bahan mate

13
PECAHAN - Menukar pecahan tidak wajar kepada pecahan bercampur dan sebaliknya Untuk menukarkan pecahan, cara yang mudah untuk di lakukan ialah mengikut langkah-langkah yang diberi. Menukarkan pecahan tidak wajar kepada pecahan bercampur. Langkah-langkahnya adalah seperti di bawah. Menukarkan pecahan bercampur kepada pecahan tidak wajar . Hanya ikuti langkah-langkah yang diberi

Upload: sharifah-sazarah-wan-ahmad

Post on 19-Jan-2016

16 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahan Mate

PECAHAN - Menukar pecahan tidak wajar kepada pecahan bercampur dan sebaliknya

Untuk menukarkan pecahan, cara yang mudah untuk di lakukan ialah mengikut langkah-langkah yang diberi. Menukarkan pecahan tidak wajar kepada pecahan bercampur. Langkah-langkahnya adalah seperti di bawah.

Menukarkan pecahan bercampur kepada pecahan tidak wajar. Hanya ikuti langkah-langkah yang diberi

Page 2: Bahan Mate

PECAHAN

Page 3: Bahan Mate
Page 4: Bahan Mate

PERATUS

Peratus?? Apakah itu peratus? Pernahkah adik-adik terfikir akan kewujudan konsep peratusan dalam kehidupan harian kita?? Peratusan digunakan dalam setiap kehidupan seharian tanpa kita menyedarinya. Oleh itu, kami akan menghuraikan pengunaan konsep peratusan pada kali ini.... 

Peratus bermaksud menunjukkan nombor kepada pecahan dalam 100 dan selalu digunakan bersama simbol peratus (%). 

Peratusan digunakan dalam menunjukkan berapa besar atau kecil satu kuantiti dimana berkaitan dengan kuantiti yang lain.

Peratus adalah pecahan yang penyebut (bahagian bawah) adalah 100. 

Jadi, jika kita katakan 50%, kita maksudkan 50/100 = 1 / 2 (selepas membatalkan).     --->Jadi 50% ertinya ½.

Jika mahu mencari 10% sesuatu, '' hanya bermaksud 'kali'.      ---> Jadi 10% dari 150 = 10 / 100 × 150 = 15.

Jika anda perlu untuk menjadikan peratusan ke dalam perpuluhan, hanya dibahagikan dengan 100.      --->Sebagai contoh, 25% = 25/100 = 0.25

Untuk menukar perpuluhan ke dalam peratusan, darab dengan 100.      --->Oleh itu, 0.3 = 0.3 × 100 = 30% 

Page 5: Bahan Mate

TIMBANGAN BERAT

Murid-murid boleh mengukur berat dengan menggunakan alat penimbang.

Contoh alat penimbang adalah seperti

Murid-murid perlulah membaca setiap bacaan dengan tepat dan betul pada penimbang tersebut untuk mendapatkan bacaan berat yang tepat dan betul. Mata kita perlulah setentang dengan jarum pada senggatan untuk mengelakkan berlakunya ralat.

Unit yang digunakan dalam timbangan berat ini ialah Gram (g) dan Kilogram (kg).

Hubungan antara Gram (g) dan Kilogram (kg) ialah 1 kg = 1 000 g.

Unit ini boleh ditukar dengan 2 cara iaitu :

a) Tanpa perpuluhan

Contoh : 2 kg = 2 000 g

7 000 g = 7 kg

1 kg 900 g = 1 900 g

Page 6: Bahan Mate

3 678 g = 3 kg 678 g

b) Perpuluhan

Contoh : 0.4 kg = 400 g

1.286 kg = 1 286 g

3 500 g = 3.5 kg

4 760 g = 4.76 kg

Kemudian, timbangan berat yang melibatkan operasi :

a) Penambahan

b) Penolakan

c)Pendaraband) Pembahagian

Page 7: Bahan Mate

BENTANGAN BENTUK 3D

Page 8: Bahan Mate
Page 9: Bahan Mate
Page 10: Bahan Mate

CIRI-CIRI BONGKAH

Page 11: Bahan Mate

TIPS 1 - Perbundaran

Suatu nombor boleh dibundarkan kepada sesuatu nilai tempat yang tertentu dengan mengikut syarat pembundaran.

Syarat pembundaran:

Perhatikan baik-baik digit disebelah kanan nilai tempat yang hendak dibundarkan

a) Jika digit itu 5 atau lebih (bermakna 5,6,7,8,9)- Tambahkan 1 kepada digit di nilai tempat yang hendak dibundarkan- Gantikan semua digit lain disebelah kanannya dengan sifar (0)

b) Jika digit itu kurang daripada 5 (bermakna 4,3,2,1,0)- Kekalkan digit di nilai tempat yang hendak dibundarkan- Gantikan semua digit lain disebelah kanannya dengan sifar (0)

Contoh:

Bundarkan 85605 kepada:

Kesilapan umum yang sering dilakukan pelajar:a) Lupa menulis semula nombor dengan betul selepas pembundaranb) Membundarkan suatu nombor di nilai tempat yang salah