faktor persekitaran yang menyumbang bagi penglibatan murid-murid dalam sukan bolasepak di sekolah...

22
UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM FAKTOR-FAKTOR PERSEKITARAN YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN MURID-MURID BERUMUR 9 HINGGA 11 TAHUN DALAM SUKAN BOLASEPAK DI SEKOLAH RENDAH RIMBA I LAPORAN KERJA KURSUS II PP 1216 PERBEZAAN INDIVIDU OLEH : SUKARDI BIN KADERI (08B1022) MD. ISMADI BIN RAZALI (08B1013) Bachelor of Education in Primary Education (Pendidikan Jasmani) Universiti Brunei Darussalam 2008

Upload: sukardijpkk

Post on 27-Jul-2015

6.571 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Laporan Pembentangan Bagi Kursus PP1216 Perbezaan Individu Bagi Program B. Ed. in Primary Education (Pendidikan Jasmani) Semester 1/2008 -

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR PERSEKITARAN YANG MENYUMBANG BAGI PENGLIBATAN MURID-MURID DALAM SUKAN BOLASEPAK DI SEKOLAH RENDAH RIMBA I

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

FAKTOR-FAKTOR PERSEKITARAN YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN MURID-MURID BERUMUR 9 HINGGA 11 TAHUNDALAM SUKAN BOLASEPAK DI SEKOLAH RENDAH RIMBA I

LAPORAN KERJA KURSUS II

PP 1216 PERBEZAAN INDIVIDU

OLEH :

SUKARDI BIN KADERI (08B1022)MD. ISMADI BIN RAZALI (08B1013)

Bachelor of Education in Primary Education (Pendidikan Jasmani)Universiti Brunei Darussalam

2008

Page 2: FAKTOR PERSEKITARAN YANG MENYUMBANG BAGI PENGLIBATAN MURID-MURID DALAM SUKAN BOLASEPAK DI SEKOLAH RENDAH RIMBA I

Isi Kandungan

Pengenalan...................................................................................................................................3

Definisi Persekitaran....................................................................................................................3

Teori Perkembangan Ekologi Bronfenbrenner............................................................................4

Faktor Persekitaran Yang Mempengaruhi Penglibatan Murid-Murid Berumur 9 Hingga 11 Tahun Dalam Bolasepak Di Sekolah Rendah Rimba I................................................................5

Keluarga.......................................................................................................................................6

Sekolah.........................................................................................................................................8

Rakan Sebaya...............................................................................................................................9

Kesimpulan................................................................................................................................11

Appendiks 1...............................................................................................................................12

Bibliografi......................................................................................................................................16

[2]

Page 3: FAKTOR PERSEKITARAN YANG MENYUMBANG BAGI PENGLIBATAN MURID-MURID DALAM SUKAN BOLASEPAK DI SEKOLAH RENDAH RIMBA I

Pengenalan

Perkembangan dan tingkah laku individu boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

Banyak kajian-kajian telah dibuat mengenai perkembangan dan tingkah laku individu yang

dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Rahil dan Habibah (2002) yang memetik pernyataan

Penteori behaviorisme, Watson (1878-1958), iaitu:

“Give me a dozen healthy infants, well-formed, and in my own special world to bring them up in and I’ll guarantee

to take any one at random and train him to become any type of specialist I might select – doctor, lawyer, artist,

merchant, chief, and yes, even beggarman and thief, regardless of his talents, penchants, tendencies, abilities,

vocations and race of his ancestors.......”.

Laporan kerja kursus ini akan menerangkan beberapa faktor yang mempengaruhi

penglibatan murid-murid berumur 9 hingga 11 tahun dalam sukan bolasepak di Sekolah Rendah

Rimba I. Kaedah teori perkembangan ekologi yang dikemukakan oleh Bronfenbrenner dan

melihat dari aspek kelas mikrosistem yang mana ia merujuk kepada sistem yang paling hampir

dengan seseorang individu adalah sebagai rujukan khusus bagi laporan ini.

Untuk mendapatkan maklumat dan data, seramai 50 orang murid-murid yang berumur

lingkungan 9 hingga 11 tahun telah diberikan soalan kaji selidik untuk dijawab oleh mereka dan

bapa mereka.

Definisi Persekitaran

Menurut Rahil & Habibah (2002), persekitaran atau “nurture” ialah segala rangsangan

yang mempengaruhi perkembangan individu. Coon (2000) pula memberikan definisi bahawa

persekitaran itu ialah “The sum of all external conditions affecting development, especially the

effects of learning”.

[3]

Page 4: FAKTOR PERSEKITARAN YANG MENYUMBANG BAGI PENGLIBATAN MURID-MURID DALAM SUKAN BOLASEPAK DI SEKOLAH RENDAH RIMBA I

Teori Perkembangan Ekologi Bronfenbrenner

Teori ekologi ini diasaskan oleh Urie Bronfenbrenner. Menurut beliau, persekitaran

manusia berasas kepada hubungan dengan konteks di mana seseorang itu berinteraksi. Beliau

mengelaskan beberapa sistem yang cenderung mempengaruhi manusia kepada 5 sistem iaitu

Mikrosistem, Mesosistem, Eksosistem, Makrosistem dan Kronosistem. (lihat Rajah 1).

Rajah 1: Teori Perkembangan Ekologikal Bronfenbrenner (John, 2006)

Pertama, mikrosistem merujuk kepada sistem yang paling hampir dengan seseorang

individu. Jika dilihat dari Rajah 1, ianya terdiri daripada keluarga, sekolah, rakan sebaya,

kawasan permainan kejiranan dan kumpulan agama. Kedua, mesosistem pula merujuk kepada

hubungan seorang individu dengan individu yang lain dalam persekitaran dimana seseorang itu

berkembang. Seterusnya, eksosistem ialah suatu persekitaran yang tidak melibatkan seseorang

individu secara langsung tetapi sebarang kegiatan dan peristiwa yang berlaku didalamnya akan

mempengaruhi individu dan keluarga tersebut. Manakala, makrosistem pula melibatkan

[4]

Page 5: FAKTOR PERSEKITARAN YANG MENYUMBANG BAGI PENGLIBATAN MURID-MURID DALAM SUKAN BOLASEPAK DI SEKOLAH RENDAH RIMBA I

persekitaran yang abstrak. Ianya merangkumi sistem kepercayaan dan ideologi yang mendukung

sesuatu budaya. Akhirnya, kronosistem ialah pola peristiwa dan transisi yang berlaku dalam

persekitaran individu sepanjang hayatnya.

Justeru itu, melalui teori perkembangan ekologi yang dikemukakan oleh Bronfenbrenner,

kita dapat melihat bagaimana persekitaran itu boleh mempengaruhi perkembangan individu.

John (2006) menjelaskan mengenai dengan teori ekologi Bronfenbrenner seperti berikut:

“Bronfenbrenner’s theory has gained popularity in recent years. It provides one of the few theoretical

frameworks for systematically examining social contexts on both micro and macro levels, bridging gap between

behavioral theories that focus on small settings and anthropological theories that analyze larger settings. His theory

has been instrumental in calling attention to the importance of looking children’s lives in more than one setting. As

we just saw, teachers often need to consider not just what goes around in the classroom but also what happens in

students families, neighbourhoods and peer groups”.

Faktor Persekitaran Yang Mempengaruhi Penglibatan Murid-Murid Berumur 9 Hingga 11 Tahun Dalam Bolasepak Di Sekolah Rendah Rimba I

Mengikut teori ekologi Bronfenbrenner, sistem yang paling dekat kepada perkembangan

individu ialah mikrosistem. Mikrosistem seperti dijelaskan awal adalah faktor seperti keluarga,

sekolah, rakan sebaya, kawasan kejiranan dan faktor agama dan budaya. Dalam laporan ini cuma

akan menyentuh tiga faktor dari mikrosistem iaitu keluarga, sekolah dan rakan sebaya. Ini kerana

ketiga-tiga faktor ini lebih dekat kepada perkembangan individu dalam konteks pendidikan

amnya dan penglibatan dalam sukan bolasepak khasnya bagi murid-murid berumur 9 hingga 11

tahun di Sekolah Rendah Rimba I.

[5]

Page 6: FAKTOR PERSEKITARAN YANG MENYUMBANG BAGI PENGLIBATAN MURID-MURID DALAM SUKAN BOLASEPAK DI SEKOLAH RENDAH RIMBA I

Keluarga

John (2006) yang memetik dari Garbarino, Bradshaw, & Kostelny (2005) dan Luster &

Okagaki (2005) menyatakan:

“Children grow up in diverse families. Some parents nurture and support their children. Others treat them

harshly or ignore them. Some children have experienced their parents’ divorce. Others live their entire childhood in

a never-divorced family. Others live in a stepfamily. Some children’s mothers and fathers work full-time and place

them in after-school programs. Other children’s mothers or fathers are present when they come home from school.

Some children grow up in an ethnically uniform neighbourhood, others in a neighbourhood that is more mixed.

Some children’s families live in poverty; others are economically advantaged. Some children have siblings; others

don’t. These varying circumstances affect children’s development and influence students in and beyond the

classroom”.

Keluarga juga merupakan pengaruh awal yang hadir didalam perkembangan individu.

Kehidupan keluarga termasuk stail keibubapaan, sosio-ekonomik keluarga dan adik-beradik.

Melalui keluarga, individu dapat berdikari dan mencari identiti diri. (Rahil & Habibah, 2002)

Terdapat empat aspek dalam perhubungan ibu bapa yang terlibat dalam perkembangan

individu iaitu minat dan penglibatan ibu bapa, kekuatan emosi dalam interaksi keluarga, ciri

tingkah laku keluarga dan ciri autoriti ibu bapa.

Menurut Rahil dan Habibah (2002) lagi, dalam kajian yang dijalankan oleh Elder (1980),

individu memandang positif tentang dua stail keibubapaan iaitu ‘authoritative’ dan

‘equalitarian’. Ibu bapa ‘authoritative’ menggalakkan anak-anak melibatkan diri dalam

perbincangan dan meminta pendapat mereka dalam membuat keputusan. Manakala ibu bapa

‘equilitarian’ pula cuba memberi remaja membuat keputusan yang saksama.

[6]

Page 7: FAKTOR PERSEKITARAN YANG MENYUMBANG BAGI PENGLIBATAN MURID-MURID DALAM SUKAN BOLASEPAK DI SEKOLAH RENDAH RIMBA I

Dari segi sosio-ekonomik pula, keluarga yang dapat memberi dan menyediakan

kemudahan, peralatan serta makanan yang berzat dan seimbang akan dapat membantu

perkembangan individu. Mok Soon Sang (2001) menyatakan bahawa makanan berzat dan

seimbang akan membantu kanak-kanak memperkembang jasmaninya dengan sempurna.

Shahabudin, Mahani & Ramlah (2003) juga menyatakan kekurangan jenis-jenis makanan yang

tertentu akan memberi kesan kepada pembentukan dan perkembangan jasmani seseorang.

Selain daripada itu, adik-beradik juga boleh mempengaruhi perkembangan individu.

Menurut Mc Devitt (2004) yang memetik dari Barr (1999) menyatakan bahawa ‘Older siblings

also serve as role models (e.g., for asking parents to buy something) and playmates for younger

children’. Beliau juga memuatkan pernyataan dari kanak-kanak berumur 15 tahun yang bernama

Robin yang menyatakan:

“My older brother is kind of like my Dad. He’s really nice to me… With my brother, I usually like to play

sports. With my little brother, I always play video games with him. My little sister, we like to argue with each other”

Shaharuddin (2001) juga memetik dari Eccles & Harold (1991) dan Greendorfer (1992)

menyatakan bahawa pengaruh saudara tua (abang dan kakak) turut mempengaruhi penglibatan

dalam bidang sukan.

Daripada jawapan kaji selidik yang diterima didapati faktor keluarga mempengaruhi

penglibatan murid-murid berumur 9 hingga 11 tahun di Sekolah Rendah Rimba I dalam sukan

bolasepak. Sebanyak 94% murid menyatakan bahawa bapa mereka menggalakkan mereka untuk

melibatkan diri dalam sukan bolasepak. Sebanyak 76.5% bapa pula memberi respons bahawa

mereka menggalakkan anak mereka melibatkan diri dalam sukan bolasepak dan 36% menghantar

anak mereka untuk mengikuti skim bolasepak dan menyediakan peralatan dan kemudahan yang

[7]

Page 8: FAKTOR PERSEKITARAN YANG MENYUMBANG BAGI PENGLIBATAN MURID-MURID DALAM SUKAN BOLASEPAK DI SEKOLAH RENDAH RIMBA I

diperlukan. Sebanyak 74% murid-murid menyatakan bahawa mereka bermain bolasepak di

kawasan rumah. Selain itu, sebanyak 86% murid-murid memberi respons bahawa penglibatan

mereka dalam bolasepak adalah kerana mengikut jejak adik-beradik mereka.

Sekolah

Faktor sekolah dan persekolahan juga memberi sumbangan terhadap pembentukan dan

perkembangan individu. Selain daripada menerima pengetahuan dan pengajaran, sekolah adalah

institusi yang berfungsi sebagai pemberi pendidikan yang menyentuh aspek nilai-nilai murni. Di

sekolah seseorang individu dapat membentuk disiplin dan sikap bertanggungjawab. (Shahabudin,

Mahani, & Ramlah, 2003)

Selain itu, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum juga membantu individu membentuk diri yang

positif. Pentadbir sekolah yang berusaha untuk memberikan kemudahan pengajaran,

pembelajaran dan prasarana yang kondusif akan dapat membantu proses perkembangan individu

di sekolah.

Rahil & Habibah (2002) pula menjelaskan bahawa sekolah memainkan peranan yang

penting dalam perkembangan kanak-kanak kerana mereka banyak menghabiskan masa di

sekolah, aktiviti gerak kerja kokurikulum dan menghabiskan kerja tambahan sekolah. Selain itu,

sekolah juga mendedahkan kanak-kanak kepada guru-guru yang menekankan bukan sahaja

pencapaian akademik, motivasi untuk belajar, penguasaan kemahiran dan mempertingkatkan

kemajuan tetapi juga sikap tanggungjawab, kepimpinan dan autoriti.

Daripada pemerhatian dan kaji selidik yang dijalankan, faktor sekolah juga telah

mempengaruhi murid-murid berumur 9 hingga 11 tahun di Sekolah Rendah Rimba I untuk

[8]

Page 9: FAKTOR PERSEKITARAN YANG MENYUMBANG BAGI PENGLIBATAN MURID-MURID DALAM SUKAN BOLASEPAK DI SEKOLAH RENDAH RIMBA I

melibatkan diri dalam sukan bolasepak. Pihak sekolah, melalui peruntukan yang diberikan oleh

Kementerian Pendidikan telah menyediakan sebuah padang bolasepak dan kawasan lapang

untuk mengadakan latihan serta permainan bolasepak.

Bersesuaian dengan itu, guru-guru pendidikan jasmani di sekolah ini menyediakan

pengajaran serta latihan-latihan yang menarik minat murid-murid dan juga memberikan motivasi

kepada mereka.

Sebanyak 82% murid-murid menyatakan bahawa mereka berminat dalam sukan

bolasepak kerana galakan guru-guru mereka dan kemudahan yang disediakan.

Rakan Sebaya

Shahabudin, Mahani & Ramlah (2003) menjelaskan bahawa rakan sebaya adalah agen

penting mempengaruhi pembentukan dan perkembangan individu kanak-kanak. Rakan sebaya

yang mempunyai nilai-nilai positif seperti bekerjasama, tolong menolong dan saling bantu-

membantu dapat membantu proses pembelajaran dan memberi kesan kepada perkembangan

individu.

Rahil & Habibah (2002) pula menyatakan rakan sebaya melibatkan kesamaan sosial iaitu

dari segi umur, pematangan, latar belakang dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan

matlamat. Menurut mereka lagi, rakan sebaya juga menyumbang kepada sosialisasi dengan

menguji bakat seperti kebolehan sukan, keberanian, kepimpinan, kepopularan dan kecantikan

fizikal. Mereka juga membahagikan rakan sebaya kepada dua jenis kumpulan iaitu click dan

crowd.

[9]

Page 10: FAKTOR PERSEKITARAN YANG MENYUMBANG BAGI PENGLIBATAN MURID-MURID DALAM SUKAN BOLASEPAK DI SEKOLAH RENDAH RIMBA I

Click merupakan satu kumpulan yang rapat, yang mengandungi sekurang-kurangnya

enam rakan. Mereka melibatkan diri dalam aktiviti yang dikongsikan bersama dan keahlian

dalam click membenarkan persahabatan yang dipilih dimana mereka sangat akrab dan berkongsi

minat dan aktiviti seperti muzik, sukan, bercakap dan rupa fizikal.

Manakala crowd mengandungi 15 hingga 30 orang. Biasanya ianya terdiri dari 2 hingga 4

kumpulan click dalam persatuan tidak formal dan selalunya merupakan kelab, persatuan dan

organisasi sukan.

Selain itu, Mok Soon Sang (2001) menjelaskan, pengaruh rakan sebaya adalah penting

dalam perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial kanak-kanak. Kanak-kanak yang bergaul

dengan rakan sebaya yang rajin belajar mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke

tahap maksimum.

Shaharuddin (2001), pula berpendapat bahawa pengaruh rakan sebaya dapat memberi

ruang untuk merasai kegembiraan bersama rakan-rakan apabila berjaya mempelajari sesuatu

kemahiran yang baru atau berjaya menguasai serta melakukan kemahiran dengan jayanya.

Sehubungan dengan itu, melihat dari respons yang diberikan dalam kaji selidik, didapati

bahawa rakan sebaya juga memainkan peranan yang besar dalam penglibatan murid-murid

berumur 9 hingga 11 dalam sukan bolasepak. Sebanyak 83 % respons yang diberikan

menyatakan bahawa mereka melibatkan diri dalam sukan bolasepak kerana mengikut rakan

sebaya yang juga terlibat dalam sukan tersebut.

Respons yang diberikan sesuai dengan penyataan oleh Shaharuddin (2001) iaitu diantara

sebab-sebab individu melibatkan diri dalam sukan ialah untuk bersama dengan rakan dan

[10]

Page 11: FAKTOR PERSEKITARAN YANG MENYUMBANG BAGI PENGLIBATAN MURID-MURID DALAM SUKAN BOLASEPAK DI SEKOLAH RENDAH RIMBA I

menjalin persahabatan dengan rakan baru. Mereka belajar tentang persekitaran, bersosialisasi dan

berinteraksi dengan orang lain dengan bermain.

Kesimpulan

Sememangnya faktor keluarga, sekolah dan rakan sebaya memainkan peranan yang

penting dalam mempengaruhi penglibatan murid-murid berumur 9 hingga 11 tahun di Sekolah

Rendah Rimba I dalam sukan bolasepak. Ini dapat dilihat daripada dapatan daripada hasil kaji

selidik yang banyak menjurus kepada pernyataan bahawa ketiga-tiga faktor di atas saling

berhubung kait dalam penglibatan mereka dalam sukan bolasepak. Ini juga selaras dengan

kajian-kajian yang menyatakan bahawa persekitaran juga mempengaruhi perkembangan individu

terutama dalam pembelajaran. Oleh itu, perkembangan dan penglibatan individu itu boleh

dimanipulasi dengan menyediakan persekitaran yang boleh menyumbang kepada perkembangan

samada ianya positif ataupun negatif. Kita juga perlu melihat pengaruh perkembangan individu

dari pelbagai aspek dan teori ekologi Bronfenbrenner dapat membantu untuk kita lebih

memahami pengaruh-pengaruh yang mempengaruhi perkembangan individu.

[11]

Page 12: FAKTOR PERSEKITARAN YANG MENYUMBANG BAGI PENGLIBATAN MURID-MURID DALAM SUKAN BOLASEPAK DI SEKOLAH RENDAH RIMBA I

Appendiks 1

PROGRAM : B. ED. PRIMARY EDUCATION [PENDIDIKAN JASMANI]

PP 1216 : PERBEZAAN INDIVIDU

BORANG KAJI SELIDIK

Kaji selidik ini adalah untuk mengetahui sejauh mana penglibatan murid-murid dalam sukan bolasepak di peringkat sekolah rendah (Darjah 4, 5 dan 6). Kaji selidik ini melibatkan respons dari ibu/bapa dan penjaga serta murid.

Awda tidak perlu membuat nama awda dan di atas kerjasama yang diberikan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih dan diharap respons yang awda berikan akan dapat memberi manfaat dalam perkembangan bolasepak khususnya di peringkat sekolah rendah.

SOALAN KHUSUS UNTUK BAPA/PENJAGA MURID

1. Adakah awda berminat dalam sukan bolasepak? Jika tidak, sila jawap soalan 2.

Ya Tidak

2. Kenapa awda tidak berminat dalam sukan bolasepak?

memang tidak berminat.

ada penyakit yang menghalang.

tidak pandai dalam sukan bolasepak.

Lain-lain, sila nyatakan : __________________________________________________

3. Adakah awda seorang pemain bolasepak? Jika ya, sila jawap soalan 3.

Ya Tidak

4. Apakah peringkat penglibatan awda dalam bolasepak?

peringkat sekolah.

peringkat kebangsaan.

hobi sahaja.

[12]

Page 13: FAKTOR PERSEKITARAN YANG MENYUMBANG BAGI PENGLIBATAN MURID-MURID DALAM SUKAN BOLASEPAK DI SEKOLAH RENDAH RIMBA I

Lain-lain, sila nyatakan : __________________________________

5. Berapa orangkah anak awda yang berminat bermain bolasepak atau pernah menyertai pasukan bolasepak sekolah?

tidak ada.

1 orang.

2 orang.

3 orang.

Lain-lain, sila nyatakan : ___________________________________

6. Adakah awda menggalakkan anak awda untuk bermain bolasepak?

Ya Tidak

7. Adakah awda menyediakan kemudahan/peralatan untuk anak awda bermain bolasepak?

Ya Tidak

8. Adakah dikawasan rumah awda terdapat kemudahan bermain bolasepak?

Ya Tidak

[13]

Page 14: FAKTOR PERSEKITARAN YANG MENYUMBANG BAGI PENGLIBATAN MURID-MURID DALAM SUKAN BOLASEPAK DI SEKOLAH RENDAH RIMBA I

SOALAN KHUSUS UNTUK MURID

1. Adakah awda berminat dalam sukan bolasepak? Jika Ya, sila jawap soalan 3 hingga 8. Jika Tidak, sila jawap soalan 9 sahaja.

Ya Tidak

2. Kenapa kamu berminat dalam sukan bolasepak?

galakan ibu/bapa.

mengikut jejak bapa kerana bapa ialah seorang pemain bolasepak.

galakan guru.

memang sangat berminat.

ikut kawan-kawan.

3. Dimanakah kamu selalu bermain bolasepak? (kamu boleh menjawab lebih dari satu jawapan)

kawasan rumah.

kawasan padang dekat rumah.

di padang sekolah.

4. Adakah kamu pernah menyertai / mewakili sekolah dalam pertandingan bolasepak?

Ya Tidak

5. Adakah kamu dilatih dalam permainan bolasepak di sekolah?

Ya Tidak

6. Apakah tahap kemahiran awda dalam permainan bolasepak?

handal.

boleh tahan.

[14]

Page 15: FAKTOR PERSEKITARAN YANG MENYUMBANG BAGI PENGLIBATAN MURID-MURID DALAM SUKAN BOLASEPAK DI SEKOLAH RENDAH RIMBA I

7. Apakah kamu juga mengikuti skim bolasepak?

Ya Tidak

8. Kenapa kamu tidak berminat untuk bermain bolasepak?

ibu/bapa tidak menggalakkan.

ada penyakit yang menghalang.

memang tidak suka permainan bolasepak.

Sekian. Terima Kasih

[15]

Page 16: FAKTOR PERSEKITARAN YANG MENYUMBANG BAGI PENGLIBATAN MURID-MURID DALAM SUKAN BOLASEPAK DI SEKOLAH RENDAH RIMBA I

Bibliografi

Coon, D. (2000). Essentials of Psychology 8th Edition. Belmont: Wadsworth.

John, W. S. (2006). Educational Psychology 2nd Edition. New York: McGraw-Hill Higher Education.

Mc Devitt, T., & Ormrod, J. (2004). Child Development 2nd Edition. Upper Saddle River, New Jersey: Pearson Education.

Rahil, M., & Habibah, E. (2002). Psikolgi Pendidikan Untuk Perguruan. Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Sang, M. S. (2001). Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 1. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Shahabudin, H., Mahani, R., & Ramlah, J. (2003). Psikologi Pendidikan. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Shaharudin, A. A. (2001). Mengaplikasi Teori Psikologi Dalam Sukan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

[16]