kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
TRANSCRIPT
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
IPG KAMPUS RAJANG BINTANGOR,SARAWAK MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN Semester 7 KERJA KURSUS: BMM3082 KAJIAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU
NAMA PELAJAR : LINA @ ADUL AK LALUT NO.KAD PENGENALAN : 680326-13-5135 NOMBOR MATRIK : PPG/1390 Kumpulam : Bahasa Melayu 2 AMBILAN : JUN 2011 PENSYARAH : HAJI ULIN @ OLEN BIN TABOR
Institut Pendidikan GuruKementerian Pelajaran MalaysiaAras1,Enterprise Building 3,Blok 2200,Persiaran Apec, Cyber 3, 63000 Cyberjaya.Tarikh kuat kuasa Jun 2011
Isi kandungan muka surat
Biodata dan pengakuan pelajar
Tajuk Penyelidikan Tindakan 1
1.0 Pendahuluan1.1 Pengenalan1.2 Refleksi Pengajaran dan pembelajaran1.3 Refleksi Nilai Pendidikan1.4 Refleksi Sorotan Literatur
2.0 Fokus Kajian
2.1Tinjauan
2.1 Analisis Tinjauan Masalah
3.0 Objektif Kajian
4.0 Soalan Kajian
5.0 Kumpulan Sasaran
6.0 Tindakan Yang Dicadangkan.
6.1 Aktiviti Yang Dicadangkan
6.2 Kaedah Mengumpul Data
6.3 Penerangan dan cara Menganalisis Data
7.0 Perancangan Pelaksanaan Kajian (Jadual Pelaksanaan dan Kos Kajian).
8.0 Penulisan Refleksi8.1 Kebolehan menanalisis pengalaman yang dilalui semasa penulisan
proposal (Kajian Tindakan).
8.2 Pengetahuan baharu yang diperoleh melalui Refleksi
9.0 Rujukan/Bibliografi
10.0 Lampiran
BIODATA PELAJAR PPG
NAMA PELAJAR : LINA @ ADUL AK LALUT
NO.KAD PENGENALAN : 680326-13-5135
NO.MATRIK : PPG/1390 : PPG/1390
ALAMAT SEKOLAH : SK NANGA POI, KANOWIT,SARAWAK
ALAMAT SURAT-MENYURAT : LOT 667,LRG DAABAI 1, TMN MUHIBBAH INDAH,96700 KANOWIT,SARAWAK.
KELULUSAN IKHTISAS :DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA -(SIJIL ASA
S PERGURUAN)
OFSYEN DI MAKTAB : PENGAJIAN MELAYU/SEK.RENDAH
KELULUSAN AKADEMIK : SIJIL PERGURUAN MALAYSIA (SPM)
PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH : SRK TEMONG ,SERIAN, SARAWAK
PENDIDIKAN MENENGAH : SMK TEBAKANG,SERIAN,SARAWAK
JAWATAN DI SEKOLAH : GURU PENOLONG KANAN HEM/GURU AKADEMIK
PENGALAMAN MENGAJA : 20 TAHUN
MATAPELAJARAN DIAJAR DI SEKOLAH
:BAHASA MELAYU TAHUN 6,PENDIDIKAN VISUAL SENI T 6, DAN BAHASA IBAN TAHUN 5.
Pengakuan Pelajar PPG
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini telah dibuat mengikut kehendak soalan tugasan dan arahan soalan. Saya juga mengaku bahawa hasil kerja BMM3113 Kajian Tindakan 1 Bahasa Melayu SEMESTER 7 ini adalah yang tulin.Penyediakan bahan Kerja Kursus ini telah menggunakan kebolehan dan kemahiran saya sendiri tanpa meniru atau menciplak daripada mana-mana pihak yang berkenaan.
Seterusnya, saya berharap berharap akan mendapat gred yang baik dalam subjek BMM3113 Kebudayaan Melayu di bawah Pensyarah bimbingan Encik Haji Ulin @ Olen bin Tabor.
Akhirnya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak IPG ,Kampus Rajang,Sarawak kerana telah menyediakan tempat dan kemudahan untuk saya belajar mendapatkan Ijazah Sarjana Muda. Ucapan berbanyak-banyak yang tidak terhingga ini juga ditujukan khas kepada pensyarah subjek iaitu Encik Haji Ulin @ Olen bin Tabor kerana banyak membantu dalam menyampaikan kuliah dan memberi bimbingan kepada saya.
Sekian, terima kasih.
(LINA @ ADUL AK LALUT) Tarikh:680326-13-5135KUMPULAN: BM2AMBILAN : JUN 2011NO.MATRIK:PPG/1390
Kajian tentang Penulisan Bahagian C Bahasa Melayu Tahun 6
SEBUAH KAJIAN TINDAKAN TENTANG MASALAH DALAM BAHASA MELAYU PENULISAN BAHAGIAN C (MEMBUAT ULASAN) YANG SAYA HASILKAN SENDIRI MELALUI PENGAJARAN MAKRO YANG TELAH SAYA JALANKAN.
Tajuk kajian: “Teknik Jelmaan” dapat meningkat kemahiran mencari dan mendapat nilai-murni daripada petikan untuk menulis Ulasan Bahasa Melayu Penulisan,Bahagian C.Tahun 6 SK Nanga Poi,Kanowit.
Kajian oleh:LINA @ ADUL AK LALUTNO.K.P: 680326-13-5135
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG,BINTANGOR,SARAWAK
PENGHARGAAN
Bersukur ke kepada Tuhan berkat izin dan limpah kurni-Nya maka kerja Kursus
projek Penyelidikan 1 Bahasa Melayu Pendidikan Sekolah Rendah (BMM3113) telah
berjaya saya laksanakan seperti yang telah dirancang dan dapat menghantarnnya
pada tarikh yang telah ditetapkan.
Dalam usaha menjayakan tugasan ini,banyak dibantu oleh pensyarah
pembimbing saya iaitu Tuan Haji Ulin @ Olen bin Tabor yang banyak memberi input
dan tunjuk ajar kepada saya.Selain itu, saya banyak membuat rujukan daripada
bahan-bahan bacaan internet,buku dan juga daripada jurnal.Ucapan terima kasih
yang tidak terhingga juga diucapkan kepada rakan-rakan PPG yang telah
menymbangkan idea serta kolaborasi yang diberikan semasa melaksanakan tugasan
ini.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru-guru SK Nanga Poi,Kanowit yang
sentiasa memberi pendapat dan berkongsi pengalaman.Tidak lupa juga diucapkan
jutaan terima kasih kepada isteri dan anak-anak kerana telah menghadiahkan masa
yang amat bernilai dalam menyiapkan tugasan ini.
Segala ilmu yang ducurahkan kepada saya amatlah bernilai dan bermakna
kepad saya sebagai seorang pendidik.Tiada apa yang mampu saya berikan dan
perkatakan lagi,hanya Tuhan sahaja yang akan membalas jasa kalian.
Terima kasih.
LINA @ ADUL AK LALUT Tarikh:
SK NANGA POI,KANOWIT,SARAWAK
6 September 2014
1.0 Pendahuluan
1.1 Pengenalan
Bahasa Malaysia merupakan satu mata pelajaran wajib diajar di semua sekolah rendah
termasuk sekolah menengah.Amat penting bagi setiap pelajar menguasai elemen-elemen
belajar seperti kemahiran mendengar,bertutur,membaca,danmenulis di peringkat sekolah
rendah khasnya ketika mereka berada di tahap satu sebelum mereka memasuki ke tahap
dua.Ini membantu memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan
seterusnya pelajar dapat mengikuti pengajaran yang selanjutnya dengan memperolehi
pengajaran baharu dan bermakna.
Oleh sebab itu,semua murid sekolah diwajibkan untuk mempelajari mata pelajaran Bahasa
Malaysia yang meliputi aspek penguasaan kemahiran bacaan dan memahami teks
Seandainya mereka gagal atau lemah untuk menguasai aspek bacaan dan pemahaman,ini
akan mendatangkan masalah kepada pelajar itu sendiri untuk menguasai kemahiran yang
dalam Bahasa Malaysia. Dalam pengajaran membaca dan menulis,murid dikehendaki
menguasai kemahiran memahami teks,maksud perkataan, maksud ayat,rangkai
kata,fasa,dan peribahasa yang terdapat dalam petikan.
Pengajaran dan pembelajaran dan pembelajaran yang dijalankan di sekolah-sekolah hanya
sehala dan tidak begitu praktikal serta kurang mencapai matlamat yang
dikehendaki.Penglibatan aktif samada daripada guru atau murid lebih berkesan dalam
menyampaikan sesuatu kemahiran.Murid-murid akan mudah memahami sesuatu kosep baru
yang diperkenalkan,apabila mereka melakukannya sendiri.
Apabila disebut tentang pengajaran dan pembelajaran,apa yang terlintas di fikiran kita ialah
satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah.Proses
pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan serta tidak membosankan
adalah berpunca daripada kaedah dan cara penyampaian yang digunakan oleh guru-
guru.Maka setiap guru perlulah mempunyai suatu kaedah pengajaran yang kreatif agar inya
dapat menarik minat murid-murid untuk mengikuti pembelajaran tanpa sebarang teknanan.
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid Tahun 6 yang lemah membuat ulasan
dalam Bahagian C di mana murid-murid yang terlibat adalah seramai 5 orang.Dalam
Bahagian ini,murid-murid dikehendaki membuat ulasan tentang petikan yang diberi tidak
melebihi 50 patah perkataan.Markah penuh yang diperuntukkan untuk bahagian ini adalah
sebanyak 20 daripada 60 markah keseluruhan Kertas Bahasa Melayu Penulisan (012).
Untuk menghasilkan ulasan,murid-murid dikehendaki menentukan nilai yang terdapat dalam
setiap pernyataan dan ayat yang diberi terlebih dahulu dan nilai tersebut kemudiannya perlu
dihuraikan dengan mengambil contoh berdasarkan pernyataan atau cerita yang terdapat
dalam petikan sahaja.
Tinjauan awal yang dibuat melalui pengajaran makro yang saya adakan pada 8 Februari
2014 yang lalu, menunjukkan ramai murid masih tidak memperoleh markah penuh dalam
Bahagian C.Kajian ini dibuat melalui latihan secara individu walaupun saya telah mengajar
murid saya membuat ulasan melalui teknik mudah hasil inovasi saya sendiri yang diberi
nama “Teknik ASSDA” iaitu menggunakan penanda wacara pada setiap lima ayat pada nilai
murni yang pertama iaitu huruf “A” untuk Antaranya,”S” untuk Selain itu,”S”, ”S” untuk
Seterusnya, dan “D’ untuk Disamping itu, dan “A” untuk Akhirnya sekali. Saya berasa amat
kecewa kerana target saya untuk memastikan semua murid kelas ini mendapat markah
penuh -20/20 atau sekurang-kurangnya 15/20 masih belum tercapai walaupun bilangan
murid dalam kelas hanya lima orang sahaja yang terdiri daripada murid-murid hanya
seorang berpotensi cemerlang,seorang sederhana,dan tiga oramg yang lemah bakal
mengharumkan nama sekolah dalam pencapaian UPSR pada 9-11 September 2014 akan
datang.
Melalui tinjauan dan post mortem yang saya buat pula, saya dapati punca utama murid
kehilangan markah adalah kerana mereka tidak dapat menentukan nilai yang tepat
berdasarkan pernyataan dan ayat yang diberi.Hal ini membuatkan saya rasa terpanggil
untuk berbuat sesuatu bagi mengatasi masalah yang berlaku.Untuk itu, saya telah
menghasilkan teknik yang saya beri nama “TEKNIK JELMAAN” di mana modul ini mula saya
jalankan pada 8 Februari 2014. Saya memilih nama ini kerana latihan yang saya fokuskan
dalam teknik ini ialah latihan di mana memerlukan murid menjelmakan nilai-nilai tersirat di
sebalik pernyataan-pernyataan yang diberi seperti di Lampiran 1. Disebabkan sekolah hanya
ada beberapa minggu sebelum bercuti ,maka saya dapat mempraktikkan teknik ini
sebanyak enam kali sahaja namun pencapaiannya amat memberangsangkan.
1.2 REFLEKSI PENGALAMAN LALU (PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU)
Pada tahun ini 2014, saya diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu
Tahun 6 di sekolah saya.Kelas 6 ini merupakan kelas yang lemah dan murid-muridnya yang
lemah ,kurang aktif , kurang kreatif,kurang berketrampilan dan bilangan yang berpotensi
untuk mendapat gred A dalam kesemua mata pelajaran khasnya Bahasa Melayu
Pemahaman dan Penulisan yang merupakan mata pelajaran teras dalam UPSR ialah hanya
seorang sahaja.Usaha gigih dan guru matapelajaran sekolah saya yang sentiasa ingin
mengekalkan kecemerlangannya,tetapi hasilnya kelas ini tidak menunjukkan harapan yang
cerah untuk pencapaian keputusan cemerlang UPSR pada tahun ini 2014. Bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu Penulisan (Kertas 2), terkandung 3 soalan yang harus dijawab
oleh murid dalam peperiksaan iaitu Bahagian A (Membina Ayat), Bahagian B (Karangan
Berformat dan Tidak Berformat) dan Bahagian C (Membuat Ulasan).Untuk mendapatkan
markah yang cemerlang, murid-murid haruslah mendapat markah yang baik dalam setiap
bahagian tersebut.
Pada setiap hari danminggu saya akan memastikan ketiga-tiga bahagian ini saya ajar
dengan penuh minat,semangat dan rasa tanggungjawab, apatah lagi saya mengajar anak-
anak kaum Iban di kawasan pedalaman 1. Sebagai guru Bahasa Melayu,saya lebih
memberatkan teknik pengajaran saya bagi memudahkan murid saya menerima apa yang
saya sampaikan.Namun apa yang amat mengecewakan saya ialah murid-murid saya masih
tidak mencapai markah penuh atau sekurang-kurangnya 19/20 dalam bahagian C seperti
yang saya dan inginkan targetkan, pada hal mereka merupakan murid-murid yang kurang
pandai.Seringkali saya termenung sendirian memikirkan apakah masalah murid saya
sebenarnya.Kadang-kadang saya meluahkan kepada guru-guru Bahasa Melayu
yang lain akan kekesalan hati saya,Namun jawapan yang saya terima tidak banyak
membantu.Antara ayat yang saya terima ialah;
-….tak payah la susah hati sangat,bila dah tahun 6 tahulah dia orang buat
ulasan tu..
-….jangan tention-tention,nanti darah tinggi naik lagi
-….Dapat markah 15 pun kira ok la tu…dan lain-lain lagi.
Setelah pengajaran makro saya jalankan, keadaan yang sama terus berlaku.Kertas
latihan murid yang semak saya tatap dengan perasaan berbaur.Ada rasa
kecewa,marah,sedih dan seribu satu macam perasaan yang hanya Tuhan sahaja
yang mengetahui malah saya turut tercabar dengan gelaran jawatan yang saya
pegang.Kenapa masalah terus berlaku sedangkan saya telah berusaha memberi
penerangan yang sebaik mungkin menggunakan ICT dan dilengkapi pelbagai
gambar serta contoh.Namun,saya harus berpegang prinsip hidup saya iaitu
“Masalah hanya akan dapat diselesaikan jika sesuatu dilakukan” Keazaman dan
semangat yang tinggi,ini telah mendorong saya untuk menghasilkan kajian tindakan
ini.
1.3Refleksi Nilai Pendidikan
Nilai pendidikan ialah sesuatu pengajaran dan dapatan yang murni diperoleh oleh guru mata pelajaran dan murid-muridnya sebagai penerima ajaran dan bimbingan seperti semagat tinggi untuk belajar dan memahami konsep pengajaran guru.
1.4Refleksi Sorotan Literatur
ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Setelah menyemak latihan murid sebaik sahaja pengajaran makro dijalankan,saya
mendapati tidak ada seorang pun daripada 5 orang murid mendapat markah penuh
20/20 dan hanya 1 orang mendapat markah 15/20 .Melalui latihan tersebut,post-
mortem yang dibuat adalah seperti berikut:
PERKARA MARKAH
20/20 19/20 18/20 17/20 16/20 15/20 14/20 13/20 12/20 11/20 Bwh
10/20
Bilangan
Murid
Capai
- - - - - 1/18 - 1/18 - 1/18 -
Peratus - - - - - - 5.5 - -
Melihat pada data pencapaian di atas,kebanyakan murid memperoleh markah
sederhana sahaja.Perkara ini tidak harus dibiarkan begitu sahaja sedangkan markah
bahagian ini amat membantu murid mencapai gred A dalam subjek Penulisan
Bahasa Melayu.Kegagalan mereka dalam mencapai gred yang baik ini sudah tentu
akan memberi repotasi yang tidak baik dalam keputusan keseluruhan dan gred
purata mata pelajaran ini.Berdasarkan kertas-kertas UPSR yang saya semak setiap
tahun juga,menunjukkan murid menghadapi masalah yang besar dalam bahagian
yang sama.Jika murid boleh menjawab dengan baik sekalipun dalam bahagian A
dan B sedangkan Bahagian C mereka lemah adalah sukar untuk mereka mencapai
gred A seperti yang diharapkan .Ini menunjukkan betapa seriusnya masalah ini.
Rumusannya,masalah yang saya kenal pasti di sini ialah murid tidak tahu
menentukan nilai yang tepat atau menjelmakan nilai daripada pernyataan yang diberi
melalui petikan.Mereka lebih suka sentiasa dibantu atau dibimbing oleh guru.Jika
dilihat pada skema pemarkahan untuk bahagian ini pula ,murid tidak akan mendapat
sebarang markah bagi setiap nilai yang salah walaupun huraian yang dibuat
menepati pernyataan yang diberiJusteru,adalah satu kerugian besar,jika masalah ini
tidak saya selesaikan memandangkan murid-murid saya mempunyai kualiti diri
dalam pelajaran.Berbekaikan pengalaman yang ada,saya yakin jika murid saya
diberi latih tubi yang cukup,masalah ini dapat diselesaikan malah mereka dengan
mudah dapat menentukan nilai berdasarkan pernyataan yang diberi.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam subjek Penulisan
Bahasa Melayu-Kertas 2 (012) terutamanya Bahagian C di SK Nanga Poi,Kanowit.
3.2 Objektif Khusus
i) Memastikan sekurang-kurang 4 daripada 5 orang murid Tahun 6 mendapat
sekurang-kurangnya markah 18/20 dalam Bahagian C,Penulisan Bahasa Melayu
semasa peperiksaan akhir tahun.
ii) Meningkatkan penguasaan dan kemahiran murid dalam menjelmakan nilai yang
tersirat dalam pernyataan.
iii) Memudahkan guru-guru Bahasa Melayu tahap 2 di SK Nanga Poi mengajar
bahagian C menggunakan modul Jelmaan dan “Teknik ASSDA “ yang dihasilkan.
iv) Meningkatkan pencapaian keseluruhan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SK
Astana Raja dari segi gred purata
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 5 orang murid Tahun 6, Sekolah Kebangsaan Nanga
Poi,Kanowit yang terdiri daripada 2 lelaki dan 2 perempuan.Seorang daripada lima
orang murid ini merupakan murid yang aktif dan berpontensi sebagai murid
cemerlang dan berketrampilan manakala yang selebihnya berada dalam kategori
pandai.
5.0 METODOLOGI KAJIAN
5.1 Semakan Lembaran Kerja
Semakan latihan pada lembaran kerja murid secara tidak langsung dapat menilai
tahap pencapaian murid dalam menguasai kamahiran berkenaan
5.2 Pemerhatian Dalam P&P
Respon murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.Contohnya sewaktu soal jawab diadakan.
5.3 Peperiksaan Akhir Tahun
Markah murid dalam Peperiksaan Akhir Tahun dijadikan bahan untuk mengukur
pencapaian murid dan keberkesanan modul yang dibuat.
5.4 Soal Selidek
Borang soal selidek disedia dan diedarkan kepada murid untuk mendapatkan
maklum balas murid berkenaan “TEKNIK JELMAAN” yang saya jalankan.
6.0 PELAKSANAAN KAJIAN
6.2 TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH
6.2.1 Semakan lembaran kerja
Untuk melihat sejauh mana kelemahan murid,saya telah menyemak lembaran kerja
murid dengan lebih berhati-hati.Apa yang saya perhatikan pada mulanya / sebelum
kajian dijalankan murid melakukan kesalahan yang banyak terutama dalam
menentukan nilai berbanding dengan selepas kajian dijalankan.Selepas kajian
dijalankan,saya berasa hampir berpuas hati dengan hasil kerja murid saya.Saya juga
mula menarik nafas lega kerana apa yang usahakan mula membuahkan hasil.
6.2.2 Pemerhatian dalam P&P
Saya telah membuat pemerhatian sepanjang p&p dijalankan khususnya semasa sesi
soaljawab diadakan sebelum dan selepas kajian.Sebelum kajian dijalankan ada
murid yang kurang memberi respon dan sering menyatakan nilai yang salah
berdasarkan pernyataan berbanding dengan selepas kajian dan menggunakan set
latihan dalam Teknik “JELMAAN” yang saya buat.Mereka nampak lebih terjurus
kepada jawapan sebenar atau nilai yang tepat serta menjawab dengan penuh
keyakinan.Mereka juga mula berasa seronok dengan bahagian C ini.
6.2.3 Peperiksaan Akhir Tahun
Peperiksaan Akhir Tahun yang diadakan amat bermakna sekali buat saya kerana di
sinilah saya boleh mengukur sejauh mana keberkesanan modul yang saya
jalankan.Ternyata berlaku peningkatan yang agak drastik pada keputusan
peperiksaan mereka dalam karangan bahagian C.Data pencapaian adalah seperti
berikut:
PERKARA MARKAH
20/20 19/20 18/20 17/20 16/20 15/20 14/20 13/20 12/20 11/20 Bwh 10/20
MARKAH
LATIHAN
SEMASA
PENGAJARAN
MAKRO
(Penc.Sebelum
Guna Modul
-
-
1/18
5.5
%
2/18
11.11
%
1/18
5.5
%
4/18
22.2
%
5/18
27.7
%
3/18
16.6
%
1/18
5.5
%
1/18
5.5
%
-
-
-
-
MARKAH
PEP.AKHIR THN
(Penc.Selepas
2/18 8/18 2/18 3/18 1/18 2/18 - - - - -
Guna Modul 11.1
%
55.5
%
11.1
%
16.6
%
5.5
%
11.1
%
- - - - -
Pencapaian dalam Peperiksaan Akhir Tahun menunjukkan petanda baik bahawa
modul ini banyak mempengaruhi tahap pemahaman murid dan telah melonjakkan
pencapaian dalam bahagian ini.
Saya mula berkongsi modul ini dengan guru-guru Bahasa Melayu yang lain dan
meminta mereka mempraktikkan kepada murid masing-masing selepas
itu.Disebabkan masa yang begitu terhad,mereka dapat menggunakan 2 -3 kali
sahaja dalam pengajaran mereka.
6.2.4 Soal Selidik
Borang soal selidek telah diberikan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas
berkenaan modul yang saya laksanakan.Mereka telah memberi respon positif.Berikut
adalah analisis soal selidik yang telah dijawab oleh murid:
Skala Likert: 1.sangat tidak setuju
2.tidak setuju
3.kurang setuju
4,setuju
5,sangat setuju
Bi
l
SKALA 1 2 3 4 5
Item (Bilangan Murid)
1. Kemahiran membuat ulasan dalam Penulisan
Bahagian C merupakan pelajaran yang mudah
7 5 5 1 0
2. Penulisan Bahagian C mudah dijawab tanpa teknik
dari Teknik Jelmaan.
9 7 2 0 0
3. Saya berasa lebih mudah menjawab Penulisan
Bahagian C selepas guru melaksanakan Teknik
0 0 0 6 12
Jelmaan
4. Saya berasa amat seronok menjawab set-set
latihan dalam “Teknik Jekmaan”
0 0 1 10 7
5. Setelah menjalani set-set latihan dalam Teknik
Jelmaam saya mempunyai lebih keyakinan untuk
membuat ulasan pada Bahagian C.
0 0 0 6 12
6. Modul JELMAAN benar-benar membantu saya. 0 0 0 5 13
Beberapa orang guru yang turut mencuba modul ini juga turut memberi
komen.Antara komen tersebut adalah seperti berikut:
….Walaupun saya dapat menggunakan 3 set latihan dalam modul ini,saya dapat melihat
pencapaian yang baik dalam latihan bahagian C yang diberi
….Sesuatu yang menarik untuk dijadikan inovasi kerana murid-murid saya lebih mudah
menentukan nilai sejak mereka membuat latihan-latihan dalam Modul JELMAAN ini.
….Kaedah ini elok jika dibukukan dan dijadikan modul Panitia BM di sekolah kita serta
digunapakai oleh semua murid tahap 2 di sekolah ini.
6.3 Tindakan yang diJalankan
1.Setelah saya meneliti latihan Bahagian C (Membuat Ulasan) yang saya beri sebagai
kerja rumah selepas pengajaran makro saya,saya terus mencari idea untuk
mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid saya sehinggalah saya terfikir untuk
membuat modul yang men gandungi set latih tubi menentukan /menjelmakan nilai ini
di mana modul itu saya namakan Modul JELMAAN bagi menjadikannya lebih
sinonim dengan kemahiran dalam bahgian C
2.Sebelum saya menggunakan set-set latih tubi dalam modul tersebut,terlebih dahulu
saya akan menerangkan tujuan dan kepentingan modul ini kepada murid saya.
3.Saya menggunakan modul ini selang satu hari dalam waktu pelajaran Bahasa
Melayu Tahun5 Bestari yang saya ajar.Tarikh penggunaan modul ini adalah seperti
berikut:
Tarikh Penggunaan Modul JELMAAN
TARIKH MASA SET LATIHAN MODUL
10 OKTOBER 2012 8.40 – 9.10 pagi 1 & 2
12 OKTOBER 2012 7.40 – 8.10 pagi 3 & 4
15 OKTOBER 2012 11.30 – 12.10 pagi 5 & 6
17 OKTOBER 2012 8.40 – 9.10 pagi 7 & 8
19 OKTOBER 2012 7.40 – 8.10 pagi 8 &10
22 OKTOBER 2012 11.30 – 12.10 pagi 11 &12
4.Menjalankan soal selidik kepada murid-murid untuk mendapatkan maklum balas
tentang keberkesanan penggunaan modul melalui borang soal selidik yang saya
sediakan.
5.Murid-murid menjawab soalan dalam Peperiksaan Akhir Tahun yang diadakan.
6.Membuat post-mortem peperiksaan bagi melihat pencapaian murid dalam bahagian
C.
6.4 Pelaksanaan Tindakan,Pemerhatian dan Penilaian
Kajian Tindakan ini dijalankan dalam tempoh 2 minggu sahaja.Hal ini adalah kerana
hari persekolahan tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Peperiksaan Akhir
Tahun diadakan.
Selepas Peperiksaan Akhir Tahun diadakan,saya telah membuat soal selidik tentang
pandangan mereka terhadap modul ini dan menilai sejauh manakah penerimaan
mereka terhadap kaedah ini di samping merekodkan markah pada bahagian ini
secara terperinci seperti pada Lampiran 2.
Berdasarkan pemerhatian saya,Modul JELMAAN berjaya membantu murid
meningkatkan pencapaian dalam Penulisan Bahagian C khasnya di mana secara
tidak langsung telah meningkatkan pencapaian murid secara keseluruhan dalam
Subjek Penulisan Bahasa Melayu amnya.Saya berpuas hati kerana apa yang saya
usahakan telah membuahkan hasil.Melihatkan kejayaan ini ,Ketua Panitia Bahasa
Melayu dengan disokong oleh guru-guru Bahasa Melayu yang lain telah
mencadangkan agar Modul ini dibukukan untuk kegunaan murid tahap 2 di sekolah
saya.Perkara ini telah pun sampai ke pengetahuan Guru Besar kami.Beliau bangga
malah turut memberi semangat kepada guru-guru lain untuk mencontohi usaha
saya.Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat panitia pada bulan Disember
2012 nanti.
6.5 Refleksi Kajian
Pencapaian murid yang baik dan menunjukkan perubahan drastik khasnya pada
bahagian C ini amat ketara.Hasil daripada kajian menunjukkan adunan kaedah
inovasi “ASSDA” yang saya jalankan dan “Teknik Jelmaan” ini ternyata banyak
membantu murid dalam membuat ulasan seperti yang diharapkan.Malah modul ini
sentiasa menjadi sebutan murid-murid saya.
Saya berasa tersentuh,apabila seorang ibu kepada murid kelas 5 Bestari telah
menghantar SMS mengucapkan ribuan terima kasih kepada saya kerana telah
berjaya melonjakkan prestasi anaknya dalam mata pelajaran ini.Semasa Hari
Anugerah Kecemerlangan di sekolah saya baru-baru ini ,ramai ibu bapa yang
berpuas hati serta menyatakan rasa gembira atas lonjakan kejayaan anak mereka
dalam sujek Bahasa Melayu Penulisan.Mereka juga mengetahui tentang modul yang
saya gunakan melalui anak-anak mereka.
7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA.
Melalui refleksi daripada kajian ini,beberapa cadangan perlu dibuat untuk
memperbaiki dan meningkatkan penggunaan modul ini .Antara cadangan tersebut
adalah seperti berikut:
1.Membuat penambahbaikan terhadap modul ini dari semasa ke semasa dan
melengkapkan lagi modul ini dengan grafik yang lebih menarik ,kreatif dan
mempelbagaikan bentuk latihan seperti peta minda ,aktiviti memadankan dan lain-
lain lagi.
2.Memberi motivasi kepada murid-murid yang menggunakan modul ini dengan
menyediakan hadiah atau insentif menarik bagi yang mendapat markah penuh /
tertinggi / melepasi target dalam setiap set latihan yang diberi.
3.Membawa ke Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu dan membincangkan penggunaan
modul ini secara rasmi untuk digunapakai oleh semua murid tahap 2 di sekolah
saya
4.Membahagikan tugas kepada guru-guru lain untuk menambah set latihan bagi modul
supaya dapat dibukukan untuk menafaat bersama.
8.0 PENUTUP
Kajian ini diharapkan dapat memberikan kepekaan dan rangsangan kepada pihak
sekolah dan guru-guru Bahasa Melayu di sekolah saya khasnya serta daerah saya
amnya.Hasil kajian ini terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran
guru dan pembelajaran murid.Semoga kajian ini akan dapat dimanfaatkan dan
menjadikan proses p&p saya lebih menarik,berkesan dan menyeronokkan.Sebagai
guru kita seharusnya peka dengan masalah dan keperluan murid dan
bertanggungjawab menyelesaikan kemelut yang mereka hadapi.Kita juga haruslah
mempunyai ilmu pendidikan yang kreatif dan inovatif bagi menjayakan hasrat dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).
9.0 RUJUKAN
Modul KPD 3026,(2011).Pengajaran,Teknologi dan Penaksiran 2,Penerbit UPSI
Ee Ah Meng(1992). Pedagogi satu Pengenalan,Siri Pendidikan Fajar Bakti,Kuala Lumpur,Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) Penyelidikan Pendidikan,Skudai,Penerbit UiTM
Manual Kajian Tindakan,(2006).Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.
Dewan Bahasa dan Pustaka. ( 1981). Kamus Dwibahasa : Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6.Abd.Rahman Abd,Majid Khan(2007),Guru Sebagai Penyelidik,ms 18,PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
7. researchipbmm2008.blogspot.com/2008/01/contoh-kajian-tindakan-yang-dijalankan.html
8. http://www.slideshare.net/yatijun/laporan-kajian-tindakan-bahasa-melayu-4926977
9. http://www.slideshare.net/hajizul/lampiran-kajian-tindakan
10. http://www.slideshare.net/yatijun/laporan-kajian-tindakan-bahasa-melayu-4926977
11. http://retibasa.blogspot.com/2010/04/pendekatan-proses-menulis-karangan.html
12.http://isearch.babylon.com/?q=penulisan+refleksi+kajian+tindakan&s=web&as=0&babsrc=HP_ss
Lampiran 1
CONTOH SET LATIHAN 1- Teknik Jelmaan (Bersama Contoh Jawapan)
BIL PENYATAAN NILAI (Jawapan)
1 Membawa bekal / menabung berjimat cermat
2 Berjalan kaki ke sekolah menjaga kesihatan
3 Bangun awal berdisiplin / menepati masa
4 Berbaris ketika naik bas / masuk ke kelas berdisiplin
5 Menyapu sampah rajin / mementingkan kebersihan
6 Bersalam / mencium tangan ibu menghormati
7 Membaca buku / mengulang kaji rajin,
8 Melaksanakan tugas yang diberi bertanggungjawab / amanah
9 Memandang ke kanan dan kiri ketika hendak melintas berhati-hati / berwaspada
10 Mandi / menggosok gigi / berpakaian bersih mementingkan kebersihan / kesihatan
11 Bersarapan bersama keluarga kasih sayang / mementingkan kesihatan
12 Sembahyang / solat taat
13 Berdiri tegak semasa lagu Negaraku patriotisme / menghormati
14 Sayang akan negara patriotisme / bertanggungjawab
15 Belajar bersungguh-sungguh tekun / gigih / rajin
16 Memberi salam menghormati
17 Pergi ke perpustakaan mencintai ilmu / menghargai masa
18 Menyediakan jadual harian berdisiplin / menghargai masa
19 Menziarahi kawan sakit / di hospital prihatin / kasih sayang
20 Bertegur sapa sesama jiran semangat kejiranan / hemah tinggi
21 Makan / berbual-bual / bercuti bersama keluarga kasih sayang
22 Bergotong- royong kerjasama
23 Menziarahi / berkunjung ke rumah jiran /rakan semangat kemasyarakatan / kasih sayang
Lampiran 2
REKOD PENCAPAIAN PELAJAR
Bil NAMA MURID
MARKAH BAHAGIAN C
SEBELUM MENGGUNAKAN
MODUL JELMAAN
MARKAH BAHAGIAN C
SELEPAS MENGGUNAKAN
MODUL JELMAAN1. ALEX JELIAN 7 10
2.DURI AHMAD 15 18
3.FRANCIS LIBYA 5 8
4.MAGDELINE ELLISSIA 7 10
5.STANLEY JUAN AK EDWIN 5 7
Kajian Tindakan
ABSTRAK KAJIAN
Kajian ini memfokuskan pada beberapa penggunaan sistem tatabahasa yang diamalkan oleh murid-murid tahun 5. Mereka dilihat dan diuji semasa proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia di dalam bilik darjah. Pelaksanaan kajian tindakan ini menggunakan kaedah pemerhatian dan kaedah ujian dalam aktiviti penulisan kemahiran memindahkan maklumat. Responden yang terlibat dalam kajian tindakan ini melibatkan 34 orang murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Rasa, Rasa, Selangor. Dapatan menunjukkan di peringkat awal murid-murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Rasa tidak mengamalkan secara menyeluruh sistem tatabahasa yang mereka pelajari seperti penggunaan kata sendi nama, kata nama dan penjodoh bilangan dalam struktur ayat yang mereka tutur dan tulis. Setelah diberitahu dan diterangkan secara mendalam maka amalan mereka berubah dan mereka dapat menulis struktur ayat yang baik serta menggunakan sistem tatabahasa yang diajar kepada mereka. Berdasarkan dapatan kajian tersebut beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.
PENGUASAAN SISTEM TATABAHASA BAHASA MELAYU SATU KAEDAH MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT DAN BERBAHASA KALANGAN MURID-MURID TAHUN LIMA DI SEKOLAH
KEBANGSAAN RASA
OLEH:ENCIK ABDUL WAHIB BIN MUHAMMAD NASIR
1.0 PENGENALAN
Perkataan ‘Nahu’ atau ‘Tatabahasa’ begitu sinonim dengan pembelajaran Bahasa Melayu
yang menjadi subjek penting dalam sistem pendidikan di Malaysia.Selepas ini saya akan menulis
menggunakan istilah ‘tatabahasa’ kerana istilah ini telah mendominasi arena istilah bahasa Melayu
berbanding dengan istilah ‘Nahu’ seperti yang saya nyatakan di atas. Pengetahuan tentang
tatabahasa merupakan unsur penting yang perlu diketahui oleh setiap murid atau pelajar dalam
mempelajari Bahasa Melayu.Pendek kata ilmu tatabahasa haruslah dikuasai oleh mereka kerana ilmu
itu dapat memahirkan mereka dari segi membina ayat untuk tujuan penulisan dan juga sebagai
penutur Bahasa Melayu yang baik.
Kelemahan menguasai tatabahasa dalam penulisan dan pertuturan menandakan kurangnya
keindahan gaya bahasa atau kegramatisan bahasa yang dituturkan khususnya Bahasa Melayu.
Berdasarkan permasalahan ini, kajian tindakan telah saya lakukan bertujuan mengubah amalan
murid supaya memahami dan menguasai sistem tatabahasa Melayu. Selain itu amalan ini dapat
membantu mereka menghasilkan bahasa tulisan dan bahasa pertuturan yang gramatis.
Kajian ini dilakukan kepada 34 orang murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Rasa, Rasa
Selangor. Sebelum kajian ini dilakukan tinjauan telah di buat menggunakan kaedah pemerhatian dan
penyelidikan berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun di tahun 4 tahun 2010 yang lalu.
Temubual juga dilakukan kalangan murid yang menjadi responden kajian tindakan ini.Penilaian
soalan tatabahasa pula telah dilakukan kepada 34 orang murid tahun 5 sebagai mengesahkan kajian
tindakan ini.
2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Kelas 5 Pintar merupakan kelas yang mempunyai 34 orang murid yang
merupakan target Panitia Bahasa Melayu Sekolah kebangsaan Rasa untuk lulus A
dalam Kertas Pemahaman dan Kertas Penulisan pada Ujian Penilaian Sekolah
Rendah ( UPSR ) tahun 2012.
Walaupun dominasi murid daripada kelas ini merupakan penuntur asli Bahasa
Melayu iaitu seramai 33 orang murid berbangsa Melayu dan seorang murid
berbangsa Punjabi namun tahap penguasaan mereka terhadap tatabahasa masih
lemah. Kebanyakan mereka tidak dapat menguasai kemahiran tatabahasa dengan
baik, sedangkan mereka telah belajar semasa tahun 1 hingga tahun 4. Perkara-
perkara asas telah didedahkan kepada mereka sebelum ini. Buktinya apabila saya
memberi latihan membina ayat kata kerja transitif, kebanyakkan mereka tidak dapat
membina ayat dengan gramatis kerana tidak faham akan konsep kata kerja transitif.
Kesalahan penggunaan kata kerja transitif begitu ketara apabila murid-murid menulis
karangan dan menjawab soalan tatabahasa dan pemahaman. Keadaan ini
menggambarkan ada berlaku gangguan sama ada dalam penyampaian maklumat
atau kecuaian yang nyata dari aspek tatabahasa, kerana bukan sahaja dari aspek
kata kerja transitif malah banyak bahagian tatabahasa yang belum boleh dikuasai
dengan baik oleh murid-murid tersebut.
SENARAI NAMA MURID TAHUN 6 2014
KEPUTUSAN PERTENGAHAN TAHUN 2014
BIL NAMA MURID MARKAH
BM 1
(Pemahaman)
GRED MARKAH
BM 2
(Penulisan)
GRED
ANALISA KEPUTUSAN
GRED Pemahaman Penulisan
BM 1 % Lulus BM 2 % Lulus
A 21 61.7 % 2 5.9 %
B 12 35.3 % 27 79.4 %
C 1 3.0 % 5 14.7 %
JUMLAH 34 34
Ulasan: Kertas Bahasa Melayu Pemahaman menunjukkan peratus kelulusan yang tinggi dalam gred A
berbanding dengan peratus kelulusan dalam Kertas Penulisan iaitu 61.7 % bagi Pemahaman dan 5.9
% bagi Penulisan. Bagi gred B pula Kertas Pemahaman mendapat 35.3 % berbanding 79.4 % bagi
Kertas Penulisan. Manakala gred C peratus kelulusan Kertas Pemahaman mendapat 3.0 %
berbanding 14.7 % bagi Kertas Penulisan.
Secara keseluruhan menunjukkan bahawa murid-murid tahun 5 ini lebih menguasai Kertas
Pemahaman berbanding Kertas Penulisan. Oleh itu, murid-murid tidak dapat mempraktikkan sistem
tatabahasa yang mereka gunakan dalam kertas pemahaman kepada bahasa tulisan di dalam kertas
penulisan.
3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERHATINAN
Menulis merupakan satu kemahiran yang perlu dipelajari dan amat penting dikuasai oleh
setiap murid khususnya dalam kertas penulisan kerana kemahiran ini merupakan tingkat tertinggi
kemahiran berbahasa. Oleh kerana menulis memerlukan idea yang kreatif maka penguasaan sistem
tatabahasa yang mendalam akan menghasilkan hasil kerja tulisan yang bermutu.
Setelah 3 minggu saya melakukan pengajaran dalam kelas 5 Pintar saya dapati murid-murid
tidak dapat menguasai sepenuhnya sistem tatabahasa bahasa Melayu yang saya berikan. Maka saya
mengambil keputusan untuk menggunakan akhbar didik sebagai perantara untuk memberi
pendedahan kepada mereka.
Fokus kajian saya dalan kajian ini adalah penggunaan sistem tatabahasa kalangan murid-
murid Tahun 5 Pintar di Sekolah Kebangsaan Rasa semasa membina ayat. Kemahiran ini dilakukan
semasa menjawab soalan bahagian A dalam kemahiran memindahkan maklumat. Dalam
pemerhatian saya murid-murid tidak dapat menguasai sistem tatabahasa kerana murid-murid terlalu
banyak diberi pendedahan kepada teknik menjawab soalan penulisan. Penumpuan kaedah menulis
ini menyebabkan kurangnya guru-guru menekankan sistem tatabahasa yang terdapat dalam Bahasa
Melayu. Oleh itu saya menggunakan pendekatan penggunaan akhbar dalam dalam bilik darjah (ADD)
sebagai permulaan penyelesaian permasalahan ini. Akhbar Didik melalui Akhbar Berita Harian setiap
hari Isnin adalah medium perantaraan penyelesaian masalah ini.
Pendedahan sistem tatabahasa yang terdapat dalam tatabahasa Bahasa Melayu telah saya
laksanakan selama 5 minggu setakat ini. Bermula dengan kata ganti nama,kata hubung, kata adjektif,
kata kerja dan simpulan bahasa. Murid-murid diberi pengertian dan latihan sebagai menguji
kefahaman mereka dalam menggunakan tatabahasa dalam ayat-ayat yang mereka tutur dan tulis
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bilik darjah.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini ialah:
1.Membantu murid mengetahui dan memahami sistem tatabahasa Bahasa Melayu.
2.Membantu murid menggunakan sistem tatabahasa Bahasa Melayu dalam pertuturan dan
penulisan.
5.0 PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif-objektif kajian di atas, kajian ini dapat menjawab persolan-persoalan
berikut:
1. Adakah murid-murid mengetahui dan faham sistem tatabahasa yang terdapat dalam
tatabahasa Bahasa Melayu ?
2. Adakah sistem tatabahasa Bahasa Melayu dapat membantu murid-murid tahun 5
bertutur dan menulis dengan baik dalam proses pembelajaran mereka ?
6.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran kajian ini ialah murid-murid tahun 5 Pintar Sekolah Kebangsaan Rasa sesi
2011 seramai 34 orang murid yang terdiri daripada 14 orang lelaki dan 20 orang murid
perempuan.
7.0 PERLAKSANAAN KAJIAN/METODOLOGI KAJIAN
7.1 TINJAUAN KAJIAN/BATASAN KAJIAN
Dalam perlaksanaan kajian ini saya membataskan kajian kepada penggunaan
sistem tatabahasa iaitu penggunaan kata ganti nama, kata kerja dan kata
hubung dalam membina ayat penyata yang ditulis oleh murid tahun 5 pintar
seramai 34 orang.Sistem tatabahasa Bahasa Melayu ini penting atau menjadi
asas kepada penulisan kreatif. Rasional batasan kajian ini dilakukan adalah
melihat sejauhmana sistem tatabahasa ini menjadi amalan kepada murid-murid
tahun 5 tersebut.
7.2 KAEDAH KAJIAN
Dalam kajian ini saya telah melakukan kaedah pemerhatian dan kaedah ujian
untuk mengutip data.
7.2.1 Kaedah Pemerhatian
Pemerhatian yang saya lakukan adalah semasa saya melakukan
pengajaran di dalam bilik darjah. Saya telah memberi beberapa latihan
namun hasil yang saya perolehi agak mengecewakan. Maka saya telah
mengadakan pendekatan seperti yang saya nyatakan di atas iaitu
penggunaan akhbar didik.
7.2.2 Kaedah Ujian
Setelah saya dapati terdapat beberapa kecelaruan dalam membina ayat
yang telah dilakukan oleh murid saya menggunakan pula kaedah ujian
untuk mengesan kelemahan yang dilakukan oleh murid-murid dalam
membina ayat. Maka saya dapati hasil penulisan mereka seperti di
lampiran iaitu Latihan 1
7.3 ANALISIS DAPATAN KAJIAN
7.3.1 Analisis Kajian Kaedah Pemerhatian
Langkah pertama yang saya lakukan dalam kaedah ini ialah meminta
murid membina ayat melalui buku latihan yang mereka
ada.Pengetahuan sedia ada mereka menjadi sandaran dalam membina
ayat atau memindahkan maklumat berdasarkan gambar. Pengetahuan
sedia ada mereka berdasarkan kemahiran yang di ajar pada tahun 4
pada tahun 2010. Saya dapati banyak banyak kesalahan yang
dilakukan.Hanya terdapat 4 orang daripada 34 orang di kelas tahun 5
itu dapat menulis dengan baik selain itu saya membuat kesimpulan
mereka harus diberikan penekanan yang lebih untuk mereka lebih
mahir menggunakan sistem tatabahasa dalam penulisan mereka.
7.3.2 Analisis Kajian Kaedah Ujian
Selepas pemerhatian , saya melakukan satu sesi latihan seperti di
lampiran Latihan 1. Saya menguji murid-murid dengan latihan tersebut
dan hasil yang diperolehi adalah seperti berikut.
Ada kalangan murid tidak menulis mengikut struktur ayat yang betul
yang terdiri daripada subjek dan predikat.
Ditulis : Pada waktu rehat ramai murid pergi ke kantin sekolah.
Sepatutnya: Ramai murid pergi ke kantin sekolah pada waktu rehat.
Ada kalangan murid tidak dapat membezakan kata sendi nama atau
imbuhan.
Ditulis: kedalam
Sebenarnya : ke dalam
Ada kalangan murid tidak menulis penjodoh bilangan .
Ditulis: dua murid lelaki
Sepatutnya: dua orang murid lelaki
Ada kalangan murid menggunakan kata hubung di awal ayat.
Ditulis: Untuk membeli makanan hendaklah beratur.
Sepatutnya: kata hubung tidak boleh ditulis di awal ayat kerana sifat
kata hubung ialah menghubungkan dua atau lebih frasa ayat.
Contoh Murid-murid itu beratur untuk membeli makanan.
Ada kalangan murid tidak menulis tanda baca yang betul iaitu huruf
besar dan tanda noktah.
Ditulis : ismail membuang sampah di tong sampah sebelah tiang kantin
Sepatutnya: Ismail membuang sampah ke dalam tong sampah yang
terletak di sebelah tiang kantin .
Secara keseluruhan terdapat kesalahan sistem tatabahasa yang
dilakukan oleh sebilangan murid tahun 5 ini. Contoh-contoh kesalahan
yang saya senarai di atas ialah kesalahan struktur ayat,kata sendi
nama,penjodoh bilangan,kata hubung dan tanda bacaan. (huruf kecil,
huruf besar dan tanda noktah)
Kesalahan ini membuktikan bahawa murid-murid tahun 5 di Sekolah
Kebangsaan Rasa belum menguasai sepenuhnya sistem tatabahasa
Bahasa Melayu yang di ajar oleh guru-guru.
7.4 REFLEKSI KAJIAN
Setelah melihat dan menguji kemahiran murid-murid menggunakan
latihan 1 saya dapati bahawa murid-murid perlu diberikan penekanan
yang lebih supaya masalah penggunaan sistem tatabahasa yang betul
perlu diketahui oleh mereka secara jitu. Pendekatan yang telah saya
lakukan lebih kurang dua minggu perlu dilihat. Bagi menilai perubahan
amalan penggunaan sistem tatabahasa yang betul dalam penulisan
murid mereka sekali lagi diuji dengan latihan 2 ( Sila Rujuk
Lampiran).Masih lagi konsep yang sama iaitu membina ayat dengan
memindahkan maklumat berdasarkan gambar.
Berdasarkan kajian tersebut saya dapati bahawa amalan yang mereka
lakukan sebelum ini iaitu menulis struktur ayat yang salah, menulis
kata sendi nama yang salah, tidak menulis penjodoh bilangan
dihadapan kata nama, menulis kata hubung di awal ayat dan menulis
tanda baca yang salah tidak mereka ulangi dalam latihan 2 .
8.0 CADANGAN KAJIAN
Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-
(a) Guru-guru Bahasa Malaysia digalakkan mengubahsuai pendekatan proses P & P di
dalam kelas terutama kelas lemah dan sederhana.
(b) Menggunakan kaedah sumbangsaran dari segi kefahaman dalam aspek sistem
tatabahasa.
(c) Menggunakan kaedah penyelidikan melalui buku-buku bahasa .
(d) Guru-guru Bahasa Malaysia boleh menggunakan kaedah penyelidikan pada pelbagai
peringkat sama ada di peringkat kelas, panitia atau sekolah.
Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi
minat murid dalam proses pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia. Semoga minat murid ini
boleh menjadikan titik tolak kepada pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Malaysia yang lebih menyeronok dan berkesan, seterusnya menjadikan peningkatan prestasi
akademik yang amat memberangsangkan. Selain itu proses pengajaran dan pembelajaran juga perlu
disesuaikan dengan masa kini serta menggunakan pendekatan Sekolah Bestari.
BIBLIOGRAFI
1.-------------- ( 1992) Action Research For Educational Change, Milton Keynes : Open
University Press.
2.Atan Bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Penerbit Adabi Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
3.Brown, T. (1987) Language Interaction Pattens in Lessons Featuring Mathematical
Investigations. PhD thesis, University of Southampton.
4.Clark, P.A ( 1972 ) Action Research: Organisational Change.Harper and Row
Ltd.London.
5.Dunn, T. (1997) Michel Foucault and the Politics of Freedom Thousand Oaks, CA:
Sage.
6.Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam.(1985).Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab
Perguruan.Penerbit fajar Bakti, Petaling Jaya.