kajian faktor-faktor literasi, sosialisasi dan...

326
KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN TINGKAH LAKU PENGGUNA TERHADAP PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM BERDASARKAN TEORI TINGKAH LAKU YANG TERANCANG DALAM KALANGAN KAKITANGAN AWAM DI WILAYAH PERSEKUTUAN, PUTRAJAYA MOHD. AMIM BIN OTHMAN AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITY MALAYA KUALA LUMPUR 2017

Upload: ngophuc

Post on 21-Mar-2019

288 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN TINGKAH LAKU PENGGUNA TERHADAP

PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM BERDASARKAN TEORI TINGKAH LAKU YANG TERANCANG DALAM

KALANGAN KAKITANGAN AWAM DI WILAYAH PERSEKUTUAN, PUTRAJAYA

MOHD. AMIM BIN OTHMAN

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITY MALAYA

KUALA LUMPUR

2017

Page 2: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI

DAN TINGKAH LAKU PENGGUNA TERHADAP

PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM BERDASARKAN

TEORI TINGKAH LAKU YANG TERANCANG DALAM

KALANGAN KAKITANGAN AWAM DI WILAYAH

PERSEKUTUAN, PUTRAJAYA

MOHD. AMIM BIN OTHMAN

TESIS INI DISERAHKAN SEBAGAI MEMENUHI

KEPERLUAN BAGI IJAZAH DOKTOR FALSAFAH

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITY MALAYA

KUALA LUMPUR

2017

Page 3: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

ii

UNIVERSITI MALAYA

PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

Nama Calon : MOHD AMIM BIN OTHMAN (700909-02-5603)

Pendaftaran

:

IHA070036

Nama Ijazah

:

IJAZAH DOKTOR FALSAFAH

Tajuk Tesis

“Hasil Kerja ini”

:

KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN

TINGKAH LAKU PENGGUNA TERHADAP

PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM BERDASARKAN

TEORI TINGKAH LAKU YANG TERANCANG DALAM

KALANGAN KAKITANGAN AWAM DI WILAYAH

PERSEKUTUAN, PUTRAJAYA

Bidang Penyelidikan : KEWANGAN ISLAM (PENTADBIRAN DAN PERNIAGAAN)

Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku:

(1) Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini;

(2) Hasil Kerja ini asli;

(3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah

dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa

petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana

hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan

secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulisnya

telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini;

(4) Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu

bahawa penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain;

(5) Saya dengan ini menyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di dalam

hakcipta hasil kerja ini kepada Universiti Malaya (“UM”), yang seterusnya mula dari

sekarang adalah tuan punya kepada hakcipta di dalam Hasil Kerja ini dan apa-apa

pengeluaran semula atau penggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa juga cara

sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari UM;

(6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telah

melangggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya,

saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana

yang diputuskan oleh UM.

Tandatangan Calon Tarikh

Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan,

Tandatangan Saksi Tarikh

Nama :

Jawatan :

Safri
Highlight
Page 4: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

iii

KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN TINGKAH LAKU

PENGGUNA TERHADAP PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM

BERDASARKAN TEORI TINGKAH LAKU YANG TERANCANG DALAM

KALANGAN KAKITANGAN AWAM DI WILAYAH PERSEKUTUAN,

PUTRAJAYA

ABSTRAK

Perancangan Kewangan Islam seperti juga perbankan Islam dan takaful adalah satu

alternatif kepada perancangan kewangan konvensional yang memasuki pasaran sebagai

memenuhi permintaan masyarakat Islam terhadap satu sistem kewangan yang

menyeluruh terhadap produk kewangan Islam. Terdapat lima objektif iaitu pertama;

meneroka sejarah dan evolusi bidang perancangan kewangan di dalam sistem kewangan

di Malaysia, kedua; membuat perbandingan berdasarkan demografi bagi literasi, faktor

sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan kesejahteraan

kewangan, ketiga; memastikan saling kait faktor literasi, sosialisasi dan faktor-faktor

tingkah laku (sikap, norma subjektif, persepsi kawalan tingkah laku dan niat) dengan

demografi, Perancangan Kewangan Islam dan kesejahteraan kewangan, keempat;

menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi individu dalam niat dan tingkah laku

Perancangan Kewangan Islam serta kesannya ke atas kesejahteraan kewangan, dan

kelima; mengenalpasti sama ada niat merupakan mediator bagi pengaruh oleh sikap,

norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku Perancangan Kewangan Islam

terhadap tingkah laku individu dalam Perancangan Kewangan Islam. Kajian ke atas

tingkah laku perancangan kewangan individu menggunakan model Teori Tingkah Laku

Terancang. Persampelan rawak berperingkat berdasarkan kementerian dan jabatan

digunakan di mana tujuh kementerian dipilih dari senarai kementerian yang bertempat

di Putrajaya dan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. Sebanyak 304 data dianalisis

setelah ditentukan kesahan dan kebolehpercayaan. Objektif pertama menggunakan

kaedah kualitatif berdasarkan sumber data sekunder. Didapati pengerakan perancangan

kewangan di peringkat global mempengaruhi perkembangan perancangan kewangan di

Page 5: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

iv

Malaysia melalui kewujudan pelbagai institusi kewangan pengguna lewat alaf baru

seperti Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM) dan Majlis Perancangan

Kewangan Malaysia (MFPC). Objektif kedua melibatkan kajian kuantitatif di mana

sikap dan tingkahlaku Perancangan Kewangan Islam serta kesejahteraan kewangan

didapati berbeza mengikut taraf perkahwinan, kategori pekerjaan dan umur. Objektif

ketiga pula mendapati wujud saling kait yang signifikan di antara literasi, faktor

sosialisasi, faktor Perancangan Kewangan Islam dan kesejahteraan kewangan. Objektif

keempat pula, mendapati faktor sikap (b=6.227**, p=0.000) dan norma subjektif

(b=3.832**, p=0.000) mempengaruhi niat untuk bertingkah laku Perancangan

Kewangan Islam. Walaubagaimanapun, persepsi kawalan tingkah laku (b=0.457,

p=0.649) didapati tidak mempengaruhi niat untuk bertingkah laku. Bagi pengaruh

terhadap tingkah laku Perancangan Kewangan Islam, literasi (b=0.910**, p=0.000),

persepsi kawalan tingkah laku (b=0.069*, p=0.017) dan niat (b=0.005**, p=0.005)

Perancangan Kewangan Islam didapati mempengaruhi tingkah laku berkenaan. Bagi

objektif kelima, dapatan kajian membuktikan niat menjadi mediator kepada pengaruh

oleh sikap dan norma subjektif terhadap tingkah laku Perancangan Kewangan Islam.

Selanjutnya, tingkah laku ini mempengaruhi kesejahteraan kewangan individu

(b=0.084**, p=0.000). Hal ini menunjukkan faktor yang mempengaruhi perancangan

kewangan Islam dan kesannya terhadap kesejahteraan kewangan individu. Hasil kajian

ini diharapkan dapat menggalakkan keterlibatan individu dalam perancangan kewangan

Islam serta meningkatkan kesejahteraan kewangan mereka.

Katakunci: Perancangan Kewangan, Perancangan Kewangan Islam, Teori Tingkah Laku

Terancang, Sistem Kewangan Islam

Page 6: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

v

A STUDY ON LITERACY, SOCIALIZATION AND CONSUMER BEHAVIOUR

FACTORS TOWARDS ISLAMIC FINANCIAL PLANNING BASED ON

THEORY OF PLANNED BEHAVIOUR AMONGST PUBLIC STAFF IN

FEDERAL TERRITORY, PUTRAJAYA

ABSTRACT

Islamic Financial Planning which is similar to Islamic Banking and Takaful is a new

field that enters the financial market as a reaction to the activities of financial

engineering by the conventional financial market movers as a result of public demand

for a comprehensive service system for users of the financial markets products. Five

main objectives were outlined that is first, to explore aspects related to Islamic Financial

Planning covering history and financial planning evolution in the financial system in

Malaysia, make comparisons based on demography for literacy, socialization factor,

Islamic Financial Planning factors and financial well-being, ascertain the relationships

between literacy, socialization factor and behavioral factors (attitude, subjective norms,

perceived behavior control and intention) with demography, Islamic Financial Planning

and financial well-being, determine the factors influencing individual‟s Islamic

Financial Planning intention and behaviour and its effect on financial well-being, and

objective five is to identify whether intention is a mediator in the influence by Islamic

Financial Planning attitude, subjective norms and perceived behavioural control on the

individual Islamic Financial Planning behaviour. The study on individual financial

planning behaviour used Theory of Planned Behaviour. Multistage random sampling

based on ministries and departments was used where seven ministries were selected

from a list of ministries located in Putrajaya and Kuala Lumpur, Federal Territory. A

total of 304 data were analysed after validity and reliabity were determined. The first

objective used qualitative method based on secondary data. Firstly, the study found that

global financial planning has driven the development of financial planning in Malaysia

Page 7: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

vi

through the presence of various financial institutions in the new millennium such as the

Malaysian Financial Planning Association (FPAM) and the Malaysian Financial

Planning Council (MFPC). Secondly, the following involved quantitative study where

Islamic Financial Planning attitude and behaviour together with financial well-being

were found to be different based on marital status, job category and age. Thirdly, there

was also significant relationships found between literacy, socialisation factor, Islamic

Financial Planning factors and financial well-being. Fourthly, the results for objective

four found that attitude (b=6.227**, p=0.000) and subjective norms (b=3.832**,

p=0.000) influences Islamic Financial Planning intention. However, perceived

behavioural control (b=0.457, p=0.649) was not significant in influencing the intention.

For the influence on Islamic Financial Planning behaviour, the Islamic Financial

Planning literacy (b=0.910**, p=0.000), perceived behavioural control (b=0.069*,

p=0.017) and intention (b=0.005**, p=0.005) were found to be not influencing the

behaviour. Lastly, findings of this study proved that intention acted as a mediator in the

influence of attitude and subjective norms on Islamic Financial Planning behaviour.

Consequently, the behaviour of Islamic Financial Planning was found to affect the

financial well-being of individuals (b=0.084**, p=0.000). These show the factors in

influencing Islamic Financial Planning and the effect on financial well-being of

individual. The findings from this study hope to encourage the participation of

individual in Islamic Financial Planning and thus may enhance their financial well-

being.

Keywords: Financial Planning, Islamic Financial Planning, Theory of Planned Behaviour,

Islamic Financial System

Page 8: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

vii

PENGHARGAAN

Puji dan syukur kehadrat ALlah S.W.T. kerana memberi saya kekuatan semangat,

inspirasi dan kesabaran sehingga berjaya menyudahkan pengajian saya. Tesis ini tidak

mungkin dapat dinoktahkan tanpa bantuan, bimbingan, kefahaman, kesabaran dan

galakan dari pelbagai pihak yang tidak henti-henti memberi sokongan kepada saya.

Terlebih dahulu jutaan terima kasih kepada penyelia asal saya Professor Madya Dr. Ab.

Mumin Bin Ab. Ghani yang bersara wajib pada 2017 kerana sentiasa menaruh

kepercayaan bahawa saya mampu menghabiskan pengajian saya. Tidak lupa juga

kepada Dr. Kamaruzzaman bin Noordin kerana membimbing saya sehingga saya dapat

menghabiskan Ph.D saya. Saya juga sangat berterima kasih kepada rakan sejawat di

Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia,

Universiti Putra Malaysia, staff di Akademi Pengajian Islam dan Institut Pengajian

siswazah, Universiti Malaya dan insan lain sama ada dinyatakan atau tidak kerana

banyak membantu saya ketika saya menghadapi pelbagai masalah berkaitan pengajian

saya. Kejayaan ini saya tujukan kepada arwah ibu saya puan Hajjah Rahmah binti Haji

Saad dan arwah bapa saya Haji Othman bin Haji Ahmad kerana tidak sempat melihat

kejayaan saya ini. Mereka berdua adalah insan yang senantiasa memberi kepercayaan

penuh di dalam apa saja kerjaya yang saya ceburi. Ucapan terima kasih tidak terhingga

saya adalah kepada isteri saya Professor Madya Dr. Majdah Binti Zawawi kerana

sentiasa bersabar dan tidak berhenti memberi semangat sehingga saya berjaya juga

menamatkan pengajian saya. Kepada anak-anak saya Inshirah, Asiah, Ahmad dan

Khadijah kerana percaya bahawa abah boleh menghabiskan perjalanan ini. Saya juga

sangat bersyukur kerana dianugerahkan keluarga dan rakan yang banyak membantu

saya. Semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal ke atas usaha dan bantuan

anda.

Page 9: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

viii

JADUAL KANDUNGAN

Tajuk Kajian i

Perakuan Keaslian Penulisan ii

Abstrak iii

Abstract v

Penghargaan vii

Jadual Kandungan viii

Senarai Gambar Rajah xiii

Senarai Jadual xiv

Senarai Simbol dan Singkatan xvi

Senarai Kependekan xviii

Panduan Transliterasi xix

Senarai Lampiran xxi

BAB 1: PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 1

1.3 Kenyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 12

1.5 Hipotesis Kajian 13

1.6 Definisi Istilah 13

1.7 Kerangka Konseptual Kajian 18

1.8 Limitasi Kajian 19

1.9 Kepentingan Kajian 20

1.10 Pengurusan Tesis 21

BAB 2: KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 24

2.2 Konsep dan Teori Perancangan Kewangan 24

2.2.1 Sumber Pendapatan (Kewangan) 26

2.2.1.1 Modal Insan 27

2.2.1.2 Modal Kewangan 28

2.2.1.3 Hubungan di antara Modal Kewangan dan Modal

Insan

29

2.2.2 Model Penggunaan 30

2.2.3 Pengagihan Estet 30

2.2.4 Teori Tingkah Laku Perancangan Kewangan 36

Page 10: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

ix

2.2.4.1 Teori Tingkah Laku Beralasan (Theory of Reasoned

Action) (TTB) 39

2.2.4.2 Teori Tingkah Laku Terancang (Theory of Planned

Behavior) (TTT) 40

2.2.5 Tingkah Laku dalam Perancangan Kewangan Islam 43

2.3 Tingkah Laku dalam Bidang Kewangan Islam 48

2.4 Angkubah Berdasarkan Teori Tingkah laku Terancang dalam Perancangan Kewangan

51

2.4.1 Faktor Demograpi 51

2.4.2 Pendidikan Kewangan 53

2.4.3 Pendapatan 54

2.4.4 Pengurusan Kewangan 55

2.4.5 Sosialisasi Kewangan 57

2.4.6 Literasi Kewangan 60

2.4.7 Kesejahteraan Kewangan 64

2.5 Kerangka Konseptual Kajian Berdasarkan Teori Tingkah Laku

Terancang

68

2.6 Kesimpulan 70

BAB 3: SEJARAH PERKEMBANGAN PERANCANGAN KEWANGAN

3.1 Pengenalan 71

3.2 Sejarah Ringkas Evolusi Perancangan Kewangan 73

3.3 Bidang Utama Kewangan Peribadi 80

3.3.1 Perancangan Kewangan 84

3.3.1.1 Persatuan Perancang Kewangan 85

3.3.1.2 Persatuan Kebangsaan Penasihat Kewangan Peribadi 89

3.3.1.3 Tabung Endowmen Kebangsaan bagi Pendidikan

Kewangan

90

3.3.1.4 Gabungan Perancangan Kewangan 91

3.3.2 Kaunseling Kewangan 92

3.3.2.1 Persatuan Kaunseling kewangan dan Pendidikan

Perancangan

93

3.3.3 Penasihatan Kewangan 94

3.3.4 Kaunseling Kredit dan Pengurusan Hutang 95

3.3.5 Gerontologi Kewangan 100

3.4 Sejarah Perkembangan Perancangan Kewangan Di Malaysia 103

3.5 Institusi Kewangan Berkaitan Perancangan Kewangan di Malaysia 110

3.5.1 Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM) 111

3.5.2 Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) 112

3.5.3 Persatuan Perancang Kewangan dan Penasihatan Malaysia 113

3.5.4 Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) 114

Page 11: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

x

3.5.5 Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) 115

3.6 Undang-undang Berkaitan Penguatkuasaan Aktiviti Perancang

Kewangan Di Malaysia

117

3.7 Undang-Undang Berkaitan Perlesenan Penasihat Kewangan 120

3.8 Sejarah Perkembangan Institusi berkaitan Perancangan Kewangan

Islam

122

3.9 Kesimpulan 127

BAB 4: METODOLOGI KAJIAN

4.1 Pengenalan 128

4.2 Reka Bentuk Kajian 128

4.3 Lokasi Kajian 129

4.4 Persampelan 130

4.5 Instrumen Kajian 132

4.5.1 Demografi 133

4.5.2 Literasi Perancangan Kewangan Islam 133

4.5.3 Faktor Sosialisasi 134

4.5.4 Sikap, Norma Subjektif dan Persepsi Kawalan Tingkah Laku

Perancangan Kewangan Islam

135

4.5.4.1 Sikap Terhadap Perancangan Kewangan Islam 135

4.5.4.2 Norma Subjektif Perancangan Kewangan Islam 138

4.5.4.3 Persepsi Kawalan Tingkah Laku Perancangan

Kewangan Islam

140

4.5.4.4 Niat Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam 143

4.5.4.5 Tingkah Laku bagi Perancangan Kewangan Islam 143

4.5.4.6 Kesejahteraan Kewangan 144

4.6 Pra-Uji 145

4.7 Pengumpulan Data 146

4.8 Penganalisisan Data 146

4.8.1 Analisis Deskriptif 146

4.8.2 Taburan Normal 147

4.8.3 Ujian Perbezaan 148

4.8.4 Ujian Korelasi 148

4.8.5 Analisis Regresi 149

4.8.5.1 Lineariti 151

4.8.5.2 Multikollineariti 152

4.8.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan 156

4.8.6.1 Kesahan 156

4.8.6.2 Kebolehpercayaan 160

4.9 Kesimpulan 162

Page 12: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

xi

BAB 5: HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1 Pengenalan 163

5.2 Demografi Responden 163

5.3 Literasi Subjektif Perancangan Kewangan Islam 165

5.3.1 Perbandingan Berdasarkan Jantina bagi Literasi Subjektif

Perancangan Kewangan Islam

167

5.3.2 Perbandingan Berdasarkan Status Perkahwinan bagi Literasi

Subjektif Perancangan Kewangan Islam

168

5.3.3 Perbandingan Berdasarkan Kategori Pekerjaan bagi Literasi

Subjektif Perancangan Kewangan Islam

170

5.3.4 Perbandingan Berdasarkan Umur bagi Literasi Subjektif

Perancangan Kewangan Islam

171

5.4 Faktor Sosialisasi Terhadap Perancangan Kewangan Islam 172

5.4.1 Perbandingan Berdasarkan Jantina bagi Faktor Sosialisasi

Terhadap Perancangan Kewangan Islam

173

5.4.2 Perbandingan Berdasarkan Status Perkahwinan bagi Faktor

Sosialisasi Terhadap Perancangan Kewangan Islam

174

5.4.3 Perbandingan Berdasarkan Kategori Pekerjaan bagi Faktor

Sosialisasi Terhadap Perancangan Kewangan Islam

175

5.4.4 Perbandingan Berdasarkan Umur bagi Faktor Sosialisasi

Terhadap Perancangan Kewangan Islam

177

5.5 Komponen Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam 178

5.5.1 Perbandingan Berdasarkan Jantina bagi Komponen Tingkah

Laku Perancangan Kewangan

179

5.5.2 Perbandingan Berdasarkan Status Perkahwinan bagi

Komponen Tingkah Laku Perancangan Kewangan

181

5.5.3 Perbandingan Berdasarkan Kategori Pekerjaan bagi

Komponen Tingkah Laku Perancangan Kewangan

183

5.5.4 Perbandingan Berdasarkan Umur bagi Komponen Tingkah

Laku Perancangan Kewangan

185

5.6 Niat Perancangan Kewangan Islam 187

5.6.1 Perbandingan Berdasarkan Jantina bagi Niat Perancangan

Kewangan Islam

187

5.6.2 Perbandingan Berdasarkan Status Perkahwinan bagi Niat

Perancangan Kewangan Islam

189

5.6.3 Perbandingan Berdasarkan Kategori Pekerjaan bagi Niat

Perancangan Kewangan Islam

190

5.6.4 Perbandingan Berdasarkan Umur bagi Niat Perancangan

Kewangan Islam

191

5.7 Kesejahteraan Kewangan 192

5.7.1 Perbandingan Berdasarkan Jantina bagi Kesejahteraan

Kewangan

193

5.7.2 Perbandingan Berdasarkan Status Perkahwinan bagi

Kesejahteraan Kewangan

195

Page 13: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

xii

5.7.3 Perbandingan Berdasarkan Kategori Pekerjaan bagi

Kesejahteraan Kewangan

197

5.7.4 Perbandingan Berdasarkan Umur bagi Kesejahteraan

Kewangan

199

5.8 Perbandingan Angkubah-angkubah 201

5.8.1 Perbandingan Berdasarkan Jantina Bagi Angkubah 203

5.8.2 Perbandingan Berdasarkan Status Perkahwinan Bagi

Angkubah

204

5.8.3 Perbandingan Berdasarkan Kategori Pekerjaan Bagi

Angkubah

206

5.8.4 Perbandingan Berdasarkan Umur Bagi Angkubah 207

5.9 Korelasi antara Angkubah 209

5.9.1 Korelasi antara Faktor Sosialisasi dengan Faktor

Perancangan Kewangan Islam dan Kesejahteraan Kewangan

209

5.9.2 Korelasi antara Literasi Subjektif dan Pendidikan dengan

Faktor Perancangan Kewangan Islam

212

5.9.3 Korelasi antara Niat dan Tingkah Laku dengan Faktor

Perancangan Kewangan Islam

213

5.9.4 Korelasi antara Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam

dengan Kesejahteraan Kewangan

214

5.10 Regresi Berbilang bagi Niat untuk Tingkah Laku Perancangan

Kewangan Islam

215

5.11 Regresi Berbilang Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam 219

5.12 Mediator Niat dalam Pengaruh Faktor ke atas Tingkah Laku

Perancangan Kewangan Islam

222

5.13 Regresi Mudah Kesejahteraan Kewangan 226

5.14 Kesimpulan 228

BAB 6: RUMUSAN

6.1 Pengenalan 229

6.2 Ringkasan Kajian 229

6.3 Penemuan Utama 234

6.4 Sumbangan Kajian 241

6.5 Cadangan Kajian Masa Depan 243

6.6 Kesimpulan 245

RUJUKAN 246

SENARAI PENERBITAN 265

Page 14: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

xiii

SENARAI GAMBAR RAJAH

1.1 Kerangka Konsep Kajian Tingkah laku Perancangan

Kewangan Islam Berdasarkan Teori Tingkah laku Terancang

18

2.1 Proses Pengagihan Harta 27

2.2 Model Penggunaan 30

2.3 Proses Pengagihan Harta 35

2.4 Teori Kitaran Hayat Kewangan 35

2.5 Teori Tingkahlaku Beralasan 40

2.6 Teori Tingkah Laku Yang Terancang 43

2.7 Kerangka Konsepsual Perancangan Kewangan 69

4.1 Kerangka Konsepsual Kajian Tingkah Laku Perancangan

Kewangan Islam berdasarkan Teori Tingkah Laku Terancang

133

5.1 Kerangka Konsepsual Kajian Tingkah Laku Perancangan

Kewangan Islam berdasarkan Teori Tingkah Laku Terancang

228

Page 15: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

xiv

SENARAI JADUAL

4.1 Taburan Agihan Borang Soal-Selidik 129

4.2 Literasi Subjektif Perancangan Kewangan Islam 134

4.3 Faktor Sosialisasi Terhadap Perancangan Kewangan Islam 135

4.4 Sikap Terhadap Perancangan Kewangan Islam 136

4.5 Norma Subjektif Perancangan Kewangan Islam 138

4.6 Persepsi Kawalan Tingkah laku Terhadap Perancangan

Kewangan Islam

140

4.7 Niat untuk Bertingkah laku Perancangan Kewangan Islam 143

4.8 Tingkah laku Perancangan Kewangan Islam 144

4.9 Kesejahteraan Kewangan 145

4.10 Nilai Kepencongan dan Kurtosis bagi Angkubah 147

4.11 Penentuan Multikolineariti bagi Angkubah Dalam Model

Regresi

152

4.12 Analisis Faktor Angkubah 158

4.13 Bebanan Faktor bagi Faktor Sosialisasi 159

4.14 Bebanan Faktor Niat Perancangan Kewangan Islam 159

4.15 Bebanan Faktor Tingkah laku Perancangan Kewangan Islam 159

4.16 Bebanan Faktor Kesejahteraan Kewangan 160

4.17 Kebolehpercayaan Angkubah 161

5.1 Demografi Responden 164

5.2 Literasi Subjektif Perancangan Kewangan Islam 166

5.3 Literasi Subjektif Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan

Jantina

167

5.4 Literasi Subjektif Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan

Status Perkahwinan

169

5.5 Literasi Subjektif Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan

Kategori Pekerjaan

170

5.6 Literasi Subjektif Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan

Umur

171

5.7 Faktor Sosialisasi Terhadap Perancangan Kewangan Islam 173

5.8 Faktor Sosialisasi Terhadap Perancangan Kewangan Islam

Berdasarkan Jantina

174

5.9 Faktor Sosialisasi Terhadap Perancangan Kewangan Islam

Berdasarkan Status Perkahwinan

175

5.10 Faktor Sosialisasi Terhadap Perancangan Kewangan Islam

Berdasarkan Kategori Pekerjaan

176

5.11 Faktor Sosialisasi Terhadap Perancangan Kewangan Islam

Berdasarkan Umur

177

5.12 Komponen Tingkah Laku Perancangan Kewangan 178

Page 16: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

xv

5.13 Komponen Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam

Berdasarkan Jantina

180

5.14 Komponen Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam

Berdasarkan Status Perkahwinan

181

5.15 Komponen Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam

Berdasarkan Kategori Pekerjaan

183

5.16 Komponen Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam

Berdasarkan Kategori Umur

185

5.17 Niat Perancangan Kewangan Islam 187

5.18 Niat Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan Jantina 188

5.19 Niat Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan Status

Perkahwinan

189

5.20 Niat Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan Kategori

Pekerjaan

190

5.21 Niat Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan Umur 191

5.22 Kesejahteraan Kewangan 193

5.23 Kesejahteraan Kewangan Berdasarkan Jantina 194

5.24 Kesejahteraan Kewangan Berdasarkan Status Perkahwinan 196

5.25 Kesejahteraan Kewangan Berdasarkan Kategori Pekerjaan 198

5.26 Kesejahteraan Kewangan Berdasarkan Umur 200

5.27 Skor Min Bagi Angkubah-angkubah 201

5.28 Perbandingan Berdasarkan Jantina Bagi Angkubah-angkubah 203

5.29 Perbandingan Berdasarkan Status Perkahwinan Bagi

Angkubah-angkubah

205

5.30 Perbandingan Berdasarkan Kategori Pekerjaan Bagi

Angkubah-angkubah

206

5.31 Perbandingan Berdasarkan Umur Bagi Angkubah-angkubah 209

5.32 Korelasi Faktor Sosialisasi dengan Faktor Perancangan

Kewangan Islam dan Kesejahteraan Kewangan

211

5.33 Korelasi Literasi Subjektif dan Pendidikan dengan Faktor

Perancangan Kewangan Islam

213

5.34 Korelasi Niat dan Tingkah Laku dengan Faktor Perancangan

Kewangan Islam

214

5.35 Korelasi Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam dengan

Kesejahteraan Kewangan

215

5.36 Regresi Berbilang bagi Niat untuk Tingkah Laku Perancangan

Kewangan Islam

217

5.37 Regresi Berbilang bagi Tingkah Laku Perancangan

Kewangan Islam

221

5.38 Regresi Mudah Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam

dengan Kesejahteraan Kewangan

227

Page 17: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

xvi

SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN

AFCPE Association Of Financial Counseling And Planning Education

AHEA American Home Economic Association

AICCCA Association Of Independent Consumer Credit Counseling Agencies

AKPK Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit

ANOVA Analysis Of Variance

ASIFA Australian Society For Investment And Financial Advisors

BAPCPA The Bankruptcy Abuse Prevention And Consumer Protection Act

BNM Bank Negara Malaysia

CFP Certified Financial Planner

CFPBS Certified Financial Planner Board Of Standards

CIFP Certified Islamic Financial Planning

CMDF Capital Market Development Fund

CMP Capital Market Masterplan

CMSA Capital Market Service Act

CMSL Capital Market Service License

College FP College Of Financial Planning

DMP Debt Management Plan

FPA Financial Planning Association

FPAM Financial Planning Association of Malaysia

FPC Financial Planning Coalition

FPSB Financial Planning Standard Board

HERAPP Home Economics Research Assessment Planning Projections

IAFP International Association Financial Planning

IBCFP International Board Of Standards For Certified Financial Planners, Inc.

IBFIM Islamic Banking and Finance Institute Malaysia

ICFP International CFP (Certified Financial Planning)

ICM Islamic Capital Markets

IFC Institute Of Financial Counseling

IFSBA Islamic Financial Services Board Act-IFSBA

IJFCP International Journal Of Financial Counseling And Planning

INCIEF International Centre of Education in Islamic Finance

ISRA International Syariah Research Academy for Islamic Finance

JAFP Japanese Association For Financial Planners

JIM Jabatan Insolvensi Malaysia

LOFSA Labuan Offshore Financial Services Authority

MAChFC Malaysian Association Of Chartered Financial Consultants

Page 18: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

xvii

MFPC Malaysia Financial Planning Council

MIFC Malaysian International Financial Centre

NAPFA National Association Of Personal Financial Advisors

NEFE National Endowment For Financial Education

NFCC National Foundation For Credit Counseling

PERKESO Pertubuhan Keselamatan Sosial

PISK Pelan Induk Sektor Kewangan 2001-2010

PKI Perancangan Kewangan Islam

PNB Permodalan Nasional Berhad

PNBi Institut Pelaburan PNB

PTSK Pelan Tindakan Sektor Kewangan 2011-2020

RFP Registered Financial Planner

RFP Registered Chartered Financial Planners

SC Security Commission

SFCE Society For Financial Counseling Ethics

SIA Securities Institute, Australia

TTB Teori Tingkah Laku Beralasan

TTT Teori Tingkah Laku Terancang

Page 19: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

xviii

SENARAI KEPENDEKAN

A.S ‘Alayh al-Salam

Bil Bilangan

C Cetakan

E Edisi

h. Halaman

Ibid (Latin: Ibidem) pada tempat, kitab atau halaman yang sama

j. Jilid

no. Nombor

Op. cit (Latin: Opere citato) dalam rujukan yang diterangkan

r.a Raḍi Allāh ‘anh

s.a.w Ṣall Allāh ‘Alayh Wasallam

S.W.T Ṣubḥānah wa Ta’ālā

Sdn. Bhd. Sendirian Berhad

t.t Tanpa tahun

T.TP Tanpa Tempat

T.PT Tanpa Penerbit

Page 20: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

xix

PANDUAN TRANSLITERASI

1. Konsonen

Huruf Arab Huruf Rumi Huruf Arab Huruf Rumi

ṭ : ط a : ا

ẓ : ظ b : ب

„ : ع t : ت

Gh : غ th : ث

F : ف j : ج

Q : ق ḥ : ح

K : ك kh : خ

L : ل d : د

M : م dh : ذ

N : ن r : ر

H : ھ , ؎ z : ز

W : و s : س

, : ء sh : ش

Y : ي ṣ : ص

H : ۃ ḍ : ض

Page 21: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

xx

2. Vokal

Panjang Pendek Diftong

ṭ : او Ā --- (fathah) : A : آ

ay : اى Ū --- (dammah) : U : و

ــــی Ī --- (kasrah) : I : ى : iy/i

و : uww

Beberapa istilah Arab yang dimelayukan telah digunakan dan dikekalkan dalam bahasa

melayu dari sudut ejaannya seperti akidah, akhirat, Al-Qur‟an, al-Sunnah, ijmak,

kiamat, sahsiah, ulama, Rasulullah dan sebagainya. Begitu juga dengan istilah Inggeris

yang telah dimelayukan.

Page 22: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

xxi

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran A Taburan Normal

Lampiran B Regresi Berbilang Perancangan Kewangan Islam

Lampiran C Reliabiliti

Lampiran D Borang Soal Selidik

Page 23: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

1

BAB 1: PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan maklumat penyelidikan yang bertajuk “Kajian Faktor-Faktor

Literasi, Sosialisasi dan Tingkah Laku Pengguna Terhadap Perancangan Kewangan

Islam Berdasarkan Teori Tingkah Laku Terancang dalam Kalangan Kakitangan Awam

di Wilayah Persekutuan. Antara perkara utama yang dibincangkan adalah latar belakang

kajian, kenyataan masalah, objektif dan hipotesis kajian, definisi, limitasi kajian,

kepentingan kajian dan pengurusan tesis. Latar belakang kajian menerangkan

perkembangan terkini berkaitan tajuk kajian dan mengapa tajuk tersebut dipilih.

Kenyataan masalah pula cuba merungkai sebab utama kenapa perlu ada satu kajian

berkaitan tingkah laku pengguna terhadap konsep Perancangan Kewangan Islam. Dari

permasalahan yang timbul dapat dihasilkan lima objektif kajian dan empat hipotesis

bagi menguji objektif yang telah dibangunkan. Penerangan definisi angkubah yang

merujuk kepada istilah berkaitan kewangan juga dihasilkan bagi menjelaskan kekeliruan

berkaitan skop kajian berkaitan perancangan kewangan.

1.2 Latar Belakang Kajian

Kajian dalam tingkah laku ekonomi pengguna telah dijalankan hampir tiga dekad yang

lalu. Fitzsimmons, Hira, Bauer, dan Hafstrom (1993) telah menghasilkan penilaian

terbaik berkaitan kajian tingkah laku kewangan pengguna dari tahun 1970an hingga

awal 1990an. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, banyak kajian mula tertumpu

kepada tingkah laku kewangan dalam pelbagai bentuk (contohnya, Hilgert et al., 2003;

Page 24: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

2

Hogarth, Beverly, & Hilgert, 2003; Hogarth, Hilgert, & Schuchardt, 2002; Muske &

Winter, 2001; O‟Neill & Xiao, 2003; Xiao, 2006). Tingkah laku perancangan kewangan

boleh didefinisikan sebagai tingkah laku individu yang berkaitan dengan wang dan

pengurusan kewangan. Tingkah laku kewangan individu yang biasa diketahui adalah

pengurusan wang tunai, hutang dan tingkah laku menyimpan.

Selain itu, peningkatan kos sara hidup yang berterusan dan pasaran kewangan

yang bersifat kompleks sekaligus memerlukan kemahiran individu dalam mengawal

kewangan peribadi masing-masing secara efektif (Braunstein & Welch, 2002). Streeter

(2003), mendapati bahawa golongan eksekutif muda tidak dapat menyesuaikan diri

dengan terminologi industri kewangan yang semakin kompleks serta tidak mahu

mengakui dan mempelajarinya lalu menyebabkan mereka gagal dalam memahami dan

memiliki produk atau perkhidmatan kewangan yang terbaik dan tidak membebankan.

Senario ini berlaku akibat kurangnya pengetahuan (literasi) kewangan dalam kalangan

eksekutif muda. Menurut Sherrader (2010), keupayaan kewangan adalah merangkumi

keupayaan bertindak (pengetahuan, kemahiran, keyakinan dan motivasi) dan peluang

untuk bertindak (pemilihan produk dan perkhidmatan kewangan yang berkualiti).

Manakala majoriti masyarakat yang tidak mempunyai pengetahuan kewangan

merupakan golongan yang berpendapatan rendah, kumpulan minoriti dan golongan

wanita (Lusardi, 2007).

Perubahan gaya hidup generasi muda adalah sangat membimbangkan

memandangkan mereka menghadapi masalah mengurus kewangan sekaligus

menjejaskan keupayaan kewangan mereka. Oleh itu, kemahiran dalam mengawal

kewangan amat penting seperti dapatan kajian daripada Husniyah, Fazli dan Ahmad

(2005); Kempson, Collard dan Moore (2005), yang mendapati tiga aspek yang

Page 25: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

3

mempengaruhi keupayaan kewangan individu iaitu (i) pengetahuan dan pemahaman (ii)

kemahiran dan (iii) keyakinan dan tingkah laku individu terhadap kewangan).

Kurangnya kemahiran kewangan sering menjadikan golongan eksekutif muda dibebani

hutang seperti sewa beli rumah, kenderaan, pendidikan dan kesihatan yang pada

hakikatnya semakin meningkat. Selain itu, penggunaan kad kredit dalam kalangan

eksekutif muda turut membimbangkan kerana kemudahan mendapatkan peluang kredit

dalam pasaran pada hari ini telah menggalakkan pembelian yang tidak terancang dan

perbelanjaan secara berlebihan tanpa disedari oleh mereka (Husniyah, Fazli & Ahmad,

2005).

Keupayaan kewangan merupakan satu konsep yang luas merangkumi aspek

tingkah laku pengurusan individu serta perkaitan antara institusi luar dan peraturan-

peraturan yang perlu dipatuhi (Johnson & Sherraden, 2007). Selain itu, amalan dan gaya

hidup pada masa kini mempengaruhi keputusan individu (Henry, Weber & Yarbrough,

2001; Parrotta & Johnson, 1998) dalam membuat keputusan kewangan yang kompleks

memandangkan ketika ini terlalu banyak faktor yang menyumbang kepada peningkatan

hutang individu (Roberts & Jones, 2001). Menurut Laporan Bank Negara Malaysia

(BNM), seramai 16,251 individu telah diistiharkan muflis pada tahun 2004 berbanding

12,351 (2003) dan angka ini meningkat secara berterusan. Statistik daripada Jabatan

Insolvensi Malaysia (2012) turut menunjukkan jumlah baki tertunggak pemegang kad

kredit yang mengalami peningkatan ketara dari tempoh 1994 hingga 2003. Ini adalah

kerana ideologi golongan muda pada masa ini iaitu „pembelian sekarang, bayar

kemudian‟ telah menjadi satu pegangan dalam gaya hidup menyebabkan mereka terlibat

dalam masalah kewangan yang serius (Cavanagh, 2005).

Page 26: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

4

Kesejahteraan kewangan adalah suatu konsep yang menerangkan mengenai

kedudukan kewangan individu atau keluarga dan ia juga adalah indikator dan satu

domain utama kepada kesejahteraan hidup (Campbell, 1981; Olson, McCubbin, Barnes,

Larsen, Muxen, & Wilson, 1989; Zaimah & Sarmila, 2012). Kesejahteraan kewangan

juga merujuk kepada dua petunjuk iaitu petunjuk objektif dan petunjuk subjektif bagi

status kewangan peribadi individu. Petunjuk objektif dilihat berdasarkan keadaan

kewangan termasuk perkara-perkara seperti pendapatan, hutang, simpanan dan aspek

keupayaan kewangan seperti pengetahuan produk dan perkhidmatan kewangan,

perancangan awal dan bajet yang tinggal. Keadaan kewangan termasuk juga kepuasan

dengan simpanan dan pelaburan (Kim & Garman, 2003). Walson dan Fitzsimmons,

(1993); Prawitz, Garman, Sorhaindo, O‟Neill, Kim, dan Drentea (2006) juga

menyatakan petunjuk objektif seperti pendapatan isi rumah adalah sebagai mengukur

aspek keadaan kewangan dan meramal persepsi tentang keadaan kewangan seseorang.

Petunjuk subjektif pula dilihat dari tahap kepuasan individu dengan keadaan kewangan

semasa dan masa depan mereka (Cox, Hooker, Markwick, & Reilly, 2009). Manakala

petunjuk subjektif pula digunakan untuk meramalkan keadaan kewangan yang berkaitan

dengan kepuasan terhadap sumber-sumber yang diperoleh dan tahap kesejahteraan

ekonomi mereka. Kepuasan keseluruhan dengan keadaan kewangan adalah sebagai

ukuran yang sering digunakan dalam menentukan kesejahteraan kewangan (Joo, 2008:

Van Praag, Frijters & Ferrer-i-Carbonel, 2003).

Dalam mencapai kesejahteraan kewangan, perancangan kewangan adalah aspek

yang amat penting kerana ia adalah satu proses individu atau keluarga merancang masa

hadapan mereka (Husniyah, Syuhaily, Mohd. Fazli, Mohd. Amim & Ahmad Hariza,

2005; Syuhaily, Mumtazah, & Naimah, 2013). Perancangan kewangan mempunyai

Page 27: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

5

beberapa komponen yang meliputi pemilikan wang dan merancang penggunaannya

dalam membuat perbelanjaan, penyimpanan, peminjaman, pengurusan risiko, pelaburan

dan pengawalan kewangan masa depan (Kapoor, Dlabay, & Hughes, 2004; Syuhaily,

Mumtazah, & Naimah, 2013). Selain itu, individu yang mengamalkan pengurusan

kewangan dengan baik dan mengikut strategi yang disyorkan oleh pakar-pakar

kewangan akan lebih berpuas hati dengan kedudukan kewangan mereka (Prawitz,

Garman, Sorhaindo, O‟Neill, Kim, & Drentea, 2006). Parotta dan Johnson (1998); Fazli

dan Falahati (2012) menunjukkan pengurusan kewangan peribadi telah dikenal pasti

sebagai faktor penyumbang utama kepada kepuasan status kewangan seseorang.

Pembangunan keupayaan untuk menguruskan kewangan peribadi telah menjadi

semakin penting kerana ia merupakan pelaburan untuk jangka panjang bagi kegunaan

persaraan, perbelanjaan keluarga dan pendidikan anak-anak pada masa akan datang.

Keupayaan untuk menguruskan sumber-sumber dengan berkesan adalah penentu utama

kesejahteraan kewangan (Joo, 2008;. Shim, Xiao, Barber, & Lyons, 2009). Xiao,

Sorhaindo, dan Garman (2006) menunjukkan bahawa tingkah laku kewangan

termasuklah amalan yang berkaitan dengan wang tunai, kredit dan pengurusan

simpanan, manakala tingkah laku yang berkesan adalah merujuk kepada tingkah laku

positif atau wajar disyorkan oleh ekonomi pengguna sebagai cara untuk meningkatkan

kesejahteraan kewangan. Kesejahteraan pengguna pula didefinisikan sebagai kepuasan

pengguna terhadap domain kehidupan yang merangkumi pembelian, pemilikan,

penggunaan, penjagaan dan pelupusan dalam mencapai gaya hidup yang diimpikan

(Sirgy, 2002; Jariah, Sharifah Azizah & Laily, 2013).

Dalam mencapai kesejahteraan kewangan dalam hidup, penggunaan sumber-

sumber yang terhad secara berkesan adalah digalakkan bagi memastikan sumber-

Page 28: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

6

sumber tersebut dapat digunakan oleh generasi akan datang dan sumber kewangan juga

dapat diminimumkan. Memandangkan negara sekarang menunjukkan permintaan dan

penggunaan tenaga yang semakin meningkat seperti minyak mentah, gas asli dan

elektrik disebabkan perkembangan sektor perindustrian dan pengangkutan. Daripada

sumber Statistik Petronas (2011), pengeluaran minyak mentah menunjukkan penurunan

sebanyak 10.7 peratus daripada 233 juta tong pada tahun 2010 kepada 208 juta tong

pada tahun 2011. Manakala pengeluaran bersih gas asli mencatatkan peningkatan

sebanyak 0.3 peratus iaitu daripada 2160.0 kepada 2165.0 juta padu standard (JKPS).

Hal ini akan mengakibatkan bebanan pelepasan bahan pencemaran ke ruang udara dan

seterusnya boleh mencemarkan kualiti udara (Jabatan Perangkaan Alam Sekitar, 2012).

Peningkatan drastik ini menyebabkan masalah alam sekitar berlaku termasuklah

pemanasan global, hujan asid dan jerebu, tanah runtuh, tsunami yang merupakan

ancaman akibat daripada perbuatan manusia sendiri. Penyusutan sumber alam dan

pencemaran berkait rapat dengan perbuatan manusia yang sangat mementingkan

pembangunan dan pertumbuhan ekonomi (Fazli & Teoh, 2006).

1.3 Kenyataan Masalah

Kegagalan dalam mengurus tingkah laku kewangan menyebabkan pelbagai masalah

berkaitan kewangan seperti disenarai hitam oleh pihak bank atau diistiharkan muflis

oleh pihak Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM). Masalah kewangan merupakan antara

peristiwa penting yang sering dihadapi individu dalam kehidupan seharian mereka.

Kitaran ekonomi yang tidak menentu mempengaruhi keupayaan kewangan individu dan

memberi kesan kepada kualiti hidup individu dan keluarga. Sebagai contoh, kadar

pengangguran di Malaysia mencatatkan peningkatan kepada 3.3 peratus pada Mei 2013

Page 29: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

7

berbanding 3.0 peratus pada April dan kadar inflasi turut naik 1.5 peratus dengan pada

Februari 2013 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2013).

Peningkatan hutang dalam kalangan pengguna menunjukkan pengguna perlu

mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran kewangan yang baik bagi membuat

keputusan kewangan dengan lebih bijak. Kajian-kajian lepas telah membuktikan

bahawa peningkatan hutang serta status muflis dalam kalangan pengguna, sikap tidak

menyimpan serta pembuatan keputusan kewangan yang kurang bijak boleh mendorong

ke arah bebanan kewangan kepada sesebuah keluarga (Grable & Joo, 1998; Lyons &

Hunt, 2003; Allen et al., 2007).

Kesan situasi ekonomi seperti kenaikan harga minyak dan barangan keperluan

yang secara tidak langsung meningkatkan kos sara hidup menyebabkan semakin ramai

rakyat terutama golongan muda berdepan masalah hutang yang kronik. Hal ini sangat

membimbangkan kerana terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa golongan

muda di negara ini menghadapi masalah dalam menguruskan kewangan mereka.

Statistik yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan terdapat

peningkatan dalam pinjaman tertunggak, hutang kad kredit serta kemuflisan dalam

kalangan golongan muda di Malaysia sangat membimbangkan (Leila, Fazli & Laily,

2012). Jumlah pinjaman tidak berbayar meningkat daripada RM1,924 juta kepada

RM29,892 juta di antara tahun 1994 hingga April 2011 (Bank Negara, 2011). Dalam

kes kebangkrapan pula, sebanyak 19,575 orang individu telah diisytiharkan muflis pada

tahun 2012 (Jabatan Insolvensi Malaysia). Tambahan lagi, lebih separuh (57.5%)

daripada jumlah individu yang muflis adalah terdiri daripada pengguna yang berumur

44 tahun dan ke bawah. Kajian Fazli, MacDonald, Hira dan Jariah (2010) yang

dilakukan dalam kalangan 2,514 orang pelajar universiti di Malaysia membuktikan

Page 30: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

8

bahawa kebanyakan pelajar kurang menyimpan wang dan mempunyai tahap

pengetahuan kewangan yang rendah. Kajian lain juga membuktikan bahawa pelajar

universiti membelanjakan hampir RM61.96 sebulan untuk keperluan telefon bimbit

mereka (Shereen & Rozumah, 2009). Fakta yang dibincangkan di atas menunjukkan

bahawa generasi muda di Malaysia sedang terdedah kepada keadaan kewangan yang

membimbangkan.

Berdasarkan senario yang dibincangkan di atas, ramai pengkaji telah membuat

penyelidikan dengan lebih mendalam berkenaan tahap pengetahuan, sikap serta tingkah

laku kewangan dalam kalangan remaja dan dewasa. Kajian pengurusan kewangan

dalam kalangan golongan dewasa sangat mendapat perhatian, namun begitu

penyelidikan pengurusan kewangan Islam masih tidak mendapat perhatian yang

mendalam dari pengkaji. Malah, kajian lebih menumpukan kepada bidang berkaitan

kewangan islam melibatkan aspek produk dan perkhidmatan kewangan. Kajian

berkaitan tingkah laku kewangan khususnya tingkah laku perancangan kewangan tidak

banyak dilakukan.

Kajian kewangan dalam tingkah laku perancangan kewangan Islam sangat relevan

untuk dilakukan kerana percaya bahawa tingkah laku kewangan yang berlandaskan

Islam akan memberi manfaat yang berpanjangan sepanjang hayat seseorang. Individu

yang tidak didedahkan kepada nilai agama dalam tingkah laku kewangan mungkin akan

menyebabkan mereka tidak mampu menahan diri dari terlibat di dalam tingkah laku

kewangan yang tidak dibenarkan oleh agama. Ini kerana tabiat dan kemahiran yang ada

pada individu sebenarnya adalah hasil didikan semenjak kecil seperti penggunaan wang,

perbelanjaan dan simpanan mampu membentuk asas kemahiran kewangan yang

berguna apabila dewasa. Kanak-kanak mempelajari tentang wang menerusi pelbagai

Page 31: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

9

sumber seperti keluarga, rakan, media dan institusi di sekeliling mereka. Sebelum

mereka memasuki alam persekolahan, mereka memerhatikan cara bagaimana orang

dewasa menguruskan wang dan membuat pembelian. Apa yang diperhatikan oleh

kanak-kanak akan mempengaruhi sikap mereka terhadap wang kelak. Menurut kajian

Danes, Huddleston-Casas dan Boyce (1999) pada peringkat kanak-kanak, keluarga

merupakan sumber sosialisasi utama mereka dalam mempelajari tentang kewangan dan

sumber tapisan awal bagi mengawal kemasukan informasi dari dunia luar kepada

kanak-kanak. Beverly dan Clancy (2001) mendapati bahawa terdapat ibu bapa yang

tidak dapat menyediakan pendidikan kewangan yang mencukupi kepada kanak-kanak

kerana mereka mereka juga kekurangan pengetahuan tentang kewangan.

Oleh itu, penting bagi golongan dewasa memahami bagaimana kanak-kanak

memperoleh pengetahuan serta kemahiran berkaitan wang. Menurut Danes (1994)

sosialisasi kewangan merupakan proses yang lebih menyeluruh berbanding hanya

belajar untuk berfungsi secara berkesan di pasaran. Ia merupakan proses memperoleh

serta membina nilai, sikap, taraf, norma, pengetahuan serta tingkah laku yang

menyumbang ke arah keupayaan kewangan serta kesejahteraan individu. Kanak-kanak

memperoleh maklumat tentang kewangan menerusi pemerhatian, pengukuhan yang

positif, kemahiran dan penglibatan serta pendidikan secara langsung daripada ibu bapa.

Kajian Lyons dan Hunt (2003) mendapati bahawa golongan remaja mahu meningkatkan

pengetahuan kewangan mereka serta ingin menjadi pengguna yang bertanggungjawab

namun, isu-isu berkaitan kewangan jarang dibincangkan di rumah. Justeru, golongan

muda harus mempunyai pengetahuan serta kemahiran asas agar membantu dalam

membuat sesuatu keputusan kewangan yang penting.

Page 32: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

10

Kewujudan perbincangan berkaitan bidang Perancangan Kewangan Islam (PKI)

dilihat sebagai tindakbalas kepada perkembangan pesat industri perancangan kewangan

konvensional. PKI menjadi satu modal pemasaran bagi penasihat kewangan yang

menawarkan pelbagai produk kewangan Islam kepada masyarakat. Sehingga kini,

terdapat persepsi umum menjurus kepada kefahaman bahawa konsep Perancangan

Kewangan Islam adalah satu cerminan (mirror) dari konsep Perancangan Kewangan

Konvensional dan dihasilkan akibat dari permintaan dan desakan umat Islam terhadap

kewujudan satu konsep lain yang berlandaskan Syariah. Terdapat andaian bahawa PKI

adalah satu proses Islamisasi bidang ilmu pengetahuan barat kepada Islam berasal dari

era 70an dan 80an.

Secara umum anggapan tersebut dilihat benar kerana proses dan komponen

kedua-duanya adalah sama melibatkan penawaran produk kewangan yang sama dan

hanya berbeza pada dasar Syariah tentang penghasilan produk kewangan tersebut.

Kerangka konsep perancangan kewangan konvensional tidak meletakkan matlamat

kewangan terakhir kepada mencapai matlamat kejayaan kehidupan di akhirat. Ia dapat

dilihat kepada kecenderungan sifat menyimpan wang oleh masyarakat berbanding

menderma wang mereka kerana menumpukan kepada memenuhi matlamat kewangan

yang telah ditetapkan dalam pelan kewangan.

Kedua, belum terdapat kajian yang dilakukan berkaitan tingkah laku individu di

dalam perancangan kewangan Islam berdasarkan Teori Tingkah Laku Yang Terancang

(theory of planned behaviour). Kajian ke atas tingkah laku banyak dijalankan dan

penggunaan Teori Tingkah Laku Yang Terancang perlu dilakukan bagi melihat

perkaitan dan perbezaan di antara komponen utama yang terdapat di dalam Teori

Page 33: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

11

Tingkah Laku Yang Terancang. Dari kenyataan masalah dia atas, terdapat persoalan

yang perlu dijawab antaranya ialah:

i. Apakah sejarah dan evolusi bidang perancangan kewangan di dalam sistem

kewangan di Malaysia?

ii. Bagaimanakah perbandingan berdasarkan demografi (jantina, status perkahwinan,

kategori pekerjaan, peringkat umur) bagi angkubah literasi, faktor sosialisasi,

faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan kesejahteraan

kewangan?

iii. Sejauhmanakah saling kait faktor literasi, sosialisasi dan faktor-faktor tingkah

laku (sikap, norma subjektif, persepsi kawalan tingkah laku dan niat) dengan

demografi, Perancangan Kewangan Islam dan kesejahteraan kewangan?

iv. Apakah faktor yang mempengaruhi individu dalam niat dan tingkah laku

Perancangan Kewangan Islam berdasarkan Teori Tingkah Laku Yang Terancang

serta kesannya ke atas kesejahteraan kewangan?

v. Apakah niat merupakan mediator bagi pengaruh oleh faktor-faktor tingkah laku

terhadap tingkah laku individu dalam Perancangan Kewangan Islam?

Page 34: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

12

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah untuk mengkaji perkara-perkara berikut iaitu:

i. Meneroka sejarah dan evolusi bidang perancangan kewangan di dalam sistem

kewangan di Malaysia.

ii. Membuat perbandingan berdasarkan demografi (jantina, status perkahwinan,

kategori pekerjaan, peringkat umur) bagi angkubah literasi, faktor sosialisasi,

faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan kesejahteraan

kewangan.

iii. Memastikan saling kait faktor literasi, sosialisasi dan faktor-faktor tingkah laku

(sikap, norma subjektif, persepsi kawalan tingkah laku dan niat) dengan

demografi, Perancangan Kewangan Islam dan kesejahteraan kewangan.

iv. Menentukan faktor-faktor (sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah

laku) yang mempengaruhi individu dalam niat dan tingkah laku Perancangan

Kewangan Islam serta kesannya ke atas kesejahteraan kewangan.

v. Mengenalpasti sama ada niat merupakan mediator bagi pengaruh oleh sikap,

norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku Perancangan Kewangan Islam

terhadap tingkah laku individu dalam Perancangan Kewangan Islam.

Page 35: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

13

1.5 Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian disenaraikan untuk diuji seperti berikut:

Ha1 Terdapat pengaruh signifikan oleh faktor sikap, norma subjektif dan persepsi

kawalan tingkah laku Perancangan Kewangan Islam terhadap niat individu

terhadap Perancangan Kewangan Islam.

Ha2: Terdapat pengaruh signifikan oleh faktor sikap, norma subjektif dan persepsi

kawalan tingkah laku terhadap tingkah laku individu dalam Perancangan

Kewangan Islam.

Ha3 Terdapat pengaruh signifikan oleh tingkah laku Perancangan Kewangan Islam

terhadap kesejahteraan kewangan.

Ha4 Niat adalah mediator signifikan bagi pengaruh oleh sikap, norma subjektif dan

persepsi kawalan tingkah laku Perancangan Kewangan Islam terhadap tingkah

laku individu dalam Perancangan Kewangan Islam.

1.6 Definisi Istilah

1.6.1 Literasi Perancangan Kewangan Islam

Konseptual Maklumat yang diperoleh melalui rangka pengalaman,

pengadilan dan pemahaman tentang sesuatu seperti Perancangan

Kewangan Islam; nilai dan dilihat sebagai satu rangka

Page 36: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

14

pemahaman dan kemahiran mental yang dibina oleh akal

manusia. (Clarke & Rollo, 2001).

Operasional Mengetahui mengenai perkara yang berkaitan Perancangan

Kewangan Islam sama ada secara profesional atau menyeluruh.

Pengetahuan pengguna terhadap konsep Perancangan Kewangan

Islam dan produk berkaitan kewangan Islam.

1.6.2 Sosialisasi Kewangan

Konseptual Proses di mana golongan muda memperoleh taraf, nilai, norma,

kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diperlukan untuk

berfungsi sebagai pengguna dalam dunia pasaran. Kanak-kanak

mempelajari tingkah laku pengguna melalui pelbagai agen

sosialisasi termasuklah ibu bapa, rakan sebaya, sekolah dan

media. (Kim & Chatterjee, 2013; Lueg, Ponder, Beatty, &

Capella, 2006; Rettig & Mortenson, 1986).

Operasional Menggambarkan pengaruh pelbagai agen sosialisasi ke atas

nilai, norma, kemahiran, pengetahuan dan sikap yang berkaitan

dengan aspek kewangan Islam untuk berfungsi sebagai

pengguna dalam dunia pasaran khususnya yang berkaitan

tingkah laku Perancangan Kewangan Islam.

1.6.3 Sikap terhadap Perancangan Kewangan Islam

Konseptual Keyakinan, penerimaan dan sokongan individu dalam

mempengaruhi tingkah laku seperti dalam aspek Perancangan

Page 37: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

15

Kewangan Islam serta kecenderungan individu untuk bersikap

positif atau negatif terhadap tingkah laku berkenaan. (Biswas,

Licata, & Daughtridge, 2000).

Operasional Menggambarkan keprihatinan individu terhadap tingkah laku

Perancangan Kewangan Islam, kesanggupan mereka untuk

menolak tingkah laku yang tidak dibenarkan oleh Syariah serta

kesediaan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan kewangan

Islam.

1.6.4 Norma Subjektif Perancangan Kewangan Islam

Konseptual Norma subjektif merujuk kepada persepsi manusia terhadap

manusia lain yang penting kepadanya dan berfikir sama ada

pelaku patut atau tidak bertingkah laku sedemikian. (ajzen &

Fishbein, 1975). Ini berkait dengan tindakan manusia yang

berdasarkan persepsi apa yang orang lain fikir mereka patut

lakukan.

Operasional Menggambarkan pengaruh persepsi manusia lain atau agen

persekitaran terhadap tingkah laku Perancangan Kewangan

Islam, melihat bagaimana pengaruh persepsi manusia lain atau

agen persekitaran kepada individu untuk menolak tingkah laku

yang tidak dibenarkan oleh Syariah serta kesediaan melibatkan

diri dalam aktiviti berkaitan kewangan Islam.

Page 38: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

16

1.6.5 Persepsi Kawalan Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam

Konseptual Persepsi Kawalan Tingkah laku merujuk kepada faktor yang

boleh menghalang prestasi tingkah laku itu sendiri. Definisi ini

melibatkan dua komponen. Komponen pertama ialah keyakinan

diri individu dalam keupayaannya untuk bertingkah laku

(Bandura, 1986). Komponen kedua, ialah kemudahan keadaan

dan ia merupakan sumber yang boleh didapati untuk bertingkah

laku. (Triandis, 1978)

Operasional Menggambarkan keyakinan individu untuk bertingkah laku dan

kemudahan keadaan untuk bertingkah laku dalam Perancangan

Kewangan Islam, melihat bagaimana pengaruh keyakinan diri

dan kemudahan keadaan kepada individu untuk menolak tingkah

laku yang tidak dibenarkan oleh Syariah serta kesediaan

melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan kewangan Islam.

1.6.6 Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam

Konseptual Merupakan sesuatu tingkah laku kewangan yang dilakukan

berlandaskan Syariah dengan mempertimbangkan ciri-ciri yang

ditetapkan oleh sesuatu perundangan khususnya perundangan

Islam. Ia juga merupakan satu cara individu membuat

perancangan kewangan untuk melakukan secara berulang kali

mengikut satu pola yang sama (Haynes-Bordas, Kiss, &

Yilmazer, 2008).

Page 39: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

17

Operasional Melakukan sesuatu tingkah laku kewangan yang tidak

melanggar ketetapan syarak berdasarkan garis panduan yang

dikeluarkan oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah. Kekerapan

responden mempertimbangkan tingkah laku melibatkan hukum

Halal dan Haram. Tingkah laku Perancangan Kewangan Islam

terlibat juga dalam proses penjanaan pendapatan, perbelanjaan

pendapatan dan pengagihan pendapatan.

1.6.7 Kesejahteraan Kewangan

Konseptual Suatu konsep yang menerangkan tentang kedudukan

kewangan individu atau keluarga dan difahami sebagai suatu

kepuasan atau kegembiraan terhadap situasi kewangan. Porter &

Garman, 1990). Kesejahteraan kewangan ditakrifkan sebagai

keadaan kewangan yang sihat, gembira dan bebas dari

kebimbangan dan kebiasaannya berdasarkan penilaian subjektif

terhadap keadaan kewangan. (Joo, Durband, & Grable, 2008)

Operasional Melihat kepada keupayaan dalam menguruskan, merancang,

mengawal dan mencapai kepuasan terhadap keadaan kewangan.

Kemahiran dalam menguruskan tunai, kredit, persaraan,

simpanan, risiko, kecukupan pendapatan, pengurusan kewangan

peribadi dan kemampuan berbelanja. Di samping itu, kebolehan

pengguna memperoleh sumber kewangan semasa kecemasan,

memenuhi keperluan dan kehendak masa kini serta kehidupan

hari tua.

Page 40: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

18

1.7 Kerangka Konseptual Kajian

Anteseden Teori Tingkah Laku Yang Terancang Hasil

Demografi Sikap PKI

Literasi

PKI

Norma

Subjektif PKI

Niat Tingkah

Laku PKI

Tingkah

Laku

PKI

Kesejahteraan

Kewangan

Faktor

Sosialisasi

Persepsi

Kawalan

Tingkah Laku

PKI

Gambar Rajah 1.1: Kerangka Konseptual Kajian Tingkah Laku Perancangan Kewangan

Islam Berdasarkan Teori Tingkah Laku Yang Terancang

Gambar rajah 1.1 menunjukkan pemboleh ubah bersandar iaitu kesejahteraan kewangan

pengguna, manakala pemboleh ubah anteseden terbahagi kepada tiga iaitu demografi,

literasi dan faktor sosialisasi. Bagi kategori Tingkah Laku Yang Terancang perancangan

kewangan Islam (tingkah laku PKI) adalah sikap Perancangan Kewangan Islam (Sikap

PKI), norma subjektif Perancangan Kewangan Islam (Norma Subjektif PKI), perspesi

kawalan Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam (Persepsi Kawalan PKI) terhadap

niat tingkah laku Perancangan Kewangan Islam (Niat PKI) dan tingkah laku

Perancangan Kewangan Islam (tingkah laku PKI) merupakan pemboleh ubah bebas.

Di dalam kerangka ini juga menunjukkan beberapa pengukuran perkaitan bagi

pemboleh ubah komponen anteseden, komponen Tingkah Laku Yang Terancang PKI

Page 41: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

19

dengan kesejahteraan kewangan serta perbezaannya berdasarkan angkubah di

komponen anteseden. Selain itu, menentukan beberapa perkaitan iaitu pertama

pengaruh di antara faktor sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku

Perancangan Kewangan Islam terhadap niat individu terhadap Perancangan Kewangan

Islam. Kedua, menentukan perkaitan pengaruh signifikan oleh faktor sikap, norma

subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku terhadap tingkah laku individu dalam

Perancangan Kewangan Islam. Ketiga, menentukan perkaitan niat adalah mediator

signifikan bagi pengaruh oleh sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku

Perancangan Kewangan Islam terhadap tingkah laku individu dalam Perancangan

Kewangan Islam. Keempat, menentukan perkaitan pengaruh signifikan oleh tingkah

laku Perancangan Kewangan Islam terhadap kesejahteraan kewangan.

1. 8 Limitasi Kajian

Terdapat beberapa limitasi ke atas kajian ini, antaranya adalah kajian ini telah

dijalankan hanya di kawasan Putrajaya, Wilayah Persekutuan. Kedua, jumlah responden

yang terhad. Responden kajian adalah terhad kepada 304 orang responden dalam

kalangan kakitangan awam di Putrajaya.

Ketiga, kajian tingkah laku bertujuan mengesahkan beberapa hubungan angkubah

dengan menggunakan teori tingkah laku dirancang sehingga tumpuan kepada bahagian

lain kajian tidak dilakukan. Pemboleh ubah yang dikaji adalah merangkumi latar

belakang, literasi perancangan kewangan Islam, sosialisasi dan tingkah laku pengguna

terhadap sikap, norma subjektif Perancangan Kewangan Islam, persepsi kawalan

tingkah laku Perancangan Kewangan Islam, tingkah laku Perancangan Kewangan Islam

dan kesejahteraan kewangan pengguna.

Page 42: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

20

Keempat, terdapat elemen lebih penting dalam membincangkan konsep

perancangan kewangan Islam iaitu penggunaan instrumen kewangan iaitu matawang

fiat. Dalam kajian ini, isu matawang fiat tidak disentuh kerana ia merupakan satu kajian

yang besar merangkumi kerangka sistem kewangan yang lebih besar. Matawang fiat

adalah punca kepada pelbagai permasalahan merangkumi ekonomi, sosial dan politik.

Sistem kewangan Islam semasa masih mengunakan matawang fiat, justeru penggunaan

konsep keuntungan dalam penetapan kadar bayaran balik pinjaman masih dikekalkan.

1.9 Kepentingan Kajian

Pertamanya, dari segi khazanah ilmiah kajian ini adalah untuk mengukuhkan lagi teori

yang telah dihasilkan dalam kajian-kajian terdahulu. Selain itu, ia diharapkan dapat

menambahkan bahan bacaan dan rujukan dalam bentuk kertas kerja, artikel ataupun

jurnal tentang kepentingan perancangan kewangan Islam dan kesejahteran kewangan.

Kajian ini juga dapat memberi banyak kesedaran kepada semua pihak di antaranya

pihak kerajaan dalam menjadikan panduan dan rujukan dalam mengadakan program

yang berkaitan dengan membentuk tingkah laku perancangan kewangan Islam dan

dasar-dasar yang berkaitan dengannya serta cara pencapaian tingkah laku kewangan

yang positif dalam kehidupan pengguna.

Selain itu, pendidikan mengenai perancangan kewangan Islam dan pembentukan

elemen-elemen ke arah kesejahteran kewangan perlu diterapkan sejak awal

persekolahan sehingga ke pendidikan yang lebih tinggi supaya pengetahuan berkaitan

perancangan kewangan islam, kesejahteraan kewangan, sikap dan amalan yang baik

berkaitan perancangan kewangan Islam diamalkan secara berterusan serta kesejahteraan

kewangan dapat dicapai.

Page 43: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

21

1.10 Pengurusan Tesis

Terdapat enam (6) bab utama yang dicadangkan dalam kajian ini. Bab 2 dan bab 3

bersumber data sekunder dalam mengumpul kajian lampau serta data sokongan

berkaitan sejarah pembangunan perancangan kewangan. Manakala bab 4 menerangkan

metodologi penyelidikan dan bab 5 melibatkan penulisan hasil kajian yang berdasarkan

dapatan sumber primer dari kajian lapangan dengan mengunakan borang soal selidik.

Bab 1, membincangkan penerangan ringkas berkaitan latar belakang kajian,

penyataan masalah, objektif dan hipotesis kajian. Objektif kajian dan hipotesis

disenaraikan secara jelas dalam bab ini bersama-sama dengan perbincangan secara

meluas mengenai kepentingan dan potensi sumbangan kajian kepada bidang ilmu.

Bab 2, membincangkan kajian literatur, penulisan terbahagi kepada dua bahagian

iaitu pertama ulasan berkaitan penyelidikan lampau atau sebelum yang dijalankan dalam

bidang kewangan pengguna atau peribadi. Di dalam bahagian kedua pula, dibincangkan

teori berkaitan Tingkah Laku Dirancang (Theory Of Planned Behaviour) khususnya

dalam mengkaitkan rasional kajian kuantitatif atau kajian lapangan dalam

mengenalpasti pengaruh faktor literasi, sosialisasi dan tingkah laku perancangan

kewangan Islam ke atas niat dalam kalangan kakitangan awam di Putrajaya. Hasil

kajian literatur membawa kepada pembentuk kerangka kerja penyelidikan (research

framework).

Bab 3, membincangkan sejarah dan evolusi bidang perancangan kewangan di

dalam sistem kewangan di Malaysia yang menjawab objektif pertama. Secara ringkas

dijelaskan sejarah pembangunan bidang perancangan kewangan. Kepentingan bidang

perancangan kewangan kepada pengguna dan masyarakat dapat dikenalpasti

berdasarkan desakan awal oleh sekumpulan individu dalam masyarakat kepada

Page 44: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

22

keperluan menginstitusikan satu organisasi perancangan kewangan sehinggalah menjadi

satu fenomena dan berkembang menjadi satu bidang ilmu yang baru dan sangat penting

kepada masyarakat. Penulisan bab sejarah perancangan kewangan sangat penting bagi

menerangkan kenapa kajian perancangan kewangan perlu dijalankan.

Bab 4, menerangkan mengenai metodologi kajian yang melibatkan proses

perancangan dan pelaksanaan sesuatu kajian untuk menjawab objektif kajian dan

menguji empat hipotesis kajian yang telah dibentuk. Proses perancangan meliputi

menentukan reka bentuk kajian dan persampelan yang perlu dilakukan bagi

memperolehi data yang boleh dianalisis, seterusnya perlaksanaan terhadap perancangan

yang telah dibuat. Ia juga menerangkan mengenai pengukuran bagi angkubah-angkubah

kajian dan peringkat pra-ujian bagi borang soal-selidik yang dibina sebelum dilakukan

pengutipan data.

Di dalam bab 5, dibincangkan hasil analisis kajian bagi menjawab objektif dan

menguji empat hipotesis kajian. Analisis dimulakan dengan pemerihalan demografi

responden diikuti dengan pemerihalan angkubah-angkubah dalam kerangka kajian

tingkah laku Perancangan Kewangan Islam. Bagi memahamkan data yang diperoleh,

perbandingan berdasarkan demografi terpilih dilakukan juga terhadap angkubah-

angkubah menggunakan ujian-t dan ANOVA. Selain dari itu, dilakukan perkaitan di

antara angkubah-angkubah menggunakan ujian korelasi Pearson. Hasil analisis regresi

berbilang dilaporkan bagi melihat pengaruh oleh faktor-faktor dalam Teori Tingkah

Laku Yang Terancang. Begitu juga hubungkait antara tingkah laku Perancangan

Kewangan Islam dengan kesejahteraan kewangan individu turut dibincangkan.

Page 45: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

23

Dalam bab 6, dibincangkan mengenai kesimpulan kajian, penemuan utama,

sumbangan kajian dan limitasi kajian. Turut dibentangkan adalah cadangan kajian untuk

masa depan.

Page 46: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

24

BAB 2: KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan kajian lampau berkaitan konsep perancangan kewangan Islam,

tingkah laku perancangan kewangan, tingkah laku perancangan kewangan Islam dan

angkubah-angkubah yang membentuk kerangka konsep berkaitan kajian perancangan

kewangan Islam berdasarkan teori Tingkah Laku Yang Terancang.

2.2 Konsep dan Teori Perancangan Kewangan

Secara mikro, perubahan dalam pergerakan prestasi ekonomi global dan socio-ekonomi

sesebuah masyarakat memberi kesan yang sangat mendalam dan menyukarkan

pengurusan kewangan individu dalam sesebuah negara. Di negara maju, terutamanya di

Australia, United Kingdom, dan Amerika Syarikat, tanggungjawab pengurusan

kewangan telah beralih dari institusi kepada individu. Kalau dulu, sumber kewangan

negara mencukupi untuk membiayai faedah persaraan dan menyokong taraf hidup

majoriti penduduk. Tetapi kini, majikan terpaksa menyokong pembiayaan kewangan

persaraan pekerja dengan menambah caruman dalam skim pencen persendirian

termasuk di Malaysia. Fenomena di atas telah mencipta satu keperluan di pihak individu

untuk membeli atau melabur dalam program pengurusan kewangan peribadi seperti

dana yang diuruskan, insurans hayat, dan produk persaraan.

Kesan kecanggihan aktiviti kejuruteraan kewangan dan terdapat kepelbagaian

dalam penawaran produk kewangan, individu menghadapi masalah dalam mengurus

kekayaan mereka. Bukan mudah untuk memperuntukkan sumber kewangan yang ada ke

Page 47: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

25

dalam produk kewangan bagi mencapai matlamat kewangan yang telah ditetapkan.

Dalam jangka masa panjang, individu didapati sukar untuk membuat keputusan

kewangan dan mengawal tingkah laku kewangan mereka. Selain itu, ia turut disumbang

oleh kesukaran untuk menilai keperluan masa depan mereka. Mereka mudah untuk

membuat keputusan jangka pendek yang melibatkan aktiviti kewangan bagi memenuhi

keperluan kewangan peribadi mereka. Dalam konteks pembuatan keputusan, adalah

penting untuk memahami bagaimana pengurusan kewangan individu dipengaruhi oleh

pelbagai perubahan dalam kehidupan mereka.

Cara mudah untuk menerangkan konsep perancangan kewangan adalah melalui

perincian terhadap tingkah laku penjanaan pendapatan, perbelanjaan dan pengagihan

sumber berdasarkan Model Kitaran Hayat. Menurut Browning dan Crossley (2000),

model ini adalah satu kerangka kerja standard ekonomi yang digunakan untuk

menerangkan tentang peruntukkan antara tempoh masa, wang dan usaha. Model ini

menunjukkan bagaimana isi rumah sepatutnya membuat perbelanjaan berhemat. Salah

satu kekuatan model ini adalah bahawa ia menyediakan satu kerangka kerja tunggal

yang mengintegrasikan kekerapan peruntukan yang berbeza. Model ini juga turut

menegaskan bahawa individu akan membuat urutan keputusan untuk mencapai

matlamat dan mengunakan maklumat kewangan yang ada dengan sebaik mungkin.

Menurut Browning dan Crossley, kerangka ekonomi ini berakar umbi kepada

model ufuk tidak terhingga (infinite horizon model) oleh Ramsey (1926) dan Friedman

(1957) dan model ufuk terhingga oleh Fisher (1930); Modigliani dan Brumberg (1956).

Ciri positif yang terdapat pada model ini ialah kerangka kerja kitaran hayat moden yang

menyediakan model yang rasional bagi menerangkan tempoh antara pelbagai

peruntukan (intertemporal allocation). Kedua, ia menerangkan tentang kewujudan

Page 48: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

26

kekangan belanjawan dalam pendapatan dan perbelanjaan. Ketiga, walaupun model ini

sebenarnya menerangkan perihal model kepenggunaan tetapi ia tidak lupa

membincangkan motif kenapa individu membuat simpanan. Terakhir model ini cuba

menerangkan bagaimana dalam membincangkan perihal aktiviti kepenggunaan,

individu turut terlibat dalam membuat keputusan berkaitan pendidikan, pelaburan modal

insan, perkahwinan, kesuburan, penawaran buruh dan lain-lain aspek berkaitan tingkah

laku.

Model Kitaran Hayat juga menegaskan keperluan memiliki integriti personaliti di

mana individu yang mempunyai sifat berhati-hati akan bertindak secara cermat dalam

setiap tingkah laku mereka. Selain dari itu, hasil kerja oleh Muellbauer (1994);

Lattimore dan Muellbauer (1995); Attanasio (1999) juga turut membincangkan peranan

penggunaan dalam kehidupan kerja. Kajian di atas merupakan satu bukti bagi

menerangkan bagaimana masyarakat barat melihat fungsi dan peranan tingkah laku

kewangan dalam kehidupan mereka.

2.2.1 Sumber Pendapatan (Kewangan)

Salah satu prinsip utama rangka kerja perancangan kewangan yang holistik adalah

keperluan untuk menggabungkan semua sumber kekayaan bersih, ketara dan tidak

ketara. Ini termasuk kedua-dua modal kewangan dan modal insan.

Page 49: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

27

Gambar Rajah 2.1: Proses Pengagihan Harta

2.2.1.1 Modal Insan

Modal insan mewakili nilai potensi pendapatan seseorang pada masa depan. Ia adalah

aset tidak ketara yang biasanya mendominasi penyata kira-kira peribadi orang muda

yang dihasilkan oleh gaji pendapatan. Ia dikira sebagai nilai jangkaan semasa

pendapatan gaji selepas ditolak cukai seperti berikut:

n Pendapatan gaji semasa × (1 + pertumbuhan gaji) × (1 – kadar cukai)

Modal Insan = ∑ _____________________________________________

i=

(1 + kadar diskaun)

Modal insan bergantung kepada beberapa faktor termasuk:

i. Pendapatan gaji semasa.

ii. Pertumbuhan gaji : Ini akan bergantung kepada pelbagai faktor seperti pendidikan,

pekerjaan, aspirasi kerjaya, peringkat kerjaya dan lain-lain.

iii. Kadar cukai : Ini adalah satu anggaran purata kadar cukai yang boleh digunakan

untuk melancarkan pendapatan.

iv. n : bilangan baki tahun bekerja, iaitu umur persaraan-umur semasa.

Modal Insan

Modal Kewangan

Penjanaan Pewarisan

Pewarisan

Page 50: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

28

v. Kadar Diskaun: Ini perlu dijadikan sebagai kadar terlaras risiko, mencerminkan

jangka tempoh, kadar bebas risiko, selain premium risiko yang mencerminkan

tahap bahaya pendapatan gaji masa depan.

Penentuan “modal insan” individu menyediakan titik permulaan untuk menilai

keupayaan individu untuk menjana simpanan masa depan, kewangan dan pendapatan

persaraan. Ia juga menyediakan satu rangka kerja bagi individu untuk menilai merit

relatif bagi pelbagai pilihan hidup seperti pendidikan lanjutan, manfaat memilih

pekerjaan baru, berpindah ke negara lain dengan rejim cukai yang lebih baik, atau kerja-

kerja yang lebih fleksibel melibatkan keseimbangan di antara pendapatan semasa

(contohnya, bonus atau lebih masa) dengan pendapatan masa depan (pertumbuhan gaji).

Dalam semua keputusan ini, adalah penting untuk mempertimbangkan kedua-dua

prospek pertumbuhan upah masa depan dan risiko pertumbuhan upah.

2.2.1.2 Modal Kewangan

Modal kewangan mewakili jumlah aset bersih yang tersedia bagi menyediakan

keperluan penggunaan masa depan, sama ada untuk keperluan, keselesaan,

keseronokan, atau pewarisan. Dari sudut di atas, pendapatan adalah satu mekanisme

untuk merubah penggunaan dari satu tempoh ke tempoh yang lain (simpanan

mengantikan penggunaan masa kini ke masa depan). Manakala pinjaman, membawa

penggunaan masa depan kepada masa sekarang. Secara relatif, memandangkan agak

mudah untuk mengenal pasti dan mengukur modal kewangan bagi membentuk asas

kepada kebanyakkan rangka kerja perancangan kewangan.

Page 51: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

29

2.2.1.3 Hubungan di antara Modal Kewangan dan Modal Insan

Dalam dunia kerjaya, modal insan ditukar menjadi pendapatan melalui gaji bulanan,

yang digunakan untuk kegunaan masa kini, seperti membayar hutang seperti gadai janji

dan menyimpan untuk persaraan. Simpanan diubah kepada modal kewangan dan

dilaburkan bagi menjana pendapatan untuk kegunaan persaraan dan pengagihan sumber

kepada waris. Oleh itu, kitaran hayat perancangan kewangan berkait rapat dengan

proses pengurusan manusia dan modal kewangan untuk memenuhi matlamat gaya hidup

sepanjang hidup seseorang.

Pada permulaan kerjaya individu, biasanya dalam awal 20-an, modal kewangan

yang sedia ada adalah berkesan sifar. Walau bagaimanapun, modal manusia iaitu ukuran

potensi pendapatan masa hadapan adalah sangat tinggi. Modal insan ditakrifkan sebagai

nilai semasa pendapatan gaji seseorang di masa hadapan. Ia meningkat melalui

pendidikan dan keputusan berkaitan kerjaya. Bagi kebanyakan orang ia berada puncak

awal kerjaya mereka dan kemerosotan ke arah sifar ketika bersara. Manakala modal

insan adalah jelas aset tidak ketara, ia boleh digunakan sebagai cagaran untuk

menyokong pinjaman (contohnya, gadai janji) bagi membawa penggunaan hadapan

kepada masa sekarang. Dengan cara ini ia boleh menjadi ditukar daripada aset tidak

ketara kepada wang tunai yang ketara. Rangka kerja perancangan kewangan pada

peringkat awal, sebahagian besar kepentingannya bagaimanapun diabaikan, ia hanya

dilihat penting dan memainkan peranan dalam peringkat akhir kitaran hayat kewangan

dan dana persaraan.

Page 52: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

30

2.2.2 Model Penggunaan

Masyarakat barat melihat tingkah laku kewangan sekadar operasi penjanaan pendapatan

dan perbelanjaan. Pelbagai rumusan kajian menerangkan bahawa individu bekerja untuk

mendapatkan pendapatan. Manakala persamaan kepada pendapatan adalah gabungan

perbelanjaan dan simpanan. Individu berbelanja dan menyimpan lebihan dari proses

perbelanjaan. Untuk lebih memahami, kita akan menentukan penggunaan sebagai fungsi

linear (garis lurus) iaitu C = a + b (Y-T) :

Gambar Rajah 2.2: Model Penggunaan

Di mana;

i. "a" mewakili beberapa tahap penggunaan oleh rakyat yang akan melaksanakan

penggunaan tanpa mengira pendapatan (dengan andaian membuat simpanan jika

pendapatan mereka adalah sifar). "a" adalah “memintas” (intercept).

ii. "b" mewakili jumlah setiap dolar tambahan yang diperolehi akan digunakan

membeli barangan dan perkhidmatan. "b" adalah “cerun" (slope).

iii. "b" adalah Kecenderungan Mengguna Marginal (Marginal Propensity

Consumption) (MPC). Dari segi ekonomi, ia merupakan agregat amaun tambahan

penggunaan bahawa ahli-ahli ekonomi akan berkeinginan untuk mendapatkan,

bagi setiap dolar pendapatan tambahan yang mereka terima. Dengan andaian MPC

Model Penggunaan (C)

Tahap Penggunaan (A)

MPC (b)

Page 53: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

31

sentiasa positif (kerana apabila orang mendapat pendapatan lebih, ia perlu lebih

banyak berbelanja).

iv. MPC juga kurang dari 1, iaitu dengan andaian bahawa sebahagian daripada setiap

ringgit tambahan yang diperolehi disimpan. Justeru, simpanan adalah: S = Y – C.

v. Fungsi penggunaan boleh sentiasa memperoleh hubungan antara Y dan S. Ia

dengan mudah memikirkan Kecenderungan Marginal Simpanan (Marginal

Propensity Saving). Oleh itu, setiap dolar tambahan yang diperolehi adalah sama

ada disimpan atau digunakan, MPC + MPS = 1.

vi. Jika MPC ialah 0.75, perbelanjaan adalah tujuh puluh lima sen setiap dolar

tambahan yang diperolehi daripada barangan dan perkhidmatan, dan mesti

menyelamatkan suku yang tinggal. Oleh itu MPS ialah 0.25.

2.2.3 Pengagihan Estet

Secara teori, kajian berkaitan pengagihan estet banyak dibincangkan dari perspektif

ekonomi dan kewangan. Penulisan yang cukup padat dengan analisis ilmiah dan teori

dibentangkan oleh Jess Benhabib dan Alberto Bisin (2007) dari Jabatan Ekonomi,

Univeriti New York dalam artikel yang bertajuk “The distribution of wealth:

Intergenerational transmission and redistributive policies”. Kajian mereka tertumpu

kepada mengkaji dinamika pengagihan kekayaan di antara generasi di dalam ekonomi

melalui perpindahan dan pengagihan semula kekayaan melalui polisi fiskal. Aktiviti

pengkajian telah membawa mereka kepada pertemuan antara penyelidikan terawal oleh

Vilfredo Pareto, yang memperkenalkan satu prinsip berdasarkan nama beliau sendiri

iaitu prinsip pareto yang merujuk kepada pada satu-satu peristiwa, lebih 80 peratus

penghasilan adalah disebabkan oleh 20 peratus usaha. Menurut mereka lagi, kajian

Page 54: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

32

secara sistematik berkaitan konsep pengagihan aset dilakukan oleh Pareto seawal tahun

1901. Bermula awal 1950an, Wold-Whittle (1957) turut mengkaji teori pengagihan aset

melalui kajian ke atas kelahiran dan proses kematian dengan pertumbuhan penduduk,

perkembangan pengumpulan kekayaan dan pewarisan.

Dalam proses pengagihan aset, ibubapa mempunyai kecenderungan untuk

mengagihkan sebahagian aset untuk anak mereka atau dinamakan kecenderungan

memberi “joy of giving" kepada waris. Rumusan konsep pengagihan aset kepada waris

berdasarkan peranan utiliti ialah:

= x o [(1-b) w (s, t)],

di mana,

o adalah peningkatan peranan pewarisan

w adalah jumlah pelaburan dalam aset pada waktu (t)

s adalah penerimaan aset oleh anak-anak

b cukai estet

t penggunaan dan kekayaan

Benhabib dan Bisin mengandaikan bahawa kecenderungan oleh ibu bapa dalam

konteks mengagihkan aset kepada waris adalah terhadap baki yang diperolehi selepas

pengiraan cukai ke estet. Mereka juga beranggapan, dalam kes ibu bapa yang pemurah

akan memilih kaedah pengagihan berdasarkan penggunaan (utility) oleh anak-anak

berbanding cenderung untuk memberi kepada anak-anak berdasarkan pilih kasih. Harta

kekayaan selepas kematian adalah gabung harta warisan dan cukai kerajaan. Namun

Page 55: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

33

mereka berpendapat, yang lebih penting dalam konteks pengagihan harta selepas

kematian adalah waktu kematian pasaran kewangan berada pada waktu yang terbaik.

Allen (1980) di dalam artikelnya yang bertajuk “The Perpetuation of Wealth: A

Simulation Model” berpendapat harta boleh dikekalkan kepada generasi melalui tiga

proses iaitu perpindahan aset dari satu generasi kepada satu generasi yang lain, proses

pengagihan harta melalui proses perancangan estet dan melalui proses pengumpulan

aset simati dari pelbagai tahap generasi sehingga kematian penerima harta (inheritor).

Proses pengumpulan dan pengagihan harta berlaku secara berulang-ulang antara

generasi sehinggalah harta tersebut habis.

Menurut Allen lagi, proses perpindahan harta antara generasi adalah satu teras

kepada model sistem pengekalan estet. Bagi beliau hampir kesemua harta simati secara

rasinal adalah dimiliki oleh waris tertakluk kepada cukai estet dan sedikit perbelanjaan

pengkebumian. Bagaimanapun, penetapan kadar cukai ke atas harta estet simati adalah

satu cara oleh kerajaan untuk memastikan hanya sebahagian harta simati sampai kepada

waris yang sah. Secara jelas, proses pewarisan dan cukai estet adalah satu halangan

besar kepada proses pengagihan harta kepada si waris. Namun begitu, menurut

Sussman, Cates, dan Smith (1970), perpindahan harta melalui proses pengagihan

kepada simati kadang-kadang boleh menyumbang kepada meningkat tahap keakaraban

dan kerjasama antara ahli keluarga atau memusnahkan hubungan tersebut.

Dalam konteks keadilan dan kesaksamaan, Olsen dan Osborn (2006) berpendapat

pengagihan atau perpindahan aset perlu mengunakan teori keadilan pengagihan

“distributive justice theory”. Teori ini terbahagi kepada tiga prinsip utama iaitu

kesaksamaan (equality principle), pemilikan berkadar (proportional equity principle)

dan asas keperluan (needs-based principle). Kaedah terakhir mengagihkan harta kepada

Page 56: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

34

waris berdasarkan keperluan anak-anak bukan berdasarkan kesaksamaan. Dalam

membincangkan kaedah terbaik pengagihan harta pesaka. Levanthal, Karuza, dan Fry

(1980), berpendapat bahawa terdapat tujuh elemen boleh mempastikan harta dibahagi

secara adil iaitu;

i. Mewujudkan undang-undang asas, berdasarkan potensi ganjaran dan tingkah laku

untuk mendapatkan potensi ganjaran tersebut.

ii. Mendefinsikan struktur pembuatan keputusan yang berdasarkan arahan, masa, dan

kaedah untuk mencapai kepada proses pembuatan keputusan.

iii. Pemilihan wakil iaitu melibatkan individu terbaik yang sepatutnya membuat

keputusan berkaitan peruntukan aset dan siapakah yang berhak mendapatkan

harta.

iv. Aspek pelindungan bertujuan untuk memastikan tidak terdapat penyalahgunaan

kuasa.

v. Pengumpulan data berkaitan proses pengagihan harta

vi. Mewujudkan prosidur rayuan jika terdapat elemen tidak puashati terhadap

keputusan, dan

vii. Mekanisme pengubahan jika terdapat keputusan yang diambil tidak adil dan berat

sebelah.

Berdasarkan perbincangan ringkas di atas, proses pengagihan harta sangat penting

dengan tujuan untuk mengekal dan pengembangkan harta. Walaupun terdapat

kecenderungan terpilih dalam membahagikan harta, namun tidak dapat disangkal

bahawa proses pengagihan harta adalah satu proses penting dalam kitaran kekayaan dan

Page 57: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

35

perancangan kewangan. Ia merupakan satu proses perpindahan asset kepada generasi

baru bagi tujuan kesinambungan kepada kitaran hayat kewangan. Rumusan proses

pengagihan harta dan kekayaan boleh dilihat pada gambar rajah 2.3 di bawah:

Gambar Rajah 2.3: Proses Pengagihan Harta

Berdasarkan ketiga perbincangan berkaitan pendapatan, penggunaan dan

pengagihan dalam model yang dinamakan teori kitaran hayat kewangan (Theory of

Financial Life Cycle). Gambar rajah 2.4 dibentuk bagi menyusun aturan pergerakan

proses kewangan dipamerkan seperti di mukasurat berikut:

Gambar Rajah 2.4: Teori Kitaran Hayat Kewangan

Pengagihan

Perpindahan

Pengumpulan

Pewarisan Waris

Cukai

Wasiat

Perbelanjaan

Simpanan

Pengagihan

Perpindahan

Pengumpulan

Modal Insan

Modal Kewangan

Penjanaan

Pewarisan

Model Penggunaan Pewarisan

Model Kitaran Hayat Kewangan Pasca Kitaran Hayat

Pengagihan Pendapatan Penggunaan

Page 58: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

36

2.2.4 Teori Tingkah Laku Yang Perancangan Kewangan

Teori Tingkah Laku Yang Terancang (theory of planned behaviour) adalah lanjutan

daripada Teori Tingkah Laku Beralasan (theory of reasoned action) pada tahun 1991

oleh Icek Ajzen (1991). Teori Tingkah Laku Beralasan mula diperkenalkan oleh

Fishbein pada tahun 1967 (Ajzen & Fishbein, 1975). dan kemudian ditakrifkan semula,

dimajukan, dan diuji pada 1970-an. Ia telah diringkaskan dalam sebuah buku oleh

Fishbein dan Ajzen (1975) dan antara tujuan teori tersebut adalah untuk meramal dan

memahami tingkah laku manusia. Menurut Teori Tingkah Laku Beralasan, tingkah laku

seseorang ditentukan oleh niat atau tujuan tindakan seseorang. Ia dipengaruhi oleh sikap

dan norma subjektif.

Teori Tingkah Laku Yang Terancang pula menambah konstruk perspesi kawalan

tingkah laku yang berasal dari Teori Keberkesanan Kendiri (Bandura, 1977). Teori ini

telah dicadangkan oleh Bandura pada tahun 1977 berdasarkan dari teori kognitif sosial.

Menurut Bandura, jangkaan seperti motivasi, prestasi, dan perasaan kecewa dikaitkan

dengan kegagalan berulang menentukan kesan dan tindak balas ke atas tingkah laku.

Terdapat banyak kajian yang dijalankan ke atas niat tingkah laku, dan teori ini

mencadangkan bahawa niat seseorang ditentukan oleh sikapnya ke arah melakukan

sesuatu tingkah laku sama ada positif atau negatif, norma subjektif dan kepentingan

hubungan di antara sikap dan norma subjektif. Pembangunan Teori Tingkah Laku

Beralasan didorong oleh hakikat bahawa teori sikap sahaja tidak dapat meramalkan

tingkah laku (Bandura, 1977). Kemudian, penyelidik teori menambah konstruk persepsi

kawalan tingkah laku boleh menentukan niat tingkah laku dan tingkah laku, dan

dinamakan semula model tersebut sebagai Teori Tingkah Laku Yang Terancang (Ajzen,

1991).

Page 59: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

37

Teori Tingkah Laku Yang Terancang memberi tumpuan kepada faktor-faktor

yang menentukan pilihan tingkah laku sebenar individu. Menurut teori ini, tiga faktor

yang mempengaruhi niat tingkah laku individu iaitu: sikap sama ada positif atau negatif

terhadap sasaran tingkah laku, norma subjektif iaitu pengaruh persekitaran dan persepsi

kawalan tingkah laku. Manakala, niat tingkah laku individu pula mempengaruhi corak

tingkah laku seseorang.

Sikap individu terhadap tingkah laku dinilai berdasarkan perasaan positif atau

negatif individu terhadap tingkah laku tersebut dan dibentuk berdasarkan kepercayaan

secara jelas berkaitan hasil yang boleh dijangka apabila melaksana sesuatu tingkah laku.

Manakala norma subjektif pula merujuk kepada persepsi seseorang sama ada perujuk

meluluskan atau tidak tingkah laku tersebut. Untuk menangkap aspek bukan kemahuan

tingkah laku, Teori Tingkah Laku Yang Terancang menambah satu angkubah baru iaitu

persepsi kawalan tingkah laku yang tidak terdapat di dalam model sikap tingkah laku

beralasan dahulu.

Persepsi kawalan tingkah laku cuba menggambarkan tahap kesukaran persepsi

dalam melaksanakan sesuatu tingkah laku yang juga merujuk pengalaman lepas dan

halangan yang dijangka. Lebih positif sikap individu ke arah melaksana tingkah laku,

lebih besar kelulusan sosial yang dilihat, lebih mudah sesuatu persepsi tingkah laku

dilaksana, maka semakin kuat hasrat atau niat untuk bertingkah laku. Seterusnya, lebih

besar niat atau hasrat untuk bertingkah laku, maka lebih besar kemungkinan untuk

tingkah laku dilakukan. Tambahan pula, kawalan yang dilihat turut mempengaruhi

tingkah laku secara langsung (Ajzen, 1991). Teori Tingkah Laku Yang Terancang dan

Teori Tingkah Laku Beralasan, telah digunakan dalam pelbagai bidang pengajian

seperti penurunan berat badan, orientasi pekerjaan, perancangan keluarga, tingkah laku

Page 60: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

38

pengguna, pengundian, ketagihan arak (Ajzen & Fishbein, 1980), memburu (Hrubes,

Ajzen, & Daigle, 2001), pembelian makanan yang diubah suai secara genetic (Cook,

Kerr, & Moore, 2002), penggunaan teknologi (Lynne, Casey, Hodges & Rahmani,

1995), aduan pengguna (East, 2000), kaji selidik dalam talian dan lain-lain.

Beberapa pengkaji telah mengadaptasi Teori Tingkah Laku Yang Terancang

dalam penyelidikan mereka berkaitan tingkah laku pengguna dalam perkhidmatan

kewangan seperti keputusan pelaburan, penggunaan gadai janji, dan kaunseling kredit.

East (1993), mengunakan Teori Tingkah Laku Yang Terancang untuk menyiasat

keputusan pelaburan dengan mengunakan data daripada sampel pengguna British. Hasil

kajian yang dibentangkan dalam tiga dalam karya menyokong teori tersebut. Secara

khusus, rakan-rakan, saudara-mara dan akses mudah ke atas dana secara kukuh

menyumbang kepada keputusan pelaburan. Bansal dan Taylor (2002) menggunakan

data daripada sampel pelanggan gadai janji, menggunakan Teori Tingkah Laku Yang

Terancang untuk mengkaji tingkah laku peralihan (switching) oleh perkhidmatan

pelanggan. Mereka memeriksa sama ada dari segi interaksi beberapa pemboleh ubah

yang dinyatakan dalam teori memberi kesan kepada tingkah laku perkhidmatan

pelangan atau tidak.

Mereka mendapati bahawa interaksi antara persepsi kawalan tingkah laku dan

niat, antara persepsi kawalan tingkah laku dan sikap, dan antara sikap dan norma

subjektif ketara dipengaruhi oleh niat tingkah laku. Dengan menggunakan data kajian

dan akaun daripada sampel pelanggan sebuah agensi kaunseling pengguna kebangsaan,

Xiao dan Wu (2006) mengkaji faktor-faktor yang berkaitan dengan tingkah laku

pengguna dalam menyiapkan pelan pengurusan hutang. Mereka mendapati bahawa

sikap terhadap tingkah laku dan kawalan dianggap mempengaruhi tingkah laku yang

Page 61: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

39

sebenar, tetapi tidak dipengaruhi oleh norma subjektif. Di samping itu, mereka turut

mendapati bahawa kepuasan dengan perkhidmatan yang ditawarkan turut menyumbang

kepada tingkah laku sebenar.

Selain itu, sekumpulan penyelidik mengunakan Teori Tingkah Laku Yang

Terancang untuk menyiasat bagaimana pelajar kolej membentuk tingkah laku kewangan

mereka seperti wang tunai, kredit dan pengurusan menyimpan. Berdasarkan penemuan

awal mereka, ketiga-tiga latar belakang mengenai niat tingkah laku yang dinyatakan

oleh teori tersebut mempunyai perkaitan rapat dengan niat dan hasrat menyumbang

kepada tingkah laku. (Shima, Xiao, Barberc, & Lyons, 2007).

2.2.4.1 Teori Tingkah Laku Beralasan

Teori Tingkah Laku Beralasan (Theory of Reasoned Action) (TTB) pertama kali

dicetuskan oleh Ajzen pada tahun 1980 dan disusun berdasarkan andaian dasar bahawa

manusia bertingkah laku secara sedar dengan mempertimbangkan segala informasi yang

terdapat di sekeliling mereka. Dalam TTB ini, Ajzen & Fishbein (1980) menyatakan

bahwa niat menentukan sama ada seseorang akan melakukan suatu tingkah laku atau

tidak. Beliau turut mencadangkan bahawa sebelum sesuatu perkara dilakukan, niat

dipengaruhi oleh dua penentu dasar, iaitu sikap (attitude towards behavior) dan

pengaruh sosial iaitu norma subjektif (subjective norms). Dalam mengaitkan pengaruh

sikap dan norma subjektif ke atas niat untuk dilakukan atau tidak dilakukannya sesuatu

tingkah laku, Ajzen melengkapi teori tersebut dengan keyakinan (beliefs). Beliau

berpendapat bahawa sikap (attitude) individu berasal dari keyakinan terhadap tingkah

laku (behavioral beliefs), manakala norma subjektif pula berasal dari keyakinan

normatif (normative beliefs). Secara skematik TTB digambarkan seperti skema di

Page 62: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

40

Gambar rajah 2.5.

Gambar Rajah 2.5: Teori Tingkah Laku Beralasan

2.2.4.2 Teori Tingkah Laku Yang Terancang

Teori Tingkah Laku Yang Terancang (Theory of Planned Behavior) (TTT) merupakan

lanjutan dari TTB. Ajzen (1988) menambahkan komponen konstruk yang belum ada

dalam TTB, iaitu persepsi kawalan tingkah laku (perceived behavioral control).

Konstruk ini ditambahkan dalam usaha untuk memahami keterbatasan atau sejauhmana

had yang dimiliki individu dalam rangka melakukan sesuatu tingkah laku tertentu (Chau

& Hu, 2002).

Dengan kata lain, niat untuk melakukan atau tidak melakukan suatu tingkah laku

tidak hanya ditentukan oleh sikap dan norma subjektif semata, tetapi juga oleh persepsi

individu terhadap kawalan yang dapat dilakukannya dan bersumberkan kepada

keyakinannya ke atas kawalan tersebut. Dalam TTT, lebih lengkap lagi Ajzen (2005)

juga turut menambahkan faktor latar belakang individu ke dalam TTT. Model teoritik

dari TTT mengandungi beberapa angkubah-angkubah berikut iaitu:

i. Latar belakang seperti usia, jantina, etnik, status sosial ekonomi, suasana hati,

sifat peribadi dan pengetahuan mempengaruhi sikap dan tingkah laku individu

Sikap

Kepercayaan Tingkah laku

Norma Subjektif

Kepercayaan Normatif

Niat

Tingkah laku Tingkah laku

Page 63: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

41

terhadap sesuatu perkara. Faktor latar belakang pada dasarnya adalah satu sifat

yang hadir di dalam diri seseorang dan dikategorikan sebagai aspek O (organism)

di dalam model Kurt Lewin. Di dalam kategori ini Ajzen memasukkan tiga faktor

latar belakang, iaitu personal, sosial, dan maklumat. Faktor personal adalah sikap

umum seseorang terhadap sesuatu, sifat peribadi, nilai, emosi, dan kecerdasan

yang dimilikinya. Faktor sosial antara lain adalah jenis jantina, etnik, pendidikan,

pendapatan dan agama. Faktor informasi adalah pengalaman, pengetahuan dan

pendedahan pada media.

ii. Kepercayaan tingkah laku adalah perkara yang diyakini oleh individu mengenai

sebuah tingkah laku dari segi positif dan negatif, dan sikap terhadap tingkah laku

atau kecenderungan untuk bertindak balas secara afektif terhadap suatu tingkah

laku, sama ada suka atau tidak suka pada tingkah laku tersebut.

iii. Kepercayaan Normatif berkait rapat dengan pengaruh persekitaran yang secara

tegas dikemukakan oleh Lewin (1939) dalam Field Theory. Pendapat Lewin ini

turut digunakan oleh Ajzen melalui TTT. Menurut Ajzen (1991), faktor

persekitaran sosial khususnya orang-orang yang berpengaruh dalam kehidupan

individu turut mempengaruhi keputusan individu.

iv. Norma subjektif pula merujuk kepada sejauh mana seseorang individu memiliki

motivasi untuk mengikut pandangan orang lain terhadap tingkah laku yang bakal

dilakukannya. Kalau individu merasakan bahawa adalah hak peribadinya untuk

menentukan apa yang akan dilakukannya dan bukan orang lain di sekitarnya,

maka dia akan mengabaikan pandangan orang lain tentang tingkah laku yang akan

Page 64: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

42

dilakukannya. Fishbein dan Ajzen (1975) menggunakan istilah motivasi untuk

mematuhi bagi menggambarkan fenomena ini iaitu adakah individu akan

mengambil pandangan orang lain yang berpengaruh dalam hidupnya atau tidak.

v. Keyakinan bahawa suatu tingkah laku dapat dilaksanakan iaitu kepercayaan

kawalan dipengaruhi dari beberapa perkara antaranya adalah pengalaman

melakukan tingkah laku yang sama sebelumnya atau pengalaman yang diperoleh

kerana melihat orang lain (misalnya teman atau keluarga dekat) melaksanakan

tingkah laku tersebut sehingga ia memiliki kepercayaan bahawa ia juga mampu

melaksanakannya. Selain pengetahuan, ketrampilan, pengalaman dan keyakinan

individu terhadap suatu tingkah laku akan dapat dilaksanakan ditentukan juga oleh

ketersediaan waktu untuk melaksanakan tingkah laku tersebut, tersedianya

kemudahan untuk melaksanakannya dan memiliki kemampuan untuk mengatasi

setiap kesulitan yang mengagalkan pelaksanaan tingkah laku.

vi. Persepsi kawalan tingkah laku, iaitu kepercayaan bahawa individu pernah

melaksanakan atau tidak pernah melaksanakan tingkah laku tertentu, individu

memiliki kemudahan dan waktu untuk melakukan tingkah laku tersebut,

kemudian individu membuat jangkaan atas kemampuan dirinya apakah dia punya

kemampuan atau tidak memiliki kemampuan untuk melaksanakan tingkah laku

tersebut. Ajzen menamakan keadaan ini dengan persepsi kawalan tingkah laku.

Niat (intention) untuk melakukan tingkah laku adalah kecenderungan seseorang

untuk memilih melakukan atau tidak melakukan sesuatu pekerjaan. Niat ini ditentukan

Page 65: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

43

oleh sejauh mana individu memiliki sikap positif pada tingkah laku tertentu, dan sejauh

mana kalau dia memilih untuk melakukan tingkah laku tertentu itu dia mendapat

sokongan dari orang-orang lain yang berpengaruh dalam kehidupannya. Kerangka Teori

Tingkah Laku Yang Terancang dijelaskan seperti pada gambar rajah 2.6.

Gambar Rajah 2.6: Teori Tingkah Laku Yang Terancang

2.2.5 Tingkah Laku dalam Perancangan Kewangan Islam

Penelitian yang menyeluruh berkaitan Tingkah Laku Yang Terancang dalam

perancangan kewangan dapat dilihat melalui kajian yang dilakukan oleh Syukriah,

Rosliza, dan Kartini (2014). Syukriah et. al. merumuskan bahawa kajian Teori Tingkah

Laku Yang Terancang berdasarkan perkhidmatan produk kewangan yang ditawarkan

oleh institusi kewangan boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu pertama, kajian

yang berkaitan niat tingkah laku dalam institusi kewangan yang dikawal oleh Bank

Negara Malaysia (BNM), dan kedua, niat tingkah laku dalam industri kewangan yang

dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti. Walau bagaimanapun, setelah dibuat penelitian

terdapat sedikit kekeliruan oleh pengkaji dalam mengkategorikan kepelbagaian institusi

Niat

Tingkah laku Tingkah laku

Sikap

Kepercayaan Tingkah laku

Norma Subjektif

Kepercayaan Normatif

Perspesi Tingkah laku

Kawalan

Kepercayaan Kawalan

Page 66: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

44

berdasarkan pasaran kewangan dan institusi kewangan. Seharusnya, perkhidmatan

kewangan yang ditawarkan perlu ditakrifkan sebagai perkhidmatan yang ditawarkan

berdasarkan institusi di bawah kawalan Akta Bank Negara Malaysia atau Akta

Suruhanjaya Sekuriti. Di Malaysia, aktiviti pasaran kewangan dan institusi kewangan

dikawalselia oleh kedua-dua institusi tersebut.

Kajian niat tingkah laku untuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi

kewangan di bawah kawalan BNM adalah perkhidmatan perbankan meliputi kad kredit,

pinjaman, pembiayaan, urus niaga perbankan Islam, pajak gadai Islam (ar-rahnu) dan

perbankan internet, dan perkhidmatan perlindungan risiko meliputi insurans hayat,

insurans am dan takaful. Manakala, kajian niat tingkah laku untuk institusi kewangan di

bawah kawalan Suruhanjaya Sekuriti melibatkan aktiviti berkaitan pelaburan pengguna,

perkhidmatan atas talian pembelian saham dan aktiviti pelaburan dalam saham amanah.

Hanudin (2012) telah menjalankan dua kajian yang berbeza tentang faktor

penentuan niat dalam penggunaan kad kredit Islam. Kajian pertama menggunakan

kaedah Model Pengarahan PROBIT (Ordered PROBIT Model) dengan saiz sampel

berjumlah 370 responden. Kajian kedua pula menggunakan kaedah analisis regresi

berganda dengan saiz sampel berjumlah 257 responden. Hasil daripada kedua-dua

menunjukkan dapatan kajian yang bercanggah di mana kajian pertama menunjukkan

bahawa sikap mempunyai kesan ke atas niat untuk menggunakan kad kredit Islam di

kalangan responden manakala kajian kedua mendedahkan sikap, norma subjektif dan

kos kewangan dilihat dengan ketara mempengaruhi niat untuk menggunakan kredit

Islam kad.

Berdasarkan kepada kedua-dua kajian terdahulu, Hanudin (2013) telah

melanjutkan pengajian yang sama tetapi menggunakan analisis yang berbeza yang

Page 67: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

45

separa kuasa dua terkecil (Partial Least Square). Beliau mendapati bahawa sikap adalah

faktor yang utama mempengaruhi niat pelanggan untuk memilih kad kredit Islam,

diikuti dengan norma subjektif dan kos kewangan dilihat. Maya dan Rofi (2011) dan

Rutherford dan Devaney (2009) juga telah melakukan kajian yang sama yang telah

berlaku di Indonesia dan Amerika Syarikat. Menariknya, mereka mendapati hasil yang

sama iaitu sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku secara signifikan

mempengaruhi niat untuk mengunakan kad kredit.

Selain penyelidikan dalam penggunaan kad kredit, penggunaan TTT juga

dilakukan ke atas kajian berkaitan perkhidmatan perbankan Islam. (Salamah, 2012;

Echchabi, & Abd. Aziz, 2012) telah melakukan penyelidikan mengenai niat pengguna

mendapatkan perkhidmatan perbankan Islam dengan menggunakan TTB dan TTD.

Walaupun berbeza lokasi di Indonesia dan Maghribi, namun keputusan kajian

menunjukkan bahawa sikap, pengaruh sosial serta persepsi kawalan Tingkah Laku

mempengaruhi niat ke arah mendapatkan perkhidmatan perbankan Islam. Selain

daripada kajian mengenai niat tingkah laku dalam perkhidmatan perbankan Islam secara

amnya, terdapat beberapa kajian lain yang tertumpu kepada aspek perkhidmatan

pembiayaan yang ditawarkan oleh bank-bank Islam. Seperti kajian yang dilakukan oleh

Dzuljastri dan Muhammad, (2102); Syed et al., (2012); Hanudin et al., (2012); Hanudin

et al., (2011); Hanudin et al., (2010); Fauziah, Ramayah dan Dzuljastri (2008).

Dzuljastri dan Muhammad Abduh (2012); Fauziah et al., (2008) membincangkan

pengaruh besar sikap dan norma subjektif terhadap niat tingkah laku untuk

mengurangkan perkongsian pembiayaan perumahan dengan menggunakan TTB.

Keputusan mereka menunjukkan bahawa sikap dan norma subjektif telah dipengaruhi

niat pelanggan untuk melibatkan diri dalam mengurangkan pembiayaan perumahan.

Page 68: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

46

Sebaliknya, kajian sama yang dijalankan oleh Syed et al., (2012) dan Hanudin et al.,

(2012) dengan menggunakan TPB mendapati bahawa sikap, norma subjektif dan

persespi kawalan Tingkah Laku mempunyai pengaruh yang besar kepada niat untuk

memohon pembiayaan perumahan Islam. Syed et al., (2012) mendapati bahawa norma

subjektif mempunyai hubungan terus yang signifikan kepada niat dalam pembiayaan

Islam.

Kajian mengunakan TTB dan TTD juga dilakukan kepada perkhidmatan yang

ditawarkan oleh industri perlindungan insurans. Fithriah dan Hanudin (2011) dan

Hanudin et. al., (2012) turut mengkaji mengenai faktor sikap dan norma subjektif dalam

mempengaruhi penyertaan pengguna dalam perlindungan takaful. Keputusan kajian

menunjukkan bahawa kedua-dua sikap dan norma subjektif mempengaruhi penerimaan

pengguna terhadap perlindungan takaful. Kajian oleh Innan dan Moustaghfir (2012),

pula mendapati sikap tidak mempengaruhi niat pekerja untuk membeli insurans

kesihatan berbanding persespi kawalan tingkah laku dan norma subjektif yang didapati

mempunyai pengaruh yang lebih besar.

East (1993) mengunakan TTT untuk meramalkan keputusan pengguna dalam

membuat pelaburan di dalam saham tertentu, khususnya saham baru terbitan mendapati

bahawa permohonan saham baru dapat diramalkan berdasarkan niat yang diukur. Niat

yang diukur merangkumi sikap, norma subjektif, persepsi kawalan tingkah laku dan

tingkah laku yang lepas. Dapatan kajian juga menunjukkan rakan-rakan, saudara-mara,

akses mudah ke dana serta kriteria kewangan keuntungan dan keselamatan pelaburan

mempengaruhi sesuatu keputusan pelaburan.

Selain kajian berkaitan tingkah laku pelaburan, kajian juga dilakukan ke atas

aktiviti berkaitan perdagangan saham atas talian. Ramayah, Rouibah, Gopi, dan Rangel

Page 69: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

47

(2009) mengkaji mengenai niat untuk melanggan saham secara dalam talian atau

melalui internet di kalangan pelabur Malaysia. Mereka mendapati bahawa sikap dan

norma subjektif sangat penting dalam mempengaruhi niat pelabur untuk menggunakan

internet dalam perdagangan saham secara atas talian. Kajian berkaitan juga telah

dilakukan oleh Lee (2009); Gopi dan Ramayah (2007); dan Abroud, Yap dan

Muthaiyah (2010) dengan menggunakan TTT sebagai asas teori untuk menerangkan

perbezaan niat untuk mengunakan internet. Gopi dan Ramayah (2007) mendapati

bahawa semua pemboleh ubah iaitu sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan

Tingkah Laku adalah penting mempengaruhi niat untuk menggunakan internet dalam

perdagangan saham secara online di kalangan pelabur Malaysia.

Kajian turut dilakukan ke atas tingkah laku berkaitan pelaburan dalam saham

amanah atau unit amanah, Schmidt (2010) dan Kuah (2008) telah memulakan

penyelidikan mengenai kesediaan individu dan niat untuk membeli saham amanah. Di

Jerman, Schmidt memulakan kajian mengunakan TTT, manakala Kuah memulakan

kajian di Malaysia dengan mengunakan Teori Pereputan Tingkah Laku Yang Terancang

untuk menentukan niat ke arah pembelian saham amanah. Hasilnya adalah sama dengan

kajian sebelum ini di mana tekanan sosial, sikap dan persepsi kawalan Tingkah Laku

menunjukkan pengaruh yang signifikan dan positif terhadap niat untuk membeli saham

amanah. Dari keseluruhan literatur di atas menunjukkan bahawa TTB dan TTT telah

diguna pakai untuk menjalankan beberapa kajian dan bertindak sebagai peramal yang

kuat terhadap tingkah laku sebenar di lokasi yang berbeza.

Page 70: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

48

2.3 Tingkah Laku dalam Bidang Kewangan Islam

Bidang kajian tingkah laku kewangan Islam dilihat sebagai medan penting yang dapat

memainkan peranan penting dalam menjelaskan tingkah laku pengguna khususnya

pelabur terhadap proses pembuatan keputusan dalam kewangan Islam. Dalam hal ini,

beberapa kajian telah dilakukan untuk mengukur pengaruh psikologi dan faktor sosial

lain mengenai tingkah laku pelabur ke arah proses membuat keputusan kewangan dan

niat mereka untuk melabur. Ali Zani dan Kasim (2014) menggunakan Model Persamaan

Struktur (SEM) sebagai instrumen analisis dalam menyiasat pengaruh sikap, pengaruh

sosial dan kawalan tingkah laku yang dilihat terhadap niat pelabur untuk melabur dalam

industri unit amanah Islam Malaysia. Kajian mendapati, sikap dan kawalan tingkah laku

yang dilihat mempunyai pengaruh yang signifikan dan positif terhadap niat pelabur

untuk melabur dalam unit amanah Islam. Pemodelan Persamaan Struktur (SEM) juga

digunakan oleh Adam dan Shauki (2014) untuk mengkaji peranan sikap, norma

subjektif, kawalan tingkah laku dan norma moral ke atas niat pelabur untuk melabur

dalam Pelaburan Ketanggungjawaban Sosial (PKS) (socially responsible investments) di

Malaysia. Mereka mendapati bahawa sikap, norma-norma subjektif dan norma-norma

moral dikaitkan dengan niat untuk melabur dalam PKS.

Di pasaran yang sama, tetapi dalam sektor yang berbeza, iaitu, produk kad kredit

Islam. Amin (2013) menggunakan Teori Tindakan Bertindak (TRA) menggunakan Sisi

Separa Separa (PLS) dan analisis faktor untuk meneroka faktor-faktor yang

mempengaruhi pelanggan bank Malaysia terhadap pilihan kad kredit Islam. Beliau

menyelidiki pembolehubah sikap, norma subjektif dan kos kewangan yang dianggap

berkaitan dengan niat untuk memilih kad kredit Islam. Beliau menyimpulkan bahawa

Page 71: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

49

sikap, norma subjektif dan kos kewangan adalah signifikan dalam mempengaruhi niat

pengguna untuk memilih kad kredit Islam di Malaysia.

Dalam konteks penyediaan produk kewangan Islam tempatan iaitu penawaran

pembiayaan pinjaman perumahan Islam. Amin, Abdul-Rahman, dan Abdul Razak

(2013) cuba menyiasat kesan norma subjektif, kelebihan relatif, kesederhanaan,

kesesuaian dan kawalan kelakuan yang dianggap pada pembiayaan pinjaman

perumahan Islam di Kota Kota Kinabalu, Sabah dengan menggunakan teori bersepadu

iaitu TTT, Teori Penyiasatan Inovasi (TPI) dan PLS sebagai alat analisis untuk

mengkaji hubungan hipotesis di antara construk (constructs) yang berbeza. Mereka

menggunakan pendekatan integratif dan mendapati bahawa ia adalah sah dalam hal

pembiayaan rumah Islam di Malaysia. Walau bagaimanapun, keputusan mereka tidak

menyokong kesan keserasian sikap terhadap pembiayaan pinjaman perumahan Islam.

Mereka juga melaporkan sikap itu tidak mengawal hubungan antara keserasian dan

pembiayaan pinjaman perumahan Islam di Malaysia.

Dari perspektif serantau, Sun, Goh, Fam, dan Xue (2012) menggunakan Model

Penerimaan Teknologi (TAM) dalam mengkaji kesan komitmen agama terhadap niat

oleh golongan remaja di Asia Tenggara untuk mengadaptasi perkhidmatan perbankan

mudah-alih (online) Islam. Mereka mengkaji pembolehubah kepercayaan dan komitmen

agama, keberanian diri, norma subjektif, kos kewangan yang dirasakan, kredibiliti yang

dirasakan dan kegunaan yang dirasakan terhadap niat untuk mengadaptasi perkhidmatan

perbankan mudah alih Islam. Mereka menyimpulkan bahawa kepercayaan agama dan

komitmen secara positif berkait rapat dengan hasrat untuk mengadaptasi perkhidmatan

perbankan mudah-alih Islam.

Page 72: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

50

Dalam industri insurans Islam (Takaful), Echchabi, Olarogun, dan Azouzi (2014)

meneliti ketidakpastian, kelebihan relatif, keserasian, pengaruh sosial dan kesedaran

terhadap pelanggan Tunisia untuk mengamalkan insurans Islam menggunakan SEM dan

satu sampel ujian untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi proses membuat

keputusan mereka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelanggan Tunisia sanggup

menerima pakai perkhidmatan insurans Islam dalam aspek perancangan kewangan

mereka.

Bagi mengkaji kepentingan pengaruh agama terhadap tingkah laku pelaburan

saham, Bialkowski, Etebeari, dan Wisniewski (2012) menggunakan data pulangan

ekuiti harian dan sepuluh teknik pengujian yang berbeza termasuk OLS dan anggaran

panel yang disatukan di antara tahun 1989-2007. Data tersebut diambil pada bulan

Ramadan yang suci, untuk mengkaji pulangan saham untuk 14 negara majoriti Muslim

seperti Bahrain, Jordan, Indonesia, Mesir, Kuwait, Malaysia, Maghribi, Oman, Pakistan,

Qatar, Arab Saudi, Tunisia, Turki dan Emiriah Arab Bersatu. Kesimpulannya ialah

pulangan saham semasa Ramadan adalah lebih tinggi dan tidak menentu berbanding

pulangan saham sepanjang tahun. Tambahan pula, mereka menekankan bahawa

Ramadan secara positif mempengaruhi psikologi pelabur dan mempromosikan perasaan

solidariti dan identiti sosial di kalangan umat Islam di seluruh dunia serta membawa

kepada kepercayaan optimis yang meluas bahawa keputusan pelaburan dipengaruhi oleh

perubahan dalam psikologi pelabur.

Wahyuni (2012) mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku

masyarakat Islam terhadap penerimaan perkhidmatan perbankan Islam di Surakarta,

Indonesia. Menggunakan analisis faktor dan kaedah regresi hierarki, beliau menguji

pengaruh faktor sikap, pengaruh sosial, dan pengetahuan berkenaan terhadap

Page 73: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

51

penerimaan perkhidmatan kewangan mudah alih Islam. Keputusan menunjukkan

bahawa sikap dan pengetahuan mempengaruhi tingkah laku masyarakat Islam terhadap

perkhidmatan perbankan Islam, sementara pengaruh sosial juga menjadi faktor penting

dalam tahap awal ujian.

Yahya, Nadzar, dan Abdul Rahman (2012) menggunakan teori penerimaan dan

penggunaan teknologi bersatu (the unified theory of acceptance and use of technology)

(UTAUT) dalam mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi niat untuk menggunakan

Portal e-Syariah di Malaysia. Mereka menyiasat pembolehubah berikut iaitu jangkaan,

jangkaan usaha, pengaruh sosial, keberkesanan diri, kebimbangan, sikap, kelakuan dan

kemudahan memudahkan selain daripada jantina, umur, pengalaman, dan

pembolehubah sukarela. Mereka menyimpulkan bahawa jangkaan prestasi, jangkaan

usaha, pengaruh sosial, kualiti maklumat dan sistem, agama dan kepercayaan sangat

berkaitrapat dengan niat untuk menggunakan Perkhidmatan Portal e-syariah di

Malaysia.

2.4 Angkubah Berdasarkan Teori Tingkah Laku Yang Terancang dalam

Perancangan Kewangan

2.4.1 Faktor Demografi

Beberapa kajian lepas yang telah menunjukkan bahawa faktor sosio-ekonomi seperti

pendapatan dan pemilikan rumah, manakala faktor sosio-demografi pula adalah umur,

bilangan isi rumah, status perkahwinan dan tahap pendidikan mempengaruhi tahap

kesejahteraan kewangan. Misalnya, Hira, dan Mugenda (1999a); Austin, Hira, dan

Mugenda (1999b); Sabri dan Falahati (2012), mendapati jantina, umur, etnik, status

Page 74: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

52

perkahwinan, pendidikan dan pendapatan pengguna mempengaruhi kepuasan kewangan

atau kesejahteraan kewangan. Joo dan Grable (2004) pula telah mencadangkan satu

kerangka kajian bagi mengukur sama ada sosio-demografi seperti jantina, umur, status

perkahwinan dan pendidikan, manakala ciri sosio-ekonomi seperti pendapatan dan

pemilikan rumah mempengaruhi kesejahteraan kewangan. Dari beberapa kajian di atas

telah menunjukkan faktor sosio-ekonomi dan sosio-demografi kebanyakannya

mempengaruhi tahap kesejahteraan kewangan pengguna.

Titus, Fanslow dan Hira (1989) juga mendapati faktor umur dan bilangan isi

rumah mempengaruhi kesejahteraan kewangan seseorang individu. Larson (1978);

Herzog dan Rogers (1981); Usui, Keil, dan Durig, (1985); Wan Ibrahim (2009) pula

mendapati umur mempunyai pengaruh yang positif ke atas kesejahteraan warga tua

tetapi tidak begitu kuat. Golongan tua didapati lebih berpuas hati dengan kedudukan

kewangan mereka berbanding dengan kedudukan kewangan golongan muda (Mugenda,

Hira & Fanslow, 1990).

Dari kajian lain juga banyak menunjukkan faktor demografi seperti umur,

pendapatan, status perkahwinan dan sebagainya mempengaruhi kesejahteraan kewangan

individu. Bagi faktor umur, kajian menunjukkan golongan tua amat berpuas hati dengan

kedudukan kewangan mereka. Hal ini kerana mereka mungkin telah mempunyai

kedudukan kewangan yang lebih selesa dan stabil berbanding golongan muda yang

masih mencari dan membentuk kestabilan kedudukan kewangan mereka.

Sementara itu, Baek dan DeVaney (2004); Joo dan Grable (2004) pula mendapati

mereka yang mempunyai tahap pendidikan dan pendapatan tinggi, berkahwin serta

memiliki rumah sendiri turut mempunyai tahap kesejahteraan kewangan yang tinggi.

Begitu juga dengan kajian Zaimah (2011); Zaimah dan Sarmila (2012) yang mendapati

Page 75: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

53

tahap kesejahteraan kewangan seseorang turut dipengaruhi oleh faktor umur, pemilikan

rumah, pendapatan dan pemilikan produk kewangan. Manakala Penn (2009), mendapati

ciri-ciri demografi, pendapatan, pemilikan rumah, bilangan anak dan status kesihatan

merupakan faktor peramal yang penting dalam kesejahteraan kewangan. Begitu juga

dengan kajian Davis dan Helmick (1985); Godwin (1994); Mugenda et al. (1990);

Parrotta dan Johnson (1998); Porter dan Garman (1993); Titus et al. (1989); Walson

dan Fitzsimmons (1993); Wilhelm et al. (1993) menunjukkan pendapatan mempunyai

perhubungan yang positif dan kuat dengan kepuasan kewangan iaitu semakin tinggi

pendapatan seseorang, maka semakin tinggi tahap kepuasan kewangan mereka.

Individu yang mengamalkan nasihat pengurusan kewangan dan mempunyai

pendapatan isi rumah yang stabil mencatatkan tahap kepuasan kewangan yang baik.

(Parrotta & Johnson, 1998). Berdasarkan dapatan kajian di atas menunjukkan bahawa

terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi tahap kesejahteraan kewangan

pengguna dan yang paling kuat memberi kesan adalah pendapatan, pemilikan rumah,

bilangan anak dan kesihatan. Ia didapati boleh mempertingkatkan kepuasan terhadap

hal-hal kewangan mereka. Pendapatan dan pendidikan tinggi atau rendah, berkahwin

atau bujang, milik rumah sendiri atau menyewa juga boleh memberi kesan kepada tahap

kesejahteraan kewangan mereka.

2.4.2 Pendidikan Kewangan

Kajian yang dijalankan oleh Joo dan Grable (2004), mendapati pendidikan mempunyai

kesan langsung terhadap kepuasan kewangan dan individu yang berkahwin, manakala

tahap pendidikan dan pendapatan yang lebih tinggi serta memiliki sebuah rumah pula

mungkin dapat meramalkan tahap kesejahteraan kewangan yang baik. Begitu juga

Page 76: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

54

dengan kajian Baek dan Devaney (2004); Sumarwan dan Hira (1993) mendapati

kesejahteraan kewangan isi rumah mempunyai perkaitan yang signifikan dengan

pendidikan dan pendapatan isi rumah. Hasil kajian mereka berkaitan dengan pendidikan

adalah selaras dengan kajian yang dilakukan oleh Joo dan Grable (2004). Kedua-dua

kajian mereka mencatatkan hasil yang sama berkaitan faktor demografi dapat

mempengaruhi tahap kesejahteraan kewangan pengguna. Dapatan hasil tersebut

disokong oleh kajian Husniyah dan Fazilah (2009) yang mendapati lebih tinggi

pendapatan isi rumah dan tahap pendidikan pengguna, maka lebih baik kesejahteraan

kewangan mereka. Menurut mereka lagi, pada kebiasaannya pendapatan dan pendidikan

adalah sangat berkaitan antara satu sama lain.

Lindamood dan Hanna (2006); Zaimah, Jariah, Sharifah Azizah, dan Mumtazah

(2010) turut menyatakan tahap pendidikan yang lebih tinggi yang dimiliki oleh

seseorang memberikan banyak peluang kepada mereka untuk membuat keputusan

kewangan keluarga yang lebih baik. Berikutan dapatan tersebut menunjukkan

pendidikan yang tinggi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan yang baik dan

memperoleh pendapatan lebih tinggi, dengan itu isi rumah dapat memenuhi keperluan

dan kehendak mereka dalam meningkatkan kepuasan hal-hal kewangan mereka.

2.4.3 Pendapatan

Kajian oleh Zaimah dan Sarmila (2012) mendapati pengguna yang berpendapatan

bulanan melebihi RM4,500 dan juga merupakan peratusan yang tertinggi dalam kajian

yang dilakukan mencatatkan tahap kesejahteraan kewangan yang tinggi. Selain itu,

pendapatan isi rumah yang tinggi secara amnya menyumbang kesejahteraan kewangan

yang lebih baik (Husniyah & Fazilah, 2009). Dapatan kajian ini menunjukkan

Page 77: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

55

kesejahteraan kewangan sesebuah keluarga dipengaruhi oleh pendapatan bulanannya

yang tinggi. Manakala, pendapatan atau sumber kewangan individu dan keluarga yang

tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan asas akan menimbulkan perasaan negatif

terhadap jurang perbezaan kehidupan mereka dan tahap kepuasan mereka juga adalah

lebih rendah (Mills, Grasmick, Morgan, & Wenk, 1992)

Menurut Husniyah, Fazli, dan Ahmad Hariza (2005); Husniyah dan Mohd Amim

(2012) mendapati isi rumah yang berpendapatan tinggi kurang terlibat dalam aktiviti

perancangan kewangan kerana mereka dapat memenuhi semua keperluan dan kehendak

mereka berbanding pengguna yang berpendapatan rendah. Walaupun terdapat banyak

dapatan kajian menyatakan pendapatan tinggi akan menyebabkan pengguna lebih

sejahtera kewangannya. Tetapi, ia berbeza jika dibandingkan dengan golongan

berpendapatan rendah kerana mereka kurang dapat memenuhi keperluan asas. Mereka

diselubungi perasaan negatif dalam diri disebabkan kesejahteraan kewangan mereka

yang rendah. Justeru, dapat dilihat, golongan ini lebih berhati-hati dengan kewangan

mereka dan lebih bijak mengurus kewangan dan merancang kewangan mereka

berbanding dengan golongan berpendapatan tinggi. Hal ini kemungkinan golongan yang

berpendapatan rendah lebih menghargai sumber kewangan yang diperoleh dan

merancang perbelanjaan dengan mendahulukan keperluan daripada kehendak.

2.4.4 Pengurusan Kewangan

Kajian oleh Fazli, Jariah, Laily, Mohd Amim, dan Nurkhalila (2007) menunjukkan

bahawa individu yang berkebolehan atau berkemampuan mengurus kewangan dengan

baik akan dapat meningkatkan taraf hidup mereka dan memperoleh kegembiraan

khususnya apabila mereka mempunyai kesihatan yang sihat, bekerja, berkahwin atau

Page 78: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

56

mempunyai hubungan mesra dengan keluarga serta terjamin daripada segi kewangan.

Pengurusan kewangan adalah satu kemahiran berkaitan hal-hal kewangan dan

pendedahan kepada aktiviti tersebut membolehkan individu membuat keputusan dan

tindakan yang betul dalam hal kewangan (Benjamin, Laily, Jariah, & Tengku Aizan,

2010).

Pengurusan kewangan yang baik dan betul akan membawa kepada jaminan

kewangan keluarga dan juga terhadap kesejahteraan hidup keseluruhannya (Zaimah,

Jariah, Sharifah Azizah, & Mumtazah, 2010). Hal ini dapat disimpulkan bahawa

pengguna memerlukan pengetahuan kewangan dan pendedahan yang betul dalam

menguruskan sumber kewangan, simpanan dan perbelanjaan dalam mencapai

kesejahteraan kewangan yang dinginkan. Tidak cukup pandai mengurus sahaja, ia juga

seharusnya membuat perancangan sebelum membuat sesuatu keputusan perbelanjaan

dan mengawal perbelanjaan supaya tidak melebihi pendapatan yang boleh

menyebabkan beban hutang kepada isi rumah.

Ini dapat dirumuskan bahawa kesejahteraan kewangan dibahagikan kepada

kesejahteraan kewangan objektif dan subjektif. Ia merupakan komponen dan domain di

dalam kesejahteraan hidup. Individu yang mempunyai kepuasan dalam kesejahteraan

hidup sudah semestinya akan memiliki kesejahteraan kewangan dalam kehidupannya.

Kesejahteraan kewangan bergantung juga kepada situasi, kedudukan, penyimpanan dan

tingkah laku individu tersebut dalam menguruskan kewangan mereka. Begitu juga

dengan amalan mereka terhadap penggunaan lestari akan dapat membawa kepada

kesejahteraan dan kebahagiaan.

Page 79: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

57

2.4.5 Sosialisasi Kewangan

Proses di mana kanak-kanak dan remaja memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap

yang berkaitan dengan fungsi mereka sebagai pengguna di pasaran ditakrifkan sebagai

sosialisasi pengguna (Ward, 1974). Kanak-kanak mempelajari corak Tingkah Laku

pengguna dari pelbagai agen sosial termasuk ibu bapa, rakan sebaya, sekolah, kedai-

kedai dan media. (Moschis, 1987). Kedua-dua sumber interpersonal utama yang kanak-

kanak dan remaja pelajari berkaitan produk dan tabiat penggunaan mereka adalah ibu

bapa dan rakan-rakan. (Anderson & Bushman, 2001).

Agen sosialisasi kewangan boleh mempengaruhi kanak-kanak melalui beberapa

proses sosialisasi. Pembelajaran kewangan boleh menjadi pemerhatian atau formal,

pasif atau penyertaan (pembelajaran sampingan). Bukti menunjukkan bahawa anak-

anak muda belajar sikap dan tingkah laku melalui pemerhatian dan meniru model

peranan yang datang ke dalam diri mereka dari kekerapan hubungan mereka dengan

persekitaran (Bandura, 1986). Pembelajaran formal biasanya dihantar melalui sistem

pendidikan, sekolah atau tempat kerja, walau bagaimanapun ibu bapa juga boleh

memberi kesan sosialisasi kepada kanak-kanak melalui pendidikan secara berterusan di

rumah bertujuan sebagai model kepada tingkah laku dan amalan mereka.

Kajian terdahulu mendapati bahawa ibu bapa dan rakan sebaya memainkan

peranan yang penting dalam sosialisasi kewangan (Gutter, Garrison, & Copur, 2010).

Semasa kanak-kanak, ibu bapa adalah contoh teladan kepada kanak-kanak (Anderson &

Bushman, 2001). Ibu bapa mungkin menjadi agen paling efektif dalam mengajar anak-

anak muda tentang aspek rasional berkaitan asas penggunaan seperti pemahaman

hubungan antara harga dan kualiti, pengendalian wang dengan bijak dan mendapatkan

maklumat yang sesuai sebelum membuat pembelian (McNeal, 1987). Kajian ke atas

Page 80: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

58

pengaruh faktor sosialisasi kewangan dan pengaruh persepsi norma pada materialisme

mendapati peranan ibu bapa dan rakan sebaya sangat penting dalam mempengaruhi

psikologi ekonomi dan penyelidikan pengguna dalam pembangunan nilai-nilai

materialistic (Belk, 1987); Belk & Dodson, 1997); Cummings & Taebel, 1978);

Furnham & Stacey, 1991); Ward, 1974).

Salah satu model struktur terbaik kebendaan telah ditawarkan oleh Churchill dan

Moschis (1979) sebagai sebahagian daripada model pembelajaran remaja pengguna.

Mereka menerokai kesan kekangan kedua-dua iaitu sosial struktur (pemboleh ubah

sosial seperti kelas sosial, jantina dan susunan kelahiran, yang boleh memberi kesan

dalam sosialisasi dengan mempengaruhi proses pembelajaran) dan agen sosialisasi

(keluarga, rakan-rakan dan televisyen) ke atas kriteria pemboleh ubah motivasi ekonomi

bagi penggunaan (orientasi kognitif mengenai kepentingan ciri-ciri fungsi dan ekonomi

produk), motivasi sosial untuk kegunaan (orientasi kognitif menekankan penggunaan

mudah dilihat dan kepentingannya kepada ekspresi diri), dan nilai-nilai materialistik.

Teori sosialisasi kewangan dan penyelidikan telah menunjukkan bahawa anak-

anak muda mempelajari aspek-aspek ekspresif penggunaan dari televisyen dan rakan-

rakan mereka (Moschis, 1987). Kekuatan yang lebih besar daripada nilai-nilai

materialistik dilaporkan oleh orang dewasa yang mungkin telah mengalami gangguan

dari pengaruh tingkah laku kewangan ahli keluarga serta interaksi mereka dengan agen

sosialisasi semasa mereka remaja. Beberapa penyelidikan awal yang lain menunjukkan

bahawa materialisme khususnya dikaitkan dengan pengaruh rakan sebaya (Achenreiner,

1997). Kajian sebelum ini juga mendapati bahawa mereka yang kerap berkomunikasi

dengan rakan-rakan lebih mudah terdedah kepada pengaruh rakan sebaya dan turut

menjadi lebih materialistic (Achenreiner, 1997); Moschis dan Churchill, 1978).

Page 81: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

59

Mudah mendapat pengaruh rakan sebaya mencerminkan kesediaan untuk

mematuhi kehendak orang lain (pengaruh normatif) dan kesediaan untuk menerima dan

menghayati maklumat daripada orang lain (pengaruh maklumat). Kecenderungan ini

juga mencerminkan keperluan seseorang untuk mengenal pasti atau meningkatkan imej

diri seseorang dengan orang lain yang penting melalui harta benda (Bearden, Netemeyer

& Teel, 1989). Anak-anak muda yang dilihat terpengaruh dengan rakan sebaya didapati

lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam perbandingan sosial berkaitan harta benda

dan menjadi lebih materialistic (Chan, 2003). Kajian oleh Rindfleisch, Burroughs, dan

Denton (1997) menunjukkan bahawa interaksi rakan sebaya dan televisyen secara

positif sangat berkait rapat dengan kebendaan, dan menjadi orang tengah kepada

hubungan antara peristiwa-peristiwa hidup yang menimbulkan gangguan dan sikap

materialistik.

Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa sikap kewangan mengenai tingkah laku

kewangan dihantar melalui rakan-rakan, sekolah, keluarga, dan media (Fox,

Bartholomae & Gutter, 2000); Lee & Hogarth, 1999); Shim, Xiao, Barber & Lyons,

2009); Xiao, Tang & Shim, 2008) dengan keluarga menjadi agen utama socialisasi.

Kanak-kanak belajar ilmu kewangan melalui pemerhatian dan penyertaan mereka dalam

tingkah laku kewangan dan melalui arahan ibu bapa mereka yang secara langsung dan

secara tidak langsung boleh memberi kesan pelupusan kewangan mereka (Mandell,

1997). Tekanan rakan sebaya dan media adalah dua contoh tekanan yang sering

memberi kesan ke atas sikap seseorang. Kajian oleh Gutter & Garrison (2008)

mendapati model peranan ibu bapa mungkin penting dalam membentuk tingkah laku

kewangan dan paling tidak sedikit sebanyak penting untuk membentuk kepercayaan

berkaitan tentang norma tingkah laku rakan sebaya.

Page 82: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

60

2.4.6 Literasi Kewangan

Literasi kewangan merupakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk

mengendalikan cabaran kewangan serta membuat keputusan mengenai kewangan dalam

kehidupan seharian (Sohn, Joo, Grable, Lee & Kim, 2012). Kajian lepas menunjukkan

tahap pengetahuan mengenai kewangan merupakan isu yang penting dalam tingkah laku

pengurusan kewangan. Ini kerana kekurangan pengetahuan mengenai kewangan boleh

menjurus ke arah bebanan hutang (Norvilitis, Merwin, Osberg, Roehling, Young, &

Kamas, 2006). Tambahan pula, kekurangan ilmu tentang kewangan boleh

mempengaruhi keupayaan pelajar dalam membuat keputusan yang positif mengenai

kewangan di sepanjang hidup mereka (Jorgensen & Savla, 2010).

Kajian literasi kewangan terhadap golongan muda telah banyak dilakukan dan

kajian Scheresberg (2013) mendapati bahawa kebanyakan golongan muda mempunyai

kurang asas pengetahuan tentang kewangan. Ini juga disokong di dalam kajian Lusardi,

Mitchell & Curto (2009) yang mendapati pengetahuan kewangan dalam kalangan

golongan muda adalah rendah dan hanya satu per tiga sahaja yang mempunyai

pengetahuan asas mengenai kadar faedah, inflasi dan kepelbagaian risiko. Ini boleh

menghadkan keupayaan mereka untuk membuat keputusan kewangan dengan baik

(Chen & Volpe, 1998). Kajian yang dilakukan Dahlia, Rabitah, dan Zuraidah (2009)

juga menunjukkan bahawa pelajar kolej mempunyai tahap pengetahuan kewangan yang

rendah dan turut memiliki kemahiran pengurusan wang mereka sangat lemah.

Literasi kewangan sangat penting dalam mengekalkan ekonomi yang stabil dan

membolehkan seseorang mencapai status kewangan yang baik. Disebabkan itu, ramai

penyelidik mengkaji sejauh mana tahap literasi seseorang individu terutama golongan

muda seperti pelajar kolej ke atas aspek kewangan. Namun begitu, tidak ramai yang

Page 83: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

61

mengkaji tahap pengetahuan kewangan golongan yang lebih muda iaitu kanak-kanak.

Ini mungkin kerana, menurut Sherraden (2010) terdapat anggapan bahawa apabila

kanak-kanak belajar tentang kewangan seawal usia mereka lagi, mereka akan

menggunakan kemahiran serta tabiat yang diterapkan sehingga dewasa.

Satu kajian tentang kanak-kanak telah dilakukan bagi menfokuskan bagaimana

seseorang kanak-kanak memperoleh pemahaman tentang ekonomi terutama mengenai

kewangan (Webley, 2005). Hasil kajian tersebut menunjukkan kanak-kanak

menunjukkan pemahaman yang tinggi tentang kewangan semasa mereka berusia 6

hingga 12 tahun. Satu kajian lain juga telah dilakukan dengan menggunakan barang

permainan sebagai alat interaksi responden dengan aspek kewangan. Kajian tersebut

menunjukkan bahawa kanak-kanak berusia 6 tahun mula memahami bahawa adalah

bagus untuk menyimpan wang, namun bagi mereka wang yang disimpan adalah

bermaksud wang mereka hilang. Manakala apabila usia mereka 9 tahun, kanak-kanak

mula memahami bahawa menyimpan wang di bank dapat melindungi wang mereka

daripada hilang. Dan apabila umur mereka mencecah 12 tahun, kanak-kanak sudah

mampu untuk berfikir bagaimana cara untuk membuat perbelanjaan dengan baik dan

mampu memahami konsep-konsep kewangan seperti kadar faedah.

Pendekatan mikro ekonomi konvensional terhadap konsep simpanan dan

keputusan berkaitan penggunaan menegaskan bahawa individu yang rasional dan

bermaklumat akan menggunakan kurang daripada keseluruhan pendapatannya pada

masa memperolehi pendapatan yang tinggi, sekali gus berjimat untuk menyokong

penggunaan ketika saat kehilangan pendapatan sebagai contohnya selepas bersara.

Modigliani dan Brumberg (1954); Friedman (1953) mencadangkan pengguna agar

membuat simpanan yang optimum dan corak perbelanjaan untuk melicinkan utiliti

Page 84: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

62

marginal ke atas baki masa hayatnya. Banyak kajian telah menunjukkan bagaimana

proses pengoptimuman kitaran hidup manusia boleh dibentuk oleh pilihan pengguna

(contohnya, penghindaran risiko dan kadar diskaun), persekitaran ekonomi (contohnya,

pulangan berisiko ke atas pelaburan dan mudah tunai), dan faedah jaringan keselamatan

sosial (contohnya, ketersediaan dan kemurahan hati skim kebajikan dan faedah

keselamatan sosial).

Secara umum, model mikro ekonomi sedia ada menganggap bahawa individu

boleh merangka, melaksanakan penjimatan dan perbelanjaan, yang memerlukan mereka

untuk memiliki keupayaan melaksanakan pengiraan ekonomi yang kompleks serta

mempunyai kepakaran dalam menangani pasaran kewangan. Bagaimanapun, tidak

ramai yang mempunyai pengetahuan kewangan yang tinggi. Lebih-lebih lagi, usaha

memperoleh pengetahuan berkaitan aspek kewangan mungkin memerlukan kos

kewangan yang tinggi. Pada masa lalu, apabila pencen persaraan telah direka dan

dilaksanakan oleh kerajaan, individu pekerja akan menumpu perhatian yang sedikit

terhadap butir-butir berkaitan perancangan kewangan mereka. Hari ini, berlaku perkara

sebaliknya, semenjak simpanan, pelaburan dan penggunaan sumber untuk persaraan

berlaku dalam persekitaran pencen yang bersifat peribadi, jurang antara model dan

realiti adalah bernilai untuk diterokai, khususnya untuk menilai yang mana lebih baik di

antara model dan realiti.

Walaupun terdapat satu badan teori dan kajian empirik ke atas ekonomi

pendidikan, perhatian kurang diberikan kepada persoalan bagaimana manusia

memperoleh dan menggunakan literasi kewangan. Namun, terdapat beberapa kertas

kajian telah mula mengkaji berkaitan literasi kewangan dan hubungannya dengan sistem

Page 85: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

63

kewangan, simpanan dan tingkah laku pelaburan (Delavande, Rohwedder, & Willis,

2008); Jappelli & Padula, 2013); Hsu, 2011); Lusardi, Michaud, & Mitchell, 2013)

Sebagai contoh Delavande, Rohwedder & Willis (2008) telah membentangkan

satu model mudah dwi-tempoh bagi aktiviti menyimpan dan peruntukan portfolio

berdasarkan pelaburan di dalam bon selamat dan saham berisiko. Pada masa yang sama

ia turut membenarkan peningkatan sumber modal insan dalam bentuk pengetahuan

berkaitan kewangan (Ben-Porath, 1967). Dalam konteks modal insan, Becker (1975).

pula menegaskan bahawa individu secara optimum akan memilih untuk melabur dalam

pengetahuan berkaitan kewangan untuk mendapatkan akses kepada pulangan asset yang

lebih tinggi seperti penawaran gaji yang lebih tinggi. Tahap literasi kewangan yang

tinggi membantu individu mengenal pasti aset yang lebih baik atau mengupah penasihat

kewangan yang boleh mengurangkan perbelanjaan pelaburan mereka. Hsu (2011),

menggunakan pendekatan yang sama ke atas isi rumah di mana suami perlu menjadi

pakar dalam ilmu berkaitan kewangan, manakala isteri meningkatkan pengambilalihan

pengetahuan berkaitan kewangan apabila ia menjadi lebih satu keperluan (apabila

kematian pasangan).

Literasi kewangan membolehkan individu untuk mengendalikan kewangan dan

membantu mereka untuk membuat keputusan yang bijak mengenai kewangan (Beal &

Delpachtra, 2003). Namun begitu, kajian telah menunjukkan bahawa literasi kewangan

yang rendah terutamanya dalam kalangan orang dewasa adalah disebabkan oleh aspek

kewangan yang rumit pada masa ini. Mereka gagal untuk membuat keputusan yang

betul kerana tidak menerima pendidikan kewangan peribadi yang baik (Hira,

Fitzsimmons, Hafstrom, & Bauer, 1993).

Page 86: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

64

Laporan OECD (2006) telah menunjukkan bahawa tahap literasi kewangan yang

rendah direkodkan di kebanyakan negara, termasuk di negara-negara maju. Di Jepun,

misalnya, 71% daripada orang dewasa kurang mempunyai pengetahuan tentang

pelaburan, manakala tinjauan di Amerika Syarikat dan Korea mendapati bahawa orang

dewasa gagal dalam ujian untuk mengukur keupayaan mereka dalam memilih dan

menguruskan kad kredit atau menyimpan untuk persaraan. Dalam konteks Malaysia,

literasi kewangan di kalangan orang dewasa masih rendah terutamanya yang berkaitan

kad kredit dan pinjaman. Manakala, 70% daripada orang dewasa pula merasakan

bahawa mereka sukar untuk menguruskan kewangan mereka sendiri dan menyumbang

kepada kepuasan kewangan yang lebih rendah.

2.4.7 Kesejahteraan Kewangan

Kesejahteraan kewangan merupakan sesuatu hasil (output) dari kejayaan proses

perancangan kewangan yang melibatkan pembangunan pelan kewangan dan

pembentukan sikap terhadap wang. Ia boleh diukur berdasarkan tahap kekuatan dan

kepuasan kewangan yang dimiliki oleh individu dan isi rumah. Pandangan yang popular

mentakrifkan maksud kesejahteraan kewangan sebagai keadaan yang sihat, bahagia,

sejahtera, gembira dan bebas dari kebimbangan (Joo & Garman, 1998).

Dalam mengukur tahap kesejahteraan kewangan individu, terdapat dua

pendekatan yang digunakan iaitu pengukuran secara objektif dan subjektif. Pengukuran

secara objektif mengunakan kaedah pengukuran kuantitatif iaitu situasi kewangan yang

boleh dilihat daripada pemerhatian dan boleh dicapai melalui kajian ke atas penggunaan

barangan, simpanan, status sosio-ekonomi dan harta (Porter & Garman, 1993).

Manakala pengukuran secara subjektif pula memahami tingkah laku kewangan

Page 87: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

65

pengguna berdasarkan hubungan persepsi dengan tahap kepuasan kewangan seseorang.

(O‟Neill, Sorhaindo, Prawitz, Kim, & Garman, 2006). Lebih mudah untuk difahami,

kesejahteraan kewangan individu diukur berdasarkan tahap kecukupan dalam aspek

ekonomi atau keselamatan dalam memenuhi keinginan untuk mendapatkan

perlindungan daripada risiko ekonomi khususnya apabila berhadapan dengan penyakit,

kemiskinan dan kehilangan pekerjaan.

Kesejahteraan kewangan juga adalah satu penunjuk di dalam keseluruhan

kesejahteraan iaitu di bawah konsep kesejahteraan hidup, di mana ia merupakan

kepuasan kepada aspek keseluruhan kehidupan (Diener & Suh, 1997). Joo dan Garman

(1998) menyatakan kesejahteraan kewangan merupakan salah satu domain utama dalam

kesejahteraan hidup dan menjadi penentu kepada kepuasan individu terhadap hal ehwal

berkaitan kewangan mereka. Jika seseorang mempunyai kesejahteraan kewangan yang

tinggi maka ia turut mempengaruhi tahap kesejahteraan hidup mereka. Ia saling berkait

kerana kesejahteraan hidup merangkumi keseluruhan kesejahteraan individu.

Dalam pada itu, Malone, Stewart, Wilson dan Korsching (2010); Sabri dan

Falahati (2012) pula telah mengemukakan empat domain kesejahteraan kewangan

merangkumi persepsi kewangan semasa dan masa depan, tingkah laku pembelian dan

sikap terhadap insurans bagi penjagaannya dijangka masa panjang. Dalam pada itu,

kesejahteraan kewangan ini difahami sebagai suatu kegembiraan atau kepuasan

terhadap situasi kewangan dan juga merujuk kepada perasaan seseorang terhadap

kedudukan kewangan mereka. (Porter & Garman, 1993).

Bernstein (2004) menyatakan aspek kewangan termasuk di dalam enam domain

yang saling membentuk dan membina kesejahteraan hidup iaitu kesihatan, rumah,

kelapangan, pekerjaan dan kepuasan terhadap alam sekitar. Walaupun terdapat

Page 88: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

66

perbezaan dari segi bilangan domain kesejahteraan, para penyelidik bersetuju dalam

menggambarkan bahawa situasi yang sama perlu dilalui oleh pengguna dalam

memperoleh kesejahteraan kewangan dan kesejahteraan hidup. Pengguna yang memiliki

tahap kesihatan yang baik, gembira, miliki rumah sendiri, pekerjaan yang baik,

kepuasan dalam kedudukan kewangan yang stabil dan juga alam sekitar yang bersih

sudah cukup menggambarkan kesejahteraan kewangan yang telah mereka capai.

Terdapat perkaitan yang baik antara kesejahteraan kewangan dan aspek ekonomi.

Secara umumnya, kesejahteraan kewangan cenderung untuk melibatkan aspek

kehidupan kewangan dan ekonomi yang lebih luas, dan ia sering diukur berdasarkan

tahap pendapatan individu (Breen, 1991; Hayhoe, & Wilhelm, 1998; Porter & Garman,

1993; Williams, 1993). Berbeza dengan Breen (1991), beliau melihat kesejahteraan

kewangan sebagai mempunyai tahap kesihatan dan penjagaan peribadi yang berkualiti,

pendapatan dan aset yang mencukupi, kesediaan undang-undang dan bimbingan

profesional, serta produk dan perkhidmatan. Williams (1993) pula melihat kesejahteraan

ekonomi berbanding kesejahteraan kewangan berdasarkan aspek material dan bukan

material yang dimiliki oleh seseorang.

Kesejahteraan ekonomi bagi beliau merangkumi sumber pendapatan, pendapatan

sebenar, perjanjian mengenai pengagihan dan pendapatan psikik iaitu kepuasan yang

diperoleh atas perbelanjaan barangan dan perkhidmatan. Dari dapatan di atas jelas

menunjukkan kesejahteraan kewangan cenderung dilihat dari aspek ekonomi pengguna

terutamanya aspek pendapatan pengguna itu sendiri. Dilihat juga dari sudut material dan

bukan material keadaan kewangan mereka tetapi ada juga kajian menyatakan

kesejahteraan kewangan merangkumi aspek pendapatan, aset, penjagaan kewangan

peribadi, kesihatan yang sihat dan sebagainya. Ia jelas menunjukkan dari pelbagai

Page 89: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

67

dapatan kajian di atas dapat dirumuskan bahawa kesejahteraan kewangan sebenarnya

boleh dicapai dari tingkah laku kewangan individu.

Kajian Prawitz et al. (2006) pula melihat kesejahteraan kewangan dari perspektif

individu mengenai perkara-perkara berkaitan aspek kewangan berdasarkan ukuran

terhadap sikap, tingkah laku, kawalan dan keyakinan mereka. Pada tahun 20017,

berdasarkan kajian Prawitz et. al., Garman dan Jariah telah membangunkan satu skala

pengukuran Malaysian Personel Financial Well-being (MPFW) yang diadaptasi

daripada kajian Prawitz et al. (2006) InCharge Financial Distress/Financial Well-being

(IFDFW) dan telah digunakan untuk mengukur kesejahteraan kewangan (Jariah, 2007)

Hira dan Mugenda (1999) telah menjalankan satu kajian bagi mengukur tahap

kesejahteraan kewangan individu atau pengguna menggunakan pelbagai item berikut

merangkumi aspek kepuasan terhadap jumlah simpanan, keadaan pada masa kini,

keupayaan mendapatkan apa yang diingini, wang simpanan kecemasan pada masa kini,

keupayaan mendapatkan apa yang diingini, wang simpanan kecemasan, kemampuan

berbelanja dan kemahiran menguruskan wang. Simpanan kecemasan dan persaraan

adalah penting kerana ia diperlukan untuk menampung keperluan kecemasan dan

kehidupan hari tua. Pelbagai pernyataan yang dinyatakan di atas bertujuan untuk

mengetahui tahap kepuasan pengguna ke atas status kewangan mereka. Dari pada

pengukuran ini dapat menggambarkan individu atau pengguna yang bertingkah laku

dalam membuat perancangan, berkeyakinan menguruskan dan membuat kawalan atas

kewangan mereka dengan betul atau tidak.

Page 90: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

68

2.5 Kerangka Konseptual Kajian Berdasarkan Teori Tingkah Laku Yang

Terancang

Daripada senarai kajian lampau di atas, Teori Tingkah Laku Yang Terancang digunakan

secara menyeluruh dalam kajian berkaitan institusi kewangan dan perkhidmatan produk

kewangan yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan dalam kajian

lampau berkaitan kajian tingkah laku dalam perancangan kewangan yang melibatkan

niat tingkah laku terhadap komponen utama perancangan kewangan meliputi simpanan

dan pelaburan, perlindungan takaful, pengurusan zakat, persaraan dan perancangan estet

dan perancangan pendidikan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mencadangkan satu

kerangka konsep yang ringkas untuk menentukan kesahan Teori Tingkah Laku Yang

Terancang yang mengaitkan sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku

individu dengan tingkah laku merancang kewangan berdasarkan prinsip syariah atau

disimpulkan sebagai tingkah laku melaksanakan aktiviti berkaitan perancangan

kewangan Islam.

Dalam membentuk satu kerangka kajian yang kuat dan mudah dianalisa, model

pengurusan sumber keluarga yang dibangunkan oleh Deacon dan Firebaugh (1988)

yang sebelumnya didasarkan kepada system teori oleh Maloch dan Deacon (1966)

digunakan untuk meletak komponen angkubah-angkubah kajian di dalam tiga

komponen utama iaitu input, thruput dan output. Teori sistem adalah teori yang paling

lazim digunakan di dalam membincangkan amalan berkaitan pengurusan sumber dan

tingkah laku kewangan individu atau keluarga.

Di dalam komponen input, terdapat tiga faktor utama iaitu demografi, sosialisasi

kewangan dan literasi kewangan. Manakala di dalam komponen truput, Teori Tingkah

Laku Yang Terancang menjadi angkubah bebas kepada hasil proses tingkah laku

Page 91: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

69

individu. Di dalam truput, aktiviti merancang dan melaksana tindakan adalah kayu

pengukur utama kepada kejayaan atau hasil bertingkah laku. Sikap, norma subjektif dan

persepsi kawalan tingkah laku dan niat bertingkah laku adalah komponen kepada

merancang dan tingkah laku individu adalah komponen melaksana tindakan. Komponen

tingkah laku mengunakan senarai amalan individu di dalam komponen perancangan

kewangan.

Komponen output pula mengunakan senarai kesejahteraan kewangan (financial

wellbeing) yang dibangunkan oleh Garman dan Jariah (2007) berdasarkan kajian yang

dilakukan oleh Kajian Prawitz et al. (2006). Dari perbahasan di atas, satu kerangka

konsep kajian berkaitan tingkah laku dibangunkan mengunakan pendekatan sistem

pengurusan. Penggunaan komponen input, thruput dan output sesuai untuk

menerangkan tingkah laku dalam proses perancangan kewangan. Kerangka konseptual

perancangan kewangan dibentangkan seperti pada gambar rajah 2.7.

Input Thruput Output

Gambar Rajah 2.7: Kerangka Konseptual Kajian Tingkah Laku Perancangan Kewangan

Berdasarkan Teori Tingkah Laku Yang Terancang

Sikap

Norma Subjektif

Perspesi Kawalan

Tingkah laku

Demografi

Sosialisasi

Kewangan

Literasi

Kewangan

Niat

Tingkah laku Tingkah laku

Kesejahteraan

Kewangan

Page 92: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

70

2.6 Kesimpulan

Bab ini telah menjelaskan kerangka kajian yang bakal dijalankan berdasarkan Teori

Tingkah Laku Yang Terancang yang melibatkan tiga konstruk utama iaitu sikap, norma

subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku. Teori ini di sokong oleh tiga antecedent

utama iaitu demografi, sosialisasi kewangan dan literasi kewangan. Kajian bertujuan

untuk melihat adakah konstruk niat dan tingkah laku dipengaruhi oleh komponen Teori

Tingkah Laku Yang Terancang. Teori tingkah laku adalah satu teori yang gemar

digunakan oleh penyelidik khusus dalam mengenalpasti tingkah laku individu terhadap

sesuatu perkara seperti aspek kewangan. Hasil terakhir yang diharapkan ialah untuk

melihat hubungan tingkah laku dengan kesejahteraan kewangan individu. Komponen

kesejahteraan hidup meliputi banyak perkara antaranya adalah aspek kewangan. Kajian

ini diharap dapat menunjukkan kepentingan tingkah laku perancangan kewangan Islam

dalam mempengaruhi kesejahteraan kewangan individu.

Page 93: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

71

BAB 3: SEJARAH PERKEMBANGAN PERANCANGAN KEWANGAN

3.1 Pengenalan

Bab ini secara khusus membincangkan objektif pertama iaitu meneroka sejarah dan

evolusi bidang perancangan kewangan ke atas perkembangan perancangan kewangan

Islam di Malaysia. Bahagian pertama dalam bab ini akan menjelaskan sejarah

perkembangan bidang perancangan kewangan dan bagaimana bidang tersebut membuka

minat penyelidik dan ahli akademik dalam melihat pengaruh perancangan kewangan ke

atas tingkah laku pengguna. Bahagian kedua pula membincangkan sejarah

pembangunan perancangan kewangan Islam, institusi kewangan dan aspek

perundangan.

Secara umumnya, perkembangan pesat sistem kewangan dunia mempengaruhi

corak kehidupan dan kualiti hidup manusia. Peningkatan tahap kualiti hidup isi rumah

bermaksud purata aliran tunai dan perbelanjaan kewangan dalam kitaran perbelanjaan

isi rumah turut meningkat. Ia bersesuaian dengan pelan kerajaan dalam Rancangan

Malaysia Kesebelas (RM-11), 2016-2020, yang menyedari tugas untuk meningkatkan

lagi ekonomi rakyat dengan memastikan ekonomi modal (capital economy) negara terus

berkembang dan mengurangkan kos sara hidup, meningkatkan pendapatan isi rumah,

menyediakan peluang pendidikan dan pekerjaan, keusahawanan serta jaringan

keselamatan sosial. Kehidupan moden merubah gaya hidup individu, peluang mereka

mendapatkan barangan dan perkhidmatan di pasaran, serta pelbagai jenis perbelanjaan

keluarga. Tanggungjawab ketua isi rumah dalam sesebuah keluarga pula bukan hanya

tertakluk kepada membesarkan anak-anak tetapi turut merangkumi aspek pengurusan

Page 94: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

72

sumber yang terdapat di persekitaran. Mengurus sesebuah keluarga dan memenuhi

keperluan kewangan isi rumah di bandar lebih mencabar berbanding kehidupan di desa.

Ia menuntut keprihatinan individu di dalam keluarga untuk merancang sumber

kewangan dengan berhemah.

Perkembangan arus pemodenan yang sentiasa berubah menuntut individu agar

bijak menilai pelbagai jenis produk kewangan yang ditawarkan di pasaran. Justeru,

bidang kewangan peribadi (personal finance) dan turut dikenali dengan perancangan

kewangan peribadi (personal financial planning) menjadi subjek penting kepada

individu dan semakin mendapat perhatian dalam perbincangan ilmiah di kalangan ahli

akademik malah merupakan satu topik hangat perbincangan masyarakat kini. Bidang

ini turut mendapat liputan luas dalam penulisan buku ilmiah, artikel dalam penerbitan

popular sehingga ke jurnal akademik.

Topik utama perbincangan perancangan kewangan berkaitan peranan individu

dalam membuat keputusan berkaitan aspek kewangan dan pilihan terbaik dalam

memenuhi keperluan keluarga. Menurut Vivienne (2006), individu perlu mengurus

sumber yang terhad, melindungi sumber, membuat pelaburan serta mengurus

perbelanjaan dan simpanan,. Antara topik utama lain yang turut menjadi bahan kajian

dalam perancangan kewangan ialah belanjawan, percukaian, pengurusan tunai,

pengurusan hutang, pengurusan risiko, pelaburan, perancangan persaraan dan

perancangan estet.

Pelbagai definisi diberikan oleh penyelidik dalam membincangkan maksud

perancangan kewangan. Menurut Gourgues dan Homrich (1988) perancangan

kewangan adalah satu proses berterusan dalam membentuk, melaksana dan mengemas

kini matlamat kewangan, dan mengenal pasti di mana kedudukan kewangan seseorang

Page 95: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

73

sekarang dan ke mana hendak dituju. Manakala David dan Glenn (1972) berpendapat

bahawa terdapat empat aspek utama dalam pengurusan kewangan tidak kira ianya

bersifat peribadi, korporat dan awam iaitu pertama mesti berasaskan pelan perancangan

kewangan yang baik, mempunyai sumber yang mencukupi untuk menyokong pelan

perancangan, mengawal perbelanjaan dan mesti menyelesaikan sesuatu masalah.

Walaupun fungsi berbeza, menurut pengkaji di atas perancangan kewangan adalah

proses menganalisa masalah, penyediaan pilihan penyelesaian dan bagaimana untuk

melaksanakannya.

Perancangan kewangan juga membentuk pembangunan dan pelaksanaan pelan

kewangan yang baik bagi mencapai objektif kewangan. Menurut Deacon dan Firebaugh

(1981) perancangan dan pelaksanaan adalah komponen utama truput yang menentukan

kejayaan sesuatu proses pengurusan sumber, perancangan kewangan atau pengurusan

kewangan. Justeru, kepentingan perancangan jelas dapat dilihat dari perbincangan di

atas dalam konteks hala tuju, pelaksanaan, kawalan dan pencapaian matlamat khususnya

dalam mencipta kejayaan dalam aspek pengurusan kewangan.

3.2 Sejarah Ringkas Evolusi Perancangan Kewangan

Tidak terdapat rekod berkaitan tarikh yang tepat mengenai permulaan perbincangan

bidang perancangan kewangan. Namun maklumat pertama yang dapat direkodkan ialah

mengenai kajian berkaitan perancangan kewangan keluarga oleh David Davies apabila

beliau memeriksa akaun kewangan enam keluarga di sebuah daerah di Berkshire,

England. Dari pemeriksaan ke atas akaun tersebut, beliau mendapati terdapat kesukaran

di kalangan enam keluarga tersebut untuk memenuhi keperluan kewangan harian

mereka (Davies, 1795). Dari rekod kewangan enam keluarga tersebut, beliau

Page 96: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

74

meneruskan kajian ke atas rekod kewangan 129 keluarga lagi dan dari hasil kajian

tersebut, beliau mengusulkan satu akta berkaitan undang-undang gaji minima

diperkenalkan di England.

Manakala, Pierre Guilliame Fredrick Le Play direkodkan pula sebagai pengkaji

pertama yang menjalankan kajian berkaitan pendapatan dan perbelanjaan. Menurut

beliau pengetahuan berkaitan status kewangan sesebuah keluarga dapat diperoleh dari

kajian hubungan antara pendapatan dan perbelanjaan sesebuah keluarga (Zimmerman &

Frampton, 1935). Untuk mendapatkan maklumat berkaitan belanjawan, perbelanjaan

dan tingkah laku isi rumah, beliau sanggup tinggal bersama responden kajian beliau

semata-mata untuk mendapatkan maklumat. Pemerhatian beliau diterbitkan dalam siri

monograf bertajuk “Les Ouvries Europeens” tahun 1878 (Le Play, 1878).

Sejarah perancangan kewangan bermula lebih 200 tahun dahulu apabila ahli

ekonomi berusaha untuk memahami dengan lebih mendalam berkaitan pengurusan

harian rumah tangga, keluarga dan sains pengguna (Gross, Crandall, & Knoll, 1980).

Usaha awal berkaitan kajian persekitaran ekonomi keluarga dapat dilihat oleh pada

kajian yang dijalankan oleh Eden, Ducpetiaux, La Play dan pengkaji yang pada akhir

abad ke 19 (Margaret & Gordon, 1993). Namun kajian yang dijalankan mendapati

terdapat kekurangan dari aspek kaedah dan teknik penyelidikan serta bahan ilmiah yang

sukar didapati pada ketika itu. Walau bagaimanapun, usaha mereka yang sangat

berdedikasi sepatutnya diberi pujian khususnya dalam mencari kaedah bagi meningkat

tahap ekonomi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Mereka juga sebenarnya

telah membuka ruang awal kepada minat masyarakat mengkaji berkaitan tingkah laku

kewangan pengguna.

Page 97: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

75

Minat masyarakat terhadap aspek berkaitan kualiti dan corak ekonomi keluarga

mula berkembang di Amerika Syarikat apabila satu siri akta yang dinamakan Akta

Morrill diluluskan pada tahun 1862 dan 1890. Tujuan utama akta tersebut digubal

adalah untuk memberi peluang pendidikan kepada masyarakat awam seperti mana

peluang pendidikan yang mudah diperoleh oleh golongan elitis ketika itu. Pada tahun

1887, Akta Hatch pula diluluskan untuk menyediakan dana dan memperkasakan setiap

pusat pertanian dalam menjalankan aktiviti berkaitan pendidikan. Namun Akta Hatch

1887, banyak tertumpu dalam memberi pendedahan terhadap isu-isu berkaitan

makanan, nutrisi dan tekstil dan tidak banyak memberi ruang dan pembiayaan kepada

pendidikan berkaitan ekonomi keluarga (Margaret & Gordon, 1993). Namun,

pengenalan Akta Hatch 1887 telah membuka peluang kepada pengenalan pelbagai

subjek pendidikan yang lain pada masa hadapan antaranya pendidikan berkaitan

ekonomi rumahtangga yang diperkenalkan pada awal abad kurun ke-20.

Dalam bidang ekonomi keluarga (family economics), pada awalnya

kecenderungan kajian ilmiah tertumpu kepada topik yang berkaitan pengenalan kepada

ekonomi keluarga (Benjamin, 1935), masalah berkaitan ekonomi keluarga (Hazel,

1933), ekonomi pengeluaran (Margaret, 1934), ekonomi persekitaran (Hazel, 1953) dan

penggunaan pendapatan (Elizabeth, 1928). Seterusnya, hasil dari perbincangan topik di

atas, dekad 1970an membuka perbincangan terhadap modal insan (human capital) dan

konsep asas berkaitan ekonomi keluarga. Perbahasan berkaitan konsep asas ekonomi

keluarga adalah penting ke arah mengenal pasti dan menilai kajian ilmiah berkaitan isi

rumah di dalam sistem ekonomi. Lima asas utama ekonomi keluarga pada masa itu

adalah unit keluarga, peruntukan sumber, pendapatan, kekayaan dan kebajikan.

Page 98: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

76

Kajian berkaitan ekonomi keluarga adalah lanjutan daripada teori mikroekonomi.

Bermula pada tahun 1950-an itu sendiri, ahli ekonomi bermula dengan menganalisis dan

mengkaji keluarga sebagai unit ekonomi dalam rangka kerja aktiviti ekonomi yang lebih

besar. Menurut Deborah (1999), isi rumah tidak hanya ditentukan oleh darah,

perkahwinan atau pengangkatan. Tetapi merangkumi orang yang bertugas dalam

memperuntukkan sumber yang terhad untuk memaksimumkan kebajikan ahli-ahlinya.

Isi rumah juga bermaksud orang-orang yang diam di bawah bumbung yang sama dan

mengerakkan sebuah keluarga. Ekonomi keluarga atau ekonomi isi rumah melihat cara

keluarga memperuntukkan sumber untuk memaksimumkan kebajikan ahli-ahlinya.

Matlamat utama bidang ekonomi keluarga adalah untuk meningkatkan kesejahteraan

keluarga dengan mencipta teori dan dasar awam.

Menurut Schultz (1974), pengarang sebuah buku terkenal dalam bidang ekonomi

keluarga menunjukkan bahawa ekonomi keluarga telah berkembang pesat dalam arus

perdana idang ekonomi dan dimulakan oleh Gary Becker, Yakub, dan Mincer. Gary

Becker yang juga merupakan pakar dalam Ekonomi Amerika telah menulis sebuah buku

yang berjudul "ekonomi rumah baru" dan ia telah mengunakan teori ekonomi kepada

soalan-soalan yang penting di dalam rumah dan tingkah laku keluarga. Sebagai contoh,

di dalam pasaran perkahwinan, berusaha mendapatkan zuriat dan sikap pemurah dalam

keluarga.

Walau bagaimanapun, jika kita melihat kembali kepada evolusi disiplin ini, ahli

ekonomi awal kebanyakannya berminat terhadap keupayaan individu menyumbang

kepada pengeluaran sosial, yang diterjemahkan kepada kemampuan menyediakan

jumlah buruh dalam pasaran buruh. Aktiviti pengeluaran di dalam rumah itu bukan satu

isu yang utama ketika itu. Theodore Schultz merupakan perintis awal dalam bidang ini

Page 99: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

77

yang memutuskan bahawa ekonomi rumahtangga adalah tajuk pilihan untuk disiplin

ilmu dan menjadi satu bahagian yang berbeza dari disiplin ekonomi umum. Pada tahun

1905, mata pelajaran yang sebenar diajar dalam ekonomi rumah lebih tertumpu kepada

kerja-kerja rumah seperti memasak, menjahit atau amalan kebersihan dan bukan

ekonomi. Pada 1910, apabila Persatuan Ekonomi Rumahtangga Amerika (AHEA)

ditubuhkan, bidang utama ekonomi rumahtangga berpusat di sekitar makanan, kesihatan

dan tugas rumah tangga. Selepas itu, Gwendolyn Stewart mencadangkan kursus kolej-

tahap baru yang dikenali sebagai "Ekonomi Keluarga,". Kursus ini akan mengkaji

disiplin ekonomi keluarga dan bukan aktiviti-aktiviti utama (Wall, 1981).

Pada mulanya, bidang perancangan kewangan merupakan satu aliran yang kurang

mendapat perhatian ahli akademik dari jurusan ekonomi dan perniagaan kerana

tumpuan utama lazimnya membincangkan aspek utama ekonomi berkaitan sistem

ekonomi dan kewangan negara. Bidang kewangan peribadi pada awalnya kurang

menarik minat pengkaji arus perdana yang lebih menumpu perhatian terhadap berkaitan

isu yang lebih besar seperti pasaran kewangan dan pembangunan prinsip kewangan

korporat. Ini disebabkan tidak semua universiti menawarkan subjek khusus dalam

bidang tersebut. Perubahan berlaku apabila ahli ekonomi dan pengurusan mula memberi

tumpuan kepada bidang tersebut dengan pemberian nama baru iaitu kewangan isi rumah

(household finance) dan menggalakkan ianya dimasukkan di dalam subjek kewangan.

Malah bidang ini juga pada mula tidak mendapat sokongan akademik khususnya

pengiktirafan melalui mana-mana jurnal akademik yang terkenal. Ini adalah disebabkan

ketiadaan definisi dan struktur ilmu yang mantap (Geisteld, 2005).

Bidang kewangan peribadi mula mendapat tempat dalam perbincangan ilmiah di

kalangan pengkaji bidang kewangan pengguna lewat 80an (Schuchardt, Durband,

Page 100: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

78

Bailey, DeVaney, Grable, Leech, Lown, Sharpe, & Xiao, 2007). Kumpulan pengkaji

yang mempunyai minat mendalam dalam bidang tersebut antaranya ialah kumpulan

pengkaji dari bidang ekonomi keluarga, ekonomi pengguna, pendidikan pengguna dan

pengurusan sumber isi rumah. Beberapa perubahan yang berlaku pada akhir dekad 80an

dan awal 90an telah merubah landskap akademik apabila AFCPE (Association of

Financial Counseling and Planning Education) telah ditubuhkan pada pertengahan

80an. Melalui inisiatif AFCPE, International Journal of Financial Counseling and

Planning telah diwujudkan dan seterusnya menyediakan satu medan baru kepada

penyelidik dan pengkaji yang berminat di dalam berkaitan kewangan peribadi (personal

finance) untuk menjana ilmu, menyiarkan maklumat, mendidik profesional dan

menyediakan program berkaitan pendidikan kewangan (Reynolds & Abdel-Ghany,

2001). Kesan penubuhan AFCPE juga telah merangsang penubuhan beberapa organisasi

lain dan jurnal akademik yang memfokuskan perbincangan di dalam kewangan

peribadi. Antara jurnal yang terkenal adalah Financial Services Review, Journal of

Financial Planning, Journal of Personal Finance, Journal of Behavioural Finance,

Journal of Investing, Journal of Financial Services Professionals dan Journal of Family

and Economics Issues.

Selain itu, penubuhan ACFPE dan International Journal of Financial Counseling

and Planning bertujuan membuka ruang yang lebih luas kepada ahli akademik dalam

bidang ekonomi dan kewangan membahadskan isu-isu berkaitan pengurusan peribadi

dan sumber isi rumah berbanding isu-isu pengguna atau masalah ekonomi yang lebih

luas. Malah membuka ruang baru kepada penyelidik bidang kewangan peribadi untuk

menerbitkan jurnal ilmiah mereka selain dari jurnal ekonomi dan kewangan kerana

fokus dan tumpuan yang berbeza (Schuchardt et. al. 2007).

Page 101: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

79

Kewangan peribadi berasal dari cabang kajian sains pengguna (consumer science)

meliputi bidang ekonomi keluarga (family economics), ekonomi pengguna (consumer

economics) dan ekonomi kepenggunaan (consumption economics). Setelah cabang sains

pengguna diberi satu proses pendefinisian khusus untuk memantapkan bidang tersebut

meliputi tiga bidang di atas (Ritchey, 1978) dan diterbitkan di dalam Home Economics

Research Assessment Planning Projections Report yang turut dikenali sebagai “The

HERAPP Report”, maka lanjutan dari proses tersebut bidang sains pengguna terus

mendapat minat pengkaji dan penyelidik di serta dunia.

Walaupun kewangan peribadi hanya mendapat pengiktirafan sebagai cabang

akademik dan berkembang pesat selepas penubuhan AFCPE, wacana penulisan

berkaitan kewangan peribadi sebenarnya telah pun bermula seawal tahun 1911, 1935

dan 1954. Menurut Liston dan Gordon (1993), pada tahun 1911 seorang sarjana

bernama Kinley telah mencadangkan tentang ide ekonomi awam patut menjadi kursus

asas kepada kaum wanita, dan Andrew pada tahun 1935 pula menegaskan bahawa

amalan berkaitan kewangan peribadi seperti menyimpan rekod kewangan perlu menjadi

satu tabiat isi rumah (Glenn & Mary, 2008). Penegasan yang sama turut diulas oleh

Hanson dan Cohen (1954) dalam antara buku teks terawal yang diterbitkan berkaitan

pengurusan kewangan peribadi. Penulisan berkaitan kewangan peribadi menjadi

semakin rancak apabila Persatuan Antarabangsa Perancang Kewangan (International

Association Financial Planning-IAFP) dan Kolej Perancangan Kewangan (College of

Financial Planning) ditubuhkan dalam tahun 1969. Antaranya penulis awal adalah

Helen dan Melinda (1968); David dan Glenn (1972); Richard (1972); Edward (1975);

Benjamin dan Fannie (1976). Fokus utama penulis-penulis ini adalah aspek kewangan

peribadi, pengurusan wang dan kesannya ke atas pengguna. Ketika ini, pendidikan

Page 102: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

80

berkaitan kewangan peribadi sudah menjadi salah satu bidang pengajian yang utama

dalam universiti di Amerika Syarikat. Malah turut diikuti di universiti seluruh dunia

termasuk Malaysia.

Bidang kewangan peribadi kurang menarik minat penyelidik kerana tumpuan

mereka kepada berkaitan isu yang lebih besar seperti pasaran kewangan dan

pembangunan prinsip kewangan korporat. Ia turut disumbangkan oleh ketiadaan

program akademik yang ditawarkan di universiti awam Amerika Syarikat.

Pembangunan bidang perancangan kewangan sebagai cabang ilmu pengetahuan dan

kemahiran bermula akibat perubahan dalam aspek socio-ekonomi masyarakat. Antara

aspek perubahan yang mempengaruhi corak kehidupan individu berkaitan kewangan

ialah:

a. Perubahan dalam konteks sosial dan ekonomi: tema perubahan merangkumi aspek

perubahan dalam masyarakat, putaran ekonomi dunia yang tidak menentu serta

kepelbagaian tawaran produk dan perkhidmatan kewangan (financial

engineering).

b. Hubungan individu dan isirumah: hubungan antara individu dalam keluarga

mempengaruhi corak perbelanjaan dan penggunaan sumber isirumah.

c. Kitaran hidup keluarga: aspek kewangan individu bermula dari sejak ia dilahirkan

sehingga saat kematian dan kewujudan perancangan kewangan.

3.3 Bidang Utama Dalam Kewangan Peribadi

Kewangan peribadi atau peribadi telah dijadikan asas kepada beberapa gerakan

pengguna (consumer) mempromosikan bidang kewangan berkaitan individu, pengguna

Page 103: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

81

dan keluarga. Perkataan peribadi dan personal banyak digunakan untuk menerangkan

maksud individu atau orang perseorangan dalam membincangkan tentang keterlibatan

mereka dalam aktiviti kewangan. Perkataan “peribadi” juga digunakan untuk

membezakan bidang kewangan peribadi (personal finance) dengan kewangan korporat

(corporate finance). Namun di dalam kajian ini, perkataan peribadi digunakan kerana

perkataan tersebut banyak digunakan di dalam penulisan ilmiah dan jurnal utama dunia.

Bidang kewangan peribadi diwujudkan untuk membina masyarakat pengguna

bermaklumat dalam membantu pengguna membuat pilihan, menyusun serta mengurus

kewangan mereka dengan bijak. Kewangan peribadi juga merupakan satu bentuk

kemahiran yang perlu difahami dan dipraktikkan oleh setiap pengguna agar keperluan

kewangan mereka sesuai dengan produk yang ditawarkan. Selain dari kewangan

peribadi, perkataan perancangan kewangan turut dikaitkan dengan kewangan peribadi

dan mula digunakan apabila terdapat rungutan di kalangan penyediaan perkhidmatan

kewangan di Amerika Syarikat berkaitan sistem komisen (commission) dalam

penawaran perkhidmatan kewangan (Brandon & Welch, 2009). Agen penyediaan

perkhidmatan unit amanah hanya memperoleh komisen apabila menjual produk

kewangan tersebut. Begitu juga dengan agen perkhidmatan insurans yang kecewa

dengan komisen yang diterima dari penawaran rangkaian perkhidmatan produk

perlindungan insuran yang pada ketika itu sangat terhad. Selain itu, terdapat rungutan

dari pengguna yang merasa tidak puas hati tentang khidmat nasihat dan prestasi

penyedia perkhidmatan. Justeru, timbul satu keperluan mewujudkan satu kaedah yang

tepat untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna dan dengan usaha

yang dijalankan oleh Persatuan Antarabangsa Perancang Kewangan (IAFP) maka

Page 104: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

82

takrifan perancangan kewangan mulai digunakan untuk mengaitkan dengan aktiviti

kewangan peribadi.

Perkembangan bidang kewangan peribadi selaras dengan kewujudan pelbagai

bidang pekerjaan, perubahan gaya hidup dan peranan wang dalam kehidupan manusia.

Pada akhir abad ke 20, lebih dari 75 peratus penduduk Amerika Syarikat tinggal di

bandar besar dan lebih 62 peratus bekerja dalam sektor perkhidmatan. Perolehan sumber

wang hasil dari pekerjaan telah memudahkan capaian kepada produk dan perkhidmatan

di pasaran. Capaian produk pada awalnya berteraskan kepada sumber tunai kemudian

beransur kepada sumber hutang.

Sistem kewangan moden sangat memerlukan sokongan dari sumber kredit

pengguna bagi menjana permintaan terhadap pelbagai tawaran produk barangan dan

perkhidmatan yang terdapat di pasaran. Bagi ekonomi berskala besar seperti Amerika

Syarikat, sokongan sumber kredit menjana pendapatan kepada pengeluar barangan dan

perkhidmatan. Pengeluaran besar-besaran produk (mass production) telah menurun

harga barangan yang mahal dan sebelumnya hanya mampu dimiliki oleh golongan kaya

sahaja. Di samping itu, penularan pembiayaan pengguna (consumer financing) melalui

penciptaan pelbagai produk kewangan (financial engineering) bersumberkan kredit

telah secara meluas membantu perolehan barangan oleh golongan pekerja dan

masyarakat pertengahan. Sebagai contoh, pada 1919, General Motors Acceptance

Corporation (GMAC) menjadi syarikat pertama menyediakan perkhidmatan

pembiayaan kepada golongan pertengahan memiliki kereta.

Pembiayaan kewangan telah melonjak permintaan barangan di pasaran. Namun

setiap pembiayaan disertai kos kewangan yang perlu ditanggung oleh pengguna. Akibat

dari kitaran ekonomi yang tidak menentu serta kesan dari kemelesetan ekonomi, ramai

Page 105: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

83

pengguna kehilangan pekerjaan serta menghadapi masalah membayar balik hutang ke

atas produk barangan yang telah diperoleh. Maka jumlah yang gagal membayar

pinjaman (loan defaulter) meningkat selari dengan masalah ekonomi yang dihadapi.

Perbincangan aspek berkaitan perancangan kewangan melibatkan dua peringkat

atau proses yang bermula dengan aktiviti peringkat pra-kewangan melibatkan bidang

pendidikan kewangan (financial education) dan pembinaan kekayaan (accumulation of

wealth). Peringkat kedua melibatkan bidang kaunseling kredit dan pelan pengurusan

hutang, dan akhir sekali melibatkan pengurusan kewangan hari tua.

Bidang pendidikan kewangan dan pengurusan kekayaan, bidang perancangan

kewangan, kaunseling kewangan dan penasihatan kewangan merupakan pengerak

utama yang mencadangkan kepentingan kedua-dua aspek tersebut. Manakala, bidang

kaunseling kredit dan pelan pengurusan hutang dalam peringkat kedua meliputi usaha

menolong dan melindungi pengguna dari proses pemuflisan dan penyusunan semula

hutang. Dan akhir sekali, bidang gerontologi kewangan yang menyediakan ruang

penyelidikan dan pendidikan kewangan bagi membantu warga emas menjalani tempoh

persaraan dengan sempurna dan mampu memenuhi keperluan kewangan bagi tempoh

tersebut.

Justeru, bagi memudahkan proses pemahaman berkaitan bidang perancangan

kewangan. Pengklasifikasi perancangan kepada lima bidang teras utama menjelaskan

peranan bidang teras tersebut dalam membantu pengguna menghadapi pelbagai situasi

kewangan. Teras bidang perancangan kewangan adalah seperti berikut iaitu;

3.3.1 Perancangan Kewangan (Financial Planning)

3.3.2 Kaunseling Kewangan (Financial Counseling)

Page 106: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

84

3.3.3 Penasihatan Kewangan (Financial Advising)

3.3.4 Kaunseling Kredit (Credit Counseling) dan Pengurusan Hutang (Debt

Management)

3.3.5 Gerontologi Kewangan (Financial Gerontology)

3.3.1 Perancangan Kewangan

Perancangan kewangan merupakan salah satu cabang dalam menyemarakkan minat

masyarakat terhadap aspek berkaitan kewangan peribadi. Cabang ini juga sinonim

dengan usaha menghubungkan pengguna dan perancang kewangan bertauliah. Pada

suku dekad terakhir abad ke 21, pergerakan perancangan kewangan berjaya

meningkatkan rangkaian penawaran produk dan perkhidmatan kewangan bernilai

berbillion dollar di seluruh dunia.

Selaras dengan perkembangan tersebut, pada tahun 2001 kerjaya sebagai

perancang kewangan (financial planner) yang dikaitkan dengan perancangan kewangan

telah diiktiraf sebagai kerjaya nombor satu di Amerika Syarikat (Adam Job Almanac,

2001). Perkembangan pesat pelbagai produk kewangan telah merubah corak hubungan

tradisi pengguna dengan institusi kewangan di mana pengguna perlu bijak memilih

produk yang sesuai dengan keperluan mereka. Tanpa maklumat yang mencukupi dan

nasihat dari perancang kewangan, pengguna mungkin memilih produk yang tidak sesuai

dengan keperluan dan kehendak mereka.

Secara umum terdapat banyak organisasi yang mempromosikan bidang

perancangan kewangan, namun, hanya empat organisasi yang dilihat bersungguh-

sungguh dan berstruktur mendahului usaha tersebut iaitu;

Page 107: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

85

i. Persatuan Perancang Kewangan (Financial Planning Association-FPA)

ii. Persatuan Kebangsaan Penasihat Kewangan Peribadi (National Association of

Personal Financial Advisors-NAPFA)

iii. Tabung Endowmen Kebangsaan bagi Pendidikan Kewangan (National

Endowment for Financial Education-NEFE)

iv. Gabungan Perancangan Kewangan (Financial Planning Coalition)

3.3.1.1 Persatuan Perancang Kewangan

Persatuan Perancang Kewangan adalah satu pertubuhan di Amerika Syarikat yang

konsisten memperjuangkan cabang perancangan kewangan. Penubuhan satu pertubuhan

berkaitan perancangan kewangan tidak pernah dibincangkan sebelumnya sehinggalah

pada hari Sabtu, 12 Disember 1969, apabila Loren Dunton bersama 12 individu yang

lain telah menubuhkan Persatuan Etika Kaunseling Kewangan (Society for Financial

Counselling Ethics) pada pertemuan di O'Hare Inn, berhampiran Lapangan terbang

Antarabangsa O‟Hare di Chicago Illinois (Brandon & Welch, 2009). Tujuan penubuhan

persatuan tersebut adalah untuk mengerakkan usaha mengembang dan merangsang

kesedaran masyarakat terhadap kepentingan perancangan kewangan ke seluruh dunia.

Selain memperkenalkan satu kerjaya yang penting dalam bidang penasihatan dan

perundingan yang disebut “perancang kewangan”.

Hasil dari perjumpaan tersebut, Persatuan Antarabangsa Perancangan Kewangan

(International Association for Financial Planning–IAFP) secara rasmi telah ditubuhkan

pada tahun 1970 dan sebuah Kolej Perancangan Kewangan (College for Financial

Planning) telah diwujudkan bagi mendidik profesional dalam bidang teori dan praktis

berkaitan perancangan kewangan (Brandon & Welch, 2009). Kolej Perancangan

Page 108: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

86

Kewangan mula menerima pelajar pertama berjumlah 42 pelajar pada tahun 1972 dan

diurus oleh dekan pertama iaitu Jim Johnston. Kurikulum yang diperkenalkan Jim telah

menghasilkan kumpulan pertama graduan program Perancangan Kewangan pada tahun

1973. Graduan pertama telah menubuhkan Institut Perancang Kewangan Bertauliah

(Institute of Certified Financial Planners-ICFP) pada 13hb Oktober 1973. Dan institut

ini telah bergabung dengan IAFP pada tahun 2000 dan membentuk Persatuan

Perancangan Kewangan (FPA). Melalui IAFP, persatuan telah menubuhkan satu cabang

penerbitan majalah yang dikenali sebagai Majalah Perancang Kewangan (Financial

Planner Magazine). Melalui penerbitan majalah ini, ide, misi dan visi persatuan dapat

diperjelaskan kepada masyarakat umum.

Pada tahun 1973, sebanyak 42 graduan pertama Kolej Perancangan Kewangan

berjaya menamatkan pengajian mereka dan seterusnya pada 13 haribulan Oktober 1973,

35 ahli dari 42 graduan kumpulan pertama tersebut telah bersetuju untuk penubuhan

sebuah institut yang dinamakan Institut Perancang Kewangan Bertauliah (the Institute of

Certified Financial Planners–ICFP). Namun pada tahun 2000, IAFP dan ICFP telah

bergabung dan membentuk Persatuan Perancang Kewangan (Financial Planning

Association–FPA)(Brandon & Welch, 2009).

Pada 1980, telah berlaku satu kes mahkamah melibatkan Kolej Perancangan

Kewangan dan Universiti Adelphi kerana tindakan pihak universiti menyalahgunakan

logo CFP dan Certified Financial Planner. Pada September 1984, hasil dari prosiding

perundangan, satu lembaga yang dinamakan Lembaga Standard Antarabangsa

Perancang Kewangan Bertauliah (International Board of Standards for Certified

Financial Planners, Inc.-IBCFP)

telah ditubuhkan oleh Kolej Perancangan Kewangan

(College for Financial Planning) dan Institut Perancang Kewangan Bertauliah (ICFP)

Page 109: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

87

sebagai sebuah badan bebas dan bersifat organisasi tanpa untung mengawal selia

perlaksanaan perancangan kewangan di Amerika Syarikat. Secara rasmi IBCFP

ditubuhkan pada Julai 1985. Antara peranan utama IBCFP ialah menawarkan

peperiksaan CFP kepada semua pelajar yang layak melalui institusi yang dibenarkan.

Sebelum ini, pelajar yang berhasrat untuk mengambil peperiksaan CFP perlu mendaftar

diri di Kolej Perancangan Kewangan sahaja. Dengan kewujudan IBCFP, maka program

CFP telah ditawarkan di semua institusi pengajian tinggi di Amerika Syarikat. FPA

menjadi rakan kongsi penting kepada IBCFP dan institusi pendidikan tinggi menjadi

pusat utama menyediakan pendidikan Perancangan Kewangan di Amerika Syarikat dan

secara tidak langsung telah mengembangkan pendidikan dan bidang Perancangan

Kewangan di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia (CFP Board, 2010).

Pada 17hb Julai 1985, secara rasmi pihak Kolej Perancangan Kewangan telah

menyerahkan hak penggunaan cop CFP dan Certified Financial Planner kepada IBCFP.

Pada 1 Februari 1994, IBCFP telah ditukar nama kepada CFP Board of Standards Inc.

dan menjadi sebagai sebuah organisasi kawalselia yang professional ia berperanan

untuk meningkatkan standard professionalisme di kalangan perancang kewangan (CFP

Board, 2010). CFP Board juga mewujud dan menguatkuasa syarat berkaitan pendidikan,

peperiksaan, pengalaman dan etika pemegang trade mark CFP(R).

Bermula bulan Jun 1986, IBCFP telah memperolehi hak ke atas CFP(R)

dan

CERTIFIED FINANCIAL PLANNERS(TM)

dari pihak College beserta tanggungjawab

menilai dan mengeluarkan pensijilan kepada calon CFP yang bergraduat. Pada tahun

1987, Code of Ethics and Standard of Practice dan Displinary Rules and Procedures

telah digunapakai secara rasmi oleh Pendaftar penyedia pendidikan (education

provider) di seluruh Amerika Syarikat, disusuli oleh pra-syarat pendidikan lanjutan

Page 110: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

88

pada tahun 1988 dan penghapusan syarat pengalaman dan prosidur persijilan pada tahun

1989.

Pada tahun 1991, CFP Board telah memperkenalkan peperiksaan komprehensif

untuk menguji kesepaduan ilmu dan kemahiran mengaplikasi pengetahuan yang

diperolehi oleh calon yang mengikuti program persijilan CFP. Pada tahun 1993, kod

baru berkaitan Etika dan Tanggungjawab Profesional telah diperkenalkan untuk

menggantikan Kod IBCFP yang lama.

Pada tahun 1990, The International CFP Council telah ditubuhkan untuk

mengalakkan dan mempromosikan bidang perancang kewangan ke seluruh dunia. Misi

Lembaga Perancang Kewangan Bertauliah Standard, Inc adalah memberi manfaat

kepada orang ramai dengan memberikan pensijilan CFP dan mengawal selia standard

sebagai satu pengiktirafan kecemerlangan bagi Perancangan Kewangan peribadi di

seluruh dunia. Di samping itu, bagi mengukuhkan tanda CFP(R)

Financial Planning

Standard Board ditubuhkan pada tahun 2004. Pada tahun 2010, Amerika Syarikat

sahaja terdapat hampir 63,000 individu yang memegang tanda CFP(R)

(Wikipedia,

2012).

Perkembangan pesat di Amerika Syarikat memberi ide kepada penubuhan

Persatuan Pelaburan dan Penasihat Kewangan Australia (Australian Society for

Investment and Financial Advisors-ASIFA) pada awal tahun 80an. Pada tahun 1984,

Gwen Fletcher adalah individu yang bertanggungjawab membawa dan menubuhkan

IAFP di Australia. Pada tahun 1992, ASIFA dan IAFP telah bergabung dan membentuk

Persatuan Perancangan Kewangan Australia (Australian Financial Planning

Association-FPA). Pada tahun 1991, Jepun menjadi negara kedua yang

mengembangkan CFP apabila beberapa individu telah menubuhkan Persatuan

Page 111: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

89

Perancangan Kewangan Jepun (Japanese Association for Financial Planners-JAFP).

Selepas itu, Lembaga Standard Perancang Kewangan Bertauliah (Certified Financial

Planner Board of Standards-CFPBS) diamanahkan untuk mengawal selia penubuhan

IAFP di seluruh dunia. Menurut laporan oleh the Certified Financial Planner Board of

Standards yang berpusat di Denver, setakat tahun 2010, terdapat lebih dari 123,000

pemegang sijil bertauliah CFP di seluruh dunia, termasuk 63,000 di Amerika Syarikat

sahaja.

3.3.1.2 Persatuan Kebangsaan Penasihat Kewangan Peribadi

Pada tahun 1983, Persatuan Kebangsaan Penasihatan Kewangan Peribadi (National

Association of Personal Financial Advisors-NAPFA) atau NAPFA telah ditubuhkan

sebagai satu organisasi penasihatan kewangan dengan tujuan untuk mengembangkan

penawaran perkhidmatan berasaskan yuran kepada pengguna individu. NAPFA

menubuhkan satu set yuran berdasarkan piawaian profesional untuk penasihat

kewangan dan sistem kemaskini maklumat terkini untuk mencerminkan perubahan

semasa dalam amalan industri (NAPFA, 2011).

Menurut NAPFA (2011), ianya bermula dengan mesyuarat pertama pada tahun

1982 di Atlanta, apabila sekumpulan Penasihat Kewangan Bebas (independent financial

adviser) berkumpul untuk membincangkan isu berkaitan komisen jualan produk

kewangan dan kadar yuran professional. Objektif penubuhan NAPFA ialah menjadi

petunjuk bebas dalam aspek penasihatan kewangan kepada individu dan keluarga serta

menjadi juara dalam menyediakan khidmat kewangan demi kepentingan awam dan

menjadi pengukur standard kepada profesion perancangan kewangan NAPFA

mengiktiraf persijilan oleh FPA dan lain-lain persijilan yang dikeluarkan oleh institusi

Page 112: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

90

yang diiktiraf sebagai syarat kepada penganugerahan tauliah berdasarkan syarat tertentu

yang ditetapkan oleh NAPFA

Mulai 2008, NAPFA telah menyertai Gabungan Perancangan Kewangan

(Financial Planning Coalition-FPC) untuk mengerakkan perubahan lebih besar kepada

pengguna khusus dalam menghadapi masa kemelesetan ekonomi dan skandal pelaburan

yang telah menjejaskan keselamatan kewangan hampir semua rakyat Amerika seperti

skandal kewangan subprima. Bersama Persatuan Perancangan Kewangan dan Lembaga

CFP®

Standard, Gabungan Perancangan Kewangan telah bekerjasama dengan Kongres

dan agensi-agensi persekutuan untuk mengukuhkan kaedah-kaedah mengenai kelakuan

fidusiari penasihat kewangan, pendedahan yuran, dan konflik kepentingan. Sehingga

September 2010, NAPFA mempunyai kira-kira 2,400 ahli di seluruh Amerika syarikat.

2.3.1.3 Tabung Endowmen Kebangsaan bagi Pendidikan Kewangan

Tabung Wakaf Kebangsaan bagi Pendidikan Kewangan (National Endowment for

Financial Education-NEFE) atau NEFE adalah sebuah yayasan dan oraganisasi bukan

mencari keuntungan di Amerika Syarikat yang bertujuan untuk meningkatkan

pengetahuan, kesedaran masyarakat serta kemahiran yang diperlukan mengenai hal-hal

berkaitan aspek kewangan di Amerika Syarikat.

Ia wujud dari kelangsungan penubuhan Kolej Perancangan Kewangan, yang

berpusat di Denver, Colorado dan diasaskan pada tahun 1972 sebagai institusi pertama

pendidikan kewangan di negara ini yang memberi tumpuan kepada pendidikan

perancangan kewangan. Ketika ini, ia bertindak sebagai badan penaung kepada Kolej

Perancangan Kewangan (College for Financial Planning). Di bawah naungan NEFE,

kolej tersebut telah merakam pelbagai kejayaan dari lebih dua dekad iaitu dalam

Page 113: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

91

membangunkan dan mengekalkan program pendidikan perancangan kewangan khusus

bagi golongan profesional di seluruh bidang perkhidmatan kewangan.

Pada tahun 1997, menyedari kepentingan dalam memberi pendidikan kewangan

kepada semua peringkat, Lembaga Pemegang Amanah, NEFE telah membuat keputusan

yang penting untuk memberi tumpuan kepada usaha yang lebih besar iaitu misi

memberi perkhidmatan pendidikan kewangan kepada seluruh rakyat di Amerika

Syarikat. Justeru, NEFE telah memindahkan segala pemilikan aset dari Kolej

Perancangan Kewangan dan beberapa bahagian yang berkaitan dengan organisasi lain.

Tujuan utama NEFE adalah untuk meningkatkan tahap literasi kewangan mengenai isu-

isu berkaitan kewangan peribadi kepada seluruh rakyat Amerika dengan lebih baik,

selamat dan kualiti kehidupan yang lebih memuaskan.

3.3.1.4 Gabungan Perancangan Kewangan

Menurut Financial Planning Coalition (2011), pada Disember 2008, Lembaga

Perbadanan Perancang Kewangan Bertauliah (Lembaga CFP), Persatuan Perancangan

Kewangan

(FPA) dan Persatuan Kebangsaan Penasihat Kewangan Peribadi (NAPFA)

telah menubuhkan satu Gabungan Perancangan Kewangan (Financial Planning

Coalition–CPC) untuk menyediakan profesion perancangan kewangan dengan suara

yang lebih kuat dan bersatu.

Gabungan tersebut berusaha membentuk cadangan bagi satu pembaharuan dalam

peraturan kewangan, memajukan profesion perancangan kewangan dan meningkatkan

perlindungan pengguna melalui peraturan-peraturan yang akan membantu orang ramai

mengenal pasti orang-orang yang kompeten, beretika, dalam mendapatkan nasihat

Page 114: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

92

penjagaan yang bermutu, tertakluk kepada duti fidusiari penyampaian perkhidmatan

perancangan kewangan yang telus. Gabungan juga memberi tumpuan kepada;

i. melindungi pengguna dengan memastikan perkhidmatan perancangan kewangan

ditawarkan kepada orang ramai berserta dengan akauntabiliti dan ketelusan

fidusiari;

ii. menghapuskan peraturan-peraturan kecil yang ketinggalan zaman dan bermasalah

yang mengawal pelbagai aspek perancangan kewangan dan;

iii. menangani jurang peraturan perancangan kewangan antara ahli gabungan.

Gabungan kini bekerja dengan penggubal undang-undang untuk menubuhkan satu

lembaga pengawasan profesional untuk mengawal aktiviti perancang kewangan yang

tertakluk kepada bidang kuasa pihak persekutuan, standard dan penjagaan fidusiari yang

benar. Individu yang memberi khidmat penasihatan kewangan yang luas atau

mempersembahkan diri mereka sebagai perancang kewangan atau serupa akan tertakluk

kepada lembaga pengarah pengawasan tersebut. Diwujudkan juga kaedah-kaedah dan

peraturan-peraturan perancang kewangan meliputi kecekapan garis dasar, amalan dan

standard etika, tetapi tidak akan berada pada tahap yang sama seperti keperluan

pensijilan CFP®.

3.3.2 Kaunseling Kewangan

Bidang kaunseling kewangan timbul tatkala situasi ekonomi Amerika berada dalam

situasi tidak menentu, dipengaruhi kadar faedah yang tinggi dan peningkatan tinggi

jumlah pengguna yang diisytiharkan bankrap setiap hari. Bidang kaunseling kewangan

Page 115: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

93

menjadi perbualan umum apabila individu mula mendapatkan khidmat dalam hal

berkaitan kewangan dan khidmat penyelesaian hutang. Usaha ke arah mengerakkan

aktiviti berkaitan penyelidikan dan penggabungan di antara ahli akademik dan pengamal

kewangan peribadi difikirkan perlu untuk meningkatkan minat umum dan merangsang

komunikasi dan kerjasama antara pihak yang terlibat.

Kaunselor kewangan terlibat dalam usaha membantu individu yang menghadapi

masalah kewangan dan berusaha keras untuk kekal mampu membiayai keperluan

kewangan seharian. Peranan utama kaunselor kewangan adalah memaksimumkan

kejayaan mengurus kewangan dan membantu pengguna berkaitan hal-ehwal aspek

pengurusan kewangan. Kewujudan minat pengkajian bidang kaunseling kewangan

sebagai cabang akademik bermula akhir 80an dan awal 90an apabila terdapat beberapa

peristiwa penting yang berlaku antaranya penubuhan Persatuan Penasihatan Kewangan

dan Perancangan Pendidikan (Association for Financial Counseling and Planning

Education-ACFPE) pada tahun 1983.

3.3.2.1 Persatuan Kaunseling kewangan dan Pendidikan Perancangan

Penubuhan sebuah persatuan berkaitan kaunseling kewangan dicadangkan ketika satu

persidangan kebangsaan kewangan peribadi yang diadakan di Universiti Brigham. Pada

tahun 1984, secara rasmi persatuan berjaya didaftarkan dengan nama Persatuan

Kaunseling Kewangan dan Pendidikan Perancangan (Association of Financial

Counseling and Planning Education-AFCPE). Di antara tahun 1987 dan 1988, AFCPE

mula menerbitkan majalah Financial Counseling and Planning (FCP) dan berjaya

mewujudkan pentauliahan program persijilan Kaunselor Kewangan mereka sendiri.

Pada tahun 2000 pula, The International Society for Retirement and Life Planning

Page 116: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

94

bersetuju untuk bergabung dengan AFCPE. Bermula pada tahun 2003, Lembaga

AFCPE telah meluluskan penubuhan program pentauliahan kaunselor kredit (kredit

counselor) yang merangkumi perkhidmatan berkaitan masalah hutang dan kredit

(AFCPE, 2011).

Misi penubuhan AFCPE adalah untuk menyediakan program pembangunan

profesional yang berpengalaman kepada warga pendidik kewangan, pengamal

kewangan dan penyelidik khususnya dalam usaha meningkatkan kesejahteraan ekonomi

individu dan keluarga di seluruh dunia. Manakala visi AFCPE pula untuk menjadikan

AFCPE sebagai penyedia utama peluang pembangunan profesional kepada pendidik

kewangan, pengamal dan penyelidik. Dengan penubuhan AFCPE, bidang perancangan

kewangan mula mendapat tempat dalam perbincangan ilmiah di kalangan pengkaji

bidang kewangan pengguna lewat 80an (Schuchardt, et.al, 2007). Kumpulan pengkaji

yang mempunyai minat mendalam dalam bidang tersebut antaranya ialah pengkaji dari

bidang ekonomi keluarga, ekonomi pengguna, ekonomi kepenggunaan, pendidikan

pengguna dan pengurusan sumber isi rumah.

3.3.3 Penasihatan Kewangan

Penasihatan kewangan adalah satu aktiviti atau pekerjaan yang wujud dari usaha

memenuhi permintaan individu, perniagaan dan kerajaan oleh seorang professional

terhadap perkhidmatan profesional berkaitan produk dan aspek kewangan. Dalam aspek

perancangan kewangan, penasihat kewangan hanya merujuk kepada aktiviti berkaitan

kewangan peribadi.

Tujuan utama penasihat kewangan adalah untuk membantu pelanggan dalam

perancangan dan susunan atur hal ehwal kewangan seperti simpanan, persaraan, dan

Page 117: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

95

percukaian. Penasihat kewangan mesti memahami kedudukan kewangan pelanggan

serta keperluan mereka. Status kewangan boleh menjadi rumit dan mana-mana

penasihat mempunyai tanggungjawab beretika untuk melihat bahawa risiko pelangan

dapat dikurangkan.

Terdapat tiga badan utama yang menganugerahkan kelayakan untuk jawatan

penasihat kewangan peribadi di United Kingdom. Yang utama ialah Chartered

Insurance Institute, yang menawarkan kelayakan perkhidmatan kewangan profesional

sepanjang jalan dari pemula ke peringkat ijazah. Kedua, Sekolah Kewangan IFS yang

menawarkan alternatif kursus dan kelayakan dalam bidang-bidang kepakaran tertentu

seperti pengajian perbankan dan kewangan peribadi. Ketiga, Institut Perancangan

Kewangan yang menawarkan Perancang Kewangan Bertauliah.

3.3.4 Kaunseling Kredit dan Pengurusan Hutang

Aspek kredit (hutang) dalam kehidupan pengguna menjadi penting selari dengan

kemajuan pembangunan negara dan kebergantungan pengguna kepada sumber alternatif

untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Kekurangan sumber wang tunai untuk

membiayai kehidupan telah menyediakan masyarakat moden kepada peluang capaian

sumber kewangan melalui sumber hutang atau kredit. Akibat dari pelbagai masalah

berkaitan ekonomi dan kewangan, kegagalan mengawal perbelanjaan,

ketidakseimbangan antara sumber pendapatan dan perbelanjaan menyebabkan individu

di dalam masyarakat terjebak dengan perangkap hutang yang semakin meningkat.

Akibatnya, ramai individu yang terpaksa mendapat perkhidmatan penasihatan berkaitan

pengurusan kredit bagi menyusun semula hutang pembayaran hutang mereka.

Page 118: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

96

Perkhidmatan yang ditawarkan kredit kaunseling serba sedikit membantu

menyelesaikan masalah yang dihadapi pengguna.

Penubuhan kaunseling kredit adalah untuk menyediakan pendidikan dan

penasihatan kewangan kepada pengguna tentang kaedah dan cara terbaik mengelak diri

dari terlibat dengan perangkap hutang yang membebankan. McNamara (1985)

mendefinisikan kaunseling kredit sebagai usaha campur tangan menyelesaikan krisis

yang berkaitan dengan masalah kredit (McNamara, 1985). Namun proses tersebut

dilihat lebih cenderung kepada proses penyediaan perkhidmatan kaunseling berbanding

peranan utama memberi pendidikan berkaitan pengurusan hutang kepada pengguna.

Sejarah pembangunan aktiviti kaunseling kredit di Amerika Syarikat bermula

seawal tahun 1951 apabila syarikat pemberi kredit menubuhkan Yayasan Kebangsaan

Kaunseling Kredit, atau National Foundation for Credit Counseling (NFCC). NFCC

berperanan untuk memantau aktiviti berkaitan perundangan dan peraturan untuk ahlinya

yang terlibat dalam kredit runcit dan menjalankan kempen kesedaran awam mengenai

kredit. NFCC mempromosi literasi kewangan dan menghulurkan bantuan kepada

pengguna bagi mengelakkan muflis, dan tidak berkhidmat sebagai agensi kutipan bagi

pemiutang. Pada awal 1960-an, NFCC adalah francais tempatan pertama yang

menawarkan kaunseling kredit dan menawarkan pendidikan dan kaunseling secara

langsung kepada pengguna (NFCC, 2011).

Pada tahun 1993, "Persatuan Agensi Pengguna Bebas Kaunseling Kredit," atau

Association of Independent Consumer Credit Counseling Agencies (AICCCA) telah

ditubuhkan dan mengasaskan kaedah kaunseling kredit melalui penyampaian telefon.

Pada mulanya, NFCC sangat menentang model ini dan lebih memihak kepada kaedah

bersemuka sebagai penyelesaian yang lebih berkesan. Akhirnya, semua organisasi

Page 119: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

97

mengamalkan kedua-dua proses telefon dan muka-ke-muka dan mengunakan kaedah

pengiklanan media massa untuk menyebarkan khidmat kepakaran mereka.

Pada bulan Mei 2010, "Persatuan Profesional Kaunseling Kredit," atau ACCPros,

mengadakan persidangan sulung sebagai organisasi perdagangan. ACCPros adalah

organisasi perniagaan kaunseling kredit pertama yang menerima mana-mana agensi

kredit kaunseling yang menawarkan perkhidmatan untuk keuntungan sebagai ahli

mereka. Tidak hanya terlibat dengan aktiviti-aktiviti perundangan, ACCPros turut

memberi tumpuan kepada melindungi pengguna dan mengawal industri kaunseling

kredit di Amerika Syarikat. Secara praktikal, peraturan semasa tidak menghadkan

individu untuk hanya mendapatkan khidmat satu agensi kaunseling kredit semata-mata

bagi proses pengurusan kredit mereka.

Pada tahun 2005, Akta Pencegahan Penyalahgunaan Kebankrapan dan

Perlindungan Pengguna 2005 (The Bankruptcy Abuse Prevention And Consumer

Protection Act-BAPCP) yang diwujudkan mensyaratkan penghutang mendapatkan

perkhidmatan agensi kredit kaunseling sebelum memfailkan status kebankrapan di

mahkamah. Dalam usaha ke arah memenuhi keperluan ini, dalam tempoh 180 hari

sebelum pemfailan kebankrapan, penghutang mesti melengkapkan program dengan

agensi kaunseling kredit. Program tersebut tidak terhad kepada menamatkan satu sesi

kaunseling sahaja, tetapi penghutang juga perlu menghadiri beberapa sesi kaunseling

kredit bagi melengkapkan prosidur kebankrapan mereka.

Industri kaunseling kredit di Amerika Syarikat mensyaratkan kaunselor kredit

perlu mempunyai persijilan dari institusi yang diiktiraf seperti Institut Kaunseling

Kewangan (Institute Of Financial Counseling). Kredit kaunselor perlu mempelajari

beberapa kemahiran penting seperti kemampuan untuk membantu pelanggan ke arah

Page 120: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

98

perubahan yang positif. Antara kemahiran ialah pengurusan kad kredit, kutipan hutang,

psikologi perbelanjaan dan penyelesaian hutang. Terdapat tiga peringkat utama yang

melibatkan proses kaunseling kredit iaitu pendidikan kewangan, kaunseling kredit dan

pelan pengurusan hutang.

Agensi Kaunseling kredit di Amerika Syarikat lebih sinonim dengan usaha

membantu peminjam yang bermasalah dengan pihak pemiutang menyusun semula

hutang semasa mereka. Pelan Pengurusan Kredit (Debt Management Plan) adalah

pilihan yang digunakan oleh peminjam dengan dibantu oleh kaunselor kredit menyusun

semula hutang melalui kaedah berikut antaranya; (1) pengurangan pembayaran balik

bulanan, (2) yuran dan (3) kadar faedah bank. Peranan utama kaunselor kredit adalah

menentukan jumlah bayaran balik, kadar faedah yang berpatutan dikenakan kepada

peminjam berdasarkan terma yang dipersetujui di antara pihak peminjam dan pemiutang

khususnya pihak bank. DMP juga merupakan satu kaedah untuk membantu individu

atau isi rumah menguruskan hutang mereka, apabila mereka tidak dapat untuk

mengekalkan bayaran kontrak mereka kepada pemiutang mereka kerana masalah

kewangan (CCCS, 2011). Secara umumnya, organisasi yang terlibat dengan

perkhidmatan kaunseling kredit menyediakan empat jenis perkhidmatan kepada

pengguna (Robert, 2005); antaranya :

a. menyediakan pendidikan kewangan kepada pengguna,

b. menyediakan kaunseling belanjawan kepada isi rumah,

c. merundingkan pelan pengurusan hutang di antara pemiutang dan pihak peminjam

dan

Page 121: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

99

d. jika perlu peminjam akan dirujuk kepada organisasi lain yang boleh membantu

mereka atau mencadangkan khidmat nasihat berkaitan pengisytiharan bankrap.

Organisasi kaunseling kredit mendapat upah dari perkhidmatan melalui komisen

pihak pemiutang dan peminjam. Pada awalnya, firma berkaitan kaunseling kredit

mendapat upah dari pemiutang (creditors), namun ketika ini terdapat firma yang

mengenakan yuran perkhidmatan sebagai upah perkhidmatan. Di bawah konsep “fair

share” pemiutang akan mengembalikan hampir 12 peratus dari jumlah hutang yang

dibayar oleh peminjam kepada agensi kaunseling kredit. Namun kini kadar upah

tersebut telah menurun kepada satu kadar yang munasabah. Kadar yuran yang tinggi

pula mempengaruhi pelan pembayaran hutang dan malah menimbulkan pelbagai isu lain

berkaitan undang-undang dan garis panduan.

Berdasarkan kepada syarat penggunaan khidmat kaunseling kredit sebelum

memfailkan pengisytiharan status diri sebagai muflis. Terdapat dua kaedah kaunseling

kredit berkaitan pengisytiharan muflis di Amerika Syarikat iaitu Bab 7 - Kemuflisan

(Chapter 7) dan Bab 13 - Kemuflisan (Chapter 13), dan kedua-dua kaedah tersebut

menetapkan pembekuan aset dan tindakan undang-undang oleh pemiutang ke atas

peminjam. Melalui kaedah bab 7, iaitu proses pencairan (liqiudation) di mana

sebahagian aset peminjam digunakan untuk menyelesaikan hutang dengan pemiutang.

Lazimnya, di bawah kaedah ini, pengguna tidak mempunyai aset untuk disimpan.

Manakala, melalui kaedah bab 13, peminjam boleh menyimpan sebahagian aset tetapi

perlu menyediakan pelan pembayaran semula hutang yang dibiayai oleh sejumlah

pendapatan masa hadapan untuk beberapa tahun akan datang.

Page 122: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

100

Selain dari dua kaedah di atas, pengguna juga boleh memilih Pelan Pengurusan

Hutang (Debt Management Plans).

Peminjam yang memilih kaedah ini dapat

memperbaiki sejarah kredit (credit history) lebih cepat berbanding jika berada di bawah

status bankrap. Tidak seperti bab 13, di bawah program DMP, pengguna dikehendaki

menyelesaikan keseluruhan prinsipal hutang dengan pemiutang. Malah, penghutang

tidak dilindungi dari beberapa kelebihan dalam bab 13, seperti perlindungan tindakan

undang-undang oleh pemiutang.Kewujudan perkhidmatan kaunseling kredit meningkat

pada dekad 90an, disebabkan oleh beberapa faktor berikut antaranya;

i. permintaan terhadap khidmat meningkat akibat masalah berkaitan kad kredit dan;

ii. sekatan syarat menjalankan perkhidmatan kaunseling kredit yang semakin

longgar. Menyedari kehadiran banyak agensi kaunseling kredit, organisasi besar

seperti NFCC mula mewujudkan standard kepada ahli gabungan seperti

mengakreditasikan kaunselor yang berdaftar dengan NFCC, pengeluaran lesen,

keperluan pendidikan dan sesi kaunseling serta syarat penyenaraian sumber

kewangan dan yuran perkhidmatan.

3.3.5 Gerontologi Kewangan

Gerontologi kewangan (financial gerontology) adalah satu cabang baru dalam kajian

berkaitan gerontologi dan kewangan (Neal, 2008). Keperluan kewangan warga emas

meliputi kos sara hidup, kesihatan dan penjagaan diri. Mula diwujudkan sebagai satu

disiplin ilmu pada tahun 1988. Dari tarikh tersebut ahli gerontologi berusaha

menentukan beberapa perkara berkaitan definisi konsep, isu semasa, data dan hasil

kajian yang relevan kepada sektor perkhidmatan kewangan dan seterusnya

Page 123: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

101

membincangkan pelbagai aspek berkaitan bidang gerontolgi melalui pengajaran dan

kajian gunaan. Gerontologi kewangan juga merupakan satu bidang pelbagai disiplin

meliputi bidang biologi, psikologi, sosiologi dan demografi dengan tujuan untuk

memahami isu-isu berkaitan kesihatan sepanjang hayat dan aspirasi individu berumur

dan keluarga mereka. Bidang ini berkait rapat dengan aspek wang, penuaan, sejarah dan

perancangan. (AIFG, 2011)

Bidang ini berkembang pesat di Amerika Syarikat akibat dari kesedaran bahawa

jumlah individu yang bakal menghampiri saat persaraan adalah tinggi. Antara tahun

1946 hingga 1964, hampir 76 juta penduduk Amerika dilahirkan. Pada 2007 kebanyakan

mereka berumur 43 hingga 61 tahun (Neal, 2008). Kekhuatiran yang timbul tertumpu

kepada keperluan kewangan, pengaruh emosi dan tempoh persaraan yang panjang.

Aspek berkaitan kewangan meliputi kos perubatan, penjagaan kesihatan, kemudahan

bantuan hidup (assisted-living facilites), bantuan perumahan dan pengurusan aset

(Judith, 2005).

Hasil kemajuan dalam bidang perkhidmatan kesihatan, kadar jangka hayat

penduduk Amerika Syarikat semakin meningkat. Kemelut kewangan yang perlu

diselesaikan oleh generasi “baby boomers” adalah berkaitan perancangan persaraan

diri, membiayai pendidikan anak-anak dan membiayai kos penjagaan ibu-bapa mereka.

Justeru, kajian berkaitan gerontologi perlu mengambil kira empat jenis penuaan iaitu

penuaan penduduk (population aging), penuaan individu (individual aging), penuaan

generasi (generation aging) dan penuaan keluarga (family aging).

Penuaan penduduk merujuk kepada analisa makro-masyarakat (macro-societal)

berhubung dengan “menjadi tua” di mana kesan satu generasi yang menjadi tua pada

tempoh masa yang sama menyumbangkan kepada krisis dan cabaran berkaitan sosial

Page 124: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

102

sekuriti, dan penjagaan kesihatan dan kebergantungan (dependency). Penuaan individual

adalah satu proses kematangan dan pembangunan manusia. Penentuan tempoh capaian

kepada sumber dana pencen berdasarkan kepada umur penuaan di mana hanya individu

yang mencapai umur tersebut boleh mengeluarkan caruman persaraan. Penuaan individu

berkait rapat dengan perancangan persaraan yang melibatkan jangka masa dan tempoh

waktu tertentu. Manakala, penuaan generasi tertumpu kepada kajian berkaitan

perbezaan tingkah laku antara generasi yang berlainan tahun. Pada satu tahun yang

sama, generasi berbeza membelanjakan sumber wang yang berbeza.

Bidang gerontologi kewangan yang dipelopori oleh the American Institute of

Financial Gerontology menyediakan pendidikan dan menganugerahkan gelaran the

Registered Financial Gerontologist (RFG) kepada individu yang mengikuti program

pensijilan Registered Financial Gerontologist. Pakar gerontologi kewangan berdaftar

berupaya menyediakan penyelesaian kewangan secara komprehensif warga emas dan

ahli keluarga mereka. Manakala gelaran “chartered advisor for senior living”

dianugerahkan oleh the American College in Bryn Mawr, Pennsylvania. Ketika ini, the

American Institute of Financial Gerontology (AIFG) dengan kerjasama University of

North Carolina at Greenboro menawarkan program gerontologi kepada individu yang

berminat. Program gerontologi kewangan adalah satu kursus pendidikan yang berkualiti

tinggi dan menjalankan penyelidikan asas dan gunaan berkaitan penuaan, menyediakan

pelajar untuk kerjaya akademik dan sebagai profesional yang berkhidmat dalam pasaran

penuaan di seluruh dunia (AIFG, 2011).

Di Malaysia, kajian berkaitan gerontologi dipelopori oleh Institut Gerontologi,

Universiti Putra Malaysia. Satu-satunya institut berkaitan kajian penuaan yang wujud di

rantau Asia Tenggara. Institut Gerontologi sangat aktif menjalankan kajian berkaitan hal

Page 125: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

103

ehwal golongan tua dan kewangan. Dengan kerjasama penyelidik dari Jabatan

Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM, Institut

gerontologi berjaya menyediakan kursus berkaitan kewangan kepada golongan tua dan

juga kepada kakitangan kerajaan yang meniti tempoh persaraan.

3.4 Sejarah Perkembangan Perancangan Kewangan Di Malaysia

Perkembangan bidang perancangan kewangan di Malaysia bermula pada bulan

disember tahun 1999, apabila sekumpulan profesional individu dari industri saham

amanah, insurans hayat, broker saham, undang-undang dan pengurusan aset

menganjurkan satu pameran kewangan dan seminar antarabangsa perancangan

kewangan di Kuala Lumpur. Hasil dari seminar tersebut satu persatuan yang diberi

nama Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM) ditubuhkan pada 19

Disember 1999. Sebelum, perancangan kewangan sampai ke Malaysia, tiada satu pun

program persijilan dan perundangan khusus untuk mengawal selia kegiatan penasihatan

kewangan di Malaysia. Pendidikan kewangan ketika hanya ditawarkan di pusat

pengajian tinggi dan tidak menjadi sesuatu yang diperkatakan oleh ramai orang.

Bermula disember 1999, FPAM bersama sekumpulan individu yang telah

membawa masuk persijilan CFP dari pihak Financial Planning Standard Board (FPBS)

cuba mempromosikan pendidikan kewangan kepada rakyat Malaysia. Kesan dari itu,

minat rakyat kepada bidang perancangan kewangan semakin meningkat. Ia bertambah

meriah apabila pihak BNM dan SC mengiktiraf program persijilan yang ditawarkan.

Pada tahun 2004, Suruhanjaya Sekuriti mengeluarkan pekeliling berkaitan garis

panduan permohonan bagi perlesenan penasihat kewangan (financial advisor’s license)

Page 126: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

104

(Security Commission, 2015) dan diikuti oleh Bank Negara Malaysia pada 2005. (Bank

Negara Malaysia, 2014).

Berdasarkan maklumat sejarah, pergerakan aktiviti berkaitan perancangan

kewangan bermula sejak awal lagi sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Aktiviti

awal perancangan kewangan melibatkan aktiviti pelaburan bermula sejak tahun 1870an

apabila para pelabur yang terlibat dalam aktiviti berkaitan pelaburan sekuriti syarikat

turut terlibat dalam perdagangan komoditi seperti getah dan perlombongan. Sekuriti

syarikat bertukar tangan dalam kalangan pedagang di tempat pertemuan popular seperti

kelab, rumah kedai dan kedai kopi. Saham syarikat terkenal seperti Guthrie, Malakoff,

Sime Darby dan Inch Kenneth adalah antara syarikat yang terlibat dalam perdagangan

komoditi di tanah Melayu pada waktu itu dan turut tersenarai di pasaran saham London.

Kegiatan pelaburan dan kewujudan syarikat tersebut turut dipengaruhi oleh penglibatan

British dalam aktiviti ekonomi perlombongan dan perladangan di Persekutuan Tanah

Melayu. (FPAM, 2011)

Kegiatan pelaburan dan pengukuhan pasaran saham di Persekutuan Tanah Melayu

selari dengan penubuhan Persatuan Pembrokeran Saham Singapora (Singapore

Stockbrokers‟ Association) pada 23 Jun 1930 (Tan, 2005) dan didaftarkan semula pada

tahun 1939 sebagai Persatuan Pembrokeran Saham Malaya. Bagi mengumpul dan

menjana dana pelaburan yang besar, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Employee

Provident Fund) diwujudkan di bawah EPF Ordinance 1951 dan kemudiannya dipinda

pada berdasarkan Akta KWSP 1991. KWSP adalah sebuah agensi peringkat nasional

pertama di Malaysia dan di dunia yang menjalankan aktiviti mengumpul dana melalui

potongan wajib caruman bulanan bagi kegunaan masa depan pekerja. Berada di bawah

kawalan Kementerian Kewangan Malaysia, KWSP ditubuhkan dengan objektif untuk

Page 127: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

105

menyediakan tabungan yang mengcukupi bagi kegunaan pekerja ketika saat persaraan

(KWSP, 2011).

Penubuhan KWSP secara tidak langsung menerapkan sifat menabung di kalangan

pekerja dan simpanan yang bersifat mandatori ini membantu mewujudkan satu

kumpulan dana yang besar bagi merancakkan perjalanan pasaran sekuriti dan

perniagaan di Persekutuan Tanah Melayu pada waktu itu. Walaupun pada waktu itu,

aktiviti berkaitan pasaran saham dan perniagaan berkembang pesat, namun belum

wujud sebuah bank pusat yang mengawal kegiatan sistem perbankan dan kewangan.

Beberapa bank perdagangan telah wujud pada waktu itu.

Berdasarkan cadangan oleh ahli panel International Bank for Reconstruction and

Development yang melawat Malaya pada tahun 1954, G.M Watsan dari Bank of

England dan Sir Sydney Caine, Naib Canselor University Malaya pada ketika itu telah

diminta oleh kerajaan Persekutuan Malaya dan Koloni Singapura untuk menubuhkan

sebuah bank pusat di Malaya. Laporan Watson-Caine diterbitkan pada tahun 1956

(Sheng, 1990), namun penubuhan sebuah bank pusat tidak dilaksanakan sehinggalah

pada 26 Januari 1959. Pada tahun 1958, Akta Bank Negara Malaysia 1958 (CBA 1958)

diluluskan dan pada tahun 2009, CBA 1958 telah dimansuhkan dan diganti dengan Akta

Bank Negara Malaysia 2009 yang mula berkuatkuasa pada 25 November 2009. Ia

adalah sebuah badan berkanun yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia

dengan modal berbayar secara beransur-ansur meningkat, kini pada RM100 juta. Setiap

tahun, Bank Negara Malaysia akan melapor aktivitinya kepada Menteri Kewangan

Malaysia tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar sektor monetari dan

kewangan (BNM, 2011).

Page 128: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

106

Penubuhan sebuah bank pusat sebenarnya memberi makna penting kepada

perjalanan sistem kewangan sesebuah negara. Kewujudan sebuah bank pusat akan

membenarkan pengurusan wang dan kredit secara lebih tersusun dan meningkatkan

pembangunan dan perniagaan warga tempatan. Paling utama penubuhan bank pusat

berperanan mengalakan kecairan pasaran melalui pengenalan instrumen sekuriti

kerajaan pada masa hadapan. Penubuhan bank pusat mengalakan sifat menabung dan

pembiayaan kredit kepada pengguna. Aktiviti berkaitan simpanan wang dan

perlindungan insuran digerakkan melalui objektif yang digariskan oleh penubuhan Bank

Negara Malaya (BNM, 2011).

Penubuhan KWSP yang bersifat simpanan untuk hari tua telah meningkatkan

simpanan dan dana yang besar kepada pergerakan pasaran saham di Malaysia. Berbeza

dengan objektif KWSP yang hanya menyediakan sumber kewangan bagi menghadapi

saat persaraan. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan pada tahun

1971 di bawah Kementerian Sumber Manusia (sebelum ini dikenali sebagai

Kementerian Buruh) untuk melaksana dan mentadbir Skim-skim Keselamatan Sosial di

bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, iaitu Skim Insuran Bencana Pekerjaan

dan Skim Pencen Ilat. Di bawah skim-skim ini, pekerja diberi perlindungan berkaitan

bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa menjalankan pekerjaan, penyakit

khidmat, keilatan dan kematian. (PERKESO, 2014).

Pada tahun 1959 selain dari penubuhan Bank Negara Malaya, sistem kewangan

dan pasaran saham Malaya dirancakkan dengan penubuhan sebuah syarikat pengurusan

dana amanah pertama iaitu Malayan Unit Trust Limited. Syarikat ini menguruskan unit

amanah pertama yang dinamakan Amanah Saham Malaya (Malayan Unit Trust) pada

tahun 1963, dan seterusnya amanah saham tersebut telah dipindahkan dan diurus oleh

Page 129: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

107

Asia Tenggara Development Corporation Berhad. Tidak kekal lama, Singapore Unit

Trusts Limited dan Asia Unit Trust Berhad kemudiannya ditubuhkan setelah berpisah

dari Asia Tenggara Development Corporation Berhad.

Amanah Saham tersebut diuruskan oleh Asia Unit Trust Berhad sehinggalah

MIDF Amanah Asset Management Berhad mengambil alih pengurusan unit amanah

saham tersebut bersama lima lagi unit saham amanah yang lain (The Edge Malaysia,

2010). Entiti baru dinamakan MIDF Amanah sebuah cabang pengurusan saham amanah

kumpulan MIDF Berhad. Syarikat pengurusan saham amanah berdasarkan firma

pembrokeran saham pertama diwujudkan oleh TA Enterprise Berhad dan diperbadankan

pada 17 April 1995 dan diberi nama TA Unit Trust Management dan memulakan

operasi pada 1 Julai 1996 (TA Invest, 2014).

Bagi mengalakan aktiviti pelaburan dengan sekala yang lebih besar di kalangan

kaum bumiputera, Majlis Amanah Rakyat atau MARA telah menubuhkan MARA Unit

Trust Limited. Syarikat tersebut memulakan operasi pada 1967 dengan modal modal

dibenarkan berjumlah RM50 juta dan modal berbayar RM48 juta. Dana pertama

dilancarkan pada tahun 1968.

Aktiviti pelaburan berkaitan saham amanah di Malaysia, membuka lembaran baru

apabila kerajaan telah mengarahkan penubuhan sebuah entiti nasional yang

menguruskan pengurusan saham amanah berkaitan bumiputera yang dinamakan

Yayasan Pelaburan Bumiputera. Pada Mac 1978, Permodalan Nasional Berhad (PNB)

telah ditubuhkan dan menjadi alat penting Dasar Ekonomi Baru untuk menggalakkan

pemilikan saham dalam sektor korporat di kalangan bumiputera, dan membuka peluang

kepada profesional bumiputera yang sesuai menyertai bidang pengurusan harta.

Page 130: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

108

Sebelum tertubuhnya PNB, usaha untuk menambah pemilikan bumiputera dalam

sektor korporat tidak Berjaya kerana saham yang diperuntukkan kepada individu jarang

sekali kekal dipegang oleh individu. Penyelidikan menunjukkan bahawa apabila

pemegang unit bumiputera menjual saham mereka, keuntungan yang diperolehi

digunakan dan tidak dilabur semula. Melalui PNB, banyak saham korporat utama

Malaysia yang diperolehi dari dana yang disediakan kepada Yayasan Pelaburan

Bumiputra dipindahkan ke tabung amanah yang diurus oleh PNB dan dijual semula

kepada kaum bumiputera dalam bentuk unit yang lebih kecil (PNB, 2014).

Dengan menggunakan model pelaburan inovatif ini, PNB Berjaya memastikan

bahawa saham-saham peruntukkan oleh kerajaan kepada institusi bumiputera dapat

dikekalkan. Ia juga Berjaya menanam tabiat menyimpan secara menyeluruh,

pengembangan bidang keusahawanan dan kemahiran pelaburan kepada golongan

bumiputera. Dengan pengurusan dana yang berjumlah lebih RM200 bilion (setakat Mac

2012), Kumpulan PNB kini merupakan institusi pelaburan utama negara dengan

pelbagai portfolio kepentingan yang meliputi saham amanah, amanah harta institusi,

pengurusan harta dan pengurusan aset.

Perkembangan pesat pasaran saham di malaysia menuntut satu peraturan

pengurusan pasaran saham dan ekuiti yang lebih tersusun dan telus. Pada tahun 1993,

Suruhanjaya sekuriti telah ditubuhkan berdasarkan Securities Commission Act 1993

(SCA) dengan objektif utama berperanan sebagai badan yang mengawal dan

mempromosikan pembangunan pasaran modal di Malaysia. Bagi mempastikan sumber

kewangan yang stabil kepada perjalanan Suruhanjaya Sekuriti, kerajaan telah

mengenakan levi ke atas transaksi jual beli saham di Bursa Malaysia pada kadar 0.03

Page 131: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

109

peratus. Penubuhan SC dan BNM adalah bersifat saling membantu dalam mengawal

perjalanan akltiviti kewangan, insuran, saham amanah dan pasaran modal di Malaysia.

Perkembangan perancangan kewangan di Malaysia dipengaruhi oleh aktiviti

pergerakan berasaskan industri saham amanah dan insuran. Pergerakan perancangan

kewangan berasaskan industri saham amanah mengunakan akreditasi jawatan perancang

kewangan yang dikeluarkan oleh Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia

(Financial Planning Associaton of Malaysia). FPAM adalah persatuan yang dinaungi

oleh FPA yang beribu pejabat di Amerika Syarikat. Pemegang jawatan perancang

kewangan mengunakan persijilan yang dikeluarkan atas nama Persijilan Perancang

Kewangan (Certified Financial Planners-CFP) oleh FPA yang diiktiraf di seluruh

dunia. Pada tahun 2005, Persijilan CFP juga diluluskan sebagai prasyarat bagi

permohonan Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (Capital Markets Services Licence-

CMSL) oleh Suruhanjaya Sekuriti dan prasyarat bagi permohonan Lesen Penasihat

Kewangan (Financial Adviser’s Licence-FA) oleh Bank Negara Malaysia.

Manakala, industri insuran mengunakan akreditasi jawatan perancang kewangan

yang ditauliahkan oleh Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (Malaysia Financial

Planning Council-MFPC). Pemegang jawatan perancang kewangan mengunakan

persijilan yang dikeluarkan atas nama Perancang Kewangan Berdaftar (Registered

Chartered Financial Planners–RFP). Program RFP ditawarkan oleh Malaysian Institute

of Insurance (MII) dengan kerjasama MFPC. Program itu juga sedikit sebanyak

berteraskan program ChFP yang dikelolakan oleh Institut Berdaftar Insurance

(Chartered Insurance Institute) yang berpusat di United Kingdom.

Program Perancang Kewangan Berdaftar (RFP) telah dilancarkan oleh Gabenor

Bank Negara Malaysia, Y. Bhg. Tan Sri Dato 'Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz pada bulan

Page 132: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

110

November 2002

(Malaysia Financial Planning Council, 2014). Seperti juga CFP,

jawatan (designation) RFP telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan Mac

2005 sebagai kelayakan untuk memohon Lesen Penasihat Kewangan (Financial

Adviser’s Licence-FA) oleh Bank Negara Malaysia di bawah Akta Insurans 1996 (Bank

Negara Malaysia, 2014). Jawatan RFP juga telah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti

Malaysia pada bulan November 2005 sebagai salah satu kelayakan untuk memohon

Lesen Penasihat Pelaburan di bawah Akta Industri Sekuriti 1983 (Security Commission,

2012) dan permohonan mendapatkan Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL)

berdasarkan pengenalan Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta Pasaran

Modal dan Perkhidmatan, 2007). Selain dari akreditasi yang melibatkan CFP dan RFP,

Perunding Kewangan Bertauliah atau (Chartered Financial Consultant-ChFC) oleh

Persatuan Perancang Kewangan dan Penasihatan Malaysia atau (Malaysian Financial

Planners and Advisors Association-FPA) turut mendapat pengiktirafan oleh

Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia.

3.5 Institusi Kewangan Berkaitan Perancangan Kewangan di Malaysia

Institusi berkaitan perancangan kewangan ditubuhkan selari dengan keghairahan

meningkatkan kefahaman rakyat Malaysia terhadap bidang perancangan kewangan.

Dalam bab ini, diterangkan sejarah kewujudan tiga institusi pertama kesan dari

kesedaran kepada keperluan mewujudkan persatuan bagi menjaga kepentingan ahli-ahli

yang terlibat dalam bidang perancangan kewangan dari latarbelakang yang berbeza.

Manakala, IBFIM pula adalah sebuah institusi yang ditubuhkan oleh Bank Islam

Malaysia Berhad (BIMB) untuk meningkat kefahaman masyarakat kepada perbankan

Islam namun dijenamakan semula untuk meningkatkan kefahaman masyarakat kepada

Page 133: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

111

sistem perbankan Islam secara lebih menyeluruh dan diwakili oleh keseluruhan pemain

industri perbankan dan kewangan Islam di Malaysia.

3.5.1 Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM)

Pada 10 Mei 1999, IAFP cawangan Malaysia ditubuhkan dengan penyertaan seramai 23

orang ahli dari pelbagai disiplin kewangan. Pada waktu yang sama, Tunku Ya'acob

Tunku Abdullah dari MAA Assurance telah berhubung dengan Lembaga Standard CFP

tentang niat mereka untuk menubuhkan cawangan perancangan kewangan di Malaysia.

Pada akhir bulan Jun 1999, ahli jawatankuasa penaja yang pertama terdiri daripada

Edmond Cheah, Wong Boon Choy, Steve Teoh dan Paul Chan menjemput Tunku

Ya'acob untuk mengambil bahagian dalam rundingan untuk membangunkan industri

perancangan kewangan di Malaysia.

Pada tahun 1999, wakil Malaysia telah dijemput untuk membentangkan

permohonan sebagai affiliate CFP yang baru pada mesyuarat Majlis Antarabangsa CFP

di Paris pada awal bulan September 1999. Deligasi yang diketuai oleh Tunku Yaacob

dan diiringi oleh Wong Boon Choy, James Beltran dan Paul Chan telah membentangkan

kes mereka kepada ahli-ahli Majlis CFP Antarabangsa dan seterusnya mendapat

tawaran untuk membuka affiliate CFP baru di Malaysia. Kejayaan di Paris membuka

laluan penubuhan entiti baru dan FPAM telah didaftarkan pada 13hb Disember 1999.

Selepas itu, usaha menambah ahli baru bergiat aktif di kalangan institusi kewangan

untuk menjadi ahli piagam bagi menyokong pembangunan industri perancangan

kewangan.

Pada 14-15 Ogos, 2000, FPAM telah dilancarkan secara rasmi oleh penasihat

kepada Menteri Kewangan, Datuk Mustapa Mohamed sempena perasmian Persidangan

Page 134: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

112

Antarabangsa Perancangan Kewangan Tahunan, IFPAC 2000. Persidangan tersebut

telah berjaya menarik minat peserta lebih daripada 1,000 peserta termasuk 30 peserta

pameran yang memperkenalkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan yang

inovatif. Berkuatkuasa 5hb Januari 2004, perancang kewangan di Malaysia yang

berhasrat bergiat aktif dalam aktiviti berkaitan perancangan kewangan dikehendaki oleh

Suruhanjaya Sekuriti untuk memohon lesen yang dikeluarkan oleh SC. Antara persijilan

awal yang mendapat pengiktirafan oleh SC adalah Perancang Kewangan Bertauliah

(CFP).

3.5.2 Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC)

Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (Malaysia Financial Planning Council-

MFPC). MFPC adalah sebuah organisasi perancangan kewangan nasional yang

ditubuhkan pada tahun 2004 (Malaysian Financial Planning Council, 2012). Penubuhan

organisasi didesak dan ditaja oleh tiga persatuan utama berkaitan insurans di Malaysia

iaitu Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM); Persatuan Kebangsaan Insurans Hayat

Malaysia dan Penasihat Kewangan (NAMLIFA); dan Institut Insurans Malaysia (MII).

MFPC adalah badan kawal selia sendiri, yang didaftarkan di bawah Akta

Pertubuhan, 1996, dengan tujuan utama untuk mempromosikan celik wang serta

meningkatkan jumlah pemegang sijil dan professional dalam perancang kewangan di

Malaysia melalui pendidikan dan latihan profesional. Selain itu, ia juga bertujuan untuk

menyatukan dan mengukuhkan akauntabiliti dan pematuhan kepada undang-undang dan

peraturan-peraturan oleh penyedia perancangan kewangan dan pengamal kewangan.

Sebahagian daripada strategi MFPC adalah memastikan keseragaman standard amalan

dalam industri perancangan kewangan di Malaysia.

Page 135: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

113

MFPC menetapkan piawaian teknikal kepada ahli; menetapkan keperluan

peperiksaan dan persijilan; mewujudkan satu kod profesional etika dan pematuhan;

memajukan pengetahuan ahli-ahlinya melalui sokongan teknikal dan program-program

pendidikan berterusan. Di bawah payung MFPC, industri insurans hayat telah berjaya

mengguna pakai "Perancang Kewangan Berdaftar" (RFP) sebagai kelayakan tanda aras

yang sama untuk perancang kewangan dalam industri saham amanah. RFP menandakan

tiang berkembar profesionalisme dalam kecemerlangan amalan berkaitan perancangan

kewangan dan pendidikan profesional.

3.5.3 Persatuan Perancang Kewangan dan Penasihatan Malaysia

Penubuhan Persatuan Perancang Kewangan dan Penasihatan Malaysia atau (Malaysian

Financial Planners and Advisors Association-FPA) ditubuhkan seawal 1999 oleh

sekumpulan individu yang mengikuti program Chartered Financial Consultants)

(ChFC) dari Kolej Amerika (American College). Dulu ia dikenali sebagai Persatuan

Perunding Kewangan Bertauliah Malaysia atau (Malaysian Association of Chartered

Financial Consultants-(MAChFC). Pada tahun 2009, kumpulan tersebut merasakan

keperluan untuk menjenamakan semula persatuan dengan nama baru yang lebih sesuai

bagi mengambarkan persatuan yang mengutamakan perkhidmatan kewangan

berdasarkan yuran di Malaysia (The Edge Malaysia, 2009)

Nama baru yang dicadangkan ialah Persatuan Perancang Kewangan dan

Penasihatan Malaysia atau (Malaysian Financial Planners and Advisors Association-

FPA). Program ChFC adalah berdasarkan program Chartered Financial Consultant

yang ditawarkan oleh the American College of Financial Services yang kini tidak

ditawarkan lagi di Malaysia. Persatuan Perancang Kewangan dan Penasihatan Malaysia

Page 136: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

114

juga turut mempunyai hubungan akademik yang baik dengan NAPFA di Amerika

Syarikat.

3.5.4 Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM)

Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (Islamic Banking and Finance

Institute Malaysia-IBFIM) atau lebih dikenali sebagai IBFIM pada awalnya adalah

sebuah pusat pendidikan kewangan Islam yang dimiliki oleh Bank Islam Malaysia

Berhad (BIMB). Namun bermula dari bulan Februari 2001, objektif IBFIM telah

ditetapkan oleh kerajaan Malaysia sebagai sebuah institusi milik industri perbankan

Islam yang berdedikasi untuk menghasilkan kakitangan yang terlatih, kecekapan tinggi

dan eksekutif dengan bakat yang diperlukan dalam industri kewangan Islam.

Berdasarkan pernyataan Pelan Induk Sektor Kewangan oleh Bank Negara

Malaysia, objektif IBFIM ditubuhkan untuk meningkatkan bilangan bank-bank dan

pengendali takaful yang berilmu dan cekap, dan usaha juga akan diarahkan untuk

menggalakkan pembangunan modal insan bagi menyokong pertumbuhan yang dijangka

industri.

Di dalam industri pasaran saham dan saham amanah, penubuhan IBFIM bertujuan

membangunkan kepakaran tempatan untuk memastikan kebersediaan sejumlah

profesional yang baik serta mahir dalam hal-hal berkaitan Syariah dan dapat

menyediakan individu yang bernilai kualiti tinggi dalam hal berkaitan tambah nasihat

dan perkhidmatan pengantaraan.

Pada Ogos 2007, Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM) dan

IBFIM telah menerima geran sebanyak RM1.15 juta daripada Tabung Pembangunan

Pasaran Modal (CMDF) bagi kerjasama dalam pembangunan program Pensijilan

Page 137: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

115

Perancangan Kewangan Islam. Dana Pembangunan Pasaran Modal (CMDF) adalah

dana berkanun yang ditubuhkan menurut Akta 83C Seksyen Industri Sekuriti 1983, dan

berada di bawah bidang kuasa am Suruhanjaya Sekuriti. Tujuan dana wang tesebut

adalah untuk membolehkan dan memudahkan, menerusi pembiayaan projek-projek dan

inisiatif untuk membangunkan pasaran modal.

3.5.5 Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit atau biasanya dikenali sebagai AKPK, ialah

sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan April 2006

untuk membantu individu menguasai situasi kewangan mereka dan mencapai

ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak. Agensi Kaunseling

dan Pengurusan Kredit ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Pelan Induk Sektor

Kewangan Bank Negara Malaysia iaitu sebuah pelan 10 tahun yang bertujuan

memajukan dan merangsang sektor kewangan negara (Agensi Kaunseling dan

Pengurusan Kredit, 2012). AKPK mengambil ilham dari penubuhan badan kaunseling

dan pengurusan hutang yang diamalkan di Amerika Sarikat khususnya dalam aspek

pengurusan hutang pengguna dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah percuma.

Namun pendekatan AKPK berbeza dari aspek berikut:

i. Pencegahan (preventing) melalui siri pendidikan kewangan melalui kursus dan

seminar kepada ahli masyarakat tentang kepentingan mengurus kewangan

peribadi.

ii. Penasihatan (advising) melalui siri kaunseling kewangan melalui usaha

membimbing dan menasihati pengguna yang menghadapi masalah.

Page 138: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

116

iii. Pengawalan (controlling) melalui penglibatan ahli masyarakat yang bermasalah

dalam Program Pengurusan Kredit (DMP).

AKPK diwujudkan untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling dan nasihat

kewangan, pengurusan kredit dan pendidikan kewangan bagi menolong rakyat Malaysia

menguasai cara pengurusan kewangan masing-masing. Misi AKPK adalah

mempromosikan kesihatan kewangan melalui individu yang berpengetahuan

kewangan, dan melalui kaunseling kredit serta program pengurusan kredit.

Berbeza dengan agensi kewangan lain, AKPK berperanan sebagai agensi yang

mengurus aktiviti aktiviti pra-kemuflisan. Aspek berkaitan kemuflisan tidak diuruskan

oleh AKPK tetapi diuruskan oleh pihak Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM). Ketika ini,

individu yang telah diistihar muflis perlu berurusan dengan pihak JIM. Tahap

pengetahuan yang rendah dan kurang tanggungjawab oleh individu yang diistiharkan

muflis telah menyukarkan pihak JIM untuk mempertimbangkan langkah seterusnya

seperti menolong menyahkan status kebankrapan mereka. Menurut Jabatan Insolvensi

Malaysia (JIM), sehingga tahun 2009 terdapat lebih 100,000 individu bangkrap

menghadapi risiko kekal bangkrap kerana gagal hadir untuk mengurus kes mereka

dengan Jabatan Insolvensi Malaysia. Mereka adalah 107,205 daripada 214,410

keseluruhan kes bangkrap dan mereka ini gagal dikesan kerana tidak melaporkan diri

untuk pengurusan kes bangkrap mereka.

Di Malaysia, individu muflis diberikan peluang lebih luas untuk membebaskan

diri mereka dari status bankrap berdasarkan Rang Undang-undang Kebankrapan 1967,

(Pindaan) 1998. Rang undang-undang baru yang dipinda ini memberikan kuasa budi

bicara kepada Pegawai Pemegang Harta untuk membenarkan beberapa kategori

Page 139: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

117

bankrap yang boleh dilepaskan dan memberi "peluang kedua" kepada individu

bangkrap untuk terlibat secara aktif dalam perniagaan. Terdapat juga kategori lain yang

layak mendapatkan penangguhan hukuman di bawah Akta yang dipinda. Mereka

adalah penjamin pinjaman, individu yang menderita akibat kegawatan kewangan,

individu bangkrap yang sakit, tua dan menganggur.

3.6 Undang-undang Berkaitan Penguatkuasaan Aktiviti Perancang Kewangan

Di Malaysia

Perkembangan sektor kewangan yang sentiasa berubah memerlukan kepada standard

perkhidmatan kewangan yang lebih tinggi. Respons terhadap perubahan produk

kewangan yang semakin kompleks, Pelan Induk Sektor Kewangan menyarankan

khidmat pengantara profesional seperti penasihat kewangan boleh membantu

warganegara Malaysia mendapat nasihat profesional tentang pilihan produk dan

perkhidmatan kewangan dengan lebih luas. Penasihat kewangan akan memainkan

peranan penting dalam menyediakan khidmat nasihat kewangan yang holistik kepada

pengguna, termasuk perlindungan insurans, simpanan untuk pendidikan, perancangan

persaraan dan pelaburan untuk masa hadapan.

Untuk tujuan itu, Malaysia adalah negara pertama di dunia yang memperkenalkan

rang undang-undang yang memerlukan seseorang untuk mendapatkan lesen sebelum

dibenarkan bergiat aktif menjadi 'perancang kewangan' di Malaysia. Perancang

kewangan adalah dianggap sebagai profesion yang baru di rantau Asia berbanding

dengan mereka yang berada dalam barat, seperti Amerika Syarikat dan Australia di

mana profesion yang lebih mantap.

Page 140: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

118

Dengan penggubalan Akta Insurans (Pindaan) 2005 dan Peraturan-Peraturan

Insurans (Pindaan) 2005 baru-baru ini, Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan

bahawa rangka kerja pengawalseliaan telah sedia ada bagi pelesenan penasihat

kewangan. Suruhanjaya Sekuriti juga telah memperkenalkan undang-undang melalui

pindaan yang dibuat kepada Akta Perindustrian Sekuriti tahun 2003 untuk mengawal

selia aktiviti perancangan kewangan dan penggunaan tajuk atau berkaitan gelaran

'perancang kewangan' atau untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan

perancangan kewangan.

Menurut Gaz (2011), pindaan kepada Akta Insurans Malaysia yang dilakukan

pada 2005 juga telah mensyaratkan seseorang yang ingin menjalankan perniagaan

penasihatan kewangan (termasuk aktiviti-aktiviti perancangan kewangan yang berkaitan

dengan insurans) dan/atau menggunakan gelaran penasihat kewangan di bawah firma

mereka perlu mendapatkan lesen daripada Bank Negara Malaysia (BNM). Sehingga

Julai 2010, terdapat hanya lapan syarikat-syarikat yang telah diluluskan di bawah lesen

penasihat kewangan (FA) dengan 43 individu-individu dalam syarikat-syarikat ini.

Pada tahun 2007, kerajaan Malaysia sekali lagi memperkenalkan Akta

Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSA) sebagai satu lagi usaha untuk menyatukan

aktiviti industri ke arah persekitaran satu rejim pengawalseliaan. Sebelum itu, pada

bulan September 2006, kelayakan CFP telah dimasukkan sebagai salah satu kelayakan

yang boleh digunakan oleh memohon lesen penasihat kewangan (financial adviser

license).

Dengan perkembangan ini, permintaan untuk kursus perancangan kewangan telah

mula bercambah. Selain itu, pemohon lesen juga mesti menjadi ahli berdaftar kepada

organisasi kawal selia sendiri (Self-regulatory Organisation-SRO) dalam perancangan

Page 141: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

119

kewangan yang diiktiraf oleh pihak berkuasa. Bagi tujuan ini, kedua-dua SROs yang

kini diiktiraf oleh kedua-dua Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara ialah Majlis

Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) dan Persatuan Perancangan Kewangan

Malaysia (FPAM).

Sehingga Mac 2011, terdapat kira-kira 35 syarikat dan 10 individu yang berlesen

di bawah lesen perkhidmatan pasaran modal (CMSL) untuk perancangan kewangan,

manakala ia dianggarkan bahawa terdapat kira-kira 250 individu di bawah syarikat-

syarikat CMSL yang berlesen.

Penasihat kewangan akan dilesenkan di bawah Akta Insurans kerana ia

merupakan satu kategori pengantara yang baru. Selain produk insurans, penasihat

kewangan mungkin memberikan khidmat nasihat dan memasarkan produk kewangan

lain tertakluk kepada kebenaran awal daripada pihak berkuasa berkenaan;

i. Definisi aktiviti penasihat kewangan merangkumi analisis keperluan perancangan

kewangan seseorang individu berkaitan dengan produk insurans, mencadangkan

produk insurans yang sesuai, mendapatkan produk insurans daripada penanggung

insurans atau mengatur kontrak berkaitan dengan produk insurans;

ii. Penasihat kewangan mestilah sebuah badan korporat dengan modal berbayar

minimum yang tidak akan terjejas oleh kerugian sebanyak RM100,000 dan

pemilik majoritinya ialah warganegara Malaysia;

iii. Penasihat kewangan perlu sekurang-kurangnya mempunyai perlindungan insurans

indemniti profesional minimum sebanyak RM200,000 bagi memberikan

perlindungan kepada pengguna dalam hal kealpaan profesional;

Page 142: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

120

iv. Lesen penasihat kewangan akan diperbaharui setiap tahunan tertakluk kepada

pematuhan kepada keperluan pelesenan;

v. Penasihat kewangan juga akan tertakluk kepada keperluan am yang lain yang

dikenakan atas empunya lesen di bawah Akta Insurans, seperti perubahan dalam

entiti pemegangan saham, kelulusan terhadap perlantikan ketua pengarah

eksekutif dan pengarah, pembukaan cawangan dan penyerahan borang akaun

tahunan;

vi. Wakil penasihat kewangan yang akan terlibat dalam memberikan khidmat nasihat

mesti diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan memiliki kelayakan profesional

minimum yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Ini bagi memastikan yang

mereka mempunyai tahap kompetensi yang sesuai untuk memberikan khidmat

nasihat kepada pengguna; dan

vii. Penggunaan istilah "penasihat kewangan" adalah terhad kepada pemegang lesen

penasihat kewangan dan entiti yang dikecualikan di bawah Akta Insurans.

Pengehadan penggunaan istilah "penasihat kewangan" akan memberikan

pengguna keyakinan yang nasihat kewangan adalah daripada sebuah entiti yang

dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia.

3.7 Undang-Undang Berkaitan Perlesenan Penasihat Kewangan

Perlesenan bagi aktiviti perancangan kewangan di Malaysia dikawal selia oleh dua

institusi berpengaruh iaitu Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya sekuriti. Penggunaan

panggilan “Penasihat Kewangan” dan kelayakan menjalankan aktiviti berkaitan

perancangan kewangan di Malaysia berlandaskan kelulusan perundangan yang

dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia adalah seperti disenaraikan pada Guidelines on

Page 143: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

121

Application For Financial Adviser’s Licence Under The Insurance Act 1996 - Pindaan

2007. Antara lain panduan tersebut menyatakan syarat penggunaan penasihat kewangan

adalah terhad bagi aktiviti berkaitan penawaran produk insurans kepada pihak awam.

Panduan juga bertujuan memudahkan urusan permohonan lesen dengan menyenaraikan

kriteria bagi status berkaitan pendidikan kewangan pemohon. Antara syarat yang

ditetapkan adalah pemohon mestilah mempunyai:

i. mempunyai kelayakan Perancang Kewangan Berdaftar sebagai yang diberikan

oleh Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC);

ii. kelayakan Perancang Kewangan Bertauliah (CFP);

iii. kelayakan Perunding Kewangan Bertauliah (ChFC); atau

iv. kelayakan profesional lain yang ditetapkan oleh Bank dari dari masa ke semasa.

Manakala, di bawah garis panduan “Licensing Criteria For An Individual

Applying For A Capital Markets Services Licence (CMSL) To Carry On Financial

Planning” yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti hanya mengiktiraf tiga persijilan

berikut: iaitu Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC), Kelayakan Perancang

Kewangan Bertauliah (CFP) dan Kelayakan Perunding Kewangan Bertauliah (ChFC).

Perlesenan oleh SC menghadkan aktiviti perundingan hanya kepada pemegang lessen

dan jika aktiviti perancangan kewangan dilaksanakan oleh entiti perkongsian, hanya

rakan kongsi yang mempunyai lesen sahaja dibenarkan menjalankan aktiviit tersebut.

Page 144: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

122

3.8 Sejarah Perkembangan Institusi berkaitan Perancangan Kewangan Islam

Seiring dengan usaha mengejar pembangunan sempurna dalam persekitaran yang

berbilang agama, bermula awal 1980-an sistem kewangan di Malaysia menerima pakai

pendekatan beransur-ansur melaksanakan dwi sistem kewangan, iaitu sistem kewangan

Islam selari dengan sistem konvensional. Ia mula menunjukkan kematangan apabila

sistem kewangan Islam sudah dapat diterima dan lebih mudah digunakan oleh majoriti

rakyat malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Sejarah pembangunan konsep Perancangan Kewangan Islam dapat dilihat

bergerak secara berperingkat bermula dengan pengenalan sistem perbankan Islam dalam

sistem kewangan Malaysia. Melalui proses suaikenal pada era 1983-1992, penerokaan

sistem kewangan Islam bermula dengan penubuhan Bank Islam pertama iaitu Bank

Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang ditubuhkan pada tahun 1983 di bawah Akta

Perbankan Islam yang baru. Seterusnya, BIMB berkembang pesat dan melalui beberapa

fasa penerimaan dan penyerapan pada era 1993–2002. Beroperasi di dalam dwi sistem,

bank-bank Islam tidak mampu untuk menjadi leka, dan perlu beroperasi dalam

persekitaran yang berdaya saing dan dinamik.

Bagi memastikan sistem perbankan Islam yang berdaya maju dan mudah diterima

oleh masyarakat, tiga elemen asas dilaksanakan iaitu pertama; penciptaan bilangan

instrumen kewangan yang besar dan pelbagai bagi memenuhi keperluan berbeza pelabur

dan peminjam. Kedua; menambah pemain dalam industri dan ketiga kewujudan satu

sistem pasaran antara bank Islam sistem yang cekap dan berkesan untuk

menghubungkan institusi dan instrumen. Menjelang akhir 1992, sistem perbankan Islam

telah mencipta 20 instrumen perbankan Islam meliputi kawasan aktiviti yang sangat

luas. Pada tahun 1993, langkah seterusnya iaitu penciptaan sebilangan besar institusi

Page 145: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

123

yang menawarkan perkhidmatan kewangan Islam. Dua alternatif dipertimbangkan, iaitu

pertama untuk menubuhkan bank Islam baharu dan kedua membenarkan sistem

perbankan konvensional juga menawarkan perkhidmatan perbankan Islam.

Pembangunan sistem kewangan secara berperingkat berjaya mendedahkan dan

meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap sistem dan produk sistem perbankan

Islam.

Begitu juga dengan industri takaful yang diperkenalkan untuk memberi pilihan

kepada pengguna pelbagai produk alternatif berkaitan perlindungan insurans.

Berdasarkan cadangan oleh pasukan petugas yang ditubuhkan untuk mengkaji tahap

daya maju penubuhan syarikat insurans islam di Malaysia, Akta Takaful 1984

diluluskan oleh Parlimen Malaysia dan syarikat takaful pertama diwujudkan di Malaysia

dengan nama Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) dan mula beroperasi pada

November 1984. Penubuhan akta, syarikat dan penciptaan pelbagai produk kewangan

seperti juga perbankan Islam telah memberi ruang kepada peningkatan tahap kefahaman

masyarakat terhadap kebaikan dan kecekapan produk yang ditawarkan oleh sistem

kewangan berlandaskan Islam.

Pengenalan sistem perbankan Islam dan Takaful seterusnya diikuti oleh

pembangunan sektor hartanah waqf dan faraidh oleh pihak kerajaan. Pada 27 Mac 2004

bersamaan 6 Safar 1425H, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah

diisytiharkan penubuhannya oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah bin Ahmad

Badawi. Penubuhan jabatan ini merupakan titik permulaan dalam usaha Kerajaan

Persekutuan membantu memajukan harta umat Islam sebagai sumber kekayaan dan

kekuatan ummah pada masa hadapan. Iltizam mantan Perdana Menteri seterusnya

Page 146: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

124

dizahirkan lagi dalam ucapan beliau semasa pelancaran Rancangan Malaysia Ke-9 pada

31 Mac 2006 di Dewan Rakyat (Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, 2014).

Dari aspek pembangunan institusi berkaitan Perancangan Kewangan Islam.

Penubuhan Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM) telah membuka satu

ide baru perkembangan bidang Perancangan Kewangan Islam di Malaysia. Sejarah awal

yang dapat direkodkan menunjukkan bahawa gerakan bagi menonjolkan bidang

Perancangan Kewangan Islam sebagai satu profession di Malaysia dipelopori oleh

HIJRAH Strategic Advisory Group Sdn Bhd (HSAGSB) yang telah ditubuhkan pada

tahun 2000 dengan pengenalan teori kubah kehidupan dan penawaran program “Sijil

Perancangan Kewangan Islam” (Islamic Financial Planning Certificate–IFPC) yang

telah diiktiraf oleh Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia. IFPC adalah Modul

Perancangan Kewangan Islam yang pertama bukan sahaja di Malaysia malah di dunia.

Entiti HSAGSB kemudian ditukarkan kepada HIJRAH Wealth Management Sdn. Bhd.

(HIJRAH) pada tahun 2007.

Perkembangan bidang Perancangan Kewangan Islam tidak sehebat bidang

perancangan kewangan konvensional. Menyedari keperluan melahirkan modal insan

yang ramai dan berkelayakan dalam mempromosikan bidang Perancangan Kewangan

Islam. Di bawah inisiatif Dana Pembangunan Pasaran Modal (Capital Market

Development Fund), Suruhanjaya Sekuriti telah menyediakan grant permulaan

berjumlah RM1.15 juta kepada FPAM dan IBFIM untuk menghasilkan satu program

persijilan professional Perancangan Kewangan Islam bagi mewujudkan profesional

dalam bidang Perancangan Kewangan Islam. Program ini merupakan program

persijilan professional Perancangan Kewangan Islam yang pertama di Malaysia dan

dunia (IBFIM, 2007). Pada 24 November 2008, 57 graduan pertama program telah

Page 147: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

125

ditauliahkan pada majlis anugerah sulung Perancang Kewangan Islam yang telah

diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara. Dari jumlah tersebut,

sebanyak 22 individu bukan islam turut dianugerah dengan gelaran tersebut (IBFIM,

2008).

Program IFP telah menerima kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti dan Bank

Negara Malaysia untuk tujuan pelesenan. Dengan kelulusan ini, IFP dianggap sebagai

setaraf dengan kelayakan konvensional sedia ada profesional untuk perancangan

kewangan seperti Perancang Kewangan Bertauliah (CFP), Perancang Kewangan

Berdaftar (RFP) dan Perunding Kewangan Bertauliah (ChFC).

IFP adalah sebuah program 6-modul latihan, di mana calon-calon perlu menjalani

lebih daripada 40 jam latihan bagi setiap modul. Sebagai perbandingan, kandungan

program IFP lebih luas dan lebih mendalam jika dibandingkan dengan IFPC. IFPC yang

dikendalikan oleh HIJRAH juga turut dikenali sebagai Modul Amalan 1 yang awalnya

telah direka sebagai tambahan kepada program CFP dan merupakan sebahagian

daripada kursus Pendidikan Berterusan FPAM. IFPC juga merupakan sebuah kursus

CPE profesional yang diiktiraf oleh Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC)

SC.

FPAM turut memperkenalkan program berkaitan Perancangan Kewangan Islam

yang dinamakan Perancang Kewangan Syariah Berdaftar. Program ini selaras dengan

agenda nasional untuk menjadikan Malaysia dan Pusat Kewangan Islam dan

menggalakkan kemajuan dalam urus niaga Islam dan perniagaan. MFPC juga telah

membangunkan Program RFP Syariah sebagai program praktikal profesional untuk

pengamal insuran untuk melengkapkan diri dengan prinsip Takaful dan pengetahuan

berkaitan Perancangan Kewangan Islam. Program Syariah RFP dilancarkan oleh Dato‟

Page 148: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

126

Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi pada 21 Ogos 2008.

Persijilan RFP Syariah telah mendapat pengiktirafan oleh Bank Negara Malaysia

sebagai kelayakan yang diluluskan untuk Lesen Penasihat Kewangan (Malaysian

Financial Planning Council, 2014).

Penerbitan awal artikel dan makalah berkaitan Perancangan Kewangan Islam turut

dihasilkan oleh individu terdahulu seperti Puan Hajjah Rohani Datuk Mohd Shahir yang

menjelaskan konsep Perancangan Kewangan Islam melalui teori kubah kehidupan.

Namun konsep disanggah oleh Lili Yulyadi Arnakim yang melihatkan konsep

perancangan kewangan berdasarkan asas falsafah Islam, di mana konsep generik

perancangan kewangan diperhalusi dan berubah menjadi konsep utama yang boleh

digunakan untuk membina pandangan Perancangan Kewangan Islam (Yulyadi, 1999).

Manakala, Masum Billah pula berpendapat bahawa Perancangan Kewangan Islam

satu konsep baru yang perlu dibangunkan dan ianya mempunyai hubungan yang selari

dengan takrifan Pemasaran Kewangan Islam yang ditakrifkan oleh Ibnu Abu Yusuf,

Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Khaldun. Mereka mendefinisikan perancangan kewangan

sebagai penciptaan, pembangunan dan penyampaian produk yang berdaya saing,

perkhidmatan yang unik dan memuaskan pelanggan berdasarkan keuntungan kepada

individu dan organisasi berdasarkan nilai-nilai dan prinsip-prinsip Islam. Komponen

utama Perancangan Kewangan Islam meliputi pengumpulan, perlindungan, penjagaan

dan pengagihan harta. Kesemua komponen utama ini dilaksanakan melalui proses

perancangan kewangan.

Melihat kepada pembangunan konsep Perancangan Kewangan Islam yang masih

belum lengkap, Menteri Kewangan Kedua, Dato 'Ahmad Husni dalam ucapannya

menaruh harapan kepada Perancangan Kewangan Islam boleh memainkan peranan yang

Page 149: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

127

lebih aktif memandangkan ketidaktentuan dalam pasaran kewangan global dan prospek

pertumbuhan ekonomi, terdapat keperluan untuk perancangan kewangan yang berkesan

serta potensi besar untuk kewangan Islam berkembang sebagai alternatif yang berdaya

maju dan berdaya saing kepada kewangan konvensional (IBFIM, 2008). Justeru usaha

awal dan tersusun untuk menerbitkan satu konsep yang menyeluruh tentang

Perancangan Kewangan Islam telah dihasilkan melalui sebuah buku yang berjudul

Islamic Financial Planning: A Brief Introduction dan diterbitkan hasil usahasama

FPAM dan IBFIM (IBFIM, 2009).

3.9 Kesimpulan

Malaysia adalah negara pertama yang mengeluarkan garis panduan perundangan bagi

mengawal aktiviti perancangan kewangan di dunia. Namun penghasilan satu

perundangan bersepadu untuk mengawal aktiviti perancangan kewangan tidak dapat

dilaksanakan kerana dari kedudukan asal perkembangan industri kewangan di Malaysia

telah memisahkan aktiviti dua institusi utama iaitu Bank Negara Malaysia dan

Suruhjaya Sekuriti (SC). Namun begitu ia tidak menghalang kewujudan pelbagai

institusi sokongan kepada perbankan dan pelaburan seperti JAWHAR. Sesungguhnya,

perkembangan Perancangan Kewangan Islam di Malaysia khususnya mendapat

sokongan yang cukup besar dari pihak kerajaan. Malah perkembangan aktiviti

Perancangan Kewangan Islam senantiasa dikawal selia oleh pihak kerajaan melalui

pelbagai dasar kewangan seperti Pelan Induk Pasaran Modal (Suruhanjaya Sekuriti,

2014) dan Pelan Tindakan Sektor Kewangan (Financial Sector Blueprint) (Bank Negara

Malaysia, 2014).

Page 150: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

128

BAB 4: METODOLOGI KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan mengenai metodologi kajian yang melibatkan proses perancangan

dan pelaksanaan sesuatu kajian khusus untuk menjawab objektif kajian dan menguji

empat hipotesis kajian yang telah dibentuk. Proses perancangan meliputi menentukan

reka bentuk kajian dan persampelan yang perlu dilakukan bagi memperolehi data yang

boleh dianalisis, seterusnya perlaksanaan terhadap perancangan yang telah dibuat. Ia

juga menerangkan mengenai pengukuran bagi angkubah-angkubah kajian dan peringkat

pra-ujian bagi borang soal-selidik yang dibina sebelum dilakukan pengutipan data.

Seterusnya, ia turut menerangkan mengenai jenis analisis data yang sepatutnya

digunakan dalam pengolahan data bagi mendapatkan maklumat untuk menjawab

objektif dan hipotesis. Ini termasuklah penentuan kesahan dan kebolehpercayaan bagi

pengukuran angkubah-angkubah kajian.

4.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini yang merupakan suatu kajian kuantitatif dan berbentuk keratan rentas di

mana data bagi sampel yang dikaji dikutip pada satu masa tertentu sahaja. Kutipan data

terhadap sesuatu sampel tidak melibatkan suatu tempoh masa yang panjang, dengan itu

perubahan terhadap sampel tidak dapat diperhatikan. Jenis data yang dikutip adalah

primer melalui borang soal selidik yang diedar ke lokasi kajian. Kaedah kajian adalah

melalui kaedah survei ke atas kakitangan awam yang mengisi sendiri borang soal-

selidik yang diedarkan. Borang soal-selidik digunakan bagi kajian kuantitatif ini dan

Page 151: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

129

dengan itu dapat mengkaji satu perspektif yang luas dan khusus (Chua, 2006). Kajian

dengan reka bentuk ini bertujuan untuk membuat pengujian hipotesis di mana ia dapat

menerangkan mengenai hubungan antara angkubah-angkubah dan menentukan

perbezaan melibatkan angkubah-angkubah yang dikaji.

4.3 Lokasi Kajian

Lokasi bagi kajian ini dilakukan bertempat di kementerian-kementerian di Putrajaya dan

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. Sebanyak tujuh kementerian dipilih secara rawak

mudah di peringkat pertama sepertimana dalam jadual 4.1 diikuti oleh pemilihan jabatan

daripada setiap kementerian yang telah terpilih. Dari sejumlah 450 borang soalselidik

yang diedarkan, terdapat 310 borang soalselidik yang dapat dikumpulkan untuk

dianalisa, dengan itu kadar maklumbalas bagi kajian adalah sebanyak 68.9 peratus.

Agihan soalselidik yang diedarkan adalah seperti yang disenaraikan di bawah.

Jadual 4.1: Taburan Agihan Borang Soal-Selidik

Kementerian Jabatan/Bahagian/Unit Edaran Dapatan n (%)

Kementerian Pertanian dan

Industri AsasTani, Putrajaya

Jabatan Perikanan

Jabatan Pertanian

50 16 (5.2)

8 (2.6)

Kementerian Dalam Negeri Bahagian Pengurusan Sumber

Manusia

Bahagian Hal Ehwal Imigresen

50

50

58 (18.7)

Kementerian Pelajaran, Putrajaya

Bahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian Pengurusan Sumber

Manusia

50

50

87 (28.1)

Kementerian Perdagangan

Dalam Negeri, Koperasi

dan Kepenggunaan

Unit Sumber Manusia 50 34 (11.0)

Kementerian Kemajuan

Luar Bandar dan Wilayah,

Kuala Lumpur

Bahagian Pembangunan

Sumber

50 40 (12.9)

Page 152: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

130

4.4 Persampelan

Teknik persampelan yang digunakan adalah persampelan rawak berperingkat

berdasarkan kementerian dan jabatan. Persampelan rawak dipilih kerana dapatan kajian

dari persampelan rawak yang merupakan persamplean jenis berkebarangkalian boleh

digeneralisasikan kepada populasi kajian (Chua, 2006). Ini juga bagi membolehkan

penggunaan analisis parametrik seperti korelasi Pearson dan regresi berbilang. Menurut

Pallant (2011), penggunaan teknik analisis parametrik mempunyai andaian bahawa skor

diperolehi menggunakan sampel rawak dari populasi yang dikaji. Dapatan kajian yang

diperolehi bagi sampel yang dipilih dapat digunakan bagi menerangkan keadaan bagi

populasi yang diwakili oleh sampel berkenaan.

Populasi bagi kajian Perancangan Kewangan Islam adalah pekerja beragama

Islam dengan itu pemilihan sampel dalam kalangan kakitangan di kementerian adalah

disebabkan kebanyakan kakitangan ini adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Pemilihan Putrajaya dan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan sebagai lokasi kajian

adalah disebabkan ia merupakan penempatan bagi kebanyakan pejabat kementerian.

Sebanyak tujuh kementerian dipilih pada peringkat persampelan pertama secara

persampelan rawak melalui cabutan daripada 24 kementerian berdasarkan senarai

kementerian yang bertempat di Putrajaya dan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.

Pada peringkat kedua, satu atau dua jabatan atau bahagian daripada setiap kementerian

dipilih yang kemudiannya dihubungi untuk mendapatkan persetujuan bagi pengutipan

Kementerian Pengajian

Tinggi

Bahagian Pembangunan

(Pengajian Tinggi)

50 18 (15.8)

Kementerian Pertahanan Bahagian Pengurusan Sumber

Manusia

50 49 (15.8)

Jumlah 450 310

Page 153: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

131

data di jabatan berkenaan. Seorang pegawai penghubung dilantik di setiap jabatan yang

terpilih untuk kajian ini bagi mendapatkan responden kajian secara rawak mudah

berdasarkan senarai nama penjawat awam di jabatan masing-masing. Surat permohonan

untuk membuat kutipan data di jabatan berkenaan adalah sepertimana di Lampiran A.

Kutipan data berlangsung selama tiga bulan dari penghujung bulan Oktober 2010

sehingga pertengahan bulan Januari 2011.

Bilangan sampel yang menjadi responden kajian ditentukan berdasarkan

formula oleh Krejcie dan Morgan (1970) seperti berikut:

S = (X)2(N)(P)(1-P)

__________________

(d)2(N-1)+(X

2)(P)(1-P)

Di mana:

S = Saiz sampel yang diperlukan

X = 1.96 untuk aras keyakinan 95%

N = Saiz populasi

P = Nisbah populasi dianggapkan sebagai 0.5 (50%)

D = Darjah ketepatan 5% (0.05); margin ralat

S = (1.96)2(1,000,000)(0.5)(1-0.5)

________________________________

(0.5)2(1,000,000-1)+(1.96

2)(0.5)(1-0.5)

= 384

Page 154: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

132

Saiz sampel yang dicadangkan melalui formula di atas bagi 95 peratus tahap keyakinan

adalah 384 bagi mewakili saiz populasi yang melebihi 1,000,000 orang. Oleh itu

bilangan soal-selidik yang melebihi bilangan yang dicadangkan iaitu sebanyak 450

borang soal selidik diagihkan kepada jabatan yang telah terpilih melalui persampelan

rawak berdasarkan senarai nama jabatan atau bahagian di kementerian tertentu.

4.5 Instrumen Kajian

Instrumen kajian atau borang soal selidik dibentuk bagi mendapatkan skor keseluruhan

yang boleh digunakan untuk menguji beberapa hipotesis yang ditetapkan berdasarkan

Teori Tingkah Laku Yang Terancang. Pengujian menggunakan teori sistem pengurusan

yang dibangunkan oleh Deacon dan Firebaugh (1988). Berdasarkan teori sistem

pengurusan, tingkah laku berdasarkan tiga komponen utama iaitu input, truput dan

output. Komponen input di dalam teori ini merangkumi angkubah anteseden iaitu

demografi, literasi perancangan kewangan Islam dan faktor sosialisasi kewangan, dan

angkubah bebas (independent variable) iaitu sikap, norma subjektif dan persepsi

kawalan tingkah laku perancangan kewangan Islam sepertimana dalam gambar rajah

4.1. Komponen truput adalah niat bertingkah laku (behavioural intentions) dan tingkah

laku (behaviour) perancangan kewangan Islam. Merujuk kepada Teori Tingkah Laku

Yang Terancang, faktor literasi PKI dan faktor sosialisasi merupakan dua faktor baharu

yang ditambah kepada teori berkenaan dalam kerangka konsep.

Komponen output adalah tahap kesejahteraan kewangan (financial well being)

yang boleh diukur dengan pengukuran yang dibangunkan oleh Porter dan Garman

(1993). Borang soal selidik adalah instrumen yang digunakan bagi kajian ini. Maklumat

yang diperlukan dalam kajian ini adalah latar belakang sosioekonomi, literasi

Page 155: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

133

perancangan kewangan Islam, faktor sosialisasi, pelbagai aspek tingkah laku

perancangan kewangan Islam dan kesejahteraan kewangan.

Anteseden Teori Tingkah Laku Yang Terancang Hasil

Demografi Sikap PKI

Literasi

PKI

Norma

Subjektif PKI

Niat Tingkah

Laku PKI

Tingkah

Laku

PKI

Kesejahteraan

Kewangan

Faktor

Sosialisasi

Persepsi

Kawalan

Tingkah Laku

PKI

Gambar Rajah 4.1: Kerangka Konseptual Kajian Tingkah Laku Perancangan Kewangan

Islam Berdasarkan Teori Tingkah Laku Yang Terancang

4.5.1 Demografi

Aspek tingkah laku perancangan kewangan Islam meliputi aspek literasi, sikap, norma

subjektif, persepsi kawalan tingkah laku, niat untuk terlibat dan penglibatan dalam

perancangan kewangan Islam. Maklumat latar belakang responden yang diperlukan

adalah jantina, tahap perkahwinan, taraf pendidikan, umur, pekerjaan, gred

perkhidmatan, tempoh pekerjaan, kementerian, pendapatan sendiri, pendapatan isi

rumah melalui kaedah respon terhad dan terbuka.

4.5.2 Literasi Perancangan Kewangan Islam

Kajian berkaitan literasi individu terhadap perancangan kewangan Islam melibatkan

aspek pengumpulan, perbelanjaan dan pengagihan harta berdasarkan skala jawapan ya

atau tidak. Untuk mengukur literasi perancangan kewangan Islam, ujian melibatkan

Page 156: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

134

lima soalan bagi literasi subjektif mewakili lima aspek iaitu pengetahuan, kefahaman,

penggunaan, perbezaan dan kemampuan menerangkan konsep Perancangan Kewangan

Islam. Pengukuran berdasarkan adaptasi dari sumber oleh Kapoor et al. (2004). Jadual

4.2 menyenaraikan soalan berkaitan tahap literasi individu terhadap perancangan

kewangan Islam.

Jadual 4.2: Literasi Subjektif Perancangan Kewangan Islam

No. Pernyataan

1. Mempunyai pengetahuan berkaitan konsep perancangan kewangan Islam

2. Mempunyai kefahaman yang jelas tentang konsep perancangan kewangan Islam

3. Menggunakan pengetahuan berkaitan perancangan kewangan Islam dalam

aktiviti kewangan harian

4. Boleh membezakan di antara konsep perancangan kewangan Islam dan

konvensional

5. Boleh menerangkan konsep perancangan kewangan Islam jika diminta berbuat

demikian

4.5.3 Faktor Sosialisasi

Faktor sosialisasi digunakan untuk mengukur bagaimana angkubah bersandar

mempengaruhi hubungan individu dengan faktor persekitaran yang lain. Faktor

sosialisasi merangkumi lima (5) soalan terdiri dari ibubapa, rakan sebaya, agama, media

massa dan ahli keluarga yang diperolehi dari Clark dan Tiggermann (2006).

Menggunakan kaedah korelasi Pearson, skor faktor sosialisasi digunakan untuk menilai

tahap kecenderungan hubungan faktor sosialisasi dengan beberapa angkubah iaitu sikap,

norma subjektif, persepsi kawalan tingkah laku, niat dan tingkah laku perancangan

kewangan Islam. Jadual 4.3 menyenaraikan pernyataan bagi faktor sosialisasi dengan

Page 157: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

135

diukur berasaskan respon setuju dan tidak setuju. Skala 1 hingga 7 digunakan sebagai

ukuran kecenderungan tersebut.

Jadual 4.3: Faktor Sosialisasi Terhadap Perancangan Kewangan Islam

No. Faktor dan sebab berikut di bawah mempengaruhi tingkah

laku saya terhadap perancangan kewangan Islam

Skala

1. Ibubapa ke atas persepsi bahawa mencari sumber rezeki yang

halal adalah satu ibadah 1-7

2. Rakan ke atas aspek penasihatan dan pemilihan produk kewangan 1-7

3. Agama ke atas membezakan antara halal dan haram dalam

mencari rezeki 1-7

4. Media massa ke atas pembentukan persepsi positif terhadap

pengetahuan berkaitan perancangan kewangan Islam 1-7

5. Ahli keluarga ke atas kepentingan membawa pulang rezeki halal

untuk manfaat keluarga 1-7

4.5.4 Sikap, Norma Subjektif dan Persepsi Kawalan Tingkah Laku Perancangan

Kewangan Islam

Pengukuran bagi sikap, norma subjektif, persepsi kawalan tingkah laku dan niat

merancang kewangan Islam diadaptasi dari kaedah kajian Ajzen (1991) dan diubahsuai

oleh Francis, Eccles, Johnston, Walker, Grimshaw, dan Foy (2004) dan disesuaikan

dengan kajian tingkah laku kakitangan awam dalam perancangan kewangan Islam.

4.5.4.1 Sikap Terhadap Perancangan Kewangan Islam

Sikap diukur berdasarkan rasa positif atau negatif terhadap sesuatu perkara. Sikap yang

positif mewakili perasaan untuk melihat sesuatu perkara yang dilakukan adalah baik dan

memberi manfaat jika dilakukan. Di dalam kajian ini disertakan dua set sikap iaitu

Page 158: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

136

kepercayaan tingkah laku (behavioural beliefs) dan hasil penilaian (outcome beliefs).

Senarai soalan bagi kedua-dua komponen sikap adalah seperti di jadual 4.4 dan

dipaparkan mengikut nombor pernyataan sepertimana dalam borang soal-selidik.

Jadual 4.4: Sikap Terhadap Perancangan Kewangan Islam

No. Kepercayaan Tingkah laku

(Behavioural Beliefs) Skor

1 Jika saya merancang kewangan secara Islam,

saya akan merasa bahawa saya telah

melakukan sesuatu yang positif terhadap

kehidupan saya di akhirat

1 2 3 4 5 6 7

2 Saya merasa bimbang dan resah tentang

keadaan saya di akhirat, jika aktiviti

kewangan saya tidak berdasarkan syariah

1 2 3 4 5 6 7

3 Jika saya merancang kewangan secara Islam,

dari peringkat awal lagi, saya akan dapat

mengawal pendapatan dari sumber yang tidak

dibenarkan oleh agama

1 2 3 4 5 6 7

4 Jika saya merancang kewangan secara Islam,

saya harus sentiasa memeriksa status

kewangan agar tidak terlibat dengan perkara

yang meragukan dan tidak dibenarkan Syariah

1 2 3 4 5 6 7

Hasil Penilaian (Outcome Evaluation) Skor

9 Selalu memastikan kewangan tidak terlibat

dengan perkara yang meragukan -3 -2 -1 0 1 2 3

10 Merasa bimbang dan resah tentang azab dan

balasan neraka jika mendapati aktiviti

kewangan tidak berlandaskan syariah

-3 -2 -1 0 1 2 3

11 Berusaha melakukan sesuatu yang positif

terhadap kehidupan akhirat -3 -2 -1 0 1 2 3

12 Bagi mendapatkan keberkatan rezeki dari

Allah, mengawal sumber dan perbelanjaan

berdasarkan syariah pada peringkat awal

-3 -2 -1 0 1 2 3

Formula pengiraan untuk skor keseluruhan adalah seperti berikut:

N: (1x11) + (2x10) + (3x12) + (4x9)

Page 159: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

137

N: jumlah keseluruhan skor sikap

- 1-4 adalah skor bagi setiap pengaruh kepercayaan tingkah laku

- 9-12 adalah skor bagi setiap penilaian berkaitan kepercayaan tingkah laku

Menggunakan kaedah ini:

1. Skor positif (+) bermaksud individu memilih (in favour) untuk bertingkah laku.

2. Skor negatif (-) bermaksud individu memilih untuk tidak (against) bertingkah

laku.

Jika individu memberi jawapan seperti skor yang ditanda (bold) di dalam kotak soalan

di atas, maka jumlah keseluruhan skor bagi sikap terhadap tingkah laku dikira seperti di

bawah:

N : (+5x+2) + (+2x-1) + (+3x+2) + (+4x+1)

: (+10) + (-2) + (+6) + (+4) = +18

1. Sikap rendah negatif (-63 ke -21)

2. Sikap sederhana (-20 ke +20)

3. Sikap tinggi positif (+21- ke +63)

Julat yang sesuai bagi jumlah keseluruhan yang boleh dicatatkan ialah -63 ke +63. Oleh

itu, skor tingkah laku individu menunjukkan sikap sederhana positif terhadap tingkah

laku dalam perancangan kewangan Islam.

Page 160: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

138

4.5.4.2 Norma Subjektif Perancangan Kewangan Islam

Norma subjektif (subjective norms) digunakan untuk mengukur persepsi individu

bahawa faktor berdasarkan norma mempengaruhi niat untuk bertingkah laku. Ia diukur

berdasarkan setuju atau tidak setuju pengaruh faktor norma persekitaran ke atas niat

untuk bertingkah laku. Di dalam kajian ini disertakan dua set norma subjektif iaitu

kepercayaan norma (normative beliefs) untuk tingkah laku dan motivasi untuk

memenuhi permintaan (motivation to comply) norma tersebut. Senarai soalan bagi

kedua-dua komponen norma subjektif adalah seperti di jadual 4.5 dan dipaparkan

mengikut nombor pernyataan sepertimana dalam borang soal-selidik.

Jadual 4.5: Norma Subjektif Perancangan Kewangan Islam

No Kepercayaan Norma ke atas tingkah laku Skor

13 Saya dipengaruhi oleh orang lain dalam

melaksanakan perancangan kewangan Islam 1 2 3 4 5 6 7

14 Saya dipengaruhi oleh ahli keluarga dalam

melaksanakan perancangan kewangan Islam 1 2 3 4 5 6 7

15 Saya dipengaruhi oleh rakan-rakan dalam

melaksanakan perancangan kewangan Islam 1 2 3 4 5 6 7

16 Saya dipengaruhi oleh perintah agama

dalam melaksanakan perancangan kewangan

Islam

1 2 3 4 5 6 7

Motivasi untuk memenuhi permintaan

kepercayaan Norma Skor

21 Merancang kewangan mengikut syariat

Islam sama sepertimana orang lain -3 -2 -1 0 1 2 3

22 Merancang kewangan mengikut syariat

Islam berdasarkan nasihat ahli keluarga

(ibubapa, saudara kandung)

-3 -2 -1 0 1 2 3

23 Merancang kewangan mengikut syariat

Islam berdasarkan nasihat rakan-rakan -3 -2 -1 0 1 2 3

Page 161: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

139

24 Merancang kewangan mengikut syariat

Islam kerana melaksanakan suruhan agama -3 -2 -1 0 1 2 3

Formula pengiraan untuk skor keseluruhan adalah seperti berikut:

N = (13x21) + (14x22) + (15x23) + (16x24)

N = jumlah keseluruhan skor norma subjektif

- 13-16 adalah skor bagi setiap kepercayaan norma (normative beliefs) ke atas

tingkah laku.

- 21-24 adalah skor bagi setiap item motivasi untuk memenuhi permintaan

(motivation to comply) kepercayaan norma.

Menggunakan kaedah ini:

1. Skor positif (+) bermaksud individu setuju (approve) bahawa norma subjektif

mempengaruhi individu untuk bertingkah laku.

2. Skor negatif (-) bermaksud individu memilih untuk tidak bersetuju (disapprove)

bahawa norma subjektif mempengaruhi individu untuk bertingkah laku.

Jika individu memberi jawapan seperti skor yang ditanda (bold) di dalam kotak soalan

di atas, maka jumlah keseluruhan skor bagi mengukur norma subjektif dikira seperti di

bawah:

N = (+5x+2) + (+3x-2) + (+3x-2) + (+6x+2)

= (+10) + (-6) + (-6) + (+12) = +10

1. Norma subjektif rendah negatif (-63 ke -21)

Page 162: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

140

2. Norma subjektif sederhana (-20 ke +20)

3. Norma subjektif tinggi positif (+21- ke +63)

Jarak yang sesuai bagi jumlah keseluruhan yang boleh dicatatkan ialah -63 ke +63. Oleh

itu, skor tingkah laku individu menunjukkan bahawa norma subjektif mempengaruhi

secara sederhana positif terhadap tingkah laku dalam perancangan kewangan Islam.

4.5.4.3 Persepsi Kawalan Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam

Persepsi kawalan tingkah laku (perceived behavioural control) digunakan untuk

mengukur kemampuan individu untuk mengawal tingkah laku kewangan mereka. Ia

diukur berdasarkan sama ada individu bersetuju atau tidak bersetuju bahawa individu

mempunyai kekuatan untuk mengawal tingkah laku merancang kewangan berdasarkan

syariah. Di dalam kajian ini disertakan dua set kawalan tingkah laku dilihat iaitu

kepercayaan kawalan (control beliefs) untuk bertingkah laku dan pengaruh kepercayaan

kawalan (influence of control beliefs) ke atas tingkah laku. Senarai soalan bagi kedua-

6dua komponen persepsi kawalan tingkah laku adalah seperti di jadual 4.6 dan

dipaparkan mengikut nombor pernyataan sepertimana dalam borang soal-selidik.

Jadual 4.6: Persepsi Kawalan Tingkah laku Terhadap Perancangan Kewangan Islam

No Kepercayaan mengawal ke atas

Tingkah Laku Skor

5 Ketika menghadapi masalah kewangan,

saya sukar untuk menahan diri dari

menerima rasuah

1 2 3 4 5 6 7

6 Ketika menghadapi masalah kewangan,

saya sukar untuk menahan diri dari

meminta rasuah

1 2 3 4 5 6 7

Page 163: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

141

7 Adalah sukar bagi saya untuk memberi

(derma) wang kepada yang orang yang

lebih memerlukan ketika menghadapi

masalah kewangan

1 2 3 4 5 6 7

8 Dengan jumlah pendapatan yang tidak

mencukupi, adalah sukar bagi saya untuk

berpuashati dengan rezeki yang saya terima

1 2 3 4 5 6 7

No. Pengaruh kepercayaan kawalan ke atas

Tingkah laku Skor

25 Saya mudah menahan diri dari menerima

rasuah jika saya menghadapai masalah

kewangan

-3 -2 -1 0 1 2 3

26 Saya mudah menahan diri dari meminta

rasuah jika saya menghadapai masalah

kewangan

-3 -2 -1 0 1 2 3

27 Saya mudah memberi (derma) ketika saya

menghadapi masalah kewangan -3 -2 -1 0 1 2 3

28 Saya merasa mudah untuk mensyukuri

rezeki yang saya terima jika ia tidak

mencukupi

-3 -2 -1 0 1 2 3

Formula pengiraan untuk skor keseluruhan adalah seperti berikut:

N = (5x25) + (6x26) + (7x27) + (8x28)

N = jumlah keseluruhan skor kawalan tingkah laku dilihat

- 5-8 adalah skor bagi setiap kepercayaan kawalan (control beliefs) ke atas tingkah

laku.

- 25-28 adalah skor bagi setiap item pengaruh ke atas kepercayaan kawalan

(influence of control beliefs) ke atas tingkah laku.

Page 164: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

142

Menggunakan kaedah ini:

1. Skor positif (+) bermaksud individu merasa dapat mengawal (feels in control of)

tingkah laku dalam merancang kewangan berdasarkan syariah.

2. Skor negatif (-) bermaksud individu merasa tidak dapat mengawal mengawal

(does not feel in control of) tingkah laku dalam merancang kewangan diri

berdasarkan syariah.

Jika individu memberi jawapan seperti skor yang ditanda (bold) di dalam kotak soalan

di atas, maka jumlah keseluruhan skor bagi mengukur kawalan tingkah laku diri dikira

seperti di bawah:

N = (+5x+1) + (+6x+2) + (+3x-2) + (+4x-2)

= (+5) + (+12) + (-6) + (-8) = +5

3. Kawalan tingkah laku rendah negatif (-63 ke -21)

4. Kawalan tingkah laku sederhana (-20 ke +20)

5. Kawalan tingkah laku tinggi positif (+21- ke +63)

Jarak yang sesuai bagi jumlah keseluruhan yang boleh dicatatkan ialah -63 ke +63. Oleh

itu, skor tingkah laku individu menunjukkan bahawa individu secara sederhana positif

boleh mengawal tingkah laku mereka dalam merancang kewangan berlandaskan

syariah).

Page 165: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

143

4.5.4.4 Niat Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam

Niat tingkah laku (behavioural intention) digunakan untuk mengetahui niat individu

untuk bertingkah laku atau melakukan sesuatu perkara. Ia diukur berdasarkan setuju

atau tidak setuju individu ke atas tiga niat utama iaitu niat (intention), mahu (want) dan

bercadang (planning) untuk melakukan sesuatu tingkah laku. Di dalam bahagian

disertakan tiga soalan berkaitan perkara tersebut. Senarai soalan bagi tiga soalan

tersebut adalah seperti di jadual 4.7 dan dipaparkan mengikut nombor pernyataan

sepertimana dalam borang soal-selidik.

Jadual 4.7: Niat untuk Bertingkah laku Perancangan Kewangan Islam

Penilaian Tahap Keperluan Sikap Ke Atas Individu Skala

31 Saya berharap kejayaan di akhirat dengan merancang kewangan

berlandaskan Syariah

1-7

35 Saya mahu mencapai kejayaan di akhirat dengan merancang kewangan

berlandaskan Syariah

1-7

37 Saya bercadang memperoleh kejayaan di akhirat dengan merancang

kewangan Islam

1-7

4.5.4.5 Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam

Tingkah laku perancangan kewangan Islam digunakan untuk mengetahui amalan

individu terhadap merancang kewangan berlandaskan prinsip Islam. Tingkah laku

perancangan kewangan Islam diukur berdasarkan komponen perancangan kewangan

yang diadaptasi dari Kapoor, Dlabay dan Hughes (2004) dengan disesuaikan mengikut

keperluan individu beragama Islam yang mempunyai 11 komponen.

Perancangan kewangan Islam ini mempunyai komponen mengenai keperluan

kecemasan, pendidikan anak-anak, pembelian kenderaan dan rumah, pinjaman atau

kredit, perlindungan takaful, persaraan, perancangan mengenai pelan zakat pengagihan

Page 166: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

144

estet atau harta pusaka, perbelanjaan bulanan dan pelaburan. Sebanyak lima skala

kekerapan dari “Tidak Pernah” sehingga ke “Sangat Kerap” digunakan untuk melihat

sejauhmana penglibatan individu dalam perancangan setiap komponen berkenaan.

Senarai pernyataan tersebut adalah seperti di jadual 4.8.

Jadual 4.8: Tingkah laku Perancangan Kewangan Islam

No. Saya Melakukan Aktiviti Kewangan Berikut Kekerapan

1 Merancang simpanan secara Islam untuk saat kecemasan 1-4

2 Merancang secara Islam kewangan pendidikan anak-anak 1-4

3 Merancang pelan pembelian kenderaan secara Islam 1-4

4 Merancang pelan pembelian kenderaan secara Islam 1-4

5 Merancang sebelum pengambilan pelbagai jenis hutang 1-4

6 Merancang pelan pengurusan zakat 1-4

7 Merancang pelan perlindungan takaful 1-4

8 Merancang persaraan 1-4

9 Merancang pelan pengagihan harta pesaka 1-4

10 Merancang perbelanjaan bulanan 1-4

11 Merancang pelan pelaburan terbaik secara Islam 1-4

4.5.4.6 Kesejahteraan Kewangan

Kesejahteraan kewangan (financial wellbeing) digunakan untuk mengetahui tahap

keberhasilan amalan atau tingkah laku dalam merancang kewangan berlandaskan

prinsip Islam. Sebanyak 12 soalan kesejahteraan kewangan individu diadaptasi dari

Skala Kesejahteraan Kewangan Personal Malaysia yang dibentuk oleh Garman dan

Jariah dalam tahun 2006 (Jariah, 2006). Setiap soalan mempunyai 10 skala bagi aspek

respon yang berbeza sepertimana yang ditunjukkan di dalam jadual 4.9. Walaupun

Page 167: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

145

aspek respon berbeza namun respon pada skala yang lebih tinggi menggambarkan

kesejahteraan kewangan yang lebih baik.

Jadual 4.9: Kesejahteraan Kewangan

No. Pernyataan Perasaan

1 Menggambarkan kepuasan terhadap keadaan kewangan semasa anda Puas

2 Mempunyai wang mencukupi untuk kehidupan hari tua yang selesa Cukup

3 Tahap keyakinan mempunyai kawalan diri ke atas kewangan Yakin

4 Tahap keyakinan mengetahui cara menguruskan kewangan Yakin

5 Kemudahan mendapat wang RM1,000 untuk keperluan kecemasan Mudah

6 Tahap kebimbangan tentang keadaan kewangan hari ini Bimbang

7 Tahap kedudukan perancangan kewangan anda Baik

8 Perasaan anda mengenai kewangan semasa anada Selesa

9 Tahap kecukupan keadaan sumber kewangan anda Cukup

10 Kekerapan menghadapi masalah membayar bil bulanan Kerap

11 Kekerapan kehabisan wang sebelum menerima gaji Kerap

12 Kebimbangan mengenai kedudukan keseluruhan kewangan Bimbang

4.6 Pra Ujian

Borang soal selidik yang telah siap dibina menggunakan pengukuran-pengukuran bagi

angkubah yang dikaji perlu dijalankan pra ujian terhadapnya. Ini adalah bagi

mempastikan soalan-soalan yang disediakan boleh difahami dengan jelas oleh

responden dan tidak mengelirukan. Begitu juga, ia bagi mengenalpasti samada

responden boleh melengkapkan borang soal-selidik dalam masa yang dijangkakan iaitu

selama 30 minit. Pra-ujian yang dijalankan sebelum pengutipan data menggunakan

borang soal-selidik yang dibina melibatkan 28 penjawat di Universiti Putra Malaysia

Page 168: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

146

dalam kalangan pegawai dan staf pelaksana. Hasil analisis terhadap data ini

menyebabkan perubahan dilakukan terhadap ayat yang agak kurang jelas.

4.7 Pengumpulan Data

Pengkaji dan enumerator kajian mengedarkan sebanyak 50 borang soal-selidik kepada

pegawai penghubung yang dilantik di setiap jabatan atau bahagian. Ini melibatkan

sepuluh jabatan atau bahagian dengan sejumlah 450 borang soal selidik yang ditadbir

sendiri sepertimana dalam jadual 4.1. Pengumpulan borang soal-selidik yang telah diisi

dilakukan selepas dua hingga tiga minggu dengan memperoleh sebanyak 310 borang

soal-selidik yang lengkap diisi oleh responden beragama Islam.

4.8 Penganalisisan Data

4.8.1 Analisis Deskriptif

Data yang diperolehi terlebih dahulu dilakukan pembersihan data menggunakan

program SPSS Versi 22 bagi mempastikan tiada data lompong. Seterusnya data ini telah

dianalisis secara deskriptif bagi memperihalkan maklumat yang diperolehi mengenai

latar belakang dan angkubah-angkubah yang terlibat. Statistik yang dibentangkan adalah

frekuensi, peratus dan min mengikut kesesuaian data. Selain dari itu, jumlah skor

kesemua item bagi sesuatu angkubah yang diukur secara langsung ditentukan setelah

dijalankan analisis faktor dan ujian kebolehpercayaan. Ini adalah bagi penggunaan

dalam analisis perbezaan, korelasi dan regresi.

Page 169: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

147

4.8.2 Taburan Normal

Bagi menentukan sama ada data selanjar yang diperoleh adalah sesuai digunakan ujian

parametrik seperti ujian-t, korelasi Pearson dan regresi berbilang, analisis data

eksploratori digunakan bagi mengenalpasti jenis taburan bagi data. Taburan bagi data

selanjar hendaklah merupakan taburan normal dengan mempunyai kepencongan dan

kurtosis yang rendah. Oleh itu analisis berkenaan dilakukan terhadap data bagi

angkubah-angkubah yang telah diperolehi skor jumlah. Hasil analisis dalam jadual 4.10

memberikan nilai-nilai yang boleh digunakan bagi menentukan kewujudan taburan

normal bagi data. Kewujudan data yang terlalu jauh nilainya dari data yang lain

(outliers) dikenalpasti dan didapati enam data perlu dikeluarkan dari set data

menyebabkan data yang boleh digunakan untuk analisis adalah 304 sahaja.

Nilai kepencongan dan kurtosis yang diperolehi bagi angkubah adalah dalam julat

yang menunjukkan taburan data adalah normal iaitu di antara -2 hingga +2 (Pallant,

2011). Sesuatu taburan adalah normal unggul sekiranya kepencongan dan kurtosis

adalah 0 dengan keadaan nilai yang sama bagi median, mod dan min. Selain dari itu,

taburan normal boleh ditunjukkan oleh graf histogram serta plot Q-Q di mana

angkubah-angkubah kajian menunjukkan graf dengan taburan normal (Lampiran C).

Oleh yang demikian, hasil analisis menunjukkan data selanjar bagi angkubah kajian

semuanya adalah bertaburan normal dan dengan itu sesuai digunakan ujian parametrik.

Jadual 4.10: Nilai Kepencongan dan Kurtosis bagi Angkubah

Pembolehubah Kepencongan Kurtosis

Literasi Perancangan Kewangan Islam .260 -1.224

Sikap terhadap Perancangan Kewangan Islam -.961 -.058

Norma Subjektif bagi Perancangan Kewangan Islam .110 .932

Page 170: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

148

Perspesi Kawalan Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam .568 1.548

Niat Perancangan Kewangan Islam -.569 -.715

Tingkah laku Perancangan Kewangan Islam -.502 .087

Kesejahteraan Kewangan -.352 .329

4.8.3 Ujian Perbezaan

Perbandingan berdasarkan latar belakang bagi objektif kedua dilakukan menggunakan

ujian perbezaan iaitu ujian-t tidak bersandar dan ujian ANOVA. Ujian-t tidak bersandar

dan ANOVA digunakan untuk menentukan sama ada wujud perbezaan yang signifikan

bagi literasi perancangan kewangan Islam, faktor sosialisasi, faktor-faktor terhadap

tingkah laku perancangan kewangan Islam, tingkah laku perancangan kewangan serta

kesejahteraan kewangan berdasarkan jantina, status perkahwinan, kategori pekerjaan

dan peringkat umur.

4.8.4 Ujian Korelasi

Ujian korelasi Pearson digunakan bagi menjawab objektif ketiga iaitu untuk

menentukan sama ada terdapat perkaitan yang signifikan antara literasi, sikap, norma

subjektif, persepsi kawalan tingkahlaku dan niat perancangan kewangan Islam dengan

tingkah laku perancangan kewangan Islam. Selain itu, ia dapat menguji perkaitan di

antara literasi, sikap, norma subjektif, persepsi kawalan tingkahlaku, niat perancangan

kewangan Islam dan tingkah laku perancangan kewangan Islam dengan kesejahteraan

kewangan pengguna. Perkaitan di antara faktor sosialisasi dengan angkubah-angkubah

lain dalam kerangka kajian juga ditentukan dengan korelasi Pearson.

Page 171: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

149

Latar belakang responden seperti umur dan pendidikan dan pendapatan isi rumah

diuji untuk melihat perkaitannya dengan perancangan kewangan Islam kerana ia

merupakan prosedur sebelum membuat ujian regresi pelbagai. Angkubah yang

mempunyai perkaitan yang signifikan sahaja yang perlu menjalani ujian regresi pelbagai

tersebut. Umur merupakan data selanjar, manakala pendidikan merupakan data kategori

tetapi telah diubah menjadi data selanjar. Pendidikan ditukar menjadi tahun pengajian di

mana sekolah rendah menjadi 6 tahun, sekolah menengah menjadi 11 tahun; sijil

menjadi 12 tahun; diploma menjadi 14, sarjana muda menjadi 16 tahun; sarjana menjadi

18 tahun; doktor falsafah menjadi 21 tahun.

4.8.5 Analisis Regresi

Pengaruh faktor-faktor tertentu terhadap niat dan tingkah laku perancangan kewangan

Islam dan selanjutnya ke atas kesejahteraan kewangan dianalisa menggunakan analisis

regresi bagi menjawab objektif keempat dan kelima serta hipotesis berkaitan. Penentuan

pengaruh oleh tingkah laku perancangan kewangan Islam terhadap kesejahteraan

kewangan, suatu analisis regresi mudah dilakukan melibatkan hanya dua angkubah

berkenaan. Penggunaan regresi berbilang berherarki yang dikawal dengan latar

belakang individu adalah bagi penentuan niat perancangan kewangan Islam sebagai

mediator di antara an gkubah sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku

dengan tingkah laku perancangan kewangan Islam yang menguji hipotesis keempat.

Khusus bagi menguji pengaruh mediator niat perancangan kewangan Islam, ia

diuji menggunakan kriteria yang dinyatakan oleh James dan Brett (1984). Terdapat

empat keadaan yang perlu dicapai untuk menunjukkan kesan oleh mediator wujud. Bagi

mencapai keadaan pertama, angkubah tidak bersandar iaitu sikap, norma subjektif dan

Page 172: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

150

persepsi kawalan tingkah laku mestilah signifikan dalam mempengaruhi angkubah

bersandar tingkah laku Perancangan Kewangan Islam.

Keadaan kedua yang perlu dicapai adalah pengaruh oleh angkubah-angkubah

tidak bersandar mestilah signifikan terhadap niat sebagai mediator. Keadaan ketiga

adalah pengaruh signifikan oleh niat ke atas pembolehubah bersandar iaitu tingkah laku

Perancangan Kewangan Islam. Bagi menunjukkan niat bertindak sebagai mediator,

keadaan keempat juga perlu dipatuhi iaitu bila pengaruh oleh mediator niat dimalarkan,

pengaruh oleh angkubah-angkubah tidak bersandar ke atas angkubah bersandar

Perancangan Kewangan Islam mestilah tidak signifikan. Dalam hal ini, pengaruh oleh

sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku mestilah tidak signifikan ke

atas Perancangan Kewangan Islam.

Keadaan kedua ditentukan melalui analisis regresi berbilang yang melibatkan

angkubah tidak bersandar sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku

Perancangan Kewangan Islam dan angkubah bersandar adalah niat Perancangan

Kewangan Islam. Angkubah kawalan yang digunakan adalah pendidikan dan literasi

Perancangan Kewangan Islam. Keadaan pertama dikenalpasti menggunakan analisis

regresi berbilang yang lain di mana angkubah tidak bersandar adalah ketiga-tiga faktor

Perancangan Kewangan Islam manakala angkubah bersandar adalah tingkah laku

Perancangan Kewangan Islam. Angkubah kawalan yang sama digunakan dalam model

pertama ini sepertimana untuk model bagi keadaan kedua. Selanjutnya bagi regresi yang

sama, angkubah mediator niat ditambah dalam blok berikutnya yang menghasilkan

model baharu dengan angkubah tidak bersandar dan bersandar yang sama. Model ini

iaitu model keempat yang menunjukkan keadaan keempat mempunyai mediator niat

yang dapat dilihat pengaruhnya ke atas angkubah bersandar dan dengan itu dapat

Page 173: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

151

menentukan keadaan keempat. Keadaan ketiga melibatkan regresi berbilang yang lain

di mana angkubah bersandar adalah tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

angkubah tidak bersandar adalah ketiga-tiga faktor Perancangan Kewangan Islam.

Angkubah kawalan yang sama digunakan iaitu pendidikan dan literasi Perancangan

Kewangan Islam. Namun begitu, sebelum analisis regresi boleh digunakan, terdapat

beberapa andaian yang perlu dipenuhi. Andaian-andaian berkenaan adalah lineariti dan

tidak wujudnya multikolineariti.

4.8.5.1 Lineariti

Untuk kewujudan lineariti, angkubah tidak bersandar hendaklah berkorelasi secara

linear dengan angkubah bersandar iaitu perancangan kewangan Islam (Pallant, 2005).

Begitu juga korelasi yang linear hendaklah wujud di antara angkubah bersandar dengan

kesejahteraan kewangan. Ini dapat dilihat dari Plot P-P Normal dan scatterplot bagi

Residual Piawai Regresi. Data didapati kebanyakannya berada di sekitar garisan

(Lampiran D). Manakala graf scatterplot menunjukkan bahawa data kebanyakannya

terletak di antara ± 3 sisihan piawaian. Oleh itu angkubah literasi, sikap, norma

subjektif, niat perancangan kewangan Islam didapati berkolerasi secara linear dengan

angkubah bersandar iaitu perancangan kewangan Islam, begitu juga apabila digunakan

kesejahteraan kewangan sebagai angkubah bersandar dengan angkubah lain adalah

angkubah tidak bersandar. Sehubungan dengan itu, kewujudan lineariti ini

membolehkan analisis regresi pelbagai dilakukan terhadap data kajian.

Page 174: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

152

4.8.5.2 Multikolineariti

Sekiranya wujud multikolineariti iaitu korelasi yang kuat di antara angkubah-angkubah

yang akan digunakan dalam analisis regresi, ujian analisis regresi pelbagai tidak boleh

dilakukan. Keadaan ini boleh ditentukan melalui nilai toleransi dan faktor inflasi

varians. Jadual 4.11 menunjukkan nilai toleransi adalah kurang dari 0.10 manakala nilai

faktor inflasi varians tidak melebihi 10 (Pallant, 2010). Oleh itu tidak wujud masalah

multikolineariti dengan itu analisis regresi pelbagai dapat dilakukan.

Jadual 4.11: Penentuan Multikolineariti bagi Angkubah Dalam Model Regresi

Angkubah Toleransi Faktor Inflasi Varians

Faktor Sosialisasi .909 1.100

Literasi Perancangan Kewangan Islam .917 1.091

Sikap terhadap Perancangan Kewangan Islam .571 1.750

Norma Subjektif Perancangan Kewangan Islam .736 1.359

Persepsi Kawalan Tingkah Laku Perancangan

Kewangan Islam .907 1.102

Niat Tingkah laku Perancangan Kewangan Islam .518 1.930

Empat model telah dibentuk bagi menentukan peramal yang mempengaruhi niat,

perancangan kewangan Islam dan kesejahteraan kewangan serta penentuan mediator

niat menggunakan kaedah regresi berbilang. Bagi menghuraikan keputusan analisis

regresi Y akan berubah apabila b iaitu pekali regresi bagi angkubah peramal berubah

dan nilai X angkubah peramal yang lain ditetapkan tidak berubah. Persamaan bagi

model am:

Ŷ= b1 X1 + b2 X2 + b3X3 + b4X4 + b5X5 + ............... + a

Page 175: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

153

Di mana

Ŷ= Angkubah bersandar

X= Angkubah bebas (peramal)

b= Pekali regresi bagi setiap angkubah peramal

a= Pemalar regresi (konstan)

Persamaan bagi model Niat terhadap Tingkah laku Perancangan Kewangan Islam untuk

Ha1:

^

Niat PKI = b1 Pendidikan + b2 Literasi PKI + b3 Sikap PKI + b4 Norma Subjektif PKI +

b5 Persepsi Kawalan PKI + a

Di mana

b= Pekali regresi bagi setiap angkubah peramal

a= Pemalar regresi (konstan)

Pendidikan dan Literasi adalah angkubah kawalan dalam model regresi.

Persamaan bagi model Perancangan Kewangan Islam bagi Ha2:

^

PKI = b1 Pendidikan + b2 Literasi PKI + b3 Sikap PKI + b4 Norma Subjektif PKI + b5

Persepsi Kawalan PKI + a

Di mana

b= Pekali regresi bagi setiap angkubah peramal

a= Pemalar regresi (konstan)

Pendidikan dan Literasi adalah angkubah kawalan dalam model regresi.

Page 176: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

154

Persamaan bagi model Kesejahteraan Kewangan:

^

Kesejahteraan Kewangan = b1 PKI + a

Di mana

b= Pekali regresi bagi angkubah peramal Perancangan Kewangan Islam (PKI)

a= Pemalar regresi (konstan)

Bagi model Perancangan Kewangan Islam dengan mediator Niat PKI untuk menguji

bagi Ha4, ia melibatkan beberapa persamaan kerana terdapat empat langkah pengujian

mengikut James dan Brett (1984). Empat analisis regresi dilakukan dan kesignifikan

koefisien ditentukan dalam setiap langkah.

Langkah 1

Membuat analisis regresi bagi menentukan kesignifikan pengaruh angkubah tidak

bersandar ke atas angkubah bersandar tingkah laku PKI menggunakan persamaan

berikut;

Persamaan bagi model Tingkah laku Perancangan Kewangan Islam tanpa angkubah

niat:

^ PKI = b1 Pendidikan + b2 Literasi PKI + b3 Sikap PKI + b4 Norma Subjektif PKI + b5

Persepsi Kawalan PKI + a

Di mana

bi= Pekali regresi bagi setiap angkubah peramal

a= Pemalar regresi (konstan)

Page 177: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

155

Pendidikan dan Literasi adalah angkubah kawalan dalam model regresi.

Langkah 2

Membuat analisis regresi bagi menentukan kesignifikan pengaruh angkubah tidak

bersandar ke atas angkubah bersandar niat terhadap tingkah laku PKI menggunakan

persamaan berikut;

Persamaan bagi model Niat terhadap Tingkah laku Perancangan Kewangan Islam:

^

Niat PKI = b1 Pendidikan + b2 Literasi PKI + b3 Sikap PKI + b4 Norma Subjektif PKI +

b5 Persepsi Kawalan PKI + a

Di mana

bi= Pekali regresi bagi setiap angkubah peramal

a= Pemalar regresi (konstan)

Pendidikan dan Literasi adalah angkubah kawalan dalam model regresi.

Langkah 3

Membuat analisis regresi mudah bagi menentukan kesignifikan pengaruh oleh niat ke

atas angkubah bersandar tingkah laku PKI menggunakan persamaan berikut;

Persamaan bagi model Tingkah laku Perancangan Kewangan Islam:

^ PKI = b1 Niat PKI + a

Di mana

bi= Pekali regresi bagi angkubah peramal niat PKI

a= Pemalar regresi (konstan)

Page 178: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

156

Langkah 4

Membuat analisis regresi bagi menentukan kesignifikan pengaruh angkubah tidak

bersandar dan mediator niat ke atas angkubah bersandar tingkah laku PKI menggunakan

persamaan berikut;

Persamaan bagi model Tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dengan ada

angkubah niat:

^

PKI = b1 Pendidikan + b2 Literasi PKI + b3 Sikap PKI + b4 Norma Subjektif PKI + b5

Persepsi Kawalan PKI + b6Niat PKI + a

Di mana

bi= Pekali regresi bagi setiap angkubah peramal

a= Pemalar regresi (konstan)

Data angkubah yang berbentuk selanjar boleh digunakan dalam model setelah

data memenuhi andaian-andaian bagi analisis regresi sepertimana dibincangkan di awal

bahagian ini.

4.8.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan

4.8.6.1 Kesahan

Kesahan terhadap data kajian ini dipastikan menggunakan tiga jenis kesahan iaitu

kesahan muka, kesahan kandungan dan kesahan konstruk. Kesahan muka ditentukan

melalui pra-uji dalam bentuk kejelasan soalan yang dibina bagi mengukur angkubah.

Page 179: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

157

Pra-uji yang dilakukan terhadap 28 responden dalam kalangan penjawat awam di

Universiti Putra Malaysia memberikan kesahan muka.

Kesahan kandungan dipastikan dengan cara tinjauan item pengukuran yang

digunakan dalam kajian lepas dan melalui konsep angkubah yang diterangkan oleh

pakar bidang. Kesahan kandungan menilai semua item dalam pengukuran bagi

menentukan sama ada semua aspek utama yang menggambarkan konsep berkenaan

telah dimasukkan dalam pengukuran (Rosnow & Rosenthal, 2007). Item dalam

pengukuran angkubah-angkubah merupakan item-item yang telah digunakan dalam

kajian-kajian lepas dan telah diadaptasi untuk kajian ini yang disesuaikan dengan

konteks perancangan kewangan Islam. Sumber rujukan bagi item pengukuran telah

diterangkan dalam bahagian instrumentasi kajian dalam bab metodologi kajian ini.

Kesahan konstruk boleh ditentukan menggunakan analisis faktor terhadap

pernyataan yang digunakan dalam pengukuran konstruk. Analisis faktor adalah teknik

penurunan untuk mengurangkan bilangan pernyataan yang mengukur sesuatu konsep

Garson (2010). Pernyataan melalui analisis faktor bagi menentukan dimensi yang

diwakilinya dan faktor diekstrak menggunakan putaran varimaks. Kesahan konstruk

boleh memastikan bahawa pengukuran berkenaan mengukur apa yang sepatutnya

diukur.

Pengukuran angkubah bagi faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam

kebanyakannya menggunakan kaedah pengukuran tidak langsung yang melibatkan

pengiraan skor sepertimana yang diterangkan di bahagian instrumentasi kajian. Dengan

itu, bagi pengukuran tidak langsung yang melibatkan formula tertentu, analisis faktor

mahupun ujian kebolehpercayaan tidak dapat dilakukan kerana skor jumlah terhasil dari

penggunaan formula dan bukannya dari data yang diperhatikan (observed data). Hanya

Page 180: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

158

angkubah niat, tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan kesejahteraan kewangan

boleh dilakukan analisis faktor kerana ia merupakan pengukuran langsung bagi

angkubah masing-masing.

Merujuk kepada jadual 4.12, ujian kecukupan sampel Kaiser-Meyer-Olkin untuk

melakukan analisis faktor bagi keempat-empat angkubah berkenaan memberikan nilai

yang melebihi 0.6 dengan nilai khi-kuasadua yang signifikan. Ini menunjukkan bahawa

data adalah mencukupi bagi menjalankan analisis faktor. Kempat-empat angkubah

berkenaan menghasilkan hanya satu faktor berdasarkan pada nilai eigen yang melebihi

dari nilai 1.0. Hasil ini menunjukkan hanya satu dimensi sahaja wujud bagi angkubah.

Bebanan faktor bagi setiap item dalam setiap angkubah dalam jadual 4.13 sehingga 4.16

mempunyai nilai melebihi 0.4, dengan itu item itu diterima dalam mengukur angkubah

berkenaan. Oleh itu bilangan item atau pernyataan yang digunakan untuk mengukur

angkubah berkenaan masih kekal sama seperti bilangan asal.

Jadual 4.12: Analisis Faktor Angkubah

Angkubah Pengukuran

Kecukupan Sampel

Kaiser-Meyer-Olkin

Ujian Bartlett χ2 (sig)

Nilai eigen

(% varians

Faktor 1)

Bil.

Item

Faktor Sosialisasi .754

492.877

(.000)

2.733

54.66% 5

Niat Perancangan

Kewangan Islam .735 499.157

(.000)

2.430

80.99% 3

Tingkah laku

Perancangan

Kewangan Islam

.889

1683.412

(.000)

5.605

50.96% 11

Kesejahteraan

Kewangan .926 2856.042

(.000)

7.463

62.19%

12

Page 181: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

159

Jadual 4.13: Bebanan Faktor bagi Faktor Sosialisasi

No. Faktor Sosialisasi Bebanan

Faktor

1. Ibubapa ke atas persepsi bahawa mencari sumber rezeki yang

halal adalah satu ibadah .816

2. Rakan ke atas aspek penasihatan dan pemilihan produk

kewangan .662

3. Agama ke atas membezakan antara halal dan haram dalam

mencari rezeki .738

4. Media massa ke atas pembentukan persepsi positif terhadap

literasi berkaitan perancangan kewangan Islam .621

5. Ahli keluarga ke atas kepentingan membawa pulang rezeki

halal untuk manfaat keluarga .836

Jadual 4.14: Bebanan Faktor Niat Perancangan Kewangan Islam

Niat Perancangan Kewangan Islam Bebanan

Faktor

31 Saya berharap kejayaan di akhirat dengan merancang kewangan

berlandaskan Syariah .901

35 Saya mahu mencapai kejayaan di akhirat dengan merancang

kewangan berlandaskan Syariah .919

37 Saya bercadang memperoleh kejayaan di akhirat dengan

merancang kewangan Islam .880

Jadual 4.15: Bebanan Faktor Tingkah laku Perancangan Kewangan Islam

No. Tingkah laku Perancangan Kewangan Islam Bebanan

Faktor

1 Merancang simpanan secara Islam untuk saat kecemasan .679

2 Merancang secara Islam kewangan pendidikan anak-anak .761

3 Merancang pelan pembelian kenderaan secara Islam .783

4 Merancang pelan pembelian kenderaan secara Islam .805

5 Merancang sebelum pengambilan pelbagai jenis hutang .568

Page 182: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

160

6 Merancang pelan pengurusan zakat .775

7 Merancang pelan perlindungan takaful .736

8 Merancang persaraan .712

9 Merancang pelan pengagihan harta pesaka .731

10 Merancang perbelanjaan bulanan .552

11 Merancang pelan pelaburan terbaik secara Islam .702

Jadual 4.16: Bebanan Faktor Kesejahteraan Kewangan

No. Kesejahteraan Kewangan Bebanan

Faktor

1 Menggambarkan kepuasan terhadap keadaan kewangan semasa anda .821

2 Mempunyai wang mencukupi untuk kehidupan hari tua yang selesa .803

3 Tahap keyakinan mempunyai kawalan diri ke atas kewangan .819

4 Tahap keyakinan mengetahui cara menguruskan kewangan .773

5 Kemudahan mendapat wang RM1,000 untuk keperluan kecemasan .823

6 Tahap kebimbangan tentang keadaan kewangan hari ini .643

7 Tahap kedudukan perancangan kewangan anda .869

8 Perasaan anda mengenai kewangan semasa anda .896

9 Tahap kecukupan keadaan sumber kewangan anda .865

10 Kekerapan menghadapi masalah membayar bil bulanan .643

11 Kekerapan kehabisan wang sebelum menerima gaji .721

12 Kebimbangan mengenai kedudukan keseluruhan kewangan .821

4.8.6.2 Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan bagi angkubah dikenalpasti melalui analisis ujian kebolehpercayaan

Alfa Cronbach menggunakan perisian SPSS (Lampiran E). Angkubah yang ditentukan

Page 183: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

161

kebolehpercayaannya adalah faktor sosialisasi, nsama adaiat dan tingkah laku

Perancangan Kewangan Islam dan kesejahteraan kewangan. Kebolehpercayaan yang

tinggi diperolehi bagi angkubah-angkubah kajian yang ditunjukkan dalam jadual 4.17

iaitu melebihi 0.6 (Pallant, 2005).

Jadual 4.17: Kebolehpercayaan Angkubah

Angkubah Alfa Cronbach (α) Bil. Item

Faktor Sosialisasi .782 5

Niat Perancangan Kewangan Islam .882 3

Tingkah laku Perancangan Kewangan Islam .903 11

Kesejahteraan Kewangan .940 12

Nilai koefisien kebolehpercayaan yang tinggi bagi sesuatu pengukuran

menunjukkan pengukuran yang digunakan adalah konsisten, tepat dan dapat

meramalkan fenomena yang dikaji (Kerlinger & Pedhazur, 1973). Ini membuktikan

bahawa soalan atau pernyataan dalam setiap pengukuran angkubah itu dapat mengukur

konsep yang berkaitan. Angkubah sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah

laku perancangan kewangan Islam tidak perlu ditentukan kebolehpercayaannya

mengikut Ajzen (1991). Ini kerana skor bagi angkubah berkenaan melibatkan hasil

darab bagi skor item-item.

Nilai alfa untuk angkubah kajian sebenar dengan 304 orang responden, faktor

sosialisasi adalah 0.782, niat Perancangan Kewangan Islam adalah 0.882, Perancangan

Kewangan Islam adalah 0.903 dan kesejahteraan kewangan adalah 0.940 (Jadual 4.17).

Nilai kebolehpercayaan yang diperolehi adalah menghampiri nilai alfa (α) 1.0 yang

Page 184: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

162

dicadangkan sebagai kebolehpercayaan yang tinggi (Wiersma, 2000). Oleh itu,

pengukuran yang digunakan dapat mengukur setiap angkubah yang digunakan.

4.9 Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat pengukuran-pengukuran angkubah yang telah diadaptasi dan

diubahsuai mengikut kesesuaiannya untuk digunakan dalam kajian ini. Pengukuran

angkubah ini kemudiannya diuji menggunakan analisis faktor dan Ujian

Kebolehpercayaan Cronbach Alfa. Bab 5 menerangkan lebih lanjut berkaitan hasil

kajian dari data soal selidik dan perbincangan.

Page 185: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

163

BAB 5: HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1 Pengenalan

Hasil analisis kajian bagi menjawab objektif kedua hingga kelima serta empat hipotesis

bagi objektif keempat dan kelima dibincangkan dalam bahagian ini. Analisis dimulakan

dengan pemerihalan demografi responden diikuti dengan pemerihalan angkubah-

angkubah dalam kerangka kajian tingkah laku Perancangan Kewangan Islam.

Perbandingan berdasarkan demografi terpilih dilakukan terhadap angkubah-angkubah

menggunakan ujian-t dan ANOVA bagi menjawab objektif kedua..

Selain dari itu, dilakukan perkaitan di antara angkubah-angkubah menggunakan

ujian korelasi Pearson bagi menjawab objektif ketiga. Hasil analisis regresi berbilang

dilaporkan bagi melihat pengaruh oleh faktor-faktor dalam Teori Tingkah Laku

Terancang dan peranan mediator niat bagi menjawab objektif keempat dan kelima.

Begitu juga hubungkait antara tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dengan

kesejahteraan kewangan individu turut dibincangkan.

5.2 Demografi Responden

Bahagian ini menjelaskan demografi responden kajian yang dipaparkan dalam Jadual

5.1 di mana ia menunjukkan responden perempuan (49.7%) hampir sama banyak

jumlah mereka dengan responden lelaki (50.3%). Dari sejumlah 304 responden yang

dikaji, sebanyak dua pertiga (66.8%) daripada responden telah berkahwin manakala

selebihnya adalah bujang. Hampir separuh (44.4%) dari responden merupakan golongan

Page 186: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

164

muda di bawah 30 tahun dengan bilangan yang sama mempunyai pengalaman kerja

yang kurang dari lima tahun.

Didapati melebihi sepertiga daripada responden merupakan pegawai (39.1%)

dengan hampir separuh daripada responden berkelulusan ijazah (46.1%). Ini

menggambarkan terdapat mereka yang berkelulusan ijazah tidak menjawat jawatan di

peringkat pegawai. Namun demikian, lebih sepertiga daripada responden turut

dilaporkan memperolehi pendapatan bulanan melebihi RM3,000 (37.5%). Ini

menunjukkan terdapat segelintir daripada responden merupakan pegawai yang baharu

bekerja. Sebanyak 60.5% daripada responden mempunyai pendapatan isi rumah bulanan

melebihi RM3,000 dengan tanggungan yang besar melebihi satu pertiga (38.5%).

Berkemungkinan satu pertiga daripada responden mempunyai pasangan yang bekerja.

Jadual 5.1: Demografi Responden

Latar Belakang Responden (N=304) Frekuensi (n) Peratus (%)

Jantina

Lelaki 153 50.3

Perempuan 151 49.7

Status

Perkahwinan

Bujang 101 33.2

Berkahwin 203 66.8

Umur

Kurang dari 30 tahun 135 44.4

30 - 39 tahun 94 30.9

40 tahun dan ke atas 75 24.7

Pengalaman

Kerja

0 - 5 tahun 135 44.4

6 - 10 tahun 65 21.4

11 - 15 tahun 33 10.8

16 - 20 tahun 31 10.2

21 tahun dan ke atas 40 13.9

Kategori Bukan Pegawai 185 60.9

Page 187: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

165

Pekerjaan Pegawai 119 39.1

Pendidikan

Sekolah Rendah 1 0.3

Sek. Men. (PMR/SPM/STPM) 64 21.1

Sijil lain 36 11.8

Diploma 62 20.4

Ijazah Pertama 111 36.5

Master dan Doktor Falsafah 30 9.8

Pendapatan

Responden

RM1,500 dan ke bawah 70 23.0

RM1,501 - RM3,000 120 39.5

RM3,001 - RM6,000 102 33.6

RM6,001 - RM9,000 12 3.9

Pendapatan Isi

Rumah

RM1,500 dan ke bawah 46 15.1

RM1,501 - RM3,000 74 24.4

RM3,001 - RM6,000 90 29.6

RM6,001 - RM9,000 66 21.7

RM9,001 dan ke atas 28 9.2

Tanggungan

Kurang dari 5 orang 185 61.5

5 orang dan lebih 119 38.5

5.3 Literasi Subjektif Perancangan Kewangan Islam

Bahagian ini menerangkan tentang literasi subjektif responden iaitu persepsi responden

terhadap literasi Perancangan Kewangan Islam masing-masing yang ditunjukkan dalam

jadual 5.2. Literasi responden secara subjektif diukur berdasarkan persetujuan mereka

terhadap pernyataan yang disediakan mewakili lima (5) aspek iaitu pengetahuan,

kefahaman, penggunaan, perbezaan dan kemampuan menerangkan konsep Perancangan

Kewangan Islam.

Hasil kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara responden

yang bersetuju bahawa mereka mempunyai pengetahuan berkaitan konsep Perancangan

Page 188: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

166

Kewangan Islam (52.0%) dengan yang tidak mempunyai pengetahuan (48.0%). Namun,

majoriti menyatakan mereka tidak memahami (74.7%) dengan jelas maksud sebenar

konsep Perancangan Kewangan Islam.

Walaupun tidak mempunyai perbezaan yang ketara, namun separuh daripada

responden (51.0%) menyatakan bahawa mereka menggunakan pengetahuan berkaitan

Perancangan Kewangan Islam di dalam muamalat mereka seharian. Apabila ditanya

tentang kemampuan mereka membezakan di antara konsep Perancangan Kewangan

Islam dengan konsep konvensional, dua pertiga daripada mereka dengan yakin (66.4%)

menyatakan mampu untuk menentukan perbezaan di antara keduanya. Tetapi melebihi

dua pertiga daripada mereka (78.3%) tidak yakin jika diminta untuk menerangkan

konsep Perancangan Kewangan Islam kepada orang lain.

Jadual 5.2: Literasi Subjektif Perancangan Kewangan Islam

No. Pernyataan (N=304) n (%) n (%)

Ya Tidak

1. Mempunyai pengetahuan berkaitan konsep Perancangan

Kewangan Islam 158

(52.0)

146

(48.0)

2. Mempunyai kefahaman yang jelas tentang konsep

Perancangan Kewangan Islam

77

(25.3) 227

(74.7)

3. Menggunakan pengetahuan berkaitan Perancangan

Kewangan Islam dalam aktiviti kewangan harian 155

(51.0)

149

(49.0)

4. Boleh membezakan di antara konsep Perancangan Kewangan

Islam dan konvensional 202

(66.4)

102

(33.6)

5. Boleh menerangkan konsep Perancangan Kewangan Islam

jika diminta berbuat demikian

66

(21.7) 238

(78.3)

Pernyataan di bahagian ini juga cuba untuk menilai persepsi awal responden

terhadap sama ada mereka tahu mengenai konsep Perancangan Kewangan Islam. Secara

ringkas, konsep Perancangan Kewangan Islam adalah satu konsep yang dianggap

Page 189: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

167

mudah dan senang difahami oleh masyarakat Islam di Malaysia kerana rata-rata

responden berpendapat bahawa konsep Perancangan Kewangan Islam adalah serupa dan

sama dengan konsep perbankan Islam.

Perbankan Islam sudah bersama masyarakat Islam Malaysia selama hampir 30

tahun dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad sebagai bank Islam pertama di

Malaysia. Lanjutan dari itu juga, telah wujud sistem perbankan Islam di institusi

kewangan yang sebelumnya hanya menawarkan produk kewangan konvensional.

Justeru, hasil daripada kajian awal ini dapat menerangkan mengenai persepsi responden

terhadap literasi mereka berkaitan konsep Perancangan Kewangan Islam.

5.3.1 Perbandingan Berdasarkan Jantina bagi Literasi Subjektif Perancangan

Kewangan Islam

Kajian perbandingan di antara jantina bertujuan untuk melihat perbezaan tanggapan

responden di antara lelaki dan perempuan berkaitan konsep Perancangan Kewangan

Islam. Jadual 5.3 menunjukkan bahawa responden perempuan berpendapat bahawa

mereka lebih mengetahui (53.8%) dan lebih menggunakan konsep (51.6%) berkaitan

konsep Perancangan Kewangan Islam berbanding responden lelaki.

Jadual 5.3: Literasi Subjektif Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan Jantina

Jawab L P

Pernyataan Ya (n=153)

%

(n=151)

%

1 Mempunyai pengetahuan berkaitan konsep

Perancangan Kewangan Islam.

158

(52.0)

73

(46.2) 85

(53.8)

2 Mempunyai kefahaman yang jelas tentang konsep

Perancangan Kewangan Islam.

77

(25.3)

38

(49.4) 39

(50.6)

3 Menggunakan pengetahuan berkaitan Perancangan 155 75 80

Page 190: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

168

Kewangan Islam dalam aktiviti kewangan harian. (51.0) (48.4) (51.6)

4 Boleh membezakan antara konsep Perancangan

Kewangan Islam dan konvensional.

202

(66.4)

101

(50.0)

101

(50.0)

5 Boleh menerangkan konsep Perancangan

Kewangan Islam jika diminta berbuat demikian.

66

(21.7) 37

(56.1)

29

(43.9)

L: Lelaki; P: Perempuan

Golongan perempuan didapati mempunyai kemampuan yang hampir sama dari

segi pemahaman dan dalam menentukan perbezaan di antara kedua konsep Perancangan

Kewangan Islam dan konvensional, tetapi responden lelaki lebih berkeyakinan apabila

diminta untuk menjelaskan konsep berkaitan Perancangan Kewangan Islam (56.1%)

kepada pihak lain. Keyakinan responden lelaki dalam menjelaskan konsep ini kepada

pihak lain didapati tidak selari dengan respon mereka mengenai mengetahui konsep

Perancangan Kewangan Islam mahupun dari segi pemahaman konsep berkenaan. Ini

dikhuatiri golongan lelaki memberikan maklumat yang kurang tepat dalam aspek-aspek

Perancangan Kewangan Islam. Jumlah responden lelaki adalah hampir sama dengan

perempuan iaitu terdapat seramai 153 orang lelaki dan perempuan adalah seramai 151

orang.

5.3.2 Perbandingan Berdasarkan Status Perkahwinan bagi Literasi Subjektif

Perancangan Kewangan Islam

Literasi subjektif berkaitan Perancangan Kewangan Islam bagi perbandingan

berdasarkan status perkahwinan memberikan perbezaan yang agak ketara di mana

golongan yang berkahwin lebih ramai iaitu hampir dua kali ganda berbanding bujang

yang didapati mengetahui pelbagai aspek literasi Perancangan Kewangan Islam. Jadual

5.4 menunjukkan bahawa responden yang berkahwin berpendapat bahawa mereka lebih

Page 191: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

169

mengetahui (67.7%), lebih memahami (68.8%), lebih menggunakan konsep (67.1%),

lebih mampu membezakan (69.8%) dan lebih mampu menerangkan (63.6%) berkaitan

konsep Perancangan Kewangan Islam berbanding responden bujang.

Dalam kalangan aspek literasi ini, responden berkahwin paling kurang

berkeyakinan apabila diminta untuk menjelaskan konsep berkaitan Perancangan

Kewangan Islam (63.6%) kepada pihak lain. Sebaliknya bagi bujang di mana dalam

kalangan aspek literasi ini, golongan bujang paling lebih berkeyakinan untuk

menerangkan konsep Perancangan Kewangan Islam kepada pihak lain. Ini adalah tidak

selari dengan respon yang diberikan oleh orang bujang bagi aspek literasi yang lain.

Jumlah responden berstatus berkahwin adalah seramai 203 orang iaitu adalah dua kali

ganda berbanding responden berstatus bujang yang seramai 101 orang.

Jadual 5.4: Literasi Subjektif Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan Status

Perkahwinan

B K

Pernyataan Ya (n=101)

%

(n=203)

%

1 Mempunyai pengetahuan berkaitan konsep

Perancangan Kewangan Islam.

158

(52.0)

51

(32.3) 107

(67.7)

2 Mempunyai kefahaman yang jelas tentang konsep

Perancangan Kewangan Islam.

77

(25.3)

24

(31.2) 53

(68.8)

3 Menggunakan pengetahuan berkaitan Perancangan

Kewangan Islam dalam aktiviti kewangan harian.

155

(51)

51

(32.9) 104

(67.1)

4 Boleh membezakan antara konsep Perancangan

Kewangan Islam dan konvensional.

202

(66.4)

61

(30.2) 141

(69.8)

5 Boleh menerangkan konsep Perancangan Kewangan

Islam jika diminta berbuat demikian.

66

(21.7)

24

(36.4) 42

(63.6)

B: Bujang; K: Berkahwin

Page 192: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

170

5.3.3 Perbandingan Berdasarkan Kategori Pekerjaan bagi Literasi Subjektif

Perancangan Kewangan Islam

Terdapat perbezaan yang ketara dalam dapatan kajian yang dihasilkan berdasarkan

status pekerjaan di mana bukan pegawai didapati tiga hingga empat kali ganda lebih

ramai dari segi literasi dalam pelbagai aspek Perancangan Kewangan Islam. Jadual 5.5

menunjukkan bahawa responden yang berstatus bukan pegawai berpendapat bahawa

mereka lebih mengetahui (79.1%), lebih memahami (67.9%), menggunakan konsep

(80.6%), mampu membezakan (82.2%) konsep Perancangan Kewangan Islam dan lebih

berkeyakinan apabila diminta untuk menjelaskan konsep berkaitan Perancangan

Kewangan Islam (74.2%) kepada pihak lain. Jumlah responden berstatus pegawai (119)

adalah 40 peratus dari keseluruhan responden. Responden berstatus bukan pegawai

mencatatkan peratusan lebih tinggi berbanding responden pegawai di dalam

keseluruhan peringkat literasi mungkin disebabkan keperluan untuk kelangsungan

hidup.

Jadual 5.5: Literasi Subjektif Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan Kategori

Pekerjaan

Pernyataan P B.P

Ya (n=119)

%

(n=185)

%

1 Mempunyai pengetahuan berkaitan konsep

Perancangan Kewangan Islam.

158

(52.0)

33

(20.9) 125

(79.1)

2 Mempunyai kefahaman yang jelas tentang konsep

Perancangan Kewangan Islam.

77

(25.3)

17

(22.1) 60

(67.9)

3 Menggunakan pengetahuan berkaitan Perancangan

Kewangan Islam dalam aktiviti kewangan harian.

155

(51.0)

30

(19.4) 125

(80.6)

4 Boleh membezakan antara konsep Perancangan

Kewangan Islam dan konvensional.

202

(66.4)

36

(17.8) 166

(82.2)

Page 193: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

171

5 Boleh menerangkan konsep Perancangan Kewangan

Islam jika diminta berbuat demikian.

66

(21.7)

17

(25.8) 49

(74.2)

P: Pegawai; B.P: Bukan Pegawai

5.3.4 Perbandingan Berdasarkan Umur bagi Literasi Subjektif Perancangan

Kewangan Islam

Jadual 5.6 membandingkan literasi responden berdasarkan perbezaan peringkat umur.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa golongan muda iaitu di bawah umur 30 tahun

berpendapat mereka lebih mengetahui (43.0%), lebih menggunakan konsep (43.9%),

lebih berkeyakinan untuk membezakan produk kewangan Islam berbanding

konvensional (45.0%) dan lebih berkeyakinan apabila diminta untuk menjelaskan

konsep berkaitan Perancangan Kewangan Islam (40.9%) kepada pihak lain. Namun,

kumpulan ini mencatatkan peratusan paling rendah dalam kemampuan untuk

memahami konsep Perancangan Kewangan Islam. Sebaliknya kumpulan pertengahan

umur iaitu di antara 30 hingga 40 tahun didapati lebih memahami mengenai konsep

Perancangan Kewangan Islam berbanding mereka yang lebih muda mahupun yang lebih

tua.

Jadual 5.6: Literasi Subjektif Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan Umur

<30

tahun

30-40

tahun

>40

tahun

Pernyataan Ya (n=135)

%

(n=94)

%

(n=75)

%

1 Mempunyai pengetahuan berkaitan konsep

Perancangan Kewangan Islam.

158

(52.0) 68

(43.0)

54

(34.2)

36

(22.8)

2 Mempunyai kefahaman yang jelas tentang

konsep Perancangan Kewangan Islam. 77

(25.3)

29

(37.7) 31

(40.3)

17

(22.1)

3 Menggunakan pengetahuan berkaitan

Perancangan Kewangan Islam dalam aktiviti

kewangan harian.

155

(51.0) 68

(43.9)

50

(32.3)

37

(23.9)

Page 194: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

172

4 Boleh membezakan antara konsep

Perancangan Kewangan Islam dan

konvensional.

202

(66.4) 91

(45.0)

61

(30.2)

50

(24.8)

5 Boleh menerangkan konsep Perancangan

Kewangan Islam jika diminta berbuat

demikian.

66

(21.7) 27

(40.9)

25

(37.9)

14

(21.2)

Bilangan responden di bawah umur 30 tahun (44.0%) mendominasi kumpulan

berdasarkan umur berbanding 30 hingga 40 tahun (31.0%) dan lebih 40 tahun (25.0%).

Dalam hal literasi subjektif berkaitan Perancangan Kewangan Islam ini, golongan

paling tua secara keseluruhannya didapati tidak ramai yang berliterasi tinggi dalam

pelbagai aspek Perancangan Kewangan Islam. Sewajarnya golongan yang lebih tua ini

perlu lebih mengetahui mengenai aspek-aspek berkenaan kerana mereka sepatutnya

menjadi model peranan dalam masyarakat.

5.4 Faktor Sosialisasi Terhadap Perancangan Kewangan Islam

Individu mendapat pendedahan dan maklumat berkaitan Perancangan Kewangan Islam

dari persekitaran. Faktor sosialisasi meliputi lima (5) aspek utama iaitu ibubapa, rakan,

agama, media massa dan ahli keluarga. Jadual 5.7 menjelaskan skor min yang

dicatatkan dari responden berkaitan pengaruh faktor sosialisasi ke atas tingkah laku

Perancangan Kewangan Islam. Kajian mendapati tiga faktor utama yang mempengaruhi

tingkah laku kewangan responden mengikut persepsi mereka ialah agama (6.57), ahli

keluarga (6.28) dan ibubapa (6.27). Secara tidak langsung menjelaskan bahawa faktor

sosialisasi iaitu keluarga dan agama lebih mempengaruhi berbanding faktor luaran lain

seperti media dan rakan-rakan. Komunikasi di antara ahli keluarga dan pendidikan

berkaitan agama sangat memberi impak yang positif kepada individu untuk bertingkah

laku berkaitan konsep Perancangan Kewangan Islam.

Page 195: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

173

Jadual 5.7: Faktor Sosialisasi Terhadap Perancangan Kewangan Islam

Pernyataan Min

1 Ibubapa ke atas persepsi bahawa mencari sumber rezeki yang halal

adalah satu ibadah 6.27

2 Rakan ke atas aspek penasihatan dan pemilihan produk kewangan 5.10

3 Agama ke atas membezakan antara halal dan haram dalam mencari

rezeki halal 6.57

4 Media massa ke atas pembentukan persepsi positif terhadap

Perancangan Kewangan Islam

5.43

5 Ahli keluarga ke atas kepentingan membawa pulang rezeki halal

untuk manfaat keluarga 6.28

Ironiknya, rakan sekerja tidak banyak mempengaruhi responden terhadap

perbincangan berkaitan konsep Perancangan Kewangan Islam. Jadual 5.7 menunjukkan

bahawa responden berpendapat unsur dalaman dalam kalangan ahli keluarga dan

pengetahuan berkaitan ilmu agama memberi mereka banyak maklumat berkaitan

Perancangan Kewangan Islam. Iklan dan media massa juga dicatatkan tidak memberi

banyak pengaruh kepada responden terhadap konsep Perancangan Kewangan Islam.

5.4.1 Perbandingan Berdasarkan Jantina bagi Faktor Sosialisasi Terhadap

Perancangan Kewangan Islam

Jadual 5.8 menjelaskan dapatan kajian tentang pengaruh faktor sosialisasi ke atas

tingkah laku responden berdasarkan jantina. Kajian menunjukkan terdapat perbezaan

yang signifikan berkaitan pengaruh rakan ke atas responden perempuan (p=-.039)

berbanding lelaki. Pengaruh ibubapa, agama, ahli keluarga dan media adalah sama

sahaja antara jantina tetapi tidak bagi pengaruh rakan ke atas responden perempuan.

Responden perempuan didapati lebih dipengaruhi oleh rakan berbanding kaum lelaki.

Di mana min perempuan (5.25) lebih dari min lelaki (4.95). Responden perempuan

Page 196: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

174

lebih dipengaruhi oleh rakan sekerja ketika membuat keputusan berkaitan Perancangan

Kewangan Islam. Walaupun faktor agama, ahli keluarga, ibubapa dan media massa

mencatatkan min yang tinggi, namun pengaruh keempat-empat faktor tersebut adalah

sama dalam kalangan jantina berbanding pengaruh oleh rakan-rakan dalam kalangan

jantina.

Jadual 5.8: Faktor Sosialisasi Terhadap Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan

Jantina

Pernyataan L P Ujian-t

(n=153)

Min

(n=151)

Min

t Sig. (p)

Ibubapa ke atas persepsi bahawa mencari

sumber rezeki yang halal adalah satu ibadah

6.25 6.28 -.266 .791

Rakan ke atas aspek penasihatan dan pemilihan

produk kewangan 4.95 5.25 -2.071 .039*

Agama ke atas membezakan antara halal dan

haram dalam mencari rezeki halal

6.60 6.53 .705 .482

Media massa ke atas pembentukan persepsi

positif terhadap Perancangan Kewangan Islam

5.32 5.55 -1.648 .100

Ahli keluarga ke atas kepentingan membawa

pulang rezeki halal untuk manfaat keluarga

6.24 6.32 -0.607 .545

* signifikan pada p<0.05 L: Lelaki; P: Perempuan

5.4.2 Perbandingan Berdasarkan Status Perkahwinan bagi Faktor Sosialisasi

Terhadap Perancangan Kewangan Islam

Jadual 5.9 menjelaskan skor min responden berkaitan pengaruh faktor sosialisasi ke atas

responden berdasarkan status perkahwinan. Umumnya, responden yang berkahwin lebih

bersetuju bahawa mereka dipengaruhi oleh faktor sosialisasi dalam persepsi mereka

terhadap perancngan kewangan Islam. Dapatan kajian tidak menunjukkan sebarang

Page 197: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

175

perbezaan yang signifikan di antara keempat faktor tersebut melainkan ahli keluarga.

Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan oleh pengaruh ahli

keluarga ke atas responden berkahwin (min=6.38, p=-.024) berbanding bujang

(min=6.08). Pengaruh ibubapa, agama, rakan dan media adalah sama sahaja antara

jantina tetapi pengaruh ahli keluarga adalah lebih ke atas responden yang sudah

berkahwin.

Jadual 5.9: Faktor Sosialisasi Terhadap Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan

Status Perkahwinan

Pernyataan

B K Ujian-t

(n=101)

Min

(n=203)

Min

t Sig. (p)

Ibubapa ke atas persepsi bahawa mencari

sumber rezeki yang halal adalah satu ibadah

6.10 6.35 -1.546 .124

Rakan ke atas aspek penasihatan dan pemilihan

produk kewangan

5.05 5.13 -.512 .609

Agama ke atas membezakan antara halal dan

haram dalam mencari rezeki halal

6.47 6.62 -1.400 .163

Media massa ke atas pembentukan persepsi

positif terhadap Perancangan Kewangan Islam

5.44 5.43 .014 .988

Ahli keluarga ke atas kepentingan membawa

pulang rezeki halal untuk manfaat keluarga 6.08 6.38 -2.273 .024*

* signifikan pada p<0.05 B: Bujang; K: Berkahwin

5.4.3 Perbandingan Berdasarkan Kategori Pekerjaan bagi Faktor Sosialisasi

Terhadap Perancangan Kewangan Islam

Jadual 5.10 menjelaskan dapatan kajian tentang perbandingan pengaruh faktor

sosialisasi ke atas tingkah laku responden berdasarkan kategori pekerjaan. Kajian

Page 198: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

176

menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan berkaitan pengaruh agama ke atas

responden berstatus pegawai (min=6.71, p=-.010) berbanding bukan pegawai

(min=6.47). Pengaruh ibubapa, rakan-rakan, ahli keluarga dan media adalah sama

sahaja antara kategori pekerjaan tetapi pengaruh agama ke atas responden berstatus

pegawai adalah didapati berbeza dengan bukan pegawai. Responden pegawai didapati

lebih dipengaruhi oleh agama berbanding bukan pegawai. Dalam konteks komunikasi

responden dengan faktor persekitaran, responden berstatus pegawai sangat dipengaruhi

oleh faktor agama berbanding responden bukan pegawai ketika membuat keputusan

berkaitan Perancangan Kewangan Islam.

Jadual 5.10: Faktor Sosialisasi Terhadap Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan

Kategori Pekerjaan

Pernyataan

P B.P Ujian-t

(n=119)

Min

(n=185)

Min

t Sig. (p)

Ibubapa ke atas persepsi bahawa mencari

sumber rezeki yang halal adalah satu ibadah

6.36 6.21 1.113 .267

Rakan ke atas aspek penasihatan dan pemilihan

produk kewangan

5.19 5.04 1.015 .311

Agama ke atas membezakan antara halal dan

haram dalam mencari rezeki halal 6.71 6.47 2.607 .010*

Media massa ke atas pembentukan persepsi

positif terhadap Perancangan Kewangan Islam

5.43 5.44 -.065 .948

Ahli keluarga ke atas kepentingan membawa

pulang rezeki halal untuk manfaat keluarga

6.31 6.26 .401 .689

* signifikan pada p<0.05 P: Pegawai; B.P: Bukan Pegawai

Page 199: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

177

5.4.4 Perbandingan Berdasarkan Umur bagi Faktor Sosialisasi Terhadap

Perancangan Kewangan Islam

Jadual 5.11 menjelaskan dapatan kajian tentang pengaruh faktor sosialisasi ke atas

tingkah laku Perancangan Kewangan Islam responden berdasarkan tiga kumpulan umur.

Umumnya, bagi mana-mana peringkat umur, faktor agama didapati sebagai faktor yang

paling mempengaruhi tingkah laku Perancangan Kewangan Islam mereka berbanding

faktor dari agen sosialisasi yang lain dengan setiap peringkat umur memperoleh skor

min tertinggi. Namun, kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan

dalam kalangan peringkat umur bagi kelima-lima faktor tersebut. Walau bagaimanapun,

faktor rakan sedikit sebanyak mempengaruhi ketiga-tiga kumpulan umur responden

berbanding faktor yang lain dengan menunjukkan sig. (p) yang lebih rendah berbanding

faktor yang lain.

Jadual 5.11: Faktor Sosialisasi Terhadap Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan

Umur

<30

tahun

30-40

tahun

>40

tahun

Ujian ANOVA

Pernyataan (n=135)

Min

(n=94)

Min

(n=75)

Min

F

Sig. (p)

1 Ibubapa ke atas persepsi

bahawa mencari sumber rezeki

yang halal adalah satu ibadah

6.30 6.18 6.31 .349 .706

2 Rakan ke atas aspek penasihatan

dan pemilihan produk kewangan

4.39 5.10 5.35 2.174 .116

3 Agama ke atas membezakan

antara halal dan haram dalam

mencari rezeki halal

6.56 6.59 6.55 .040 .960

4 Media massa ke atas

pembentukan persepsi positif

terhadap Perancangan Kewangan

Islam

5.39 5.38 5.59 .780 .459

Page 200: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

178

5 Ahli keluarga ke atas

kepentingan membawa pulang

rezeki halal untuk manfaat

keluarga

6.22 6.24 6.43 .914 .402

5.5 Komponen Tingkah laku Perancangan Kewangan Islam

Jadual 5.12 menunjukkan kekerapan bagi komponen tingkah laku Perancangan

Kewangan Islam. Kebanyakan komponen mempunyai skor min yang melebihi skor

purata di mana aktiviti berkenaan didapati lebih kerap dilakukan oleh individu kecuali

item 2, 3 dan 9 iaitu merancang kewangan pendidikan masa depan anak-anak,

merancang pelan pembelian kenderaan dan merancang pengagihan harta pusaka.

Aktiviti ini yang merupakan aktiviti yang kurang kerap dilakukan adalah kumpulan

aktiviti untuk jangka panjang kecuali kenderaan. Komponen yang paling kerap

dilakukan adalah merancang perbelanjaan bulanan, diikuti dengan merancang

pengambilan hutang dan merancang untuk saat kecemasan yang kebanyakannya adalah

aktiviti untuk jangka pendek.

Jadual 5.12: Komponen Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam

Pernyataan Min (1-5) S.P.

1 Merancang untuk saat kecemasan 3.12 .818

2 Merancang kewangan pendidikan anak-anak 2.99 .968

3 Merancang pelan pembelian kenderaan 2.95 .939

4 Merancang pelan pembelian rumah 3.08 .927

5 Merancang pengambilan hutang 3.32 .788

6 Merancang pelan pengurusan zakat 3.15 .835

7 Merancang pelan perlindungan takaful 3.06 .842

8 Merancang persaraan 3.14 .863

9 Merancang pengagihan harta pusaka 2.73 .976

Page 201: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

179

10 Merancang perbelanjaan bulanan 3.40 .682

11 Merancang pelan pelaburan 3.09 .801

5.5.1 Perbandingan Berdasarkan Jantina bagi Komponen Tingkah Laku

Perancangan Kewangan Islam

Jadual 5.13 menunjukkan perbandingan berdasarkan jantina bagi komponen tingkah

laku Perancangan Kewangan Islam. Umumnya, kesemua komponen didapati lebih

kerap dilakukan oleh perempuan berbanding lelaki kecuali item 7, 8 dan 9 iaitu

merancang perlindungan takaful, merancang persaraan dan merancang pengagihan harta

pusaka. Komponen-komponen ini yang merupakan aktiviti jangka panjang adalah

kurang kerap dilakukan oleh responden perempuan oleh itu lebih kerap dilakukan oleh

lelaki. Komponen yang lebih kerap dilakukan oleh perempuan berbanding lelaki adalah

merancang dari aspek-aspek untuk saat kecemasan, pendidikan masa depan anak-anak,

pembelian kenderaan, pembelian rumah, pengambilan hutang, pengurusan zakat,

perbelanjaan bulanan dan merancang pelaburan.

Dalam kalangan lelaki sahaja, komponen tingkah laku yang lebih kerap

dilaksanakan adalah merancang perbelanjaan bulanan, merancang pengambilan hutang

dan merancang keperluan persaraan. Golongan lelaki lebih memfokuskan kepada

keperluan kewangan seharian berbanding keperluan jangka panjang. Manakala dalam

kalangan perempuan sahaja, mereka juga didapati lebih kerap merancang untuk

perbelanjaan bulanan dan merancang pengambilan hutang sepertimana lelaki tetapi

perempuan juga lebih kerap merancang untuk saat kecemasan.

Dalam kalangan lelaki sahaja, komponen tingkah laku yang kurang kerap

dilakukan adalah merancang pengagihan harta pusaka, merancang keperluan kewangan

Page 202: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

180

bagi pendidikan anak-anak dan merancang pembelian kenderaan. Kebanyakan

pembelian kenderaan terutamanya kenderaan nasional tidak memerlukan pembayaran

pendahuluan dengan itu ramai yang tidak menyimpan wang bagi tujuan wang

pendahuluan. Begitu juga dalam kalangan perempuan sahaja, mereka juga kurang kerap

merancang untuk pengagihan harta pusaka seperti lelaki. Namun perempuan juga

didapati kurang kerap merancang pembelian kenderaan dan merancang perlindungan

takaful.

Jadual 5.13: Komponen Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan

Jantina

L P

Pernyataan

(n=153) (n=151) Ujian t

Min (1-5) Min (1-5) t Sig. (p)

1 Merancang untuk saat kecemasan 3.00 3.23 -2.490* .013

2 Merancang kewangan pendidikan anak-anak 2.95 3.04 -.828 .408

3 Merancang pelan pembelian kenderaan 2.92 2.98 -.604 .546

4 Merancang pelan pembelian rumah 3.07 3.09 -.257 .797

5 Merancang pengambilan hutang 3.27 3.37 -1.139 .256

6 Merancang pelan pengurusan zakat 3.15 3.17 -.021 .983

7 Merancang pelan perlindungan takaful 3.08 3.03 .536 .592

8 Merancang persaraan 3.16 3.13 .246 .806

9 Merancang pengagihan harta pusaka 2.79 2.66 1.150 .251

10 Merancang perbelanjaan bulanan 3.37 3.44 -.908 .365

11 Merancang pelan pelaburan 3.07 3.11 -.370 .711

* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01 L: Lelaki; P: Perempuan

Ujian perbezaan t menunjukkan bahawa hanya komponen pertama mengenai

merancang untuk saat kecemasan didapati berbeza secara signifikan di antara lelaki dan

Page 203: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

181

perempuan. Perempuan lebih tinggi skor minnya berbanding lelaki. Dalam hal ini

responden perempuan dianggap lebih bersedia untuk saat kecemasan dari segi

kewangan. Bagi aktiviti komponen Perancangan Kewangan Islam yang lain, didapati

tiada perbezaan signifikan di antara lelaki dengan perempuan.

5.5.2 Perbandingan Berdasarkan Status Perkahwinan bagi Komponen Tingkah

Laku Perancangan Kewangan Islam

Jadual 5.14 menunjukkan perbandingan berdasarkan status perkahwinan bagi tingkah

laku komponen Perancangan Kewangan Islam. Umumnya, kesemua komponen didapati

lebih kerap dilakukan oleh yang berkahwin berbanding mereka yang bujang. Komponen

yang paling kerap dilakukan oleh mereka yang berkahwin adalah merancang

perbelanjaan bulanan, merancang pengambilan hutang dan merancang persaraan.

Jadual 5.14: Komponen Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan

Status Perkahwinan

Pernyataan

B K Ujian t

(n=101)

Min

(n=203)

Min

t Sig.

(p)

1 Merancang untuk saat kecemasan 3.00 3.17 -1.736 .084

2 Merancang kewangan pendidikan anak-anak 2.66 3.16 -3.987** .000

3 Merancang pelan pembelian kenderaan 2.78 3.03 -2.177* .030

4 Merancang pelan pembelian rumah 2.82 3.21 -3.475** .001

5 Merancang pengambilan hutang 3.25 3.35 -1.118 .265

6 Merancang pelan pengurusan zakat 3.04 3.21 -1.651 .100

7 Merancang pelan perlindungan takaful 2.93 3.12 -1.885 .060

8 Merancang persaraan 2.98 3.23 -2.363* .019

9 Merancang pengagihan harta pusaka 2.56 2.81 -2.061* .040

Page 204: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

182

10 Merancang perbelanjaan bulanan 3.27 3.47 -2.435* .015

11 Merancang pelan pelaburan 2.95 3.16 -2.135* .034

* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01 B: Bujang; K: Berkahwin

Manakala komponen yang paling kerap dilakukan oleh mereka yang bujang

adalah merancang perbelanjaan bulanan, merancang pengambilan hutang dan

merancang zakat. Kebanyakan aktiviti ini boleh dikelaskan sebagai aktiviti jangka

pendek, dengan itu kemungkinan orang bujang kurang memikirkan keperluan masa

depan tambahan pula memikirkan mengenai keperluan persaraan.

Komponen tingkah laku perancangan kewangan yang berada dalam kalangan

paling kurang kerap dilakukan oleh mereka yang bujang adalah merancang pengagihan

harta pusaka diikuti oleh merancang membeli kenderaan. Bagi yang bujang, mereka

mungkin belum mempunyai sebarang harta atau menganggap mereka tiada tanggungan

atau waris bagi harta yang mereka ada manakala bagi kenderaan tidak memerlukan

wang pendahuluan untuk membeli kenderaan.

Begitu juga komponen tingkah laku perancangan kewangan yang dalam kalangan

paling kurang kerap dilakukan oleh mereka yang berkahwin adalah merancang

pengagihan harta pusaka dan merancang membeli kenderaan selain dari merancang

keperluan kewangan bagi pendidikan anak-anak di masa depan.

Dalam hal komponen perancangan kewangan yang dilakukan oleh orang yang

berkahwin, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan di antara

mereka yang berkahwin dengan yang masih bujang dari segi merancang untuk

pendidikan anak-anak di masa depan, merancang pembelian kenderaan, merancang

pembelian rumah, merancang persaraan, pengagihan harta pusaka, merancang

perbelanjaan bulanan dan merancang pelaburan. Golongan berkahwin didapati jelas

Page 205: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

183

lebih kerap melakukan aktiviti-aktiviti kewangan yang telah disebutkan berbanding

golongan bujang.

5.5.3 Perbandingan Berdasarkan Kategori Pekerjaan bagi Komponen Tingkah

Laku Perancangan Kewangan Islam

Jadual 5.15 menunjukkan perbandingan berdasarkan kategori pekerjaan bagi komponen

tingkah laku Perancangan Kewangan Islam. Umumnya, kesemua komponen

Perancangan Kewangan Islam didapati lebih kerap dilakukan oleh yang pegawai

berbanding mereka yang bukan pegawai. Komponen yang paling kerap dilakukan oleh

mereka yang merupakan pegawai adalah merancang perbelanjaan bulanan, merancang

pengambilan hutang dan merancang pengurusan zakat.

Jadual 5.15: Komponen Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan

Status Pekerjaan

Pernyataan

P B.P Ujian-t

(n=119)

Min

(n=185)

Min

t Sig.

(p)

1 Merancang untuk saat kecemasan 3.18 3.08 1.048 .295

2 Merancang kewangan pendidikan anak-

anak

3.10 2.92 1.555 .121

3 Merancang pelan pembelian kenderaan 3.20 2.78 3.874** .000

4 Merancang pelan pembelian rumah 3.31 2.93 3.568** .000

5 Merancang pengambilan hutang 3.53 3.18 4.055** .000

6 Merancang pelan pengurusan zakat 3.33 3.04 2.995** .003

7 Merancang pelan perlindungan takaful 3.19 2.97 2.241* .026

8 Merancang persaraan 3.24 3.09 1.470 .143

9 Merancang pengagihan harta pusaka 2.80 2.68 1.023 .307

Page 206: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

184

10 Merancang perbelanjaan bulanan 3.54 3.31 2.995** .003

11 Merancang pelan pelaburan 3.13 3.06 0.796 .427

* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01 P: Pegawai; B.P: Bukan Pegawai

Komponen tingkah laku perancangan kewangan yang dalam kalangan paling

kurang kerap dilakukan oleh mereka yang berjawatan pegawai adalah merancang

pengagihan harta pusaka diikuti oleh merancang pendidikan anak-anak di masa depan

dan merancang untuk pelaburan. Manakala komponen yang paling kerap dilakukan oleh

mereka yang bukan merupakan pegawai adalah merancang perbelanjaan bulanan,

merancang pengambilan hutang dan merancang keperluan persaraan.

Komponen tingkah laku perancangan kewangan yang dalam kalangan paling

kurang kerap dilakukan oleh mereka yang bukan berjawatan pegawai adalah merancang

pengagihan harta pusaka diikuti oleh merancang kenderaan dan merancang pendidikan

anak-anak di masa depan.

Dalam hal komponen perancangan kewangan yang dilakukan oleh pegawai dan

bukan pegawai, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan di

antara mereka yang berjawatan pegawai dengan yang bukan berjawatan pegawai dari

segi merancang pembelian kenderaan, merancang pembelian rumah, merancang

pengambilan hutang, merancang pengurusan zakat, merancang perlindungan takaful dan

merancang perbelanjaan bulanan. Dalam hal ini, pegawai secara signifikannya lebih

cenderung untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang baharu disebutkan.

Page 207: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

185

5.5.4 Perbandingan Berdasarkan Umur bagi Komponen Tingkah Laku

Perancangan Kewangan Islam

Jadual 5.16 menunjukkan perbandingan berdasarkan kategori umur bagi komponen

tingkah laku Perancangan Kewangan Islam. Umumnya, kesemua komponen

Perancangan Kewangan Islam didapati lebih kerap dilakukan oleh golongan yang

berumur lebih tua berbanding dengan kategori-kategori yang lebih muda kecuali item 7,

8 dan 11 iaitu merancang perlindungan takaful, merancang persaraan dan merancang

pelan pelaburan. Komponen yang paling kerap dilakukan oleh mereka yang merupakan

golongan paling tua (melebihi 40 tahun) adalah merancang perbelanjaan bulanan,

merancang pengambilan hutang dan merancang pengurusan zakat.

Komponen tingkah laku perancangan kewangan yang dalam kalangan paling

kurang kerap dilakukan oleh mereka yang dalam golongan paling tua adalah merancang

pengagihan harta pusaka diikuti oleh merancang perlindungan takaful dan merancang

untuk pelaburan.

Jadual 5.16: Komponen Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan

Umur

<30

tahun

30-40

tahun

>40

tahun

Ujian ANOVA

Pernyataan (n=135)

Min

(n=94)

Min

(n=75)

Min

F

Sig.

(p)

1 Merancang untuk saat kecemasan 3.08 3.18 3.09 .442 .643

2 Merancang kewangan pendidikan

anak-anak

2.87 3.06 3.13 2.206 .112

3 Merancang pelan pembelian

kenderaan 2.76 3.04 3.16 5.146** .006

4 Merancang pelan pembelian rumah 2.87 3.21 3.29 6.781** .001

5 Merancang pengambilan hutang 3.26 3.29 3.47 1.791 .168

Page 208: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

186

6 Merancang pelan pengurusan zakat 3.03 3.18 3.33 3.328 .037

7 Merancang pelan perlindungan

takaful

3.01 3.16 3.01 .966 .382

8 Merancang persaraan 2.99 3.28 3.25 3.861* .022

9 Merancang pengagihan harta pusaka 2.64 2.70 2.91 1.795 .168

10 Merancang perbelanjaan bulanan 3.35 3.43 3.47 .812 .445

11 Merancang pelan pelaburan 3.11 3.10 3.04 .194 .824

* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01

Bagi golongan yang pertengahan umur iaitu di antara 30 hingga 40 tahun, mereka

didapati lebih kerap melakukan aktiviti seperti merancang perbelanjaan harian,

merancang pengambilan hutang dan merancang keperluan persaraan. Manakala bagi

aktiviti yang agak kurang kerap dilakukan adalah merancang pengagihan harta pusaka,

merancang pembelian kenderaan dan merancang pendidikan anak-anak di masa depan.

Komponen yang paling kerap dilakukan oleh mereka yang dalam golongan paling

muda (kurang dari 30 tahun) adalah merancang perbelanjaan bulanan, merancang

pengambilan hutang dan merancang pelaburan. Komponen tingkah laku perancangan

kewangan yang paling kurang kerap dilakukan oleh golongan paling muda adalah

merancang pengagihan harta pusaka diikuti oleh merancang pembelian kenderaan,

merancang pembellian rumah dan merancang pendidikan anak-anak di masa depan.

Dari segi merancang untuk pembelian kenderaan dan perumahan, terdapat

perbezaan signifikan di antara ketiga-tiga kumpulan umur. Kumpulan paling tua

didapati lebih merancang tentang aspek pembelian perumahan dan pembelian

kenderaan. Walaubagaimanapun bagi perancangan persaraan, golongan umur

pertengahan (30 hingga 40 tahun) didapati merancang persaraan jauh melebihi golongan

yang paling muda dan hanya melebihi sedikit dari golongan yang lebih tua.

Page 209: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

187

5.6 Niat Perancangan Kewangan Islam

Jadual 5.17 memaparkan skor min bagi item-item dalam niat Perancangan Kewangan

Islam. Nombor bagi item yang dipaparkan dalam jadual adalah sepertimana dalam

borang soal-selidik.

Jadual 5.17: Niat Perancangan Kewangan Islam

Niat Perancangan Kewangan Islam Min (1-7) S. P.

31 Saya berharap kejayaan di akhirat dengan merancang

kewangan berlandaskan Syariah 6.37 .917

35 Saya mahu mencapai kejayaan di akhirat dengan

merancang kewangan berlandaskan Syariah 6.34 .965

37 Saya bercadang memperoleh kejayaan di akhirat

dengan merancang kewangan Islam 6.39 .938

Secara keseluruhan, kesemua item mempunyai skor min yang tinggi dan

menghampiri skor penuh iaitu 7. Ini menggambarkan kebanyakan responden cenderung

untuk sangat bersetuju terhadap pernyataan niat mengenai perancangan kewangan

Islam. Mereka mengharapkan kejayaan di akhirat dengan merancang kewangan

berlandaskan Syariah.

5.6.1 Perbandingan Berdasarkan Jantina bagi Niat Perancangan Kewangan Islam

Jadual 5.18 menunjukkan perbandingan berdasarkan jantina bagi niat Perancangan

Kewangan Islam. Nombor bagi item yang dipaparkan dalam jadual adalah sepertimana

dalam borang soal-selidik. Dapatan kajian tidak memperolehi suatu tren umum

mengenai niat perancangan kewangan Islam dalam kalangan jantina kerana skor min

bagi pernyataan niat tidak memberikan skor min yang kesemuanya lebih tinggi bagi

mana-mana golongan.

Page 210: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

188

Jadual 5.18: Niat Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan Jantina

Pernyataan

L P Ujian-t

(n=153)

Min

(n=151)

Min

t Sig.

(p)

31 Saya berharap kejayaan di akhirat dengan

merancang kewangan berlandaskan

Syariah

6.38 6.36 .204 .839

35 Saya mahu mencapai kejayaan di akhirat

dengan merancang kewangan berlandaskan

Syariah

6.33 6.35 -.218 .827

37 Saya bercadang memperoleh kejayaan di

akhirat dengan merancang kewangan Islam

6.41 6.38 .258 .797

* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01 L: Lelaki; P: Perempuan

Golongan lelaki didapati lebih bersetuju mengenai hanya dua pernyataan niat iaitu

“Saya berharap kejayaan di akhirat dengan merancang kewangan berlandaskan Syariah”

dan “Saya bercadang memperoleh kejayaan di akhirat dengan merancang kewangan

Islam”. Manakala golongan perempuan lebih bersetuju terhadap hanya satu pernyataan

iaitu mengenai “Saya mahu mencapai kejayaan di akhirat dengan merancang kewangan

berlandaskan Syariah”. Ini menggambarkan golongan perempuan seolah-olahnya

menunjukkan lebih kesungguhan dalam usaha ke arah Perancangan Kewangan Islam

berbanding golongan lelaki yang sekadar berharap dan bercadang di mana golongan

perempuan telah memutuskan untuk mahu terlibat dalam Perancangan Kewangan Islam.

Namun pengujian menggunakan ujian perbezaan t memberikan hasil perbezaan yang

tidak signifikan dalam kalangan jantina bagi ketiga-tiga pernyataan. Oleh itu dapat

disimpulkan bahawa niat Perancangan Kewangan Islam adalah tidak berbeza dalam

kalangan jantina.

Page 211: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

189

5.6.2 Perbandingan Berdasarkan Status Perkahwinan bagi Niat Perancangan

Kewangan Islam

Jadual 5.19 menunjukkan perbandingan berdasarkan status perkahwinan bagi Niat

Perancangan Kewangan Islam. Nombor bagi item yang dipaparkan dalam jadual adalah

sepertimana dalam borang soal-selidik. Hasil analisis memperolehi suatu tren umum

mengenai niat perancangan kewangan Islam berdasarkan status perkahwinan kerana

skor min bagi pernyataan niat golongan berkahwin melebihi dari golongan bujang.

Jadual 5.19: Niat Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan Status Perkahwinan

Pernyataan

B K Ujian-t

(n=101)

Min

(n=203)

Min

t Sig.

(p)

31 Saya berharap kejayaan di akhirat

dengan merancang kewangan

berlandaskan Syariah

6.15 6.48 -2.826** .005

35 Saya mahu mencapai kejayaan di

akhirat dengan merancang kewangan

berlandaskan Syariah

6.22 6.39 -1.461 .145

37 Saya bercadang memperoleh kejayaan

di akhirat dengan merancang

kewangan Islam

6.32 6.43 -.942 .347

* signifikan pada p<0.05, ** signifikan pada p<0.01 B: Bujang; K: Berkahwin

Malahan golongan berkahwin didapati lebih cenderung secara signifikan

berbanding golongan bujang bagi pernyataan niat mengenai harapan untuk berjaya di

akhirat dengan merancang kewangan berlandaskan Syariah. Ini ditunjukkan melalui

ujian-t yang signifikan. Manakala bagi dua pernyataan lain mengenai niat ini didapati

tidak berbeza secara signifikan. Dengan itu keinginan untuk mencapai kejayaan di

akhirat dan cadangan memperolehi kejayaan akhirat dengan Perancangan Kewangan

berlandaskan Syariah adalah tidak berbeza dalam kalangan berkahwin ataupun tidak.

Page 212: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

190

5.6.3 Perbandingan Berdasarkan Kategori Pekerjaan bagi Niat Perancangan

Kewangan Islam

Jadual 5.20 memberikan perbandingan berdasarkan kategori pekerjaan bagi Niat

Perancangan Kewangan Islam. Nombor bagi item yang dipaparkan dalam jadual adalah

sepertimana dalam borang soal-selidik. Hasil analisis memperolehi suatu tren umum

mengenai niat perancangan kewangan Islam berdasarkan kategori pekerjaan kerana skor

min bagi pernyataan niat golongan pegawai melebihi dari golongan bukan pegawai.

Jadual 5.20: Niat Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan Kategori Pekerjaan

Pernyataan

P B.P Ujian-t

(n=119)

Min

(n=185)

Min

t Sig.

(p)

31 Saya berharap kejayaan di akhirat dengan

merancang kewangan berlandaskan

Syariah

6.55 6.25 2.995** .003

35 Saya mahu mencapai kejayaan di akhirat

dengan merancang kewangan

berlandaskan Syariah

6.51 6.23 2.631** .009

37 Saya bercadang memperoleh kejayaan di

akhirat dengan merancang kewangan

Islam

6.53 6.30 2.069* .039

* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01 P: Pegawai; B.P: Bukan Pegawai

Malahan golongan pegawai didapati lebih cenderung secara signifikan berbanding

golongan bukan pegawai bagi kesemua pernyataan niat mengenai harapan, kemahuan

mahupun dalam hal bercadang untuk berjaya di akhirat dengan merancang kewangan

berlandaskan Syariah. Ini ditunjukkan melalui ujian-t yang signifikan bagi ketiga-tiga

pernyataan. Oleh itu harapan dan kemahuan untuk mencapai kejayaan di akhirat serta

cadangan memperolehi kejayaan akhirat dengan Perancangan Kewangan berlandaskan

Page 213: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

191

Syariah adalah berbeza dalam kalangan pegawai dan bukan pegawai dengan keadaan

pegawai mempunyai niat yang melebihi bukan pegawai.

5.6.4 Perbandingan Berdasarkan Umur bagi Niat Perancangan Kewangan Islam

Jadual 5.21 menunjukkan perbandingan berdasarkan umur bagi faktor penerimaan

konsep Perancangan Kewangan Islam. Nombor bagi item yang dipaparkan dalam jadual

adalah sepertimana dalam borang soal-selidik. Hasil analisis tidak memperolehi suatu

tren umum dalam kalangan pernyataan niat perancangan kewangan Islam berdasarkan

peringkat umur.

Jadual 5.21: Niat Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan Umur

<30

tahun

30-40

tahun

>40

tahun

Ujian ANOVA

Pernyataan

(n=135)

Min

(n=94)

Min

(n=75)

Min

F

Sig.

(p)

31 Saya berharap kejayaan di akhirat

dengan merancang kewangan

berlandaskan Syariah

6.21 6.50 6.49 3.815* .023

35 Saya mahu mencapai kejayaan di

akhirat dengan merancang

kewangan berlandaskan Syariah

6.24 6.35 6.51 1.905 .151

37 Saya bercadang memperoleh

kejayaan di akhirat dengan

merancang kewangan Islam

6.36 6.29 6.57 2.068 .128

* signifikan pada p<0.05

Skor min bagi pernyataan mengenai harapan untuk berjaya di akhirat dengan

merancang kewangan secara Syariah adalah tertinggi bagi peringkat umur pertengahan

manakala skor min adalah tertinggi bagi peringkat umur paling tua untuk kemahuan dan

cadangan untuk berjaya di akhirat dengan merancang kewangan secara Syariah.

Page 214: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

192

Golongan pertengahan umur dilihat lebih berharap berbanding mereka yang lebih

tua di mana golongan tua memutuskan untuk bercadang berjaya di akhirat dengan

merancang kewangan malah mahu merancang kewangan secara Syariah. Walaupun

begitu, perbezaan skor min bagi golongan tua berbanding yang lebih muda adalah tidak

signifikan dalam hal bercadang dan mahu berjaya di akhirat dengan terlibat dalam

perancangan kewangan Islam.

Hanya bagi harapan untuk berjaya di akhirat dengan merancang kewangan secara

Syariah, golongan pertengahan umur lebih signifikan untuk berharap berbanding

golongan yang lebih tua mahupun muda. Ini ditunjukkan melalui ujian-t yang

signifikan. Dengan itu kemahuan untuk mencapai kejayaan di akhirat dan cadangan

memperolehi kejayaan akhirat dengan Perancangan Kewangan berlandaskan Syariah

adalah tidak berbeza dalam kalangan muda, tua ataupun pertengahan umur.

5.7 Kesejahteraan Kewangan

Jadual 5.22 menunjukkan skor min bagi item-item dalam kesejahteraan kewangan. Skor

yang lebih tinggi memberikan gambaran kesejahteraan kewangan yang lebih baik.

Secara keseluruhan, kesemua item mempunyai skor min yang melebihi skor purata dan

lebih menghampiri skor penuh iaitu bagi item 10. Ini menunjukkan kebanyakan

responden cenderung untuk menyatakan keadaan kewangan mereka adalah agak baik

dalam pelbagai aspek yang ditanya. Bagi item 10 mengenai masalah pembayaran bil

bulanan yang menunjukkan skor paling tinggi, ini menunjukkan responden kurang

berhadapan dengan masalah pembayaran bil bulanan berbanding aspek kewangan lain

seperti kecukupan kewangan untuk hari tua atau ketersediaaan wang untuk masa

kecemasan.

Page 215: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

193

Namun demikian, mereka didapati agak bimbang mengenai keadaan kewangan

semasa dan keadaan kewangan keseluruhan untuk jangka panjang. Begitu juga, mereka

mempunyai perasaan yang sederhana selesa mengenai keadaan kewangan mereka.

Walaupun begitu, secara keseluruhannya mereka masih berada dalam keadaan

kewangan yang sederhana.

Jadual 5.22: Kesejahteraan Kewangan

No. Kesejahteraan Kewangan Min

(1-10)

S. P.

1 Menggambarkan kepuasan terhadap keadaan kewangan semasa

anda 6.58 1.926

2 Mempunyai wang mencukupi untuk kehidupan hari tua yang

selesa 6.72 1.856

3 Tahap keyakinan mempunyai kawalan diri ke atas kewangan 6.73 1.709

4 Tahap keyakinan mengetahui cara menguruskan kewangan 6.81 1.678

5 Kemudahan mendapat wang RM1,000 untuk keperluan

kecemasan 6.32 2.075

6 Tahap kebimbangan tentang keadaan kewangan hari ini 5.43 1.966

7 Tahap kedudukan perancangan kewangan anda 6.49 1.500

8 Perasaan anda mengenai kewangan semasa anda 6.31 1.557

9 Tahap kecukupan keadaan sumber kewangan anda 6.49 1.590

10 Kekerapan menghadapi masalah membayar bil bulanan 7.38 1.852

11 Kekerapan kehabisan wang sebelum menerima gaji 6.87 2.069

12 Kebimbangan mengenai kedudukan keseluruhan kewangan 5.92 2.099

* Skor tinggi menunjukkan kesejahteraan kewangan lebih baik

5.7.1 Perbandingan Berdasarkan Jantina bagi Kesejahteraan Kewangan

Jadual 5.23 menunjukkan perbandingan berdasarkan jantina bagi kesejahteraan

kewangan.

Page 216: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

194

Jadual 5.23: Kesejahteraan Kewangan Berdasarkan Jantina

Kesejahteraan Kewangan

L P Ujian-t

(n=153)

Min

(n=151)

Min

t Sig.

(p)

1 Menggambarkan kepuasan terhadap

keadaan kewangan semasa anda 6.42 6.74 -1.407 .161

2 Mempunyai wang mencukupi untuk

kehidupan hari tua yang selesa 6.66 6.77 -.538 .591

3 Tahap keyakinan mempunyai kawalan

diri ke atas kewangan 6.54 6.93 -1.973* .049

4 Tahap keyakinan mengetahui cara

menguruskan kewangan 6.71 6.90 -.978 .329

5 Kemudahan mendapat wang RM1,000

untuk keperluan kecemasan 6.28 6.36 -.349 .727

6 Tahap kebimbangan tentang keadaan

kewangan hari ini 5.35 5.52 -.784 .433

7 Tahap kedudukan perancangan kewangan

anda 6.36 6.62 -1.534 .126

8 Perasaan anda mengenai kewangan

semasa anda 6.15 6.46 -1.760 .079

9 Tahap kecukupan keadaan sumber

kewangan anda 6.41 6.58 -.902 .368

10 Kekerapan menghadapi masalah

membayar bil bulanan 7.26 7.50 -1.139 .256

11 Kekerapan kehabisan wang sebelum

menerima gaji 6.61 7.13 -2.225* .027

12 Kebimbangan mengenai kedudukan

keseluruhan kewangan 5.68 6.16 -2.002 .046

* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01 L: Lelaki; P: Perempuan

Skor yang lebih tinggi menggambarkan kesejahteraan kewangan yang lebih baik.

Page 217: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

195

Dalam kalangan lelaki mahupun dalam kalangan perempuan, masing-masing

kurang menghadapi masalah untuk membayar bil bulanan mereka berbanding

kecukupan kewangan semasa dan untuk masa tua.

Secara umumnya, golongan perempuan memperoleh skor yang lebih tinggi dari

golongan lelaki bagi semua pernyataan mengenai kesejahteraan kewangan. Ini

menggambarkan umumnya golongan perempuan lebih tinggi kesejahteraan kewangan

berbanding golongan lelaki mengikut pandangan mereka. Namun demikian, hanya dua

pernyataan mengenai “Tahap keyakinan mempunyai kawalan diri ke atas kewangan” dan

“Kekerapan kehabisan wang sebelum menerima gaji” memberikan ujian-t yang signifikan

dalam kalangan jantina.

Golongan perempuan didapati mempunyai skor yang lebih tinggi secara signifikan

berbanding golongan lelaki bagi kedua-dua pernyataan. Oleh itu, golongan perempuan

didapati berbeza secara signifikan berbanding lelaki bagi pernyataan ini iaitu aspek

kawalan kewangan dan kekerapan habis wang gaji. Dalam hal ini, dapatan kajian menunjukkan

golongan perempuan lebih terkawal dirinya dalam hal kewangan dan kurang kerap kehabisan

wang sebelum menerima gaji berbanding golongan lelaki.

Manakala bagi pernyataan yang tidak berbeza secara signifikan seperti tahap

kecukupan sumber ataupun ketersediaan wang untuk kecemasan, sama ada individu

adalah lelaki atau perempuan, aspek yang menggambarkan kesejahteraan kewangan ini

adalah sama sahaja.

5.7.2 Perbandingan Berdasarkan Status Perkahwinan bagi Kesejahteraan

Kewangan

Jadual 5.24 menunjukkan perbandingan berdasarkan status perkahwinan bagi

kesejahteraan kewangan. Skor yang lebih tinggi memberi gambaran bahawa

Page 218: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

196

kesejahteraan kewangan adalah lebih baik. Dalam kalangan yang berkahwin mahupun

dalam kalangan yang bujang, masing-masing kurang menghadapi masalah untuk

membayar bil bulanan mereka berbanding kecukupan kewangan semasa dan untuk masa

tua.

Jadual 5.24: Kesejahteraan Kewangan Berdasarkan Status Perkahwinan

Pernyataan

B K Ujian-t

(n=101)

Min

(n=203)

Min

t Sig.

(p)

1 Menggambarkan kepuasan terhadap

keadaan kewangan semasa anda

6.12 6.80 -2.922** .004

2 Mempunyai wang mencukupi untuk

kehidupan hari tua yang selesa

6.29 6.92 -2.798** .005

3 Tahap keyakinan mempunyai kawalan

diri ke atas kewangan

6.39 6.91 -2.521* .012

4 Tahap keyakinan mengetahui cara

menguruskan kewangan

6.48 6.97 -2.414* .016

5 Kemudahan mendapat wang RM1,000

untuk keperluan kecemasan

5.45 6.77 -5.452** .000

6 Tahap kebimbangan tentang keadaan

kewangan hari ini

5.27 5.52 -1.052 .294

7 Tahap kedudukan perancangan

kewangan anda

6.15 6.66 -2.789** .006

8 Perasaan anda mengenai kewangan

semasa anda

5.95 6.48 -2.898** .004

9 Tahap kecukupan keadaan sumber

kewangan anda

6.02 6.74 -3.747** .000

10 Kekerapan menghadapi masalah

membayar bil bulanan

7.10 7.53 -1.918 .056

11 Kekerapan kehabisan wang sebelum

menerima gaji

6.57 7.00 -1.689 .092

12 Kebimbangan mengenai kedudukan

keseluruhan kewangan

5.73 6.01 -1.044 .290

* signifikan pada p<0.05, ** signifikan pada p<0.01 B: Bujang; K: Berkahwin

Page 219: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

197

Secara umumnya, golongan berkahwin memperoleh skor yang lebih tinggi dari

golongan bujang bagi semua pernyataan mengenai kesejahteraan kewangan. Ini

menggambarkan umumnya golongan berkahwin lebih tinggi dalam pelbagai aspek

kesejahteraan kewangan berbanding golongan bujang mengikut pandangan mereka.

Walaupun begitu, hanya empat pernyataan iaitu 6, 10, 11 dan 12 yang mempunyai

perbezaan yang tidak signifikan berdasarkan status perkahwinan. Bagi lapan pernyataan

lain kesejahteraan kewangan, golongan berkahwin adalah lebih tinggi skor minnya

secara signifikan berbanding bujang. Contohnya bagi pernyataan-pernyataan seperti

“Tahap keyakinan mempunyai kawalan diri ke atas kewangan” dan “Tahap kecukupan

kewangan semasa”.

5.7.3 Perbandingan Berdasarkan Kategori Pekerjaan bagi Kesejahteraan

Kewangan

Jadual 5.25 memberikan perbandingan berdasarkan kategori pekerjaan bagi

kesejahteraan kewangan. Skor yang lebih tinggi menggambarkan kesejahteraan

kewangan yang lebih baik. Dalam kalangan pegawai mahupun dalam kalangan bukan

pegawai, didapati skor min adalah tertinggi bagi pembayaran bil bulanan. Masing-

masing kurang menghadapi masalah untuk membayar bil bulanan mereka berbanding

kecukupan kewangan semasa dan untuk masa tua mahupun aspek kesejahteraan

kewangan lain.

Manakala skor min yang paling rendah dalam kalangan pegawai dan bukan

pegawai adalah bagi pernyataan mengenai “Tahap kebimbangan tentang keadaan

kewangan hari ini”. Ini menunjukkan kebimbangan mereka yang tinggi tentang keadaan

kewangan semasa. Keadaan ini adalah lebih merisaukan dalam kalangan bukan pegawai

berbanding pegawai di mana skor minnya adalah lebih rendah malahan berada di bawah

Page 220: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

198

nilai tengah kesejahteraan kewangan. Nilai ini memberi gambaran kurang sejahtera dari

segi kewangan bagi golongan bukan pegawai.

Jadual 5.25: Kesejahteraan Kewangan Berdasarkan Kategori Pekerjaan

Pernyataan

P B.P Ujian-t

(n=119)

Min

(n=185)

Min T

Sig.

(p)

1 Menggambarkan kepuasan terhadap

keadaan kewangan semasa anda 7.05 6.28 3.671** .000

2 Mempunyai wang mencukupi untuk

kehidupan hari tua yang selesa 7.11 6.46 3.130** .002

3 Tahap keyakinan mempunyai kawalan diri

ke atas kewangan 7.20 6.43 3.919** .000

4 Tahap keyakinan mengetahui cara

menguruskan kewangan 7.13 6.60 2.695** .007

5 Kemudahan mendapat wang RM1,000

untuk keperluan kecemasan 7.03 5.86 4.978** .000

6 Tahap kebimbangan tentang keadaan

kewangan hari ini 6.12 4.99 5.055** .000

7 Tahap kedudukan perancangan kewangan

anda 6.85 6.26 3.400** .001

8 Perasaan anda mengenai kewangan

semasa anda 6.73 6.03 3.907** .000

9 Tahap kecukupan keadaan sumber

kewangan anda 7.01 6.16 4.868** .000

10 Kekerapan menghadapi masalah

membayar bil bulanan 7.71 7.17 2.534* .012

11 Kekerapan kehabisan wang sebelum

menerima gaji 7.39 6.54 3.735** .000

12 Kebimbangan mengenai kedudukan

keseluruhan kewangan 6.45 5.57 3.784** .000

* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01 P: Pegawai; B.P: Bukan Pegawai

Page 221: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

199

Skor min pegawai bagi setiap aspek kesejahteraan kewangan memberikan

perbezaan yang signifikan berbanding bukan pegawai hasil ujian perbezaan-t. Dengan

itu dapat disimpulkan pegawai mempunyai kesejahteraan kewangan yang lebih baik dari

bukan pegawai.

5.7.4 Perbandingan Berdasarkan Umur bagi Kesejahteraan Kewangan

Jadual 5.26 menunjukkan perbandingan berdasarkan umur bagi kesejahteraan

kewangan. Skor yang lebih tinggi menggambarkan kesejahteraan kewangan yang lebih

baik. Dalam kalangan muda, pertengahan umur mahupun dalam kalangan lebih tua,

didapati skor min adalah tertinggi bagi pembayaran bil bulanan. Masing-masing

peringkat umur kurang menghadapi masalah untuk membayar bil bulanan mereka

berbanding kecukupan kewangan semasa dan untuk masa tua mahupun aspek

kesejahteraan kewangan lain. Sama ada yang muda atau tua, mereka didapati tidak

berhadapan dengan masalah pembayaran bil bulanan. Oleh itu urusan pembayaran bil

bulanan adalah tidak terjejas walaupun dalam kalangan muda, pertengahan atau tua.

Dapat juga dilihat dalam bandingan umur ini bahawa mereka yang lebih tuaberbanding

yang sederhana dan muda didapati paling kurang bermasalah dalam pembayaran bil

bulanan.

Manakala skor min yang paling rendah dalam kalangan muda, pertengahan umur

mahupun dalam kalangan lebih tua adalah bagi pernyataan mengenai “Tahap

kebimbangan tentang keadaan kewangan hari ini”. Dapatan ini menggambarkan

kebimbangan mereka yang tinggi tentang keadaan kewangan semasa. Keadaan ini

adalah lebih merisaukan dalam kalangan muda berbanding pertengahan umur mahupun

dalam kalangan lebih tua di mana skor minnya adalah lebih rendah malahan berada di

Page 222: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

200

nilai tengah kesejahteraan kewangan. Nilai ini memberi gambaran sederhana sejahtera

dari segi kewangan bagi golongan muda.

Jadual 5.26: Kesejahteraan Kewangan Berdasarkan Umur

<30

tahun

30-40

tahun

>40

tahun

Ujian ANOVA

Pernyataan

(n=135)

Min

(n=94)

Min

(n=75)

Min

F

Sig. (p)

1 Menggambarkan kepuasan

terhadap keadaan kewangan

semasa anda

6.03 6.84 7.24 11.522** .000

2 Mempunyai wang

mencukupi untuk kehidupan

hari tua yang selesa

6.24 6.96 7.27 8.895** .000

3 Tahap keyakinan

mempunyai kawalan diri ke

atas kewangan

6.29 6.96 7.25 9.327** .000

4 Tahap keyakinan

mengetahui cara

menguruskan kewangan

6.41 7.04 7.23 7.396** .001

5 Kemudahan mendapat wang

RM1,000 untuk keperluan

kecemasan

5.69 6.66 7.04 12.969** .000

6 Tahap kebimbangan tentang

keadaan kewangan hari ini 5.01 5.63 5.95 6.289** .002

7 Tahap kedudukan

perancangan kewangan

anda

6.10 6.74 6.87 8.605** .000

8 Perasaan anda mengenai

kewangan semasa anda 5.84 6.56 6.83 12.486** .000

9 Tahap kecukupan keadaan

sumber kewangan anda 5.98 6.74 7.11 15.145** .000

10 Kekerapan menghadapi

masalah membayar bil

bulanan

7.15 7.43 7.75 2.582 .077

11 Kekerapan kehabisan wang

sebelum menerima gaji 6.48 6.96 7.45 5.612** .004

12 Kebimbangan mengenai

kedudukan keseluruhan

kewangan

5.55 5.85 6.67 7.197** .001

* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01

*** Skor tinggi adalah lebih baik kesejahteraan kewangan

Page 223: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

201

Skor min mengikut peringkat umur bagi setiap aspek kesejahteraan kewangan

memberikan perbezaan yang signifikan hasil ujian ANOVA. Dengan itu dapat

disimpulkan secara keseluruhannya golongan lebih tua iaitu melebihi 40 tahun

mempunyai kesejahteraan kewangan yang lebih baik dari golongan yang muda

mahupun pertengahan umur. Ini mungkin disebabkan dalam tempoh yang lebih panjang,

golongan yang lebih tua mempunyai simpanan yang lebih, begitu juga dari segi

pembayaran pinjaman bagi aset sama ada rumah atau tanah mempunyai baki yang agak

rendah berbanding mereka yang lebih muda.

5.8 Perbandingan Angkubah-angkubah

Skor min bagi angkubah dalam kerangka Perancangan Kewangan Islam (PKI)

ditunjukkan dalam Jadual 5.27. Literasi subjektif mengenai Perancangan Kewangan

Islam bagi responden didapati mencapai skor min yang rendah iaitu di bawah dari titik-

tengah skor 2.5. Secara keseluruhannya pengetahuan mereka terhadap aspek

perancangan kewangan adalah rendah dalam kalangan pekerja di sektor awam yang

dikaji.

Jadual 5.27: Skor Min Bagi Angkubah-angkubah

No. Angkubah-angkubah Min

S. P. Skor Min.-

Maks.

Julat Skor

1 Literasi Subjektif PKI 2.16 1.73 0 - 5.00 0 - 5

2 Faktor Sosialisasi 29.65 4.15 5.00 - 35.0 5 - 35

3 Sikap terhadap PKI 61.26 24.57 -10.00 - 84.00 -84 - 84

4 Norma Subjektif PKI 32.94 19.18 -50.00 - 84.00 -84 - 84

5 Persepsi Kawalan Tingkah Laku

PKI 14.16 12.59 -26.00 - 56.00 -84 - 84

6 Niat Tingkah Laku PKI 7.10 2.54 -9.00 – 9.00 -9 - 9

Page 224: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

202

7 Tingkah Laku PKI 34.03 6.76 11.00 - 44.00 11 – 44

8 Kesejahteraan Kewangan 78.05 17.07 12.00 - 120.0 12 – 120

Manakala faktor sosialisasi didapati memberikan skor min yang tinggi

menghampiri kepada skor tertinggi. Ini membayangkan agen sosialisasi amat perlu

dalam hal perancang kewangan Islam. Individu memperoleh pengaruh yang kuat dari

kalangan ibu bapa, ahli keluarga, rakan-rakan, media massa mahupun dari kepercayaan

agama yang dipegangnya.

Faktor perancangan kewangan Islam seperti sikap terhadap Perancangan

Kewangan Islam, subjektif norma dan persepsi kawalan tingkah laku mempunyai julat

skor yang sama. Dibandingkan ketiga-tiga ini, sikap terhadap Perancangan Kewangan

Islam didapati memperoleh skor min yang tertinggi (min = 61.26) diikuti dengan norma

subjektif (min = 32.94) dan yang terendah adalah persepsi kawalan tingkah laku (min =

14.16).

Walaupun kesemua skor min berkenaan berada di bahagian positif dalam julat

skor, didapati responden mempunyai sikap yang sangat cenderung terhadap

Perancangan Kewangan Islam berbanding norma subjektif dan persepsi kawalan

tingkah laku dalam konteks Perancangan Kewangan Islam. Persepsi kawalan tingkah

laku yang mencapai skor terendah menunjukkan bahawa responden mempunyai

persepsi bahawa kawalannya terhadap Perancangan Kewangan Islam adalah paling

lemah berbanding dengan persepsi mereka terhadap tekanan sosial untuk melakukan

tingkah laku atau berbanding mempunyai sikap positif terhadap Perancangan Kewangan

Islam.

Niat untuk terlibat dalam Perancangan Kewangan Islam, tingkah laku

Perancangan Kewangan Islam dan kesejahteraan kewangan ketiga-tiga angkubah ini

Page 225: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

203

didapati mempunyai skor min yang tinggi. Ini menggambarkan kebanyakan responden

mempunyai niat yang tinggi untuk terlibat dalam perancangan kewangan Islam dan

ramai juga yang telah melakukan perancangan kewangan Islam. Lanjutan dari itu juga,

responden didapati sangat sejahtera keadaan kewangannya. Berkemungkinan tahap

perancangan kewangan Islam yang tinggi dalam kalangan responden menyumbang

kepada kesejahteraan kewangan.

5.8.1 Perbandingan Berdasarkan Jantina Bagi Angkubah

Perbandingan berdasarkan jantina yang ditunjukkan dalam jadual 5.28 mendapati skor

min bagi literasi PKI pekerja perempuan yang dikaji adalah lebih sedikit dari pekerja

lelaki, begitu juga dengan skor min faktor sosialisasi. Golongan perempuan didapati

lebih mengetahui mengenai PKI dan lebih terpengaruh dengan orang lain berbanding

golongan lelaki. Namun demikian bagi sikap terhadap PKI dan persepsi kawalan

tingkah laku PKI, golongan lelaki didapati mempunyai sikap lebih cenderung ke arah

PKI dan juga menganggap diri mereka lebih berupaya mengawal tingkah laku PKI

mereka berbanding perempuan.

Jadual 5.28: Perbandingan Berdasarkan Jantina Bagi Angkubah-Angkubah

Angkubah L P Ujian-t

(n=153)

Min

(n=151)

Min

t P

1 Literasi Subjektif 2.12 2.21 -.473 .636

2 Faktor Sosialisasi 29.37 29.93 -1.193 .234

3 Sikap terhadap PKI 61.90 60.61 .458 .647

4 Norma Subjektif PKI 32.24 33.66 -.648 .517

Page 226: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

204

5 Persepsi Kawalan Tingkah Laku PKI 14.76 13.55 .838 .403

6 Niat Tingkah Laku PKI 7.11 7.09 .086 .932

7 Tingkah Laku PKI 33.82 34.24 -.543 .587

8 Kesejahteraan Kewangan 76.44 79.68 -1.661 .098

* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01 L: Lelaki; P: Perempuan

Bagi norma subjektif di mana responden cenderung melakukan sepertimana orang

di sekitarnya, golongan perempuan menunjukkan kecenderungan yang lebih tinggi dari

lelaki dalam hal membuat PKI sepertimana mereka di sekelilingnya lakukan. Golongan

lelaki didapati cenderung berhasrat untuk melakukan PKI tetapi kurang cenderung

untuk melakukan PKI. Manakala sebaliknya bagi golongan perempuan di mana mereka

kurang berniat untuk melakukan PKI tetapi lebih cenderung untuk terlibat dalam PKI

sendiri. Lanjutan dari itu, dengan kecenderungan yang lebih tinggi untuk terlibat dalam

PKI, kesejahteraan kewangan golongan perempuan lebih cenderung untuk lebih tinggi.

Walaupun dapat dilihat perbezaan skor min dalam kalangan lelaki dan perempuan

bagi angkubah-angkubah berkenaan, tetapi secara keseluruhannya didapati tiada

perbezaan signifikan bagi kesemua angkubah yang dianalisis. Dalam kalangan pekerja

di sektor awam yang dikaji, sama ada dari segi pengetahuan mengenai Perancangan

Kewangan Islam, faktor sosialisasi, sikap, norma subjektif, persepsi kawalan tingkah

laku, niat, tingkah laku mahupun kesejahteraan kewangan, ia adalah tidak berbeza di

antara lelaki dan perempuan.

5.8.2 Perbandingan Berdasarkan Status Perkahwinan Bagi Angkubah

Perbandingan berdasarkan status perkahwinan ditunjukkan dalam jadual 5.29 yang

mendapati skor min bagi kesemua angkubah adalah tinggi bagi golongan yang

Page 227: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

205

berkahwin berbanding bujang kecuali bagi persepsi kawalan tingkah laku PKI. Ini

menunjukkan mereka yang berkahwin lebih berpengetahuan mengenai PKI, lebih

banyak dipengaruhi oleh agen sosialisasi, lebih bersikap positif terhadap PKI dan lebih

mengikuti apa yang orang lain lakukan dalam hal PKI.

Mereka yang berkahwin juga didapati lebih berhasrat untuk merancang kewangan

secara Islam dengan itu juga lebih terlibat dalam perancangan kewangan Islam juga

serta dapat mengalami kesejahteraan kewangan yang lebih baik berbanding mereka

yang masih bujang. Manakala bagi persepsi terhadap kawalan dalam melakukan

perancangan kewangan secara Islam didapati adalah agak kurang bagi kalangan yang

berkahwin berbanding bujang. Ini mungkin disebabkan tanggungjawab yang lebih besar

terhadap keperluan kewangan ahli keluarga bagi kalangan yang berkahwin.

Jadual 5.29: Perbandingan Berdasarkan Status Perkahwinan Bagi Angkubah-Angkubah

Angkubah B K Ujian-t

(n=101)

Min

(n=203)

Min

T p

1 Literasi Subjektif 2.11 2.20 -.425 .671

2 Faktor Sosialisasi 29.19 29.89 -1.382 .168

3 Sikap terhadap PKI 55.70 64.15 -2.878** .004

4 Norma Subjektif PKI 32.73 33.06 -.140 .889

5 Persepsi Kawalan Tingkah Laku PKI 14.88 13.78 .725 .469

6 Niat Tingkah Laku PKI 6.73 7.29 -1.830 .068

7 Tingkah Laku PKI 32.28 34.94 -3.305** .001

8 Kesejahteraan Kewangan 73.75 80.29 -3.214** .001

* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01 B: Bujang; K:Berkahwin

Page 228: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

206

Walaupun wujud perbezaan skor min dalam kalangan berkahwin dan bujang

bagi angkubah-angkubah berkenaan, tetapi secara keseluruhannya didapati hanya tiga

angkubah yang mempunyai perbezaan signifikan. Dalam kalangan pekerja berkahwin di

sektor awam yang dikaji, sikap mereka didapati lebih cenderung terhadap PKI. Begitu

juga didapati bagi amalan perancangan kewangan secara Islam bagi golongan yang

berkahwin ini. Seterusnya ini didapati menghasilkan juga kesejahteraan kewangan yang

tinggi dalam kalangan yang berkahwin berbanding yang masih bujang. Hal ini

disebabkan mereka yang berkahwin mempunyai tanggungan dengan itu perlu membuat

perancangan kewangan yang teliti.

5.8.3 Perbandingan Berdasarkan Kategori Pekerjaan Bagi Angkubah

Jadual 5.30 menunjukkan perbandingan berdasarkan kategori pekerjaan yang mendapati

skor min bagi kesemua angkubah yang dianalisis bagi mereka yang bekerja sebagai

pegawai adalah lebih tinggi kecuali bagi persepsi kawalan tingkah laku PKI. Golongan

pegawai diberikan tanggung jawab yang lebih besar dalam mentadbir urusan pejabat

berbanding bukan pegawai serta selalunya dengan melalui pendidikan yang lebih tinggi.

Seiring dengan itu, golongan pegawai sewajarnya lebih berpengetahuan dalam hal PKI.

Jadual 5.30: Perbandingan Berdasarkan Kategori Pekerjaan Bagi Angkubah-Angkubah

Angkubah P B.P Ujian-t

(n=119)

Min

(n=185)

Min

t p

1 Literasi Subjektif 2.45 1.98 2.280* .023

2 Faktor Sosialisasi 30.01 29.42 1.306 .193

3 Sikap terhadap PKI 68.59 56.55 4.448** .000

4 Norma Subjektif PKI 36.42 30.71 2.558* .011

Page 229: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

207

5 Persepsi Kawalan Tingkah Laku PKI 13.39 14.69 -.889 .375

6 Niat Tingkah Laku PKI 7.60 6.78 2.774** .006

7 Tingkah Laku PKI 35.55 33.05 3.193** .002

8 Kesejahteraan Kewangan 83.78 74.36 4.867** .000

* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01 P.B.:Bukan Pegawai; P: Pegawai

Mereka juga dijangka dapat menilai maklumat dari agen sosialisasi dan bertindak

dengan berhemah dalam hal PKI, dalam hal ini ia selari dengan dapatan bagi norma

subjektif di mana pegawai didapati lebih cenderung untuk melakukan sepertimana

mereka di sekelilingnya lakukan. Pegawai juga dilihat lebih bersikap positif terhadap

PKI di samping cenderung berniat untuk terlibat dalam PKI dan seterusnya lebih

cenderung untuk melakukan PKI. Hasil dari tingkah laku PKI, pegawai didapati lebih

tinggi kesejahteraan kewangannya berbanding bukan pegawai. Walaupun terdapat

perbezaan dalam skor min bagi kesemua angkubah, bukan semua angkubah

memberikan perbezaan yang signifikan di mana faktor sosialisasi dan persepsi kawalan

tingkah laku didapati tidak signifikan perbezaan skor minnya. Oleh itu, pegawai dapat

mempamerkan dengan ketara bahawa mereka lebih berpengetahuan dalam hal PKI,

bersikap yang lebih positif terhadap PKI, lebih berhasrat untuk terlibat dalam PKI, lebih

terlibat dalam PKI dan seterusnya dapat mengalami kesejahteraan kewangan yang lebih

baik berbanding bukan pegawai.

5.8.4 Perbandingan Berdasarkan Umur Bagi Angkubah

Jadual 5.31 mempamerkan hasil analisis perbandingan berdasarkan tiga kategori umur

bagi angkubah-angkubah yang dikaji. Golongan paling muda didapati mempunyai skor

min yang paling tinggi bagi norma subjektif PKI. Hal ini menunjukkan bahawa

Page 230: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

208

golongan ini cenderung dipengaruhi oleh agen sosialisasi dalam hal bertingkah laku

PKI. Walaupun begitu, ujian perbandingan tidak memperoleh perbezaan yang signifikan

bagi perbezaan skor min ini. Oleh itu dalam hal norma subjektif PKI, ia tidak dibezakan

oleh peringkat umur maknanya norma subjektif PKI adalah sama sahaja untuk mana-

mana peringkat umur.

Manakala golongan pertengahan umur didapati mempunyai literasi PKI yang

paling tinggi berbanding mereka yang lebih muda atau yang lebih tua. Begitu pun,

perbezaan ini juga tidak signifikan dengan itu literasi PKI juga adalah sama sahaja bagi

kesemua responden berkenaan.

Golongan paling tua pula didapati mempunyi skor min yang paling tinggi dalam

hal sikap terhadap PKI, persepsi kawalan tingkah laku PKI, niat untuk terlibat dalam

PKI, penglibatan dalam PKI dan kesejahteraan kewangan. Namun demikian, perbezaan

yang signifikan bagi skor min adalah hanya bagi sikap, tingkah laku dan kesejahteraan

kewangan. Ini menunjukkan bahawa golongan paling tua adalah lebih positif sikapnya

terhadap PKI, lebih cenderung untuk terlibat dalam PKI dan lebih sejahtera

kewangannya berbanding mereka yang lebih muda. Ini juga menunjukkan golongan

yang lebih muda kurang cenderung bersikap positif terhadap PKI, penglibatan yang

lebih rendah dalam PKI dan hasil dari itu memperolehi kesejahteraan kewangan yang

lebih rendah.

Page 231: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

209

Jadual 5.31: Perbandingan Berdasarkan Umur Bagi Angkubah-Angkubah

Angkubah <30 tahun 30-40

tahun

>40

tahun ANOVA

(n=135)

Min

(n=94)

Min

(n=75)

Min

F P

1 Literasi Subjektif 2.10 2.35 2.05 .801 .450

2 Faktor Sosialisasi 29.44 29.49 30.21 .925 .398

3 Sikap terhadap PKI 57.39 63.84 65.00 3.108* .046

4 Norma Subjektif PKI 34.55 32.55 30.55 1.079 .341

5 Persepsi Kawalan Tingkah

Laku PKI

14.80 12.62 14.93 1.022 .361

6 Niat Tingkah Laku PKI 6.81 7.14 7.57 2.231 .109

7 Tingkah Laku PKI 32.98 34.63 35.16 3.096* .047

8 Kesejahteraan Kewangan 72.77 80.37 84.64 14.020** .000

* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01

5.9 Korelasi antara Angkubah

Bahagian ini yang terdiri dari tiga sub-bahagian dapat menjawab objektif ketiga:

Memastikan saling kait faktor literasi, sosialisasi dan faktor-faktor tingkah laku (sikap,

norma subjektif, persepsi kawalan tingkah laku dan niat) dengan demografi,

Perancangan Kewangan Islam dan kesejahteraan kewangan.

5.9.1 Korelasi antara Faktor Sosialisasi dengan Faktor Perancangan Kewangan

Islam dan Kesejahteraan Kewangan

Sub-bahagian ini adalah untuk menentukan perkaitan di antara faktor sosialisasi dengan

faktor Perancangan Kewangan Islam dan kesejahteraan kewangan. Jadual 5.32

Page 232: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

210

mempamerkan kekuatan korelasi bagi angkubah faktor sosialisasi dengan sikap

Perancangan Kewangan Islam, norma Perancangan Kewangan Islam, persepsi kawalan

tingkah laku, niat Perancangan Kewangan Islam, tingkah laku Perancangan Kewangan

Islam dan kesejahteraan kewangan.

Menggunakan korelasi Pearson, kesemua faktor Perancangan Kewangan Islam

didapati mempunyai perkaitan yang positif dan signifikan dengan faktor sosialisasi

secara keseluruhan. Walaupun signifikan (p<0.05) tetapi kesemua kekuatan korelasi

adalah lemah dan sederhana dalam kalangan angkubah-angkubah berkenaan yang

ditunjukkan oleh nilai pekali korelasi (r). Kekuatan korelasi adalah lemah kerana pekali

korelasi adalah kurang dari 0.3 manakala yang sederhana adalah antara 0.3 hingga 0.5

mengikut Rule of Thumb. Oleh itu, perkaitan yang sederhana adalah di antara faktor

sosialisasi dengan sikap, norma subjektif dan niat Perancangan Kewangan Islam.

Perkaitan yang lemah adalah bagi faktor sosialisasi dengan persepsi kawalan tingkah

laku dan dengan tingkah laku Perancangan Kewangan Islam. Hasil analisis di bahagian

ini telah dapat menjawab sebahagian objektif ketiga dalam menentukan perkaitan di

antara faktor sosialisasi dengan faktor Perancangan Kewangan Islam iaitu sikap

Perancangan Kewangan Islam, norma Perancangan Kewangan Islam, persepsi kawalan

tingkah laku, niat Perancangan Kewangan Islam dan tingkah laku Perancangan

Kewangan Islam.

Selain dari itu, faktor sosialisasi juga didapati mempunyai hubungan yang positif

dengan kesejahteraan kewangan individu. Begitu juga, hubungan ini adalah lemah

dengan nilai pekali korelasi kurang dari 0.3.

Page 233: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

211

Jadual 5.32: Korelasi Faktor Sosialisasi dengan Faktor Perancangan Kewangan Islam

dan Kesejahteraan Kewangan

Angkubah Faktor Sosialisasi

r p

1 Sikap terhadap PKI .518** .000

2 Norma Subjektif PKI .338** .000

3 Persepsi Kawalan Tingkah Laku PKI .116* .043

4 Niat Tingkah Laku PKI .377**

.000

5 Tingkah Laku PKI .187**

.001

6 Kesejahteraan Kewangan .129* .024

* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01

Ini menunjukkan kecenderungan terhadap Perancangan Kewangan Islam sama

ada dari segi pembentukan sikap, norma subjektif di mana individu melakukan sesuatu

disebabkan orang di sekitarnya, kebolehan ia mengawal tingkah laku berkenaan, niat

untuk bertingkah laku dan seterusnya bertingkah laku merancang kewangan mengikut

prinsip Islam akan meningkat disebabkan oleh pengaruh persekitaran seperti ibu bapa,

rakan, agama, media dan keluarga. Oleh itu, dalam hal tingkah laku yang baik seperti

Perancangan Kewangan Islam, dapatan sebegini yang menunjukkan hubungan positif

adalah amat baik kerana langkah seterusnya oleh pihak bertanggung jawab dapat

dilaksanakan. Pihak lain seperti ibu bapa adalah berperanan penting dalam membentuk

tingkah laku Perancangan Kewangan Islam.

Selain dari itu, faktor sosialisasi juga mempunyai hubungan yang positif dengan

kesejahteraan kewangan individu. Mereka yang banyak dipengaruhi oleh orang lain di

dalam tindakan berkaitan kewangan Islam akan berada dalam kesejahteraan kewangan

Page 234: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

212

yang lebih baik. Manakala mereka yang merasakan tidak banyak dipengaruhi oleh pihak

lain dalam hal aktiviti kewangan Islam mereka akan berkecenderungan berada dalam

keadaan yang kurang sejahtera kewangannya. Pihak ibubapa adalah berperanan penting

dalam kesejahteraan kewangan individu.

5.9.2 Korelasi antara Literasi Subjektif dan Pendidikan dengan Faktor

Perancangan Kewangan Islam

Sub-bahagian ini menjawab sebahagian lagi objektif ketiga melibatkan saling kait

literasi subjektif dan pendidikan yang merupakan demografi dengan faktor Perancangan

Kewangan Islam. Jadual 5.33 memberikan kekuatan korelasi bagi angkubah literasi

subjektif Perancangan Kewangan Islam dan pendidikan responden dengan angkubah

sikap Perancangan Kewangan Islam, norma Perancangan Kewangan Islam, persepsi

kawalan tingkah laku dan niat Perancangan Kewangan Islam. Walaupun signifikan,

kesemua kekuatan korelasi kecuali perkaitan pendidikan dengan norma subjektif yang

ditunjukkan oleh nilai r adalah lemah kerana nilainya kurang dari 0.3.

Perkaitan yang paling kuat diberikan oleh hubungan di antara literasi Perancangan

Kewangan Islam dengan tingkah laku Perancangan Kewangan Islam diikuti oleh sikap

dan niat untuk bertingkah laku dalam aspek Perancangan Kewangan Islam. Sehubungan

dengan itu, literasi Perancangan Kewangan Islam dapat disimpulkan sebagai angkubah

yang perlu dalam meningkatkan tingkah laku individu dalam konteks Perancangan

Kewangan Islam. Manakala pendidikan juga memberikan kekuatan perkaitan yang

paling tinggi dengan angkubah sikap terhadap Perancangan Kewangan Islam. Ini

menunjukkan bahawa pendidikan yang lebih tinggi berperanan penting dalam

pembentukan sikap yang lebih positif terhadap Perancangan Kewangan Islam.

Page 235: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

213

Jadual 5.33: Korelasi Literasi Subjektif dan Pendidikan dengan Faktor Perancangan

Kewangan Islam

Angkubah Literasi Subjektif PKI Tahun Belajar

R P R P

1 Sikap terhadap PKI .121* .018 .216** .000

2 Norma Subjektif PKI .210** .000 .048 .203

3 Persepsi Kawalan Tingkah Laku

PKI .140** .007

-.141** .007

4 Niat Tingkah Laku PKI .207** .000 .162** .002

5 Tingkah Laku PKI .334** .000 .153** .007

* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01

5.9.3 Korelasi antara Niat dan Tingkah Laku dengan Faktor Perancangan

Kewangan Islam

Jadual 5.34 memberikan kekuatan korelasi bagi angkubah niat dan tingkah laku dengan

angkubah sikap Perancangan Kewangan Islam, norma Perancangan Kewangan Islam,

persepsi kawalan tingkah laku dan niat Perancangan Kewangan Islam. Walaupun

kesemua perkaitan adalah signifikan, kebanyakan kekuatan korelasi yang ditunjukkan

oleh nilai r adalah lemah kerana nilainya kurang dari 0.3. Manakala kekuatan korelasi di

antara 0.4 hingga 0.6 dikelaskan sebagai kekuatan yang sederhana iaitu bagi perkaitan

di antara sikap dan norma subjektif dengan niat untuk bertingkah laku. Perkaitan di

antara persepsi kawalan tingkah laku dengan niat dan perkaitan di antara angkubah

sikap, norma subjektif, persepsi kawalan tingkah laku dan niat dengan tingkah laku

adalah lemah.

Page 236: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

214

Jadual 5.34: Korelasi Niat dan Tingkah Laku dengan Faktor Perancangan Kewangan

Islam

Angkubah Niat Tingkah Laku PKI Tingkah Laku PKI

R P R P

1 Sikap terhadap PKI .639** .000 .246** .000

2 Norma Subjektif PKI .469** .000 .262** .000

3 Persepsi Kawalan Tingkah Laku

PKI .141* .014 .186** .001

4 Niat Tingkah Laku PKI .337** .000

* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01

Dalam hal ini, semua perkaitan di antara angkubah adalah secara positif di mana

peningkatan dalam skor sesuatu angkubah akan membawa kepada peningkatan skor

bagi angkubah bersandarnya. Hubungan yang paling kuat dengan niat untuk bertingkah

laku Perancangan Kewangan Islam adalah bagi angkubah sikap terhadap Perancangan

Kewangan Islam. Manakala bagi hubungan yang paling kuat dengan tingkah laku

adalah oleh angkubah niat untuk bertingkah laku. Oleh itu dapat ditunjukkan bahawa

angkubah-angkubah yang terdapat dalam Teori Tingkah Laku Terancang adalah

mempunyai perkaitan yang signifikan dan positif dengan niat ataupun dengan tingkah

laku.

5.9.4 Korelasi antara Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam dengan

Kesejahteraan Kewangan

Jadual 5.35 menunjukkan hasil korelasi antara tingkah laku Perancangan Kewangan

Islam dengan kesejahteraan kewangan individu. Dapatan kajian menggunakan ujian

korelasi Pearson membuktikan terdapat perkaitan yang signifikan di antara tingkah laku

Page 237: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

215

Perancangan Kewangan Islam dengan kesejahteraan kewangan individu. Kekuatan

perkaitan di antara dua angkubah ini adalah lemah dengan nilai korelasi koefisiennya

sebagai 0.371 sahaja. Perkaitan positif ini membawa maksud bahawa peningkatan

tingkah laku Perancangan Kewangan Islam akan juga meningkatkan kesejahteraan

kewangan. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa tingkah laku Perancangan Kewangan

Islam adala penting bagi membawa ke arah kesejahteraan kewangan individu.

Jadual 5.35: Korelasi Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam dengan

Kesejahteraan Kewangan

Angkubah Kesejahteraan Kewangan

R p

1 Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam .371** .000

** signifikan pada p<0.01

5.10 Regresi Berbilang bagi Niat untuk Tingkah Laku Perancangan Kewangan

Islam

Bahagian ini adalah untuk menjawab sebahagian objektif keempat. Objektif keempat

merujuk kepada menentukan faktor yang mempengaruhi niat dan tingkah laku individu

dalam tingkah laku Perancangan Kewangan Islam, manakala bahagian objektif yang

dijawab di sini adalah faktor yang mempengaruhi niat untuk bertingkah laku dalam

Perancangan Kewangan Islam. Hipotesis berkaitan yang dibina adalah seperti berikut.

Ha1 Terdapat pengaruh signifikan oleh faktor sikap, norma subjektif dan persepsi

kawalan tingkah laku Perancangan Kewangan Islam terhadap niat individu

terhadap Perancangan Kewangan Islam.

Page 238: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

216

Hipotesis pertama diuji dengan analisis regresi berbilang bagi menentukan

pengaruh faktor-faktor berkaitan individu ke atas niat untuk tingkah laku Perancangan

Kewangan Islam. Sebelum dijalankan analisis regresi berbilang, perkaitan di antara

angkubah-angkubah bebas dan angkubah bersandar telah ditentukan melalui korelasi

Pearson. Hanya angkubah bebas yang memberikan perkaitan yang signifikan dengan

angkubah bersandar dimasukkan dalam model regresi.

Dalam kalangan latar belakang, hanya pendidikan individu didapati mempunyai

perkaitan yang signifikan dengan niat untuk tingkah laku Perancangan Kewangan Islam.

Begitu juga bagi literasi, hanya literasi subjektif Perancangan Kewangan Islam adalah

signifikan dalam perkaitan dengan niat untuk bertingkah laku. Faktor-faktor

Perancangan Kewangan Islam juga telah ditentukan kesignifkan perkaitan melalui

korelasi Pearson di bahagian yang awal. Angkubah yang terlibat dalam model regresi

niat untuk merancang kewangan Islam ditunjukkan dalam jadual 5.36 dengan model

akhir terdiri dari angkubah pendidikan, literasi subjektif, sikap, norma subjektif dan

persepsi kawalan tingkah laku.

Regresi berbilang bagi model niat untuk tingkah laku Perancangan Kewangan

Islam didapati memberikan 48.2 peratus daripada varian dalam tingkah laku

Perancangan Kewangan Islam individu dapat diterangkan oleh faktor-faktor dalam

model yang dikaji. Model yang menerangkan varian yang lebih tinggi bagi penglibatan

dalam niat untuk merancang kewangan secara Islam dapat menjelaskan dengan lebih

baik mengenai pengaruh faktor-faktor terhadap niat untuk terlibat dalam Perancangan

Kewangan Islam berkenaan. Hasil analisis ANOVA bagi model menunjukkan model

lengkap (yang ke 2) adalah sah (F=55.421; p=.000). Oleh itu dapatan kajian dari model

ini dapat dihuraikan hasilnya.

Page 239: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

217

Jadual 5.36: Regresi Berbilang bagi Niat untuk Tingkah Laku Perancangan Kewangan

Islam

Angkubah

KBP KP SK

B RP Beta t Sig. T VIF

1. Pemalar 119.483 114.160 1.047 .296

Tahun Belajar 20.168 8.263 .137 2.441* .015 .983 1.017

Literasi PKI 31.501 9.388 .189 3.356** .001 .983 1.017

2. Pemalar -134.067 89.771 -1.493 .136

Tahun Belajar 4.012 6.414 .027 .626 .532 .910 1.099

Literasi PKI 13.899 7.214 .083 1.927 .055 .928 1.077

Sikap PKI 6.227 .540 .529 11.541** .000 .827 1.209

Norma Subjektif PKI 3.832 .698 .254 5.486** .000 .810 1.234

Persepsi Kawalan

Tingkah Laku PKI .457 1.005 .020 .455 .649 .908 1.102

* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01

KBP KP SK RP T

Koefisien Bukan Piawai Koefisien Piawai Statistik Kolineariti Ralat

Piawai

Toleransi

Niat untuk bertingkah laku Perancangan Kewangan Islam individu boleh

diterangkan menggunakan pengaruh daripada pelbagai faktor dalam model. Hasil

analisis dalam jadual 5.36 menunjukkan latar belakang pendidikan individu iaitu

tempoh belajar memberikan pengaruh secara signifikan yang positif (t=2.441; p=.015)

ke atas tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dalam model 1. Manakala faktor

literasi Perancangan Kewangan Islam didapati mempengaruhi tingkah laku berkaitan

dalam Model 1 (t=3.356; p=.001) secara langsung.

Page 240: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

218

Dua faktor iaitu sikap (t=11.541; p=.000) dan norma subjektif (t=5.486; p=.000)

didapati mempengaruhi secara signifikan dan positif terhadap niat untuk bertingkah laku

manakala persepsi kawalan tingkah laku (t=0.455; p=.649) didapati tidak mempunyai

pengaruh signifikan ke atas tingkah laku Perancangan Kewangan Islam iaitu dalam

Model 2. Oleh itu, bahagian objektif yang hanya dijawab di sini adalah faktor yang

mempengaruhi niat untuk bertingkah laku dalam Perancangan Kewangan Islam. Dengan

itu hanya sikap dan norma subjektif Perancangan Kewangan Islam sahaja yang didapati

mempengaruhi niat untuk merancang kewangan secara Islam. Oleh itu hipotesis yang

dibina disokong oleh dapatan kajian kecuali bagi persepsi kawalan tingkah laku.

Dapatan ini adalah selari dengan Teori Tingkah Laku Terancang oleh Ajzen

(2005). Teori ini menyatakan terdapat hubungan langsung di antara faktor sikap dan

norma subjektif dengan niat terhadap Perancangan Kewangan Islam manakala bagi

faktor persepsi kawalan tingkah laku adalah faktor yang dinyatakan mempunyai

hubungan dengan tingkah laku berbanding dengan niat. Begitu juga, dapatan adalah

selari dengan Teori Tindakan Beralasan yang hanya mempunyai dua faktor yang

mempengaruhi niat untuk bertingkah laku iaitu sikap dan norma subjektif.

Bagi individu yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi, ini akan membantu

untuk meningkatkan niat untuk merancang kewangan secara Islam. Literasi mengenai

Perancangan Kewangan Islam menggambarkan individu lebih mengetahui mengenai

manfaat dalam melaksanakannya dengan itu, ia akan menjadi asas dalam niat untuk

tingkah laku kewangannya yang lebih mengarah kepada kehendak syariah. Sehubungan

dengan itu, tahap pendidikan dan literasi mengenai Perancangan Kewangan Islam lebih

berperanan penting bagi menentukan niat untuk penglibatan individu dalam

menyediakan pelan Perancangan Kewangan Islam.

Page 241: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

219

5.11 Regresi Berbilang Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam

Bahagian ini adalah untuk menjawab objektif keempat dan hipotesis kedua (Ha2).

Objektif keempat merujuk kepada menentukan faktor yang mempengaruhi niat dan

tingkah laku individu dalam Perancangan Kewangan Islam, manakala hipotesis kedua

adalah seperti berikut.

Ha2: Terdapat pengaruh signifikan oleh faktor sikap, norma subjektif dan persepsi

kawalan tingkah laku terhadap tingkah laku individu dalam Perancangan

Kewangan Islam.

Analisis regresi berbilang digunakan bagi menentukan pengaruh faktor-faktor

berkaitan individu ke atas tingkah laku Perancangan Kewangan Islam. Sebelum

dijalankan analisis regresi berbilang, perkaitan di antara angkubah-angkubah bebas dan

angkubah bersandar telah ditentukan melalui korelasi Pearson. Hanya angkubah bebas

yang memberikan perkaitan yang signifikan dengan angkubah bersandar dimasukkan

dalam model regresi.

Dalam kalangan latar belakang, hanya pendidikan individu didapati mempunyai

perkaitan yang signifikan dengan tingkah laku Perancangan Kewangan Islam. Begitu

juga bagi literasi, hanya literasi subjektif Perancangan Kewangan Islam adalah

signifikan dalam perkaitan dengan tingkah laku. Faktor-faktor Perancangan Kewangan

Islam juga telah ditentukan kesignifkan perkaitan melalui korelasi Pearson di bahagian

yang awal. Angkubah yang terlibat dalam model regresi ditunjukkan dalam jadual 5.37

dengan model akhir terdiri dari angkubah pendidikan, literasi subjektif, sikap, norma

subjektif, persepsi kawalan tingkah laku dan niat untuk merancang kewangan Islam.

Page 242: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

220

Regresi berbilang bagi model tingkah laku Perancangan Kewangan Islam didapati

memberikan sekitar 22.6 peratus daripada varian dalam tingkah laku Perancangan

Kewangan Islam individu dapat diterangkan oleh faktor-faktor dalam model yang

dikaji. Model yang menerangkan varian yang lebih tinggi bagi penglibatan dalam

merancang kewangan secara Islam dapat menjelaskan dengan lebih baik mengenai

pengaruh faktor-faktor terhadap penglibatan dalam Perancangan Kewangan Islam

berkenaan. Hasil analisis ANOVA bagi model menunjukkan model lengkap (yang ke 4)

adalah sah (F=14.459; p=.0001) begitu juga dengan model-model awal (rujuk Lampiran

4). Oleh itu dapatan kajian dari model ini dapat dihuraikan hasilnya.

Tingkah laku Perancangan Kewangan Islam individu boleh diterangkan

menggunakan pengaruh daripada pelbagai faktor dalam model. Hasil analisis dalam

jadual 5.37 menunjukkan latar belakang pendidikan individu iaitu tempoh belajar

memberikan pengaruh secara signifikan yang positif (t=3.749, p=.000; t=3.166, p=.002;

t= 3.046, p=.003; t=2.978, p=.000) ke atas tingkah laku Perancangan Kewangan Islam

dalam keempat-empat model berkenaan.

Manakala faktor literasi Perancangan Kewangan Islam didapati mempengaruhi

tingkah laku berkaitan dalam Model 2 (t=5.732; p=.000) secara langsung, Model 3

(t=4.669; p=.000) yang melibatkan faktor sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan

tingkah laku. Ketiga-tiga faktor iaitu sikap (t=2.133; p=.034), norma subjektif (t=2.213;

p=.028) dan persepsi kawalan tingkah laku (t=2.446; p=.015) didapati mempunyai

pengaruh signifikan yang juga positif ke atas tingkah laku Perancangan Kewangan

Islam iaitu dalam Model 3.

Page 243: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

221

Jadual 5.37: Regresi Berbilang bagi Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam

Model Angkubah KBP KP SK

B RP Beta t Sig. T VIF

1. Pemalar 24.066 2.683 8.968 .000

Tahun Belajar .723 .193 .211 3.749** .000 1.000 1.000

2. Pemalar 23.351 2.555 9.139 .000

Tahun Belajar .586 .185 .171 3.166** .002 .983 1.017

Literasi PKI 1.204 .210 .309 5.732** .000 .983 1.017

3. Pemalar 19.609 2.597 7.550 .000

Tahun Belajar .565 .186 .165 3.046** .003 .910 1.099

Literasi PKI .975 .209 .250 4.669** .000 .928 1.077

Sikap PKI .033 .016 .121 2.133* .034 .827 1.209

Norma Subjektif PKI .045 .020 .127 2.213* .028 .810 1.234

Persepsi Kawalan

Tingkah Laku PKI .071 .029 .133 2.446* .015 .908 1.102

4. Pemalar 20.233 2.577 7.851 .000

Tahun Belajar .547 .184 .159 2.978** .003 .909 1.100

Literasi PKI .910 .208 .234 4.382** .000 .917 1.091

Sikap PKI .004 .019 .016 .231 .818 .571 1.750

Norma Subjektif PKI .027 .021 .076 1.281 .201 .736 1.359

Persepsi Kawalan

Tingkah Laku PKI .069 .029 .129 2.399* .017 .907 1.102

Niat Tingkah laku

PKI .005 .002 .199 2.812** .005 .518 1.930

* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01

KBP KP SK RP T

Koefisien Bukan Piawai Koefisien Piawai Statistik Kolineariti Ralat

Piawai

Toleransi

Oleh itu sehingga Model 3, faktor-faktor Perancangan Kewangan Islam yang

terlibat kecuali niat (belum dimasukkan dalam model) adalah didapati memberi

Page 244: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

222

pengaruh signifikan yang positif terhadap tingkah laku Perancangan Kewangan Islam.

Sehubungan dengan itu, dalam kajian ini angkubah dalam Teori Tingkah Laku

Terancang iaitu sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku Perancangan

Kewangan Islam didapati mempunyai pengaruh secara langsung ke atas tingkah laku

Perancangan Kewangan Islam.

5.12 Mediator Niat dalam Pengaruh Faktor ke atas Tingkah Laku Perancangan

Kewangan Islam

Objektif kelima dan hipotesis keempat merujuk kepada menentukan sama ada niat

bertindak sebagai mediator dalam pengaruh oleh faktor Perancangan Kewangan Islam

yang terdiri dari niat, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku terhadap

tingkah laku Perancangan Kewangan Islam. Ia dinyatakan seperti berikut iaitu objektif

kelima adalah untuk mengenalpasti sama ada niat merupakan mediator bagi pengaruh

oleh sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku Perancangan Kewangan

Islam terhadap tingkah laku individu dalam Perancangan Kewangan Islam. Manakala

hipotesis keempat adalah:

Ha4 Niat adalah mediator signifikan bagi pengaruh oleh sikap, norma subjektif dan

persepsi kawalan tingkah laku Perancangan Kewangan Islam terhadap tingkah

laku individu dalam Perancangan Kewangan Islam.

Bagi menentukan niat adalah sebagai mediator, terdapat empat keadaan yang

perlu dipatuhi. Sepertimana yang dinyatakan dalam tajuk metodologi, dalam mencapai

keadaan pertama, angkubah tidak bersandar iaitu sikap, norma subjektif dan persepsi

Page 245: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

223

kawalan tingkah laku mestilah signifikan dalam mempengaruhi angkubah bersandar

tingkah laku Perancangan Kewangan Islam. Keadaan pertama ini dikenalpasti

menggunakan analisis regresi berbilang di mana angkubah tidak bersandar adalah

ketiga-tiga faktor Perancangan Kewangan Islam manakala angkubah bersandar adalah

Perancangan Kewangan Islam. Angkubah kawalan yang digunakan adalah pendidikan

dan literasi Perancangan Kewangan Islam. Keadaan ini telah dicapai di mana ia

ditunjukkan semasa menjawab hiposesis kedua, Ha2 dengan dapatan kajian dalam jadual

5.37 Model ketiga.

Keadaan kedua yang mesti dicapai bagi menunjukkan kesan mediator adalah

pengaruh oleh angkubah-angkubah tidak bersandar mestilah signifikan terhadap niat

sebagai mediator. Keadaan kedua ini ditentukan melalui analisis regresi berbilang yang

melibatkan angkubah tidak bersandar sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan

tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan angkubah bersandar adalah niat

Perancangan Kewangan Islam. Angkubah kawalan yang digunakan adalah pendidikan

dan literasi Perancangan Kewangan Islam yang sama digunakan sepertimana untuk

model bagi keadaan kedua. Hipotesis pertama, Ha1 yang merujuk kepada dapatan kajian

dalam jadual 5.37 telah menunjukkan bahawa keadaan kedua ini dicapai.

Bagi menunjukkan niat bertindak sebagai mediator, keadaan ketiga mesti dipatuhi

iaitu hendaklah ada pengaruh signifikan oleh niat ke atas pembolehubah bersandar iaitu

tingkah laku Perancangan Kewangan Islam. Keadaan keempat juga mestilah dipatuhi

iaitu bila pengaruh oleh mediator niat dimalarkan, pengaruh oleh angkubah-angkubah

tidak bersandar ke atas angkubah bersandar Perancangan Kewangan Islam mestilah

tidak signifikan. Dalam hal ini, pengaruh oleh sikap, norma subjektif dan persepsi

kawalan tingkah laku mestilah tidak signifikan ke atas Perancangan Kewangan Islam

Page 246: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

224

manakala niat adalah signifikan ke atas Perancangan Kewangan Islam. Oleh itu lanjutan

dari Model ketiga, angkubah mediator niat ditambah dalam blok berikutnya yang

menghasilkan model baharu dengan adanya niat manakala angkubah tidak bersandar

serta bersandar adalah sama seperti dalam Model ketiga. Dengan merujuk kepada

dapatan kajian dalam jadual 5.37 bagi Model keempat, penentuan sama ada keadaan

ketiga dan keempat ini dicapai dapat dilakukan.

Dalam Model 4, ia melibatkan tambahan angkubah niat untuk bertingkah laku.

Walau bagaimanapun, apabila ditambah niat untuk merancang kewangan Islam dalam

Model ke 4, sikap (t=.231; p=.818) dan norma subjektif (t=1.281; p=.201) tidak lagi

menunjukkan pengaruh yang signifikan ke atas angkubah bersandar tetapi persepsi

kawalan tingkah laku (t=4.382**; p=.000) sahaja yang masih menunjukkan pengaruh

yang signifikan ke atas Perancangan Kewangan Islam. Dapatan ini menyokong

sebahagian keadaan keempat. Niat pula dalam Model 4 ini memberikan pengaruh yang

signifikan (t=2.812**; p=.005) ke atas tingkah laku yang menyokong keadaan ketiga.

Hasil ini yang memberikan pengaruh yang tidak signifikan oleh sikap dan norma

subjektif manakala niat adalah signifikan menunjukkan bahawa niat bertindak sebagai

mediator dalam pengaruh sikap dan norma subjektif terhadap tingkah laku Perancangan

Kewangan Islam. Manakala niat tidak bertindak sebagai mediator dalam pengaruh

persepsi kawalan tingkah laku terhadap tingkah laku Perancangan Kewangan Islam.

Dapatan ini adalah selari dengan Teori Tingkah Laku Terancang. Sikap dan

norma subjektif Perancangan Kewangan Islam didapati bertindak mempengaruhi niat

terhadap Perancangan Kewangan Islam yang seterusnya memberi kesan terhadap

tingkah laku berkenaan. Mereka yang mempunyai sikap positif terhadap Perancangan

Kewangan Islam akan mengaruh niat untuk merancang kewangan secara Islam yang

Page 247: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

225

seterusnya membawa kepada Perancangan Kewangan. Begitu juga bagi mereka yang

mempunyai norma subjektif yang tinggi di mana mereka cenderung untuk melakukan

sesuatu sepertimana orang-orang di sekitar mereka. Golongan ini memerlukan niat bagi

menghasilkan pengaruh untuk bertingkah laku yakni merancang kewangan secara Islam.

Manakala persepsi kawalan tingkah laku masih kekal signifikan dalam

pengaruhnya terhadap Perancangan Kewangan Islam dan niat juga signifikan terhadap

Perancangan Kewangan Islam. Dalam hal ini, niat tidak berfungsi sebagai mediator di

antara pengaruh oleh persepsi kawalan tingkah laku terhadap tingkah laku Perancangan

Kewangan Islam. Persepsi kawalan tingkah laku didapati tidak dapat mempengaruhi

niat untuk bertingkah laku untuk mempamerkan tingkah laku Perancangan Kewangan

Islam. Sebaliknya, persepsi kawalan tingkah laku memberi pengaruh langsung terhadap

Perancangan Kewangan Islam. Golongan yang pada tanggapan mereka mempunyai

kawalan terhadap tingkah laku yang akan dilakukan iaitu merancang kewangan secara

Islam, akan terus melakukan tingkah laku Perancangan Kewangan Islam tanpa

memerlukan niat untuk bertingkah laku. Ini adalah bertepatan dengan Teori Tingkah

Laku Terancang oleh Ajzen yang menyatakan niat tidak menyumbang kepada kekuatan

pengaruh oleh angkubah ini terhadap Perancangan Kewangan Islam.

Sebagai kesimpulan bagi pengujian hipotesis niat sebagai mediator, niat

Perancangan Kewangan Islam didapati bertindak sebagai mediator di antara pengaruh

oleh sikap dan norma subjektif Perancangan Kewangan Islam terhadap tingkah laku

Perancangan Kewangan Islam. Namun demikian, niat tidak bertindak sebagai mediator

bagi pengaruh oleh persepsi kawalan tingkah laku terhadap tingkah laku Perancangan

Kewangan Islam.

Page 248: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

226

5.13 Regresi Mudah Kesejahteraan Kewangan

Regresi mudah digunakan bagi menjawab objektif keempat dan hipotesis ketiga Ha3

melibatkan hanya dua angkubah iaitu tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

kesejahteraan kewangan. Objektif keempat adalah untuk menentukan pengaruh oleh

tingkah laku Perancangan Kewangan Islam terhadap kesejahteraan kewangan.

Manakala hipotesis alternatif yang perlu diuji dinyatakan seperti berikut:

Ha3 Terdapat pengaruh signifikan oleh tingkah laku Perancangan Kewangan Islam

terhadap kesejahteraan kewangan.

Model regresi mudah yang dilakukan adalah sah yang dibuktikan melalui analisis

ANOVA (F=45.894; p=.000) manakala nilai R kuasadua adalah 13.0% yang dianggap

sebagai model yang baik. Nilai ini menunjukkan bahawa sebanyak 13 peratus dari

varians dalam kesejahteraan kewangan individu dapat diterangkan oleh tingkah laku

Perancangan Kewangan Islam.

Jadual 5.38 memberikan hasil analisis regresi mudah bagi tingkah laku

Perancangan Kewangan Islam dengan kesejahteraan kewangan sebagai angkubah

bersandar. Pengaruh yang positif dan signifikan diperolehi bagi hubungan di antara

tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dengan kesejahteraan kewangan (t=6.774;

p=.000). Oleh itu hasil analisis ini dapat menjawab objektif mengenai pengaruh oleh

tingkah laku Perancangan Kewangan Islam terhadap kesejahteraan kewangan.

Sehubungan dengan itu, hipotesis alternatif yang dibina disokong oleh dapatan kajian

kerana pengaruh oleh tingkah laku adalah signifikan ke atas kesejahteraan kewangan.

Pengujian hipotesis alternatif ini membawa kepada kesimpulan bahawa terdapat

Page 249: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

227

pengaruh oleh tingkah laku Perancangan Kewangan Islam terhadap kesejahteraan

kewangan.

Jadual 5.38: Regresi Mudah Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam dengan

Kesejahteraan Kewangan

Angkubah

KBP KP

B RP Beta t Sig.

1. Pemalar 4.185 .348 12.032 .000

Tingkah Laku Perancangan Kewangan

Islam .084 .012 .360 6.774** .000

** signifikan pada p<0.01

KBP KP SK RP T

Koefisien Bukan

Piawai

Koefisien Piawai Statistik Kolineariti Ralat

Piawai

Toleransi

Angkubah bebas tingkah laku Perancangan Kewangan Islam didapati

menunjukkan pengaruh signifikan yang positif terhadap kesejahteraan kewangan

individu. Individu yang melakukan banyak aktiviti Perancangan Kewangan Islam dapat

menyumbangkan kepada peningkatan kesejahteraan kewangan mereka. Hal yang

sebaliknya juga adalah benar di mana individu yang kurang melakukan aktiviti

Perancangan Kewangan Islam akan cenderung menyumbangkan kepada penurunan

kesejahteraan kewangan mereka. Dengan itu dapat ditunjukkan bahawa penglibatan

dalam Perancangan Kewangan Islam adalah penting kepada kesejahteraan kewangan

individu secara keseluruhannya.

Page 250: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

228

5.14 Kesimpulan

Berdasarkan kepada gambar rajah 5.1, bab ini membentangkan hasil kajian deskriptif

dan inferens bagi angkubah iaitu melibatkan perbandingan, perkaitan serta pengaruh di

antara angkubah-angkubah kajian. Faktor sikap dan norma subjektif didapati

mempengaruhi niat untuk bertingkah laku perancangan kewangan Islam.

Walaubagaimanapun, persepsi kawalan tingkah laku didapati tidak mempengaruhi niat

untuk bertingkah laku dalam konteks Perancangan Kewangan Islam. Bagi pengaruh

terhadap tingkah laku perancangan kewangan Islam, literasi, persepsi kawalan tingkah

laku dan niat didapati mempengaruhi tingkah laku berkenaan. Lanjutan dari itu, tingkah

laku Perancangan Kewangan Islam didapati mempengaruhi kesejahteraan kewangan

individu dalam kalangan penjawat awam.

Anteseden Teori Tingkah Laku Yang Terancang Hasil

Demografi Sikap PKI

Literasi

PKI

Norma

Subjektif

PKI

Niat Tingkah

Laku PKI

Tingkah

Laku

PKI

Kesejahteraan

Kewangan

Faktor

Sosialisasi

Persepsi

Kawalan

Tingkah

Laku PKI

Gambar Rajah 5.1: Kerangka Kajian Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam

Berdasarkan Teori Tingkah laku Terancang

Page 251: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

229

BAB 6: RUMUSAN

6.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan secara ringkas rumusan berkaitan kajian, penemuan utama,

sumbangan kajian kepada masyarakat dan cadangan kepada penyelidik yang berhajat

untuk menjalankan kajian yang sama pada masa depan. Penerangan melibatkan

gabungan hasil dari dua kaedah kajian utama iaitu kajian kualitatif berdasarkan kupasan

literatur dan kajian kuantitatif yang menghasilkan data primer bagi menguji hipotesis

yang telah dibangunkan. Data primer dari soal selidik berdasarkan maklumat yang

disediakan oleh responden kajian diperolehi dari kakitangan awam yang bertugas di

Putrajaya.

6.2 Ringkasan Kajian

Kajian dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kajian kualitatif dan kajian kuantitatif.

Berdasarkan kajian literatur dapat difahami bahawa bidang perancangan kewangan

wujud setelah perkembangan pesat di dalam industri kewangan menuntut pengguna agar

lebih bersedia dengan pelbagai informasi tentang produk dan perkhidmatan kewangan

yang ditawarkan kepada mereka. Kepelbagaian produk dan perkhidmatan kewangan

perlu diurus dengan baik oleh pengguna kerana kekurangan ilmu pengetahuan tentang

produk kewangan akan menjerat pengguna dengan kos kewangan dan beban hutang

yang tinggi.

Perancangan kewangan adalah satu bentuk pengetahuan sepanjang hidup (life long

learning knowledge) yang perlu dipelajari kerana ia melibatkan tempoh fasa kehidupan

Page 252: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

230

yang panjang, kos kewangan yang besar, pelan perancangan yang terperinci dan proses

pembentukan tingkah laku kewangan berhemat. Secara mudah perancangan kewangan

dapat difahami dari tiga proses utama melibatkan usaha mencari sumber dan

membelanjakan sumber serta mengagihkan baki dari kedua-dua proses pencarian dan

perbelanjaan sumber melalui kaedah aliran tunai masuk dalam simpanan dan pelaburan

atau

Kajian secara kualitatif juga menumpukan kepada usaha mengenalpasti

bagaimana bidang perancangan kewangan menjadi penting kepada pengguna dalam

mengurus aspek kewangan mereka, apakah komponen utama ilmu pengetahuan yang

terdapat di dalam bidang perancangan kewangan dan bagaimana mengaplikasikan

komponen utama kewangan di dalam aktiviti kewangan harian. Kajian kualitatif

mengunakan data sekunder dan berdasarkan sumber syariah iaitu Al-Quran dan As-

Sunnah. Kajian kualitatif sangat penting untuk mengetahui evolusi bidang perancangan

kewangan sehingga menjadi satu disiplin ilmu pengetahuan baharu yang penting dan

pemahaman ke atas pelbagai komponen utama kewangan yang membentuk bidang

perancangan kewangan serta apakah proses yang terlibat untuk mengerakkan aktiviti

kewangan bagi mencapai matlamat kewangan yang telah ditetapkan.

Berdasarkan kepada persoalan di atas, maka kajian kualitatif menumpukan

kepada mencapai objektif pertama iaitu sejarah dan evolusi bidang perancangan

kewangan di dalam system kewangan di Malaysia. Berdasarkan sumber data sekunder,

kajian mendapati bidang perancangan kewangan hadir disebabkan kemajuan dalam

sektor barangan dan perkhidmatan kewangan. Pembangunan bidang perancangan

kewangan sebagai cabang ilmu pengetahuan dan kemahiran bermula akibat perubahan

dalam aspek socio-ekonomi masyarakat. Antara aspek perubahan yang mempengaruhi

Page 253: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

231

corak kehidupan individu berkaitan kewangan ialah perubahan dalam konteks sosial dan

ekonomi: tema perubahan merangkumi aspek perubahan dalam masyarakat, putaran

ekonomi dunia yang tidak menentu serta kepelbagaian tawaran produk dan

perkhidmatan kewangan (financial engineering). Ia turut disumbang oleh hubungan

individu dan isirumah: hubungan antara individu dalam keluarga mempengaruhi corak

perbelanjaan dan penggunaan sumber isirumah serta kitaran hidup keluarga: aspek

kewangan individu bermula dari sejak ia dilahirkan sehingga saat kematian dan

kewujudan perancangan kewangan.

Kajian kuantitatif ke atas tingkah laku perancangan kewangan individu

menggunakan model Teori Tingkah Laku Terancang oleh Ajzen (2005) yang memberi

tumpuan kepada faktor yang menentukan pilihan tingkah laku individu iaitu sikap sama

ada positif atau negatif terhadap sasaran tingkah laku, norma subjektif iaitu pengaruh

persekitaran dan persepsi kawalan tingkah laku. Kajian ini berbentuk keratan rentas

dilakukan bagi menjawab objektif kajian yang kedua dan ketiga mengenai perbandingan

berdasarkan latar belakang bagi angkubah-angkubah kajian dan juga perkaitan dalam

kalangan angkubah-angkubah iaitu literasi Perancangan Kewangan Islam, faktor

sosialisasi, sikap terhadap Perancangan Kewangan Islam, norma subjektif Perancangan

Kewangan Islam, persepsi kawalan Perancangan Kewangan Islam, niat terhadap

Perancangan Kewangan Islam, tingkahlaku Perancangan Kewangan Islam dan

kesejahteraan kewangan. Selain dari itu, ia juga untuk menjawab objektif keempat iaitu

dalam menentukan faktor-faktor (sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah

laku) yang mempengaruhi individu dalam niat dan tingkah laku Perancangan Kewangan

Islam serta kesannya ke atas kesejahteraan kewangan. Penentuan niat sebagai mediator

bagi pengaruh oleh sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku

Page 254: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

232

Perancangan Kewangan Islam terhadap tingkah laku individu dalam Perancangan

Kewangan Islam juga dilakukan.

Borang soal-selidik digunakan sebagai instrumen kajian bagi mengutip data

primer yang boleh digunakan bagi menjawab objektif dan membuat pengujian hipotesis

di mana ia dapat menerangkan mengenai perbandingan berdasarkan latar belakang dan

hubungan antara angkubah-angkubah serta menentukan pengaruh oleh angkubah tidak

bersandar ke atas angkubah bersandar. Pembinaan borang soal selidik melibatkan

pengukuran angkubah yang berdasarkan kepada pengukuran daripada kajian lepas.

Sebahagian pengukuran angkubah diubahsuai mengikut konteks Perancangan

Kewangan Islam. Terdapat pengukuran angkubah yang merupakan pengukuran secara

langsung seperti untuk literasi PKI, faktor sosialisasi, niat terhadap PKI, tingkahlaku

PKI dan kesejahteraan kewangan. Manakala terdapat pengukuran angkubah yang

dilakukan secara tidak langsung di mana ia melibatkan penggunaan formula tertentu

bagi mendapatkan skor jumlah. Maklumat latar belakang responden juga diperlukan

meliputi jantina, taraf perkahwinan, tahap pendidikan, umur, pekerjaan, kategori

pekerjaan, tempoh pekerjaan, kementerian, pendapatan sendiri dan pendapatan isi

rumah yang diperolehi melalui kaedah respon terhad dan terbuka.

Persampelan rawak berperingkat dilakukan terhadap sejumlah 28 kementerian-

kementerian di Putrajaya dan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan pada tahun 2010. Di

peringkat pertama, sebanyak tujuh kementerian dipilih secara rawak mudah berdasarkan

undian diikuti oleh pemilihan jabatan daripada setiap kementerian yang telah terpilih.

Pengiraan saiz sampel menghasilkan 384 sampel, namun sebanyak 450 borang

soalselidik diedarkan bagi mengambilkira kemungkinan terdapat borang soal selidik

yang tidak dipulangkan. Sebanyak 310 borang soalselidik yang ditadbir sendiri oleh

Page 255: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

233

responden dapat dikumpulkan untuk dianalisa tetapi hanya 304 data dapat digunakan

untuk analisis.

Data yang dikutip dimasukkan dalam sistem dan melalui proses pembersihan

data menggunakan program SPSS sebelum boleh digunakan dalam analisis seterusnya.

Data bersih ini ditentukan kesahan bagi pengukuran angkubah-angkubah merangkumi

kesahan muka yang diperolehi melalui pra-ujian, kesahan kandungan diperolehi melalui

penggunaan pengukuran dalam kajian lepas dan kesahan konstruk yang boleh

ditentukan menggunakan analisis faktor terhadap pernyataan yang digunakan dalam

pengukuran. Kebolehpercayaan pengukuran angkubah-angkubah ditentukan melalui

ujian alfa Cronbach. Setelah ditentukan kesahan dan kebolehpercayaan bagi pengukuran

angkubah, skor jumlah dikirakan dari sumbangan setiap pernyataan yang mengukur

angkubah berkenaan bagi pengukuran secara langsung. Bagi pengukuran angkubah

secara tidak langsung, formula tertentu digunakan

Jenis analisis yang terlibat adalah deskriptif bagi memerihalkan data

terutamanya bagi profil latar belakang responden dan bagi setiap pernyataan angkubah-

angkubah. Analisis selanjutnya adalah ujian-t, ujian ANOVA, korelasi Pearson dan

regresi berbilang bagi menjawab objektif perbandingan berdasarkan latar belakang,

perkaitan dalam kalangan angkubah-angkubah, pengaruh oleh angkubah tidak bersandar

kepada angkubah bersandar dan penentuan niat PKI sebagai mediator di antara

angkubah tidak bersandar dengan angkubah bersandar tingkah laku Perancangan

Kewangan Islam.

Page 256: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

234

6.3 Penemuan Utama

Hasil kajian literatur mendapati bidang perancangan kewangan pada mulanya timbul

hasil dari ketidakpuasan sekumpulan individu yang tidak berpuashati dengan kadar upah

yang diterima dari institusi kewangan dan tahap kualiti perkhidmatan berkaitan

kewangan yang ditawarkan kepada pelangan mereka. Bagi mereka, tugas agen penjual

produk yang mewakili institusi kewangan bukan sekadar menjual produk kewangan

semata-mata tetapi lebih dari itu perlu juga menyediakan khidmat nasihat berkaitan

kemahiran pengurusan kewangan kepada pelanggan mereka.

Hasilnya, satu kumpulan yang dinamakan Persatuan Etika Kaunseling Kewangan

(Society for Financial Counselling Ethics) ditubuhkan di O'Hare Inn, Chicago, Illinois.

Perubahan demi perubahan berlaku di dalam Persatuan Etika Kaunseling Kewangan

hinggalah satu entiti yang dinamakan Persatuan Perancang Kewangan (Financial

Planning Association-FPA) ditubuhkan. Tujuan penubuhan persatuan tersebut adalah

untuk mengerakkan usaha mengembang dan merangsang kesedaran masyarakat

terhadap kepentingan perancangan kewangan ke seluruh dunia. Selain memperkenalkan

satu kerjaya yang penting dalam bidang penasihatan dan perundingan yang disebut

“perancang kewangan”.

Perkembangan pesat bidang kewangan telah mempengaruhi pelbagai bidang yang

selari dengan perancangan seperti penasihatan, kaunseling dan perunding (consultancy)

untuk turut serta menyumbang khidmat kepada pengguna. Maka serentak dengan

penubuhan FPA, Persatuan Kebangsaan Penasihatan Kewangan Personal (National

Association of Personal Financial Advisors-NAPFA) dan Persatuan Kaunseling

Kewangan dan Pendidikan Perancangan (Association of Financial Counseling and

Planning Education-AFCPE) ditubuhkan kemudiannya.

Page 257: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

235

Kewujudan era digital dan teknologi maklumat telah merancakkan perkembangan

industri kewangan dengan penawaran pelbagai produk kewangan dalam talian (online).

Peningkatan jumlah permintaan pengguna kepada produk kewangan turut disumbang

oleh khidmat yang ditawarkan oleh perancang kewangan. Dunia kewangan pengguna

seterusnya didedahkan kepada gabungan kemahiran pengurusan kewangan dan

penawaran produk kewangan. Tumpuan perancang kewangan terarah kepada

mewujudkan pengguna yang berkemahiran di dalam aspek pengurusan dan

berpengetahuan tentang produk kewangan.

Kerancakan aktiviti kewangan pengguna di dalam sektor kewangan konvensional

turut mempengaruhi sektor kewangan Islam. Pasaran kewangan Islam memberi respon

yang positif kepada perkembangan bidang kewangan. Kerajaan Malaysia adalah antara

pihak berkuasa negeri yang memberi respon segera kepada perkembangan di dalam

sektor kewangan konvensional melalui Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti

dengan mengiktiraf individu yang terlibat di dalam sektor kewangan dan perbankan

serta pasaran modal dengan mengeluarkan garispanduan permohonan lesen penasihat

kewangan di bawah Akta Insuran dan Akta Suruhanjaya Sekuriti (Guidelines on

Application For Financial Adviser’s Licence Under The Insurance Act and Securities

Commission Act). Garis panduan tersebut telah merancakkan lagi perkembangan bidang

perancangan kewangan di Malaysia.

Kajian juga mendapati bahawa bidang perancangan kewangan berteraskan tiga

aktiviti kewangan utama iaitu mengumpul, membelanja dan mengagihkan sumber.

Komponen utama perancangan kewangan iaitu perlindungan risiko, pengurusan kredit,

pengurusan pelaburan, zakat dan cukai, perancangan estet dan persaraan diasimilasikan

dalam ketiga-tiga aktiviti kewangan tersebut sepanjang fasa hayat kehidupan individu.

Page 258: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

236

Berdasarkan pendekatan kitaran hayat kewangan individu, model kitaran hayat

perancangan kewangan dihasilkan untuk memberi kefahaman kepada individu

bagaimana menguruskan sumber kewangan mereka. Manakala, proses perancangan

kewangan adalah satu usaha sistematik yang digunakan oleh perancang kewangan untuk

memberi khidmat nasihat kepada pengguna atau pelanggan mereka. Ia juga boleh

digunakan oleh individu yang berhasrat untuk mencapai matlamat kewangan yang telah

ditetapkan.

Gabungan komponen utama perancangan kewangan dan proses perancangan

kewangan adalah kombinasi antara klasifikasi produk kewangan dengan tingkah laku

perancangan kewangan untuk mencapai matlamat kewangan yang telah ditetapkan.

Gabungan tersebut diaplikasikan dalam fasa kehidupan individu bermula dari bekerjaya

sehingga meniti tempoh persaraan.

Manakala, hasil kajian kuantitatif dapat menjawab objektif kedua hingga kelima.

Bagi objektif kedua iaitu membuat perbandingan berdasarkan demografi, didapati sikap,

tingkah laku dan kesejahteraan kewangan kakitangan yang berkahwin adalah lebih

tinggi. Manakala pegawai didapati lebih berpengetahuan dalam hal Perancangan

Kewangan Islam, bersikap lebih positif terhadap Perancangan Kewangan Islam, lebih

berhasrat untuk terlibat dalam Perancangan Kewangan Islam, lebih terlibat dalam

Perancangan Kewangan Islam dan seterusnya mengalami kesejahteraan kewangan yang

lebih baik berbanding bukan pegawai.

Namun demikian, perbezaan yang signifikan berdasarkan peringkat umur adalah

hanya bagi sikap, tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan kesejahteraan

kewangan. Oleh itu golongan paling tua adalah lebih positif sikapnya terhadap

Perancangan Kewangan Islam, lebih cenderung untuk terlibat dalam Perancangan

Page 259: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

237

Kewangan Islam dan lebih sejahtera kewangannya berbanding kakitangan yang lebih

muda. Sebaliknya bagi kakitangan yang lebih muda iaitu kurang cenderung bersikap

positif terhadap Perancangan Kewangan Islam, penglibatan yang lebih rendah dalam

Perancangan Kewangan Islam dan hasil dari itu memperolehi kesejahteraan kewangan

yang lebih rendah.

Objektif ketiga adalah bagi memastikan saling kait faktor literasi, sosialisasi dan

faktor-faktor tingkah laku (sikap, norma subjektif, persepsi kawalan tingkah laku dan

niat) dengan demografi, Perancangan Kewangan Islam dan kesejahteraan kewangan.

Menggunakan korelasi Pearson, kesemua faktor Perancangan Kewangan Islam dan

tingkah laku Perancangan Kewangan Islam didapati mempunyai perkaitan yang positif

dan signifikan dengan faktor sosialisasi secara keseluruhan. Walaupun signifikan tetapi

kesemua kekuatan korelasi adalah lemah dan sederhana dalam kalangan angkubah-

angkubah berkenaan. Faktor sosialisasi juga didapati mempunyai hubungan yang positif

dengan kesejahteraan kewangan individu dengan kekuatan hubungan yang lemah.

Sehubungan dengan itu, literasi Perancangan Kewangan Islam dapat disimpulkan

sebagai angkubah yang perlu dalam meningkatkan tingkah laku individu dalam konteks

Perancangan Kewangan Islam. Manakala pendidikan juga memberikan kekuatan

perkaitan yang paling tinggi dengan angkubah sikap terhadap Perancangan Kewangan

Islam. Ini menunjukkan bahawa pendidikan yang lebih tinggi berperanan penting dalam

pembentukan sikap yang lebih positif terhadap Perancangan Kewangan Islam. Selain

itu, kajian juga mendapati bahawa semua perkaitan di antara angkubah adalah secara

positif di mana peningkatan dalam skor sesuatu angkubah akan membawa kepada

peningkatan skor bagi angkubah bersandarnya. Hubungan yang paling kuat dengan niat

untuk bertingkah laku Perancangan Kewangan Islam adalah bagi angkubah sikap

Page 260: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

238

terhadap Perancangan Kewangan Islam. Manakala bagi hubungan yang paling kuat

dengan tingkah laku adalah oleh angkubah niat untuk bertingkah laku. Oleh itu dapat

ditunjukkan bahawa angkubah-angkubah yang terdapat dalam Teori Tingkah Laku

Terancang adalah mempunyai perkaitan yang signifikan dan positif dengan niat ataupun

dengan tingkah laku Perancangan Kewangan Islam.

Dapatan kajian menggunakan ujian korelasi Pearson membuktikan terdapat

perkaitan positif yang signifikan di antara tingkah laku Perancangan Kewangan Islam

dengan kesejahteraan kewangan individu. Namun kekuatan perkaitan di antara dua

angkubah ini adalah lemah. Peningkatan tingkah laku Perancangan Kewangan Islam

akan juga meningkatkan kesejahteraan kewangan. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa

tingkah laku Perancangan Kewangan Islam adalah penting kepada kesejahteraan

kewangan individu.

Hasil kajian kuantitatif berjaya menguji hipotesis kajian yang dibangunkan.

Berdasarkan hipotesis pertama iaitu “terdapat pengaruh signifikan oleh faktor sikap,

norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku Perancangan Kewangan Islam

terhadap niat individu terhadap Perancangan Kewangan Islam”. Hasil kajian mendapati

faktor sikap dan norma subjektif didapati mempengaruhi niat untuk bertingkah laku

Perancangan Kewangan Islam. Walaubagaimanapun, persepsi kawalan tingkah laku

didapati tidak mempengaruhi niat untuk bertingkah laku. Bagi pengaruh terhadap

tingkah laku Perancangan Kewangan Islam, literasi, persepsi kawalan tingkah laku dan

niat didapati mempengaruhi tingkah laku berkenaan. Lanjutan dari itu, tingkah laku

Perancangan Kewangan Islam didapati mempengaruhi kesejahteraan kewangan

individu.

Page 261: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

239

Hipotesis kedua ialah “terdapat pengaruh signifikan oleh faktor sikap, norma

subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku terhadap tingkah laku individu dalam

Perancangan Kewangan Islam”. Faktor-faktor Perancangan Kewangan Islam iaitu sikap,

norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku adalah didapati memberi pengaruh

signifikan yang positif terhadap tingkah laku Perancangan Kewangan Islam.

Sehubungan dengan itu, dalam kajian ini angkubah dalam Teori Tingkah Laku

Terancang iaitu sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku Perancangan

Kewangan Islam didapati mempunyai pengaruh secara langsung ke atas tingkah laku

Perancangan Kewangan Islam.

Manakala hipotesis ketiga ialah “terdapat pengaruh signifikan oleh tingkah laku

Perancangan Kewangan Islam terhadap kesejahteraan kewangan‟. Kajian mendapati

pengaruh yang positif dan signifikan diperolehi bagi hubungan di antara tingkah laku

Perancangan Kewangan Islam dengan kesejahteraan kewangan. Oleh itu hasil analisis

dapat menjawab objektif mengenai pengaruh oleh tingkah laku Perancangan Kewangan

Islam terhadap kesejahteraan kewangan. Sehubungan dengan itu, hipotesis alternatif

yang dibina disokong oleh dapatan kajian kerana pengaruh oleh tingkah laku adalah

signifikan ke atas kesejahteraan kewangan. Hasil kajian yang menyokong hipotesis

alternatif ini membawa kepada kesimpulan bahawa terdapat pengaruh oleh tingkah laku

Perancangan Kewangan Islam terhadap kesejahteraan kewangan.

Hipotesis keempat ialah “Niat adalah mediator signifikan bagi pengaruh oleh

sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku Perancangan Kewangan Islam

terhadap tingkah laku individu dalam Perancangan Kewangan Islam”. Dapatan dari

kajian ini adalah selari dengan salingkait angkubah sepertimana dalam Teori Tingkah

Laku Terancang. Sikap dan norma subjektif Perancangan Kewangan Islam didapati

Page 262: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

240

bertindak mempengaruhi niat terhadap Perancangan Kewangan Islam yang seterusnya

memberi kesan terhadap tingkah laku berkenaan. Mereka yang mempunyai sikap positif

terhadap Perancangan Kewangan Islam akan mengaruh niat untuk merancang kewangan

secara Islam yang seterusnya membawa kepada perancangan kewangan. Begitu juga

bagi mereka yang mempunyai norma subjektif yang tinggi di mana mereka cenderung

untuk melakukan sesuatu sepertimana orang-orang di sekitar mereka. Golongan ini

memerlukan niat bagi menghasilkan pengaruh untuk bertingkah laku yakni merancang

kewangan secara Islam.

Manakala persepsi kawalan tingkah laku masih kekal signifikan dalam

pengaruhnya terhadap Perancangan Kewangan Islam dan niat juga signifikan terhadap

Perancangan Kewangan Islam. Dalam hal ini, niat tidak berfungsi sebagai mediator di

antara pengaruh oleh persepsi kawalan tingkah laku terhadap tingkah laku Perancangan

Kewangan Islam. Persepsi kawalan tingkah laku didapati tidak dapat mempengaruhi

niat untuk bertingkah laku untuk mempamerkan tingkah laku Perancangan Kewangan

Islam. Sebaliknya, persepsi kawalan tingkah laku memberi pengaruh langsung terhadap

Perancangan Kewangan Islam. Golongan yang pada tanggapan mereka mempunyai

kawalan terhadap tingkah laku yang akan dilakukan iaitu merancang kewangan secara

Islam, akan terus melakukan tingkah laku Perancangan Kewangan Islam tanpa

memerlukan niat untuk bertingkah laku. Ini adalah bertepatan dengan Teori Tingkah

Laku Terancang oleh Ajzen yang menyatakan niat tidak menyumbang kepada kekuatan

pengaruh oleh angkubah ini terhadap Perancangan Kewangan Islam.

Sebagai kesimpulan bagi pengujian hipotesis niat sebagai mediator, niat

Perancangan Kewangan Islam didapati bertindak sebagai mediator di antara pengaruh

oleh sikap dan norma subjektif Perancangan Kewangan Islam terhadap tingkah laku

Page 263: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

241

Perancangan Kewangan Islam. Namun demikian, niat tidak bertindak sebagai mediator

bagi pengaruh oleh persepsi kawalan tingkah laku terhadap tingkah laku Perancangan

Kewangan Islam.

6.4 Sumbangan Kajian

Kajian ini memberi sumbangan yang signifikan dalam perkembangan bidang

perancangan kewangan Islam di Malaysia. Kewujudan kerangka konsep perancangan

kewangan Islam mencipta garis panduan kepada umat Islam untuk memahami

bagaimana kitaran hayat sumber kewangan harus bergerak dalam kerangka yang

dibenarkan oleh syariat. Ia membina sikap bertanggungjawab dan tingkah laku positif

dalam aktiviti kewangan individu serta menyediakan matlamat kewangan yang jelas

bagaimana sumber kewangan harus diurus.

Hasil kajian juga menjadi input berguna kepada pelaku kewangan (financial

actor) dalam pasaran kewangan untuk bertingkah laku dengan etika dan akhlaq yang

tinggi. Pendekatan Maqasid Al-Syariah dalam perancangan kewangan membina asas

panduan yang penting kepada jurutera kewangan (financial engineer) dalam proses

pembuatan keputusan berkaitan produk dan perkhidmatan kewangan yang berlandaskan

syariah. Kepada pihak masyarakat, hasil kajian menyumbang kepada mewujudkan

kestabilan sistem kewangan dalam hubungan aspek penawaran dan permintaan produk

kewangan di pasaran.

Kajian kuantitatif melibatkan kerangka kajian tingkah laku yang berasaskan

kepada Teori Tingkahlaku Terancang. Kajian ini memfokus kepada faktor-faktor

tingkah laku dalam konteks Perancangan Kewangan Islam di mana kajian lepas dalam

bidang perancangan kewangan lebih tertumpu kepada perancangan kewangan

Page 264: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

242

konvensional. Oleh itu kajian ini memberi sumbangan kepada bidang perancangan

kewangan dalam konteks perancangan kewangan Islam bagi faedah penduduk Malaysia

yang majoritinya beragama Islam. Kepelbagaian produk dan perkhidmatan yang

ditawarkan oleh institusi kewangan bagi pengguna khususnya di Malaysia telah wujud

dalam beberapa abad terkini tetapi perbincangan dalam hal kewangan individu masih

dalam kerangka perancangan kewangan konvensional. Walaupun terdapat kajian lepas

yang melihat kepada aspek kewangan Islam, setakat ini tiada kajian lepas yang

merangkumkan kesemua faktor-faktor yang terlibat dalam kajian ini seperti literasi,

faktor sosialisasi, sikap, norma subjektif, niat dan tingkah laku Perancangan Kewangan

Islam. Faktor sosialisasi terutamanya didapati tidak ditentukan salingkait faktor ini

terhadap faktor-faktor tingkah laku lainnya.

Sehubungan dengan itu, penggunaan faktor-faktor tingkah laku sebagai angkubah

dalam kajian ini perlu dibina pengukurannya bagi membolehkannya untuk diuji dalam

kajian ini. Pengukuran bagi angkubah dalam kajian lepas merupakan pengukuran dalam

konteks perancangan kewangan konvensional, dengan itu kajian ini telah membuat

adaptasi terhadap pengukuran bagi angkubah yang digunakan dalam kajian lepas. Oleh

itu, kajian ini telah mewujudkan pengukuran yang baharu dan berbeza dari penggunaan

dalam kajian lepas iaitu memfokus pengukuran dalam konteks perancangan kewangan

Islam.

Kajian ini juga telah berjaya membuktikan niat Perancangan Kewangan Islam

dapat bertindak sebagai mediator bagi pengaruh oleh sikap dan norma subjektif

terhadap tingkahlaku Perancangan Kewangan Islam. Ini adalah selari dengan Teori

Tingkahlaku Terancang oleh Ajzen (2005). Begitu juga, hasil kajian dapat juga

membuktikan bahawa niat tidak bertindak sebagai mediator bagi pengaruh persepsi

Page 265: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

243

kawalan tingkah laku terhadap tingkahlaku Perancangan Kewangan Islam. Ini juga

selari dengan teori berkenaan. Dengan yang demikian, kajian ini memberi sumbangan

dari segi teori bagi tingkah laku dalam konteks perancangan kewangan Islam. Dalam

konteks yang lain, niat boleh bertindak sebagai mediator bagi angkubah ini.

6.5 Cadangan Kajian Masa Depan

Kajian Literasi, Sosialisasi Dan Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam ini

diharapkan dapat menjadi rujukan dan diadaptasi oleh penyelidik akan datang dengan

melihat kajian ini sebagai proses yang berterusan. Di samping itu juga diharapkan

kajian yang bakal dijalankan memberi manfaat dan sumbangan yang lebih kepada pihak

kerajaan dan negara untuk mewujudkan masyarakat yang mengamalkan penggunaan

lestari serta dapat mencapai kesejahteraan kewangan yang di impikan dalam kehidupan

pengguna.

Kajian yang dilakukan ini adalah kajian tinjauan berdasarkan borang soal selidik

yang dijawab sendiri oleh responden. Cadangan kepada penyelidik akan datang untuk

menggunakan kaedah lain seperti temu bual secara bersemuka dengan responden untuk

mendapatkan maklumat yang lebih tepat dari responden. Ini adalah kerana,

kemungkinan wujudnya responden mengambil ringan semasa menjawab borang soal

selidik yang diberikan, borang soal selidik tidak lengkap atau rosak dan sebagainya

tanpa disedari oleh penyelidik. Dengan menggunakan kaedah temu bual juga, lebih

banyak maklumat yang akan diperolehi oleh penyelidik dengan menggunakan soalan

yang berbentuk terbuka agar responden mempunyai peluang untuk bercerita mengenai

sejauh mana tahap pengetahuan, sikap dan tingkah laku kewangan mereka secara lebih

terperinci. Selain itu, dapat melihat sejauh mana niat dan tahap pencapaian

Page 266: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

244

kesejahteraan kewangan pengguna dipengaruhi oleh latar belakang, sikap dan tingkah

laku kewangan individu seperti yang terdapat dalam hasil kajian ini.

Turut dicadangkan juga agar penyelidik akan datang boleh memperbaiki dan

mengubahsuaikan kumpulan sasaran seperti memperluaskan kajian ini keseluruhan

negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Ini adalah penting untuk

mengenal pasti tahap literasi, sosialisasi dan tingkah laku perancangan kewangan dalam

kalangan pengguna di Malaysia dan bukan fokus kepada sesetengah negeri sahaja.

Pengubahsuaian borang soal selidik adalah diperlukan supaya ia lebih sesuai digunakan

dalam kajian yang akan dilakukan pada masa hadapan untuk pengguna yang bekerja

sahaja, suri rumah, pengeluar ataupun guru-guru sekolah. Dalam pada itu juga,

dicadangkan agar penyelidik akan datang membuat kajian di sekitar perumah luar

bandar juga dan tidak tertumpu pada kawasan perumahan bandar sahaja. Responden

mestilah terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.

Namun begitu, satu kajian yang lebih penting dicadangkan kepada pengkaji

bahawa satu kajian berkaitan pengaruh matawang fiat ke atas perancangan kewangan

Islam perlu dijalankan. Konsep perancangan kewangan Islam masih perlu pembaikan

dalam konteks instrumen kewangan yang sepatutnya digunakan untuk mencapai

matlamat kewangan yang telah ditetapkan. Penggunaan matawang fiat tidak mampu

mencapai matlamat kewangan yang ditetapkan kerana sifat matawang fiat yang bersifat

diberi nilai oleh pihak berkuasa bukan bersandarkan kepada realiti nilai yang terdapat

padanya seperti yang terdapat pada matawang dinar atau emas. Justeru, satu kajian

khusus melibatkan penggunaan matawang dinar atau apa-apa instrumen kewangan

dalam perancangan kewangan Islam perlu dijalankan bagi mencapai satu keputusan

Page 267: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

245

pada perdebatan yang wujud di antara aliran pemikiran iaitu kumpulan cenderung

kepada sistem perbankan islam dan sistem kewangan berasaskan matawang dinar.

6.6 Kesimpulan

Kajian ini bukan satu penamat tapi merupakan satu pembuka kepada kajian lain yang

lebih bersistematik dalam konteks penyediaan alternatif kewangan kepada umat Islam.

Pembentukan kerangka perancangan kewangan islam diharap dapat memberi panduan

kepada masyarakat islam bahawa bermuamalat dalam aspek berkaitan kewangan Islam

adalah satu usaha yang sangat terpuji dan mendapat ganjaran yang sewajarnya dari

Allah SWT. Setiap tindakan atau amalan dalam Islam adalah ibadat bagi pelaku yang

melaksanakan tuntutan Allah tersebut dengan penuh keikhlasan dan bermatlamat untuk

menuntut keredhaan dari-Nya.

Page 268: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

246

RUJUKAN

Abroud, A., Yap, V. C., & Muthaiyah, S. (2010). Adoption of online stock trading in

the Iran stock exchange: Applicability theory of planned behaviour. Proceedings of

the 3rd International Colloquium on Business & Management (ICBM) 2nd

International Conference on Business & Management Education (ICBME). 2010.

ACFPE. (2011). Association of Financial Counseling and Planning Education.

http://www.afcpe.org/about-us/. Diakses pada 21hb Oktober 2011.

Achenreiner, G.B. (1997). Materialistic values and susceptibility to influence in

children. Advances in Consumer Research. Vol. 24, pp. 82-88.

Adam Job Almanac 2001, Adams Media Corporation

Adiwarman Azhar Karim (2004). Sejarah pemikiran ekonomi islam, Jakarta: PT. Raja

Grafindo Persada.

Ahcene Lahsasna (2008). Understanding maqasid al-syariah and its implication in

islamic jurispudence. Cairo: Dar al Salam.

Ahcene Lahsasna (2013). Maqasid al-syariah in islamic jurispudence. Kuala Lumpur:

Penerbit IBFIM.

AIFG. (2011). http://www.aifg.org/fingero.cfm. Diakses pada 21hb Oktober 2011.

Ajzen, I. (1988). Attitudes. Personality and behavior. Milton-Keynes, England: Open

University Press.

Ajzen, I. (1991). Theory of planned behaviour. Organization Behaviour and Human

Decision Process, 50, 179-211.

Ajzen, I. (2005) Attitudes, personality and behaviour. 2nd Eds. Open University Press.

New York.

Ajzen, I., dan Fishbein, M. (1975). Understanding attitudes and predicting social

behaviour. New Jersey; Prentice-Hall.

Ajzen, I., dan Fishbein, M. (1980). Understanding attitudes and predicting social

behaviour. Englewood-Cliffs, NJ: Prentice-Hall.

AKPK (2012). http://www.akpk.org.my/my/tentang-kami#fokus. Diakses pada 6 Mac

2012.

Albert Bandura (1977). Self-efficacy: toward a unifying theory of behavioral change.

Psychological Review, Vol. 84, No. 2, 191-215.

Page 269: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

247

Allen, M.P. (1980). The perpetuation of wealth: a simulation model. Chicago. Bab

dalam buku bertajuk“Modeling the Distribution and Intergenerational Transmission

of Wealth” diedit oleh James D. Smith. University of Chicago Press. (p. 139 - 158).

Anderson, C.A, and Bushman, B.J (2001). Effects of violent games on aggressive

behavior, aggressive cognition, aggressive affect, physiological arousal, and

prosocial behavior: A meta-analytic review of the scientific literature. Psychological

Science, 12 (2001), pp. 353–359

Andrew, B. R. (1935), Economics of the household: its‟ administration and financing

(2nd

Ed.). New York: Macmillan Co., dalam Glenn Muske dan Mary Winter (2008),

Personal Financial Management Education: An Alternative Paradigm, Financial

Counseling and Planning, Vol. 15 , Issue 2. Pp 79-88.

Baek, E., & DeVaney, S. A. (2004). Assessing the baby boomers‟ financial wellness

using financial ratios and a subjective measure. Family and Consumer Sciences

Research Journal, 421-448.

Bajtelsmit L. Vickie (2008). Personal Finance. John Wiley and Sons. Inc.

Bandura, A., (1986). Social foundations of thought and action, Prentice-Hall,

Englewood Cliffs, NJ.

Bansall. H. S. & Taylor, S.F. (2002), Investigating interactive effects in the theory of

planned behavior in a service-provider switching context. Psychology and

Marketing, Volume 19, Issue 5, pages 407–425.

Beal, D.J. & Delpachtra, S.B. (2003). Financial literacy among Australian university

students, Economic Papers, 22, 65-78.

Bearden, W.O., Netemeyer, R.G., & Teel, J.E. (1989). Measurement of consumer

susceptibility to interpersonal influence. Journal of Consumer Research, 15 (4), 473-

481.

Belk, R. (1987). Acr presidential address: happy thought, "advances in consumer

research, Vol. 14, eds. Melanie Wallendorf and Paul Anderson, Provo, UT:

Association for Consumer Research, 1-4.

Belk, R. and Dodson, K. (1997). Lessons of altruism and egoism in children‟s birthday

stories, Advances in Consumer Research Volume 24, pp. 103-108.; Cummings, S.

and Taebel, D. (1978). The economic socialisation of children. Social Problems, 26,

198-210.

Benjamin, C.Y., Laily, P., Jariah, M. and Tengku Aizan, T.A.H (2010) The future of the

Malaysian older employees: an exploratory study. International Journal of Business

and Management, 5 (4). pp. 125-132.

Page 270: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

248

Benjamin, M. T. dan Fannie L. B. (1976), Personal finance for consumers, New Jersey:

General Learning Press.

Benjamin, R. A. (1935), Economic of the Household: Its Administration and Finance,

New York: Macmillian Company.

Ben-Porath, Yoram (1967). The production of human capital and the life cycle of

earnings. J.P.E. 75, no. 1 (August 1967): pp. 352-65.

Bernstein, D. (2004). Household debt and IRAs: Evidence from the survey of consumer

finances. Financial Counseling and Planning, 15, pp. 63-72.

Biswas, A., Licata, J. W., McKee, D., Pullig, C., & Daughtridge, C. (2000). The

recycling cycle: An empirical examination of consumer waste recycling and

recycling shopping behaviours. Journal of Public Policy and Marketing, 19(1), 93-

106.

BNM. (1996). Guidelines On Application For Financial Adviser‟s Licence Under The

Insurance Act 1996: Revised Date. 18 September 2007. Sumber:

http://www.bnm.gov.my/files/doc/revised/FAsLicensing%20Guidelines_Revised.pdf

.Diakses pada 18hb Jun 2014.

Brandon, Denby. H., Jr. and Welch, H. Oliver, (2009). "The History of Financial

Planning: The Transformation of Financial Services," Wiley, Hoboken, NJ.

Breen, R. (1991). The Accelerated Binomial Option Pricing Model, Journal of

Financial and Quantitative Analysis, Vol.26: Issue 2, June, pp.153-164

Browning. M. & Crossley T. F. (2000). The life cycle model of consumption and saving.

SEDAP Research Paper No. 28, McMaster University Hamilton, Ontario, Canada.

CCCS (2014). http://www.cccs.co.uk/InfoCentre/ EnglandandWales/Debtsolutions/Debt

managementplan.aspx.

http://en.wikipedia. org/wiki/Certified_Financial_Planner_Board_of_ Standards.

(Diakses pada 23hb Julai 2012).

CFP Board. (2010). Financial Planning Association. Diperolehi dari laman sesawang

Certified Financial Planner Board of Standards Inc. - About Us". Cfp.net. (Diakses

pada 6hb Jun 2010).

Chan, K. (2003). “Materialism Among Chinese Children in Hong Kong,” International

Journal of Advertising & Marketing, Vol. 4, Issue 4, pp. 47-61; Chan, K., Zhang, H.

and Wang, I. (2006). “Materialism among Adolescents in Urban China,” Young

Consumers, Vol. 7, Issue 2, pp. 64-77.

Chapra, M.Umer (2008), The Islamic Vision of Development in Light of Maqasid al

Shari'ah, International Institute of Islamic Thought, London; Ibn Ashur, M.A.

Page 271: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

249

(2006), Treatise on Maqasid al-Shari’ah, International Institute of Islamic Thought,

Herndon.

Chau, Y.K. and Hu, J. H. (2002). Investigating healthcare professionals‟ decisions to

accept telemedicine technology: an empirical test of competing theories. Information

and Management, Volume 39, Issue 4, January 2002, Pages 297–311.

Chen, H. & Volpe, R. (1998). An analysis of personal financial literacy among college

students. Financial Services Review. Volume 7, Issue 2, 1998, Pages 107–128.

Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan statistik penyelidikan: Asas statistik penyelidikan (2nd

ed.). Malaysia: McGraw-Hill Education.

Churchill, G., & Moschis, G. P. (1979). Television and interpersonal influences on

adolescent consumer learning. Journal of Consumer Research, 6, 23−35.

Clarke, T. & Rollo, C. (2001). "Corporate Initiatives in Knowledge Management”.

Education and Training. 43(4/5): 206-214.

Code of Professional Ethics: http://www.ifconsultants.org/ethics.html. [Diakses pada

12-8-2015]

Cook, A.J. Kerr, G.N. and Moore, K. (2002). Attitudes and intentions towards

purchasing GM food. Journal of Economic Psychology. Pg. 557–572.

Dahlia, I., Rabitah, H., & Zuraidah, M. I. (2009). A study on financial literacy of

Malaysian degree students. Cross-Cultural Communication, 5(4), 51-59. Retrieved

January 15, 2013 from cscanada.net/index.php/ccc/article/download/773/772

David A. West dan Glenn L. Wood (1972), Personal Financial Management, Virginia:

Houghton Mifflin Co., h. 2.

Davies, D. (1795), “The Case of Laborers in Husbandry Stated and Considered”.

London: Palgrave MacMillan, dalam Mohamed Abdel-Ghany (2001), The Evolution

of Research in Consumer Science: A 200-Year Perspective, Family and Consumer

Sciences Research Journal, vol.30, no.2, December 2001, 223-239.

Davis, E. P. & Helmick, S. A. (1985). Family financial satisfaction: The impact of

reference points. Home Economics Research Journal, 14, 123-131.

Deacon, R. E., & Firebaugh, F. M. (1988). Family resource management: Principles

and applications. Needham Heights, MA: Allyn and Bacon.

Deaton, A. (2005). Franco modigliani and the life cycle theory of consumption. Kertas

kerja dibentangkan di Convegno Internazionale Franco Modgliani, Accademia

Nazionale dei Lincei, Rome, 17-18, Februari 2005.

Page 272: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

250

Deborah D. Godwin, (1999)., Predictors Of Households' Debt Repayment Difficulties.

Financial Counseling and Planning, Volume 10(1), 1999.

Delavande, A., Rohwedder, S. dan Willis, R. (2008). Preparation for retirement,

financial literacy and cognitive resources: Working Paper, University of Michigan

Retirement Research Center. [assesssed:

http://deepblue.lib.umich.edu/bitstream/handle/2027.42/61815/wp190.pdf?sequence=

1].

Delavande, Rohwedder dan Willis 2008; Jappelli dan Padula 2013; Hsu, J.W.

(2011).“aging and strategic learning: the impact of spousal incentives on financial

literacy.” Indiana State University Networks Financial Institute Working Paper

2011-WP-06.

Diener, E., & Suh, E. (1997). Measuring quality of life: Economic, social, and

subjective indicators. Social Indicators Research, 40 (1–2), 189–216;

Dzuljastri Abdul Razak & Muhamad Abduh. (2012). Customers‟ attitude towards

diminishing partnership home financing in islamic banking. American Journal of

Applied Sciences, 9 (4), 593-599.

East, R. (1993), Investment decisions and the theory of planned behaviour. Journal of

Economic Psychology, Volume 14, Issue 2, June 1993, Pages 337-375.

East, R. (2000), Complaining as planned behavior, Psychology and Marketing, Volume

17, Issue 12, December 2000, Pages: 1077–1095.

Echchabi, A. & Abd. Aziz, H. (2012). Empirical investigation of customers‟ perception

and adoption towards Islamic banking services in Morocco. Middle-East Journal of

Scientific Research, 12 (6), 849-858.

Edward T. B. (1975), Consumer Finance. New York: Harcourt Brace Jovanovich Inc.

Elizabeth, E. H. (1928), The Consumption of Wealth, New York: Macmillian Company.

Falahati, L. & Mohamad Fazli, S. (2012), Estimating a model of subjective financial

well-being among college students, International Journal of Humanities and Social

Science, vol.2, issue 18, 191-198.

Fauziah Md. Taib, Ramayah, T. & Dzuljastri Abdul Razak. (2008). Factors influencing

intention to use diminishing partnership home financing. International Journal of

Islamic and Middle Eastern Finance and Management, 1(3), 235-248.

Fithriah Ab. Rahim & Hanudin Amin. (2011). Determinants of Islamic insurance

acceptance: An empirical analysis. International Journal of Business and Society,

12(2), 37-54.

Page 273: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

251

Fox, J.J., Bartholomae, S., and Gutter, M.S. (2000). What do we know about financial

socialization?. Consumer Interests Annual. Vol. 46, pp. 217-217.

FPAM (2012). http://www.fpam.org.my/fpam/about/background/. Diakses pada 3 Mac

2012.

FPC (2011). http://www.financialplanningcoalition.com/Issuesand Initiatives. Diakses

pada 21hb Oktober 2011.

Friedman, M. (1956). A theory of the consumption function. Princeton, NJ: Princeton

University Press. [Diakses pada 10-8-2014]

Friedman, M.A. (1953): Essays in Positive Economics. University of Chicago Press,

Chicago.

Furnham, A., & Stacey, B. (1991). Young people's understanding of society. London,

England UK: Routledge. Rindfleisch, 1994; Ward, S. (1974). Consumer

Socialization, Journal of Consumer Research, Vol. 1, No. 2 (Sept.) pp. 1-14.

Garman dan Forgue (2006). Personal Finance. Houghton Mifflin Company.

Garson, G.D. (2013). Factor Analysis. Asheboro, NC: Statistical Associates Publishers.

Gary S. Becker. (1975). Human capital: a theoretical and empirical analysis, with

special reference to education, 2nd. Ed. Chapter in book: Investment in Human

Capital: Effects on Earnings. pp. 13-44. the National Bureau of Economic Research

(NBER).

Geisteld, L.V. (2005), Consumer Economics and Family Economics: The Charge, The

Response, Journal of Consumer Affairs, vol. 39, 409-413.

Ghaz. Ghazali (2011) Still a big Gap to be filled. Berdasarkan temubual oleh Utusan

Borneo dan Tan Beng Wah, ketua pegawai eksekutif CIMB Wealth Advisors(CWA).

Dimuat turun pada 21hb Oktober 2011 di laman sesawang

http://www.theborneopost.com/2011/07/04/still-a-big-gap-to-be-filled/.

Gitman, L. J. Joehnk, M.D. dan Billingsley, R. (2013). Personal Financial Planning.

South-Western College Pub; 13 ed.. 656 pages.

Godwin, D. (1994). Antecedents and consequences of newlyweds' cash flow

management. Financial Counseling and Planning, 5.

Goldsmith, R.E. and Goldsmith E.B. (2005), The effects of investment education on

gender differences in financial knowledge. Journal of Personal Finance, Volume 5,

Issue 2, pp. 55-69.

Page 274: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

252

Gopi, M. & Ramayah, T. (2007). Applicability of theory of planned behaviour in

predicting intention to trade online: Some evidence from a developing country.

International Journal of Emerging Markets, 2(4), 348-360.

Gourgues, H. W. dan Homrich, D. E. (1988), Total Financial Planning: A Guide For

Financial Advisers and Serious Investors, New York: New York Institute of Finance.

h. 4.

Gross, I. H., Crandall, E. W., dan Knoll, M. M. (1980), Management for Modern

Families, Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall.

Gutter, M., Garrison T.S. and Copur. Z. (2010). Social learning opportunities and the

financial behaviors of college students. Family and Consumer Sciences Research

Journal, 38, pp. 387–404.

Gutter, M.S. & Garrison, S. (2008). Perceived norms, financial education and college

student credit card behaviour. Journal of Consumer Education, 24, 73-88.

H.O.A. Wold and P. Whittle (1957), “A Model Explaining the Pareto Distribution of

Wealth”, Econometrica, 25, 4, 591-5. Sumber dirujuk pada artikel oleh dari Jabatan

Ekonomi, Univeriti New York.

Hanson, A. W. dan Cohen, J.B. (1954), Personal Finance. Hamewood, IL: Irwin.

Hanudin Amin, Abdul Rahim Abdul Rahman, Sondoh, S. L., & Ang, M. C. H. (2011).

Determinants of customers‟ intention to use Islamic personal financing: The case of

Malaysian Islamic banks. Journal of Islamic Accounting and Business Research,

2(1), 22-42.

Hanudin Amin, Abdul-Rahim Abdul-Rahman, & Dzuljastri Abdul-Razak. (2012). Is the

theory of planned behaviour valid for islamic home financing? Munich Personal

RePEc Archive. Available at: http://mpra.ub.unimuenchen. de.html. [Accessed on:12

August 2012].

Hanudin Amin, Mohd Fahmi Ghazali, & Rostinah Supinah. (2010). Determinants of

qardhul hassan financing acceptance among Malaysian bank customers: An

empirical analysis. International Journal of Business and Society, 11(1), 1-16.

Hanudin, A (2013). Factors influencing Malaysian bank customers to choose Islamic

credit card: Empirical evidence from the TRA model. Journal of Islamic Marketing,

4(3), 1-20.

Hanudin, A. (2012). Explaining intention to use the Islamic credit card: an extension of

the TRA model. Munich Personal RePEc Archive. Available at: http://mpra.ub.uni-

muenchen.de.html. [Diakses pada: 30 April 2013]

Page 275: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

253

Hayhoe, C. R., & Wilhelm, M. S. (1998). Modeling perceived economic well-being in a

family setting: A gender perspective. Financial Counseling and Planning, 9(1), 21–

34.

Haynes-Bordas, R., Kiss, D. E., & Yilmazer, T. (2008). Effectiveness of financial

education on financial management behavior and account usage: Evidence from a

“second chance” program. Journal of Family and Economic Issues, 29(3), 362-390.

Hazel Kyrk (1933), Economics Problem of Family, New York: Harper and Brothers.

Hazel Kyrk (1953), The Family of American Economy, Chicago: University Of Chicago

Press.

Helen, M. T. dan Melinda, H. (1968), Your Family and Its Money, New York:

Houghton Mifflin Co.

Herzog, A.R. & Rodgers, W. (1981), The structure of subjective well-being in different

age groups. Journal of Gerontology, 36 (1981), pp. 472–479.

Hira, T. K Fitzsimmons, V. S., Hafstrom, J.L. dan Bauer, J.W. (1993). Factors

Associated With Expectation of Households, Future Financial Condition. Journal of

Family and Economic Issues 08/1993; 14(3). pp. 237-256.

Hira, T. K. & Mugenda, O. (1999b). The relationship between self-worth and financial

beliefs, behavior, and satisfaction. Journal of Family and Consumer Sciences, 91(4),

76-82.

Hira, T. K., & Mugenda, O. (1999a). Do men and women differ in their financial beliefs

and behaviors? In Kitt, K. (Eds.), Proceedings of Eastern Family Economics

Resource Management Association, (pp. 1-8). Austin, TX.;

Hrubes, D., Ajzen, I. & Daigle, J. (2001), Predicting hunting intentions and behavior:

an application of the theory of planned behavior. Leisure Sciences, Taylor &

Francis. 23:165–178.

Hsu, J.W. (2011).“Aging and strategic learning:the impact of spousal incentives on

financial literacy.” Indiana State University Networks Financial Institute Working

Paper 2011-WP-06.

http://en.wikipedia.org/wiki/Certified_Financial_Planner_Board_of_Standards. (diakses

pada 23hb Julai 2012).

http://fpamalaysia.org/. Diakses pada 3 Mac 2012.

http://www.aifg.org/fingero.cfm. Diakses pada 21hb Oktober 2011.

http://www.akpk.org.my/my/tentang-kami#fokus. Diakses pada 6 Mac 2012.

Page 276: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

254

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=8&pg=69&ac=1119&lang=bm&print=1.

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_about&pg=en_intro&ac=641&lang=en.

http://www.jawhar.gov.my/index.php/ms/mengenai-jawhar. Diakses pada 18hb Jun

2014.

Husniyah, A. R., Mohd. Fazli, S., and Ahmad Hariza, H. (2005). Gelagat perancangan

kewangan keluarga di Malaysia. Malaysian Journal of Consumer and Family

Economics, 8, 27-39.

Husniyah, A.R. dan Mohd Amim, O. (2012). Personal financial well-being in view of

worker’s involvement in comprehensive financial planning, Proceeding 16th National

MACFEA, 10-11 July 2012 Palm Garden Hotel.

Husniyah, A.R., M Fazilah, A.S. (2009). The impact of financial management practices

on financial well-being of families in Malaysia. Jurnal Pengguna Malaysia 12, 27-

41.

Husniyah, A.R., Mohd. Fazli, S., Zuroni, M.J., Elistina, A.B., NurAtika, A., &

Kanmani, S. (2012). Debt Load, Financial Practices, and Locus Control Effects„ on

Worker„s Financial Well-Being. International Journal of Social Policy and Society,

Vol. 9, 6-26.

IBFIM (2008). IBFIM and FPAM Produce The First Batch of Islamic Financial Planners, 24

November 2008. http://www.fpam.org.my/fpam/2008/11/ibfim-and-fpam-produce-the-first-batch-

of-islamic-financial-planners/.

Innan, R., & Moustaghfir, K. (2012). Predicting employees’ behaviour: an application

of the theory of planned behaviour–the case of the moroccan forestry department.

Management, Knowledge and Learning, International Conference 2012, Celje:

Slovenia, 333-348.

Islamic Financial Planning: A Brief Introduction (2009), Kuala Lumpur: FPAM dan

IBFIM

Jack R. Kapoor, Les Dlabay dan Robert Hughes. Personal Finance.

James dan Brett (1984). James, L.R. & Brett, J.M. (1984). Mediators, Moderators and

Tests of Mediation, Journal of Applied Psychology, 69(2), 307-321.

Jane Schuchardt et.al, (2007), “Personal Finance: An Interdisciplinary Profession”,

Financial Counseling and Planning, vol. 18, isu no. 1, 2007. h. 61-69.

Jane, S., Dorothy C. B. William C. Baily, et al. (2007), Personal Finance: An

Interdisciplinary Profession, Financial Counseling and Planning, Vol. 18, issue

1.61-69

Page 277: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

255

Jariah Masud (2007), Testing of Malaysia‟s financial well-being scale. Paper presented

in the Seventh Biennial Conference 2007 ACFEA, Purajaya, Malaysia. 4-7 July.

JAWHAR (2014). http://www.jawhar.gov.my/index.php/ms/mengenai-jawhar. Diakses

pada 18hb Jun 2014.

Jeff Madura (2002). Personal Finance, Pearson Education. Inc.Boston.

Jess Benhabib dan Alberto Bisin. (2007), The distribution of wealth: Intergenerational

transmission and redistributive policies-(the draft). Jabatan Ekonomi, Univeriti New

York. http://www.econ.nyu.edu/ user/bisina/ParetoDistribution2007.pdf. [diakses

pada 12-8-2015.

Joo, S. and Grable, J.E. (2004). An Exploratory Framework of the Determinants of

Financial Satisfaction. Journal of Family and Economic Issues, Vol. 25 (1), Spring.

Joo, S. dan Garman, E. T. (1998). Personal financial wellness maybe the missing factor

in understanding and reducing worker absenteenism. Personal Finance and Worker

Productivity. 2(2): 172-182

Joo, S., Durband, D. B., & Grable, J. (2008). The academic impact of financial stress on

college students. Journal of College Student Retention, 10(3), 287-305.

Jorgensen, B.L. & Savla, J. (2010). Financial literacy of young adults: The importance

of parental socialization. Family Relations 59(4): 465-478.

Judith McGee. (2005), Financial gerontology a new industry specialty. The Daily

Journal of Commerce.

Kapoor, Dlabay dan Hughes. (2007). Personal Finance, 8th Ed. McGraw−Hill

Companies.

Kim J. and Chatterjee, S. (2013), Childhood Financial Socialization and Young Adults‟

Financial Management, Journal of Financial Counseling and Planning, Volume 24,

Issue 1

Kim, J., Garman E.T. & Sorhaindo, B. (2003), Relationships Among Credit Counseling

Clients' Financial Wellbeing, Financial Behaviors, Financial Stressor Events, and

Health. Journal of Financial Counseling and Planning, Vol. 14, No.2. pp. 75-87.

Kinley, D. (1911). Aspects of Economics of Importance in Household Science, dalam

Margaret, I. L., dan Gordon, E. B. (1993), History of Family Economics Research,

1862-1962: A Bibliographical, Historical, and Analytic Reference Book. Iowa: Iowa

state University.

Kuah, K.L. (2008). Factors affecting people investing in mutual fund in Malaysia: An

application of the Theory of Planned Behaviour. Master Thesis.

Page 278: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

256

KWSP (2012). http://www.kwsp.gov.my/portal/about-epf/overview-of-the-epf.

Larson, R. (1978). Thirty Years of Research on the Subjective Well-being of Older

Americans. Journal of Gerontology, vol. 33 (1): pp. 109-125.

Le Play, F. (1878), “Ouvries Europeens”. 2nd

ed., 6 vol., Paris: Imprimeries Imperiales.,

dalam Mohamed Abdel-Ghany (2001). The Evolution of Research in Consumer

Science: A 200-Year Perspective, Family and Consumer Sciences Research Journal,

vol.30, no.2, December 2001, 223-239.

Lee, J. and Hogarth, J.M. (1999). The price of money: consumers understanding of

APRs and contract interest rates. Journal of Public Policy and Marketing, 18

(spring), pp. 66-76.

Lee, M. C. (2009). Predicting and explaining the adoption of online trading: An

empirical study in Taiwan. Decision Support Systems 47,133–142.

Levanthal, G.S., Karuza Jr., J., & Fry, W.R. (1980). Beyond fairness: A theory of

allocation preferences, dalam G. Mikula (Ed.), justice and social interaction, New

York: Springer-Verlag.

Lewin, K. (1939). Theory and Experiment in Social Psychology: Concepts and

Methods, American Journal of Sociology, Vol. 44, No. 6 (May, 1939), pp. 868-896.

Lindamood S, Hanna SD (2006) The more financially knowledgeable person in older

couple households. Consumer Interests Annual 52, 315-330.

Lloyd A. Metzler (1951). Wealth, Saving, and the Rate of Interest. Journal of Political

Economy. Vol. 59, No. 2 (Apr., 1951), pp. 93-116.

Lueg, J. E., Ponder, N. Beatty, S. E., & Capella, M. L. (2006). Teenagers‟ use of

alternative shopping channels: A consumer socialization perspective. Journal of

Retailing, 82 (June), 137-153.

Lusardi, A. Mitchell, O.S., and Curto, V., (2009). Financial literacy among the young:

Evidence and implications for consumer policy.working paper: National Bureau of

Economic Research. Massachusetts Avenue, Cambridge, MA.

Lusardi, A., Michaud, P.C. and Mitchell, O.S. (2013).“Optimal Financial Knowledge

and Wealth Inequality”. National Bureau of Economic Research Working Paper

18669.

Lynne, G.D., Casey C. F., Hodges, A., & Rahmani, M. (1995). Conservation technology

adoption decisions and the theory of planned behavior. Journal of Economic

Psychology. Volume 16, Issue 4, December 1995, Pages 581–598.

Maloch, F., & Deacon, R. (1966). Proposed framework for home management. Journal

of Home Economics, 58, 31–35.

Page 279: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

257

Malone, K., Stewart, S., Wilson, J. & Korsching, P. (2010), "Perceptions of Financial

Well-Being among American Women in Diverse Families", Journal of Family and

Economic Issues, 2010- Volume 31 p. 63-81

Mandell, L. (1997). Personal financial survey of high school seniors. The Jump$tart

Coalition. Washington, D.C.

Margaret G. Reid (1934), Economic of Household Production, New York: J. Wiley &

Sons, Inc.

Margaret, I. L., dan Gordon, E. B. (1993), History of Family Economics Research,

1862-1962: A Bibliographical, Historical, and Analytic Reference Book. Iowa: Iowa

state University.

Maya Sari & Rofi Rofaida. (2011). Factors affecting the behaviour of university

community to use credit card. International Research Journal Of Business Studies,

4(3), 217-228.

McNamara, J.E. (1985), Professionalism in an Emerging Field: A Financial

Counselor’s View, dalam G.Langrehr (suntingan), Proceedings of the Third Annual

Conference of the Association for Financial Counseling and Planning Education, h.

55-59.

McNeal, J. U. (1987). Children as consumers: Insights and implications. Lexington,

MA: D.C. Heath and Co.

MFPC (2014). http://www.mfpc.org.my/education/shariah-registered-financial-planner.

Diakses 18hb Jun 2014.

Mills, R.J., Grasmick, H.G., Morgan, C.S., & Wenk, D. (1992). The effects of gender,

family satisfaction, and economic strain on psychological well-being. Family

Relations, 41, 440-446.

Modigliani, F., and Brumberg, R.H. (1954). “Utility analysis and the consumption

function: an interpretation of cross-section data,” in Kenneth K. Kurihara, ed., Post

Keynesian Economics, New Brunswick, NJ. Rutgers University Press. Pp 388–436.

Mohammad Hashim Kamali (2012). Maqasid al Shariah: The Objectives of Islamic

Law. Sumber: http://www.global-islamic-finance.com/2012/02/maqasid-al-shariah-

objectives-of.html. [Diakses pada 11-11-2015]

Mohd. Fazli. S., Jariah, M., Laily, P., Mohd Amim, O., & Nurkhalila, N. (2007).

Financial Literacy among Students in Malaysia. The Seventh Biennial ACFEA

Confererence 2007, 5-7 July 2007.

Mongin, Philippe and Claude d‟Aspremont 1998. Utility Theory and Ethics, in

Handbook of Utility Theory, Vol. I, eds Salvador Barberà, Peter J. Hammond, and

Christian Seidl, Dordrecht: Kluwer: 371-481.

Page 280: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

258

Moschis, G. P., & Churchill, G. A. (1978). Consumer socialization: A theoretical and

empirical analysis. Journal of Marketing Research, 15,599−609.

Moschis, George P., (1987). Consumer socialization: A life-cycle perspective.

Lexington, Mass.: Lexington Books, Lexington, Mass.

Mugenda, O. M., Hira, T. K., & Fanslow, A. M. (1990). Assessing the causal

relationship among communication, money management practices, satisfaction with

financial status, and satisfaction with quality of life. Lifestyles: Family and Economic

Issues, 11, 343-360.

Muhammad Ibn Al-Hassan Al-Shaybani, The book of earning a livelihood (kitab al-

kasb),

NAPFA (2011). http://www.napfa.org/about/index.asp. Diakses pada 21hb Oktober

2011.

Neal. E. Cutler (2008), financial gerontology, family aging, and middle-aged boomers:

using the “senior sandwich generation”concept in retirement planning. Center on

aging, motion and television Fund, TIAA-CREF Institute.

NFCC. (2011). National Foundation for Credit Counseling (NFCC).

Norvilitis, J. M., Merwin, M. M., Osberg, T. M., Roehling, P. V., Young, P., & Kamas,

M. M. (2006). Personality factors, money attitudes, financial knowledge, and credit

card debt in college students. Journal of Applied Social Psychology, 36, 1395-1413.

O‟Neill, B., Sorhaindo, B., Prawitz, A. D., Kim, J. dan Garman, E. T. (2006). Financial

distress: definition, effects, and measurement. Consumer Interest Annual. 52: 1-8.;

OECD (2006), Innocenti Working Paper-Comparing Child Well-Being In OECD

Countries: Concepts and Methods. UNICEF Innocenti Research Centre.

Parrotta, J. L., & Johnson, P. J. (1998). The impact of financial attitudes and knowledge

on financial management and satisfaction of recently married individuals. Financial

Counseling and Planning, 9(2), 59-74.

Parrotta, J. L., & Johnson, P. J. (1998). The impact of financial attitudes and knowledge

on financial management and satisfaction of recently married individuals. Financial

Counseling and Planning, 9(2), 59-74

Penn, A. (2009). "Financial well-being in an urban area: an application of multiple

imputation," Applied Economics, Taylor & Francis Journals, vol. 41(23), pp. 2955-

2964.

PERKESO (2014). http://www.perkeso.gov.my/ms/mengenai-perkeso/profil. html.

Diakses pada 18hb Jun 2014.

Page 281: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

259

PNB (2014). http://www.pnb.com.my/index.cfm. Diakses pada 18hb Jun 2014.

Porter N. M. and Garman, E. T. (1993). Testing a Conceptual Model of Financial Well-

Being, Financial Counseling and Planning, Volume 4, 1993. pp. 135-165.

Porter, N. M. dan Garman, E. T. (1990). Testing a conceptual model of financial well-

being. Financial Counseling and Planning. 4: 135-165

Prawitz et al. (2006). InCharge Financial Distress/Financial Well-Being

Scale:Development, Administration, and Score Interpretation. Association for

Financial Counseling and Planning Education (AFCPE), Volume 17, Issue 1 (2006),

pg 34-50.

Ramayah, T., Rouibah, K., Gopi, M., & Rangel, G. J. (2009). A decomposed theory of

reasoned action to explain intention to use internet stock trading among Malaysian

investors. Computers in Human Behaviour, 25, 1222-1230.

Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11), Kertas Strategi 2: Meningkatkan Taraf Isi

Rumah B40 ke Arah Masyarakat Kelas Menengah. (akses pada 30 Mei 2015:

http://rmk11.epu.gov.my/pdf/kertas-strategi/Kertas%20Strategi%2002.pdf.

Rettig, K. D., & Mortenson, M. (1986). Household production of financial management

competencies. In R. Deacon & W. Huffman (Eds.), Human Resources Research

1887-1987 (pp. 137-145). Ames, IA: Iowa State University.

Reynolds, L. M, & Abdel-Ghany, M. (2001), Consumer Sciences Research: A Two-

Decade Comparison, 1980s and 1990s. Family and Consumer Sciences Research

Journal, 29, 382-440.

Richard J. Stillman. (1972), Guide to Personal Finance: A Lifetime Program of Money

Management. New Jersey: Prentice-Hall.

Rindfleisch, A., Burroughs, J.E., and Denton, F. (1997), "Family Structure, Materialism,

and Compulsive Consumption," Journal of Consumer Research, 23 (March), 312-

325.

Ritchey, S. J. (1978), Home Economics Research Assessment, Planning and

Projections. Blackburg, VA: Virginia Polytechnic Institute and State University

Press, dalam Mohamed Abdel-Ghany (2001), The Evolution of Research in

Consumer Science: A 200-Year Perspective, Family and Consumer Sciences

Research Journal, vol.30, no.2, December 2001, 223-239.

Robert E. Hall and Frederic S. Mishkin (1982). "The Sensitivity of Consumption to

Transitory Income: Estimates from Panel Data on Households". Econometrica.

50(2). pp. 461–481.

Page 282: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

260

Robert M. Hunt (2005), Whither Consumer Credit Counseling?, Business Review,

Federal Reserve Bank of Philadelphia, Issue Q4, pages 9-20.

Robert T. Kiyosaki. (Xxxx). Rich Dad, Poor Dad.

Ruth E. Deacon, Francille M. Firebaugh (1981), Family Resource Management:

Principles and Applications. Nurizan Yahaya dan Mumtazah Othman (terj.),

Minnesota: Allyn And Bacon, h. 60-87.

Rutherford, L. G. & DeVaney, S. A. (2009). Utilizing the theory of planned behaviour

to understand convenience use of credit cards. Journal of Financial Counseling and

Planning, 20(2), 48-63.

Sabri, M.F. dan Falahati, (2012) Falahati, L. & Mohamad Fazli, S. (2012), Estimating a

model of subjective financial well-being among college students, International

Journal of Humanities and Social Science, vol.2, issue 18, 191-198.

Salamah, W. (2012). Moslem community behaviour in the conduct of Islamic bank: The

moderation role of knowledge and pricing. Procedia Social and Behavioural

Sciences, 57, 290–298.

Scannell, E. (1990). Dairy Farm Families' Financial Management, Financial Counseling

and Planning, Vol. 1, pp. 133-146.

Scheresberg, C. de Bassa (2013) "Financial Literacy and Financial Behavior among

Young Adults: Evidence and Implications," Numeracy:Vol. 6: Iss. 2, Article 5.

Schmidt, N. (2010). What drives investments into mutual funds? Applying the theory of

planned behaviour to individuals‟ willingness and intention to purchase mutual

funds. Conference Proceeding. Available at: http://retailinvestmentconference.org.

[Accessed on:15 May 2012]

Schroeder, J.E. and Dugal, S.S. (1995),“Psychological Correlates of the Materialism

Construct,” Journal of Social Behavior and Personality, 10 (1), 243–253.

Schultz, T. W. (Ed.). (1974). Economics of the family: Marriage, children, and human

capital. Chicago: University of Chicago Press

Security Commission (2012). http://www.sc.com.my/main.asp?

pageid=509&linkid=1414&yearno=2004&mod =pa per. Sumber diakses pada 3 Mac

2012.

Security Commission (20140. Pelan Induk Pasaran Modal. http://www.sc.com.my/wp-

content/uploads/eng/html/cmp2/cmp2 _final.pdf. Diakses pada 12 Ogos 2104.

Security Commission (2015). Licensing Handbook. Security Commission. Sumber:

http://www.sc.com.my/wp-content/uploads/eng/html/ cmsa/Licensinghandbook.pdf

Page 283: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

261

Sheng-Yi Lee (1990), The monetary and banking development of singapore and

malaysia, Edisi ke-3, Singapore: Singapore University Press. P.20

Sherraden, M. S. (2010). Financial capability: What is it, and how can it be created?

Center for Social Development Working Paper No.10-17. Washington University in

St. Louis.

Shim, S., Xiao, J. J., Barber, B. L., & Lyons, A. C. (2009). Pathways to life success: A

conceptual model of financial well-being for young adults. Journal of Applied

Developmental Psychology, 30(6), 708-723.

Shima, S., Xiao, J.J., Barberc, B. L., Lyons, A.C. ((2007). Pathways to life success: A

conceptual model of financial well-being for young adults. Journal of Applied

Developmental Psychology, Volume 30, Issue 6, November–December 2009, Pages

708–723.

Bank Negara Malaysia (20140. Pelan Tindakan Sektor Kewangan

http://www.bnm.gov.my/files/publication/fsbp/en/BNM_FSBP _ FULL_en.pdf.

Diakses pada 12 Ogos 2104.

Siddiqi, M. Nejatuallah (2006), "Islamic Banking and Finance in Theory and Practice:

A Survey of State of Art." Islamic Economic Studies 13 (2): 1-48.

Sohn, S., Joo, S-H., Grable, J. E., Lee, S., & Kim, M. (2012). Adolescents‟ financial

literacy: The role of financial socialization agents, financial experiences, and money

attitudes in shaping financial literacy among South Korean youth. Journal of

Adolescence, 35, 969-980.

Steve Vernon (2014). The Future of Financial Wellness. Conference Proceedings.

September 30th, 2014. http://longevity3.stanford.edu/wp-

content/uploads/2015/05/Proceedings-final-draft-12.31. pdf. [diakses pada 20-8-

2015]

Sumarwan U. & Hira, T.K. (1993). The effects of perceived locus of control and

perceived income adequacy on satisfaction with financial status of rural households.

Journal of Family and Economic Issues, 14 (4).

Suruhanjaya Sekuriti (2001). Pelan Induk Pasaran Modal. http://www.sc.com.my/wp-

content/uploads/eng/html/cmp2/cmp2 _final.pdf

Suruhanjaya Sekuriti. (2007). Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan.

Suruhanjaya Sekuriti. (2012). http://www.sc.com.my/main.asp?pageid=509&linkid=

1414& yearno=2004& mod=a per. Sumber diakses pada 3 Mac 2012.

Sussman, M.B., Cates, J.N., & Smith, D.T. (1970). The family and inheritance. New

York: Sage. Sumber diperolehi dari artikel oleh Charlotte Shoup Olsen dan Ted

Osborn (2006). Inheritance: A Tale of Two Perceptions. Online journal of rural

Research & Policy. Vol.1: Issue 5.

Page 284: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

262

Syed Shah Alam, Hawati Janor, Zanariah, Che Aniza Che Wel, & Mst. Nilufar Ahsan.

(2012). Is religiosity an important factor in influencing the intention to undertake

Islamic home financing in Klang Valley? World Applied Sciences Journal 19 (7),

1030-1041.

Syed Shah Alam, Hawati Janor, Zanariah, Che Aniza Che Wel, & Mst. Nilufar Ahsan.

(2012). Is religiosity an important factor in influencing the intention to undertake

Islamic home financing in Klang Valley? World Applied Sciences Journal 19 (7),

1030-1041.

Syukriah A., Rosliza M. Z., dan Kartini K. (2014), Intention-Behaviour Relations: A

Conceptual and Literature Review, Research Journal of Finance and Accounting,

Vol.5, No.19.

Tan Chwee Huat (2005), Financial markets and institutions in singapore, edisi ke 11,

Singapore: Singapore University Press P.243.

Texas Tech University : A New Home for Financial Planning Archives". Depts.ttu.edu.

2010-04-08. Retrieved 2010-06-06.

The Edge Malaysia, (2009, August). Association to voice concerns of licensed financial

planners. The Edge Malaysia, 4 Mac 2010, MIDF Amanah acquires Asia Unit Trust.

Diakses 18hb Jun 2014.

The Edge Malaysia, 18 Ogos 2009. Association To Voice Concerns Of Licensed

Financial Planners.

The Edge Malaysia, 4 Mac 2010, MIDF Amanah acquires Asia Unit Trust.

Titus, P. M., Fanslow, A. M. dan Hira, T. K. (1989). Networth and financial satisfaction

as a function of household money manager‟s competencies. Home Economics

Research Journal. 17(6):309-317.

Triandis, H. C. (1978). Some universals of social behavior. Personality and Social

Psychology Bulletin, 4, 1-16.

Usui, W.M., Keil, T.T., & Durig, K.R. (1985). Socioeconomic comparisons and life

satisfaction of elderly adults. Gerontology, 40, 110-114.

Vivienne Brown (2006), “Personal Finance: Setting the Context”, dalam George

Callaghan et. al. (eds), Personal Finance. West Sussex: John Wiley & Sons Ltd, h.

7-44.

Wahbah al-Zuhaili, (1996), Usul al-Fiqh al-Islami, Damsyik : Dar al-Fikr, jld. 2, hlm.

1017.

Page 285: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

263

Wall, R. W. (1981). The development of a standardized achievement test in family

economics for use at the college level. Unpublished doctoral dissertation, Kansas

State University, Manhattan, Kansas.

Walson, C. O. & Fitzsimmons, V. S. (1993). Financial managers' perception of rural

household economic well being: Development and testing of a composite measure.

Journal of Family and Economic Issues, 14, 193-214.

Wan Ibrahim, W. A., Ma‟arof, R., Zahid, E., & Abdul Halin, H. (2009). Kesejahteraan

subjektif warga tua di Malaysia: kes warga tua desa kelantan, International of

Management Studies, Vol. 16 (2), pp. 63-96.

Ward, S. (1974). Consumer Socialization, Journal of Consumer Research, Vol. 1, No. 2

(Sept.) pp. 1-14

Webley, P. (2005). Children’s understanding of economics. In children’s understanding

of society, edited by M. Barrett and E. Buchanan-Barrow. New York: Psychology

Press: 43-65.

West dan Wood. (1972). Personal Financial Management. Houghton Mifflin Company,

Boston.

Wilhelm, M., Varcoe, K. & Fridrich, A. (1993). Financial satisfaction and assessment of

financial progress: Importance of money attitudes. Financial Counseling and

Planning, 4, 181-198.

Williams, F. L. (1993). Financial counseling: Low-income or limited-income families.

In V. S. Fitzsimmons (Ed.), Economic changes: Challenges for financial counseling

and planning professionals (pp. 121–145). Proceedings of the Association for

Financial Counseling and Planning Education, San Antonio, TX.

Wright-Patt Credit Union. http://www.wpcu.coop/files/Wright-Patt%20-

%20Steps%20to%20 Financial %20Freedom.pdf. [diakses pada 20-8-2015]

Xiao, J. J., Tang, C., & Shim, S. (2008). Acting for happiness: Financial behavior and

life satisfaction of college students. Social Indicators Research, 92, 53-68.

Xiao, J.J and Wu, J. (2006). Applying the Theory of Planned Behavior to Retain Credit

Counseling Clients. University of Arizona, Working Paper: Take Charge America

Institute For Consumer Financial Education And Research.

Yusuf Qardawi, Nilai dan Akhlak Dalam Ekonomi dan Muamalat Islamiah.

Zaimah, R. & Sarmila M.S. (2012). History of Dual-Career Families in Malaysia.

Prosiding The 5th Thai-Malaysian International Conference on Southeast Asian

Studies, Mahidol University International College, Bangkok, Februari 16-17.

Page 286: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

264

Zaimah, R. (2011). Pengaruh pengetahuan, tingkahlaku dan pembuatan keputusan

kewangan ke atas kesejahteraan kewangan pekerja sektor awam yang berkahwin.

Tesis Doktor Falsafah, Universiti Putra Malaysia.

Zaimah, R., Jariah, M., Sharifah Azizah, H. & Mumtazah, O. (2010). Pola tingkah

lakukewangan pekerja keluarga dwi-kerjaya. Malaysian Journal of Consumer and

Family Economics, 13, 114-124.

Zaimah, R., Sarmila, M.S., Azima, A.M., Suhana, S., Mohd Yusof, H., & Lyndon, N.

(2012), Quality of life and the youth well-being: A case study of Malaysian public

sector employees. Malaysia Journal of Society and Space: Themed Issue on The

Management of Social-Ecological Change and Uncertainties in the Global Era, vol.

8, issue 6, pp. 150-156.

Zimmerman, B. J. (1995). Self-efficacy and educational development. In A. Bandura

(Ed.), Self-efficacy in changing societies (pp.202–231). New York: Cambridge Univ.

Press.

Zimmerman, C.C. & Frampton, M.E. (1935), “Family and Society: A Study of The

Sociology of Reconstruction”. New York: Van Nostrand Rienhold, dalam Mohamed

Abdel-Ghany (2001), The Evolution of Research in Consumer Science: A 200-Year

Perspective, Family and Consumer Sciences Research Journal, vol.30, no.2,

December 2001, 223-239.

Zurina, S. Zarinah, M.Y. Dan Shahizan, M.N. (2013). Islamic Financial Planning and

Wealth Management. Penerbit IBFIM. Kuala Lumpur

Page 287: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

265

SENARAI PENERBITAN

ARTIKEL DALAM JURNAL KATEGORI (A) DAN (B) CATEGORY

JURNAL PENGGUNA DAN EKONOMI KELUARGA MALAYSIA

MALAYSIAN JOURNAL OF CONSUMER AND FAMILY

ECONOMICS

A

SCOPUS

1 2017 Mediation Effect Of Islamic

Financial Planning Intention

In The Behaviour

Framework Of Malaysian

Public Workers

Mohd. Amim, Othman, Ab.

Mumin A.Ghani. And

Husniyah, Abdul. Rahim

Diterima

Untuk

dicetak

2 2013 Public Worker‟s Personal

Financial Planning Process

And Involvement In

Comprehensive Financial

Planning

Husniyah, Abdul. Rahim And

Mohd. Amim, Othman, Ab.

Mumin A.Ghani. And

Telah

Dicetak

JURNAL PENGURUSAN (JOURNAL OF MANAGEMENT) A

1 2017 Keberkatan Rezeki Dan

Pengaruh Ke Atas Hasrat

Penglibatan Rasuah

Penjawat Awam

Mohd. Amim, Othman,

Husniyah, Abdul Rahim

Ab. Mumin A.Ghani.

Dihantar

JURNAL PENGGUNA MALAYSIA

(MALAYSIAN JOURNAL OF CONSUMER) B

1 2015 Perancangan Kewangan Dan

Kesejahteraan Kewangan

Dalam Kalangan Penjawat

Awam Beragama Islam

Mohd. Amim, Othman, Husniyah, Abdul Rahim

Ab. Mumin A.Ghani.

Telah

Dicetak

2 2015 Sejarah Perkembangan

Industri Perancangan

Kewangan Di Malaysia

Mohd.Amim Othman dan

Ab. Mumin Ab. Ghani Telah

Dicetak

AWARD

2016 The Study on Behavior And

Acceptance Among Public

Sector Worker Towards

Islamic Financial Planning.

Pameran Rekacipta,

Penyelidikan Dan Inovasi

2016. UPM

Mohd.Amim Othman,

Ab. Mumin Ab. Ghani dan

husniyah Binti Abd. Rahim

Pingat Perak

Page 288: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

1

LAMPIRAN A: TABURAN NORMAL

Explore

Case Processing Summary

Cases

Valid Missing Total

N Percent N Percent N Percent

tottahupki 304 100.0% 0 0.0% 304 100.0%

totalattitude 304 100.0% 0 0.0% 304 100.0%

totnorm 304 100.0% 0 0.0% 304 100.0%

totPBC 304 100.0% 0 0.0% 304 100.0%

behintentcube 304 100.0% 0 0.0% 304 100.0%

PERANCANGAN

KEWANGAN ISLAM

304 100.0% 0 0.0% 304 100.0%

totsejahterawang 304 100.0% 0 0.0% 304 100.0%

Descriptives

Statistic

Std.

Error

tottahupki Mean 2.1645 .09949

95% Confidence Interval

for Mean

Lower Bound 1.9687

Upper Bound 2.3603

5% Trimmed Mean 2.1272

Median 2.0000

Variance 3.009

Std. Deviation 1.73469

Minimum .00

Maximum 5.00

Range 5.00

Interquartile Range 3.00

Skewness .260 .140

Kurtosis -1.224 .279

totalattitude Mean 61.2599 1.40940

95% Confidence Interval

for Mean

Lower Bound 58.4864

Upper Bound 64.0333

Page 289: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

2

5% Trimmed Mean 63.2580

Median 69.0000

Variance 603.870

Std. Deviation 24.57376

Minimum -10.00

Maximum 84.00

Range 94.00

Interquartile Range 36.00

Skewness -.961 .140

Kurtosis -.058 .279

totnorm Mean 32.9441 1.09983

95% Confidence Interval

for Mean

Lower Bound 30.7798

Upper Bound 35.1084

5% Trimmed Mean 32.7076

Median 30.0000

Variance 367.730

Std. Deviation 19.17628

Minimum -50.00

Maximum 84.00

Range 134.00

Interquartile Range 24.00

Skewness .110 .140

Kurtosis .932 .279

totPBC Mean 14.1579 .72194

95% Confidence Interval

for Mean

Lower Bound 12.7372

Upper Bound 15.5785

5% Trimmed Mean 13.7668

Median 12.0000

Variance 158.444

Std. Deviation 12.58744

Minimum -26.00

Maximum 56.00

Range 82.00

Interquartile Range 12.00

Skewness .568 .140

Kurtosis 1.548 .279

behintentcube Mean 465.5066 16.58425

95% Confidence Interval Lower Bound 432.8717

Page 290: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

3

for Mean Upper Bound 498.1415

5% Trimmed Mean 479.2602

Median 512.0000

Variance 83611.393

Std. Deviation 289.15635

Minimum -729.00

Maximum 729.00

Range 1458.00

Interquartile Range 513.00

Skewness -.569 .140

Kurtosis -.715 .279

PERANCANGA

N KEWANGAN

ISLAM

Mean 34.0263 .38748

95% Confidence Interval

for Mean

Lower Bound 33.2638

Upper Bound 34.7888

5% Trimmed Mean 34.3523

Median 33.0000

Variance 45.643

Std. Deviation 6.75595

Minimum 11.00

Maximum 44.00

Range 33.00

Interquartile Range 10.00

Skewness -.502 .140

Kurtosis .087 .279

totsejahterawang Mean 78.0493 .97926

95% Confidence Interval

for Mean

Lower Bound 76.1223

Upper Bound 79.9763

5% Trimmed Mean 78.3933

Median 78.0000

Variance 291.519

Std. Deviation 17.07393

Minimum 12.00

Maximum 120.00

Range 108.00

Interquartile Range 23.00

Skewness -.352 .140

Kurtosis .329 .279

Page 291: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

4

Tests of Normality

Kolmogorov-Smirnova Shapiro-Wilk

Statistic df Sig. Statistic df Sig.

tottahupki .177 304 .000 .892 304 .000

totalattitude .177 304 .000 .853 304 .000

totnorm .064 304 .004 .983 304 .001

totPBC .118 304 .000 .949 304 .000

behintentcube .306 304 .000 .793 304 .000

PERANCANGA

N KEWANGAN

ISLAM

.070 304 .001 .963 304 .000

totsejahterawang .062 304 .007 .989 304 .026

a. Lilliefors Significance Correction

tottahupki

Page 292: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

5

Page 293: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

6

totalattitude

Page 294: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

7

Page 295: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

8

totnorm

Page 296: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

9

Page 297: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

10

totPBC

Page 298: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

11

Page 299: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

12

behintentcube

Page 300: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

13

Page 301: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

14

PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM

Page 302: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

15

Page 303: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

16

totsejahterawang

Page 304: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

17

Page 305: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

18

Page 306: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

19

LAMPIRAN B: REGRESI BERBILANG PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM

Descriptive Statistics

Mean

Std.

Deviation N

PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM 34.0263 6.75595 304

Didiktahunbelajar 13.7763 1.97073 304

Tottahupki 2.1645 1.73469 304

Totalattitude 61.2599 24.57376 304

Totnorm 32.9441 19.17628 304

totPBC 14.1579 12.58744 304

Behintentcube 465.5066 289.15635 304

Correlations

PERAN

CANG

AN

KEWA

NGAN

ISLAM

didiktah

unbelaj

ar

tottahup

ki

totalattit

ude totnorm totPBC Behinte

ntcube

Pearson

Correlati

on

PERANCA

NGAN

KEWANG

AN ISLAM

1.000 .211 .331 .246 .262 .186 .337

didiktahunb

elajar .211 1.000 .130 .216 .048 -.141 .162

tottahupki .331 .130 1.000 .121 .210 .140 .207

totalattitude .246 .216 .121 1.000 .361 .103 .639

totnorm .262 .048 .210 .361 1.000 .232 .469

totPBC .186 -.141 .140 .103 .232 1.000 .141

behintentcu

be .337 .162 .207 .639 .469 .141 1.000

Sig. (1-

tailed)

PERANCA

NGAN

KEWANG

AN ISLAM

. .000 .000 .000 .000 .001 .000

didiktahunb

elajar .000 . .012 .000 .203 .007 .002

tottahupki .000 .012 . .018 .000 .007 .000

totalattitude .000 .000 .018 . .000 .037 .000

totnorm .000 .203 .000 .000 . .000 .000

Page 307: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

20

totPBC .001 .007 .007 .037 .000 . .007

behintentcu

be .000 .002 .000 .000 .000 .007 .

N PERANCA

NGAN

KEWANG

AN ISLAM

304 304 304 304 304 304 304

didiktahunb

elajar 304 304 304 304 304 304 304

tottahupki 304 304 304 304 304 304 304

totalattitude 304 304 304 304 304 304 304

totnorm 304 304 304 304 304 304 304

totPBC 304 304 304 304 304 304 304

behintentcu

be 304 304 304 304 304 304 304

Model Summarye

Model R R Square Adjusted R

Square

Std. Error of

the Estimate

1 .211a .044 .041 6.61493

2 .372b .138 .133 6.29148

3 .453c .205 .192 6.07238

4 .475d .226 .210 6.00320

a. Predictors: (Constant), didiktahunbelajar

b. Predictors: (Constant), didiktahunbelajar, tottahupki

c. Predictors: (Constant), didiktahunbelajar, tottahupki, totnorm, totPBC,

totalattitude

d. Predictors: (Constant), didiktahunbelajar, tottahupki, totnorm, totPBC,

totalattitude, behintentcube

e. Dependent Variable: PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM

Page 308: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

21

ANOVAa

Model Sum of

Squares

df Mean

Square

F Sig.

1 Regression 615.100 1 615.100 14.057 .000b

Residual 13214.690 302 43.757

Total 13829.789 303

2 Regression 1915.405 2 957.703 24.195 .000c

Residual 11914.384 301 39.583

Total 13829.789 303

3 Regression 2841.392 5 568.278 15.411 .000d

Residual 10988.398 298 36.874

Total 13829.789 303

4 Regression 3126.378 6 521.063 14.459 .000e

Residual 10703.411 297 36.038

Total 13829.789 303

a. Dependent Variable: PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM

b. Predictors: (Constant), didiktahunbelajar

c. Predictors: (Constant), didiktahunbelajar, tottahupki

d. Predictors: (Constant), didiktahunbelajar, tottahupki, totnorm, totPBC,

totalattitude

e. Predictors: (Constant), didiktahunbelajar, tottahupki, totnorm, totPBC,

totalattitude, behintentcube

Page 309: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

22

Coefficientsa

Model Unstandardized

Coefficients

Standar

dized

Coeffic

ients

t Sig. Collinearity

Statistics

B Std.

Error

Beta Toleran

ce

VIF

1 (Constant) 24.066 2.683 8.968 .000

Didiktahunb

elajar

.723 .193 .211 3.749 .000 1.000 1.000

2 (Constant) 23.351 2.555 9.139 .000

didiktahunbe

lajar

.586 .185 .171 3.166 .002 .983 1.017

tottahupki 1.204 .210 .309 5.732 .000 .983 1.017

3 (Constant) 19.609 2.597 7.550 .000

didiktahunbe

lajar

.565 .186 .165 3.046 .003 .910 1.099

tottahupki .975 .209 .250 4.669 .000 .928 1.077

totalattitude .033 .016 .121 2.133 .034 .827 1.209

totnorm .045 .020 .127 2.213 .028 .810 1.234

totPBC .071 .029 .133 2.446 .015 .908 1.102

4 (Constant) 20.233 2.577 7.851 .000

didiktahunbe

lajar

.547 .184 .159 2.978 .003 .909 1.100

tottahupki .910 .208 .234 4.382 .000 .917 1.091

totalattitude .004 .019 .016 .231 .818 .571 1.750

totnorm .027 .021 .076 1.281 .201 .736 1.359

totPBC .069 .029 .129 2.399 .017 .907 1.102

Behintentcub

e

.005 .002 .199 2.812 .005 .518 1.930

Page 310: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

23

a. Dependent Variable: PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM

Charts

Page 311: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

24

Korelasi Pearson Perancangan Kewangan Islam

dengan Kesejahteraan Kewangan

Correlations

PERANCANGAN

KEWANGAN ISLAM

totsejahterawang

PERANCANGAN

KEWANGAN

ISLAM

Pearson Correlation 1 .375**

Sig. (2-tailed) .000

N 310 310

Totsejahterawang Pearson Correlation .375**

1

Sig. (2-tailed) .000

N 310 310

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Page 312: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

25

Charts

Page 313: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

26

Page 314: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

27

LAMPIRAN C: RELIABILITI

Hasrat Perancangan Kewangan Islam

Reliability Statistics

Cronbach's Alpha N of Items

.889 3

Item Statistics

Mean Std. Deviation N

C31.berharap 6.37 .931 310

C35.mahu 6.34 .978 310

C37.bercadang 6.39 .952 310

Item-Total Statistics

Scale Mean if

Item Deleted

Scale Variance

if Item Deleted

Corrected

Item-Total

Correlation

Cronbach's

Alpha if Item

Deleted

C31.berharap 12.73 3.214 .785 .842

C35.mahu 12.76 2.987 .817 .813

C37.bercadang 12.71 3.231 .750 .871

Scale Statistics

Mean Variance Std. Deviation N of Items

19.10 6.703 2.589 3

Perancangan Kewangan Islam

Reliability Statistics

Cronbach's Alpha N of Items

.905 11

Page 315: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

28

Item Statistics

Mean Std. Deviation N

F1.kecemasan 3.11 .825 310

F2.pendidikan 2.98 .977 310

F3.kenderaan 2.95 .949 310

F4.perumahan 3.07 .937 310

F5.hutang 3.32 .791 310

F6.zakat 3.14 .847 310

F7.takaful 3.05 .854 310

F8.persaraan 3.14 .867 310

F9.pusaka 2.73 .985 310

F10.perbelanjaan 3.41 .680 310

F11.pelaburan 3.09 .811 310

Item-Total Statistics

Scale Mean if

Item Deleted

Scale

Variance if

Item Deleted

Corrected

Item-Total

Correlation

Cronbach's

Alpha if Item

Deleted

F1.kecemasan 30.87 39.796 .619 .898

F2.pendidikan 31.00 37.557 .702 .893

F3.kenderaan 31.04 37.620 .722 .892

F4.perumahan 30.91 37.426 .751 .890

F5.hutang 30.66 41.370 .484 .904

F6.zakat 30.84 38.621 .720 .892

F7.takaful 30.93 38.972 .677 .894

F8.persaraan 30.85 39.238 .638 .897

F9.pusaka 31.25 37.835 .670 .895

F10.perbelanjaan 30.57 42.459 .451 .905

F11.pelaburan 30.89 39.703 .641 .896

Scale Statistics

Mean Variance Std. Deviation N of Items

33.98 46.919 6.850 11

Page 316: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

29

Kesejahteraan Kewangan

Reliability Statistics

Cronbach's Alpha N of Items

.939 12

Item Statistics

Mean Std. Deviation N

H1.kepuasan 6.56 1.948 310

H2.cukup 6.68 1.886 310

H3.kawalan 6.69 1.753 310

H4.menguruskan 6.75 1.731 310

H5.semudah 6.31 2.064 310

H6.bimbang 5.43 1.957 310

H7.sebaik 6.45 1.544 310

H8.perasaan 6.28 1.573 310

H9.keadaan 6.47 1.598 310

H10.bil 7.38 1.850 310

H11.kehabisan 6.88 2.063 310

H12.keseluruhan 5.92 2.090 310

Item-Total Statistics

Scale Mean if

Item Deleted

Scale

Variance if

Item Deleted

Corrected

Item-Total

Correlation

Cronbach's

Alpha if Item

Deleted

H1.kepuasan 71.26 244.212 .771 .933

H2.cukup 71.14 246.463 .758 .933

H3.kawalan 71.13 249.094 .772 .933

H4.menguruskan 71.07 252.374 .719 .934

H5.semudah 71.51 241.701 .763 .933

H6.bimbang 72.39 254.193 .591 .939

H7.sebaik 71.37 251.981 .827 .932

H8.perasaan 71.54 249.647 .861 .930

H9.keadaan 71.35 250.474 .828 .931

H10.bil 70.44 256.803 .585 .939

H11.kehabisan 70.94 247.974 .657 .937

H12.keseluruhan 71.90 245.180 .693 .936

Page 317: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan

30

Scale Statistics

Mean Variance Std. Deviation N of Items

77.82 294.912 17.173 12

Page 318: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan
Page 319: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan
Page 320: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan
Page 321: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan
Page 322: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan
Page 323: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan
Page 324: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan
Page 325: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan
Page 326: KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN …studentsrepo.um.edu.my/8281/1/Thesis_FULL_Compiled.pdf · sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan