kajian tindakan mate sk

Upload: noor-azmi-md-salim

Post on 19-Jul-2015

193 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KAJIAN TINDAKANTajuk Kajian :. Meningkatkan Penguasaan Sifir Bagi Murid Tahap 1 Menggunakan PETAK KETING-TING

Nama Penyelidik / Ahli Pasukan Penyelidik

: Puan Rafidah Bt Jalil Puan Azilah Binti Rabu

Nama Sekolah

: SK Sepakat Jaya , Peti Surat 3 , Pejabat Pos Yong Peng.

1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu / Latar Belakang Kajian Pada dua bulan lepas , saya mengajar tajuk Darab Hingga 1000 untuk murid tahun

:

2.Setelah selesai mengajar tajuk tersebut , saya memberi mereka soalan latihan tanpa merujuk kepada sifir .Sewaktu mereka menjawab latihan yang diberikan , hanya sebahagian murid dapat menjawab dengan betul. Manakala selebihnya tidak dapat menjawab soalan yang diberi kerana tidak menghafal sifir. Apabila saya bertanya kepada setiap orang murid sifir berapakah yang mereka hafal, sebahagian besar daripada mereka hanya hafal sifir dua.Apabila saya tanyakan kepada murid mengapa mereka tidak menghafal sifir-sifir yang lain , jawapan mereka Tidak ada masa.Terdapat di kalangan mereka yang mengatakan Susah nak hafal sifir ni , banyak sangat sangat nombor-nombor yang kena hafal. Saya menyedari jika masalah ini dibiarkan berlarutan , saya tidak dapat mengajar tajuk seterusnya iaitu Bahagi dengan baik kerana mereka masih tidak dapat menguasai sifir. Antara punca mereka gagal ialah: -Belum dapat menguasai sebutan nombor dalam Bahasa Inggeris -Tidak mengulangkaji tajuk yang telah dipelajari -Malas untuk bertanya. -Tidak ada minat untuk menghafal sifir

2.

Isu Keperihatinan Setelah mengkaji kandungan ujian yang saya jalankan saya dapati hampir semua

murid tidak dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan sifir. Secara kebetulannya ujian tersebut banyak mengenai tajuk tersebut. Setelah diteliti saya mendapati hampir semua murid tahun 2 tidak dapat menghafal sifir 3 hingga 5 dengan lancar. Ada yang hanya menghafal sifir 2 sahaja. Lebih mengharukan mereka tidak memahami apa itu konsep darab. Tambahan lagi mereka menganggap sifir perkara yang mudah kerana jika tidak hafal mereka boleh merujuk /meniru jadual sifir yang terdapat di belakang buku latihan ataupun carta sifir yang saya gantungkan di dinding kelas.Ada juga yang beranggapan sifir sukar untuk diingati oleh itu mereka rasa malas dan muak untuk menghafal sifir. Saya merasa terpanggil untuk menangani masalah ini. Demikian lagi bila saya ajukan masalah ini kepada guru matematik tahun 6 mereka mengatakan tidak hafal sifirlah menjadi punca murid gagal untuk membuat operasi bahagi,peratus dan pecahan. Jadi saya merasakan bersalah jika saya tidak menyelesaikan masalah ini dari akar umbinya.

3. Objektif Kajian Selepas kajian ini selasai dijalankan pelajar-pelajar diharapkan akan dapat mencapai objektif berikut: 3.1 Objektif Am Meningkatkan penguasaan sifir 2 hingga 5 dengan menggunakan PETAK KETINGTING 3.2 Objektif Khusus -Meningkatkan kemahiran menghafal sifir melalui rasa ingin tahu murid . -Mengubah cara pengajaran guru untuk menjadikan proses pengajaran lebih menyeronokan . -Menambahkan minat dan menigkatkan daya ingatan murid untuk menghafal sifir -Membantu murid menguasai operasi darab dan bahagi seterusnya menaikan peratus keputusan peperiksaan.

4. Kumpulan Sasaran Kajian ini melibatkan 15 orang murid Tahun 2 Gigih yang terdiri dari 7 murid perempuan dan 8 orang murid lelaki kesemuanya adalah murid Melayu.

5. Tindakan Yang Dijalankan 5.1 Tinjauan Masalah

Dalam pelaksanaan kajian ini , tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian , temu bual , ujian pra dan pos. 5.1.1 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke atas murid-murid saya tentang bagaimana cara mereka menghafal sifir Kebiasaannya , sewaktu perhimpunan waktu rehat mereka akan membaca sifir beramai-ramai.Saya dapati kebanyakan mereka hanya mengikut sahaja murid-murid lain membaca tanpa cuba memahami dan menghafalkannya.Selain itu saya juga ada melekatkan carta sifir di sudut pembelajaran bilik darjah mereka.Sudah beberapa kali saya mengingatkan mereka supaya memanfaatkannya. Hanya beberapa orang murid sahaja yang tekun membaca carta sifir tersebut.

5.1.2

Temu Bual

Transkripsi Temu Bual Respons Murid Kod

Soalan : Mengapa anda tidak berminat untuk menguasai sifir ?.

Murid 1

Sifir ni banyak nombor- nombor yang kena ingat.Lagipun saya tak suka 6 matematik. SusahKat rumah selalu juga tanya soalan matematik pada 4 mak dan abah.Mereka tak tahu nak tunjuk. 2

Murid 2

Buat apa nak hafal sifir ? . Boringlah tajuk sifir ni. Kena hafal sifir 6 itulah sifir inilah. Lagipun cikgu ajar cepat sangat.Cikgu ada tunjuk 1 gambar kat LCD tu tapi sekali sekala ajelah . Kalau selalu tunjuk gambar kan best!. Barulah ada semangat sikit nak belajar Matematik.Taklah boring sangat.

Murid 3

Sebenarnya apa gunanya kita membaca dan menghafal sifir ? Mak dan 5 abah pun suruh hafal sifir. Mereka kata sifir ni penting .Kalau kita pergi 3 mana-mana tak guna sifir punSebenarnya saya tak faham apa yang cikgu ajar tentang sifir ni.Nak pergi kelas tambahan mak dan abah 2 mana mampu .Mahal. Sebenarnya saya malas nak buat kerja sekolah terutamanya matematik. Kerja rumah sayapun kakak saya yang tolong buatkan. Lagipun sejak

Murid 4

matematik diajar dalan Bahasa Inggeris ni saya lagi tak faham apa 6 yang cikgu ajar.Belajar sifir ni macam tajuk matematik yang lain . 5 Semua kena kira.Saya tak sukalah 4

Murid 5

Tajuk darab ni saya memang tak suka. Cikgu ajar cepat sangat. Dia ada 6

pakai alat-alat gambar tetapi tidak selalu. Lagipun tidak ada cara lain 1 lagike nak belajar darab selain daripada asyik kena hafal aje?.Kalau 5 hafal lagu senanglah nak hafalCikgu pun asyik bagi kerja rumah aje . Tak boleh nak relaks sikit. Saya memang tak tahu nak buat.Asyik kena marah dengan cikgu aje. Penentuan Kod 1 : Faktor Guru (2) Guru mengajar terlalu cepat Guru tidak guna bahan Bantu mengajar. 2 3 4 5 6 : Tiada sokongan / bahan pelajaran di rumah (2) Sokongan pelajaran di rumah tiada ( ibu bapa/penjaga tidak mengajar) : Menganggap sifir tidak releven (1) Tidak digunakan dalam kehidupan seharian : Tajuk pecahan susah (2) Tajuk ini memang susah : Tidak faham (3) : Tidak berminat /tidak suka (4)

5.1.3 No.

Ujian Pra dan Pos subjek Matematik bagi tajuk Darab Lingkungan 1000. Nama Murid Ujian Pra Ujian Pos

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Abdul Hafiz Aizuddin Muhamad Nur Asyraf Muhamad Hanafi Muhamad Iskandar Muhamad Shahrul Muhamad Zulfahim Norazimah Omar Norasyikin Norfarahin Nur Jamilin Rashida Siti Aishah Siti Norhafizah Norlaila Zulaikha

44 % 32 % 21 % 42 % 28 % 56 % 50 % 48 % 35 % 40 % 34 % 76 % 56 37 56

70 % 40 % 38 % 73 % 41 % 81 % 75 % 66 % 47 % 51 % 41 % 98 % 80 50 67

Dapatan Ujian Pra dan Pos menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian murid.Hanya terdapat seorang murid yang gagal berbanding dengan Ujian Pra di mana 6 orang murid telah gagal.

5.2 Tindakan Yang Dijalankan 1) Selepas murid menjalani Ujian Pra , saya telah meminta murid berkumpul untuk berbincang tentang masalah sifir mereka.Pada hari sabtu ( cuti sekolah ) saya bersama-sama murid , guru & pekerja sekolah menghabiskan masa selama 2 hari membuat Petak KeTingTing 2) Sebelum saya membimbing murid membuat Petak KeTingTing , saya menjelaskan fungsi-fungsi nombor yang ada pada petak-petak tersebut.Saiz setiap Petak KeTingTing sebesar sepasang kaki mereka. Ini kerana mereka dikehendaki melompat dari setiap petak ke petak yang lain mengikut versi lagu Lompat Katak

PETAK KETINGTING

1

2

3

4

5

6

7

8

9

2 3 4 5

4 6 8 10

6 9 12 15

8 12 16 20

10 15 20 25

12 18 24 30

14 21 28 35

16 24 32 40

18 27 36 45

3) Lagu Multiplication Tables Of 2 , 3, 4 dan 5 adalah mengikut versi lagu Katak Lompat. Lagu ini dinyanyikan mengikut turutan selepas Tables Of 2 diikuti Tables Of 3 dan seterusnya hingga Tables 5.Seorang Murid akan melompat mengikut lagu di atas Petak KeTingTing.

Tables Of 2 1 , 2 is equal to 2 , 2 , 2 is equal to 4 , 3, 2 is equal to 6 , 4 , 2 is equal to 8, 5 , 2 is equal to 10, 6 , 2 is equal to 12 ,

7 , 2 is equal to 14 , 8 , 2 is equal to 16, 9 , 2 is equal to 18 4) Murid akan membuat aktiviti ..ini setiapkali sebelum Pengajaran dan Pembelajaran Matematik tajuk Darab dan Bahagi diajar.Ini bagi menyemai minat murid sukakan Matematik dan menguasai sifir sepenuhnya. 5.3 Latihan Pengukuhan 1) Bagi mengatasi masalah murid yang masih belum dapat menguasai sifir , mereka diperkenalkan dengan satu lagi kaedah iaitu menulis BLOK SIFIR.Kaedah ini meminta murid mengisi nombor secara urutan di dalam petak yang disediakan. 1 2 3 4 2 4 6 8 3 6 9 12 4 8 12 16 5 10 15 20

2) Selain dari itu murid juga diberi latihan bertulis berbentuk soalan latihan berkaitan dengan PETAK KETING TING.

6.0 Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil. 1 2 3

Aktiviti Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal Menulis Proposal Kajian Merancang Tindakan (individu/ Panitia)

Tarikh Pelaksanaan 21 Februari 2007 23 Februari 2007 26 Februari 2007

4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19

Melaksanakan tindakan-aktiviti 1 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 ( dalam panitia) Melaksanakan Tindakan-aktiviti 2 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal Menulis Proposal Kajian Merancang Tindakan(individu/panitia) Melaksanakan tindakan aktiviti 1 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1(dalam panitia) Melaksanakan tindakan-aktiviti2 Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 2(dalam panitia) Melaksanakan tindakan-aktiviti 3 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3(dalam panitia) Ujian untuk mengesan pencapaian murid Refleksi kajian Menulis laporan kajian Pembentangan dapatan kajian

28 Februari 2007 04 Mac 2007 07 Mac 2007 09 Mac 2007 12 Mac 2007 19 Mac 2007 23 Mac 2007 24 Mac 2007 27 Mac 2007 29 Mac 2007 30 Mac 2007 02 April 2007 04 April2007 06 April 2007 10 April 2007 11 April 2007

7.0 Anggaran Kos

Bi 1 2 3 4 5 6

Jenis Bahan Kertas A4 Cat Minyak Berus Cat Cat PELAKA 2 warna Kertas kadbod Cartridge printer

Kuantiti x hg seunit 1 rim x RM 8.00 2 tin x RM 30.00 2 btg x RM 2.00 2 tin x RM 15.00 1 kpg x RM 15.00 1 unit x RM 45.00 Jumlah

Jumlah Kos RM 8.00 RM 60.00 RM 4.00 RM 30.00 RM 15.00 RM 45.00 RM 171.00

8.0 Refleksi Kajian Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Pos menunjukkan beberapa peningkatan. Kebolehan murid menggunakan Petak KeTing Ting adalah salah satu cara kemahiran Kinestetik yang memperkukuhkan kemahiran Matematik murid-murid. Setelah Ujian Pos dijalani oleh murid-murid , saya belum berpuashati dan tidak bergantung semata-mata terhadap peningkatan ujian berkenaan. Pencapaian murid-murid di dalam ujian-ujian menunjukkan satu perubahan yang amat membanggakan. Rekod Pencapaian Ujian Bulanan Murid Tahun 2 Gigih

Bilangan Murid Mengikut Gred Jenis Ujian PKBS 1 PKBS 2 PKBS 3 PKBS 4 PEP. TAHUN A 0 1 5 2 4 3 2 2 5 6 B 5 8 5 7 4 C 6 3 3 1 1 D 1 1 0 0 0 E

Masih terdapat seorang murid yang gagal di dalan ujian ujian yang dijalankan.Saya telah meminta pertolongan guru pemulihan untuk menbantu menyelesaikan masalah murid ini.Petak KeTing Ting turut juga dilaksanakan dan digunakan bagi aktiviti pemulihan tersebut.

9.0 Cadangan Untuk Meneruskan Kajian Dapatan kajian daripada penggunaan petak KeTing-Ting ini menunjukkan perubahan minat murid untuk menguasai sifir.Peningkatan bilangan murid lulus menunjukkan mereka meminati matapelajaran matematik. Ini adalan perubahan sikap positif murid-murid dimana mereka tidak lagi menganggap matapelajaran matrematik adalah sukar. Melalui refleksi dapatan kajian ini ,saya berpendapat beberapa cadangan perlu dibuat untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan penguasaan matematik melalui kajian seterusnya. Antara langkah yang perlu dilakukan ialah meningkatkan perbendaharaan kata murid-murid dalam Bahasa Inggeris dengan menggunakan Petak KeTing -Ting.Ini untuk mempelengkapkan ilmu pengetahuan mereka bagi menyumbang tenaga untuk memajukan negara di zaman teknologi maklumat dan komunikasi yang serba moden ini.Selain itu , guru-guru matapelajaran yang lain boleh mempraktikkan penggunaan Bahasa Inggeris dengan menggunakan Petak KeTing-Ting.Pengabungjalinan matapelajaran Muzik dan Matematik dapat diserap di dalam pengajaran dan pembelajaran. Beberapa perubahan perlu saya lakukan seperti mengedarkan lembaran kerja Petak KeTing-ting kepada murid-murid untuk dipraktikkan di rumah.Murid yang berjaya menghafal dan memanfatkan Petak KeTing-Ting akan diberi sticker kartun (download dari internet) untuk dilekatkan di kertas masing-masing.Semangat berlumba-lumba ini dapat menyemai minat mereka di dalam matapelajaran matematik.

10.0

Penutup

Kajian ini diharap dapat membantu guru-guru Matematik meringankan tugas mereka menyuruh murid menghafal sifir. Pengabungjalinan matapelajaran lain untuk melaksanakan kajian ini dapat menyemai sifat saling bantu membantu antara guru-guru. Setiap program yang dijalankan mewujudkan komitmen yang baik antara guru-guru dan anggota masyarakat bagi membimbing generasi negara menjadi rakyat yang Cemerlang , Gemilang dan Terbilang.

11.0

Bibliografi

1. Kamaruddin Haji Husin (1994). Dinamika Sekolah Dan Bilik Darjah. Penerbit Utusan Publications Sdn.Bhd. Kuala Lumpur. 2. Noran Fauziah Yaacub (1994).Buku Panduan Teknologi Pendidikan. Penerbit Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur.

3. Mok Soon Sang (1993). Penilaian .Pemulihan dan Pengayaan dalam Pendidikan. Penerbit Kumpulan Budiman Sdn Bhd.Selangor.

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN TAHUN 2007*Meningkatkan Penguasaan Sifir 2 Hingga 5 Bagi Murid Tahap 1 Menggunakan

Petak KeTing Ting.