perlu belajar bersungguh-sungguh. Kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran sudah tentu mampu menggembirakan ibu bapa yang bersusah payah menyekolahkan kita. Sesungguhnya setiap ibu bapa inginkan anaknya berjaya dalam pelajaran kerana pelajaran boleh menentukan masa depan kita.

Sebagai anak yang baik, kita juga sewajarnya mempamerkan tingkah laku yang mulia. Segala nasihat mereka perlu didengar dengan teliti dan diikuti sebagai pedoman hidup. Apabila bertutur dengan ibu bapa, elakkan bercakap kasar agar tidak menyinggung perasaan mereka.

Kita juga haruslah bersikap tangan terbuka membantu mereka. Penat lelah mereka mencari nafkah menanggung kita sekeluarga dapat dikurangkan apabila kita membantu mereka. Kita boleh membantu mereka mengemas rumah, memasak, menyiram pokok bunga dan sebagainya.

Satu lagi cara untuk membalas jasa kedua ibu bapa ialah sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa di dunia dan di akhirat. Kita boleh memohon doa kepada tuhan agar ibu bapa diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan diampunkan segala dosa. Doa boleh diamalkan pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi selepas solat.

Sesungguhnya, pengorbanan ibu bapa tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Segala perit jerih mereka membesarkan kita seharusnya dihargai. Oleh itu, kita perlu sedaya upaya berusaha untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka.

3

Page 4: karangan cara2

Fakta: Berjimat-cermat Amalan MuliaTulis sebuah karangan tentang faedah berjimat-cermat.Berjimat-cermat Amalan Mulia

Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Berjimat-cermat bermaksud menggunakan apa yang kita miliki untuk perkara-perkara yang perlu sahaja tanpa pembaziran.

Banyak faedahnya apabila kita berjimat-cermat. Antara faedahnya ialah kita boleh menyimpan atau menabung wang untuk tujuan yang lebih penting. Wang itu nanti boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku latihan dan sebagainya lagi.

Selain itu, sikap berjimat-cermat akan menyebabkan seseorang sentiasa berfikir panjang sebelum membeli sesuatu barangan. Sikap seperti ini boleh mengurangkan kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang perlu sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu merugikan kita.

Berjimat-cermat juga mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah hutang. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk berbelanja sehingga mereka sanggup berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri.

Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan tubuh kita sihat dan cergas. Ini dapat mengelakkan kita daripada selalu berulang-alik ke klinik atau hospital akibat daripada masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu akan membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan rawatan.

Di samping itu, amalan berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu berdisplin tinggi. Mereka sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan. Misalnya, mereka akan sentiasa menutup kembali barangan elektrik seperti kipas, pendingin hawa dan sebagainya selepas digunakan. Ini akan mengelakkan mereka daripada membayar bil elektrik yang tinggi.

Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan berjimat-cermat menjadi budaya hidup kita. Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta mengelakkan kita ditimpa pelbagai masalah.

Cara-cara Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya

4

Page 5: karangan cara2

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru, serta rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Cara- cara Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya di Negara Kita".

Hadirin sekalian,

Kita boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita dengan mematuhi peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan seperti tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu, mematuhi lampu isyarat dan sebagainya lagi. Ini kerana, peraturan-peraturan ini diwujudkan bagi menjaga keselamatan para pengguna jalan raya itu sendiri.

Menggunakan telefon bimbit ketika memandu boleh mengurangkan kosentrasi. Ini tentu boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

Selain itu, pemandu mesti memeriksa kenderaan sebelum pemanduan. Antara yang mesti diperiksa ialah tayar, enjin dan lain-lain lagi. Ini kerana banyak kemalangan yang berlaku akibat kerosakan kereta semasa dalam pemanduan.

Hadirin sekalian,

Pihak-pihak yang bertanggungjawab mestilah mengambil berat tentang keadaan struktur jalan raya. Ini kerana, keadaan struktur jalan raya yang teruk juga banyak menyumbang kepada kemalangan.

Di samping itu, pemandu juga haruslah memandu dengan had laju yang ditetapkan. Memandu kenderaaan dengan laju boleh menyebabkan kita hilang kawalan terutama apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak disangka atau mencemaskan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengingatkan kepada semua supaya sentiasalah berwaspada semasa memandu di jalan raya. Bak kata pepatah, "Biar lambat asalkan selamat".

Cara-cara menjaga kebersihan di rumah untuk menjamin kesihatan keluarga

     Kebersihan merupakan perkara yang amat penting.Terutamanya kebersihan di rumah. Kebersihan di rumah perlu dijaga bagi bagi

5

Page 6: karangan cara2

mengelakkan jangkitan penyakit. Hal ini, menjamin keluarga yang lebih ceria dan bahagia.

     Langkah pertama untuk menjaga kebersihan ialah mengemaskan semua peralatan yang telah digunakan. Kita sepatutnya meletakkan semula barang di tempat yang sepatutnya. Hal ini,dapat mengelakkan kita dari bahaya dan kehilangan barang-barang. 

     Selain itu,kita perlu memastikan setiap ruang di rumah kita sentiasa bersih. Kita hendaklah mencuci bilik mandi dan tandas tiga kali seminggu dengan menggunakan pencuci anti bakteria. Hal ini kerana, bakteria merbahaya berpunca daripada tandas yang kotor. Justeru, kita dapat mengelakkakan diri daripada penyakit merbahaya.

     Seterusnya,kita perlulah memastikan tempat-tempat menangkung air di tutup sentiasa. Ini dapat mengelakkan daripada nyamuk membiak kerana nyamuk tidak dapat bertelur apabila tiada tangkungan air. Selain itu,kita perlu menggantikan air di dalam pasu bunga selama tiga hari sekali.

     Di samping itu,kita haruslah memastikan pakaian yang kotor tidak bersepah merata-rata dengan meletakkan pakaian tersebut di dalam bakul yang khas. Manakala,kasut juga haruslah menyimpan kasut di dalam rak dengan teratur.

     Kesimpulannya,kita perlulah mengamalkan cara-cara menjaga kebersihan di rumah dengan baik dan berdisiplin bagi menjamin kesihatan keluarga. Seperti kata pepatah "RumahBersih Keluarga Sihat."                                          

Cara-cara menceriakan kawasan sekolah                  Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu.  Kawasan

sekolah  yang kondusif akan mempengaruhi pelajar menuntut ilmu. kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria.

    Salah satu langkah cara untuk menceriakan kawasan sekolah adalah

6

Page 7: karangan cara2

mengadakan program bergotong-royong.  Aktiviti bergotong royong harus diadakan berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga sekolah.  Gotong-royong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dengan dijinjing.  

             Seterusnya adalah mengadakan taman bunga di sekolah. Program sekolah dalam taman patut diadakan dengan menanam  pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau. Persekitaran sekolah lebih nyaman dan berudara segar.  Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan gunung-gunungan buatan serta pondok untuk membaca. Nescaya pelajar lebih selasa dan minat untuk menuntut ilmu.

            Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula. Mengecat bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ada menyatakan , “sekolahku syurgaku.”  Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat.  Kelab atau persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis mural pada dinding sekolah. Suasana Nampak lebih cantik.

            Kesimpulannya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah. Dalam hal ini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersama-sama menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria.

Cara-cara Memupuk Semangat Kejiranan.

Jiran ialah orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah kita. Jiran

memberi kesan baik atau buruk kepada kita dan keluarga. Ini kerana jiran

yang baik akan mengembirakan kita, manakala jiran yang sebaliknya

7

Page 8: karangan cara2

akan menyebabkan kita sengsara seperti pergaduhan dan sebagainya.

Oleh itu, sewajarnyalah kita sentiasa memupuk semangat kejiranan.

Antara cara memupuk semangat kejiranan adalah dengan saling

tegur-menegur dan kunjung-mengunjungi sesama jiran. Aktiviti ini boleh

dilakukan semasa perayaan, jiran sakit, kelahiran anak, kenduri dan lain-

lain lagi. Ini akan mengeratkan hubungan kejiranan kerana kita saling

mengambil berat antara satu sama lain.

Selain itu, semangat kejiranan dapat dipupuk dengan kegiatan

gotong-royong. Melalui aktiviti ini, kita dapat berkenalan, bertanya khabar

berbual-bual dan sebagainya. Justeru, kita dapat mengenali jiran dengan

lebih rapat lalu mengeratkan hubungan sesama jiran.

Di samping itu, kita mestilah mempunyai sikap perihatin terhadap

masalah jiran. Apabila jiran kita mengalami kesusahan seperti kereta

rosak dan sebagainya, kita mestilah bersedia menghulurkan bantuan

sekadar mampu jika diperlukan. Dengan itu, lahirlah sikap hormat-

menghormati dan kasih sayang sesama jiran.

Kesimpulannya, kita mestilah berbuat baik kepada jiran tetangga.

Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk mengeratkan kejiranan seperti

mengada aktiviti hari keluarga sesama jiran terdekat. Pupuklah semangat

kejiranan agar hubungan kita dengan jiran tetangga sentiasa aman dan

harmoni.

pendahuluan : Sekolah -tempat menimba ilmu - kebersihan dan keindahan

sekolah mesti dijaga.-terdapat pelbagai cara menjaga kebersihan dan

keceriaan sekolah.

8

Page 9: karangan cara2

Idea 1 - Mengadakan gotong-royong -membersihkan kawasan sekolah-

guru dan PIBG - muafakat mengadakan aktiviti gotong-royong - hari

minggu.

Idea 2 - Mengecat semula bangunan - menjadi cantik - menimbulkan rasa

sayang murid -terhadap sekolah kerana suasana yang ceria - murid lebih

bersemangat untuk belajar.

Idea 3 -Mewujudkan taman bunga mini - kolam ikan - menghidupkan

suasana sekolah yang ceria- menjadi tempat murid merehatkan minda -

pada masa senggang.

Idea 4 - Mengadakan kempen kebersihan peringkat sekolah - beri

ganjaran kepada kelas terbersih-mewujudkan pertandingan kebersihan

antara setiap kelas- murid akan berlumba-lumba menjaga kebersihan dan

mencantikkan kelas masing-masing.

Penutup- Sekolah ceria -bersih idaman semua murid dan guru -sekolah

bersih - menjadikan murid lebih bersemangat untuk menimba ilmu.

 CIRI-CIRI SAHABAT YANG BAIK

Sentiasa membantu ketika dalam kesusahan.

9

Page 10: karangan cara2

Menunjukkan teladan yang baik.

Mengajak ke arah kebaikan.

Bersedia mendengar masalah.

Membantu dalam pelajaran.

Contoh Karangan

          Setiap individu di dunia ini pastinya memiliki sahabat ataupun rakan dalam kehidupan mereka. Rakan-rakan amat diperlukan dalam menghilangkan kebosanan yang melanda diri. Namun demikian, beberapa perkara perlu dipertimbangkan dalam memilih rakan. Hal ini demikian kerana jika tersalah pilih rakan akan rosaklah masa hadapan kita. Jika diperhalusi, ada beberapa ciri dalam memilih sahabat yang perlu kita ketahui.

          Ciri yang paling utama sudah pastinya sahabat yang sentiasa membantu kita ketika susah dan senang. Peribahasa ada mengatakan rakan ketawa senang dicari tetapi rakan tangis sukar ditemui. Oleh itu, dalam memilih sahabat ciri ini perlu ada supaya mereka sentiasa membantu kita tanpa mengira waktu dan ketika. Jelaslah, rakan atau sahabat yang sebegini mampu mengisi kekosongan dan sentiasa ada saat diperlukan.

          Sahabat yang baik juga pastinya mampu menunjukkan teladan yang baik kepada kita. Sudah pasti kita tidak mahu menjadi seperti disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga. Disebabkan sikap rakan kita yang tidak elok, habis rakan-rakan yang lain dituduh bersekongkol mahupun dilabel sebagai membawa pengaruh yang negatif. Huraian ini sangat bertepatan dengan peribahasa berteman dengan tukang minyak wangi kita akan ikut wangi, berteman dengan tukang minyak kita akan ikut bau minyak.

          Di samping itu, dalam memilih sahabat juga pilihlah sahabat yang sentiasa mengajak kita ke arah kebaikan. Sebagai contohnya, pilihlah sahabat yang tidak meninggalkan solat dan tahu menghormati orang yang lebih tua. Perkara ini penting kerana ciri-ciri sahabat yang baik itu akan menjadi ikutan kita sepanjang masa. Secara tidak langsung, masyarakat akan memandang tinggi individu-individu yang memiliki ciri-ciri yang baik dalam diri mereka.

10

Page 11: karangan cara2

          Seterusnya, sahabat yang baik juga pastinya bersedia untuk berkongsi ataupun sekurang-kurangnya mendengar masalah kita pada bila-bila masa yang diperlukan. Sahabat yang baik mampu berfungsi sebagai pembimbing di saat kita menghadapi masalah. Namun demikian, nasihat dan bimbingan yang diberikan mestilah mampu membawa kita ke arah kebaikan. Tidak dapat dinafikan lagi, kita perlu bersedia mendengar masalah rakan jika ingin menjadi sahabat yang baik.

          Izharnya, ada berbagai-bagai ciri yang perlu diperhalusi dalam menilai erti persabahatan. Oleh sebab itu, kita wajar dan harus berhati-hati untuk menjadikan seseorang itu sebagai kawan, teman ataupun jua sahabat kita. Seorang sahabat semestinya memiliki sifat-sifat yang terpuji untuk diikuti dan dicontohi. Sahabat boleh membahagiakan kita untuk menempuh kehidupan di dunia ini dan juga membantu kita di akhirat kelak.

Anda mungkin juga meminati:

11