karangan respons terbuka tema keluarga

32
TEMA KELUARGA Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang. Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai anak, seseorang itu memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa, maka anak-anak mampu mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak hingga mencapai kejayaan merupakan tugas yang amat berat dan tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Oleh hal yang demikian, ibu bapa sentiasa memainkan pelbagai peranan untuk memastikan anak-anak cemerlang dalam pelajaran. Salah satu peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran ialah membesarkan anak-anak dalam suasana yang harmoni dan ceria. Keharmonian dan keceriaan menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan sihat. Hal ini demikian kerana kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga seperti pertelingkahan antara ibu bapa dan apa-apa jua masalah yang dapat mengganggu keharmonian dan kesejahteraan keluarga. Melalui cara ini, anak-anak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya dalam pelajaran mereka kerana tidak dibebani tekanan yang berat. Dalam hal ini, anak-anak akan dapat berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa gangguan dalam pelajaran mereka kerana mereka hidup dalam keadaan gembira dan seronok pada setiap hari. Tegasnya, ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang harmoni dan ceria sepanjang masa bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Selain itu, ibu bapa juga mestilah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak mereka dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan harian dan masa depan anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan atau kelakuan. Dalam kebanyakan keadaan, anak- anak lebih mempercayai dan meyakini kawan daripada ibu bapa sehingga merreka sukar untuk membezakan perkara yang baik dengan perkara yang buruk. Apabila anak-anak bergaul dengan rakan bermasalah, seperti ponteng sekolah, menghisap rokok, dan sebagainya, mereka akan mengikut jejak rakan sebaya mereka itu dan lama-kelamaan mereka tidak berminat untuk belajar. Untuk menangani hal ini, ibu bapa mestilah mengenali latar belakang setiap rakan sebaya anak mereka dan mengenal pasti perubahan yang berlaku kepada anak-anak mereka pada setiap masa. Melalui cara ini, ibu bapa akan dapat menangani sesuatu perkara yang melanda anak mereka lebih awal, bak kata pepatah beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.Seterusnya, ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan agama dan moral yang cukup. Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan kepada anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini bertepatan dengan tuntutan pepatah yang menyatakan melentur buluh biarlah daripada rebungya. Seruan ini memang betul kerana lazimnya anak-anak

Upload: balqis-husna

Post on 26-Dec-2015

197 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

karangan

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan Respons Terbuka Tema Keluarga

TEMA KELUARGA

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang. Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai anak, seseorang itu memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa, maka anak-anak mampu mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak hingga mencapai kejayaan merupakan tugas yang amat berat dan tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Oleh hal yang demikian, ibu bapa sentiasa memainkan pelbagai peranan untuk memastikan anak-anak cemerlang dalam pelajaran.

Salah satu peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran ialah membesarkan anak-anak dalam suasana yang harmoni dan ceria. Keharmonian dan keceriaan menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan sihat. Hal ini demikian kerana kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga seperti pertelingkahan antara ibu bapa dan apa-apa jua masalah yang dapat mengganggu keharmonian dan kesejahteraan keluarga. Melalui cara ini, anak-anak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya dalam pelajaran mereka kerana tidak dibebani tekanan yang berat. Dalam hal ini, anak-anak akan dapat berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa gangguan dalam pelajaran mereka kerana mereka hidup dalam keadaan gembira dan seronok pada setiap hari. Tegasnya, ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang harmoni dan ceria sepanjang masa bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

Selain itu, ibu bapa juga mestilah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak mereka dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan harian dan masa depan anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan atau kelakuan. Dalam kebanyakan keadaan, anak-anak lebih mempercayai dan meyakini kawan daripada ibu bapa sehingga merreka sukar untuk membezakan perkara yang baik dengan perkara yang buruk. Apabila anak-anak bergaul dengan rakan bermasalah, seperti ponteng sekolah, menghisap rokok, dan sebagainya, mereka akan mengikut jejak rakan sebaya mereka itu dan lama-kelamaan mereka tidak berminat untuk belajar. Untuk menangani hal ini, ibu bapa mestilah mengenali latar belakang setiap rakan sebaya anak mereka dan mengenal pasti perubahan yang berlaku kepada anak-anak mereka pada setiap masa. Melalui cara ini, ibu bapa akan dapat menangani sesuatu perkara yang melanda anak mereka lebih awal, bak kata pepatah “ beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.”

Seterusnya, ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan agama dan moral yang cukup. Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan kepada anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini bertepatan dengan tuntutan pepatah yang menyatakan “melentur buluh biarlah daripada rebungya.” Seruan ini memang betul kerana lazimnya anak-anak sukar dibentuk dan diperbetul setelah mereka melewati usia kanak-kanak. Apatah lagi, seperti kata bijak pandai, anak-anak itu diibaratkan kain putih, jadi ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Jika anak-anak tidak dibentengi dengan pendidikan agama dan moral sejak kecil, mereka dengan mudah akan dibanjiri pelbagai bentuk kejahatan yang akan merosakkan diri mereka. Pendidikan agama dan moral yang baik membolehkan anak-anak

Page 2: Karangan Respons Terbuka Tema Keluarga

menapis dan menepis segala bentuk kemungkaran dan hal ini membantu mereka memperoleh kejayaan dalam pelajaran dengan cemerlang.

Di samping itu, ibu bapa juga hendaklah berbincang dan bertukar-tukar pendapat dengan anak-anak tentang sesuatu perkara atau masalah yang timbul. Ibu bapa juga mestilah sentiasa mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi anak-anak dan tidak menjadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuk menjauhi anak-anak. Yang lebih penting, ibu bapa mestilah bersedia untuk menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak. Kesedihan anak-anak mestilah dikongsi bersama supaya segala masalah yang ditanggung mereka tidak terperap dan membengkak di dalam hati mereka. Biasanya, ana-anak yang memendam perasaan tidak dapat menumpukan perhatian mereka dalam pelajaran, dan dengan demikian menjadi salah seorang yang tercicir dalam pelajaran. Natijahnya, komunikasi dua hala dan perbincangan antara ibu bapa dengan anak-anak dapat melorongkan mereka ke gerbang kejayaan.

Sebagai kesimpulannya, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membantu kejayaan anak-anak. Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak sebelum nasi menjadi bubur. Sekiranya anak-anak terjebak dalam masalah social, keadaan akan menjadi semakin serius dan sukar untuk diselamatkan. Jika ibu bapa kurang memberikan perhatian terhadap masa depan anak-anak, mereka sangat sukar untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam mencorakkan masa depan anak-anak, khususnya untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

Page 3: Karangan Respons Terbuka Tema Keluarga

TEMA NEGARA

USAHA-USAHA UNTUK MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTIK DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI NEGARA KITA

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi.

Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.

Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik

Page 4: Karangan Respons Terbuka Tema Keluarga

dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.

Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang.

Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.

Page 5: Karangan Respons Terbuka Tema Keluarga

TEMA INDIVIDU

SETIAP MURID MEMPUNYAI CITA-CITA TERSENDIRI UNTUK BERJAYA DALAM HIDUP TERMASUK MENCAPAI KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN DALAM PEPERIKSAAN/CITA-CITA./ USAHA UNTUK MENCAPAI CITA-CITA

Setiap murid pasti mempunyai keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat dicapai sekiranya murid-murid berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah sesuatu yang susah untuk dicapai sekiranya murid itu sendiri mempunyai azam yang tinggi untuk mencapainya. Murid-murid tidak sepatutnya menganggap perkara ini sesuatu yang remeh atau mudah kerana keputusan peperiksaanlah yang akan menjamin masa hadapan seseorang pelajar. Oleh itu, murid-murid janganlah menyesal pada masa hadapan disebabkan tidak dapat memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan bak kata orang tua-tua “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna”. Oleh sebab itu, saya sebagai salah seorang murid, saya harus berusaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang sepatutnya saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti?

Langkah yang pertama yang akan saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan ialah saya akan sentiasa memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar di bilik darjah. Apabila saya memberi perhatian ketika seseorang guru sedang mengajar sudah tentulah sesuatu pembelajaran tersebut akan cepat diserap masuk ke dalam minda saya. Bahkan seorang pakar psikologi pernah mengatakan bahawa “ lima puluh peratus kejayaan pelajar-pelajar adalah disebabkan kerana mereka memberikan sepenuh perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Saya juga akan terlibat secara aktif ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan agar dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang ceria supaya saya tidak akan berasa bosan dan secara tidak langsung saya akan dapat mengingati apa-apa yang disoal atau ditanya oleh guru serta apa-apa yang saya sebut atau yang saya ulangi. Saya juga akan menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru supaya saya akan lebih memahami sesuatu topik dan tidak ketinggalan. Saya juga akan bertanya kepada guru-guru sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang saya kurang fahami kerana berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan dan telah mendapati bahawa kebanyakan kecemerlangan pelajar-pelajar dalam peperiksaan adalah disebabkan oleh pelajar-pelajar yang sentiasa mengemukakan soalan-soalan sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang kurang difahami oleh mereka. Tegasnya, memberi tumpuan ketika guru-guru sedang mengajar dan dengan menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru merupakan salah satu langkah dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

Selain itu, saya akan menguruskan masa dengan bijak dan baik. Saya akan menyediakan jadual waktu belajar dan saya akan mengikutinya dengan tegas sekiranya saya ingin mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Hal ini demikian kerana berdasarkan satu kajian, jadual waktu belajar dapat membantu para pelajar menguruskan masa secara berkesan supaya mereka akan mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulang kaji pelajaran dengan lebih menyeluruh dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. Malah, jika saya mengikut jadual waktu belajar yang telah saya tetapkan dengan apabila peperiksaan sudah hampir kerana peribahasa menyatakan bahawa sediakan payung sebelum hujan. Tambahan pula, kebanyakan pelajar yang berjaya biasanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah membuat persiapan awal. Manakala, pelajar-pelajar yang tidak membuat persiapan awal kerana mereka terlalu leka membuang masa dan tidak berpegang kepada pepatah “masa itu

Page 6: Karangan Respons Terbuka Tema Keluarga

emas” dan “masa yang lalu tidak akan kembali” maka mereka tidak dapat menghabiskan semua tajuk-tajuk sebelum tiba peperiksaan. Jelasnya, pengurusan masa yang cekap akan memberi saya masa yang cukup untuk membuat persediaan awal supaya saya dapat mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan saya duduki nanti.

Pada waktu yang sama, untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya akan membuat lebih banyak latihan dan saya juga akan mengulang kaji pelajaran secara berterusan. Ungkapan yang dipetik daripada Bahasa Inggeris iaitu, “practice makes perfect”. Kalau ungkapan ini ditukarkan ke dalam Bahasa Melayu, maka ungkapannya akan menjadi, “praktis asas kecemerlangan”. Kedua-dua ungkapan ini membawa maksud yang sama iaitu jikalau seorang itu membuat latihan yang banyak maka dia akan mencapai kecemerlangan dalam hidup.saya akan membuat latihan bagi setiap mata pelajaran setelah selesai mengulang kaji sesuatu topik. Hal ini kerana saya akan lebih menguasai sesuatu topik dan secara tidak langsung saya akan biasa dengan jenis-jenis soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan. Saya juga akan membuat ulang kaji secara berterusan bak kata pepatah “ sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain” dan “ sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit”. Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan saya akan membuat ulang kaji secara berterusan untuk memastikan saya tidak akan ketinggalan dalam pelajaran dan terutamanya dalam mata pelajaran sains. Tegasnya, saya membuat lebih banyak latihan dan jika saya mengulang kaji pelajaran secara berterusan, pasti saya akan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti.

Seterusnya, saya akan mengikuti kelas tuisyen. Jika saya segan bertanya guru-guru di sekolah, bolehlah saya bertanya kepada guru-guru yang mengajar di kelas tuisyen tetapi saya juga perlulah menghapuskan perasaan segan bertanya kepada guru-guru di sekolah kerana bak kata pepatah “malas berkayuh perahu hanyut”, “segan bertanya sesat jalan”. Malahan, jika saya tidak memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru-guru di pusat tuisyen, maka bolehlah saya bertanya kepada guru-guru yang mengajar di kelas tuisyen. Tambahan pula, jika terdapat sesuatu topik itu diajar dua kali, maka saya akan mudah ingat dan saya juga akan menguasai sesuatu topik itu. Contohnya, di sekolah yang diajar topik yang sama yang telah diajar di pusat tuisyen terlebih dahulu, maka saya akan lebih faham. Di samping itu, saya juga boleh mengikuti program di sekolah kerana ini juga membantu saya untuk mencapai kecemrlangan dalam peperiksaan. Saya akan menyertai segala program-program yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Minggu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Teknik Menjawab Soalan-soalan dan lain-lain lagi. Sekiranya saya menyertai dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, saya akan didedahkan dengan jenis-jenis soalan dan latihan yang kerap kali akan ditanya dalam peperiksaan. Jelasnya, penyertaan saya dalam program-program sekolah dan mengikuti kelas-kelas tuisyen merupakan salah satu langkah bagi saya untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

Langkah yang berikutnya ialah saya akan bersikap sabar, tabah dan tidak mudah putus asa. Saya tidak akan dapat cepat mengalah apabila saya gagal dalam sesuatu buat kali pertama dan kedua, malah saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk lulus dalam sesuatu perkara kerana saya berpegang pada prinsip, “gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya”. Saya juga akan tabah apabila terdapat apa-apa masalah atau cabaran yang saya hadapi. Seseorang yang ternama pernah menyatakan bahawa jika seseorang itu berjaya dalam hidupnya, tentu dia telah memenuhi kegagalan beberapa kali kerana untuk mencapai sesuatu tentu ada kekangan yang akan kita tempuhi. Contohnya, jika saya gagal mendapat penyelesaian untuk sesuatu soalan, saya tidak akan putus asa, malah saya akan mencuba beberapa kali sehingga saya mendapat penyelesaiannya. Tegasnya, saya perlu bersikap sabar,

Page 7: Karangan Respons Terbuka Tema Keluarga

tabah dalam menghadapi halangan dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan dan sayatidak akan mudah putus asa untuk memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan.

Akhir sekali, saya juga akan mematuhi segala nasihat daripada kedua-dua ibu bapa saya dan saya juga akan sentiasa berdoa kepada Tuhan. Kata orang tua-tua, “Tuhan hanya akan menolong dan memberkati hidup anak yang taat kepada ibu bapa”, Kenyataan ini pasti benar kerana orang-orang tua mempunyai lebih banyak pengalaman. Saya akan sentiasa patuh pada nasihat dan asuhan ibu bapa kerana saya sedar bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu. Misalnya, ibu bapa saya akan selalu menasihati saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Oleh itu, saya akan berusaha secara gigih untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Segala doa dan dorongan ibu bapa, saya tahu walaupun betapa tabah atau bijak mana saya sekali pun, saya tidak mungkin dapat memperoleh kejayaan yang cemerlang yang saya ingini tanpa doa, restu dan dorongan daripada kedua-dua ibu bapa saya. Malah, saya juga akan sentiasa berdoa kepada Tuhan supaya saya tidak akan jatuh sakit pada hari peperiksaan kerana manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya. Jelasnya, untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya perlulah mematuhi segala nasihat kedua-dua ibu bapa saya dan saya juga akan sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Tuhan atas segala pemberianNya.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya perlulah mengikuti langkah-langkah yang telah saya tulis dalam perenggan di atas. Saya perlu mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan agar masa depan saya tidak gelap tetapi terang dengan cahaya iaitu kejayaan. Kejayaan dalam peperiksaan adalah diibaratkan pelita yang menjadi penyuluh kepada kita pada malam-malam yang gelap-gelita. Tanpa kecemerlangan dalam peperiksaan kerana ini akan menentukan masa depan kita, kita akan hidup teraba-raba dalam kegelapan. Oleh itu, saya akan belajar berungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan ibarat genggam bara api biar sampai jadi arang.

Page 8: Karangan Respons Terbuka Tema Keluarga

TEMA INDIVIDU

KESAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DALAM KALANGAN PELAJAR

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, penggunaan telefon bimbit telah menjadi satu keperluan kepada kebanyakan umat manusia. Dahulu, hanya golongan kaya yang menggunakan telefon bimbit, tetapi kini, dalam kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik marcapada ini, kebanyakan golongan dewasa, remaja dan pelajar serta murid sekolah rendah juga berupaya menggunakan telefon bimbit. Remaja dan murid sekolah rendah turut mengikut jejak orang dewasa menggunakan telefon bimbit. Pernahkah terlintas dalam benak kita tentang implikasi penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar? Oleh hal yang demikian, implikasi baik dan buruk yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan telefon bimbit dapat mengeratkan silaturahim dan ukhuwah. Pelajar dapat berinteraksi dengan orang lain di segenap empat penjuru dunia pada bila-bila masa kerana segalanya di hujung jari. Selain itu, pelajar juga boleh menghantar mesej melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau Khidmat Pesanan Multimedia (MMS). Sebagai contoh, seorang mahasiswa yang melanjutkan pelajaran di Rusia dapat menghubungi keluarganya yang berada di Malaysia dengan menggunakan telefon bimbit. Sekiranya mahasiswa tersebut tidak mempunyai telefon bimbit, dia terpaksa menggunakan telefon awam di luar negara untuk menelefon ahli keluarganya. Intihanya, kita perlu mengapresiasikan penggunana telefon bimbit kerana afdal untuk mengukuhkan hubungan.

Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah penggunaan telefon bimbit juga menimbulkan impak negatif. Seyogianya pelajar perlu mengurangkan penggunakan telefon bimbit kerana penggunaan telefon bimbit merupakan pembaziran. Hal ini dikatakan demikian kerana golongan remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang juga ingin mempunyai model telefon bimbit terbaru apabila melihat kawan lain juga memilikinya. Bukan itu sahaja, terdapat juga pelajar terpaksa menanggung bil telefon yang mahal kerana kerap menelefon dan berbual-bual dengan kawan walaupun mengetahui kadar bayarannya. Sebenarnya, mereka sepatutnya mengukur baju di badan sendiri dan jangan nanti sudah terhantuk baru tengadah. Bak kata pepatah melayu,”ingat sebelum kena, jimat sebelum habis”. Oleh itu, pelajar harus mengurangkan penggunaan telefon bimbit supaya dapat mengelakkan pembaziran

Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sememangnya menjejaskan pelajaran mereka. Hal ini berlaku kerana pelajar menggunakan telefon bimbit tanpa kawalan. Mereka sering menghantar mesej kepada kawan untuk perbualan kosong. Selain itu, kita acapkali tersentak dengan masalah “pasangan” yang berlaku di bangku sekolah. Penggunanan telefon bimbit dalam kalangan pelajar akan menimbulkan lagi masalah tersebut. Tambahan pula, sekiranya pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka tidak akan menumpukan perhatian untuk belajar tetapi leka dengan permainan video. Mereka juga terpaksa menanggung risiko kehilangan telefon bimbit. Konklusinya, pelajar tidak mementingkan pelajaran seandainya mereka mempunyai telefon bimbit.

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, penggunaan telefon bimbit juga akan menjejaskan kesihatan pelajar. Kebanyakan perkhidamatan telefon bimbit seperti perkhidmatan telefon, GPRS(General Packet Radio Service), khidmat pesanan ringkas (Short Message Service, SMS), khidmat pesanan multimedia (Multimedia Message Service, MMS),

Page 9: Karangan Respons Terbuka Tema Keluarga

dikenakan bayaran. Hal ini menyebabkan sesetengah pelajar sanggup mengikat perut dan berlapar untuk membayar bil telefon bimbit. Mereka telah menyalahgunakan wang saku yang diberi oleh ibu bapa mereka. Selain itu, telefon bimbit akan mengeluarkan gelombang semasa kita menjawab telefon dan akan mengganggu fungsi saraf otak sehingga menyebabkan barah atau kanser. Tuntasnya, pelajar sepatutnya tidak menggunakan telefon bimbit. Bak kata pepatah, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”.

Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar mendatangkan lebih banyak kesan buruk daripada kesan baik. Pelajar seyogianya memanfaatkan kebaikan dan mengelakkan keburukan penggunaan telefon bimbit kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Bak kata pepatah, genggam bara api biarlah sampai jadi arang, justeru itu, langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik perlu dilaksanakan oleh semua pihak secara berterusan dan jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja untuk membasmi masalah yang timbul ekoran daripada penggunaan telefon bimbit serta melahirkan remaja yang berwawasan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Page 10: Karangan Respons Terbuka Tema Keluarga

TEMA NEGARA

Langkah memajukan sukan negara.

Sukan di negara ini mengalami zaman kemelesetan yang begitu ketara kerana tiada lagi kejayaan yang diraih seperti awa tahun 50-an, 60-an atau 80-an. Keadaan ini telah menimbulkan rungutan pelbagai pihak terutama peminat sukan di negara ini. Media massa pula asyik mengeluarkan pelbagai teori dan langkah untuk menangani masalah sukan di negara ini tanpa hasil jua. Jelaslah, ada pelbagai tindakan drastik yang boleh dilakukan oleh semua pihak.

      Sudah pasti perubahan minda masyarakat harus berlaku terutama persepsi mereka terhadap sukan. Anggapan bahawa sukan tidak memberi apa-apa kesan atau tiada prospek ekonomi harus dikikis dengan segera. Sukan sama juga seperti kerjaya lain jika dilakukan dengan betul, sistematik dan tabah berupaya menyumbangkan sumber kewangan yang lumayan kepada penggamalnya. Oleh itu, perubahan paradigma masyarakat hendaklah berubah selaras dengan perubahan zaman yang mengutamakan sukan di peringkat global.

      Selain itu, kerajaan harus memberikan ganjaran yang setimpal kepada ahli sukan yang berjaya di dalam kejohanan peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Sumbangan dalam bentuk kewangan atau pemberian latihan berupaya menyuntik semangat baru kepada ahli sukan untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih baik lagi. Pemberian insentif ini juga memberi satu harapan kepada golongan muda terutama kanak-kanak untuk mempunyai impian menjadi ahli sukan dan menerima ganjaran itu. Jadi, ganjaran kepada ahli sukan perlulah wujud dan usahlah kita menganggap pemberian ganjaran ini tidak penting dalam pembangunan sukan negara.

      Jika kita mahu memiliki kelompok ahli sukan yang ramai dan baik, sudah pasti pembinaan kemudahan sukan ditingkatkan. Pembinaan stadium, gelanggang dan padang menjadikan acara sukan lebih mudah dan murah untuk disertai oleh masyarakat di negara ini. Keadaan ini menyebabkan kemahiran asas dalam sesuatu asas sukan itu sudah dimiliki oleh masyarakat di negara ini dan hanya perlu digilap sahaja oleh jurulatih negara apabila tiba masanya. Sesungguhnya, pembinaan kemudahan sukan menjamin negara memiliki satu kelompok ahli sukan yang berwibawa.

      Tambahan pula, negara boleh menganjurkan kejohanan sukan bertaraf dunia di negara ini. Penganjuran sukan sebegini memberi peluang kepada ahli sukan negara untuk bersaing dengan ahli-ahli sukan dunia yang sememangnya lebih baik. Persaingan yang hebat ini menjadikan ahli sukan kita lebih fokus dan menyedari kelemahan serta mampu meningkatkan kualiti diri mereka sejajar dengan pengalaman yang diperoleh. Maka, lebih banyak penganjuran acara sukan dunia di negara ini, semakin bertambahlah mutu ahli sukan kita.

      Bagaimana dengan juruatih? Sudah pasti pengambilan jurulatih berpengalaman terutama dari negara luar berupaya menyuntik teknik baru kepada latihan ahli sukan kita. Jurulatih asing yang berpengalaman ini mampu melihat kelemahan dan mengatasi kelemahan ahli sukan kita dengan pantas kerana mereka berpengalaman. Dalam masa yang sama jurulatih asing ini boleh membuat program untuk melatih jurulatih tempatan atau berkongsi pengalaman dengan mereka untuk merangka satu sistem latihan yang baik. Jadi, jurulatih asing boleh membawa perubahan drastik terhadap mutu sukan kita.

      Konklusinya, mutu sukan di negara ini boleh berubah. Cuma kegagalan persatuan-persatuan sukan untuk melihat secara positif dan masalah konflik dalaman persatuan yang menyebabkan mutu sukan kita terus menjunam. Masyarakat sudah muak dengan alasan demi alasan yang diberikan setiap kali

Page 11: Karangan Respons Terbuka Tema Keluarga

ahli sukan kita mengalami kekalahan. Sikap 'menuding jari' membuktikan betapa kita banyak menyalahkan orang lain tanpa mahu berubah.

Page 12: Karangan Respons Terbuka Tema Keluarga

TEMA KELUARGA

Keluarga Bahagia

“Rumahku Syurgaku” , demikian slogan untuk keluarga yang bahagia kerana rumah merupakan syurga yang menyeronokkan. Kebahagiaan bermula dari rumah. Kebahagiaan bukan terletak pada kemewahan tetapi pada sikap dan perasaan kasih sayang.

Keluarga bahagia merupakan asas kesejahteraan dan kemakmuran sesebuah negara. Oleh itu, peranan ibu bapa penting dalam menyemai benih-benih kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapa mestilah meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak di rumah dan mendidik mereka menjadi insan yang berguna kepada negara. Ibu bapa sendiri perlu bertolak ansur dan saling memahami supaya menjadi teladan kepada anak-anak.

Keluarga bahagia dapat melahirkan anak-anak yang penyayang seterusnya menjaga anak-anak bagai menatang minyak yang penuh dapat membentuk masyarakat penyayang. Sekiranya kita dapat membina sebuah masyarakat, negara akan tenteram dan tiada sengketa sesama sendiri. Pembentukan masyarakat penyayang akan dapat melahirkan masyarakat yang prihatin terhadap warga tua dan golongan miskin. Hasilnya kita akan dapat membina sebuah negara yang aman dan damai bersesuaian dengan Wawasan 2020. Pembentukan keluarga bahagia menjadi tonggak masyarakat penyayang.

Seandainya sesebuah keluarga itu bahagia, sudah tentu anak-anak mempunyai nilai moral yang baik. Hal ini dapat menghalang anak-anak daripada terjebak dalam kegiatan yang tidak diingini seperti jenayah dan penagihan dadah. Negara kita bertuah sekiranya remaja hari ini mempunyai moral yang tinggi kerana mereka merupakan bakal pemimpin yang akan menerajui negara pada masa hadapan.

Anak-anak daripada keluarga yang bahagia pasti hidup lebih selesa dan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran. Hal ini mendorong mereka lebih berjaya dalam pelajaran. Anak-anak yang berpendidikan, penting kepada negara kerana mereka merupakan aset yang dapat merupakan aset yang dapat membangunkan negara menjadi sebuah negara maju.

Anak-anak yang dilahirkan dalam keluarga bahagia mempunyai fikiran yang tenang dan bermotivasi tinggi. Mereka akan dapat membantu negara mencapai cita-cita menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Negara kita memerlukan rakyat yang mempunyai daya saing yang tinggi kerana mereka akan dapat menyumbang tenaga ke arah pembangunan negara.

Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, kita perlu melahirkan masyarakat yang saling berkompromi. Sikap ini hanya dapat diwujudkan melalui pembentukan keluarga bahagia. Melalui keluarga bahagia juga kita dapat melahirkan masyarakat penyayang, prihatin, dan berakhlak tinggi. Oleh itu, peranan ibu bapa, kerajaan, dan media massa penting dalam mewujudkan sebuah negara yang sejahtera dan makmur.

Page 13: Karangan Respons Terbuka Tema Keluarga

TEMA KELUARGA

Keprihatinan dan Kasih Sayang terhadap anak-anak

Mutakhir ini, begitu banyak gejala sosial yang berlaku dalam kalangan remaja sehingga membimbangkan semua pihak khususnya kerajaan. Hal ini demikian kerana, remaja merupakan aset negara pada masa depan. Di tangan remaja hari inilah terletaknya jatuh bangunnya negara pada masa akan datang. Remaja yang terlibat dalam gejala sosial pada hari ini sudah tentu tidak boleh diharapkan untuk menentukan hala tuju negara kerana kegagalan mereka menguruskan diri sendiri. Oleh itu, langkah yang proaktif dan bersinergi perlu dilakukan untuk meletakkan remaja di landasan yang betul supaya peranan mereka dapat dikembalikan dan dapat diharapkan menjadi tonggak kemajuan negara. Dalam hal ini, peranan utama haruslah bermula daripada ibu bapa kerana hubungan yang akrab antara ibu bapa dengan anak sejak lahir boleh digembleng ke arah melahirkan generasi remaja yang mempunyai jati diri yang utuh.

Perkara penting yang harus dilakukan oleh ibu bapa untuk meningkatkan keprihatinan dan kasih sayang kepada anak-anak adalah dengan memberikan pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak. Pendidikan agama ini meliputi pendidikan al-Quran, ibadah solat, akhlak, dan keimanan kepada Tuhan. Input keagamaan ini penting supaya anak-anak kecil ini sudah diasuh dan dididik tentang konsep dosa pahala dan syurga neraka. Malahan, anak-anak harus diingatkan bahawa Tuhan sentiasa memerhatikan apa-apa yang dilakukan oleh mereka. Anak-anak juga harus diingatkan bahawa Tuhan sentiasa memerhatikan apa-apa yang dilakukan oleh mereka. Kesedaran seperti ini amat penting sebagai benteng untuk mempertahankan diri anak-anak daripada pengaruh gejala sosial yang semakin berleluasa pada masa ini. Benteng keagamaan ini akan meningkatkan jati diri anak-anak kerana mereka tidak mudah terpengaruh kerana sedar akan balasan buruk yang akan diterima oleh mereka. Kajian mendapati anak-anak yang menerima pendidikan agama secara sistematik sejak kecil akan membesar secara sempurna kerana mereka mempunyai hala tuju yang jelas dalam kehidupan mereka.

Selain itu, ibu bapa juga haruslah bersikap prihatin dan penyayang kepada anak-anak. Dunia hari ini menyaksikan ibu bapa semakin sibuk dengan kerjaya masing-masing sehinggakan masa bersama-sama dengan anak-anak semakin kurang. Malahan, ada ibu bapa yang meninggalkan anak-anak berbulan-bulan lamanya di bawah jagaan pengasuh atau datuk dan nenek. Anak-anak sedemikian mengalami kekurangan dari segi kasih sayang ibu bapa. Walaupun mereka diberikan kasih sayang oleh pihak lain tetapi mereka masih kekurangan sentuhan dan perhatian ibu bapa yang sejati. Kekurangan kasih sayang ini adakalanya menjadikan anak-anak memberontak kerana mahu perhatian daripada ibu bapa. Dengan itu, ibu bapa sebagai watak terpenting dalam membina kebahagiaan rumah tangga sejajar dengan konsep “rumahku syurgaku” haruslah memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak. Walau sesibuk manapun ibu bapa, anak-anak haruslah dibelai dan diberikan perhatian oleh ibu bapa. Dalam zaman yang canggih ini, ada banyak kaedah yang boleh meningkatkan komunikasi ibu bapa dengan anak-anak seperti menggunakan telefon bimbit, e-mel, atau Internet. Perhatian sebegini walaupun kecil tetapi sudah cukup kepada anak-anak bahawa mereka sentiasa disayangi oleh ibu bapa.

Disamping itu, ibu bapa haruslah meningkatkan hubungan dua hala dengan pihak sekolah. Hubungan ini penting supaya ibu bapa dapat mengetahui sikap, displin, dan tahap pembelajaran anak-anak mereka di sekolah. Malahan, keprihatinan ibu bapa ini akan menjadikan anak-anak lebih siaga kerana sedar bahawa tindak-tanduk mereka sentiasa diketahui oleh ibu bapa kerana hubungan yang baik ibu bapa dengan pihak sekolah. Selain itu, ibu bapa juga harus menghadiri apa-apa sahaja kegiatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah yang melibatkan anak-anak mereka. Umpamanya, ibu bapa

Page 14: Karangan Respons Terbuka Tema Keluarga

mengahadiri mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru, kem ibadah, hari anugerah, dan kegiatan sukan. Kehadiran ibu bapa ini besar ertinya kepada anak-anak. Mereka akan berasa disayangi dan dihargai oleh ibu bapa kerana setiap aktiviti yang disertai oleh mereka mendapat penghargaan oleh ibu bapa. Namun demikian, banyak ibu bapa yang tidak sedar akan kepentingan perkara ini walhal perkara ini amat besar impaknya dalam perkembangan emosi anak-anak serta mengeratkan hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak.

Ibu bapa juga haruslah mengawal kegiatan anak-anak terutama kegiatan yang boleh menjurus mereka ke dalam kancah gejala sosial. Kegiatan tersebut ialah seperti melepak, penggunaan Internet, dan telefon bimbit. Hal ini demikian kerana, kegiatan tersebut menjadi wadah pertama untuk anak-anak terlibat dalam gejala sosial. Gejala lepak umpamanya akan menyebabkan anak-anak bergaul dengan rakan-rakan yang tidak tentu akhlak dan hala tujunya. Malahan, rakan sebegini mudah mempengaruhi anak-anak untuk terlibat dalam kegiatan jenayah. Selain itu, penggunaan internet tanpa kawalan ibu bapa menyebabkan anak-anak mudah dipengaruhi oleh rakan Internet untuk terlibat dalam kegiatan seks bebas dan jenayah yang lain. Dalam hal ini, kawalan ibu bapa penting supaya anak-anak sedar akan batas-batas kegiatan mereka. Anak-anak yang masih berfikiran mentah sudah tentu tidak dapat menilai buruk kegiatan mereka. Malahan, anak-anak mudah dipengaruhi dan diperalatkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan mereka. Ibu bapa harus menjadi penyelamat kepada anak-anak agar tidak terlibat dengan gejala negatif tersebut. Janganlah apabila nasi sudah menjadi bubur barulah ibu bapa hendak mengambil tindakan.

Kesimpulannya, gejala sosial yang berlaku pada hari ini harus dan mesti ditangani sehabis daya oleh ibu bapa kerana di tangan merekalah anak-anak terasuh secara sempurna. Sebagai ibu bapa yang beramanah dan bertanggungjawab, pendidikan anak-anak haruslah diteruskan sehingga bila-bila. Ibu bapa jangan sesekali menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada pihak lain kerana anak-anak merupakan masa depan ibu bapa. Ingatlah ungkapan pujangga yang mengatakan “jika anak-anak tidak dilatih, apabila besar ibu bapa letih”. Oleh itu, tingkatkanlah keprihatinan dan kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak supaya gejala sosial dapat dikurangkan.

Page 15: Karangan Respons Terbuka Tema Keluarga

TEMA INDIVIDU

Persediaan Remaja Dalam Menghadapi Cabaran Hidup

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Pengetua sekolah, dif-dif kehormat, panel hakim, guru-guru, dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah “Persediaan Remaja dalam Menghadapi Cabaran Hidup Moden”.

Sebelum saya memperkatakan perkara ini dengan lebih lanjut, wajarlah saya menjelaskan beberapa frasa penting yang menjadi tajuk syarahan ini terlebih dahulu. “Persediaan remaja” bererti langkah yang perlu dilakukan oleh remaja, manakala frasa “cabaran hidup moden” bermakna halangan yang bakal ditempuhi pada zaman moden ini. Secara umumnya, tajuk ini bermaksud langkah yang perlu dilakukan oleh remaja untuk membolehkan mereka menempuh cabaran hidup yang pelbagai pada hari ini dan pada masa akan datang.

Hadirin sekalian,

Perkara penting yang perlu dilakukan remaja ialah melengkapkan diri dengan pengetahuan agama mengikut kepercayaan masing-masing. Hal ini demikian kerana, setiap agama mengajar umatnya melakukan kebaikan. Semua agama juga melarang penganutnya menimbulkan angkara. Dengan memiliki ilmu keagamaan yang kukuh, remaja memiliki benteng yang kuat pada diri masing-masing agar tidak mudah terpengaruh oleh pelbagai masalah sosial yang sering dikaitkan dengan mereka pada hari ini. Ertinya, melalui penghayatan ajaran agama, remaja dapat membebaskan diri daripada terlibat dalam penyalahgunaan dadah, pelacuran, dan pelbagai kegiatan jenayah misalnya mencuri, memeras ugut, ataupun membunuh.

Hidup pada zaman moden sangat mementingkan ilmu pengetahuan. Sehubungan itu, remaja kini perlu berusaha untuk menimba ilmu pengetahuan dengan bersungguh-sungguh. Selain mempelajari ilmu pengetahuan secara formal di sekolah, remaja juga sewajarnya menjadikan amalan membaca sebagai budaya. Dalam soal pembacaan, sikap masyarakat Barat wajar kita contohi. Golongan remaja tidak sepatutnya mencontohi perlakuan negatif mereka, sedangkan amalan positif mereka diketepikan bak kata orang jangan bercermin di air keruh. Di samping itu, remaja juga hendaklah memanfaatkan kemudahan sains yang lain, khususnya Internet untuk menimba ilmu pengetahuan tentang pelbagai perkara. Dengan demikian, remaja tidak kekurangan maklumat, sebaliknya mengetahui perkembangan semasa yang berlaku di dunia tidak seperti katak di bawah tempurung.

Hadirin yang dihormati,

Kemahiran juga amat penting dalam dunia moden pada hari ini. Sehubungan dengan itu, remaja hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran tertentu yang diminati. Antaranya ialah kemahiran dalam bidang pembuatan, pertanian, seni, atau kemahiran dalam perkomputeran. Selain itu, kemahiran berbahasa, terutama bahasa Inggeris juga penting dalam dunia kini. Dengan memiliki kemahiran tersebut, remaja lebih mudah bersaing untuk memperoleh pekerjaan. Sebagaimana yang sudah kita sedia maklum, antara punca pengangguran dalam kalangan siswazah di negara ini pada hari ini adalah kerana kekurangan kemahiran yang diperlukan oleh sesebuah organisasi. Ijazah yang dimiliki belum tentu menjamin seseorang mendapat pekerjaan tanpa sebarang kemahiran. Oleh itu, remaja perlu peka dan bersedia merebut segala peluang yang tersedia untuk memiliki kemahiran yang diperlukan.

Dari aspek yang lain pula, golongan remaja hendaklah membiasakan diri mereka mengamalkan nilai-nilai murni, misalnya hormat-menghormati, saling membantu, bersyukur, rajin, dan sebagainya. Perkara ini sukar menjadi identiti seseorang tanpa amalan dari awal, khususnya ketika peringkat

Page 16: Karangan Respons Terbuka Tema Keluarga

remaja. Selain disenangi oleh orang ramai, masyarakat yang sedemikian sememangnya menjadi matlamat negara, iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju mengikut acuan sendiri. Ertinya, kita mahu menjadikan rakyat dan negara ini maju tanpa menjejaskan moral dan akhlak, bukannya seperti kemajuan di Barat yang mengetepikan soal moral masyarakat. Sebagai langkah awal, remaja hendaklah mengikuti segala nasihat ibu bapa dan guru. Remaja hendaklah melihat aspek nilai murni, moral dan akhlak sebagai sebahagian daripada agenda kehidupan harian mereka. Lagipun, aspek nilai juga selaras dengan ajaran agama.

Semangat dan keyakinan amat penting dalam menentukan kejayaan seseorang menempuh pelbagai cabaran. Adakah rakan-rakan masih ingat akan Dato’ Azhar Mansur dan Dato’ Malek Maidin? Kejayaan mereka mengelilingi dunia dan menawan Selat Inggeris berpunca daripada semangat dan keyakinan yang kukuh dalam diri mereka. Dalam perkara ini, slogan “Malaysia Boleh” yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia perlu dihayati. Sebagai pelajar, kita harus menjadikan slogan tersebut sebagai senjata untuk menghadapi sikap “malas” yang telah banyak menggelapkan masa depan individu, terutama remaja. Kejayaan tidak mustahil menjadi milik kita sekiranya kita berjaya mengatasi cabaran. Dalam perkara ini, semangat yang kuat dan keyakinan yang tinggi perlu menjadi milik setiap remaja pada hari ini.

Hadirin yang dihormati,

Remaja ialah aset penting negara kerana golongan inilah yang bakal menerajui negara pada masa akan datang. Kalau tidak pun, sekurang-kurangnya mereka menjadi pemimpin keluarga suatu hari nanti. Sekiranya nasihat ibu bapa, guru, dan mereka yang berpengalaman dijadikan panduan, matlamat yang kita harapkan akan menjadi kenyataan. Sebelum saya mengundurkan diri, saya mohon ampun dan maaf atas sebarang kesilapan yang mungkin berlaku sama ada saya ssedari atau tidak. Sekian, terima kasih.

Page 17: Karangan Respons Terbuka Tema Keluarga

TEMA INDIVIDU

Langkah-langkah Untuk Menggalakkan Remaja Meminati Sastera

Kesusateraan Melayu telah lama wujud dalam masyarakat setempat di negara kita. Kesusateraan dapat didefinisikan sebagai hasil seni dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Masyarakat dahulu memperdengarkan sastera kepada anak-anak muda dengan tujuan membentuk akhlak dan sahsiah yang baik serta sebagai suatu bentuk pengajaran untuk dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan harian. Kesusateraan dapat memperlihatkan keindahan bahasa Malaysia yang pada suatu ketika dahulu menjadi bahasa perantaraan atau lingua franca di kawasan Asia Tenggara. Namun, pada zaman globalisasi dan era teknologi moden yang serba canggih ini, masyarakat sekarang, terutamanya remaja, tidak mengendahkan bidang kesusateraan lagi. Remaja kini lebih mengagungkan budaya Barat dan menganggap kesusasteraan Melayu sebagai kolot dan ketinggalan zaman. Oleh itu, untuk mengelakkan bidang ini terus dipinggirkan, pelbagai usaha perlulah dilaksanakan.

Untuk memastikan remaja supaya meminati sastera, badan-badan kerajaan swasta harus tampil ke hadapan dan melaksanakan usaha-usaha untuk menarik minat remaja terhadap sastera. Salah satu badan yang terlibat ialah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Badan ini perlulah bergiat aktif dalam usaha untuk menarik minat masyarakat memahami bidang kesusasteraan di negara kita. Sebagai contohnya, penganjuran pertandingan-pertandingan untuk remaja seperti pertandingan penulisan cerpen dan sayembara puisi dapat menarik minat remaja untuk menyertainya. Bagi remaja-remaja yang dikesan bakatnya, DBP harus melakukan sesuatu agar bakat mereka tidak terbiar begitu sahaja. Bakat mereka haruslah dipertajam dan diberi pendedahan dan bimbingan yang secukupnya agar mereka merasa lebih dihargai dan akan berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk maju. Hal ini akan dapat melahirkan generasi yang meminati sastera pada masa hadapan.

Media massa merupakan satu wadah yang penting untuk menyebarkan maklumat kepada rakyat. Media massa dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu media elektronik dan media cetak. Media elektronik yang paling berpengaruh ialah televisyen. Dianggarkan sebanyak 23 juta orang rakyat Malaysia menonton televisyen setiap hari. Oleh itu, banyak maklumat berkaitan dengan sastera dapat dipaparkan untuk tontonan semua lapisan rakyat. Sebagai contohnya, penyiaran filem-filem lama seperti filem-filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, seperti “Hang Tuah” dapat menyemai minat remaja terhadap sastera. Slot-slot sastera seperti pembacaan pantun dan deklamasi sajak yang pernah diselitkan selepas siaran “Berita Jam 6” dan sebelum azan Maghrib di TV1 merupakan usaha yang baik untuk menerapkan nilai-nilai sastera dalam diri remaja. Hal ini membolehkan remaja menontonnya bersama-sama dengan seisi keluarga. Pembikinan filem-filem animasi yang menyelitkan kisah-kisah legenda seperti “Silat Lagenda” dan “Putih” merupakan salah satu alternatif bagi menarik minat kanak-kanak, umumnya, dan remaja, khususnya, kepada sastera. Penggunaan teknologi moden dan canggih membuktikan bahawa sastera mampu untuk maju untuk seiring dengan era serba moden ini kepada remaja.

Pendidikan merupakan satu lagi elemen penting dalam usaha untuk menarik minat remaja terhadap sastera. Kementerian Pelajaran telah menggubal kurikulum dan sukatan pelajaran Bahasa Malaysia dengan memasukkan komponen sastera dalam pemelajaran. Pengajaran guru di dalam kelas yang menarik turut menjadi faktor pelajar, khususnya remaja, untuk memberikan tumpuan kepada sastera. Pengajaran dan pemelajaran (P&P) komponen sastera perlulah menarik dan guru haruslah berfikiran kreatif. Sebagai contohnya, aktiviti lakonan berdasarkan drama yang terdapat dalam komponen sastera serta mengadakan pertandingan deklamasi sajak, syair, pantun, dan

Page 18: Karangan Respons Terbuka Tema Keluarga

sebagainya mampu untuk menyemarakkan minat remaja terhadap sastera. Tegasnya, penglibatan remaja dalam aktiviti yang bercorak sastera itu dapat membantu remaja memahami sastera selain dapat membangkitkan perasaan bangga mereka kerana dapat mempersembahkan sastera kepada semua.

Selain pendidikan formal di sekolah, pendidikan tidak formal di rumah adalah penting untuk memastikan pendekatan yang lebih menyeluruh tentang kepentingan sastera. Untuk menyemai rasa minat anak-anak terhadap sastera, pendedahan perlu diberikan semenjak mereka kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi, ibu bapa perlulah membeli bahan-bahan bacaan yang sesuai untuk menjadi santapan minda anak-anak dan menjadi landasan untuk mereka mengembangkan bakat mereka. Buku-buku cerita seperti “Cerita Sang Kancil” dan “Cerita Sang Buaya” merupakan bahan bacaan yang baik untuk anak-anak. Penyampaian cerita-cerita ini dapat menarik minat kanak-kanak kerana cara penerimaan yang lebih mudah dan menyeronokkan. Dengan adanya minat ini, anak-anak, terutamanya remaja, akan mengikut jejak langkah mereka bak kata pepatah bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Langkah-langkah ini haruslah diamalkan secara berterusan oleh ibu bapa untuk membentuk generasi yang mencintai bidang kesusasteraan dan seterusnya menyemai rasa cinta akan tanah air.

Era globalisasi atau dunia tanpa sempadan menyebabkan pengaruh Barat dengan mudah menular ke dalam diri remaja Malaysia pada hari ini yang mengakibatkan mereka hanyut dan lupa akan perkara lama, iaitu kesusasteraan Melayu. Oleh itu, usaha-usaha perlu dilaksanakan oleh semua pihak. Sesungguhnya, melalui kesusasteraan kita dapat membentuk jati diri agar menjadi manusia yang berakhlak mulia dan tidak lupa daratan. Persepsi remaja terhadap kekolotan bidang kesusasteraan haruslah dikikis supaya mereka tidak lagi menganggap Barat lebih bertamadun daripada kita. Walaupun kita sedang mengejar kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) serta ingin mencapai Wawasan 2020, hal ini haruslah diseimbangkan dengan bidang kesusasteraan supaya ungkapan “Sastera Gambaran Masyarakat” dan “Sastera Asas Kemajuan Negara” menjadi kenyataan.

Page 19: Karangan Respons Terbuka Tema Keluarga

TEMA INDIVIDU

Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah banyak menimbulkan kesan buruk. Bincangkan penyataan ini.

Peraturan untuk membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, jika dibenarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, sesungguhnya akan memudahkan perhubungan antara ibu bapa dengan para pelajar, tetapi orang ramai bersependapat bahawa perkara itu akan banyak menimbulkan masalah yang akan menjejaskan peranan sekolah. Sebenarnya, tindakan untuk membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah sememangnya tidak praktikal malahan lebih banyak mengundang keburukan daripada kebaikan.

Salah satu kesan buruknya ialah konsentrasi para pelajar terhadap proses pengajaran dan pemelajaran di kelas akan terjejas. Hal ini demikian kerana para pelajar akan lebih cenderung untuk berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan rakan-rakan mereka semasa kelas sedang berlangsung. Sungguhpun terdapat peraturan yang melarang pengaktifan telefon bimbit semasa sesi pengajaran dan pemelajaran, namun kebanyakan pelajar akan mengabaikannya dan menggunakan peluang yang sedia ada untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mereka melalui telefon bimbit. Sebagai contohnya, para pelajar akan saling berbalas SMS untuk berbual-bual kosong apabila mereka hilang minat untuk belajar. Dengan itu, para pelajar akan leka untuk berutus mesej lalu mempengaruhi fokus mereka terhadap pengajaran dalam kelas. Secara tidak langsung, pencapaian akademik mereka akan terjejas.

Selain itu, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar akan menggalakkan berlakunya lebih banyak kes kecurian yang melibatkan telefon bimbit di sekolah. Secara lazimnya, para pelajar yang berasal daripada keluarga yang berada akan memiliki telefon bimbit yang lebih mahal dan canggih. Telefon bimbit yang dibawa mereka ke sekolah akan mendapat perhatian yang luar biasa daripada pelajar lain. Model telefon bimbit yang sebegitu akan menjadi tumpuan golongan yang iri hati lalu akan meningkatkan kadar kes-kes kecurian di sekolah. Misalnya, telefon bimbit yang tertinggal di dalam kelas semasa waktu rehat atau semasa pengajaran Pendidikan Jasmani akan menjadi sasaran pencuri. Hal ini sememangnya akan membebankan pihak Lembaga Displin sekolah untuk menjalankan siasatan terhadap laporan kehilangan telefon bimbit yang dikemukan.

Di samping itu, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar juga akan meningkatkan beban ibu bapa. Hari demi hari, trend membawa telefon bimbit ke sekolah akan tersebar dengan cepat bagaikan virus dan menjangkiti seluruh sekolah. Para pelajar yang kurang mampu untuk memiliki telefon bimbit pula akan terpengaruh lantas tidak teragak-agak untuk mendesak ibu bapa mereka untuk membelikan mereka telefon bimbit yang dapat menandingi kecanggihan dan kecantikan telefon bimbit kepunyaan rakan mereka yang lain. Sebagai contohnya, permintaan para pelajar untuk memiliki model telefon bimbit “3G” yang terdapat di pasaran baru-baru ini sememangnya akan menambahkan beban sesetengah ibu bapa yang berpendapatan rendah. Dengan itu, ibu bapa bukan hanya perlu menyara keperluan asas keluarga malahan terpaksa menanggung kos perbelanjaan berlebihan untuk memenuhi keperluan anak-anak mereka. Kehidupan mereka sesungguhnya akan bertambah susah, terutamanya dalm keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.

Penggunaan telefon bimbit di sekolah turut menimbulkan masalah yang membimbangkan. Kecanggihan telefon bimbit pada masa ini telah mula disalahgunakan untuk menyebarkan gambar fitnah dan gambar porno melalui sistem “bluetooth” dengan cepat dan berkesan . Para pelajar juga tidak terkecuali daripada penerimaan pornografi dalam telefon bimbit mereka memandangkan teknologi untuk menyebarkannya secara meluas telah pun wujud. Sekiranya masalah penyebaran pornografi masih tidak terkawal, sekolah mungkin akan menjadi tempat tumpuan para pelajar untuk

Page 20: Karangan Respons Terbuka Tema Keluarga

bertukar-tukar gambar porno. Sebagai contohnya, gambar porno yang diperoleh daripada sumber lain dapat disebarkan oleh pelajar kepada sesiapa sahaja di sekolah dengan syarat sistem “bluetooth” telefon bimbit diaktifkan. Hal ini seterusnya akan menyebabkan keruntuhan akidah dan moral dalam kalangan pelajar yang bakal memimpin negara kita pada masa depan.

Walaupun manusia dikatakan sebagai rambut sama hitam, hati masing-masing berlainan, tetapi dalam hal ini, kita hendaklah bersatu hati menentang saranan untuk membenarkan pelajar membawa dan menggunakan telefon bimbit di sekolah. Semua pihak haruslah bekerjasama untuk memikirkan kaedah yang lebih berkesan yang dapat menjamin keberterusan proses pengajaran dan pemelajaran di sekolah sekali gus memudahkan perhubungan ibu bapa dengan para pelajar semasa di sekolah.

Page 21: Karangan Respons Terbuka Tema Keluarga

TEMA NEGARA

Bencana alam seperti ribut taufan, gempa bumi, letupan gunung berapi, dan sebagainya yang kerap berlaku menyebabkan rakyat di negara-negara yang terlibat kehilangan harta benda, tempat tinggal, dan nyawa. Huraikan sumbangan yang dapat diberikan oleh negara kita kepada mereka.

Pada era globalisasi ini, negara-negara di dunia banyak ditimpa malapetaka dan musibah yang di luar jangkaan orang ramai. Negara-negara yang dikelilingi oleh Lingkaran Api Pasifik dan Ribut Tropika seperti Indonesia dan Amerika Syarikat kerap dilanda ribut taufan dan gempa bumi yang dahsyat. Pada 26 Disember 2004, misalnya, negara Indonesia dan beberapa buah negara di sekitar Lautan Hindi telah dilanda ombak besar yang dikenali sebagai Tsunami. Beribu-ribu rakyat terkorban dan banyak yang kehilangan harta benda dan sanak-saudara dalam bencana itu. Kita berasa kasihan kepada mereka tetapi berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Sebagai rakyat yang mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi, kita telah melaksanakan tanggungjawab untuk membantu negara lain kerana cubit paha kanan paha kiri terasa juga. Oleh itu, setiap negara termasuklah Malaysia, telah menghulurkan sumbangan dan bantuan kemanusiaan kepada negara yang ditimpa malapetaka tersebut.

Salah satu sumbangan yang diberikan kepada negara-negara yang berkenaan ialah bantuan kewangan. Dalam usaha untuk mengutip derma, bukan sahaja pihak kerajaan yang memainkan peranannya, malah rakyat sendiri turut melibatkan diri. Rakyat yang berhati mulia dan dermawan telah memberikan derma dan bantuan ikhlas bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa bencana alam tersebut. Pihak swasta seperti Sistem Televisyen Malaysia Berhad atau TV3 telah menjalankan kutipan derma melalui televisyen dan SMS. Sebagai contohnya, mangsa-mangsa Tsunami di Banda Aceh pada tahun 2004 telah diberi bantuan kewangan sebanyak satu juta ringgit oleh negara kita. Dengan sumbangan wang sebanyak itu, kita sedikit banyak telah dapat meringankan penderitaan mangsa dalam usaha untuk memulakan kehidupan baharu.

Selain itu, negara kita juga telah menghantar pasukan penyelamat, iaitu Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team (SMART) serta pasukan perubatan, khususnya Malaysian Medical Relief Society (MERCY) ke negara yang dilanda malapetaka. Kedua-dua pasukan ini telah bertungkus-lumus memberikan pertolongan yang diperlukan. Sebagai contohnya, pasukan SMART telah memberikan pertolongan untuk mencari mangsa yang masih hidup dan menjalankan gerakan menyelamat. Pasukan MERCY pula menyumbangkan khidmat bakti dengan memberikan rawatan kepada mangsa-mangsa yang mengalami kecederaan. Dalam usaha ini, negara kita telah menghantar anggota yang mempunyai kepakaran dan sentiasa bersedia untuk memberikan pertolongan pada bila-bila masa.

Bukan itu sahaja, bantuan daripada segi makanan dan pakaian juga dihulurkan oleh negara kita. Hal ini demikian kerana mangsa bencana alam bergantung pada keperluan asas sebegini untuk terus hidup. Pelbagai pihak di negara kita telah menganjurkan atau mebuka pusat kutipan barang-barang keperluan harian seperti makanan, pakaian, dan sebagainya. Sebagai contohnya, semasa berlakunya bencana Tsunami di Aceh, kerajaan telah menggunakan khidmat helikopter Nuri untuk menghantar bekalan makanan ke sana. Selain itu, badan-badan amal seperti BAKAT, BALKIS, PUSPANITA, dan sebagainya turut memberikan bantuan dan sumbangan. Sumbangan bahan-bahan yang datang mencurah-curah ini sedikit banyak telah dapat meringankan beban mereka, terutamanya dalam mendapatkan makanan dan pakaian. Dengan cara ini, lebih banyak mangsa dapat diselamatkan daripada mati kebuluran.

Page 22: Karangan Respons Terbuka Tema Keluarga

Seterusnya, negara kita telah menolong negara yang ditimpa bencana alam dengan menghulurkan bantuan tenaga buruh dan peralatan. Ketika berlakunya bencana gempa bumi, banyak bangunan atau rumah kediaman mengalami kerosakan dan keruntuhan. Jika mereka tidak dibantu, mereka akan menimbulkan pelbagai masalah seperti merebaknya penyakit. Sebagai contohnya, negara kita telah menghantar pasukan yang pakar untuk membina infrastruktur dan bangunan yang musnah sebagai akibat bencana Tsunami di Aceh. Melalui bantuan seperti ini, kita dapat memastikan kehidupan mereka kembali sempurna dan ekonomi negara terus tumbuh dan keadaan politik mereka stabil. Jika bangunan-bangunan tidak dibina semula, sudah tentu krisis ekonomi akan berlaku.

Sebagai kesimpulannya, setiap negara haruslah sedar akan tanggungjawab masing-masing. Kita hendaklah menganggap negara jiran kita merupakan sahabat kita. Peribahasa Melayu menegaskan bahawa hidup hendaklah sandar-menyandar ibarat aur dengan tebing. Negara kita juga perlu melipatgandakan usaha dalam membantu negara lain demi kesejahteraan sejagat. Dengan adanya kerjasama serantau, usaha ini akan dapat meringankan beban negara yang berkenaan dan secara tidak langsung kita dapat mengeratkan hubungan antara negara dan seterusnya membawa kepada kemajuan negara.

Page 23: Karangan Respons Terbuka Tema Keluarga

TEMA NEGARA

Industri Pelancongan Negara

Tidak syak lagi bahawa sektor pelancongan merupakan sumber pendapatan ketiga negara yang terpenting selain industri petroleum dan eksport barangan industri. Keindahan alam dengan pulau peranginan yang memukau mata memandang, hutan yang masih kekal terpelihara khazanah flora dan fauna menjadi tarikan utama pelancong asing berkunjung ke negara kita. Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, bilangan pelancong di negara menunjukkan sedikit penurunan. Walaupun sesetengah pihak beranggapan bahawa kita tidak patut berasa bimbang tetapi kita harus mengkaji sebab-sebabnya agar langkah mengatasinya dapat diambil dengan segera.

Antara sebabnya ialah terdapat sesetengah peniaga yang mengenakan harga yang amat tinggi kepada pelancong asing dengan tujuan untuk mengaut keuntungan yang banyak. Walau bagaimanapun, tindakan mencekik darah oleh peniaga ini menyebabkan pelancong asing berasa tawar hati untuk berkunjung ke negara kita. Sebagai contohnya, terdapat pemandu teksi yang mengenakan caj bayaran mencecah ratusan ringgit untuk jarak perjalanan yang tidak sampai sepuluh kilometer. Sikap sebegini amat mengecewakan kerajaan kerana apabila pelancong tersebut kembali ke negara mereka, sudah tentu cerita negatif ini akan sampai ke telinga rakan-rakan mereka menyebabkan negara kita disenaraihitamkan sebagai destinasi percutian mereka. Hal ini jelas amat merugikan kerana sikap sesetengah pemandu teksi menyebabkan pelancong yang datang ke negara kita berkurangan.

Selain itu, peningkatan kadar jenayah terutama yang membabitikan pelancong kian bertambah di negara kita. Kegiatan ragut, rogol, rompak, dan bunuh menyebabkan pelancong asing berasa tidak selamat berkunjung ke negara kita. Walaupun sebahagian besar kes tersebut bukan dilakukan oleh warga tempatan tetapi keadaan ini jelas menakutkan pelancong asing. Hal ini demikian kerana, tujuan mereka datang ke negara kita untuk bercuti dan menyantaikan minda dan jiwa tetapi digugat oleh pelbagai kejadian jenayah yang menakutkan. Berita jenayah yang membabitkan warga asing ini cepat merebak pada peringkat antarabangsa dan sering menggugat hubungan diplomatik antara negara kita dengan negara pelancong berkenaan. Malahan, terdapat sesetengah pihak yang mengeksploitasi isu ini sehingga menimbulkan ketakutan dalam kalangan pelancong asing untuk datang melancong ke negara kita.

Di samping itu, sikap sesetengah rakyat negara kita yang tidak mesra terhadap pelancong turut menjejaskan industri pelancongan negara kita. Jika dahulu, negara kita dikagumi kerana keramahan dan sopan santun penduduk tetapi sikap tersebut semakin terhakis lantaran pengaruh Barat yang kian menular. Rakyat kita semakin kurang senyum dan menghargai pelancong asing. Malahan, ada yang sengaja tidak mahu menghulurkan bantuan kepada pelancong asing yang mahu bertanya tentang sesuatu lokasi. Sikap sebegini memberikan imej yang buruk terhadap industri pelancongan di negara kita. Hal ini demikian kerana, pelancong asing begitu berharap pertolongan masyarakat tempatan jika mereka menghadapi sesuatu masalah.

Dalam pada ini, peningkatan kadar kemalangan yang berlaku turut menjejaskan keyakinan pelancong asing terhadap keselamatan mereka semasa berada di jalan raya di negara kita. Malah nterdapat sesetengah pemandu bas persiaran yang membawa pelancong asing memandu kenderaan mereka dalam keadaan laju sehingga menakutkan penumpang. Kejadian kemalangan yang membabitkan bas persiaran yang membawa pelancong asing di Cameron Highlands sering dipaparkan dalam akhbar. Berita sebegini cepat sampai ke negara pelancong luar negara dan sedikit sebanyak berita sebegini akan mempengaruhi keputusan mereka untuk tidak berkunjung ke negara kita.

Page 24: Karangan Respons Terbuka Tema Keluarga

Walaupun terdapat pelbagai isu yang menggugat industri pelancongan di negara kita, tetapi kita masih belum terlambat untuk menangani isu berkenaan. Oleh itu, usaha yang proaktif dan efektif perlu dilakukan oleh semua pihak bagi mengembalikan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap tahap keselamatan dan keselesaan pelancong di negara kita. Bagi menangani isu peniaga dan pemandu teksi yang mengenakan caj yang mahal, kerajaan perlulah mangambil tindakan tegas kepada pesalah tersebut agar dapat menimbulkan keinsafan. Jika perlu, kerajaan patut menyenaraihitamkan mereka daripada terus beroperasi. Tindakan tegas sebegini mampu memberi pengajaran kepada mereka. Selain itu, kerajaan juga haruslah menyediakan saluran kepada pelancong asing untuk membuat laporan segera jika terdapat pihak-pihak yang mengenakan caj tinggi kepada mereka. Daripada laporan tersebut, pihak berkuasa boleh bertindak pantas untuk menanganinya. Malahan, peniaga dan pemandu teksi juga berasa bimbang kerana pelancong asing mempunyai akses kepada pihak berkuasa untuk melaporkan kegiatan mereka.

Di samping itu, pihak polis haruslahmeningkatkan tahap kesiagaan mereka agar jenayah yang membabitkan pelancong asing di negara kita dapat dikawal. Antaranya, polis perlu ditempatkan di kawasan peranginan yang kerap menjadi tumpuan pelancong asing. Selain itu, rondaan dan kawalandi destinasi percutian dapat mengurangkan risiko jenayah dalam kalangan pelancong asing. Orang ramai juga haruslah menjadi “mata dan telinga” pihak berkuasa untuk melaporkan kegiatan jenayah terutama yang membabitkan pelancong asing. Sikap prihatin dan bertanggungjawab ini penting demi mengurangkan kadar jenayah di negara kita. Hal ini demikian kerana, kecanggihan dan kelicikan penjenayah menyebabkan pihak polis sukar bertindak bersendirian jika tidak mendapat kerjasama daripada orang ramai.

Selain itu, pihak berkuasa haruslah juga melipatgandakan usaha untuk menyedarkan orang ramai agar lebih bertanggungjawab dan beretika semasa di jalan raya. Hal ini demikian kerana, kesedaran yang masih pada tahap rendah menyebabkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita masih tinggi. Tambahan pula, aspek penguatkuasaan masih masih perlu ditingkatkan agar pesalah lalu lintas dapat dijatuhkan hukuman yang sewajarnya demi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita. Manakala isu orang ramai yang tidak bersopan santun dan kurang menghargai pelanggan harus diatasi dengan mengadakan kempen berbudi bahasa dan sopan santun. Kempen ini penting untuk menyemarakkan kesedaran berbudi bahasa dalam kalangan rakyat.

Kesimpulannya, isu-isu berkaitan dengan pelancongan haruslah ditangani secara menyeluruh dan secara kolektif oleh semua pihak. Hal ini demikian kerana, pelancongan merupakan sumber pendapatan yang penting kepada negara. Dengan itu, sumber tersebut tidak harus dibiarkan berkurangan hanya kerana tindakan sesetengah pihak yang mementingkan diri.

Page 25: Karangan Respons Terbuka Tema Keluarga

TEMA NEGARA

Usaha Mencungkil Bakat Atlet Remaja

Pelbagai usaha perlu diambil oleh negara untuk mencungkil bakat atlet remaja. Berikan saranan anda tentang usaha-usaha yang perlu diambil untuk mencapai tujuan tersebut.

Peribahasa ada mengatakan, ‘yang hidup itu sesarkan mati, yang muda akan menggantikan yang tua’. Beginilah tabii alam yang mesti dipatuhi. Dalam dunia sukan, hal yang sama perlu dilakukan untuk mencungkil bakat muda sebagai usaha mengambil alih tempat atlet negara yang sudah berusia. Perancangan yang berterusan dan teliti untuk mendapatkan sukan yang baharu amat penting untuk memartabatkan sukan negara yang sudah hilang kilauannya di arena antarabangsa. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran, Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan perlu berganding bahu untuk mengatur strategi yang baik dan berkesan untuk mendapatkan atlet remaja yang berbakat. Kata peribahasa ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu rencana’, dengan usaha yang bersungguh-sungguh, atlet remaja yang sesuai dapat dikesan dan dikembangkan bakatnya.

Pada masa ini, pencapaian atlet negara di sukan peringkat antarabangsa sangat mengecewakan. Mutu pencapaiannya terumbang-ambing. Acara-acara sukan tertentu sering diwakili oleh atlet yang sama sahaja apabila bertanding di peringkat antarabangsa. Keadaan ini memaparkan betapa tandusnya atlet negara yang terserlah di negara ini. Rentetan daripada kekurangan ini, Kementerian Belia dan Sukan mesti menggiatkan usaha untuk mencungkil bakat atlet remaja. Tindakan ini penting dilakukan memandangkan kumpulan inilah yang akan menjadi pelapis atlet negara. Program Tunas Gemilang yang sedang dilangsungkan di seluruh negara merupakan satu cara yang wajar dilakukan setiap tahun. Kanak-kanak yang berusia antara tujuh hingga dua belas tahun yang berbakat dalam arena sukan diambil untuk menjalani uji bakat. Atas usaha Sekolah Sukan Bukit Jalil, pelajar di 576 buah kawasan di seluruh negara akan diuji kebolehan mereka dalam bidang sukan. Pengambilan pelajar ke Sekolah Sukan Bukit Jalil akan dibuat untuk membolehkan tunas muda ini mendapat latihan sukan yang sewajarnya.

Selama ini, mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang dijalankan di semua peringkat sekolah dilihat sebagai mata pelajaran sampingan. Oleh sebab mata pelajaran ini bukanlah mata pelajaran dalam peperiksaan awam, maka pihak pengurusan sekolah cenderung menugasi guru yang tidak ada kemahiran dan kepakaran dalam bidang sukan untuk mengajarkan mata pelajaran ini. Senario ini menggagalkan objektif penerapan sikap, teknik, kemahiran sukan yang betul dan perlu diterapkan dalam kalangan murid dan pelajar. Oleh sebab aktiviti sukan dianggap sebagai kegiatan mengisi masa lapang, maka guru ‘bidan terjun’ dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan mungkin mengambil sikap sambil lewa untuk mengendalikan mata pelajaran ini. Jika ‘guru kencing berdiri, murid kencing berlari’, sikap dan minat murid terhadap sukan tidak dapat dicambahkan menerusi pengajaran dan pembelajaran sebegini di sekolah. Akibatnya, bakat murid dalam sukan tidak dapat dikembangkan dengan baik.

Dalam hal ini, perkembangan sukan yang lembap di sekolah dapat dihubungkan dengan pengagihan bilangan waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Sejak mata pelajaran Kesihatan digabungkan dengan Pendidikan Jasmani yang asalnya diperuntukkan dua waktu seminggu, waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan peruntukan Kementerian Pelajaran masih kekal di takuk lama, iaitu sebanyak dua waktu seminggu. Hal ini bermakna waktu pelajar melakukan kegiatan jasmani seperti berlari, melompat dan bermain terpaksa dikongsi dengan penerapan teori tentang kesihatan. Dalam keadaan sebegini, jangankan objektif Pendidikan Jasmani dan Kesihatan susah untuk dicapai

Page 26: Karangan Respons Terbuka Tema Keluarga

apatah lagi dengan mengasah bakat sukan yang baik dalam kalangan pelajar seperti dalam Temasya Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSK). Pendek kata, bilangan waktu yang lebih banyak perlu diagihkan kepada Pendidikan Jasmani dan Kesihatan jika kerajaan betul-betul berhasrat melahirkan atlet remaja yang bermutu untuk negara. Dengan usaha sedemikian, barulah pendedahan dan latihan sukan yang secukupnya dapat disampaikan kepada para tunas harapan sukan negara kita.

Sesungguhnya, kecemerlangan sukan negara tidak hanya bergantung pada sekumpulan atlet yang sedang aktif dalam arena sukan. Kesinambungan kecemerlangan sukan negara perlu diurus dengan baik dengan memastikan sumber atlet remaja adalah berterusan. Tanpa usaha ini, kegemilangan sukan negara pada suatu ketika dahulu akan kekal menjadi nostalgia seperti peribahasa ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’, sebarang perencanaan yang baik akan menghasilkan atlet remaja yang bukan sahaja baik dari segi kuantiti bahkan dari segi mutunya. ‘Majulah Sukan Malaysia’.

Page 27: Karangan Respons Terbuka Tema Keluarga

TEMA KELUARGA

Peranan Institusi Keluarga

Institusi keluarga ialah tapak semaian kepada anak tentang sikap mencintai alam sekitar. Bincangkan.

Hubungan antara ibu bapa dengan alam sekitar adalah sebahagian daripada aktiviti seharian mereka. Tindakan mereka seperti mengurus sampah, menyiram pokok dan mengitar barangan buangan semula, akan mendatangkan kesan ke atas kualiti alam sekitar. Sebenarnya, kebanyakan rutin kehidupan kita tidak dapat lari daripada hubungan dengan alam sekitar. ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’, institusi keluarga sememangnya memikul peranan yang berat untuk membentuk sikap menyayangi alam sekitar dalam kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi.

Seperti slogan ‘kepimpinan melalui teladan’, ahli keluarga yang lebih tua harus menjaga dan menanam sikap cinta akan alam sekitar dalam sanubari anak. Seperti yang digambarkan dalam peribahasa ‘bagaimana acuan, begitulah kuihnya’, ‘bapa borek, anak rintik’, sikap ahli keluarga terhadap alam sekitar yang buruk disamakan dengan wabak yang boleh berjangkit. Wabak tersebut akan menjangkiti generasi muda dalam keluarganya. Besarnya pengaruh ahli keluarga terhadap sikap anak dalam penjagaan alam sekitar harus dipandang berat. Sehubungan dengan hal itu, ibu bapa mesti mengurus sampah dengan baik di rumah. Selain tidak membuang sampah merata-rata tempat, ibu bapa perlu mengasingkan sampah kepada yang boleh dikitar dan juga yang tidak boleh dikitar semula. Sebagai contoh, surat khabar lama, majalah lama, tin aluminium dan botol kaca hendaklah diasingkan daripada sampah untuk dijual kepada kilang kitar semula. Sikap ibu bapa dan ahli keluarga yang tahu menjimatkan petroleum semasa memandu juga akan mempengaruhi sikap anak terhadap penggunaan sumber alam yang terhad ini. Tegasnya, pemerhatian ke atas perbuatan ahli keluarga adalah satu cara anak belajar.

Sementara itu, cara lain yang berkesan untuk menanam sikap mencintai dan menghargai alam sekitar adalah dengan mendedahkan anak kepada betapa indahnya alam sekitar. Keindahan alam semula jadi ialah kurniaan Tuhan. Ibu bapa harus membawa anak dan ahli keluarga beriadah di tepi air terjun, taman tasik, kaki bukit, padang yang menghijau dan tepi pantai untuk menikmati panorama indah kurniaan Tuhan. Bagi ibu bapa yang berada, anak boleh dibawa ke luar negara untuk melihat keindahan negara yang beriklim sederhana. Apabila anak dididik tentang keindahan alam semula jadi yang tidak tercemar, anak akan disedarkan tentang kepentingan menjaga alam sekitar kerana ‘tak kenal, maka tak cinta’. Semasa mendaki bukit, ahli keluarga dan anak boleh mengutip sampah sarap yang dibuang oleh pendaki. Menerusi cara ini, anak bukan sahaja menyedari kepentingan mencintai alam sekitar bahkan sendiri mengamalkannya. Pendek kata, ibu bapa perlu menerapkan sikap mencintai alam sekitar dalam diri anak.

Hakikatnya, institusi keluarga dapat melakukan peranan yang aktif dalam melahirkan anak yang dapat menghargai alam sekitar. Kempen mencintai alam sekitar sering kali dilakukan oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO). Antaranya Kempen Kitar Semula, Kempen Kesedaran Penjimatan Air Kebangsaan dan Kempen Cintailah Sungai sedang dijalankan di seluruh negara. Ibu bapa yang prihatin terhadap isu alam sekitar boleh membawa ahli keluarga untuk menyertai kempen-kempen tersebut. Selain menghadiri pameran, ibu bapa juga boleh membawa anak mereka mengikuti ceramah tentang program mencintai alam sekitar yang dilancarkan di kawasan setempat. Di rumah, perbincangan tentang isu pemanasan global dan bencana alam boleh dilakukan antara ibu bapa dengan anak. Sebagai aktiviti masa senggang, ibu bapa dan anak boleh melayari internet untuk mengetahui perkembangan kerja memulihara alam sekitar yang dijalankan oleh kerajaan mahupun

Page 28: Karangan Respons Terbuka Tema Keluarga

oleh badan bukan kerajaan di peringkat antarabangsa seperti Greenpeace dan World Wildlife Fund (WWF). Semua ‘titik peluh’ ibu bapa mendidik anak mencintai alam sekitar akan bercambah dalam hati melalui tindakannya.

Sebagai kesimpulannya, peranan yang dapat dimainkan oleh institusi keluarga dalam pemupukan sikap mencintai alam sekitar dalam kalangan anak adalah sangat besar. Jika sikap yang baik disemai, sikap tersebut dapat diwariskan kepada anak cucu mereka. Parahlah alam sekitar jika ibu bapa sendiri merupakan perosak alam sekitar yang hebat. Kesan rantaian akan berlaku dalam hubungan interaksi antara manusia dengan alam sekitar. Oleh itu, pendidikan alam sekitar mestilah dimulakan dari rumah.

Page 29: Karangan Respons Terbuka Tema Keluarga

TEMA KELUARGA

Ibu Bapa Perlu Membantu Anak Bangkit Semula

Kemenangan dan kegagalan ialah adat hidup. Berikan pandangan anda tentang cara-cara yang patut diambil oleh ibu bapa untuk membantu anak yang kalah atau gagal supaya bangkit semula.

Perkara yang paling menyayat hati bagi semua ibu bapa di dunia ini adalah apabila anaknya kecewa dalam hidup. Keupayaan menghadapi tekanan dalam kalangan anak tidaklah sehebat yang kita sangka. Sistem pendidikan Malaysia yang lebih mementingkan peperiksaan mendorong pelajar berjaya. Sebaliknya, cara menangani kekalahan atau kegagalan dalam kehidupan kurang ditekankan. Sejajar dengan kekurangan ini, ibu bapa mestilah pandai mendidik jiwa anak semasa mereka kecundang atau gagal mencapai sesuatu.

Andai kata seseorang anak menemui kegagalan dalam peperiksaan di sekolah atau peperiksaan awam, ibu bapa perlu menangani kekecewaan mereka dengan bijak. Tindakan yang diambil hendaklah mengikut kaedah ‘menarik rambut di dalam tepung’ supaya anak tidak terasa dirinya bersalah kerana gagal. Pendekatan yang wajar diambil oleh ibu bapa adalah tidak menyalahkan anak. Perbuatan menyalahkan anak yang gagal ibarat ‘sudah jatuh ditimpa tangga’. Kegagalan atau kekalahan yang sering diungkit oleh ibu bapa akan membuatkan anak kecewa. Sebagai kesannya, anak akan berasa putus asa dan rendah diri. Ibu bapa yang bijak sepatutnya menasihati anak melupakan peristiwa yang tidak menyenangkannnya. Berikanlah sokongan moral yang kuat kepada anak pada saat-saat yang paling genting ini. Yang penting, ibu bapa membuatkan anak menghadapi kekalahannya dengan tenang dan berani.

Sementara itu, momokan kekalahan atau kegagalan yang merundung perasaan anak akan membuatkan mereka patah semangat. Tanggapan dirinya akan menjadi rendah. Bagi si anak, dia akan menganggap dirinya sebagai manusia yang tidak berguna atau kecewa sekali. Dari segi lain, perasaan rendah diri yang menguasai diri anak akan menghilangkan keyakinan dirinya untuk menghadapi cabaran baharu. Oleh sebab dia melihat dirinya sebagai orang yang sering gagal, maka perasaan malu dan rendah dirinya akan menyebabkannya sukar untuk bangkit semula.

Oleh itu, ibu bapa perlulah memberikan dorongan yang sesuai untuk memulihkan semangatnya. Cerita tentang kejayaan tokoh-tokoh yang pernah menemui kegagalan seperti kisah ahli sains tersohor di dunia Thomas Alva Edison mesti diberitahu kepadanya. Jika boleh, ibu bapa perlu berkongsi pengalaman pahit mereka dengan anak supaya mereka dapat menerima hakikat bahawa kegagalan adalah sebagai ‘asam garam’ hidup. Yang penting, ibu bapa perlu menyedarkan anak bahawa kegagalan ialah penggerak ke arah kejayaan.

Pada dasarnya, untuk membantu anak yang gagal supaya bangkit semula, sokongan yang praktikal mesti diberikan oleh ibu bapa. Jika anak gagal dalam peperiksaan, ibu bapa hendaklah membantu anak mengesan punca kegagalannya supaya ‘pisang tidak berbuah dua kali’. Di samping itu, ibu bapa perlu menyediakan bahan rujukan yang sesuai kepada anak. Menghantar anak ke pusat tuisyen juga satu cara yang baik. Di rumah, ibu bapa hendaklah meluangkan masa untuk membantu anak dalam mata pelajaran yang lemah. Tunjukkan keprihatinan dengan menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai untuk anak. Meja dan lampu yang sesuai, tiada gangguan bunyi televisyen dan suhu bilik yang nyaman boleh disediakan oleh ibu bapa. Untuk membangkitkan semangat kepada anak, ibu bapa sendiri turut bersama dengan anak semasa anak mengulang kaji pelajaran. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak yang berputus asa hendaklah dibaiki lagi berbanding dengan masa sebelumnya.

Page 30: Karangan Respons Terbuka Tema Keluarga

Memang benar bahawa, anak memerlukan sokongan dan bantuan ibu bapa semasa mereka menghadapi kegagalan dalam kehidupannya. Dengan tindakan ibu bapa yang teliti dan menyeluruh, azam dan semangat anak dapat dipulihkan. Apabila anak sudah pulih semangatnya dia akan sanggup mencuba untuk membaiki pencapaiannya. Pendek kata, sokongan fizikal, moral dan mental daripada ibu bapa merupakan cara terbaik kepada anak yang ditimpa kegagalan atau kekalahan dalam perjalanan hidupnya.

Page 31: Karangan Respons Terbuka Tema Keluarga

KARANGAN RESPONS TERBUKA :

Tema individu Tema keluarga Tema negara

NAMA : NOOR HARNANI BT MD SAID

TINGKATAN : 4SN1

GURU : PN. HAFIDZAH

Page 32: Karangan Respons Terbuka Tema Keluarga