kajian tindakan vs kajian kuantitatif

13
Perbandingan Kajian Tindakan dengan Kajian-kajian Kuantitatif Matlamat Kajian Tindakan ialah menyelesaikan masalah spesifik. Walaupun pendekatan saintifik digunakan dalam kajian tindakan, kajain berbentuk ini bukanlah berobjektifkan kepada sumbangan saintifik kepada bidang pendidikan (Richard A. Schmuck, 2000) Kajian tindakan mula diperkenalkan dalan tahun 1940-an melalui kajian oleh Kurt Lewin (1946) yang menganjurkan pembangunan kritik sosial ke atas kawalan demokratik pengetahuan dan penyelidikan. Action Research is a three-step spiral process of (1) planning which involves reconnaissance; (2) taking actions; and (3) fact-finding about the results of the action. Kurt Lewin (1947) Kajian tindakan adalah mengenai kajian dan tindakan. Pendekatan tradisional mengasingkan kajian daripada tindakan. Pengasingan yang berlaku dalam banyak aspek ini, suatu perbezaan yang palsu dan tiada siapa pun pernah mengakuinya. Ia adalah lebih kepada sudut pandangan pengkaji dan pengamalnya. Gummeson (2000) telah menghubungkan kedua- dua perkara ini dengan melihatnya sebagai ‘pekerja berpengetahuan’ yang mana setiap satu berbeza penekanan dalam hubungan teori dan amalan; satu menumpukan kepada teori dan menyumbang kepada amalan manakala satu lagi menumpukan kepada amalan dan menyumbang kepada teori. Pengumpulan data dalam penyelidikan tindakan Penyelidikan tindakan berkait rapat dengan penilaian bilik darjah. Apabila guru-guru mengumpulkan maklumat mengenai murid-muridnya, guru-guru juga mengumpul maklumat tentang penilaian kekuatan dan kelemahan murid-muridnya. Teknik mengumpul data adalah termasuk; 1

Upload: annenhafurqhani

Post on 15-Dec-2015

46 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

cth

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan vs Kajian Kuantitatif

Perbandingan Kajian Tindakan dengan Kajian-kajian Kuantitatif

Matlamat Kajian Tindakan ialah menyelesaikan masalah spesifik. Walaupun pendekatan saintifik digunakan dalam kajian tindakan, kajain berbentuk ini bukanlah berobjektifkan kepada sumbangan saintifik kepada bidang pendidikan (Richard A. Schmuck, 2000)

Kajian tindakan mula diperkenalkan dalan tahun 1940-an melalui kajian oleh Kurt Lewin (1946) yang menganjurkan pembangunan kritik sosial ke atas kawalan demokratik pengetahuan dan penyelidikan.

Action Research is a three-step spiral process of (1) planning which involves reconnaissance; (2) taking actions; and (3) fact-finding about the results of the action.Kurt Lewin (1947)

Kajian tindakan adalah mengenai kajian dan tindakan. Pendekatan tradisional mengasingkan kajian daripada tindakan. Pengasingan yang berlaku dalam banyak aspek ini, suatu perbezaan yang palsu dan tiada siapa pun pernah mengakuinya. Ia adalah lebih kepada sudut pandangan pengkaji dan pengamalnya. Gummeson (2000) telah menghubungkan kedua-dua perkara ini dengan melihatnya sebagai ‘pekerja berpengetahuan’ yang mana setiap satu berbeza penekanan dalam hubungan teori dan amalan; satu menumpukan kepada teori dan menyumbang kepada amalan manakala satu lagi menumpukan kepada amalan dan menyumbang kepada teori.

Pengumpulan data dalam penyelidikan tindakanPenyelidikan tindakan berkait rapat dengan penilaian bilik darjah. Apabila guru-guru mengumpulkan maklumat mengenai murid-muridnya, guru-guru juga mengumpul maklumat tentang penilaian kekuatan dan kelemahan murid-muridnya. Teknik mengumpul data adalah termasuk;

1 Pemerhatian. Mengumpul maklumat semasa pengajaran, di pusat-pusat tertentu, di padang permainan atau di bilik makan dan melalui perbincangan peribadi bersama individu-individu adalah ciri-ciri yang ada pada guru-guru dan penyelidik. Apabila pendidik menilai pemerhatian sebagai satu cara penyelidik, pemerhatian mereka semakin tepat dan menjadi semakin lebih penting

2 Menyimpan rekod-rekod anekdotRekod-rekod anekdot berkaitan pelajar-pelajar disimpan oleh guru-guru merupakan sumber data kualitatif yang boleh dianalisa dan digunakan untuk membantu guru-guru dalam membuat keputusan kurikulum.

3 Diari peribadi guru/entri journalSesetengah guru menggunakan penulisan peribadi untuk membantu mereka dalam perhubungan mereka dengan pelajar-pelajar. Entri ini berbeza daripada rekod anekdot kerana ia lebih subjektif dan menggambarkan pemikiran dan perasaan

1

Page 2: Kajian Tindakan vs Kajian Kuantitatif

guru tentang masalah spesifik dalam bilik darjah. Membaca semula entri journal dikemudian hari dapat membantu guru-guru memikirkan semula perhubungan mereka dengan pelajar-pelajar bermasalah atau boleh juga membantu guru-guru menemukan strategi lebih baik dalam melibatkan diri dalam aktiviti di bilik darjah.

4 Ujian Piawai/Instrumen SiasatanUjian piawai dan instrumen siasatan seperti ujian pendengaran dan penglihatan menyedikan maklumat yang membolehkan guru-guru membuat keputusan kurikulum serta semasa persidangan bersama ibu bapa.

5 PortfolioPengumpulan maklumat menggunakan portfolio dalam bilik darjah seperti mengumpulkan contoh-contoh penulisan, lukisan, projek yang telah disiapkan, gambar foto pelajar-pelajar, senarai semak pencapaian individu, carta pertumbuhan, dan rakaman kaset atau video aktiviti pelajar dalam bilik darjah merupakan artifak yang guru-guru boleh gunakan untuk menunjukkan pertumbuhan kognitif, fizikal dan sosio-emosi kanak-kanak.

Menurut Richard A. Schmuck (2000) kajian tindakan memberi perhatian terhadap masalah setempat dan dikendalikan dalam latar belakang setempat. Oleh itu ia boleh membekalkan jawapan segera kepada persoalan dan kebimbangan yang ditimbulkan oleh guru-guru kelas, pengetua dan guru besar serta perunding berkaitan dengan tingkah laku kanak-kanak, program spesifik yang mereka terlibat dan perkembangan kurikulum.

Penemuan Penyelidikan TindakanPenyelidikan tindakan secara tradisi didefinisikan sebagai pendekatan kepada penyelidikan yang berasaskan hubungan kerjasama dalam penyelesaian

Penyelidikan Tindakan adalah satu jenis penyelidikan yang berbentuk renungan kendiri dan melibatkan penyelidik sendiri mengkaji amalan yang lazim dilakukan dalam bidang tugas mereka.

Dalam bidang pendidikan, penyelidikan tindakan melibatkan penyelidik-penyelidik seperti pensyarah, guru-guru,pengetua, atau penuntut (mereka ini boleh menjadi sebagai penyelidik atau peserta yang diselidik) untuk memperbaiki;

a. Amalan sosial dan pendidikan kendiri; b. Kefahaman terhadap amalan kendiri; c. Situasi di mana amalan tersebut dijalankan

2

Page 3: Kajian Tindakan vs Kajian Kuantitatif

Menurut Louis Cohen dan Lawrence Manion (1994) penyelidikan tindakan adalah satu situasi – ia melibatkan aktiviti mendiagnosis masalah dalam konteks spesifik dan usaha-usaha untuk menyelesaikannya dalam konteks spesifik; biasanya melibatkan kerjasama – pasukan penyelidik dan pengamal bekerja bersama dalam satu projek; melibatkan pernyertaan semua – ahli pasukan mengambil bahagian secara langsung atau tidak secara langsung dalam melaksanakan penyelidikan; juga melibatkan penilaian kendiri – pengubahsuaian dinilai secara berterusan dalam lingkungan situasi yang sedang berlaku.

Skop atau ruang lingkup penyelidikan tindakan sebagai satu kaedah adalah sangat mengkagumkan. Penggunaan penyelidikan ini mungkin dalam julat antara suatu yang ekstrem daripada guru yang mencuba cara baru dalam mengajar kajian sosial dalam kelasnya kepada kajian yang lebih sofistiket pada perubahan organisasi dalam industri menggunakan pasukan penyelidikan yang besar dan ditaja oleh kerajaan. Walau dalam situasi apa pun, rujukan kerangka penilaian pendekatan ini adalah sama iaitu menambah pengetahuan kepada fungsi pengamal-pengamal berkaitan fenomena-fenomena yang mereka terlibat.

Hodgkinson (1957) dalam Louis Cohen dan Lawrence Manion (1994) menyatakan;

Penyelidikan tindakan….hasil logik dan secara langsung sesuatu posisi progresif. Selepas menunjukkan kanak-kanak bagaimana mereka boleh bekerjasama untuk menyelesaikan masalah mereka, langkah selanjutnya guru-guru mengamalkan pendekatan yang telah mereka ajar kepada kanak-kanak itu dan belajar menyelesaikan masalah mereka secara bekerjasama pula.

Menurut Louis Cohen dan Lawrence Manion (1994) tujuan Penyelidikan Tindakan dalam pendidikan dapat dilihat pada 5 kategori ;

1 menyelesaikan masalah yang telah didiagnosis dalam situasi spesifik

2 untuk latihan dalam perkhidmatan, dengan demikian melengkapkan guru-guru dengan kemahiran dan pendekatan baru; memahirkan mereka dengan keupayaan anlaitikal dan meningkatkan kesedaran kendiri

3 menyuntik pendekatan tambahan atau pendekatan inovasi pengajaran dan pembelajaran ke dalam sistem yang sedia ada

4. memperbaiki kelemahan komunikasi antara guru dan penyelidikan akademik dan memperbetulkan kegagalan penyelidikan tradisional dalam memberi prekripsi yang jelas

5 menyediakan alternatif kepada pendekatan yang lebih subjektif, impressionistik untuk penyelesaian masalah dalam bilik darjah.

Ciri-ciri penyelidikan tindakan seperti yang diutarakan oleh Richard A. Schmuck (2000) adalah;

3

Page 4: Kajian Tindakan vs Kajian Kuantitatif

1 Berdasarkan situasi kerana ia berkaitan masalah yang berlaku dalam ketetapan yang spesifik

2 Bersifat eksperiential apabila projek penyelidikan tindakan berasaskan realiti dalam amalan seharian

3 Berorientasikan proses apabila pengamal mematuhi prosedur dan pendekatan penyelidik-penyelidik terdahulu

4 Heuristik kerana pengamal sangat berminat dalam mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah

5 Bercirikan penilain kendiri apabila pengubahsuaian dinilai secara berterusan, ditaksir dan dilaksanakan .

Calhoun (1993) dalam Richard A. Schmuck (2000) menyatakan projek penyelidikan tindakan boleh dilakukan sama ada secara individu atau secara kolaboratif bersama sekumpulan pengamal atau sebagai kumpulan dalam sekolah atau dalam sesebuah daerah.

Faedah Penyelidikan Tindakan

Penyelidikan tindakan menjanjikan kemajuan dalam profesionalisme guru-guru, guru besar dan pengetua serta pegawai-pegawai pendidikan. Proses yang dilaksanakan membolehkan mereka mengalami sendiri penyelesaian masalah dan membentuk model kepada pelajar-pelajar mereka. Pengumpulan data digunakan untuk mendiagnos masalah, mencari penyelesaian, mengambil tindakan terhadap beberapa kemungkinan dan menyelia tindakan yang telah dilaksanakan. Kitaran proses ini boleh diulang beberapa kali dengan memfokuskan kepada masalah yang sama atau masalah lain.

Penyelidikan tindakan boleh mencergaskan semula keseluruhan komuniti pembelajaran disamping bantuan kepada guru untuk mengubah atau merenung kembali amalan-amalan dalam bilik darjah. Ia boleh menyokong inisiatif individu-individu guru, sekolah, kerjasama sekolah bersama komuniti dan daerah. Sebagai tambahan lebih dari satu jenis penyelidikan tindakan boleh digunakan dalam satu persekitaran pada satu-satu masa.

Memilih jenis penyelidikan perlulah mengambil kira 5 elemen penting iaitu;

1 Tujuan dan proses yang terlibat

2 Bantuan dan sokongan dari agensi luar seperti universiti, konsortium dan pegawai personel pusat

3 Jenis data yang digunakan

4 Mereka yang disasarkan untuk penyelidikan; dan

4

Page 5: Kajian Tindakan vs Kajian Kuantitatif

5 Jangkaan kesan sampingan

Kajian tindakan adalah satu terma yang diguna pakai kepada projek di mana pengamal berusaha untuk memberi kesan kepada transformasi di dalam amalan-amalan mereka. Secara amnya proses-proses dalam menentukan objektif dalam sesuatu projek dan menilai keberkesanannya adalah terangkum dalam projek itu. Sesetengah penganjur kajian tindakan mencadangkan satu pendekatan di mana objektif-objektif didefinisi semula selalu sesuatu kitaran projek (Andrew Brown and Paul Dowling, 1998)

Pendekatan Kajian Kuantitatif

Hasil kajian kuatitatif dinyatakan dalam bentuk deskriptif dengan menggunakan angka-angka statistik. Penyelidikan kuantitatif lebih menjurus kepada sifat pengetahuan iaitu bagaimana seseorang memahami kenyataan dan tujuan akhir dari kajian. Kajian kuantitatif adalah berdasarkan pada pandangan formisme dan mekanisme. Pandangan formisme menumpukan kajian kepada bentuk kenyataan yang mempunyai persamaan dalam bentuk-bentuk kenyataan itu. Dalam kajian-kajian pendidikan, formisme adalah meliputi penyelidikan mengenai persamaan ciri-ciri tertentu dari suatu kelompok dalam bentuk yang sama seperti rujukan kognitif. Semua kajian tentang hasil belajar dan ujian signifikasi statistik adalah tergolong dalam proses berfikir formistis (Drs. Ibnu Hadjar, 1996). Kebenaran teori akan diperolehi apabila terdapat kesesuaian antara kenyataan khusus dengan bentuk ideanya.

Mekanisme pula memusatkan pandangan kepada hubungan antara realiti yang mempunyai persamaan-persamaan bentuk. Ini bermaksud pemikiran mekanisme adalah lanjutan daripada pemikiran formistis. Pandangan ini beranggapan bahawa suatu realiti mempunyai hubungan sebab-akibat, pengaruh atau korelasi dengan realiti yang lain. Untuk menetapkan tingkat kesamaan dan keeratan hubungan data kuantitatif adalah diperlukan. Kebenaran teori diperolehi bila terdapat kesesuaian antara kenyataan dengan aturan-aturan determinan yang logik.

Pendekatan kuantitatif bertujuan untuk menguji suatu teori yang menjelaskan hubungan antara kenyataan sosial. Pengujian dilakukan untuk mengetahui sama ada teori yang ditetapkan disokong oleh kenyataan atau bukti-bukti empiris atau tidak. Teori yang dikemukakan bersama bukti-bukti akan dapat diterima manakala teori-teori yang tiada bukti akan ditolak hingga perlu diuji atau dikaji semula. Proses kajian kuantitatif adalah berdasarkan proses berfikir deduktif iaitu dimulakan dengan penentuan konsep yang abstrak berupa teori yang masih umum sifatnya kemudian diteruskan dengan pengumpulan bukti-bukti atau kenyataan khusus untuk pengujian.

Dari sudut metodologi, prosedur dan langkah-langkah yang digunakan dalam kajian berbentuk kuantitatif seperti teknik pemilihan subjek yang akan dikaji, penetapan instrumen yang akan digunakan dalam pengumpulan data, serta teknik analisis data yang akan dikumpulkan , secara terperincinya telah ditetapkan terlebih dahulu oleh pengkaji

5

Page 6: Kajian Tindakan vs Kajian Kuantitatif

sebelum pelaksanaannya. Oleh itu, semasa pelaksanaan kajian, pengkaji hanya perlu mengikuti prosedur yang telah ditetapkan secara konsisten. Melalui pendekatan kuantitatif, pengkaji dapat mengelakkan daripada bias. Keesahan dan realibiti data yang dikumpul, misalnya sangat bergantung kepada instrumen yang digunakan dan bukan siapa yang mengumpulnya.

Kajian Kuantitatif menggunakan pendekatan statistik untuk menunjukkan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah. Kajian berbentuk ini digunakan untuk tujuan membuat inferens berdasarkan data yang telah dikumpulkan. Sebagai contoh penyelidik kuantitatif yang mana minat utamanya untuk menentukan hubungan sebab-akibat antara suatu perlakuan dengan hasil (persoalan does-it-work) mungkin melakukan pelbagai praujian (pretest) dan pascaujian (postest) untuk melihat sama ada pendekatan instruksional menyebabkan pencapaian meningkat.

Semua penyelidikan dan kajian boleh digolongkan dalam dua kategori besar : kuantitatif dan kualitatif. Kajian kuantitatif mengumpulkan data daripada individu-individu atau kumpulan-kumpulan dan biasanya mensubjekkan data-data itu kepada analisa statistik untuk menentukan sama ada terdapat hubungan antara data-data tersebut. Kajian kuantitatif juga mengemukakan hipotesis sama ada disokong atau belum disahkan oleh data.

Menurut Robert E. Slavin (1992), dalam kajian kuantitatif, bentuk penyelidikan boleh berbentuk sama ada secara eksperimental atau bukan eksperimental. Dalam penyelidikan secara eksperimental, penyelidik akan mengemukakan satu atau lebih pembolehubah-pembolehubah bebas, atau perlakuan dan membuat pemerhatian terhadap kesan kepada satu atau lebih pembolehubah-pembolehubah terkawal atau hasil.

Seorang penyelidik mungkin mengkaji kesan penggunaan kumpulan membaca murid-murid gred 5 dengan secara rawak menugaskan beberapa guru mengamalkan kumpulan membaca dan guru lain menggunakan pengajaran berbentuk seluruh kelas dan kemudian mengukur pencapaian pembacaan pelajar-pelajar. (Robert E. Slavin,1992)

Dalam penyelidikan kuantitatif bukan eksperimental, penyelidik biasanya membuat pemerhatian tentang hubungan antara dua atau lebih pembolehubah-pembolehubah yang telah wujud tanpa cuba memanipulasikannya.

Seseorang penyelidik mungkin cuba menjawab persoalan tentang kumpulan membaca dan pencapaian mereka dengan mengesan kumpulan guru-guru yang telah mengamalkan kumpulan membaca atau pengajaran secara kelas dan kemudian mengukur pencapaian pelajar-pelajar mereka. (Robert E. Slavin)

Bentuk Perbandingan-EksperimentalDalam penyelidikan eksperimental itu pula terdapat dua jenis utama. Perbandingan eksperimental yang paling umum, dalam mana dua kumpulan berbeza ditugaskan oleh penyelidik untuk menerima peenyelesaian berbeza, kemudian kumpulan-kumpulan itu dibandingkan pada satu atau lebih pengukuran bebas. Perbandingan eksperimental juga

6

Page 7: Kajian Tindakan vs Kajian Kuantitatif

boleh melibatkan lebih daripada dua perlakuan. Ini adalah kerana perbandingan eksperimental selalu melibatkan perbandingan kumpulan-kumpulan yang telah menerima penyelesaian berbeza.

Bentuk Eksperimental Kes TunggalBentuk kedua eksperimental utama adalah bentuk eksperimental kes tunggal. Dalam bentuk ini, subjek atau subjek-subjek yang sama diberi penyelesaian berbeza dalam urutan yang terancang dan perlakuan subjek diperhatikan dibawah penyelesaian berbeza. Jika perlakuan-perlakuan ini berubah apabila penyelesaian yang diberi diubah, maka ia boleh dikatakan bahawa perlakuan (pembolehubah bebas) adalah dikawal oleh penyelesaian (pembolehubah terkawal/tidak bebas)

Bentuk KorelasiBentuk bukan eksperimental yang umum ialah bentuk korelasi. Menurut Robert E. Slavin (1992) dalam pendekatan ini, penyelidik mengukur dua atau lebih pembolehubah untuk menentukan sama ada terdapat atau tidak hubungan antara pembolehubah-pembolehubah itu. Jika satu pembolehubah itu tinggi bila pembolehubah yang satu lagi tinggi, tetapi rendah bila yang satu lagi rendah, kedua-dua pembolehubah itu adalah berkorelasi positif.

Sebagai contoh, kita tahu bahawa prestasi kebolehbacaan pelajar adalah berkorelasi positif dengan prestasi dalam Matematik (Robert E. Slavin, 1992).

Bentuk korelasi biasa digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Kadang kala penyelidikan korelasi digunakan untuk menjawab persoalan yang sama yang digunakan dalam kajian perbandingan eksperimental seperti yang digunakan dalam perbandingan kebolehan kumpulan dan pengajaran kelas yang diterangkan sebelum ini; kajian perbandingan boleh dilakukan dengan menugaskan guru-guru untuk menggunakan mana-mana kaedah (bentuk perbandingan eksperimental) atau mengakses pencapaian pelajar yang mana guru-guru telah menggunakan satu atau mana-mana kaedah (bentuk korelasi).

Penyelidikan DeskriptifSatu lagi bentuk penyelidikan kuantitatif bukan eksperimental iaitu penyelidikan deskriptif yang digunakan untuk menerangkan fenomenafenomena tertentu. Tinjauan pendapat adalah merupakan satu bentuk penyelidikan deskriptif. Dalam kebanyakan penyelidikan deskriptif pertimbangan utama adalah pensampelan.

Penyelidikan penilaian adalah penyelidikan deskriptif yang dijalankan untuk mengenal pasti sama ada program-program tertentu telah mencapai matlamatnya. Sebagai contoh, sesebuah sekolah mungkin berhasrat untuk memanjangkan tempoh perpustakaan dibuka untuk satu tempoh percubaan. Pentadbiran sekolah mungkin ingin memastikan peningkatan penggunaa 20% sebagai kriteria kejayaan program. Penyelidikan penilaian mungkin digunakan untuk melihat sama ada kriteria ini dipenuhi.

7

Page 8: Kajian Tindakan vs Kajian Kuantitatif

Penyelidikan bersejarah (historical), sama ada kuantitatif atau kualitatif atau kedua-duanya digunakan untuk memeriksa bukti-bukti lalu dalam cubaan untuk menjelaskan perkara yang telah berlaku atau membuat kesimpulan terhadap perkara yang lepas yang mungkin mempunyai hubungan berterusan.

Pada masa dulu kemahiran asas penyelidikan memerlukan penyelidik menganalisa bahan-bahan simbolik atau kualitatif meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul, mengelas, menyusun, menggabung, menilai dan mentafsir. Asas kepada segala aktiviti ini wujud pelbagai pertimbangan peribadi. Walau bagaimana pun , sebagai perbandingan masa lalu, usaha-usaha telah dilakukan untuk menggunapakai pendekatan kuantitatif yang diamalkan oleh para saintis sebaga penyelesaian kepada pemasalahan sejarah (historical). Dari pendekatan-pendekatan ini, suatu pendekatan yang relevan kepada penyelidikan sejarah ialah analisis kandungan (content analysis), matlamat asas untuk mengambil suatu yang verbal, dokumen bukan kuantitatif dan memindahkannya ke dalam bentuk data kuantitatif (Louis Cohen & Lawrence Manion, 1994)

Menurut Louis Cohen & Lawrence Manion (1994) Analisis Kandungan didefinisikan sebagai pendekatan penyelidikan pelbagai tujuan (multipurpose) diibangunkan khusus untuk menyiasat pemasalahan dalam spektrum yang luas yang mana kandungan komunikasi digunakan sebagai asas kepada inferens. Penggunaan teknik analisis kandungan dalam penyelidikan sosial bermula pada awal ke 19 dan hingga kini pendekatan ini telah pun melalui beberapa fasa. Usaha terawal penggunaan analisis kandungan ini melibatkan pengiraan perkataan seperti yang diterangkan oleh Travers.

Penulis biasanya menggunakan perkataan-perkataan tertentu pada kadar kekerapan yang mereka mahu. Sesuatu perkataan yang banyak digunakan oleh seseorang penulis mungkin kurang penggunaannya pada penulis yang lain. Perbezaan kadar penggunaan perkataan ini boleh dikaji untuk melihat kesahihan sumber sesuatu dokumen itu. Kadar penggunaan perkataan ini juga boleh digunakan sebagai asas untuk membuat inferens terhadap pernyataan emosi dalaman seperti kerisauan. (Travers, 1969)

Lebih banyak pendekatan sofistikat berkaitan analisis kandungan digunakan untuk mengenal pasti kategori dan unit-unit yang sesuai untuk analisis yang boleh menggambarkan sifat dan jenis dokumen yang dianalisa dan tujuan sesuatu penyelidikan dilakukan. Kategori dokumen ditentukan selepas pemeriksaan awal dilakukan dan akan meliputi bahagian-bahagian utama kandungan.Kategori dokumen ditentukan selepas pemeriksaan awal dilakukan dan akan meliputi bahagian-bahagian utama kandungan.

Bibliografi

McEwan, E. K., & McEwan, P.J., (2003). Making sense of research : What’s good, what’s not, and how to tell the difference. California: Corwin Press

8

Page 9: Kajian Tindakan vs Kajian Kuantitatif

Louis Cohen & Lawrence Manion, (1994). Research methods in education (4th. ed.). New York.: Routledge.

Slavin, R.E., (1992). Research methods in education (2nd ed.). Boston: Allyn and Bacon.

Richard, A. S., (Ed.). (2000). Practical action research. Illianos: Skylight Professional Development

Andrew Brown & Paul Dowling, (1998). Doing research/reading research: a mode of interrogation of education. Wahington D.C. : The Falmer Press.

Mertens, D.M., (1998). Research Methods in education and psychology: integrating diversity with quatitative & qualitative approaches. California: Sage Publications

Drs. Ibnu Hadjar. (1996). Dasar-dasar metodologi: Penelitian kwantitatif dalam pendidikan. Jakarta: PT RajaGrafindo Persada.

Ng Kim Choy. (2000). Penyelidikan Tindakan: pengenalan. Retrieved February 3, 2005 from http://www.teachesrock.net.htm

9