kajian tindakan mate sk - ga ma

Upload: noor-azmi-md-salim

Post on 19-Jul-2015

276 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

TEKNIK GA-MA ; SATU KAEDAH MENGUASAI KEMAHIRAN MASA DAN WAKTU. Oleh Hazni bin Osman Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah KM 3, Jalan Hassan 85000 Segamat, Johor.

ABSTRAK

Kajian ini pada asasnya dijalankan untuk membantu murid Tahun 5 menguasai dan meningkatkan kemahiran menjawab soalan matematik khasnya di bawah tajuk Masa dan Waktu dengan menggunakan Teknik Ga-ma. Kemahiran dalam tajuk ini memerlukan murid menguasai asas masa dan waktu iaitu jam, minit dan saat. Apabila mereka telah menguasai kemahiran asas ini, maka mudahlah mereka menjawab soalan matematik yang berkaitan dengan tajuk ini. Dalam kajian ini seramai 5 orang murid yang sederhana dan lemah dari Kelas Tahun 5 telah dipilih sebagai kumpulan sasaran berdasarkan kajian awal yang dijalankan. Kajian awal ini dilakukan berdasarkan pemerhatian, temubual, hasil kerja dalam kelas, latihan bertulis serta rekod ujian ( diagnostik dan pra ). Hasil kajian awal ini , didapati 5 orang murid tersebut berada di dalam kelompok yang lemah berkaitan tajuk masa dan waktu. Mereka menghadapi masalah untuk mencari tempoh masa dalam jam dan minit, menambah atau menolak jam dan minit serta menentukan waktu mula atau waktu akhir sesuatu aktiviti yang diberikan dalam soalan berbentuk penyelesaian masalah. Mereka juga agak lemah untuk menanamkan konsep masa bagi jam iaitu 60 minit. Teknik ini membantu murid memahami dan mengingati konsep 60 minit adalah satu jam. Ia juga membantu murid menambah dan menolak masa dalam minit dan jam, mencari tempoh masa serta menentukan waktu mula atau waktu akhir sesuatu aktiviti. penggunaan hands on. Teknik ini amat mudah digunakan , menyeronokkan dan memang amat membantu murid lemah kerana ia lebih kepada

1

1.0

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu.

Bila saya mula mengajar mengenai tajuk masa dan waktu, didapati ramai murid tidak dapat menjawab kebanyakan soalan penyelesaian masalah. Dalam soalan tersebut murid diminta mencari tempoh masa sesuatu aktiviti yang dijalankan. Jangkaan saya pada mulanya ialah kemungkinan soalan ini lebih tinggi arasnya berbanding kemampuan murid. Apabila saya berikan soalan soalan lain yang lebih rendah arasnya , mereka masih tidak berjaya menjawab malah ada yang membiarkan saja soalan tanpa dijawab. Bermula dari keadaan itu, saya berasa perlu melakukan sesuatu supaya murid-murid ini boleh menjawab sekurang-kurangnya sebahagian daripada keseluruhan soalan yang diberikan. Dapatan awal saya ialah murid-murid ini tidak menguasai kemahiran asas dalam tajuk Masa dan Waktu iaitu jam dan minit. Oleh itu, mereka menghadapi masalah untuk menjawab soalan berkaitan tajuk tersebut. 2.0 Fokus Kajian

Kajian yang dijalankan ini berfokus kepada meningkatkan penguasaan kemahiran menjawab soalan matematik berkaitan Masa dan Waktu.Teknik Ga-Ma ini diajar menggunakan kaedah pengajaran ansur maju supaya murid dapat menguasai kemahiran asas dalam pengiraan jam dan minit. Kelemahan untuk menguasai kemahiran asas dalam tajuk ini akan menyebabkan murid tidak dapat menyelesaikan masalah berkaitan tajuk. Sebagai contoh, jika diberi soalan ( 40 minit + 40 minit : berikan jawapan dalam jam dan minit ) kebanyakan murid menjawab 80 minit. Ini adalah kerana mereka sukar untuk menukarkan unit jam dan minit tanpa memahami konsep 60 minit adalah 1 jam. Teknik Ga-Ma ini dicipta bagi memastikan murid menanamkan konsep jam dan minit itu dalam ingatan mereka kerana konsep ini diterjemahkan secara konkrit dengan penggunaan alatan. Teknik ini mempunyai tiga fasa bermula dari alatan hingga kepada penggunaan teknik.

2

Teknik Ga-Ma mengikut fasa: Fasa 1 ( Alatan Bahan Bantu Mengajar )

Fasa 2 ( Teknik Ga-Ma Versi Murid )

Fasa 3 ( Teknik )

3

3.0 1.1

Objektif Kajian : Objektif Umum Membantu meningkatkan kemahiran menjawab soalan matematik berkaitan tajuk Masa dan Waktu.

1.2 1.2.1 1.2.2

Objektif Khusus Menggunakan Teknik Ga-Ma untuk menyelesaikan masalah matematik untuk mencari tempoh masa, waktu mula atau waktu akhir sesuatu aktiviti. Menyelesaikan soalan menambah dan menolak masa dan tempoh masa dalam minit dan jam. Meningkatkan minat murid mempelajari matematik. Kumpulan Sasaran.

1.2.34.0

Kumpulan sasaran terdiri daripad 5 orang murid Tahun 5 yang menghadapai masalah dalam menjawab soalan matematik untuk tajuk Masa dan Waktu. Kumpulan sasaran ini dipilih berdasarkan tinjauan awal, pemerhatian dan ujian pra yang dijalankan terhadap murid Tahun 5 berkenaan. 5.0 Pelaksanaan Kajian.

5.1

Tinjauan Masalah: Tujuannya adalah untuk memastikan apakah masalah,

Untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi, satu tinjauan yang sistematik telah dijalankan. siapakah yang terlibat dan apakah langkah-langkah yang boleh dirancang untuk mengatasinya. Tinjauan ini dilaksanakan berpandukan kaedah-kaedah berikut: 5.1.1 Pemerhatian

Dijalankan semasa P & P di dalam kelas. Murid yang bermasalah dikenalasti melalui respon serta penyertaan mereka dalam aktiviti berkaitan.

4

5.1.2

Soalselidik Murid ditanya secara lisan tentang masalah mereka ketika

Kaedah ini dijalankan secara rawak semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan. menjawab soalan yang diberikan. Respon mereka dicatat dan dikumpulkan untuk dianalisis. 5.1.3 Ujian Diagnostik

Kaedah ini menggunakan set soalan khusus untuk tajuk Masa dan Waktu. Ia mengandungi soalan aneka pilihan dan bertulis berbagai aras.

5.1.4

Ujian Pra / Ujian Pos

Ujian ini diberikan kepada murid sasaran. Hasil ujian ini direkod untuk analisis dan perbandingan. 5.2 Analisis Tinjauan Masalah: Tinjauan awal telah dijalankan ke atas murid tahun 5 dan dilakukan dalam tempoh sebulan. Tujuan utama adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan dan murid yang terlibat sebagai kumpulan sasaran. 5.2.1 Pemerhatian

Hasil pemerhatian dalam kelas lebih kurang 10 orang murid mempunyai masalah dalam topik ini. Mereka mudah keliru apabila berlaku pertukaran antara unit jam dan minit. Namun dalam kajian kali ini hanya 5 orang saja dipilih dengan tahap penguasaan berbeza , iaitu lemah dan sederhana.

5

5.2.2

Soal selidik Bila murid sedang

Soal selidik ini dibuat secara rawak semasa P & P. Contoh: Mengapa tak jawab soalan ini? Kenapa minit ini tidak ditukar kepada jam dan minit?

membuat latihan, guru menyoal murid dan respon mereka direkod.

Berapa jam tempoh yang diberi? ( soalannya dalam unit minit) Respon murid: Kenapa jam ini lebih/kurang? Tak ingatlah 80 minit ni dah lebih dari 1 jam Macam mana nak tukar jadi jam dan minit? 5.2.3 Ujian Diagnostik Hasil ujian ini, kita akan dapat

Kaedah ini menggunakan set soalan khusus bagi tajuk Masa dan Waktu. Tahap kesukaran sederhana dan mudah. menilai sejauh mana tahap penguasaan murid bagi tajuk ini. 5.2.4 Ujian Pra.

Hasil dari ujian ini direkodkan seperti berikut: Jumlah Soalan 10 soalan Jumlah jawapan betul 10 8 76 5-4 32 1-0 JUMLAH Bilangan murid 2 2 1 5 % 40 40 20 100

Berdasarkan Ujian Pra didapati didapati 3 orang murid sasaran ( 60%) hanya dapat menjawab kurang daripada 3 soalan dengan betul.Ini adalah satu keadaan yang membimbangkan dan perlu diambil tindakan segera oleh guru khasnya tajuk ini.

6

5.3 5.3.1

Tindakan Yang Dijalankan. Bagi mengatasi kurangnya penguasaan kemahiran dalam tajuk Masa dan

Waktu , maka diperkenalkan Teknik Ga-ma. Teknik ini mengandungi tiga (Fasa). Berikut adalah perincian tentang fasa-fasa tersebut: a) Fasa 1:

Melalui fasa ini, murid sasaran akan diajar menggunakan alatan Teknik Gama. Berikut adalah contoh penggunaan alatan Teknik Ga-Ma: Topik Kemahiran Kata kunci Contoh soalan : : : : Masa dan Waktu Mencari waktu akhir selepas tempoh masa yang diberi [ tanpa melibatkan minit ] Jam bertambah, butang bergerak ke kanan.

Ali mula mengulangkaji pelajaran pada pukul 8.00 pagi selama 2 jam. Pukul berapakah Ali tamat mengulangkaji ? Penyelesaian : Langkah 1 Langkah 2 Tulis tempoh masa yang diberi pada ruangan tempoh masa pada Papan Teknik GA MA. Gerakkan butang pada garis / indikator jam sebanyak dua kedudukan ke kanan bagi melambangkan 2 jam. Tetapkan masa mula belajar pada muka jam waktu mula. Letakkan butang pada garis jam di nombor 8.

7

Langkah 3 Topik Kemahiran Baca kedudukan baru butang selepas digerakkan [ jawapan ] iaitu nombor sepuluh. Lukis jarum jam pada waktu akhir. Baca waktu yang ditunjukkan ada muka jam / jawapan sebenar. Jawapannya : Pukul 10.00 pagi. : : Masa dan Waktu Mencari waktu akhir selepas tempoh masa yang diberi [ melibatkan jam dan minit minit tidak melebihi 60 minit ] Kata kunci Contoh soalan : Ali bertolak ke Kuala Lumpur pada pukul 9.10 pagi. Perjalanan mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Pukul berapakah Ali sampai ke destinasinya ? Penyelesaian : Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Baca kedudukan baru butang jam [ nombor 12 ]. Baca kedudukan baru butang minit [ nombor 40 ]. Lukis jarum jam waktu akhir berdasarkan kedudukan butang pada indikator jam dan minit. Baca jawapan pada muka. Jawapannya : Pukul 12.40 tengah hari. Tulis tempoh masa yang diberi. Gerakkan butang jam ke kanan sebanyak 3 [ 3 jam ]. Gerakkan butang minit ke kanan sebanyak 30 [ 30 minit ]. Tetapkan masa mula pada muka jam [ waktu mula ]. Letakkan butang jam pada nombor 9 bagi menandakan pukul 9. Letakkan butang minit pada nombor 10 bagi menandakan 10 minit. : Jam bertambah, butang bergerak ke kanan.

8

b)

Fasa 2

Untuk fasa ini, murid tidak lagi menggunakan alatan Teknik Ga-Ma. Mereka akan menggunakan pula Teknik Ga-Ma Versi murid. Bahan ini boleh digunakan di meja murid atau pada bila-bila masa mereka cuba menyelesaikan masalah matematik dalam tajuk Masa dan Waktu.

c)

Fasa 3

Bagi fasa terakhir ini, murid tidak lagi menggunakan apa-apa alatan. Fasa ini lebih kepada teknik ringkas yang boleh dibuat oleh murid. Mereka hanya perlu membuat garisan ringkas bagi unit jam dan minit.

d)e)

Membuat latihan selepas menggunakan alatan ( dengan bantuan guru dan tanpa bantuan guru ). Menjalani Ujian Pos

9

5.3.2 a) b) c) d) 5.3.3 i) ii) iii) iv) v) vi) vii)

Bahan-bahan Yang Digunakan Semasa kajian BBM Teknik Ga-Ma Teknik Ga-Ma Versi Murid Lembaran Kerja Kertas Ujian Pra dan Ujian Pos Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian. Kajian tindakan ini dijalankan dalam tempoh 2 bulan bermula

pertengahan Januari hingga Mac 2007. Ujian Pra dijalankan sebelum murid menggunakan teknik ini untuk perbandingan. Masa luang murid digunakan untuk mempelajari dan menguasai penggunaan alatan Teknik ga-Ma. Saya bertindak sebagai Fasilitator ketika murid menggunakan alatan ini. Setelah murid dapat menguasai teknik ini, murid akan diberikan latihanlatihan berkaitan ( dibantu penggunaan alatan ). Setelah mahir, murid diberikan pula alatan versi murid dan menyelesaikan soalan latihan ( bantuan minima guru ) Murid yang mahir menggunakan teknik sahaja untuk menyelesaikan masalah matematik. Ujian Pos dijalankan dan direkodkan keputusannya.

viii)

10

Jadual Pelaksanaan Kajian TARIKH Januari AKTIVITI Soal Selidik Ujian Diagnostik Februari Mac Pengumpulan Maklumat Ujian Pra Penggunaan Alatan Teknik Ga_Ma Ujian Pasca Analisis BBM Teknik Ga-ma Versi Murid CATATAN/TINDAKAN

5.4 5.4.1

Pelaksanaan Tindakan Dan Penilaian. Pelaksanaan Fasa 1

Alatan Teknik Ga-Ma ini diperkenalkan kepada murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran matematik. Pada sesi pertama, P & P lebih ditumpukan kepada cara penggunaan alatan. i) Pemerhatian Semua murid ingin cuba menggunakan

Dari pemerhatian saya, penggunaan alatan ini amatlah menarik minat semua murid termasuk murid sasaran. alatan ini. Minat ini semakin tinggi pada sesi kedua dan seterusnya sehingga setiap waktu P & P Matematik , murid kelihatan begitu bersemangat. ii) Refleksi

Saya mendapati murid amat berminat dan bersemangat ketika P & P jika terdapat sesuatu yang baru dan menarik. Semua murid bersaing untuk menjawab dengan bantuan alatan ini. Suasana P & P juga sangat kondusif dan penglibatan murid amat tinggi.

5.4.2

Pelaksanaan Fasa 2

11

Apabila murid diberikan bahan baru iaitu Teknik Ga-ma Versi Murid, minat mereka terus bertambah. Alatan yang boleh digunakan di meja murid sendiri memudahkan mereka menjawab soalan berkaitan. Selepas setiap sesi penggunaan alatan murid akan diberikan latihan untuk dinilai tahap penguasaan penggunaan teknik in. Perbandingan Pencapaian Murid JAWAPAN YANG BETUL FASA 1 FASA 2 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10

MURID Responden 1 Responden 2 Responden 3 Responden 4 Responden 5 i) Pemerhatian

Setelah menggunakan teknik ini, murid menjadi lebih yakin untuk menjawab soalan berkaitan jam dan minit. Semua soalan telah dapat dijawab dengan betul walaupun mengambil masa. Mereka menggunakan alatan sebagai bantuan. ii) Refleksi Saya berpuas hati dengan pencapaian murid berdasarkan keputusan latihanlatihan yang diberi sepanjang fasa 2. Konsep jam dan minit sebagai unit difahami dan diaplikasikan ketika menjawab.

5.4.3

Pelaksanaan Fasa 3

12

Pada Fasa ketiga, murid dikehendaki menggunakan teknik garisan sahaja untuk mewakili unit jam dan minit. Penggunaannya sama dengan alatan tetapi lebih ringkas dan cepat. Semuanya hanya menggunakan garisan dan bulatan. i) Pemerhatian

Dari pemerhatian saya murid telah yakin untuk menjawab soalan latihan yang diberi. Merka menggunakan teknik garisan masa ini sebagai bantuan dan untuk menyemak jawapan. Latihan juga dapat disiapkan dalam jangkamasa yang lebih pendek. ii) Refleksi

Saya berbangga dengan pencapaian murid-murid sasaran. Soalan matematk yang sebelumnya dianggap susah telah dijawab dengan betul. Teknik ini amat membantu meraka mendapatkan keyakinan diri secara beransur-ansur. 5.5 5.5.1 Refleksi Kajian Refleksi Pencapaian Murid. rekod pencapaian murid sasaran dalam Ujian Pra dan Ujian Pos

Apabila

dibandingkan terapat perbezaan yang besar antara kedua-dua ujian tersebut. Pencapaian Ujian Pos amat tinggi berbanding Ujian Pra ( lihat Graf Perbandingan ). Ini menunjukkan bahawa penggunaan Teknik Ga-Ma amatlah berkesan membantu meningkatkan pencapaian murid. Graf Perbandingan Pencapaian Murid dalam

10 8 6 4 2 0 UJIAN PRA UJIAN POS Res 1 Res 2 Res 3 Res 4 Res 5

13

Berdasarkan graf di perbandingan pencapaian tersebut, dapatlah dinyatakan bahawa selepas menggunakan Teknik Ga-Ma murid-murid sasaran berjaya menjawab semua soalan matematik yang diberi dengan betul. Ini apat dilihat dengan prestasi yang ditunjukkan dalam Ujian Pos. Sebagai perbandingan Responden 4, hanya dapat menjawab satu (1) soalan betul dalam ujian Pra. Manakala dalam Ujian Pos pula Responden 4 dapat menjawab sepuluh ( 10 ) soalan dengan betul. Ini merupakan peningkatan sebanyak 90 peratus( % ). Begitu juga dengan responden yang lain yang menunjukkan kadar peningkatan melebihi 70 peratus ( % ). Ini menjelaskan bahawa Teknik ini amat berjaya digunakan oleh murid sasaran dan tidak mustahil untuk diaplikasikan kepada murid-murid sederhana dan lemah yang lain. 5.5.2 Refleksi Pemerhatian.

Penggunaan Teknik Ga-Ma ini dilihat dapat membantu murid lemah dalam asas pengiraan unit jam dan minit. Dengan mengambil sedikit masa memahirkan diri mempelajari teknik ini, murid dapat mengaplikasikan teknik ini ketika menjawab soalan yang diberikan. Minat serta keyakinan murid dilihat begitu tinggi dengan dengan adanya alatan yang menarik ini. Proses P & P melibatkan penglibatan murid yang maksimum. Semua murid bersaing untuk mengambil bahagian, mencuba serta menggunakan alatan ini. Proses menggunakan Teknik Ga-Ma secara ansur maju juga menimbulkan keyakinan diri dalam mencuba sesuatu yang berlainan. Keistimewaan alatan ini yang membolehkan murid mendapat jawapan tanpa pengiraan yang panjang memudahkan murid yang lemah mengira. Ini dapat merangsang mereka untuk mencuba lebih banyak soalan tanpa rasa bimbang jika tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Sebagai kesimpulan, penggunaan Teknik Ga-Ma ini membantu murid menjawab soalan berkaitan masa dan waktu dengan betul . Teknik ini mudah dikuasai dan dapat diaplikasikan sepenuhnya oleh murid-murid. Kemahiran asas masa dan waktu akan dapat dikuasai dan seterusnya dapat meningkatkan kemahiran dalam tajuk ini.

14

5.5.3

Refleksi Keseluruhan.

Setelah tempoh dua bulan kajian ini dijalankan saya dapati hasil penggunaan teknik ini amat berjaya digunakan bagi meningkatkan kemahiran asas yang dikehendaki . Prestasi murid sasaran meningkat dengan ketara. Objektif kajian ini juga dapat dicapai dengan cemerlang terutamanya dalam menarik minat murid untuk berseronok sambil belajar. Namun apa yang lebih penting ialah saya dapat membantu dan mengajar murid satu teknik mudah untuk menjawab soalan matematik ( masa dan waktu ) dengan tepat dan betul. 6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya.

Alatan dan Teknik Ga-Ma ini memfokus kepada unit jam dan minit. Cadangan seterusnya adalah untuk memperluaskan penggunaan teknik ini kepada unit lebih kecil seperti saat dan unit lebih besar lain seperti hari dan minggu.

Rujukan. Mohamad Khairuddi Yahya, 2006 .Mathematics Teachers Guidebook Year 5. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur Sidang Pengarang, 2006 . Jurnal Kajian Tindakan Sekolah Rendah Negeri Johor. Johor Bahru : Jabatan Pelajaran Johor. Kementerian Pendidikan Malaysia , 2003. Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 5. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

15

LAMPIRAN

16