karangan bahagian b percutian bersama keluarga

2
KARANGAN : BERCUTI BERSAMA KELUARGA Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga telah pulang ke rumah nenek saya di kampung. Sehari sebelum ke sana, kami semua sibuk mengemas barang masing-masing untuk dimasukkan ke dalam beg sebelum diletakkan di dalam bonet kereta. Kakak saya mengemas rumah kerana kami akan bercuti lama di kampung. Keesokan harinya, kami bangun awal pagi untuk membersihkan diri. Setelah solat Subuh, kami segera bertolak ke rumah nenek. Disebabkan terlalu gembira, saya langsung tidak dapat melelapkan mata. Kami singgah di perhentian untuk bersarapan pagi. Saya agak terkejut apabila mendapati harga makanan- makanan yang dijual sangat mahal tidak setanding dengan makanan yang disediakan. Setelah membeli sebungkus nasi lemak, saya makan bersama keluarga di tempat yang telah disediakan. Walaupun masih awal, tetapi perhentian itu semakin penuh. Mungkin mereka bertolak awal untuk mengelakkan kesesakan jalan raya pada sebelah petang. Kemudian, kami meneruskan perjalanan. Setelah empat jam perjalanan, kami pun tiba di rumah nenek. Nenek dan datuk kelihatan gembira dengan kedatangan kami semua. Mereka menyambut kami dengan mesra. Saya dan kakak berlumba untuk memeluk nenek. Kemudian, kami mengangkat barang yang dibawa ke dalam kereta. Setelah semua selesai, kami makan tengah hari yang dimasak oleh nenek. Masakan nenek yang sungguh enak membuatkan saya dan kakak tidak berhenti makan. Ibu dan ayah hanya melihat tingkah laku kami sambil tergelak kecil. Pada petang itu ,datuk telah membawa kami ke dusun buahnya yang tidak jauh dari rumah. Di dusun datuk terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan seperti rambutan, durian, manggis dan banyak lagi. Saya dan kakak memakan buah rambuatan yang dikait datuk. Kami membawa pulang beberapa ikat buah rambutan ke rumah. Keesokan harinya, kami bersama-sama pergi memancing ikan di sungai. Saya berasa sungguh seronok apabila mendapat banyak ikan. Kami memasak asam pedas menggunakan ikan-ikan tersebut. Setelah seminggu, kami pun berkemas-kemas untuk pulang ke rumah. Walaupun agak sedih, namun saya tetap gembira dapat bercuti di kampung. KARANGAN : KEBAIKAN - KEBAIKAN PERCUTIAN BERSAMA KELUARGA Pada zaman yang moden ini, ibu bapa sangat sibuk dengan pekerjaan mereka lalu tidak ada masa untuk meluangkan masa dengan keluarga mereka terutamanya dengan anak-anak mereka. Disebabkan sesetengah ibu bapa yang sibuk ini juga, anak-anak mereka tidak mendapat kasih sayang yang mencukupi dan ini mendorong anak-anak mereka mencari kasih sayang di dunia luar. Kadang-kadang , anak-anak akan terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang kurang sihat seperti merokok, mencuri serta mengambil bahagian dalam perlumbaan haram. Oleh itu, percutian bersama keluarga perlulah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun agar sedikit masa yang berkualiti dapat diluangkan bersama keluarga tersayang. Terdapat pelbagai kebaikan percutian sebegini. Antara kebaikan percutian seumpama ini adalah ia dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga. Semasa percutian, ibu bapa dan anak-anak dapat memahami di antara satu sama lain. Masa percutian ini juga boleh diguna untuk menyelesaikan masalah keluargaan dengan cara berbincang mengenai masalah keluarga berkenaan. Hal ini secara tidak langsung akan menyelamatkan hubungan kekeluargaan serta institusi keluarga daripada runtuh. Selain itu, semasa percutian keluarga juga, ahli-ahli keluarga dapat membebaskan diri mereka daripada tekanan-tekanan harian seperti tekanan di tempat bekerja dan sekolah. Ibu bapa juga haruslah mengambil kesempatan ini untuk berinteraksi bersama anak-anak mereka mengenai keadaan mereka di sekolah. Ibu bapa juga boleh bertanyakan tentang perkembangan pelajaran anak- anak mereka di sekolah.

Upload: salinasmkbt51735

Post on 23-Oct-2015

3.880 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan Bahagian b Percutian Bersama Keluarga

KARANGAN : BERCUTI BERSAMA KELUARGA

Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga telah pulang ke rumah nenek saya di kampung. Sehari sebelum ke sana, kami semua sibuk mengemas barang masing-masing untuk dimasukkan ke dalam beg sebelum diletakkan di dalam bonet kereta. Kakak saya mengemas rumah kerana kami akan bercuti lama di kampung.

       Keesokan harinya, kami bangun awal pagi untuk membersihkan diri. Setelah solat Subuh, kami segera bertolak ke rumah nenek. Disebabkan terlalu gembira, saya langsung tidak dapat melelapkan mata. Kami singgah di perhentian untuk bersarapan pagi. Saya agak terkejut apabila mendapati harga makanan- makanan yang dijual sangat mahal tidak setanding dengan makanan yang disediakan. Setelah membeli sebungkus nasi lemak, saya makan bersama keluarga di tempat yang telah disediakan.

       Walaupun masih awal, tetapi perhentian itu semakin penuh. Mungkin mereka bertolak awal untuk mengelakkan kesesakan jalan raya pada sebelah petang. Kemudian, kami meneruskan perjalanan. Setelah empat jam perjalanan, kami pun tiba di rumah nenek.

       Nenek dan datuk kelihatan gembira dengan kedatangan kami semua. Mereka menyambut kami dengan mesra. Saya dan kakak berlumba untuk memeluk nenek. Kemudian, kami mengangkat barang yang dibawa ke dalam kereta. Setelah semua selesai, kami makan tengah hari yang dimasak oleh nenek. Masakan nenek yang sungguh enak membuatkan saya dan kakak tidak berhenti makan. Ibu dan ayah hanya melihat tingkah laku kami sambil tergelak kecil.

       Pada petang itu ,datuk telah membawa kami ke dusun buahnya yang tidak jauh dari rumah. Di dusun datuk terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan seperti rambutan, durian, manggis dan banyak lagi. Saya dan kakak memakan buah rambuatan yang dikait datuk. Kami membawa pulang beberapa ikat buah rambutan ke rumah.

Keesokan harinya, kami bersama-sama pergi memancing ikan di sungai. Saya berasa sungguh seronok apabila mendapat banyak ikan. Kami memasak asam pedas menggunakan ikan-ikan tersebut. Setelah seminggu, kami pun berkemas-kemas untuk pulang ke rumah. Walaupun agak sedih, namun saya tetap gembira dapat bercuti di kampung.

KARANGAN : KEBAIKAN - KEBAIKAN PERCUTIAN BERSAMA KELUARGA

  Pada zaman yang moden ini, ibu bapa sangat sibuk dengan pekerjaan mereka lalu tidak ada masa untuk meluangkan masa dengan keluarga mereka terutamanya dengan anak-anak mereka. Disebabkan sesetengah ibu bapa yang sibuk ini juga, anak-anak mereka tidak mendapat kasih sayang yang mencukupi dan ini mendorong anak-anak mereka mencari kasih sayang di dunia luar. Kadang-kadang , anak-anak akan terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang kurang sihat seperti merokok, mencuri serta mengambil bahagian dalam perlumbaan haram. Oleh itu, percutian bersama keluarga perlulah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun agar sedikit masa yang berkualiti dapat diluangkan bersama keluarga tersayang. Terdapat pelbagai kebaikan percutian sebegini.

 Antara kebaikan percutian seumpama ini adalah ia dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga. Semasa percutian, ibu bapa dan anak-anak dapat memahami di antara satu sama lain. Masa percutian ini juga boleh diguna untuk menyelesaikan masalah keluargaan dengan cara berbincang mengenai masalah keluarga berkenaan. Hal ini secara tidak langsung akan menyelamatkan hubungan kekeluargaan serta institusi keluarga daripada runtuh.

 Selain itu, semasa percutian keluarga juga, ahli-ahli keluarga dapat membebaskan diri mereka daripada tekanan-tekanan harian seperti tekanan di tempat bekerja dan sekolah. Ibu bapa juga haruslah mengambil kesempatan ini untuk berinteraksi bersama anak-anak mereka mengenai keadaan mereka di sekolah. Ibu bapa juga boleh bertanyakan tentang perkembangan pelajaran anak-anak mereka di sekolah.

  Percutian keluarga ini juga mampu mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan ahli keluarga. Semasa bercuti, ibu bapa dan anak-anak bolehlah lebih memahami di antara satu sama lain semasa meluangkan masa bersama. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan semasa percutian keluarga seperti berkayak, berkhemah, membeli-belah serta melancong dapat membina suasana yang aman, gembira dan selesa sesama ahli keluarga. Dengan ini, anak-anak serta ibu bapa akan berasa lebih terbuka untuk berbincang mengenai keadaan keluarga mereka.

  Kesimpulannya, setiap keluarga haruslah mengadakan percutian bersama kelurga setiap tahun dan percutian sebegini haruslah diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Hal ini secara tidak langsung akan mewujudkan keluarga yang harmoni serta bahagia. Percutian keluarga juga mampu meningkatkan pendapatan negara terutamanya dalam industri pelancongan. Oleh itu, ibu bapa haruslah bertindak giat untuk mengadakan percutian keluarga untuk melahirkan keluarga tersayang. Ibu bapa merupakan tiang utama dalam sesuatu institusi kekeluargaan.