karangan 1 murid satu sukan

Upload: adel

Post on 07-Jul-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Karangan 1 Murid Satu Sukan

    1/2

    Karangan 1 Murid Satu Sukan

    Tahun 2011 merupakan tahun yang penting bagi Kementerian Pelajaran kerana pada tahun iniadalah tahun perlaksanaan Dasar 1 Murid 1Sukan di semua sekolah seluruh Malaysia. Dasar ini

    mewajibkan setiap murid yang sihat tubuh badan mengambil sekurangkurangnya satu jenissukan. Mereka boleh mengambil lebih daripada satu sekiranya mereka mahu dan pada masa yang

    sama! sekolah tersebut mempunyai kemudahan untuk menganjurkan sukan berkenaan. Tidak

    dapat dina"ikan lagi! dasar ini telah memberi pelbagai "aedah kepada setiap pelajar! sekolah dan juga masyarakat agar minda cerdas badan sihat .

    #ntara "aedahnya adalah! dasar ini mampu memberikan peluang kepada setiap pelajar untuk

    meningkatkan keupayaan jasmani kendiri. Seperti yang kita sedia maklum! akti$iti sukan

    mampu menjana kepada badan yang sihat dan otak yang %erdas. &adan yang sihat diperoleh

    melalui rembesan peluh dari badan apabila kita melakukan senaman. Semakin banyak peluhyang keluar! badan akan menjadi lebih sihat. #pabila badan menjadi sihat! pemikiran kita dalam

     pembelajaran dalam kelas akan menjadi lebih mudah.

    Selain itu! dasar ini dapat memupuk perpaduan antara kaum. Penglibatan dalam satusatu jenissukan akan melibatkan ramai pelajar lain yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur! bangsa

    dan agama seperti yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing . Keadaan ini akan

    memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan sensiti$iti mereka dan juga menambah pengetahuan masingmasing akan budaya pelbagai kaum. Pendek kata! “tak kenal, maka tak

    cinta'. Malahan! pemahaman mereka terhadap sesuatu bangsa atau agama akan lebih meningkat.

    Dasar 1 Murid 1Sukan juga mampu membentuk sahsiah! jati diri! dan disiplin diri. Sebagai%ontoh! ketika menghadiri latihan sukan bola sepak! pelajar tersebut perlu menepati masa latihansupaya jurulatih dan kawankawan yang lain tidak akan tertunggutunggu dan juga pemba(iran

    masa tidak akan berlaku kerana orang yang membazir masa selalu rugi . Minat yang mendalam

    terhadap sesuatu sukan akan mendorong untuk berlatih bersungguhsungguh. Kesungguhantersebut akan men%etuskan komitmen terhadap latihan bagi men%apai keputusan yang terbaik.

  • 8/18/2019 Karangan 1 Murid Satu Sukan

    2/2

    Dasar ini juga dilihat mampu menjadi landasan ke arah ke%emerlangan sukan di sesebuah

    sekolah dan juga negara. Penglibatan pelajar dilihat mampu menaikkan nama sekolah. Semakin

    tinggi tahap penglibatan pelajar tersebut! semakin tinggilah martabatnya di mata masyarakat.Sekiranya murid tersebut menang dalam pertandingan yang disertai! misalnya pertandingan

    memanah peringkat kebangsaan! nama sekolah dan negeri akan naik. &egitu juga sekiranya

     pelajar tersebut menang di peringkat antarabangsa! nama negara turut harum dalam persada sukan yang disertainya.

    Kesimpulannya! tidak dapat dina"ikan lagi! Dasar 1 Murid 1Sukan memberikan banyak "aedah

    kepada indi$idu pelajar itu sendiri dan juga masyarakat. )amun! setiap pelajar harus diingatkan

     bahawa keseimbangan antara akademik dan kokurikulum adalah sangat penting. *uru dan ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam memastikan setiap pelajar menyeimbangkan

    keduadua perkara ini. +al ini kerana! keduaduanya mampu mendorong kepada pelajar tersebut

    untuk membentuk jati diri kerana jika hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.