tokoh mate dunia papan kenyataan.doc

5
Al-Biruni (973-1050) Nama sebenarnya ialah Abu Arrayhan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada 15 September 973 di Kath, Khwarazm (sekarang dikenali sebagai Kara- Kalpakskaya, Uzbekistan) dan meninggal dunia pada 13 Dec 1048 di Ghazna (sekarang dikenali sebagai Ghazni, Afganistan). Al-Biruni merupakan ahli falsafah, ahli geografi, astronomi, fizik dan ahli matematik. Selama 600 tahun sebelum Galgeo, Al-Biruni telah membincangkan teori putaran bumi tanpa paksinya yang sendiri. Al-Biruni juga telah menggunakan kaedah Matematik untuk membolehkan arah kiblat ditentukan dari mana-mana tempat di dunia. Beliau juga adalah orang yang pertama menyatakan bahawa jejari bumi ialah 6339.6 km Al-Battani (850-929) Al-Battani atau Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan Abu Abdullah adalah bapa trigonometri dan dilahirkan di Battan, Damsyik. Beliau putera Arab dan juga pemerintah Syria. Al-Battani diiktiraf sebagai ahli astronomi dan matematik Islam yang tersohor. Beliau berjaya meletakkan trigonometri pada tahap yang tinggi dan merupakan orang pertama yang menghasilkan jadual

Upload: baser-asyikin

Post on 28-Jan-2016

284 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TOKOH MATE DUNIA papan kenyataan.doc

Al-Biruni (973-1050)

Nama sebenarnya ialah Abu Arrayhan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada 15 September 973 di Kath, Khwarazm (sekarang dikenali sebagai Kara-Kalpakskaya, Uzbekistan) dan meninggal dunia pada 13 Dec 1048 di Ghazna (sekarang dikenali sebagai Ghazni, Afganistan). Al-Biruni merupakan ahli falsafah, ahli geografi, astronomi, fizik dan ahli matematik. Selama 600 tahun sebelum Galgeo, Al-Biruni telah membincangkan teori putaran bumi tanpa paksinya yang sendiri. Al-Biruni juga telah menggunakan kaedah Matematik untuk membolehkan arah kiblat ditentukan dari mana-mana tempat di dunia. Beliau juga adalah orang yang pertama menyatakan bahawa jejari bumi ialah 6339.6 km

Al-Battani (850-929)

Al-Battani atau Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan Abu

Abdullah adalah bapa trigonometri dan dilahirkan

di Battan, Damsyik. Beliau putera Arab dan juga

pemerintah Syria.

Al-Battani diiktiraf sebagai ahli astronomi dan

matematik Islam yang tersohor.

Beliau berjaya meletakkan trigonometri pada

tahap yang tinggi dan merupakan orang pertama

yang menghasilkan jadual cotangents

Page 2: TOKOH MATE DUNIA papan kenyataan.doc

Rene’ Descartes (1596-1650)

Beliau adalah pencipta bagi cabang

matematik geometri koordinat. Menurut beliau,

adalah mencukupi untuk melukis suatu garis

lurus jika penjangnya diketahui. Graf dilukis pada

paksi Cartesan mengandungi satu set pasangan

tertib (x,y). Beliau dikatakan mendapat idea

mengenai koordinat ketika beliau sedang

terbaring dan memerhatikan seekor labah-labah

pada siling biliknya.

Archimedes (287 – 212SM)

Beliau mendapat pendidikan di Alexandria, di

sekolah Euklid. Egypt merupakan kota terbesar

pada ketika itu. Beliau telah diajar mengenai

kalkulus. Beliau juga dianggap sebagai “Bapa

Kalkulus”.

Pencapaian beliau yang terkenal ialah

Hukum Hidrostatik Archimedes

Mencipta Takal

Skru Archimedes

Menemui pi

Page 3: TOKOH MATE DUNIA papan kenyataan.doc

Al-Khawarizmi (780 - 850)

Nama penuhnya ialah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi dan dikenali sebagai bapa algebra. Beliau pakar dalam bidang matematik dan astronomi.Antara buku-buku terkenal hasil tulisan beliau ialah Hisab Al-Jabr wal Mugabalah (Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan) dan Algebra.Pada kurun ke-12, Gerard of Cremona dan Roberts of Chester telah menterjemahkan buku algebra Al-Khawarizmi ke dalam bahasa Latin. Terjemahan ini digunakan di seluruh dunia sehinggalah kurun ke-16

Omar Khayyam (1048-1131)

Nama sebenarnya ialah Ghiyath al-Din Abul Fateh Omar Ibn Ibrahim al-Khayyam dan dilahirkan pada 18 Mei 1048 dan meninggal dunia pada 4 Dec 1131. Khayyam sebenarnya bermaksud pembuat khemah.Sumbangan terbesar Omar Khayyam ialah dalam bidang Algebra.Omar Khayyam telah mengenal pasti 13 jenis bentuk persamaan kiub. Kaedah penyelesaian persamaan yang digunakan oleh Omar Khayyam adalah bersifat geometrikal.Dalam bidang geometri pula, beliau banyak membuat kajian-kajian yang menjurus kepada pembentukan teori garisan selari.Khayyam berjaya memperkenalkan kalendar yang hampir-hampir tepat dan dinamakan Al-Tarikh-al- Jalali.

Page 4: TOKOH MATE DUNIA papan kenyataan.doc

Al Khazin (900-971)

ABU Jafar Muhammad ibn al-Hasan Khazin lahir pada tahun 900 Masehi di Khurasan yang terletak di timur Iran. Lebih dikenali sebagai al-Khazin dan merupakan ahli astronomi dan matematik terkenal pada zamannya.

Salah satu hasil kerja al-Khazin iaitu Zij al-Safa’ih telah dinobatkan sebagai satu kejayaannya yang terbaik dalam kerja lapangan yang akhirnya menjadi bahan rujukan utama saintis lain.

Hasil kerja al-Khazin dikatakan banyak dipengaruhi oleh motivasi yang diterimanya daripada ahli Matematik, al-Khujandi.

John Venn (1834-1923)

John Venn dilahirkan pada 4 August 1834 di

Hull, Yorkshire, England dan meninggal pada 4

April 1923 di Cambridge, England. Beliau banyak

membuat kajian terhadap logik dan

kebarangkalian. Minatnya bertambah apabila

membaca buku tulisan George Boole dan De

Morgan.

Beliau mengembangkan lagi idea George

Boole mengenai logik dengan mencipta

gambarajah Venn untuk menunjukkan persilangan

dan kesatuan set.

Page 5: TOKOH MATE DUNIA papan kenyataan.doc

Sir Isaac Newton (1642-1727)

Dilahirkan pada 1642 di sebuah keluarga

petani di jajahan Lincoln, England. Semasa kecil

beliau tidak dapat bermain permainan kasar

kerana badannya tidak cukup kuat, maka beliau

menghabiskan masa lapangnya dengan

merekacipta berbagai permainan seperti lelayang

bertanglung, roda yang dipusingkan oleh air, jam

kayu dan jam matahari.

Pencapaian

Hukum Newton

Teorem binomial

Johann Carl Friedrich Gauss(1777-1855)

Beliau dilahirkan pada 30 April 1777 di Brunswick, Jerman dan meninggal dunia pada 23 Feb 1855 di Göttingen, Hanover , Jerman. Kepintarannya terserlah seawal 7 tahun, apabila dia mengira jumlah nombor 1-100 dengan cepat menyedari bahawa kiraan nombornya adalah 50 pasang dan setiap satunya ialah 101.Beliau banyak memberi sumbangan di dalam bidang Matematikdan astronimi. Antara pencapaiannya ialah :

Menemui Hukum Bode iaitu teorem binomial, arithmetik-geometrik, hukum pertukaran kuadratik dan teorem nombor perdana

Pembinaan 17-gon(poligon) menggunakan pembaris dan kompas.