rancangan gerak kerja 1 murid 1 sukan

Post on 17-Jul-2015

174 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Rancangan Gerak Kerja 1 Murid 1 Sukan

Lari PecutMinggu 1 Kemahiran Aktiviti Latihan a. Gaya berlari yang betul. Mendorong Condongkan badan ke hadapan semasa berlari. Kepala hendaklah tegak dan mata pandang ke hadapan. Darat dengan hujung kaki hadapan dengan tinggikan kaki menggunakan paha. Tangan dibengkokkan semasa berlari dan hayun dengan selesa. b. Lari berganti-ganti secara ulang alik: larian 20 meter berkumpulan. c. Mengingatkan murid supaya tidak berlari ke lorong lain. 2 Teknik Memecut a. Berlari dengan melangkah panjang. b. Berjalan dengan lutut tinggi; lutut diangkat tinggi. c. Latihan pergerakan tangan; secara berkumpulan berlatih menggerakkan 90 darjah siku bergerak dari pinggul ke paras hidung. Gambar rajah

Minggu 3

Kemahiran Teknik Memecut

Aktiviti a. Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan. b. Berlari menyepak ke belakang. c. Latihan pergerakan tangan; secara berkumpulan berlatih menggerakkan 90 darjah siku bergerak dari pinggul ke paras hidung. a. Berlari menyepak ke belakang. b. Berlari dengan lutut tinggi dan memecut.

Gambar rajah

4

Teknik Memecut

5

c. Latihan pergerakan tangan; secara berkumpulan berlatih menggerakkan 90 darjah siku bergerak dari pinggul ke paras hidung. Teknik mula Gaya berdiri. lari pecut a. Murid meletakkan hujung kaki rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya. b. kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30 40 cm dan mengimbangkan badan. c. bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih kepada pada kaki hadapan. d. condongkan badan. e. kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan.

Minggu

Kemahiran

Aktiviti f. jika kaki kiri di hadapan, maka tangan kanan mesti diletakkan di hadapan. g. mata memandang ke hadapan.

Gambar rajah

6

mula bergerak apabila mendengar bunyi tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan. Teknik mula Gaya dekam lari pecut a. berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.h.

b. lutut kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan. c. ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk. d. tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. e. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antara satu sama lain, diletak di belakang garis mula. f. kepala dan leher berada dalam keadaan yang selesa tanpa donggokkannya. Gerakan sedia g. Mata pandang di bahagian lantai antara dan tumpukan kepada bunyi tanpa pandang.

Gerakan ke garisan

Minggu

Kemahiran

Aktiviti h. Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan dicondong ke hadapan. i. Selepas ' bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan. j. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki. k. Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan. Tangan lain digerakkkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah. l. Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. m. Fasa pecutan melibatkan kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

Gambar rajah

Gerakan mula

Minggu 7

Kemahiran Pemulaan dan Penamatan

Aktiviti a. Ulangi aktiviti Gaya dekam. Fasa penamat a. Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya. b. Mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat. c. Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan.

Gambar rajah

8

Keseluruhan a. Fasa Permulaan Fasa Gaya diri Pecutan Gaya Dekam b. Fasa Memecut Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan. Tangan lain digerakkkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah. Badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. c. Fasa Penamatan menonjolkan bahagian torso ke hadapan.

Rancangan Gerak Kerja 1 Murid 1 Sukan

BadmintonMinggu 1 Kemahiran Cara Memegang Raket Aktiviti Gambar rajah

Koordinasi

a. Cara menentukan b. Pegangan hadapan pegangan Menimang bulu tangkis tanpa raket a. Aktiviti boleh dilakukan dengan menggunakan tapak tangan. Ibu jari di atas hadapan / forehand (FH) b. Ibu jari ke bawah-kilas / backhand (BH) Statik atau dinamik Menimang bulu tangkis dengan raket a. Murid menggunakan raket untuk memukul bulu tangkis. b. Apabila menggunakan raket, ibu jari tangan yang memegang raket dihalakan ke atas (FH). c. d. Permainan bebas. Seterusnya ibu jari ke bawah-BH.

c. Pegangan kilas

Cara BH (ibu jari ke bawah) Cara FH (ibu jari ke atas) Tapak tangan dengan bulu Tapak tangan dengan bulu tangkis tangkis

Menimang bulu tangkis dengan raket

Minggu 2

Kemahiran Mengawal bola

Aktiviti a. Memegang raket dan membuat gerak 8 dengan forehand dan backhand. b. Menggunakan bulu tangkis untuk memukul bola dengan forehand di tempat asal tanpa bergerak. c. Pukul seberapa banyak yang boleh. d. Gunakan backhand untuk memukul bulu tangkis di tempat yang asal tanpa gerak. e. Gunakan forehand dan backhand secara alternatif untuk memukul bulu tangkis. f. Murid dibahagikan kepada kumpulan dan memukul bulu tangkis dengan backhand dan forehand seberapa banyak yang boleh dalam masa 1 minit. a. Cara memegang bulu tangkis dan cara sedia berdiri. Servis Tinggi Hadapan a. Bulu tangkis dipukul dari tempat permulaan biasa atau sedikit ke belakang dan servis tinggi. b. Raket dihayun jauh ke belakang.

Gambar rajah

3

Servis

Minggu

Kemahiran

Aktiviti c. Titik sentuhan ke hadapan sedikit di kaki kanan dan mengikut lajak. d. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. Jarak antara 2 kumpulan adalah 6 meter. e. Membuat servis kepada kawan dan tidak boleh dipukul oleh murid dengan serta merta.

Gambar rajah

4

Servis

Servis Rendah Forehand a. Hayunan raket ke belakang. b. Semasa bulu tangkis dilepaskan berat badan berubah ke hadapan dan keseluruhan lengan menghayun kehadapan. c. Titik sentuhan ke hadapan sedikit di kaki kanan dan ikut lajak. Target Servis a. Murid dibahagikan kepada kumpulan. b. Murid membuat servis dengan memasukkan bulu tangkis ke dalam gelung. c. Gelung diletakkan dalam jarak 5 meter.

Minggu

Kemahiran

Aktiviti d. Pemenang dikira bilangan bulu tangkis yang banyak dalam gelung.

Gambar rajah

5

LOB (pukul tinggi)

a. Lob dilakukan seperti aksi membaling dengan bulu tangkis dipukul tinggi arah ke belakang gelanggang. b. Tangan dibengkokkan ke belakang. c. Tangan ditolak ke hadapan ke atas dan tangan lurus. d. Titik sentuhan pada ketinggian maksimum dan ikut lajak. Membaling bulu tangkis e. Murid membaling bulu tangkis ke atas dan ke hadapan secara bergilir-gilir sejauh mungkin dan berkumpulan.

Minggu 6

Kemahiran LOB (pukul tinggi)

Aktiviti a. Murid membaling bulu tangkis ke atas dan ke hadapan secara bergilir-gilir sejauh mungkin dan berkumpulan. b. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan A dab B. Murid dalam kumpulan A akan melakukan servis tinggi dan murid dalam kumpulan B akan hantar balik bulu tangkis dengan LOB. c. Tukar peranan selepas beberapa kali. a. Guru membuat demostrasi cara melakukan pukulan backhand seperti gambar rajah sebelah. b. Cara bersedia, hayunan raket, pukulan dan ikut lajak. c. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan A dab B. Murid dalam kumpulan A akan melakukan servis tinggi dan murid dalam kumpulan B akan hantar balik bulu tangkis dengan backhand.

Gambar rajah

7

Backhand

d. Tukar peranan selepas beberapa kali.

Minggu 8

Kemahiran Smash

Aktiviti a. Posisi bersedia untuk smash. b. Hayunan raket, smash dan ikut lajak. c. Permulaan hayunan raket ke belakang bahu. d. Sebelum menyentuh bulu tangkis, badan bengkok ke hadapan. e. Titik sentuhan pada paras yang tinggi dan ikut lajak. f. Luruskan badan dan kepala.

Gambar rajah

Rancangan Gerak Kerja 1 Murid 1 Sukan

Lompat JauhMinggu 1 Kemahiran Ansur maju 1: Lonjak dari papan lonjakan. Aktiviti Lonjak dari papan lonjakan. 1. Bengkokkan lutut dan bongkokkan badan rendah. 2. Ayunkan kedua belah tangan untuk mendapatkan daya lonjakan. 3. Lonjak dengan kuat menggunakan kaki lonjak dari papan lonjakan dan mendarat dengan tumit. AKTIVITI LOMPAT JAUH BERDIRI (FORWARD SQUAD JUMP) CARA PERTANDINGAN 1. Setiap peserta akan bermula dengan berdiri di garisan permulaan dengan gaya lompat jauh berdiri. 2. Peserta pertama akan berdiri dengan hujung jari kaki di belakang garisan permulaan. 3. Peserta akan membuat lompatan sejauh yang mampu dan mendarat dengan keduadua belah kaki. 4. Jika seorang peserta terjatuh dan hanya mendarat menggunakan satu kaki jarak tersebut akan diambil kira untuk peserta berikutnya memulakan lompatan baru. Gambar rajah

Permainan Kecil

Minggu 2

Kemahiran Lonjakkan

Aktiviti a. Berlari dan melonjak dengan mengangkat lutut kaki yang melonjak seberapa tinggi yang boleh b. Berlari dan melonjak melepasi halangan selepas papan lonjak . c. Berlari 3 dan 5 langkah dan melompat d. Berlari, melonjak melepasi kayu atau tali. e. Rentangkan seutas tali di atas pasir berjarak 11.5 meter dari papan lonjakan. f. Lari sejauh lima hingga enam langkah. Melonjak melintasi tali atau kayu dan mendarat.

Gambar rajah

3

Layangan dan Pendaratan

a. Melonjak dengan kaki lonjakan melintasi benteng pasir. b. Berlari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan dari papan lonjakan dan melepasi benteng pasir untuk mendarat dengan tumit.

Minggu 4

Kemahiran Layangan dan Pendaratan

Aktiviti Gaya Layangan a. Gaya layar Ayunkan lutut kaki hadapan ke atas secepat mungkin bagi menambah kelajuan menegak. Rapatkan lutut ke dada dan ayun keduadua tangan ke atas dan ke hadapan. Rapatkan kaki dan hulurkan ke hadapan apabila badan mula jatuh. Gaya Layangan a. Gaya tendang kayuh Lakukan pergerakan tendang kayuh satu setengah atau dua setengah langkah. Pergerakan tendang kayuh dua setengah langkah: Langkah 1-Lonjakkan kaki dari papan lonjak dan kaki bebas di hadapan. Langkah 2-Kedua-dua kaki berada bertentangan dengan langkahan 1.Kaki bebas dan kaki lonjakan untuk mendarat. Badan bongkok sedikit ke hadapan. Tangan lurus ke hadapan. Langkah setengah-Rapatkan kaki bebas dan kaki lonjakan untuk mendarat. Baran bongkok sedikit ke hadapan, tangan lurus ke hadapan.

Gambar rajah

5

Layangan dan Pendaratan

Minggu 6

Kemahiran Layangan dan Pendaratan

Aktiviti Gaya Layangan a. Gaya Gantung Angkat lutut kaki hadapan seberapa tinggi yang boleh dan pada masa yang sama angkat tangan yang bertentangan tinggi ke hadapan. Ayunkan kedua-dua tangan ke belakang dan lentikkan badan supaya kelihatan keadaan seperti tergantung. Luruskan kaki supaya lutut diangkat ke udara. Angkat kedua-dua lutut serentak dengan ayunan tangan ke hadapan untuk persediaan mendarat. Ayun tangan ke belakang dan bawa keduadua kaki yang dirapatkan ke hadapan. Dahulukan tumit untuk mendarat dan gerakkan tangan ke hadapan dengan pantas serta badan dihamburkan ke hadapan. Mencecah bola dengan hujung tangan. a. Gantung sebiji bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di kawasan mendarat dengan ketinggian yang boleh dicapai. b. Lari 5-6 langkah dan melonjak dengan kaki lonjakan. c. Cuba mencecah bola dengan hujung tangan. d. Mendarat dengan tumit.

Gambar rajah

7

Layangan dan Pendaratan

Minggu 8

Kemahiran Penujuan

Aktiviti a. Menentukan kaki lonjakkan dan mengambil 21 hingga 25 langkah dari papan lonjakkan. b. Kawal kelajuan semasa berlari. c. Jarak langkah yang kosisten dalam setiap larian. d. Kederasan didapati selepas langkah keempat, kelima dan keenam. e. Larian sama dengan lari pecut tetapi badan perlu ditegakkan sedikit dan lutut diangkat tinggi. f. Ketika berada di penanda yang terakhir, pelompat mestilah mencapai kelajuan yang terkawal. g. Mulakan larian dengan kaki yang akan melonjak jika jumlah jarak langkah angka ganjil.

Gambar rajah

Rancangan Gerak Kerja 1 Murid 1 Sukan

Lontar PeluruMinggu 1 Kemahiran Teknik memegang peluru Aktiviti Teknik memegang peluru dengan tiga jari 1. Peluru disokong di pangkal ketiga-tiga jari tengah (yang direnggangkan sedikit) dan ibu jari. Jari kelingking dibengkokkan di sisi peluru. Teknik memegang peluru dengan lima jari 1. Kelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan jari kelingking mengimbangi kedudukan peluru. 2. Teknik ini disyorkan kepada pelajar sekolah rendah. ** Gunakan bola baseball atau bola yang sama size dengan peluru sebelum menggunakan peluru yang sebenar. Gaya berdiri dan melontar (tanpa lungsuran) Gambar rajah Teknik memegang peluru dengan tiga jari.

Teknik memegang peluru dengan lima jari.

Lakuan sedia mengilas badan - melontar

Rancangan Gerak Kerja 1 Murid 1 Sukan

Bola KeranjangMinggu Kemahiran 1 Hantaran paras dada dengan dua belah tangan Aktiviti Bersedia dengan memegang bola dengan dua belah tangan. Melangkah ke arah hantaran semasa melepaskan bola. Pegang bola atas paras dada dengan siku menghampiri badan. Melangkah apabila menuju ke sasaran dan menolak tangan ke hadapan. Gunakan ibu jari dan jari-jari lain untuk menolak bola ke depan. Bola dihantar ke paras dada penerima. Tapak tangan terbuka ke tepi setelah bola ditolak keluar. Gambar rajah

Hantaran Bola Berkumpulan Dalam Bulatan

Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan kecil seramai 6 hingga 10 orang. Murid-murid membuat satu bulatan. Mereka boleh menghantar bola kepada mana-mana murid kecuali murid-murid yang berdiri di sebelahnya. Kumpulan yang dapat melakukan 30 (boleh diubah) hantaran dianggap pemenang.

Minggu Kemahiran 2 Mengawal bola

Aktiviti a. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberi 2 biji bola keranjang. b. Murid mengikut giliran untuk memusing bola di leher, pinggang dan di antara kaki. c. Berdiri dengan kaki buka seluas bahu. Pegang bola dengan tangan kanan, membuat satu pusingan di kepala dan alih ke pinggang dan di antara kaki. Buat seberapa banyak pusingan yang boleh. d. 8 di antara dua kaki. e. Berdiri dengan kaki buka lebih luas sikit daripada bahu. Bola dipegang di depan lutut. f. Bola dipegang di tangan kanan dan membuat satu pusing luar di kaki kanan. Bola masuk di antara dua belah kaki dari bahagian belakang dan disambut oleh tangan kiri dan satu pusing luar di kaki kiri. g. Tukar arah bermula dari kaki kiri.

Gambar rajah

Minggu Kemahiran 3 Hantaran bola di antara kaki

Aktiviti a. Dua orang dalam satu kumpulan. b. Berdiri dengan belakang hadap belakang. c. Bola di hantar ke pasangan melalui ruang antara dua kaki. d. Hantaran lantunan antara dua kaki tanpa bergerak

Gambar rajah

Hantaran lantunan sisi

e. Hantaran dilakukan dengan melantunkan bola di sebelah sisi kepada kawan yang berdiri dibelakangnya. f. Hantaran balik di sisi lain. g. Titik lantunan hendaklah tepat supaya dapat hantar ke sasaran. a. Berdiri seluas bahu dengan bola dihadapan. b. Semasa membuat hantaran, bola dipegang dibelakang kepala. Hantar bola menggunakan pergelanggan tangan ke tempat sasaran. c. Pergerakkan ikut lajak, selepas hantaran dilakukan. d. Pasangan sambut bola dan membuat hantaran yang sama.

4

Hantaran atas kepala

Minggu Kemahiran 5 Hantaran paras bahu

Aktiviti a. Bola dipegang di depan dada. Semasa membuat hantaran, sebelah tangan dialih ke belakang dan membuat satu curve ke hadapan. b. Pergelangan tangan dibengkokkan dan hantar bola ke sasaran. Pergerakan ikut lajak.

Gambar rajah

6

c. Membuat hantaran dalam kumpulan. Menggelecek a. Bengkokkan lutut b. Beban badan diletakkan ke bahagian depan kaki. c. Tolak bola ke depan sambil melangkah ke depan. d. Gunakan jari untuk mengawal bola. e. Bola dikawal supaya ia naik tinggi melebihi paras pinggang. f. Mengawal bola supaya tidak menghala ke arah yang boleh mengganggu kelajuan menggelecek.

Minggu 7

Kemahiran Menjaring Jaring Statik (Sebelah tangan dan Dua belah tangan)

Aktiviti a. Kaki dibuka selebar bahu, lutut bengkok sedikit. b. Sebelah kaki yang sama dengan tangan jaringan berada sedikit di depan. c. Kaki dan bahu menghadap ke keranjang dengan lutut dibengkokkan. d. Tangan bebas membantu memegang bola. e. Mata pandang ke sasaran. f. Tolakan akan membantu tangan menjaringkan bola ke keranjang. g. Pergelangan tangan akan dikilaskan dan jari ikut ke arah keranjang. h. Ketinggian bola patutlah tidak melebihi tinggi papan tampan. a. Pengajaran langkah jaringan bebas. Langkah satu kaki kanan dan melakukan pergerakan dapat bola. Langkah kaki kanan. Langkah kaki kiri dan lonjak dengan kaki kanan di angkat. b. Melakukan aktiviti dalam gambar rajah.

Gambar rajah

8

Menjaring Jaringan bebas

Rancangan Gerak Kerja 1 Murid 1 Sukan

Bola TamparMinggu 1 Kemahiran Menyangga Aktiviti Cara memegang tangan Jangan kuncikan jari-jari dan pastikan ibu jari selari. Kuncikan siku dan luruskan lengan serta pergelangan tangan. Mainkan bola pada bahagian keras lengan iaitu di atas pergelangan tangan. Kaki dibengkokkan dengan sebelah kaki di depan dan sebelah lagi di belakang. Selalu menghadap pada sasaran yang ingin dihantarkan bola. Bola dipukul dengan meluruskan kaki dan lengan. Jangan hayun tangan terlalu tinggi. Tangan dan badan harus relaks dan bola dihantar tinggi. Gambar rajah

Menerima bola yang dilambung tepat oleh rakan yang berdiri sejauh 3 meter. Bilangan lambungan ditentukan oleh jurulatih

Minggu 2

Kemahiran

Aktiviti

Gambar rajah