kalangan remaja sekolah perilaku berbahasa …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm 3104 kuliah 2 ciri...
TRANSCRIPT
2/27/2017
1
Kuliah 2 Ciri bahasa Melayu Klasik
BMK pada batu bersurat & Peranan BMK
Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Binti Zainon Hamzah
Jabatan Bahasa Melayu
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
1Zazh/UPM
Pengenalan
• Bahasa Melayu Klasik dikaitkan dengan pengaruh agama Islamyang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.
• Bahasa Melayu mengalami banyak penambahan dari segi kosakata, struktur ayat, dan tulisan yang seterusnya membentukciri bahasa itu sendiri.
2Zazh/UPM
• Ciri Bahasa Melayu Klasik – melibatkan sistem tulisan, kosa kata dan tatabahasa (morfologi dan sintaksis)
• 1.Meluasnya penggunaan kata pangkal ayat yang agak kliseatau usang, yang kini tidak digunakan lagi.
• Antaranya, adalah seperti "syahadan", "maka", "alkisah", "hatta", "arakian", "kata sahibul hikayat“, tatkala" dan "adapun".
• Kata-kata seperti itu bukan sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat-ayat dalam perenggan. Penulisan dalam bahasa Melayu moden tidak memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat yang sedemikian sebaliknya penggunaan penanda wacana.
3Zazh/UPM
2. Struktur ayat • Ayat panjang-panjang, berulang-ulang dan
berbelit-belit, gabungan beberapa ayattunggal yang dicantumkan denganmenggunakan kata-kata hubung yangtertentu, terutamanya "dan" dan "atau"ataupun dengan menggunakan tanda komadan tanda koma bertitik sahaja.
Sebagai contoh, :• Setelah dilihat oleh Maharaja Jaya, maka Maharaja
Jaya pun menampilkan gajahnya menempuh padaorang Melaka, sama-sama dengan Tun Demang;barang di mana ditempuhnya bangkai berkaparan dimedan, darah mengalir di bumi. (SM 1982: hlm 107)
4Zazh/UPM
2/27/2017
2
• Terdapat ayat atau klausa songsang denganpendepanan predikat kesan daripadapengaruh tatabahasa Arab. Contoh:
• “Maka hidangan pun diangkat oranglahke hadapan Seri Rama, dan segala orang yangada hadir itupun makanlah” (SM 1982:185)
• Dalam konteks bahasa Melayu moden, ayatlebih ringkas, padat dan tepat, sesuai denganfungsinya untuk mengungkapkan konsep,idea, dan buah fikiran yang abstrak dankompleks, yang melibatkan pelbagai bidangilmu pengetahuan moden.
5Zazh/UPM
Metodologi
3. Bentuk pasif
• Bentuk ayat yang lebih lumrah digunakan, ialah bentuk ayat pasif, iaitu bentuk ayat yang lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Sebagai contoh, :
• Hatta datanglah kepada suatu hari maka Hamzah dan Umar Umayyah dibawanya oleh Khoja Abdul Mutalib kepada mualim, diserahkannya mengaji kepada mualim ……
• Maka dilihatlah tanah nagara bukit menjadi seperti warna emas…..
6Zazh/UPM
4.Penggunaan Partikel atau kata penegas ‘lah’ dan ‘pun’
• Banyak mengguna partikel ‘pun’ dan ‘lah’
• Contoh; adapun, bertitahlah, berebutlah dsb
• “Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja seperti dikhatankan orang rupanya” (Sejarah Melayu hal 55)
• Maka baginda pun memberi anugerah akan segala mereka itu, melainkan Tun Ali Hati juga yang tiada mau datang…… (SM hlm 207)
• Hatta, berapa lamanya di jalan, maka sampailah ke Kuala Johor. (SM hlm 227)
7Zazh/UPM
5. Banyak memperlihatkan kosa kata bahasa Arab, Sanskrit dan klasik
• Disebabkan pada waktu itu bahasa Sanskrit dan bahasa Arab kukuh bertapak di kepulauan Melayu justeru bahasa Melayu klasik banyak menerima pengaruh daripada kedua-dua bahasa ini.
• Arab: Allah Taala, makhdum, mualim daulat, wallahualam, takzim dll
• Sanskrit: dosa, pahala, raja dll
• Klasik: berahi (cinta), gharib (ganjil) ratna mutu manikam (batu permata) masygul (dukacita, sedih) ceritera (cerita) amarah (marah) dsb.
8Zazh/UPM
2/27/2017
3
• Menerima fonem Arab seperti ‘kh’, ‘dz’, dan‘sy’.(khamis, zakat, syarat…)
• Unsur falsafah islam wujud dalam beberapa tulisanseperti dalam bidang ilmu kalam, tasawuf, ilmuaqaid, al iman dll.
• Dalam konteks bahasa Melayu moden pula,pengaruh kedua-dua bahasa tersebut masih lagiwujud, terutamanya dari segi kosa katanya. Walaubagaimanapun, pengaruh bahasa Inggeris kini lebihdominan iaitu meliputi pelbagai aspek, sepertiperbendaharaan kata umum, istilah, sistemmorfologi dan struktur ayat.
9Zazh/UPM
6. Bahasa istana
• bahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa istana". Ini amatketara dari segi penggunaan perkataan dan sistempanggilannya.
• Contoh; ‘sembah, beta, titah, berangkat, gering dsb.
• Hal in disebabkan kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayuklasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang menceritakankisah dan peristiwa yang dialami oleh kalangan raja di istana.
• Keadaan ini berbeza dengan bahasa Melayu moden. BahasaMelayu moden lebih banyak memperlihatkan penggunaanbahasa Melayu biasa, yang mempunyai pelbagai larasnya,sesuai dengan fungsinya sebagai bahasa ilmu.
10Zazh/UPM
7. penggunaan kiasan, perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi
• Penggunaan kiasan dan perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan gurindam dalam karya prosa.
• Terdapat banyak dalam hikayat-hikayat Melayu lama.
• Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan dapat menghidupkan suasana penceritaan.
11Zazh/UPM
8. Morfologi
• Penggunaan imbuhan
• Awalan ‘mar’ dan ‘ni’ dalam BM Kuno digantikan dengan ‘ber’ dan ‘di’
• Contoh berlepas, diperbuat
12Zazh/UPM
2/27/2017
4
• Catatan pada Batu Bersurat tentang Kebudayaan Islam
Batu bersurat yang menggunakan tulisan Arab berbentuk kufi:
• Pekan, Pahang (1020M)
• Wilayah Phanrang, Champa (1039M)
• Bandar Seri Begawan, Brunei (1048M)
Bahasa Arab dengan kaligrafi niski (popular di India pd pertengahan abad ke-13)
• Batu nisan Sultan Malik al-Salleh (1297M)
13Zazh/UPM
• Contoh Lain - Bmk Pada Batu Bersurat Abad Ke-14
• Terdapat tiga batu bersurat yang penting:
• a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) ditulisdalam huruf India yang mengandungi prosa Melayu kuno danbeberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikitdaripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
• b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) masih memakaiabjad India . Buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat
• c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)ditulis dalam tulisan Jawi. Hal ini membuktikan tulisan Arabtelah digunakan dalam bahasa Melayu ketika itu.
14Zazh/UPM
• Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukticatatan terakhir perkembangan bahasaMelayu kerana selepas abad ke-14, munculhasil kesusasteraan Melayu dalam bentuktulisan.
15Zazh/UPM
• Bahasa Melayu klasik dalam bentuk tulisan mula pesat pada abad ke-14 dan seterusnya
• Kegemilangan bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:
• Zaman kerajaan Melaka
• Zaman kerajaan Acheh
• Zaman kerajaan Johor-Riau
• Antara tokoh-tokoh penulis zaman Acheh yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.
16Zazh/UPM
2/27/2017
5
• Peranan BMK
• Peranan kebudayaan – memperkembangkan kebudayaan Melayu Islam
• Peranan kemasyarakatan- lambang jati diri bangsa dan alat penyatuan pelbagai suku bangsa/kaum
• Peranan pendidikan – menyebarkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti agama, kesusasteraan dan perundangan. Juga sebagai alat menyampaikan pengajaran, panduan dan tatacara.
• Peranan ekonomi- bahasa perdagangan (lingua franca) dan bahasa perantaraan antara para pedagang.
17Zazh/UPM
Sekian, terima kasih
18Zazh/UPM