nota tenet mate

33
PENTAKSIRAN KEMAHIRAN MATEMATIK Matematik ialah merupakan satu bidang yang melatih minda supaya dapat berfikir secara mantik dan sistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat matematik tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Antara prinsip asas dalam kemahiran matematik adalah berkaitan dengan hukum dan tatacara dalam matematik. Antara prinsip dalam pentaksiran matematik ini ialah, pentaksiran ini berlaku dalam kehidupan normal murid. Guru perlulah melakukan pentaksiran berdasarkan pengajaran beliau. Bentuk pentaksiran yang dilakukan mestilah bermakna dan memberi erti kepada murid dan maklum balas murid perlulah spesifikasi , tepat dan dapat memberi maklumat tentang pengetahuan dan pemikiran yang dilakukan oleh murid. Murid mestilah melibatkan diri dalam proses pentaksiran dan penilaian yang dilakukan. Melalui proses ini, murid dapat meningkatkan dan mengaplikasi kemahiran yang standard dan rubrik yang ada. Pentaksiran kendiri menjadi perkara penting dalam proses pentaksiran ini. Antara cara untuk guru mendapatkan maklumat mengetahui pengetahuan kemahiran matematik yang ada, guru boleh mendapatkan maklumat berdasarkan ujian kriteria, prob, analisis kesalahan, deskripsi lisan, deskripsi penulisan, senarai semak dan soalan, temuduga, perbualan , jurnal murid, persembahan murid di dalam kelas dan portfolio murid. Kebiasaannya, kemahiran matematik yang diuji ialah nombor, pecahan, perpuluhan, penolakan, darab, duit dan lain –lain lagi. Pentaksiran mestilah dilakukan dalam keadaan persekitaran murid. Antara aspek persekitaran yang terlibat ialah keadaan fizikal persekitaran, persekitaran pembelajaran dan juga persekitaran sosial murid.

Upload: aidamohdhafiz

Post on 21-Dec-2015

50 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Tenet Mate

PENTAKSIRAN KEMAHIRAN MATEMATIK

Matematik ialah merupakan satu bidang yang melatih minda supaya dapat berfikir secara mantik dan sistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat matematik tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran.

Antara prinsip asas dalam kemahiran matematik adalah berkaitan dengan hukum dan tatacara dalam matematik. Antara prinsip dalam pentaksiran matematik ini ialah, pentaksiran ini berlaku dalam kehidupan normal murid. Guru perlulah melakukan pentaksiran berdasarkan pengajaran beliau. Bentuk pentaksiran yang dilakukan mestilah bermakna dan memberi erti kepada murid dan maklum balas murid perlulah spesifikasi , tepat dan dapat memberi maklumat tentang pengetahuan dan pemikiran yang dilakukan oleh murid. Murid mestilah melibatkan diri dalam proses pentaksiran dan penilaian yang dilakukan. Melalui proses ini, murid dapat meningkatkan dan mengaplikasi kemahiran yang standard dan rubrik yang ada. Pentaksiran kendiri menjadi perkara penting dalam proses pentaksiran ini.

Antara cara untuk guru mendapatkan maklumat mengetahui pengetahuan kemahiran matematik yang ada, guru boleh mendapatkan maklumat berdasarkan ujian kriteria, prob, analisis kesalahan, deskripsi lisan, deskripsi penulisan, senarai semak dan soalan, temuduga, perbualan , jurnal murid, persembahan murid di dalam kelas dan portfolio murid.

Kebiasaannya, kemahiran matematik yang diuji ialah nombor, pecahan, perpuluhan, penolakan, darab, duit dan lain –lain lagi. Pentaksiran mestilah dilakukan dalam keadaan persekitaran murid. Antara aspek persekitaran yang terlibat ialah keadaan fizikal persekitaran, persekitaran pembelajaran dan juga persekitaran sosial murid.

Page 2: Nota Tenet Mate

Matematik dalam Pendidikan Khas

Konsep Matematik ialah satu bahasa istimewa dan penting yang harus dipelajari oleh semua orang. Jika kita hendak menguasai bahasa bidang tersebut cara dan teknik Matematik itu harus diketahui. Sebagai Guru Pendidikan Khas kita patut sentiasa berusaha mengatasi masalah pembelajaran murid-murid yang lemah dalam pembelajaran Matematik. Kemahiran-kemahiran asas seperti nombor, operasi tambah, tolak, operasi darab dan operasi bahagi merupakan kemahiran yang patut dikuasai oleh murid. Sebelum kita memulakan sebarang rancangan untuk membantu anak didik kita, kita patut mengenalpasti tahap kemahiran Matematik murid-murid yang memerlukan kelas pembelajaran khas Matematik.

Saya akan memeriksa Rancangan Pendidikan Individu (RPI) murid terlebih dahulu untuk mengenalpasti samaada umur mental murid selaras dengan umur kronologi mereka. Pada kebiasaannya murid yang kekurangan kesediaan belajar mempunyai umur mental yang kurang daripada umur kronologi. Contohnya mungkin seorang murid yang berusia 7 tahun hanya mempunyai umur mental 4 tahun sahaja. Ini menyebabkan mereka tidak bersedia untuk pengajaran dan pembelajaran Matematik secara formal. Oleh kerana itu, kita perlu mengajar kemahiran pra-nombor seperti pengelasan objek ikut warna. Rancangan Pendidikan Individu patut dirancang dan dilaksanakan semula.

Seterusnya, kita bolehlah menguji konsep dan generalisasi murid demi mengetahui tahap pengetahuan murid. Kita bolehlah mengadakan ujian ringkas ataupun temuramah samaada dengan murid itu sendiri ataupun ibu bapa dan penjaga murid berkenaan. Kaedah ini juga memudahkan kita dalam penyediaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) yang bersesuaian dengan minat dan kebolehan murid agar tidak menyeleweng daripada objektif utama kita untuk membantu murid supaya tidak tercicir dalam matapelajaran Matematik yang agak penting ini dalam kehidupan seharian murid.

Tambahan lagi, tahap kemahiran murid dalam penguasaan Matematik boleh juga dikenalpasti sekiranya guru merujuk teori perkembangan kognitif Piaget. Seperti yang kita semua sedia maklum, terdapat 4 peringkat perkembangan: peringkat pertama- peringkat deria motor (0 – 2 tahun), peringkat kedua-peringkat pra-operasi (2 – 7 tahun), peringkat ketiga-peringkat operasi konkrit (7 – 11 tahun) dan peringkat keempat- peringkat operasi formal (11 tahun ke atas). Oleh kerana itu sebagai seorang guru yang prihatin, kita patut mengambil kira aras kefahaman murid berdasarkan perkembangan murid pada setiap peringkat tersebut bagi menentukan tahap kemahiran murid.

Ujian diagnostik digunakan untuk mengesan punca kelemahan murid tentang penguasaan murid dalam kemahiran Matematik. Berdasarkan kepada ujian diagnostik, guru dapat merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dengan berkesan. Antara aspek-aspek yang boleh diuji dalam ujian diagnostik ialah pengamatan, penglihatan dan pendengaran. Suatu ujian diagnostik dikatakan bermutu sekiranya ia mengandungi ciri-ciri yang tinggi daripada aspek kebolehpercayaan, kesahan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran.

Tahap kemahiran murid dalam Matematik boleh juga dikesan melalui kaedah analisis hasilkerja murid. Kelemahan murid dapat dikesan dan dianalisis melalui pemerhatian hasilkerja murid. Pada kebiasaannya

Page 3: Nota Tenet Mate

masalah pembelajaran yang dapat dikesan ialah masalah visual-persepsi murid, masalah kordinasi mata-tangan dan masalah menulis serta mengecam nombor. Masalah murid yang paling mudah dikesan melalui kaedah ini ialah masalah kordinasi mata-tangan kerana biasanya murid cenderung menulis nombor secara terbalik.

Tahap kemahiran Matematik kanak-kanak juga boleh dicungkil melalui kaedah pemerhatian. Kaedah ini selaras dengan kaedah Montessori yang menekankan guru memerhatikan interaksi kanak-kanak dengan persekitaran. Contohnya, hasil pemerhatian saya selama 3 bulan di Sekolah A murid autisme suka mencari dan mengumpul objek yang mempunyai satu warna. Ini merupakan salah satu kelemahan murid yang dikenalpasti iaitu tidak dapat mengelaskan objek yang mempunyai lebih daripada satu warna dalam kemahiran pra-nombor.

Kaedah yang seterusnya untuk mengenalpasti kelemahan murid dalam Matematik ialah menerusi terapi seni. Terapi seni ialah satu jenis pemulihan menggunakan gambar yang dilukis oleh murid. Ini kerana gambar yang dilukis oleh murid adalah lebih membantu kita mengenali murid. Gambar adalah simbol unik yang membantu guru memasuki alam sedar murid. Kaedah ini boleh membantu guru mengesan masalah psikologi murid yang menghalangnya daripada maju dalam matapelajaran Matematik. Contohnya, ada seorang kanak-kanak di sekolah tertentu dilaporkan dalam akhbar Utusan apabila diperiksa buku latihannya, ada lukisan meja pada setiap helaian buku. Setelah didekati, rupa-rupanya kanak-kanak itu merupakan seorang pintar-cerdas dalam Matematik yang tidak sesuai untuk belajar dalam kelas tersebut sebaliknya dia patut diinklusifkan sekiranya berpeluang.

Tahap kemahiran murid dalam Matematik daripada segi masalah ketajaman pendengaran atau penglihatan boleh dikesan menerusi penelitian petanda, ujian diagnosis dan pengesahan doktor. Gejala murid bermasalah pendengaran ialah kurang bercakap, sebutan kabur, cepat bosan, telinga bernanah, kaku dan sama ada cakap terlalu kuat atau terlalu perlahan. Gejala murid bermasalah penglihatan pula ialah selalu tersungkur, suka gosok biji mata, suka kelip mata, tidak dapat membezakan bentuk-bantuk yang hampir sama, suka mendekatkan mata kepada bentuk yang dilihat, mengecilkan mata semasa melihat sesuatu, suka hulur kepala ke depan dan mata merah. Terdapat 5 jenis ujian diagnosis pendengaran:i. Refleks orientasiii. Teknik pengalih perhatianiii. Teknik pelazimaniv. Gerakbalas kepada percakapanv. AudiometerMurid kita mungkin juga mengalami pekak terhalang disebabkan atresia, eksternal otitis, terlalu banyak tahi telinga,otitis media, lelangit rekah dan dysacusis. Ini semua akan menyebabkan proses P & P tidak dapat disampaikan secara efisien kepada murid. Guru mungkin hanya bercakap seorang sama ada dia sedar ataupun tidak. Tambahan lagi, kanak-kanak sindrom down juga berisiko mengalami pekak pengamatan yang menyebabkan mereka bodoh dan bentuk matanya sepet. Kanak-kanak yang menghidap Hurler’s Sindrom pula dilahirkan terencat akal. Bentuk badan mereka pendek, rambut kasar dan mulut ternganga. Kanak-kanak Pendred’s sindrom pula dilahirkan rencat akal dan kelenjar gondok besar manakala kanak-kanak Waardenberg Sindrom dilahirkan balar. Kulit, rambut serta semua bulu roma warna putih. Banana sindrom pula adalah sejenis sindrom di mana kanak-kanak tidak dapat

Page 4: Nota Tenet Mate

mendengar sesetengah intonasi sukukata dalam sepatah perkataan. Contohnya, perkataan “MENAMPAKKAN” didengar sebagai “ME....AN”. Kesemua sindrom pekak adalah berkaitan dengan kerencatan akal akibat gen yang lemah. Masalah penglihatan murid pula dibahagikan kepada 11 iaitu rabun jauh,rabun dekat,astigmatisme, glaukoma, katarak, kencing manis, coloboma, retinitis pigmentosa,retrolensa fibroplasias,strabismus dan nystagmus. Kecacatan penglihatan ataupun pendengaran kadang-kala disalahtafsirkan oleh para guru sebagai sengaja dibuat-buat oleh murid dan ini membantutkan proses P & P. Para guru membuta tuli menuduh murid bersikap negatif dan murid pula menyalahkan guru mengabaikan mereka. Oleh kerana itu, pada masa ini pengesahan doktor perubatan merupakan kunci kepada jawapan terhadap permasalahan ini.

Kesimpulannya, Matematik merupakan salah satu daripada matapelajaran yang agak penting kepada kita semua kerana kita mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kita sama ada kita sedar ataupun tidak. Contohnya, dalam urusan jualbeli di kedai runcit. Untuk kanak-kanak khas pula sebelum kita memulakan sebarang rancangan pelajaran untuk mereka adalah wajar kita mengenalpasti tahap kemahiran murid terlebih dahulu samaada menerusi Rancnagan Pendidikan Individu, ujian, teori Piaget, analisis hasilkerja murid, pemerhatian, terapi seni dan menerusi ujian ketajaman penglihatan ataupun pendengaran. Lantaran itu, kita sebagai guru Pendidikan Khas patut sentiasa peka terhadap teknik-teknik menggunakan kemahiran tersebut demi memastikan agar kita benar-benar menjadi guru yang efisien, cekap dan amanah.

Penilaian dignostik adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan

khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh

seseorang murid (Mohd Shukri Saad, 2008). Kajian Halim, Subahan Meerah & Lilia

Halim (2009) menjelaskan penilaian diagnostik bertujuan untuk mendignosis salah

konsep murid dan menggunakan hasil ujian untuk memperbaiki kaedah pengajaran dan

pembelajaran. Stiggins (1994) menyatakan bahawa penilaian diagnostik adalah salah

satu cara untuk meningkatkan kualiti pencapaian murid. Kesimpulannya, penilaian

dignostik adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru mengenalpasti punca

kesilapan murid dengan terperinci untuk meningkatkan pencapaian murid melalui

penambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru dalam pembelajaran

Matematik, penilaian dignostik adalah penting untuk mengenalpasti kelemahan,

halangan dan punca kesalahan murid dalam pembelajaran, membantu murid menjalani

Page 5: Nota Tenet Mate

program pemulihan dengan berkesan dan sebagai motivasi intrinsik kepada murid

untuk meneruskan pembelajaran (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).

Mengenalpasti kelemahan, halangan dan punca kesalahan murid

Kepentingan utama penilaian diagnostik adalah membantu pembelajaran murid melalui

kebijaksanaan guru mengenalpasti kelemahan, halangan dan punca kesalahan murid.

Ini kerana, menurut Ronis (1999) penilaian melalui pemerhatian dan bertulis mampu

membantu guru mengenalpasti tahap pencapaian murid. Berdasarkan pengalaman lalu,

saya telah melaksanakan ujian diagnostik yang merangkumi beberapa topik dalam

Matematik tahun 4 bagi mengenalpasti salah anggapan, kelemahan dalam sesuatu

kemahiran dan punca murid lemah Matematik.

            Hasil daripada ujian tersebut, saya dapati murid saya mengalami masalah

dalam melakukan pendaraban dengan betul. Walaupun sebelum ini saya beranggapan

murid gagal dalam Matematik disebabkan oleh kurang faham tajuk tertentu namun,

punca utama masalah ini berlaku disebabkan oleh murid tidak menguasai kemahiran

asas dalam Matematik. Ini jelas membuktikan kajian Seah (2004) yang menyatakan

ramai murid bermasalah dalam Matematik disebabkan oleh mereka mempunyai

kefahaman yang terhad dalam konsep asas.

            Selain itu, keputusan ujian diagnostik membantu mengenalpasti kelemahan

murid dalam menyelesaikan soalan Matematik. Saya bersetuju dengan Cockburn

(1999), yang menyatakan kadang kala ramai murid mendapat markah rendah dalam

ujian Matematik disebabkan oleh kecuaian semasa menjawab. Pengalaman selepas

melaksanakan ujian saringan, saya dapati hampir separuh murid mendapat markah

rendah. Namun begitu, setelah disemak dengan teliti saya mendapati ia berpunca

daripada kecuaian semasa menjawab. Setelah melakukan analisis ujian diagnostik,

saya mendapati hanya segelintir murid gagal menjawab dengan betul disebabkan oleh

keliru dalam memahami soalan, salah anggap tentang nilai tempat, gagal memilih

algoritma sesuai, lemah dalam memahami soalan bentuk berayat dan kecuaian semasa

menulis jawapan.

Page 6: Nota Tenet Mate

            Walaupun penilaian dignostik membantu mengenalpasti kelemahan, halangan

dan punca kesalahan murid, namun ia tidak membantu sekiranya guru gagal

menentukan objektif ujian, kemahiran yang hendak diuji, bagaimana hendak menguji

individu atau kumpulan dan kumpulan sasaran (Mohd Shukri Saad, 2008). Pengalaman

semasa awal praktikum, saya telah cuba melaksanakan ujian dignostik untuk murid

tahun 4 kelas sederhana namun tidak berjaya. Ini berpunca daripada kelemahan saya

dalam menyediakan soalan ujian yang sesuai dengan objektif, tahap perkembangan

kognitif, pengetahuan sedia ada dan persekitaran murid. Kesan ujian tersebut

menunjukkan saya gagal mengenalpasti murid yang lemah kerana prestasi kumpulan

rendah lebih baik daripada kumpulan tinggi. Hasil daripada itu, saya menguji soalan

tersebut dengan mengira indeks kesukaran dan indeks diskriminasi, ternyata soalan

tersebut adalah buruk, tidak diterima dan perlu dibuang.

             Kesimpulannya, ujian dignostik dapat membantu pembelajaran murid melalui

kebijaksanaan guru mengenalpasti kelemahan, halangan dan punca kesalahan murid.

Namun begitu, guru harus bijak dalam menentukan objektif ujian dan mahir

menyediakan soalan yang sesuai dengan murid. Justeru, setiap guru haruslah

merancang dengan teliti kerana mengenalpasti kelemahan murid memerlukan guru

bertindak lebih banyak daripada bercakap. (Peterson, 2011).

Membantu murid menjalani program pemulihan berkesan

Penilaian diagnostik penting untuk membantu murid menjalani program pemulihan

berkesan. Melalui ujian tersebut, guru akan memilih murid yang berjaya pada akhir

pembelajaran dan membantu melaksanakan program pemulihan untuk murid yang

lemah (Motkhtar Ismail, 2009). Hasil penilaian diagnostik membantu memulihkan murid

melalui penggunaan model hubungkait sebagai rujukan sebelum membuat rancangan

mengajar, memilih algoritma yang sesuai dengan murid dan menggunakan bahan bantu

mengajar yang efektif.

            Menurut Tighe (1997), sekiranya guru ingin meningkatkan pencapaian murid,

guru haruslah bijak merancang pengajaran menerusi penggunaan model hubungkait

Page 7: Nota Tenet Mate

seperti dalam rajah 1. Penggunaan model ini membantu guru membuat hubungkait

dengan jelas akan keperluan murid, pengetahuan sedia ada dan persekitaran murid.

Hubungkait yang tepat dapat menghasilkan program pemulihan yang berkesan untuk

murid. Berdasarkan pengalaman semasa melaksanakan aktiviti pemulihan, saya telah

merancang pengajaran dengan menggunakan model tersebut. Hasilnya, saya dapat

perhatikan murid dapat memahami konsep darab dengan lebih jelas menggunakan

bahan konkrit yang ada di persekitarannya.

    

Selain itu, hasil penilaian diagnostik membantu mengenalpasti teknik

penyelesaian yang digunakan oleh murid. Umumnya, hampir kesemua murid

menggunakan penyelesaian standard untuk masalah darab. Saya membuat penelitian

dengan memilih teknik penyelesaian lain untuk masalah darab seperti dalam Rajah 2.

Ini kerana, merujuk Gardner (1983) untuk mengatasi masalah pembelajaran, guru

haruslah memilih teknik yang sesuai dengan murid di samping peka dengan

kecerdasan pelbagai yang mereka miliki.

Tambahan lagi, hasil penilaian diagnostik membantu membantu murid yang

lemah melalui penggunaan alat bantu mengajar yang efektif (Meor Ibrahim Kamaruddin

& Afidah Ngadalan 2010). Merujuk kepada pengalaman semasa melaksanakan aktiviti

pemulihan, saya menggunakan bahan konkrit untuk memberi penerangan yang lebih

jelas tentang asas pendaraban. Menggunakan sarang telur dan beberapa biji guli, saya

menerangkan konsep penambahan berulang yang menjadi asas kepada pendaraban

dan makna ganda. Kesannya, murid tersebut diperhatikan dapat memahami konsep

asas pendaraban dan makna ganda dengan lebih mudah dan cepat. Morris (2009)

menyatakan bahawa murid akan belajar dengan mudah dan cepat melalui aktiviti yang

membolehkan mereka menggunakan sendiri bahan tersebut.

Page 8: Nota Tenet Mate

            Walaupun penilaian diagnostik membantu guru melaksanakan program

pemulihan yang berkesan namun begitu, masalah akan timbul sekiranya guru gagal

mengenalpasti potensi murid semasa membuat perancangan. Berdasarkan Bloom

(1956), proses pengajaran tidak akan berkesan sekiranya guru gagal mengetahui tahap

perkembangan minda murid. Ini pernah saya alami semasa praktikum di mana murid

darjah 2 sukar memahami cara melakukan pembahagian menggunakan algoritma

standard. Saya sedar bahawa saya seharusnya menggunakan bahan konkrit terlebih

dahulu sebelum menggunakan algoritma standard.

            Kesimpulannya, penilaian diagnostik membantu guru melaksanakan program

pemulihan berkesan. Akan tetapi, guru harus bijak membuat perancangan di samping

peka dengan perkembangan murid. Untuk memantapkan aktiviti pemulihan, guru harus

sentiasa peka dengan keperluan murid (Noriati A. Rashid, Boon & Sharifah Fakhriah

Syed Ahmad, 2009).

Merangsang motivasi intrinsik murid

Penilaian diagnostik dapat membantu merangsang motivasi intrinsik murid melalui

aktiviti pemulihan yang menggalakkan penglibatan aktif seperti pernyataan masalah,

penggunaan strategi bermain sambil belajar dan penggunaan bahan bantu mengajar

yang sesuai dengan murid. Motivasi intrinsik juga dapat dibina melalui pengalaman

yang diperoleh semasa belajar (Caine & Caine, 1994).

            Berdasarkan pengalaman semasa praktikum, hasil penilaian diagnostik

membantu saya merangsang motivasi murid untuk belajar melalui pelaksanaan aktiviti

pemulihan. Ternyata murid pemulihan melibatkan diri secara aktif semasa aktiviti

menggunakan bahan konkrit yang berkait rapat dengan persekitaran mereka.

Tambahan lagi, murid dapat menjawab dengan tepat apabila ditanya. Merujuk kepada

Silberman (1996), strategi pernyataan masalah dan menggunakan bahan konkrit adalah

antara aktiviti yang sesuai untuk menggalakkan pembelajaran aktif di samping

merangsang motivasi intrinsik murid untuk belajar.

Page 9: Nota Tenet Mate

            Saya bersetuju dengan Nesamalar Chitravelu, Saratha Sithamparan, and Teh

(2005) bahawa strategi pernyataan masalah dengan teknik yang betul membantu guru

mengenalpasti punca kesalahan murid. Imbas kembali pengalaman semasa

melaksanakan aktiviti pemulihan, saya mengajukan murid beberapa soalan sebelum

memberi mereka bahan konkrit untuk membantu meningkatkan pemahaman mereka.

Amat mengejutkan saya apabila murid tersebut ternyata keliru dengan operasi sebenar

yang perlu dilakukan. Murid tersebut keliru mengenai perkataan ‘kali’ dan ‘darab’.

Baginya, ‘kali’ bermaksud ‘darab’ manakala ‘darab’ bermaksud ‘bahagi’ sedangkan

kedua-dua perkataan membawa maksud yang sama. Setelah membuat penelitian, saya

mengenalpasti salah satu punca murid tersebut lemah matematik disebabkan oleh tidak

faham kehendak soalan. Untuk mengatasi masalah tersebut, saya menerangkan

semula makna perkataan tersebut dan mengulangnya beberapa kali sehingga murid

tersebut benar-benar faham maknanya. Ternyata, setelah faham maknanya, murid

tersebut berasa seronok untuk belajar pendaraban.

Selain itu, menurut Noriati A. Rashid et al., (2009) penilaian dignostik membantu

guru memahami keperluan murid dengan lebih mendalam untuk membolehkan guru

memberi rangsangan motivasi kepadanya. Berdasarkan pengalaman saya semasa

praktikum, seorang murid saya kelihatan tidak bersemangat untuk belajar. Selepas

melaksanakan ujian diagnostik, saya mendapati dia lemah dalam menyelesaikan

masalah yang melibatkan operasi asas terutamanya pendaraban. Dalam bilik darjah

sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran, dia adalah individu yang pendiam dan

sukar memberi respon apabila ditanya berbanding kawan-kawannya yang lain. Jadi

saya mendekatinya secara tidak langsung semasa proses pengajaran dan

pembelajaran, dan menggalakkannya bertanya jika dia mahu berjaya. Hasilnya, dia

sering mengangkat tangan untuk bertanya apa sahaja persoalan yang muncul di

fikirannya. Sekarang saya lihat dia semakin berminat untuk belajar.

Daripada sudut pandangan negatif, motivasi intrinsik tidak dapat dibina sekiranya

pengajaran guru tidak berkualiti kerana tiada unsur-unsur kemanusiaan (Noran Fauziah

Yaakob & Ahmad Mahzan Ayob, 1990). Ini saya alami sewaktu sekolah rendah, ketika

Page 10: Nota Tenet Mate

itu, saya langsung tidak meminati Matematik kerana guru Matematik saya terlalu serius

semasa mengajar di samping tiada hubungan mesra dengan murid.

Hakikatnya penilaian dignostik mampu merangsang motivasi intrinsik murid

melalui aktiviti pemulihan yang berkesan. Namun begitu, masalah akan timbul

sekiranya pengajaran guru tidak berkualiti dengan tiada unsur-unsur kemanusiaan.

Oleh itu, untuk memastikan penilaian diagnostik mampu merangsang motivasi intrinsik

murid guru harus meningkatkan kualiti pengajaran di samping bijak dalam

melaksanakan aktiviti pemulihan kerana sekiranya guru gagal melaksana, murid juga

akan gagal dalam pembelajarannya (Slavin, 1981).

Kesimpulan

Keseluruhannya, penilaian dignostik mampu membantu pembelajaran murid melalui

kebijaksanaan guru mengenalpasti kelemahan, halangan dan punca kelemahan murid

dalam Matematik di samping membantu murid menjalani program pemulihan berkesan

dan merangsang motivasi intrinsik murid. Akan tetapi, guru haruslah bijak mengatasi

segala halangan yang ada dengan meningkatkan ilmu pengetahuan untuk memilih

strategi dan teknik pengajaran sesuai serta sentiasa peka dengan keperluan,

pengetahuan sedia ada dan persekitaran murid (Johnson, Johnson & Holubec 1988).

Sebagai bakal guru, saya sedar bahawa penilaian diagnostik penting untuk membantu

murid lemah menguasai Matematik. Oleh itu, saya harus berusaha untuk memantapkan

ilmu yang ada dan cakna mengenai murid supaya segala perancangan dapat

dilaksanakan dengan baik.

(1 599 Patah Perk

Page 11: Nota Tenet Mate

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Definisi Rancangan Pendidikan Individu:

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat

perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan

dijadikan panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran

dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid. (Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI)

Individu Murid-Murid Berkeperluan Khas, 2000)

RPI ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin yang disediakan bagi

memenuhi keperluan murid pendidikan khas. RPI dirancang khusus bagi individu murid,

dan dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program

pembelajaran dan perkhidmatan yang disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak

sekolah tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan tersebut dirancang untuk

dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut, perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah,

ibubapa, dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan

peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat sokongan lain.

RPI memperincikan antara lain:

i. Tahap prestasi sedia ada murid

ii. Perancangan akademik dan bukan akademik

iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid

iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur

v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi

mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian

vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid

vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu

perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan

viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan

membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran

mereka.

Page 12: Nota Tenet Mate

Berikut adalah kepentingan-kepentingan Rancangan Pengajaran Harian:-

Menentukan serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai.

Meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar.

Mengelak sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajarkan.

Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang diperuntukkan.

Menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi pelajaran yang bersesuaian dengan murid demi membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.

Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistem.

Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai.

Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu.

Membantu guru mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.

Definasi ujian diagnostik :-Adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh seseorang murid.

Tujuan ujian diagnostik :-1. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan- kesulitan yang dihadapi oleh murid.2. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran.3. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut

kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid.4. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru merancang satu program pengajaran yang

Page 13: Nota Tenet Mate

khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.5. Ujian diagnostik bertujuan membolehkan guru merancang dan membina program dan

bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid.

Membina Ujian Diagnostik

1. Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu ditentukan :1.1.Objektif ujian1.2.Kemahiran yang hendak diuji1.3.Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan.1.4.Siapa yang hendak diuji – sasaran.

2. Ujian yang dirancang dengan teliti, cermat dan sempurna dapat memberikan penilaian yang lebih adil terhadap murid pemulihan. Oleh itu, borang JPU perlu disediakan.-

3. Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran.

4. Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum ia diuji. Kemahiran tersebut hendaklah disusun dari senang ke susah.

5. Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan terlebih dahulu.

Pelaksanaan dan Panduan Mentadbir ujian diagnostik

1. Ujian diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah guru mengenal pasti murid-murid yang dipilih mengikuti program pemulihan Bahasa Melayu.

2. Ujian diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu masa.

3. Oleh sebab ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada yang paling tinggi – pengetahuan, pemahaman, penggunaan, maka hendaklah dimulakan dengan ujian lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis.

4. Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang yang di uji itu didapati gagal menjawab semua item dengan betul dalam TIGA kemahiran berturut-turut.

5. Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan.

6. Keputusan ujian diagnostik dapat memberi panduan kepada guru untuk menyusun satu program pengajaran kepada murid tersebut.

Page 14: Nota Tenet Mate

7. Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka dapat menjawab dengan tenag dan selesa.

8. Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keterangan-keterangan atau data-data yang diberi cara mana murid belajar.

9. Semua jawapan hendaklah diteliti oleh guru supaya guru tahu apa yang murid tidak tahu dan di manaa kesilapan mereka.

10. Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi panduan kepada guru pada satu masa yang lain.

Analisis ujian diagnostik

1- Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid hendaklah direkodkan dalam borang analisis. –

2- Hasil analisis ujian diagnostik menjadi asas kepada guru untuk merancang Rancangan Pengajaran Kumpulan (RPK

UJIAN DIAGNOSTIK PENGAMATAN

Rasional:

Dalam proses awal pembelajaran kanak-kanak, kemahiran landasan yang kukuh amatlah penting. Justeru itu ujian pengamatan patut diberikan kepada murid-murid untuk melihat faktor kesukaran murid dalam penerimaan pengajaran bacaan.

Apa itu pengamatan:1- Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu. Pemgamatan ini berkait rapat dengan pemikiran kita.

2- Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh dikembang dan dipelajari. Sungguhpun ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran.

3- Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental.

4- Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia. Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu.

Page 15: Nota Tenet Mate

5- Mengikut pendapat Ruth Srang dalam bukunya “Reading Diagnosis and Remediation” beliau mengatakan pengamatan merupakan satu proses yang bergantung kepada kognitif dan kederaan. Proses ini penting kepada pembelajaran terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak-kanak.

6- Janet W Learner(1971) dalam bukunya “ Children With Learning Disabilities” telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera ataupun mekanisma yang mentafsirkan sesuatu pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek.

Objektif Ujian Pengamatan:Menerusi ujian ini guru dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid dalam ;

1- Mengecam orentasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan.

2- Menentukan sesuatu saiz, jarak, kri ke kanan serta hubungan antara satu objek objek yang lain.

3- Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf, nombor, suku kata, perkataan dan ayat.

4- Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke kanan, atau ke bawah dan dari bawah ke atas.

5- Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan- Sequencing.

6- Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Komponen Ujian Pengamatan:1- Diskriminasi yang sama ( Discrimination Sameness)Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

2- Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama ( Discrination of differences)Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

3- Diskriminasi saiz ( Discrimination of size)Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

4- Diskriminasi kedudukan ( Position in space)Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

Page 16: Nota Tenet Mate

5- Koordinasi Motor –mata –tangan.Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor-mata-tangan dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya.

6- Pertalian jarak (Spatial Relationship)Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz , jarak kiri ke kanan serta antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain.

7- MazingTujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah.

8- Turutan ( Sequencing)Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti bersiri.

9- Rajah latar belakang / Benda tersembunyi ( Figure – Ground)Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu maslaah abstrak.

10- Menyalin ( Visual Copying)Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat.

Panduan melaksanakan ujian pengamatan:1- Ujian ini sesuai untuk mengesan murid yang sukar menguasai konsep sepertimana yang terkandung dalam komponen pengamatan.2- Dalam ujian ini murid diberi dengan pelbagai latihan pengamatan.3- Ujian boleh dijalankan secara kumpulan kecil atau individu.4- Murid telah bersedia dengan peralatan menulis sebelum memulakan ujian.5- Arahan diberi kepada murid dengan terang dan jelas.6- Pastikan murid tunjuk dengan jari sebelum menjawab dengan pensel.

UJIAN PENCAPAIAN

1. Pengenalan

Ujian pencapaian terbahagi kepada ujian berbentuk sumatif dan fomatif.

1.1.Ujian sumatif merupakan ujian yang dijalankan setelah murid-murid mengikuti proses pembelajaran dalam Kelas Pemulihan Khas. Ia juga merupakan instrumen pengukuran pencapaian dalam menguasai kemahiran asas mata pelajaran Bahasa Melayu. Penggubalan soalan bagi ujian ini adalah berasaskan kemahiran-kemahiran tertentu. Jika murid tersebut lulus mengikut skor-skor yang ditetapkan maka murid tersebut boleh dikembalikan ke kelas biasa untuk menjalani program pemulihan dalam kelas.

Page 17: Nota Tenet Mate

1.2. Ujian formatif merupakan ujian yang dijalankan setelah murid mengikuti proses pembelajaran di Kelas Pemulihan Khas. Ujian adalah untuk menilai penguasaan murid dalam satu-satu kemahiran yang diajar. Ianya menjadi asas kepada peningkatan kemahiran yang lebih tinggi. Bahan ujian dan keputusan ujian hendaklah difailkan sebagai rujukan.

2. Pelaksanaan.Ujian Pencapaian ini hendaklah dilaksanakan setelah murid-murid mengikuti program pemulihan mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Kelas Pemulihan Khas.Ujian ini boleh dijalankan secara individu atau secara kumpulan. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada pencapaian setiap murid. Sekiranya terdapat sekumpulan murid yang menguasai kemahiran yang sama pada sesuatu masa, maka ujian ini boleh dijalankan secara kumpulan.

Pencapaian setiap murid hendaklah direkodkan dalam Borang Rekod Ujian Pencapaian Bahasa Melayu seperti contoh pada bahagian akhir sesuatu set ujian.

Page 18: Nota Tenet Mate

DEFINISI PENILAIAN

Penilaian membawa definisi tersendiri mengikut pandangan masing-masing. Menurut Jamila

K.A Mohamedmendefinisikan penilaian sebagai menilai murid daripada segi perkembangan

intelektual, emosi, bahasa, kognitif bagi mengetahui kelemahan dan kekuatan. Manakala

menurut Atan Long, penilaian ialah memberikan respons tentang proses pengajaran dan

pembelajaran samaada telah mancapai objektif atau tidak. D.Stuflebeam,dalam bukunya

Educational Evaluation and Decision membuat takrifan bahawa penilaian adalah satu proses

menentukan, mendapatkan dan memberi makluamt yang berguna untuk  membuat pertimbangan

mengenai tindakan yang akan diambil selanjutnya.

             Kesimpulannya, Penilaian adalah satu kaedah dalam mendapatkan maklumat untuk

membuat perancangan yang lebih berkesan.  Penilaian ini juga dilakukakan untuk menentukan

kekuatan dan kelemahan pelajar

PENILAIAN PENGESANAN

DEFINISI

Penilaian pengesanan didefinisikan sebagai satu penilaian secara informal yang dijalankan

oleh ibubapa, guru, pengasuh melalui cara pemerhatian atau senarai semak ke atas kanak-kanak

di bawah umur 7 tahun. Dalam menjalankan penilaian pengesanan ini tiada latihan khas yang

dijalankan ke atas kanak–kanak. Maklumat hasil dari penilaian ini juga bertujuan membantu ibubapa

menjalankan penilaian ke atas kanak–kanak seterusnya bagi merancang aktiviti yang boleh

digunakan untuk merancang aktiviti yang boleh meningkatkan keupayaan kanak–kanak tersebut.

Menurut Jamila K.A Mohamed (2005) mendefinisikan penilaian pengesanan adalah satu

proses yang kompleks yang melibatkan banyak cara bagi mengumpul maklumat berkaitan murid

supaya dapat mengenalpasti masalah atau ketidakupayaan  sebenar yang menyebabkan murid

tidak dapat mencapai objektif pembelajaran.

TUJUAN PENILAIAN PENGESANAN

             Tujuan penilaian pengesanan dilakukan adalah untuk mengumpul maklumat bagi proses

penyimpanan rekod. Hasil kajian penilaian pengesanan yang dilakukan akan digunakan untuk

tujuan rujukan dalam merancang aktiviti atau pengajaran yang sesuai kepada kanak–kanak

tersebut.  Selain itu hasil penilaian ini juga boleh diserahkan kepada pihak berkaitan dalam usaha

meningkatkan keupayaan kanak–kanak tersebut.

              Selain itu, penilaian pengesanan ini juga dapat membantu pengesanan di peringkat yang

lebih awal.Tahap ketidakupayaan kanak–kanak akan disedari lebih awal oleh ibubapa dan guru.  Ini

secara tidak langsung dapat membantu dalam proses melakukan  tindakan atau rawatan yang

sesuai mengikut kebolehan kanak- kanak tersebut. Contohnya bayi normal mengesan bunyi dan

bertindakbalas menoleh ke arah bunyi, bagi  bayi yang menghadapi masalah pendengaran bayi ini

Page 19: Nota Tenet Mate

tidak akan memberi ransangan terhadap bunyi,pengesanan awal ini membantu bagi mendapatkan

rawatan awal. 

            Penilaian pengesanan yang dilakukan boleh mengenalpasti kelebihan dan kekurangan

yang dimiliki oleh kanak-kanak. Setiap kanak-kanak terdiri daripada pelbagai kecenderungan atau

kelebihan yang dimiliki. Sebagai guru dan ibu bapa kita tidak sepatutnya memaksa kanak-kanak

untuk maju di dalam pelajaran. Pengajaran yang dilakukan oleh guru hendaklah fleksibel. Contoh,

jika seseorang kanak-kanak mempunyai kelebihan dalam bidang seni, ibu bapa dan guru hendaklah

meningkatkan kelebihan itu dengan menghantar kanak-kanak tersebut ke kelas seni.

KEGUNAAN PENILAIAN PENGESANAN

            Melalui penilaian pengesanan ini,ibubapa dan guru dapat mengetahui kebolehan dan

kekurangan kanak-kanak. Perancangan yang lebih boleh dirancang bagi meningkatkan lagi

kebolehan dan kreativiti yang ada pada kanak-kanak tersebut. Di samping itu, penilaian ini akan

dapat mengurangkan kekurangan yang ada pada kanak-kanak tersebut. Contohnya kanak-kanak

cenderung menonjol bakat dalam berinteraksi, ini secara tidak langsung dapat mengurangkan rasa

rendah diri untuk bergaul dengan orang lain.

             Selain itu, penilaian pengesanan ini juga digunakan untuk membantu guru,ibubapa

supaya dapat menilai dan mengesan peringkat perkembangan kanak-kanak sama seperti

kanak-kanak normal yang lain.  Kemahiran yang sedia ada pada kanak-kanak harus digilap dan

ditonjolkan supaya ketidakupayaan dapat diatasi segera. Dengan ini kanak-kanak tersebut tidak akn

terus mengalami perkembangan yang terbantut.

            Hasil  penilaian ini juga boleh digunakan untuk diberikan kepada yang berkaitan untuk

membantu bagi mengenali dan mengesan tahap perkembangan kanak– kanak secara lebih

terperinci dan betul.  Hasil penilaian ini juga boleh disimpan untuk tujuan rujukan pada masa akan

datang. Dengan ini perkembangan kanak-kanak akan terus dinilai dari masa ke semasa dan

ketidakupayaan dapat diatasi dengan segera.

                    Kesimpulannya, penilaian pengesanan dilakukan bagi mengenalpasti ketidakupayaan

kanak-kanak pada peringkat awal.

PENILAIAN DIAGNOSTIK

DEFINISI

             Penilaian diagnostik ialah satu proses penilaian terhadap kanak-kanak untuk melabel tahap

ketidakupayaan kanak-kanak.Penilaian ini biasanya dilakukan oleh psikiatris, guru. Proses ini juga

dikenal sebagai proses melabel.  Proses melabel ini penting kerana ini akan menentukan masa

Page 20: Nota Tenet Mate

depan kanak-kanak tersebut.  Disebabkan proses melabel ini penting penglibatan ramai pakar

diperlukan untuk mendapat keputusan diagnosis yang lebih tepat.

            Kementerian Pelajaran Malaysia mendefinisikan penilaian diagnostik sebagai penilaian

secara formatif bagi mendapatkan data yang menunjukkan ketidakupayaan murid yang akan

menyulitkan proses pengajaran dan pembelajaran.

                  Kesimpulannya, penilaian diagnostik ini adalah penilaian yang dilakukan kepada kanak-

kanak mengikut tahap ketidakupayaan mereka.  Dengan ini langkah dan rawatan tertentu boleh

diambil dengan lebih berkesan

TUJUAN PENILAIAN DIAGNOSTIK

             Penilaian diagnostik ini bertujuan untuk membuat penilaian awal tentang ketidakupayaan

kanak-kanak. Penilaian awal diperlukan oleh kanak-kanak bekeperluan khas terhadap keupayaan

mereka samaada secara formal iaitu melalui pemerhatian dan analisis. Penilaian ini membantu guru

menentukan samaada kanak-kanak tersebut memerlukan perhatian yang lebih atau tidak.  Guru-

guru juga dapat maningkatkaan tumpuan dan keupayaan pelajar yang memerlukan bantuan.

             Selain itu, penilaian ini juga bertujuan mengumpul maklumat untuk tujuan penempatan

kanak-kanak mengikut kebolehan mereka. Bagi kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan

yang terbatas dan berbeza kemampuan dengan kanak-kanak lain perlu diasingkan mengikut

keperluan pembelajaran.  Penilaian ini juga bertujuan membantu guru menyediakan atau

menyelaras sistem pengajaran mengikut ketidakupayaan kanak-kanak.

                                                                                   

              Penilaian diagnostik juga bertujuan memberikan maklumat kepada ibu bapa, guru dan

pakar kanak-kanak. Hasil penilaian yang dibuat boleh digunakan sebagai bahan rujukan. Selain itu

ibubapa juga boleh didedahkan dengan masalah sebenar anak-anak mereka dan kaedah atau

pendekatan yang sesuai ditekankan oleh ibubapa sebagai langkah mengurangkan masalah kanak-

kanak.  Penilaian ini juga membantu pakar memantau keadaan kanak-kanak dari masa ke semasa.

KEGUNAAN PENILAIAN DIAGNOSTIK

           Penilaian diagnostik penting bagi menentukan jenis ketidakupayaan kanak-kanak. Dengan

adanya penilaian ini guru-guru dan ibubapa dapat menngenalpasti tahap perkembangan kanak-

kanak. Oleh itu guru dan ibubapa dapat menyediakan program intervensi yang sesuai mengikut

kemampuan kanak-kanak supaya mereka mendapat kehidupan yang selesa disamping pendidikan

yang sesuai dengan tahap kemampuan kanak-kanak.

            Selain itu, penilaian diagnostik juga penting kepada guru-guru untuk merancang kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian mengikut tahap murid.  Apabila kanak-kanak ini

telah didiagnosis, guru akan mengetahui tahap kanak-kanak dan membolehkan guru menyediakan

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.  Contohnya kanak-kanak yang lemah

Page 21: Nota Tenet Mate

ditekankan dengan pengajaran secara visual manakala kanak-kanak normal lebih kepada

pengajaran yang lebih kompleks dan abstrak

               Penilaian ini juga penting bagi memberi maklumat yang lebih jelas tentang

ketidakupayaan kanak-kanak.  Hal ini kerana pada tahap ini kanak-kanak akan dilabel mengikut

ketidakupayaan mereka.  Dengan ini ibubapa akan mempunyai pengetahuan yang lebih tentang

ketidakupayaan anak mereka.  Ibubapa juga boleh mengambil tindakan sewajarnya iaitu mencari

pakar-pakar yang sesuai bagi melatih dan merawat anak-anak mereka.

            Kesimpulannya ,penilaian diagnostik ini diperlukan bagi proses melabel kanak-

kanak.Dengan adanya label ini akan dapat membantu proses rawatan..

                                                                                                                       

PENILAIAN PERKEMBANGAN

DEFINISI  

 Penilaian pekembangan ialah perubahan secara kualitatif yang belaku ke atas individu

sejak dilahirkan  lagi. Walaubagaimanapun perubahan yang berlaku adalah tidak sama antara

individu dan individu lain kerana perkembangan ini dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka di

sini membawa maksud menentukan potensi seseorang dari segi mental, fizikal, sosial, emosi dan

persekitaran pula membantu seseorang itu mencapai tahap maksimumnya.

Menurut crow dan crow pula,perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta

cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral, dan social. Contohnya

semasa di tingkatan 4, ani tidak dapat menyelesaikan masalah persamaan matematik.tetapi dia

mula dapat menyelesaikannya setelah berada di tingkatan 5.  Dengan ini jelaslah ani telah

mengalami perkembangan.

Menurut Karl E Garrison, perkembangan adalah dihasilkan daripada tindakan yang saling

berkait di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran.  Secara ringkasnya beliau berpendapat

perkembangan ditakrifkan sebagai pengaliran yang saling berkait di antara perubahan kualitatif dan

kuantitatif yang menuju kearah tertentu dan dijangkakan.

Menurut Rozumah Baharuddin (1984) Perkembangan ialah perubahan yang yang berlaku

yang berlaku dari segi kualiti, perubahan yang berlaku tidak boleh diukur secara kuantiti tetapi boleh

dilihat dengan membandingkan sifat yang terdahulu dengan sifat yang sedang terbentuk.  Proses ini

adalah proses rumit yang berlaku secara terus dari peringkat awal kanak-kanak hingga ke akhir

hayat.

ASPEK PENILAIAN PERKEMBANGAN

            Penilaian perkembangan kanak-kanak ini diukur dari 5 aspek iaitu penilaian aspek motor,

bahasa, mental, sosial dan pengurusan diri.

Page 22: Nota Tenet Mate

            Penilaian dari aspek perkembangan fizikal dan motor kanak-kanak ialah dari segi

kebolehan kanak-kanak bergerak.  Perkembangan motor mula berlaku apabila pergerakan tubuh

dan kegiatan tubuh dapat dikawal oleh system saraf dan otot.  Semasadi peringkat janin

perkembangan motor adalah sangat pesat.  Motor terbahagi kepada dua iaitu motor kasar dan

motor halus.  Selepas bayi dilahirkan  bayi banyak menggunakan motor halus kerana daya kawalan

motor bayi yang  sangat lemah.  Contohnya mengenggam,menyentuh dan sebagainya.Apabila

berusia 5 tahun kanak-kanak mula mmenggunakan  motor kasar untuk berjalan, berlari, melompat

dan sebagainya. Hal ini kerana otot motor kanak-kanak mula kuat.

             Penilaian melalui aspek mental ialah proses bagaimana maklumat daripada persekitaran

diterima dan disimpan dalam ingatan dan bagaimana maklumat tersebut diingat  apabila

diperlukan.  Menurut Jean Piaget (1896-1980). Pada tahap dunia motor iaitu dari (lahir hingga 2

tahun) bayi menggunakan aspek perkembangan mental keranaa mula berfikir kerana dipengaruhi

oleh kebolehan deria menyentuh, mendengar dan sebagainya.  Manakala pada peringkat pra

operasi (2 hingga 7 tahun).  Kanak-kanak mula berkomunikasi menggunakan perkataan bagi

mewakili objek dan pengalaman yang belaku di sekeliling mereka.

            Penilaian dari aspek bahasa juga merupakan salah satu aspek perkembangan.  Bahasa

merupakan satu media untuk berkomunikasi.  Melalui  bahasa manusia dapat bertutur untuk

melahirkan apa yang dirasai.  Bayi yang baru dilahirkan tidak dapat berhubung dengan orang lain

untuk menyatakan keperluan atau kehendaknya.  Apabila umur mula meningkatdari 0-2 tahun bayi

mula berinteraksi dengan kadar yang minimum dengan menggunakan pancaindera yang lain. 

Apabila umur bayi 6 bulan bayi kurang berkukur tetapi mula boleh menyebut perkataan.  Contohnya

ma….ma, ba…ba..  Perkembangan bahasa peringkat ini penting sebagai asas latihan bercakap

untuk perkembangan seterusnya.

             Penilaian perkembangan juga dinilai melalui aspek sosial iaitu proses apabila kanak-kanak

mula berhubung dengan orang lain mengikut cara yang diterima masyarakat.  Pada peringkat baru

lahir hingga1 tahun.  Perkembangan sosial awal bayi ialah mula boleh tersenyum.  Perkembangan

sosialnya berlaku berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan sebagainya manakala apabila kanak-

kanak memasuki alam persekolahan, mereka akan mula bergaul dengan kawan-kawan. Dengan ini

perkembangan sosial  akan mula berkembang.

             Aspek penilaian pengurusan diri kanak-kanak bermula pada usia 3 hingga 4 tahun.

Pengurusan diri ini merangkumi aspek menjaga dan memelihara diri sendiri dari pelbagai bentuk.

Contohnya dalam melakukan aktiviti harian, memakai baju , memberus gigi dan sebagainya.  Ibu

bapa perlu manjadi terbaik kepada anak-anak dalam proses pengajaran pengurusan diri.

TUJUAN PENILAIAN PERKEMBANGAN

                Tujuan utama penilaian perkembangan ialah menilai tahap perkembangan kanak-

kanak dari aspek perkembangan.Kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam mencapai tahap

Page 23: Nota Tenet Mate

perkembangan atau tidak boleh berkembang seperti kanak-kanak normal. Guru perlu memainkan

peranan dengan menjalankan proses intervensi awal untuk membantu perkembangan kanak-kanak

selaras dengan tahap umur mereka.

                 Selain itu penilaian ini juga bertujuan mengesan kekurangan dan kelebihan yang ada

pada kanak-kanak. Guru boleh melakukan perubahan dalam proses pengajaran supaya dapat

meningkatkan kreativiti kanak-kanak. Guru juga harus mencungkil bakat yang ada pada kanak-

kanak supaya kelebihan yang ada pada mereka dapat ditonjolkan disamping mengurangkan

kelemahan yang ada pada kanak-kanak tersebut.

                 Penilaian ini juga bertujuan untuk meningkatkan tahap perkembangan kanak-kanak. 

Hal ini kerana apabila guru telah mengetahui ketidakupayaan kanak-kanak langkaah bagi mangatasi

ketidakupayaan ini akan diambil.  Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan perkembangan

kanak-kanak tersebut.  Selain itu kanak-kanak ini juga akan lebih cenderung untuk menyerlahkan

kemahiran mereka.

KEGUNAAN PENILAIAN PERKEMBANGAN

                Penilaian  perkembangan kanak-kanak penting kerana melalui penilaian ini tahap

perkembangan kanak-kanak dapat diketahui.  Maklumat tentang perkembangan kanak-kanak

akan digunakan untuk  membuat pengesanan awal.  Pengesanan awal ini adalah untuk memastikan

kanak-kanak tidak mengalami perkembangan yang terbantut.  Contohnya pada usia 2 tahun kanak-

kanak yang mengalami pertumbuhan terbantut masih tidak dapat berjalan seperti kanak-kanak

normal.

                   Selain itu, penilaian ini juga penting bagi melakukan intervensi awal.  Kanak-kanak

akan mengalami perkembangan bermula umur 6 tahun.  Dalam tempoh ini kanak-kanak mula

berkembang. Perkembangan yang terbantut biasanyadisebabkan oleh adanya ketidakupayaan. Ibu

bapa, pengasuh perlu melakukan intervensi bagi membantu  kanak-kanak. Program intervensi juga

boleh dilakukan,melalui program ini kanak-kanak akan dilatih supaya dapat meningkatkan 

ketidakupayaan kanak-kanak supaya selaras dengan umur mereka.

                    

                     Penilaian perkembangan juga penting bagi mengenalpasti masalah dan perbezaan

semasa perkembangan kanak-kanak. Masalah ketidakupayaan kanak-kanak yang tidak sama

antara satu sama lain memerlukan penilaian bagi mengkelaskan ketidakupayaan kanak-kanak

mengikut tahap.  Kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan lebih mudah dikenalpasti dengan

membandingkan mereka dengan kanak-kanak normal yang lain.  Hal ini kerana tahap

perkembangan kanak-kanak yang berbeza antara satu sama lain,ada antara mereka yang aktif dan

ada juga yang pasif.

                   

             Kesimpulannya, penilaian perkembangan menyelaras kemahiran mengikut usia kanak-

kanak disamping membantu perkembangan kanak-kanak supaya tidak terbantut.

Page 24: Nota Tenet Mate

PENILAIAN PENCAPAIAN

DEFINISI

                Penilaian pencapaian ialah ujian atau siri ujian yang dijalankan untuk mendapatkan

maklumat  tentang pencapaian murid.  Penilaian pencapaian ini biasanya dilakukan kepada kanak-

kanak pada usia 7 tahun ke atas oleh guru untuk menentukan pelajar memerlukan kelas inklusif

atau tidak.  Penilaian ini dijalankan untuk menilai kecekapan dan kemahiran melalui pemerhatian

dan ujian bertulis.  Penilaian ini terbahagi kepada  dua iaitu penilaian sumantif dan penilaian

formatif.

                Menurut Mokhtar Ismail (1995) penilaian sumantif adalah yang dilakukan untuk mengukur

pengetahuan pelajar tentang sesuatu yang telah dipelajari .  Contohnya dalam UPSR, PMR, SPM dll

manakala penilaian formatif ialah ujian mengesan kekuatan dan kelemahan dan kekuatan pelajar

dalam penguasaan sesuatu kemahiran yang diajar.  Contohnya  soaljawab lisan, kuiz matematik dll.

                Menurut Kamus Dewan Bahasa, Penilaian pencapaian ialah proses pentaksiran yang

dibuat keatas apa yang telah dicapai atau dikenali sebagai prestasi.

TUJUAN PENILAIAN PENCAPAIAN

               Tujuan penilaian pencapaian ini dijalankan adalah untuk menilai tahap pencapaian

kanak-kanak. Kanak-kanak yang lemah dalam penguasaan dan berkebolehan dapat dikesan lebih

awal.Bagi kanak-kanak yang tidak dapat menguasai konsep 3M juga dapat dikesan dan ini

membolehkan guru membuat tindakan awal bagi mengatasi masalah ini.

              Selain itu, penilaian pencapaian ini juga bertujuan meningkatkan keupayaan

pelajar.  Dengan adanya penilaian ini juga dapat mengubah atau merancang bilik darjah yang

sesuai dengan menempatkan mereka mengikut kebolehan pelajar.  Dengan ini proses pengajaran

dan pembelajaran akan berjalan lebih lancar.

              Penilaian pencapaian ini juga bertujuan menganalisa kelemahan dan kekuatan murid. 

Hasil keputusan penilaian ini boleh menjadi pendorong untuk pelajar mencapai kejayaan. Pelajar

akan mengetahui kelemahan masing-masing dan guru dapat merancang aktiviti yang lebih

bersesuaian.

KEGUNAAN PENILAIAN PENCAPAIAN

Page 25: Nota Tenet Mate

              Hasil penilaian yang dilakukan membolehkan guru mengetahui objektif pengajaran dan

pembelajarandapat dicapai oleh pelajar atau tidak.  Ini akan membolehkan guru merancang 

pengajaran yang paling sesuai dan terbaik mengikut kemampuan pelajar. Contohnya, guru

menggunakan kaedah visual kepada pelajar yang lemah.

               Penilaian pencapaian penting bagi mengenalpasti keperluan pembelajaran

murid, penilaian yang dibuat memberi gambaran kepada guru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Pencapaian yang dicapai oleh murid mengambarkan kepada guru tahap pemahaman

murid.  Guru boleh melakukan tindakan samaada ingin meneruskan dengan subjek lain atau

memberi lebih pemahaman terhadap tajuk tersebut.

             Selain itu, penilaian pencapaian ini penting bagi membuat penempatan pelajar mengikut

keperluan pembelajaran mereka.Ujian ini juga menjadi titik permulaan untuk memisahkan pelajar

kepada kumpulan-kumpulan kecil mengikut kemampuan pembelajaran mereka.Hal ini penting bagi

mengelakkkan terdapat pelajar yang tercicir dalam pembelajaran.

             Kesimpulannya,penilaian pencapaian ini dapat membantu guru untuk membuat

pengubahsuaian dalam strategi pengajaran.  Contohnya menggunakan alat bantu mengajar(ABM).

PENILAIAN PSIKOLOGI

DEFINISI

               Psikologi berasal daripada dua perkataan iaitu `psyche` yang bererti jiwa dan `logos` yang

membawa maksud kajian tentang sesuatu.  Penilaian yang dilakukan ini berkaitan secara langsung

dengan tingkah laku, mental, emosi, kanak-kanak berkeperluan khas.  Penilaian ini adalah bertujuan

untuk membantu penilai mengawal tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas dari segi mental,

emosi dan tingkah laku.

                Menurut kamus dewan bahasa  penilaian psikologi ialah pentaksiran terhadap ilmu yang

mengkaji jiwa atau fikiran manusia dan kelakuan manusia. Crow dan crow pula berpendapat

penilaian psikologi ialah satu kajian untuk mengkaji maklumat tentang cara individu atau

sekelompok manusia di peringkat umur berlainan bertindakbalas terhadap ransangan dari alam

sekitar.

              

                Davindoff ( 1976 ) dipetik dari buku psikologi dalam bilik darjah pula mentafsirkan psiko

sebagai kajian saintifik tentang tingkah laku manusia dan haiwan secara nyata atau terselindung. 

Kajian ini adalah berdasarkan tingkah laku yang dapat diperhatikan. Contohnya bagaimana kanak-

kanak berjalan dan kajian tentang emosi kanak-kanak.

                 Kesimpulannya,definisi penilaian psikologi ialah berdasarkan penilaian terhadap mental

dan tingkahlaku manusia atau haiwan.

Page 26: Nota Tenet Mate

TUJUAN PENILAIAN PSIKOLOGI

                 Penilaian psikologi amat diperlukan terutama kepada kanak-kanak berkeperluan khas. 

Golongan kanak-kanak ini memerlukan satu kaedah penilaian yang sesuai dengan kaedah realiti

mereka.  Kaedah-kaedah yang sering diguna pakai untuk kanak-kanak normal mungkin tidak

mampu untuk membantu perkembangan tingkah laku, emosi, dan mental mereka.  Dari itu

pengetahuan dan kemahiran amat penting dikuasai oleh penilai kerana dengan mengenal pasti

keperluan khas ini maka guru dan penilai akan dapat mengadakan rawatan dan merancang

intervensi awal yang sesuai.

           

               Tujuan penilaian psikologi dibuat adalah untuk mengawal tingkah laku manusia yang

tidak diingini.  Secara tidak langsung ini akan membantu penilai memberi bimbangan akan

membentuk tingkah laku yang tidak baik kepada tingkah laku baik.

            Penilaian psikologi ini juga mampu membantu membuat penilaian, menyelidik dan

membuat pemerhatiantentang tingkah laku kanak-kanak bekeperluan khas ini.Dengan adanya

maklumat ini segala rancangan rawaatan boleh dilakukan.

KEGUNAAN PENILAIAN PSIKOLOGI

                    Penilaian psikologi memberi kegunaan kepada guru ibubapa untuk memahami

tingkahlaku dan mental kanak-kanak bekeperluan khas.  Guru juga harus mengenali kanak-

kanak sebelum mendekati mereka supaya mereka tidak bertindak agresif. Hal ini akan memudahkan

proses pengajaran dan pembelajaran. Proses bimbingan kanak-kanak juga lebih mudah

dijalankan.Pemahaman oleh guru-guru dan ibubapa terhadap masalah ini akan membolehkan

mereka menjalankan tanggungjawab membimbing dengan lebih berkesan.  Dengan itu kanak-kanak

berkeperluan khas akan merasa diri mereka dihargai dan merasakan selamat berada dibawah

jagaan guru mereka.

                   Selain itu penilaian psikologi juga digunakan sebagai satu kompenan untuk membantu

guru-guru menyelaras dan menyesuaikan kaedah mengajar agar bersesuaian dengan kanak-

kanak ini. Penyelarasan dan kesesuaian kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan

adalah perlu kerana tahap perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak ini sangat jauh

ketinggalan di belakang.

            Selain itu penilaian psikologi ini amat berguna untuk pengesanan pada peringkat

awal.  Pengesanan yang boleh dibuat melalui penilaian ini adalah seperti ketidakupayaan  murid.

Selain itu pengesanan juga akan dapat diperolehi di kalangan kanak-kanak yang menghadapi

masalah pembelajaran.  Akhir sekali penilaian pada peringkat awal akan mampu untuk mengesan

mereka yang mempunyai risiko ketidakupayaan.

PENUTUP

Page 27: Nota Tenet Mate

                     Kesimpulannnya, penilaian  amat penting kerana ia dapat menilai perkembangan

kognitif intelektual, emosi, bahasa dan komunikasi dan tingkah laku sesseorang kanak-kanak.

Penilaian ini mencakupi penilaian pengesanan,pengesanan diagnostic, penilaian

perkembangan,penilaian  pencapaian dan penilaian psikologi.  Penilaian ini boleh dilakukan kepada

seseorang kanak-kanak sejak mereka lahir hingga ke akhir hayat Penilaian boleh dilakukan

mengikut langkah demi langkah. 

                     Langkah pertama ialah menjalankan penilaian pengesanan.  Penilaian pengesanan

yang dilakukan membolehkan simpton-simpton awal dapat dikenalpasti.  Hal ini membolehkan

ibubapa dan guru membawa kanak-kanak tersebut berjumpa pakar seperti dooktor, pakar psikologi,

pakar terapi, pakar psikiatri dan lain-lain.  Ini bertujuan supaya penilaian diagnostik boleh dilakukan

keatas kanak-kanak tersebut. 

                     Penilaian diagnostik amat penting kerana ia dapat membantu ibubapa dan guru untuk

mengenalpasti ketidakupayaan kanak-kanak dengan tepat. Apabila penilaian diagnostik ini

dilakukan  kanak-kanak tersebut akan dilabel mengikut ketidakupayaan.  Hal ini membolehkan

langkah yang lebih khusus boleh diambil untuk membantu kanak-kanak tersebut.

                    Selepas melakukan penilaian diagnostik, penilaian perkembangan akan dilakukan bagi

mengetahui tahap perkembangan seseorang kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak dilihat

melalui perubahan yang berlaku keatas kanak-kanak mengikut usia mereka.  Selain itu tahap

perkembangan yang berlaku pada seseorang kanak-kanak  juga diukur melalui pencapaian. 

                    Oleh itu penilaian pencapaian akan dilakukan bagi mengukur tahap kebolehan

seseorang kanak-kanak. Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah terutama kanak-kanak

berkeperluan khas penilaian psikologi  akan dilakukan. Penilaian psikologi bertujuan untuk

membantu penilai mengawal tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas dari segi emosi,tingkah

laku dan mental mereka.