faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan e …dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi...

24
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E-LEARNING DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN EMPAT, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MADIHAH BINTI JAILANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 26-Dec-2019

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E …Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor adalah tinggi. Maka, ketiga-tiga faktor ini merupakan antara faktor-faktor

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E-LEARNING

DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN EMPAT, FAKULTI

PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MADIHAH BINTI JAILANI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E …Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor adalah tinggi. Maka, ketiga-tiga faktor ini merupakan antara faktor-faktor

CATATAN:

BORANG

JUDUL: FAKTOREFAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Saya mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat 1. Tesis adalah hakmilik 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

__________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat tetap:JPY 16, PEKAN PARIT YA’ANI,83710 YONG PENG,JOHOR.

Tarikh:___________________

����

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

* Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

� Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E-LEARNING DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN EMPAT, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

MADIHAH BINTI JAILANI (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuktujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusipengajian tinggi.

4. **Sila tandakan (� )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

__________________________ ____________________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: JPY 16, PEKAN PARIT YA’ANI, ENCIK JUHAZREN JUNAIDI83710 YONG PENG, Nama Penyelia

Tarikh:___________________ Tarikh:___________________

1 MEI 2008 1 MEI 2008

TEKNOLOGI MALAYSIA

lampirkan surat daripada pihak menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara kursus dan penyelidikan,

PENGESAHAN STATUS TESIS ����

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN PELAJAR TAHUN EMPAT,

FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan syarat kegunaan seperti berikut:

Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan si/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Disahkan oleh,

____________________________ (TANDATANGAN PENYELIA)

ENCIK JUHAZREN JUNAIDI

Nama Penyelia

Tarikh:___________________ 1 MEI 2008

Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E …Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor adalah tinggi. Maka, ketiga-tiga faktor ini merupakan antara faktor-faktor

“Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta

“Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)”

Tandatangan : ……………………………

Nama Penyelia : Encik Juhazren bin Junaidi

Tarikh : ……………………………1 MEI 2008

“Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Pendidikan (Matematik)”

………………………

: Encik Juhazren bin Junaidi

: ……………………………

Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E …Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor adalah tinggi. Maka, ketiga-tiga faktor ini merupakan antara faktor-faktor

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E-LEARNING

DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN EMPAT, FAKULTI

PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MADIHAH BINTI JAILANI

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

(Matematik)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2008

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E …Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor adalah tinggi. Maka, ketiga-tiga faktor ini merupakan antara faktor-faktor

“Saya akui bahawa kajian bertajuk ‘

E-learning di kalangan Pelajar

Teknologi Malaysia’ ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

“Saya akui bahawa kajian bertajuk ‘Faktor-faktor yang Mempengar

kalangan Pelajar-pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti

’ ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ……………………

Nama Pelajar : Madihah binti Jailani

Tarikh : ……………………1 MEI 2008

ii

faktor yang Mempengaruhi Penggunaan

, Fakulti Pendidikan, Universiti

’ ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

…………..

: Madihah binti Jailani

: ……………………..

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E …Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor adalah tinggi. Maka, ketiga-tiga faktor ini merupakan antara faktor-faktor

iii

DEDIKASI

Assalamualaikum w. b. t.

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya,

terhasillah sebuah laporan projek berkaitan e-learning. Segala kesulitan dan

rintangan tidak akan dapat ditempuhi tanpa belas dan kasih sayang daripada-Nya

Buat ayahanda dan bonda tercinta yang tidak pernah putus dalam memberikan

semangat dan mendoakan kejayaan serta kebahagiaan anakanda

Jailani Gaman dan Esah Salleh

Buat abang dan adik-adik tersayang

Mohd. Fadhli, Munirah, Noor Atiqah, Izaifah, Mohd. Ghazali dan Mohd. Iqbal

Buat Mohd. Khairi Nordin@Baharuddin yang tidak jemu-jemu menghulurkan

bantuan, semoga mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E …Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor adalah tinggi. Maka, ketiga-tiga faktor ini merupakan antara faktor-faktor

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji

bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi

Muhammad S. A. W.. Syukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik dan juga

kekuatan untuk menjalankan kajian dan menghasilkan laporan kajian ini dengan

baiknya.

Pelbagai rintangan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi sepanjang

menjalankan kajian. Segala bantuan dan sokongan yang dihulurkan amat bermakna

sekali bagi diri ini. Kesempatan ini ingin saya lahirkan rasa syukur dan ucapan jutaan

terima kasih kepada mereka yang berkenaan.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada penyelia saya yang baik

hati, Encik Juhazren Junaidi di atas nasihat, bimbingan, ilmu dan masa yang

diluangkan sepanjang menyelia saya hingga terhasilnya tesis ini.

Ucapan terima kasih juga dirakamkan buat pensyarah-pensyarah dan rakan-

rakan seperjuangan khususnya pelajar 4 SPT serta kepada mereka yang sentiasa

hulurkan bantuan hingga selesainya projek ini. Terima kasih di atas kerjasama yang

diberikan.

Allah sahajalah yang dapat membalas budi kalian. Terima kasih.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E …Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor adalah tinggi. Maka, ketiga-tiga faktor ini merupakan antara faktor-faktor

v

ABSTRAK

Perkembangan teknologi yang pesat memberikan impak kepada bidang

pendidikan. Bidang pendidikan mengalami perubahan seiring dengan arus

perubahan globalisasi. E-learning merupakan satu fenomena yang melanda dunia

pendidikan negara. Namun ia telah lama diaplikasi di negara-negara maju kerana ia

dipercayai mampu memberikan pelbagai manfaat kepada pihak-pihak yang terlibat

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk melihat

sejauhmana faktor isi kandungan, kaedah komunikasi dan maklumat tambahan

mempengaruhi penggunaan e-learning di kalangan pelajar-pelajar tahun empat,

Fakulti pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada

102 pelajar yang dipilih secara rawak mudah daripada 120 pelajar. Data yang

diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social

Science (SPSS) versi 11.5. Bilangan sampel adalah berdasarkan kepada jadual

Krejcie, R.V dan Morgan, D.W. Nilai alpha bagi soal selidik ialah, α = 0.966.

Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor adalah tinggi. Maka,

ketiga-tiga faktor ini merupakan antara faktor-faktor yang mempengaruhi

penggunaan e-learning. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang maklumat yang

berguna kepada pihak-pihak yang berkaitan agar dapat meningkatkan lagi tahap

penggunaan e-learning serta memaksimumkan penggunaannya.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E …Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor adalah tinggi. Maka, ketiga-tiga faktor ini merupakan antara faktor-faktor

vi

ABSTRACT

The fast development of technology gave an impact to the education field.

The education field changed parallel to the globalization changing. E-learning is one

of the phenomena that affected the education field of this country. But it has been

earlier applied in developed countries because it is believed to give more benefits to

people involved in teaching and learning. This research is done to gain information

on how far does content, communication method and supplementary information

factors influence the usage of e-learning among fourth year students, Faculty of

Education, Universiti Teknologi Malaysia. Research sample consists of 102 students

out of 120 students which was randomly selected. Data were then analyzed using

Statistical Package for Social Science (SPSS) software version 11.5. The number of

sample was based on Krejcie, R.V dan Morgan, D.W table. The alpha value for the

questionnaire is α = 0.966. The result shows that the mean value for those three

factors is high. Therefore, these three factors are among the factors which influenced

the using of e-learning. It is hoped that this research can provide important

information to the related parties so that the usage of e-learning can be increased

besides maximizing the use.

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E …Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor adalah tinggi. Maka, ketiga-tiga faktor ini merupakan antara faktor-faktor

vii

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENGENALAN 1 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.6.1 Pelajar 9

1.6.2 Pensyarah 9

1.6.3 Fakulti Pendidikan 9

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E …Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor adalah tinggi. Maka, ketiga-tiga faktor ini merupakan antara faktor-faktor

viii

1.6.4 Universiti Teknologi Malaysia 10

1.7 Skop Kajian 10

1.8 Batasan Kajian 11

1.9 Definisi Operasi 11

1.9.1 Faktor 11

1.9.2 Penggunaan 11

1.9.3 E-learning 12

1.10 Kesimpulan 12

2 SOROTAN KAJIAN 14

2.1 Pendahuluan 14

2.2 Perkembangan Internet 15

2.3 Pengenalan kepada Pembelajaran 17

2.4 Konsep E-learning 21

2.5 Perkembangan E-learning di UTM 24

2.6 Faktor-faktor Penggunaan E-learning 26

2.6.1 Isi Kandungan 27

2.6.2 Kaedah Komunikasi 30

2.6.3 Maklumat Tambahan 32

2.7 Kajian Penggunaan E-learning dalam Proses 34

Pembelajaran

2.8 Kesimpulan 35

3 METODOLOGI KAJIAN 36

3.1 Pendahuluan 36

3.2 Reka Bentuk Kajian 37

3.3 Tempat Kajian 37

3.4 Populasi Kajian 38

3.5 Sampel Kajian 39

3.6 Instrumen Kajian 40

3.6.1 Soal Selidik Tertutup 41

3.6.2 Soal Selidik Terbuka 42

3.6.3 Bahagian A 42

3.6.4 Bahagian B 43

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E …Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor adalah tinggi. Maka, ketiga-tiga faktor ini merupakan antara faktor-faktor

ix

3.6.5 Bahagian C 43

3.7 Prosedur Kajian 44

3.8 Kajian Rintis 45

3.9 Pengumpulan Data 46

3.10 Penganalisaan Data 47

3.11 Kesimpulan 48

4 ANALISIS DATA 50

4.1 Pendahuluan 50

4.2 Analisis Bahagian A: Demografi Pelajar 51

4.2.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan 51

Responden Mengikut Jantina

4.2.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan 51

Responden Mengikut Bangsa

4.2.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan 52

Responden Mengikut Program

4.2.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan 53

Responden Mengikut Umur

4.3 Analisis bahagian B: Faktor-faktor Penggunaan 53

E-learning

4.3.1 Faktor Isi Kandungan 54

4.3.2 Faktor Kaedah Komunikasi 56

4.3.3 Faktor Maklumat Tambahan 59

4.4 Kesimpulan 62

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 63

5.1 Pendahuluan 63

5.2 Perbincangan 63

5.2.1 Isi Kandungan Mempengaruhi 64

Penggunaan E-learning

5.2.1.1 Keperluan Pelajar 64

5.2.1.2 Kos Efektif 65

5.2.1.3 Gaya Penulisan 66

5.2.2 Kaedah Komunikasi Mempengaruhi 67

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E …Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor adalah tinggi. Maka, ketiga-tiga faktor ini merupakan antara faktor-faktor

x

Penggunaan E-learning

5.2.2.1 Perbincangan dan Perkongsian 67

Pandangan

5.2.2.2 Tahap Komunikasi 68

5.2.2.3 Keselesaan 69

5.2.3 Maklumat Tambahan Mempengaruhi 70

Penggunaan E-learning

5.2.3.1 Rujukan Kuliah 71

5.2.3.2 Maklumat Tugasan 71

5.2.3.3 Keyakinan Diri 72

5.3 Rumusan 73

5.4 Cadangan 74

5.4.1 Cadangan Umum 75

5.4.1.1 Pelajar 75

5.4.1.2 Pensyarah 75

5.4.1.3 Fakulti Pendidikan 76

5.4.1.1 Universiti Teknologi Malaysia 76

5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 77

5.5 Kesimpulan 78

BIBLIOGRAFI 79

LAMPIRAN 84

Lampiran A 85-89

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E …Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor adalah tinggi. Maka, ketiga-tiga faktor ini merupakan antara faktor-faktor

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK

MUKA

SURAT

2.1 Perbezaan antara pembelajaran tradisional dan

pembelajaran berasaskan web

19

2.2 Perbezaan peranan guru dan pelajar antara

pembelajaran tradisional dan pembelajaran atas

talian (online learning)

20

3.1 Populasi kajian 38

3.2 Sampel kajian 40

3.3 Skala Likert 5 mata 43

3.4 Item soal selidik 44

3.5 Pengelasan nilai min 48

4.1 Taburan responden mengikut jantina 51

4.2 Taburan responden mengikut bangsa 52

4.3 Taburan responden mengikut program 52

4.4 Taburan responden mengikut umur 53

4.5 Taburan responden bagi faktor isi kandungan 55

4.6 Taburan responden bagi faktor kaedah

komunikasi

58

4.7 Taburan responden bagi faktor maklumat

tambahan

61

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E …Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor adalah tinggi. Maka, ketiga-tiga faktor ini merupakan antara faktor-faktor

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK

MUKA SURAT

1.1 Laman muka (interface) e-learning UTM

sebelum daftar masuk (login)

5

1.2 Laman muka (interface) e-learning UTM

selepas daftar masuk (login)

6

2.1 Dasar pembangunan dan perkembangan

e-learning UTM

26

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E …Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor adalah tinggi. Maka, ketiga-tiga faktor ini merupakan antara faktor-faktor

xiii

SENARAI SINGKATAN

ABM - Alat Bantu Mengajar

CD-ROM - Compact Disc-Read Only Memory

MOODLE - Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment

SPSS - Statistic Package for Social Science

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E …Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor adalah tinggi. Maka, ketiga-tiga faktor ini merupakan antara faktor-faktor

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

MUKA SURAT

A Soal Selidik Faktor-faktor yang

Mempengaruhi Penggunaan E-learning

di kalangan Pelajar-pelajar Tahun

Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia

85

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E …Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor adalah tinggi. Maka, ketiga-tiga faktor ini merupakan antara faktor-faktor

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Bermula sekitar tahun 1956, perubahan dan kemajuan dalam bidang sains dan

teknologi kian membengkak. Dalam tempoh beberapa dekad, banyak kemajuan yang

telah ditunjukkan dan ia turut mempengaruhi perkembangan bidang-bidang lain

seperti peniagaan, komunikasi dan lain-lain. Bidang pendidikan juga tidak terlepas

daripada tempiasnya. Kini, bidang pendidikan lebih terbuka yang mana sesi

pengajaran dan pembelajaran tidak lagi terhad di dalam kelas sahaja. Malah,

pengajar dan pelajar boleh berada di tempat yang berlainan semasa sesi pengajaran

dan pembelajaran berlangsung.

Sehubungan dengan perubahan pesat yang melanda dunia khususnya dalam

era teknologi dan maklumat, kerajaan tidak mahu ketinggalan untuk turut bersaing

dengan dunia dalam bidang teknologi. Apatah lagi teknologi dalam kehidupan

seharian kini tidak dapat disangkal lagi kepentingannya. Justeru itu, kerajaan telah

mengambil beberapa langkah dalam membekalkan ilmu berkaitan teknologi kepada

para pelajar. Ini adalah antara usaha mulia kerajaan dalam melahirkan generasi yang

berilmu dan berdaya saing dalam era teknologi dan maklumat.

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E …Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor adalah tinggi. Maka, ketiga-tiga faktor ini merupakan antara faktor-faktor

2

Jika diimbas kembali perubahan yang melanda dalam sistem pendidikan

negara terutamanya kaedah pengajaran, ia berubah seiring dengan arus perubahan

dalam sistem pendidikan dunia. Bermula dengan kaedah pengajaran tradisional yang

menggunakan papan hitam (black board), diikuti penggunaan papan putih (white

board), dan seterusnya penglibatan Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam sesi

pembelajaran, kini pengintegrasian teknologi maklumat serta pengaplikasian internet

dalam sesi pembelajaran iaitu e-pembelajaran (e-learning) telah tersebar luas.

Menurut Zaidatun dan Jamalludin (2001), pengajaran tradisional yang mana

pensyarah sebagai penyalur atau penyampai maklumat dan pelajar sebagai penerima

maklumat merupakan komunikasi sehala. Interaksi adalah terbatas, bukan sahaja

antara pensyarah dengan pelajar, malah sesama pelajar juga terhad disebabkan oleh

jumlah pelajar yang ramai. Oleh yang demikian, adalah sukar untuk pensyarah

mengajar mengikut keperluan dan tahap keupayaan setiap pelajar.

Kini, teknologi komputer bukan sahaja membantu dalam mengaplikasikan

teori pembelajaran, malah ia turut menyumbang kepada kaedah pembelajaran yang

baru dalam dunia pendidikan (Pena-Shaff, Martin dan Gray, 2001). Jamalludin dan

Zaidatun (2003) berpendapat, penggunaan komputer adalah tertumpu kepada

perpindahan strategi dan cara persembahan maklumat yang digunakan kepada

pengetahuan yang bermakna dan bermanfaat. Bagi teks isi pelajaran pula, ia

dipersembahkan semula melalui penggunaan media yang pelbagai, menarik dan lebih

dinamik. Dengan ini, ia mampu menarik pelajar dan merangsang minda pelajar.

Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran

memberikan impak kepada corak pendidikan kini dan juga masa akan datang. Ini

disebabkan kelebihan dan keistimewaan yang ditawarkan oleh komputer dan tidak

dapat dinafikan kejayaan komputer dalam menarik minat ramai pihak terutamanya

para pelajar. Suatu hari nanti, kemungkinan pengajaran secara tradisional iaitu

penggunaan papan hitam dan kapur akan digantikan sepenuhnya oleh komputer dan

teknologi lain yang setara. Namun, hanya satu sahaja yang tidak mungkin teknologi

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E …Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor adalah tinggi. Maka, ketiga-tiga faktor ini merupakan antara faktor-faktor

3

dapat menggantikan, iaitu peranan guru. Komputer dan teknologi hanyalah alat yang

membantu dalam proses pembelajaran supaya dapat menghasilkan pembelajaran

yang lebih bermakna (Jamalludin dan Zaidatun, 2003).

1.2 Latar Belakang Masalah

Pada tahun 1997, Malaysia telah melancarkan satelitnya sendiri, iaitu

Malaysia East Satellite (MEASAT) dan juga pelaksanaan Lebuhraya Koridor Raya

(MSC). Bermula daripada peristiwa ini, masyarakat mula didedahkan tentang

penggunaan internet, kemudian masyarakat diperkenalkan pula dengan

e-perdagangan, seterusnya k-ekonomi dan kini e-pembelajaran atau dikenali juga

sebagai pembelajaran elektronik (Hazimah, 2003).

Hazimah (2003) menyatakan bahawa e-pembelajaran adalah pengintegrasian

teknologi maklumat ke dalam sistem pembelajaran. Menurutnya lagi, melalui laman

web, pelbagai bahan pengajaran dapat disediakan secara serentak dalam bentuk yang

lebih interaktif seperti teks, grafik, animasi, audio dan video. Tambahan lagi, sesi

pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan kaedah laman web mempunyai

darjah pemusatan yang tinggi terhadap pelajar.

Pada tahun 1998, muncul sebuah universiti maya yang pertama di Malaysia,

iaitu Universiti Tunku Abdul Razak (UNITAR). Universiti ini menawarkan

program-program yang membenarkan pelajar belajar secara atas talian (online).

Pembelajaran maya merupakan satu corak penerimaan ilmu atau pendidikan

menerusi pengalaman tertentu yang diuruskan oleh sistem atas talian (online).

Sistem ini menguruskan pembelajaran seperti membekalkan mekanisme

penghantaran maklumat, pemantauan prestasi pelajaran, penilaian dan pencapaian

kepada sumber pengajaran dan pembelajaran yang segera.

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E …Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor adalah tinggi. Maka, ketiga-tiga faktor ini merupakan antara faktor-faktor

4

Universiti-universiti di Malaysia kebanyakannya menggunakan sistem

e-learning tersendiri iaitu sama ada melalui perisian open-source (sumber terbuka)

atau Learning Management System (LMS) yang berlesen. Sistem e-learning UTM

pada mulanya telah menggunakan LMS berlesen iaitu WebCT. Namun, kini ia telah

beralih kepada perisian open-source iaitu Moodle (Modular Object-Oriented

Dynamic Learning Environment). Perisian ini menyediakan persekitaran

pembelajaran sesuai untuk pembelajaran kendiri dan juga berkumpulan. Ia terdiri

daripada empat fasa kerja iaitu membina (constructing), kolaborasi (collaborating),

mencipta (creating) dan berkongsi (sharing) (Mohamed Noor, 2005).

Berdasarkan penerangan di dalam lampiran ‘panduan ringkas kemudahan

e-learning’, pembelajaran elektronik atau e-learning merupakan salah satu

pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan

teknologi web dan internet. Ia juga menyokong proses pengajaran dan pembelajaran

konvensional. Projek e-learning di UTM ini merupakan satu usaha daripada pihak

universiti bagi membuka peluang kepada pensyarah dan pelajar memanfaatkan

teknologi yang terkini. Oleh yang demikian, diharap agar mutu pengajaran dan

pembelajaran di UTM dapat dipertingkatkan lagi.

Faedah-faedah yang bakal diperolehi pelajar melalui pendekatan e-learning

ialah pelajar mempunyai pilihan untuk belajar menurut kemampuan, keperluan dan

gaya pembelajaran yang digemari. Selain itu, pelajar juga akan didedahkan kepada

peluang pembelajaran tanpa batasan dan ini akan menggalakkan pelajar berfikir

dengan lebih kritis dan kreatif. Pelajar juga akan menjadi lebih berdikari dalam

proses menuntut ilmu dengan mencari bahan pembelajaran tambahan sendiri, bukan

hanya sekadar bergantung kepada nota pensyarah semata-mata.

Bagaimanakah cara menggunakan e-learning? Ia terlalu mudah! Pelajar

hanya perlu mencapai ke sistem e-learning UTM di alamat http://elearning.utm.my.

Gunakan pautan Login yang berada di sudut kanan atas laman muka untuk masuk ke

dalam sistem ini. Masukkan nama pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E …Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor adalah tinggi. Maka, ketiga-tiga faktor ini merupakan antara faktor-faktor

5

Langkah selanjutnya, pelajar hanya perlu memilih mata pelajaran daripada senarai

mata pelajaran dan pelajar boleh mula menggunakan semua kemudahan yang telah

disediakan di dalam sistem tersebut.

Sistem e-learning UTM ini dirancang hanya mempunyai beberapa modul

yang utama, iaitu maklumat mata pelajaran, nota kuliah, kuiz, tugasan dan

perbincangan yang boleh diakses atau dicapai memerusi rangkaian komputer

universiti. Namun, setelah bertukar kepada perisian Moodle, modul yang disediakan

telah bertambah, antaranya ialah resource, survey, journal dan beberapa modul lagi.

Modul ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam sorotan kajian.

Rajah 1.1 Laman muka (interface) e-learning UTM sebelum daftar masuk (login)

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E …Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor adalah tinggi. Maka, ketiga-tiga faktor ini merupakan antara faktor-faktor

6

Rajah 1.2 Laman muka (interface) e-learning UTM selepas daftar masuk (login)

1.3 Pernyataan Masalah

E-learning merupakan penyelesaian yang ideal bagi mereka yang

menghadapi masalah tidak dapat menghadiri kuliah. Masalah ini mungkin

disebabkan oleh kekangan-kekangan yang dihadapi oleh pelajar seperti masalah

kesihatan. Selain itu, masalah menghadirkan diri ke kelas juga mengganggu mereka

yang berminat untuk belajar tetapi menghadapi masalah disebabkan oleh kekangan

waktu kerana bekerja.

Terdapat beberapa perkara yang telah dikenal pasti sebagai faktor kepada

penggunaan e-learning. Antaranya ialah faktor reka bentuk, faktor kesenangan untuk

diguna, faktor pensyarah dan beberapa faktor lagi. Bagi kajian ini, pengkaji akan

mengkaji beberapa ciri e-learning yang baik untuk memastikan adakah ciri-ciri

e-learning yang baik ini menjadi perangsang kepada pelajar untuk menggunakan

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E …Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor adalah tinggi. Maka, ketiga-tiga faktor ini merupakan antara faktor-faktor

7

e-learning. Pengkaji telah memilih tiga ciri e-learning yang baik untuk dijadikan

bahan kajian pengkaji. Pemilihan ini adalah berdasarkan kepada pandangan daripada

beberapa penulis yang menyatakan perkara yang sama.

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti adakah isi kandungan, kaedah

komunikasi dan maklumat tambahan dalam e-learning mempengaruhi penggunaan

e-learning di kalangan pelajar. Kajian ini difokuskan kepada pelajar-pelajar tahun

empat Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan di Fakulti Pendidikan,

UTM.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah:

i. Mengenal pasti isi kandungan e-learning mempengaruhi penggunaan

e-learning;

ii. Mengenal pasti kaedah komunikasi dalam e-learning yang mempengaruhi

penggunaan e-learning;

iii. Mengenal pasti maklumat tambahan dalam e-learning mempengaruhi

penggunaan e-learning.