kajian tindakan sme

36
SME6044 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN MENINGKATKAN KEBOLEHCAPAIAN PELAJAR DALAM TAJUK PERIMETER DAN LUAS MELALUI PENGGUNAAN ICT Noorhayati Binti Abd Rahman (M20112001420) Nurul Nadiah Binti Mohd Fadzil (M20112001435) Pensyarah: Prof. Dr Marzita Puteh

Upload: rabitah-said

Post on 21-Jul-2015

255 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

SME6044

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN KEBOLEHCAPAIAN PELAJAR DALAM TAJUK PERIMETER DAN LUAS MELALUI PENGGUNAAN ICT

Noorhayati Binti Abd Rahman (M20112001420)

Nurul Nadiah Binti Mohd Fadzil (M20112001435)

Pensyarah: Prof. Dr Marzita Puteh

PENGHARGAAN

Terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam kajian ini. Pertama sekali kepada Cikgu Norhidayah daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir yang sudi membantu penyelidikan ini. Kepada pihak sekolah yang sudi membenarkan kajian ini dijalankan. Kepada pelajar-pelajar yang rajin untuk belajar serta kepada keluarga tersayang yang sangat memahami dan sentiasa menyokong. Paling istimewa ialah ucapan ribuan terima kasih kepada Prof Dr Marzita Puteh yang tidak pernah lelah untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada penyelidik bagi menjayakan kajian ini

Sekian terima kasih

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu pelajar meningkatkan pemahaman dan pengetahuan dalam tajuk perimeter dan luas melalui penggunaan ICT. Seramai 30 orang pelajar Tingkatan 1 Maju daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir Kedah, seorang guru mata pelajaran Matematik dan dua orang penyelidik terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar-pelajar tidak dapat membezakan di antara konsep perimeter dan luas. Kebanyakan pelajar hanya menghafal rumus tanpa memahami konsep perimeter dan luas dengan sebaiknya. Suatu perancangan tindakan dibuat bagi meningkatkan pemahaman konsep perimeter dan luas ini. Sesi bimbingan melalui penggunaan ICT dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran selama empat minggu pada setiap hari Isnin hingga Khamis selama satu jam bagi setiap sesi. Maklumat daripada pemerhatian dan temu bual menunjukkan terdapat peningkatan dari segi minat, sikap dan pencapaian pelajar dalam Matematik. Setelah kajian tindakan dilaksanakan, keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan prestasi dan pemahaman pelajar dalam tajuk perimeter dan luas. Kebanyakan pelajar kumpulan sasaran dapat menjawab semua soalan dengan tepat dan cepat. Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini telah dapat meningkatkan amalan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar dalam meningkatkan pemahaman dan pengetahuan pelajar terhadap tajuk perimeter dan luas.

ISI KANDUNGAN

Isi kandungan Penghargaan Abstrak 1.0 2.0 3.0 2 3.1 3.2 4.0 5.0 Objektif Am Objektif Khusus 2 2 3 3 3 3 3 3 4 4 4 4 5 6 6 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu Fokus Kajian Objektif Kajian 1 1

Kumpulan Sasaran Pelaksanaan Kajian 5.1 Tinjauan Masalah 5.1.1 Pemerhatian 5.1.2 Temu Bual 5.1.3 Soal Selidik 5.1.4 Ujian Pra 5.2 Analisa Tinjauan Masalah 5.2.1 Pemerhatian 5.2.2 Temu Bual 5.2.3 Soal Selidik 5.2.4 Ujian Pra 5.3 Tindakan Yang Dijalankan 5.3.1 Aktiviti-Aktiviti Yang Dijalankan

6 5.3.1.1 Aktiviti 1 5.3.1.2 Aktiviti 2 5.3.1.3 Aktiviti 3 7 7 7

5.3.1.4 Aktiviti 4 5.3.2 Bahan-Bahan Yang Digunakan Dalam Kajian 5.3.3 Instrumen Dan Langkah-Langkah Pemerhatian 8 5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian/Penilaian 5.4.1 Aktiviti 1 5.4.2 Aktiviti 2 5.4.3 Aktiviti 3 5.4.4 Aktiviti 4 5.5 Refleksi Kajian 5.5.1 Penilaian Pencapaian Pelajar Melalui Ujian Pos18 5.5.2 Rumusan Pemerhatian Aktiviti Yang Dijalankan 5.5.3 Refleksi Keseluruhan 6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

8 8

9 9 11 12 15 18

20 21 22

Bibilografi Lampiran

1.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Guru terlibat telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah tradisional iaitu chalk and talk selepas itu ujian pra dijalankan ke atas pelajar yang terlibat.

Penyelidik mendapati jawapan yang diberikan pelajar sangat mengecewakan kerana mereka tidak dapat membezakan di antara konsep perimeter dan luas. Kebanyakan pelajar yang menjawab soalan konsep perimeter dan luas yang diberikan dengan pengiraan dan konsep yang salah. Berdasarkan temu bual secara tidak formal dengan pelajar yang bermasalah terhadap konsep ini, penyelidik mendapati mereka memberi alasan bahawa mereka hanya menghafal rumus tanpa memahami konsep dan berasa bosan dengan kaedah pengajaran yang dijalankan selama ini iaitu kaedah pengajaran tradisional. Pelajar-pelajar bermasalah dalam membezakan antara konsep perimeter dan luas yang berpunca daripada penghafalan rumus semata-mata tanpa memahami konsep maka penyelidik mengambil inisiatif ini untuk mengetengahkan kajian bagi membantu pelajar-pelajar menguasai konsep perimeter dan luas dan menarik minat mereka dalam mempelajari tajuk ini melalui penggunaan ICT. Penyelidik berharap kajian ini akan mengubah cara atau strategi pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih berkesan di samping memberi keseronokan kepada pelajar-pelajar serta merealisasikan kata-kata bahawa Mathematics is fun and easy.

2.0

FOKUS KAJIAN

Kumpulan sasaran kajian ini ialah pelajar kelas Tingkatan 1 Maju, Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir di daerah Sik, Kedah. Berdasarkan kepada ujian pra dan temubual tidak formal yang telah dijalankan, pelajar tidak dapat membezakan antara konsep perimeter dan luas dan mereka hanya menghafal rumus tanpa memahami konsep. Penyelidik menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan ICT dalam kajian ini terhadap pelajar-pelajar terlibat.

Kemahiran konsep perimeter dan luas adalah sangat penting dalam mata pelajaran Matematik malah berguna untuk kehidupan seharian. Sekiranya kemahiran ini tidak dapat dikuasai oleh pelajar dengan baik, maka pelajar akan menghadapi kekeliruan untuk menjawab soalan-soalan berkaitan perimeter dan luas.

Kajian yang dijalankan ini berfokus kepada meningkatkan pemahaman dan pengetahuan para pelajar dalam topik perimeter dan luas dengan penggunaan ICT. Penggunaan ICT ini akan diselang-selikan dengan penyampaian guru sebagai penunjuk ajar menggunakan laman web yang dipilih sebagai bahan pembelajaran. Di samping itu, kajian ini juga secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar-pelajar dengan gambarajah-gambarajah yang berwarna warni dan menarik.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

3.1

Objektif Am Membantu meningkatkan pemahaman dan pengetahuan konsep tajuk perimeter dan luas melalui penggunaan ICT dalam kalangan pelajar-pelajar Tingkatan 1 Maju

3.2 3.2.1 1

Objektif Khusus Meningkatkan kemahiran mengira luas dan perimeter di kalangan 30 pelajar Tingkatan

Maju di Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir, Sik, Kedah 3.2.2 Menimbulkan minat pelajar-pelajar terhadap mata pelajaran Matematik dan kemahiran mengira luas dan perimeter 3.2.3 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang seronok, mencabar dan berbentuk penerokaan 3.2.4 3.2.5 3.2.6 Memupuk sifat ingin tahu dan ingin mencuba di kalangan pelajar Meningkatkan daya kreativiti, inovasi dan imaginasi pelajar Mewujudkan peluang pembelajaran yang sama kepada pelajar yang mempunyai

pelbagai kebolehan dan kecerdasan

4.0

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada 30 orang pelajar Tingkatan 1 Maju Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir, Sik, Kedah yang didapati mempunyai masalah pemahaman dan tidak dapat membezakan konsep perimeter dan luas. Pelajar-pelajar ini adalah dalam kalangan pelajar-pelajar yang berkebolehan sederhana.

5.0

PELAKSANAAN KAJIAN

5.1

TINJAUAN MASALAH

5.1.1

Pemerhatian Penyelidik telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah.

5.1.2

Temu Bual Temu bual dilakukan secara tidak formal terhadap pelajar-pelajar kumpulan sasaran. Temu bual ini secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar pelajar tidak dapat menguasai kemahiran mengira perimeter dan luas dan juga tidak dapat membezakan antara konsep perimeter dan luas. Pelajar hanya menghafal rumus bagi tajuk perimeter dan luas ini tanpa memahami konsep.

5.1.3

Soal Selidik Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada pelajar-pelajar untuk mengetahui maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik dan pemahaman pelajar mengenai konsep perimeter dan luas. Borang ini diisi oleh pelajar-pelajar untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

5.1.4

Ujian Pra Ujian Pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian atau pemahaman pelajarpelajar dalam tajuk Peimeter dan Luas. Ujian Pra dijalankan sebelum sesi bimbingan atau tidakan bermula. Soalan Ujian Pra terdiri daripada 4 soalan subjektif dan pelajarpelajar dikehendaki menunjukkan jalan kerja mengira di atas kertas ujian. Tempoh masa menjawab adalah 15 minit.

5.2

ANALISA TINJAUAN MASALAH

5.2.1 Pemerhatian Daripada pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran, didapati pelajar-pelajar mempunyai masalah dalam kemahiran pengiraan perimeter dan luas. Mereka keliru atau tidak dapat membezakan antara konsep perimeter dan luas. Kebanyakan pelajar menjawab soalan perimeter menggunakan rumus luas dan soalan luas pula dengan menggunakan rumus perimeter. Pengkaji mendapati pelajar-pelajar hanya menghafal rumus tanpa memahami konsep perimeter dan luas sebaik-baiknya. Oleh itu, bagi menangani masalah ini, guru dan penyelidik mengambil inisiatif untuk menyampaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar belajar dalam tajuk yang terpilih ini melalui penggunaan ICT.

5.2.2 Temu Bual

Hasil temu bual daripada kumpulan sasaran, pengkaji mendapati semua (100%) 30 pelajar meminati mata pelajaran Matematik. 15 orang (50%) meminati tajuk Perimeter dan Luas. 24 pelajar (80%) mengatakan mereka tidak berupaya membezakan antara perimeter dan luas dengan alasan mereka keliru, susah untuk memahami konsep perimeter dan luas, dan mereka hanya menghafal rumus sahaja bagi kedua-dua tajuk tersebut. 5.2.3 Soal Selidik

Jadual 1 : Soal Selidik Berkaitan Matematik dan Kemahiran Pengiraan Perimeter dan Luas

TIDAK Bil PERKARA SETUJU BIL 1 2 3 4 5 6 Minat mata pelajaran Matematik. Minat Tajuk 'Perimeter dan Luas' Berupaya membezakan antara perimeter dan luas Memahami konsep 'Perimeter dan Luas' Minat cara pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan Menghafal rumus 'Perimeter dan Luas' 30 15 6 6 3 30 % 100 50 20 20 10 100 SETUJU BIL 0 15 24 24 27 0 % 0 50 80 80 90 0

Jadual 1 menunjukkan 24 orang (80%) pelajar tidak berupaya untuk membezakan antara konsep perimeter dan luas. Begitu juga, 24 orang (80%) pelajar tidak memahami konsep perimeter dan luas. Kesemua pelajar (100%) dapat menghafal rumus perimeter dan luas namun hanya 3 orang (10%) yang berminat kaedah pengajaran secara tradisional dijalankan dan seramai 27 orang (90%) tidak berminat terhadap cara pengajaran guru yang hanya menggunakan papan hitam sebagai perantara untuk melukis bentuk bagi pengiraan perimeter dan luas. 5.2.4 Ujian Pra

Jadual 2 : Pencapaian Pelajar-pelajar Tingkatan 1 Dalam Ujian Pra

GRED A B C D E JUMLAH PELAJAR

UJIAN PRA BILANGAN 0 6 12 12 0 % 0 20 40 40 0

30

100

Jadual 2 menunjukkan 12 orang pelajar mendapat gred C dan 12 orang juga mendapat gred D. Namun begitu, hanya 6 orang pelajar yang mendapat gred B iaitu peratusan yang agak kecil berbanding mendapat gred C dan D. Pelajar-pelajar ini dikenalpasti tidak berupaya membezakan antara konsep perimeter dan luas. Majoriti pelajar tidak memahami konsep perimeter dan luas dan boleh menjadi masalah yang serius jika tiada tindakan diambil. Pemahaman konsep luas dan perimeter ini penting bagi pelajar mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka dan bukan sahaja untuk lulus cemerlang di dalam peperiksaan.

5.3

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.3.1

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan

Pengkaji mendapatkan kerjasama daripada guru Matematik yang mengajar pelajarpelajar Tingkatan 1 Maju yang terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Sebanyak empat aktiviti telah dirancang untuk membantu meningkatkan pemahaman dan kemahiran mengira perimeter dan luas dalam kalangan pelajar-pelajar kumpulan sasaran. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah :

5.3.1.1 AKTIVITI 1 (Proses Pengajaran dan Pembelajaran melalui laman web http://www.bgfl.org/custom/resources_ftp/client_ftp/ks2/maths/perimeter_and_area/inde x.html) 1) Pelajar-pelajar akan dibahagikan mengikut kumpulan dan setiap kumpulan akan diberi tempat duduk yang berdekatan di dalam makmal komputer dengan ahli kumpulan yang lain. 2) Guru akan memainkan peranan dengan menerangkan kandungan yang terdapat di dalam laman web. Guru mengajar dengan menggunakan laman web serta menerangkan konsep perimeter dan luas manakala pelajar menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan menggunakan ICT sebagai perantara. 5.3.1.2 AKTIVITI 2 (Penerokaan konsep perimeter dan luas melalui laman web http://www.bgfl.org/custom/resources_ftp/client_ftp/ks2/maths/perimeter_and_area/inde x.html) 1) Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan penerokaan konsep perimeter dan luas melalui laman web terpilih. 2) Aktiviti ini dilaksanakan mengikut konsep perimeter dan luas dan semua ahli kumpulan perlu memahami setiap konsep yang tertera di laman web kemudian

akan berbincang sesama ahli kumpulan bagi memantapkan pemahaman mereka. 3) Guru akan memantau setiap kumpulan supaya semua pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. 4) Selepas menjalankan aktiviti ini, pelajar-pelajar akan diberi aktiviti berbentuk individu.

5.3.1.3 AKTIVITI 3 (Ujian Cepat dan Tepat Kira Tajuk Perimeter 5 minit) 1) Aktiviti ini merupakan aktiviti menjawab soalan perimeter di laman web. Pelajarpelajar akan diberi masa untuk menjawab soalan yang tertera di laman web secara berkumpulan kemudian guru akan memilih salah seorang daripada pelajar di dalam kumpulan tersebut untuk menaip jawapan. 2) Pelajar-pelajar dikehendaki menjawab soalan tersebut dalam masa 5 minit. 3) Tempoh masa pelajar habis menjawab direkodkan.

5.3.1.4 AKTIVITI 4 (Ujian Cepat dan Tepat Kira Tajuk Luas 5 minit) 1) Aktiviti ini sama seperti aktiviti 3 cuma tajuk yang berbeza. Aktiviti ini merupakan aktiviti menjawab soalan luas di laman web. Pelajar-pelajar akan diberi masa untuk menjawab soalan yang tertera di laman web secara berkumpulan kemudian guru akan memilih salah seorang daripada pelajar di dalam kumpulan tersebut untuk menaip jawapan. 2) Pelajar-pelajar dikehendaki menjawab soalan tersebut dalam masa 5 minit. 3) Tempoh masa pelajar habis menjawab direkodkan.

5.3.2 Bahan-bahan atau kemudahan yang digunakan dalam kajian ini adalah : a) Komputer b) Projektor c) Internet d) Skrin e) Borang analisa pencapaian kumpulan f) Jam

5.3.3 Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian. a) Kajian tindakan ini dilaksanakan selama 4 minggu mulai 2 April 2012 hingga 26 April 2012. b) Penyelidik memperuntukkan masa selama satu jam setiap hari mulai hari Isnin hingga Khamis. Sesi bimbingan dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. c) Penyelidik mendapatkan kerjasama guru mata pelajaran Matematik Tingkatan 1 Maju untuk melaksanakan tindakan d) Pemerhatian dibuat bagi menilai keberkesanan aktiviti yang sedang dijalankan. Pemerhatian dijalankan oleh penyelidik dan guru terlibat semasa proses pengajaran dan pembelajaran, melalui ujian pra. e) Soal selidik juga dijalankan terhadap kumpulan pelajar sasaran ini. Tujuan menjalankan sesi soal selidik ini ialah agar pelajar lebih bebas dan berani menjawab berbanding mendapatkan maklumat secara temubual.

f) Temubual dijalankan terhadap pelajar-pelajar kumpulan sasaran sebanyak dua kali iaitu sebelum dan selepas kajian dilaksanakan untuk mendapatkan respon pelajar terhadap mata pelajaran Matematik dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. g) Ujian Pra dijalankan di peringkat awal kajian manakala ujian pos dibuat pada akhir tempoh kajian. Ujian pos diberikan kepada kumpulan pelajar sasaran. Keputusan ujian pra dan ujian pos dianalisa untuk mengetahui perubahan prestasi pelajar disamping melihat sejauh mana keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan ICT. h) Ujian Pra mengandungi empat soalan yang melibatkan satu soalan berkaitan konsep perimeter dan tiga lagi soalan berkaitan konsep luas. Soalan ujian pra adalah sama dengan soalan ujian pos. i) Aktiviti 1, 2, 3, 4 dan 5 diulangi bagi setiap sesi bimbingan Cuma yang berbeza ialah soalan bagi Ujian Cepat dan Tepat Kira.

5.4

PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN

5.4.1 AKTIVITI 1 (Proses Pengajaran dan Pembelajaran melalui laman web http://www.bgfl.org/custom/resources_ftp/client_ftp/ks2/maths/perimeter_and_area/inde x.html) Pelajar-pelajar akan diberi bimbingan melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT iaitu laman web terpilih. Mereka diberi pendedahan kaedah ini selama 4 minggu pada setiap hari Isnin hingga Khamis. Aktiviti ini dijalankan selama satu jam setiap hari bermula 2 April 2012 hingga 26 April 2012. Guru memainkan peranan sebagai penunjuk ajar bagi pelajar melayari laman web tersebut. Guru akan memulakan sesi pengajaran kepada kumpulan sasaran berbantukan laman web terpilih.

Rajah 1 : Contoh gambarajah melalui laman web

Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran ditunjukkan seperti berikut : 1) Guru membuka laman web yang terpilih sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk perimeter dan luas. 2) Pelajar akan dibahagikan mengikut kumpulan iaitu satu kumpulan seramai 3 orang dan setiap kumpulan akan berkongsi sebuah komputer. 3) Guru meminta pelajar membuka laman web tersebut. 4) Guru akan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran berbantukan laman web yang terdapat gambarajah yang berwarna-warni dan menarik. 5) Setiap pelajar perlu fokus dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut dan

mereka boleh melihat paparan laman web tersebut melalui komputer ataupun melalui skrin di hadapan mereka. 6) Guru akan menerangkan konsep perimeter dan luas berbantukan laman web selama 20 minit. 7) Apabila tamat sesi pengajaran dan pembelajaran guru akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk bertanya sekiranya masih terdapat kekeliruan atau sekiranya terdapat soalan yang ingin ditanya kepada guru.

i)

Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian guru dan pengkaji, kumpulan sasaran ini mula menunjukkan minat kerana mereka belajar berbantukan komputer dan internet iaitu laman web yang terpilih sebagai bahan pembelajaran. Gambarajah-gambarajah yang berwarna-warni sangat menarik perhatian pelajar untuk belajar. Mereka sangat teruja dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan internet dan melihat lukisan menarik di laman web berbanding proses pengajaran dan pembelajaran secara tradisional iaitu guru hanya melukis di papan hitam atau manila kad sebagai bahan bantu mengajar untuk tajuk perimeter dan luas. Ini dapat dilihat melaui reaksi muka para pelajar yang ceria semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

ii)

Refleksi

Guru dan penyelidikberpendapat bahawa pendekatan belajar melalui kaedah penggunaan ICT ini berjaya merangsang minat pelajar-pelajar untuk mempelajari topik perimeter dan luas. Di samping itu, suasana ketika aktiviti dijalankan begitu ceria,

harmonis dan memberikan keseronokan kepada pelajar-pelajar. Perubahan ini begitu menggembirakan guru dan pengkaji.

5.4.2 AKTIVITI 2 (Penerokaan konsep perimeter dan luas melalui laman web http://www.bgfl.org/custom/resources_ftp/client_ftp/ks2/maths/perimeter_and_are a/index.html) Selepas menjalankan Aktiviti 1, guru menjalankan Aktiviti 2 pula. Berikut ialah langkah-langkah bagi aktiviti 2:

1) Guru memberi masa selama 10 minit kepada pelajar-pelajar untuk meneroka atau mengeksplorasi laman web. 2) Pelajar-pelajar dikehendaki berbincang sesama ahli kumpulan bagi konsep perimeter dan luas untuk memantapkan pemahaman mereka dalam konsep ini. 3) Di dalam aktiviti ini pelajar-pelajar diberikan kebebasan untuk meneroka laman web tersebut mengikut keutamaan kumpulan pelajar masing-masing. 4) Semasa aktiviti ini berjalan guru akan memantau setiap ahli kumpulan supaya mengambil bahagian secara aktif. 5) Kemudian, selepas perbincangan kumpulan dibuat, aktiviti berbentuk individu pula dijalankan dengan memberi peluang kepada setiap pelajar untuk meneroka laman web tersebut secara individu bagi meningkatkan pemahaman individu tentang konsep perimeter dan luas.

i)

Pemerhatian

Aktiviti meneroka laman web ini dijalankan setiap kali selepas aktiviti 1 dijalankan. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan daya ingatan dan juga meningkatkan pemahaman pelajar dalam konsep perimeter dan luas. Setiap kumpulan dilihat memberi sepenuh komitmen bagi menjalankan aktiviti ini. Daripada pemantauan guru, didapati setiap pelajar mengambil bahagian secara aktif. Tiada pelajar yang menunjukkan respon yang negatif terhadap aktiviti ini.

ii)

Refleksi

Guru dan penyelidik berpuas hati dengan respon positif yang ditunjukkan oleh setiap pelajar kumpulan sasaran. Lebih membanggakan kesemua ahli kumpulan dilihat begitu bersemangat semasa proses perbincangan dilakukan.

5.4.3 AKTIVITI 3 (Ujian Cepat dan Tepat Kira Tajuk Perimeter 5 minit) i) Pelajar-pelajar perlu memilih salah satu peringkat atau Level sama ada Level1, Level 2 atau Level 3 daripada tajuk perimeter di laman web dengan tahap pengetahuan dan pemahaman pelajar. ii) Guru akan menerangkan cara-cara menjawab. iii) Pelajar-pelajar dikehendaki menjawab setiap peringkat atau Level yang dipilih dalam tempoh masa 5 minit. iv) Kemudian guru menyemak jawapan bersama pelajar. Rajah 2 : Contoh gambarajah melalui laman web

Rajah 3 : Contoh gambarajah melalui laman web

Rajah 4 : Contoh gambarajah melalui laman web

i)

Pemerhatian

Ujian Cepat dan Tepat Kira Perimeter dijalankan setiap kali selepas aktiviti 2 dijalankan. Ini bertujuan bagi menguji pengetahuan dan pemahaman pelajar tentang konsep perimeter yang telah dipelajari melalui sesi bimbingan bersama guru melalui laman web. Daripada pemerhatian guru dan pengkaji, kumpulan sasaran ini dapat menjawab kesemua soalan mengikut Level dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan semua jawapan ialah betul. Pelajar dapat menjawab dengan lebih tenang dan dapat menyiapkannya lebih awal daripada tempoh masa yang ditetapkan.

Jadual 3 : Pencapaian Kumpulan Pelajar Dalam Ujian Cepat dan Tepat Kira Tajuk Perimeter (5 minit) Kumpulan Tempoh masa menjawab terpantas bagi semua jawapan betul. (minit : saat) Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3 Kumpulan 4 Kumpulan 5 Kumpulan 6 Kumpulan 7 Kumpulan 8 Kumpulan 9 Kumpulan 10 3 : 12 4: 15 3 : 13 3 : 16 4 : 21 4 : 30 3 : 25 4 : 05 3 : 19 4 : 27

ii)

Refleksi

Guru dan penyelidik berpuas hati dengan pencapaian pelajar-pelajar ini berbanding sebelum sesi bimbingan dijalankan. Terdapat perubahan ketara iaitu mereka mampu menjawab soalan dengan tepat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Lebih membanggakan mereka dapat menyiapkan lebih awal dari tempoh masa tersebut.

5.4.4 AKTIVITI 4 (Ujian Cepat dan Tepat Kira Tajuk Luas 5 minit) Aktiviti ini juga dijalankan seperti aktiviti 3 cuma tajuk yang berbeza. i) Pelajar-pelajar perlu memilih salah satu peringkat atau Level sama ada Level1, Level 2 atau Level 3 daripada tajuk luas di laman web dengan tahap pengetahuan dan pemahaman pelajar. ii) iii) Guru akan menerangkan cara-cara menjawab. Pelajar-pelajar dikehendaki menjawab setiap peringkat atau Level yang dipilih dalam tempoh masa 5 minit. iv) Kemudian guru menyemak jawapan bersama pelajar.

Rajah 5 : Contoh gambarajah melalui laman web

Rajah 6 : Contoh gambarajah melalui laman web

i)

Pemerhatian

Ujian Cepat dan Tepat Kira Luas dijalankan setiap kali selepas aktiviti 3 dijalankan. Ini bertujuan bagi menguji pengetahuan dan pemahaman pelajar tentang konsep luas yang telah dipelajari melalui sesi bimbingan bersama guru melalui laman web. Daripada pemerhatian guru dan pengkaji, kumpulan sasaran ini dapat menjawab kesemua soalan mengikut Level dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan semua jawapan ialah betul. Mereka dapat menjawab dengan lebih tenang dan dapat menyiapkannya lebih awal daripada tempoh masa yang ditetapkan.

Jadual 4 : Pencapaian Kumpulan Pelajar Dalam Ujian Cepat dan Tepat Kira Tajuk Luas (5 minit)

Kumpulan

Tempoh masa menjawab terpantas bagi semua jawapan betul. (minit : saat)

Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3 Kumpulan 4 Kumpulan 5 Kumpulan 6 Kumpulan 7 Kumpulan 8 Kumpulan 9 Kumpulan 10

4 : 08 3: 32 3 : 21 3 : 45 4 : 16 4 : 12 4 : 06 3 : 08 3 : 25 4 : 23

ii)

Refleksi

Guru dan penyelidik berpuas hati dengan pencapaian pelajar-pelajar ini berbanding sebelum sesi bimbingan dijalankan. Terdapat perubahan ketara iaitu mereka mampu menjawab soalan dengan tepat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Lebih membanggakan mereka dapat menyiapkan lebih awal dari tempoh masa tersebut. Penyelidik juga turut berasa gembira kerana pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran mengira perimeter dan luas dan pada masa yang sama memahami konsep kedua-dua tajuk ini tanpa ada kekeliruan lagi seperti sebelum sesi bimbingan dijalankan. Latih tubi yang diberikan secara berterusan dapat memberikan impak yang positif terhadap pembelajaran pelajar disamping laman web yang mempunyai gambarajah berwarna warni serta menarik yang membantu pelajar-pelajar dalam memahami konsep perimeter dan luas.

5.5

REFLEKSI KAJIAN

5.5.1 Penilaian Pencapaian Pelajar melalui Ujian Pos.

Setelah tamat sesi bimbingan antara guru dan pelajar-pelajar kumpulan sasaran melalui laman web selama empat minggu ujian pos yang sama dengan soalan ujian pra akan diberikan pada setiap pelajar bagi melihat pencapaian pelajar. Berdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pos, didapati kajian tindakan yang dijalankan ini telah memberikan impak yang cukup baik dalam membantu pelajar-pelajar meningkatkan pengetahuan dan pemahaman tentang konsep perimeter dan luas disamping menangani kekeliruan kumpulan sasaran yang tidak dapat membezakan konsep perimeter dan luas. Hasil dapatan daripada kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan pelajar-pelajar dalam ujian pos.

Jadual 5 : Perbandingan Pencapaian Pelajar Antara Ujian Pra dan Ujian Pos UJIAN PRA BILANGAN 0 6 12 12 0 % 0 20 40 40 0 UJIAN POS BILANGAN 30 0 0 0 0 % 100 0 0 0 0

GRED A B C D E JUMLAH PELAJAR

30

100

30

100

Jadual 5 menunjukkan peningkatan kualiti dalam ujian pos. Tiga puluh orang (100%) pelajar kumpulan sasaran telah mencapai gred A dalam ujian pos berbanding gred B, C dan D dalam ujian pra yang telah dijalankan.

Kami juga telah membuat perbandingan pencapaian secara individu. Dapatan maklumat ditunjukkan dalam graf di bawah.

Graf 1 : Perbandingan Pelajar-pelajar Secara Individu

Antara Ujian Pra dan Ujian Pos.

Graf 2 : Perbandingan Pelajar-pelajar Secara Individu Antara Ujian Pra dan Ujian Pos.

Graf 1 dan 2 menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar secara individu melalui ujian pos yang telah dijalankan. Tiga puluh orang (100%) pelajar telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan. Mereka telah mencapai gred A dengan menjawab semua soalan dengan betul dalam ujian pos berbanding ujian pra.

Jadual 6 : Perbandingan Sesi Temubual Sebelum dan Selepas Kajian

SEBELUM BIL. ITEM YA BIL 1 2 3 4 5 Minat mata pelajaran Matematik Minat tajuk 'Perimeter dan Luas' Berupaya membezakan antara Perimeter dan Luas Memahami konsep 'Perimeter dan Luas' Seronok belajar melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT 30 15 6 6 % 100 50 20 20 TIDAK BIL % 0 15 24 24 0 50 80 80

SELEPAS YA BIL 30 30 30 30 30 % 100 100 100 100 100 TIDAK BIL 0 0 0 0 0 % 0 0 0 0 0

Jadual 6 menunjukkan 30 orang (100%) pelajar berupaya membezakan antara konsep Perimeter dan Luas selepas sesi bimbingan dengan penggunaan ICT. Mereka (100%) memahami konsep Perimeter dan Luas berbanding sebelum kajian dijalankan dan mereka berasa seronok belajar melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT. Keadaan ini dapat membuktikan bahawa penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran dapat merangsang minat pelajar untuk belajar topik perimeter dan luas dan seterusnya mendorong minat mereka terhadap mata pelajaran Matematik.

5.5.2

Rumusan Pemerhatian Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, keempat-empat aktiviti yang telah dijalankan mendapat sambutan yang baik daripada pelajar-pelajar kumpulan sasaran. Mereka bukan sahaja dapat belajar dengan menggunakan ICT malah dapat menjalani suasana pembelajaran dalam suasana yang terkawal.

Aktiviti 1 dan 2 mendorong minat pelajar-pelajar terhadap topik perimeter dan luas dan dapat memahami konsep kedua-dua tajuk dengan baik. Hal demikian kerana menurut Adrian Oldknow (2002), penggunaan ICT dapat memotivasikan pelajar dan dapat menarik perhatian mereka untuk belajar.

Kesemua pelajar memberi respon yang positif terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT dalam topik perimeter dan luas ini. Ini dapat dilihat melalui penglibatan mereka secara aktif bagi keempat-empat aktiviti yang dijalankan.

Apabila pelajar dapat memahami konsep perimeter dan luas, secara tidak langsung mereka telah menguasai kemahiran mengira perimeter dan luas. Pelajarpelajar kumpulan sasaran ini dapat menjawab kesemua soalan ujian pos dengan betul dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan tenang dan berkeyakinan.

5.5.3

Refleksi Keseluruhan

Guru yang terlibat dan pengkaji rasa bersyukur dan sangat berpuas hati kerana kajian tindakan yang dijalankan ini telah berjaya membantu pelajar-pelajar meningkatkan pemahaman dan pengetahuan konsep perimeter dan luas. Selain itu, kajian tindakan ini berjaya membantu pelajar-pelajar menguasai kemahiran mengira perimeter dan luas melalui penggunaan ICT. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat membina keyakinan diri yang tinggi dalam diri pelajar-pelajar. Secara tidak langsung aktiviti-aktiviti tersebut dapat menimbulkan minat pelajar-pelajar terhadap mata pelajaran Matematik dan memberikan keyakinan kepada mereka bahawa Mathematics is fun and easy.

6.0

Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

Memandangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan amat memberangsangkan minat pelajar-pelajar, maka penyelidik bercadang untuk mengaplikasikan kajian tindakan ini kepada kumpulan sasaran yang lain di sekolah ini untuk membantu meningkatkan pemahaman dan pengetahuan konsep perimeter dan luas.

BIBLIOGRAFI

Adrian Oldknow, Ron Taylor (2002). Teaching Mathematics with ICT. British Library Cataloguing-in-Publication Data,Continuum, London.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tingkatan 1, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

http://www.bgfl.org/custom/resources_ftp/client_ftp/ks2/maths/perimeter_and_area /index.html

SOAL SELIDIK: MENINGKATKAN KEBOLEHCAPAAN PELAJAR DALAM TAJUK PERIMETER DAN LUAS MELALUI PENGGUNAAN ICT Bagi setiap pernyataan di bawah, sila bulatkan pendirian anda dengan menggunakan skala berikut: 1 Setuju (S) 2 Tidak Setuju (TS) BIL. ITEM SETUJU TIDAK

(S) 1 2 3 4 5 6 Minat mata pelajaran Matematik Minat Tajuk Perimeter dan Luas Berupaya membezakan antara perimeter dan luas Memahami konsep Perimeter dan Luas Minat cara pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan Menghafal rumus Perimeter dan Luas 1 1 1 1 1 1

SETUJU (TS) 2 2 2 2 2 2

LAMPIRAN UJIAN PRA

UJIAN POS

NAMA:__________________________

ARAHAN : jawab semua soalan di ruang yang disediakan.

1) Kirakan PERIMETER bagi rajah di bawah

2) Kirakan LUAS bagi rajah di bawah

a) Trapezium

5 cm 11 cmb) Segi empat sama

4 cm

6 cm

12 cm c) Segi tiga

8 cm 2cm

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHEPIR

08200 SIK, KEDAH DARUL AMAN SENARAI PELAJAR TINGKATAN 1 MAJU DAN PENCAPAIAN PELAJAR MELALUI UJIAN PRA DAN UJIAN POS BIL. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 NAMA MOHD. HAIMAN SYAHMI BIN MOHAMAD RASHID MOHAMAD AMIRUL FITRI B. ABDUL JALIL MOHAMAD AMINUDDIN B. MAT DESA MOHAMAD ADIB ASYRAF BIN ZULKAFLEE MUHAMMAD ISMAR ZHAFRAN B. ISHAK MUHAMMAD ALIF HAKIM B. ZAKARYA MUHAMMAD MUZAIMIN BIN HASHIM MUHAMMAD SYUKRI BIN ABU HASSAN MOHAMAD RAFIZI BIN ALI MOHD. THOHA B. ABD. KODIR MOHAMAD SAIFUL NIZAM B. SABRI NOOR HIDAYAH BINTI ABDULLAH NOOR HIDAYAH BT. ROSDI SITI KHATIJAH BT. ZOLKAFLI WARDAH SYAMIMI BT. MOHD. RADZI NORIZZATI AMIRAH BT. ZAKARIA JAMALIAH BT. ABDUL WAHAB CHE WAN MARLIAYANA BT. CHE WAN AZHAR NUR ANIS AMIRA BT. SOPIAN NORAISYAHDURRATULAIN BT. NORDIN MOHD. FATHI BIN MOHD. FADZIL AIMAN ATHMAR BIN JAMALUDIN MAZLINA BT. MASID FATIN NUR SYASYA BT. MARDZUKI SITI NASUHA BT. SABBRY MUHAMMAD TAUFIK NAZRI B. ABDUL RAHMAN MOHAMAD FARIS BIN TALMIZI SITI NURKHANIDA BINTI NORDIN NORHAFIZAH BT. MOHD. TARMIZI NORABIATUN ADAWIYAH BT. MAD RIDZWAN UJIAN PRA 71 56 54 52 45 56 41 69 42 50 52 59 57 67 65 46 49 58 54 45 46 72 48 49 53 73 42 51 43 48 UJIAN POS 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100