senarai tempat menarik di cameron highland untuk dilawati _ percutian bajet

Upload: mohamad-tarmizi

Post on 07-Jul-2018

273 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Senarai Tempat Menarik Di Cameron Highland Untuk Dilawati _ Percutian Bajet

    1/23

    Copthorne HotelCameron Highlands

    RM174.36

    book now!

    century pines resort

    RM152.68

    book now!

    Nova HighlandsResort and Residence

    RM236.40

    book now!

    https://www.facebook.com/sharer/sharer.php?app_id=579264578881928&u=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fpakejpercutianbajet%2F&display=popup&ref=plugin&src=pagehttps://www.facebook.com/hasnie.snieyhttps://www.facebook.com/profile.php?id=100009942251685http://www.googleadservices.com/pagead/aclk?sa=L&ai=CK_ASQO5BVrO8LcuSogO7oK_gA9PG4eIH4_mtlqACg-S2kJECEAEg776nA2DLu4GFrBegAd-B-vUDyAEDqQLyhX6igQOyPqgDAcgDwQSqBL0BT9ADWRaIj3C8jlg5ADQb2QmqV2njKf6gUF9kZX14aSgP0ut9gHB4YL33-6LVR8RegEgrveIaMpN_bUqPXXsf-wPkhgObJHKaoWDvgz7O2XxcyQzFuM6f06-Zn-LMB_1qqwguA-_1ouTJq5rL0tGD26P2rFBdHIfWWoAwUiJYmImS9PQmq5-XKaAuCZifXK5ZYtlCGLDm5TQelyAlD6Ca1SwuEPoEy_ViLy7STGr4hfjwdV1110Rn_1qTUYGViAYBoAYDgAfLvI4xqAemvhvYBwHYEwg&num=1&cid=5GiWiLaQ1jDAMyUUT3ez9Kei&sig=AOD64_1uaaDz9ACHyrxG6qfciT_4eleF6Q&client=ca-pub-4683018834362259&adurl=http://www.trivago.com.my/%3Fcip%3D60010010040101%26iPathId%3D265%26iSemThemeId%3D27266%26aCategoryRange%3D3,4,5%26sOrderBy%3Drandom%26cip_tc%3Dwww.percutianbajet.comhttp://www.percutianbajet.com/http://www.percutianbajet.com/https://www.facebook.com/muzzafar.saharhttps://www.facebook.com/pakejpercutianbajet/https://www.facebook.com/nadia.osman.5621http://www.percutianbajet.com/bloghttps://www.facebook.com/Nakayorihttps://www.facebook.com/pakejpercutianbajet/https://www.facebook.com/pakejpercutianbajet/https://www.facebook.com/nadia.afiqah.96https://www.facebook.com/sitikhairunnisak.taibhttp://www.percutianbajet.com/blogs/aisya

  • 8/18/2019 Senarai Tempat Menarik Di Cameron Highland Untuk Dilawati _ Percutian Bajet

    2/23

    Pengenalan Cameron Highland

    Cameron Highland terletak di negeri Pahang. Kawasan peranginan Cameron Highland berada pada paras

    1,829 meter dari aras laut dengan suhu antara 10 - 20 darjah Selsius. Cameron Highland terbahagi kepada

    beberapa kawasan iaitu:

    1. Ringlet - Pekan yang pertama akan anda tempuhi di pusat peranginan tanah tinggi Cameron jika

    melalui perjalanan dari arah selatan (Tapah).

    2. Tanah Rata - Pekan dan kawasan peranginan di Cameron Highland. Di Tanah Rata Cameron Highland

    terdapat hotel, kedai, masjid, hospital daerah, stesen minyak, bank, ladang teh dan berbagai tempat

    menarik dan kawasan rekreasi. Pekan Tanah Rata agak sunyi dan sesuai untuk penginapan bagi

    pelancong yang tidak suka kesibukan dan tidak ingin bersesak-sesak.

    3. Brinchang - Pekan yang tertinggi di Cameron Highland. Pekan Brinchang terkenal dengan pasar

    malam, berbagai tempat makan menarik dan juga hotel penginapan pelancong. Kawasan ini lebih

    meriah berbanding dengan Tanah Rata. Jika anda inginkan tempat menarik di Cameron Highland

    waktu malam, pilih hotel di Brinchang.

    4. Kea Farm - Pekan kecil di puncak Cameron Highland. Terkenal dengan pasar yang menjual pelbagai

    buah-buahan dan sayur-sayuran.

    5. Blue Valley - Kawasan ini terdapat ladang sayur-sayuran, taman bunga dan sebagainya.

    6. Tringkap - Antara yang menarik di sini ialah taman bunga ros dan pasar.

    7. Kuala Terla - Kawasan ladang sayur-sayuran, taman bunga dan lain-lain.

    8. Kampung Raja - Dari utara anda akan melalui kawasan ini jika mengikut jalan dari Simpang Pulai ke

    Cameron Highland.

  • 8/18/2019 Senarai Tempat Menarik Di Cameron Highland Untuk Dilawati _ Percutian Bajet

    3/23

    Perjalanan ke Cameron Highland

    Terdapat tiga jalan utama ke Cameron Highland. Bergantung pada lokasi anda, berikut adalah pilihan laluan

    perjalanan untuk ke pusat peranginan Cameron Highland.

    1. Dari Kuala Lumpur melalui Lebuh raya Utara Selatan (PLUS), keluar di Plaza Tol Tapah. Perjalanan ke

    Cameron Highland akan melalui kawasan perkampungan orang asli di Kuala Woh, Kampung Pahang,

    Ringlet dan tiba di Tanah Rata Cameron Highland.

    2. Dari Ipoh melalui Lebuh raya Utara Selatan (PLUS), keluar di Plaza Tol Simpang Pulai. Untuk ke

    Cameron Highland akan melalui Kampung Raja, Kampung Kuala Terla, Tringkap dan ke Brinchang,

    Cameron Highland. Teruskan perjalanan jika ingin ke Tanah Rata Cameron Highland.

    3. Dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia, anda boleh melalui Kelantan dan terus ke Gua Musang.Untuk ke Cameron Highland, dari Gua Musang anda terus ke Pulai, Poring, Kampung Kuala Terla,

    Tringkap dan ke Brinchang.

    Tempat menarik di Cameron Highland

    Ladang Teh Boh

    Suasana yang sangat mendamaikan di Ladang Teh Boh Cameron Highland menjadikan tempat ini sebagai

    UTAMA HANTAR IKLAN PERCUTIAN

    TEMPAT MENARIK BLOG PANDUAN

    HUBUNGI KAMI

    http://www.percutianbajet.com/bloghttp://www.percutianbajet.com/hubungi-kamihttp://www.percutianbajet.com/percutian/allhttp://www.percutianbajet.com/http://www.percutianbajet.com/sites/default/files/pictures/Cameron_Highland_Map.jpghttp://www.percutianbajet.com/tempat-menarikhttp://www.percutianbajet.com/node/add/hantar-iklanhttp://www.percutianbajet.com/panduan

  • 8/18/2019 Senarai Tempat Menarik Di Cameron Highland Untuk Dilawati _ Percutian Bajet

    4/23

    tarikan utama para pelancong. Udara yang sangat segar dapat menghilang segala tekanan yang dialami

    apabila anda berada di sekitar dalam Ladang Teh Boh. Melihat kehijauan pokok-pokok teh yang ditanam

    disini membuatkan anda berfikir sejenak akan anugerah ILLAHI. Tidak hairanlah jika Cameron Highland

    menjadi salah satu senarai terkenal untuk berbulan madu.

    Taman rama-rama

    Selain di Penang, Cameron Highland jugak terdapat taman rama-rama. Pelbagai jenis spesis rama-rama

    yang ada di sini. Bukan sahaja rama-rama, tetapi reptilia jenis ular dan katak jugak turut ada disini. Selain

    itu, serangga dan kala jengking juga terdapat di taman rama-rama. Ia dibuka pada jam 9 pagi sehingga 6

    petang dan dikenakan bayaran masuk sebanyak RM3.

    Cactus Valley

    Kepada pencinta pokok kaktus, Cactus Valley Cameron Highland adalah tempat yang sesuai untuk anda.

    Lokasi Cactus Valley ialah berhampiran dengan Big Red Strawberry Farm. Pelbagai jenis pokok Kaktus yang

    dijual di sini dengan harga yang berpatutan. Dibuka setiap hari dan dikenakan harga tiket sebanyak RM4

    untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.

  • 8/18/2019 Senarai Tempat Menarik Di Cameron Highland Untuk Dilawati _ Percutian Bajet

    5/23

    Big red strawberry farm

    Bagi pengunjung yang suka mengambil gambar, Big Red Strawberry Farm adalah tempat yang sesuai untuk

    anda menunjukan bakat mengambil gambar kerana di sini terdapat pelbagai kawasan yang menarik untuk

    dijadikan sebagai sudut untuk bergambar.

  • 8/18/2019 Senarai Tempat Menarik Di Cameron Highland Untuk Dilawati _ Percutian Bajet

    6/23

    Kebun Lavender

    Kepada pencinta bau lavender, kini anda tidak perlu untuk terbang jauh semata mata untuk melihat dan

    merasai sendiri keindahan bunga lavender. Bau yang sangat menyenangkan kini ada di Kebun Lavender di

    Cameron Highland. Apabila anda menjejaki masuk ke dalam Kebun Lavender ini anda akan dapat merasai

    keharuman bunga lavender yang mewangi dan menenangkan jiwa. Pengunjung dikenakan cas tiket

    sebanyak RM5 bagi dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Suasana yang sangat romantik menjadikan Kebun

    Lavender antara destinasi wajib di Cameron Highland. Di kebun ini pengunjung dibenarkan untuk memetik

    bunga dan akan dikenakan cas bayaran RM2 untuk sekuntum bunga. Dibuka pada hari biasa dari jam 9

    pagi sehingga 6 petang. Pada hari Sabtu dan Ahad pula ia dibuka pada jam 9 pagi sehingga 7 malam.

    Tempat letak kereta dan bas disediakan.

    Kea farm di Brinchang

    Kea Farm pula adalah tempat yang sesuai untuk anda membeli belah. Ini kerana pelbagai jenis barangan

    dijual disini dengan harga yang berpatutan. Antara tarikan utama bila anda ke Kea Farm ialah terdapatpelbagai jenis bunga segar dijual disini. Rugi jika anda ke Kea farm tapi tidak merasai strawberry celup

    coklat dengan harga RM2 sahaja dan cendawan segar yang digoreng panas-panas.

    Pasar malam Brinchang

    Pasar malam Brinchang adalah salah satu tempat yang mesti dilawati bila anda ke Cameron Highland.

    Pelbagai jenis makanan, pakaian, cenderahati dan lain-lain boleh didapati di sini. Dibuka setiap hari di

    musim percutian dari petang sehingga ke tengah malam. Ia menjadi tarikan utama pelancong untuk

    membeli berbagai barangan terutama makanan. Orang ramai akan mula datang seawal jam 3 petang untuk

  • 8/18/2019 Senarai Tempat Menarik Di Cameron Highland Untuk Dilawati _ Percutian Bajet

    7/23

    mengelakkan kesesakan jalanraya. Cuaca yang sangat sejuk di Cameron Highland menjadikan suasana di

    dalam pasar malam Brinchang tidak seperti pasar malam yang ada di tempat lain. Keadaan dan suasana

    disini sangat selesa.

    Kredit gambar kepada www.tourarmy.com

    Ladang Lebah Ee Feng Gu

    Masuk adalah percuma. Dibuka setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 7 malam. Kepada mereka yang ingin

    mengetahui cara hidup serangga yang bernama “lebah” bolehlah singgah ke Ladang Lebah Ee Feng Gu.

    Disini ditunjukkan cara lebah hidup dan bagaimana cara untuk mendapatkan madu dari lebah. Pelbagai

    informasi berguna boleh didapati disini. Selain itu, di Ladang Lebah Ee Feng Gu juga ada menjual kopi, teh

    dan pelbagai bahan yang berasaskan madu asli sebagai buah tangan sebelum anda pulang.

  • 8/18/2019 Senarai Tempat Menarik Di Cameron Highland Untuk Dilawati _ Percutian Bajet

    8/23

    Kredit gambar kepada farihinzul1974.blogspot.com

    Taman AgroTek Mardi

    Taman AgroTek Mardi dikelolai sepenuhnya oleh agensi Kerajaan. Terdapat berbagai kemudahan asas yang

    disediakan didalam Taman AgroTek Mardi antaranya ialah kafe, surau dan tempat permainan untuk kanak-

    kanak. Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin melainkan semasa musim cuti umum dan cuti persekolahan.

    Dikenakan cas bayaran sebanyak RM3 untuk dewasa dan RM1.50 bagi kanak-kanak. Kepada yang suka

    makan buah strawberry dan anggur, di sini anda boleh mendapatkan buah yang segar.

    Rose Centre

    Pelbagai jenis bunga dan sayur-sayuran terdapat disini. Anda dapat melihat sendiri bunga yang mekar dan

    sayur-sayuran yang ditanam. Tapi awas jika anda terpetik bunga di kawasan ini anda akan dikenakan

    denda sebanyak RM50. Waktu operasi setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 6 petang dan dikenakan casbayaran masuk sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.

  • 8/18/2019 Senarai Tempat Menarik Di Cameron Highland Untuk Dilawati _ Percutian Bajet

    9/23

    Muzium Time Tunnel

    Di Muzium Time Tunnel anda dapat mempelajari sejarah dan cara hidup orang pada zaman dahulu-kala.

    Pelbagai koleksi barangan antik yang tedapat di sini. Muzium Time Tunnel terletak dikawasan Brinchang.Dibuka setiap hari dari 9 pagi sehingga 6 petang dan kadar bayaran sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM3

    untuk kanak-kanak.

  • 8/18/2019 Senarai Tempat Menarik Di Cameron Highland Untuk Dilawati _ Percutian Bajet

    10/23

    Penginapan di Cameron Highland

    Terdapat berbagai jenis penginapan yang sesuai untuk percutian di Cameron Highland. Ada hotel menarik,

    hotel bajet, asrama dan apartment yang boleh dipilih mengikut kesesuaian anda. Kebanyakannya terletak di

    Tanah Rata, Brinchang dan juga Kea Farm. Dibawah ialah senarai penginapan di Cameron Highland untuk

    rujukan pengunjung:

    Hotel, resort dan chalet

    Senarai hotel menarik, resort dan chalet di Cameron Highland:

    1. Casa dela Rose Hotel Cameron Highlands - Lot 48, Jalan Circular, 39000 Tanah Rata, Cameron

    Highlands, Pahang, Malaysia. Tel: +605-491 1333. Harga bilik dari RM192.

    2. Star Regency Cameron Highlands - MDCH 39,Jalan Besar, 39100 Brinchang, Cameron Higlands,

    Pahang Darul Makmur. Tel: +605-491 5133.

    3. Heritage Hotel Cameron Highlands - Jalan Gereja, 39000 Tanah Rata. Tel: 05-4913 888.

    4. Lake House Cameron Highlands - 30th Mile Ringlet, 39200 Cameron Highlands, Pahang Darul

    Makmur, Malaysia. Tel: +605-495 6152. RM200.

    5. Century Pines Resort - Lot 42, Jalan Masjid, Tanah Rata, Cameron Highlands 39000 Pahang

  • 8/18/2019 Senarai Tempat Menarik Di Cameron Highland Untuk Dilawati _ Percutian Bajet

    11/23

    Darulmakmur Malaysia. Harga bilik dari RM275.

    6. Equatorial Resort Cameron Highlands - Kea Farm, Brinchang, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.

    Tel: +605-496 1777.

    7. Cameron Highlands Resort - By the Golf Course, 39000, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang,

    Malaysia. Tel: +605-491 1100.

    8. Country Lodge Cameron Highlands - Lot 47, Section 3, 39100 Brinchang, Cameron Highlands,

    Pahang. Tel: +605-491 1811 / +605-491 3071 / +605-491 3037 / +6012-451 0613.

    9. Bala's Chalet, Hotel & Restaurant - Lot 55, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.

    Tel: +605-491 1660. Harga bermula dari RM280.

    10. SPM Resort Home, Modern Tudorian Bungalow - 3 Banglo Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron

    Highlands, Pahang. Tel: +6016-202 5800 / +6012-201 6121.

    11. Arundina Cameron Highlands - Guesthouse yang terletak di Tanah Rata, Cameron Highland. Harga

    bilik bermula dari RM169.

    12. Cool Point Hotel - 891, Persiaran Dayang Endah,39000 Tanah Rata. Tel: 05-4914 914.

    13. Hill Garden Lodge - No.15-16, Main Road, 39100 Brinchang. Tel: 05-4912 988 / 05-4912 808.

    14. Hillview Inn - 17 Jalan Mentigi, 39000 Tanah Rata. Tel:05-4912 915.

    15. Hotel Titiwangsa - Brinchang. Hotel bertaraf 3 bintang. Harga bilik dari RM138.

    16. Hotel De' La Ferns - Terletak diantara Tanah Rata dan Brinchang. Hotel bertaraf 4 bintang. Harga

    bilik dari RM249.

    17. Parkland Hotel - Lot 45, 39100 Brinchang. Tel: 05-4911 299.

    18. Planters Hotel - Hotel bertaraf 3 bintang. Harga bilik dari RM180.

    19. Rosa Passadena - No. 1, Bandar Baru Brinchang, 39100 Brinchang. Tel: 05 - 4912288.

    20. Strawberry Park Resort - Resort bertaraf 4 bintang. Harga bilik dari RM470.

    21. The SmokeHouse Hotel & Restaurant - Hotel bertaraf 4 bintang. Harga bilik dari RM420.

    Hotel bajet

    Senarai hotel bajet di Cameron Highland:

    1. BB Inn - 79A Persiaran Camelia 3, 39100 Brinchang. Tel: 05-4914 551 / 05-4914 553.

    2. Brinchang Hotel - 36, Main Road, 39100 Brinchang. Tel: 05-4911 755.

    3. Camelia Budget Hotel - 57C, Persiaran Camelia, Jalan Besar, 39000 Tanah Rata, Cameron Highland.

    Harga bilik dari RM70 - RM140.

    4. Camellia Budget Inn - Terletak di Tanah Rata, Cameron Highland. Tel: +6011-1191 9220. Harga bilik

    dari RM70.

    5. Downtown Hotel - 41 Main Road, 39000 Tanah Rata. Phone : 05-4912 868.

    6. Fathers Guest House - Harga bilik dari RM70.

    7. Gerard’s Place - Terletak di Tanah Rata. Harga bilik dari RM80.8. Hotel Green Garden - Lot 13, Main Road, 39100 Brinchang. Tel: 05-4915 824 / 05-4961 824.

    9. Hotel Remix - Lot 12, Jalan Besar, 39100 Brinchang. Tel: 05-4914729.

    10. Iris House Hotel - No.56, Jalan Kuari, Brinchang. Tel:05-4911 818.

    11.  Jasmine Hotel - No.29-32, Main Road, 39100 Brinchang. Tel: 05-4911 588.

    12. Kowloon Hotel - No.34-35, 39100 Brinchang. Tel: 05-4911 366.

    13. Rainbow Hotel - Lot 25, 39100 Brinchang. Tel: 05 - 4914628 / 4914648.

    14. Sunbirds Hotel - 10, Marigold Square, Tanah Rata, Cameron Highlands. Tel: 05-05-491 1111.

    15. The Highlanders - 80b, Persiaran Camelia 4, 39000 Tanah Rata. Tel: 017-4137204 | 019-5546210.

  • 8/18/2019 Senarai Tempat Menarik Di Cameron Highland Untuk Dilawati _ Percutian Bajet

    12/23

    Apartment dan homestay

    Senarai apartment, asrama dan homestay di Cameron Highland untuk penginapan berkumpulan:

    1. Prima Villa Apartment Cameron Highlands - 3D8 Block B Prima Villa Apartment, Tanah Rata, Cameron

    Highlands. Tel: +6016-202 5800 / +6012-201 6121.

    2. Arabella Apartment Cameron Highlands - Tanah Rata, Cameron Highland. Tel: +6019-219 6813 /

    +6012-219 9761.3. Chua Gin Apartment Cameron Highlands - 11, Main Road, Brinchang, 39100 Cameron Highlands,

    Pahang Darul Makmur, Malaysia. Tel: +605-491 1801.

    4. Homestay Kampung Taman Sedia, Tanah Rata.

    Untuk melihat senarai dan potongan harga hotel di Cameron Highland, anda boleh menyemak dan

    menempah bilik penginapan melalui BOOKING.COM.

    Kebanyakan hotel terletak berhampiran tempat-tempat menarik di Cameron Highland. Namun jika anda

    memilih untuk menginap di hotel bajet, pastikan lokasi hotel pilihan anda berhampiran dengan pekan

    Brinchang atau Tanah Rata. Di musim cuti sekolah atau cuti umum, jalan raya akan sesak dan anda tidakperlu terperangkap dalam kesesakan setiap kali ingin keluar makan.

    Percutian bajet ke Cameron Highland

    Bagi membantu anda merancang percutian bajet ke Cameron Highland, berikut ialah beberapa tips dan

    panduan untuk anda.

    1. Cameron Highland sangat sejuk terutama di waktu malam. Malah bilik hotel tidak memerlukan

    penghawa dingin. Kebanyakan hotel tidak menyediakan heater, jadi anda perlu membawa pakaiantebal bagi mengelakkan anda berbelanja lebih untuk membeli jaket dan sebagainya.

    2.  Jika anda memandu kereta sendiri, pastikan minyak (petrol) sentiasa ada sekurang-kurangnya

    setengah tangki. Kesesakan teruk sentiasa berlaku di musim cuti sekolah dan cuti umum.

    3. Bawa payung atau baju hujan kerana hujan kerap terjadi di Cameron Highland. Anda tidak perlu

    mengeluarkan duit untuk membelinya nanti.

    4.  Jangan pilih waktu cuti sekolah atau cuti umum untuk bercuti ke Cameron Highland. Harga hotel dan

    makanan lebih tinggi pada waktu ini.

    5. Senaraikan tempat-tempat menarik di Cameron Highland yang anda ingin pergi dan dapatkan harga

    tiket masuk terlebuh dahulu. Rancang bajet anda dari situ.

    Setakat ini dahulu senarai tempat menarik di Cameron Highland yang dapat kami kongsikan untuk anda.

    Terdapat banyak lagi aktiviti pelancongan yang boleh dilakukan untuk memenuhi ruang percutian anda

    disana. Kami akan cuba untuk mengemaskini dan menambahbaik halaman ini agar dapat dijadikan

    panduan pengunjung bagi merancang percutian ke Cameron Highland. Jika anda ingin menambah atau

    berkongsi pengalaman bercuti di Cameron Highland, sila komen dibawah artikel ini.

    Tags:

    Tempat menarik Pahang

    Destinasi pelancongan

    http://www.percutianbajet.com/tags/destinasi-pelanconganhttp://www.booking.com/searchresults.html?region=3295&aid=863716http://www.percutianbajet.com/tags/tempat-menarik-pahang

  • 8/18/2019 Senarai Tempat Menarik Di Cameron Highland Untuk Dilawati _ Percutian Bajet

    13/23

    Comments 17

    Percutian tanah tinggi

     

    aisya's blog   Add new comment

    SUBMITTED BY MAMA NURINZ (NOT VERIFIED) ON FRI, 07/31/2015 - 17:59

    cameron highland dulu dan sekarang

    As salam.

    Destinasi bercuti pilihan NO 1 suami..dr zmn bercinta..baru2 kawin sampai la ni dh ank 3...dia xpnh

    bosan dgn cameron highland..nyaman dan mendamaikan katanyer..hehe..saya pulak ikutkan

    aje..asal dia hepy saya dan ank2 pasti hepy sama...n mmg kitorg sentiasa hepy bila ke cameron

    nih..blom lgla rasa frust bercuti kat sini wlwpon pnh trapped dlm jammed sampai 3jam hnya dr kg

    raja nak ke brinchang..fuhhh...seksa rasanya..

    Tapi awal 2000 dulu sejuknye boleh tahan...kalo bercakap tuh msih bleh lah nmpak asap kepul2 tuh

    kuar mulut..hehe..sejuk dingin katakan..tp skrg xde sgt..kecuali awal2 pg n tgh2 mlm..tp jgn dibuat

    bg yg xbiasa sejuk..menggeletar juge...so baik beringat trutama kalo musim ujn..huhu..

    Yg jd routine kami sekuarga kalo ke sini ofkos la ke butterfly garden..bg hepy ank2..strawberry farm

    ..kea farm tuk bli madu..sayur2..buah2an..goreng2an..bla..bla..psr mlm bli ole2..agro park jalan2..sgpalas tea plantation..perghh syok layan angin kat tmpt tggi smbil hirup teh panasss..teh pon lain

    rasanya dr di kedai mamak n yg kita beli kat supermarket..may b sbb fresh n environment tuh yg

    buat kita hanyutt jer menikmatinyer...hehe..

    Bg saya..kalo yg dh berkuarga besar n pegi ramai2 baik pilih homestay..skrg byk pilihan xmcm

    dulu..n byk yg provide dapur masak..peti sejuk..bla..bla..so bleh jimat kos mkn..msk sndri lbey

    baik..duit bleh ke lain..byar tuk msuk taman2 n kebun2 yg kenakan charge masuk..

    Cumanye..berhati2lah pilih gerai jual mknan..pastikan dulu halal ke tidak baru beli..tgok sama ye yg

    menjualnyer..kalo was2 tinggalkan aje..inshaa Allah bleh aje cari yg halal cume ade segelintir yg

    mengelirukan..rasanya anda yg dh slalu pergi pasti fhm maksud saye..

    kepada yg ingin bercuti di cameron buatlah psiapan dulu..kalo ade ank kecik bwk baju tebal..kalo

    bleh sarung tgn stokin tuh pastikan ade..sbb bila mlm sejukkk...hehe..beli kat ats nih mahal..beli kat

    kdai biasa mcm mydin..my one shop..DIY ke..baru rm2 je sarung tgn..stokin..jgn lupa selimut n

    travel mattress kalo dtg beramai2..apepun...mmg best layan angin cameron nih bg org yg nk

    percutian bajet n sempoiii....

    http://www.percutianbajet.com/blogs/aisyahttp://www.percutianbajet.com/tags/percutian-tanah-tinggihttp://www.percutianbajet.com/comment/15#comment-15

  • 8/18/2019 Senarai Tempat Menarik Di Cameron Highland Untuk Dilawati _ Percutian Bajet

    14/23

    slamat bercuti uols..

    reply

    SUBMITTED BY AISYA ON FRI, 07/31/2015 - 20:16

    Terbaik dari Mama Nurinz.

    Terbaik dari Mama Nurinz. Hihi...Perkongsian pengalaman di Cameron Highland yang memang

    tak dapat dinafikan lagi kebenarannya. Teori tak semestinya betul tapi pengalaman tak pernah

    menipu, sis ye. :-)

    Aisya juga penah kena jammed berjam2 dari Kea Farm nak ke Brinchang. Beringat le ye, padasesiapa yang nak ke Cameron Highland tu,elakkan masa cuti umum atau cuti persekolahan.

    Kalau takut tak meriah, boleh pergi masa hujung minggu.

    Pesanan Mama Nurinz tentang makanan tu, ingat ye. Terutama di Pasar Malam Brinchang. Kalau

    nak beli tu, tengok2 dulu. Kalau nak senang boleh bawa keluarga makan di medan selera atau

    kawasan kedai makan banyak2 dijalan belakang hotel area Brinchang. Banyak kedai muslim kat

    situ.

    Terima kasih Mama Nurinz atas peringatan dan tips yang sangat membantu.

    reply

    SUBMITTED BY ZARINA ABADI (NOT VERIFIED) ON TUE, 08/18/2015 - 23:19

    X pernah cemuih ke cameron

    Saya juga setuju ngan mama Nurinz...sy setiap tahun mesti pergi ke sini..x tau apa yg menarik..bg

    setengah orang...tpi bg family sy...sinilah tempat yg sesuai utk kluarga....sebut nak bercuti..mesti

    ank2 akan bg cdangan cameron....hihihi..dri ank seorang smpai skarang dah 3 orng pun..x cemuih

    kesini....jngan x tau..ank sulong sy dah 19 thun..jdi bayangkan..dah brapa belas kali kmi smpai

    sana....tentang mknan tu mmg kena hati2...

    http://www.percutianbajet.com/comment/16#comment-16http://www.percutianbajet.com/comment/reply/77/16http://www.percutianbajet.com/comment/23#comment-23http://www.percutianbajet.com/comment/reply/77/15

  • 8/18/2019 Senarai Tempat Menarik Di Cameron Highland Untuk Dilawati _ Percutian Bajet

    15/23

    reply

    SUBMITTED BY AISYA ON WED, 08/19/2015 - 09:46

    Ye la mommy Zarina Abadi.

    Ye la mommy Zarina Abadi. Cameron Highland ni tempat sejuk. Nak jalan-jalan pun selesa, tak

    berpeluh. Udara segar, tempat pun cantik. Tapi orang kata sekarang dah tak sejuk macam dulu-

    dulu. Betul ke?

    reply

    SUBMITTED BY AISHAH ATIQAH (NOT VERIFIED) ON SAT, 08/22/2015 - 10:28

    sangat setujuuu

    Ya betul cakap mommy mommy sekalian . Sangatlah seronok kalau datang Cameron. Lagipun sya

    belajar kat Ipoh. Memang kalau parents datang mesti akan ajak gi Cameron.

    reply

    SUBMITTED BY NIK AZAN BIN NI... (NOT VERIFIED) ON MON, 08/24/2015 - 12:05

    TERBAIK ......................

    tempat pilih yg tepat utk bawa family bercuti bersama anak-anak. Blh lepaskan penat berkerja.

    Agro Park Mardi tempat yg wajib dilawati setiapa kali ke CH ... begitu juga dgn Laverder Garden dan

    Starwbeerry Big Farm ...

    reply

    http://www.percutianbajet.com/comment/reply/77/27http://www.percutianbajet.com/comment/24#comment-24http://www.percutianbajet.com/comment/26#comment-26http://www.percutianbajet.com/comment/reply/77/26http://www.percutianbajet.com/comment/27#comment-27http://www.percutianbajet.com/comment/reply/77/24http://www.percutianbajet.com/comment/reply/77/23

  • 8/18/2019 Senarai Tempat Menarik Di Cameron Highland Untuk Dilawati _ Percutian Bajet

    16/23

    SUBMITTED BY MASTURA BINTI M... (NOT VERIFIED) ON TUE, 08/25/2015 - 10:43

    recommeded hotel

    Assalamualaikum

    recommended hotel pls..lokasi di tgh2 antara brinchang dan tanah rata :-) tq

    reply

    SUBMITTED BY YATIE (NOT VERIFIED) ON MON, 10/05/2015 - 09:41

    Assalamualaikum....

    Assalamualaikum....

    First time pegi cameron tahun 2000...last pegi tahun lepas (2014)..sedih tengok muka bumi

    cameron...dah tak cantik macam dulu...

    Kalau dulu..pasar malam tak banyak macam sekarang....

    Bagi sesiapa yang first time nak gi cameron...saya cadangkan guna laluan exit simpang pulai utk ke

    cameron...dan exit Tapah untuk balik ....perjalanan lebih selesa...

    SELAMAT BERCUTI...

    reply

    SUBMITTED BY AISYA ON MON, 10/05/2015 - 15:29

    Waalaikumussalam

    Sis Yati... Kenapa Cameron dah tak secantik dulu? Apa yang merubah segalanya? (cewahh..)

    Boleh huraikan sikit untuk pengetahuan pembaca lain.

    Kalau dari Ipoh memang akan ikut exit Simpang Pulai tapi kalau dari KL agak jauh sikit. Memang

    betul le, jalan tu lebih cantik dan selesa dari jalan kat Tapah.

    http://www.percutianbajet.com/comment/reply/77/44http://www.percutianbajet.com/comment/reply/77/28http://www.percutianbajet.com/comment/44#comment-44http://www.percutianbajet.com/comment/28#comment-28http://www.percutianbajet.com/comment/45#comment-45

  • 8/18/2019 Senarai Tempat Menarik Di Cameron Highland Untuk Dilawati _ Percutian Bajet

    17/23

    reply

    SUBMITTED BY YATIE (NOT VERIFIED) ON WED, 10/07/2015 - 08:07

    Sis aisya..kalau ikut exit

    Sis aisya..kalau ikut exit simpang pulai mmg jauh sikit...tapi jimat masa...sy dari Johor...sblum ni

    ..kalau g cameron..ikut exit Tapah..tp last year sy ikut exit simpang pulai....memang selesa..dan

     jalan pun luas...

    Kalau dulu...taman ros memang cantiiik sangat... sekarang macam agak x terurus...lepas tu...bnyak

    kawasan dh kena tarah...sedih sangat..dan x sejuk sangat...

    reply

    SUBMITTED BY AISYA ON WED, 10/07/2015 - 22:40

    Oh okie. Terima kasih Sis

    Oh okie. Terima kasih Sis atas penjelasan. Saya pun dah lama tak pergi Cameron Highland. Kes

    tanah runtuh tu agaknya sebab banyak kawasan bukit yang dah kena tarah kot. Diharapkan

    pihak berkuasa lebih prihatin dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengawal

    penerokaan tanah dan lereng bukit sewenang-wenang.

    reply

    SUBMITTED BY LYNASYAZIERA (NOT VERIFIED) ON WED, 10/14/2015 - 19:36

    Salam sis yati..

    Salam sis yati..

    Saye pun dari johor..tahun depan saye nak ke cameron..saye akan menginap di tanah rata...kalau

    saye ikot tapah da tentu terus sampai ke tanah rata tapi perjalanan yg berliku tapi dekat..

    http://www.percutianbajet.com/comment/reply/77/45http://www.percutianbajet.com/comment/reply/77/46http://www.percutianbajet.com/comment/52#comment-52http://www.percutianbajet.com/comment/46#comment-46http://www.percutianbajet.com/comment/reply/77/49http://www.percutianbajet.com/comment/49#comment-49

  • 8/18/2019 Senarai Tempat Menarik Di Cameron Highland Untuk Dilawati _ Percutian Bajet

    18/23

    Kalau saye dari simpang pulai pulak agak jauh nak ke tanah rata sebab akan jumpe brinchang

    dahulu tapi perjalanan selesa...

    Pendapat sis mne ye yg sesuai saye lalu? Buntu fikir hihi...tq

    reply

    SUBMITTED BY AISYA ON FRI, 10/16/2015 - 00:20

    Cik lynasyaziera,

    Cik lynasyaziera,

    Last sekali saya ke Cameron Highland dua tahun lepas ikut jalan Tapah. Jalannya bukan sajaberliku tapi sempit dan tampal sana sini. Menyesal ikut jalan tu.

    Saya rasa jalan Simpang Pulai jauh lebih selesa. Brinchang dengan Tanah Rata tu dekat je.

    Bagi pendapat saya, definitely ikut Simpang Pulai. :-)

    reply

    SUBMITTED BY ANONYMOUS (NOT VERIFIED) ON MON, 10/26/2015 - 17:08

    Salam all...minggu ni sy nak

    Salam all...minggu ni sy nak ke sana...sy duk melaka...klu nak ke tanah rata selesa jln dr sempang

    pulai ker...tapi dlm waze die bwk kita lalu jln tapah mcm mana erk...sy tngk peta pun dah pening

    tngk jalan nya...tolong bg pendapat...tq all

    reply

    SUBMITTED BY AISYA ON MON, 10/26/2015 - 18:37

    http://www.percutianbajet.com/comment/56#comment-56http://www.percutianbajet.com/comment/reply/77/56http://www.percutianbajet.com/comment/60#comment-60http://www.percutianbajet.com/comment/reply/77/60http://www.percutianbajet.com/comment/reply/77/52

  • 8/18/2019 Senarai Tempat Menarik Di Cameron Highland Untuk Dilawati _ Percutian Bajet

    19/23

    Ye betul. Kalau nak selesa

    Ye betul. Kalau nak selesa ikut jalan Simpang Pulai ke Cameron Highland. Pasal Waze tu, nanti

    dah keluar tol Simpang Pulai, baru on balik. Semoga membantu. Selamat bercuti ye. :-)

    reply

    SUBMITTED BY CIKGU SHAM (NOT VERIFIED) ON WED, 11/04/2015 - 04:17

    salam..sy dari kl rancang nak

    salam..sy dari kl rancang nak ke cameron 14/11 ni..kat mana yg best utk bmalam? tanah rata

    @brinchang? sesuai ikut tapah@simpang pulai?

    reply

    SUBMITTED BY AISYA ON WED, 11/04/2015 - 12:31

    Saya cadangkan bermalam di

    Saya cadangkan bermalam di Brinchang jika cikgu ingin lebih meriah. Kalau di Tanah Rata agak

    sunyi. Sesuai jika inginkan kedamaian (cewahh).

     Jalan Simpang Pulai Ke Cameron Highland lebih baik dan selesa. Ramai yang setuju. Apapun,

    cepat2 booking bilik takut penuh nanti.

    Selamat bercuti.

    reply

    Add new comment

    http://www.percutianbajet.com/comment/reply/77/66http://www.percutianbajet.com/comment/65#comment-65http://www.percutianbajet.com/comment/reply/77/65http://www.percutianbajet.com/comment/66#comment-66http://www.percutianbajet.com/comment/reply/77/61http://www.percutianbajet.com/comment/61#comment-61

  • 8/18/2019 Senarai Tempat Menarik Di Cameron Highland Untuk Dilawati _ Percutian Bajet

    20/23

    Your name *

    E-mail *

    The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

    Homepage

    Comment *

    By submitting this form, you accept the Mollom privacy policy.

    Save Preview

    https://www.mollom.com/web-service-privacy-policy

  • 8/18/2019 Senarai Tempat Menarik Di Cameron Highland Untuk Dilawati _ Percutian Bajet

    21/23

    Be the first of your friends to like this

    Percutian Bajet4,113 likes

    Like Page Share

  • 8/18/2019 Senarai Tempat Menarik Di Cameron Highland Untuk Dilawati _ Percutian Bajet

    22/23

    Tanah Rata

    Century PinesResort Cameron

    Highland, Pahangs

    From

    RM156.24

    Book now

    Tanah Rata

    Heritage Hotel

    From

    RM188.00

    Book now

    Tanah Rata

     Jarzmin 3 RoomsApartment

    From

    RM180.00

    Book now

    http://www.percutianbajet.com/disclaimerhttp://www.percutianbajet.com/senarai-hotel-dan-resort-popular-di-malaysiahttp://www.percutianbajet.com/senarai-pantai-di-malaysia-yang-menarik-dan-popularhttp://www.percutianbajet.com/disclaimerhttp://www.percutianbajet.com/senarai-hotel-dan-resort-popular-di-malaysiahttp://www.percutianbajet.com/senarai-pantai-di-malaysia-yang-menarik-dan-popularhttp://www.percutianbajet.com/senarai-hotel-dan-resort-popular-di-malaysiahttp://www.percutianbajet.com/senarai-pantai-di-malaysia-yang-menarik-dan-popularhttp://www.percutianbajet.com/peraturanhttp://www.percutianbajet.com/panduan/iklan-penajahttp://www.percutianbajet.com/panduan/iklan-anda-belum-disiarkanhttp://www.percutianbajet.com/blog/masalah-upload-gambarhttp://www.percutianbajet.com/senarai-hotel-dan-resort-popular-di-malaysiahttp://www.percutianbajet.com/iklan-terlaranghttp://www.percutianbajet.com/disclaimerhttp://www.percutianbajet.com/privacy-policyhttp://www.percutianbajet.com/panduan/iklan-percuma-atau-berbayarhttp://www.percutianbajet.com/pulau-pulau-di-malaysia-yang-menarik-untuk-percutianhttp://www.percutianbajet.com/senarai-pantai-di-malaysia-yang-menarik-dan-popularhttp://www.percutianbajet.com/senarai-air-terjun-di-malaysia

  • 8/18/2019 Senarai Tempat Menarik Di Cameron Highland Untuk Dilawati _ Percutian Bajet

    23/23

    Login

    Follow us:

    Copyright percutianbajet.com© 2015, All Rights Reserved. Percutian Bajet - Pakej percutian dan tempat

    menarik.

    http://www.percutianbajet.com/rss-feed.xmlhttps://instagram.com/zarrazulaikha27http://www.percutianbajet.com/user/loginhttps://twitter.com/percutianbajethttp://www.facebook.com/pakejpercutianbajet