manfaat dasar 1 murid 1 sukan

21
MANFAAT DASAR 1 MURID 1 SUKAN Dasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah Sukan untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh halyang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Terdapat pelbagai kebaikan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Perkara ini akan dibincangkan demi kepentingan bersama. Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak langsung dapat membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan murid-murid di sekolah. Dasar ini bertujuan untuk membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid prasekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. Hal ini 1

Upload: eija-shaiza

Post on 24-Nov-2015

339 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

pjk

TRANSCRIPT

MANFAAT DASAR 1 MURID 1 SUKAN

Dasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah Sukan untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh halyang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Terdapat pelbagai kebaikan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Perkara ini akan dibincangkan demi kepentingan bersama.

Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak langsung dapat membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan murid-murid di sekolah. Dasar ini bertujuan untuk membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid prasekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana kerajaan mahu membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara melalui sukan. Tegasnya, modal insan yang syumul dan holistik dapat dilahirkan melalui dasar ini.

Selain itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas kerana badan sihat otak cerdas. Aktiviti sukan berupaya meningkatkan kecergasan jasmani seseorang dan memenuhi naluri semula jadi murid dalam aktiviti fizikal. Hal ini dikatakan demikian kerana kerajaan sedar semakin banyak rakyat Malaysia yang mengabaikan sukan dalam kehidupan lantaran terlalu sibuk dengan urusan seharian. Akibatnya, bilangan rakyat Malaysia yang menghidap masalah kegemukan dan obesiti semakin meningkat saban tahun. Senario ini amat merugikan kerana golongan ini biasanya tidak aktif dan menghidap pelbagai penyakit yang berbahaya kepada diri mereka. Pada tahun 2011, dilaporkan rakyat Malaysia merupakan golongan terbanyak mengidap obesiti dalam kalangan rakyat di negara-negara ASEAN dan yang keenam di Asia. Oleh sebab itu, tindakan kerajaan memperkenalkan Dasar 1 Murid 1 Sukan memang tepat pada masanya dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas sepanjang masa. Izharlah bahawa amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk melalui dasar ini.

Jika kita singkap dari perspektif yang berbeza, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya untuk memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Malaysia sentiasa dijadikan contoh kepada negara-negara lain di dunia ini kerana kejayaannya membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk selama 55 tahun kebelakangan ini. Kerajaan sedar bahawa rakyat tidak harus alpa akan kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu adalah melalui sukan. Semangat kerjasama dan bertolenransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli sukan mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama. Rakyat pelbagai kaum akan dipertemukan dan bergaul sesama mereka semasa menjalani aktiviti sukan. Dengan ini mereka akan memahami budaya dan cara hidup kaum lain. Sudah terang lagi bersuluh, Dasar 1 Murid 1 Sukan amatlah penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Seperkara lagi, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.Dasar ini boleh memberikan akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Murid-murid pada zaman ini lebih cenderung menjadi ulat buku kerana terlalu mementingkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Mereka beranggapan bahawa aktiviti sukan hanyalah membuang masa mereka sahaja. Persepsi seperti itu perlu dikikis dari kamus kehidupan mereka kerana mereka perlu memperuntukkan masa untuk melakukan kecergasan fizikal seperti bermain bola sepak, berenang, menyertai acara balapan dan sebagainya demi kebaikan mereka. Kata orang, otak yang sihat datang dari badan yang cergas. Dengan memiliki badan yang sihat, murid-murid dapat fokus pada pelajaran mereka. Mereka dapat menjana idea yang bernas dan mampu berfikir secara kreatif dan kritis. Secara implisitnya, murid akan beroleh kejayaan dalam bidang akademik mereka. Pendek kata, murid dapat mencapai keseimbangan antara kejayaan akademik dengan kejayaan sukan melalui Dasar 1 Murid 1 Sukan yang diperkenalkan ini.

Pada masa yang sama, Dasar 1 Murid 1 Sukan juga berupaya untuk mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Dasar ini memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. Pada masa ini, sukan merupakan salah satu aktiviti penting. Ahli-ahli sukan yang berjaya akan dikenali di seluruh dunia. Mereka disanjung dan dipuja serta mampu meraih pendapatan berjuta-juta ringgit. Mereka bukan sahaja mampu menyumbang kepada pendapatan negara malahan menjadi duta kecil untuk menaikkan imej negara di persada antarabangsa. Kejayaan beberapa orang ahli sukan negara kita seperti Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee Chiong Wee, dan sebagainya dalam bidang sukan seharusnya diteruskan.Sesungguhnya, usaha untuk memartabatkan arena sukan negara ke persada antarabangsa dengan kelahiran jaguh sukan negara yang digeruni dapat dicapai menerusi dasar ini.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa Dasar 1 Murid 1 Sukan banyak membawa kemaslahatan kepada murid-murid di negara kita. Oleh itu, semua pihak harus memberikan galakan kepada murid-murid sekolah untuk menyertai semua aktiviti sukan yang dikelolakan oleh pihak sekolah berkaitan dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Dalam pada itu, pihak sekolah pula haruslah melaksanakan Dasar 1 Murid 1 Sukan dengan sempurna agar segala matlamat dan objektif yang ditetapkan akan tercapai. Pihak sekolah tidak harus bersikap sambalewa atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Namun begitu, sokongan daripada ibu bapa juga penting untuk menjayakan dasar ini kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Mudah-mudahan, hasrat kita untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam sukan akan menjadi realiti dan bukannya angan-angan Mat Jenin.Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah sukan di Malaysia terus maju untuk bersaing di peringkat global agar Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di persada antarabangsa.

Soalan ContohProgram1Murid 1Sukanyang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran banyak memberikanmanfaatkepada murid.Huraikanmanfaat tersebut kepada murid.

Rangka KaranganPendahuluan- Program1Murid1Sukan - pembangunansukansekolahkearahmeningkatkankadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukandi sekolahIsii. Aktivitisukandapatmengisimasalapangmuridsecaraberfaedah - mengelakkan gejala negatifii. Muridyangmenceburkan diri secaraseriusdalambidangsukandapat mengharumkan nama sekolah dan negaraiii. Mewujudkan budaya yang sihat - suka bersukan untuk kesihataniv. Menggalakkan penyertaan murid dalam sukan - setiap murid berpeluangv. Memupuk semangat kesukanan dan perpaduan kaumPenutup- Program ini banyak manfaatnya - perlu disokong oleh semua pihak

Karangan ContohDasar1Murid1Sukan yang telah diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada tahun 2011 banyak mendatangkan manfaat kepada murid. Dasar ini memang penting untuk program pembangunansukandi sekolah-sekolah. Dasar 1Murid 1Sukan menjadiserampang dua matabagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.Dasar ini dikatakan berupaya untuk meningkatkankadarpenglibatan dan penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukandi sekolah. Oleh itu, pelbagaimanfaattersebut akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam perbincangan di bawah ini.

Antara manfaat dasar 1Murid 1Sukan ini ialah aktivitisukantersebut dapatmengisimasalapangmuridsecaraberfaedah.Selain itu, dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan, mereka dapat mengelakkan gejala negatif daripada mempengaruhi mereka. Hal ini demikian kerana, kebanyakan murid yang terlibat dalam aktiviti yang kurang sihat selalunya dikaitkan dengan tindakan mereka yang suka membuang masa dengan sia-sia tanpa melakukan sesuatu aktiviti yang bermanfaat kepada mereka.

Dasar ini membolehkan muridyangmenceburkan diri secara serius dalam bidangsukanitu, dapat mengharumkan nama sekolah dan negara. Mereka dapat menyumbangkan bakat dan kemahiran mereka untuk mewakili sekolah dalam acara-acara tertentu dalam bidang sukan ini keranakalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Sebagai contohnya, mereka boleh menjadi pemain bola sepak, hoki, badminton, squash, dan sebagainya. Dengan cara itu, mereka dapat menunjukkan bakat mereka itu dan berlatih dengan gigih untuk mencapai kemenangan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan negara.

Manfaat lain program ini dapat mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan murid sekolah. Seterusnya, murid-murid yang sihat ini menjadikan mereka cerdas dalam pelajaran. Perkara ini akan turut menyuburkan budaya suka bersukan untuk kesihatan dalam kalangan murid sekolah. Dengan badan yang sihat, murid-murid akan mudah untuk menerima pelajaran dan seterusnya mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Hal ini demikian kerana,otak yang cerdas itu ada pada badan yang sihat.

Seterusnya, dasar ini berupaya untuk menggalakkan penyertaan murid dalam sukan. Hal ini demikian kerana, setiap murid berpeluang untuk melibatkan diri dalam bidang permainan atau sukan yang diminati oleh mereka. Selain itu, perkara ini menunjukkan bahawa tidak ada murid yang tidak berpeluang atau dipinggirkan daripada melibatkan diri dalam permainan atau sukan yang diminatinya. Jadi, pihak sekolah perlu membuat perancangan sistematik, memaksimumkan penggunaan kemudahan, peralatan dan kepakaran yang sedia ada dan mewujudkan kerjasama dengan agensi berkaitan dengan sukan.

Melalui dasar ini, usaha kerajaan untuk memupuk semangat kesukanan dan perpaduan kaum akan menjadi lebih mudah. Dengan melibatkan diri dalam sukan atau permainan tertentu, murid-murid akan mempelajari dan menghayati semangat kesukaan semasa dalam permainan. Selain itu, murid-murid turut berpeluang untuk bergaul dengan murid yang berbilang kaum. Seterusnya, perkara ini akan membantu kerajaan untuk meningkatkan perpaduan kaum di negara ini.

Jelaslah di sini bahawa dasar 1Murid 1Sukan ini merupakan satu tranformasi baharu dalam sistem pendidikan yang banyak manfaatnya. Oleh itu, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat perlu memahami dan menyokong usaha murni kerajaan ini. Sekiranya usaha ini tidak digerakkan dengan betul dan sempurna, sudah tentu hasrat murni tersebut tidak akan tercapai.Jadi, semua pihak perlu bekerjasama dalam hal ini, ibaratbulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Dengan usaha yang bersepadu itu, kita berharap lebih banyak ahli sukan yang bertaraf dunia akan dilahirkan pada masa akan datang.

Tujuan Kerajaan Melaksanakan Program 1Murid 1Sukan.Dikarang oleh : Puan Haslina HassanMengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan banyak mendatangkan kebaikan dalam hidup kita. Namun, kebanyakan pelajar di Malaysia tidak begitu mementingkan penglibatan dalam aktiviti sukan kerana beranggapan aktiviti itu hanya membuang masa. Lagipun masyarakat lebih memandang pencapaian akademik sebagai ukuran. Jadi, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengambillangkah proaktifuntuk mengikispendapat jumudini selaras dengan Dasar Sukan Negara melalui pelaksanaan program 1 Murid 1 Sukan(1M1S) yang menuntut penglibatan aktif dan komitmen penuh pelajar dalam satu sukan atau lebih mengikut kemampuan. KPM telah mewajibkan setiap sekolah melaksanakan program ini agar minat pelajar terhadap aktiviti sukan dapat dipupuk sejak kecik. ( 101 pp )Tujuan utama kerajaan melaksanakan program 1M1S ini adalah untuk melahirkan pelajar yang sihat fizikal dan mental. Pelajar yang bersukan akan bergerak aktif dan mengeluarkan peluh di samping mencerna lebihan tenaga yang tersimpan dalam badan. Badan akan menjadi lebih cergas jika selalu melakukan aktiviti fizikal dan otak pula menjadi cerdas kerana peredaran darah yang membawa oksigen ke otak menjadi lebih lancar. Keadaan ini mampu mencetus fenomena yang segar kepada pelajar untuk belajar. Pelajar tidak lagi tertekan kerana hanya menjadiulat bukusebaliknya dapat meluahkan tekanan ketika bersukan. Masalah obesiti dalam kalangan pelajar juga dapat diatasi jika pelajar bersukan secara konsisten sejak kecil. Jelaslah bahawa dengan melakukan aktiviti sukan, badan akan menjadi cergas dan otak pula semakin cerdas. ( 118 pp)Selain itu, program 1M1S ini penting dalam usaha mencungkil bakat terpendam para pelajar dan menjadi pelapis atlet negara. Ada pelajar yang tidak sedar akan bakat yang dimiliki oleh diri sendiri dan hanya dapat dikesan oleh guru. Jika mereka tidak diwajibkan untuk terlibat dalam program seperti ini, sudah pasti bakat mereka akan hilang begitu saja. Kemungkinan negara juga kehilangan atlet yang tersohor jikamutiarayang ada itu tidak digilap sebaiknya. Guru berperanan untuk mengenal pasti bakat pelajar, menggilap dan menonjolkan kehebatan yang dimiliki sehingga ke persada antarabangsa. Peluang yang lebih adil dapat disediakan kepada pelajar yang tidak mampu menonjol dalam akademik tetapi mampu mengharumkan nama negara dalam bidang sukan dan menjana pendapatan yang lumayan. Jelaslah bahawa program 1M1S ini menjadi platform untuk mengenal pasti bakat terpendam yang ada dalam diri setiap pelajar. ( 131 pp )Kerajaan juga ingin mendidik pelajar-pelajar agar menyahutaspirasi 1 Malaysiamenerusi budaya bersukan. Semasa menjalani aktiviti sukan, pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan budaya akan bersama-sama melakukan aktiviti dan semasa dalam pertandingan pula, mereka akan bersatu hati untuk mencapai matlamat ke arah kejayaan. Pada masa itu, mereka akan belajar erti bertoleransi, bekerjasama, semangat berpasukan dan semangat setiakawan. Mereka juga akan faham ertibersatu teguh bercerai roboh. Perasaan suka duka yang dialami akan dikongsi bersama-sama. Jalinan persahabatan yang dibina ketika menjalani aktiviti sukan diharap akan berkekalan selama-lamanya. Di sini jelas terbukti bahawa aspirasi 1Malaysia mampu tercapai melalui hubungan yang terjalin ketika bersukan tetapi dengan syarat sukan tersebut tidak hanya dimonopoli oleh kaum tertentu sahaja dan situasi ini sebenarnya mampu diperbetulkan di peringkat sekolah. (116 pp )Kesimpulannya, program 1M1S ini merupakan satu langkah yang sangat baik dan mendatangkan banyak manfaat kepada pelajar-pelajar. Pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat sepatutnya memberikan sepenuh kepercayaan terhadap pelaksanaan program ini. Ibu bapa wajar memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka dan tidak hanya menekankan pencapaian akademik sahaja. Pihak sekolah pula disarankan agar melaksanakan program ini dengan sebaik mungkin, bukan sekadarmelepaskan batok di tangga. Pelajar pula perlu diterapkan dengan nilai menghargai kepentingan bersukan dalam diri masing-masing. Jika semua perkara inidiasimilasikan, nescaya Dasar Sukan Negara akan mencapai matlamatnya. ( 87 pp)

Peranan ibu bapa untuk mengatasi masalah sosial remaja.

Kecanggihan teknologi pada masa kini mencirikan kehidupan menjelang tahun 2020, namun persoalannya apakah impak yang dapat dikecapi kerana dalam masa yang sama kita dapatmenyaksikan masalah sosial dan budaya hedonistik dalam kalangan remaja semakin membimbangkan. Pelanduk lupa akan jerat, jerat tidak lupa akan pelanduk begitulah gambaran tentang masalah sosial dalam kalangan remaja yang semakin menjadi polemik yang tidak berkesudahan. Kemelut isu ini semakin parah, adakah membuktikan ibu bapa yang menjadi acuan kepada pewaris mereka gagal mencanai modal insan yang cemerlang justeru anak watan yang jumud dilahirkan. Senario ini hangat diperkatakan dan tidak hairanlah jika polemik isu ini menjadi buah mulut dari warung-warung kopi hingga ke peringkat parlimen. Usaha pasti membuahkan hasil kalau pelbagai prakarsa yang drastik dan efisien yang diambil untuk membanteras masalah yang sudah lama bersarang di negara kita. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa untuk mengatasi masalah remaja pada masa kini?Peranan afdal ibu bapa untuk mengatasi masalah remaja ialahmemberi didikan agama kepada anak-anak. Agama merupakan senjata ampuh yang mampu membantu mereka menangkis segala anasir yang bersifat negatif. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah memberikan didikan agama kepada anak-anak sejak dari kecil ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kendatipun, ibu bapa yang memberi anak-anak dengan cahaya keimanan yang cukup akan melahirkan adiwangsa yang soleh dan solehah. Di samping itu, ada juga keluarga yang makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kerohanian. Menurut pakar motivasi, Dato Dr. Fadzillah Kamsah mengatakan bahawa ibu bapa haruslah mencurahkan ilmu agama kepada putera puteri mereka kerana itu merupakan benteng untuk mereka menempuh arus modenisasi kini. Tuntasnya, ibu bapa hendaklah membuka fikiran seluas padang pasir dan agar hati seputih salju bahawa agama merupakan senjata ampuh untuk mengelakkan modal insan terjerumus ke dalam kancah masalah sosial pada masa kini.Pada pendapat saya, ibu bapa juga perlumemberikan pendidikankepada zuriat mereka. Oleh itu, ibu bapa haruslah memberikan pendidikan kepada anak-anak sejak dari prasekolah sehingga mereka mendapat pHd di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Anak-anak yang ada pendidikan sedar akan keburukan dan kebaikan sesuatu perkara yang mereka lakukan. Sabda Rasulullah s.a.w: Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu. Polemik dalam kalangan remaja yang semakin membusung nanah ini semakin membimbangkan golongan ibu bapa. Anak watan janganlah membiarkan ayah mengeluarkan air mata egonya selama ini apabila melihat insan kesayangannya berada dalam kepompong dosa. Benih yang baik kalau jatuh di tengah lauatan pasti akan menjadi pulau begitulah gambaran tentang peranan ibu bapa kerana mereka yang mencorak anak-anak mereka sendiri. Kata orang, anak-anak ibarat sehelai kain putih yang bebas diwarnakan oleh ibu bapa. Jika diwarnakan hitam, maka hitamlah mereka dan begitu juga sebaliknya. Perkara ini disokong oleh saintis terkemuka India yang mengatakan bahawa pelajar yang cemerlang dalam semua aspek merupakan pelajar yang bebas daripada kepompong masalah sosial. Konklusinya, pendidikan merupakan mekanisme untuk melahirkan modal insan yang syumul dan makruf.Di samping itu, peribahasa air di tulang bumbungan ke cucur atap akhirnya menggambarkan bahawa ibu bapa perlumenjadi role-modelkepada anak-anak. Ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dengan anak-anak nescaya anak-anak akan mencontohi sikap ibu bapa mereka. Begitu juga, jika ibu bapa menunjukkan contoh yang baik, maka anak-anak juga akan menurut sesuatu yang baik. Sebagai contoh, seorang bapa yang bekerja sebagai doktor tidak mungkin anaknya ingin menjadi petani nescaya anaknya juga ingin menjadi doktor yang lebih hebat daripada ayahnya. Menurut Y.B. Dato Seri Utama Rais Yatim mengatakan bahawa bapak borek anak rintik semasa berucap dalam majlis makan malam di Kuala Lumpur baru-baru ini. Tuntasnya, ibu bapa perlu menjadi suri teladan bagi anak-anak mereka agar terhasillah masyarakat madani yang kamil dan sakinah menjelang wawasan 2020.Sementelahan itu, ibu bapa juga perlumeluangkan masa bersama dengan anak-anak. Anak-anak yang hidup tanpa kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapa mereka ibarat rumah usang yang belah menanti retak. Menurut John davey Schwartz, apa yang ingin kita lakukan akan menjadi jika adanya seseorang yang selalu memberi dorongan kepada kita. Ibu bapa mestilah meluangkan masa dengan anak-anak di rumah agar merasa diri mereka dihargai. Oleh itu, ada segelintir ibu bapa hanyut dalam arus kekayaan kerana hanya membantingtulang untuk mencari nafkah hidup tetapi dalam masa yang sama mereka tidak cakna dengan nasib anak-anak mereka. Bertitik tolak daripada itu, anak-anak mula tergelincir daripada landasan yang betul dan terjerumus ke alam fantasi yang menggetarkan setiap inci hati mereka. Menurut Y.B. Senator Dato Sri Sharizat Binti Abdul Jalil semasa ditemubual dalam rancangan Wanita Hari Ini di TV3 mengatakan bahawa ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak waima sibuk dengansegala tugas yang dipikul agar anak-anak mendapat kasih sayang dan perhatian yang secukupnya. Bagi anak-anak mereka wang bukan segala-galanya dalam kehidupan. Jelaslah, ibu bapa harus meluangkan masa walaupun hanya seketika bersama anak-anak kerana dengan cara ini masalah sosial dalam kalangan remaja dapat diatasi.Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa perlumengikuti perkembangan anak-anak. Ibu bapa haruslah mengajar anak-anak merangkak sebelum mereka pandai berlari. Ibu bapa harus berhubung dengan pihak sekolah untuk mengetahui tentang pekembangan anak-anak mereka. Oleh itu, ada segelintir ibu bapa bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing kerana sudah hilang tanggungjawab terhadap adiwangsa dalam diri mereka. Perkara ini disokong oleh pakar motivasi terkemuka negara kita mengatakan anak-anak yang bebas dalam dunia tanpa sempadan ini akan menjahanamkan keturunan kita oleh sebab ibu bapa yang gagal membentuk modal insan yang cemerlang justeru melahirkan generasi yang diibaratkan menconteng arang ke muka sendiri. Konklusifnya, ibu bapa yang cakna waima sibuk dengan pekerjaan akan mengikuti perkembangan anaknya untuk melahirkan generasi yang berketerampilan.Tuntasnya, peranan ibu bapa untuk mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja ialahmemberi didikan agama kepada anak-anak,memberi pendidikan,menjadi role model kepada anak-anak,meluangkan masa bersama dengan anak-anakdanmengikuti perkembangan anak-anak. Ibu bapa hendaklah mengambil langkah yang drastik dan efisien untuk membanteras masalah dalam kalangan remaja ini sehingga ke akar umbi. Hasrat negara untuk mencapai wawasan 2020 hanya angan-angan Mat Jenin sahaja seandainya generasi yang akan datangmasih berada dalam kepompong nista. Usaha pasti membuahkan hasil dan negara pasti mencapai misi kudsi negara kerana ibu bapa berjaya melahirkan cerucuk pembangunan yang berkualiti. Ibu Bapa Mencipta, Anak-anak Berguna haruslah dijadikan panduan untuk menuju ke garisan Wawasan 2020. Sekian terima kasih.

Peranan Keluarga Dalam Menangani Gejala SosialPada alaf globalisasi dan modenisasi ini, gejala sosial sentiasa menghiasi lembaran akhbar. Gejala sosial yang semakin meruncing telah menggusarkan masyarakat. Fenomena ini diibaratkan duri dalam daging dalam sosial kita. Kenapa pembangunan mentaliti rakyat kita tidak selaras dengan pembangunan fizikal kita sehingga penyakit sosial sentiasa menjadi-jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan? Tampaknya, masalah gengsterisme, vandalisme, samseng jalanan, pembuangan bayi, remaja lari dari rumah sering berkait rapat dengan kebejatan institusi keluarga. Walhal, peranan keluarga amat signifikan untuk mengekang sindrom sosial terutamanya masalah remaja.Salah satu peranan institusi keluarga adalah ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan moral kepada anak mereka sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Didikan agama dan moral bagaikan perisai yang berupaya menghalang segala godaan maksiat . Senario ini dapat membantu anak-anak mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial. Sebagai contoh, bapa boleh mengajar anak-anak mereka sendiri atau menghantar mereka ke sekolah agama. Ketua keluarga perlu membimbing anggota keluarga untuk menjalankan solat sembahyang dan mengaji kitab-kitab. Sehubungan dengan itu, anak-anak dapat membezakan antara kaca dengan permata kerana mempunyai jati diri yang kukuh sebagai pedoman hidupnya.Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk mengawasi pergerakan anak-anak. Ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak mereka sama ada di sekolah mahu pun di luar kawasan sekolah. Hal ini terjadi demikian kerana banyak pengaruh luaran seperti pengaruh rakan sebaya akan menghasut jiwa remaja yang bertelinga nipis dan pantang dicabar. Jika rakan sebaya mereka tidak berperibadi mulia, remaja yang setahun jagung dan darah setampuk pinang pasti akan mengikut jejak langkah rakan mereka, seperti melepak, berlumba haram dan sebagainya. Lantarannya, pergaulan anak tidak boleh dipandang enteng oleh ibu bapa. Dengan kata lain , ibu bapa perlu mewujudkan keluarga yang bahagia demi membentuk personaliti anak-anak yang mulia sehingga berjaya.Tidak dapat disangkal lagi bahawa ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua perlu menjadi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak. Suri teladan ibu bapa mampu membentuk sahsiah anak-anak. Tambahan pula, sikap anak-anak yang suka meniru apa-apa sahaja yang dilihatnya. Bak kata peribahasa, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa perlu menjauhi kegiatan yang negatif seperti merokok, minum alkohol, mengakses laman web lucah dan lain-lain lagi. Bapa borek anak rintik merupakan peribahasa yang perlu dihayati oleh ibu bapa. Sikap ibu bapa yang ego, individualistik, materialistik, dan bongkak akan mencanai generasi muda yang berakhlak biadab dan berbudaya sumbang.Dalam pada itu, kasih sayang yang sempurna dan kamil amat diperlukan oleh anak-anak. Ekoran daripada itu , ibu bapa wajar memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak. Kejadian ini berlaku kerana anak-anak yang kurang mendapat kasih sayang akan mudah terpengaruh oleh gejala sosial. Ibu bapa perlu sentiasa melayani anak mereka bagai menatang minyak yang penuh. Sebagai contoh, ibu bapa sewajarnya membelai dan mengucapkan kata-kata sayang kepada anak-anak mereka. Sementelahan, ibu bapa perlu memberikan pujian yang ikhlas ketika anak mereka mencapai sesuatu kejayaan atau melakukan perkara yang betul. Dengan itu, anak-anak akan berasa gembira dan seronok berada di rumah bersama-sama keluarga mereka. Mereka pun sanggup meluahkan isi hati ketika mengalami kemusykilan kerana ibu bapa mereka bersedia mendengar rintihan jiwa mereka. Ternyata keluarga yang harmoni berdominan untuk membanteras kegiatan negatif.Di samping itu , setiap ahli keluarga juga perlu sentiasa berkongsi masalah. Ibu bapa harus sentiasa bertanyakan masalah anak-anak. Seterusnya, ibu bapa perlu membantu anak-anak menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, ibu bapa boleh meluangkan masa untuk membantu masalah pelajaran anak-anak. Sebaliknya anak-anak perlu memahami tanggungjawab dan bebanan ibu bapa mereka. Anak-anak perlu sentiasa membantu ibu bapa membuat kerja rumah tangga untuk meringankan tekanan mereka. Dengan itu, setiap anggota keluarga akan berasa diri mereka diberikan perhatian oleh ahli keluarga yang lain. Aktiviti keluarga seperti gotong-royong dan hari keluarga patut diadakan dari semasa ke semasa supaya mengeratkan silaturahim sekeluarga.Secara tuntasnya, segala langkah di atas tidak akan berjaya sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada semua ahli keluarga seperti ibu bapa, abang dan kakak. Slogan Keluargaku, syurgaku, dan Semakin hari semakin sayang patut dihayati oleh seisi komuniti kita supaya melahirkan masyarakat madani dan sakinat.Peranan Ibu Bapa Dalam Mengurangkan Gejala Sosial.alam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang mampu meranapkan peradaban bangsa dan negara melanda golongan remaja. Akhir-akhir ini, berita mengenai golongan remaja yang terjebak dalam gejala sosial kerap terpampang di dada akhbar. Isu inimenjadi suatu isu yang hangat diperkatakan dan sering menjadi buah mulut orang ramai. Antara penyakit sosial yang dimaksudkan ialah gejala vandalism, buli dan ponteng. Keutuhan institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga institusi keluarga diibaratkan seperti batu bata dalam sesebuah bangunan. Malah, institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga kempen Rumahku Syurgaku diadakan secara besar-besaran. Program ini menekankan kepentingan rumah diibaratkan sebagai syurga untukmemastikan keutuhan institusi keluarga. Oleh itu, ibu bapa perlulah menyahut cabaran bagimenghalang golongan remaja daripada terjebak dalam gejala sosial.

Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anakmereka dan mengasuh anak-anakbagai menatang minyak yang penuh. Ibu bapa perlu menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan mendidik anak-anakdengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikap sesetengah ibu bapa yang hanya sibukmengejar harta kekayaan perlulah dikikis sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai kebendaan dan materialistik yang ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka terlalu sibukdengan kerja mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Contohnya, pada hujung minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama anak-anak mereka. Ibu bapa bolehlah membawa remaja makan angin di destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Hadis ada menyatakan bahawa anak-anakdiibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Sememangnya, ibu bapa perlu mampu mengimbangi kepentingan keluarga dan kerjaya mereka kerana anak-anak mereka amat memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu.

Golongan remaja perlulah dibekalkan dengan didikan agama dan moral yang sempurna . Ibu bapa perlulah menekankan kepentingan ajaran agama terhadap pembentukan mental remaja kerana didikan agama dan moral dapat menjamin bahawa remaja akan dapat membezakan antara perkara yang baik dengan yang buruk dan seterusnya mendorong remaja mengawal tingkah laku mereka. Tanggapan sesentengah ibu bapa bahawa tanggungjawab mereka tidak lebih daripada menyekolahkan dan menyediakan makan minum anak-anak tidak benar sama sekali. Merekajuga harus memastikan bahawa anak-anak mereka mendapat ajaran agama yang sempurna. Sebagai contoh, ibu bapa perlulah meluangkan masa untuk membekalkan ajaran agama kepadaanak-anak mereka sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Didikan agama yang dibekalkan kepada remaja dapat memastikan bahawa anak-anak mereka mempunyai benteng diri yang kukuh untuk menolak ajakan rakan-rakan untuk melibatkan diri dalam apa-apa tindakan yang mampu memburukkan imej diri dan merosakkan nama baik sesebuah keluarga.

Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anakmereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Dari semasa kesemasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menghadirkan diri dalam sebarang pertemuan antara ibu bapa dan guru. Dengan ini, pihaksekolah, guru dan ibu bapa akan dapat bermuafakat dan bekerjasama untuk membantu remaja yang bermasalah dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ibu bapa perlu memastikan bahawa nasihat yang diberikan oleh mereka kepada anak-anak mereka tidaklah Bagai me ncurahkan air ke daun keladi. Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Masalah remaja perlu dikesan sebelum terlambat kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Ibubapa memainkan peranan untuk menjaga kepentingan anak-anak mereka dengan meletakkan kepentingan anak-anak mereka melebihi harta benda dan wang ringgit.

Bukan itu sahaja, ibu bapa haruslah menjadi teladan kepada anak-anak mereka . Ibu bapa sememangnya perlu memastikan segala tingkah laku dan pertuturan mereka kerana segala perlakuan mereka akan diperhatikan oleh anak-anak mereka. Malah, segala tingkah laku ibu bapa akan ditiru oleh anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa yang mempunyai tabiat buruk seperti merokok perlulah bertaubat dan berhenti merokok kerana anak-anak mereka berkemungkinan besar akan terpengaruh dan seterusnya merokok. Ibu bapa perlulah mengatasi apa-apa kelemahan yang ada pada diri mereka agar perbuatan mereka tidak akan menyebabkan anak-anak mereka terdedah kepada amalan yang kurang sihat. Ibu bapa tidak harus bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Dengan ini, golongan remaja tidak akan terpengaruh dengan tabiat buruk ibu bapa mereka dan seterusnya tidak akan melakukan gejala sosial yang mampu menghancurkan masa depan mereka.

Kesimpulannya, gejala sosial yang menjadi duri dalam daging perlu dihapuskan dari akar umbinya kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Ibu bapa perlulah mengambil langkah-langkah yang drastik dan berkesan bagi memastikan golongan remaja tidakakan menjangkiti sebarang penyakit sosial kerana remajalah yang akan mencorakkan negara pada masa hadapan. Mereka harus dibimbing agar akan menjadi modal insan yang berintegriti dan berwawasan. Secara tidak langsung, impian negara untuk melahirkan golongan yang berminda kelas pertama akan dapat direalisasikan.

eranan ibu bapa lebih penting daripada peranan para pendidik dalam usaha menangani masalah remaja masa kini.

Bincangkan.

Sememangnya peranan ibu bapa dalam mendidik remaja lebih besar daripada tugas seorang guru itu. Ibu bapa yang bertanggungjawab pastinya menyedari bahawa merekalah yang harus memainkan peranan yang lebih besar dan tidak menyerahkan tugas mendidik anak mereka bulat-bulat kepada pihak sekolah sahaja. Selagi ibu bapa masih gagal untuk memahami konsep ini selagi itulah masalah remaja tidak akan berjaya diselesaikan. Jadi, mengapakah ibu bapa lebih besar peranannya berbanding pihak guru?

Kalau kita kaji secara mendalam masa remaja berada di rumah lebih panjang daripada mereka belajar di sekolah. Masa yang panjang di rumah bersama-sama ibu bapa ini menjadikan ibu bapa lebih berpeluang untuk mendidik anak mereka akan kehidupan yang sejati. Ibu bapa boleh menggunakan masa yang panjang itu dengan pelbagai pendekatan yang dianggap berkesan untuk mendidik generasi muda negara itu. Remaja akan lebih mudah mematuhi arahan jika mereka berpeluang atau mempunyai masa untuk memahami sebab mereka melakukan sesuatu tindakan itu.

Malahan, hubungan remaja dengan ibu bapa seharusnya menjadi lebih rapat kerana masa yang dihabiskan di rumah amat panjang. Tidak wujud protokol antara hubungan anak dengan ibubapanya berbanding hubungan atau interaksi remaja dengan gurunya. Perasaan segan dan tidak mesra timbul kerana guru dan pelajar tidak selalu bertemu berbanding dengan ibu bapa mereka. Hubungan yang rapat menjadi asas untuk memahami peribadi seseorang lalu mengambil cara pendekatan yang tepat untuk mengubah sikapnya.

Peranan ibu bapa begitu besar dalam pendidikan remaja menjadi insan yang cemerlang kerana ibu bapa lebih memahami peribadi anak mereka. Akibat hidup serumah menyebabkan ibu bapa boleh mengenal hati budi anak mereka dengan lebih tepat berbanding dengan guru. Setiap tindakan remaja mampu difahami oleh ibu bapa yang bertanggungjawab. Kefahaman tentang peribadi anak merekalah yang menjadikan peranan ibu bapa begitu kritikal dalam memastikan remaja tidak terjebak ke dalam kancah sosial yang negatif.

Tambahan pula, guru bolehlah dianggap sebagai orang luar dalam hal mendidik remaja. Ibu bapa lebih berperanan kerana mereka dianggap ahli keluarga sendiri yang boleh dipercayai oleh remaja. Kebanyakan guru akan berpindah dan keadaan ini pasti memberikan kesan terhadap aspek psikologi pelajar yang sudah terlalu bergantung kepada guru mereka. Keadaan ini berbeza dengan ibu bapa yang akan terus menunggu anaknya walaupun anak mereka itu sudah melakukan satu kesilapan yang besar dalam hidup mereka.

Konklusinya, peranan ibu bapa jauh lebih besar berbanding dengan pihak guru. Semua pihak harus memberikan ibu bapa peluang untuk membuktikan kemampuan mereka dalam mendidik generasi zaman moden ini. Remaja pula perlulah bersikap terbuka dalam menerima nasihat dan teguran membina ibu bapa mereka. Kerjasama semua pihaklah yang bakal menyaksikan remaja kita berubah sikap. Remaja harapan negara ini.Peranan Ibu Bapa dalam Mengatasi Masalah RemajaPertama, ibu bapa perlu menghulurkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana remaja merupakan golongan yang sangat menginginkan perhatian. Naluri mereka yang mudah memberontak sudah pasti dapat ditenangkan menerusi perasaan cinta ibu bapa terhadap anak-anak. Api kemarahan dan banteng keegoan yang menebal di dada mereka pasti mudah diruntuhkan dengan kasih sayang ibarat menatang minyak yang penuh kepada anak-anak. Andai kata remaja ketandusan kasih sayang, sudah pasti mereka akan mecari haluan lain untuk melepaskan diri dari kepompong ketidakselesaan. Natijahnya, mereka akan mula berjinak-jinak dengan najis dadah dan tidak mustahil akan terjerumus dalam kancah kemaksiatan. Berdasarkan statistic yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kadar remaja lari dari rumah kian meningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun 2007 ke 2008. Justeru, sebelum nasi sudah menjadi bubur, ibu bapa perlu mengutamakan anak-anak mereka berbanding hal-hal lain.Selain itu, ibu bapa juga perlu meluangkan masa bersama anak-anak. Hal ini cukup bertepatan dengan langkah Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat yang telah mengisytiharkan cuti pada hari Sabtu dan Ahad kepada semua pegawai kerajaan. Perkara ini cukup membuktikan keprihatinan kerajaan Malaysia dalam menyediakan ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk bersama anak-anak. Percayalah, anak-anak akan berasa lebih dihargai apabila ibu bapa menghabiskan masa berkualiti bersama mereka. Tamsilannya, ibu bapa boleh membawa anak-anak melancong, beriadah bersama-sama malahan menjalankan aktiviti kerohanian secara berjemaah. Melihat kepada scenario masyarakat kontemporari, ibu bapa lebih cenderung untuk mengejar materialistic dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua mereka. Sikap ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ini perlu dikikis segera bagi memastikan para remaja tidak terlibat dalam gejala social. Maka, jelaslah anak-anak remaja perlu dijadikan priority utama dalam usaha membendung kemelut ini.Di samping itu, ibu bapa perlu menyediakan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak. Pendidikan ini merangkumi pendidikan formal mahupun pendidikan tidak formal. Tindakan kerajaan Malaysia mewajibkan keseluruhan kanak-kanak di negara ini mendapat pendidikan di sekolah amatlah wajar dan perlu disokong. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mereka memperoleh pendidikan sewajarnya, selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sementelahan itu, ibu bapa juga perlu menerapkan pendidikan berbentuk tidak formal kepada anak-anak. Pengajaran ilmu-ilmu agama dan nilai-nilai murni selaras dengan norma masyarakat pada hari ini amat penting bagi memastikan kerohanian yang mantap dalam diri anak-anak. Ingatlah, segala-galanya bermula di rumah. Begitulah ungkapan kalimah tokoh filsuf terkenal, Franklin D. Roosevelt. Maka, ibu bapalah yang bertindak sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak agar mereka tidak mencetuskan cangkaliwang pada hari muka. Justeru, penerapan pendidikan yang sempurna pasti dapat menangani masalah ini.Seterusnya, ibu bapa perlu mengawasi perilaku anak-anak. Peribahasa Melayu ada menyebut, kalau tiada angin masakan pokok akan bergoyang. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh anak-anak pasti ada penyebabnya. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa mengikuti perkembangan diri anak-anak remaja mereka. Pergaulan bebas anatara lelaki dan perempuan sudah sinonim dengan masyarakat. Seluar ketat, baju singkat hingga menampakkan pusat ibarat suatu adat. Maka, di sinilah ibu bapa perlu memainkan peranannya iaitu meninjau perubahan sikap anak-anak mereka. Serbuan pihak polis di kota metropolitan Kuala Lumpur iaitu di kelab-kelab malam di sana mendapati hampir 15 peratus anak-anak remaja di bawah umur ditahan positif dadah. Perkara ini jelas menunjukkan andai ibu bapa membiarkan anak-anak mereka tanpa tempat bergantung, mereka akan mudah terlibat dalam kebejatan sosial pada masa ini. Maka, ibu bapa perlu bertindak proaktif dan pragmatic dalam usaha membasmi gejala sosial dalam kalangan anak-anak remaja.Akhir sekali, ibu bapa perlu melengkapkan keperluan asas anak-anak. Sekali air bah, sekali pantai berubah. Begitu juga dengan perkembangan dunia yang kian ekstrem menjengah kita. Justeru, dalam kita mengharung arus pascamodenisme, sudah tentu anak remaja tidak mahu dihimpit dengan ketidakselesaan dan pemikiran yang jumud. Maka, sebagai ibu bapa, mereka perlu menyediakan keperluan asas anak-anak bagi menjamin keselesaan. Tempat tinggal yang kondusif, pakaian yang bersesuaian serta makanan dan minuman yang berkhasiat perlu disediakan. Hal ini amat penting bagi memastikan anak-anak berasa seronok berada di rumah lantas tidak terlibat dalam gejala sosial.Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan mahasiswa Fakulti Sains Kemasyarakatan, Universiti Malaya, anak-anak remaja daripada golongan miskin lebih cenderung untuk terlibat dalam penagihan najis dadah. Hal ini pastinya akan dapat dibendung andai segala keperluan asas remaja dilengkapkan walaupun ibu bapa tidak melambakkan kemewahan kepada mereka.Intihanya, ibu bapa perlu memantapkan kemahiran keibubapaan mereka lagi dalam mendidik anak-anak. Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anak-anaknya berorientasikan Al-quran dan al-Hadis. Kita tidak mahu remaja-remaja yang bobrok dan kaya dengan pidana dihasilkan. Sebaliknya, kita inginkan barisan remaja yang berkaliber, cukup syumul dan utopia hasil didikan kedua-dua ibu bapa mereka. Marilah kita berubah, sebelum padi di tangan menjadi lalang dan ayam ditambat disambar helang, ayuhlah ibu bapa, berkorbanlah demi masa depan anak-anak tercinta.

arangan.1)peranan ibubapa memupuk sikap menghormati wargatua.2)memupuk amalan baik dalam penjagaan kesihatan.3)peranan keluarga dalam menjamin keselamatan anak.4)peranan ibubapa memperkasa budaya tolong-menolong dalam kalangan ahli keluarga.5)pelbagai usaha ahli keluarga untuk menjimatkan perbelanjaan.6)usaha ibubapa membudayakan amalan membaca kepada anak-anak.7)peranan ibubapa mendidik anak memanfaatkan internet.8)fakto anak terlibat dalam masalah sosial.Kertas dua.-ibu&ceper-cakap ajuk&pindah-seloka si luncai-hikayat lang lang buana-pelayaran penuh peristiwa-indera nata-opu daeng. Novel(watak sampingan- anything about watak samping can be asked(papa-jeffri) (konserto-mamat)

Guys,this is what i got from my MRSM friend,KPM reveal this spot questions.. Komsas

f4(puisi tradisional)-gurindam fasal ke-6-seloka emak si randang(sajak)-di perpustakaan-harga remaja(cerpen )-ibu dan ceper-israk-mellisa( drama)-forum remaja(prosa klasik)-pelayaran penuh peristiwa

f5-gurindam tonggak dua belas-si luncai(sajak)-dirgahayu bahasaku(cerpen)-pahlawan buntung(prosa tradisional)-hikayat langlang buana-opu daengPls forward to spm students.Sejarah Paper 2 Spot Questions by Kementerian Pelajaran Malaysia.

FORM 4

Bab1-Maksud & ciri tamadun-Tamadun HwangBab2-Peningkatan Tamadun(Bidang ekonomi & pendidikan/perundangan)Bab3-K.Agraria & maritim-MonumenBab4-rujuk soalan SPM 2012Bab5-Hijrah-Pgm Madinah-Penyebaran Islam-Pembukaan semula kota makkahBab6-rujuk soalan SPM 2012-Pertembungan tmdn Islam dgn tmdn lainBab7-Penyebaran Islam di Asia Tenggara-Faktor penyebaran Islam-Teori kedatangan IslamBab8-Pengaruh Islam terhadap sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional-Pengaruh Islam dari segi gaya hidupBab9-Zmn Gelap-Zmn Reformation-rujuk soalan SPM 2012-revolusi perindustrianBab10-Ekonomi dagangan bijih timah-Dasar british terhadap pertanian-Undang2 tanah

FORM 5

Bab1-Pengenalan birokrasi barat di Asia Tenggara (thailand,philipines)-Imperialisme di Asia TenggaraBab2-Peranan akhbar,majalah dan novel-Pengerakan Nasionalisme di Asia Tenggara-Nasionalisme persatuan melayu-Gerakan IslahBab3-Latar belakang pembinaan negara bangsa-Sistem jemaah negara di kelantan-Adat pepatih Negeri SembilanBab4-rujuk soalan SPM 2012Bab5-Pakatan Murni-Sistem Ahli-Perlembagaan persekutuan Tanah Melayu (suruhanjaya reid)Bab6-Reaksi dan langkah pembentukan MalaysiaBab7-Pilihanraya di MalaysiaBab8-Dasar untuk perpaduan (bahasa kebangsaan,kebudayaan,sukan)-Wawasan 2020Bab9-Malaysia dalam hubungan antarabangsa (asean-zopfan)-ASA/MAPHILINDO-Cabaran masa depan-Kemunculan blok dunia & perang dingin-Dasar luar Malaysia-Malaysia dalam hubungan antarabangsa (PBB,Commonwealth,OIC)From Norul7 hours agoviamobileLikeDislike 16